Rabu, 16 Jun 2010

ISU SEMASA, SOSIAL DAN POLITIK

ISU SEMASA, SOSIAL DAN POLITIK


Washington, stop bullying others!!!

Posted: 16 Jun 2010 02:56 AM PDT

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Teh Tarik Session with Tukar Tiub

Posted: 16 Jun 2010 08:48 PM PDT

Teh Tarik Session featuring Hishamuddin Rais aka Tukar Tiub

Date: Friday ,18th June 2010

Time: 5pm onwards (registration opens at 4:30pm)

Venue: Killiney Kopitiam, G-03 Sooka Sentral,
Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur
(Opposite ERL KLIA Departure Terminal)

"Cultural and Social Change"

Hishamuddin Rais a.k.a. Tukar Tiub is a community activist, writer, and film maker. Currently he is writing as a columnist at The Edge, Malaysiakini.com, and The Sun. He also at present actively shares his ideas and opinions at his very own blog tukartiub.blogspot.com .

Known as Isham, he received his secondary education at Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) before furthering his study in University Malaya (UM). While studying at UM, he was aggressively involved in the uprising of students' movement at the time. In December 1974, there was a large-scaled demonstration conducted by students to fight for the fate of poor farmers in Baling, Kedah. Isham fled the country during the time when government was carrying out order to arrest the demonstrators.

He then was granted a political asylum from the Belgium government before he moved to London where he studied filmmaking at the University of Westminster and graduated in the year 1992. He stayed in London for 15 years.

When he returned to Malaysia in 1994, he was immediately arrested under the Internal Security Act (ISA) for two weeks. While in detention, he got the idea to direct the film Dari Jemapoh ke Manchestee which is full of metaphors and shows the rebellious youth culture.

It was his involvement in the "Reformasi" movement in 1998 that really gave a big impact on himself. At the early stage of the movement, he was not directly involved but later changed his mind and started to take part in street demonstrations. During that time, he frequently wrote for several publications in the country.

His involvement in the movement has caused the refusal from all mainstream newspapers to publish his writings. However in the end of 1999, Malaysiakini.com an internet news portal was launched and he became one of the columnists there.

On April 9, 2001, he was arrested by the police under the ISA with nine other "pro-reformasi" activists and held in detention until 2003.

Lompat parti : DAP saman Hee dan Keshvinder

Posted: 16 Jun 2010 04:28 PM PDT

Oleh: Jamilah Kamarudin

KUALA LUMPUR: DAP tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap dua wakil rakyatnya yang keluar parti dan melanggar akujanji yang ditandatangani selepas pilihanraya umum 2008.

Berikutan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang Datuk Hee Yit Foong dan Kesvinder Singh (ADUN Malim Nawar) bakal dikenakan denda sebanyak RM5 juta dan dan perlu mengosongkan kerusi mereka kerana melanggar perjanjian tersebut.


Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Khoo Ham berkata, DAP Pusat akan mengambil tindakan saman terhadap kedua-dua ADUN terbabit, seperti yang dipersetujui kepimpinan tertinggi parti itu.

"Saya sudah berbincang dengan beberapa pemimpin kanan termasuk Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Lim Guan Eng (Setiausaha Agung) dan Karpal Singh (Pengerusi) dan mereka bersetuju," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ngeh yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata, perkara ini bagaimanapun akan diputuskan secara rasmi semasa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 28 Jun ini.

Keshvinder merupakan ADUN DAP Perak kedua yang keluar parti semalam dan menjadi ADUN Bebas selepas Hee yang bertindak sedemikian pada Februari tahun lalu.
Kesvinder dibebani hutang

Ngeh mendakwa, sebab utama Keshvinder keluar parti kerana dibelenggu masalah kewangan dan peribadi.

Menurut Ngeh, Keshvinder mengadu keretanya ditarik kerana gagal membayar ansuran pinjaman dan memerlukan wang sebanyak RM3,500 bagi membayar tunggakan itu.
Hutang itu bagaimanapun dilangsaikan oleh Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim.

"Bulan lalu juga, kerani yang bekerja di dalam firma guamannya telah melakukan pecah amanah sebanyak RM45,000 di mana wang pelanggan firma telah dilesapkan.

"Beliau juga mempunyai hutang tertunggak dalam Kelab DiRaja Perak sejak beberapa bulan lalu," katanya.

Ngeh menjelaskan DAP Perak pernah berusaha untuk membantu Keshvinder mengatasi masalah kewangannnya tetapi tawaran Umno-BN lebih lumayan.

Ini dibuktikan apabila Keshvinder pernah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua tahun lalu kerana beliau pernah ditawarkan RM20 juta oleh Barisan Nasional (BN) agar melompat parti.

Bagaimanapun sehingga kini SPRM tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyiasat dakwaan Keshvinder itu.

"Saya percaya beliau disogok wang sama seperti Hee dan alasannya bahawa beliau hilang keyakinan terhadap Pakatan Rakyata adalah palsu," katanya - FMT

Petua bersetubuh mengikut Islam

Posted: 16 Jun 2010 08:51 AM PDT

CARA BERJIMAK MENGIKUT ISLAM

Masa berjimak untuk mendapatkan Zuriat Sempurna

Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.
3. dan seterusnya DI SINI

Bukan saja Najib, menteri dia pun kaki kencing juga

Posted: 16 Jun 2010 06:42 AM PDT

Bila kami kata setuju? Kami tak kata setuju pun ... itu lah antara kata-kata penduduk Kg Baru merujuk kepada kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik yang mengatakan penduduk Kampong Baru telah bersetuju dengan cadangan kerajaan bagi memajukan Kg Baru yag kini berusia hampir 110 tahun.

Kah kah kah kalau Najib memang dah semua orang tahu memang kaki kencing. tapi kini rupa-rupanya menteri-menteri dia pun sama saja ... kaki pembohong besar

We did not agree, says Kg Baru council


By Yow Hong Chieh - KUALA LUMPUR, June 16 — The administrative body in charge of Kampung Baru has refuted the Federal Territories Minister's claim that owners and beneficiaries of the area agreed to the government's redevelopment plans.

"We did not agree," said Mashuti Mat Soom, acting deputy chairman for the Kampung Baru Malay Agricultural Settlement Administrative Board (MAS).

Federal Territories Minister Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin said on Monday that Kampung Baru residents had agreed to the ministry's proposal and that they were now speaking with "one voice".

The minister had met with MAS and Kampung Baru owners and beneficiaries over three hours on Monday to iron out the details of the redevelopment plan.

MAS, which has been acting as local council for the settlement since its inception 110 years ago, called Raja Nong Chik's statement "confusing".

"Many residents called asking us when MAS had agreed to the proposal," Mashuti said.

He was diplomatic when asked if Raja Nong Chik's statement was true.

"That depends on who's doing the talking. If the minister thinks it's true, that's up to him," he said.

He stressed that it was not possible for the government to go ahead with its plans if MAS does not first give it the green light.

"MAS and the residents go hand-in-glove. We are one," he said.

"If MAS says no, then most likely the residents will say no too. So how are they going to implement it?"

MAS honorary secretary Shamsuri Suradi said that one of the points raised during Monday's meeting was MAS's role under the government's proposed Kampung Baru Development Corporation (PPKB), which would be responsible for implementing and supervising redevelopment.

He had suggested to the ministry that it use MAS as a shell body to administer the redevelopment instead.

"It's better for us to develop our own village than to leave it to an outsider who isn't aware of our issues," he said.

"This is our village. They (outsiders) will do the planning without referring to the landowners. We don't want that."

He conceded that it was the government's right to use the Land Acquisition Act 1960 to take the land by force, but added that authorities knew what the "implications" of such a move would be.

Section 3(1)(b) of the act allows the state authority to acquire any land which "is needed by any person or corporation for any purpose which in the opinion of the State Authority is beneficial to the economic development of Malaysia or any part thereof or to the public generally or any class of the public".

However, Shamsuri emphasised that MAS and Kampung Baru residents were not against development but rather the form it takes under the current proposal.

He added that "worst come to worst" MAS will conduct a house-to-house referendum to determine support for the government's plans. - TMI

Selepas Sime Darby, kini Felda pula nak bankrap

Posted: 16 Jun 2010 02:56 AM PDT

Kerajaan menolak dakwaan kononnya berlaku penyelewengan dalam Lembaga Kemajuan Tanah Rancangan (Felda) walaupun mengakui sumber kewangan agensi berkenaan merudum dengan mendadak.

Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata sekalipun ia jatuh, nilai aset Felda pada hakikatnya cukup membanggakan.

Beliau mengulas soalan tambahan daripada Hamim Samuri (BN-Ledang) yang menyoal timbalan menteri tersebut berhubung status kewangan Felda dan perincian bagaimana wang itu dibelanjakan bagi tujuan pembangunan masyarakat.

"Kerajaan tidak menggelapkan wang tersebut, (tetapi) ia disumbangkan untuk kebajikan masyarakat," kata Ahmad yang juga ahli parlimen Pontian, menjawab soalan dari kerajaan dan wakil pembangkang.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno menjelaskan status kewangan Felda adalah sebanyak RM4.08 bilion pada tahun 2004 jatuh kepada RM1.35 bilion pada 2009.

Beliau berkata perbezaan tersebut berlaku kerana ia digunakan untuk tujuan kebajikan -- RM2 bilion untuk penanaman semula tanaman, RM603 juta untuk pinjaman rumah tanpa faedah, RM253 juta bagi tabung pembasmian kemiskinan Sabah dan RM662 juta diperuntukkan untuk pembangunan ibupejabat baru Felda.

Pada masa yang sama, aset Felda bertambah dengan pulangan daripada RM9.17 bilion pada 2004 kepada RM15.37 bilion kepada 2009, menokok sebanyak RM6.2 bilion. = mkini
STONE: Hahahahaha baru-baru ni Sime Darby rugi lebih 1 billion kini satu lagi agensi kerajaan yang mengawal selia tanah-tanah rancangan khususnya kelapa sawit diseluruh Malaysia - Felda -menuju kearah itu. Felda ni selalunya najib ambil berat sangat, tapi setakat ini najib tak kata apa-apa pun lagi ...

Suami mati dipukul Polis - Isteri dapat gantirugi RM90 ribu?

Posted: 16 Jun 2010 01:30 AM PDT


KUALA LUMPUR, 16 Jun — Suri rumah yang kematian suami akibat dipukul seorang konstabel, akhirnya mendapat pampasan sebanyak RM90,000 daripada pihak polis dan kerajaan.

Siti Rohana Mohamed, 27, mendapat pampasan itu selepas lima daripada enam defendan iaitu Ketua Polis Balai Polis Puchong, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Ketua Polis Negeri Selangor, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia bersetuju menyelesaikan kes saman RM2 juta di luar mahkamah terhadap mereka.

Peguam M. Manoharan yang mewakili Siti Rohana berkata kelima-lima defendan bersetuju membayar jumlah itu tanpa mengaku bertanggungjawab dalam insiden yang berlaku pada 26 Mei 2002.

Manoharan juga berkata pengurusan kes itu berhubung defendan pertama iaitu Konstabel Mohd Izwan Sahak, 28, ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan.

Dalam samannya, Siti Rohana berkata suaminya Ramli Othman sedang menunggang motosikal bersama-sama Mohamed Fadelli Maulud ketika dipukul Mohd Izwan secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran pada kira-kira 1 petang, pada hari kejadian.

Beliau mendakwa tindakan Mohd Izwan menghayun kayu dan memukul kepala Ramli sehingga menyebabkan kematiannya adalah satu tindakan bersifat ganas, membuta tuli, berniat jahat, cuai dan dengan penuh niat untuk membunuh.

Siti Rohana juga mendakwa Mohd Izwan gagal memberikan apa-apa pertolongan cemas bagi menyelamatkan suaminya walaupun abang suaminya, Rahmad Othman, menjerit-jerit meminta pertolongan.

Oleh itu, beliau menuntut suatu deklarasi bahawa defendan telah melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan serta suatu deklarasi bahawa defendan telah gagal atau enggan atau cuai dalam mematuhi Seksyen 20,21 dan 24 Akta Polis 1967.

Siti Rohana juga menuntut ganti rugi teruk atau teladan, ganti rugi khas berjumlah RM2,020,652.00 dan faedah yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Pada 15 Okt 2008, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Mohd Izwan setelah didapati bersalah menyebabkan kematian Ramli. — Bernama

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Selepas Kasino 5.5 bilion Dibuka,Singapura Dilanda Banjir Besar !!

Posted: 16 Jun 2010 11:00 PM PDT


Banjir melanda Orchard Road, Bukit Timah dan Thomson Road, Rabu pagi waktu setempat.

Di beberapa kawasan, tinggi banjir bahkan setinggi hampir 1,5 meter. Tempat pejalan kaki, dan halte bus terpaksa ditutup sehingga menimbulkan keadaan gawat yang luar biasa.

Area basement di beberapa pusat membeli belah di Orchard Road yang terendam, merosakkan beberapa kedai. Petugas juga terpaksa memindahkan sekitar 15 kereta yang terjebak disana.

Shama Bano Khan, ibu rumah tangga yang bertempat tinggal di Thomson Road mengaku hairan dengan kejadian ini. Meski banjir tidak sampai masuk ke tempat tinggalnya, namun air sudah menyentuh pintu tempat tinggalnya. "Kami telah tinggal disini selama hampir 15 tahun, dan tidak pernah mengalami kejadian seperti ini," katanya.
Kasino kedua Singapura dibuka semalam sekali gus meningkatkan reputasinya sebagai pusat perjudian untuk golongan kaya.
Kasino Marina Bay Sands yang dibina oleh syarikat perjudian gergasi Amerika Syarikat, Las Vegas Sands itu dibuka pada pukul 3.18 petang waktu tempatan. Ia yang bernilai AS$5.5 bilion (RM17.5 bilion) bakal meningkatkan sektor perlancongan sekali gus menjadi pusat peralihan perjudian dari Barat ke Asia.


Pengerusi Las Vegas Sands, Sheldon Gary Adelson memberitahu, penduduk Asia melihat perjudian sebagai satu hiburan manakala penduduk Barat lebih gemar berbelanja untuk makanan atau keluar dengan teman.


Kasino pertama Singapura, Resorts World Sentosa yang bernilai AS$4.4 bilion (RM14 bilion) dibina oleh Kumpulan Genting Malaysia dan dibuka pada 14 Februari lalu.


Kasino Marina Bay Sands yang setinggi empat tingkat itu mempunyai 600 meja judi, 1,500 mesin slot dan lebih 30 bilik perjudian peribadi.


Seorang rakyat Malaysia Lee Kim Lian, 68, menyatakan dia tiba kelmarin dengan wang tunai sebanyak S$10,000 (RM23,260) untuk bermain judi. – AFP
-ijoks2009-
Hr ni sy x dapat berkerja krn kurang sihat sikit,badan lenguh-lenguh.
jadi ada kesempatan jengok blog  cari berita terkini.Tapi internet masih lagi slow macam selalu.posting kali ini memakan masa hampir setengah jam untuk di publishkan.apeda punya TM nut kata dh tingkatkan kualiti tapi makin hancus.





Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Kelantan Fiesta 2010 : Perasmian yang tak gilang gemilang

Posted: 16 Jun 2010 07:46 PM PDT



Petang semalam kerajaan negeri mengumumkan tidak akan menghadiri majlis perasmian Kelantan Fiesta 2010. Ini kerana pihak penganjur yang sebelum ini 'no problem' dengan kerajaan negeri telah meminggirkan peranan kerajaan negeri. Tak tahu lah pulak siapa dalang nya, tetapi pihak terlibat dengan fiesta tersebut ialah Kerajaan Negeri Kelantan, Red Carpet Worldwide dan Kerajaan Pusat. Manakala perasmian oleh pemangku raja.

Apabila kerajaan negeri dan pemangku raja mengatakan tidak hadir, maka sudah pasti lah puak kerajaan pusat yang akan mendominasikan acara perasmian tersebut.

Apa lah malang nya...........

Mungkin secara kebetulan, sebelah malam nya hujan turun dengan lebatnya seawal jam 8:30 malam. Di tambah pulak dengan angin kencang hingga hampir terangkat khemah-khemah peniaga di Dataran Stadium. Perancangan yang diatur berminggu minggu tidak dapat direalisasikan. Pengunjung pun tak ramai mana. Ada yang kata tak sampai pun 500 orang.



Siaran langsung pun terpaksa dibatalkan. Tak kan nak teruskan juga, malu lah PM satu Malaysia berucap depan 500 orang aja. Kalau dalam hujan lebat itu masih ada 50,000 orang yang tunggu, mesti siaran langsung diteruskan. Pengulas lintas langsung pun akan ampu lah dengan kata kata berikut "dianggarkan 50,000 pengunjung masih tidak berganjak untuk mendengar ucapan PM 1 Malaysia kita walaupun hujan turun dengan lebat nya".





Namun apakan daya, PM tak sampai sampai untuk berucap dan seterus nya merasmikan fiesta tersebut seperti yang dijadualkan. Akhir nya yang muncul ialah DS Mustapa Mohamed yang berucap dan merasmikan majlis gilang gemilang tersebut. Oleh kerana 'black-out' terpaksa lah DS Mustapa meggunakan 'loud hailer' untuk berucap. Sekali pandang macam demonstrasi jalanan aja...keh!...keh!...keh!



Moral of the story :

1. Lain kali jangan lah selalu nak penaya dan pedajal orang. Mentang mentang lah kita kuat dan yang kita inaya tu tak berani nak lawan.

2. Dalam Islam niat dan apa yang dibuat mesti lah betul dan seiring. Niat betul tapi perbuatan tak betul, tak jadi juga. Apatah lagi niat tak betul dan perbuatan pun tak betul.

3. Kadang kadang kalau kita selalu pedajal kat orang, Allah bayar 'cash' pada kita tanpa perlu tunggu lama.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

Tok Guru Nik Aziz dan kerajaan negeri pulaukan acara Kelantan Fiesta 2010.

Posted: 16 Jun 2010 05:04 AM PDT



KOTA BHARU, 16 Jun: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama dengan Exco-Exco dan pegawai-pegawai kerajaan negeri tidak akan menghadiri majlis perasmian Karnival Kelantan Fiesta 2010 yang akan berlangsung pada malam ini.

Ini kerana, pengurus acara berkenaan, Red Carpet Worldwide, didakwa telah melanggar dan tidak menghormati persetujuan yang diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra yang telah bersetuju untuk berangkat bagi merasmikan fiesta berkenaan sebagaimana yang dipersetujui banginda menerusi surat bertulis 14 Jun lalu juga tidak akan hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pengerusi Karnival Kelantan Fiesta 2010, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) berkata, kerajaan negeri telah diketepikan dan tidak dihormati dalam membuat keputusan.

"Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam program Fiesta Kelantan yang akan berlansung bermula 16 hingga 19 Jun ini.

"Pihak Red Carpet tidak menghormati persetujuan dan persefahaman yang diberikan oleh kerajaan negeri, antaranya kenyataan rasmi Red Carpet Worldwide, di dalam akhbar mengatakan yang merasmikan program ini adalah Perdana Menteri," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat Exco, di sini tengah hari tadi.

Red Carpet Worldwide, melalui siaran-siaran di seluruh bandar, mengatakan mereka adalah penganjur dengan kerjasama sahaja daripada kerajaan negeri.

"Ini satu gambaran jelas perlanggaran persefahaman oleh Red Carpet Worldwide," ujarnya.

Takiyuddin menambah, beliau turut dimaklumkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustafa Mohamad, bahawa Menteri Besar Kelantan, tidak dibenarkan untuk berucap dalam majlis berkenaan walaupun juga telah dipersetujui sebelumnya.

Pada 5 Mei lalu, Exco telah bersetuju untuk menganjurkan program itu secara bersama antara kerajaan negeri dengan Red Carpet Worldwide dengan beberapa syarat.

Katanya, sebelum ini program berkenaan dirancang antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan Red Carpect yang bertindak sebagai event management.

"Antara syarat yang dipersetujui bersama antaranya majlis perasmian itu akan dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan, Muhammad Faris Petra.

"Yang keduanya, antara yang bakal berucap pada majlis itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," ujarnya.

Katanya lagi, Pengerusi Jawatankuasa Induk juga telah melantik empat orang anggota Exco kerajaan negeri bagi mengurus program tersebut.

Jelasnya, antaranya Haji Abdul Fatah Mahmud, Datuk Mejar (B) Mohd Anizam Abdul Rahman, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan beliau sendiri mengikut portfolio masing-masing.

Katanya lagi, keempat-empat Exco berkenaan juga sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk telah diberi tanggungjawab untuk mengangkat surat kepada Pemangku Raja untuk menjemput bagi merasmikan majlis berkenaan pada 16 Jun, iaitu malam ini.

"Alhamdulillah dua hari lepas, iaitu 14 Jun lalu saya telah menerima surat dari istana memaklumkan Pemangku Raja telah menyatakan persetujuan baginda untuk berangkat malam ini di stadium.

"Namun beberapa hari ini, kerajaan negeri mendapat maklum dan telah ditunjukkan bukti yang jelas pihak Red Carpet Wordwide tidak mematuhi persetujuan dan persefahaman yang telah dicapai bersama," ujarnya lagi.

Katanya, jika Menteri Besar tidak berucap, kemungkinan pihak Red Carpet akan berucap bersama Perdana Menteri.

Sehubungan itu, kerajaan negeri mengumumkan untuk menarik diri dari menyertai program berkenaan di mana semua pemimpin kerajaan negeri, para pegawainya juga tidak akan hadir malam ini.

Jelas Takiyuddin lagi, acara-acara yang bakal dipersembahkan malam ini melalui TIC seperti persembahan 1,000 pesilat, persembahan gendang besar, kejohanan bola sepak street soccer dan program di bawah majlis kerja raya juga ditarik balik. - harakahdaily

Aku cuma nak kata:


Mereka yang berkenaan ni selalu nya bukan reti nak hormat dengan tuan rumah bila bertandang rumah orang. Dah lah lah tak hormat, tambah pulak dengan kurang ajar, pastu kekadang macam belanda dapat tanah pun ada jugak.

Aku teringat dulu ada sekali tu Pak Lah datang buat lawatan ke Kelantan atas kapasiti nya sebagai Perdana Menteri, haram langsung tak bagitau dan jemput pihak Kerajaan Negeri Kelantan sebagai tuan yang empunya rumah. Kemudian nya semasa upacara perasmian Koridor Pantai Timur, Tuan Guru Nik Aziz dalam ucapan alu aluan nya 'smash' sebiji sebiji tang kepala Pak Lah and the gang. Kata Tok Guru, lain kali masuk rumah orang beri salam dulu dan kalau masuk rumah orang ikut lah pintu depan, bukan nya ikut tingkap atau pintu belakang macam pencuri.

Mungkin jugak Red Carpet Wordwide ditekan oleh pihak yang lebih berkuasa, sehingga menyebabkan Red Carpet serba salah. Red Carpet hanya cari makan dan terpaksa lah ikut cakap tuan besar.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


NIAT UNTUK MEMALUKAN, TETAPI DIMALUKAN.....

Posted: 16 Jun 2010 12:01 PM PDT

Posted by faqir putih

Malam ini asalnya dijangka mencatat sejarah tertentu bagi Kelantan. PM akan sepentas dengan Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan, menyaksikan perasmian Kelantan Fiesta oleh Baginda Pemangku Raja Kelantan.

Malam ini, sejarah masih tercatat tetapi dengan cara yang sama sekali tidak dijangka.

Bukan sahaja Pemangku Raja tidak berangkat atas apa jua sebab, PM yang dalam rangka lawatan rasmi sehari ke Kelantan dan kemuncaknya akan merasmikan sendiri event Kerajaan Pusat yang dinamakan Kelantan Fiesta itu di Stadium Sultan Muhammad, pulang awal tanpa sempat menjejakkan kaki ke situ.

MB dan Kerajaan Negeri memutuskan tidak bersama, antara lain kerana pertukaran dari 'agenda bersama' kepada 'hanya agenda Pusat'. Poster One Malaysia menunjukkan PM akan merasmikan acara itu tergantung di sana sini.



Kemuncaknya malam ini, hujan ribut 'menyerang' semua persiapan di Stadium bersejarah itu. Hujan bermula sejak 8.30 malam. Sehingga jam sebelas setengah, ia masih turun renyai-renyai selepas turun dengan lebat sebelumnya.

Orang ramai, atas apa jua sebab, samada kerana hujan dan ribut mahu pun hal yang lain, tidak membanjiri stadium itu seperti lazim berlaku pada acara anjuran Tok Guru sebelum ini. Suku stadium pun tak ada. Lengang.

Tentulah memalukan untuk PM datang berucap dalam suasana hiba seperti itu. Ia bukan lagi kemuncak yang ditunggu tetapi kemuncak yang sangat mengharukan.

Tidaklah ganjil untuk PM memutuskan terus menaiki pesawat pulang ke pangkuan keluarga tercinta.


Tok Pa terpaksa menggunakan Loud Hailer kerana
Sound System gagal berfungsi

Datuk Mustapa terpaksa memikul akibat dari keputusan politik dangkal mengenepikan Kerajaan Negeri dan tetamu kehormat lainnya di saat akhir, sehingga akhirnya beliau terpaksa berdiri di hadapan padang yang kosong untuk acara perasmian mengantikan PM. Tugas yang berat. Tak semena-mena, bekalan elektrik pula terputus.

Ketentuan Ilahi nampaknya tidak menyebelahi penganjur, walau apa jua motif mereka.

Saya membuat catatan ini sebagai mengingati besarnya kuasa Ilahi dan eratnya Kelantan dijaga oleh Pengawal langit dan bumi.

Di padang yang mulia kerana telah menyaksikan ratusan ribu manusia telah sujud di atasnya dan tidak kurang pula titisan air mata yang tumpah ketika heningnya hubungan para hamba dengan Sang Pencipta di situ dalam siri-siri solat hajat yang telah berjalan berbelas kali, nyata menunjukkan keramatnya.

Termasuk solat hajat royalti minyak. Solat hajat untuk ummat Palestin. Solat hajat untuk memenangkan perjuangan rakyat.

Nampaknya, padang itu tidak mudah melupakan pihak yang menganiayai rakyat Kelantan tetapi mahu berpesta di atasnya.

Mengenepikan tuan rumah - tentulah bukan langkah bijak. Apa lagi, PM semata-mata bukanlah tarikan besar bagi orang Kelantan untuk memenuhi stadium sebesar itu. Usahkan stadium, dewan biasa pun belum tentu penuh.

Lantaran itulah, langkah awal penganjur ialah berpijak atas kerjasama dengan Kerajaan Negeri. Bermakna bekerjasama dengan populariti Tok Guru. Dari sana, penetrasi boleh bermula.

Entah apa gerangan dan perhitungan, di saat akhir mereka ingin bersendiri. Sesetengah berkata, 'UMNO tetap UMNO...'.

Ada peluang, mereka mencengkam. Taring UMNO mereka sentiasa tersedia.

Sumber: Dari Sungai Derhaka.blogspot


ZAHRAIN BILA KENYANG KENTUTNYA BUSUK UMPAMA BANGKAI

Posted: 16 Jun 2010 11:24 AM PDT

MP Katak dari P.Pinang yang sering lapar bernama Zahrain menggelarkan DS Anwar sebagai Ketua Pembohong. Baca kenyataan spesis katak itu di sini. Zahrain nampaknya tidak habis-habis hendak menjelirkan lidah panjangnya untuk `menjilat' Najib. Isu atau hujah sudah tiada buat katak muka tebal ini, maka bertindaklah seperti budak-budak yang belum berkhatan lagi.

Sampai sekarang Zahrain tidak berani kosongkan kerusi yang rakyat undi atas tiket PR itu. Mana mungkin muka tebal dan bacul si Zahrain itu mahu kosongkan kerusi tersebut kerana beliau tahu betapa nanti imejnya akan ditelanjangkan oleh rakyat di kawasannya. Sekarang pun imej Zahrain di sisi rakyat sudah separuh bogel. Pendedahan tingkah laku Zahrain serta kisah perutnya yang sentiasa lapar mahu disuap itu sudah diketahui umum. Maka, tidak hairanlah jika katak kebulur ini merepek tidak tentu hala, hujan tidak juga turun.

Semasa di dalam PKR, MP katak ini tidak berperanan berbahas untuk rakyat. Di dalam Parlimen kerja beliau tersandar di kerusi empuk dengan perut buncit sambil mulut menganga menanti disuap. Bila sudah terlalu lama menganga mulut hingga dimasuki lalat, akhirnya Zahrain nekad untuk menjadi katak. Mungkin sekarang perut yang dahulunya buncit berisi angin, kini buncit dengan hasil suapan dari sekutu Apco yang disokongnya itu. Bila sudah terlalu kenyang, kentut pun berbau bangkai menusuk hidung kita semua. Kesihan Zahrain, sampai bila mahu jadi pelacur politik semurah itu?/mandor.blogspot.com

MAHU MALUKAN NIK AZIZ, AKHIRNYA NAJIB YANG DAPAT MALU ?

Posted: 16 Jun 2010 11:05 AM PDT

Yusri Amin

KOTA BHARU, 16 Jun: Di sebalik pemulauan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu.

Walaupun mengikut jadual asal, majlis itu akan dirasmikan oleh Najib, tetapi beliau digantikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Lebih mengecewakan penganjur bersama program itu, Red Carpet Worldwide, apabila hanya kira-kira 300 sahaja yang hadir dalam suasana hujan lebat yang turun mencurah-curah selepas Maghrib.

Bahkan, ada di kalangan pengunjung yang berpatah balik kerana tidak selesa berada pada majlis itu, ditambah pula bekalan elektrik turut terputus.

Petang tadi, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, kerajaan negeri akan memulau majlis perasmian itu yang sepatutnya disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Najib Tun Razak di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV.

Ini kerana, katanya pihak penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berucap.

Tambahnya, penganjur bersama majlis itu, Red Carpet Worldwide Sdn Bhd telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri sebelum ini.

Beliau yang juga Adun Bunut Payong berkata, mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra akan merasmikan fiesta itu dan Menteri Besar turut berucap, tetapi keputusan terbaru tidak membenarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap di samping tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja.

Ekoran itu, jelasnya semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti persembahan 1,001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar turut dibatalkan.

Sementara itu, Perdana Menteri yang membatalkan untuk merasmikan Kelantan Fiesta itu bergegas pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada 10.30 malam.

Ekoran itu, RTM turut membatalkan untuk mengadakan siaran langsung.

Namun, RTM dalam Berita Jam 8 masih lagi mewar-warkan keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan untuk merasmikan program Kelantan Fiesta 2010 di samping menyatakan akan menyiarkan program itu secara langsung melalui TV1.

Tindakan terus menghebahkan keberangkatan Pemangku Raja sebagai strategi untuk menarik rakyat Kelantan ke majlis tersebut dan dilihat sebagai tindakan terdesak serta tidak menghormati institusi istana yang jelas melalui surat memaklumkan 'atas sebab-sebab tertentu' di mana Pemangku Raja membatalkan hasrat untuk merasmikan karnival itu.

Tindakan Umno negeri yang menaikkan banner dan bunting gambar Najib dan 1Malaysia sebenarnya suatu tindakan menderhaka walapun merasakan itu perancangan terbaik mereka, sebenarnya lebih memualkan rakyat Kelantan yang sememangnya tidak menyahut seruan 1Malaysia./Harakahdaily

KARNIVAL KELANTAN, MB KELANTAN PUN DILARANG BERUCAP ?

Posted: 16 Jun 2010 01:55 AM PDT


Rizal Tahir

KOTA BHARU, 16 Jun: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama dengan Exco-Exco dan pegawai-pegawai kerajaan negeri tidak akan menghadiri majlis perasmian Karnival Kelantan Fiesta 2010 yang akan berlangsung pada malam ini.

Ini kerana, pengurus acara berkenaan, Red Carpet Worldwide, didakwa telah melanggar dan tidak menghormati persetujuan yang diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra yang telah bersetuju untuk berangkat bagi merasmikan fiesta berkenaan sebagaimana yang dipersetujui banginda menerusi surat bertulis 14 Jun lalu juga tidak akan hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pengerusi Karnival Kelantan Fiesta 2010, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) berkata, kerajaan negeri telah diketepikan dan tidak dihormati dalam membuat keputusan.

"Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam program Fiesta Kelantan yang akan berlansung bermula 16 hingga 19 Jun ini.

"Pihak Red Carpet tidak menghormati persetujuan dan persefahaman yang diberikan oleh kerajaan negeri, antaranya kenyataan rasmi Red Carpet Worldwide, di dalam akhbar mengatakan yang merasmikan program ini adalah Perdana Menteri," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat Exco, di sini tengah hari tadi.

Red Carpet Worldwide, melalui siaran-siaran di seluruh bandar, mengatakan mereka adalah penganjur dengan kerjasama sahaja daripada kerajaan negeri.

"Ini satu gambaran jelas perlanggaran persefahaman oleh Red Carpet Worldwide," ujarnya.

Takiyuddin menambah, beliau turut dimaklumkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustafa Mohamad, bahawa Menteri Besar Kelantan, tidak dibenarkan untuk berucap dalam majlis berkenaan walaupun juga telah dipersetujui sebelumnya.

Pada 5 Mei lalu, Exco telah bersetuju untuk menganjurkan program itu secara bersama antara kerajaan negeri dengan Red Carpet Worldwide dengan beberapa syarat.

Katanya, sebelum ini program berkenaan dirancang antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan Red Carpect yang bertindak sebagai event management.

"Antara syarat yang dipersetujui bersama antaranya majlis perasmian itu akan dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan, Muhammad Faris Petra.

"Yang keduanya, antara yang bakal berucap pada majlis itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," ujarnya.

Katanya lagi, Pengerusi Jawatankuasa Induk juga telah melantik empat orang anggota Exco kerajaan negeri bagi mengurus program tersebut.

Jelasnya, antaranya Haji Abdul Fatah Mahmud, Datuk Mejar (B) Mohd Anizam Abdul Rahman, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan beliau sendiri mengikut portfolio masing-masing.

Katanya lagi, keempat-empat Exco berkenaan juga sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk telah diberi tanggungjawab untuk mengangkat surat kepada Pemangku Raja untuk menjemput bagi merasmikan majlis berkenaan pada 16 Jun, iaitu malam ini.

"Alhamdulillah dua hari lepas, iaitu 14 Jun lalu saya telah menerima surat dari istana memaklumkan Pemangku Raja telah menyatakan persetujuan baginda untuk berangkat malam ini di stadium.

"Namun beberapa hari ini, kerajaan negeri mendapat maklum dan telah ditunjukkan bukti yang jelas pihak Red Carpet Wordwide tidak mematuhi persetujuan dan persefahaman yang telah dicapai bersama," ujarnya lagi.

Katanya, jika Menteri Besar tidak berucap, kemungkinan pihak Red Carpet akan berucap bersama Perdana Menteri.

Sehubungan itu, kerajaan negeri mengumumkan untuk menarik diri dari menyertai program berkenaan di mana semua pemimpin kerajaan negeri, para pegawainya juga tidak akan hadir malam ini.

Jelas Takiyuddin lagi, acara-acara yang bakal dipersembahkan malam ini melalui TIC seperti persembahan 1,000 pesilat, persembahan gendang besar, kejohanan bola sepak street soccer dan program di bawah majlis kerja raya juga ditarik balik./Harakahdaily

LOMPAT PARTI - SATU PERHIMPUNAN BANTAHAN DI DUN MALIM NAWAR

Posted: 16 Jun 2010 01:07 AM PDT

Paling tadah: DAP anjur perhimpunan
Jun 16, 10 3:42pm


DAP Perak akan mengadakan satu perhimpunan di Malim Nawar dalam waktu terdekat bagi memberi penerangan kepada orang ramai berhubung tindakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) kawasan itu, Keshvinder Singh yang mengumumkan keluar dari parti itu semalam.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming (kiri, berbaju gelap), berkata perhimpunan itu akan diadakan di Kampung Baru Mambang Di Awan.

Ia dijangka dihadiri anggota parlimen Jelutong Karpal Singh, ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, katanya.

"Mesyuarat DAP negeri yang diadakan di Wisma DAP di Ipoh lewat malam semalam turut memutuskan untuk menubuhkan Pusat Khidmat Masyarakat DAP di kawasan Malim Nawar yang akan dirasmikan Jumaat ini.

Buat sementara ini, pusat itu akan diketuai ADUN Keranji, Chen Fook Chye," katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.

Semalam, Keshvinder yang juga seorang peguam mengumumkan keluar dari DAP untuk menjadi wakil rakyat Bebas disebabkan kecewa dengan pimpinan pembangkang di Perak yang berpolitik berlebihan sehingga mengabaikan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat.

Sementara itu, Nga yang juga ahli parlimen Taiping berkata beliau mahu berdebat dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung langkah kerajaan membenarkan perjudian bola sepak di negara ini. /Malaysiakini

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Zahrain Mahu Menjadi Wira Anti-Judi

Posted: 16 Jun 2010 10:39 PM PDT


Berita HArian keluaran hari ini menyiarkan pendedahan MP Bayan Baru bahawa MP Permatang Pauh semasa BERADA di dalam UMNO dan MENJADI TPM pada masa dahulu telah membawa masuk judi ke Sabah.

Sound Direct aku:

Ahahahahhahaha

Tidak hairanlah,dulu dalam UMNO semua boleh jadi.Sabah pun bukan ada Ketua Negeri yang menjadi penaung Islam,para pemimpin yang kurang beriman itu naiklah tocang masing-masing.Sedangkan di Pahang pun ada kasino,tiada siapa pun mahu persoalkannya.

Isu MP Permatang Pauh dan MAGNUM ini saya dah dengar lama dah,diceritakan kenalan yang pro-UMNO.Ya atau tidak,wallahu'alam.MP Bayan Baru ini pun cakap sahaja,tapi tidak pula menunjuk bukti,cakap MP Permatang Pauh "Ketua Pembohong",kalau begitu dia pun samalah,jadi "Katak Pembohong".

Apa-apa pun,MP Bayan Baru telah mendedahkan juga bukti yang judi halal dalam UMNO.Siapa yang UMNO boleh bangkang "sound direct aku" ini?

Apa-apa pun,pendedahan ini bukan sahaja dilihat sebagai meludah orang terpalit kepada bapa sendiri,maksudnya UMNO,tetapi MP Bayan Baru meludah terkena tempiasnya sendiri.Mengapa?Maklumlah,dah tahu perangai MP Permatang Pauh itu buruk,mengapa tidak dari dahulu lagi keluar parti,ataupun,tidak langsung menjadi ahli PKR dan tinggal terus di dalam tempurung UMNO.Jadi,beliau ini cakap tidak serupa bikinlah.Suka sangat jadi penjilat.

Sekian,

Wallahu'alam

Assalamualaikum warahmatullah dan Selamat sejahtera.

KATAK OH KATAK MENGAPA KO PANGGIL HUJAN!!
MACAM MANA KALAU TAK PANGGIL..
TAK DAPAT TEMPURUNG BARU!!!! AHAHAHAHAHAHAH

Pakatan Rakyat Disindir Najib Razak

Posted: 15 Jun 2010 11:10 PM PDT

Sound Direct:Senyuman keceriaan pengkhianat rakyat!!!..woooooohooooo

Berita di TV9 pada 12:00 tengah hari tadi menyiarkan mengenai komen PM mengenai desakan MP Bukit Gelugor mengenai pengenalan akta untuk mengawal perwakilan untuk melompat parti.Akta ini mengenai etika ahli politik.

Namun,PM menyindir denagn menyatakan sedemikian;

"dia curik orang kita boleh,kita curik orang dia tak boleh plak"

Pakatan Rakyat disindir.

Apa-apa pun,macam aku tak tahu yang ADUN Bota tu dulu memang sudah diarah untuk melakukan operasi "Sertai PKR Seminggu".

Tidak hairan lebih ramai lagi yang akan melompat parti selagi BN memerintah.MP Permatang Pauh,senjata telah memakan tuan.Tetapi bagus juga,kalau sudah keluar parti itu kita senarai hitamkan saja.Tidak seperti Dr.M,keluar masuk parti macam rumah sendiri,eh,memang UMNO parti KELUARGA pun.Dr.M tidak ada maruah.Macam "asskisser" dia juga.

Sekian,

Assalamualaikum warahmatullah dan Selamat sejahtera.

Wallahu'alam

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Melayu Minoriti: Penganalisi sanggah dakwaan Mahathir - " Hanya untuk menakutkan Melayu supaya sokong Umno"

Posted: 16 Jun 2010 07:11 PM PDT


(Sekadar gambar Hiasan)

Tak mungkin Melayu akan jadi kaum minoriti, kata penganalsis

KUALA LUMPUR, 17 Jun — Kebanyakan penganalisis politik menolak dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan orang Melayu negara ini berhadapan dengan risiko menjadi minoriti jika terus bertelagah dalam arena politik.

Ini kerana walaupun orang Melayu dibezakan dengan fahaman politik, tetapi ia tidak akan menjadi faktor utama kaum tersebut akan menjadi minoriti.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, tidak mungkin orang Melayu akan jadi minoriti di negara ini.

"Walaupun kaum Melayu negara ini mewakili (lebih) 60 peratus penduduk tetapi dalam jangka masa panjang saya percaya jumlah tersebut akan meningkat.

"Jadi tidak mungkin orang Melayu akan menjadi minoriti dalam amalan demokrasi negara," katanya.

Malah menurut beliau, perlembagaan juga sudah jelas akan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Beliau berkata orang Melayu kemungkinan besar boleh jadi minoriti dari segi kekuatan politik sahaja.

"Jika kita lihat dari segi kekuatan politik kemungkinan ia akan memberikan kesan kerana sekarang kita lihat imbangan politik lebih memihak kepada orang bukan Melayu.

"Keadaan orang Melayu akan jadi minoriti itu juga bergantung kepada orang Melayu sekiranya mereka hendak memberika kuasa kepada orang bukan Melayu," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa orang Melayu negara ini berhadapan dengan risiko menjadi minoriti jika terus bertelagah dalam arena politik.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, kaum Melayu berpecah ekoran pendirian parti-parti politik yang hanya mengutamakan keuntungan perjuangan masing-masing.

Dr Mahathir berkata masyarakat Melayu berhadapan dengan krisis dan perlu bertindak segera sebelum mereka melalui nasib yang dialami oleh orang Melayu di Singapura.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian berpendapat walaupun orang Melayu hari ini sering kali bercanggah pendapat terutamanya dari segi fahaman politik tetapi ia tidak akan menyebabkan kaum tersebut menjadi minoriti.

"Walaupun dipisahkan dari segi politik tapi saya tidak lihat orang Melayu akan menjadi minoriti.

"Ini kerana walaupun sering kali bertelagah antara satu sama lain ia hanya memberi kesan kepada jurang dalam orang Melayu.

"Lagipun dalam amalan demokrasi yang ada sekarang ia pasti tidak akan berlaku," katanya.

Bagi pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azmi Sharom, kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir hanya untuk menakutkan orang Melayu kerana masih ramai yang berpegang kepada idealogi bangsa.

"Sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri.

"Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti," katanya.

Beliau juga menyifatkan kenyataan Dr Mahathir Isnin lalu sebagai terdesak dan tidak bertamadun.

"Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir.

"Selain itu, ini hanya permainan politik yang dimainkan beliau untuk menakutkan orang Melayu dengan harapan mereka akan kembali kepada pembela negara iaitu Umno," katanya.

Sementara itu, pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berkata orang Melayu akan jadi minoriti jika perpecahan yang berlaku selama ini tidak dibendung.

"Jika berlaku perpecahan di kalangan orang Melayu mereka akan menjadi lemah dan pada masa jika orang bukan Melayu bersatu tidak mustahil orang Melayu akan menjadi minoriti," katanya.

Jelas beliau, ditambah pula dengan kedudukan ekonomi orang Melayu yang mana ramai miskin, maka secara automatik orang Melayu akan tertindas dan "berada dalam kedudukan terbawah dalam masyarakat di negara ini."

"Apabila perkara ini berlaku orang Melayu akan menjadi hamba kepada orang bukan Melayu dalam negara sendiri," katanya.

Beliau berkata keadaan itu sudah berlaku cuma orang Melayu tidak menyedarinya.

"Di Pulau Pinang perkara ini sudah berlaku di mana kepimpinan DAP menyisihkan orang Melayu dan kita lihat PAS dan PKR yang kononnya mahu membela nasib tidak mampu berbuat apa-apa.

"Selain itu, mentaliti dan pemikiran orang Melayu hari ini lemah dan tidak dapat dibangkitkan sekiranya mereka menjadi minoriti.

"Justeru orang Melayu perlu sedar akan kedudukan mereka sekarag dan mengukuhkan perpaduan yang kuat melalui kepimpinan yang baik," katanya. - TMI

Malaysia bankrup 2019: Selepas duit Petronas 'hilang', Sime Darby, Pos Malaysia, skrg duit Felda pula!

Posted: 16 Jun 2010 06:39 PM PDT



Oleh: Pria Malaya

Hanya Umno/BN pandai dan layak memerintah?? Hanya Umno bawa kemajuan dan pembangunan?? Tanpa Umno negara mundur?? Pembangkang perintah negara hancur???....hanya satu jawapannya, Umno bukanlah segala-galanya.....fikir2kan....

Simpanan tunai Felda merosot lebih RM2 bilion

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Kerajaan pusat secara terbuka hari ini mengakui simpanan tunai Felda telah merosot sehingga RM1.35 bilion tahun lalu berbanding paras RM4.08 bilion dimiliki pada 2004.

Bagaimanapun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa penurunan simpanan tunai bukan kerana salah urus Felda.

"Kami tidak pernah salah gunakan dana (Felda)," kata Ahmad di Dewan Rakyat hari ini sambil menjelaskan kewangan agensi itu diuruskan dengan baik.

Ketika bercakap pada sidang media selepas itu, Ahmad berkata, dana agensi itu digunakan untuk pelbagai projek.

"Sebanyak RM2 bilion digunakan untuk penanaman semula, deposit pulangan dan kos sokongan sara hidup bagi peneroka.

"Sejumlah RM603 juta digunakan untuk pinjaman perumahan bebas faedah manakala RM253 juta diperuntukkan sebagai dana khas untuk pembasmian kemiskinan di Sabah.

"Sebanyak RM662 juta dibelanjakan untuk membeli Menara Felda 50 tingkat," katanya.

Ahmad menambah, meskipun simpanan tunai merosot tetapi aset Felda mengalami peningkatan.

"Simpanan tunai menurun RM2.37 bilion manakala aset meningkat RM6.2 bilion," kata Ahmad.

Terdahulu Ahmad menjawab soalan Ahli Parlimen Ledang Hamim Samuri yang mengemukakan soalan mengenai fitnah di internet bahawa adanya unsur salah guna kuasa di agensi pembangunan tanah itu.

Hamim merujuk kepada surat terbuka bekas menteri tanah dan koperasi Datuk Tan Kee Kwong yang mendakwa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memufliskan Felda.

Tan yang merupakan ahli PKR yang aktif mendakwa tunai simpnan Felda sekitar RM4.5 bilion pada 2004 tetapi telah menurun sehingga RM200 juta.- TMI

'Tragedi' Fiesta Kelantan 2010: Inilah balasan menghina MB Tuan Guru Nik Aziz selaku tuan rumah...

Posted: 16 Jun 2010 09:56 AM PDT



Oleh: Facebook 'Kami Benci Saiful Bukhari!'

a) Najib tiba2 terpaksa membatalkan utk hadir ke majlis pelancaran Fiesta Kelantan 2010 (Najib dan Rosmah dikatakan sempat 'melarikan diri' menaiki kapal terbang sebelum beratus-ratus penunjuk perasaan sampai ke lapangan terbang- Tukar Tiub)

b) Mustafa Mohamad yang ganti Najib merasmikan Fiesta Kelantan (nak kenakan Tok Guru, akhirnya Najib yg terkena!)

c) 300 orang shj yang hadir (jauh meleset dari jangkaan ribuan orang yg akan hadir)

d) Hujan mencurah2 sejak maghrib (Hujan tersangat lebat diikuti angin kencang)



e) Bekalan elektrik terputus, Stadium Blackout

f) Pembesar suara bermasalah, terpaksa menggunakan Loud Hailer!

g) RTM membatalkan siaran langsung

h) Berita jam 8 RTM mengwar2kan acara ini, kononnya akan dirasmikan oleh Pemangku Sultan Kelantan



i) Pemberitahuan ini sbg strategi bagi menarik minat rakyat Kelantan hadir melihat sendiri upacara perasmian yang dilakukan sendiri oleh Pemangku Sultan

j) Banner perasmian Fiesta ini hanya diletakkan Najib dan 1Malaysia, menderhaka kpd sultan, bukan dia yang rasmi pun. Pemangku Sultan pun dah menarik diri dari merasmikan bila merasakan seolah2 Najib yang nak rasmi

Itu fakta. Mampus UMNO. Lu masuk umah gua, lu buat suka hati. padan muka lu. bongok terlampau. lu perdana menteri ke, pengerusi umno negeri ke, asal lu kurang ajar dgn tuan rumah,terimalah pembalasan. Ingat, bumi ni milik Allah. Allah berkuasa mutlak menghalau penyangak2 spt lu dgn pelbagai2 cara. - angah

p/s: Selepas melakukan sedikit edit dan tambahan...


Ikuti pula catatan YB Husam Musa dan MSO dlm mengulas tragedi memalukan ini di bawah:

- Hujan Iringi PM Terbang Awal (Husam Musa)
- Kilau, Kilat Dan Hujan Di Kota Bharu (MSO)

Kerana Najib, penganjur mungkir janji: Menteri Besar Kelantan dinafikan hak utk berucap di Fiesta Kelantan 2010

Posted: 16 Jun 2010 07:26 AM PDT



Oleh: Facebook 'Kami Benci Saiful Bukhari!'

Lu datang umah gua, lu pegi dapur, lu bukak peti ais, lu ambik semua makanan2 yang ada dalam tu. Lu nampak cola radix keluaran HPA, terus lu rembat dan minum. Bila lu kenyang, lu masuk bilik gua, lu baring, lepas tu lu tido.

Persoalannya skrg ni, tu rumah lu ke rumah gua? Mana adab lu datang umah gua? Apa kepala bana datang umah gua buat macam umah lu sendiri? Gua boleh je hidangkan segala jenis makanan yang ada kat umah gua. Jangan kata Cola Radix, Ayam RFC Radix pun gua sanggup belikan. Lu tetamu gua, gua layan lu as a tetamu.




Tapi lu tak macam tu, ikut kepala lu je buat macam umah sendiri. Gua panas bhai. <--- Najib datang Kelantan. Nak rasmikan itu la Fiesta Kelantan malam ni. TG Nik Aziz sbg Menteri Besar. Sbg Tuan Rumah. Orang luar datang, tak kira la dia PM ke apa, dia tetamu. Kena la hormat tuan rumah. Ada pulak bila pelancaran Fiesta ni, TG tak dibenarkan buat ucapan. BINAWE sungguh!!

Sepatutnya TG membuat ucapan alu2an, kemudian baru ucapan PM Najib. Tapi 13 Jun, pihak penganjur gtau Menteri Besar Kelantan tidak akan membuat ucapan. Ini betul2 memalukan MB sbg tuan rumah. Sampai pemangku Sultan Kelantan sendiri khabarnya tidak akan menghadiri Fiesta ini bagi merasmikannya kerana telah digambarkan awal2 seolah2 PM yang merasmikan. BRENGSET!!!! - angah

Berita penuh...

Nik Aziz, exco pulau Fiesta Kelantan malam ini

Majlis perasmian Fiesta Kelantan 2010 yang sepatutnya dirasmikan Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Datuk Seri Najib Razak di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke—IV di Kota Bharu, malam ini akan dipulaukan kerana penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat berucap. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata penganjur bersama majlis itu, Red Carpet World Wide Sdn Bhd, telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri.

Beliau berkata mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra dijadual merasmikan fiesta itu dan Nik Aziz turut berucap tetapi mengikut keputusan terbaru, Nik Aziz tidak dibenarkan berucap manakala majlis itu tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di Kota Bharu hari ini, Takiyuddin berkata, tindakan penganjur itu menyinggung perasaan kerajaan negeri yang diketepikan dalam banyak perkara.

Takiyuddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Fiesta, juga berkata kerajaan negeri tidak akan menghalang sebarang aktiviti yang dijalankan sepanjang Fiesta selama tiga hari itu selagi ia memenuhi syarat yang diluluskan pihak berkuasa tempatan.

Bagaimanapun, katanya, semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti pertunjukan 1001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar, dibatalkan. - Bernama

PANAS: Kesatuan Pelabuhan Norway boikot kapal Israel, Malaysia bawah teraju Umno restu!

Posted: 16 Jun 2010 03:24 AM PDT



Union Port Norway boikot kapal Israel

Selasa, 15/06/2010 – Sebagai panggilan oleh Syarikat Pekerja Palestin dan kesatuan pekerja lain seluruh dunia, Kesatuan Pelabuhan Norway ( Union Port Norway ) memutuskan untuk bergabung dengan Sweden memboikot semua kapal Israel bermula pada 15 Jun. Para pekerja tidak akan memunggah atau mengangkat barangan daripada kapal Israel ke pelabuhan mereka.



(Kapal milik Israel Zim Genova yang berdaftar di Israel berlabuh di Pelabuhan Barat , Klang Isnin lalu)

Keputusan selepas mendapat reaksi spontan pekerja mereka dan separuh daripada rakyat Norway menyokong tindakan tersebut. Mereka akan memboikot selama dua minggu, walaupun Sweden akan memboikot sehingga 24 Jun.

Syarikat Pekerja Palestin menyeru dunia Arab, serantau dan kesatuan pekerja antarabangsa untuk mengambil sikap serius terhadap tindakan ganas Israel dalam serangan ke atas konvoi Keamanan Flotilla yang mengorbankan puluhan nyawa. Selain itu, kesatuan pekerja di Afrika Selatan, yang merupakan sekutu Kongres Syarikat Pekerja Afrika Selatan (COSATU), menyahut seruan untuk memboikot Israel, tetapi masih tidak mengisytiharkannya.




Syarikat Pekerja di Palestin menyambut baik tindakan Norway, Sweden, Greece, England, Kanada dan Afrika Selatan dalam menolak dan mengecam serangan Israel terhadap Palestin dan para aktivis, dan menentang pengepungan Israel di Gaza. - www.imemc.org

Berita Terdahulu (Mesti Baca):
- Kapal Israel di Pelabuhan Klang: Bukti Umno hipokrit! (video inside)

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) hari ini mendesak kerajaan Umno-Barisan Nasional menjelaskan kenapa membenarkan kapal Israel Zim Genova yang berdaftar di Israel berlabuh di Pelabuhan Barat , Klang Isnin lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini dua pertubuhan itu berkata pendedahan yang dibuat di dalam rencana Utusan Malaysia pada 9 Jun lalu membuktikan pada haikatnya kerajaan tidak konsisten dalam hal hubungannya dengan Israel.

"Makluman bahawa ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini, semada secara terus atau dari negara ketiga adalah amat mengejutkan.

"Persoalan yang ditanya benarkah Israel diizinkan memasuki ke pelabuhan kita dan mengadakan aktiviti perdagangan dengan negara ini, dan ini secara jelas telah dijawab oleh Menteri Pengangkutan.

"Mapim dan Shura amat kesal dengan pendedahan yang menunjukkan hiprokasi yang amat nyata," kata kenyataan itu yang diemel kepada Suara Keadilan.

Menurut Setiusaha Agung Mapim, Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi Shura, Abdul Ghani Samsuddin adalah anehnya ketika usul khas di Parlimen dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 7 Jun lalu berkaitan dengan kecaman dan tindakan yang akan di bawa oleh kerajaan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk bertindak ke atas Israel, tiba-tiba pada hari yang sama dilaporkan kapal Zim Genova milik syarikat Zim Israel Navigation Company berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo yang besar.

"Lebih pelik lagi dilapor oleh rencana tersebut selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).

"Mapim dan Shura terkejut bagaimana pula ada rundingan senyap hubungan perdagangan atau perkhidmatan pelabuhan dilakukan dengan syarikat perkapalan Israel dengan Malaysia.

"Ini sudah pasti suatu penipuan kepada rakyat Malaysia dan dunia umumnya, betapa Malaysia bertalam dua muka dalam perhubungannya dengan Israel.

"Kenyataannya bila kapal kemanusiaan Mavi Marmara dan Rachel Corrie yang disertai rakyat Malaysia kita dihalau dan diserang di pengairan antarabangsa kenapa pula kapal Israel sewenang-wenangnya dibenarkan berlayar dan berdagang di negara ini!," tegas kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu mencabar sama ada kapal MISC milik Malaysia dibenarkan memasuki Pelabuhan Haifa di Israel.

Mapim dan Shura berpendirian dengan jawapan jelas pihak Kementerian Pengangkutan bahawa kapal Israel dibenar berdagang di Malaysia, membuktikan Malaysia telah mengkhianati rakyat Palestin.

"Walau apapun syarat dan peraturan dikenakan ke atas kapal Israel, membenarkan kapal tersebut berlabuh itu sendiri adalah suatu tindakan yang bertentangan dengan sikap yang diambil oleh seluruh rakyat Malaysia dan semangat dari usul yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini.

"Penjelasan Kementerian bahawa pihak West Port menetapkan syarat kepada kapal Israel itu tidak boleh diterima samasekali. Jika Malaysia mempunyai dasar tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan negara yang tidak ditiktiraf, kenapa kapal itu dibenarkan masuk dan berlabuh di Klang?

Mapim dan Shura dengan itu mendesak supaya kerajaan mengarahkan kapal itu keluar dari Pelabuhan Klang dan menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada lagi kapal Israel yang akan dibenarkan berlabuh di pengairan Malaysia," desak pertubuhan itu lagi.

Umno/BN Pulau Pinang semakin goyah: Setiausaha Umno PP sahkan 13 cawangan Umno telah dibubarkan!

Posted: 16 Jun 2010 02:48 AM PDT



Pembubaran 13 cawangan Jelutong: Ahli Umno berang

Sekumpulan pemimpin Umno di Jelutong begitu berang dengan tindakan setiausaha Umno Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim kerana mengumumkan kepada media bahawa beberapa cawangan di negeri berkenaan akan ditutup.

Ketika sidang media lebih dua jam di Hotel Grand Continental, Pulau Pinang, mereka mencabar Azhar membuktikan bahawa cawangan berkenaan benar-benar tidak aktif dan mendakwa tidak dimaklumkan berhubung pembubaran itu oleh majlis tertinggi parti.

Kumpulan berkenaan berkata urusan membubarkan mana-mana cawangan sepatutnya dibuat oleh pemimpin tertinggi Umno dan bukannya oleh Azhar.

Menurut pemimpin Umno cawangan Persiaran Perak, Idris Osman, Pendaftar Pertubuhan juga tidak memaklumkan berhubung pembubaran cawangan berkenaan.

Katanya, semakan dengan pendaftar dua bulan lalu mendapati cawangan-cawangan berkenaan masih aktif.

"Sepatutnya majlis tertinggi parti yang patut membuat pengumuman itu, bukannya Azhar. Siapa dia untuk berbuat demikian," katanya dengan nada sinis.

Nada yang sama disuarkan oleh pemimpin cawangan Taman Perak, Mahadzir Mohd Mustaffa yang menuduh Azhar bersekongkol dengan pihak tertentu untuk menutup cawangan berkenaan demi kepentingan politiknya menjelang pemilihan parti akan datang.

"Azhar mesti melawat cawangan-cawangan berkenaan dan melihat sendiri keadaan yang sebenar. Ini isu yang besar yang bakal menentukan masa depan Umno, bukan sahaja di Jelutong tetapi juga Pulau Pinang," katanya.

Dalam pada itu, pemimpin cawangan Jalan P Ramlee Syed Feisal Syed Mohd mendakwa 13 cawangan berkenaan ditutup kerana ahlinya didakwa menyokong Pakatan Rakyat.

"Kita tidak sepatutnya bertindak tanpa sebarang bukti. Kecuali mereka didapati berceramah di pentas Pakatan Rakyat, membawa bendera pembangkang ataupun membidas Umno, kita tidak boleh mengandaikan mereka menyokong pembangkang," katanya.

Semalam, Azhar, yang juga ADUN Penaga (BN) mengesahkan 13 cawangan Umno dibubarkan.

Katanya, keputusan itu dicapai pada mesyuarat Barisan Nasional di Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Beliau juga memaklumkan bahawa semua ahli daripada cawangan yang dibubarkan itu diserapkan ke 25 cawangan yang lain. - MKini