| Ada Juga Yang Sokong KJ Posted: 24 Jun 2010 06:32 PM PDT Tidak wajar desak Khairy letak jawatan KUALA LUMPUR 24 Jun - Tindakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendesak Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana dikatakan membelakangkan agenda Melayu sebagai tidak wajar. Sambil turut menyifatkan desakan berkenaan tidak munasabah sama sekali, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, soal 'menjual bangsa sendiri' tidak timbul. ''Ia kerana Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO merupakan antara ahli Parlimen pertama membantah cadangan pengecilan penawaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pelajar-pelajar Malaysia yang cemerlang melanjutkan pengajian mereka ke luar negara. ''Pengecilan penawaran biasiswa ke luar negara tajaan JPA akan memberikan impak besar terhadap peluang pelajar Melayu dan bumiputera terutamanya mereka yang benar-benar cemerlang bagi mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Reezal Merican mengulas kenyataan Ibrahim yang mendesak Khairy meletakkan jawatan apabila Ketua Pemuda UMNO tersebut mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam isu biasiswa JPA. Semalam Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran menafikan bahawa beliau mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu. Mengulas lanjut, Reezal Merican berkata, kenyataan balas Khairy terhadap Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas semalam adalah dengan niat bagi memperjelaskan keadaan sebenar berkaitan kenyataan oleh Ka Siong dalam konteks yang lebih tepat. ''Ia sekali gus bagi menjernihkan suasana agar ia tidak menjadi salah tanggapan dan polemik yang berpanjangan. ''Selaku Ketua Pemuda UMNO, Khairy tentu sekali mendokong asas perjuangan parti yang tidak pernah menolak, tidak pernah berkompromi dan jauh sekali membelakangkan kepentingan agenda Melayu dan bumiputera,'' katanya. Beliau menegaskan, Pemuda UMNO sentiasa konsisten dalam perjuangannya menegakkan agenda Melayu dan bumiputera di bawah bumbung semangat 1Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. '' Ini termasuklah membicarakan isu-isu 'berkait' di dalam semangat yang lebih rasional dan berpandangan jauh. Ini tidak sama sekali bermakna, Pemuda UMNO mahu mengetepikan agenda Melayu dan kepentingan bumiputera. ''Dalam hal-hal yang jelas berkait dengan hak orang Melayu dan bumiputera, kita tidak akan berkompromi malah rakan komponen Pemuda Barisan Nasional (BN) cukup jelas dan faham dalam hal ini. |
| Michael Jackson Mungkin Peluk Islam?? Posted: 24 Jun 2010 04:42 PM PDT 'Jacko mungkin masih hidup jika peluk Islam' Jermaine usaha bawa Raja Pop keluar dari Amerika LONDON: Abang superstar, Michael Jackson, Jermaine mendakwa bahawa lagenda pop berkenaan mungkin masih hidup jika beliau memeluk Islam. Bercakap ketika ulang tahun pertama kematian Raja Pop terbabit akibat berlebihan ubat, Jermaine memberitahu BBC bahawa adiknya itu sepatutnya meninggalkan Amerika Syarikat. "Saya berasakan jika Michael memeluk Islam beliau pasti akan masih berada di sini hari ini dan saya katakan begitu kerana pelbagai sebab," kata Jermaine Jackson yang beragama Islam kepada radio World Service BBC. "Kenapa? Kerana apabila 100 peratus anda jelas dalam minda siapa anda, mengapa anda di sini dan semua orang di sekeliling anda, kemudian semuanya akan berubah di mana anda menjadi lebih baik. Ia mempunyai kekuatan." Beliau berkata: "Tuhan berkuasa. Michael mengkajinya. Beliau membaca banyak buku kerana saya belikan buku untuk beliau dari Arab Saudi. Saya belikan buku untuk beliau dari Bahrain. "Saya sebenarnya yang yang membawa beliau ke Bahrain kerana saya mahukan beliau keluar dari Amerika." Jackson ditemui mati di rumah sewanya di Los Angeles pada 25 Jun tahun lalu, kematian selebriti yang mencetuskan kejutan seluruh dunia. Jumaat ini peminat Jackson dijangka memberikan penghormatan terakhir kepada idola mereka di Forest Lawn Memorial Park di Glendale. Jackson berkata adiknya tidak menentang untuk memeluk Islam. "Semua pengawal keselamatan beliau beragama Islam kerana beliau percayakan Islam kerana mereka adalah orang yang akan melindungi dan menjadi manusia terbaik sebaik mungkin bukan kerana Michael Jackson tetapi kerana Allah," katanya. "Jadi mempunyai orang seperti ini sekeliling anda, anda tahu mereka akan melindungi anda kerana perlindungan itu dari Tuhan," katanya. – AFP |
| Piala Dunia (28) : Paraguay, Jepun, Slovakia & Belanda Mara Ke Pusingan Ke-2, Itali Tersungkur Awal Posted: 24 Jun 2010 03:33 PM PDT Paraguay, Jepun, Slovakia dan Belanda Mara Ke Pusingan Ke-2. Kejutan terbesar, Itali tewas dan tersungkur Awal Piala Dunia: Slovakia 3, Itali 2 
JOHANNESBURG: Slovakia menewaskan juara bertahan Itali 3-2 pada perlawanan Kumpulan F di Stadium Ellis Park sebentar tadi. Kemenangan itu membolehkan Slovakia layak ke pusingan kedua dan menyingkirkan Itali daripada kejohanan. Slovakia mendahului selesa menerusi gol Robert Vittek pada minit ke-25 dan ke-73. Itali merapatkan jurang gol menerusi jaringan Antonio Di Natale pada minit ke-81. Namun, pemain gantian, Kamil Kopunek mengembalikan kelebihan gol Slovakia menerusi jaringan pada minit ke-89. Itali sekali lagi merapatkan jurang gol, kali ini menerusi jaringan Fabio Quagliarella pada minit kedua masa tambahan. Namun, segalanya sudah terlambat untuk Itali menyelamatkan kempen bagi mempertahankan kejuaraan. Piala Dunia: Paraguay 0 New Zealand 0 POLOKWANE: Paraguay menempah tiket ke pusingan kalah mati apabila seri 0-0 dengan New Zealand dalam perlawanan terakhir Kumpulan F di Stadium Peter Mokaba, sebentar tadi. Paraguay layak dengan memperoleh lima mata, sekali gus menjuarai Kumpulan F bersama Slovakia di tempat kedua yang sebelum itu mengejutkan Itali, 3-2. Jepun melangkah cemerlang RUSTENBURG 25 Jun - Jepun muncul wakil Asia kedua melangkah ke pusingan kedua apabila cemerlang menewaskan Denmark 3-1 dalam aksi Kumpulan E di Stadium Royal Bafokeng, sebentar tadi. Gol Jepun disumbangkan oleh pemain sensasi mereka, Keisuke Honda pada minit ke-17 dan Yasuhito Endo minit ke-30 melalui sepakan percuma sementara Shinji Okazaki melengkapkan kemenangan skuad Blue Samurai itu dengan gol minit ke-87. Denmark memperoleh gol saguhati melalui Jon Dahl Tomasson pada minit ke-81. Selaku naib juara Kumpulan E, Jepun akan berdepan Paraguay di pusingan kedua pada 29 Jun.  Belanda kekal rekod bersih CAPE TOWN, 25 Jun — Belanda meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Kumpulan E selepas menewaskan pasukan yang sudah tersingkir, Cameroon 2-1 di Stadium Green Point awal pagi tadi. - AP |
| Parti Liar Libatkan Anak Najib, Hishamuddin, Nazri & Sabri Yaakob??? Posted: 24 Jun 2010 06:40 AM PDT Sumber dari sabahdaily Salam,semalam kecoh di Hilton apabila Zeta Bar telah ditempah untuk sebuah private party.Parti yang dikatakan bermula jam 10.30 malam itu dikatakan adalah parti harijadi anak seorang pemimpin tetinggi Umno.Parti ini juga mendapat liputan meluas apabila ramai orang yang menunggu di lobby Hilton untuk melihat siapa yang hadir ke majlis itu. Ramai yang cuba untuk memasuki parti itu tetapi tidak dibenarkan kerana nama tiada dalam senarai jemputan.Orang yang pertama sampai ke Hilton adalah Dafi tiba dengan kereta harrier putih,tidak lama selepas itu Jamil Jidin tiba dengan kereta BMW putih. Yang menggemparkan bila Ashman Najib tiba dengan Bentley hitam bersama pasangannya,diikuti Alissa Hishammudin yang tiba selepas itu dengan Alphard hitam bersama pasangannya iaitu anak kepada Datuk K. Jam 11 malam pula suasana menjadi panas apabila Aizat Fikri tiba dengan VW merah apa yang menambah hangatnya lagi ialah pasangan beliau yang dikatakan dan kelihatan seperti seorang pelakon dipercayai Tiz Zaqyah.Jemputan yang akhir tiba adalah dipercayai anak kepada Nazri Aziz tiba dengan porsche putih. Parti itu dikatakan tamat jam 2 pagi dan dipercayai lebih 100 orang hadir ke parti itu.Apa yang menyedihkan apabila parti itu dikatakan bertukar menjadi parti liar apabila semua tetamu keluar dari hotel dan berjalan dengan mabuk disekitar hotel dan muntah muntah.ini memang melambangkan perangai yang tidak senonoh!fikir-fikirkan lah! Dan ini dilaporkan oleh harian metro (kenapa tak beri nama) KUALA LUMPUR: Segelintir anak orang kaya, termasuk anak orang kenamaan (VIP) dikesan menjadi dalang menganjurkan parti liar atau lebih dikenali 'One Nite Stand Party' setiap bulan untuk menikmati seks bebas, minum arak serta mengambil dadah seperti ganja dan Ecstasy. Remaja berusia 15 hingga 23 tahun terbabit terpengaruh dengan gaya hidup remaja Barat dengan menjadikan parti itu sebagai cara untuk berhibur selain melepaskan tekanan belajar di sekolah dan masalah di rumah seperti tidak mendapat perhatian keluarga. Siasatan Harian Metro mendapati, modal besar diperlukan bagi menampung kos parti itu termasuk sewa tempat, bekalan arak dan dadah yang menjadi 'bahan wajib' pesta seperti itu. Bagi mereka, wang ringgit bukan halangan bagi menikmati keseronokan 'syurga dunia' dengan rakan sebaya.Kelab, bilik hotel dan apartmen menjadi pilihan yang ditempah menggunakan alasan untuk mengadakan parti hari jadi atau parti perpisahan.Selain itu, 'tali barut' juga diperlukan untuk menyebarkan risalah mengenai parti berkenaan secara sukarela dan mengutip bayaran masuk serendah RM25. Difahamkan, parti seks liar itu dijalankan sekali seminggu terutama di bandar besar dan kebanyakan pengunjung yang masih mentah, mula mengenali seks, arak dan ganja dengan menghadiri pesta seperti itu. Siasatan Harian Metro mendapati, bagi menarik remaja lelaki mengunjungi parti itu, penganjur menyediakan gadis cantik dan berpakaian seksi. Pengakuan seorang pelajar tingkatan 3 yang mahu dikenali sebagai Eddy membongkar kisah kehidupan liar remaja terbabit. Eddy, 15, mendakwa dia menerima ajakan rakannya ketika fikirannya kusut dengan masalah keluarga dan dia menjadikan parti liar itu untuk melupakan masalah. "Apabila berjumpa rakan yang ambil berat dan mendengar masalah saya di sana, saya mula sedar di sinilah tempat untuk melepaskan tekanan". "Jika tidak sibuk, sekurang-kurangnya lima kali sebulan saya akan menghadiri parti seperti itu". "Siapa yang akan menolak menghadiri parti itu kerana dengan bayaran hanya RM25 hingga RM100, pengunjung boleh melakukan hubungan seks selain minum arak dan menghisap ganja," katanya ketika ditemubual di sini, semalam. Eddy mendakwa tiada unsur paksaan dalam parti itu kerana pengunjung bebas memilih pasangan mereka."Selepas berhibur dan mabuk, kebanyakan kami akan menghabiskan masa dengan pasangan masing-masing. Kami juga boleh bertukar-tukar pasangan pada setiap parti," katanya kepada Harian Metro. |
| Adakah Benar 15 Ahli Parlimen PKR Minta Khalid Ibrahim Letak Jawatan Posted: 24 Jun 2010 06:08 AM PDT Betul ke berita nih... 15 PKR MPs team up to oust Khalid KLANG: A group of 15 PKR MPs close to party vice president Azmin Ali have teamed-up to oust Tan Sri Khalid Ibrahim as Selangor Mentri Besar. Azmin, who is Gombak MP and Bukit Antarabangsa assemblyman started the ball rolling Wednesday when he tendered his resignation as director of the Selangor State Development Corporation, supposedly over the appointment of Khalid's new political secretary Faekah Husin. "We cannot tolerate Khalid any more and want him removed," said one of the MPs who declined to be named. "We will reject all positions offered to us by the state's government linked companies and won't have anything to do with the Selangor government until Khalid is removed,'' he added. He said the MPs were also unhappy with Khalid's inability to make quick decisions, which they felt could threaten Pakatan Rakyat's position in Selangor. Khalid's decision to appoint Faekah to replace his previous political secretary Nik Nazmi Nik Ahmad without first consulting the party's political bureau and other leaders was the last straw for the group. "To make matters worse the announcement was made when both party adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim and president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail were overseas,'' said the MP. Adding insult to injury, he said that Khalid's office had invited the person the political bureau had chosen to be his new political secretary to the dinner where Faekah's appointment was announced. "This person was invited to attend the dinner and then someone else's name was announced instead of his. How do you think he felt?'' said the MP. He declined to name the person, but said he is a division chief of a Kuala Lumpur parliamentary constituency. "We wanted the political secretary to be a bridge between the state, the party and the grassroots. Faekah is not a grassroots person and that's why we feel she is unsuitable for the job,'' he added. Meanwhile, Azmin said he was not privy to information on the plan adding he did not know the validity of the claim. Asked if he was denying that there was such a plan, Azmin said: "I amnot denying it but I do not know. I am not privy to the information. Let me clarify with my colleagues first," he said at the Parliament lobby yesterday. Asked if it was the first time he heard the news on the plan, he said he was surprised as he was unaware of any move by MPs to put a petition out on the matter. Amin said that all MPs are close to him and denied that he was in any petition list or discussion for the plan. "I am not aware of this. I was not invited to the discussion," he said On whether there was a discussion, he said there must be have been. "How do you gather 15 MPs without having any discussion? But I was not part of the discussion and not privy to the details," he said. If there were any grievances, they were normal issues that were discussed in bureaus and supreme council meetings, he said - the star ADAKAH INI 15 AHLI PARLIMEN PKR MENYOKONG AZMIN Teluk Kemang ~ Datuk Kamarul Baharin Abas, Kuala Langat ~ Abdullah Sani

Ampang ~ Zuraidah Kamaruddin, Sg Petani ~ Johari Abdul, Kuantan ~ Fuziah Salleh, Balik Pulau ~ Yusmadi Yusoff 
Kapar ~ S Manikavasagam, Subang ~ R Sivarasa, Indera Mahkota ~ Azan Ismail, Merbok ~ Dato Abdul Rashid Din 
Tanah Merah ~ Amran Ghani, Kuala Kedah ~ Ahmad Bin Kassim, Keterah ~ Aziz Ab Kadir, Kelana Jaya ~ Gwo-Burne Loh |
| Zamihan Pendusta - Dr. Asri Posted: 24 Jun 2010 05:23 AM PDT Dr. Asri saman je si Zamihan ni..orang penipu tak boleh dibiarkan bebas berkeliaran. Zamihan Pendusta - Mohd. Asri PETALING JAYA: Tuduh-menuduh antara dua tokoh agama berhubung isu Wahabi dan Jemaah Islamiah (JI) semakin rumit apabila bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin melakukan 'pendustaan yang nyata'. Mohd Asri mendakwa, pegawai kanan ILIM itu melakukan pembohongan dalam taklimatnya yang dilakukan secara tertutup oleh Bukit Aman kepada pucuk pimpinan institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengaitkan beliau 'sepemikiran dengan Wahabi'. Bagaimanapun Mohd Asri membidas kenyataan tersebut dan mencabar Zamihan membuktikan kebenaran dakwaannya. "Dalam buku Bid'ah: Istilah yang disalahfahami sama sekali tiada disebutkan perkataan sedemikian... sekadar yang ada ialah apa yang disebut oleh Imam al-Syatibi, pun begitu tiada perkataan beliau yang dipetik menyamakan dengan Kristian. "Saya mencabar Zamihan membuktikan ayat dan muka surat mana yang menyebut hal seperti itu, apa yang pasti jelas bahawa beliau telah memberikan taklimat yang dusta lagi bohong kepada pegawai keselamatan dan pucuk pimpinan tertinggi seluruh negara," katanya di sini hari ini. Menerusi laporan sebuah portal berita hari ini, Zamihan berkata, pada pembentangan kepada pihak penguatkuasa dan wakil-wakil universiti itu, beliau hanya menyebut Mohd Asri sepemikiran dengan Wahabi. Asas kenyataan beliau ialah berdasarkan buku tulisan Mohd Asri sendiri yang bertajuk Bid'ah: Istilah yang disalahfahami menyatakan pandangan bahawa sambutan Maulidurrasul sama dengan amalan orang Kristian. Selain itu Mohd Asri turut mempersoalkan tindakan kerajaan membiarkan Zamihan terlibat dalam taklimat penting berkenaan. "Persoalannya, bagaimana kerajaan atau pihak polis boleh membenarkan pendustaan seperti ini dibuat dalam satu taklimat penting mengenai keselamatan negara?," katanya. Bagaimanapun Mohd Asri mengakui bahawa beliau pernah mengeluarkan pandangan serta mempertahankan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz berhubung sambutan Maulidur Rasul. "Di sudut yang lain, jika ada pihak yang tidak ingin mengadakan perayaan Maulid (Maulidur Rasul) seperti Kelantan atau Perlis, apakah pula kaitannya dengan keselamatan negara? Jelas, isu keselamatan negara telah menjadi mainan pihak tertentu dan dipermudah-mudahkan. "Isu ini menggambarkan betapa suasana pengurusan keselamatan negara diperjudikan atas perkara-perkara remeh seperti ini," katanya. |
| Jadual Perlawanan Malam Ini..Saya Pilih Pasukan Paraguay, Itali, Belanda & Jepun Untuk Menang Malam In Posted: 24 Jun 2010 04:07 AM PDT Jadual Perlawanan Malam Ini & Awal Pagi Esok BERIKUT adalah jadual perlawanan akhir peringkat Kumpulan E dan F yang akan berlangsung pada malam ini dan awal pagi esok. Malam ini Paraguay lwn New Zealand, 10.00 mlm Slovakia lwn Itali, 10.00 mlm   Awal pagi esok Cameroon lwn Belanda, 2.30 pagi Denmark lwn Jepun, 2.30 pagi Saya memilih pasukan Paraguay, Itali, Belanda & Jepun untuk menang malam ini.. |
| Jom Boikot Kedai Peniaga Tak Tutup Aurat Posted: 24 Jun 2010 02:45 AM PDT Kempen makan di kedai pelayan tutup aurat KOTA BHARU 22 Jun - Kerajaan negeri dicadangkan supaya mengadakan kempen "makan di kedai yang pelayannya menutup aurat" untuk mengelakkan dosa di kalangan umat Islam ketika mengunjungi kedai-kedai makan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman berkata, kempen itu perlu dilaksanakan kerana kebanyakan pengusaha kedai makan tidak menitikberatkan perkara tersebut walaupun ia haram di sisi agama. "Kita telah lihat ada kempen yang dibuat seperti jaga kebersihan. Jadi saya cadangkan kerajaan buat satu kempen, makanlah di kedai-kedai yang pelayannya menutup aurat atau dengan ayat lain yang lebih elok tetapi memberi maksud yang sama. "Kalau masuk kedai yang pelayannya tidak menutup aurat, kita tok lebai pun naik 'ra' (nafsu) juga," katanya ketika mengajukan soalan tambahan pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan ketika menjawab soalan itu berkata, kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan tersebut tetapi perlu mencari kaedah terbaik sekiranya berhasrat untuk melaksanakannya. Terdahulu, menjawab soalan lisan Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman (Pas-Kemuning) mengenai pelanggaran syarat menutup aurat di kalangan penjual makanan dan minuman, Takiyuddin berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan meningkatkan pengawasan bagi tujuan itu. Katanya, mengikut undang-undang kecil PBT di negeri ini, para peniaga Islam di semua PBT mesti menutup aurat manakala bukan Islam perlu berpakaian sopan. Justice4all : Bagus kerajaan tok guru. Ini satu tanda boikot terhadap peniaga islam yang tak tutup aurat. Satu tujuannya adalah untuk menginsafkan wanita islam ini. Ia juga bertujuan untuk menjaga maruah wanita daripada lelaki mata keranjang yang bukan sekadar datang ke kedai untuk jamu selera, tapi jamu nafsu serakah sekali. Dan ini yang paling penting, untuk jaga kebersihan makanan. Takut-takut perempuan tak senonoh, jatuh mana-mana rambut mereka ke dalam makanan. Lepas ni kerajaan Kelantan boleh cadangkan agar pengusaha kedai islam pasang ayat al-quran. Saya nak kongsi rahsia ada satu kedai di Taman Melawati, Ulu Kelang yang pasang alunan ayat Al-Quran di dapur mereka. MasyaAllah makanannya amat sedap sekali dan ramai pelanggan datang ke kedai itu. Mungkin ini satu lagi cadangan buat kerajaan Kelantan dalam menuju tranformasi ke arah negara islam yang sebenar. |
| Macam2 Zaman Najib : Denda 100 Kerana Mengendap Posted: 24 Jun 2010 01:47 AM PDT Tu lah..sape suruh buat kerja maksiat..kan dah kena. Tapi setakat 100 tak berbaloi, orang boleh bayarnya. Kalau takzir hukum islam, tentu penjenayah ni kena lebih teruk..agar dapat insafkan orang lain yang sedang buat dan akan buat perbuatan mengendap nih.. Denda RM100 intai wanita Bapa lima anak mengaku salah berkelakuan tidak senonoh KUANTAN: Bapa beranak lima didenda RM100 di Mahkamah Majistret, di sini semalam selepas mengaku salah mengintai wanita berusia 25 tahun mandi di sebuah rumah di Taman Jasmin, Jalan Mat Kilau, 21 Jun lalu. Tertuduh, Eddy Che Din, 44, dari Taman Uda, Batu 4, Jalan Gambang, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Zaihan Mohamed Ali. Mengikut pertuduhan, Eddy didakwa mengintai wanita terbabit ketika mangsa sedang mandi di rumahnya di Taman Jasmin, Jalan Mat Kilau, di sini pada jam 7.30 malam. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak senonoh dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM100. Nor Zaihan menjatuhkan hukuman denda RM100 ke atas tertuduh atau dipenjara tiga minggu jika gagal membayar denda itu. Pendakwaan dilakukan Asisten Superintendan T Murugesu. |
| Dr Asri Masuk UMNO ke Tidak, Kita Tunggu Je Esok.. Posted: 24 Jun 2010 12:39 AM PDT Apapun semua, kita tunggu je esok... Dr Asri tak jadi masuk Umno esok KUALA LUMPUR, 24 Jun — Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang disebut-sebut akan menyertai Umno esok, dipercayai telah mengubah fikiran ekoran perkembangan semasa yang dirinya dikaitkan dengan fahaman wahabi dan rangkaian pengganas Jemaah Islamiah (JI). Sumber yang rapat dengan beliau mengesahkan kepada The Malaysian Insider hari ini bahawa Asri telah mengubah fikiran dua hari lalu untuk tidak menyertai parti utama Barisan Nasional (BN) itu buat masa sekarang. "Mengambil kira laporan dan dakwaan bahawa Dr Asri mengamalkan fahaman wahabi dan ada kaitan dengan kumpulan JI, beliau memutuskan ini bukan masanya untuk menyertai Umno... beliau agak kecewa dengan apa yang berlaku sejak awal minggu ini," kata rakan Asri ketika dihubungi. Bagaimanapun sumber itu menambah, perbincangan antara Asri dengan kepimpinan Umno akan diteruskan. "Ruang perbincangan belum ditutup," kata sumber itu. The Malaysian Insider juga difahamkan penyertaan ke dalam Umno melibatkan sekumpulan 50 yang lain, yang terdiri daripada cendekiawan agama dan ulama akan menyerahkan borang keahlian menyertai parti itu selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn di sini. "Walaupun Dr Asri tidak masuk Umno, sebagaimana saya katakan sebelum ini, sekitar 50 orang akan menyertai Umno esok... di mana kami akan menyerahkan borang permohonan esok," kata sumber itu. "Urusan terakhir sedang dibincangkan, masih ada perkara yang perlu dihalusi," kata sumber itu lagi. The Malaysian Insider semalam melaporkan kira-kira 50 orang yang dikategorikan sebagai golongan ulama, dengan kebanyakannya kakitangan akademik, dipercayai akan mengikut langkah Asri jika masuk Umno esok. Perbincangan itu termasuklah peranan yang bakal mereka hendak bawa jika menyertai Umno. Pensyarah itu yang enggan namanya disiarkan atas alasan perbincangan dengan kepimpinan Umno masih dijalankan berkata, kira-kira 70 hingga 80 peratus itu merupakan ahli akademik. "Sebahagian besar adalah ahli akademik, kebanyakannya bertugas di Lembah Klang, yang lain dari luar Lembah Klang," kata beliau lagi. Mereka dilihat sebagai golongan ulama muda yang memperlihatkan pandangan progresif mengenai hukum syariah dan undang-undang Islam. Asri setakat ini belum mengesahkan ataupun menafikan laporan awal Ahad lalu yang mengatakan beliau akan menyertai Umno. Asri dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya berkata beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik. Oleh itu Asri berkata, beliau mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini. "Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini," katanya. Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh ketika dihubungi The Malaysian Insider Ahad lalu mengesahkan laporan yang mendakwa Asri akan menyertai Umno tetapi meminta bersabar. Umno Online memetik beliau menyebut Asri dan mengikutnya akan menganggotai Umno Cawangan Dataran Merdeka yang terletak dalam Bahagian Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Laporan itu memetik Rauf memberitahu beliau percaya penyertaan mereka itu akan menyemarakkan keyakinan orang-orang Melayu dan Bumiputera kepada Umno. Bagaimanapun rakan-rakan Asri berpandangan beliau harus kekal dengan kedudukan semasa sebagai "cendekiawan berkecuali." The Malaysian Insider difahamkan sebahagian besar mesej SMS dan e-mel serta panggilan telefon diterima beliau memintanya agar tidak menyertai mana-mana parti politik. Selain rakan dan peminat beliau juga berpandangan Asri harus kekal sebagai tokoh yang bebas memberikan pandangan dalam isu-isu berkaitan dengan agama. |
| Gempar..UMNO Kedah Dah Berkubur??? Posted: 23 Jun 2010 11:25 PM PDT Wujudkah Lagi Umno Kedah Jika ditelusuri laman maya atau akhbar untuk mencari berita tentang Umno Kedah, tentang apa yang mereka sedang buat pasti yang ada hanya berita-berita basi lebih setahun yang lalu saja boleh ditemui. Malah kewujudan Umno di Negeri Kedah juga menjadi persoalan. Jika semasa zaman Abdullah Badawi, Umno ditadbir oleh anak beranak, Umno Kedah menjadi pengampu setia langkah Abdullah Badawi melalui Mahdzir Khalid. Malah, Mahdzir Khalid, melalui rakan-rakannya cuba menyekat sehingga ke peringkat cawangan sebarang usul yang bakal menyentuh dinasti Badawi ketika itu. Begitulah setianya Mahdzir Khalid menyembah Abdullah Badawi, hasilnya Umno Kedah menyembah bumi. Tidak cukup dengan sikap menutup pintu kepada suara akar umbi, Mahdzir Khalid dan konco-konconya, termasuklah Johari Baharum pula pada ketika itu menghina Tun Mahathir dengan bermacam tindakan bacul mereka untuk mengampu Abdullah Badawi. Ini sangat mengecewakan ahli Umno Kedah diperingkat akar umbi. Mereka lupa satu perkara, bahawa bukan Abdullah Badawi yang memberi mereka jawatan, tapi rakyat. Kalau tak percaya, cuba sekarang ini mereka pergi minta jawatan Menteri Besar dari Abdullah Badawi , bolehkan Abdullah Badawi mengurniakan jawatan Menteri Besar kepada mereka? Namun, perkara yang lepas itu bolehlah dijadikan sejarah. Tiada sesiapa yang tidak melakukan kesilapan. Tapi apa yang lebih mengecewakan, mereka ini masih lagi mahu menguasai Umno Kedah yang kini begitu lemah dan berada ditahap kritikal. Semua orang tahu bahawa Mahdzir Khalid masih dipanggil "bos" dan budaya zaman Abdullah Badawi masih lagi kental bersemadi didalam Umno Kedah. Cukup-cukuplah, parti Umno bukan milik Mahadzir Khalid dan konco-konconya. Tak cukupkah lagi nikmat yang diperolehi dari Umno. Umno Kedah kini, bukan setakat tidak mampu memerintah, malah sebagai pembangkang pun Umno Kedah kelihatan tidak mampu. Tidak ada dalam sejarah Kedah, seorang Menteri Besar yang dijatuhkan dapat kembali Menjadi Menteri besar, apatah lagi bagi kes ekstrim seperti di Kedah, dimana Menteri Besar dengan parti sekali dinyahkan rakyat dari memegang tampuk pemerintahan. Jadi, lupakanlah cita-cita itu, berilah peluang untuk Umno bernafas semula. Dengan Timbalan Pengerusi perhubungan negeri yang tiada keyakinan diri dan masih bertuankan Mahadzir Khalid, dengan Pengerusi Perhubungan Negeri dari Sabah, dengan warlord-warlord yang belum bangun dari tidur bahawa mimpi mereka sudah berakhir lebih dua tahun yang lalu, adalah mustahil bagi Umno menjadi pembangkang yang berkesan, jangan cakaplah pasal menjadi kerajaan, mimpi pun jangan. Setelah hampir tiga tahun menunggu untuk melihat perubahan yang tidak kunjung tiba, eloklah Mahdzir Khalid dan konco-konco warlordnya mengundur diri, itupun jika ada secebis belas kasihan kepada Umno, sebuah parti orang Melayu yang pernah berjasa, dan paling besar jasanya tentulah dinikmati oleh dato-dato sekelian. Pada saat-saat pembangkang pun begitu goyah kini, rakyat masih bersyukur kerana diselamatkan daripada pertukaran kerajaan kepada Umno yang bukan masih tidur, tetapi dalam keadaan koma akibat kepimpinan yang mementingkan diri dan tidak berbuat kerja untuk parti. Sedarlah bahawa selagi mana Mahdzir Khalid dan konco-konco masih menerajui Umno Kedah, samada secara rasmi atau tidak rasmi, jangankan ahli PAS, kami ahli Umno pun tidak mahu Umno menjadi kerajaan di Kedah ini. Tiada ada jalan lain, Mahadzir Khalid dan konco mesti berundur. Kalau sekiranya tiada lagi secebis belas kasihan dari hati batu Mahdzir Khalid kepada Umno, Umno Pusat perlulah meletakkan mana-mana anak Kedah yang ada keberanian untuk memimpin Umno Kedah. Kami, ahli Umno Kedah sedia menerima pemimpin yang berani dan fokus kepada kehendak ahli dan rakyat. Kedah mempunyai pemimpin muda yang berani seperti Mukhriz yang mampu membuat perubahan untuk memulihkan Umno Kedah. Kalau suatu hari nanti Umno sudah kembali memerintah Kedah, mungkin bolehlah diberikan sedikit habuan kepada Mahdzir Khalid dan konco atas jasa mereka yang sanggup berhenti mengkhianati Umno. Kasihanilah kami ahli Umno yang selama ini berjuang diperingkat bawahan untuk melihat kejayaan Umno yang bagi kami dengan hanya melihat kejayaan Umno dan orang Melayu sudah menjadi "hadiah" besar pada kami. Veteran Umno, Sungai Tiang. Dipetik dari (sini) |
| Siling Mahkamah Jln Duta Runtuh : Nyawa Sayfooooool Dalam Bahaya Posted: 23 Jun 2010 10:17 PM PDT Siling kafeteria Kompleks Mahkamah Jalan Duta roboh KUALA LUMPUR: Sebahagian siling kafeteria di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini runtuh dipercayai akibat saluran paip air di atasnya pecah sehingga premis itu dibanjiri air, pagi ini. Beberapa kakitangan mahkamah dan orang ramai yang sedang bersarapan di situ nyaris cedera ketika kejadian jam 7.30 pagi itu. Seorang saksi kejadian berkata, sebilangan lampu di kafeteria itu terpadam sebelum disusuli runtuhan siling dan limpahan air yang membanjiri premis itu. Difahamkan, kebocoran saluran paip air itu berlaku semalam tetapi sudah dibaiki kontraktor pada 5 pagi tadi. Justice4all : runtuh je kerjanya bangunan Malaysia ni..haritu stadium..lepas ni apa pula nak runtuh pula. Jangan masa kes liwat Anwar, syiling runtuh kena hakim. Terus kojol dan kes terpaksa ditangguhkan. Kalau kena Sayfoool lagi best, terus tutup kes..  |
| Jutawan Asia atasi kekayaan Eropah Posted: 23 Jun 2010 10:00 PM PDT SINGAPURA 23 Jun – Jutawan Asia yang didahului jutawan dari China dan India buat pertama kali didapati memiliki kekayaan lebih daripada jutawan di Eropah. Laporan mengenai individu nilai bersih tinggi (HNWI), ditakrifkan sebagai mereka yang memiliki aset boleh labur bernilai sekurang-kurangnya AS$1 juta (RM3.2 juta), dikeluarkan hari ini oleh Merrill Lynch Global Wealth Management dan firma pakar runding, Capgemini. Selepas kemelesetan global, jumlah HNWI di seluruh dunia kembali mencecah 10 juta orang pada 2009 dengan bilangan terbesar masih tertumpu di Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Jerman. "Selepas merosot 14.2 peratus pada 2008 kepada 2.4 juta, jumlah HNWI di Asia Pasifik meningkat semula pada 2009 untuk mencecah tiga juta orang, menandingi jumlah HNWI di Eropah untuk kali pertama," menurut satu kenyataan akhbar. Tiga juta HNWI di Asia Pasifik menyaksikan keseluruhan kekayaan mereka meningkat hampir 33 peratus kepada AS$9.7 trilion (RM31 trilion), menebus kerugian mereka pada 2008 dan mengatasi nilai kekayaan AS$9.5 trilion (RM30.4 trilion) milik jutawan di Eropah, menurut kenyataan itu. Perubahan kedudukan itu berikutan peningkatan nilai aset di Eropah sungguhpun signifikan adalah jauh lebih kecil daripada peningkatan di Asia Pasifik, rantau yang mengalami pertumbuhan pesat berterusan dari segi faktor ekonomi dan pasaran yang memacu kekayaan. "Hong Kong dan India mendahului pertumbuhan di Asia Pasifik setelah mengalami kemerosotan besar dari segi bilangan dan kekayaan HNWI pada 2008," menurut kenyataan itu. Di seluruh dunia, golongan kaya sudah hampir menebus kerugian pada 2008 dan jumlah aset kini hampir mencapai paras pada 2007, sebelum krisis perumahan di AS mencetuskan kemelesetan global. "Kebangkitan semula itu akan terus dipacu oleh negara-negara membangun yang berkembang pesat, terutamanya India dan China serta Brazil," kata pengarah urusan bagi perkhidmatan kewangan global di Capgemini, Bertrand Lavayssiere. Malah, Asia Pasifik ialah satu-satunya rantau di mana faktor-faktor makroekonomi dan pasaran yang memacu kekayaan meningkat dengan ketara pada 2009, katanya. Sementara itu kajian berasingan oleh majalah Forbes menunjukkan, China sudah mengatasi India dengan mempunyai bilangan bilionair paling ramai tetapi India masih menempatkan individu paling kaya di rantau ini. Sepuluh daripada 25 bilionair paling kaya di Asia adalah dari India, diketuai oleh ahli perniagaan minyak dan gas, Mukesh Ambani yang memiliki kekayaan dianggarkan AS$29 bilion (RM92.8 bilion), diikuti oleh tokoh industri keluli, Lakshmi Mittal dengan kekayaan bernilai AS$28.7 bilion (RM91.84 bilion). Hong Kong mempunyai lima bilionair dalam senarai 25 teratas Forbes, diketuai oleh tokoh perniagaan Li Ka-shing, manakala Jepun turut mempunyai bilangan bilionair yang sama. Hanya seorang bilionair China termasuk dalam senarai 25 teratas iaitu raja industri minuman, Zong Qinghou yang memiliki kekayaan bernilai AS$7 bilion (RM22.4 bilion). – AFP |
| Penjara Pudu : Dah Runtuh Baru Kata Ada Hantu Posted: 23 Jun 2010 09:25 PM PDT Alah..dah roboh baru nak bersuara..sayanglah, ada hantulah..kenapa tak bantah dari dulu..tapi memang kita tak hairan, BN memang suka robohkan bangunan. Apa nak dihairankan, masjid bujal boleh dirobohkan, takkanlah penjara pudu tak boleh.. KUALA LUMPUR 23 Jun - Penjara Pudu yang dirobohkan untuk dibangunkan dengan projek kediaman dan perniagaan, terus menarik perhatian ahli-ahli Parlimen yang kebanyakannya mempertikaikan tindakan kerajaan itu. Antara yang lantang bersuara pada sidang Dewan Rakyat hari ini ialah Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) yang menarik perhatian dengan menjangkakan projek itu bakal mengalami kerugian. "Penjara Pudu itu banyak hantu, siapa yang hendak beli. Beribu-ribu hantu berkeliaran kerana ramai banduan digantung di situ sejak lebih 100 tahun lalu. "Hantu memang ada dan mereka melihat ia dirobohkan dan sudah pasti akan kata siaplah semua yang merobohkannya, bodohlah siapa yang akan belinya nanti, sanggupkah berjiran dan duduk bersama dengan hantu," katanya yang amat tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan itu. Tambah Mohamad: "Apabila Kuala Lumpur dipilih sebagai ibu negara maka kita kena terima segala sejarahnya, jangan terlalu ghairah memusnahkan warisan sejarah, sepatutnya ia dipelihara. "Di Vietnam, lubang Vietcong disimpan sebagai tarikan pelancongan, kita pula asyik nak roboh sejarah, minta maaflah jika saya bercanggah dengan orang lain. Yang peliknya Kota Melaka kita kekalkan sedangkan ia adalah warisan penjajah." Sementara itu, Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) sependapat dengan Mohamad dan mengatakan, walaupun Penjara Pudu menyimpan sejarah hitam negara, ia tetap merupakan warisan sejarah yang tinggi nilainya. "Memang saya bersetuju dengan Datuk Dr. Awang Adek Hussin (Timbalan Menteri Kewangan) bahawa penjara bukannya kebanggaan negara, tetapi perlu diingat sejarah hitam tetap sejarah dan ia juga simbol kita mengajar banduan menjadi manusia baik," katanya. Semalam, Awang Adek dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat mengatakan bahawa kerajaan telah membuat keputusan bahawa tapak penjara itu bukannya tapak warisan sejarah dan ia akan tetap dirobohkan, sambil menyatakan ia bukannya sebahagian daripada kebanggaan negara. Mengulas isu sama, Er Teck Hwa (DAP-Bakri) menarik perhatian Dewan Rakyat dengan membangkitkan satu petikan kata-kata hikmat, iaitu 'Bangsa yang tidak menghargai sejarah sendiri, ia tidak akan menjadi bangsa yang berjaya'. |