Jumaat, 25 Jun 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


40 EKOR INI DIBERI MASA BERPANTANG 40 HARI

Posted: 25 Jun 2010 12:47 PM PDT

MAKA, 40 orang (bukan 40 penyamun) budak-budak mengaji agama itu pun memilih untuk bersama dengan gerombolan sekutu Apco Yahudi Laknatullah. Mereka menggelar kumpulan mereka `40 Ulamak' tetapi tidak seekor pun dari mereka yang kita kenal atau popular selaku pendakwah seperti Us Harun Din, Ismail Kamus, Tuan Ibrahim Tuan Man dan paling tidak pun seperti Us Shahril Long mahupun Ustaz Azhar Idrus.

Mungkin terlalu jauh untuk kita bandingkan dengan Ulamak-Ulamak terkenal yang kita sebutkan tadi. Tetapi, jauh juga untuk dibandingkan dengan orang seperti Hj Nakhaei Ahmad, Firdaus Ismail (bekas Imam Besar Masjid Negara) ataupun Mashitah Ibrahim yang terlebih dahulu mencium hangit dan tengitnya parti sekular yang bersekutu dengan Apco itu. Sekiranya Allah membalikkan hati Us Dr Mohd Asri untuk bersama kumpulan 40 ekor itu, mungkin itulah seorang yang boleh kita kenal dan dianggap popular. Tetapi, Alhamdulillah, setakat ini Us Dr Mohd Asri masih dilindungi Allah. Mudah-mudahan kekal begitu.

Sempena dengan kemasukan kumpulan 40 ekor itu ke dalam gerombolan sekutu Apco, maka diistiharkan tiada lesen judi sukan akan dikeluarkan. Itu mungkin pra syarat pertama kumpulan 40. Orang kata sekadar mengambil hati kalau pun tidak untuk memperbodohkan kumpulan 40 ekor itu. Kita jangan terperanjat jika di dalam Pilihanraya Umum akan datang nanti, kumpulan 40 ekor ini adalah bakal calon-calon sekutu Apco untuk menunjukkan bahawa sekutu Apco juga berminat dengan Islam.

Apa alasan kumpulan 40 (sebelum ini dikatakan 100 ekor) untuk bersama-sama `berjihad' dengan sekutu Apco? Alasannya sebiji sama dengan alasan beberapa orang yang berkelulusan agama yang lebih awal diperbodohkan seperti Nakhaei, Firdaus dan Mashitah dan terbaru Jamil Khir. Kesemua mereka ingin men`syahadah'kan parti sekular itu untuk kembali kepada Al-Quran. Hasilnya? Bertambah baikkah atau bertambah teruk? Disaat dua tiga ekor yang ternama itu berada di dalam, pemimpin mereka bercita-cita untuk meluluskan lesen judi sukan. Lesen judi yang lain telah lama ada malah pusat judi terbesar kekal tersergam indah di puncak gunung. Apa yang dua tiga ekor ternama di dalam bidang agama ini mampu buat? Jika yang sudah ternama seperti ini tidak mampu buat apa-apa melainkan cukup bulan makan gaji, adakah kumpulan 40 ekor budak ini boleh buat?

Kita tidak mahu bersangka buruk terhadap kumpulan 40 ekor ini. Kita beri masa kepada kumpulan 40 ini tempoh `berpantang' 40 hari juga. Selepas itu, dalam tempoh 100 hari kita mahu lihat apa perubahan yang berlaku di dalam parti sekular yang mereka sokong itu. Jika di dalam tempoh tersebut mereka gagal untuk menjadi lebih cerdik dari kebanyakan yang jahil di dalam parti yang baru mereka sertai itu, kita nasihatkan kepada mereka kembalilah semula ke pondok atau pengajian agama seandainya mereka masih segan untuk berjuang bersama kita.

Satu perkara yang sering disebut, jika mahu mencuci najis di dalam tong, jangan masuk ke dalam tong najis berkenaan kerana kelak tubuh kita dipenuhi najis. /mandor.blogspot.com

ULAMAK MASUK TONG NAJIS MAHU BERSIHKAN NAJIS ?

Posted: 25 Jun 2010 09:29 AM PDT

'Mengapa kami sertai Umno'
Abdul Rahim Sabri
Jun 25, 10


Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman berkata tujuan beliau dan 39 lagi ulama muda menyertai Umno malam ini adalah untuk membantu kerja-kerja dakwah dalam parti itu.

Beliau mewakili kumpulan ulama tersebut menyerahkan borang keahlian mereka kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC malam ini.

Seramai 16 daripada mereka hadir manakala bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diuar-uarkan akan turut menyertai Umno tidak bersama kumpulan itu malam ini.

"Saya mewakili kumpulan ulama muda untuk bekerjasama dengan Umno dalam perkara-perkara keagamaan dan kerohanian.

"Kami banyak buat perbincangan, kami dapati satu perkara positif untuk menyertai Umno bagi menggerakkan usaha -usaha untuk berdakwah.

"Kami berusaha untuk menegakkan kebenaran berasaskan kepada alQuran, hadith dan pandangan ulama muktabar," kata Fadlan yang dalam proses mendapatkan PhD dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Fadlan berkata daripada 40 orang ulama muda itu, ada yang bekerja sebagai pensyarah, penasihat agama, ahli motivasi.

Sementara itu Fthul Bari pula berkata Umno berjanji untuk mempastikan agamawan muda meneruska kerja-kerja dakwah.

Beliau menyifatkan ianya sebagai tawaran yang dinanti-nantikan dan peluang keemasan untuk berdakwah.

"Kebanyakan mereka ini berkelulusan dari Jordan, Madinah dan Mesir.

"Kalau ilmu mereka dinafikan untuk disampaikan kepada masyarakat, maka pengajian kami sia-sia," katanya./Malaysiakini

IBRAHIM ALI - KATAK KAMPUNG ATAU JAGUH KAMPUNG?

Posted: 25 Jun 2010 03:05 AM PDT

Khairy: Ibrahim Ali 'jaguh kampung'

Jun 25, 10


Perang mulut antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) , Datuk Ibrahim Ali semakin memuncak dan kini berlarutan di Twitter dengan Ibrahim dilabelkan sebagai 'jaguh kampung'.

"Dia ahli politik jaguh kampung di dunia antarabangsa dan masanya hampir berakhir. Dia juga halangan kepada 1Malaysia," kata ahli parlimen Rembau itu di blog web mikronya.

Merujuk cabaran Ibrahim supaya ketua pemuda itu meletakkan jawatannya, Khairy berkata: "Dia bukan pengundi Rembau, bukan juga ahli Umno. Dia tiada hak menyuruh saya letak jawatan."

Pertengkaran kedua-dua mereka tercetus dua hari lalu apabila Khairy membela rakannya, ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong, selepas 'diserang' oleh Ibrahim berhubung isu biasiswa.

Ahli parlimen Pasir Mas itu mengecam Wee berhubung pernyataannya minggu lalu yang menggesa kerajaan supaya mengekalkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kh
airy mempertahankan rakannya itu dengan berkata Wee tidak mempersoalkan hak oang Melayu ataupun menyarankan supaya biasiswa Mara diberhentikan, dan menegaskan bahawa Ibrahim yang salahfaham dengan maksud Wee.

Sebaliknya, dalam kenyataannya menerusi sms semalam, Ibrahim mendakwa Khairy "tidak faham maksud yang tersirat" dalam kenyataan Wee mengenai perkara itu.

"Pasa
l tu PERKASA marah. Mana mungkin (biasiswa) MARA hendak disamakan dengan (biasiswa) JPA. MARA khas untuk Melayu. (Biasiswa) JPA untuk semua kaum

"Kalau nak disamakan keduanya, ke mana akan pergi keistimewaan orang Melayu," kata Ibrahim.

Beliau kemudiannya menempelak Khairy yang didakwanya "tidak faham" apabila Wee "cakap berlapik".

"(Universiti) Oxford tak ajar budaya bahasa Melayu yang halus mulus. Mana dia faham makna 'yang tersurat dan tersirat'.

"Kalau macam itu baik berhenti jadi ahli parlimen, sama macam (Wee) Ka Siong. Takkan K (Khairy) sanggup gadai bangsa sendiri...," tegasnya./Malaysiakini

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Isu judi sukan: Sami Buddha lebih faham.....

Posted: 24 Jun 2010 07:25 PM PDT



Aku tidak terkejut langsung bila baca kenyataan mantan PM Tun Mahathir bahawa kalau beliau masih berkuasa, beliau juga akan meluluskan lesen judi sukan (baca disini). Apa nak dihairankan, rekod beliau sebelum ini apabila bercakap hal hal ugama Islam pun bukan nya bagus sangat pun. Banyak nya asyik memperlekeh saja.

Aku cuma Sedih dan kesian kepada Tun M, dalam keadaan rumah kata pergi dan kubur kata mari, beliau masih tergamak meluahkan kata kata seperti itu. Kalau aku berada ditempat beliau, dengan baki umur yang tak lama mana, rasa nya lama dah aku bertaubat nasuha setelah Allah beri kan nyawa kedua. Agak nya beliau nak tunggu apabila nafas tidak boleh lagi disedut (sebab orang selalu sebut menghembuskan nafas yang terakhir dan bukan menyedut nafas terakhir), baru nak berhenti bercakap yang memperlekeh hukum Islam. Ingat Tun!, masa tak boleh nak sedut nafas itu lah saat dan ketika yang dipanggil 'sakaratul maut'.

Dalam konteks judi ini rasa nya Tun M patut rasa malu dengan kenyataan seorang sami yang juga ketua agama Buddha Wat Phutaksin, Semerak, Kelantan dikenali dengan Thannun (gambar) mengakui amalan judi tidak dibolehkan di dalam ajaran Buddha.

Thannun berkata, mengikut ajaran Buddha amalan judi boleh mendatangkan kecelakaan selain hukuman serta balasan tuhan akan dikenakan terhadap mereka yang terlibat dengan amalan tersebut.

"Hukuman atau balasan sebab dan akibat judi, di dalam agama Buddha kita panggil hukum karma. Hukuman itu akan dikenakan sama ada ketika di atas dunia ini lagi mahupun di hari esok (selepas mati). (sumber:harakahdaily)

Aku agak hairan cara Tun M bercakap lagaknya tak ubah seperti dia masih Perdana Menteri sedang kan DS Najib selaku Perdana Menteri hari ini jelas kelihatan teragak - agak dan berbelit belit untuk bercakap soal judi bila berdepan dengan wartawan dan penentangan dari rakyat sehinggakan satu sidang akhbar Datuk Jamil Khir Baharom terpaksa dibatalkan atas nasihat DS Najib. Mungkin takut nanti soal judi akan ditanya oleh wartawan.

Entah lah, mungkin beliau sudah merasakan bahawa beliau adalah Menteri Mentor macam Lee Kuan Yew secara tak rasmi. Dulu zaman Pak Lah beliau kata Pak Lah tak bagi beliau cakap. Sekarang bila anak didik beliau bagi beliau cakap..., cakap beliau semakin jauh melalut.....

Kesian TUN.......

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


UMNO Rasuah Ulama Untuk Diam

Posted: 25 Jun 2010 08:20 PM PDT


Berita Harian keluaran hari ini menyiarkan;(sudah diringkaskan)

KUALA LUMPUR: Seramai 40 ulama muda profesional, termasuk berkelulusan sarjana dan doktor falsafah (PhD) menyertai UMNO malam tadi, bagi membantu menyemarakkan gerak kerja dakwah dalam parti itu dan di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata penyertaan kumpulan pertama itu akan diikuti lebih ramai ulama dalam masa terdekat ini dengan menjadi ahli.

"Ulama tulen ini akan tegur perkara tidak benar dan sebut perkara yang benar. Ulama tulen meletakkan agama sebagai prinsip perjuangan, tidak memihak kepada mana-mana.

"Mereka ini punyai pengikut yang ramai dan UMNO menyediakan platform kepada mereka untuk melaksana aktiviti dakwah khususnya kepada generasi muda," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan borang keahlian ulama muda di Ibu Pejabat UMNO di sini, malam tadi.

Borang keahlian itu diserahkan wakil ulama diketuai Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak. Turut hadir Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, UMNO memberi mereka platform untuk bergerak bebas mendekati masyarakat serta menasihati perkara yang mungkar, termasuk kepada pemimpin. "Kami tidak mempunyai tujuan politik, niat kami ikhlas untuk berdakwah kepada masyarakat dan peluang ini harus kami terima," katanya. Ketika ditanya mengapa tidak memilih parti Melayu lain seperti PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fathul berkata, UMNO mendekati mereka untuk memberi peluang dalam melakukan kerja berdakwah.

Kerataan akhbar tajuk yang lain pula;(diringkaskan juga)

KANGAR: Pendakwah tempatan perlu bebas daripada pengaruh ekstrem yang merosakkan imej Islam dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, pengaruh dan tindakan berunsurkan ekstremis bukan saja tidak mencerminkan imej sebenar Islam, malah bertentangan dengan ajaran al-Quran yang menjadi sumber rujukan utama agama.

1.Ulama tulen?Ulama tulen hanya memperjuangkan Islam dan bukannya Melayu dan Islam.

2.UMNO berdakwah?Lihat sahaja isteri PM,dan datin-datin UMNO,dakwah kepada mereka dahululah.Mungkin bagus juga,mereka ini mungkin boleh dinasihati.Jangan masuk kanan keluar kiri sudah lah.

3.Patutlah,salah seorang ulama tersebut merupakan pensyarah UKM.Sebelum ini mungkin anda perasan PM dan TPM selalu ke UKM.Seperti pensyarah UUM yang selalu membela kerajaan dan UMNO di TV,rupa-rupanya mahuu dinaikkan pangkat sebagai Naib Canselor UUM.

4.Kelakarnya,ulama tersebut menyatakan masuk UMNO untuk tujuan dakwah.Selama ini di TV,ramai lagi ustaz-ustaz yang lebih patut digelarkan ulama dalam dakwah mereka tidak pula menyertai mana-mana parti boleh menyampaikan dakwah sehingga menusuk kalbu.Saya pasti ustaz-ustaz Halaqah,Al-Kuliyyah dan Forum Perdana Hal Ehwal Islam lebih bagus daripada mereka ini dari konsep dakwah.Maksudnya,perlukah dakwah menggunakan paltform politik.Boleh diterimakah?Boleh turunkah kadar rasuah?

5.Tidak hairan selepas ini MCA akan buka mulut.Mereka ini lebih Islamofobia daripada DAP.

6.Dr.M pula menyatakan dakwah tidak perlu ekstrem,adakah ini bermaksud dakwah ulama UMNO ini kelak cuma seperti kelabu asap.Laju bertiup,lalu menghilang.Maknanya tidak berkesan langsung.

7.Dakwah ekstrem hapuskan imej Islam?Jadi umat Islam tetapi tidak serupa umat Islam lagi menjahanamkan imej Islam.

8.Berlandaskan Al-Quran dan Sunnah?Lihat sendiri pada cara pentadbiran Dr.M

Sekian,Wallahu'alam

JANGGUT SEJEMPUT KAT DAGU
DAH KIRA ULAMA LA!!!!!!!!?

UMNO Halalkan Judi untuk Siapa?

Posted: 25 Jun 2010 06:07 AM PDT

Fiction from the Photo

Rais:wang besar wang besar!!!!!!!!!!!!!!!!!

Berita Harian keluaran hari ini menyiarkan bahawa suruhanjaya pemantau judi dicadangkan penubuhannya untuk memantau dan mengurangkan aktivit judi.

1.Adakah suruhanjaya pemantau judi ini akan menjadi seperti SPRM,memantau dan mengurangkan sahaja aktiviti judi,bukannya memberi kesedaran kepada pelaku untuk insaf.

2.Menteri Penerangan juga menyatakan bahawa hasil judi akan disalurkan kepada bukan Islam untuk bantuan.Kelakarnya.Adakah hasil cukai judi ini akan disimpan dalam tabung khas?Malahan lagi,boleh percayakah hasil cukai judi itu akan disalurkan kepada rakyat bukan Islam?Sedangkan zakat pun para menteri melesap.

3.Presiden GPMS menyatakan bahawa Malaysia belum BERSEDIA.Adakah Presiden GPMS ini merelakan judi cuma belum bersedia sahaja.Kononnya,Malaysia bakal menjadi negara hub judi.Hub judi atau tidak,kasino besar sudah lama bertapak di Genting Highlands,dan mereka langsung tidak mahu bersuara.

4.Timbalan Presiden sebuah persatuan masyarakat Cina pula awal-awal telah mencadangkan supaya ahli-ahli NGO yang bakal menjadi ahli suruhanjaya itu.Awal-awal lagi dah bagi idea.Mesti mahu hantar calon-calon daripada merekalah tu.Presiden MCA dan Presiden MIC pun boleh jadi.Sebab mereka bukan menteri,kan?

5.Kesimpulannya,UMNO merelakan aktiviti haram.Siap ada suruhanjaya lagi.

Sekian,wallahu'alam

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Hadiah Untuk Teman Blogger Yg Suka Bola Sepak

Posted: 25 Jun 2010 08:48 AM PDT

Assalamualaikum ,Salam Blogger.Untuk follower dan teman-teman blogger yang suka tgk bola piala dunia tapi tak ada Astro ,Kini anda boleh menonton perlawanan bola sepak piala dunia secara live kat internet kat sini : 
http://bolasepakpialadunia.blogspot.com
Kalau link kat atas tak boleh buka,try Klik kat sini pula:
http://lankaworldtv.net/tv/cricket/hdplayer/popup.html


Terimakasih cupingmerah..

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Penarikan balik lesen judi - Najib terdesak

Posted: 25 Jun 2010 09:23 PM PDT

Semalam kerajaan mengumumkan penarikan balik lesen judi pertaruhan bolasepak bersempena dengan Kejohanan Bolasepak Piala Dunia yang sedang berlangsung sekarang.

Ramai menyambut baik tindakan yang di katakan drastik itu. Apakah ini hasil dari kemasukan 40 orang "ulama cari makan" kedalam umNO dua hari lalu?

Atau apakah ini satu tindakan terdesak najib untuk menarik kembali penyokong melayu (islam) yang sememangnya menentang segala bentuk judi untuk menyokong umNO atau BN khususnya di dalam PRU 13 yang katanya bakal diadakan dalam masa terdekat?

Sama-sama kita fikirkan ....

Sex Gila Suami Isteri

Posted: 25 Jun 2010 11:46 AM PDT

Aku Yasmeen. Aku telah berkahwin dengan Saiful atas dasar cinta. Kami telah melakukan sex secara rela sejak kami masih belum berkahwin lagi. Aku memang puas dnegan layanan Saiful. Ada saja skill dia yg mengejutkan aku. Bertuahlah aku memiliki suami yang kuat sex dan selalu mempunyai idea nak buat benda pelik-pelik. Jadi, aku pun turut puas.

Setahun selepas kami berkahwin, Saiful mula menunjukkan kebosannan dia pada aku. Aku tak daya lagi nak layan dia 2-3 round sehari. Tak macam mula-mula projek dulu 4-5 kali sehari. Kadang-kadang tengah keluar dating, tiba-tiba rase nak projek, kami tak boleh tunggu lagi, kami akan projek dalam toilet, dalam kereta, fitting room dan dimana saja tempat yg boleh bersembunyi dari orang asalkan nafsu kami dapat dilampiaskan bersama.

3 tahun kami buat sex haram, 2 tahun buat sex halal, itu sudah cukup untuk buat aku rasa letih dan daya kekuatan aku pada sex semakin kurang sedangkan Saiful semakin hari semakin menjadi-jadi kegilaannya terhadap sex [seterusnya DI SINI]

Akhirnya Najib tunduk - Lesen Judi Tidak Akan Dikeluarkan

Posted: 25 Jun 2010 09:24 AM PDT

Kerajaan batal keputusan beri lesen judi sukan kepada Berjaya

Oleh G. Manimaran
June 25, 2010

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Kerajaan dalam tindakan drastik yang mengejutkan banyak pihak memutuskan untuk tidak mengeluarkan lesen sukan judi kepada Ascot Sports syarikat milik jutawan Tan Sri Vincent Tan.

Keputusan itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini malam ini.

Najib memberitahu mesyuarat malam ini sebulat suara bersetuju dengan keputusan tersebut.

"Pada dasarnya kerajaan bersetuju untuk memberikan kelulusan kepada Ascot yang mahu lesen itu diperbaharui sejak 1990, tetapi kerajaan memutuskan untuk tidak memberikan kelulusan," kata beliau.

Najib yang juga Menteri Kewangan memberitahu syarikat itu telah dimaklumkan mengenai keputusan itu.

"Ascot Sports telah dimaklumkan mengenai keputusan ini, mereka maklum keputusan ini," katanya lagi.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan bila keputusan itu dibuat.

Bila keputusan dibuat tidak penting, kata beliau.

Langkah kerajaan untuk memberikan lesen kepada syarikat itu mendapat bantahan Pakatan Rakyat sejak dua bulan lalu.

Sejak dua minggu lalu beberapa Badan Perhubungan Umno Negeri juga menyatakan bantahan dengan langkah itu.

Bagaimanapun beberapa komponen Barisan Nasional bersetuju agar lesen itu diberikan bagi mengawal pertaruhan haram.

Pakatan Rakyat dan beberapa badan bukan kerajaan kini merancang untuk mengadakan perhimpunan aman pada 3 Julai ini.

Mereka juga telah menghantar memorandum kepada semua ahli Parlimen awal bulan ini dan kepada Perdana Menteri Selasa lalu. - TMI

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


'Ulamak' muda masuk Umno: 10 Perkara yang anda perlu tahu...

Posted: 25 Jun 2010 11:18 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

1. Pertama2 kalinya, tidak salah utk penulis mengucapkan tahniah kepada ulamak/ustaz2 muda ini atas cubaan utk menyertai Umno..tahniah penulis ucapkan..(korang memang 'berani'..=)

2. Utk pengetahuan semua, sebenarnya bukan semua yg dikatakan menyertai Umno semalam adalah 'ulamak' sepertimana yg kita faham hari ini..mungkin gelaran ustaz lebih tepat..( Sbb dari kalangan mereka adalah sama baya dengan penulis, dan bidang pengajian yg sama..mungkin jika rakan penulis tadi sudah boleh digelar ulamak, maka penulis juga sudah dikira seorang ulamak..=)

3. Dikatakan, sebahagian besar dari ulamak2/ustaz2 muda ini terdiri dari golongan agamawan yang beraliran salafi..wallahua'lam..

4. Jangan terkejut jika penulis mengatakan dikalangan ulamak/ustaz yang 'menyertai' Umno hari ini adalah terdiri dari 'orang' PAS, dan ahli keluarganya adalah orang kuat PAS...=)

5. Hampir majoriti dari mereka yg dilaporkan menyertai Umno ini adalah orang Kelantan..umum mengetahui, orang Kelantan khususnya yg 'berjiwa agama', jiwanya lebih condong ke arah mana, 'hijau' atau 'biru'...=)

6. Dari sumber2 yang rapat dengan penulis menyatakan, hampir keseluruhan yang menyertai Umno semalam bukanlah disebabkan tertarik dgn perjuangan dan dasar Umno, ataupun kecewa dengan PAS, tidak sama sekali..tetapi mereka sertai dengan niat mahu mengubah Umno, selain mahu mencuba ruang dan misi dakwah dalam suasana yg berbeza (mahu beri sokongan kepada gerakan dakwah dan penyatuan umat)..

7. Yang paling penting korang perlu tahu, walaupun mereka menyertai Umno, tetapi mereka tidak akan sesekali mengambil pendekatan bermusuh dengan PAS, kerana mereka arif dan maklum, siapa itu Parti Islam Semalaysia (PAS), apatah lagi jika hendak dibandingkan dengan Umno..

Jadi, jika ada penyokong Umno beranggapan penyertaan mereka akan menyemarakkan kempen utk menjatuhkan PAS, penyertaan mereka bakal menguatkan Umno utk berhadapan dan berperang dengan PAS, percayalah andaian mereka adalah silap..sebaliknya mereka (ust muda ini) akan gerakkan 'misi' Umno VS Islam, bukan Umno VS PAS....=)

"kami masuk Umno bukan untuk berpolitik walaupun Umno adalah sebuah parti politik" -Ustaz Fadlan Mohd Othman
8. Alhamdulillah, berita ini sedikit pun tidak menggusarkan penulis dan rakan2, malah memberi semangat utk terus berjuang pd landasan ini..maka, rasanya tidak perlulah korang terkejut, atau lemah semangat, atau yg lain2nya, kerana peristiwa ini sebenarnya akan membawa hikmah yg baik utk gerakan Islam di masa hadapan, khususnya di Malaysia..insyaAllah, seperti kata TG Nik Aziz, jika Umno benar2 berubah (ke arah Islam), maka PAS sedia dibubarkan, semuanya kerana dan demi Islam..insyaAllah..

9. Utk yang terakhirnya, suka utk penulis ingatkan di sini, jangan kita segera melemparkan tuduhan/fitnah yg bukan2 terhadap mereka...cuba bersangka baik sesama kita..bagi penulis sendri, penulis tidak kata penulis setuju dgn langkah mereka, dlm masa yg sama penulis tidak kata penulis membantah tindakan mereka..bahkan, penulis cuba bagi peluang kpd mereka buktikan 'keupayaan' mereka, dan kita akan lihat tidak lama lagi apakah benar2 berjaya, atau hanya sekadar menjadi/senasib dgn ust Firdaus, ust Masyitah, Ust Nakhae dan seangkatan dgnnya..=)

Utk pengetahuan korang, kebiasaannya penuntut2 universiti (terutama dikalangan pensyarah) cuba utk menunjukkan mereka adalah 'bebas' dan profesional dgn alasan 'org akademik', sedangkan hakikatnya mereka telah pun mempunyai kecenderungan terhadap satu2 pihak..(apa pun penulis tidak boleh menolak tanggapan ada dikalangan mereka 'sertai' atas niat dan tujuan perlindungan politik (kes salafi-wahabi), atau demi mengejar jawatan tertentu (pangkat/jawatan segera)..wallahua'lam.)

10. Dan satu pesanan akhir penulis..isu ini sebenarnya satu 'jerangkap samar' bagi umno..jika mereka 'gagal' berhadapan dengan golongan agamawan ini sebaiknya, percayalah isu ini akan 'memakan diri' mereka sendiri, malah bakal membawa bencana besar kepada perjuangan mereka(Umno)...penulis bagi klu.."kami golongan agamawan terpaksa keluar dari Umno kerana ruang dakwah di dalam Umno ternyata sempit/ umno sukar berubah/ kami disisihkan/ nasihat kami ditolak/ Umno ternyata memisahkan agama dan politik...." dan lain2...sama2 kita tunggu..=)

Penutup

Apakah ustaz2 muda ini berjaya dlm misinya mengubah parti asobiyah/perkauman/kebangsaan/sukular yang sudah menjangkau usia 60 tahun lebih ini?..sama2 kita saksikan..bak kata rakan penulis, jika ingin membersihkan tong najis, bersihkan dari luar, jika tidak kita juga akan bergelumang dgn najis..berani 'cuba', berani 'tanggung'..=)...

p/s: Maklumat drpd sumber2 tertentu...dan diolah berdasarkan pandangan peribadi penulis...wallahua'lam..


dollah yankee

dollah yankee


Khir Toyo 'frust' & Khalid yang 'cool'

Posted: 25 Jun 2010 05:51 PM PDT

Khir Toya dengan Micheal Jackson tak ada beza, dua-dua tak boleh kena cahaya kepanasan yang berlebihan, cuma Khir Toya dia tak tidur dalam balang macam Michael Jackson
Lama menghilang dan lama tak dengar cerita Mamat ni, tau-tau keluar kalam yang lebih merupakan luahan 'frust'nya.

Dia sendiri tidak menafikan yang Selangor di bawah PKR/Pakatan Rakyat dengan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar telah melakukan banyak perubahan dan perkara-perkara yang baik. Khir Toyo juga mengakui peluang untuk umno kembali semula ke Selangor dengan Menteri Besar yang baru dari umno terlalu sukar, 1/10. Sokongan kepada Khalid terlalu kuat dan cukup solid.

Laporan mengatakan yang ada sekumpuan 15 orang Ahli-ahli Parlimen dari PKR sedang berkumpul dan membentuk satu geng untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim ada lah hanyalah merupakan satu spekulasi semata-mata.

Bermacam-macam cara dan jalan dicari untuk menunjukan ketidakupayaan Khalid memimpin Selangor dan PKR negeri termasuklah pada masa ini Khalid sedang diasak hebat berhubung dengan dakwaan kegiatan perlombongan pasir secara haram di negeri Selangor, namun ia langsung tidak menjadi kudis dan Khalid Ibrahim tetap 'cool'.

Khir Toyo pun cuba juga untuk mengucar-ngacirkan Khalid dan PKR Selangor dengan mengapi-apikan rakyat negeri Selangor bila dia kata yang PKR di Selangor sekarang sudah ada 2 kumpulan, 1 kumpulan yang menyokong Khalid dan 1 lagi kumpulan yang hendak menyingkirkan Khalid.



Khir yang sangat-sangat kecewa sekarang juga cuba mengapi-apikan hubungan diantara Azmin Ali dengan Khalid dan juga pemimpin-pemimpin parti yang dibawah.

Kata lah, buat lah kenyataan apa pun, umno Selangor yang merupakan parti pembangkang disana sekarang ini tersangat lemah.


dollah yankee -
Susah kalau dah jadi orang gila nie...gila kuasa!

Ali dengan Baba bergaduh!!!

Posted: 25 Jun 2010 12:34 AM PDT


Gurkah-gurkah politik di'port' pagi ini tersangat bimbang sebab dengan perkembangan terkini pembinaan hospital Shah Alam yang bernilai 483 juta itu sedang tersangkut dimana setakat ini hanya siap sekadar 20% sejak dari tahun 2007 dan berharap yang ianya tidak akan runtuh seperti yang berlaku di beberapa projek di Terengganu apabila ia siap sepenuhnya nanti.

Ini kerana sub-kontraktor yang membina hospital itu GM Healthcare dengan kontraktor utama Sunshine Fleet yang dapat tawaran untuk membina hospital itu dari kementerian kewangan secara direct tanpa tender sedang bergaduh besar sehingga membantutkan pembinaan hospital itu.

Semuanya kerana duit. 'Baba' kata yang JKR setakat ini dah bayar 123 juta dekat 'Ali' tetapi 'Ali' sudah buat-buat lupa dan masih belum lagi 'haria' dekat 'Baba' sikit pun. 'Baba' kata 'vitamin M' tak ada macam nak buat kerja? Tak larat nak tanggung simen, tak larat nak angkut pasir dan kren tak boleh bergerak sebab tak ada minyak.

Nota:
Ricky punya ricky rupa-rupanya Sunshine Fleet ni kepunyaan anak perempuan seorang raja.


dollah yankee -
483 juta? Kalau ali minta 10% dekat baba, senang-senang ali dapat 48 juta tak payah buat apa-apa pun.

Justice For All

Justice For All


Sultan Mahu Jambatan Bengkok..Rakyat Terpaksa Tanggung Beban Lagi

Posted: 25 Jun 2010 09:17 PM PDT

Sultan Johor mahu jambatan baru ganti tambak johor?? Mohon sembah patik tuanku, baik tuanku suarakan ini pada Pak Lah..biar dia bertanggungjawab bina jambatan bengkok ini..bukannya kerajaan muflis sekarang ni..buat membazir je kalau guna peruntukkan baru..sebab nak bina jambatan bengkok, kena ada RM1.2 bilion. Dan kerajaan Pak lah dulu bayar pampasan RM222.4 juta kepada Gerbang Selatan Bersepadu berikutan keputusannya membatalkan projek ini.

Jika ianya nak diteruskan, maka sekali duit rakyat digunakan. Baik gunakan duit untuk pembangunan rakyat. Kalau nak juga, minta Pak Lah yang buat. Sebab kedangkalannya tamatkan projek yang dicetuskan mahadet pada 1 Januari 2003 itu,menyebabkan negara rugi 0.2 bilion..satu pembaziran tahap mega..

Sultan Mahu Jambatan Baru Ganti Tambak Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail mahu kerajaan pusat mempertimbangkan semula projek jambatan baru menggantikan Tambak Johor yang pembinaannya dibatalkan pada 2006.

Titah baginda, pada majlis perasmian JB Sentral dan pelancaran Kembara Mahkota Johor (KMJ) di Johor Baharu, pagi ini, projek jambatan itu penting untuk rakyat.

Menurut Sultan Johor dengan terbinanya jambatan berkenaan ia melengkapkan peranan Kompleks Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Bangunan Sultan Ismail dan JB Sentral.

Pada 18 Jun tahun lalu, almarhum Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail menolak cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura.

Titah Sultan Johor itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan persidangan penggal kedua DUN Johor.

"Saya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa Tuanku tidak setuju dengan cadangan untuk membina jambatan ketiga," kata Tunku Ibrahim Ismail yang sekarang ini adalah Sultan Johor berikutan kemangkatan ayahandanya.

Nik Nazmi Nafi Berkecil Hati Dilucut Jawatan Setpol Khalid

Posted: 25 Jun 2010 08:17 PM PDT

Krisis kepimpinan PKR Selangor rupanya sebuah rekaan media. Azmin Ali letak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah PKNS kerana Nik Nazmi dilucutkan jawatan Setpol pada Khalid hanyalah saraf media umno. Nik Nazmi telah nafikan bahawa beliau 'tegang' dengan Tan Sri Khalid sepertimana catatan yang telah dibuat beliau dalam facebooknya semalam..

Banyak pihak buat spekulasi tentang kedudukan saya sebagai Setiausaha Politik kepada MB Selangor. Sebuah akhbar menganggap kononnya hubungan saya dengan Tan Sri Khalid tegang. Saya cerita laporan itu kepada MB ketika makan bersama Rabu lalu. Kami ketawa mengenainya. Kita tak boleh hentikan gosip dalam dunia politik ini

Dan ini catitan peribadi beliau dalam blog peribadinya..

Ucapan saya di Majlis Makan Malam MB Bersama Media

Saya mendapati diri saya mendapat perhatian media massa sejak minggu lepas. Banyak pihak membuat spekulasi tentang kedudukan saya sebagai Setiausaha Politik kepada Dato' Menteri Besar Selangor.

Salah sebuah akhbar yang mula-mula sekali menerbitkan berita ini beranggapan ini timbul berikutan hubungan tegang saya dengan Tan Sri Khalid. Itu tulisan orang yang tidak tahu kisah sebenar. Saya menceritakan laporan tersebut kepada Tan Sri ketika makan tengahari bersamanya Rabu lepas dan kami berdua ketawa mengenainya. Sebagaimana kata Tan Sri, kita tidak boleh menghentikan gossip dalam dunia politik ini.

Memandangkan saya juga seorang bekas kakitangan PNB dan mendengar serta membaca banyak kisah tentang Tan Sri, saya cukup teruja apabila diperkenalkan kepadanya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika saya bertugas sebagai setiausaha sulit Datuk Seri Anwar. Sayalah yang ditugas menghantar borang keahlian Keadilan kepada Tan Sri sebelum beliau dilantik menjadi Bendahari Agung parti.

Tan Sri telah menjadi seperti bapa kepada saya. Beliau telah memberikan saya peluang bukan sahaja untuk bertanding di Seri Setia, tetapi selepas mendapat mandat dari pengundi saya untuk menjadi Setiausaha Politiknya. Berkhidmat untuk Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid merupakan suatu penghormatan, untuk berada di tengah-tengah gelanggang dalam usaha mereformasikan negeri termaju di Malaysia.

Kepercayaan dan sokongan Tan Sri sebagai seorang ahli politik muda teramatlah penting, meskipun saya mesti mengakui, saya menjadi semakin tua selepas memegang jawatan ini!

Lebih dua tahun selepas PRU 8 Mac 2008, kami telah menyedari membawa perubahan selepas Selangor diperintah lebih 50 tahun oleh satu parti bukanlah mudah, apatah lagi apabila parti tersebut masih memegang tampuk Kerajaan Persekutuan. Harapan anggota Keadilan di Selangor dan seluruh negara terhadap Kerajaan Negeri telah banyak diperkatakan. Namun saya sering ingat pesanan Tan Sri bahawa akhirnya kita mesti membawa perubahan untuk rakyat biasa yang telah memberikan kepercayaan mereka kepada kami, sementara memastikan Keadilan dan Pakatan menjadi kuasa reformasi tulen di negara kita.

Tan Sri dan Kerajaan Negeri di bawah Pakatan boleh berbangga dengan pencapaian kita selama ini. Sudah semestinya, banyak lagi yang perlu dicapai dan saya yakin Tan Sri akan merealisasikannya dengan bersungguh-sungguh.

Tan Sri, saya telah banyak belajar sepanjang bekerja untuk dan bersama Tan Seri demi rakyat Selangor. Keinginan Tan Sri untuk berkhidmat untuk rakyat di sebalik segala rintangan patut dicontohi; susah hendak mencari seorang tokoh korporat yang sanggup meninggalkan kerusi ampuk dan menyinsing lengan untuk membawa perubahan di negara kita.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan hebat saya di Pejabat Menteri Besar. Puan Norzaton dan Encik Lam adalah antara yang terus berkhidmat dari pentadbiran lepas. Saya juga ingin menyatakan penghargaan saya kepada pembantu peribadi saya, Ruslinda yang telah berkhidmat untuk saya dengan cemerlang. Dedikasi penjawat awam dalam bekerjasama dengan pentadbiran baru sesuatu yang boleh dibanggakan.

Ada juga yang menyertai Pejabat MB bersama-sama atau selepas saya – ada diantara mereka yang dibuli saya untuk membuat keputusan sukar bekerjasama untuk Pejabat MB: Arfa'eza, Tricia, Tengku Maraziyah, Iliyas, Pakiyanathan.

Saya benar-benar gembira sepanjang masa kita berkhidmat bersama-sama di Pejabat MB dan saya berharap itulah sumbangan kecil saya dalam menjadikan Selangor lebih saksama, harmoni dan sejahtera.

Ramai lagi yang saya tak sempat hendak sebut. Terima kasih kepada semua.

Saya juga mesti menyebut Imaan, isteri saya yang terpaksa menanggung derita bukan sahaja menjadi isteri Yang Berhormat tetapi juga isteri Setiausaha Politik sedangkan beliau mempunyai kariernya tersendiri.

Kepada Tan Sri dan rakan-rakan sekerja saya, saya ingin menyusun sepuluh jari terhadap segala kekurangan atau kesilapan di pihak saya.

Apa yang saya boleh katakan di sini ialah saya akan terus berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri Seri Setia dan memperkukuhkan Keadilan (sumber)

40 Ularsemak Masuk UMNO..Mana Pula Perginya 4 Ularsemak Nih...

Posted: 25 Jun 2010 07:45 PM PDT

Semalam, 40 orang kononnya ulama masuk UMNO. Kita nak tengok berani si ulama' ni tegur UMNO. Tak payah yang susah, tegur pasal aurat je..kalau nak suruh ubah perlembagaan UMNO kepada perlembagaan islam, memang tak nampak jalan buat 40 ulama' nih..apapun naluri saya penuh dengan andaian, yang 40 orang ni akan gagal sepertimana ular semak umno terdahulu..

1-Wan Mokhtar (lepasan Universiti Al-Azhar-ExMB Terengganu)

-Terengganu negeri yang kaya dengan sumber antaranya galian minyak serta dapat manfaat royalti Petroleum. Hasilnya, Terengganu muncul ''antara negeri yang paling maju serta terkaya'' di semenanjung bahkan rakyat Terengganu lebih kaya dari rakyat negara Brunei.

2-Hamid Othman (lepasan Universiti Al-Azhar-Ex-Menteri JPM, Ex-Penasihat Agama dan beberapa jawatan)

-sampai sekarang, kita tak nampak apa sumbangan Hamid Othman untuk mengubah UMNO.

3-Mashitah (lepasan Univ Al-Azhar-menjawat jawatan dari S/U JPM hingga ke Timb Menteri JPM)

-kaedah ''wanita dibenarkan melacur sekiranya darurat'' meletakkan beliau sama tinggi, sama hebat dengan kaedah2 pendapat yg dikeluarkan oleh Syeikh Yusuf Al-Qardhawi, Syeikh Ali Jumuah, Syeikh Ramadhan Buthi, Syeikh Wahbah Zuhaili dan ulama' yg lain.

4-Firdaus (Ex-Imam Masjid Negara)

-pemain piala dunia sepak bola Jabulani, dia juga berjaya menyepak tong akibat kalah PRU 2004 di Permatang Pauh..bayangkan tok imam sepak tong?

Dan ini pula berita terbaru dari kraiutara. Ada ustaz umno kuar fatwa, wajib masuk UMNO..

Krai Utara: Seorang ulama UMNO, ustaz mohd noor deris yang merupakan bekas ketua penerangan umno kelantan dan bekas anggota dewan ulamak pas pusat telah melaungkan fatwa yang berbunyi begini:

SY DGN RASA TANGGUNGJAWAB BRUGAMA D ATAS MUKA BUMI ALLAH INI MERAYU KPD UMAT ISLAM TRUTAMA RAKYAT MALAYSIA !!! MMPRTAHANKN KUASA POLITIK YG ADA PADA UMNO KINI , JGN SESIPA TRUTAMA BEKAS PELAJAR2 SY DSELURUH MALAYSIA TRMASUK SABAH N SERAWAK !!! JGN TRLIBAT DGN MANA2 PARTI @ JEMA'AH PUN (AHZAB) YG BOLEH MELEMAH @ MENGGUGAT KESETABILAN POLITIK NEGARA KITA<>

POLITIK BUKAN MAINAN, POLITIK ADALAH PERJUANGAN ,POLITIK BRERTI PEMERINTAHAN N PNTADBIRAN , BRPOLITIK ADALAH TUGAS MANUSIA D BUMI INI . BRPOLITIK ADALAH AMAL SOLIH DAN JIHAD PARA NB N RASUL SEJAK ADAM >>>>> TTP JG BRPARTI SPRTI ABDULLAH B UBAY YG BERAHZAB SHINGGA BRLAKUNYA PPERANGAN KHUNDAK DMADINAH

DEMI PRPADUAN UMAT ISLAM MALAYSIA ! SY MENGAJAK N.AZIZ HJ HD DAN

PENGIKUT2NYA !!! BRTAUBATLH DAN BUBARKN PAS SEBELUM PRU 13 . JIKA ORG

PAS ITU BRKELAYAKN MNJD PM .TUNGGULAH PM YG KE 7 NNTI>>> AL-HAMDULILLAH !!! PRTI SEMANGAT 46 TELAH PUN DBUBRKN DEMI PRPADUAN MELAYU ISLAM

BRDASARKN

BBRAPA HADIS SAHIH N AYAT2 AL-QUR'AN !!! MENYRTAI UMNO ADALAH WAJIB ,

BUKAN SUNAT LG DMALAYSIA KINI !!! MNNTG N MMBUBAR PAS JUGA ADALAH WAJIB

,BUKAN PRKARA HARUS LG !!! SY MENYERU KERAJAAN ISLAM MALAYSIA SUPAYA

MAJLIS FATWA KBGSAAN N MAJLIS RAJA2 MELAYU MENGAMBIL TAGGUNGJAQWAB

BRDALILKN QUR'AN ,SUNNAH, IJMA' N QIAS

Macam2 Zaman Najib : Pencuri Pulangkan Pakaian Dalam

Posted: 25 Jun 2010 07:15 PM PDT

'Baik' ke pencuri ni???

Pencuri pulangkan seluar dalam, coli

KANGAR: Seorang pencuri memulangkan sepasang pakaian dalam milik seorang jurugambar wanita yang dilarikan bersama set kamera digital SLR bernilai RM3,000 dari rumah mangsa di Beseri, dekat sini, dalam kejadian dua minggu lalu.

Difahamkan, pakaian dalam itu iaitu coli dan seluar dalam milik mangsa diletakkan atas cermin hadapan kereta milik jurugambar wanita terbabit, pagi semalam.

Ketika itu, mangsa yang enggan namanya disiarkan, baru saja keluar dari rumah untuk ke tempat kerja di bandar ini, kira-kira jam 9 pagi.

Ketika ditemui jurugambar itu berkata pada mulanya terkejut melihat coli serta seluar dalam berkenaan di atas cermin hadapan kereta. Malah, dia turut mengesyaki ia sengaja dilakukan remaja nakal dengan niat mengusik.

Katanya, sebaik meneliti coli serta seluar dalam berkenaan, barulah dia menyedari pakaian dalam itu sebenarnya miliknya yang hilang pada 8 Jun lalu.

"Saya bersyukur kerana khuatir ia digunakan pencuri untuk tujuan tertentu termasuk sihir," katanya.

Perkara Haram Dalam Pameran Halal

Posted: 25 Jun 2010 06:45 PM PDT

Utusan Online menyiarkan gambar 3 Ratu Malaysia (dari kiri) Weena Marcus, J. Subathra dan Angelreena Lim pada majlis pelancaran mee segera terbaharu pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia, di Matrade, Jalan Duta, KL-25 Jun -Utusan/Mohd Naim Aziz

Patutlah 3 Model ni berpakaian seksi di pameran HALAL, sebab si Roswah yang jadi perasmi penutupnya. Diri tak laksanakan yang halal, pastu tergempol-gempol nak rasmi persidangan halal itu..ini beritanya

Sidang halal buka ruang pasaran global

KUALA LUMPUR: Lebih banyak sidang kemuncak industri halal perlu diadakan bagi memberi peluang penggerak industri berkenaan meningkatkan pengetahuan berhubung penemuan, teknologi baru dan pasaran yang sekali gus melonjakkan industri itu di pasaran global.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata antara pasaran masih belum diterokai bagi industri terbabit adalah sektor ramuan halal yang nilainya dianggarkan berjumlah AS$34.2 bilion, tahun ini.

"Kita mampu menghasilkan ramuan halal kerana kita sudah melaksanakan banyak kajian dan pembangunan dalam hal berkaitan dalam usaha mewujudkan bahan alternatif kepada bahan tidak halal yang lazimnya digunakan.

"Ramuan kompleks yang disepadukan ke dalam produk farmaseutikal dan penyediaan makanan, seperti gelatin, enzim dan bahan memekatkan makanan digunakan di dalam masakan harian dan penyediaan makanan kini mendapat pemantauan teliti dan diperdebatkan.

"Justeru, penting bagi ramuan halal yang mematuhi syariah disediakan bagi memenuhi keperluan pengguna," katanya menutup Sidang Kemuncak Penyelidikan Halal Dunia (WHRS) Ketiga 2010, di sini, semalam.

Minta 40 ularmak yang masuk UMNO semalam, silalah tegur perkara ni..jangan kerana pangkat dan fulus, anda tutup sebelah mata isu ini. Dan jangan lupa, sila tegur Roswah supaya berkelakuan halal. Kerana gadis remaja senang ikut perkara tak elok. Macam kes video lucah Ariel Paterpon, dilaporkan pihak polis Indonesia bahawa sebanyak 33 kes kejadian rogol berlaku, akibat pengaruh video itu..jadi jangan biarkan roswah dalam kehinaan dan buat perkara haram, sebab kesannya amat besar buat remaja.

Macam2 Zaman Najib : Pelatih PLKN Sorok Bayi Dalam Lokar

Posted: 25 Jun 2010 06:15 PM PDT

Nauzubillah..lahirkan anak dalam kem PLKN, pastu semnbunyikanya di dalam lokar..

Pelatih tidak isytihar mengandung

IPOH 25 Jun - Pelatih di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Jiwa Murni, Gunung Semanggol dekat sini yang dilaporkan bersalin kelmarin tidak membuat pengisytiharan memaklumkan bahawa dirinya mengandung.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pelatih berketurunan Orang Asli berusia 18 tahun itu tidak menyatakan perkara tersebut dalam borang pengisytiharan kesihatan yang disertakan bersama Nota Panggilan Pelatih (NTP).

Malah katanya, ketika mendaftarkan diri pada 20 Jun lalu untuk menjalankan pemeriksaan wajib ke atas dirinya oleh pegawai perubatan dilantik, pelatih terbabit juga tidak mengaku hamil.

"Dalam borang pengisytiharan kesihatan, setiap pelatih perlu mengesahkan 30 perkara yang disenaraikan termasuk mengandung. Tetapi pelatih ini tidak mengesahkan bahawa dia mengandung.

"Malah semasa menjalani prosedur perubatan wajib dan ditanya tarikh akhir datang bulan, pelatih terbabit menyatakan tarikh akhir dia datang bulan adalah pada 17 Jun," katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan mengenai seorang pelatih di Kem PLKN Jiwa Murni, Gunung Semanggol yang melahirkan bayi di dalam tandas pada pukul 12 tengah hari, Selasa lalu iaitu dua hari selepas melaporkan diri menjalani latihan di kem tersebut.

Maklumat bahawa bayi itu meninggal dunia katanya, hanya diketahui apabila seorang jurulatih menjumpai mayat seorang bayi lelaki di dalam baldi yang disorokkan di dalam lokar pelatih berkenaan.

"Dia mengalami tumpah darah keesokannya dan jurulatih telah membawanya ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan. Ketika ini pihak PLKN langsung tidak tahu dia melahirkan bayi kerana dia mengatakan keguguran.

"Apabila jurulatih terbabit kembali ke kem untuk mengambil pakaiannya, barulah hal sebenar diketahui. Pelatih ini menyembunyikan bayi yang dilahirkannya di dalam lokar," katanya.

Apalah Artis Malaysia Nih..Asyik Bercerai Je Kerjanya..

Posted: 25 Jun 2010 05:50 PM PDT

Apalah artis ni, cerai je kerjanya. Cerai talak tiga pulak tu..memang benar kata Saiful Apek, artis tak boleh jadi idola masyarakat..hanya Raslullah sahaja yang boleh menjadi idola masyarakat..

Pelakon sah bercerai talak tiga

ANNE (kiri) dan Abdul Wafi ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, semalam.

Mahkamah perintah Anne beredah sehingga lahir anak dalam kandungan

KUALA LUMPUR: Pelakon, Anne Ngasri sah bercerai talak tiga dengan suaminya, Abdul Wafi Hassan, demikian diputuskan Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan tiga lafaz cerai diucapkan Abdul Wafi, 29, di tempat dan masa berlainan terhadap Anne atau nama sebenarnya, Anne Ngasri, 26, sebagai sah dengan talak satu bagi setiap lafaz.

Shaiful berkata, plaintif (Anne) mendakwa diceraikan defendan (Abdul Wafi) di rumah mereka di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor, pada jam 11.20 pagi, 25 Mac lalu, dan ketika lafaz dibuat beliau mengandung dua bulan.

Katanya, kedua-dua pihak bersetuju tiada saksi lain mendengar lafaz itu dan mengakui pernah bercerai dua kali sebelum itu tetapi tidak pernah merujuknya ke mahkamah.

"Lafaz kali pertama adalah taklik dibuat pada awal Julai 2009 di Pesiaran Jawi, Pulau Pinang, dengan lafaz: 'kalau kau keluar dari rumah jatuh talak', plaintif bagaimanapun keluar dari rumah selepas itu.

"Lafaz kedua pada pertengahan Julai 2009 dalam perjalanan ke Pulau Pinang, manakala lafaz ketiga 25 Mac lalu (yang terbaru) dan defendan dalam keterangannya mengakui berniat menceraikan plaintif talak satu bagi setiap lafaz," katanya.

Shaiful berkata, kedua-dua pihak mengakui berlaku rujuk bagi lafaz pertama dan kedua pada awal dan pertengahan Julai apabila defendan melafazkan: 'Saya kembali kepada awak' dan dipersetujui plaintif.

"Sebelum mahkamah membacakan keputusan, ingin saya nasihatkan kedua pihak walaupun kemelut berlaku dalam rumah tangga kamu janganlah pula keburukan menutup segala kebaikan, kekalkan keharmonian dalam hubungan demi kepentingan anak.

"Mahkamah sabitkan berlaku perceraian tanpa pengetahuan di luar mahkamah untuk kali pertama dengan talak satu dan lafaz kedua pula jatuh talak satu berjumlah dua talak, manakala lafaz ketiga berlaku talak satu yang berjumlah tiga talak," katanya.

Mahkamah memerintahkan plaintif untuk beredah sehingga beliau melahirkan anak dikandungnya.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Anne yang kelihatan tenang berkata: "Saya sudah bersedia. Saya sudah tahu apa yang terjadi dan saya percaya masih ada hikmahnya."

Abdul Wafi yang diwakili peguam Mohd Hamidullah Che Hassan pula berlalu meninggalkan pekarangan mahkamah tanpa sebarang komen.

Terdahulu sebelum prosiding bermula, Anne yang hampir pitam ketika berada dalam tandas sempat menghubungi telefon bimbit Abdul Wafi dan beliau kemudian menghantar sebotol air kepadanya.

Ketika disoal, Anne yang ditemani ibunya, Habibah Jaafar, 55, berkata beliau hampir pitam mungkin kerana sedang mengandung dan kurang selera makan.

Anne yang tidak diwakili peguam memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai itu pada 14 April lalu, dan usia kandungannya kini masuk lima bulan.

Pasangan yang pernah menyertai program Sehati Berdansa musim pertama itu bernikah pada 26 Mei 2006 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak, Abdul Warits, 4, dan Abdul Wafri, 2.

Pengundi Dun Malim Nawar Buat Laporan Polis Terhadap Katak Singh..

Posted: 25 Jun 2010 04:20 PM PDT

Takkan dah tak faham-faham lagi wahai Adun Katak Malim Nawar, pengundi memang tak suka pada anda. Laporan polis menceritakan segala-galanya. 7,801Pengundi yang mengundi DAP memang minta anda letak jawatan. Letak jelah jawatan tu. Lagipun jika anda dah dapat duit dari BN, ambil dan letak jawatan. Taklah pegundi kutuk anda sampai mati..

Pengundi buat laporan polis

KAMPAR: Seorang pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Malim Nawar semalam membuat laporan polis terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Keshvinder Singh kerana tindakan wakil rakyat itu keluar dari DAP dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Pengundi itu, Veer Singh Ban Singh, 48, yang mendakwa mewakili lebih 23,000 pengundi di DUN berkenaan membuat laporan di Balai Polis Malim Nawar, dekat sini kira-kira jam 12 tengah hari.

Katanya, Keshvinder perlu disiasat mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu dan membohongi rakyat selepas mengabaikan tanggung jawabnya sebagai wakil rakyat.

Beliau mendakwa Keshvinder sebelum ini memberi pelbagai janji untuk membantu rakyat di DUN Malim Nawar.

"Kami memahami kemungkinan Keshvinder mempunyai masalah peribadi tetapi dia tidak sepatutnya melepaskan tanggungjawabnya selepas rakyat meletakkan kepercayaan tinggi kepadanya untuk membantu meringankan beban rakyat.

"Pengundi mengesyaki kemungkinan berlaku sebarang unsur rasuah atau ada di kalangan individu terbabit dalam agenda itu (keluar parti). Pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis perlu menjalankan siasatan terperinci mengenai perkara itu," katanya selepas membuat laporan itu.

Veer Singh ditemani Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dan ADUN Sungkai, A Sivanesan.

Keshvinder mengisytiharkan keluar daripada DAP dan menjadi wakil rakyat Bebas pada 15 Jun lalu, selepas mendakwa beliau kecewa dengan kepemimpinan Pakatan Rakyat Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

Sementara itu, Kulasegaran mendakwa laporan polis berkenaan adalah kali pertama dilakukan di Malaysia oleh pengundi yang tidak berpuas hati dengan perbuatan tidak bertanggungjawab wakil rakyat di kawasan mereka.

"Sebelum ini, belum ada sejarah menunjukkan pengundi di sesuatu kawasan bertindak membuat laporan polis mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan jenayah menipu. Ia jelas menunjukkan perasaan tidak puas hati rakyat di kawasan itu yang marah dengan tindakan Keshvinder," katanya.

Keshvinder gagal dihubungi bagi mengulas laporan polis terhadapnya.

Piala Dunia (30) : Sepanyol & Chile Mara Ke Pusingan Ke-2, Switzeland Hanya Mampu Seri 1 -1 Dengan Honduras

Posted: 25 Jun 2010 03:45 PM PDT

Piala Dunia: Sepanyol, Chile mara ke pusingan kedua

Inilah kedudukan akhir kumpulan G

TEAMS W D L GD PTS

Spain 2 0 1 2 6

Chile 2 0 1 1 6

Switzerland 1 1 1 0 4

Honduras 0 1 2 -3 1

Sepanyol 2, Chile 1

PRETORIA 26 Jun – Jaringan David Villa pada minit ke-24 dan Andres Iniesta pada minit ke-36 membawa Sepanyol menjuarai Kumpulan H apabila menumpaskan Chile 2-1 di Stadium Loftus Versfeld awal pagi ini.

Chile yang bermain dengan 10 pemain bagi tempoh 53 minit pula mendapat gol sagu hati hasil jaringan pemain gantian, Rodrigo Millar pada minit ke-46.

Dengan kekalahan itu, Sepanyol akan bertemu Portugal selaku naib juara Kumpulan G pada 30 Jun depan sementara Chile menempuh laluan berduri menentang Brazil sehari sebelum itu.

Switzeland 0, Honduras 0

Sementara itu di BLOEMFONTEIN, Honduras dan Switzerland terikat tanpa jaringan dalam satu lagi perlawanan Kumpulan H sekali gus menyaksikan kedua-dua.

Gula Rupanya 'Disorokkan' Ke Singapura

Posted: 25 Jun 2010 12:43 PM PDT

Bila keretapi ni terbalik baru kita tahu..yang gula Malaysia dijual ke Singapura. Mungkinkah ini yang menjadi punca gula tiada di Malaysia sekarang ini ? Harga gula di Semenanjung Malaysia ialah RM1.65 sekilo manakala di Singapura ialah RM3.05, lagi untung jual di Singapura. Nasiblah ada pemimpin perompak duit rakyat..wang didahulukan, rakyat diperkakaskan..

Enam gerabak keretapi tergelincir bawa gula

JOHOR BAHARU, 23 Jun (Bernama) -- Enam gerabak kargo bersama muatan gula tergelincir di KM653.5-KM654.5 antara Paloh ke Chamek, dekat Kluang, awal pagi Rabu.

Pemangku Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Mohd Fazil Ismail berkata kejadian itu berlaku pada pukul 2.43 pagi ketika kereta api 30 gerabak itu sedang dalam perjalanan dari Prai, Pulau Pinang ke Singapura.

UMNO & Judi..Ibarat Irama & Lagu

Posted: 25 Jun 2010 10:56 AM PDT

Ulamak Pulau Pinang fatwa haram 'Loteri Umno'

Gambar: Keratan Akhbar Utusan Melayu (jawi) bertarikh 1951 diatas menyatakan tentang fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang UMNO gunakan itu adalah HARAM. Terjemahan tulisan Jawi dari Akhbar Utusan Melayu 20/8/1951:

Pulau Pinang-19 ogos – Loteri UMNO kalau seperti yang biasa di buat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli 'Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu dita'rifkan masuk kedalam bab perkataan "JUDI" yang tersebut didalam Al-Qur'an.

Demikian keputusan muktamad persidangan Khas Ahli-ahli Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai yang telah dilangsungkan di Madrasah Al-khairiyyah, pokok Sena, Seberang Perai semalam dengan di hadiri oleh kira-kira 50 orang Alim Ulama dan pemerhati-pemerhati dipengerusikan oleh TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai.

KUALA LUMPUR, 19 Jun — Langkah pentadbiran Najib baru-baru ini untuk meluluskan lesen pertaruhan sukan kepada syarikat milik jutawan Tan Sri Vincent Tan bertujuan "menghormati" hak-hak kaum bukan Islam negara ini, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kerajaan

perlu mengambil kira hak warganegara lain, bukan hanya golongan Islam yang merupakan majoriti penduduk negara ini.

"Anda kena ingat negara tidak hanya milik golongan Muslim semata-mata. Ada juga kaum bukan Islam, sebagai contoh (mereka terlibat dalam) perjudian... ia adalah budaya mereka, cara hidup mereka dan kita perlu menghormati budaya mereka.

"Jangan semua undang-undang berdasarkan keperluan orang Islam sahaja," kata Nazri (gambar) kepada The Malaysian Insider baru-baru ini.

Anggota Kabinet yang lazimnya lantang dalam pendirian beliau menjelaskan, terdapat salah faham bahawa tindakan menghalalkan lesen judi akan menyebabkan merosotnya undi Melayu Islam kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.

"Pergi dan tanya bukan Islam sama ada ia akan menjejaskan undi mereka, bukan sahaja pengundi Muslim.

"Kecenderungan kita ialah selalu berfikir dari sudut golongan Islam, seolah-olah bukan Islam bukan bahagian penting di negara ini.

"Kita tidak boleh begitu, kita perlu mempertimbangkan hak-hak mereka juga," kata Nazri.

Nazri juga mengecam Pakatan Rakayat yang menggunakan isu ini semata-mata untuk mendapatkan undi orang Melayu, yang lazimnya menjadi "simpanan tetap" bagi BN sejak lima dekad yang lalu.

Di sebalik pandangan ini, Nazri bersetuju dengan pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa tindak membangkang Pakatan Rakyat adalah disebabkan motif politik, bukannya kerana Islam.

"Ya, saya setuju dengan Tun, walaupun ia (pendirian saya ini) mungkin mengejutkan anda.

"DAP menentang perjudian sukan? Saya rasa ia cuma dipolitikkan kerana apa fokus kita (sebenarnya)? Undang-undang syariah dengan jelas mengatakan Muslim tidak boleh berjudi. Ini tidak boleh dipertikaikan (lagi kan)," katanya.

Nazri juga berkata, kerajaan akan menguatkuasakan satu sistem baru yang akan menghalang orang Islam daripada berjudi.

"Kita boleh mengadakan sistem yang akan menghalang orang Islam daripada berjudi, jadi kita akan mengadakannya.

"Jika anda mahu berjudi, anda mesti menunjukkan kad pengenalan, nama penuh. Jika anda seorang beragama Islam, anda tidak boleh mengambil bahagian dalam perjudian," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi jaminan sistem itu seratus peratus bebas daripada kelemahan.

"Kita boleh menguatkuasakannya, menggunakan apa juga cara yang kita ada.

"Tetapi tiada seratus peratus jaminan yang kita boleh menghalang (orang Islam daripada berjudi)," kata wakil rakyat Padang Rengas ini.

Selasa lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan Kementerian Kewangan tidak mengeluarkan sebarang lesen pertaruhan kepada Ascot Sports, syarikat Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan.

Sehubungan itu Najib juga menegaskan beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan tambahan berhubung isu judi sukan.

"Saya sudah pun membuat keputusan, tidak ada lagi kenyatan mengenai perkara ini.

"Tidak, lesen bukannya isu (sekarang)," kata Najib.

Kerana Desakan Rakyat : Najib Terpaksa Batalkan Lesen Judi Sukan

Posted: 25 Jun 2010 10:04 AM PDT

Dah kena desak baru nak batalkan lesen. Kalaulah tiada yang timbulkan isu ini, sudah pasti Najib tetap teruskan lesen judi ni..Khir Jamil sudah tentu diperbudakkan dan jadi menteri dungu sahaja, lihat judi diluluskan.

Tahniah rakyat Malaysia, tahniah GMJ dan PR..perjuangan anda tidak sia-sia..

Kerajaan Tak Jadi Keluar Lesen Judi Sukan - Najib

Kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan atas pertimbangan agama dan juga kesan politik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Katanya, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini, dan keputusan tersebut disokong sebulat suara.

Menurut Najib, di peringkat awalnya, terdapat perbezaan pendapat mengenai perkara itu, tetapi selepas itu, semuanya akur dengan keputusan berkenaan.

Lesen pertaruhan sukan tidak dikeluarkan - Najib

Ops lupa, takziah buat Rais yatim, Nazri Aziz, Awang Adek, Mahadet dan lain-lain sokong judi..nampaknya niat 'ikhlas' anda untuk lihat judi sukan ditolak. Tak lupa pada rakan sefikrah, MIC yang sedang kena MC terhidu GAS..kenyataan si Samy untuk sokong judi, rupa-rupanya sia-sia sahaja..ini beritanya..

Lagi parti komponen BN sokong judi sukan

Selepas MCA, PPP, sebuah lagi parti komponen BN hari ini melahirkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pertaruhan judi sukan di negara ini.

MIC menerusi presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu dalam kenyataan media berkata parti terbesar India itu tidak menentang cadangan untuk membenarkan pertaruhan sukan di negara ini kerana ia membabitkan golongan bukan Islam sahaja.

"Saya berpendapat ia harus dibenarkan bagi membendung perjudian haram. Ia bukan sesuatu yang baru kerana perjudian sah dalam bentuk lain sudah ada untuk bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya adalah lebih baik untuk mengawal pertaruhan sukan dengan adanya peraturan yang perlu dipatuhi.

Beliau berkata, wang yang dikutip dalam bentuk cukai dari syarikat yang mengendalikan pertaruhan sukan akan dapat digunakan untuk tujuan kebajikan bukan Islam.

Brazil & Portugal Layak Ke Pusingan Ke-2, Ivory Coast Pulag Awal

Posted: 25 Jun 2010 09:17 AM PDT

Brazil dan Portugal layak ke pusingan ke2 Piala Dunia. Brazil dan Portugal catatkan seri 1-1 dalam pertemuan sebentar tadi. Ini kedudukan kumpulan G

TEAMS W D L GD PTS

Brazil 2 1 0 3 7

Portugal 1 2 0 7 5

Ivory Coast 1 1 1 1 4

North Korea 0 0 3 -11 0

Piala Dunia: Portugal 0 Brazil 0

DURBAN: Pertemuan Portugal dan Brazil dalam perlawanan terakhir Kumpulan G di Stadium Moses Mabhida berkesudahan seri 0-0, sebentar tadi.

Dengan keputusan, Brazil dan Pertugal yang masing-masing juara dan naib juara kumpulan melangkah ke pusingan kalah mati.

Piala Dunia FIFA 2010: Korea Utara 0, Ivory Coast 3

NELSPRUIT: Ivory Coast menundukkan Korea Utara 3-0 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan G Piala Dunia FIFA 2010 yang berlangsung di Stadium Mbombela, sebentar tadi.

Gol Ivory Coast dijaringkan Toure Yaya pada minit ke-14, Romaric (minit ke-20) dan Kalou (minit ke-82).

Bala Allah Menimpa Singapura

Posted: 25 Jun 2010 08:32 AM PDT

Padan muka Singapura. Inilah bala daripada Allah ke atas negara yang bermaksiat..semua tahu, yang Singapura ada pusat judi terbesar di asia..mungkinkah ini penyebab bala datang dari Allah..wallahua'lam

Hujan lebat sebabkan banjir di Singapura

SINGAPURA: Hujan lebat selama sejam mulai jam 8 pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar bandar ini dilanda banjir.

Keadaan itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas apabila beberapa jalan ditenggelami air dan berlaku kejadian pokok tumbang yang menghalang lalu lintas ke kawasan bandar.

Lalu lintas sepanjang Jalan Bukit Timah ke arah bandar tidak bergerak untuk beberapa jam apabila ia ditenggelami air, manakala trafik di tempat lain dilencongkan.

Kawasan lain yang turut terbabit dengan banjir dan pokok tumbang ialah Upper Thomson Road, Ang Mo Kio Avenue, Jalan Boon Lay dan sebahagian Orchard Road.

Agensi Air Singapura, PUB, mencatat jumlah hujan yang turun antara jam 8 hingga 9 pagi ini ialah 100 milimeter.

Pada 16 Jun lalu, jumlah hujan yang sama menyebabkan banjir di Orchard Road yang juga adalah kawasan tumpuan pelancong menyebabkan kerosakan teruk kepada harta benda dan kenderaan serta menjejaskan perniagaan di sana.

Separuh Masa Pertama : Ivory Coast 2, Korea Utara 0..Brazil 0, Portugal 0

Posted: 25 Jun 2010 08:16 AM PDT

Piala Dunia FIFA 2010: Korea Utara 0, Ivory Coast 2 (separuh masa pertama)

NELSPRUIT: Ivory Coast mendahului Korea Utara 2-0 pada separuh masa pertama dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan G Piala Dunia FIFA 2010 yang berlangsung di Stadium Mbombela, sebentar tadi.

Gol Ivory Coast dijaringkan Toure Yaya pada minit ke-14 dan Romaric pada minit ke-20.

Piala Dunia: Portugal 0 Brazil 0 (separuh pertama)

DURBAN: Tamat separuh masa pertama pertemuan Portugal dan Brazil dalam Kumpulan G di Stadium Mosesx Mabhda masih terkat 0-0

Rupanya Ada Juga Pensyarah Kangkung Masuk UMNO..

Posted: 25 Jun 2010 07:14 AM PDT

Rupanya ada juga 'ulama' su yang sertai umno malam ini. Diketuai pensyarah UKM Fakulti Pengajian Islam. Kalaulah pensyarah isytihar masuk PR, sudah tentu kena notis pecat 24 jam..tapi UMNO, dibiarkan dan mendapat liputan meluas..lepas ni tentu pensyarah ni jadi Dekan pula..

Datuk Seri Najib Razak menerima sampul surat 40 borang penyertaan daripada Fadlan Mohd Othman (dua dari kiri) dengan diperhatikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Sekumpulan 40 ulama yang berusia antara 20-an dan 40-an menyertai Umno malam ini tanpa penyertaan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang banyak disebut-sebut sebelum ini.

Bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata mereka merupakan kumpulan pertama dan akan disusuli dengan sekumpulan kedua dalam waktu terdekat.

"Sebenarnya ada dua golongan yang menyokong Umno. Satu sebagai ahli secara langsung dan lagi bukan ahli tetapi menyokong Umno.

"Dr Asri termasuk dalam kedua-dua kumpulan ini. Tetapi pada masa sekarang Dr Asri dalam kumpulan kedua iaitu menyokong dari luar dan satu hari nanti akan menjadi ahli Umno," kata beliau menjawab soalan status Asri yang disebut-sebut akan menyertai Umno hari ini.

Kumpulan 40 ulama ini menyerahkan borang penyertaan ahli Umno kepada Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak di tingkat empat Menara Dato' Onn sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Kumpulan itu diketuai oleh Fadlan Mohd Othman, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mat Said Tukar Exco Pro Deris Jusoh..UMNO Marang Bantah Mat Said

Posted: 25 Jun 2010 06:10 AM PDT

Kah..kah Mat Said, hari ahad ni, rakyat Terengganu akan dapat cuti raikan kemenangan juarai Sukma yang tenggelam kemeriahannya dengan World Cup...dan hari semalam juga, rakyat Terengganu yang miskin dapat tengok sekali pergaduhan antara team mat said dan team deris jusoh..kali ini libatkan isu rombakan exco..berani betul mat said tukar Yahya Khatib dari exco kanan, Exco Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri kepada exco jaga wanita, iaitu exco Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri. Kah..kah mat said, berperang besarlah lagi umno terengganu.

Mana perginya si Naib Presiden orang johor, takkan tak perasan mat said sedang tunjuk gedebenya..kalau semua nak tahu, si Yahya Khatib ni lah yang lawan perintah mat said agar tak cabar ketua bahagian Marang..dan si Yahya Khatib inilah, yang tewaskan kroni mat said, Datuk Abdul Rahman Bakar dalam perebutan jawatan Ketua UMNO Bahagian Marang..dan yang paling penting, si Yahya Khatib inilah yang merupakan kroni 12 budak hitam pro Deris Jusoh, terutamanya timbalannya si Alias Abdullah yang sanggup kata Mat Said cap ayam..ini beritanya..

MB Terengganu rombak lima Exco

:KUALA TERENGGANU – Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, semalam, membuat rombakan secara mengejut terhadap portfolio melibatkan lima Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di negeri ini.

Ketika mengumumkan perkara itu, Ahmad dalam satu kenyataannya memberitahu, rombakan yang berkuat kuasa 1 Julai depan bagaimanapun tidak membabitkan sebarang pengguguran Exco sedia ada.

Namun, tindakan tersebut dilihat sebagai amat memeranjatkan dalam kalangan ahli politik di negeri ini, menyebabkan ada Bahagian UMNO telah mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan perkara tersebut.

Dalam rombakan itu, ia melibatkan pertukaran potfolio Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri akan disandang Datuk Za'abar Mohd Adib mengambil alih jawatan yang sebelum ini daripada Yahya Khatib Mohamad.:

Tempat Datuk Za'abar iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri pula akan diambil alih Datuk Abdul Rahin Mohd Said yang sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri sementara Yahya Khatib akan memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri.

Asha'ari Idris pula akan mengambil alih portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani yang disandang Rozi Mamat, manakala Rozi pula ditukarkan kepada portfolio Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri.

Surat arahan pertukaran kepada pengerusi-pengerusi portfolio baru itu dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Ahmad dalam kenyataan tersebut berkata, pertukaran portfolio itu mampu memberi pendedahan dan pengalaman baru serta proses 'enrichment' berterusan kepada barisan Exco kerajaan negeri selain memantapkan jentera eksekutif dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

"Saya percaya gandingan kesemua barisan Exco yang terbabit dengan penyusunan semula ini dan yang kekal dengan portfolio masing-masing dapat memainkan peranan lebih berkesan dalam usaha Kerajaan Negeri untuk 'Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan'," katanya.

Sementara itu, Asha'ari dan Abdul Rahin ketika dihubungi mengakui tidak mengetahui pertukaran portfolio itu dan masih belum menerima sebarang surat makluman secara rasmi.

Menurut Asha'ari, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya ditukarkan kepada portfolio Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Saya belum tahu perkara ini dan tidak dimaklumkan secara rasmi serta tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Exco, Rabu lalu. Hari ini (semalam) saya menerima lebih 10 panggilan bertanyakan mengenai perkara ini dan 21 mesej yang masih belum dibuka berkemungkinan bertanyakan perkara sama.:

"Bagaimanapun, ia tidak menjadi masalah kerana segala program telah dirancang dari awal, cuma bertukar :driver: sahaja. Saya melihat mungkin YB Setiu lebih sesuai dengan portfolio tersebut kerana kebanyakannya dari Setiu seperti Datuk Abdul Ghani Mohd Amin, Datuk Tengku Mahmud, Datuk Mohd Ghazali, Datuk Mohd Jidin Shafee, begitu juga pada zaman pemerintahan Pas, Exco pertanian dari Setiu," katanya.

Sementara itu, Jawatankuasa UMNO Bahagian Marang dipengerusikan Timbalannya, Alias Abdullah mengadakan mesyuarat tergempar berkaitan itu itusambil menyifatkan pertukaran itu sebagai perkara amat mendukacitakan.

Mesyuarat kira-kira sejam turut memutuskan tindakan Ahmad sebagai bukan sahaja menimbulkan kekecohan di peringkat pentadbiran negeri, malah jauh sekali daripada memperkasa parti yang memerintah.

Dari Subuh Ke Magrib, Nak Masuk Isya'..Takde Pun Dr Asri Serah Borang Masuk UMNO

Posted: 25 Jun 2010 05:17 AM PDT

Mana dia gegak gempita yang kata 40 ulama berkelulusan ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) akan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Najib di Kuala Lumpur hari ini. Dari subuh hingga ke magrib, langsung tiada berita ini. Jadi memang umno kaki tipu, suka sebarkan fitnah. Terutamanya si SUK UMNO dan Shahidan Kassim..ini petikan ucapan Shahidan Kassim (sini)

"Saya telah mengadakan pertemuan dengan 40 ulama berkelulusan Phd itu. Mereka menyatakan hasrat untuk menyertai UMNO. Para ulama berkenaan mahu menyerahkan borang menyertai UMNO Jumaat ini kepada Perdana Menteri sendiri di Kuala Lumpur.

Apapun yang ada hari ini adalah luahan ketidakpuasan hati seorang pemimpin UMNO KL..

Dr. Asri ; masuk UMNO atau PAS ?

UMNO jangan terlalu ghairah dengan kesediaan bekas Mufti Negeri Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin untuk menyertai parti itu, kata Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, Dr. Asri bukan tokoh istimewa yang perlu diberikan perhatian dan kesediaannya menyertai UMNO harus diperbesarkan.

"Pemimpin UMNO tidak perlu teruja dengan kesediaan beliau menyertai politik, mungkin dia akan menyertai UMNO atau PAS," katanya.

Menurutnya, apabila seseorang individu yang pernah terjebak dalam isu kontroversil diagungkan akan menyertai UMNO, seolah-olah menunjukkan parti sudah ketandusan pemimpin.

"Ini tidak baik kepada UMNO kerana tidak ada sesiapa yang perlu diberikan layanan istimewa sama ada dia doktor, mufti atau ahli perniagaan," tegasnya.

Beliau berkata, kenyataan Dr. Asri kononnya beliau akan membawa bersama 100 orang ulama termasuk berkelulusan Phd menyertai UMNO masih boleh diragui.

Sebaliknya kata beliau UMNO wajar mengambil sikap berhati-hati kerana Dr. Asri pernah dikaitkan dengan fahaman Wahabi yang bertentangan dengan Ahli Sunah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini.

"Kita khuatir apabila ada laporan mendakwa beliau dan pengikutnya dipercayai berusaha mengembangkan fahaman Wahabi di negara ini dengan menyusup masuk ke dalam UMNO," katanya.

Katanya, sama ada dakwaan itu benar atau fitnah, UMNO perlu berhati-hati dengan kesediaan beliau menyertai UMNO yang sebelum ini juga mempunyai hubungan rapat dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik kata-kata Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab. Rauf Yusoh yang menyebut bekas Mufti Perlis itu akan menyertai UMNO Bahagian Bukit Bintang di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jumaat ini.

Ab. Rauf yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang dipetik sebagai berkata, kemasukan Dr Asri dan kumpulannya akan menyemarakkan sokongan orang Melayu kepada UMNO.

Menurut Syed Ali lagi, ketika isu panas Dr. Asri ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini, beliau telah mengadakan perjumpaan strategik dengan Nik Aziz di Kelantan.

"Malah Dr. Asri sering diundang mengisi forum anjuran kerajaan Kelantan dan berita terbaru beliau akan menyertai UMNO merupakan sesuatu yang agak pelik," ujarnya.

Dalam hubungan initegasnya, kenyataan pemimpin UMNO Bahagian Bukit Bintang itu dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai persepsi sama ada Dr. Asri mempunyai motif tertentu menyertai UMNO.

Kebimbangan itu kata Syed Ali, bukan bermakna menyekat mana-mana individu menyertai UMNO tetapi latar belakangnya perlu diperhalusi.

"Memang UMNO amalkan dasar buka pintu kepada semua orang Melayu, tetapi dalam situasi politik sekarang, kita perlu berwaspada dengan pelbagai bentuk muslihat musuh," tegasnya.

Syed Ali menjelaskan, UMNO sentiasa menerima penyertaan keahlian termasuk golongan profesional dalam usaha memantapkan perjuangan parti.

Zambry MB Haram Boros & Membazir..

Posted: 25 Jun 2010 03:50 AM PDT

Apani Zambry..dahla MB Haram. Membazir pula tu. Kalau mesyuarat negeri di hotel lima bintang di KL guna duit sendiri takpalah. Ini tidak, guna duit rakyat Perak. Memang kesian rakyat Perak bermenteri besarkan MB Haram.

(Taiping 25-6-2010)

Ahli Parlimen kawasan Taiping, Nga Kor Ming hari ini meminta penjelasan dari Menteri Besar, Dato Seri Zamry Bin Abdul Kadir, apa rasional mesyuarat EXCO kerajaan Negeri Perak kerap kali diadakan di Hotel 5 bintang di Kuala Lumpur sedangkan rakyat dalam negeri sedang menghadapi kekangan kewangan dan defisit kerajaan negeri telah mencecah RM70 juta pada tahun ini.

Nga, yang juga merupakan Setiausaha Negeri DAP Perak berkata, majlis mesyuarat kerajaan Negeri Perak dibawah pimpinan ADUN Pangkor, Dato Seri Zamry Bin Abdul Kadir telah mengadakan mesyuarat mingguan tersebut di hotel Kuala Lumpur pada rabu ini sedangkan bangunan Perak di Ipoh telah siap dengan segala kemudahan. Nga menyifatkan tindakan Zamry adalah satu pemborosan wang rakyat dengan puluhan ribu elaun, sewa hotel dan kos penginapan serta kos pengangkutan yang terpaksa dibiayai rakyat kerana mesyuarat Exco di Kuala Lumpur.

Nga berkata demikian dalam satu siding akhbar hari ini pusat Khidmat DAP Taiping.Beliau berkata, adalah tidak masuk akal bahawa mesyuarat Exco Perak sering kali diadakan di Kuala Lumpur, mahupun ditempat peranginan sedangkan hutang negara telah mencecah jumlah RM377 billion yang semakin membimbangkan. Tambahan lagi, Negara kita sedang menghadapi risiko menjadi muflis menjelang tahun 2019 seperti yang diramalkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Idris Jala.

Nga berkata, mengikut statistik Jabatan Perdana Menteri, 40% dari keluarga rakyat Malaysia, iaitu 2.4 juta keluarga diseluruh negara berpendapatan kurang dari RM2,000 setiap bulan, dengan Perak mempunyai bilangan terbanyak seramai 192,000 keluarga, atau 12.5% dan diikuti oleh Sabah, Johor, Kedah dan Sarawak. Dibawah pemerintahan BN, Perak juga merosot menjadi Negeri Ke-3 termiskin di Malaysia selepas Sabah dan Terengganu.

Nga bertambah, apabila kerajaan berwar-war memotong subsidi barangan asas kepada rakyat, pada masa yang sama pula kerajaan membelanja RM600 juta membina projek "Gajah Putih" seperti Putrajaya Convention Centre(PICCI), RM811 juta untuk Istana Negara yang baru, RM800 juta untuk bangunan Parlimen baru. Malahan kerajaan membelanja RM6,700 juta untuk membeli kapal peronda TLDM walaupun Malaysia adalah anggota treati Antarabangsa anti Perang dan berada diluar zon perang. Pengurusan kewangan yang lemah dan tindakan boros kian serius dan beliau menyeru rakyat berubah untuk menyelamatkan Negara daripada menjadi muflis menjelang tahun 2019. (sumber)

Jadual Perlawanan Malam Ini..Saya Pilih Brazil, Ivory Coast,Switzeland serta Chile Menang Malam Ini

Posted: 25 Jun 2010 03:07 AM PDT

Jadual Perlawanan Malam Ini & Awal Pagi Esok

BERIKUT adalah jadual perlawanan Piala Dunia yang akan berlangsung malam ini dan awal pagi esok.

Malam ini

Korea Utara lwn Ivory Coast, 10.00 mlm

Portugal lwn Brazil, 10.00 mlm

Awal pagi esok

Switzerland lwn Honduras, 2.30 pagi

Chile lwn Sepanyol, 2.30 pagi

Saya memilih pasukan Brazil, Ivory Coast dari kumpulan G dan Switzeland serta Chile dari kumpulan H untuk menang malam ini..

Isu Kerugian Felda : Ahmad Maslan Meng'Khinzir' Buta Nak Saman Orang

Posted: 25 Jun 2010 02:28 AM PDT

Ahmad Maslan dah gila saman..mengkhinzir buta mahu saman orang..ini tak lain kerana nak tipu masyarakat Felda sekali lagi..

Saman: Abdul Wahid anggap Ahmad 'bodoh'

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (gambar) menyifatkan Datuk Ahmad Maslan sebagai 'bodoh' kerana mahu menyamannya berhubung isu Felda.

Bagi Abdul Wahid, kenyataannya di Dewan Rakyat yang mendakwa Felda sebagai 'peneroka tanah haram' tidak boleh disaman sebagaimana yang diumumkan oleh Timbalan Menteri

di Jabatan Perdana Menteri itu yang disiarkan Malaysiakini tengah hari tadi.

"Dia ini mungkin 'bodoh', macam mana nak saman saya. Saya buat kenyataan itu di Dewan Rakyat," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily sekejap tadi.

Menurutnya, apa jua kenyataan dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat, menurut undang-undang tidak boleh dibawa ke mahkamah.

Tambahnya lagi, Ahmad sendiri pada Isnin lepas telahpun memberi respons apabila beliau mendakwa Felda sebagai peneroka tanah haram.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Ahmad supaya bertindak secara lebih bijak dengan merujuk kenyataanya itu pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kelak.

Beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam berkata, Ahmad mungkin menggelabah apabila beliau mendedahkan fakta di sebalik tindakan kerajaan Terengganu menolak bayaran premium yang ditawarkan oleh Felda ke atas sejumlah tanah yang telahpun dimajukan di negeri itu di Dewan Rakyat.

Puncanya, menurut beliau, ekoran keengganan Felda menempatkan lebih tiga ribu peneroka lagi di atas 14,791.23 hektar tanah yang dimajukan mereka.

Keengganan Felda itu, menurut beliau, disebabkan terlalu mementingkan keuntungan korporat hatta mengetepikan kepentingan rakyat.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan di Dewan Rakyat tentang keluasan sebenar tanah yang dimajukan oleh Felda tanpa penyertaan peneroka serta jumlah premium yang belum dibayar kepada para peneroka terbabit.

Kalau Ahmad tidak menggelabah pun, katanya lagi, kenyataan timbalan menteri itu hari ini mungkin sekadar mahu menutup kelemahan dalam urus tadbir Felda apabila isu tersebut mulai menjadi perhatian umum.

"Sekarang ini, dia mungkin menggelabah apabila isu (Felda) ini timbul, dia menggelabah nampaknya, kalau tak, dia mungkin nak tutup kelemahan Felda," ujar beliau dalam nada berseloroh.

Sehubungan itu, beliau mencabar Ahmad supaya segera bertindak menyamannya kerana membangkitkan isu yang kian menggamit sesitiviti para peneroka di Terengganu.

"Kalau dia nak saman, saman. Saman segera saya, dia lawan kita dan kita bersama rakyat akan lawan dia," tegas beliau.

Selain Wahid, Malaysiakini melaporkan, Ahmad turut bercadang menyaman Datuk Zaid Ibrahim (Penyelaras Pakatan Rakyat), Tan Kee Kwong (Majlis Pimpinan Pusat PKR), Suhaimi Said (Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR Pahang) serta Zaid Dzulkarnain Talib (Ketua Pengarang akhbar Suara Keadilan).

Dalam suatu kenyataan, Ahmad berkata, pihaknya bersama-sama Felda telahpun melantik peguam dan melalui dua kali sesi perbincangan.

Namun, Ahmad tidak pula memberitahu bilakah Felda mahu memfailkan saman terhadap mereka.

Ini tak nak saman ke wahai Ahmad Mas Saman..

Isu tunai Felda susut timbul prasangka

2010/06/25

KUALA LUMPUR: Isu kemerosotan simpanan tunai Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.45 bilion pada 2009 menimbulkan pelbagai prasangka ke atas penyalahgunaan wang kepunyaan lembaga itu.

Bimbang ia bakal memberi impak kepada Felda, Pengerusi Eksekutif, Puncak Niaga Holding Berhad yang juga generasi kedua Felda, Tan Sri Rozali Ismail, mencadangkan supaya pendekatan lebih pragmatik diambil dalam menangani isu berkenaan.

Katanya, langkah itu perlu kerana kejayaan dicapai Felda dalam memacu pembangunan Malaysia menerusi program 'land reforms' dan program khusus bagi peneroka di seluruh 317 rancangan tanah serta pembangunan generasi baru mengharumkan nama negara.

"Felda seharusnya diberi peluang memberi penjelasan dan rasionalisasi akaun kewangannya sebelum tohmahan dibuat ke atas lembaga itu.

"Kita perlu sedar bahawa Felda mempunyai dua peranan utama, perniagaan dan pembangunan sosial. "Ada kalanya kedua-duanya tidak selari, namun peranan Felda dalam bidang perniagaannya dalam sektor pertanian menjadikan pengeluar utama komoditi dan mengeluarkan peneroka dari perangkap kemiskinan," katanya, semalam.

Menurutnya, sesebuah syarikat atau organisasi tidak dapat lari daripada hakikat bahawa tidak semua pelaburan yang dibuat akan mendapat pulangan segera kerana ada di antaranya mengambil masa panjang

(sumber)

Kes Fitnah II : Anwar Sekali Lagi Dinafikan Keadilan..

Posted: 25 Jun 2010 01:10 AM PDT

Kesian pada Anwar, mahkamah rayuan hari ini menolak lagi permohanan Anwar untuk mendapatkan kenyataan bersumpah si Sayfoooooooool yang dibuat pada di Masjid Wilayah, Jalan Duta. Ini beritanya..

Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan kenyataan bersumpah Mohd. Saiful Bukhari Azlan dalam perbicaraan kes liwatnya. - Utusan

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan pada 29 Januari 2010 lalu juga telah menolak rayuan Anwar Ibrahim untuk dapatkan dokumen-dokumen penting untuk perbicaraan kes liwatnya.

Antara dokumen berkenaan ialah kenyataan yang direkodkan daripada saksi iaitu Saiful , Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan daripada tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia dan laporan perubatan.

Nampaknya pisang berbuah dua kali. Kali ini hak Anwar untuk dapatkan kenyataan asal sumpah si Sayfoooooooool dinafikan oleh mahkamah. Memang mahkamah kecut perut jika kenyataan sumpah asal diberikan pada Anwar. Sebab dalam sumpah tu, Sayfoooool kata dirinya diliwat sedangkan kertas pertuduhan dakwa Anwar dibuat di bawah Seksyen 377B..sama macam pertuduhan Anwar dan Sukma..iaitu diliwat secara sukarela dan dakwaan ini digunapakai oleh pendakwaraya..

Seksyen 377B KK menyatakan:

"Whoever voluntarily commits carnal intercourse against the order of nature shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years, and shall also be liable to whipping.

Memang satu konspirasi agar Anwar kalah dalam kes mahkamah ini. Untuk capai cita-cita Najib dan orang UMNO yang mahukan Anwar tak jadi PM..

Apapun jom kita imbas kembali sumpah bohong Sayfoooooooool ini walaupun transakripnya bukan yang asal..

"Bismillahirrahman nirrahim.

Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut….

A'uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim.

Wallahi…Wabillahi….Wata'alahi.

Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat.

Wallahualam."

- Ini idea saya sendiri..tapi boleh disalin untuk menyebarkan kebenaran demi keadilan..

* Ada komen nakal di shoutbox yang menyatakan saya ciplak artikel orang lain..saya tak pernah ciplak artikel orang lain sekiranya saya tak letak link di blog itu. Apapun mungkin ada kesilapan yang tak disengajakan. Saya sendiri tak kisah artikel saya diciplak atau disebar pada orang lain. Yang penting adalah sebarkan kebenaran, bukannya kebatilan. Pernah ke Nabi Muhammad larang umatnya 'menciplak' ayat quran untuk sebarkan islam..tentu tak pernah kan..ukur badan di baju sendiri sebelum ukur baju di badan orang lain..

Macam2 Zaman Najib : Tetap Sayang Pada Teman Sezina

Posted: 25 Jun 2010 12:43 AM PDT

Kurang ajar..kalau ko berdua ada kat Arab Saudi, bukan sahaja ko direjam di khalayak ramai, tapi dah dipulau hingga insaf..malangnya ko berdua ada di negara kafir Malaysia..sebab tulah boleh minta teman berzina ko tu tak ditangkap polis..ini beritanya..

Tetap sayang

Oleh Hadzlihady Hassan

2010/06/25

AMPANG: Dua remaja perempuan berusia 15 tahun berkongsi kisah sama melahirkan anak hasil hubungan terlarang dengan teman lelaki, namun tetap mahu berkongsi hidup dengan kekasih masing-masing.

Malah, kedua-dua remaja itu merayu polis agar tidak mengambil tindakan terhadap teman lelaki masing-masing.

Mereka kini ditempatkan di Hospital Ampang, manakala dua lelaki yang bergelar bapa kepada bayi dilahirkan itu diberkas selepas doktor membuat laporan polis kerana kedua-dua ibu muda terbabit gagal membuktikan mereka sudah berkahwin.

Berkongsi kisah itu, remaja pertama yang ditemui berkata, dia mengenali teman lelakinya berusia lingkungan 30-an sejak Ogos tahun lalu.

Menurutnya, selepas dua bulan mengenali teman lelakinya, mereka mula mengadakan hubungan seks sebelum dia disahkan mengandung.

"Selepas mendapati saya mengandung, saya berhenti sekolah. Keluarga juga sudah tahu tapi mereka bersetuju untuk mengahwinkan kami.

"Saya sayangkan teman lelaki dan dia sanggup bertanggungjawab...saya tak tahu doktor akan membuat laporan polis," katanya.

Berikutan itu, dia berharap polis tidak menahan teman lelakinya dan memberi peluang mereka berkahwin secara sah.

Remaja terbabit melahirkan seorang bayi lelaki jam 3 pagi Sabtu lalu sebelum doktor membuat laporan polis kerana dia masih di bawah umur dan tidak mempunyai sebarang bukti perkahwinan.

Sementara itu, seorang lagi remaja turut ditemui di hospital sama memberitahu dia terpaksa memakai baju kurung besar setiap kali keluar rumah untuk mengelak rakan menyedari dia sedang mengandung.

"Saya dan teman lelaki belajar di sekolah sama dan dia kini sudah bekerja sebagai pelayan. Kami saling mengenali sejak tahun lalu dan kali pertama mengadakan hubungan seks, Mei tahun lalu.

"Selepas menyedari saya mengandung, saya pakai baju sekolah lebih besar untuk mengelak rakan mengetahui rahsia terbabit," katanya.

Menurutnya, ahli keluarga sudah mengetahui perkara itu dan mereka bersetuju mengahwinkannya dengan teman lelaki.

"Kami memang saling mencintai dan teman lelaki saya seorang yang baik. Selepas kahwin saya akan berhenti sekolah dan menumpukan perhatian kepada keluarga.

"Saya harap polis dapat melepaskan teman lelaki yang ditahan kerana saya langsung tak membuat laporan, sebaliknya hanya doktor melaporkan kejadian itu," katanya.

Remaja itu melahirkan seorang bayi lelaki Selasa lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat doktor hospital terbabit berhubung kejadian itu.

"Disebabkan dua remaja itu masih di bawah umur, kita menyiasat kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol dan setakat ini seorang teman lelaki remaja itu sudah ditahan untuk siasatan," katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang remaja berusia 15 tahun menjadi mangsa rogol teman lelakinya selepas dia diberikan minuman sebelum menjadi khayal.

Mangsa mendakwa dibawa ke sebuah hotel selepas menjamu selera di sebuah restoran sebelum dia dirogol.

Berikutan itu, polis menahan seorang remaja berusia 16 tahun bagi membantu siasatan kes terbabit.

Memang PKR Selangor Dalam Cacamarba

Posted: 24 Jun 2010 11:28 PM PDT

Macam ada krisis je PKR Selangor ni..kalaulah benar, memang PKR cari nahas, selesaikanlah dulu masalah rakyat, bukannya timbul masalah dalaman dan bergaduh sesama sendiri. Ini sumber komen daripada blog bekas calon PKR di sebuah DUN Pulau Pinang (sumber)

Alahai Abdullah sani...dah gaharu cendana pula...

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdulah Sani Abdul Hamid menjelaskan beliau tidak tahu tentang rancangan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini yang dikatakan mahu mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur daripada jawatan Menteri Besar Selangor.

Sehubungan itu katanya, beliau akan bertemu dengan beberapa Ahli Parlimen PKR di negeri ini untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

"Saya tidak tahu perkara ini. Saya cuma tahu apabila ada pemberita menelefon saya bertanyakan kewujudan pakatan ahli Parlimen itu," katanya di sini hari ini.

Abdullah Sani yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan wujudnya pakatan 15 Ahli Parlimen PKR yang mahu menyingkirkan Abdul Khalid daripada jawatan Menteri Besar.

Pakatan 15 Ahli Parlimen PKR itu dikatakan wujud ekoran rasa tidak puas hati tindakan Abdul Khalid yang melantik Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Faekah Husin untuk mengisi jawatan Setiausaha Politik Menteri Besar tanpa berbincang dengan Biro Politik PKR termasuk beberapa pemimpin lain dalam parti pembangkang itu.

Malah pakatan Ahli Parlimen PKR itu juga dikatakan wujud serentak dengan keputusan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang melepaskan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tengah hari ini.

Tindakan itu dipercayai kerana tidak berpuas dengan tindakan Abdul Khalid tersebut.

Malah difahamkan, Biro Politik PKR dikatakan telah mencadangkan nama individu lain untuk mengisi jawatan berkenaan sebaliknya ditolak oleh Abdul Khalid dan meletakkan Faekah untuk mengisi jawatan tersebut.

Sharpshooter :- Alahai Abdullah Sani....betul ke tak tahu...tak tahu ke atau buat-buat tak tahu...

kura-kura dalam perahu...:-)

Sudah gaharu cendana pula....