Isnin, 14 Jun 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


FOTO: TANGISAN TOK GURU SEWAKTU JENAZAH ALMARHUM US HASSAN SHUKRI DISEMADIKAN

Posted: 14 Jun 2010 08:14 PM PDT

Lebih 500 orang menunaikan solat jenazah bekas tokoh PAS itu di tanah lapang di hadapan rumahnya.

Ia diimami oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

Sebelum majlis solat jenazah bermula, Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang turut hadir kelihatan sebak dan mengalirkan air mata.

Ramai pemimpin PAS hadir termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom hadir pada majlis solat berkenaan.

Sebelum menjadi timbalan Presiden PAS, Hassan pernah menjadi naib presiden dan juga setiausaha agung parti itu.

Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut./Malaysiakini

ADUN BN MELOMPAT DI PERAK, MARI KITA ALU-ALUKAN JANGAN BANTAH

Posted: 14 Jun 2010 07:55 PM PDT

BENARKAH berita 3 Adun Bn di Perak akan melompat? Jika benar, patutkah kita bergembira? Pada pandangan aku patut sangat kita bergembira kerana apabila ini benar-benar berlaku tidakkah PR akan kembali berkuasa di Perak? Aku tidak faham mengapa ada yang tidak bersetuju jika benar cerita ini.

Memang benar, mereka yang dikatakan bakal melompat itu tentunya inginkan sesuatu yang mereka tidak perolehi dari Zambry MB yang dipilih oleh mahkamah itu. Buat apa kita pertikai nawaitu mereka walaupun kita dapat meneka nawaitu mereka itu ikhlas atau tidak. Kita kini mahukan kuasa untuk dikembalikan kepada rakyat. Nah, jika mereka melompat dan PR kembali berkuasa, tidakkah ini membuka peluang untuk PR mengistiharkan pembubaran Dun Perak?

Aku bersetuju mereka melompat masuk ke dalam PR, tetapi dengan syarat bila kita berkuasa, Dun Perak WAJIB dibubarkan kerana kita tidak boleh lagi berharap pada spesis katak untuk berkuasa. Masalahnya, berani atau tidak mereka melompat? /mandor.blogspot.com

MAHATHIR DAKWA ORANG CINA SUKA BERJUDI, PELIK DAP SOKONG ISLAM

Posted: 13 Jun 2010 11:18 PM PDT

Dr M sokong beri lesen pertaruhan sukan
Jimadie Shah Othman
Jun 14, 10
1:36pm


Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara itu bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-masa.

"Bantahan itu politik, bukan kerana Islam. Takkan DAP dokong Islam. Ini politik pembangkang, (sengaja) hendak cari isu," katanya.

Katanya, masyakarat hendaklah mengakui sama ada suka atau tidak, aktiviti perjudian memang berlaku di negara ini.

"Orang Cina memang suka berjudi. Jika tanpa lesen, tiada cara untuk tentukan aktiviti perjudian tidak terlalu berleluasa," katanya menyokong tindakan kerajaan yang bercadang mahu meluluskan pemberian lesen judi baru itu./Malaysiakini

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Al-Fatihah

Posted: 14 Jun 2010 08:03 AM PDT


KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.

Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.

Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.

Jenazah beliau masih lagi di hospital kini.

Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar.

"Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang," cerita Naznah.

Sebelum timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahdi Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.

Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 9.00 pagi esok di Surau Taman Melewar.

Sumber : Harakahdaily

Judi Kebajikan lah Pulak

Posted: 14 Jun 2010 06:56 AM PDT

Assalamualaikum dan salam blogger,
Kat Negara One Malaysia ni macam-macam hukum baru timbul ,dulu dah pernah timbul Istilah Konsert Amal,dimana di panggillah penyanyi-penyanyi untuk buat persembahan kononnya untuk mengutip derma untuk palestin dan sebagainya,Ramailah artis-artis yang mengambil bahagian untuk membuat persembahan "Mencari Pahala" tu termasuklah artis wanita yang tidak menutup aurat dan membuat persembahan di depan khalayak ramai bercampur lelaki-perempuan.

Sekarang negara One Malaysia kita ni lebih maju setapak lagi dengan Istilah Judi Kebajikan.
Melalui laporan lidah rasmi One malaysia, Tan Sri Vincent Tan akan mendermakan wang sebanyak RM525juta untuk tujuan kebajikan. Derma ini akan disalurkan melalui Yayasan Better Malaysia Foundation. Wang ini diperolehi daripada penjualan kepentingan dalam Ascots Sport bulan lepas. Beliau juga menafikan telah menaja ahli atau parti politik sebagai balasan terhadap kerajaan yang meluluskan lesen judi sukan.

Tan Sri Vincent Tan seolah-olah cuba membayar segala tentangan rakyat Malaysia terhadap judi sukan dengan bayaran RM525juta. Apalah maknanya dengan angka RM525juta dibandingkan dengan kerosakan terhadap keluarga, masyarakat dan negara ekoran daripada kelulusan lesen judi sukan ini. Negara terpaksa membayar kerosakan ini dengan nilai yang jauh lebih besar daripada derma yang akan disalurkan. Beliau juga seolah-olah cuba mempositifkan minda rakyat terhadap judi sukan melalui bayaran ini. Jika rakyat Malaysia hanya memikirkan keuntungan semata-mata sudah tentu akan terpukau dengan wang derma seumpama ini.

Tan Sri Vincent Tan jangan mementingkan diri sendiri untuk hidup kaya raya di negara ini hasil kemusnahan hidup rakyat Malaysia. Semua rakyat Malaysia mahu hidup dengan aman damai dalam negara ini. Sukan judi yang lesennya diluluskan oleh kononnya sebuah negara Islam bernama Malaysia boleh merosakkan minda rakyat. Rakyat akan merasa malas berkerja, suka bergantung pada nasib, hutang akan bertambah, hidup akan melarat dan akhirnya terjerumus dalam lubuk jenayah. Judi sukan boleh membawa kepada peningkatan gejala sosial dan jenayah. Akhirnya rakyat yang tidak bersalah menerima mangsa. Apakah Tan Sri Vincent Tan sanggup melihat rakyat Malaysia melarat akibat judi sukan?

Tan Sri Vincent Tan jangan fikir rakyat Malaysia termakan dengan gula-gula RM525juta yang ditabur atas nama kebajikan. Tidak ada rakyat yang hidup bahagia kaya raya hasil daripada judi kecuali syarikat judi sahaja yang kaya raya seperti Tan Sri Vincent Tan. Duit yang dikaitkan dengan judi tidak boleh membawa manusia hidup bahagia. Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan berkempen seluruh negara membantah lesen judi sukan sehingga lesen ini ditarik balik. Saya menasihatkan kepada Tan Sri Vincent Tan agar menyerahkan duit derma tersebut kepada pihak yang meluluskan lesen judi tersebut. Barangkali mereka lebih memerlukan.

Suhaizan Bin Kaiat
Setiausaha
Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ)

-ijoks2009-
Itulah kelebihan one Malaysia,Tokey judi boleh derma,mungkin lepasni boleh dikumpulkan duit-duit dema dari Tokey2 judi yang berlambak kat Malaysia ni untuk di buat masjid dan sekolah agama .Hidup One Malaysia.malaysia Boleh.
Boleh masuk Neraka!!

Aku Akan Potong Tangan Dan Kaki kau

Posted: 14 Jun 2010 05:38 AM PDT

Jam 5.31 petang tadi saya menerima panggilan dari telefon awam, 089 771 083. Pemanggil terbabit membebel lebih 2 minit.

Saya percaya dia memiliki telefon bimbit tetapi 'malu' menggunakan kemudahan itu.

Ringkasnya, dia mahukan saya memberhentikan semua tugasan membabitkan kes pelacuran di beberapa lokasi di Sabah, antaranya di Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu.

"Kalau kau datang lagi, aku pastikan ada orang potong kau punya kaki dan tangan," ujarnya dalam loghat Sabah.

Ini ugutan bunuh kali ke berapa saya terima? Entah, terlalu banyak untuk dikira.

Beberapa laporan polis pernah saya buat sebelum ini tetapi tidak ada sebarang tangkapan malah pegawai penyiasat kes langsung tidak memaklumkan saya berhubung perkembangan siasatan dilakukan. Jadi, saya penat untuk ke balai polis buat kesekian kalinya.

Turut menerima panggilan dan ugutan bunuh lelaki sama, penerbit 999, Shahnun Haniff.

Apapun, tugasan akan tetap kami lakukan bersama semua krew 999 kerana saya percaya, nyawa kami bukan milik manusia.

Daripada Allah kami datang, kepadaNya kami kembali, itu hakikat sebenar.

-ijoks2009-
Demikianlah ugutan terbaru yang diterima oleh Mazidul Akmal Sidek (Wartawan Rancangan Jenayah 999 TV3)Yang sy petik dari blog beliau.
- http://mazidulakmal.blogspot.com -

Dato'Sri Nizar Letak Jawatan

Posted: 14 Jun 2010 03:36 AM PDT

Ipoh 14 Jun – Setelah mendengar banyak spekulasi daripada pelbagai pihak akhirnya Dato' Seri Nizar meletakkan jawatan beliau berkuat-kuasa serta merta mulai hari ini.

Setelah hampir setahun setengah meneraju pengurusan PAFA, beliau akhirnya meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada pengurusan yang lain untuk mentadbir persatuan berprestij ini ke era yang lebih baik.

Beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden PAFA selepas menghadiri mensyuarat bulanan ahli majlis tertinggi PAFA yang membincangkan tentang persembahan pasukan bola sepak Perak di SUKMA baru-baru ini. Antara yang turut meletakkan Jawatan adalah Timbalan Presiden PAFA, Y.B Seah Leong Peng dan pengurus pasukan liga Super Perak Ustaz Nurazli Musa.

Ketika ditanya oleh wartawan, Dato' seri Nizar tidak menafikan peletakkan jawatan beliau adalah disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak. Namun itu adalah perkara yang normal bagi mana-mana persatuan dan juga mana-mana pemain bola sepak. Beliau menegaskan bahawa pelepasan jawatan ini lebih bersifat memberikan laluan kepada pengurusan lain untuk menguruskan PAFA dengan lebih baik agar pencapai pasukan bola sepak Perak akan lebih baik pada masa yang akan datang.

Skuad Liga Super Perak sekarang berada ditangga ke 12 liga namun nasib Skuad Piala Presiden pula lebih baik iaitu berada ditangga kedua dibelakang Kedah. Semua pemain dan jurulatih kedua-dua skuad kekal seperti sedia kala namun itu terpulang kepada pengurusan yang baru nanti untuk menentukan kontrak mereka.

- http://loveperak.blogspot.com -

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Mahathir setuju judi bola Piala Dunia, tak percaya DAP boleh bantah

Posted: 14 Jun 2010 12:27 AM PDT



Dr M setuju beri lesen pertaruhan sukan

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara itu bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-masa.

"Bantahan itu politik, bukan kerana Islam. Takkan DAP dokong Islam. Ini politik pembangkang, (sengaja) hendak cari isu," katanya.

Katanya, masyakarat hendaklah mengakui sama ada suka atau tidak, aktiviti perjudian memang berlaku di negara ini.

"Orang Cina memang suka berjudi. Jika tanpa lesen, tiada cara untuk tentukan aktiviti perjudian tidak terlalu berleluasa," katanya yang bersetuju dengan tindakan kerajaan yang bercadang mahu meluluskan pemberian lesen judi baru itu. - MK

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Lagi Najib tipu rakyat 1Malaysia

Posted: 14 Jun 2010 05:05 PM PDT


Apabila kapal Mavi Marmara, kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang disertai oleh rakyat Malaysia diserang dan ditawan Israel pada 31 Mei lalu, seluruh dunia mengutuk tindakan tersebut, termasuk Malaysia.

Perarakan bantahan oleh rakyat di adakan seluruh negara dan seluruh dunia. Semua tidak dapat menerima akan tindakan Isreal menahan dan menawan kapal misi bantuan tersebut. Malahan ianya dilakukan di perairan antarabangsa yang sepatutnya Israel tiada hak langsung terhadap tindakan tersebut.

Tapi kerana Amerika berada dibelakangnya, Israel tidak ambil peduli dengan kemarahan antarabangsa. Sehingga ke hari ini tidak ada tindakan konkrit yang di ambil selain mengutuk, itu lah saja.

Malaysia melalui PM nya Najib Razak membawa usul tersebut ke Parlimen. Najib seperti biasa berapi-rapi mengutuk Israel dalam usulnya. Akhirnya usul diluluskan sebulat suara untuk mengutuk Israel. Hebat sungguh Malaysia yang diketui Najib, sanggup dan berani mengutuk Israel. Satu-satu nya negara di dunia yang paling samseng.

Dalam kita masih memperkatakan tentang kezaliman Israel, kajahatan yang dilakukannya, kutukan yang dilemparkan oleh seluruh dunia, tiba-tiba kapal dagang Israel dibenarkan berlabuh di Malaysia Isnin lalu? Walhal Malaysia tidak ada apa-apa hubungan diplomatik pun dengan Israel ... Ramai rakyat tak percaya ... tapi itu lah realitinaya ... dan itu lah 1Malaysia Apco. yang di ketui Najib Razak ...

Yang menariknya, Sweden sebuah negara kafir, sanggup tidak membenarkan kapal Israel berlabuh di pelabuhannya ... tapi Malaysia BOLEH ... kah kah kah

Aku petik sedikit apa yang dikatakan oleh Tukar Tiub di sini

KAH KAH KAH…

woit…. INI KAUM BURUH DI NEGARA KAPIR LAKNAT… kah kah kah…

kah kah kah… WARGA NEGARA INI MAKAN BABI TAK SEMBELIH …. kah kah kah..

kah kah kah…. TAK SEMBAHYANG… TAK PERCAYA TUHAN…. BERZINA ...kah kah kah..

kah kah kah…. TAPI DALAM HAL KEADILAN SESAMA MANUSIA MEREKA LEBIH JUJUR DARI WARGA NEGARA ISLAM…. kah kah..

kah kah kah… WARGA NEGARA ISLAM BERBUIH BUIH MULUT SEMBAHYANG… kah kah kah…

kah kah kah... HITAM LEGAM KENING ... KERANA SUJUD... kah kah kah

kah kah kah…. TAPI TAK ADA APA APA….NATO .. NO ACTION TALK ONLY…kah kah kah…

kah kah kah ...TADO …. TALK AND DOA ONLY…. kah kah kah

baca ini:

KAPAL ISRAEL DI PERLABUHAN KLANG TANDA NAJIB CINTA APCO


Berahim Ali katak minta Idris Jala digugur dari kabinet

Posted: 14 Jun 2010 04:46 AM PDT

sebab nya Deris Jala kata subsidi akan dihapuskan, kalau diteruskan juga negara akan bankrap pada 2019 ..... hahahaha Berahim Ali marah sampai tahap minta Deris digugurkan ...

By Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, June 14 — Pasir Mas MP Datuk Ibrahim Ali today flexed his political muscles and urged Datuk Seri Idris Jala to step down from the Cabinet over his remarks on subsidy cuts.

Ibrahim, who also leads the Malay rights group Perkasa, said Idris's performance in the government does not reflect his achievement in the private sector.

"A minister like this should just resign. Or perhaps the prime minister should consider removing this person," said Ibrahim (picture) when debating the Tenth Malaysia Plan (10MP).

"A real politician may say things to get political mileage. How could a professional make a statement that has confused the nation?" he asked.

Idris, who is also a minister in the Prime Minister's Department, had predicted that Malaysia could be bankrupt by 2019 if it did not begin to cut subsidies for petrol, electricity, food and other staples, which he said cost the country RM74 billion last year.

He made the revelation late last month to justify the government's plans to cut subsidies.

The Pemandu CEO's estimation was however contradicted by the Finance Ministry which told Barisan Nasional (BN) backbenchers last week that the subsidy bill was only RM18.6 billion.

Idris was Malaysia Airlines CEO and managing director prior to his appointment as minister by Datuk Seri Najib Razak in August last year.

He was tasked with overseeing the Government Transformation Programme (GTP) together with another minister in the Prime Minister's Department, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Idris has come under fire from even BN lawmakers for his remarks on subsidy removal.

Earlier today, BN's Sri Gading MP Datuk Mohamad Aziz warned the Najib administration that the plan to cut subsidies may lead to its downfall - TMI

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Ayam Oh Ayam ; Menteri "cap ayam" dari Reban UBN..

Posted: 14 Jun 2010 06:51 PM PDT

Isu harga ayam naik mendadak

KUALA LUMPUR - Panggil Persatuan-persatuan Penternak Malaysia beri penjelasan jika harga ayam terlampau tinggi di pasaran.

Itu jaminan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi meredakan kemelut harga runcit ayam di seluruh negara yang dilaporkan naik mendadak kini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, buat masa ini, pihaknya sedang menunggu laporan daripada persatuan tersebut berhubung perkara itu.

Katanya, mungkin harga ayam naik dipengaruhi oleh permintaan tinggi pada musim cuti sekolah.

"Kita jangka harganya akan turun semula setelah cuti sekolah nanti," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia kali ke-3 di sini semalam. -KosmoOnline

usinkata;..hati ini amat yakin sekali masalah kenaikan harga ayam ini akan berlarutan hingga ke raya yg semakin hampir ini..
Inilah Menteri cap ayam yg dikeluarkan leh reban UBN..cerita ayam ni sama seperti cerita lesen runcit barang kawalan...


TT kata "CUKONG" yg berkuasa menentukan harga segala barangan dr kawalan dan bukan kawalan..yg kena sembelih pungguna..yg mati terkapar sbb xmakan si miskin papa kedana..yg kaya makin besar perut sampai tercabut butang..
Inilah daya yg ada pada Kerajaan UBN..sembang punya la best..tapi ngan "cukong2"..lemah lembut macam darai@pondan..
TT kata jadi NATO..No Action Talk Only..xcaya tgk la..jumpa Persatuan Ayam..just bincang-bincang ja..sembang-sembang..minum kopi..gelak2..gurau-gurau..xmustahil lepas tue ke "karaoke"..nyanyi-nyanyi..
Action...huhuhu..lepas raya harga jatuh balik..bulan posa dan raya naik mendadak..alasan permintaan tinggi..
Alasan permintaan tinggi ni dh berpuluh tahun dah...selagi menteri cap ayam dr reban UBN..alasan itu la g dipakainya..


So..lagi mau pakai ka menteri cap ayam dr reban UBN nie..sampai PRU13..sembelih saja ayam pencen yg ada didalam reban UBN..kita buat kenduri bagi "cukong" makan puas-puas..agar selepas ini cukong tidak akan lagi bermaharajalela

kerangeleber

kerangeleber


Politik katak

Posted: 14 Jun 2010 08:32 PM PDT

Judi bola : Kenyataan pemimpin Umno dangkal

Posted: 14 Jun 2010 07:15 PM PDT

Anwar paling layak pemimpin utama PR - Nik Aziz

Posted: 14 Jun 2010 12:08 AM PDT

~penarik beca

~penarik beca


Ustaz Hassan: Hasrat yang tak kesampaian

Posted: 14 Jun 2010 05:42 AM PDT

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Rantai-Rantai Waktu Dililit Majikanku Kepada Diriku Membuatkan Aku Marah dan Emo

Posted: 14 Jun 2010 12:32 AM PDT

Satu hari nanti,anda semua pasti akan menempuhi alam pekerjaan..Ada yang best,ada yang tak best.Kalau 365 hari bekerja,hanya 12 hari aje kita best.Hari dapat gaji.Tapi lepas dapat gaji,kita akan kira berapa kita hutang.Tolak-tolak semua dapat la gaji bersih.Tengok angka gaji bersih,terus rasa tak seronok.Nak beli apa-apa pun berfikir dua tiga kali..

Tapi aku tak nak cerita pasal kewangan.Kalau nak kewangan kukuh,join mana-mana MLM.

Aku sudah sampai di mana aku terpaksa mengakui,dunia korporat bukan dunia aku.Gila F**KUP dunia korporat ni,tikam sana,tikam sini.Kutuk situ,cantas orang lain.

Dan aku akan terus stagnant kalau aku tak sanggup nak menjadikan pekerjaan sebagai satu benda fokus dalam hidup.Aku bukan macam sesetengah orang yang sanggup tido,tak balik ofis semata-mata kerana kerja.Itu semua bodoh.Kerja,kerjala.Tapi pada aku,bila pekerjaan dah mengganggu time kau di luar waktu kerja,itu adalah satu benda yang SANGAT-SANGAT CILAKA.

Kadang-kadang,bila aku tengok orang2 yang satu masa dulu sama aje level dengan aku tapi kemudiannya dinaikkan pangkat jadi manager..aku rasa kesian pulak kat diorang.Balik tiap-tiap hari pukul 9,pukul 10..esok pagi datang balik,meeting situ,meeting sini,kemudian kena maki,kena tengking.Aku tak sanggup kena camtu.AKu tak sanggup korbankan hidup aku semata-mata untuk buat kerja tanpa apa-apa imbuhan tambahan.Tapi,law Malaysia takde pun tulis kena bayar overtime kan kalau gaji dah level eksekutif?Jadi,banyak la yang take advantage law ni dengan mengarahkan staff2 bekerja lebih masa.

Aku dah bosan.Kalau aku nak stay tempat kerja sekarang,peluang aku nak naik ke level atas hanya dengan mengorbankan hidup dan jiwa raga aku kepada perjuangan syarikat.Dan,aku cukup tak suka benda tu.Sebab culture office aku agak extreme politicking nya.

Jadi,pertanyaan hari ini;mahukah anda mengorbankan time dan masa untuk bersama family dan kawan-kawan,semata-mata untuk menjadikan diri anda pekerja contoh yang dapat bonus dan increment yang lebih baik?

dollah yankee

dollah yankee


Lawak bodoh kisah judi

Posted: 14 Jun 2010 05:08 PM PDT


Semua orang tak kira bangsa, tak kira kecil besar, tua atau muda, tak kira tempat, seronok bercakap, seronok mengutuk dan kurang juga yang telah menjadikan isu lesen judi ini sebagai bahan lawak tentang Berjaya Group, Vincent Tan dan lesen judi bola sepak yang di luluskan oleh Najib.

Kita 'break' sekejab bab-bab judi ini dengan bahan lawak berkisar tentang judi ...

Di satu kampung, di dalam sebuah masjid yang mana penduduk-penduduk kampung itu hampir kesemuanya merupakan penyokong tegar umeno ... dan ketika tok imam sedang kusyuk mengimamkan jemaah semasa waktu isyak.

Masuk rakaat terakhir semasa sujud, tiba-tiba terjatuh keluar slip pertaruhan empat nombor ekor dari poket baju salah seorang jemaah tadi dan melayang-layang didepan saf ...

Setelah salam maka betanyalah jemaah-jemaah tadi ... "Siapa punya ni..?!" sambil menunjuk slip pertaruhan empat nombor ekor tadi ... "Cuba chek tengok tengok siapa punya jatuh".

Orang pertama yang bagi respon ialah tok imam tersebut ... "Ohh..saya punya ada..!" setelah memeriksa didalam poketnya ...


dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..

Justice For All

Justice For All


Tok Guru Nik Aziz Sayu Kenangkan Pemergian Ustaz Hassan Shukri

Posted: 14 Jun 2010 08:57 PM PDT

Hati mana tak tersentuh. Ustaz Hassan Shukri ibarat enjin buat PAS. Allah yang maha adil, Allah masih memberi ruang dan kesempatan untuk Allahyarham menemui ahli keluarga selepas Muktamar di Kota Bharu.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham Ustaz Hassan Shukri

Lebih 500 orang menunaikan solat jenazah bekas tokoh PAS itu di tanah lapang di hadapan rumahnya.

Ia diimami oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

Sebelum majlis solat jenazah bermula, Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang turut hadir kelihatan sebak dan mengalirkan air mata.

Ramai pemimpin PAS hadir termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom hadir pada majlis solat berkenaan.

Sebelum menjadi timbalan Presiden PAS, Hassan pernah menjadi naib presiden dan juga setiausaha agung parti itu.

Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut./Malaysiakini.

Himpunan GERTAK : Utusan Kata 2,000 Ribu, Harakah Kata 600 Ratus..Mana Satu Tipu?

Posted: 14 Jun 2010 07:50 PM PDT

Kah..kah..utusan lapor 2,000 yang hadir himpunan GERTAK..ini beritanya :

Dr. Mahathir sebelum itu berucap lebih sejam pada Perhimpunan Melayu Bangkit anjuran Gertak di Stadium Negeri, di sini.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dan pengerusi Gertak, Razali Idris serta lebih 2,000 wakil pertubuhan bukan kerajaan. (Sumber)

Tapi kenapa siar gambar atas pentas je..tak siar gambar bawah pentas??? Ini mesti kerja nak tipu..

Kalau nak tengok gambar bawah pentas..ini dia..

Agak-agaknya sampai tak 2 ribu??? Harakah lapor 6 ratus je yang datang..ini beritaya...

KUALA TERENGGANU, 14 Jun: Hanya kira-kira 600 peserta menyertai perhimpunan Melayu Bangkit di stadium tertutup Kuala Terengganu pagi ini.

Perhimpunan yang sepatutnya diadakan 13 Mei lalu diadakan hari ini dengan tetamu khasnya adalah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

Menurut pengerusi penganjur program, Razali Idris, terdapat 40 NGO yg bergabung di majlis ini.

Perhimpunan yang sepatutnya berlangsung pada 13 Mei, iaitu hari berlakunya tragedi rusuhan perkauman, ditentang oleh pelbagai pihak selepas ia didedahkan oleh PAS dalam satu sidang media di Kuala Lumpur

mana satu yang betul??

Tentulah Utusan yang tipu..sebab ia akhbar UMNO. Sebab tulah Utusan hanya tunjuk gambar atas pentas je..tak berani tunjuk gambar bawah pentas...agar penipuan mereka tak terdedah..

Jom semua..kita pakat boikot akhbar fitnah ini..jangan beli Utusan langsung..tak pasal-pasal syer masuk buat UMNO tumbangkan PR..buat pemimpin PR terutamanya PAS.. jangan kawan dengan Utusan..kalau tak rakyat akan boikot kedua-duannya..utusan dan orang atas PR...

Mahadet Suka Judi???

Posted: 14 Jun 2010 07:16 PM PDT

Mahathir kaki judi??? Bukan sahaja suka judi, bahkan hina islam dengan kata agama dan politik suku..juga nyanyuk bila kata PR pun terima duit dari vincent, bukannya UMNO je..(mengakulah pulak)

Ini transkrip penuh kenyataan media Mahathir apabila ditanya wartawan Buletinonline tentang isu lesen judi bolasepak;

Soalan ; Apa pendapat Tun tentang pemberian lesen judi bolasepak

Dr.M ; Saya punya pendapat mungkin berbeza sikit dengan banyak orang lain. Saya berpendapat samada ada lssen atau tidak, judi memang ada dinegara kita, kerana Orang-orang Cina memang suka berjudi. Jadi kalau dia berjudi tanpa lesen tak ada satu cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa, tetapi ini tidak haram bagi orang Cina, haram bagi orang Islam sahaja, orang islam jangan berjudilah, kalau dia pergi berjudi tangkaplah. Jadi sama juga, orang Islam tak makan babi, tapi kalau orang bukan Islam nak makan itu hak dia lah.

Soalan; Tun, dengan bantahan yang besar, dengan himpunan dan demonstrasi yang dibuat, adakah ia patut diteruskan atau….

Dr.M : Itu bantahan itu politik bukan kerana Islam, takkanlah DAP pun nak dokong ajaran Islam, DAP pun dapat menyertai, ini politik, politik parti pembangkang nak cari isu, sedangkan dalam Muktamar Pas ada cadangan supaya semua jenis judi diharamkan, tapi Pas tak ndak, sekarang ini terdapat judi di Genting Highland, sport Toto, macam-macam judi yang ada, tapi dia kata yang ini saja tak boleh, yang football, sport punya judi, ini sahaja tak boleh.

Jadi ini politik, kita kena asingkan soal politik dengan soal agama. Bagi Pas ugama adalah alat politik, bagi mereka.

Soalan; Dalam isu pemberian lesen judi bola, ada mengatakan pemberian lesen itu supaya Tauke-tauke judi boleh 'contribute' balik kepada Umno, ada yang mengatakan Vincent Tan pernah sponsored Umno semasa Tun

Dr.M ; Vincent Tan selama ini berniaga diluar negeri, di Vietnam, di Korea, dia tak payah cari duit disini, dan duit itu kalau dia dapat pun setengah billion dia dah bagi kepada satu 'fund' dan fund itu untuk semua orang, bukan untuk Umno, dia tak kata ini adalah RM500 juta untuk Umno, orang lain pun dapat, saya fikir Vincent ni dia bagi duit bukan sahaja kepada Umno, saya ingat dia bagi kepada parti lawan pun sama, nak tentukan supaya dia tak jadi masalahlah, orang perniagaan begitu lah dia.

KL Memang Wajar Digelar Kota Maksiat..Ini Kisahnya...

Posted: 14 Jun 2010 06:29 PM PDT

Apa dah nak jadi dengan KL..maksiat berleluasa..apa kerja DBKL dan JAIWP...makan gaji buta ke..minta rancangan tv3, Aduan Rakyat buat liputan khas isu ini...

Sentral: Urut seksi

Gadis cantik dari China jadi umpan pelanggan di Jalan Bukit Bintang

BUKIT BINTANG: Kewujudan puluhan pusat urut kesihatan yang beroperasi di sepanjang Jalan Bukit Bintang dan Jalan Alor di sini didapati bukan saja menawarkan urut biasa tetapi juga 'urutan istimewa' untuk menarik pelanggan terutama lelaki dengan menjadikan wanita cantik dan seksi sebagai `umpan'.

Puluhan tukang urut wanita yang kebanyakan pekerja asing terutama gadis muda dari China yang berpakaian seksi didapati memujuk orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu dengan menunjukkan menu perkhidmatan dengan tawaran refleksologi serendah RM25 untuk setengah jam.

Ada juga tukang urut wanita yang hanya berkumpul di kaki lima dan urusan 'memujuk' pelanggan dilakukan lelaki yang kebanyakan warga negara Bangladesh.

Tidak keterlaluan kawasan itu digambarkan sebagai lubuk urut berdasarkan terlalu banyak premis urut yang wujud. Walaupun ada premis yang betul menjalankan khidmat urut dan refleksologi tetapi ada yang cuba menangguk di air keruh dengan menjalankan 'urutan istimewa' iaitu mengurut kemaluan lelaki.

Wartawan Sentral yang menyamar diri sebagai pelanggan mendapati urutan batin ditawarkan dengan kadar RM50.

Modus operandi mereka ialah menawarkan pakej urutan badan dengan kadar RM60 untuk satu jam dan apabila tempoh urut hampir tamat, pelanggan ditawarkan pula 'belaian istimewa' dengan caj berasingan.

Walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyatakan akan mengenakan tindakan penguatkuasaan terhadap pengusaha pusat urut refleksologi yang membenarkan kakitangan mereka berlegar di kaki lima premis untuk menarik pelanggan, tetapi tinjauan mendapati tidak ada apa-apa perubahan.

Pusat itu memberikan imej baru kepada Bukit Bintang sebagai lokasi untuk menjalankan aktiviti urut termasuk urutan batin.

Sepanjang kira-kira lima jam berada di kawasan itu, wartawan juga didatangi tiga bapa ayam cuba menawarkan khidmat seks daripada gadis pelbagai negara termasuk warga tempatan yang menjalankan operasi sekitar hotel berdekatan dengan bayaran RM150 hingga RM400 untuk tempoh tertentu.

Bapa ayam mendekati lelaki yang berjalan seorang atau secara berkumpulan dan membawa mereka ke hotel untuk melihat sendiri wanita yang akan menawarkan khidmat seks, sebelum menetapkan kadar.

Sebagai lokasi dan kawasan beli belah sepatutnya pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu lebih tegas menjalankan tanggungjawab kerana kegiatan tidak bermoral khususnya di kawasan kaki lima menjejaskan nama baik ibu kota.

Kartika Pergi Umrah Nak Tengok Hukum Islam Sebenar???

Posted: 14 Jun 2010 05:54 PM PDT

Kartika nak pergi umrah??? baguslah..bolehlah tengok hukum islam sebenar kat Mekah. Senang je, pergi dekat masjid di Mekah selepas solat jumaat..tengok macamana hukuman islam dilaksanakan...ini beritanya...

Dalam perkembangan lain, ibu tunggal kepada dua cahaya mata ini akan berangkat ke tanah suci mengerjakan ibadat umrah bersama bapanya pada awal Ogos ini.

"Saya bersyukur kerana hajat untuk menunaikan umrah hampir tercapai. Terima kasih diucapkan kepada Gemilang Travel and Tours Sdn Bhd (GETT) yang sudi menaja saya serta bapa untuk ke tanah suci Makkah.- Kata Kartika - Sinar Harian

Ini pula kisah lain...nampaknya JAIP dah merajuk dengan Sultan. Sebab takkanlah minum arak hukumnya buat kerja kebajikan..nanti orang Pahang tuduh JAIP tak adil dan ntah apa-apa..

Sementara itu, Shukarnor berasa sedikit terkilan dengan layanan yang diberikan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) ketika pelaksanaan hukuman itu dijalankan.

"Saya sendiri terpaksa hantar (Kartika) ke rumah kebajikan itu dan berlaku seperti lepas tangan," katanya.-s/harian

Piala Dunia (7) : Keputusan Mengejut Buat Itali, Jepun & Belanda Menang Bergaya

Posted: 14 Jun 2010 04:34 PM PDT

Ini dia keputusan 3 perlawanan semalam. Jelas bahawa Belanda terus mara dengan gagah dan Jepun melakukan kejutan dengan tumbangkan singa Afrika, Cameron. Manakala Itali terus terkulai apabila hanya mampu seri 1-1 dengan Paraguay.

Piala Dunia: Belanda 2, Denmark 0

Belanda memulakan kempen Piala Dunia dengan langkah kanan dengan menewaskan Denmark 2-0 melalui gol sendiri Simon Poulsen dan jaringan lewat saat akhir pemain Liverpool, Dirk Kuyt.

Belanda akan berdepan Jepun di Durban pada Sabtu ini sementara Denmark bertemu Cameroon di Tshwane. Wesley Sneijder, pemain tengah Belanda telah dianugerahkan man of the match oleh FIFA dalam perlawanan ini.

Piala Dunia: Jepun 1 Cameroon 0

Jepun mengejutkan "Singa Afrika" Cameroon dengan kemenangan 1-0 dalam perlawanan peringkat Kumpulan E di Stadium Free State. Gol Jepun diperoleh menerusi Keisuke Honda pada minit ke-39. Man of the match perlawanan ini ialah Keisuke Honda, pemain Jepun.

Piala Dunia: Itali 1, Paraguay 1

Juara Piala Dunia 2006, Itali dipaksa berkongsi mata dengan Paraguay selepas seri 1-1 dalam perlawanan bola sepak kumpulan F Piala Dunia 2010 di Stadium Green Point.

Paraguay mengejutkan pasukan Azzurri dengan mendahului 1-0 pada separuh masa pertama hasil tandukan Alcaraz pada minit ke-39 daripada sepakan percuma.

Bagaimanapun, De Rossi menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-63 hasil sepakan sudut dengan mudah menolak masuk selepas tidak dikawal pemain Paraguay. Antolin Alcaraz, pertahanan Paraguay telah dipilih sebagai man of the match dalam perlawanan ini.

Kah..Kah..Lebih Banyak Kerusi Daripada Manusia Yang Hadir Ke Himpunan Bangkit

Posted: 14 Jun 2010 03:27 AM PDT

Kah..kah..600 orang je hadir..ingatkan ribuan. Mahadet mamak pun tak mampu tarik ramai penonton..kerusi kosong lagi banyak daripada hadirin..Macamana nak angkat keris lawan bukan melayu, kalau kehadiran pun macam ni..GERTAK ni nak popular je seperti Perkose, bukannya apa. Daripada membazir masa buat himpunan haram ni, baik pergi daftar sukarelawan dengan jabatan agama..pergi tangkap orang khalwat di pantai-pantai terengganu yang semakin parah ketika ini...

Hanya 600 hadir di Perhimpunan Melayu Bangkit

Posted by admin at 6/14/2010 05:15:00 PM . June 14, 2010 .

KUALA TERENGGANU, 14 Jun: Hanya kira-kira 600 peserta menyertai perhimpunan Melayu Bangkit di Stadium Tertutup Kuala Terengganu pagi ini.

Perhimpunan yang sepatutnya diadakan 13 Mei lalu diadakan hari ini dengan tetamu khasnya adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

Menurut pengerusi penganjur program, Razali Idris, terdapat 40 NGO yang bergabung di majlis ini.

Perhimpunan yang sepatutnya berlangsung pada 13 Mei, iaitu hari berlakunya tragedi rusuhan perkauman, ditentang oleh pelbagai pihak selepas ia didedahkan oleh Pas dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Dalam sidang itu, Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali kesal dengan perhimpunan yang bakal menaikkan semangat perkauman sempit itu.

Ekoran itu pelbagai pihak membantahnya termasuk rakan-rakan kongsi UMNO dalam Barisan Nasional iaitu MCA, MIC dan Gerakan.

Ekoran itu, pihak penganjurnya telah menangguhkan perhimpunan itu ke hari ini.

Al Fatihah Buat Ustaz Hassan Shukri, Mantan Timbalan Presiden PAS

Posted: 14 Jun 2010 02:31 AM PDT

ALFATIHAH USTAZ HASSAN SHUKRI

Uztaz Hassan yang kembali kerahmatullah jam 2 petang tadi dijangka akan disolat dan dikebumikan pada jam 9 pagi, esok di Taman Selasih, sebelah Taman Melewar.

Kini, jenazahnya berada di rumahnya, yang berhampiran dengan Markaz Tarbiah, Taman Melewar, KL.

Menurut Zain Janggut, orang kuat Markaz, alllahyarham mengadu sakit pada awal subuh tadi. Sahabat-sahabat lain yang bersua dengan beliau di muktamar di Kota Bharu tempohari melapurkan keadaan beliau nampaknya sihat sahaja. Allah jua yang mengasehinya.

Disamping istiqamah dan setianya beliau dalam perjuangan Islam - amalan bersedekahnya suatu yang tidak boleh ditandingi oleh sesiapa.

Apakata Prof Kangkung Bila Tok Guru Nik Aziz Tolak Jawatan No 1 Dalam Pakatan???

Posted: 13 Jun 2010 11:24 PM PDT

Nik Aziz tak mahu jadi orang nombor satu dalam pakatan

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu menjadi pemimpin nombor satu dalam pakatan pembangkang jika mereka berjaya menawan Putrajaya.

Sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu berkata orang yang paling layak meneraju pakatan ialah penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya tak mahu jadi orang nombor satu, walaupun ada orang yang mencadangkan saya begitu. Dari dulu lagi saya sentiasa menyebut orang paling layak ialah Anwar sebab dialah orang yang telah lalui tahap peperiksaan (ujian) fizikal dan mental.

"Kalau orang lantik saya, saya akan beri pada dia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Persatuan Biologi Gunaan Malaysia Ke-11, di sini hari ini.

Beliau berkata Anwar juga lulus daripada segi moral.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas saranan seorang perwakilan pada muktamar ke-56 PAS yang berakhir semalam agar Menteri Besar Kelantan itu dilantik peneraju pakatan pembangkang berasaskan kewibawaan dan kejayaannya memimpin Kelantan selama 20 tahun.

Dalam saranannya, perwakilan dari Perlis Wan Khairizal Wan Hazim berkata gaya kepimpinan Nik Abdul Aziz juga diterima semua pihak dalam komponen pakatan pembangkang itu.

Mengulas mengenai pandangan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS Islam yang menyamakan beliau dengan pemimpin ulung India Mahatma Gandhi, Nik Abdul Aziz berkata: "Tidak mengapa, saya terima daripada segi sifat orang melihat saya."

- BERNAMA

Nah profesor kangkung...adakah ini petanda pakatan rakyat berpecah???