Ahad, 20 Jun 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PARLIMEN BATU - BERITA BAIK BUAT NAJIB, MENGAPA YB ZUL TURUT GELABAH?

Posted: 20 Jun 2010 08:59 PM PDT

"Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Ghazali Cha memutuskan tidak perlu disemak semula penghakimannya yang mengurangkan hukuman ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua kepada denda RM2,000.

Bagaimanapun, menurut peguam Tian, hakim turut menegaskan sekali lagi bahawa niat beliau adalah jelas dan beliau tidak mahu pilihan raya kecil diadakan bagi kawasan parlimen berkenaan." (Petikan dari TV Selangor, selanjutnya di sini).

Satu berita baik buat Najib dan sekutunya di dalam Bn. Najib harus mengadakan doa kesyukuran serta berterima kasih kepada Yang Arif Hakim yang secara tidak langsung menyelamatkan maruahnya dan parti yang dipimpinnya. Ketakutan untuk menghadapi Pilihanraya Kecil pada waktu sekarang bukan sahaja dirasai oleh Najib dan gerombolan Bn, tetapi juga turut dirasai oleh gerombolan MP yang bermuka tebal dari Bebas. Bukankah mereka sepakat mengatakan PR kini mulai kehilangan sokongan rakyat? Dan, jika terdapat Pilihanraya Kecil lagi tentunya amat merimaskan mereka.

Bagi kita di dalam PR, samada kerusi Parlimen Batu dikosongkan atau tidak, tidak menjadi masalah buat kita. Meskipun kita tahu bahawa kita bakal berhadapan dengan jentera kerajaan serta propaganda jijik dari puak mereka, namun kita tetap yakin dengan kekuatan rakyat. Saya merasa pening dengan ulasan dari MP Bebas, YB Zul Kulim di dalam blognya bahawa PR terutamanya DAP mahukan agar kerusi Parlimen Batu dikosongkan untuk memberi laluan kepada Dato' Zaid Ibrahim bertanding. Beliau berteori bahawa DAP berhajat mahu mengangkat Dato' Zaid sebagai Ketua PR sekiranya DS Anwar terpenjara.

Saya selama ini tidak pernah menyangka YB Zul Kulim mempunyai pemikiran politik serendah itu walaupun saya tahu beliau bukan seorang ahli politik yang berpengaruh. Baru saya tahu mengapa PAS sejak dulu tidak berminat untuk menyimpan YB Zul, dan mungkin DS Anwar memilihnya untuk bertanding di kerusi Parlimen Kulim Bandar Bharu pun semata-mata atas dasar simpati terhadap YB Zul. Jika beginilah pemikiran politik YB Zul, tidak salah pengundi-pengundi di kawasannya mulai menyesal memilihnya.

Tidakkah beliau tahu bahawa untuk menjadi Ketua PR mestilah dipersetujui sebulat suara di antara DAP dan PAS? Lebih penting dari itu, tokoh itu terlebih dahulu mesti dipersetujui dan disokong penuh oleh partinya sendiri sebelum dipilih oleh parti sekutu di dalam PR. Adakah Dato' Zaid boleh melepasi peringkat awal iaitu disokong oleh partinya sendiri iaitu PKR? Jika partinya tidak bersetuju, mana mungkin beliau boleh memimpin PR? Seandainya PKR bersetuju, belum tentu PAS dan pemimpin lain di dalam DAP akan bersetuju. Yang pasti juga, Dato' Zaid bukan calon paling sesuai mewarisi kerusi di Parlimen Batu.

Saya rasa tidak perlu kita membuang masa untuk memikirkan samada kerusi Parlimen Batu ini kosong atau tidak. Ini adalah kerana kita percaya akan ada usaha untuk mengelakkan Pilihanraya Kecil diadakan kerana Umno/Bn sudah tidak berdaya lagi untuk dimalukan. Itu yang pasti./wfauzdin.blogspot.com

KEHEBATAN ANWAR DIAKUI

Posted: 20 Jun 2010 08:04 PM PDT


Antara Anwar dan Tunku
- ABDUL AZIZ BARI

Isnin lalu muka depan akhbar ini melaungkan kenyataan "Anwar tetap No 1"!. Cerita itu berkisar dari cadangan seorang perwakilan dalam Muktamar Pas ke 56 di Kota Bharu yang mahu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijadikan ikon Pakatan Rakyat; sesuatu yang lebih kurang sama dengan kedudukan Menteri Besar Kelantan itu dalam struktur organisasi Pas sekarang. Cadangan tersebut tidak diterima atau disokong kedua-dua DAP atau PKR meskipun Datuk Zaid Ibrahim pernah mencadangkan hal sama tahun lalu.

Apa pun kali ini Nik Abdul Aziz dengan tegas menolak cadangan itu dan menyatakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah orang sesuai mengetuai Pakatan. Tahun lalu Nik Abdul Aziz, selepas Zaid membuat cadangan sama, menyatakan ia memerlukan masa. Apa pun reaksi Nik Abdul Aziz itu sekali lagi, jika dilihat daripada respons pembaca sebuah portal berita, menekankan kecekapan dan kelicikan menteri besar yang sudah 20 tahun mengetuai pentadbiran Kelantan.

Respons Nik Abdul Aziz itu mengesahkan kepentingan peranan Anwar dalam proses perubahan politik sekarang. Ini bukan kerana beliau memimpin PKR, sebaliknya kerana Anwar mempunyai personaliti yang istimewa dan watak seperti ini amat penting dalam memacu perubahan. Kepentingan kedudukan dan peranan Anwar amat jelas jika kita lihat masalah dihadapi DAP dan Pas serta kelembapan PKR semasa Anwar berada di dalam penjara sewaktu Pilihan Raya Umum 1999 dan 2004.

Itu semua berubah apabila bekas Timbalan Perdana Menteri 1993-1998 bebas dari penjara pada 2004 dan berkempen dalam Pilihan Raya 2008. Meskipun Pakatan masih belum wujud dalam bentuknya yang ada sekarang gabungan longgar ketiga-tiga parti itu berjaya. Sejak itu orang mula melihat betapa gagasan sistem dua parti sesuatu yang realistik di Malaysia.

Saya telah menyebut banyak kali dalam ruangan ini betapa sistem dua parti ini penting dalam mengembalikan sistem pemerintahan negara ke tempatnya yang asal. Ini pilihan terakhir setelah istana dan mahkamah – sebagaimana kelihatan dalam krisis politik di Perak tahun lalu – gagal menjadi pemangkin kepada sistem yang ditunjangi perlembagaan.

Terbaru mahkamah dilaporkan cuba mengelakkan pilihan raya kecil dan menyelamatkan Tian Chua dari dihukum sehingga membatalkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen. Ini mengejutkan kerana mahkamah tidak harus mengambil kira soal mengelakkan pilihan raya kecil. Pada saya hakim berkenaan tidak wajar kerana rakyat akan melihat mahkamah menjadi alat kerajaan dan tidak bebas. Tanggapan sedemikian mesti dielakkan.

Faktor Anwar menekankan betapa pentingnya faktor kepemimpinan dan ikon dalam proses perubahan. Meskipun faktor-faktor lain seperti kerangka perlembagaan, perkhidmatan awam juga penting faktor tokoh dan kepemimpinan amat penting untuk menjadi mancis yang akan memulakan api perubahan. Dalam pada itu sudah pastilah bahawa kesempatan dan ketika di mana perubahan itu berlaku juga penting.

Kedudukan dan peranan yang ada pada Anwar sekarang boleh dibandingkan dengan apa yang dilakukan Tunku Abdul Rahman dalam perjuangan kemerdekaan pada 1957. Meskipun Tunku bukan orang yang memulakan proses itu beliau memainkan peranan kritikal dalam memulakan enjin yang kemudian membawa kepada kemerdekaan.

Meskipun ada pihak – termasuk Raja-Raja Melayu – yang skeptikal dengan perjuangan itu Tunku tetap tegas. Ini kerana beliau tahu peluang seperti itu tidak mungkin datang lagi. Seperti yang kita tahu tahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua menyediakan senario cukup subur untuk kemerdekaan; bukan sahaja di Malaya tetapi juga di seluruh dunia.

Mengatakan Anwar sama dengan Tunku akan menyebabkan penyokong tegar Barisan Nasional naik angin. Tetapi saya fikir kemampuan Anwar adalah kenyataan dan mengakuinya samalah seperti meramalkan bahawa pasukan-pasukan pilihan tertentu akan jadi juara Piala Dunia kali ini. Mengatakan bahawa Afrika Selatan akan jadi juara Piala Dunia 2010 akan menyebabkan orang ketawa. Kita perlu objektif.

Apa yang Malaysia perlukan sekarang bukan perlembagaan atau sistem baru kerana semuanya sudah baik. Apa yang jadi masalah ialah pemandu tidak cekap. Ini hanya boleh dibetulkan rakyat melalui pilihan raya. Di sinilah pentingnya peranan Anwar untuk membawa kemerdekaan kedua.

Minggu lalu Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa, SPR cuba melambatkan pendaftaran pengundi baru. Sama ada dakwaan itu betul atau tidak kita kena halusi bukti-bukti yang Ahli Parlimen PJ Utara itu kumpulkan. Tetapi itu bukan perkara baru kerana sewaktu mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir begitu gabrah menghadapi Pilihan Raya 1999 selepas Anwar dipecat hampir 700,000 pengundi baru tidak dapat mengundi dan ia membantu pentadbiran Mahathir kekal berkuasa.

Ketika ini kita menyaksikan apa yang dipanggil sebagai politik baru dan Anwar nampak begitu selesa memainkannya. Sebab itu Nik Abdul Aziz mengambil langkah untuk menyokong Anwar walaupun tokoh-tokoh kanan dalam Pas yang lain belum tentu senang hati dengannya. /Sinar

* Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang selama lebih 20 tahun.

WANITA SOLAT JUMAAT - MUFTI PERAK, JOHOR KATA SUNAT, MUFTI SELANGOR KATA HARUS

Posted: 20 Jun 2010 07:55 PM PDT

Wanita tidak dikira syarat sah solat Jumaat

SHAH ALAM- Wanita tidak boleh mencukupkan bilangan jemaah solat Jumaat sekiranya jemaah lelaki tidak cukup 40 orang bagi melakukannya, kata Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Menurutnya, biarpun solat Jumaat adalah amalan sunat bagi wanita dan tidak diwajibkan ia harus mengikut syarat sah solat iaitu mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang lelaki yang tinggal tetap di kawasan itu.

"Ia bukanlah baru, namun tidak semua wanita menunaikannya bergantung pada ruang yang disediakan di sesebuah masjid dan kelapangan waktu.

"Kadang kala wanita mempunyai komitmen dan pekerjaan yang lain," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, wanita yang menunaikan solat jumaat tidak perlu lagi menunaikan solat zohor, memadai dengan solat Jumaat yang ditunaikan.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan :Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyarankan wanita turut mengerjakan solat Jumaat sebagaimana lelaki menunaikannya di masjid dengan mempunyai ruang khas.

Sementara itu, Penasihat Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berkata, biarpun ia amalan sunat, wanita yang berkahwin perlu mendapat keizinan suami sebelum menunaikan solat dan mengelakkan memakai wangian yang boleh mendatangkan fitnah yang jelas haram hukumnya.

Namun, katanya banyak kelebihan yang boleh diperoleh apabila wanita menunaikan solat Jumaat antaranya dapat berkongsi ilmu sewaktu mendengar khutbah.

Bagaimanapun Noh mencadangkan agar prasarana bagi memudahkan wanita menunaikan solat dipertingkatkan terlebih dahulu.

Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, solat Jumaat adalah fardu ain kepada lelaki, iaitu wajib kepada setiap individu lelaki yang beragama Islam dan akil baligh.

"Tetapi bagi wanita, mereka adalah tidak wajib, cuma harus sahaja namun andai kata kalau dia buat (sembahyang Jumaat) maknanya akan gugurlah tuntutan solat Zuhur," katanya ketika dihubungi, semalam. /Sinar

KERUSI PARLIMEN BATU - TEORI FIRAUN BESAR DARI KULIM

Posted: 20 Jun 2010 11:47 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

YB ZUL Kulim, MP Bebas yang dipecat dari PKR mahu mengulas tentang isu MP Batu, Tian Chua berkenaan kerusi Parlimennya yang kini kontroversi akibat keputusan mahkamah baru-baru ini. Ulasan YB Zul yang terdapat di dalam blognya boleh dibaca di sini. Nampaknya, YB Zul telah `menilik' mengapa Karpal Singh mengulas tentang kerusi MP Batu itu yang mana Karpal Singh menyebut YB Tian Chua terpaksa kosongkan kerusi berkenaan.

YB Zul yang sinonim dengan `Firaun besar dan kecil' itu membayangkan Karpal Singh sememangnya suka kerusi MP Batu dikosongkan kerana mahu diisi oleh Dato' Zaid Ibrahim, katanya. Tambah YB Zul lagi, ini adalah kerana DAP mahu letakkan Dato' Zaid sebagai pengganti kepada DS Anwar yang YB Zul juga telah `menilik' mungkin DS Anwar akan terpenjara lebih lama lagi selepas kes liwat ini dibicarakan. YB Zul secara tidak langsung `sukacita' sekiranya DS Anwar terpenjara.

YB Zul mengagak bahawa DAP lebih suka Dato' Zaid mengganti DS Anwar daripada pemimpin PAS menjadi pengganti untuk mengetuai Pakatan Rakyat sekiranya DS Anwar terpenjara. Itulah hebatnya YB Zul yang boleh meneka fikiran DAP dan juga PAS, sepertimana juga beliau boleh meneka dan percaya bahawa majoriti pengundi di kawasannya masih menyokongnya sekarang. Sebab itulah YB Zul tidak mahu meletakkan jawatannya sebagai MP di Kulim Bandar Bharu.

Kita semua tahu YB Zul kuat kelentong. Semasa era reformasi dulu, kaki kelentong ini sanggup buat apa saja cerita untuk menunjukkan betapa beliau mempertahankan DS Anwar. Orang yang kuat kelentong selalunya takut untuk berdepan atau berdebat. Buktinya sehingga kini cabaran MP Shah Alam YB Khalid untuk berdebat dengan beliau tidak mendapat sambutan darinya. YB Zul suka publisiti murahan apatah lagi sejak kebelakangan ini media pencacai Umno begitu berminat dengan apa jua yang keluar dari mulut beliau.

Sebenarnya hati kecil YB Zul cukup bimbang jika diadakan pilihanraya kecil di Parlimen Batu. Memang benar, YB Zul bukan ahli Umno atau dari mana-mana komponen Bn, tetapi jiwanya condong ke sana. Beliau tentu tidak mahu melihat Umno atau Bn akan dimalukan lagi selepas Sibu. Apatah lagi yang berjaya memalukan Umno/Bn nanti adalah dari PKR parti yang telah menghumbankannya ke tepi longkang. Jika Umno/Bn malu, beliau pun turut malu kerana selama ini beliau berkokok mengatakan PR kini telah mula kehilangan sokongan rakyat.

Apa jua ulasan dari YB Zul memperlihatkan betapa beliau amat takut jika diadakan pilihanraya kecil di Parlimen Batu. Sebab itu beliau kaitkan dengan teori yang bodoh seperti itu. Buat beliau, kita ingin menyebut bahawa beliau tidak perlu bimbang kerana kerusi Parlimen Batu pasti tidak dikosongkan. Ini adalah kerana Umno/Bn tidak lagi mampu untuk di`telanjangkan' lagi selepas Sibu. Lihatlah nanti kalau tidak percaya./wfauzdin.blogspot.com

UMNO SELANGOR SEMAKIN BERGOLAK, ADA ADUN MAHU LETAK JAWATAN?

Posted: 20 Jun 2010 12:28 AM PDT

Semalam blog GAP melaporkan ura-ura tentang adun BN Sri Serdang yang juga setiausaha UMNO Selangor iaitu Dato' Satim Diman bersedia meletakkan semua jawatan beliau termasuk jawatan adun dan juga jawatan ketua bahagian.

Disaat berita tersebut masih lagi menjadi tanda tanya , tiba-tiba saya mendapat petunjuk baru hari ini. Mungkin berita yang menjadi tanda tanya itu akan bertukar menjadi kenyataan.

Saya difahamkan pagi semalam (khamis) telah berlangsung mesyuarat adun-adun BN Selangor di Shah Alam. Difahamkan Dato' Satim tidak menghadiri mesyuarat tersebut.

Sepatutnya beliau sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dan juga Timbalan Ketua Pembangkang Dun Selangor wajib menghadiri mesyuarat penting tersebut dalam menentukan hala tuju BN bagi merampas balik Selangor daripada PKR.

Adakah dengan ketidakhadiran beliau ke mesyuarat penting tersebut semalam adalah petanda yang beliau akan melepaskan semua jawatannya ?

Sama-sama kita tunggu penjelasan daripada Dato' Satim samada benar atau tidak beliau akan meletak jawatan.

Sumber dari Blog Pro Umno: ruangbicarafaisal.blogspot

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Siapa rasis?: DAP lebih utamakan Bahasa Melayu berbanding MCA

Posted: 20 Jun 2010 09:53 PM PDT



DAP Lebih Sayang Bahasa Melayu Daripada MCA

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

DAP seringkali menjadi bahan 'belasahan' UMNO/BN apabila memperkatakan tentang Melayu. Tidak kiralah Tanah Melayu, Bahasa Melayu ataupun apa-apa yang ada kaitan dengan Melayu maka DAP pasti akan menjadi mangsa. Begitulah nasib rakan dalam Pakatan Rakyat yang terus diganyang oleh media arus perdana khususnya media bahasa Melayu yang akan terus memberikan serangan bertubi-tubi kepada DAP dan kepimpinannya.

Walaupun DAP telah cuba melakukan perubahan untuk meyakinkan kepada masyarakat Melayu bahawa DAP bukan anti Melayu tetapi ia tetap masih belum berjaya untuk memperbaiki keadaan kerana masih ramai Melayu yang percaya DAP akan ranapkan Melayu jika DAP diberikan kuasa memerintah Malaysia.

Sejak YAB Lim Guan Eng memimpin kerajaan Pulau Pinang, pelbagai isu cuba ditayangkan kepada rakyat betapa DAP adalah parti yang zalim dan menindas orang Melayu sehingga kita semacam terlupa bahawa sebelum itu Pulau Pinang telah dipimpin oleh Gerakan/BN selama 35 tahun. Tempoh dua tahun pemerintahan PR di Pulau Pinang seolah-olahnya sama seperti tempoh BN telah memerintah Pulau Pinang selama ini.

Saya tidak kata bahawa LGE adalah pemimpin yang sempurna sehingga tidak ada cacat celanya namun tempoh dua tahun yang beliau lalui sebagai KM Pulau Pinang telah cuba menjalankan pemerintahan dengan sebaiknya untuk semua tidak kira apa juga kaum dan latar belakang parti.

Secara beransur-ansur DAP cuba untuk mendekati masyarakat Melayu agar melihat mereka dengan mata hati bahawa apa yang dilemparkan oleh UMNO/BN kepada mereka adalah tidak benar.

Saya menggunakan tajuk 'DAP lebih sayang Bahasa Melayu daripada MCA' kerana saya baru sahaja menyedari bahawa laman web kedua-dua parti ini menggunakan lebih daripada satu bahasa namun salah satunya tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan.

DAP mempunyai laman web yang memberikan kemudahan kepada umum untuk melayari dengan menggunakan tiga bahasa iaitu :-


http://dapmalaysia.org/newenglish/index.htm - Bahasa Inggeris

http://dapmalaysia.org/bm/ - Bahasa Melayu

http://dapmalaysia.org/cn/ - Bahasa Mandarin


Manakala MCA pula hanya menyediakan dua bahasa sahaja iaitu :-

http://www.mca.org.my/Chinese/Pages/default.aspx - Bahasa Mandarin

http://www.mca.org.my/English/Pages/default.aspx - Bahasa Inggeris


Kenapa MCA tidak menggunakan medium Bahasa Melayu? Adakah kerana MCA adalah untuk masyarakat daripada kaum Cina maka tidak perlu menyediakan laman web dalam Bahasa Melayu sedangkan MIC mampu menyediakan laman web di dalam Bahasa Melayu? Bukankah ini sebenarnya menggambarkan betapa MCA tidak menghormati bahasa kebangsaan?

Pepatah Melayu "Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak dapat dilihat". - minda-kembara.com


Polis Diraja Malaysia PDRM kejam - PBB

Posted: 20 Jun 2010 09:40 PM PDT



Polis Malaysia adalah Kejam - PBB

Polis Diraja Malaysia PDRM dinilaikan sebagai kejam dalam menangani masaalah tertuduh ketika dalam tahanan. Pendapat ini disampaikan oleh Pegawai HAM PBB yang meninjau keadaan para tahanan PDRM di Malaysia.

"Penyiksaan seolah sebagai satu prosedur standard ketika dalam tahanan. Keterangan ini diperoleh dari para tahanan yang ditemui oleh pasukan PBB itu semasa dalam kunjungan nya ke Malaysia," kata El Haji Malik Sow, Ketua Delegasi HAM PBB, Jumaat (18/6/2010) di Kuala Lumpur.

Para tahanan yang disiksa kebanyakan nya berkesalahan yang berkait dengan subversif, rusuhan, imigresyen, "Sebahagian tahanan mengaku dipukuli, ditendang, ataupun disiram air kotor," kata El Haji Malik Sow lagi. selaku ketua delegasi itu.

Beberapa tahanan ada yang dikurung dan dibiarkan kelaparan. Sebagian besar tahanan tidak diberikan kesempatan menghubungi keluarga atau peguam bela.

Sejumlah anggota polis turut terlibat dalam pembunuhan seorang fotomodel Mongolia yang diberitakan mempunyai hubungan rapat dengan beberapa orang di Malaysia. Fotomodel itu dihancurkan mati dengan kekuatan bom teknoloji tinggi C4.

Kes yang diduga berkait dengan pemberian 'bawah meja' dalam urusan pembelian kapal selam Perancis yang dilakukan Pemerintah Malaysia beberapa tahun lalu itu kini telah hilang dari pemberitaan.

Apa kesah dengan Anwar Ibrahim semasa ditahan, yang dilanyak oleh Ketua Polis sendiri.

Pihak Komisi HAM PBB, mengambil keterangan dari para tahanan dan mengatakan yang mereka lebih suka memilih berada di penjara lagi daripada berada dalam tahanan polis ataupun imigresyen dinegara ini.

Delegasi dari HAM PBB datang diatas undangan kerajaan Malaysia yang berusaha melakukan perubahan bahagian perundangan.

Raja Azahar Abdul Manap, seorang pegawai di Jabatan Dalam Negeri Malaysia, mengatakan, kerajaan berusaha memperbaiki kondisi tahanan. – komp/Reuters

Penyokong tegar Umno berbelah bahagi: Tidak sedia terima ulamak/Dr Asri ke dalam Umno!

Posted: 20 Jun 2010 10:59 AM PDT


(Sekadar gambar hiasan)

Oleh: Pria Malaya

Berikut adalah luahan hati penyokong-penyokong Umno di dalam Forum Tempur Politik Maya Kumpulan Penyokong Umno, MYKMU mengenai isu 'Dr Maza masuk Umno'..

Meneliti komen2 mereka, menunjukkan majoriti dari kalangan mereka tidak/kurang bersetuju dengan kemasukan ulamak ke dalam Umno..bukti lainnya, thread tentang isu ini tidak mendapat sambutan yg menggalakkan, berbeza jika wujud isu/berita/spekulasi pemimpin PR masuk Umno dan isu yg seangkatan dengannya..

Mungkin mereka masih belum sedia menerima tokoh2 agama menyertai Umno..mungkin bagi mereka, alim ulamak dan Umno adalah suatu yang pelik, aneh dan janggal, tidak boleh bersatu ibarat fahaman mereka yg memperlihatkan politik suku, agama suku...namun jika tokoh2 bangsa ataupun politik, sudah pastinya akan mendapat sambutan yg menggalakkan dr kalangan mereka..kenapa, korang fikir2 lah sendiri..

Apa pun, ikuti antara komen mereka mengenai isu ini..


lady_j
habis la kena cop ulama politik lepas ni
Herotamil
Pendapat peribadi aku....

Aku lebih suka ahli agama yang impartial..yg tiada berkepentingan.

Sorry to say lah...

Bila ahli agama mula berpihak pihak...maka gugur lah gelaran ulama.
Ini adalah salah satu ciri ciri ulama..
madinat
nampak gaya nanti ada le jawatan mursyidul am UMNO...kerja dia tukang keluarkan fatwa je..berlawan le depa dgn situa kutuk murtad keparat nik aziz tu..sorang kata haram..sorang kata halal...
Herotamil
Yep..this is definitely going to happen!!
another reason..i think its not a good idea.
pemudajambu
demi hormat pada Islam (bukan ISLE) dan gelaran ULAMA, aku rasa takpayah lah penglibatan mereka ni dalam UNO ... bukan tak sudi, bukan tidak hormat tetapi demi ISLAM itu sendiri

... jangan lah jadi mcm hamPAS pergunakan ISLAM sehingga songsang, kiblat pon ikut arah madagascar! ceramah pon mengadu dumba hingga ISLAM pun tercemar dimata si kafir ...

para ulama pon masih bole mengundi UNO di pilihanraya gak
Pujangga_bangsa
Dari pandangan aku pulak.. ada pros and cons..
pros nya ialah, mungkin ulama yg menyertai UMNO ni boleh menarik golongan agama yg lebih kepada perjuangan Islam menyertai UMNO.. majlis atau ceramah politik yg berteraskan keagamaan juga boleh menarik org Melayu..

Cons nya pula, takut mereka ni jadi ulama pak anggup je.. atau melekat gelaran ulama politik, seperti mana kita sering melabel pas kerana mereka mempunyai ramai ulama2 politik.. takut juga, disebabkan kepentingan politik, banyak fatwa2 yg x munasabah dikeluarkan mcm ulama seberang..

lepas ini, adalah gelaran Tok Guru UMNO, Tuan Guru UMNO, mursyidul am UMNO.. heheheh...
seman_tahan
Tapi aku rasa lebih baik dia org jadi ahli biasa ke atau buat la parti buka politik mcm perkasa. takut nanti jadi mcm tikus baiki labu.
inaki
jadi ulamak parti ni tak perlu kot, yela kang pemimpin2 buat bende tak elok, yg si ulamak tutup mata buat2 tak nampak... jadi ulamak dan bila nak berpolitik kena berani la nak tegur pemimpin2 tak guna tu, kang bersubahat plak jadinya nanti...
uncle_pejmbps
Asri??

he may want to pursue 'something' he couldn't get semasa jadi mufti Perlis...hehe...
Baca seterusnya di MYKMU dengan tajuk, 'Ulamak Sertai UMNO'..juga boleh lihat komen Zul Noordin yg turut tidak bersetuju Dr MAZA menyertai Umno (politik), baca di sini...wallahua'lam..

Blogger Umno akui Umno kedah lemah: Gesa Mahdzir Khalid undur, sokong Mukhriz

Posted: 20 Jun 2010 09:38 AM PDT



Wujudkah Lagi Umno Kedah?

Jika ditelusuri laman maya atau akhbar untuk mencari berita tentang Umno Kedah, tentang apa yang mereka sedang buat pasti yang ada hanya berita-berita basi lebih setahun yang lalu saja boleh ditemui. Malah kewujudan Umno di Negeri Kedah juga menjadi persoalan.

Jika semasa zaman Abdullah Badawi, Umno ditadbir oleh anak beranak, Umno Kedah menjadi pengampu setia langkah Abdullah Badawi melalui Mahdzir Khalid. Malah, Mahdzir Khalid, melalui rakan-rakannya cuba menyekat sehingga ke peringkat cawangan sebarang usul yang bakal menyentuh dinasti Badawi ketika itu. Begitulah setianya Mahdzir Khalid menyembah Abdullah Badawi, hasilnya Umno Kedah menyembah bumi.

Tidak cukup dengan sikap menutup pintu kepada suara akar umbi, Mahdzir Khalid dan konco-konconya, termasuklah Johari Baharum pula pada ketika itu menghina Tun Mahathir dengan bermacam tindakan bacul mereka untuk mengampu Abdullah Badawi. Ini sangat mengecewakan ahli Umno Kedah diperingkat akar umbi.

Mereka lupa satu perkara, bahawa bukan Abdullah Badawi yang memberi mereka jawatan, tapi rakyat. Kalau tak percaya, cuba sekarang ini mereka pergi minta jawatan Menteri Besar dari Abdullah Badawi , bolehkan Abdullah Badawi mengurniakan jawatan Menteri Besar kepada mereka?

Namun, perkara yang lepas itu bolehlah dijadikan sejarah. Tiada sesiapa yang tidak melakukan kesilapan. Tapi apa yang lebih mengecewakan, mereka ini masih lagi mahu menguasai Umno Kedah yang kini begitu lemah dan berada ditahap kritikal. Semua orang tahu bahawa Mahdzir Khalid masih dipanggil "bos" dan budaya zaman Abdullah Badawi masih lagi kental bersemadi didalam Umno Kedah.

Cukup-cukuplah, parti Umno bukan milik Mahadzir Khalid dan konco-konconya. Tak cukupkah lagi nikmat yang diperolehi dari Umno. Umno Kedah kini, bukan setakat tidak mampu memerintah, malah sebagai pembangkang pun Umno Kedah kelihatan tidak mampu.

Tidak ada dalam sejarah Kedah, seorang Menteri Besar yang dijatuhkan dapat kembali Menjadi Menteri besar, apatah lagi bagi kes ekstrim seperti di Kedah, dimana Menteri Besar dengan parti sekali dinyahkan rakyat dari memegang tampuk pemerintahan. Jadi, lupakanlah cita-cita itu, berilah peluang untuk Umno bernafas semula.

Dengan Timbalan Pengerusi perhubungan negeri yang tiada keyakinan diri dan masih bertuankan Mahadzir Khalid, dengan Pengerusi Perhubungan Negeri dari Sabah, dengan warlord-warlord yang belum bangun dari tidur bahawa mimpi mereka sudah berakhir lebih dua tahun yang lalu, adalah mustahil bagi Umno menjadi pembangkang yang berkesan, jangan cakaplah pasal menjadi kerajaan, mimpi pun jangan.

Setelah hampir tiga tahun menunggu untuk melihat perubahan yang tidak kunjung tiba, eloklah Mahdzir Khalid dan konco-konco warlordnya mengundur diri, itupun jika ada secebis belas kasihan kepada Umno, sebuah parti orang Melayu yang pernah berjasa, dan paling besar jasanya tentulah dinikmati oleh dato-dato sekelian.

Pada saat-saat pembangkang pun begitu goyah kini, rakyat masih bersyukur kerana diselamatkan daripada pertukaran kerajaan kepada Umno yang bukan masih tidur, tetapi dalam keadaan koma akibat kepimpinan yang mementingkan diri dan tidak berbuat kerja untuk parti. Sedarlah bahawa selagi mana Mahdzir Khalid dan konco-konco masih menerajui Umno Kedah, samada secara rasmi atau tidak rasmi, jangankan ahli PAS, kami ahli Umno pun tidak mahu Umno menjadi kerajaan di Kedah ini. Tiada ada jalan lain, Mahadzir Khalid dan konco mesti berundur.

Kalau sekiranya tiada lagi secebis belas kasihan dari hati batu Mahdzir Khalid kepada Umno, Umno Pusat perlulah meletakkan mana-mana anak Kedah yang ada keberanian untuk memimpin Umno Kedah. Kami, ahli Umno Kedah sedia menerima pemimpin yang berani dan fokus kepada kehendak ahli dan rakyat.

Kedah mempunyai pemimpin muda yang berani seperti Mukhriz yang mampu membuat perubahan untuk memulihkan Umno Kedah. Kalau suatu hari nanti Umno sudah kembali memerintah Kedah, mungkin bolehlah diberikan sedikit habuan kepada Mahdzir Khalid dan konco atas jasa mereka yang sanggup berhenti mengkhianati Umno.

Kasihanilah kami ahli Umno yang selama ini berjuang diperingkat bawahan untuk melihat kejayaan Umno yang bagi kami dengan hanya melihat kejayaan Umno dan orang Melayu sudah menjadi "hadiah" besar pada kami.

Veteran Umno,
Sungai Tiang.

Sumber: Kedah Time

Itulah tadi email yang panjang lebar dari seorang veteran UMNO yang namanya tidak mahu disiarkan! Kedah adalah salah satu dari negeri yang UMNOnya terlampau lemah, email dari pembaca ini telah mengingatkan kau kepada cerita seorang kawan aku dari kedah yang katanya Kedah dikawal oleh 6 Jahanam!

Salah seorang dari 6 jahanam tersebut adalah Mahdzir Khalid! So Mahdzir, ada baiknya kalau kau berhenti dan join Pak Lah sekali, lepas ni korang berdua bolehlah luangkan masa bersama-sama ok! Orang Kedah pun dah meluat tengok muka si Mahdzir ni, belahlah wei kalau kau masih ada maruah! -
Penyokong/blogger jumud Umno, Papa Gomo

Umno terus bergolak: Selepas Umno Kedah, Umno Terengganu pula dilanda masalah!

Posted: 20 Jun 2010 09:20 AM PDT



Episod Baru Perbalahan Umno Terengganu
- Ketua Umno, JKKK DUN Alor Limbat Serah Memorandum Bantah ADUN

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah membuat kejutan terkini, yang dilihat sebagai
'mencetuskan episod terbaru perbalahan Umno negeri Terengganu'.

Beliau mendedahkan ada pihak tertentu mendesaknya untuk meletakkan jawatan dan menjanjikan projek bernilai puluhan juta ringgit kepada sesiapa yang berjaya menjatuhkannya.

Menurutnya, susulan tawaran itu, wujud kumpulan melibatkan ketua-ketua cawangan Umno dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) melahirkan rasa tidak puas hati dan bertindak menghantar memorandum kepada Menteri Besar.

Katanya, beliau telah maklum, memorandum tersebut adalah bertujuan mendesak agar beliau melepaskan jawatan Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat

"Saya tahu (mengenainya) namun tidak gusar kerana sedar terdapat segelintir pemimpin cawangan yang gagal mentadbir cawangan mereka, cuba menutup kelemahan sendiri dengan menuding jari kepada wakil rakyat.

"Sepatutnya cawangan terletak di zon yang kalah harus memperkasakan cawangan masing-masing, tapi sebaliknya yang berlaku selain memberi alasan wakil rakyat tidak turun padang," katanya ketika mengulas tindakan lebih 40 ketua cawangan dan JKKK DUN Alor Limbat yang bertindak menyerahkan memorandum kepada Dato' Ahmad Said kelmarin.

Difahamkan, antara kandungan memorandum tersebut mendakwa Alias gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dalam kawasan terbabit.

Alias yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang menafikan dakwaan Ketua Cawangan dan JKKK sebagaimana terkandung dalam memorandum tersebut.

Malah tegasnya, DUN Alor Limbat yang diwakilinya, tidak mempunyai masalah dan menganggap ia sengaja diada-adakan.

Lebih parah katanya, pihak tertentu kini telah menjadikan politik sebagai satu perniagaan bagi mengaut laba dan keuntungan peribadi.

Beliau turut mendakwa, ada pihak tertentu ingin memastikan beliau jatuh, dan mana-mana calon Barisan Nasional (BN) bertanding di kerusi DUN Alor Limbat tidak meraih kemenangan.

Alias pada Sidang Dewan Udangan Negeri Disember tahun lalu telah membuat kejutan dengan menggelar, Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said sebagai 'penipu'(pelawak).

Beliau dengan lantang telah mengkritik pentadbiran Ahmad yang dikatakan sebagai pentadbiran 'Ad-hoc'.

Antaranya, Alias telah memperli Ahmad yang belum melaksanakan janji-janji beliau dengan mengatakan "rumah tak nampak, kerana dikelilingi pokok sawit".

Alias sebenarnya merujuk kepada janji Ahmad untuk memberikan benih kelapa sawit kepada penduduk kampung, bagi program tanam sawit keliling rumah.

Janji tersebut masih belum dilaksanakan oleh kerajaan Ahmad sampai hari ini.

Selain itu, Alias turut mengkritik tindakan Ahmad yang melaksanakan projek-projek tanpa tender terbuka, khsususnya projek pembangunan pulau-pulau di Tasik Kenyir yang bernilai RM300 juta.

"Inilah senario sebenar politik di Terengganu namun saya kena matang dalam berpolitik dan lebih senang menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai wakil rakyat," kata Alias sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

Kemuncak episod perbalahan pemimpin Umno Terengganu tahun 2009 adalah kes 'SMS Ugut Bunuh' yang berlaku pada April tahun lalu.

Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Dato' Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir kini sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah apabila beliau dituduh melakukan ugutan tersebut.

Ekoran peristiwa itu, ADUN Umno yang dikenali sebagai 'kumpulan 10 budak hitam' membuat bantahan besar-besaran dan memulaukan Sidang DUN Terengganu.

Pada waktu yang sama, Alias telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak, menyenaraikan 10 perkara mengapa Menteri Besar, Dato' Ahmad Said perlu meletakkan jawatan.- Buletin Online

Krisis Umno Kedah berjangkit pada sayap Puteri

Posted: 20 Jun 2010 01:17 AM PDT


(Sekadar gambar hiasan)

Rosnah Nafi Pergeseran Dalam Puteri Umno

KULIM: Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata dakwaan berlakunya pergeseran dalam pergerakan itu terutama di peringkat bahagian adalah satu spekulasi yang cuba memecahbelahkan Puteri Umno.

Katanya beliau yakin ini adalah satu spekulasi yang berniat serong yang cuba ditimbulkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan semata-mata mahu memecahbelahkan pertalian akrab di kalangan pemimpin pergerakan ini.

Bercakap kepada pemmberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu di sini semalam, Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata sehingga kini kepimpinan pergerakan itu di peringkat bahagian lebih-lebih lagi di Kedah tiada mengalami sebarang masalah.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan wujudnya situasi tersebut berikutan ada pihak-pihak yang mempunyai agenda peribadiRosnah berkata beliau mahu kepimpinan Puteri Umno di peringkat bahagian dan negeri mengutamakan kepentingan parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau mengingatkan mereka yang ada rasa tidak puas hati supaya mengutamakan kepentingan perjuangan Puteri yang menjadi sayap kepada Umno, bukannya mengutamakan kepentingan peribadi. - BERNAMA

Berita berkaitan:
- Lagi krisis Umno Kedah: Pemimpin Umno Kedah akui pembangkang (PR) semakin kuat di Kedah!

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


PRU ke-13 Awal Kerana "Duit" dan "Katak"

Posted: 20 Jun 2010 04:47 AM PDT

Sound Direct:ahahaha itu al-hantuya.. ahahahaha

Berita Minggu keluaran hari ini menyiarkan sebuah rencana mengenai kemungkinan PRU ke-13 akan dipercepatkan.Kononnya PRU akan dipercepatkan atas faktor ekonomi dan konflik pembangkang.

1.Pilihan raya dipercepatkan kerana ekonomi semakin stabil?Tidak masuk akal betul.Kalau tidak stabil PM sedia ada pun liat mahu letak jawatan.

2.Konflik pembangkang dijadikan faktor supaya kerajaan menentukan pilihan raya?Nampaknya ada yang tidak betul,bagaimanakah kerajaan yang menetukan tarikh PRU?Sedangkang SPR yang tentukan PRK?Bodohkan?Apa gunanya SPR?

3.Sepatutnya SPR yang berkuasa dan menjalankan tugas dengan mengikut perlembagaan.Bukankah PRU perlu diadakan 5 tahun sekali?

4.Mungkin lebih baik ayat itu ditukarkan kepada "selepas 5 tahun automatik bubar",kemudian diletakkan pula tempoh hari.Ini tidak,jadi wakil rakyat tidak sampai lima tahun.

5.Tambahan lagi,kuasa yang ada pada PM untuk menentukan tarikh PRU begitu berat sebelah dan tidak demokratik.

6.Maknanya,pemberian kuasa penentuan tarikh PRU perlulah diperincikan,walaupun PM mempunyai kuasa untuk membubarkan Parlimen dalam kes-kes tertentu.Bukan ikut suka dia sahaja.

7.Lagi pun,kalau buat awal sangat macam BN boleh menang.Semasa belum mengenal politik,saya sendiri hairan mengapa PRU diadakan awal sedangkan dalam buku teks sejarah menyatakan PRU perlu diadakan 5 tahun sekali.

Sekian,Wallahu'alam.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kes Tian Chua: Hakim Tolak Pilihan Raya Kecil

Posted: 20 Jun 2010 09:47 PM PDT


KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha memaklumkan kepada peguam Ahli Parlimen Batu, Tian Chua hari ini bahawa beliau mahu mengelakkan pilihan raya kecil diadakan.

Ghazali bagaimanapun mengekalkan keputusan mendenda Tian Chua RM2,000 kerana menggigit seorang anggota polis tiga tahun lalu.

Peguam Ranjit Singh yang mewakili Ahli Parlimen itu berkata, hakim memberitahunya bahawa beliau enggan pilihan raya kecil diadakan kesan keputusannya itu.

"Status Tian Chua sebagai Ahli Parlimen kukuh seperti batu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ghazali mengadakan pertemuan dengan kedua-dua pihak peguam dan timbalan pendakwa raya di kamarnya.

Namun Tian Chua tidak terlibat dengan pertemuan berkenaan.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi mengetepikan hukuman penjara enam bulan ke atas Ahli Parlimen Batu itu kerana mencederakan anggota polis pada 2007.

Ghazali turut mengurangkan jumlah hukuman denda kepada RM2,000 atau dua bulan penjara setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Pada 22 Oktober tahun lalu, Tian Chua dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini setelah didapati bersalah mencederakan anggota polis pada 11 Disember 2007.

Tian Chua, 47, didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, dari Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di jalan masuk ke Bangunan Parlimen di sini pada 10.45 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pada pilihan raya umum ke-12 2008, Tian Chua memenangi kerusi Parlimen Batu menewaskan calon Barisan Nasional dari Gerakan, Lim Si Pin dengan majoriti 9,445 undi - mStar

Pengakuan berani isteri curang

Posted: 20 Jun 2010 10:15 AM PDT

Bila saya di KL, peluang untuk saya bertemu pengerusi semakin luas terbuka. Pada awal kami hanya bertemu waktu makan tengahari. Walaupun pejabatnya agak jauh dari tempat saya, kerana saya dia sanggup datang. Suami saya bekerja di tempat lain. Jadi tiada masalah kalau-kalau hendak terjumpa suami saya. Saya masih ingat "The Ship" Pertama Komplek lah menjadi saksi pertemuan pertama kami makan tengahari bersama.

Sewaktu makan, dia mula menunjukkan belang nya. Kami duduk bersebelahan. Suasana dalam The Ship pula yang samar-samar membenarkan dia beraksi ringan-ringan terhadap saya. Saya dipeluk, punggung saya yang montok dan berisi digosok-gosok malahan sesekali pipi di cium. Saya tidak menolak. Malahan membalas ciumannya.

Saya kesesakkan duit diwaktu itu, Maklum lah baru berpindah. Dulu suami hanya tinggal bersama kawan-kawan seperti orang bujang, tapi kini terpaksa mencari rumah sebuah untuk saya dan anak. Saya suarakan pada dia. Tanpa banyak soal RM5OO diberikan kepada saya.

Selepas itu kami selalu bersama di waktu makan tengahari. Kadang-kadang saya ketempat dia atau dia datang menjemput saya. Berterusan selama lebih sebulan. Suatu hari Jumaat dia menalifon saya mengajak keluar makan tangahari esoknya - Sabtu [baca artikel penuh DI SINI]

Hukum menghisap buah dada

Posted: 19 Jun 2010 11:51 PM PDT

Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.

Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka. [artikel penuh DI SINI]

dollah yankee

dollah yankee


Ini lah masalahnya bila kita rasa kita pandai,orang lain semua bodoh

Posted: 20 Jun 2010 06:30 PM PDT


Semalam pergi melawat mendiang Gan Teik Chee yang telah mengambil keputusan untuk menamatkan riwayatnya dengan terjun dari sebuah hotel dua hari sudah.

Gan seorang peguam, dan juga salah seorang daripada kumpulan yang menubuhkan Aliran.

Sampai disana sudah lihat banyak peguam-peguam, yang tua-tua dan dah pencen dan tunggu masa nak maposs ada, yang muda yang baru kenal tangga 'court' dan yang cap jari pun tak kering lagi pun ada, yang 'famous' yang muka selalu keluar dalam 'paper' ada, lawyer yang kaki ranjau dan kaki songlap duit client pun ada.

Ada laa sorang lawyer tu yang aku kenal, bertegur sapa dan sembang, lalu aku pun tanya apa makna bahasa undang-undang 'functus officio', lalu dia pun terangkan yang perkataan itu ada lah bermaksud apabila seseorang hakim itu telah membuat sesuatu keputusan maka dia sudah tidak boleh lagi membuat apa-apa pertukaran terhadap keputusan yang telah dibuatnya itu, berpatah balik atau pun buat 'u' turn.


Dia tanya kenapa? Aku pun cakap lah yang petang ini akan ada satu perjumpaan di pejabat AG untuk bincang pasal keputusan hakim terhadap MP Batu Tian Chua dalam kesnya yang gigit tangan seorang anggota polis yang telah didenda sebanyak 2,000 ringgit.

Entah macamana dia juga cakap yang seorang sahabatnya di pejabat AG telah memberitahu yang kalau ikut 'buku', parlimen saja yang berhak untuk menentukan sama ada Tian Chua patut di 'disqualified' kan atau tidak sebagai MP, bukanya hakim tersebut yang telah menurunkan denda terhadap Tian Chua dari RM3,000 ke RM2,000 dengan alasan untuk mengelakkan dari berlakunya pilihan raya kecil di kawasan itu dan demi untuk menjimatkan wang negara.

Manakala gurkah-gurkah politik di'port' yang kurengg tahu hal-hal mahkamah pula tetap berpendapat yang hanya SPR sahaja yang layak untuk 'declare' sama ada kerusi Batu itu kosong atau tidak bukan hakim mahkamah dan bukan parlimen.


dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..bukan semua 'lawyer' pandai, ada juga 'lawyer' yang bahlol!

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Kita ini hanya hamba di bumi Allah ini. Takbir!!

Posted: 20 Jun 2010 03:44 AM PDT


Nik Aziz: 'Walaupun MB tapi saya hanya tumpang rumah orang'
Oleh G. ManimaranJune 20, 2010

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika berkongsi kepimpinannya sebagai Menteri Besar Kelantan yang genap dua dekad tahun ini. - Gambar Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 20 Jun — "Tiada masa saya tidak susah, cuma suka (hari gembira) saya lebih daripada susah." Demikian rumusan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulas dua dekad kepimpinan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan.

Mengulas lanjut mengenai perjalanan kepimpinannya sejak akhir 1990, Nik Aziz berkata, "susah senang memang hidup saya."

"Hidup seorang pejuang mesti ada senang, ada susah... tiada masa saya susah, senang campur susah susah campur senang, saya boleh bertahan," kata beliau dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider di Kota Baru baru-baru ini.

Mursyidul Am PAS ini menambah, sebagai seorang Islam beliau yakin bahawa apa yang dibuatnya adalah betul.

"Allah akan bagi restu kepada saya, dunia akhirat, ini kelebihan Islam," kata pemimpin berusia 79 tahun ini yang sejak dua tahun kebelakangan ini berhadapan siri kritikan termasuk berhubung isu pelantikan anak dan menantunya dalam jawatan agensi kerajaan negeri.

Mereka termasuk Nik Abduh dan menantu Ariffahmi Abdul Rahman.

Mengulas lanjut peringkat awal memimpin Kelantan, Nik Aziz berkata, beliau sudah tentu berhadapan dengan kesukaran jika memimpin tanpa ada pandungan dan pengalaman pemimpin lain sebelum itu.

"Tetapi oleh kerana sebelum saya datang, sudah ada pemimpin, pemimpin yang saya maksudkan ini ialah Nabi Muhammad... Nabi Muhammad adalah pemimpin yang dilantik oleh Allah sendiri," katanya.

"Kesusahan yang menimpa saya dalam memimpin ini, 101 (peratus sedikit) berbanding dengan Nabi Muhammad, terlalu sikit kerana segala usaha penentangan yang dibuat oleh manusia kepada Nabi, orang yang sama... oleh yang demikian, saya hanya tiru, tiru, tiru ajaran Nabi Muhammad.

"Perkara yang pertama Nabi Muhammad atasi ialah pemikiran manusia, bukannya jalan. Kalau Nabi Muhammad tak ada pun manusia akan buat jalan, saya pergi ke China tiga, empat kali, saya pergi ke London serupa sahaja.

"Sedangkan China komunis, dan Amerika ini demokrasi, orang ini berperang bukan... tapi dari segi jalan serupa sahaja, fizikal serupa, yang penting ialah pemikiran. Nabi Muhammad bawa Islam supaya manusia tumpu pada Allah," katanya lagi.

Dalam temu bual yang turut diselitkan dengan misalan-misalan prinsip agama, Nik Aziz menambah, oleh yang demikian manusia tidak boleh pandai-pandai bertindak.

"Tak boleh pandai-pandai di atas bumi yang ditumpang ini. Macam saya, walaupun saya menteri besar, kalau saya pergi kampung saya tak boleh masuk dapur.

"Saya menteri besar pun saya menumpang rumah orang," kata beliau. yang meluangkan setiap Jumaat untuk kuliah pagi di Dataran Ilmu, Kota Baru.

Menggambarkan lagi perjalanan kepimpinananya, Nik Aziz memberitahu, Melayu Umno menggunakan dendam dan kekerasan dalam menghadapi perjuangan PAS.

"Alhamdulillah... dulu dalam 50 tahun dulu, masa mula-mula PAS terima (ditubuhkan) dulu, Oh! bukan sahaja Umno-Melayu ini lawan saya, sampai tok guru agama pun ditangkap ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) oleh Umno, tok guru-tok guru banyak kena ISA kerana Umno tidak boleh jawab.

"Bila kita soal orang, bila dia tidak boleh jawab, dia (akan) guna kuasa, manusia akan guna kuasa selagi dia tidak boleh jawab... macam sekatan jalan, polis buat sekatan jalan, (dan tanya) ada lesen?

"Kalau boleh jawab kita jawab, (misalnya) baru sekejab tadi lesen jatuh dari poket saya, kita boleh jawab. Tapi bila lesen tak ada, pemandu ini guna kuasa dia melarikan diri atau dia merempuh polis.

"Bila dia merempuh polis, bila kita tak boleh hujah kita menggunakan kekuasaan, manusia begitu," katanya sambil menambah, "begitu juga dengan PAS dan Umno."

Nik Aziz mempertahankan partinya dengan berkata, PAS berada di jalan yang sebenar sejak ditubuhkan enam dekad lalu.

"Umno tak boleh jawab, maka dia guna ISA untuk mendiamkan, mematikan pemikiran rakyat sendiri," kata Nik Aziz yang salah seorang anak lelakinya turut ditahan di bawah ISA ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ini dendam yang dibuat oleh Melayu-Umno terhadap perjuangan PAS. Anak saya kena ditangkap ISA, tak tahu apa sebab, banyak (lagi) guru-guru agama," kata Nik Aziz lagi.

Nik Adli ditahan pada 4 Ogos 2001 kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan dibebaskan lima tahun kemudian.
Ketika ditanya adakah beliau sedih anaknya ditahan di bawah ISA, Nik Aziz memberitahu, "sedih itu sedihlah."

"Tetapi saya dah tahu dari awal-awal lagi, lawan Umno ini bukan sebarangan orang, Umno ini ada kuasa," katanya sekali lagi merujuk kepada pengalaman Nabi Muhammad yang terpaksa meninggalkan Mekah untuk ke Madinah "oleh kerana jahatnya bapa saudara."

"Jadi saya tahu, bila saya lawan Umno saya tahu benda ini, sedih, sedih lah tapi kita ada Tuhan, kita berdoa," katanya.

Nik Aziz seterusnya menjelaskan bahawa beliau berpegang pada prinsip semua orang akan mati satu hati nanti.

"Mu (kamu) akan mati aku (saya) akan mati, dia akan mati, mati dah banyak dah... ketua-ketua polis yang kacau itu dah mati habis dah.

"Sebab itu kata saya tadi, walaupun tugas saya berat untuk melawan Umno, tapi saya ada contoh untuk tiru sebelum saya datang iaitu Nabi Muhammad, ada senang ada susah," kata beliau dengan menambah oleh kerana Umno dari awal-awal lagi sudah menolak Islam dengan menggunakan kebangsaan Melayu, maka tiada contoh kepimpinan untuk mereka jadikan sebagai teladan.

"Dia buat salah, tak erti dosa, sekarang alhamdulillah bukan sahaja Melayu Umno sokong PAS, malah Cina, India... dia sokong dengan adanya Kelab Penyokong PAS, bukan Kelab Penyokong Umno.

"Dia tahu PAS tidak ada apa-apa, tapi ada kebenaran, manusia boleh hidup dengan kebenaran, hati senang," katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada gembira dengan pencapaian sebagai Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz menambah:

"Alhamdulillah... saya walau bagaimanapun gembira. Pertama, saya berada di landasan yang betul, ini perkara pokok."

"Soal orang hendak sokong, orang tidak mahu sokong, itu masalah orang. Saya gembira kerana saya berada di landasan yang betul iaitu Islam.

"Islam datang daripada Allah, bukan daripada Nabi Muhammad, bukan dari PAS tidak," katanya.

Mengenai kritikan terhadap kepimpinannya, Nik Aziz berkata, isu yang paling banyak dilontarkan oleh Umno ialah tiadanya pembangunan.

"Tetapi sekarang ini dia sendiri boleh tengok pembangunan. Berbanding dengan 10 tahun dahulu sekarang pembangunan banyak (dapat dilihat di Kelantan). Susah Umno sekarang, susah Umno apabila melihat pembangunan di Kelantan dan di Kota Baru.

"Dulu dia kritik tiada pembangunan, sekarang ada pembangunan, baru-baru (kami) menandatangani perjanjian pembangunan Bandar Baru Tunjong," kata Nik Aziz yang merupakan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Bandar Baru Tunjong.

Bandar yang meliputi kawasan seluas 800 hektar itu terletak kira-kira lima kilometer dari pusat bandar Kota Baru dan mula diusahakan pada Februari 2006.

Beliau juga menjelaskan, isu pelantikan Ariffahmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

"Saya melantik menantu saya di depan penasihat undang-undang dalam mesyuarat penuh, depan setiausaha kerajaan negeri, dia tak kata apa-apa, dia senyap... dia tak kata apa-apa, diam.

"Dalam Islam diam itu tanda bersetuju... tak salah saya, dia diam, tiada bantahan. Sekarang saya minta dia keluar (berhenti)," katanya lagi.

Yang mamat ni marah2 apa hal? Dia MP mana? He he..

Posted: 20 Jun 2010 03:39 AM PDT


KUALA LUMPUR, June 20 — Federal Territories Minister Raja Datuk Nong Chik Zainal Abidin today told the Selangor mentri besar not to disrupt Putrajaya's plan to redevelop Kampung Baru.

Raja Nong Chik alleged that Tan Sri Khalid Ibrahim previously did not show any interest in Kampung Baru when leading the government fund management firm, PNB.

"I was shocked when Selangor MB Khalid Ibrahim said he wants to meet Kampung Baru residents," said Raja Nong Chik at the launch of Lembah Pantai branch of the Malay rights group Perkasa here.

"I can only tell him one thing, mind you own business. There are a lot of problems in Selangor that he can look into," he said.

He said Khalid's sudden interest in Kampung Baru could be caused by PKR's lack of popularity among the Malay community.

"Today because PKR does not enjoy the support of the Malays, he is pretending to be interested in Kampung Baru," said Raja Nong Chik.

"There is no other reason but to cause disunity among the Malays in Kuala Lumpur," he added.

Earlier today Khalid had said that he would meet with Kampung Baru residents in July to present the state government's plans for the residents of the 110-year old Malay settlement.

He said the plan was drawn up 15 to 20 years ago upon the request of the federal government.

Although in Kuala Lumpur, Khalid had said that Selangor has administrative obligations to Kampung Baru.

He had pointed out that before Kuala Lumpur was made a Federal Territory, the Selangor Development Corporation (PKNS) was the entity responsible for developing Kampung Baru and the law stipulates that managerial rights still remain with the Selangor mentri besar.

Raja Nong Chik however dismissed Khalid's claim on the power of the Selangor mentri besar over Kampung Baru.

"He was just speaking on historical aspect. If you want to talk about history, Selangor should still be under the control of Malacca," he said.

On the claims by Kampung Baru Malay Agricultural Settlement Administrative Board (MAS) that the body must give an agreement before the development can proceed, Raja Nong Chik said the matter is up to the individual land owners.

"Legally they don't have the right but we do not want to push anybody out of the negotiation," he told reporters.

"Legally it is the right of the landowners. MAS cannot do anything, even the government cannot do anything," said Raja Nong Chik.

He said he had met all the stakeholders involved in the redevelopment proposal including MAS adding that the final decision rest with the landowners and beneficiaries.

"We do not expect 100 per cent to agree one way or another. It can be a long process," said Raja Nong Chik.