Rabu, 23 Jun 2010

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Muhyidin Dedah Hadi Awang Bakal Menyertai UMNO

Posted: 23 Jun 2010 04:46 AM PDT

Fiction from the Photo

Muyidin:bila nak sertai umno
Hadi:nanti2 la...2012..kot..

Berita Harian keluaran hari ini menyiarkan;(aku ringkaskan)

PUTRAJAYA: UMNO tidak pernah menyekat atau menghalang mana-mana individu untuk menyertai parti itu, terutama jika penyertaan mereka mampu memperkuatkan parti dan perjuangannya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia kerana secara prinsipnya UMNO sentiasa bersikap terbuka untuk menerima mereka yang berminat untuk menjadi ahli parti itu.

"Pada prinsipnya UMNO tidak pernah menghalang sesiapa untuk menjadi ahli...sesiapa saja sama ada Dr Mohd Asri Zainal Abidin (bekas Mufti Perlis) atau Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas) untuk masuk UMNO...kita tidak pernah sekat atau kata tidak boleh, lebih-lebih lagi jika orang itu berpendidikan tinggi, orang berilmu dan berkemahiran.

1.TPM seolah-olah tersasul dan terlepas cakap mengenai isu Kerajaan Perpaduan.

2.Adakah hal ini bermakna Presiden PAS itu memang benar merancang untuki menyertai UMNO mahupun bekerjasama dengan UMNO untuk memerintah?

3.TPM juga begitu yakin bahawa bekas Mufti Perlis itu bakal menyertai UMNO.Sedangkan apa-apa boleh berlaku.Tetapi kalau bekas Mufti Perlis itu menyertai UMNO,saya tidak hairan pun,kerana besar sangat ke beliau itu?Tetapi,bagus juga mungkin beliau boleh memperbaiki UMNO daripada dalam.Tetapi agak malang kepada beliau jika keburukan ahli UMNO yang lain akan juga terpalit kepada beliau.Silap-silap kena "bangang" dengan blogger-blogger propembangkang.(macam bagindaR ..ahahahahah jangn mara bro).

4.Agak kecewa juga saya dengan kenyataan TPM bahawa UMNO mengalukan keahlian mereka yang berilmu.Hal ini kerana apabila mereka-mereka yang pandai sahaja di atas,yang di bawah yang kurang pandai ini akan diperbodohkan pula.Maklumlah,"bodoh jangn diajar,pandai jangn diikut".

5.Apa-apa pun,suka saya ingin ulang persoalan ini,adakah UMNO masih terbuka buat MP Permatang Pauh?

6.Mungkin jika TPM menjadi PM kelak,setelah memegang tampuk pemerintahan,beliau bakal menyatupadukan semua parti-parti politik di Malaysia kepada satu parti iaitu Barisan Nasional.Mudah-mudahan,insyaAllah.Lepas itu Malaysia bakal menjadi sebuah negara satu parti seperti komunis.(ahahahahahaha).

Sekian,Wallahu'alam

SATU HARAPAN!!!!!
SATU SEMANGAT!!!!!!
SATU CITA2!!!!!!!
SATU MALAYSIA!!!!!!!!!!!
JADI KOMUNIS!!!!!!!!!!!!!

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Jemaah Islamiah/pengganas: "Mengapa kerajaan (Umno) BN berbohong?" - Dr MAZA/Mufti

Posted: 22 Jun 2010 11:49 PM PDT



Dr Asri, mufti: Mengapa kerajaan BN bohong?

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Sehubungan itu, mereka berkata, dakwaan pelbagai pihak, terutama pembangkang, bahawa isu keselamatan negara yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan sebagai permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh.

Mereka menegaskan demikian dalam satu kenyataan bersama hari ini bagi mengulas laporan Malaysiakini mengenai taklimat keselamatan negara anjuran pihak polis yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Selain Dr Juanda dan Dr Asri, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim turut dikaitkan.

"Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan.

"Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamirkan Islam yang tolerance dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami," kata mereka.

Menurut mereka, Abdul Hadi dan Shahidan yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan.

"Beliau (Abdul Hadi) ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat.

"Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Demikian (juga) dengan Datuk Seri Shahidan, (yang juga) bekas MB Perlis dan kini ahli Majlis Tertinggi Umno, naib presiden PERKIM dan akvitis berbagai (pertubuhan) kebajikan rakyat.

"Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas. Nampaknya Umno dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu," tambahnya.

Walaupun tidak mempunyai banyak maklumat mengenai JIM, tegas mereka, "namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu.

'Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai," tegas Dr Mohd Asri dan Dr Juanda.

Sehubungan itu, mereka menegaskan bahawa pihak polis perlu memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai satu fitnah rambang.

Mereka juga meminta pihak polis supaya menyiasat individu yang membuat tuduhan tersebut.

Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan individu tersebut, tambah mereka, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri "seakan-akan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas".

"Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar. Bahkan ia bermungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu.

"Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab.

"Di samping itu, kami menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit," tambah mereka. - MKini

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Rupanya Islam Hadhari Ada Juga Di Dubai

Posted: 23 Jun 2010 07:17 PM PDT

DUBAI: Wartawan Arab Saudi, Nadine Al Bedair(gambar kiri) dan Ketua Pengarang, Magdy Al Galad akan dipanggil pihak berkuasa Mesir atas dakwaan menghina Islam.

Langkah itu adalah atas arahan Ketua Pendakwa Raya Mesir, Abdul Majeed Mahmoud kepada pegawainya di selatan Kaherah.

Nadine sebelum ini dikecam hebat berhubung rencananya yang disiarkan akhbar harian Mesir, Al Masry Al Youm, menggesa ulama mengeluarkan fatwa untuk membenarkan wanita berkahwin empat.

Dalam tulisannya itu, Nadine berkata, jika lelaki dan wanita itu diiktiraf setaraf, wanita juga perlu diberi keistimewaan untuk mempunyai empat suami.
Sebahagian besar umat Islam di Mesir mengecam tulisan itu.

Pendakwa raya, Khalid Fouad Hafez berkata, dia menanti sejak dua minggu lalu untuk mendapatkan arahan menyoal siasat Nadine dan Ketua Pengarang akhbar itu.
Sejak kes itu difailkan, Nadine tidak kelihatan di khalayak ramai.

Menurut  majikan lamanya, Tv Al Hura, memberitahu, dia mungkin berada di Lubnan.

Perkataan Haram-Jaddah Biasa Di sebut di Masjidil Haram.?

Posted: 23 Jun 2010 04:58 PM PDT

-Mari bersantai di pagi hari-
Pada satu hari semasa seorang hamba Allah, org Malaysia berada di Masjidil Haram, semasa di station teksi terdengar olehnya perkataan yang sangat tidak menyelerakan telinganya.

Setelah diamatinya terpandang olehnya seorang driver teksi menjerit 'Haram jaddah,
Haram Jaddah!'.Aik pandai cakap melayu pulak pak arab ni,tapi kenapa mencarut pulak fikirnya dlm hati.

Pak Arab tu makin kuat menjerit ,Haram Jaddah!!, haram Jaddah !!,  pada setiap jemaah yang lalu
Apekehelnya Pak arab ni baru belajar bahasa melayu ke,sape pulak yang ajar Pak arab ni mencarut..

Rupanya dia tanya sapa nak pergi dari Masjidil Haram ke Jeddah...
Sekarang baru saya tahu asal-usul perkataaan haram jadah yng diguna pakai oleh orang Melayu.Cuma maknanya yang berlainan dengan  perkataan Arab.keh keh keh


-Iklan-
-Siapa mahu widget percuma tanpa popup 100% ciptaan org Muslim dijamin halal-

Guna Isu Pengganas Islam Untuk Kepentingan Politik

Posted: 23 Jun 2010 09:09 AM PDT

Kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional dipercayai menggunakan Jemaah Islamiah untuk menekan bekas Mufti Perlis Dr Muhd Asri Zainul Abidin dan Presiden Pas Abdul Hadi Awang memaksa mereka supaya tunduk pada pemerintah.

Pakatan Rakyat mengesyaki usaha Institut Latihan Islam Malaysia yang berada di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengaitkan kedua tokoh agama itu kepada gerakan pengganas adalah strategi untuk menakutkan mereka dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Spekulasi sebelum ini kuat mengatakan Asri akan memasuki parti pemerintah itu bersama beberapa golongan ulama, dalam usaha Umno untuk menarik sokongan penganut Islam menghadapi pilihanraya umum ke-13.

Pemerhati politik bagaimanapun berpendapat ulama berfahaman moderan itu tidak mungkin memasuki Umno, yang bertanggungjawab meluluskan kegiatan undi sukan dan ketegangan agama sekitar isu Kalimah Allah.

Baca lagi disini  :    
http://greenboc.blogspot.com/2010/06/guna-ji-untuk-paksa-sertai-umno-bn-go.html

Sementara itu Dr Asri menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dlm JI
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Sehubungan itu, mereka berkata, dakwaan pelbagai pihak, terutama pembangkang, bahawa isu keselamatan negara yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan sebagai permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh.
Mereka menegaskan demikian dalam satu kenyataan bersama hari ini bagi mengulas laporan Malaysiakini mengenai taklimat keselamatan negara anjuran pihak polis yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Selain Dr Juanda dan Dr Asri, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim turut dikaitkan.

"Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan.

Pesanan Ayatullah al Uzma Ali Khamenei

Posted: 23 Jun 2010 02:12 AM PDT



Anak muda yang dikasihi, pasanganmu adalah seseorang yang telah menghubungkan hati, jasmani dan nasibnya. Dengan sepenuh hati, saya mengucapkan tahniah kepada anak-anak yang saya kasihi sekalian. Saya berpesan, hendaklah kamu mencurahkan kasih sayang kepada pasanganmu. Setialah dengan mereka dan selaraskan dirimu dalam urusan satu sama lain.


Hindarilah kerumitan hidup bersama, dengan mengabaikan kekusutan kecil dan tidak penting. Semoga Tuhan menganugerahkan padamu kesejahteraan, kegembiraan dan ketinggian rohani. Moga dikurniakan kepadamu tumpuan kehidupan; yakni anak-anak tercinta yang sihat, soleh serta menjadi penyinar." - Ayatullah al Uzma Ali Khamenei.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


AWAS !! MEREKA TELAH MENJERAT MP JADI KATAK, KINI MAHU JERAT ULAMAK PULA

Posted: 23 Jun 2010 02:32 PM PDT

Kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional dipercayai menggunakan Jemaah Islamiah untuk menekan bekas Mufti Perlis Dr Muhd Asri Zainul Abidin dan Presiden Pas Abdul Hadi Awang memaksa mereka supaya tunduk pada pemerintah.

Pakatan Rakyat mengesyaki usaha Institut Latihan Islam Malaysia yang berada di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengaitkan kedua tokoh agama itu kepada gerakan pengganas adalah strategi untuk menakutkan mereka dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Spekulasi sebelum ini kuat mengatakan Asri akan memasuki parti pemerintah itu bersama beberapa golongan ulama, dalam usaha Umno untuk menarik sokongan penganut Islam menghadapi pilihanraya umum ke-13.

Pemerhati politik bagaimanapun berpendapat ulama berfahaman moderan itu tidak mungkin memasuki Umno, yang bertanggungjawab meluluskan kegiatan undi sukan dan ketegangan agama sekitar isu Kalimah Allah.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata tindakan kerajaan mengaitkan bekas Mufti Perlis itu kepada gerakan pengganas dipercayai strategi untuk memaksa Asri masuk Umno.

"Saya percaya ada satu sikap yang jelas kepada Umno bahawa dia tidak akan sertai Umno, dia tidak mahu sertai Umno dan ini mungkin sebagai satu tekanan kepada beliau, bagi satu tekanan besar kepada dia dan mungkin dia akan menyertai Umno.

"Bahawa apabila Dr.Asri dilabelkan dengan isu keselamatan, maka yang dibayangi untuknya ialah ISA," katanya.

Selain dari Asri, Mufti Perlis Sahibus Samahah Juanda Jaya dan Presiden Pas Abdul Hadi Awang turut dikaitkan kepada gerakan Jemaah Islamiah.

Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub mengesyaki ada usaha untuk menjerat Abdul Hadi Awang yang tegas menolak sebarang kerjasama dengan Umno-Barisan Nasional di Muktamar Tahunan Pas ke-56 awal bulan ini.

"Saya rasa ini satu yang cuba untuk diselewengkan oleh isu yang sebenarnya. Sebagaimana yang kita bimbangani ini adalah merupakan satu konspirasi cara terancang yang melibatkan golongan agama cuba untuk menjustifikasikan matlamat mereka," katanya.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengecam tindakan kerajaan Umno-BN mengaitkan tokoh agama dan politik pembangkang dengan gerakan pengganas.

Pemimpin Parti Keadilan Rakyat ini berkata Umno-BN terdesak membendung mana-mana pemimpin masyarakat yang berpotensi menggugat kuasa mereka, termasuk mendorong orang-ramai membenci agamawan seperti Asri, Hadi, dan Juanda Jaya.

"Sebagaimana yang diketahui ISA sedang diusahakan untuk dimansuhkan maka saya sudah tengok isu JI ini telah disengajakan wujud dari minggu lepas lagi.

"Saya sudah andaikan ada satu arah dan hala tuju berkenaan dengan isu ini dan sekarang ini kita tengok ada dikaitkan dengan pimpinan-pimpinan Islamik. Ini merupakan satu yang tidak berasas dan ianya merupakan satu plotik kotor untuk membendung pemimpin-pemimpin politik yang menggugat keselamatan kerajaan Bn.

"Politik cara ini dan propaganda cara ini mesti kita tolak habis-habisan, saya ingin menegaskan ini adalah taktik kotor Bn dan kita mesti tentang habis-habisan," katanya./TVSelangor

HJ HADI BELAJAR UNIVERSITI WAHABI DAN MENDAPAT BIASISWA LAGI ?

Posted: 23 Jun 2010 12:31 PM PDT

Hadi: Saya memang belajar di universiti Wahabi tapi...
Jun 23, 10


Mengakui mendapat pendidikan di universiti Wahabi dan mendapat tajaaan 'biasiswa Wahabi', Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, itu tidak menghalangnya daripada mempunya pandangan yang tersendiri dalam hal ehwan agama.

"Saya memang belajar di universiti Wahabi, dapat biasiswa Wahabi," katanya sambil tersenyum.

"Tetapi saya ada pandangan saya sendiri," jelasnya lagi seperti dilaporkan akhbar web PAS Harakahdaily.

Semasa mudanya Abdul Hadi pernah menuntut di sebuah universiti di Arab Saudi - negeri yang dikaitkan dengan fahaman Wahabisme.

Malaysiakini difahamkan dalam mesyuarat anti-keganasan anjuran pihak polis Isnin lalu seorang pegawai daripada sebuah agensi agama memberikan penerangan tentang 'hubungan' beberapa tokoh agama dan politik dengan Wahabi dan Jemaah Islamiah (JI).

Menurut sumber-sumber, selain Abdul Hadi, turut dikaitkan sama dengan 'lingkaran' itu, antaranya bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas mufti negeri Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan mufti sekarang Dr Juanda Jaya.

Ditemui di pejabat pembangkang di Parlimen sebentar tadi, Abdul Hadi berkata cubaan mengaitkan fahaman Wahabi dengan Jemaah Islamiah (JI) atau terorisme adalah agenda Barat serta musuh yang mahu memburukkan Islam.

Katanya, musuh Islam sememangnya menggunakan isu perbezaan mazhab untuk memecahkan umat Islam.

"Wahabi tidak ada kena mengena dengan teroris pun, itu satu agenda Barat dan musuh Islam," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang./Malaysiakini

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Memang kaki kencing memang tak guna seduit pun depa ni.

Posted: 23 Jun 2010 09:36 PM PDT

Di Parlimen semalam kerajaan melalui najib mengaku membelanjakan RM37.7 juta bagi PRK Sibu baru-baru ni. Biar pi lah depa dah belanja. Nak kata apa lagi. hangpa melalak terkeluar anak tekak pun najib buat tak tau saja, malahan depa gelak lagi ada lah, hangpa rakyat biasa apa boleh buat, kuasa dok kat tangan kera jaan.

Lepas tu najib kata lagi. Kera jaan tak janji apa-apa pun kat pengundi Sibu masa PRK Sibu dulu. Dah tu aku nak tanya, yang kata nak bagi rm5juta nak buat penebatan banjir tu siapa? Yang kata "you help me, i help you" tu siapa?

Memamg haramjadah puak-puak ni

Hukum suami tak dapat puaskan nafsu isteri

Posted: 23 Jun 2010 05:43 PM PDT

Kemusykilan:

Apakah hukumnya pula suami yang tidak dapat melayan atau memuaskan nafsu isteri ketika bersetubuh dan mengelak jika isteri mahukannya?


Nasihat:

Dalam perkahwinan antara suami isteri terdapat unsur seksual yang menjadi landasan rumahtangga. Ertinya suatu perkahwinan akan menjadi bermakna apabila kehidupan seksual suami isteri berjalan dengan baik. Meskipun ada unsur-unsur lain yang mendorong terciptanya rumahtangga yang harmoni seperti ekonomi, namun faktor seksual adalah yang paling menonjol. Kegagalan suami ataupu isteri di dalam menjalankan tugas seksual mengakibatkan retaknya hubungan antara keduanya dan berakhir dengan tekanan dan stres. [seterusnya DI SINI]

Adik minta abang puaskan nafsunya

Posted: 23 Jun 2010 09:45 AM PDT

Kami bertemu pada suatu malam. Makan malam bersama di "coffee house" hotel tempat aku menginap. Dia menceritakan masalahnya. Aku hanya dapat mendengar, tak ada apa-apa yang dapat aku tolong lagi. Dia sudah berkahwin dan ada anak. Apa lagi yang dapat aku lakukan,

Aku meminta dia menerima ketentuan ilahi. Terima lah apa yang dah berlaku. Selepas makan Y balik. Aku naik kebilik. Tak sampai 15 minit pintu bilik di ketuk. Melalui lubang kecil di pintu aku dapati Y. Rupanya Y tak balik. Dia sengaja main-mainkan aku. Aku tak mengesyakki sesuatu. Pintu bilik dibuka, dengan secepat kilat Y terus masuk ke bilik aku.

Y di atas katil. Aku dikerusi. Y membaringkan dirinya ... dan meminta aku duduk di sebelahnya di atas katil. Aku menurut saja. Bila aku disebelahnya Y menceritakan yang sebenar-benarnya tujuan dia datang bertemu aku. Aku terkejut. Y meminta aku memuaskan nafsunya yang selama ini tak pernah merasa kenikmatan hubungan kelamin. Sambil itu tanpa di minta Y dengan sendirinya menanggalkan pakaian nya satu persatu sehingga tidak adap apa lagi dibadannya. [setrusnya DI SINI]

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Ciri-Ciri Blog Yang Super Annoying

Posted: 23 Jun 2010 03:58 PM PDT

Bila aku surf internet,aku akan bukak lagu.Kuat-kuat.Biasanya aku akan surf macam-macam tapi topik aku selalunya akan bermula dari berita bola,teknologi dan politik.Kemudiannya aku akan akhiri sesi pembacaan aku dengan membuka secara random blog-blog peribadi tah sapa-sapa atau mana-mana link yang ada tertampal dalam ni.

Aku suka baca benda2 personal orang sebab aku suka dengar cerita orang lain jadi ramai jugak la manusia2 yang berani meluahkan perasaan secara terbuka dalam internet ni.Ada sorang dua yang berani meluahkan rasa syahdu dan pilu,ada jugak yang menulis benda2 menarik dan ada jugak la menulis2 benda2 yang tak menarik langsung.

Aku tulis ni bukan sebab aku nak listkan blog-blog yang aku suka.Tak seronok la camtu.Ramai orang dah buat.Aku menulis hari ni sebab aku nak cerita pasal benda2 yang aku tak suka masa browse blog-blog orang lain.Hahahahaha!

...........

1. Background dan teks warna tak betul


Background putih,teks kuning.Background hitam,teks merah.Adakah anda cuba buat semua orang buta?

2. Dia letak lagu dalam blog dia dan plug in player media tu susah benar dijumpai

KAMON LA!Bila aku duduk depan PC,aku nak dengar lagu-lagu aku sendiri,bukan koleksi lagu Indonesia anda atau koleksi lagu Eddie Hamid anda.Aku browse sekali beberapa belas tab/window,jadi proses mencari blog mana yang pasang lagu tu adalah satu bentuk penyeksaan telinga.

3. Kena scroll separuh page baru jumpa posting

Sebab kat atas penuh iklan.Banyak blog-blog sekarang macam tu.

4. Blog Politik,Ajak Perjuang Islam,Ahli PAS...tapi...

....Iklan paling besar sekali kat atas,PANCUTKAN ISTERI!Nak belajar sangat pancutkan isteri,download Cytherea "Squrting 101"!Free!Siapa Cytherea?Seorang pelakon porno muka SEBIJIK macam Natalie Portman.

5. TuLiS MaCaM Ni?

AdAKaH KaU TaK RasA InI SaNGat AnNoYiNg?AdAKaH KaU TaK LeTiH JaRi NaK TuLiS MaCaM nI?

6. Penggunaan Ayat Budak-Budak Belum Baligh

Hari inie aq maw on9,tapi facebooque tidaque maw login-login,lalew aq sedey dan terush menangisy cosy my honey tidaque dapat chatting wit aq. :D :P :( :8 :6 :3.....<=3 .....Nak tulis camtu masa hantar SMS,pakai la.Bila ada keyboard,takyah la.

Terima kasih.
Selamat pagi.

Mind Your Language : ENGRISH! SHITTY WOK!

Posted: 22 Jun 2010 11:36 PM PDT



Kuara Rumpour Shitty Shenter!

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Selangor merekrut tokoh agama untuk mendapatkan sokongan Melayu

Posted: 23 Jun 2010 07:48 PM PDT





24 Jun 2010
Shah Alam, 24 Jun - Selangor telah merekrut sarjana Hangat Islam Dr Badrulamin Baharom untuk "mengulurkan tangan" ke pemilih utama Malaysia di kawasan luar bandar menjelang pilihan raya umum seterusnya, serupa dengan UMNO memujuk maverick ulama Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Kurangnya sokongan dari masyarakat tetap (PR) Pakatan Rakyat yang lemah dan realiti kekalahan selepas pilihanraya Hulu Selangor lalu.

Meskipun PKR gagal mempertahankan majoriti kerusi Melayu-semi-pedesaan. Untuk UMNO, Dr Mohd Asri masuk ke kem itu dapat membantu menopang sokongan Melayu bandar tetapi bekas mufti Perlis dengan serangan terakhir terhadap Barisan Nasional (BN) telah menimbulkan keraguan tentang keanggotaannya untuk menyertai Umno.

Selangor Mentri Besar Tan Sri Ibrahim Khaild mendedahkan perlantikan tokoh agama terkenal sebagai pengarah maklumat negara PKR minggu ini.

Dia menggambarkan Badrulamin sebagai cendekiawan "oleh standard" dan disahkan

yang peranannya adalah untuk membantu pasukan maklumat Selangor's mengatasi suara Melayu luar bandar.

Mentri Besar juga mengakui bahawa sementara Selangor adalah sebuah negara yang berkembang dengan baik, ada daerah yang mencapai kerajaan di luar negara itu.

pegawai kerajaan berkata kredensial dan latar belakang Badrulamin membuatnya cocok untuk mengatasi pemilih Melayu luar bandar yang kukuh pro-UMNO.

kelayakan-Nya termasuk gelaran dalam kajian Islam dari Universiti Al-Azhar terkenal di Kaherah, sebuah gelar master dalam Perbandingan Hukum dari Kent University dan gelar doktor dalam Hukum Islam Perlembagaan dari Universiti Birmingham.

GADOH..GADOH ...NI LA CARA NAK ELAK ISU

Posted: 23 Jun 2010 07:23 PM PDT

SHAH ALAM 23 Jun - Kerajaan digesa mengambil tindakan memecat Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong kerana bersikap biadab mempertikaikan pemberian biasiswa Majlis Amanah Rakyat (Mara) kepada pelajar bumiputera.

KUALA LUMPUR 23 Jun - Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai sentimen perkauman yang tebal apabila mempertikaikan hak bumiputera untuk mendapatkan biasiswa.



Inilah isu bagi melupakan banyak isu lain yang terpaksa di tanggung kerajaan.Selepas isu JI dikatakan isu gaduh soal hak orang Melayu..Dah mual dah isu ni rasanya...ada saja kes besar isu melayu di mainkan...kalau dah 40 tahun dulu isu yang sama..rasanya rakyat Malaysia yang berusia 40 an dah tahu taktik umno ni....

BEGINILAH KEHIDUPAN CYBER TROOPER UMNO

Posted: 23 Jun 2010 05:49 PM PDT

Cerita Mengenai ParpuKari

Posted by Love Perak |

PARPUKARI!!! Anda kenal bukan? Siapa yang tidak kenal dengan Parpukari. Begitu hebat dimata bloggers-bloggers PRO BN dan PR juga tidak terkecuali. Bercakap tentang Parpukari, apa keistimewaaan yang ada pada mamak seorang ni, kalau bukan kepetahannya di dalam blog membantai sesiapa sahaja yang menentang Kerajaan BN lebih-lebih lagi jika melibatkan Tun Dr. Mahathir dan Mukhriz.

Selain dari profesion sebagai seorang blogger, apa sebenarnya profesion Parpukari ni? Ada teman yang berkata, dulu Parpukari bekerja di sebuah bank di KL ( entah typist ka apa ka tak tahu ler ) tetapi kini, memegang jawatan tetap sebagai BLOGGER. Jika benar seperti kata tuan empunya diri bahawa dia tidak dibayar, apa mungkinkah dia mampu untuk menetap di sebuah kondominium yang penuh dengan kawalan keselamatan nya macam VVVIP pulak? Dan terbaru, diberitakan Parpukari baru sahaja membeli sebuah Toyota Camry 3.0 v6. Wah? Mewah juga hidup jadi BLOGGER UPAHAN ni ye? Tak ada logika sungguh memikirkan tentang gaya hidup Parpukari ni.

Mampukah seseorang itu bertahan dengan simpanan yang ada jika sudah tidak bekerja dan mampu mengamalkan cara hidup yang mewah. Hanya orang bodoh yang percaya bahawa Parpukari ini tidak dibayar sebagai blogger. PR juga ada terdengar cerita yang Parpukari juga menggelapkan sejumlah wang yang telah diperuntukkan kepada bloggers. Wang diterima oleh Parpukari tetapi agihan kepada rakan-rakan lain tidak sampai. Memang mamak ni spesis kawan makan kawan. Harapkan pagar, pagar makan padi!

Berkemungkinan juga, duit yang di'songlap'kan Parpukari itu la yang digunakan untuk menampung kehidupan dia kini. Dari maklumat yang PR terima, bukan calang-calang duit yang diterima. Pendek kata, memang boleh gelap mata dan kerana insiden itu juga la Parpukari dah tak sebulu dengan beberapa rakan bloggers yang begitu rapat dengan dia dahulu. Biar hilang kawan, jangan hilang duit makan, inilah pegangan hidup Parpukari yang anda semua tidak tahu!

Kini, Parpukari semakin dibenci rata-rata bloggers Pro-BN. Ahli-ahli pakatan Bloggers Lembu seperti Bloggers Pembela Negara pun sedikit demi sedikit meninggalkan "kawan makan kawan" mereka ini.

Dek kerana pegangan ini jugala, Parpu disayangi oleh beberapa pemimpin terkenal. Siapa yang PR maksudkan? Nantikan...Pasti ada hebahannya!!!

AKHIRNYA KERAJAAN JAWAB SETELAH DI DESAK....

Posted: 23 Jun 2010 04:50 AM PDT

  • JI: Sandiwara Najib yang tidak meyakinkan
  • JI: Kerajaan enggan beri jawapan rasmi di Parlimen



    TERKINI

    Akan letupkan rumah ibadat: 10 anggota JI ditahan

    23/06/2010 7:33pm

    KUALA LUMPUR 23 Jun – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata hari ini, penahanan 10 anggota Jemaah Islamiah (JI) awal tahun ini adalah bertindak atas maklumat bahawa kumpulan itu akan meletupkan tempat ibadat bukan Islam di Selangor dan Pulau Pinang.

    Beliau berkata, kumpulan yang diketuai lelaki Syria bernama Ayman serta lapan lagi warga asing dan seorang rakyat tempatan itu ditahan di Sungai Cincin, Gombak pada 21 Januari tahun ini.

    Katanya, daripada yang ditahan itu, didapati lima daripadanya adalah pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).

    "Kesemua mereka adalah pendakwah bebas dan penyokong kuat kepada Ayman iaitu ketua kepada kumpulan ini. Warga tempatan itu didapati telah berkenalan dengan Ayman semasa beliau belajar di Pakistan.

    "Apa yang diketahui, peranan Ayman selain menjadi ketua kepada kumpulan tersebut, beliau juga merupakan tenaga pengajar bagi kumpulan Al-Qaeda di mana beliau berperanan untuk melatih (rekrut) pelajar," katanya.

    Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen (MP) Pokok Sena daripada Pas, Datuk Mahfuz Omar yang mencelah ketika beliau menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

KES SAPU DUIT RAKYAT MELALUI TOL

Posted: 23 Jun 2010 03:02 AM PDT

LEBIH CINA DARI CINA....DUDUK DIAM-DIAM LAH

Posted: 23 Jun 2010 02:56 AM PDT


Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu. "Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak," katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi.


KATA KATA BEKAS DIKTAKTOR DIMANA BELIAU JUGA PERNAH MENGELUARKAN KENYATAAN SUPAYA HADIS DAN ALQURAN DI KAJI SEMULA.....ADOIII....KALAU TOK JIB DENGAR KATA SI MAHAZALIM NI SAH LAGI KUAT PENENTANGAN.

Lebih 40 NGO serah memo bantah lesen judi kepada PM

LAGU LAMA DI ULANG KEMBALI.STAIL ZAMAN MAHAZALIM DULU.....HISHAMUDDIN TIDOR KE???

Posted: 22 Jun 2010 10:48 PM PDT

KECOH KONONNYA ADA PULA PENGANAS..SIAPA PENGGANAS ENTAH LAH..YANG SEBETULNYA ADA BANYAK KES YANG PERLU DI SIASAT....


Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan individu tersebut, tambah mereka, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri "seakan-akan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas".

"Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar. Bahkan ia bermungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu.

"Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab.

"Di samping itu, kami menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit," tambah mereka



kata-kata dari MSO...he..he..he..betul..betul...otak kemetot....

Di sini kalau kerajaan ikhlas hendak membenteraskan isu itu (kalau ada seperti mana dikatakan itu) ia tidak perlu dihebuhkan. Cekup perlahan-lahan dan sumbat ke dalam penjara. Masukkan ke dalam ISA. Tetapi kalau awal-awal sudah heboh riuh randah sekampung apa halnya? Jangan marahkan orang kalau ada tuduh ada motif di sebalik itu. Belajarlah menjadi bijak dan cerdik sedikit.

Itu Zaid Hamidi pun tidak payahlah selar dan marahkan Anwar. Anda Menteri Pertahanan ada kuasa, ada bedil dan ada bom, bom sajalah tutup cerita. Kalau C4 milik tentera boleh dilepaskan untuk hancurkan Altantuya apa salahnya kalau ia digunakan untuk bom JI? Gunalah...

Kalau menimbulkan isu kerana nak burukkan Anwar nak hina Anwar rasanya tidak payah. Seorang menteri seharusnya ada wibawa, ada klas dan mempunyai integriti yang tinggi. Kalau Zahid atau Hishmuddin juga bercakap macam ketua pemuda cawangan malanglah kerajaan Najib Razak. Malang bagi Najib nak tukar menteri bodoh dan otak kemetot tak dapat kerana ahli parlimen Umno hanya ada berapa kerat saja. Al nasib wa nasab.... [wm.kl. 6:00 pm 22/06/10]