Sabtu, 19 Jun 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


UMNO BUKAN TEMPAT ORANG SEPERTI US ASRI

Posted: 19 Jun 2010 11:08 PM PDT

BENARKAH Us Asri akan menyertai Umno? Berita tersebut anda boleh baca di sini. Meskipun Us Asri masih belum membuat keputusan samada untuk menyertai Umno atau tidak, selaku orang berpegang kuat kepada agama dan telah mengenali Umno juga begitu lama, berniat sahaja untuk bersama Umno saya rasa tidak bijak.

Apakah Us Asri pun bercita-cita untuk membaiki Umno dari dalam sepertimana hasrat dan cita-cita DS Anwar sewaktu menyertai Umno dahulu? Mungkin juga Us Asri ingin mendampingi Najib dan menjadi pendakwah kepadanya? Cuba sebutkan berapa orang Muftikah yang bekerja bersama Najib yang berjaya mendakwah Najib? Pada ketika rakyat menolak kerjasama dengan Umno, di saat itu pula Us Asri ingin bersama Umno?

Mengapa tidak Us Asri bersama PAS? Adakah kerana PAS tidak berkuasa, maka tidak beruntung Us Asri bersama parti yang meletakkan Islam sebagai dasar pemerintahan ini? Adakah kerana Umno itu parti yang sedang berkuasa, maka Us Asri ingin bersama Umno walaupun terang dan nyata Umno tidak pernah komited untuk menegakkan Islam. Pada ketika negara ini hangat dengan isu lesen judi bola yang diluluskan oleh pemerintah, masihkah terdapat orang kuat agama tergamak berselimut dengan puak ini?

Kita berharap Us Asri berfikir lebih panjang lagi sebelum menyertai Umno. Sejarah telah membuktikan golongan agama yang ingin membaiki Umno dari dalam kesemuanya gagal malahan mereka sendiri terpedaya dengan budaya Umno. Cuba lihat Us Nakhaie bekas pemimpin kanan PAS, Us Firdaus bekas Imam Besar Masjid Negara dan Us Mashitah serta beberapa orang lagi. Apa yang mereka lakukan untuk menyedarkan Umno? Apakah Umno bertambah menuju Islam atau semakin jauh?

Mudah-mudahan Us Asri diberi pertunjuk oleh Allah SWT./wfauzdin.blogspot.com

CERITA UG DAN PROJEK LANGGAR HADI KERJA ORANG BODOH

Posted: 19 Jun 2010 01:40 PM PDT

AMAT menyedihkan beberapa blogger yang mengaku pro Pakatan Rakyat telah menghabiskan banyak masa untuk `berperang' sesama rakan mereka. Ada yang memerah kepala otak untuk menulis tentang benda yang sudah tidak wujud lagi atau cerita basi seperti kisah UG (Kerajaan Perpaduan). Bukan mereka tidak tahu kisah itu sudah ditutup buku oleh PAS, malahan tidak lagi pernah disentuh oleh pemimpin-pemimpin PAS. Malangnya Blogger ini tidak suka kisah ini ditutup begitu sahaja.

Apabila ada Blogger yang gatal mulut untuk bercerita lagi kisah yang telah dilupakan orang, tentunya ada Blogger yang kurang senang apatah lagi banyak cerita yang mengarut dan dipenuhi dengan putar belit itu. Maka, berperanglah mereka. Siapa yang untung?

Terdapat juga Blogger yang kerjanya asyik dok fikir plan projek `langgar Hadi' (Tuan Guru Presiden PAS). Kita siang malam dok fikir mahu langgar Bn, dia dok fikir mahu `langgar Hadi'. Hebat sangatkah sehingga sanggup memerah otak untuk kerja yang sia-sia itu? Apabila ditegur atau dikritik, maka keluarlah hujah bahawa Tuan Guru bukan maksum. Oleh kerana dia bukan Maksum, maka kita sewenang-wenangnya boleh menghina atau merendah-rendahkan beliau? Di mana adab dan akhlak kita apabila berdepan dengan pemimpin yang memimpin parti yang kununnya kita mengaku kita sokong itu?

Pemimpin bukan tidak boleh dikritik atau ditegur, tetapi bukan untuk dihina atau diaibkan. Blogger yang hari ini menyerang Umno, esoknya memijak kepala pemimpin PAS bukan Blogger yang waras. Blogger seperti ini bukan sahaja boleh membantu kita dalam perjuangan yang masih jauh ini, bahkan akan memperlambatkan atau menyukarkan misi perjuangan kita bersama. Tidakkah mereka ini kenal mana satu musuh yang harus kita serang?

Apa gunanya kita mengaku menjadi ahli yang terawal di dalam parti, tetapi menunjukkan sikap seperti orang yang tidak tahu adab berparti? Berbangga sangatkah kita dengan projek `langgar Hadi' ? Jangan kita berjuang dengan menunjukkan kebodohan kita sehinggakan lawan kita mentertawakan kita. Cukuplah dengan Kickdefella dengan perjuangan peribadinya yang membuat ramai orang tertawa. Takkan kita pun mahu menumpang semangkuk menjadi bodoh sepertinya? Cukuplah dengan kerja bodoh yang sia-sia itu./wfauzdin.blogspot.com

YB ZUL, SEBELUM SURUH ANWAR TAUBAT, KOSONGKAN KERUSI HARAM ITU

Posted: 19 Jun 2010 11:22 AM PDT

YB ZUL Kulim yang telah dipecat oleh PKR dan kini menjadi MP Bebas yang tidak disokong pengundi-pengundi di kawasannya itu menasihatkan DS Anwar supaya bertaubat. Hebat YB Zul ini dan kita pelik mengapa YB Zul ini masih tebal mukanya menempek di kawasan yang diwakilinya itu. Kununnya DS Anwar perlu bertaubat demi maruah, lupakah beliau bahawa beliau juga langsung tidak bermaruah berada di kawasannya?

MP yang sinonim dengan Firaun besar ini nampaknya semakin hebat mengampu Najib. Apatah lagi baru-baru ini berpeluang bersama Najib ke luar negara. YB Zul yang sentiasa berkopiah itu lupa hendak bercakap tentang berbagai kemungkaran yang telah dilakukan oleh Najib termasuk dalam isu lesen judi bola. Apa yang ada di dalam kepala otak pengampu ini adalah untuk menarik perhatian Najib.

Kisah DS Anwar `membuli' wartawan RTM itu amat menyakitkan hati YB Zul. Nasib baik bukan YB Zul yang bertanya DS Anwar, jika tidak hilanglah kopiah YB Zul kena buli oleh DS Anwar. Sebenarnya YB Zul sakit hati di atas kebijaksanaan DS Anwar membuli wakil dari RTM itu. Memang lojik DS Anwar berkata demikian, kerana sudah terlalu banyak yang DS Anwar telah dedahkan tetapi Najib buat tidak nampak sahaja. Kini, minta bukti lain untuk didedahkan, siasat belum tahu lagi. Hipokrit namanya. YB Zul pun pun sokong kerajaan macam ini./mandor.blogspot.com

JUDI BOLA - JAWAPAN MENTERI ISLAM DITENTANG OLEH BUKAN ISLAM, ITU MEMALUKAN...

Posted: 19 Jun 2010 11:09 AM PDT


Alasan Menteri Kerajaan Umno-BN kononnya lesen judi sukan diluluskan sebagai menghormati hak masyarakat bukan Islam disifatkan tidak munasabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai Lee Ying Ha berkata masyarakat bukan Islam secara jelas menolak perlaksanaan lesen judi ini kerana ia membawa kesan mudarat kepada masyarakat dan institusi keluarga.

Adun Pakatan Rakyat ini berasa terguris dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz yang seolah-olah menuduh masyarakat bukan Islam di negara ini menyokong jenayah judi.

"Kalau dia kata yang bukan Muslim, kita katakan semua bukan Muslim pun tidak setuju, apa dia cakap ni? Dia tidak ada buat kajian ke? Selalunya dia bagi komen, dia kata bagi untuk bukan Muslim tu jadi adakah ini bermakna yng bukan Muslim itu semua pergi judi sampai wang habis," katanya.

Usaha kerajaan 1Malaysia membudayakan judi sukan mendapat tentangan hebat Pakatan Rakyat, yang kemudiannya mengharamkan kegiatan judi sukan di semua negeri pimpinannya meskipun kerajaan Umno meluluskan pertaruhan sukan kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd.

"Sepatutnya kita mempunyai suara daripada masyarakat tidak kira Muslim atau bukan Muslim sangat jelas, kita tidak mahu perjudian bola, kita sudah ada terlalu banyak perjudian di negara kita sampai dalam sidang dewan yang lalu, kita sudah buat satu usul.

"Terlalu banyak cabutan bertuah dulu dua kali dalam satu minggu sekarang sampai empat kali satu minggu, saya tidak kira itu Muslim ke atau tidak Muslim, kalau perjudian ada di sana, ini manusia pun ada niat hendak mencuba apa benda itu jadi kalau kita bercakap benar, sekarang pejudian empat ekor ini semua, kita pun boleh nampak Muslim pun beratur di sana membeli nombor ekor," katanya./TVSelangor

KJ TIDAK PERLU TUNJUK HEBAT, SELESAIKAN DULU YANG DIDEPAN MATA

Posted: 19 Jun 2010 01:22 AM PDT

BERNAMA memetik kenyataan KJ yang mencabar DS Anwar untuk dedahkan bukti tentang MP Bebas yang melompat mendapat imbuhan RM 2 juta. KJ memberi tempoh 48 jam kepada DS Anwar untuk berbuat demikian. Adakah DS Anwar gentar dengan cabaran bodoh dari KJ itu?

KJ tidak perlu menjadi bodoh sepertimana seorang wartawan RTM yang turut cuba menguji DS Anwar. KJ mesti sedar bahawa cabarannya itu bukannya terhadap pemimpin Umno yang semua kita ketahui terkenal dengan sikap pengecut dan baculnya.

Apa yang penting sekarang, KJ seharusnya menyelesaikan dulu bahan bukti yang telah banyak didedahkan oleh DS Anwar seperti isu video klip Linggam. Jangan sibuk hendak tahu bukti yang masih belum didedahkan sedangkan yang sudah terdedah didiamkan sahaja. Berapa banyak mereka mahu DS Anwar dedahkan tetapi kemudiannya disorok? Siasat dahulu yang telah didedahkan selama ini dan apa tindakan yang telah diambil.

DS Anwar bukan pak turut yang sentiasa melayani apa jua desakan atau cabaran yang datangnya dari orang yang lemah dan bacul untuk bertindak. Selaku Ketua Pemuda walaupun tanpa jawatan dalam kabinet, KJ mesti berani bertanya kepada Najib apa yang berlaku terhadap kesemua bukti salah laku yang telah DS Anwar dedahkan sebelum ini. Selesaikan dulu yang ada di depan mata, kemudian barulah boleh bercerita yang lain./wfauzdin.blogspot.com

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Kenyataan Media: Dr MAZA nafi sertai mana-mana parti politik

Posted: 19 Jun 2010 08:13 PM PDT



Kenyataan & Penjelasan

Penyertaan Ke Dalam Parti Politik
Jun 20, 2010

Sehingga saat ini saya belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik. Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini.

Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan di adakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini.

Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kebaikan untuk umat Islam dan para pendakwah Islam yang ikhlas.

- dr mohd asri zainul abidin.
drmaza.com

Lagi krisis Umno Kedah: Pemimpin Umno Kedah akui pembangkang (PR) semakin kuat di Kedah!

Posted: 19 Jun 2010 07:50 PM PDT



Tindakan Akan Diambil Terhadap Pemimpin Umno Kedah Yang Banyak Kerenah

ALOR SETAR: Pemimpin Umno Kedah yang mempunyai banyak kerenah dan tidak menjalankan tugas sebagai pemimpin dengan baik akan dikenakan tindakan kerana sikap mereka menyebabkan pembangkang semakin kuat di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata jika terdapat pemimpin yang hanya mementingkan diri tanpa menjalankan tugas dengan dedikasi, maka kredibiliti Umno akan terjejas.

"Saya tahu ada sesetengah pemimpin bawahan sering mempersoalkan macam-macam perkara sedangkan dia sendiri tidak menggerakkan ahli-ahli di bawahnya bagi melaksanakan sesuatu program yang telah dirancang.

"Kita akan membuat laporan kepada ibu pejabat supaya mereka mengambil tindakan kepada pemimpin yang tidak bertanggungjawab itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Alor Setar di sini hari ini.

Tanpa menamakan pemimpin terbabit, beliau beekata perkara seperti itu tidak harus berlaku jika mahu melihat Umno terus kuat.

"Jika perkara itu tidak dibendung, ia akan melemahkan Umno dan memberi peluang kepada pembangkang untuk terus bertapak di Kedah hanya kerana kelemahan pemimpin Umno. Kita tidak mahu perkara itu berlaku," katanya.

Ahmad Bashah berkata anggota Umno akan teraniaya jika mempunyai pemimpin seperti itu dan Umno akan mengetepikan ketua yang bersikap pentingkan diri tanpa memikirkan kepercayaan yang telah diberikan oleh anggota-anggotanya.

Beliau berkata Umno perlu bergerak dalam satu pasukan jika mahu mengambil semula pentadbiran negeri Kedah pada pilihan raya akan datang.

"Ketepikan perkara-perkara remeh dan bekerjasama dalam pasukan bagi memastikan jentera Umno kukuh dan kuat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Bashah turut mendesak kerajaan supaya tidak menyambung pemberian lesen menjalankan operasi pertaruhan judi bola sepak di negara ini.

"Tindakan menyambung lesen perjudian itu hanya memberi kesan negatif terhadap institusi keluarga, masyarakat dan rakyat secara keseluruhannya," katanya.

Beliau berkata kerajaan hendaklah meningkatkan penguatkuasaan dan mengambil pendirian yang tegas mencegah orang Islam daripada terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian. - BERNAMA

Judi bola: Najib/Umno terus dapat sokongan...kini menteri dan parti PPP pertahan Najib!

Posted: 19 Jun 2010 07:52 AM PDT



"Anda kena ingat negara tidak hanya milik golongan Muslim semata-mata. Ada juga kaum bukan Islam, sebagai contoh (mereka terlibat dalam) perjudian... ia adalah budaya mereka, cara hidup mereka dan kita perlu menghormati budaya mereka...Jangan semua undang-undang berdasarkan keperluan orang Islam sahaja..Kita tidak boleh begitu, kita perlu mempertimbangkan hak-hak mereka juga...Kita boleh mengadakan sistem yang akan menghalang orang Islam daripada berjudi, jadi kita akan mengadakannya...Tetapi tiada seratus peratus jaminan yang kita boleh menghalang (orang Islam daripada berjudi)" - Nazri Aziz.

"Sebab utama bagi memberi lesen judi adalah untuk memastikan pertaruhan haram disekat dan bagi memastikan orang ramai tidak menjadi mangsa kepada sindiket judi haram, yang sehingga kini tidak berjaya dibanteras...Negara kita telah lama membiarkan beberapa pertaruhan dan loteri dijalankan. Malah, tempat perjudian utama adalah di Genting Highlands..Hanya dengan penguatkuasaan yang ketat, kita akan pastikan rakan-rakan Islam tidak terbabit dengan judi yang diberikan lesen itu.." - Presiden PPP, Datuk M Kayveas

Baca seterusnya di bawah...

Judi: Kita juga kena jaga hak bukan Islam, kata Nazri

KUALA LUMPUR, 19 Jun — Langkah pentadbiran Najib baru-baru ini untuk meluluskan lesen pertaruhan sukan kepada syarikat milik jutawan Tan Sri Vincent Tan bertujuan "menghormati" hak-hak kaum bukan Islam negara ini, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kerajaan perlu mengambil kira hak warganegara lain, bukan hanya golongan Islam yang merupakan majoriti penduduk negara ini.

"Anda kena ingat negara tidak hanya milik golongan Muslim semata-mata. Ada juga kaum bukan Islam, sebagai contoh (mereka terlibat dalam) perjudian... ia adalah budaya mereka, cara hidup mereka dan kita perlu menghormati budaya mereka.

"Jangan semua undang-undang berdasarkan keperluan orang Islam sahaja," kata Nazri (gambar) kepada The Malaysian Insider baru-baru ini.

Anggota Kabinet yang lazimnya lantang dalam pendirian beliau menjelaskan, terdapat salah faham bahawa tindakan menghalalkan lesen judi akan menyebabkan merosotnya undi Melayu Islam kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.

"Pergi dan tanya bukan Islam sama ada ia akan menjejaskan undi mereka, bukan sahaja pengundi Muslim.

"Kecenderungan kita ialah selalu berfikir dari sudut golongan Islam, seolah-olah bukan Islam bukan bahagian penting di negara ini.Kita tidak boleh begitu, kita perlu mempertimbangkan hak-hak mereka juga," kata Nazri.

Nazri juga mengecam Pakatan Rakayat yang menggunakan isu ini semata-mata untuk mendapatkan undi orang Melayu, yang lazimnya menjadi "simpanan tetap" bagi BN sejak lima dekad yang lalu.

Di sebalik pandangan ini, Nazri bersetuju dengan pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa tindak membangkang Pakatan Rakyat adalah disebabkan motif politik, bukannya kerana Islam.

"Ya, saya setuju dengan Tun, walaupun ia (pendirian saya ini) mungkin mengejutkan anda.

"DAP menentang perjudian sukan? Saya rasa ia cuma dipolitikkan kerana apa fokus kita (sebenarnya)? Undang-undang syariah dengan jelas mengatakan Muslim tidak boleh berjudi. Ini tidak boleh dipertikaikan (lagi kan)," katanya.

Nazri juga berkata, kerajaan akan menguatkuasakan satu sistem baru yang akan menghalang orang Islam daripada berjudi.

"Kita boleh mengadakan sistem yang akan menghalang orang Islam daripada berjudi, jadi kita akan mengadakannya.

"Jika anda mahu berjudi, anda mesti menunjukkan kad pengenalan, nama penuh. Jika anda seorang beragama Islam, anda tidak boleh mengambil bahagian dalam perjudian," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi jaminan sistem itu seratus peratus bebas daripada kelemahan.

"Kita boleh menguatkuasakannya, menggunakan apa juga cara yang kita ada.

"Tetapi tiada seratus peratus jaminan yang kita boleh menghalang (orang Islam daripada berjudi)," kata wakil rakyat Padang Rengas ini.

Selasa lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan Kementerian Kewangan tidak mengeluarkan sebarang lesen pertaruhan kepada Ascot Sports, syarikat Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan.

Sehubungan itu Najib juga menegaskan beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan tambahan berhubung isu judi sukan.

"Saya sudah pun membuat keputusan, tidak ada lagi kenyatan mengenai perkara ini.

"Tidak, lesen bukannya isu (sekarang)," kata Najib.- TMI



Judi sukan: PPP sokong Najib

Dalam usaha untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dikecam hebat oleh rakyat berhubung isu lesen judi sukan Kumpulan Berjaya, PPP hari ini mengambil pendirian yang sama dengan MCA, iaitu kelulusan berkenaan mesti diimbangi dengan peraturan yang ketat.

"Sebab utama bagi memberi lesen judi adalah untuk memastikan pertaruhan haram disekat dan bagi memastikan orang ramai tidak menjadi mangsa kepada sindiket judi haram, yang sehingga kini tidak berjaya dibanteras," kata presiden PPP, Datuk M Kayveas pada ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan parti itu pagi ini yang turut dihadiri oleh Najib.

"Negara kita telah lama membiarkan beberapa pertaruhan dan loteri dijalankan. Malah, tempat perjudian utama adalah di Genting Highlands.

"Hanya bdengan penguatkuasaan yang ketat, kita akan pastikan rakan-rakan Islam tidak terbabit dengan judi yang diberikan lesen itu," katanya.- MKini

"Namakan Kucing Saya": Najib jadi bahan gelak dan jenaka....

Posted: 19 Jun 2010 06:49 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Hasil kunjungan penulis ke laman2 forum politik, Facebook dan blog, idea Najib meminta rakyat menamakan kucing parsi yang beliau beli tempoh hari telah menjadi bahan gurauan dan jenaka ramai pihak..terus terang penulis katakan, cadangan2 nama yang diberikan bejaya mencuti hati penulis...

Tidak kira bagi orang politik, mahupun orang biasa, masing2 menjadikan isu ini sebagai lawak jenaka dan bahan senda sesama mereka..sesetengah mereka menganggap ia adalah isu bodoh demi utk 'melalaikan' rakyat dari menyedari kelemahan/kekurangan dan 'bencana' yang telah berlaku dan bakal berlaku dalam negara kita..ditonjolkan Najib sebagai seorang yg belas terhadap kucing..

Hasil 'kerjasama' media ternama, idea Najib ini diheboh2kan utk menarik 'simpati' masyarakat khususnya penyokong tegar Umno dulu,kini dan selamanya..dikatanya Najib seorang yg cintakan haiwan, pembangkang tak sayang haiwan, najib seorang yg penyayang, pembangkang xmampu contohi Najib dan pelbagai lagi..

Apa pun, korang bacalah sendiri di bawah..


Blog Sinarhairan:
Apahal Najib? Lancarkan kempen beli barangan Malaysia dan berkesempatan membeli beberapa barangan peribadi dan antaranya ialah pembelian seekor anak kucing Parsi berbulu jingga dan putih tanpa dirancang. Dulu suruh rakyat rancang perbelanjaan.

Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan cadangan nama bagi anak kucing Parsi yang dibelinya kelmarindi laman blog 1 Malaysia. Sinar Hairan cadangkan Najib namakan anak kucing Parsi kerakyatan Malaysia dengan nama Rosmoh saja
Blog Jamil Kucing (Seorang bloggger pencinta haiwan khususnya kucing)
Lagi satu melayu. pilih bulu. sanggup beli kucing parsi. cuba kalau ambil kucing merempat bagi dekat dia ,ingat dia nak umumkan di akhbar,nak minta orang bagi nama. tapi pasal kucing parsi.maka melalak mendengar seluruh malaysia. betul ke sayangkan si kecil .kalau betul ada perasaan sayang pada kucing permohonan saya untuk membuka tempat menyelamatkan kucing-kucing terbiar pasti mendapat perhatian. ini kalaus etakat melalak macam anjing je buat apa. sayang si kecil konon.adeiiii poodahhhhhhhhhhhhhh


Blog Al-Brangi:
Saya ada beli seekor kucing Parsi betina yang sangat cantik, mempunyai sepasang mata galak yang biru menawan untuk dikahwinkan dengan al-Jantani. Bulunya sangat gebu dan putih melepak, menarik setiap mata memandang......menjadi rebutan si kucing-kucing jantan lain.

Saya bertanyakan kawan-kawan akan nama yang sesuai untuk dipadankan dengan kecantikannya serta sesuai dengan nama pasangannya al-Jantani.

Ada yang mencadang al-Wan-Malazinya......ada yang syorkan al-Betinanya......ada yang rekomen al-Umconya.....ada yang beri al-Fulusnya......al-Feldanya......al-Darbynya...... al-Autarnya.....al-Habislonya......al-Sibunya......al-Samynya......al-Soileknya......al-VeeCeeDeenya

Namun satu pun tak berkenan di hati......sehinggalah satu petang datang seorang tua yang mengusulkan nama al-Nantunya yang membawa maksud itulah kucing si'menantu'nya.

Maka di hari perkahwinannya kucing itu, orang tua itu mengisytiharkan Kucing Istimewa itu diberi nama Al-Nantunya.....Maka sehingga saat ini, kucing al-Nantunya menjadi popular amat.....meniti dari bibir ke bibir akan pujiannya.
Blog Biagpila:
DEY MACHA!!! PELIK BIN AJAIB APABILA SEORANG PM YANG BELIKAN KUCING PARSI UNTUK ANAK DIA,MINTA RAKYAT TOLONG BAGI NAMA KAT ANAK KUCING TU...KAH!KAH!KAH!
INIKAH TANDA-TANDA KECIL PRU 13 TELAH HAMPIR?
APABILA SEMUA MEDIA PENGAMPU MEMULAKAN KERJA MENGAMPU,MAKA KAKI AMPU PULAK AKAN BIKIN PERADUAN MENAMAKAN ANAK KUCING PARSI...KAH!KAH!KAH!
APA-APA PUN TOLONG KASI NAMA KAT ANAK KUCING TU.TAKDAK NAMA MACAMANA NAK DAFTAR SEBAGAI PEMILIH DENGAN SPR? PILIHANRAYA DAH DEKAT NI BAI.....KAH!KAH!KAH!!!

Blog KopitiamBangNan (ada poll di sini):
Lebih 80% pembaca blog ini yang turut serta dalam poll untuk menentukan nama anak kucing parsi Najib, telah memilih nama C4 Tuya.

Dua nama lain yang diminati ialah Jibbon atau Jebon dan Bik Fat Cat.
Tuan2 masih ada masa 6 hari lagi untuk menolong PM kita menamakan anak kucing beliau.

Jika terpilih, miker semua mintalah hadiah dari Najib terus dari Seri Perdana. Khabonye Felda telah bersetuju untuk sponsor hadiah pertama...iaitu melancong ke Paris....of course without Big Mama to accompany the winner. He he...
Dan banyak lagi...korang juga boleh baca di laman forum berikut...mungkin Najib juga boleh mempertimbangkan nama2 yang diberikan oleh rakyat Malaysia di bawah..cadangan penulis pula boleh baca di sini..wallahua'lam..=)

- Laman forum TKO
- Laman forum DetikDaily
- Facebook 'Kami Benci Saiful Bukhari'

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Chua Jui Meng: It's not 2, but 3 medal

Posted: 19 Jun 2010 12:44 AM PDT

Saksikan klip video sidang akhbar Datuk Chua Jui Meng berkaitan penarikan semula anugerah gelaran dari Sultan Johor. Rupa rupa Datuk Chua dapat 3 anugerah dan bukan nya 2. Hairan juga macam mana Jumaah Majlis Diraja Johor boleh terlepas pandang.

Beliau juga mengulas lain lain isu seperti kenaikan harga barang barang, pengurangan subsidi dan persepsi "yellow card & red card to UMNO/BN".

Selamat menonton.



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Cara Nak Delete Logo Israel Pada MS Office Anda

Posted: 19 Jun 2010 03:00 AM PDT



Untuk sahabat yg belum tahu. Ini lah gambar yg dimaksudkan.. logo israel dan 9 lilin tanda keraian kemenangan yg ada di setiap komputer anda.. buang la image ni dari PC kita dengan maksud kita membenci musuh islam dan musuh Allah. Nak suruh pegi berperang mmg xder la kan.. kalau ni pun x sanggup nak buat korang jawab la sendiri kat sana nanti.

Cara nak cari menatang ni...
- C:\ProgramFiles\MicrosoftOffice\MEDIA\CAGCAT10\J0 285926.WMF

Cara nak buang menatang ni...
- Klik kanan pada image tu pastu tekan "delete".

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Dr Asri nafi bakal sertai umNO

Posted: 19 Jun 2010 08:05 PM PDT


Dr Mohd Asri - bekas mufti Perlis - yang suatu masa dulu banyak menimbulkan kontroversi, termasuk pernah di tahan Jais di Bukit Antarabangsa kerana didakwa memberi ceramah tanpa permit akan menyertai umNO cawangan Dataran Merdeka - Itu seperti yang didakwa umNO oleh Setiusaha Kerja nya Datuk Ab Rauf Yusoh.

Tapi ini kenyataan Dr Asri ... yang menafikan dia akan sertai umNO ... kah kah kah orang-orang umNO dah sewel ....

Isteri orang jadi idaman Kamal

Posted: 19 Jun 2010 09:16 AM PDT

''Kira-kira empat tahun lalu saya sendiri tangkap dia berasmara dana dengan adik ipar saya. Mana muka saya nak letak bila adik saya bergaduh besar dengan Kamal kerana mengganggu isterinya.

''Mulanya saya pun tak percaya Kamal sanggup buat kerja maksiat itu, tapi adalah seorang dua jiran nampak mereka keluar berjalan-jalan, shopping ke kompleks beli-belah. Kamal pernah datang ke rumahnya waktu malam. Dia fikir orang tak nampak terutama di tempat orang ramai. Tapi dia silap. Bila jiran beritahu, saya pun tanya dia, macam biasalah dia menafikan, sebaliknya dia marahkan saya konon suka dengar fitnah orang yang suka tengok kami bercerai-berai.

''Saya tanya adik ipar saya secara jujur kerana dia duduk dekat rumah kami, dia pun menafikan. Saya suruh adik saya tanya pula, sebab ini bukan pertama kali Kamal bercinta dengan saudara-mara perempuan saudara-mara jauh kami. - [sepenuhnya DI SINI]

Saya akan serahkan pingat, tapi bukan perjuangan ; Jui Meng

Posted: 19 Jun 2010 05:02 AM PDT

Oleh Stephanie Sta Maria

PETALING JAYA: Istana Johor meminta Chua Jui Meng menyerah kembali ketiga-tiga pingat yang dianugerah kepada beliau oleh Sultan Johor walaupun pada asalnya hanya menarik balik dua pingat.

Minggu lalu, Chua dilucutkan gelaran 'datuk' dan 'datuk seri' dan diarahkan mengembalikan dua pingat kepada Istana. Tidak ada sebab diberikan ekoran menarik balik pingat tersebut walaupun spekulasi bertiup kencang adanya tangan Umno Johor dalam keputusan Istana tersebut. Umno Johor bagaimanapun menafikan tuduhan ini.


Pada sidang media di sini hari ini, Chua berkata, beliau telah memaklumkan kepada Setiausaha Mahkamah Diraja Johor, Abdul Rahim Ramli, bahawa beliau mempunyai pingat ketiga – Pingat Ismail Sultan (PIS).

"Saya bertanya beliau sama ada pihak Istana mahu pingat itu juga dan beliau dengan pantas menjawab ya," kata Chua.

Oleh itu, saya akan membuat persiapan untuk memulangkan pingat-pingat itu kepada Istana secepat mungkin. Dan saya mengembalikannya dengan dada terbuka.

Ditanya bilakah beliau akan memulangkannya, Chua berkata, tidak ada keperluan untuk segera berbuat demikian.

"Saya telah memberitahu Rahim bahawa apa yang perlu beliau lakukan ialah dengan menarik balik gazet ke atas dua pingat itu dan pingat-pingat itu akan bertukar menjadi timah sahaja kerana ia tidak lagi mempunyai nilai dan penghormatan ke atasnya.

"Tetapi saya akan pulangkannya jua…. jangan bimbang," ujar beliau.

Bagaimanapun, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sivarasa Rasiah, yang turut hadir, menyoal bidang kuasa Rahim menuntut dikembalikan pingat yang ketiga itu.

"Saya terperanjat kerana beliau (Rahim) boleh segera membuat keputusan tanpa merujuk kepada Istana," katanya. "Jadi siapa yang menggunakan kuasa di sini? Siapa dibelakang keputusan pihak Istana?

Chua, bekas menteri kesihatan menyertai PKR Julai lalu, kekal gelaran 'datuk' kerana beliau telah dianugerah gelaran 'datuk' oleh Pahang dan Selangor.

Saya tidak akan mengalah

Chua mengakui beliau sudah tahu sebaik sahaja beliau menyertai Pakatan Rakyat, beliau akan melalui ranjau-ranjau kehidupan dan memuji langkah rakan-rakan seperjuangan yang telah melalui keperitan hidup sejak 11 tahun yang lalu dalam usaha membawa perubahan di Malaysia.

"Saya telah bersiap sedia untuk perjuangan ini tapi saya tidak menjangka saya akan dihukum sebegini pantas atas keputusan yang saya buat," katanya.

"Tetapi kehilangan pingat-pingat ini tidak membawa apa-apa erti berbanding dengan pengorbanan yang ditunjukkan oleh golongan reformasi seperti Tian Chua, Sivarasa Rasiah dan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.

Chua juga terpesona dengan sokongan orang ramai yang datang mencurah-curah berikutan perlucutan gelaran dan berkata, "sesuatu yang saya tidak jangka langsung".

Beliau berkata, tahap sokongan yang diterima menunjukkan rakyat telah muak dengan politik murahan dan politik dendam dengan kerajaan yang muflis idea untuk membawa Malaysia maju ke hadapan.

"Umno telah membuat perkiraan yang salah dalam usaha untuk menggertak saya," jelas beliau. Mereka mungkin menjangka saya akan memperlahankan kempen reformasi dan malahan peristiwa ini memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan perjuangan.

"Saya berdiri di pihak yang benar dan saya tidak akan berundur," ujar beliau.

Chua kemudian menggunakan analogi bolasepak untuk menerangkan keyakinannya bahawa rakyat secara jelas bersedia untuk melakukan perubahan.

"Dalam bolasepak, para penonton tahu apabila seseorang pemain itu membetis lawan dan bukannya bola. Dalam tahun 2008, rakyat melayangkan kad kuning kepada Barisan Nasional. Saya yakin pada tahun 2012, mereka akan melayangkan kad merah kepada Umno. - FMT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


OH PANTAI DI PULAU PINANG

Posted: 19 Jun 2010 08:31 PM PDT

TANPA GELARAN CHUA TERUS BERJUANG

Posted: 19 Jun 2010 01:12 AM PDT

Parlimen Batu Milik Tian Chua

Posted: 19 Jun 2010 01:05 AM PDT


Saturday, 19 June 2010 11:18 AM Oleh Era Pakatan

Satu persoalan telah timbul sama ada pemimpin pembangkang, Tian Chua perlu mengosongkan kerusi Parlimen Batu selepas Mahkamah Tinggi semalam mengurangkan dendanya kepada RM2,000 kerana menggigit seorang anggota polis pada Disember 2007.

Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini berkata, kerusi Parlimen itu perlu diisytiharkan kosong mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan.

Karpal berkata, mengikut Perkara 53 perlembagaan itu, seorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan serta-merta jika dia tidak merayu keputusan mahkamah dalam tempoh 14 hari.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, ialah Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Karpal yang juga seorang peguam memberitahu media di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bahawa pada 1975, Ahli Parlimen DAP, Fan Yew Teng terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen Menglembu selepas dia dihukum penjara enam bulan dan didenda RM2,000 selepas disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan.

Bagaimanapun, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Tian Chua bertegas bahawa anak guamnya masih kekal sebagai Ahli Parlimen dan hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf.

Hakim Datuk Ghazali Cha ketika mendengar rayuan Tian Chua, mengetepikan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 yang dijatuhkan Mahkamah Majistret pada Oktober tahun lepas dan menggantikannya dengan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Dalam penghakimannya, hakim itu berkata, Tian Chua mungkin hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika hukuman terdahulu dilaksanakan dan satu pilihan raya kecil perlu diadakan.

Amer Hamzah berkata, dalam kes Leong Yin Ming pada 1993, Mahkamah Agung ketika itu memutuskan bahawa perkataan 'tidak kurang lima tahun' bermaksud lima tahun dan sehari, dan ini boleh diguna pakai dalam kes Tian Chua.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keputusan sama ada kerusi Parlimen Batu kosong atau sebaliknya setelah penyandangnya disabitkan kesalahan dan denda oleh mahkamah, akan hanya diputuskan oleh pejabat Speaker Dewan Rakyat.

Beliau berkata, perkara itu termaktub dalam Perkara 53 Perlembagaan Persekutuan bahawa pejabat Speaker Dewan Rakyat yang mempunyai kuasa bagi menentukan status sesebuah kerusi Parlimen berkenaan.

Perkara 53 (1) menyebut: ''Jika berbangkit apa-apa persoalan sama ada seorang ahli Majlis Parlimen telah hilang kelayakan, soal itu hendaklah diputuskan oleh Majlis Parlimen dan keputusan itu adalah muktamad.''

''SPR hanya menunggu notifikasi atau pemakluman rasmi daripada Pejabat Speaker Dewan Rakyat sama ada kerusi Parlimen Batu kosong atau sebaliknya. Buat masa ini, SPR tidak mengambil apa-apa tindakan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - BERNAMA

JANGAN ULANG PULAU PINANG DARUL SAMPAH:KONTRAKTOR DAN PEKERJA MAJLIS DALANG NYA

Posted: 19 Jun 2010 12:16 AM PDT

Kontraktor Pembersihan Pantai Ini Jawapannya(foto: PAS BUKIT BENDERA)





Jika anda ke Pantai Batu Feringhi pasti terlihat satu papan tanda projek perbersihan pantai oleh Kontraktor Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (PEN MUTIARA).Pasukan Pemantau CAT mencari jawapan.
Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor
Kotor.Kotor.Kotor tiada usaha untuk dibersihkan .
Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor
Sampah sarap ada dimana-mana.
Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor
Semak samun tiada dibersihkan
Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor
Sampan rosak dibiarkan,tiada siapa peduli
Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor
Botol arak dibuang merata-rata,besi buruk cacat tidak dibuang.
Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor
bot rosak,banner rosak,anjing tidak berlesen boleh dilihat,tiada penguatkuasaan

bakar sampah di pantai jadi perkara biasa
Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor
kumpul kayu banyak banyak malam ini boleh bakar.
Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor
stock simpan barang perniagaan,ikut suka aku tiada siapa pun tak boleh larang
Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor
kawasan sampah sarap tiada kawalan
Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor
Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor
pantai cantik tapi penuh dengan sampah.

YB....
Pasukan Pemantau CAT lihat perlu diambil tindakan segera.

Pengerusi Cintai Alam Sekitar Pantai Tanjung Bungah
Saiful Lizan

Cerita ini berlaku apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri.Ada kontraktor dan pekerja majlis yang secara sengaja atau tidak telah dengan sengaja atau tidak melambatkan proses mengutip dan membuang sampah. Dengan cara ini rakyat di Pulau Pinang akan mula mempersoalkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Misalnya ada tong sampah yang tidak di ganti,sampah lambat di kutip dan hanya di kutip menjelang waktu sibuk semasa orang ramai hendak ke tempat kerja,sampah di pasar malam dan pasar pagi dibiarkan sehari suntuk dan di kutip keesokkan harinya.

Membakar sampah di dalam tong sampah.Walau bagaimana pun alasannya , kerajaan negeri yang seharusnyalah bertindak dengan lebih tegas menangani permasalahan ini.

Ini bertujuan juga agar rakyat mempersoalkan pentadbiran kerajaan negeri.Bagaimana mahu mentadbir negeri jika sampah pun gagal diuruskan???

Bagi pekerja di MPSP, kebanyakkan pekerjanya di ambil diketika Umno/Bn memerintah..suku sakat,kroni money yang bekerja di kalangan penyokong.Walau hanya sebagai pekerja pembersih, namun dengan peranan mereka memboikot jadual kutipan sampah memperlihatkan tentang kegagalan kerajaan Pakatan di mata orang ramai.

Pihak kerajaan Pakatan pula tidak boleh menunding jari kepada sesiapa.Sudah 2 tahun memerintah dan semakin hari nampaknya keadaan ini bertambah meruncing dan ini dikatakan kejayaan Bn/Umno memboikot kerajaan negeri.