Selasa, 22 Jun 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Isteri tinggalkan suami gara-gara hubungan sex 8 jam

Posted: 22 Jun 2010 11:16 PM PDT

................ Boleh dikatakan sejarah hitam dalam hidup saya sebagai isteri. Kami buat sex dari jam 10 malam hingga ke subuhnya tak henti-henti. Penat jangan ditanya lah. Saya terpaksa menadah kepadanya selama hampir 8 jam. Sakit sangat-sangat benda saya tu, tapi terpaksa saya berikan juga kerana dipaksa.
Saya menjangkakan bukan dia sebenarnya yang "kerjakan" saya malam itu. Mustahil sekali mana ada manusia dapat lakukan sex tanpa henti selama 8 jam. Hanya jin atau iblis saja yang dapat lakukannya. Ya ini cerita benar. Perkara yang telah pernah saya alami sendiri.

Sangkaan saya tepat. Dia ada "pakai-pakai" atau menggunakan ilmu hitam. Saya terjumpa dia sedang minum air longkang ...... tindakan yang menjijikkan .... Saya bertanya kenapa dia lakukan itu semua. Katanya untuk menguatkan tenaga sex. [seterusnya DI SINI]

Penduduk Penan diserang

Posted: 22 Jun 2010 10:07 PM PDT

Keruah Usit
Jun 23, 10
11:36am

Polis Sarawak didakwa menyokong keganasan apabila membenarkan syarikat pembalakan Lee Ling Sdn Bhd, membubarkan sekatan di jalan-jalan balak di kawasan penempatan peribumi Sarawak di Limbang.

Merujuk kepada kejadian 20 Jun lalu, kumpulan pejuang hak kaum peribumi, Yayasan Bruno Manser (BMF), berkata Lee Ling menghantar tiga anggota polis yang tidak berpakaian seragam dengan kenderaan syarikat berkenaan ke kawasan sekatan di Long Sebayang.

Seorang anggota polis itu yang dilengkapi dengan sepucuk pistol dan mengarahkan penduduk sekitar supaya yang membubarkan sekatan dan memberi laluan kepada Lee Ling untuk membawa keluar balak yang ditebang.

Menurut penduduk tempatan, Lee Ling bercadang untuk menebang pokok di kawasan berkenaan dan menjadikannya sebagai kawasan perladangan.

Sekatan berkenaan didirikan oleh penduduk Lun Bawang, Penan dan Tabun dari kampung sekitar sebagai usaha terdesak mereka sejak kebelakangan ini bagi menghalang tanah adat dan pusaka mereka daripada terus dicabuli. Walaupun banyak sekatan didirikan, sebahagian besarnya telah dirobohkan oleh polis.

Kerajaan Taib tidak mengiktiraf Hak Pusaka Orang Asli (NCR) meskipun ia termaktub dalam adat resam mereka dan juga perlembagaan negeri dan persekutuan.

Penduduk di kawasan pendalaman Limbang itu juga membuat laporan polis mendakwa dikasari oleh pekerja Lee Ling. Namun mereka mendakwa, tiada siasatan polis dijalankan berbanding sokongan yang diberikan kepada syarikat pembalakan itu.

Aking Anung, seorang penduduk Penan dari kampung Long Keneng, membuat laporan polis di Limbang, mendakwa dia diserang di sekatan jalan oleh pengurus Lee Ling yang bernama "Ah New", pada hari polis membuat lawatan. Dakwa Aking, pengurus itu mengugutnya dengan sebilah parang.

Setelah diserang, Aking berkata dia melarikan diri kerana tidak mahu dicederakan.

Bita Pelisi, seorang lagi penduduk di sekatan jalan itu juga mendakwa "Ah New" menyerangnya di bahagian muka sehingga menyebabkan hidungnya berdarah.

Katanya, pekerja Lee Ling kemudian mengugut penduduk bahawa mereka akan membawa lebih ramai orang untuk membelasah mereka jika sekatan tidak dirobohkan.

Raziah Mahmud, adik kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, adalah antara lembaga pengarah di firma Quality Concrete, yang merupakan syarikat induk Lee Ling - mkini

Ibu tunggal kandungkan anak menantu?

Posted: 22 Jun 2010 12:18 AM PDT

Mulanya menantu agak takut-takut. Takut diketahui isteri. Tapi dengan jaminan kak Kiah, menantu nya dan mula berani, berani menjamah seluruh tubuh montok si ibu mertuanya, setiap malam ketika ketiadaan isterinya. Badan kak Kiah ni walaupun dah hampir 40, tapi dari jauh masih boleh dikata awal 30an. Masih menggiurkan.

Perlakuan mereka berterusan. Kak Kiah mendapat segala-gala dari menantunya. Seminggu anak nya bekerja malam, seminggu lah mereka akan tidur bersama seperti suami isteri. Tiada akan ada apa-apa gangguan atau halangan. Hanya mereka berdua saja. Bebas untuk melakukan apa saja.

Mereka meneruskan hidup seperti biasa. Seperti tidak ada apa-apa hubungan kak Kiah dengan menantunya. Di rumah hubungan mereka seperti keluarga lain bila anak kak Kiah ada bersama, tapi bilamana anak nya keluar bekerja mereka bertukar menjadi seperti pasangan suami isteri.

Semuanya itu tak dapat dihidu anak kak Kiah. Dia tidak pernah beranggapan buruk terhadap suaminya. Maklumlah mereka berkahwin atas dasar cinta, bukan pilihan keluarga. Si suami juga tetap melayan anak kak Kiah seperti dari awal dulu, termasuk batinnya tak pernah kurang, walau pun kini dia terpaksa bekerja keras untuk memberi nafkah batin kepada dua "isteri" - [artikel penuh DI SINI]

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Umno menuju kehancuran: "Pemimpin Umno buta perut!", "Melayu Akan Undi Protes Umno!" - Blogger Tegar Umno

Posted: 22 Jun 2010 10:42 AM PDT



"UMNO lemah bukan kerana ahli-ahlinya.. Sebahagian BESAR penyumbang keLEMAHan UMNO adalah kerana orang MELUAT melihat GELAGAT para pemimpin UMNO itu sendiri.. Kita mintaklah PM kita cuba NYATAkan ada tak mana-mana pemimpin UMNO yang 'diSUKAi' dan 'diSAYANGi' oleh rakyat ketika INI? Terus-terang kita katakan, para pemimpin UMNO sendirilah yang meLEMAHkan parti tersebut dengan bermacam CARA hingga sampai TAHAP memperBODOHkan rakyat.. Adakah PM Nampak HAKIKAT ini?" - sensecredaccountability

"Sudah cukup cukuplah dalam MEMANJAKAN Kaum Cina. Sudahlah lah Pakatan Pembangkang PAS,DAP dan PKR melebihkan kepentingan kaum Cina..Ini kerajaan BN yang mana UMNO sebagai Ketuanya juga mengambil sikap sedemikian dalam mencurahkan satu demi satu maanfaat buat kaum Cina. Habis tu Orang Melayu, India dan pribumi yang lain macam mana? Banyak kali dah kita dengar Kerajaan umumkan peruntukkkan Berjuta juta kepada Bangsa Cina ini melalui banyak bidang. Malah Biasiswa juga di tingkatkan buat Kaum kedua terbesar di Malaysia ini" - Papa Gomo

Baca seterusnya dibawah...

1. Macam manalah ahli-ahli UMNO nak menyerang BALAS kalau ramai pemimpin mereka jenis BUTA PERUT?

UMNO lemah bukan kerana ahli-ahlinya.. Sebahagian BESAR penyumbang keLEMAHan UMNO adalah kerana orang MELUAT melihat GELAGAT para pemimpin UMNO itu sendiri.. Kita mintaklah PM kita cuba NYATAkan ada tak mana-mana pemimpin UMNO yang 'diSUKAi' dan 'diSAYANGi' oleh rakyat ketika INI? Terus-terang kita katakan, para pemimpin UMNO sendirilah yang meLEMAHkan parti tersebut dengan bermacam CARA hingga sampai TAHAP memperBODOHkan rakyat.. Adakah PM Nampak HAKIKAT ini?

Cuba TENGOK betul-betul pemimpin parti MANAkah yang ada SIKAP begini:-

1) Siapakah yang meMALUkan UMNO dengan mengejar JAWATAN parti dan bermacam jenis JAWATAN hingga didapati berSALAH melakukan keSALAHan POLITIK WANG?

2) Siapakah pemimpin UMNO yang 'GILA GLAMER' hinggakan habis dicuba segala macam CARA untuk mencari PUBLISITI murahan daripada jadik MODEL SAMBILAN hinggalah kepada jadik Askar Wataniah?

3) Menteri MANAkah yang sering buat KENYATAAN BODOH di Parlimen dan juga luar Parlimen dalam isu judi BOLA, penggunaan nama ALLAH SWT oleh penerbitan Kristian, penyerahan blok minyak kepada Brunei dan banyak lagi hingga dipanggil 'The HATCHET Man'?

4) Menteri MANAkah yang sering TIKAM BELAKANG kerana menDEDAHkan keLEMAHan kerajaan sendiri seperti isu keHILANGan enjin JET dan pendedahan ada maklumat RAHSIA Negara bocor kepada keDUTAan asing?

5) Menteri MANAkah yang begitu PENAKUT dengan HINDRAF, parti RACIST La'anatullah dan banyak lagi pihak yang menimbulkan isu perKAUMan terhadap orang Melayu tetapi diLANTIK pulak sebagai Menteri KDN?

6) Ketua Penerangan parti MANAkah yang TIDAK mampu pun mengatur jentera penerangan dengan TERATUR setiap kali PRK tetapi asyik HANYUT dibuai MIMPI Teori Pendulumnya?

7) Ahli Parlimen parti manakah yang kahwin DUA tanpa keBENARan hingga meletakkan dirinya setaraf dengan Lebai PAS?

Bolehkah ahli-ahli UMNO ini diberitahu, atas SEBAB apakah mereka kena memperTAHANkan para pemimpin sebegini dalam UMNO?

Semasa PRU ke12 lalu, ramai ahli-ahli UMNO masih TRAUMA untuk membantu parti mereka kerana GAGAL untuk menyerang BALAS dan diMALUkan dengan MUDAH sekali disebabkan pihak LAWAN menjaja gambar Presiden UMNO tengah TIDO dan meraba BAHU perempuan semasa CERAMAH.. Trauma ahli-ahli UMNO masih lagi berterusan hingga HARI ini selepas mendapati para pemimpin seperti yang dinyatakan di atas menguasai UMNO.. Ahli-ahli UMNO tidak MAMPU langsung memBUKTIkan bahawa kepimpinan parti mereka LEBIH baik berbanding lawan.. Salah siapa?

Itu belum lagi kepimpinan UMNO peringkat negeri yang berpecah-belah dan tidak sehaluan akibat SIBUK sayangkan JAWATAN.. Ada sesiapa boleh bagitahu, APAkah keKUATan UMNO yang boleh diBANGGAkan di Kedah, Kelantan, Selangor, KL dan Negeri Sembilan? Apakah keKUATan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO yang masih WUJUD di peringkat negeri? Apakah UMNO yakin bahawa generasi muda menyokong parti ini?Ahli-ahli UMNO sekarang INI umpama ASKAR yang dikerah berperang TETAPI tidak diBEKALkan PELURU dan ditembak pulak oleh JENERAL mereka sendiri!

UMNO sebenarnya terHUTANG budi kepada NGO-NGO Melayu seperti PERKASA, BBM dan banyak lagi yang sering membangkitkan NOSTALGIA antara orang Melayu dengan UMNO.. Begitu jugak UMNO patut berterima kasih dengan BLOGGER yang tak jemu korek maklumat musuh UMNO.. UMNO jugak wajar berterima kasih kepada para ahli Parlimen BEBAS yang lebih GAGAH menyerang pihak LAWAN daripada para pemimpin UMNO sendiri.. Jika NAK harapkan kepada pemimpin-pemimpin seperti di atas, alamat TUNGGU masalah UMNO cuma tinggal BENDERA aje nanti..

Wallahualam..

- Sumber: The Sense, Credibility and Accountability

2. Melayu Akan Undi Protes Pada UMNO Pru 13 Kelak


Sudah cukup cukuplah dalam MEMANJAKAN Kaum Cina. Sudahlah lah Pakatan Pembangkang PAS,DAP dan PKR melebihkan kepentingan kaum Cina dalam agenda mereka menang pilihanraya PRU ke 13 nanti. Ini kerajaan BN yang mana UMNO sebagai Ketuanya juga mengambil sikap sedemikian dalam mencurahkan satu demi satu maanfaat buat kaum Cina. Habis tu Orang Melayu, India dan pribumi yang lain macam mana?

Banyak kali dah kita dengar Kerajaan umumkan peruntukkkan Berjuta juta kepada Bangsa Cina ini melalui banyak bidang. Malah Biasiswa juga di tingkatkan buat Kaum kedua terbesar di Malaysia ini. Yang Bangsa Melayu Terbesar dan India yang ketiga ni macam mana?

Tak di nafikan kerajaan ada memberikan bantuan demi bantuan kepada orang Melayu dan India bagi memajukan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup. Namun berapa banyak yang di salurkan? Berjuta? Berbilion? berapa ringgit???

Bab nak bagi peruntukkan pada kaum Cina bukan main hebah lagi, masuk Paper, TV sana sini dalam menyampaikan pada rakyat yang Kaum Cina telah menerima wang Juta juta dari Kerajaan Malaysia. Habis tu Bab bantuan pada orang Melayu? India? Mengapa tak di hebohkan? Mengapa tak di sampaikan dalam Paper dan TV berapa yang di berikan?

Takkan lah Kaum Cina nak mengamok kalau Kerajaan umumkan bantuan kepada orang Melayu? Dulu masa zaman Tun Dr Mahathir tiada masaalah pun dalam mewar warkan bantuan buat orang Melayu. Kerajaan Malaysia ni takut pada kaum Cina ke?

Orang Melayu ni bukan semuanya Faham akan hal Tersirat dalam politik, yang tahu tu ok lah, tapi yang tak faham? Kalau bab nak beri bantuan pada kaum Cina berjuta juta tu boleh, maka jika ada bantuan di berikan kepada Orang Melayu maka kerajaan perlu hebahkan agar rakyat menyedarinya dan menghargai apa yang kerajaan lakukan dalam membela nasib orang Melayu.

Cuba pemimpin UMNO turun berjumpa dengan orang Melayu dan tanya hal yang berkenaan, SAH mereka akan cakap " Kerajaan Manjakan Cina dari melayu" jangan kata rakyat yang tidak ikut politik sahaja, malah di kalangan ahli UMNO pun bercakap benda yang sama juga. Sebab apa? Sebab kita ni orang melayu mempunyai wakil dalam kerajaan iaitu UMNO, malah UMNO jugalah ketua kepada parti komponen Bangsa yang lain. Takkan lah UMNO tak boleh nak perjuangkan orang melayu?

Jurang perbezaan Ekonomi antara orang Cina, Melayu dan India semakin ketara pada dasarnya. Orang Melayu dan India semakin jauh ketinggalan dari segala aspek memandangkan banyak kelebihan demi kelebihan yang di berikan buat kaum Cina ini di Malaysia.

Lihat sahaja Bandar Bandar yang ada di Malaysia ini, sudah menampakkan yang segala Aset aset kedai adalah milik satu kaum sahaja. Bila wujud sahaja Lot Kedai mahupun premis perniagaan di bandar bandar pastinya pemilikkan nya akan di kuasai Kaum Cina keseluruhannya. Melayu dan India hanya mampu menyewa sahaja. Adil ke?

Ops...jangan salahkan Melayu kerana tak mampu nak beli kedai. Sebaliknya Kerajaan terutama pemimpin UMNO kena kaji mengapa Melayu tidak layak membeli kedai. Bukan semua melayu tak layak, tapi sebaliknya KAMI layak memiliki kedai kedai besar di bandar ini. Namun kerana masaalah pihak BANK yang meragui kemampuan orang Melayu dalam memiliki lot kedai ini menjadi punca utama pada orang Melayu.

MARA sekarang ni pun sudah tidak membeli lot kedai dalam membantu usahawan Melayu. Kalau di beli pun di kawasan yang kurang sambutan ataupun kawasan perkilangan. Nak berurusniaga dengan Jin dan Toyol ke? Nak maju macam mana kalau yang di bantu tu pun sekadar baut Syarat sahaja!!!

Jangan kerana nak dapatkan sokongan pengundi Cina maka Melayu di Abaikan. Isyarat jelas telah di tunjukkan oleh kaum Cina bahawa mereka ingin menguasai Politik Tanah air dan akan menukar kerajaan pada PRU ke 13 kelak. Jaga Orang Melayu, dah banyak kali pesan ni,kalau PRU ke 12 orang Melayu undi Protes kerana Marah dengan Pentadbiran LANGAU Pak Lah. Jangan pula PRU ke 13 ni sekali lagi berlaku undi protes kerana Melayu di abaikan.

Psssttt...Tak berubah ubah pemimpin UMNO ni....

- Papa Gomo

p/s: Sebenarnya banyak lagi blog2 penyokong tegar Umno yang menyiarkan kritikan terbuka, kutukan, malah makian dan herdikan terhadap Umno dan Najib sejak akhir2 ini, khususnya Umno Selangor dan negeri2 tertentu, yang katanya kerap 'tidur', lembab, bergaduh sesama sendiri, hanya kejar jawatan, rasuah, pentingkan diri sendiri dan lain2 lagi..paling tidak pun, mereka akan menzahirkan kekesalan dan rasa terkilan akibat dari keburukan yang menimpa Umno sejak akhir2 ini sepertimana yang dizahirkan oleh Ketua UMNO Cawangan Kg Malaysia Raya di blognya dgn tajuk, "UMNO masih tak berubah", dan pelbagai lagi..(boleh baca di sini, sini, sini dan sini)..

Cuma penulis agak sibuk ketika ini dan tidak sempat utk mengupdate semuanya..tak perlu penulis senaraikan isu2 yang melimpah2 sekarang ini yg membangkitkan 'kesedaran' penyokog Umno bawahan seperti isu blok minyak-Brunei, APCO, judi bola, tanah KTMB-S'pore, tanah Kg Baru, Biasiswa JPA, negara bankrup 2019, subsidi, TAX, harga barang naik dan pelbagai lagi...cukup dgn satu isu yg terbaru, seperti isu 'Saman Ekor', kerajaan umno kini dikritik dan dihentam oleh penyokong2nya sendiri..boleh baca di sini...

Apa pun ternyata melihat dari artikel mereka, Umno sememangnya telah berubah dasar dan matlamatnya..dasar kerajaan Umno kini semakin caca merba dan flip flop (seperti dasar Pak Lah), berterabur dan semakin membeban dan menyusahkan rakyat..ini hakikat, dan penyokong Umno sendiri mengakuinya...

Satu perkara lagi, bak kata blogger jumud umno, perjuangannya sudah berubah dari yang asal menjuarai isu melayu, kini mula menjadi hero dan jaguh bangsa lain khususnya bangsa Cina..ini diakui sendiri oleh penyokong2 Umno bahawa Umno di bawah Najib hanya melebihkan undi/sokongan kaum Cina berbanding Melayu...bukan PR yg cakap, tetapi luahan ikhlas penyokong Umno..ianya tidak akan diterbitkan Utusan Melayu atau pun di RTM kerana ia satu berita yg negatif bagi Umno..namun, hakikat ini tidak boleh dinafikan sesiapa lagi..

Semoga berita ini disebarkan kepada rakyat seluruhnya..wallahua'lam..


Lesen Judi Sukan: Ahli parlimen Petaling Jaya dedahkan bukti..

Posted: 22 Jun 2010 05:09 AM PDT



Betting licence: Here's the proof, says Pua

KUALA LUMPUR: Although the government has repeatedly denied that it has awarded a sports betting licence to a company, an opposition MP today furnished a "documented proof" that it has indeed done so.

DAP Petaling Jaya Utara MP Tony Pua provided two documents, including a "strictly private and confidential" information memorandum by Berjaya Sports Toto Malaysia Sdn Bhd, the company that was supposed to operate the betting activities.

Shedding more light on the controversy, Pua said that Ascot Sports Sdn Bhd is the company that has been given approval to run sports betting.



"Ascot Sports was sold by (tycoon) Vincent Tan and 70 percent of it is to be owned by (his company) Berjaya Corporation Bhd.

"Berjaya Corporation owns a stake in Berjaya Sports Toto, which was supposed to operate the betting. So there are three different companies," said Pua.

According to him, Berjaya Sports Toto would not have issued the memorandum if it was not given green light by the government.

"On June 11, four days after the Finance Ministry denied issuing the licence, Berjaya Sports Toto issued the memorandum to raise up to RM800 million on medium-term notes for 10 years," said Pua.

He said that there should be some truth in the document as the adviser was Maybank and the lead managers, AmInvestment Bank and Maybank Investment Bank.

"In this 20-page document, they (Berjaya Sports Toto) reiterated that Ascot Sports has been given approval to carry out betting operations upon certain terms and conditions.. ." he said.

In the document, Pua revealed that 220 Sports Toto outlets will be used as distribution points, with more outlets coming up in the future.

"The plan was to be carried out in August or early September in time for the English Premier League," he added.

However, on June 7, Prime Minister Najib Tun Razak, who is also the Finance Minister, said that the government has not issued any licence to Ascot Sports.

But on June 12, Ascot Sports issued a statement to Bursa Malaysia, saying that it has received approval. On June 15, Najib persisted that no licence has been awarded, saying that he would not be making any more statements.

MARC document revealed, too

Pua also showed a document from Malaysia Rating Corporation Bhad (MARC), which gave a rating to Berjaya Sports Toto.

He said that rating is usually needed when a company receives a loan of RM800 million in order to determine the quality of the loan.

"MARC has signed 'AA-' rating to this exercise to raise money by Berjaya Sports Toto... " said Pua.

The document stated that "following a recent announcement by Berjaya Corporation on its RM545 million acquisition of a 70% stake in Ascot Sports, a licensed sports betting operator, MARC understands that Sports Toto outlets will be used as a conduit for placing sports bets.

"Sports Toto is expected to receive an agency fee based on the sales generated from betting activities at its outlets. The details, including the timeframe for the rollout of the sports betting games, are yet to be finalised," the document stated.

"This clearly shows that Ascot Sports has been given the licence to operate the betting scheme. The denial by the Finance Ministry makes a complete mockery of our financial system and stock market," said Pua.

"If I am an investor, what do I do? Do I trust the memorandum which has been verified by MARC, Ambank and Maybank or do I trust the statements issued by the PM's office?" he added.

PM 'may be techincally correct'

Pua also believed that Maybank and MARC have done their homework and verified that Berjaya Sports Toto, Berjaya Corporation and Ascot Sports have been given the nod."Otherwise, they would not have issued the document to raise up to RM800 million... " he said.

However, he said, Najib may be "technically correct" when he said that no licence has been issued, giving the impression that approval has been given but the actual physical licence has not.

"It is becoming a stupid play of words and hiding the truth. The prime minister is destroying confidence in our financial market. As prime minister and finance minister, he needs to rectify this immediately, " said Pua. - Free Malaysia Today

Sementara MalaysiaWave mengulas isu ini....

Judi Sukan: Najib Cuba Bermain Silap Mata

Dalam Najib Tun Razak menafikan telah memberi lesen judi sukan, rupanya Ascott Sport and Berjaya Group telah meneruskan usaha mereka untuk memasarkan Judi Sukan di Malaysia.

Kronologi adalah seperti berikut:

7 Jun 2010 : Najib menafikan pemberian lesen Judi Sukan pada Berjaya Group di Parlimen

11 Jun 2010 : Berjaya Group mengeluarkan "Medium Note" bagi tujuan meraih dana yang berjumlah RM800 juta bagi tujuan pembiyaan operasi Judi Sukan seluruh Malaysia di 220 cawangan Sports Toto

12 June 2010 : Ascott Sport mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah mendapat kebenaran dari Kementrian Kewangan untuk mengoperasikan Judi Sukan seluruh negara

15 June 2010 : Najib sekali lagi menafikan lesen judi sukan telah dikeluarkan dan meminta
supaya jangan ditanya lagi akan soalan ini.

Ertinya, Najib sedang cuba bermain silap mata. Mana mungkin Berjaya Group boleh mengeluarkan sebuah dokumen 200 mukasurat meminta wang dari pelabur-pelabur sebanyak RM800 juta kalau mereka tidak mempunyai kebenaran bertulis dari MoF?

Juga, dokumen 20 muka surat bagi tujuan ("Medium Note") itu, BERJAYA kerap mengulangi hakikat bahawa Ascot Sport telah pun diberi kebenaran oleh Kerajaan Malaysia (baca: UMNO) untuk menjalankan Judi Sukan itu.

Penasihat kepada Berjaya Group di dalam pengeluaran "Medium Note" ini adalah Maybank. Manakala, pentadbir kepada operasi "Medium Note" ini adalah AmInvestment Bank dan Maybank Investment Bank. Mustahil Maybank, AmInvesment Bank serta Maybank Invesment boleh membenarkan perkara ini berlaku sekiranya benar-benar tiada kebenaran dari Kerajaan. Mustahil sama sekali.

Dokumen ini diedar kepada para pelabur 4 hari selepas Najib memberitahu Parlimen kononnya tiada lesen yang telah dikeluarkan kepada Berjaya Group.

Ertinya Najib cuba bermain silap mata. Tidak mungkin Berjaya Group, di atas nasihat Maybank serta kelolaan Aminvestment Bank dan Maybank Invesment Bank, boleh berani membuka peluang melabur sebanyak RM800 juta KALAU KERAJAAN UMNO TIDAK MEMBERI KELULUSAN. Ianya MUSTAHIL.

Apa yang mungkin berlaku adalah UMNO telah mengeluarkan surat kebenaran, namun hanya dokumen "lesen" itu sahaja yang belum dikeluarkan. Tetapi dengan surat kebenaran itu, UMNO tiada pilihan melainkan mengeluarkan lesen tersebut apabila Berjaya sudah bersedia untuk menjalankan Judi Sukan tersebut.

HIDUP UMNO!!, HIDUP APCO!!, HIDUP JUDI!!.- malaysiawaves.com

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Wee Choo Keong Peluk Islam,Masuk UMNO

Posted: 22 Jun 2010 05:08 AM PDT

Sound Direct:Sama-sama YB... ahahahahahahahahahahahahaha..eh aku lom mengundi lagi la.. ahahahahahaha

Berita Harian keluaran hari ini menyiarkan(aku ringkaskan);

KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong (Bebas) menyokong cadangan lesen pertaruhan sukan dengan mengaitkan 'fatwa' Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mengatakan hasil perniagaan haram dalam hukum Islam seperti arak boleh digunakan untuk pembangunan Kelantan, menimbulkan sedikit kekecohan di Dewan Rakyat semalam.

Beliau mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen PAS menentang cadangan pemberian lesen pertaruhan oleh Kerajaan Pusat, walhal Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyatakan hasil daripada perniagaan seperti arak boleh digunakan untuk pembangunan di negeri itu.

"Sebagai contoh, Singapura berjaya mengutip S$360 juta (RM878 juta) setahun hasil kutipan cukai pertaruhan sukan, manakala Hong Kong memperoleh HK$3.1 bilion (RM1.4 bilion).
"Jumlah dana ini besar dan boleh dimanfaatkan untuk kebajikan rakyat dan amat wajar pertaruhan sukan di negara ini dilesenkan dan dikawal selia, bukannya menghalalkan judi bola kerana kita negara Islam," katanya ketika membahaskan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).

1.Tidak sangka bahawa MP Kulim-BB berjaya "meng-Islamkan" MP Wangsa Maju ini.

2.MP Wangsa Maju berhujah lebih hebat daripada MP Bayan Baru dan MP Kulim-BB.

3.Tapi,ada silapnya.Apa yang mahu dilaksanakan kerajaan adalah mengeluarkan lesen judi.Persoalannya,adakah pengusaha judi akan dicukaikan?

4.Alih-alih pengusaha judi jadi orang kaya,tapi langsung tak dicukaikan,rakyat yang bodoh pergi main judi pula main merana,kesian.

5.Persoalannya,kerajaan tidak memainkan peranan yang lebih baik,sebagai kerajaan pusat pula tu.

6.Malangnya lagi,pemain judi tidak dikenakan cukai,cuma pengusahanya sahaja.Tetapi jelas dilihat hubungan kerajaan dengan pengusaha judi itu amat baik sekali.Maknanya sebesar mana yang bakal dibayar pengusaha judi itu kepada kerajaan?

7.Amat mengejutkan lagi MP Wangsa Maju itu merupakan daripada konsensnnesnnenssus bebas atau PKR(Parti Katak RosWah).Adakah MP Kulim-BB yang memperjuangkan Melayu dan Islam merelakan judi di tanah negara Melayu dan Islam ini?

8.Apa-apa pun,MP Wangsa Maju ini memang hebat kali ini dan cara beliau menjelaskan memang hebat.Sepatutnya beliaulah yang menggantikan TM Menteri Kewangan II itu dalam penjelasan kerajaan menghalalkan judi.Jadi MP ini wajar menyertai UMNO.

Sekian,Wallahu'alam

ZUL RELAKAN JUDI!!!!
ANDA????

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Potong stim betula Penduduk Kampung Baru nie...

Posted: 22 Jun 2010 07:42 AM PDT

usinkata; Penduduk Kampung Baru ni "potong stim" Nong Chick la..mamat baru nk "cuba-cuba" nak jadi hero melayu..kalau berjaya sudah tentu nanti akan dapat kenaikan pangkat menjadi Adun atau Ahli Parlimen..jadi Senator ni kurang ummmp la..

Apa yg pasti hati ni kuat berkata penduduk Kampung Baru lebih yakin dengan plan Kerajaan Selangor..apatahlagi suatu ketika dulu.PKNS mmg ada plan "baik punya" utk semua penduduk Kampung Baru..

Dan kalau semua nak tahu..inilah contoh "Rakyat-Rakyat Sedar" yg wujud kini..Penduduk Kampung Baru wajar menjadi contoh buat semua warga Melayu yang inginkan keadilan dan kebebasan..

Nong Chik oiii..pi la join MLM lagi baguih...adalagi tak syarikat MLM nk jadikan dia sebagai penaung..??


Kg Baru: Penduduk 'berminat' lihat pelan alternatif MB Selangor
June 22, 2010

KUALA LUMPUR, 22 Jun — Meskipun kerajaan pusat meminta Menteri Besar Selangor agar tidak 'mengganggu' pelan pembangunan semula Kampung Baru, penduduk kawsan berkenaan menyambut baik langkah Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahu menawarkan syor alternatif.
Bagaimanapun tegas mereka, keputusan sama ada akan menerima ataupun tidak ia bergantung kepada pengisian cadangan tersebut.

Majoriti penduduk mahu mendengar dahulu cadangan tersebut sebelum membuat sebarang keputusan kerana ia penting kepada mereka dan juga demi masa depan Kampung Baru.

Hasil tinjauan The Malaysian Insider mendapati 90 peratus penduduk bersedia untuk mendengar terlebih dahulu cadangan itu berbanding 10 peratus penduduk tidak kisah, kerana yang penting cadangan itu dapat menyelesaikan masalah pembangunan Kampung Baru.

Mereka yang ditemui berkata mana-mana cadangan yang dianggap boleh menyelesaikan masalah pembangunan Kampung Baru akan diterima, tidak kisah sama ada ia datang daripada kerajaan pusat atau kerajaan negeri Selangor.

Terima Kasih Zahid Hamidi..Terima Kasih Idris PEMANDU..

Posted: 22 Jun 2010 07:02 AM PDT

usinkata; Ucapkan terima kasih kat Zahid Hamidi..kena mendedahkan kenyataan ini...
Bangga betul aku bila mana Malaysia memiliki wang dan kekayaan yg sebegitu banyak..sampai aku pun xtau RM 1.67 BILION tue ada berapa kosong..

Sekali lagi nk ucapkan terima kasih kepada geng-geng PEMANDU yg diterajui oleh Senator Idris kerana kenyataan bahawa Malaysia akan BANKRAP pada 2019 jika subsidi tidak dihapuskan..

Apa kaitan antara ucapa terima kasih kepada Zahid Hamidi dan Idris Jala....

Apa lagi..inilah antara punca utama Malaysia nk BANKRAP..sanggup bagi RM 1.67 Bilion kat "sahabat setia"..biar sahabat gumbira di seberang laut meneruskan pengajian dan bersenang lenang bermain salji...xpa..xcukup duit ..nanti subsidi rakyat dipotong..bole bagi lagi..janji..tutup mulut..dok sana senyap-senyap ok...

Aku dan panas..xmau tulis dh,, ngnggggggggggg...baca la kat bawah..kalau hampa xpanas..mmg sah hampa dipukau oleh SUAMI PUAKA 1MALAYSIA




Mindef: Kontrak Scorpene bernilai RM6.7 bilion


Jun 22, 10 7:52pm
Kerajaan membayar sejumlah 1.341 bilion euro (kira-kira RM6.7 bilion) untuk dua kapal selam Scorpene yang pembeliannya kini disiasat oleh mahkamah di Perancis kerana dipercayai mempunyai unsur rasuah. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan jumlah itu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua di Dewan Rakyat hari ini. Katanya lagi, sejumlah RM600 juta dibayar untuk perkhidmatan penyelenggaran bagi tempoh enam tahun. "Kontrak penyelenggaraan masih dibincangkan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat," kata Zahid. 

Daripada jumlah itu, 114.96 juta euro dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, yang mempunyai kaitan rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Bayaran untuk "penyelarasan dan perkhidmatan bantuan" yang dibekalkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia, termasuk untuk latihan mewakili 10 peratus daripada harga dua kapal selam itu, iaitu sebanyak 969.15 juta euro (RM4.85 billion). 

Chua dalam soalannya juga meminta menteri menteri pertahanan memberikan butiran perbelanjaan perbelanjaan kerajaan membeli dua kapal selam Scorpene dan juga butiran pembelian peluru berpandu kapal selam dari Itali dan Perancis. Menjawab soalan kedua itu, Zahid mendedahkan kerajaan membayar 219.265 juta euro (RM1.1 bilion) for peluru berpandu berkenaan yang dijangka akan dibekalkan menjelang tahun 2013. -malaysiakini

kalam Perantau

kalam Perantau


PRU ke-13 : Hujung Tahun 2010 atau April, 2011?

Posted: 22 Jun 2010 09:10 PM PDT

Oleh: Suhaimi Al-Maniri

Sebagaimana dilaporkan media massa, seorang pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Professor Dr Ahmad Atory Hussain berpendapat, pilihanraya umum ke-13 dijangka akan diadakan hujung tahun ini kerana Perdana Menteri memerlukan mandat baru daripada rakyat memandangkan mandat sekarang adalah daripada kepimpinan terdahulu, Tun Abdullah Ahamad Badawi.

Katanya, beliau bersependapat dengan Tun Dr. Mahathir bahawa pilihanraya umum wajar dipercepatkan dan menjangkakan seawal hujung tahun ini ataupun awal tahun depan. Jika pilihanraya umum diadakan pada hujung tahun depan, ianya sudah menjadi pilihanraya umum biasa dan bukan lagi dipercepatkan.

Pada Rabu, 18hb. Jun, Perdana Menteri berkata tarikh pilihanraya umum akan mengejutkan semua pihak. Dengan keyakinan popularitinya semakin meningkat sebagaimana kajian Merdeka Center for Opinion yang menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuashati dengan prestasi Najib sebagai Perdana Menteri.

Sukar untuk dipastikan, sejauh mana Najib bersedia melakukan pilihanraya umum lebih awal sebelum cukup tempoh tiga tahun yang menjadi amalan-alalan Perdana Menteri sebelum ini. Jika Najib memilih untuk membubarkan parlimen lebih awal dari tempoh 3 tahun, adakah semua Menteri Besar terutama yang bukan dari kalangan Barisan Nasional akan turut membubarkan DUN di negeri masing-masing bagi membolehkan pilihanraya serentak diadakan.

Pilihan yang ada pada Najib sekarang ini, adalah untuk membenarkan pilihanraya negeri Sarawak diadakan secara berasingan seperti sebelum ini, atau diadakan serentak dengan pilihanraya persekutuan. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkeyakinan pilihanraya umum kali ini diadakan pada bulan April, 2011 serentak dengan pilihanraya Sarawak.

Jika diadakan pilihanraya negeri Sarawak lebih awal sebelum pilihanraya umum persekutuan tetapi keputusan tidak memihak kepada BN seperti pilihanraya kecil Sibu baru-baru ini, ini akan memudahkan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Persekutuan.

Percaturan BN kali ini agak kritikal. Jika pilihanraya persekutuan  hendak diadakan serentak dengan pilihanraya sayawak bagi menjimatkan kewangan negara, tempoh yang terbaik adalah selepas bulan Mac, 2011 hingga hujung tahun tersebut.

Talian hayat BN sekarang ini adalah bergantung kepada persempadanan semula kerusi pilihanraya parlimen dan DUN yang memihak kepada mereka. Dalam Muktamar PAS ke-56 baru-barun ini, Datuk Abdul Halim Abd. Rahman, Pengarah Pilihanraya PAS mengingatkan Pakatan Rakyat boleh terlepas Selangor dan Kedah dalam pilihanraya akan datang.

Manakala Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri kanan pula meramalkan hanya kerajaan Kelantan dan Pulau Pinang sahaja mampu dipertahankan oleh pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

Kalau diimbas semula, kemenangan besar BN dalam pilihanraya umum ke-11 pada tahun 2004 lepas adalah selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya pada tahun 2003. Pada saya tidak mustahil perkara yang sama akan berulang dalam pilihanraya akan datang kerana BN akan melakukan apa sahaja untuk terus memerintah.

Disebalik Rombakan Kabinet

Rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri ,Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 1hb. Jun lalu yang memberi  petanda bahawa kabinet kali ini adalah kabinet yang dibarisi senator untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13 selain menyelesaikan krisis kepimpinan dalam parti-parti komponen BN terutama MCA, MIC dan PPP.

Empat orang senator baru lantik sebagai Timbalan Menteri berikutan rombakan kabinet pada 1hb. Jun, 2010 adalah Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Preladangan dan Komoditi, Naib Presiden Kanan PPP, Datuk Maglin Denis D'Cruz sebagai Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, serta dua orang Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai dan Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Sebelum itu dalam kabinet yang dibuatnya selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Pak Lah pada Mac, 2009 beberapa orang telah dilantik senator untuk dijadikan Menteri dan Timbalan Menteri. Diantaranya, dua orang pemimpin parti yang dijadikan Senator untuk dilantik sebagai Menterui adalah Ketua Wanita UMNO, Datuk Shahrizat Abdul Jalil sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  dan Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon dijadikan Senator untuk dilantik sebagai Menteri diJabatan Perdana Menteri.

Selain dua pemimpin utama tersebut, Najib melantik 3 orang lagi sebagai Senator untuk dilantik sebagai Menteri, iaitu Mejar (B) Jamil Khir Baharom, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Datuk Idris Jala sebagai Menteri diJabatan Perdana Menteri dan Menteri wilayah Persekutuan.

Tidak cukup dengan ini, beberapa orang lagi pemimpin BN yang turut dilantik sebagai Senator untuk dilantik sebagai Timbalan Menteri seperti T.Murugiah (PPP), Datuk Maznah Mazlan (UMNO), Datuk Awang Adek (UMNO), Dr. Mashitah Ibrahim (UMNO), A Kohilan Pillay (Gerakan), Chiew Mei Fun (MCA).

Najib memilih mengekalkan T. Murugiah yang berseteru dengan Presiden PPP. M Kayveas sebagai Timbalan Menteri dalam rombakan kabinet baru-baru walaupun didesak oleh PPP. Bagi meredakan kemarahan Kayveas, beliau melantik seorang lagi pemipin PPP sebagai Timbalan Menteri.

Kabinet Najib kali  ini juga janggal kerana Datuk G. Palanivel hanya dilantik sebagai Timbalan Mentei sahaja sedangkan beliau adalah  Timbalan Presiden MIC berbanding dengan Datuk Dr. S Subramaniam yang dilantik sebagai Menteri walaupun hanya menjadi naib Presiden MIC, satu tahap dibawah Timbalan Presiden.

Sama ada perkara ini terlepas pandang atau perkara ini disengajakan  oleh  Perdana Menteri keatas pemimpin MIC memnyebabkan berlaku sedikit keganjilan.  Untuk mengelak dari menggugurkan mana-mana menteri dalam rombakan kabinet baru-baru ini, Najib sepatutnya boleh melantik dua Menteri dikalangan MIC.

Kenapa Najib hendak menafikan hak kaum India diwakili sewajarnya dalam kabinet?  Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum dari ini pun pernah ada dua pemimpin MIC menjadi  Menteri kabinet serentak. Apakah Najib akan membuat perubahan kepada kedudukan perwakilan MIC dalam kabinet setelah G. Palanivel dilantik sebagai pemangku presiden? 

Sama-sama kita tunggu.


‘Berkempen’: Keahlian kelab pelajar UKM digantung

Posted: 18 Jun 2010 05:00 PM PDT

Empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu dan menghadapi prosiding tatatertib digantung tugas dan jawatan mereka dalam Kelab Sains Politik, universiti itu.

Menurut timbalan presiden kelab itu, Mohd Rahimi Hassan, keempat-empat mereka menerima surat penggantungan pada surat yang bertarikh 14 Jun lalu dan ditandatangani oleh ketua Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM, Musa Zainal Abidin Othman.

Mereka yang digantung tugas itu ialah Hilman Idham selaku presiden, Ismail Aminuddin – naib presiden, Azlin Shafina – setiausaha dan Woon King Chai selaku exco kelab berkenaan.

"Kandungan surat yang diterima menyatakan bahawa penggantungan tugas dan jawatan mereka adalah bermula daripada tarikh 2 Jun atas alasan bahawa prosiding ke atas keempat-empat mereka masih lagi belum selesai," kata Mohd Rahimi dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, keempat-empat mahasiswa itu berjaya mendapat perintah injunksi sementara bagi menghalang UKM daripada meneruskan prosiding tatatertib terhadap mereka.

Mereka pada 1 Jun lalu memfailkan saman pemula terhadap kerajaan Malaysia, Menteri Pengajian Tinggi dan UKM, bagi mencabar tindakan tatatertib yang dibawa kepada mereka oleh universiti itu, atas kesalahan mengikut Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU), adalah tidak berasas dan tidak sah di sisi undang-undang.

Menurut Mohd Rahimi, sehubungan dengan penggantungan itu, kelab berkenaan mengambil keputusan mengadakan mesyuarat tergemparnya pada Selasa depan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor bagi membincangkan tindakan susulan.

"Agenda mesyuarat antaranya ialah membincangkan pendirian persatuan berkenaan keputusan UKM untuk menggantung kedudukan keempat-empat ahli berkenaan," katanya.


KARPET KUNING

KARPET KUNING


PKR tidak boleh menjadi sebuah parti yang berdasarkan kepada personaliti.

Posted: 22 Jun 2010 07:26 PM PDT


KUALA LUMPUR: Kenyataan terus terang Datuk Zaid Ibrahim mengenai kelemahan dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipersetujui para pengamat politik di Malaysia, demikian lapor sebuah laman berita di sana, semalam.

Dalam satu wawancara dengan laman berita Free Malaysia Today (FMT), Datuk Zaid menekankan bahawa kekurangan pemimpin boleh dipercayai dalam PKR dan peranan bukan presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam parti itu merupakan halangan utama bagi peta laluan PKR pada masa depan.

Anggota majlis kepimpinan pusat PKR akur bahawa isu-isu tersebut bukan baru, tetapi ia perlu ditangani dengan segera dalam pemilihan parti itu Disember ini.

'(Pandangan) Zaid memang amat betul berhubung kepimpinan PKR yang amat lemah itu,' kata Profesor James Chin dari Universiti Monash di Kuala Lumpur kepada FMT.

'Kelemahan ini telah lama wujud tetapi hanya meletup selepas 2008 apabila beberapa 'tokoh berwatak aneh' yang telah dicalonkan memenangi (pilihan raya) dan mencetuskan ribut api yang besar dalam parti itu,' jelasnya.

'Masalah PKR tidak pernah berkaitan dengan sumber tetapi orang yang mengendalikannya. Anwar perlu memutuskan mengenai struktur kepimpinan dan pemimpin utamanya, dan kemudian memberikan kuasa kepada para pemimpin itu untuk memilih orang-orang mereka sendiri,' tegas beliau.

Sementara itu, Pengarah Pusat Inisiatif Dasar (CPI), Dr Lim Teck Ghee, dan pengamat bebas, Encik Khoo Kay Peng, akur dengan pengamatan Datuk Zaid itu bahawa masanya bertepatan bagi Datuk Seri Anwar memegang jawatan presiden PKR kerana beliau kini adalah ahli politik sepenuh masa.

Encik Khoo, bagaimanapun, memberi amaran kepada PKR terhadap pendekatannya yang terlalu bersandarkan kepada ketokohan Datuk Seri Anwar sehingga boleh menghadapi risiko kecairan dalam ideologi parti tersebut.

'PKR tidak boleh menjadi sebuah parti yang berdasarkan kepada personaliti,' tegasnya.

Orang ramai sudah mula meragui kesatuan dan keutuhan Pakatan Rakyat tanpa Anwar.

'Malah, PKR semakin mudah berpuas hati kerana Anwar dan tidak khuatir terhadap mewujudkan kepimpinan lapisan kedua,' kata beliau sambil menambah bahawa jika Datuk Seri Anwar tidak dapat menjadi perdana menteri seterusnya, 'siapa lagi yang boleh PKR atau Pakatan ketengahkan'.

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Gerakan Islam Di Fitnah Lagi,Mungkinkah Tragedi Memali Gakal Berulang.

Posted: 22 Jun 2010 07:38 PM PDT

JI atau gerakan islam bawah tanah yang di katakan mula menyerang dan mempengaruhi pelajar-pelajar universiti tempatan mungkin satu muslihat kerajaan untuk melakukan operasi tangkapan ISA terhadap mereka-mereka yang di pandang sangat bahaya dalam gerakan politik tanah air yang MUNGKIN akan di kaitkan dengan pembangkang yang berjuang dalam politik mirip kepada islam

Tidak mungkin ujud pengaruh JI dalam kampus-kampus university yang hendak membuat huruhara di dalam negara ini jika hanya setakat memperkenalkan corak perjuangan mereka yang berlandaskan kepada dasar perjuangan secara politik militan, adalah lebih baik bagi JI mempengaruhi jama'ah PAS yang telah tersedia berjuang secara islam kerana PAS juga di kenali ramai sebagai jama'ah islam

Persoalannya mengapa apabila negara dalam keadaan politik yang haru biru dengan berbagai-bagai isu yang mencemaskan pehak kerajaan maka tiba-tiba saja isu JI ini timbul secara mendadak ? Adakah kerana kegagalan kerajaan untuk mendapatkan kerjasama dengan jama'ah PAS untuk bersatu bagi menguatkan semangat orang melayu melalui kerajaan UG ? Atau adakah dengan isu JI ini hanya untuk menakut-nakutkan orang ramai supaya tidak menyokong PAS kerana PAS juga jama'ah islam ?

Semua ini boleh berlaku semata-mata untuk melemahkan parti lawan secara politik kotor kerajaan bagi membolehkan rakyat kembali mempercayai parti kerajaan BN/UMNO yang telahpun hilang kepercayaan daripada rakyat terutama golongan muda kerana itu university di jadikan alasan untuk memulakan isu JI ini wallhi a'alam !

Sumber http://abnnasution.blogspot.com/

Umno Vs Umno (Episode, Pemuda Umno makin Lesu)

Posted: 22 Jun 2010 06:30 PM PDT

Khairy Jamaluddin yang mengetuai Ketua Pemuda UMNO semakin tergugat. Bukan sahaja diserang oleh laman-laman blog UMNO tetapi sudah kelihatan sokongan beliau di kalangan Pemuda UMNO semakin meleset. Pemuda masih lagi terpalit dengan status elit – gagal mendampingi rakyat dan gagal bertindak sebagai suara anak muda negara kita. Pemuda UMNO masih tersangkut dengan metodologi lama – membuat program-program riadah tanpa kesan yang menyeluruh. Setakat ini Pemuda gagal memberi impak besar kepada senario politik negara ini. Kehadiran hanya setakat nama dan masih mendongak kepimpinan UMNO menyelesaikan segala masalah berhubung dengan sokongan rakyat terhadap UMNO.

Pemuda UMNO kena mula bertindak lebih jauh ke dalam nurani anak muda. Pemuda UMNO harus bangkit dengan garang – mengadakan program-program besar – berdepan dengan pembangkang dan bertindak sebagai agen untuk berdepan dengan keluhan rakyat. Tetapi Pemuda UMNO hari ini gagal melakukan perubahan dalam struktur mereka. Kalau Datuk Najib membicarakan reformasi dalam UMNO – Pemuda UMNO nampaknya hanya mengangguk tanpa mahu mengambil inisiatif melakukan reformasi dalam pergerakan mereka. Hakikat tidak perlu disorokkan lagi. Penerimaan terhadap UMNO khususnya Pemuda UMNO semakin lemah. Program-program riadah sahaja yang nampak berjaya tetapi program-program ini gagal memberi impak kepada senario politik negara.

Kenapa tidak ada program yang lebih menunjukkan kekuatan – Pemuda berdepan dengan kepimpinan – Pemuda UMNO mempersoalkan isu-isu hangat – mendesak penyelesaian segera beberapa perkara yang perlu penjelasan – masalah rakyat, masalah kemiskinan bandar – menegur demi kepentingan rakyat. Hairan benar – kalau program-program pembangkang mereka sering mendapat sambutan, kenapa program Pemuda UMNO lesu?

Adakah Pemuda UMNO terpaksa menempel diri dengan program seperti program sure heboh untuk menunjukkan ada sokongan – atau Pemuda UMNO perlu membicarakan semula kekurangan dan kelemahan mereka untuk mencari punca kemelesetan sokongan. Adakah dengan Khairy letak jawatan Pemuda UMNO maka Pemuda UMNO akan dapat bergerak dengan lebih agresif lagi? 

Sumber : http://umno-reform2.com/front/

Amanat -Al Farabi band(Hiburan Alternativ)

Posted: 22 Jun 2010 03:56 PM PDT

Nilai Manusia

Posted: 22 Jun 2010 09:40 AM PDT

Inilah asal usul kita,walau bagaimana hebatnya kita sekarang,
walau bagaimana tinggipun ilmu kita.walaubagaimana kayapun kita hakikatnya itu bukan milik kita.
Inilah kita.

 Hanya iman dan taqwa saja yang membezakan kita bukannya warna kulit atau keturunan.Jika tanpa iman tan taqwa kita hanyalah seperi binatang ternak, bahkan lebih hina lagi .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." ~ Al-A'raaf : 179.


Dan Ini spesis ape pulak ni?

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SUSAH SANGATKAH UNTUK BUAT PILIHAN ? INI FORMULA BUAT DR MOHD ASRI

Posted: 22 Jun 2010 09:47 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA US (Dr) Mohd Asri diberitakan akan menyertai Umno di Bahagian Bukit Bintang, maka ianya menjadi satu topik hangat ketika ini. Mengapa isu kemasukan Dr Mohd Asri menjadi hangat dibincangkan? Beliau bukan mempunyai pengaruh besar di kalangan rakyat cuma namanya sering disebut dan popular kerana kenyataan-kenyataan kontroversinya yang sering mendapat perhatian. Selain itu, beliau juga adalah bekas Mufti Negeri Perlis sebelum ini.

Pada pendapat saya, isu kemasukan Dr Mohd Asri ke dalam Umno yang diwar-warkan itu menjadi hangat adalah kerana umum mengetahui beliau adalah seorang Mufti yang tentunya seorang ilmuan agama. Oleh kerana beliau seorang ilmuan agama dan bekas Mufti pula, sudah tentu menjadi pelik buat kita jika beliau memilih Umno untuk berpolitik. Seandainya beliau tidak bergiat di dalam politik tidak menghairankan sangat sepertimana yang dilakukan oleh Us Azhar Idrus seorang penceramah bebas terkenal berasal di Terengganu itu. Ulamak sebenar mestilah berpolitik kerana politik dan ugama tidak boleh dipisahkan. Tetapi, berpolitik bukan bererti mesti memegang jawatan di dalam parti. Dan, berpolitik pula mestilah berpolitik yang condong ke arah Islam.

Justeru itu, sukar untuk diterima akal sekiranya Dr Mohd Asri tergamak memilih Umno jika ingin bergiat di dalam politik. Sikap menangguhkan keputusannya samada untuk memilih Umno atau tidak juga menimbulkan seribu persoalan kepada kita. Susah sangatkah untuk memilih parti yang selaras dengan Islam? Jika Dr Mohd Asri bermasalah untuk membuat pilihan samada Umno atau PAS yang ingin dipilihnya, hanya ada satu formula sahaja buat beliau untuk menyelesaikan masalahnya. Dr Mohd Asri disarankan agar meletakkan Al-Quran di tengah, kemudiannya meletakkan Perlembagaan PAS di kanan, dan Perlembagaan Umno di kiri beliau. Ambil sedikit masa dan rujuk kedua-dua perlembagaan parti tersebut kemudiannya bandingkan yang mana satukah paling menjurus ke arah perintah dan ajaran Al-Quran.

Selaku bekas Mufti dan ilmuan agama, tentu tidak sukar buat Dr Mohd Asri untuk membuat pilihan. Dr Mohd Asri juga boleh menilai sejarah perjuangan di antara PAS dan Umno, yang mana satukah komited dengan perjuangan mendaulatkan Islam. Kita amat bimbang Dr Mohd Asri akan terjebak dengan tipu daya mereka yang `menjual' isu ketuanan dan perpaduan Melayu untuk mempengaruhi beliau menyertai puak mereka. Dr Mohd Asri harus faham bahawa isu sekarang bukan masalah perpaduan atau Melayu, tetapi isu sekarang menjangkau lebih jauh dan lebih kritikal termasuk soal akidah, keselamatan, kezaliman dan rasuah. Mustahil beliau tidak nampak semua ini.

Akhirnya, kita berharap dan berdoa agar Dr Mohd Asri tidak terpedaya dengan helah puak-puak yang sentiasa memasang jerat untuk kepentingan puak mereka. Di saat mereka terdesak, mereka seperti menghormati para Alim Ulamak tetapi apabila mereka sudah kuat dan gagah, Alim Ulamak hanya dijadikan `tukang baca doa dan tahlil' sahaja. Jika tidak percaya, cuba bertanya kepada Us Nakhaie dan Us Firdaus. Jangan minta nasihat Jamil Khir kerana Jamil Khir pun `disuap makan' oleh Najib./wfauzdin.blogspot.com

PASAL KUCING PUN NAJIB NAK TIRU?

Posted: 22 Jun 2010 02:20 PM PDT





- Kisah Obama dan anjingnya di sini, 'White House tosses water on dog tale'...


- Kisah Najib dan kucingnya di sini, 'Najib Alu-Alukan Cadangan Nama Bagi Anak Kucing Parsi'...

p/s: Harap-harap APCO Worldwide tidak terlibat sekali lagi dalam usaha untuk mempromosi Najib dan 1malaysia dalam isu ini..penulis cuba bersangka baik...semoga Malaysia bebas sepenuhnya dari pengaruh Israel/Yahudi...insyaAllah...

Sumber gambar: budakkampungonline.blogspot.com

SUKAR DICARI - PASANGAN SEHIDUP SEMATI

Posted: 22 Jun 2010 12:40 PM PDT

Meninggal dunia selang 15 minit


KELUARGA bahagia, Md. Jan (berkaca mata hitam) dan isterinya, Kamsiah bersama anak dan cucu mereka kini tinggal kenangan apabila pasangan sejati itu meninggal dunia di Hospital Melaka kelmarin.

JASIN - Ketika masih hidup, pasangan suami isteri, Md. Jan Abdul Hadi, 56, dan Kamsiah Bakau, 54, dianggap pasangan yang romantik oleh anak-anak dan masyarakat setempat.

Ke mana saja pasangan yang mempunyai enam anak berusia di antara 16 dan 31 tahun itu pergi, mereka tidak pernah berenggang dan sentiasa dilihat berdua.

Jika ke mana destinasi pun, pasangan yang telah berkahwin selama 32 tahun itu akan dilihat pergi bersama-sama, dan bagai pasangan pengantin baru, Md. Jan seorang pesara kerajaan dan Kamsiah juga akan bersarapan bersama hampir setiap hari.

Mungkin kerana terlalu akrab dan sentiasa berdua ketika masih hidup, pasangan itu secara kebetulan juga meninggal dunia pada hari yang sama.

Kamsiah terlebih dahulu meninggal dunia pada pukul 7.05 pagi kelmarin sebelum diikuti Md. Jan yang lebih mesra dengan panggilan Pak Uda 15 minit kemudian.

Anak sulung pasangan itu, Nurman, 31, berkata, jika keluar berjalan-jalan, kedua-dua ibu bapanya tidak pernah berpisah dan akan pergi bersama-sama.

"Bukan saja keluar bersama, kereta yang dinaiki mereka juga mesti sama.

"Pernah suatu ketika dulu, ketika saya meminta emak dan abah naik kereta berasingan untuk keluar berjalan, mereka enggan berpisah dan meminta untuk bersama dalam satu kereta dan tidak kisah siapa yang memandunya," katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Kesang Jaya di sini semalam.

Nurman berkata, apa yang membuatkan dia begitu mengagumi ibu dan ayahnya, mereka juga tidak pernah lekang untuk bersarapan bersama setiap pagi.

"Ayah akan beli sarapan di luar dan dibawa ke rumah untuk makan bersama, jarang sekali mereka makan di luar mungkin kerana di rumah lebih selesa," katanya.

Sementara itu, anak kedua pasangan itu, Nor Azlina, 29, berkata, ibunya itu rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia sebaik sahaja doktor memberitahu penyakit barah hati yang dihidapi oleh ayahnya semakin kritikal.

"Emak mungkin tidak dapat terima hakikat bakal kehilangan ayah menyebabkan dia terus rebah dan tidak sedarkan diri.

"Tidak lama kemudian ayah pula menurut jejak ibu," katanya.

Faekah ganti Nik Nazmi sebagai Setpol MB Selangor

Posted: 22 Jun 2010 11:15 AM PDT

Harakahdaily

SHAH ALAM, 22 Jun: Setiausaha Politik (Setpol) kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Faekah Husin dilantik sebagai Setpol kepada Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan perkara itu pada Majlis Makan Malam Menteri Besar Selangor Bersama Media di sebuah hotel di sini, malam ini.

Nik Nazmi bakal menjalankan tugas baru sebagai Pegawai Penerangan dan Komunikasi di Ibu pejabat PKR mulai 1 Julai ini.

Ketika berucap pada majlis itu, Khalid berharap perlantikan Nazmi akan memberi perubahan baru kepada parti itu yang bercita-cita untuk membawa reformasi di dalam negara ini.

Nazmi yang juga Adun Seri Setia mengucapkan terima kasih kepada Khalid dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang menjalankan tugas sebagai Setpol kepada Menteri Besar Selangor.

Sementara itu, Faekah, 45, yang masih menyandang Setpol kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pernah memegang beberapa jawatan utama dalam PKR Selangor.

Beliau yang memulakan karier sebagai peguam sejak April 1991 menjadi ahli Parti Keadilan Nasional sejak mula ditubuhkan pada 1999 yang sekaligus mengetuai wanita parti itu di Kuala Langat sehingga kini.

Pada 2000, beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan Wanita PKR negeri dan Bendahari Wanita negeri selepas itu.

Faekah yang membuka firma sendiri bersama seorang rakan kongsi dengan nama Faekah & Choung pada 2 Mei 1994 pernah dipilih menduduki Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Pusat pada 2001 hingga 2004./Harakahdaily

TIGA ABDUL - INI TIDAK ADIL, AKU ANAK BETUL MEREKA TU ANAK KATAK !!

Posted: 22 Jun 2010 10:35 AM PDT

Berita terbaru adalah ura-ura Satim Diman telah menghilangkan diri dan mahu meletak jawatan sebagai ADUN Seri Serdang. Satu masa dahulu, ADUN2 pro Derih Jusoh mengugut untuk melompat dan sekaligus menjatuhkan Kerajaan UMNO di Terengganu.

Selepas itu ADUN Titi Tinggi buat kerenah. Lepas tu kita dengar ADUN2 UMNO di Perak pula mahu melompat. Lepas tu kita dengar lagi, ada ADUN UMNO di Kedah pula yang mahu melompat.

Bagi saya, motif wakil2 rakyat UMNO ini, tidak lain dan tidak bukan semata-mata mahu mencari "wang besar dan mudah".

ADUN2 dan MP2 UMNO ini lebih maklum berapa jumlah sebenar yang dibelanjakan Najib dan UMNO melalui agen2 mereka seperti Ezam Soros, Zul Nordin Al Kazzab, Zahrain Main Pasir dsbnya di dalam membeli pemimpin dan wakil-wakil rakyat PKR.

Mereka juga maklum, RM25 juta dibelanjakan untuk membeli si Hee, Timbalan Speaker Perak. Mereka juga maklum jumlah yang dibayar pada KAshvinder adalah dalam lingkungan RM20juta. Itu tak termasuk jumlah2 yang dibayar kepada katak2 yang lain, juga jumlahnya berjuta-juta.

Pada waktu yang sama, wakil2 rakyat UMNO dan pemimpin2 Bahagian dibiarkan kekeringan. Terutamanya di negeri2 yang diperintah Pakatan Rakyat, kebanyakan pemimpin-pemimpin UMNO terpaksa "berpekin-pekin" untuk menjalankan aktiviti kerana tiadanya sumber dana dari Kerajaan2 Negeri.

Yang menjadikan keadaan lebih rumit dan meruncing adalah apabila ADUN2 UMNO/BN terpaksa mendahulukan duit mereka untuk aktiviti2 parti dan DUN mereka.
Pada waktu yang sama, mereka melihat katak-kata PKR dan DAP diberikan wang berjuta-juta ringgit dengan sebegitu mudah. Dan mereka pula semakin miskin kerana terpaksa menanggung kos aktiviti parti mereka.

Maka, jalan yang paling mudah untuk meraih wang berjuta-juta adalah menggugut Najib dan UMNO untuk melompat parti. Apabila berlaku ugutan sebegini, maka Najib dan UMNO terpaksa mengeluarkan wang yang berkoyan-koyan demi menghalan mereka2 ini melompat ke partai lain.

Bayangkan, kalau semua wakil-wakil rakyat serta pemimpin2 Bahagian membuat ugutan seperti itu. Nescaya, dengan Vincent Tan sekali akan jatuh bangkrup. Judi Bola macamana besar pun, pasti bangkrap.

Mari lah kita berdoa supaya Allah SWT menghancurkan UMNO dengan menjadilkan senjata UMNO ini makan tuannya kembali. (Macam keris Tamingsari). Jangan lupa untuk terus berdoa, taktik UMNO ini akan digagalkan oleh Allah SWT dan mengakibatkan UMNO berpecah belah.

AMINNNN Ya Rabbal Alaminnn.

Sumber: Tulang Besi/Malaysiawaves

PARLIMEN BATU - JIKA UMNO/BN GENTAR, ORANG IBRAHIM AL-KATAKI BOLEH GANTI

Posted: 22 Jun 2010 10:11 AM PDT

MAKA, Ibrahim Al-kataki pun mengulas tentang isu MP Batu YB Tian Chua yang masih kontroversi samada kerusinya wajar dikosongkan atau tidak. Pelik juga aku kat negara kita ini undang-undang yang kita bikin sendiri pun susah nak kita faham. Habis tu, mengapa kita kadang-kadang cuba nak tunjuk pandai dan bijak mentafsir dan mengubah undang-undang atau hukum di dalam Al-Quran yang Allah cipta?

Sebenarnya kita masih malu nak sebut bahawa undang-undang di negara kita ini masih banyak kelemahannya. Sebab itu, berbagai kes dapat kita lihat yang keputusannya bercelaru. Berkaitan mahkamah dan kuasa speaker melibatkan perlembagaan sesebuah negeri pun bercelaru. Sekejap mahkamah ada kuasa, sekejap Speaker punya kuasa. Di dalam kes DS Anwar pula, lagi banyak kita lihat kepincangannya.

Berbalik isu MP Batu yang hangat diceritakan sekarang. Mahkamah kata mahu elakkan Pilihanraya Kecil, tetapi terdapat kes yang lain sebelum ini di mana kerusi terpaksa dikosongkan apabila denda dikenakan sebanyak RM 2 ribu. Mungkin sebab itulah maka raja katak yang masih menenggek di atas kerusi yang dipinjamkan oleh PAS itu mahukan pilihanraya diadakan di Parlimen Batu. Kita tidak pertikaikan tafsiran raja katak itu, malahan kita mungkin amat bersetuju jika diadakan pilihanraya di situ. Masalahnya, siapa yang paling kecut perut jika diadakan pilihanraya di kawasan tersebut?

Kita syorkan agar Ibrahim Al-kataki berjumpa Najib dan desak agar gunakan kuasanya seperti biasa untuk mempengaruhi pihak-pihak berkenaan untuk mengadakan pilihanraya di Parlimen Batu. Jika Umno/Bn takut untuk bertanding di situ, Ibrahim Al-kataki boleh meminta Najib untuk membenarkan wakil dari Perkosa, maksud aku Perkasa untuk bertanding di sana. Selepas itu barulah Ibrahim Al-kataki boleh menyalak sepanjang kempen dengan sebutan `hidup Melayu....hidup Melayu'!!/mandor.blogspot.com

ISU ALTANTUYA - HISHAMUDDIN GAGAL JAWAB SOALAN DI PARLIMEN

Posted: 22 Jun 2010 01:36 AM PDT

Kematian Altantuya: Bekas pegawai PM tak babit
Jun 22, 10


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan terdapat nama atau suspek Datuk Nasir Safar - bekas pegawai khas perdana menteri - dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Hasil daripada siasatan polis, tidak terdapat nama atau suspek yang dimaksudkan terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya," katanya dalam jawapan bertulis kepada R Sivarasa (PKR-Subang).

Dalam pertanyaan lisannya, Sivarasa meminta Hishamuddin menyatakan adakah benar atau tidak Nasir adalah lelaki dalam kereta Proton berwarna biru yang sampai di hadapan rumah Razak Baginda pada malam 19 Oktober 2006.

Ia berikutan dakwaan seorang penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang kini melarikan diri di luar negara bahawa belia melihat Nasir di kenderaan berkenaan sebelum Altantuya dibawa oleh polis.

Menurut Balasubramaniam, pada mulanya, beliau tidak mengenali Nasir tetapi berjaya mengecamnya melalui laporan media berhubung kenyataan pegawai khas Perdana Menteri itu yang dikatakan berbaur perkauman.

Berikutan peristiwa itu, Nasir meletakkan jawatannya sebagai pegawai khas Najib.

Jawapan yang dikemukakan oleh Hishamuddin di Dewan Rakyat, hari ini, bagaimanapun tidak menjawap soalan utama - benar atau tidak Nasir adalah lelaki dalam kereta yang berada di hadapan rumah Razak.

Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen, Sivarasa melahirkan rasa dukacitanya yang kerajaan memilih untuk tidak menjawap soalan yang dikemukakannya.

"Jawapan yang diberikan tidak menyatakan sama ada Nasir berada di kereta itu ataupun tidak tetapi sebaliknya perkara lain diceritakan," katanya kepada Malaysiakini./Malaysiakini

LETAK JAWATAN ADUN - YB SATIM TIDAK NAFIKAN, BELIAU MINTA DIAMKAN DULU

Posted: 21 Jun 2010 11:55 PM PDT

Khir Toyo nafi Satim Diman letak jawatan
Abdul Rahim Sabri
Jun 22, 10


Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo hari ini menafikan khabar angin bahawa ADUN Seri Serdang Datuk Mohamed Satim Diman mahu meletakkan jawatan.

"(Khabar angin itu) cuma tulisan di media sosial sahaja," katanya melalui kiriman SMS kepala Malaysiakini pagi ini.

Malam tadi, kegagalan Satim hadir dalam mesyuarat pengurusan badan Perhubungan Umno Selangor menyemarakkan lagi spekulasi wakil rakyat itu ingin melepaskan semua jawatan politiknya.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dilaporkan berkata Satim ada menghubunginya dan mengatakan beliau tidak dapat hadir pada mesyuarat malam semalam kerana ada urusan.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Mohd Khir menjelaskan, isu tersebut sengaja dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan Umno Selangor.

Menurut ketua pembangkang Selangor itu lagi, terdapat penulis blog yang sebelum ini dilihat sebagai anti-Pakatan turut terlibat menyebarkan maklumat tidak benar itu.

Sementara itu, seorang pemimpin Umno Puchong - bahagian yang dipimpin Satim - meminta agar semua pihak tidak membuat andaian.

Ahli jawatankuasa bahagian itu, Abd Hamid Md Yusof berkata Satim menelefonnya malam tadi dan menasihatkan agar mereka "supaya diam tentang perkara ini" dan "tidak membuat sebarang andaian".

"(Dalam perbualan telefon) Saya berkata kepadanya (Satim), kalau tidak betul perkara itu, kita buat sidang media (menafikannya). Tapi beliau suruh (saya) diam sahaja perkara ini.

"Saya pun tidak pasti apa matlamat beliau cakap begitu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Menurut Abdul Hamid, pejabat Umno Puchong pagi ini juga telah mengeluarkan arahan supaya isu peletakan jawatan Satim itu "tidak dibesar-besarkan".

Katanya, beliau sendiri mendengar desas-desus berhubung hasrat ketuanya untuk mengosongkan kerusi tersebut sejak minggu lalu.

Bagaimanapun, Abdul Hamid yang ketua Umno cawangan Puchong Indah berkata dalam mesyuarat bahagian itu sebelum ini, Satim tidak membangkitkan hasratnya untuk melepaskan kerusi tersebut.

"Itu yang menjadi tanda tanya (sekarang ini). Mesyuarat sebelum ini kita berbincang untuk menguatkan perjuangan. Tak ada masalah," katanya./Malaysiakini

SYABAS SRIKANDI PKR

Posted: 21 Jun 2010 11:48 PM PDT

Srikandi PKR 'tawan' universiti
Jun 22, 10


Srikandi PKR semakin melebar sayap dalam meraih sokongan pengundi muda khususnya golongan mahasiswa institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Bercakap kepada TV Selangor, Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail berkata kerancakan kempen Srikandi mendorong mereka menembusi 40 peratus IPT termasuk Universiti Teknologi Malaysia (UiTM).

Lebih manis lagi, kejayaan ini datang ketika pergerakan Puteri Umno dilanda bibit-bibit perpecahan walaupun ia cuba diselindung ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Rosnah dipercayai terpaksa membuat kenyataan media kononnya tiada masalah kepimpinan melanda Puteri Umno berikutan desas desus mengenai kegagalan pergerakan itu menggamit sokongan pengundi muda, bukan rahsia lagi.

"Sebenarnya Puteri Umno sedang mengalami permasalahan yang ketara. Kita lihat di peringkat negeri pun, pengaruh mereka semakin menurun akibat sikap pemimpin mereka yang mengamalkan standard tertentu." katanya.

Siti Aishah menyifatkan kebanyakan pemimpin dan ahli Puteri Umno yang mengejar populariti dan menonjolkan imej elitis di kalangan rakyat marhaen.

Ini menyebabkan Puteri Umno tidak popular di kalangan rakyat dan kini, tidak lagi kedengaran program melibatkan mereka.

"Punca utama kelemahan mereka ialah kerana mereka dilihat sebagai satu golongan elit yang hanya mengejar populariti - itu yang menyebabkan mereka gagal mendampingi pengundi muda.

"Kita melihat Puteri Umno hampir 100 peratus mendiamkan diri dan tidak pun memberikan pandangan atau idea-idea yang bernas bagi membantu golongan generasi muda," katanya.

Sebaliknya, Srikandi PKR bersungguh-sungguh menawan hati rakyat hingga mampu menambat keyakinan pengundi muda, lebih-lebih lagi golongan terpelajar.

"Kita berjaya menembusi hampir 40 peratus universiti di Malaysia termasuk UiTM dan UIA. Bukan bergantung kepada mahasiswa mencari kita di luar tetapi kita sudah mampu masuk sendiri melalui gerakan yang kita bina," katanya./Malaysiakini