Selasa, 15 Jun 2010

tokperan

tokperan


CETUSAN RAKYAT DUN LANCHANG MEMBIMBANGKAN UMNO DAN AGENNYA DALAM PR.

Posted: 15 Jun 2010 04:43 PM PDT

PROGRAM penerangan yang dinamakan Cetusan Rakyat Dun Lanchang anjuran Penyelaras PKR Dun Lanchang bukan saja membimbangkan Umno/Bn malahan ada beberapa orang yang mendabik dada selama ini sebagai pejuang rakyat dalam parti Pakatan Rakyat mulai gusar dan menunjukkan rasa tak senang hati dan mula menimbulkan beberapa masalah.

Mereka ini bolehlah dianggap sebagai agen Umno/Bn yang dilihat ada persamaan idea yang dilemparkan oleh pemimpin Umno tempatan dengan apa yang mereka lemparkan kepada tenaga penggiat Cetusan Rakyat Dun Lanchang ini.

Baru 2 program penerangan diadakan berturut minggu iaitu di Kampung Bongsu dan di Kampung Teris, Umno dan agennya mulai resah. Dikhabarkan beberapa perjumpaan di luar pengetahuan Penyelaras telah diadakan oleh mereka untuk menyekat program penerangan anjuran PKR itu.

Namun begitu pihak Penyelaras tetap terus melaksanakan program sehingga mendapat arahan terbaru dari peringkat atasan walaupun agen-agen Umno yang berada dalam PKR berusaha menyekatnya dengan berbagai helah.

Slogan Penyelaras PKR Dun Lanchang ialah: Buat kerja belum tentu menang, tak buat kerja dah tentu tak menang - yang tak buat kerja duduk diam-diam!

SELADANG: Membujur lalu melintang patah.

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


RM20Juta dan Malim Nawar belum cukup "nyenyak-kan" Lanun-Lanun Perak

Posted: 15 Jun 2010 07:15 PM PDT

Jelmaan semangat dan kehebatan Datuk Maharajalela Pandak Lam menentang Briish dinantikan utk menumbangkan Kerajaan Lanun Perak kini..siapakah mereka dari kalangan Adun UMNO itu..

Sedikit terkejut juga dengan mendengar terlompat juga Adun Malim Nawar yg pada suatu ketika pernah mendakwa dipancing UBN melalui agen Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu Sang Najib..
Mengikut laporan dari Malaysiakini ..pada 25 Feb lalu beliau mendakwa ditawarkan RM20Juta utk menjadi "katak panas",,
Keterkejutan ini kerana sebelum ini Ketua Penerangan PKR Perak mendakwa PKR bakal mendapat "katak" dari kem UBN..alih-alih Adun DAP pula yg terjun bersama labunya dan mengikut "katak-katak" yg terdahulu..

Adakah tindakan Adun DAP ini mengesahkan bahawa memang ada asas yg kukuh akan terdapat lompatan dari UBN ke dalam PR..dan seterusnya menguatkan lagi mmg terdapat Adun-Adun dari UMNO yg tidak berpuashati dengan layanan MB Perak lantikan Mahkamah kepada mereka dan nasib mereka tidak ubah seperti "kera dihutan disusukan..anak dirumah mati tak makan"..

Adakah sindrom ketakutan dan sensiviti yg melampau yg bersarang didalam hati para Zionis Israel yg merampas bumi di Palestine telah menjangkiti hati pada pemimpin UBN Perak..dengan kenyataan Ketua PKR Perak mengesahkan apa yg sedang mereka takuti selama ini ..iaitu bimbang ada Adun dari UMNO Perak mengambil tindakan "bebas" dan memberi sokongan kepada PR..
Ini kerana jika terbebasnya 3 Adun UMNO dn memberi sokongan kepada PR..secara automatiknya PR akan kembali menguasai majoriti didalam DUN iaitu 31PR dan UBN 28...dan apa yang pasti..mantan MB Perak yg dipilih rakyat akan segera menemui Sultan Perak utk umumkan pembubaran DUN..

Utk mengelakan terjadinya pembubaran DUN yg amat ditakuti oleh UBN maka "kemungkinan" wang RM20Juta sudah berpindah tangan dr agen kepada Adun Malim Nawar yg kalut dan gelabah utk mematikan sidang medianya ketika pengumuman "bebas" .
Dan harga RM20Juta bagaikan penyelamatkan keadaan yg kalut dan gelabah didalam kem UBN buat seketika..sambil menanti kehadiran seorang lagi Adun dari PR ut mengukuhkan keadaan yg sedia ada...kehadirann seorang lagi Adun PR amat penting kerana kedudukan majoriti sekiranya ada Adun dari UBN melompat seperti yg didakwa PR 30 dan UBN 29 dan keperluan ini diperkuatkan dengan kenyataan Konsensus Bebas bahawa akan terdapat lagi Adun PR/Ahli Parlimen akan menyertai mereka "Konsensus Bebas Melompat di Parlimen dan DUN"..Jika tidak padah menimpa Zambry dan konco-konconya.

Adakah benar 3 Adun UMNO dan seorang lagi Adun PR akan bebas sepertimana yg sedia ada ini atau tidak..sama-sama kita nantikan..dan apa yg pasti tidur Zambry sentiasa tidak nyenyak...dalam rumah pon merengek lapar..dalam hutan pon melolong kehausan..

Jelmaaan Datuk Maharajalela dan rakan-rakanya masih dinantikan utk menumbangkan rejim Lanun yg sedang merajai Kerajaan Perak...baunya sudah ada..cuma batang idungnya belum nampak..Kedatangan 'katak suci" ini dinanti-nanti...mereka ini bukan mahukan harta dan kuasa..cuma ingin kembalikan kuasa itu kepada rakyat..inilah bezanya..

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Katak DAP Lompat Lagi

Posted: 15 Jun 2010 03:18 AM PDT

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 25 Februari lalu, Adun Malim Nawar, Perak dari DAP, Keshvinder Singh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataannya kepada media di luar pejabat SPRM itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu.

Hari ini, dalam sidang medianya, Keshvinder mengumumkan beliau keluar dari DAP dan menjadi Adun Bebas dan menyokong Barisan Nasional tapi dia menafikan menerima sebarang bayaran untuk tindakannya ini dan mencabar mana-mana pihak memeriksa akaun bank beliau.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PANAS : 13 cawangan UMNO dibubar di Pulau Pinang

Posted: 15 Jun 2010 08:55 PM PDT

Susan Loone
Jun 16, 10

Sekumpulan pemimpin Umno di Jelutong begitu berang dengan tindakan setiausaha Umno Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim kerana mengumumkan kepada media bahawa beberapa cawangan di negeri berkenaan akan ditutup.


Ketika sidang media lebih dua jam di Hotel Grand Continental, Pulau Pinang, mereka mencabar Azhar membuktikan bahawa cawangan berkenaan benar-benar tidak aktif dan mendakwa tidak dimaklumkan berhubung pembubaran itu oleh majlis tertinggi parti.

Kumpulan berkenaan berkata urusan membubarkan mana-mana cawangan sepatutnya dibuat oleh pemimpin tertinggi Umno dan bukannya oleh Azhar.

Menurut pemimpin Umno cawangan Persiaran Perak, Idris Osman, Pendaftar Pertubuhan juga tidak memaklumkan berhubung pembubaran cawangan berkenaan.

Katanya, semakan dengan pendaftar dua bulan lalu mendapati cawangan-cawangan berkenaan masih aktif.

"Sepatutnya majlis tertinggi parti yang patut membuat pengumuman itu, bukannya Azhar. Siapa dia untuk berbuat demikian," katanya dengan nada sinis.

Nada yang sama disuarkan oleh pemimpin cawangan Taman Perak, Mahadzir Mohd Mustaffa yang menuduh Azhar bersekongkol dengan pihak tertentu untuk menutup cawangan berkenaan demi kepentingan politiknya menjelang pemilihan parti akan datang.

"Azhar mesti melawat cawangan-cawangan berkenaan dan melihat sendiri keadaan yang sebenar. Ini isu yang besar yang bakal menentukan masa depan Umno, bukan sahaja di Jelutong tetapi juga Pulau Pinang," katanya.

Dalam pada itu, pemimpin cawangan Jalan P Ramlee Syed Feisal Syed Mohd mendakwa 13 cawangan berkenaan ditutup kerana ahlinya didakwa menyokong Pakatan Rakyat.

"Kita tidak sepatutnya bertindak tanpa sebarang bukti. Kecuali mereka didapati berceramah di pentas Pakatan Rakyat, membawa bendera pembangkang ataupun membidas Umno, kita tidak boleh mengandaikan mereka menyokong pembangkang," katanya.

Semalam, Azhar, yang juga ADUN Penaga (BN) mengesahkan 13 cawangan Umno dibubarkan.

Katanya, keputusan itu dicapai pada mesyuarat Barisan Nasional di Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Beliau juga memaklumkan bahawa semua ahli daripada cawangan yang dibubarkan itu diserapkan ke 25 cawangan yang lain - mkini

Blogger Sabah ditahan isu "Allah"

Posted: 15 Jun 2010 08:27 PM PDT


By Queville To

PENAMPANG: A Sabah blogger was questioned by police here for an alleged offence under the Communications and Multimedia Act.

Ronnie Charles Klassen, who is currently the Sabah PKR's information chief gave his statement to the police regarding a posting in his blog on Jan 14.

Klassen, 50, told reporters waiting at the district police station that he was being investigated under Section 233 of the Communication and Multimedia Act over his comment regarding a call by the president of Council of Justices of the PeaceClarence Bongkos Malakun for the Christian community to refrain from using the word 'Allah' to refer to their God.

Klassen's posting entitled 'Sabahans fed up, no more compromise' questioned Malakun's call to Sabahans to drop the use of the word Allah voluntarily.

Under Section 233, a person is liable to a fine RM50,000 and 12 months jail if found guilty of the offence of posting any comment, request, suggestion or other communication which is obscene, indecent, false, menacing or offensive in character with intent to annoy, abuse, threaten or harass another person.

Klassen, who was accompanied by lawyers Ansari Abdullah and Jonathan Yassin, insisted that posting was not criminal in nature and described the investigation as "political intimidation".

He said Malakun should have taken him to court "if he (Malakun) thinks that he has in anyway humiliated him, instead of using the police" to intimidate him.

The social activist also questioned why the authorities were not going after controversial blogger, Raja Petra Kamaruddin since Malakun had in his police report also named the blogger for posting the same article in his Malaysia Today website. Raja Petra is believed to be currently living in self-imposed exile in Europe.

Klassen also took a swipe at Prime Minister Najib Tun Razak's 1Malaysia concept, citing a statement by Minister in the Prime Minister's Department Mohamed Nazri Abdul Aziz in mid January this year that the word Allah could be used by Christians in Sabah and Sarawak as a paradox.

"What 1Malaysia is he (Najib) talking about if only Christians in Sabah and Sarawak are allowed to use the word Allah?" he asked - FMT

Bercumbuan sebelum melakukan hubungan sex

Posted: 15 Jun 2010 10:48 AM PDT

Cumbuan sebelum seks adalah suatu usaha membangkitkan nafsu berahi wanita agar bersiap-sedia untuk mencapai kenikmatan bersama dalam bersetubuh. Kenikmatan itu dapat dicapai oleh suami isteri bilamana nafsu berahi keduanya telah memuncak dan kemudian disusuli dengan memasukkan zakar ke dalam liang faraj

Hendaklah ingat bahawa keinginan seksual wanita adalah sangat dalam dan lebih luas dari lelaki. Dapat dikatakan seluruh tubuh wanita merupakan titik ghairah iaitu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Jadi titik-titk ghairah (bahagian-bahagian tubuh yang sensitif pada rangsangan) wanita sangat luas tersebar di seluruh tubuh antaranya bibir, tengkuk, cuping telinga, buah dada (tetek), leher dan masih banyak lagi, semua mudah dirangsang. Oleh kerana letaknya yang tersebar dan kompleks, maka nafsu berahi wanita lambat timbul sehingga ia perlu dibangunkan terlebih dahulu sebelum seks (bersetubuh).

Berbeza dengan lelaki, maka titik ghairahnya terbatas pada beberapa tempat tertentu sahaja. Oleh sebab itu seseorang lelaki lebih mudah naik nafsu berahinya terutama melalui pandangan matanya. [seterusnya]

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Doa seorang penyokong Umno terhadap Arwah Ust Hassan Syukri: "Aku harap dia masuk neraka dulu walau belum kiamat"

Posted: 15 Jun 2010 01:44 PM PDT



Lagi ayat/kenyataan biadap penyokong2 Umno terhadap arwah dalam Forum Tempur Maya Penyokong Umno, MYKMU di sini...wallahua'lam..

Artikel Berkaitan:
- Keluarga Arwah Amirulrasyid dihina: "Mak bapak bangang..anak macam setan" - Forumer Umno

Gambar sekitar Solat Jenazah Allahyarham Ustaz Hassan Shukri (video inside)

Posted: 15 Jun 2010 05:48 AM PDT

Perjalanan terakhir seorang Hamba yang dicintai manusia, moga dicintai dan diredai oleh penciptaNya......kami kehilanganmu..namun Allah lebih menyayangimu...kita semua akan menyusul...buat masa ini kita teruskan perjuangannya....moga Islam tertegak di bumi yang kita cintai..




















Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh. Ketua Penerangan PAS Terengganu.




Antara yang awal hadir ialah Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Halim Abdul Rahman (MP Pengkalan Chepa) dan wakil dari Kedutaan Luar Negara...




Tetamu dari luar negara


Dr MAZA, YB Mahfuz dan Tuan Guru Presiden.









Dr Tan Seng Giaw Ahli Parlimen Kepong-DAP turut kelihatan hadir memberi penghormatan-ahli politik veteran. Semuanya kini merasakan keindahan bekerjasama dan bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat.


DS Ir Nizar menanti di hadapan pintu van Jenazah.























Sumber gambar: KedaLanie & Topeng Perak

Air mata Tok Guru di Majlis Pengkebumian Allahyarham Ustaz Hassan Shukri.

Posted: 15 Jun 2010 04:33 AM PDT





Tadi bila airmata TGNA berlinang, aku pun ikut berlinang jugak... kali ni, aku tengok TGNA dah tak dapat bertahan, kalau dah TGNA x dapat nak tahan, apalagi la aku ni ha... terus simpan kamera, dok jauh2...

Kena paham, bila TGNA menangis, bukan sebab dia sedih, tapi sebab TGNA tahu akan sampai hari dia dan kita-kita pulak...

masing-masing nak kena selalu ingat Allah...
- Topeng Perak





(Gambar Atas: Ni selepas solat jenazah... Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjalan seiring dengan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi... TGNA memang tak dapat nak tahan sebak, then TGHH cuba tenangkan TGNA...

Sebaik TGHH pegang bahu TGNA, airmata TGNA turun lagi, aku tengok TGHH pun tak dapat tahan sebak jugak... habisnya, 2-2 Tuan Guru kesayangan kita sama-sama menitiskan airmata...

Agaknya masing-masing terkenang jerit-perih sama-sama berjuang menegakkan agama suci Islam yang kita sayangi dengan Arwah sampai ke tahap yang kita ada sekarang...

Harap-harap, mereka-mereka yang cuba nak khianat perjuangan ni fikir balik pengorbanan orang-orang yang kita sayangi samada yang masih ada atau yang telah pergi mengadap Illahi...

Jangan sia-siakan perjuangan mereka-mereka ini selama ini... jangan khianat pada perjuangan, jangan khianat pada rakan-ralan seperjuangan...

Sabar itu sifat orang-orang yang beriman, tak hari ni, esok, tak esok lusa... masanya akan tiba untuk Islam tertegak di bumi Malaysia...

Jangan khianat, jangan khianat & jangan khianat...
- Topeng Perak

Kerajaan Umno dibela: Selepas Dr M, lagi sokong lesen judi Piala Dunia

Posted: 15 Jun 2010 03:43 AM PDT

Sokongan kepada langkah kerajaan mengeluarakan lesen judi sukan semakin kedengaran -- hari ini daripada Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) yang berpendapat kerajaan mampu meraih hasil sehingga berjuta ringgit daripada lesen tersebut.

Presiden persatuan itu Datuk Dr Jacob George berkata, sebelum ini hasil tersebut hanya dinikmati oleh sindiket haram yang mengaut keuntungan sehingga berbilion ringgit daripada aktiviti pertaruhan haram tersebut.

Sokongan itu timbul berikutan seruan sama yang disuarakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang turut mengkritik golongan yang menimbulkan bantahan sebagai "bermotif politik".

"Pendapat kami, dengan membenarkan dan mengawal industri pertaruhan sukan, kerajaan akan menerima lebih banyak hasil sehingga berjuta ringgit, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi semasa, yang boleh disalurkan untuk membantu program kemasyarakatan dan aktiviti seluruh negara," katanya.

Dalam kenyataannya itu, George juga berkata, langkah itu akan membantu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan juga pulangan kepada kerajaan -- pada jumlah boleh mencecah "jutaan ringgit."

"Apa yang kerajaan sedang lakukan ialah meneliti satu situasi ekonomi yang sekiranya tidak dieksploitasi atau dikawal, boleh menjadi medan pengubahan wang haram, pembiayaan kegiatan maksiat, pengedaran dadah dan lebih banyak jenayah berat yang lain.

"Mengenai bantahan daripada pihak tertentu pula, kami berpendapat bahawa bantahan itu setakat ini hanyalah bermotifkan politik dan untuk keuntungan politik sahaja.

"Amat penting bagi kita untuk melihat isu ini daripada perspektif ekonomi, daripada melihat daripada kaca mata politik," katanya lagi. - MK

Lesen judi: Pemuda PUM bantah Mahathir

Posted: 15 Jun 2010 03:37 AM PDT



Pemuda Persatuan Ulama Malaysia (PUM) membantah sekeras-kerasnya pandangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyokong kelulusan lesen judi yang digembar-gemburkan sekarang. Pandangan tersebut adalah jauh menyimpang daripada sifat keagamaan yang mengharamkan judi dan menyamakannya dengan peranan iblis.

Judi dalam Bahasa Arab disebut sebagai al-maisir, yang bererti mudah. Mudah mendapat keuntungan, mudah juga jatuh kerugian, malah sangat mudah menimbulkan sengketa dan pergaduhan. Judi merupakan sifat manusia yang tidak bertamadun dan jauh daripada semangat berdikari rakyat Malaysia.

Dahulu ada pandangan mahu memberikan jarum suntikan percuma kepada penagih dadah. Pemuda PUM melihat, ini semua berpunca daripada pemikiran Barat yang diwarisi oleh beberapa orang pemimpin di samping liberalisasi pemikiran yang semakin bertunjang kukuh di negara ini.

Tun Dr Mahathir mengatakan lesen judi dibuat untuk mengawal aktiviti perjudian. Ini merupakan satu pemikiran yang amat naïf. Jika begitu, kami cadangkan agar dibuat rumah untuk orang melakukan aktiviti persetubuhan haram. Kami juga mahu cadangkan agar kerajaan menyediakan satu tempat yang khusus untuk penagih dadah. Dalam masa yang sama, kami cadangkan agar arak dijual secara halal di mana-mana premis dengan tujuan pembendungan dan pengawalan.

Namun Islam tidak bersifat begitu. Cara Islam mengawal bukan dengan memberi dan meluluskan lesen. Cara Islam mengawal ialah dengan menyekat, mendidik dan menakut-nakutkan tentang bahaya dan risiko. Apa lagi orang yang berjudi akan boleh membawa risiko kepada keluarga mereka masing-masing.

Apabila Islam mengharamkan zina, Islam menyatakan "Jangan mendekati zina". Mukaddimah kepada zina pun tidak boleh, apa lagi perzinaan. Orang yang kalah berjudi ada yang menggadaikan maruah isteri sendiri. Apabila Islam melarang Nabi Adam daripada makan buah khuldi, Allah mengatakan "Jangan mendekati pokok buah khuldi", bukannya Allah mengatakan "Jangan makan buah". Inilah Islam.

Apapun, Pemuda PUM tidak hairan dengan pemikiran naif Tun Dr Mahathir kerana beliau dahulu pun banyak menyindir hukum-hakam Islam. Mulut beliau petah berbicara dan lantang bersuara tentang pembebasan Palestin tetapi sifat beliau mewarisi keburukan Bani Israel. Palestin tidak akan bebas dan tidak memerlukan kapal Global Peace sekiranya pemimpinnya masih bersikap demikian, meskipun 1,000 buah kapal sekalipun berjaya sampai di Gaza.

Mohd Dzul Khairi Mohd Noor,

Ketua Pemuda PUM