Khamis, 17 Jun 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PIALA DUNIA - BILA SUBKHIDDIN BERAKSI DI TENGAH PADANG?

Posted: 17 Jun 2010 01:12 PM PDT

Ternanti-nanti kelibat Subkhiddin


SUBKHIDDIN

TIGA puluh individu dari 28 negara tergolong dalam kelompok penggiat bola sepak dari pelbagai latar belakang yang tidak akan dijulang atau dikira menang dalam apa sekalipun situasinya di Afrika Selatan.

Enam daripada mereka bertugas sebagai guru, termasuk warga Malaysia, Subkhiddin Mohd. Salleh.

Martin Hansson, pengadil yang mengesahkan jaringan Thierry Henry biarpun penyerang Perancis itu memegang bola sebelum mengumpan kepada William Gallas pada perlawanan playoff menentang Republik Ireland, adalah seorang ahli bomba.

Ravshan Irmatov yang diberi penghormatan mengadili perlawanan pembukaan di antara Afrika Selatan dan Mexico, adalah seorang jurulatih di sebuah sekolah bola sepak.

Howard Webb, wakil England, pegawai polis manakala Benito Archundia dari Mexico serta Oscar Ruiz dari Colombia mencari rezeki sebagai peguam.

Irmatov diuji menerusi suatu insi- den pada perlawanan pembukaan itu. Pengadil dari Uzbekistan itu membatalkan jaringan penyerang Mexico, Carlos Vela sesudah penjaga gol Ithumeleng Khune keluar dari gawang tetapi Steven Pienaar berada di garisan gol.

Keputusan Irmatov tepat. Vela berada pada kedudukan ofsaid kerana dia berada lebih hampir dengan garisan gol lawan daripada bola dan pemain lawan yang kedua terakhir.

Jaringan itu diiktiraf jika Vela berada separas dengan pemain lawan yang kedua terakhir atau sepa- ras dengan dua pemain lawan terakhir. Maknanya jika Khune dan Pienaar berada di garisan gol ketika itu, jaringan Vela dikira.

Awal bulan lalu, Selangor menewaskan Johor FC 4-1 dalam satu pertemuan Liga Super di Pasir Gudang.

Johor FC kononnya dinafikan hak membuka jaringan dalam situasi yang hampir sama dengan insiden membabitkan Vela.

Sebenarnya pengadil R. Krishnan membuat keputusan yang betul kerana biarpun P. Gunalan berada di garisan gol, Hamsani Ahmad sudah keluar dari gawang terlebih dahulu, mengakibatkan dua penyerang Johor FC ofsaid ketika itu.

Dalam dunia siber, Krishnan dikutuk habis-habisan. Begitulah risiko dan sebahagian asam garam hidup seorang pengadil.

Namun, insiden Vela itu membuka mata kepada semua warga bola sepak dunia termasuk pengulas sukan di Malaysia.

Kita juga masih ternanti-nanti bila agaknya Subkhiddin akan diberi peluang mengadili perlawanan selepas empat kali dilantik sebagai pegawai keempat.

Usah nanti peluangnya dianggap tipis akibat dua penolongnya, Mu Yuxin dan Jeffrey Goh, tidak secer- gas Subkhiddin.

Setiap pengadil menjalani ujian kecergasan sebelum dilantik. Jika seorang daripada mereka gagal, ketiga-tiganya tidak akan beraksi. Itu antara kemungkinan yang berlaku.

Jeffrey menggantikan Thanom Borikut dari Thailand yang ditahan atas tuduhan membunuh bosnya di Jabatan Pendidikan Saraburi pada lewat tahun lalu, satu insiden yang mengejutkan dunia bola sepak, termasuk Subkhiddin.

Kita mengharapkan impian Subkhiddin tercapai di bumi Afrika Selatan./Kosmo

VIDEO - ANWAR JAWAB ZAHRAIN, WARTAWAN RTM KANTOI DENGAN ANWAR

Posted: 17 Jun 2010 11:25 AM PDT

ZAHRAIN PENIPU RUPANYA.....PATUT DIA LOMPAT......LOMPAT PUN TIPU ORANG TU

LOMPAT PARTI - EZAM PERNAH HUBUNGI YB KESAVAN ?

Posted: 17 Jun 2010 11:06 AM PDT

Sumber: Love Perak

Oleh : misbahul munir

"Alhamdulillah, saya selamat dari syaitan BN. Saya sanggup korbankan nyawa demi mempertahankan maruah dan harga diri pengundi HM...lawan tetap lawan".

Itu adalah jawapan YB Kesavan (K7)melalui mesej kepada saya setelah dihubungi berikutan dengan desas desus kononnya beliau akan turut melompat menyertai BN. Beberapa rakan dan wartawan cuba menghubungi beliau melalui hp tetapi tidak diangkat,ini menggusarkan penyokong-penyokong PR sehingga timbul tandatanya ?

Ternyata telahan tersebut meleset, K7 sengaja menutup hpnya, kebelakangan ini beliau sering dihubungi oleh syaitan-syaitan BN (bahasa K7) dan beberapa orang yang tidak dikenali memujuk supaya beliau mengikut jejak langkah adun Malim Nawar.

Saya sedikitpun tidak percaya dengan khabar angin ini. K7 seorang yang berprinsip dan sangat tegas dengan prinsip yang dipegangnya. Beliau juga di antara yang menerima tawaran puluhan juta dari beberapa orang BN, antara yang pernah menghubungi katanya adalah Ezam Mohd Noor sendiri dan orang-orang Zahid. Semua tawaran dan pujukan ditolak dengan prinsipnya yang dipegang kukuh.

Ceramahnya sering menggegar, setiap hujjah disertai dengan petikan terjemahan al Quran, kadang-kadang dia baca petikan al quran tersebut, hadis-hadis nabi dan ungkapan-ungkapan dalam bahasa Arab. Saya sentiasa berdoa semuga K7 diberi hidayah oleh Allah swt dan menjadi saudara mukmin kepada kita semua.

Orang yang ada prinsip sekalipun belum beriman kepada Allah swt tidak mudah goyah dengan tawaran berjuta-juta apatah lagi dengan pujuk rayu.

kalam Perantau

kalam Perantau


PAS yakin PRU 13 selepas Mac 2011

Posted: 17 Jun 2010 05:07 PM PDT

Oleh Nazri Abdullah   

KUALA LUMPUR, 17 Jun: PAS percaya tarikh paling awal Datuk Seri Najib Razak akan mempertimbangkan bagi diadakan pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) adalah pada April tahun hadapan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata perdana menteri itu tidak mungkin mengadakan PRU lebih awal dari itu biarpun ada kajian mendakwa sokongan rakyat kepada pentadbiran Najib pada waktu ini sangat baik.

“Tidak mungkin dalam masa terdekat, paling awal pun April 2011 bersekali dengan pilihan raya Sarawak,” katanya ketika dihubungi petang ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib semalam yang mendakwa tarikh PRU 13 yang bakal diumum akan mengejutkan semua pihak.

Mengulas lanjut Mustafa berkata, mengikut pengamalan para perdana menteri terdahulu, pilihan raya umum biasanya akan diadakan selepas tempoh tiga tahun dari pilihan raya umum sebelumnya.

Jika keadaan itu diambil kira, tempoh tiga tahun untuk penggal ini, katanya akan tamat Mac tahun depan.

Sementara itu, faktor lain yang akan dipertimbang Najib katanya adalah pilihan raya negeri Sarawak yang perlu diadakan sebelum Jun tahun hadapan.

Umno BN, katanya sangat takut jika Pakatan Rakyat dapat menguasai Sarawak yang kini menjadi negeri talian hayat mereka untuk terus kekal berkuasa.

Sehubungan itu katanya, Umno BN tidak akan membiarkan Sarawak jatuh begitu mudah kepada Pakatan Rakyat seperti angin perubahan yang melanda Sibu.

“Sarawak adalah faktor penting kepada Umno BN, mereka akan kurangkan tumpuan Pakatan Rakyat pada pilihan raya Sarawak dengan mengumumkan pilihan raya serentak,” katanya lagi.

Bagaimanapun katanya, PAS bersedia bila-bila masa berdepan PRU 13 dengan segala persiapan sedang dan telahpun dibuat sejak selesai PRU 12 lagi.


Pelajar UKM dapat injuksi halang prosiding

Posted: 17 Jun 2010 05:50 AM PDT

Empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor April lepas berjaya mendapat perintah injunksi sementara bagi menghalang UKM daripada meneruskan prosiding tatatertib terhadap mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Aziah Ali membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas kedua-dua pihak bersetuju melanjutkan perintah injuksi sebelah pihak yang diperoleh pelajar itu pada 1 Jun lepas, sehingga pelupusan saman pemula mereka.

Keempat-empat pelajar itu dari jurusan Sains Politik, pada 1 Jun lepas memfailkan saman pemula terhadap kerajaan Malaysia, Menteri Pengajian Tinggi dan UKM, bagi mencabar tindakan tatatertib yang dibawa kepada mereka oleh universiti itu, atas kesalahan mengikut Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU), adalah tidak berasas dan tidak sah di sisi undang-undang.

Pelajar itu tiga lelaki, Muhammad Hilman Idham, 21, Woon King Chai, 22, Muhammad Ismail Aminuddin, 22, dan seorang pelajar perempuan, Azlin Shafina Mohamad Adza, 22, pada ketika kejadian berada di tahun kedua pengajian dan akan memulakan pengajian tahun ketiga mereka pada Julai ini.

AUKU bertentangan Perlembagaan

Mereka juga memohon deklarasi bahawa Seksyen 15(5)(a) AUKU, adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Seksyen itu menyebut bahawa tiada seorang pun pelajar universiti boleh menyatakan atau melakukan apa jua yang boleh ditafsirkan sebagai sokongan atau simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar negara.

Mahkamah menetapkan 9 Julai ini bagi mendengar saman pemula itu.

Dalam saman itu, mereka mendakwa universiti itu melalui satu surat bertarikh 13 Mei, telah meminta mereka hadir ke bilik mesyuarat universiti itu pada 2 Jun bagi menjawab dakwaan terhadap mereka, dan jika mereka tidak hadir atau tidak mengemukakan apa-apa representasi bertulis dalam tempoh 14 hari, mereka dengan serta-merta akan digantung daripada menjadi pelajar universiti itu.

Salah seorang pelajar itu, Muhammad Hilman, dalam afidavitnya bagi menyokong saman pemula itu mendakwa pada April lepas, mereka berada di Hulu Selangor antara lain untuk membuat pemerhatian secara langsung bagi membantu pemahaman mereka mengenai situasi sebenar semasa kempen sesebuah pilihan raya kecil.

“Kami juga berhasrat untuk memerhatikan cara bagaimana pihak-pihak politik dari kedua-dua parti utama yang bertanding menarik undi rakyat dalam keadaan politik negara kita yang dikatakan menuju ke arah politik baru,” katanya.

Bagaimanapun, mereka telah ditahan oleh polis serta pasukan pemantauan pilihan raya kementerian pengajian tinggi dan pegawai pemantau UKM dan diarahkan keluar dari kawasan itu.

Keempat-empat pelajar itu diwakili peguam Haris Ibrahim dan Ashok Kandiah, manakala peguam kanan persekutuan Aida Adha Abu Bakar mewakili kerajaan Malaysia serta Menteri Pengajian Tinggi dan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, mewakili UKM.

- Bernama


MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PAKATAN : Kami sudah bersedia mempertahankan Batu

Posted: 17 Jun 2010 10:40 PM PDT

Oleh Clara Chooi dan Neville Spykerman
June 18, 2010


KUALA LUMPUR, 18 Jun — Komponen Pakatan Rakyat (PR) sudah memulakan langkah persiapan menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di Batu — pilihan raya kecil pertama di Wilayah Persekutuan selepas Mac 2008.
Kerusi itu kemungkinan besar akan diisytiharkan kosong ekoran hukuman denda RM2,000 dikenakan ke atas Ahli Parlimen Tian Chua oleh Mahkamah Tinggi selepas menolak rayuannya semalam.

Hukuman denda RM2,000 sudah cukup memadai untuk menganggap kerusi itu kosong.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti implikasi hukuman semalam.

Tian Chua wakil rakyat penggal pertama memenangi kerusi itu pada 8 Mac 2008.

Meskipun Hakim Datuk Ghazali Cha mengurangkan denda bagi mengelakkan pilihan raya kecil, tetapi peguam veteran Karpal Singh berkata, Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan adalah jelas kerusi Batu telah kosong.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, partinya akan menyokong pilihan PKR untuk menurunkan calon mereka di kawasan yang mempunyai 80,000 pengundi.

Batu merupakan salah satu daripada 10 kerusi dimenangi calon PR pada pilihan raya umum lalu.

Wilayah Persekutuan memperuntukkan 11 kerusi.

"Kami sedang bersiap sedia untuk kemungkinan pilihan raya kecil di Batu dan akan menyokong pilihan PKR jika ia diputuskan," kata Ketua Menteri Pulau Pinang kepada The Malaysian Insider hari ini.

Mengenai kemungkinan calon yang berwibawa untuk diturunkan, Lim berkata, PKR mempunyai beberapa calon tetapi Datuk Zaid Ibrahim yang tewas di Hulu Selangor April lalu merupakan wakil PR untuk kerusi kawasan bandar ini.

"Itu terserah kepada PKR tetapi Zaid adalah calon yang sesuai," katanya.

Lim juga berkata, DAP Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuaratnya tidak lama lagi untuk membincangkan strategi PKR mengekalkan kerusi berkenaan.

Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berkata partinya belum membuat sebarang keputusan konkrit berhubung kemungkinan tersebut.

Bagaimanapun katanya, sama ada SPR akan memanggil pilihan raya kecil atau tidak kemungkinan besar bergantung pada kehendak Barisan Nasional (BN).

"Lebih-lebih lagi mereka bertanggungjawab kepada Jabatan Perdana Menteri," katanya.

Fuziah memberitahu, jika benar hakim mahkamah mahu menjaga kepentingan rakyat dengan mengelakkan pilihan raya kecil, maka beliau harus meneliti semula penghakimannya mengenakan denda RM2,000.

Oleh itu kata Fuziah, nasib Tian Chua hari ini berdasarkan "penghakiman satu sen."

"Ia persoalan penghakiman satu sen. Jika denda yang dikenakan RM1,999.99 (kurang satu sen), beliau sudah terlepas daripada implikasi (hilang kerusi)," katanya.

"Hakim seharusnya menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mengkaji semula denda dikenakan.

"Dan, kini ia antara satu sen dan beribu atau berjuta ringgit yang akan dibelanjakan dalam pilihan raya kecil," katanya.

Pun begitu, Ahli Parlimen Kuantan ini berkata, jika pilihan raya kecil diadakan PKR yakin akan mempertahankan kerusi tersebut atas faktor sumbangan Tian Chua selama ini.

"Saya tidak mahu kata apa yang akan berlaku kemudian hari, tetapi saya tahu bahawa dalam dua tahun sejak menjadi Ahli Parlimen, Tian Chua telah bekerja kuat, sangat kuat.

"Saya yakin dalam pilihan raya akan datang, jenteranya sudah bersiap sedia dan akan bersedia (untuk turun gelanggang," katanya.

Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi juga berkata, pihaknya mula bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di Batu.

"Dalam pilihan raya dipanggil, walaupun ia sesuatu yang malang, kami akan menggerakkan sokongan untuk menyokong calon Pakatan Rakyat," kata Ahli Parlimen Kuala Selangor ini.

Bagaimanapun beliau menekankan seorang calon yang kredibel harus dipilih untuk mengisi tempat Tian Chua.

Tian Chua memenangi kerusi itu dengan menewaskan calon BN dari Gerakan, Lim Si Pin dengan majoriti 9,445 undi pada 8 Mac lalu. — Reuters

Malam Pertama Suami Isteri

Posted: 17 Jun 2010 12:18 PM PDT

Pelayaran malam pertama

MALAM pertama adalah satu cabaran jika pasangan berkenaan tidak berpengalaman berasmara. Jika pasangan wanita selama ini menyimpan kesuciannya untuk jejaka idaman, pasti malam pertama memberi makna kepadanya apabila dapat memberi anugerah yang sangat bernilai itu kepada pasangannya dan mereka mengecapi gelora malam berkenaan.

Namun, perlu diingatkan kepada wanita supaya tidak perlu takut dengan pelayaran malam pertama kerana ia akan memberi tekanan kepada dirinya dan juga pasangan. Sebaik-baiknya, mereka melayani dengan mengikut gerak hati dan memberi kerjasama kepada pasangan supaya sentuhan malam pertama berjalan lancar.

Seseorang wanita juga perlu bersabar jika tidak disentuh pada malam pertama kerana mungkin pasangan mereka masih dalam peringkat menyesuaikan diri atau terasa letih dan lesu selepas proses perkahwinan.

Jika keadaan mengizinkan, hubungan keintiman seksual dilakukan dan sentuhan malam pertama akan berlaku, tetapi pasangan wanita perlu tahu fungsinya apabila pasangan mereka mendekati dan mula menyentuh tubuh sambil melucutkan pakaiannya sehelai demi sehelai. [seterusnya DI SINI]

Skandal isteri Donald Tramp

Posted: 17 Jun 2010 04:02 AM PDT

Malam pertama itu amat memuaskan buat Tramp tetapi bukan kepada Maria. Bagi Maria, Tramp sudah kekurangan tenaga dan tuttt-nya kecik sahaja. Begitulah malam-malam seterusnya yang menyebabkan Maria tidak puas dengan nafkah batinnya. Mungkin inilah akibatnya jika berkahwin disebabkan oleh nafsu semata-mata menyebabkan Maria hanya menilai Tramp dari segi hubungan ranjang mereka padahal selainnya Tramp adalah lelaki yang mengambil berat terhadap Maria.

Sewaktu Maria mengikuti kelas Gym, dia berkenalan dengan Instructor yang hensem dan sasa bernama Buragas. Maria terpikat dengannya dan menggunakan pelbagai cara untuk menggoda. Buragas pula melayan Maria dan dia sememangnya suka digoda.

Perkara ini dapat dihidu oleh Tramp. Namun, disebabkan teramat sayang kepada Maria, Tramp tidak melakukan apa-apa. Lagipun Tramp tiada bukti kukuh untuk menceraikan Maria. Jika dia menceraikan Maria sebegitu, maka yang untung hanyalah Maria kerana dia bakal mendapat hak kepada hartanya. [seterusnya DI SINI]

2 juta blogger di Malaysia - Rais

Posted: 17 Jun 2010 01:14 AM PDT

Kewujudan dua juta blogger di negara ini membuktikan media massa di Malaysia bebas menyiarkan pendapat dan kritikan masing-masing, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa dengan perkembangan teknologi maklumat, peluang untuk mana-mana pihak bersuara dan memberikan pandangan masing-masing tidak pernah disekat oleh kerajaan.

"Kita boleh lihat sekarang, media massa terutamanya media alternatif, perkembangannya semakin rancak dengan adanya perkhidmatan jalur lebar.

"Dilaporkan terdapat kira-kira dua juta blogger di negara ini yang bebas melaporkan pandangan mereka dan ini mencerminkan kebebasan media di negara ini," katanya menjawab soalan Teng Boon Soon (BN-Tebrau) yang ingin tahu sama ada kebebasan media massa di negara ini masih terhad seperti yang dilaporkan oleh kajian Freedom House dari Amerika Syarikat yang mendakwa media di Malaysia belum bebas.

Rais berkata Malaysia kini mempunyai 76 akhbar harian termasuk milik pembangkang, 151 saluran televisyen satelit, sembilan saluran televisyen tidak berbayar (milik kerajaan dan swasta) dan 53 saluran radio.

"Ini tidak termasuk IPTV (Internet Protocol Television) yang sedikit masa lagi akan menjadi lumrah di kalangan rakyat dengan adanya perkhidmatan jalur lebar," katanya. -- mkini

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Zulkifli Nordin Sangap Nak Bersumpah

Posted: 17 Jun 2010 09:21 PM PDT

Sound Direct:amacam,nostalgia tak???? dedah la zul jngn tk dedah,bak kata zahrain "nak tunggu apa"??? ahahahahhaha

Berita Harian keluaran hari ini menyiarkan mengenai pendedahan bahawa MP Permatang Pauh pernah memberikan taklimat kepada ahli-ahli PKR bahawa mahu menyingkirkan ADUN Bukit Lanjan oleh kerana skandal gambar bogelnya.MP Bayan Baru juga menyatakan bahawa MP Permatang Pauh telah memberitahu mereka dalam taklimat tersebut bahawa telah pun menonton video skandal tersebut.

Entah ya ataupun tidak.

Tetapi,dalam berita yang sama,MP Kulim-Bandar Baru bersetuju dan menyatakan bahawa beliau SANGGUP bersumpah bahawa perkara-perkara ini memamg berlaku.

1.Apakah ini?Semuanya mahu bersumpah?

2.MP Kulim-BB cuma buat "safe statement",beliau cuma kata berani dan sanggup untuk bersumpah,mengapa tidak terus bersumpah sahaja pada sidang media tersebut?

3.Sanggup bersumpah ini semuanya biasa,memang dah diajar oleh mazhab Senator Ezam Mohd Nor.

4.Semua pegkhianat atau lebih kasar mereka dipanggil sebagai "katak" memang biasa dalam bab-bab SANGGUP bersumpah ini.

5.Tak payah tunggu MP Permatang Pauh cabar MP Kulim-BB ini bersumpah,saya sendiri mencabar MP Kulim-BB ini bersumpah,di dalam Dewan Rakyat itu sendiri.

6.Orang yang paling "gentleman" dalam bab-bab bersumpah ini adalah MB Terengganu kini,beliau telah bersumpah dalam DUN semasa sidang DUN.Tidak payah pakai baju Melayu pakai songkok,dan bersumpah dalam masjid.

Sekian,

Assalamualaikum warahmatullah dan Selamat sejahtera

Wallahu'alam

KATAK ZUL AKA ZUL BELALANG NI NK KENA CIUM DULU
KENA CIUM NGN PUTERI ROSMAH KOT
BARU LAH BOLEH BERUBAH JADI HERO
AHAHAHAHAHAHA

Mahathir Bakal Bertanding di PRU ke-13

Posted: 17 Jun 2010 04:42 AM PDT

Fiction from the Photo&Sound Direct

Mahadey:Camni lah dalam kuboq,gelap ja..apa nama nunggu malaikat mai..apa nama malaikat tu..apa nama nanti kot2 leh dak aku nk mnjawab..apa nama..soalan malaikat tu na...apa nama..apa nama..apa nama..apa nama cucu aku hah..lupa...nyanyuk dah aku ni..apa nama...AAAAAAAAAAAAAAAAAARGH

Akutak dak dalam gamba):ahahahaha jilat la si mahadey penipu ni..jilat la jilat..aku dah nampak dah kemunafikan dia...ahahahahahha..hangpa yng UMNO bila lagi???

Berita Harian keluaran hari ini menyiarkan bahawa Dr.M mencadangkan supaya kerajaan meneruskan pemberian permit import percuma kepada Bumiputera.

Semenjak MP Pekan mentadbir,Dr.M nampaknya sudah mula memberi cadangan,mengalahkan MP Kepala Batas pula.Seolah-olah Dr.M adalah seorang ahli parlimen tanpa kerusi di Dewan Rakyat.PM pernah menyatakan bahawa tarikh PRU ke-13 akan mengejutkan,jadi tidak mengejutkan juga jika Dr.M bakal bertanding di PRU ke-13 kelak(ahahahahaha).

Mengenai permit import percuma pula,kononnya dapat menggalakkan usahawan Bumiputera menceburi bidang automotif.

Kelakarnya,(meh aku nk tiru mahathir blogging plak)

1.Dulu Dr.M menyatakan bahawa Bumiputera akan lemah jika terlalu mengharapkan subisidi.Jadi,mengapa mahu mencadangkan AP yang percuma,bukankah itu salah satu subsidi,tidak lama lagi mesti orang Cina mengamuk dengan Dr.M pula,baru dia.

2.Dr.M bukankah seorang penasihat di syarikat kereta Proton?Mengapa menggalakkan perniagaan kereta import?Adakah beliau telah putus asa dengan jenama kereta nasional itu?Jadi,makan gaji butalah kan?(kalau dapat elaun la)

3.Terbukti juga di sini,Dr.M bukanlah genius mana,sebagai penasihat Proton,Proton masih lagi tidak berada di tahap yang sehebatnya walaupun berjaya dieksport ke UK.Dalam Top Gear,Jeremy Clarkson(pengacara) mengulas bahawa kereta Proton tidaklah bagus sangat(kereta waja,dari segi keselamatan).Jadi Dr.M bukanlah doktor kereta,jadi penasihat pun sbb ada kepentingan.

4.Mengapa tiba-tiba mahu cadangkan perakara ini,dulu kata lain sekarang kata lain?Buktinya di sini http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=5013.Adakah sanak-saudara Dr.M cuba mahu ditolong Dr.M untuk jadi "businessman" kereta pula?

5.Kesimpulannya,Dr.M hanya doktor demam,bukan doktor politik,bisnes,pentadbiran,mahupun kereta.

6.Tidak hairanlah kalau mata dia kena sembur,aku pun teringin nak bagi pesembur(ahahahahah).

Sekian,

Wallahu'alam

Assalamualaikum warahmatullah dan Selamat sejahtera.

MAHATHIR NAK BISNES KERETA CORVETTE KOT??
TAK PUN LAMBOGINI NGN KONEKSEK..AHAHAHAHHAA
MEMANG DURI DALAM DAGING PROTON LA MAHADEY NI..
TAK BAIK TAU!!!!!!!!KERETA KANCIL GAK BEST LA WOI!!!!!

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Tahalluf Siyasi: Parti berteraskan Islam Indonesia (PKS) turut jejak PAS terima bukan Islam!

Posted: 17 Jun 2010 11:39 AM PDT



Berita 1

Terima Nonmuslim, PKS Tetap Berasas Islam

VIVAnews - Presiden Partai Keadilan Sejahtera, Luthfi Hasan Ishaaq, menyatakan partainya sejak awal membuka diri untuk kalangan nonmuslim. Meski terbuka, Luthfi menegaskan PKS tetap berasas Islam.

"PKS memberikan apresiasi kepada para profesional anak bangsa," kata Presiden PKS Luthfi Hasan Ishaaq dalam jumpa pers di Ritz Carlton, Jakarta, Kamis 17 Juni 2010.

Luthfi menjelaskan, para profesional begitu dihargai dan mendapat tempat terhormat dalam PKS. Profesionalisme terdapat di semua orang dari berbagai etnik dan agama.



"Jadi apapun etniknya, apapun agamanya, apapun backgroundnya, sepanjang dia memiliki garis perjuangan yang sama dengan PKS dan mengedepankan profesionalisme serta memberikan apresiasi kepada profesionalitas, mau bersama dengan PKS untuk bersih dan peduli, maka dia akan dapat menjadi warga Partai Keadilan Sejahtera," kata Luthfi.

Keterbukaan terhadap semua kalangan ini, tambah Luthfi, sebenarnya sudah dibuktikan sejak dulu oleh teladan umat Islam, yaitu Rasulullah Muhammad SAW. "Jadi memang hal ini bukanlah sesuatu yang baru. Begitulah ajaran Islam dan PKS melakukan hal yang sama dalam garis perjuangannya," kata Luthfi.



Rencana membuka pintu untuk nonmuslim dalam Anggaran Dasar dan Anggaran Rumah Tangga PKS itu juga dipastikan Luthfi tidak mengubah fundamental PKS. Amandemen AD/ART tidak pada bab fundamental, hanya pada masalah mekanisme organisatoris. Prinsip dasar partai, kata Luthfi, akan tetap sama yakni PKS adalah partai Islam yang Pancasilais dan nasionalis.

Dengan demikian, tambah Luthfi, prinsip dasar pola tidak berubah, karena yang berubah hanya pola organisasi partai. "Ini pengaturan ulang pola keorganisasian partai dalam rangka menyongsong target-target yang ingin dicapai oleh partai ke depan," kata Luthfi di sela-sela workshop kader PKS itu.

Penerimaan nonmuslim itu, kata Luthfi, sebenarnya sudah dilakukan sejak awal berdiri dengan nama Partai Keadilan. "Hanya belum terekspos dengan baik di media masa bahwa di antara pengurus dan anggota dewan Partai Keadilan Sejahtera ada yang nonmuslim dan itu tidak ada masalah, terutama di daerah yang di sana Islam itu masih minoritas," kata Luthfi.

Kemarin, Sekretaris Jenderal PKS Anis Matta menyatakan akan ada amandemen soal aturan enam jenjang kader di PKS. Amandemen ini untuk mengakomodasi nonmuslim supaya bisa didudukkan di posisi legislatif dan eksekutif. Selama ini, PKS baru mendudukkan anggota nonmuslim ini di legislatif yakni di sejumlah Dewan Perwakilan Rakyat Daerah di Papua dan Nusa Tenggara Timur.

Berita 2

Selamat Datang Wajah Baru PKS


Jakarta - Musyawarah Majelis Syuro (MS) PKS yang digelar Rabu (16/6) menelurkan dua wacana penting. Yaitu menerima Pancasila sebagai dasar negara dan nonmuslim menjadi kader.

Peneliti senior Lembaga Survei Indonesia (LSI) Burhanuddin Muhtadi menilai dua wacana itu akan menjadi perubahan mendasar dalam tubuh PKS.



Dengan menerima Pancasila sebagai satu-satunya dasar negara, maka PKS telah menegaskan dirinya sebagai partai Islam berwawasan kebangsaan. Adapun keputusan menerima nonmuslim sebagai kader menunjukkan PKS telah resmi menjadi partai terbuka, bukan hanya milik ummat Islam.

"Dua hal itu sangat penting membawa PKS bergerak ke tengah. Rasionalisasi sangat jelas dan logis," ujar Burhan kepada INILAH.COM.

Burhan menjelaskan, berdasarkan kurva statistik pemilih terbesar di Indonesia berada di tengah. Mereka adalah kelompok Islam yang tidak mau disebut fundamentalis dan kelompok nasionalis yang tidak mau disebut sosialis.

Fakta menunjukkan pemilih yang berada di kelompok ini memiliki jumlah paling banyak ketimbang kelompok Islam kanan yang fundamentalis dan puritan. Oleh karena itu sangatlah logis apabila PKS membidik kelompok ceruk terbesar ini.

"Kalau PKS mau besar memang harus begitu, mengejar ceruk yang besar. Nah, caranya ya harus clear soal Pancasila dan terbuka terhadap nonmuslim," papar Burhan.

Namun mimpi PKS untuk masuk tiga besar di Pemilu 2014 tidak semudah membalikkan telapak tangan. PKS akan menghadapi tantangan terbesar dari internal dirinya sendiri.

Basis pemilih tradisional PKS yang merupakan kelompok Islam puritan modernis tidak mudah begitu saja bisa menerima Pancasila sebagai dasar negara dan kelompok nonmuslim sebagai kader.



"PKS harus bisa menjelaskan kepada basis tradisional mereka mengapa menerima PKS dan nonmuslim. Kalau gagal menjelaskan maka bukannya menambah captive baru justru malah kehilangan pemilih utamanya," terang Burhan.

Selain harus mampu meyakinkan pemilih utamanya, PKS juga harus tetap konsisten sebagai partai yang bersih kadernya tidak terlibat kasus-kasus korupsi dan susila.

Dan yang tak kalah penting, isu-isu keummatan harus tetap kencang disuarakan. Terlebih lagi terkait kasus kemerdekaan Palestina dan penindasan ummat Islam lainnya.

"Kalau PKS tetap konsisten bersih dan peduli maka pemilih lama akan tetap terjaga dan ceruk pemilih baru bisa diraih," pungkas Burhan.

Salah satu hasil musyawarah Majelis Syuro (MS) PKS yang merupakan masih rangkaian acara Musyawarah Nasional II PKS di Hotel Ritz Chalrton, Jakarta adalah usulan perubahan AD/ART PKS. MS PKS menyepakati tidak akan mempersoalkan lagi Pancasila sebagai satu-satunya dasar negara Indonesia.

"Pancasila yang telah menjadi konsensus bersama tidak perlu dipersoalkan lagi. PR besar adalah bagaimana mewujudkan sila ke 2 dan ke 5," ujar Mustafa Kamal.

Menurut Mustafa, meski PKS tetap berasas Islam, partai bulan sabit kembar ini tidak akan mengotak-atik Pancasila sebagai dasar negara. Justru menjadikan Pancasila sebagai ukuran kemajuan bangsa Indonesia.

"Kami ingin menjadi partai yang ingin menjadi pelayan bangsa dan masyarakat. Misi transformasi kita tekankan, tentu juga dengan organisasi yang kokoh yang telah berhasil kami bangun selama lebih dari 10 tahun ini," bebernya lebih lanjut.

Sementara itu Sekjen PKS Anis Matta mengatakan, PKS membuka diri kepada kelompok nonmuslim untuk bergabung menjadi kader PKS.

Menurut Anis, usulan dilatarbelakangi karena saat ini PKS makin diterima masyarakat nonmuslim, seperti di Papua dan Nusa Tenggara Timur. "Saat ini saja, ada sekitar 20-an anggota legislatif (DPRD) non muslim dari PKS," kata Anis.

Selama ini, di dalam AD/ART mengharuskan kader PKS dikenakan enam jenjang kaderisasi dengan hak dan kewajiban berbeda secara proporsional. "Kami buat ruang nonmuslim bergabung. Intinya kami ingin memberikan ruang nonmuslim ke keanggotaan," ujarnya. [mah]

Berita 3

PKS Terima Nonmuslim, Apa Kata Politisi PDIP


Kubu Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan menyambut baik rencana Partai Keadilan Sejahtera menerima keanggotaan nonmuslim. Menurut politisi PDIP yang juga Direktur Eksekutif Megawati Institute, Arif Budimanta, PKS telah sampai pada penerimaan Pancasila dan Undang-undang Dasar 1945 sebagai pilar berpolitik.

"Kami menyambut baik gelombang kesadaran baru bahwa pluralisme itu kebhinekaan dalam kesatuan itu adalah askriptif, sesuatu keadaan yang harus diterima di negara kesatuan Republik Indonesia," kata Arif kepada VIVAnews, Kamis 17 Juni 2010.

"Artinya pemahaman kesadaran baru ini menunjukkan bahwa Pancasila dan Undang-undang Dasar 1945 menjadi satu pilar yang sesungguhnya menopang kehidupan kita dalam bernegara dan berpolitik," kata Arif. "Kami menyambut baik asalkan itu menjadi sebuah platform yang memang didasari niat yang ikhlas membangun bangsa atas dasar Pancasila dan Undang-undang Dasar."



Arif menyatakan perubahan yang dilakukan PKS itu tidak akan menyaingi PDIP secara langsung. PDIP tidak khawatir basis massa PKS akan meluas termasuk di daerah-daerah yang selama ini dikenal sebagai captive market partai banteng yakni di daerah yang didominasi nonmuslim.

"Malah kami merasakan ini sebuah anugerah besar sehingga kita akan berada dalam satu putaran kompetisi yang sehat, rasional dan modern," kata Arif. PKS menjadi lebih modern, karena kata Arif, tidak mengikutsertakan lagi dogma-dogma yang memberi kesan pengkerdilan terhadap politik.

Rencana membuka keanggotaan untuk nonmuslim ini disampaikan Sekretaris Jenderal PKS Anis Matta kemarin. Usulan itu, kata Anis, melihat realitas saat ini, di mana PKS diterima masyarakat yang didominasi nonmuslim seperti di Papua dan Nusa Tenggara Timur. Bila amandemen disetujui, dimungkinkan nonmuslim yang bergabung menjadi anggota PKS diajukan sebagai pejabat dari daerah pemilihan tersebut. (umi)

Berita 4

"Terima Nonmuslim, Ini Revolusi Internal PKS"

PKS mempertaruhkan basis ideologisnya dengan keinginan mendapatkan suara lebih besar.

VIVAnews - Pengamat politik Burhanuddin Muhtadi mengapresiasi rencana besar Partai Keadilan Sejahtera membuka jalur untuk nonmuslim menjadi anggota.

Menurut Peneliti Senior Lembaga Survei Indonesia itu, langkah tersebut semacam revolusi di internal partai nomor empat terbesar berdasarkan Pemilu 2009 itu.

"Menurut saya, beberapa terobosan PKS yang dilakukan di Musyawarah Nasional kali ini kelanjutan dari strategi kubu pragmatis-realistis untuk membawa PKS lebih ke tengah," kata Burhan kepada VIVAnews, Kamis 17 Juni 2010.

Kubu pragmatis ini, menurut Burhan, yang berhasil membawa PKS duduk di parlemen dengan suara lebih dari 8 persen. "Pada 2004, ketika Partai Keadilan menjadi Partai Keadilan Sejahtera, mereka pula yang membawa suara partai menjadi 7,3 persen."

Burhan menjelaskan, kubu pragmatis ini memahami ceruk pemilih ideologis tak sampai 2 persen. Sementara ceruk tengah jauh lebih besar.

Jika sampai jalur nonmuslim ini disahkan, bukti kekuatan faksi pragmatis-realistis semakin besar di kepemimpinan PKS. "Ini semacam revolusi," kata Burhan. "Karena pertaruhannya besar."

Pertaruhan dimaksud lulusan Australian National University itu adalah, kubu ideologis-ortodoks semakin teralienasi. Basis massa tradisional PKS yang ortodoks akan semakin menjauh dari PKS.

"Pemilu 2009, memang suara PKS naik sampai 8 persen, namun harus dilihat basis tradisionalnya mengendur. Suara di Jakarta, Sumatera Barat, Bandung, Depok, turun, meski di Sulawesi dan Jawa Tengah suaranya meningkat," ujar Burhan. "Menurut saya, suara 2009 itu impas saja. Terjadi "jual-beli"," katanya. "Ada suara yang lepas, namun ada yang masuk."

Lagi pula, kata Burhan, ceruk pemilih nonmuslim kecil. Sehingga, menurutnya, membuka jalur nonmuslim tidak akan signifikan menambah suara PKS. Jadi, pilihan lebih ke tengah harus dicermati secara hati-hati oleh PKS.

Lembaga Survei Indonesia sendiri belum mengetahui apakah arah ke keterbukaan ini akan menambah suara PKS. "Survei terakhir LSI pada 2010 ini, menunjukkan suara PKS masih berkisar 7 sampai 8 persen, tak jauh beda dengan hasil Pemilu 2009," ujar Burhan. "Jadi, saya belum tahu berapa kira-kira suara PKS pada 2014 dengan membuka jalur nonmuslim ini. Kita lihat saja perkembangan dalam empat tahun ini."

Rencana membuka keanggotaan untuk nonmuslim ini disampaikan Sekretaris Jenderal PKS Anis Matta kemarin. Usulan itu, kata Anis, melihat realitas saat ini, di mana PKS diterima masyarakat yang didominasi nonmuslim seperti di Papua dan Nusa Tenggara Timur. Bila amandemen disetujui, dimungkinkan nonmuslim yang bergabung menjadi anggota PKS diajukan sebagai pejabat dari daerah pemilihan tersebut.

Sumber:

- "Terima Nonmuslim, Ini Revolusi Internal PKS"
- Terima Nonmuslim, PKS Tetap Berasas Islam
- Selamat Datang Wajah Baru PKS
- PKS Terima Nonmuslim, Apa Kata Politisi PDIP

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Hukum Makan Zirafah

Posted: 17 Jun 2010 07:44 PM PDT

Sebutan zirafah adalah di dalam Bahasa Melayu. Manakala di dalam Arab perkataan Zirafah disebut dengan Zarafah atau Zurafah.

Al-Imam al-Quzwini rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya al-A'jaib al-Makhlukhat bahawa kelainan di antara Zirafah dan binatang berkaki empat yang lain adalah bilamana Zirafah ingin memulakan langkah maka ia akan memulakan dengan kaki kiri bahagian belakang dan kaki kanan bahagian hadapan. Ini berbeza dengan haiwan berkaki empat yang lain.

Disebutkan di dalam kitab Tarikh Ibn Khallikan bahawa Muhammad bin Abdullah al-Utabi al-Basri al-Akhbari al-Sya'ir mengatakan bahawa Zurafah atau Zarafah ini berasal daripada gabungan tiga jenis haiwan. Ianya adalah gabungan daripada unta betina liar, lembu betina dan dubuk jantan. Menurutnya bilamana dubuk jantan melakukan hubungan dengan unta betina liar , jika anak yang dilahirkan adalah anak jantan maka kemudiannya anak tersebut pula melakukan hubungan dengan lembu betina maka akan lahirlah Zirafah.

Namun Al-Jahiz tidak bersetuju dengan pendapat ini malah beliau mengatakan bahawa pendapat seperti itu hanyalah keluar daripada kejahilan yang melampau. Ini kerana Allah taala berhak untuk mencipta apa sahaja binatang seperti kuda , himar dan sebagainya.

Maka saya agak bersetuju dengan kalam al-Jahiz walaupun beliau merupakan seorang yang beraqidah Muktazilah.

HUKUM MEMAKAN ZIRAFAH

Al-Imam al-Damiri rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya Hayat al-Hayawan al-Kubra bahawa terdapat dua pendapat di dalam permasalahan hukum memakan zirafah.

Pendapat pertama mengatakan bahawa hukum memakan Zirafah adalah haram. Ini seperti yang dikeluarkan oleh al-Imam al-Nawawi rahimahullah (wafat 676 H) di dalam Majmu' Syarah Muhazzab dan al-Imam Abu Ishak al-Syirazi rahimahullah (wafat 467 H) di dalam al-Tanbih. Al-Imam al-Qadhi Abu al-Khattab al-Hanbali juga mengatakan bahawa zirafah haram dimakan. Sebahagian ulama mengatakan bahawa ini kerana dikatakan zirafah adalah binatang yang dilahirkan hasil persetubuhan binatang yang halal dan haram dimakan. Maka dengan menggunakan kaedah :


Pendapat kedua mengatakan bahawa hukum memakannya adalah halal. Ini berdasarkan fatwa al-Syeikh Taqiyuddin Ibn Abi al-Dam al-Hamwi dan beliau menukilkan daripada fatwa al-Qadhi Hussain al-Syafie. Al-Imam Ibn Rif'ah mengatakan bahawa pendapat ini yang muktabar sepertimana yang difatwakan juga oleh al-Imam al-Baghawi rahimahumullah.

Al-Imam al-Qadhi Hussain rahimahullah mengatakan bahawa : Aku mengatakan bahawa ianya halal dimakan kerana ianya lebih mirip kepada binatang yang halal dimakan iaitu Unta dan Lembu. Maka ini dalil yang mengatakan bahawa ianya adalah halal dimakan.

Tentu ramai tertanya-tanya mengapa al-Imam al-Nawawi rahimahullah mengatakan bahawa ianya haram dimakan?

Al-Imam al-Qadhi Hussain rahimahullah mengatakan bahawa ini berkemungkinan al-Imam al-Nawawi meletakkan hukum berdasarkan kepada penggunaan bahasa Arab terhadap binatang buas atau di sebut السباع . Maka bilamana al-Imam al-Nawawi mendengar bahawa Zirafah adalah termasuk di dalam haiwan jenis al-Siba'. Maka beliau mengatakan bahawa ianya adalah haram dimakan. Ini juga berkemungkinan bahawa al-Imam al-Nawawi tidak pernah melihat binatang yang bernama Zirafah ini.

Nah, cuba kita lihat betapa beradabnya para ulama kita sesama mereka. Tidak seperti sekarang, bilamana tidak sependapat atau tidak seperti apa yang dia ketahui maka akan dituduh orang ini melakukan bid'ah, khurafat, jahil murakkab dan sebagainya. Adab sebegini yang patut kita teladani dan santuni.

Al-Imam al-Damiri rahimahullah bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa ianya adalah harus untuk dimakan. Ini juga merupakan pendapat Mazhab al-Imam Ahmad dan al-Imam Malik serta al-Imam Abu Hanifah rahimahumullah.

Sumber rujukan: Ustaz Nasrul Nasir

-iklan-
-Siapa mahu widget percuma tanpa popup 100% ciptaan org Muslim dijamin halal-

Ratusan Ribu rakyat Kelantan Sambut PM Di Stadium Semalam,keh keh keh..

Posted: 17 Jun 2010 03:04 AM PDT

Sebelum itu.. kalau Puak-Puak UMNO Kelantan itu tidak boleh menerima dan menghormati TG Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan kerana dia dari PAS..
Hormatilah dia sebagai seorang Pemimpin dan juga sebagai orang yang lebih tua dari kita..
Dah tak tahu ADAT ka?

Dari Perisik Rakyat

Malam tadi sepatutnya berlangsung acara Gilang-Gemilang Perasmian Kelantan Fiesta di Stadium Sultan Mohammad ke-IV, Kota Bharu Kelantan.
Sebelumnya pada sebelah siang:

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama dengan EXCO-EXCO dan Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri tidak akan menghadiri majlis perasmian Karnival Kelantan Fiesta 2010 yang akan berlangsung pada malam ini.

Ini kerana, pengurus acara berkenaan, Red Carpet Worldwide, didakwa telah melanggar dan tidak menghormati persetujuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra yang telah bersetuju untuk berangkat bagi merasmikan fiesta berkenaan sebagaimana yang dipersetujui Baginda menerusi surat bertulis 14 Jun lalu juga tidak akan hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pengerusi Karnival Kelantan Fiesta 2010, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Kerajaan Negeri telah diketepikan dan tidak dihormati dalam membuat keputusan.Akibat daripada sikap "Kurang Ajar" pihak Red Karpet yang tidak menghormati perjanjian dan Tuan Rumah, sebelah malamnya:


Hujan turun dengan lebatnya seawal jam 8:30 malam. bukan setakat hujan lebat, malah angin juga cukup kencang sampai hampir terangkat khemah-khemah peniaga di Dataran Stadium. Siaran Langsung terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir walaupun berbagai persiapan yang maha hebat telah diusahakan sejak dari minggu lepas.Pembatalan Siaran Langsung sebenarnya bukan berpunca dari hujan lebat, tetapi lebih kepada cubaan menyembunyikan "sambutan dingin" rakyat Kelantan terhadap Perdana Menteri Malaysia yang dijadualkan akan merasmikan Kelantan Fiesta malam tadi.

Beb... korang ingat TV nak siar ke laporan secara langsung kalau jumlah kehadiran tak sampai pun 500 orang untuk acara Gilang-gemilang macam ni..?




Kos untuk malam pembukaan tak mustahil mencecah ratusan ribu ringgit. persediaan untuk pentas untuk konsert je pun kita tau bukan sikit puluh-puluh ribu, tapi makan ratusan ribu ringgit. yang tu belum kira dengan kos bunga api lagi tu.



Jadual asalnya, perasmian akan dibuat oleh PM Malaysia Dato' Seri Murujib pada jam 9:00 malam tapi sampai jam 10:00 malam dewa Murujib gagal tiba. yang tiba akhirnya ialah seekor kambing hitam - Stopa Jeli...
Apa punya suwey Program malam tadi aku pun tak tau. sebaik Stopa sampai, bacaan doa dimulakan, sebaik saja doa habis dibaca, MC ambik alih microphone untuk teruskan majlis... baru cakap 2-3 patah - Zap...!!! BLACKOUT..!

Seluruh Stadium bergelap. betul-betul suwey 77. majlis diteruskan, Stopa Jeli akhirnya hanya berucap dengan menggunakan Heiler. aku tengok dah macam demonstrasi aman la pulak. apa kes majlis gilang gemilang pakai heiler..?
Habis ucapan, "dimaklumkan bahawa semua program pada malam ini dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan"...

-ijoks2009-
Mari kita lihat siapa yang kena..