Sabtu, 12 Jun 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Satu Peringatan Untuk Diri Saya Dan Teman-teman Blogger Muslim

Posted: 12 Jun 2010 02:44 AM PDT

Assalamualaikum dan salam blogger,

Sebagai seorang blogger muslim ,sedikit sebanyak kita mesti berminat untuk menyelitkan ayat-ayat Al-Qur'an dlm tulisan kita sebagai penyeri dan menguatkan hujjah,tapi kita mesti berhati-hati agar jangan tersalah pilih hadis dan menjadi agen penyebar hadis palsu.

Saya menasihati diri saya sendiri ,dengan ilmu yang sedikit yang ada pada kita mungkin kita sukar membezakan antara hadis sahih dan palsu.sama-sama kita berhati-hati dan pastikan dulu hadis tersebut adalah bukannya hadis palsu sebelum menyebarkannya kerana rasulullah s.a.w telah memperingatkan amat berat balasan bagi penyebar hadis palsu.

Bagi yang ada ilmu memang tidak jadi masaalah ,yang perlu berhati-hati ialah orang yang kurang ilmu macam saya.Semoga lepas ni kita lebih berhati-hati.

Berkata Badr al-Din al-Hasani,(Seorang Ulamak hadis dari Syam.:

"Tidak harus mensandarkan sesebuah hadis kepada Rasulullah s.a.w. kecuali apabila dinyatakan kesahihannya oleh salah seorang huffaz (yang amat pakar dalam hadith) yang dikenali. Sesiapa yang berkata: "Rasulullah telah bersabda" sedangkan dia tidak tahu kesahihan hadis tersebut menerusi salah seorang huffaz, dibimbangi dia termasuk dalam hadis rasulullah s.a.w
"Sesiapa yang berdusta ke atasku apa yang aku tidak ucapkan, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka". (Syu`ib al-Arnaud, nota kaki tahqiq Siyar `Alam al-Nubala`, 19/340).

Sumber hadis: http://drmaza.com/home/?p=1153

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Aku dah kata PM 1Malaysia penipu besar

Posted: 12 Jun 2010 07:17 PM PDT

Salam 1Malaysia yang PMnya kuat MENIPU.

Aku pagi nih berkesempatan membuka dan membaca beberapa blog. Last-last aku bukak Malaysiakini. Kira nih berita semalam la nih. Aku yang tak bukak semalam. Sila baca kat sini...

http://www0.malaysiakini.com/news/134388

So aku screenshot satu mende yang menarik perhatian aku.


PM 1Malaysia kata indeks kompetitif global Malaysia telah meningkat ke tangga 10 daripada 18. Siap berkata Anwar dan Pakatan Rakyat jangan perlekehkan kemampuan BN mentadbir Malaysia. Nah dengan kenaikan indek kompetitif global Najib berkata Malaysia lebih baik daripada Japan. Mak aih berlagak benor.

So aku ambik inisiatif untuk menge"check" apa yang dikatakan PM 1Malaysia nih. Bukan nak kata dia bohong tapi aku rasa macam ada yang tak kene dengan mende yang dicakap.

Aku tak sure kat Agensi maner yang buat indek tu tapi bila aku google keyword "global competitiveness", website ini yang keluar memula...

http://www.weforum.org/en/initiatives/gcp/Global%20Competitiveness%20Report/index.htm


jadi aku download pdf file dan aku aku cari Malaysia nih duk kat maner... Sah menipu... Malaysia duduk ditangga ke 24. Tahun lepas tangga 21. So kalau korang ambik math dalam PPSMI sekali pun aku rasa itu menurun bukan menaik. Aku tak puas hati. Aku google pulak guna keyword "global competitiveness malaysia". Nah sekali report yang dibuat oleh MITI sendiri. tak caya bukak link ini.

http://www.miti.gov.my/cms/genArticlePdf?id=com.tms.cms.article.Article_a6b32071-c0a81573-3a2f3a2f-91738c87 [seterusnya]

Judi Sukan : 100,000 akan berarak ke Istana Negara 3 Julai

Posted: 12 Jun 2010 05:16 AM PDT

PAS to lead anti-sports betting march on July 3

By Shazwan Mustafa Kamal

KOTA BARU, June 12 — PAS will mobilise Malaysians to join its "100,000 march" to the Istana Negara this July 3 in protest over the Najib administration's legalisation of sports betting.
The party's annual general meeting today saw a motion unanimously passed in favour of PAS' tough stance on sports betting.Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!

The motion was tabled by the Islamist's party's youth wing to "pressure the Malaysian government to abolish sports betting, tighten laws against betting as well as educate Malaysians to reject betting."

"The party has put forth the motion to urge the PAS central committee to mobilise all Malaysians to come to the 100 thousand March to abolish sports betting on Saturday, July 3 in Kuala Lumpur to hand over a memorandum to the Yang Di-Pertuan Agong," said Ahmad Fadli Shaari, a PAS Youth delegate.

Ahmad Fadli said that PAS has to continue and persevere in its condemnation of sports betting because it will have "direct repercussions" on a younger generation of Malaysians.

He claimed that sports betting could also affect and cause the deterioration of the quality of national sports.

"We are aware that the Malaysian government have long legalised sports betting and are now in the process of awarding the licence to Ascot Sports Sdn Bhd.

"Sports betting will affect the country, family, society as well as individuals," said the PAS Youth member.

Tycoon Tan Sri Vincent Tan's Ascot Sports Sdn Bhd has received approval for sports betting licence that was first issued in 1987.

His listed Berjaya Corporation Berhad (Bcorp) told Bursa Malaysia the full licence has yet to be issued pending the Finance Ministry's full terms and conditions.

BCorp is to buy Tan's 70 per cent stake in Ascot Sports for RM525 million which the tycoon pledged to his own charity, the Better Malaysia Foundation.

There was some confusion over the licence after Prime Minister Datuk Seri Najib Razak denied this week that the licence had been re-issued following the public uproar.

The Pakatan Rakyat-ruled (PR) states of Penang, Selangor and Kedah have declared they won't issue licences for sports betting premises, dealing a blow to Tan's plans to turn 220 out of 680 Sports Toto outlets into sports betting centres via phone betting in the second half of 2010.

The sports betting plan has proven to be another issue for PR to use against Najib's Barisan Nasional (BN) which lost its traditional two-thirds parliamentary majority and four states in Election 2008.

Tan, who is close to the BN government, has argued legalised sports betting can bring in up to RM3 billion in taxes annually for the authorities as the business is worth some RM30 billion.

Malaysia now only allows a casino, turf clubs, jackpot machines and several numbers forecasting operators to operate in Malaysia. - TMI

Pendapatannya RM36 ribu sebulan

Posted: 12 Jun 2010 12:41 AM PDT

STONE : kalau sehari dia dapat mengumpul RM1,200, bermakna sebulan sudah RM36 ribu ...

KUALA LUMPUR: Seorang gadis yang menjadi tukang urut dan pada masa sama menawarkan khidmat seks kepada pelanggan mampu menjana pendapatan mencecah RM1,200 sehari.

Serbuan kira-kira jam 11 malam itu dibuat sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) sebaik menerima maklumat awam.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata hasil serbuan itu, empat wanita warga asing iaitu tiga warga Thailand dan seorang warga China ditahan kerana didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja di negara ini.

Beliau berkata, semua mereka dipercayai mengurut pelanggan dengan berbogel.

"Ketika mengurut, mereka akan menawarkan perkhidmatan sampingan seperti seks oral dengan caj sehingga RM100 untuk sekali perkhidmatan sebagai caj tambahan," katanya.

Difahamkan, seorang tukang urut itu mampu memberi perkhidmatan kepada lebih 10 lelaki dalam sehari.

Sementara itu, dalam serbuan kedua di sebuah premis lain yang terletak tidak jauh dari lokasi pertama, empat wanita warga asing ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan tidak bermoral.

Difahamkan, dua daripada wanita terbabit sanggup menggadai nyawa dengan terjun dari tingkap untuk ke premis sebelah sebelum ditahan.

"Hasil pemeriksaan, semua wanita terbabit yang juga warga Thailand berusia 20-an mengaku menjalankan kegiatan tidak bermoral dengan melakukan urutan batin dengan kadar RM150 untuk sekali perkhidmatan.

"Mereka juga mendakwa mula bekerja dari jam 11 pagi hingga 11 malam pada setiap hari," katanya. - myMetro

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Perbahasan Muktamar Pemuda PAS 'kurang menyengat' medan puja puji sahaja!

Posted: 12 Jun 2010 01:43 AM PDT

WAN NORDIN WAN YAACOB
(analisis)

Tidak seperti sebelum-sebelumnya, Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-51 di Kota Bharu pada 10 Jun lalu 'kurang sengat' apabila hanya menyaksikan ucapan-ucapan sekitar pujian kepada Ketua Pemuda yang membentangkan Ucaptamanya sebelum itu.

Malah laungan takbir jarang sekali bergema walaupun kehadiran kali ini menyaksikan pertambahan bilangan perwakilan berbanding tahun tahun sebelumnya berikutan perubahan perlembagaan yang telah dilakukan.

Meskipun disebut-sebut muktamar Pra-Pilihan Raya Umum ke-13, suara-suara 'nyaring' hanya sesekali sahaja didengari itupun hanya membabitkan perwakilan Kelantan yang membungkam isu celaan bloggers terhadap kepimpinan PAS.

Pengumuman Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi untuk mengwujudkan Pusat Dialog dan Peradaban dalam mendepani isu-isu sokongan bukan Islam 'tidak' dibincangkan oleh perwakilan.

Sebaliknya isu yang boleh dijolok menjadi isu nasional ini hanya diratap sepi oleh perwakilan yang lebih banyak menyentuh soal pentarbiyahan yang 'kurang berjaya' setakat ini.

Lontaran idea untuk mendepankan saf kepimpinan Pemuda PAS bersiap untuk pilihan raya hanya tertumpu kepada cadangan perwakilan Selangor untuk mendapatkan sokongan pengundi muda.

Namun, cadangan bernas Ketua Pemuda untuk mewujudkan Gerakan mendaftar Pemilih dan Ahli Baru (gempa) langsung tidak dipandang perwakilan, sedangkan mengikut perkiraan dijangkakan muktamar ini adalah muktamar terakhir sebelum PRU-13.

Sementara pujian-pujian yang dilontarkan kepada Ketua Pemuda sekadar mahu mengisi ruang dalam perbahasan ucaptama sahaja.

Laungan takbir yang diterjemahkan kurang menepati konteks yang dibincangkan termasuk apabila menyebut hutang Pemuda PAS Kawasan, perwakilan tiba-tiba melaungkan takbir.

Namun secara keseluruhannya isu-isu yang diutarakan hanya sekadar menyediakan pembahas dan bukannya menyediakan fakta untuk berbahas dan menjelmakan idea yang bernas.

Beberapa pemerhati menamsilkan perbahasan yang kurang menyengat malah topik yang dibentang oleh Ketua Pemuda dalam soal ekonomi, menyelamatkan Malaysia, isu rasuah dan salahgunakuasa tidakpun dikocak baik oleh perwakilan yang berbahas.

Kebanyakan pembahas hanya berputar dalam isu dalaman yang tak berkesudahan, sementara cadangan untuk memastikan masalah dalaman tidak diberi perhatian.

Perwakilan juga umpama 'menggangguk' sahaja seruan kepada Tema Ucaptama 'Memurnikan Perjuangan" tetapi tidak memugar dan mengupas perbahasan berkaitan tema "Memaknakan Kemenangan".

Jika diguna alasan bahawa Muktamar kali ini sunyi kerana tiada pemilihan, ia satu kesilapan kerana seharusnya peluang yang lebih besar ini digunakan untuk mencernakan idea yang lebih tepat untuk memajukan pemuda sebagai barisan hadapan parti.

Besar harapan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap golongan muda untuk melestarikan perjuangan, mempertahan kemenangan dan sepakat menuju Putrajaya, namun akhirnya seolah-olah dipandang sepi perwakilan Pemuda PAS.

Mungkin apabila gendang sebenar PRU-13 dipalu dengan perdana Menteri mmengumumkan pembubaran Parlimen, kala itu Pemuda akan bingkas bangunkan untuk bertindak, mungkin sudah terlambat!.

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Najib Berjanji

Posted: 12 Jun 2010 09:31 PM PDT


Berita Harian Online di bahagian Nasional menyiarkan bahawa PM menyatakan kerajaan akan membantu para belia yang berpotensi.

Wow,kalau begitu,saya berharap PM boleh membantu saya jika sekiranya saya tidak mendapat tempat di IPTA.Saya berasa diri saya juga berpotensi.Jadi,bolehlah berikan biasiswa kepada saya nanti.Bukankah Saiful pun pernah melakukan perkara yang sama.Sudah tentu Saiful Bukhari itu mempunyai potensi untuk menjadi "pornstar" berjaya.Apa pandangan kalian?

PM juga berjanji akan membawa usul mengenai isu Zionis ke PBB.Macamlah boleh,kalaulah PBB itu satu badan yang memang boleh dikatakan tanpa lobi mana-mana pihak,sudah lama usul itu diusulkan oleh negara-negara lain yang lebih hebat dan telah pun lulus.Apa,adakah APCO juga memainkan peranan mereka dalam janji ini?Maklumlah,kontrak belum tamat.

Bagaimanalah PM boleh benci pada Zionis sedangkan kontrak dengan APCO masih belum tamat?

Sekian,

Wallahu'alam

SESIAPA NK JADI PORNSTAR GI JUMPA NAJIB!!!!!!!!
DI RUMAH DIA!!!!!!!!!

PAS Betul-betul Marah dengan UMNO

Posted: 11 Jun 2010 11:48 PM PDT


Berita Harian Online di bahagian nasional menyiarkan kenyataan AJK PAS Pusat bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO kerana UMNO tidak pernah mahu mengenali PAS berbanding dengan DAP.

AJK PAS Pusat itu juga merupakan anak kepada Mursyidul Am PAS.

Pada pengalaman saya,seorang penyokong UMNO pernah bercerita kepada saya bahawa AJK PAS Pusat itu menyokong kerjasama PAS dengan UMNO.

Tidak tahu sama ada yang bercakap itu bercakap perkara yang benar.Jika apa yang diceritanya itu benar,boleh percayakah kenyataan AJK PAS Pusat ini?

Apa-apa pun,pada pendapat saya,lebih baik PAS tidak langsung bekerjasama dengan UMNO kerana UMNO ini "eksyen" sikit.

Sekian,

Wallahu'alam

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Istana Johor tarik balik darjah kebesaran

Posted: 10 Jun 2010 08:40 PM PDT


Gambar hiasan - banyak nya pingat diaorang


Gambar hiasan - "boleh tak bagi saya yang ini"

Tiba tiba saja isu anugerah sultan ini timbul. 4 orang penerima anugerah yang ditarik balik itu ialah :
1. Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir (Wanita Asia pertama merentasi Antartika secara solo)
2. Komander Shaftdean Lufty Rusland (suami kepada Tunku Muna Najiah Sultan Iskandar)
3. Datuk Chua Jui Meng (bekas Menteri Kesihatan)
4. Hassan Yunos (peguam)

Memang lah tidak ada siapa yang boleh pertikaikan apabila Sultan atau raja menarik balik darjah kebesaran yang telah diberikan, cuma ia akan menjadi pelik dan menyebabkan spekulasi yang sedikit sebanyak akan menjatuhkan maruah sultan atau raja itu sendiri jika penarikan itu tidak diberitahu apa sebab nya. Jangan lah marah pulak kalau ramai orang kata antara sebab nya ialah tekanan politik.

Ambil saja contoh Datuk Dr Chua Jui Meng. Beliau kelihatan bersih, cuma masaalah nya beliau adalah ahli PKR. Ada seorang lagi bernama Chua yang bukan saja memalukan diri nya sendiri, keluarga nya, parti yang disertai nya malah negeri Johor yang dia adalah wakil rakyat disana. Chua yang dimaksud kan tak lain tak bukan ialah Chua Soi Lek. yang semua orang tahu moral nya. Sepatut nya antara 2 Chua ini, siapa yang lebih layak di tarik gelaran nya ?. Chua Soi Lek atau Chua Jui Meng atau kalau tidak pun tarik dua dua sekali.

Dari pengalaman, pada pendapat aku Sultan ke, raja ke, bos ke, mereka ini ramai yang OK. Yang tak OK nya adah orang orang disekeliling mereka yang lebih sudu dari kuah. Aku pernah 2,3 kali 'face to face' dengan Almarhum Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz. Almarhum cukup 'low profile' dan tidak mementingkan protokol. Pegawai keliling Almarhum saja yang banyak songel.

OK lah tak mahu cerita banyak banyak pasal sultan atau raja ni nanti tak pasal pasal kena 'charge' itu dan ini, lagi pun bukan kah mereka ini 'superior'. Apa tah lagi orang besar besar kaki ampu ramai lagi yang berebut nak kan pingat dan anugerah tersebut.

Akhir kata, aku cuma tak mahu institusi sultan dan raja melayu di Malaysia ini nanti akan jadi macam waris walak Sultan Singapura. Simpang malaikat 44.......

Sekian. Ampun Tuanku !!.


Chua Jui Meng, Sharifah Mazlina antara 4 ditarik gelaran

JOHOR BAHRU: Jumaah Majlis Diraja Johor sebentar tadi mengesahkan penarikan balik darjah kebesaran terhadap bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng dan tiga lagi yang membawa gelaran Datuk.

Tiga lagi ialah wanita Asia pertama merentasi Antartika secara solo, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, dan dua individu lain, Komander Shaftdean Lufty Rusland dan Hassan Yunos.

Shaftdean Lutfy adalah suami kepada Tunku Muna Najiah Sultan Iskandar manakala Hassan seorang peguam.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata kuasa Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail untuk menganugerahkan atau menarik balik darjah kebesaran adalah "melampaui politik."

"Tidak wujud keadaan yang dikatakan sebagai tekanan politik untuk menganugerahkan atau menarik balik darjah kebesaran itu. Sultan Johor tidak mempunyai kaitan dengan politik. Ahli politik tidak mempunyai hak dalam perkara ini," kata beliau pada sidang media di Istana Besar, hari ini.

Sultan Johor katanya, berkuasa penuh terhadap perkara itu di bawah Fasal 12 Undang-undang dan Peraturan bagi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia dan Fasal 7(f) Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895.

Ditanya mengenai sebab disebalik langkah penarikan balik darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Chua itu, Abdul Rahim berkata, Sultan Johor tidak perlu memberikan sebab kerana itu adalah kuasa baginda. Sumber : Bharian.com.my


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Jaga sensitiviti ahli bukan Islam

Posted: 12 Jun 2010 09:07 PM PDT


KOTA BHARU, 13 Jun: Semua pemimpin dan ahli PAS diminta menjaga sensitiviti ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) selepas mereka diterima sebagai sahabat dalam PAS.

Antara isu yang sensitif adalah makanan apabila mereka menjemput ahli DHPP ini menyertai kenduri yang dianjurkan.

"Kalau kita amat sensitif dengan khinzir, mereka dari kaum India yang beragama Hindu pula sensitif dengan daging lembu.

"Jadi kalau kita nak buat kenduri dan mengajak mereka datang, kita kena sesuaikan menu kita misalnya dari daging lembu kita ubah kepada kambing, ayam dan ikan," kata Dr Mariah Mahmud, AJK PAS Pusat yang juga anggota parlimen Kota Raja.

Dalam ucapan yang sama, Dr Mariah juga telah meminta ahli PAS khasnya kaum muslimin menjaga sensitiviti kaum wanita kerana PAS kini adalah parti yang bercita-cita mahu ke Putrajaya.

"Misalnya apabila kita suka sangat membuat lawak dengan isu poligami. Kita kena ingat, kebanyakan wanita di luar sana sangat sensitif dengan isu ini akibat dari banyaknya pengalaman negatif hasil dari poligami ini," kata Mariah.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan cara Pengerusi Tetap, Abu Kassim Abdullah yang suka sangat membuat lawak dalam isu ini dalam keadaan tidak sedar ia menghiris perasaan sesetengah wanita.

Mariah juga membantah cara sebahagian masyarakat yang suka menyalahkan wanita sahaja seolah-olah lelaki tidak salah misalnya dalam isu wanita mengandung tanpa suami.

"Misalnya apabila wanita mengandung atau hilang dara, siapakah yang menyebatkan wanita ini mengandung dan hilang dara?" soal Mariah.

Di samping itu, Mariah juga meminta ahli dan penyokong PAS agar juga menjaga kebersihan dalam amalan seharian mereka.

Konsep jumpa sampah ambil dan bawa balik dan buang ke tong sampah ini perlu dijadikan amalan, kata beliau.

"Semalam kami ke sebuah masjid untuk sembahyang. Kami tak lalu nak masuk tandas masjid itu kerana terlalu kotor dan terus ambil air sembahyang dan solat sahaja," kata Mariah memberikan contoh budaya pengotor di kalangan umat Islam yang sangat tidak kena dengan ajaran Islam.

Pemimpin pusat PAS wajar dipilih sejuta ahli?

Posted: 12 Jun 2010 08:55 PM PDT


KOTA BARU, 13 Jun — PAS wajar mengkaji keperluan mengadakan pemilihan secara langsung membabitkan setiap ahli — dianggarkan sejuta orang sekarang — memilih barisan kepimpinan pusat agar seiring perubahan landskap politik semasa. Penasihat undang-undang PAS, Hanipa Maidan berpendapat bahawa pucuk kepimpinan perlu mengkaji cadangan yang dibangkitkan oleh seorang perwakilan pada hari kedua Muktamar Tahunan PAS Ke-56.
"Saya rasa parti patut kaji kemungkinan bagi membolehkan setiap ahli memilih pucuk kepimpinan," kata beliau kepada The Malaysian Insider pagi ini sebelum muktamar tahunan kali ini menutup tirai.
Kata beliau, jika ia dilakukan PAS akan kelihatan sebagai sebuah parti yang dinamik di negara ini.
"PAS akan kelihatan terbuka... sekarang banyak parti ke arah itu (undi secara langsung)," kata beliau yang yakin bahawa PAS akan mengambil langkah ke arah itu satu hari nanti.
Komponen Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat akan mengamalkan pendekatan pemilihan secara langsung membabitkan setiap ahli akhir tahun ini.
Umno juga mengambil langkah meluaskan bilangan perwakilan memilih pucuk kepimpinan pusat daripada kira-kira 2,000 orang kepada lebih 400,000 orang mulai tahun 2011.
PAS memilih pucuk kepimpinan setiap dua tahun manakala Umno pula tiga tahun sekali.
"Macam langkah membuka keahlian kepada bukan Islam, perkara ini sudah dicadangkan lebih 30 tahun lalu tetapi baru sekarang dilaksanakan... jadi saya rasa idea ini akan diterima satu hari nanti," katanya.
Semalam perwakilan dari Jerantut mencadangkan supaya parti mengambil langkah meminda perlembagaan bagi membolehkan setiap ahli akar umbi memilih barisan kepimpinan pusat.
Menurut perwakilan itu, pendekatan ini perlu sebagai langkah awal mengelakkan masalah gejala politik wang apabila PAS bersama komponen Pakatan Rakyat menerajui kerajaan pusat.
Perwakilan itu berpendapat walaupun elemen gejala politik wang tidak wujud sekarang dalam PAS tetapi langkah awal perlu diambil bagi peringatan.
Bagaimanapun saranan itu dipertikai perwakilan yang lain apabila wakil dari Jerantut itu mendakwa perlembagaan PAS sekarang "diwarisi" daripada Umno.
Mengenai pertikaian ditimbulkan perwakilan itu, Hanipa berkata, ahli-ahli PAS tidak seharusnya melahirkan "rasa marah" dengan membantah sebelum perwakilan habis bercakap.
"Apa yang perwakilan Jerantut hendak cakap itu ada tujuannya tetapi cuma cara penyampaian tak kena apabila menyebut nama Umno... macam kita marah apabila disebut (idea) kerajaan perpadian," kata Hanipa yang juga anggota jawatankuasa pusat PAS.
Ketika bercakap pada sesi penggulungan perbahasan pagi ini, Hanipa menyifatkan perwakilan "tidak harus membuli dia (perwakilan Jerantut)."
"Kita ini parti PAS, kita memperjuangkan kebebasan bersuara, dalam demokrasi dijanjikan aluan yang sama untuk semua bercakap... jadi biarkan dia bercakap dulu sebelum membantah.
"Ada pandangan yang bagus, dan ada pandangan yang tidak bagus... bagi dia peluang untuk bercakap, jangan halang," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat menolak cadangan supaya pucuk kepimpinan peringkat nasional dipilih oleh setiap ahli atas alasan ia tidak praktikal buat masa sekarang.
"Lagi pun tiada keperluan, saya rasa tiada keperluan langsung," katanya.
Kata beliau, sistem semasa sememangnya sudah cukup berkesan dan tidak perlu PAS mengikut apa yang dilakukan oleh parti-parti lain.

Sejuta pengundi baru antara 15 strategi PAS hadapi PRU-13

Posted: 12 Jun 2010 08:50 PM PDT

Presiden PAS Hadi Awang menyampaikan ucapan dasar beliau di muktamar PAS ke-56. — Gambar oleh Choo Choy May
KOTA BARU, 13 Jun — PAS menggariskan pelan tindakan 15 strategi kepada ahli-ahlinya semalam sebagai persiapan turun gelanggang pilihan raya umum ke-13, antara lain dengan mendapatkan sejuta pemilih baru.
Strategi itu diluluskan bersama usul persediaan menghadapi pilihan raya yang diterima oleh Muktamar Tahunan PAS Ke-56 semalam.
Muktamar yang akan berakhir hari ini banyak memberi tumpuan ke arah persediaan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13 bersama Pakatan Rakyat.
Dalam ucapan dasarnya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menekankan bahawa secara umumnya, semua organisasi parti termasuklah jentera pilihan rayanya perlulah diperkemaskan di semua lapisan peringkat untuk berhadapan dengan pilihan raya umum ke-13.
Dengan pendaftaran pengundi yang menyeluruh, kata PAS, tumpuan serius dan sistematik perlu diberikan termasuk melancarkan gerak kerja khas pendaftaran pemilih, terutama pemilih baru, secara besar-besaran.
"Sasaran minimum ialah satu juta pendaftaran baru di seluruh negara," kata PAS dalam laporan itu yang diperoleh The Malaysian Insider.
Kini kira-kira 4.3 juta orang yang berusia 21 tahun ke atas dan layak masih belum mendaftar sebagai pengundi.
Bagaimanapun tidak dijelaskan sama ada sasaran itu hanya melibatkan PAS sendiri ataupun dilakukan secara kolektif bersama parti komponen Pakatan Rakyat.
Muktamar Tahunan PAS kali ini turut menerima usul memantapkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat.
Secara umum strategi 15 perkara itu banyak menekankan tumpuan ke atas kawasan-kawasan Parlimen.
Bagaimanapun The Malaysian Insider juga difahamkan strategi itu yang pertama kali diperincikan dalam pembentangan usul pilihan raya akan merangkumi kerusi-kerusi negeri.
"Ini kali pertama laporan terperinci ini dikeluarkan sebagai panduan persiapan menghadapi pilihan raya umum nanti," kata seorang perwakilan muktamar.
PAS akan melancarkan institut latihan pilihan rayanya pada Ahad ini.
Kini wakil PAS menerajui kerajaan negeri Pakatan Rakyat Kelantan dan Kedah.
Pakatan Rakyat memerintah dua lagi negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor. Perak telah jatuh ke tangan Barisan Nasional awal tahun lalu selepas tiga Adunya melompat parti.
Dalam strategi itu PAS berkata, pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan seberapa banyak kerusi Parlimen bagi menggantikan kedudukan Umno sebagai teras utama politik negara berasaskan "konsep kepimpinan bertaqwa tonggak keselamatan ummah dan negara."
Strategi itu termasuklah mengenal pasti dan mempersiapkan sasaran kerja pilihan raya umum ke-13 berasaskan prestasi yang diperlihatkan dua tahun lalu.
Pada Mac 2008, PAS telah bertanding di 60 kerusi Parlimen dan menang di 23 kerusi.
Pada pilihan raya kecil awal tahun 2009 PAS memperoleh kemenangan di Kuala Terengganu.
Daripada 60 kerusi yang ditandingi PAS tewas dengan majoriti bawah 5,000 undi di 16 kawasan, antara 5,000 hingga 10,000 undi (lapan kawasan) dan antara 10,000 hingga 13,000 undi (13 kawasan).
Dengan itu kata PAS, sasaran yang perlu dimenangi parti tersebut adalah berjumlah 37 kerusi lagi.
Selain sasaran pengundi baru satu juta orang, kata PAS , ia akan cuba menyediakan media alternatif yang setanding dengan kemampuan lawan tradisinya — Barisan Nasional yang didakwa menguasai media arus perdana tradisional.
"Dengan ini insya-Allah, pengundi Melayu luar bandar dapat digerakkan bersekali dengan arus kebangkitan yang sedia ada," kata PAS dalam strateginya.
Strategi-strateginya dijanga akan diperhalusi dalam sesi pemukiman PAS yang kemungkinan diadakan bulan depan.
Dengan usaha itu kata PAS, pihaknya juga akan memberi tumpuan ke atas pengundi-pengundi Melayu luar bandar supaya mereka dapat digerakkan bersekali dengan arus kebangkitan yang sedia ada.
Selain itu PAS juga mahu memberi tumpuan yang seimbang di Sabah dan Sarawak, lebih-lebih selepas prestasi Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu bulan lalu.
PAS juga dijangka akan menghidupkan semula gerakan reformasi pilihan raya melaksanakan pengunaan dakwat kekal dan penghapusan sistem undi pos.
PAS dijangka bersama PKR dan DAP akan mengadakan gerakan Bersih II dalam tempoh terdekat.
Strategi itu juga tidak melupakan usaha untuk memperkukuhkan sokongan pengundi bukan Melayu kepada PAS, termasuk mempertimbangkan calon bukan Melayu yang berwibawa atas tiket parti selaras dengan pembentukan Dewan Himpunan Penyokong PAS.
Di samping itu, di bawah strategi terbaru yang dikongsi dengan ahli-ahlinya semalam PAS berkata akan menolak cadangan Umno-BN untuk persempadanan semula sebagai agenda Umno mengekalkan kuasa.

DHPP mahu beri kemenangan kepada PAS, tumpas BN

Posted: 12 Jun 2010 08:49 PM PDT

1234 Muktamar Tahunan PAS Ke 56
Oleh Teoh El Sen
PENGKALAN CHEPA: Agenda utama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) buat masa ini ialah untuk memberi kemenangan besar kepada PAS dan menumpaskan kerajaan Barisan Nasional dengan kerjasama DAP dan PKR dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Pengerusinya Hu Pang Chaw berkata, DHPP yang baru dinaik taraf akan meletakkan calon selepas melalui proses penapisan bagi pemilihan calon mengikut lunas-lunas demokrasi.

"Kita tidak boleh kata, kita ada 10 ahli dan kita mahu bertanding di sana sini," katanya pada DSC_0011Muktamar Tahunan PAS Ke 56 di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan, di sini hari ini.
Semalam, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS akan membenarkan ahli-ahli DHPP menggunakan simbol parti pada PRU ke 13 nanti, di kawasan di mana bukan Islam merupakan penduduk majoriti dan kerusi-kerusi akan dikenal pasti kemudian.
Hu menolak kemungkinan penubuhan DHPP mendapat bantahan daripada PKR dan DAP serta menegaskan bahawa matlamat utama DHPP adalah untuk membantu PAS mengguling kerajaan pusat yang memerintah.
Islam membawa keadilan
Mengenai isu tidak boleh mengundi kerana PAS telah memutuskan tidak akan meminda   perlembagaannya untuk membenarkan ahli-ahli DHPP menjadi ahli penuh Hu berkata, "ini tidak menjadi masalah selagi ahli-ahli DHPP mempunyai suara dalam parti."
"Kita percaya bahawa Islam boleh membawa keadilan dan demokrasi di negara ini.  Tidak penting bagaimana anda mendefinasikan negara Islam atau negara sekular, apa yang penting ialah isinya.  Jika Umno memerintah dan rasuah berleluasa, tidak ada gunanya."
DHPP K. DeepakaranTerdahulu, ketika sesi debat ucapan presiden, Setiausaha DHPP K Deepakaran berkata dengan wujudnya dewan ini bermakna PAS telah melangkah setapak lagi di mana faham perkauman ditolak di negara ini.
"Ini merupakan satu cabaran yang besar tetapi dengan sokongan, kami boleh berjuang untuk PAS supaya hasilnya nanti dapat dinikmati bersama.
"Saya berharap para pemimpin PAS boleh memahami perjuangan kami dan menyokong kami di bawah pucuk pimpinan PAS dan di bawah bimbingan Tok Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang kami cintai," jelas beliau.
Deepakaran juga menyeru ahli-ahli parlimen PAS mengambil pendirian yang lebih tegas berhubung isu sekolah-sekolah Cina dan Tamil yang tidak menerima peruntukan kewangan yang sewajarnya dari kerajaan pusat.
"Kami menggesa ahli-ahli parlimen menyuarakannya bagi pihak bukan Islam," kata Deepakaran, menambah lebih banyak program harus di adakan untuk mendaftar lebih ramai ahli.
Beliau berkata, negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat harus mendengar nasihat daripada DHPP apabila melantik ketua-ketua kampung dan untuk mengisi jawatan-jawatan rasmi.
Deepakaran mengakhiri ucapannya dengan laungan "Takbir!" hingga membuat para perwakilan ketawa di dewan muktamar.
Kenyataan yang bercanggah
Sementara itu, wakil Pahang, Hishamuddin Salim memberi amaran kepada para pemimpin yang mempunyai blog untuk dikemaskini dengan kandungan yang baik, "kalau tidak tutup sahaja."
"Apabila para pemimpin membuat kenyataan yang bercanggah dan apabila ahli-ahli menjadi keliru, ianya boleh digunakan oleh musuh-musuh kita.
"Kelajuan masa yang kita perlukan untuk menangani perkara-perkara ini juga penting," kata Hishamuddin, yang mencadangkan supaya seorang jurucakap parti dilantik.
Mohd Nasir Ali, perwakilan Sabah mencadangkan supaya muktamar tahunan juga dijadikan "Hari Kualiti" untuk memberi anugerah kepada cawangan-cawangan parti yang menunjukkan prestasi terbaik agar mereka ini boleh dijadikan contoh.
Wakil Selangor, Mohd Khairuddin Osman berkata penubuhan DHPP merupakan satu langkah yang bijak yang tidak terdapat dalam struktur mana-mana parti politik lain.
"PAS telah mengambil langkah yang bijak…. Umno hanya ada Ketuanan Melayu.  Umno sedang panik sekarang ini apabila kita telah berjaya menubuhkan DHPP.
"Kita memberitahu mereka (Umno) bahawa DHPP boleh memenangi undi memandangkan selama ini mereka mengundi MCA dan MIC," katanya, menambah PAS harus terus memupuk perkembangan DHPP dan tidak melupakan mereka yang telah membantu PAS dalam perjuangannya.

PAS yakin Pakatan kuasai undi peneroka Felda PRU-13

Posted: 12 Jun 2010 08:16 PM PDT


KOTA BARU, 13 Jun — Ahli jawatankuasa pusat PAS Mazlan Aliman, yang memberi tumpuan ke atas isu-isu membabitkan peneroka Felda dan Felcra yakin sokongan masyarakat Melayu terhadap parti itu akan meningkat dalam pilihan raya umum ke-13.
Sambil menggariskan bahawa terdapat sekitar dua juta pemilih membabitkan penduduk kawasan pedalaman termasuk di wilayah Felda dan Felcra, Mazlan berkata, "bagi saya masyarakat Melayu boleh berubah (menyokong ke arah PAS dan Pakatan Rakyat)."
"Dulu di Felda, bukan senang untuk berubah dari dacing (simbol Barisan Nasional) kepada PAS," kata beliau ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di Putik, Pengkalan Chepa dekat sini hari ini.
Semalam seorang perwakilan dari Kubang Pasu, Kedah memberitahu muktamar bahawa daripada 222 kerusi Parlimen, sebanyak 40 kawasan membabitkan penempatan Felda.
Usaha menarik pengundi kawasan penempatan Felda dan Felcra menjadi fokus PAS dalam setiap pilihan raya.
Ia juga disaksikan ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April lalu. Arah aliran sokongan peneroka kawasan Felda telah membawa kepada kejayaan Barisan Nasional merampasnya daripada Pakatan Rakyat.
"Saya yakin dengan, tungguhlah pilihan raya umum akan datang, perubahan akan berlaku... saya tidak cakap besar, tetapi kita mesti berganding bahu.
"Dua juta orang ini, kalau mereka ini dapat dijinakkan, perubahan akan berlaku," katanya.
Sesi penggulungan perbahasan bermula pagi dan dijangka berakhir tengah hari nanti.

PAS sudah enam kali berdialog dengan gereja

Posted: 12 Jun 2010 08:12 PM PDT

KOTA BHARU, 13 Jun: PAS melalui Lajnah Perpaduan Nasional sudah berdialog dengan enam buah gereja di negara ini dan akan meneruskan lagi usaha ini untuk membolehkan persefahaman tercapai antara PAS dengan penganut Kristian.

Pengerusinya, Dr Mujahid Yusof (gambar) berkata, dialog dengan pelbagai pihak ini dibuat sebagai satu medan baru yang diambil oleh lajnah itu selepas selesai menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

"Selepas berjaya diselesaikan, kita serahkan pengawasannya kepada Lembaga Penasihat DHPP yang dipimpin oleh naib presiden Salahudin Ayub," kata Mujahid.

Melalui lembaga ini, kata Mujahid, badan baru dalam PAS ini akan dibimbing yang antara lain untuk memastikan mereka memahami budaya PAS dengan baik.

Semasa penubuhan DHPP Mei lalu, semua ahlinya telah berikrar untuk memastikan mereka sentiasa bersama PAS dan tidak menyusahkan PAS.

"Antara ikrar mereka, atau bai'ahlah bagi kita, adalah menjunjung dasar PAS, mentaati perintah pimpinan PAS, menjaga nama baik..ini janji mereka," kata Mujahid ketika menggulung perbahasan ucapan dasar PAS di hari ketiga muktamar.

Dalam ucapannya, Mujahid memaklumkan, lajnahnya melaksanakan  konsep untuk melibatkan sepenuhnya muslimat dalam organisasi PAS.

"Timbalan saya adalah muslimat iaitu Dr Halimah Ali (Exco kerajaan negeri Selangor), begitu juga setiausaha lajnah ini adalah muslimat," kata Mujahid.

Mujahid juga memaklumkan, kejayaan besar penubuhan DHPP adalah hasil pertolongan yang dibuat oleh Ustaz Hasan Shukri yang mengetuai jawatankuasa teknikal untuk mengkaji perlembagaan PAS bagi membolehkan orang bukan Islam mempunyai kedudukan yang jelas dalam parti Islam PAS ini.

"Draf perlembagaan yang disiapkan oleh Ustaz Hassan dan pasukannya telah diluluskan sebulat suara oleh pimpinan PAS dan kemudiannya oleh Majlis Syura Ulamak.

"Setahu saya PAS adalah parti Islam yang pertama mempunyai ahli bukan Islam dan ada hak-hak tertentu," kata Mujahid dalam ucapannya.

DHPP dan komentar penganalisis politik

Posted: 12 Jun 2010 08:06 PM PDT

"Bertahun-tahun lamanya pilihan adalah jelas. Jika anda mahu menjadi lebih Islamik, anda pilih PAS." - Wong Chin Huat

Apakah sebenarnya pendirian PAS berhubung pengundi bukan Melayu?

Beberapa penganalisis politik berhujah bahawa parti, yang diasaskan oleh golongan ulama Islam, kini sudah semakin mendapat sokongan bukan Melayu sejak pilihan raya umum terakhir diadakan pada Mac 2008.

"Bertahun-tahun lamanya pilihan adalah jelas. Jika anda mahu menjadi lebih Islamik, anda pilih PAS." - Wong Chin Huat

Bagaimanapun, beliau berkata keadaan itu membataskan PAS hanya di kawasan orang Melayu beragama Islam iaitu di Kedah, Kelantan dan Terengganu dan beberapa kawasan luar bandar. Menyedari akan keterbatasan yang dihadapi untuk mendapatkan sokongan, PAS pada tahun-tahun kebelakangan ini berusaha mendekati pengundi bukan Melayu dan bukan Islam, kata Wong.

Beliau berkata strategis parti itu kini mengambil jalan tengah untuk "menyeimbangkan semula parti" dengan menggunakan pendekatan "negara kebajikan" dan "PAS untuk semua" yang disasarkan kepada masyarakat umum.

"Secara dalamannya, PAS telah digambarkan sebagai parti yang mewakili golongan ulama manakala daripada segi luarannya ia boleh membenarkan budaya atau autonomi agama bagi minoriti, asalkan ia tidak mengancam atau menggugat komitmen terhadap Islam," kata Wong.

Seorang lagi penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian sebaliknya menyatakan bahawa PAS kini berada di persimpangan. Katanya parti itu mengambil risiko meminggirkan penyokong tegarnya jika ia terlalu memberi perhatian kepada pendekatan jalan tengah.

"Penyokong kuat parti, yang selama ini berada bersama-sama parti tidak akan menyukainya. Tidak dinafikan, ia telah berjaya memenangi hati orang bukan Melayu dan bukan Islam, tetapi ia kini berhadapan risiko besar meminggirkan penyokong kuat parti," katanya.

Dr Sivamurugan berkata PAS sebenarnya belum lagi dapat menangani konflik dalaman dan pergeseran pendapat di kalangan dua kumpulan utama dalam parti tentang bagaimana PAS harus melangkah ke hadapan. Katanya wujud konflik antara puak konservatif, terutamanya golongan ulama dan golongan sederhana atau kumpulan profesional.

"PAS tidak menangani masalah ini habis-habisan tetapi hanya mengambil pendekatan bermusim seperti jalan tengah bagi mewujudkan situasi yang menguntungkan kedua-dua pihak. Jika ini berlarutan, PAS akhirnya akan bergantung kepada pengundi bukan Melayu.

"Ia akan menjadi satu masalah besar kepada matlamat dan ideologinya adalah ke arah sebuah negara Islam. Pastinya, parti ini berada dalam dilema," katanya.

Beliau berkata adalah tidak mengejutkan apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak akan meminda perlembagaan parti bagi membolehkan bukan Islam menjadi anggota penuh PAS tetapi bersedia untuk meletakkan mereka sebagai calon pilihan raya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan At-Tantawi menjelaskan bahawa usaha untuk menaik taraf Kelab Penyokong PAS sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPS) tidak akan menjejaskan sokongan masyarakat Melayu.

Katanya PAS mensasarkan untuk meningkatkan sokongan orang Melayu sebanyak 15 hingga 20 peratus dan pemimpin pusat parti itu akan mengadakan pertemuan selepas muktamar tahunan yang sedang diadakan memuktamadkan strategi.

PAS dilaporkan telah mendapatkan khidmat penyelidik pendapat awam untuk mengenal pasti perkara yang menjadi kebimbangan orang Melayu, terutamanya di bahagian pantai barat dan selatan Semenanjung dengan harapan untuk menembusi kawasan yang menjadi kubu kuat Umno.

Namun, usaha itu bukanlah suatu yang mudah kerana PAS kini bersaing dengan Perkasa, sebuah badan yang memperjuangkan hak Melayu pimpinan Datuk Ibrahim Ali, yang semakin mendapat sokongan sejak ia ditubuhkan pada 2008. sumber BERNAMA

PAS tidak tukar prinsip biar pun tewas

Posted: 12 Jun 2010 08:05 PM PDT

PAS sebuah parti yang paling konsisten di negara ini biar pun banyak kali kecundang dalam pilihan raya namun tidak pernah menukar dasar parti itu semata-mata bagi meraihkan kemenangan.

Perwakilan Dewan Ulamak PAS Pusat, Mokhtar Senik berkata, PAS akan hancur sekiranya dasar parti itu ditukarkan semata-mata bagi meraihkan kemenangan pilihan raya.

"Tetapi alhamdulillah PAS tetap kekal dengan dasarnya dan tidak berubah walaupun mengalami jatuh dan bangun dalam politik. Kalau berjuang selain daripada Islam kita akan hina.

"Kita berjaya membawa perubahan dengan prinsip Islam. Kita perkenalkan Islam di tengah-tengah masyarakat umum. Kita dedahkan kepada mereka mengapa perlu sokong PAS. kita memberi ilmu kepada rakyat, sebarkan hujah berdasarkan kepada ilmu," katanya ketika membahas ucapan dasar presiden, pada muktamar hari ini.

Beliau juga berkata, ada orang Islam takut hendak sokong PAS kerana terpengaruh ajaran sesat yang disebarkan Umno.

Katanya, sebab itu kita perlu membuat taklimat, penerangan dan diskusi mengenai kehebatan Islam. Kita perlu terangkan bahawa Islam itu adil. Dan InsyaAllah akhirnya mereka boleh terima.

Kata beliau juga kejayaan PAS mendekati orang bukan Islam menyebabkan Umno menjadi kepanasan dan takut sehingga mereka cuba mempengaruhi orang ramai bagi mengelirukan mereka.

Beliau berkata, Umno mencanangkan kepada rakyat di seluruh negara tidak perlu lagi memberi sokongan kepada PAS kerana kononnya parti itu sudah mengubah dasar perjuangan disebabkan menerima orang bukan Islam sebagai ahli parti.

Katanya Umno mempengaruhi rakyat supaya tidak lagi menerima PAS kerana sudah terpesong berbanding asal perjuangan asal.

"Inilah sebenarnya menggambarkan Umno begitu takut dengan ilmu sehingga mampu memberi kefahaman lebih jelas kepada rakyat. Umno takut hujah ilmu yang ada mampu menentang kebatilan," katanya.

Beliau juga menganggap ucapan dasar presiden PAS semalam bertepatan dengan situasi semasa lanskap politik tanah air yang semakin mencabar sekarang dengan mengenegahkan Islam adil untuk semua.

Perbahasan: Perwakilan tonjolkan kematangan PAS

Posted: 12 Jun 2010 07:01 PM PDT

PENGKALAN CHEPA, 12 Jun: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berpendapat mutu perbahasan yang ditunjukkan para perwakilan pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-56 tahun ini menunjukkan kematangan ahli PAS itu sendiri.
Katanya, isu yang dibangkitkan oleh perwakilan dilihat suatu yang segar dan membina dan dibuat secara bersedia demi melihat parti terus gah dipersada politik tanah air.
Lebih penting katanya, para perwakilan yang mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini mampu membawa isu yang berbeza-beza merangkumi pelbagai aspek dalam PAS itu sendiri.
"Wakil-wakil adalah orang yang memang mampu dan isu-isu yang dibawa adalah isu negeri yang berbeza antara setiap negeri," katanya ketika ditemui hari ini.
Kematangan perwakilan juga katanya seiring usia muktamar PAS pada tahun ini yang memasuki kali ke 56.
Perbahasan hari ini masuk hari kedua selepas perbahasan ucapan dasar presiden selesai sesi sebelah pagi tadi dan diikuti pembentangan dan perbahasan usul-usul.
Sebanyak enam usul dibentangkan kepada paerwakilan untuk dibahaskan pada petang ini.
Ianya termasuk usul pindaan perlembagaan berhubung perkara bayaran pendaftaran ahli, usul kedaulatan negara berhubung penyerahan blok L dan M kerajaan Malaysia kepada Brunei dan usul memansuhkan judi sukan.
Tiga lagi usul adalah berkaitan pemerkasaan parti berkaitan sokongan bukan Islam, usul Palestin berhubung mengutuk kekejaman tentera Israel yang menyerang konvoi antarabangsa ke Gaza dan usul persediaan menghadapi pilihanraya umum ke 13.

Pemandangan Gerai Pameran Muktamar PAS 56

Posted: 12 Jun 2010 06:56 PM PDT

Turut menulis sesuatu untuk tatapan Perdana Menteri.
Menjemput YB Husam Musa ke Gerai GMI untuk menandatangani petisyen mendesak pembebasan tahanan ISA paling lama era 20an.

YB Fattah EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.

Barang paling laris, masing-masing mengenakan mafla di leher....moga semangat terus melawan kezaliman. Masing-masing juga menjual produk ini.

Pemandangan kawasan Pameran di waktu ramai pengunjung.

Pemandangan dari arah depan Gerai Pameran Gerakan Mansuhkan ISA GMI di dewan pameran berhawa dingin di Putik....baru best....

Masih dengan isu Tak Main Pinda-pinda, mansuhkan saja ISA, kerana dalam sesi sidang Dewan Rakyat kali ini draf pindaan akta ISA akan dibentang dan dibahaskan. Perlu bersedia menyedarkan rakyat bahawa ISA ialah satu akta yang sewajibnya dimansuhkan. Tiada ruang dan peluang untuk dipinda.

Israel takutkan perpaduan umat Islam

Posted: 12 Jun 2010 06:51 PM PDT

PENGKALAN CHEPA, 13 Jun: Wakil Hamas, Dr. Munir berkata Zionis Israel sangat takut kepada perpaduan umat Islam yang dianggap senjata ampuh yang boleh memusnahkan mereka.

Berucap dalam ceramah sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-56 di Putik malam tadi beliau berkata, Zionis tahu kekuatan orang Islam dan mereka kini cuba membuatkan umat Islam berpecah.

"Orang yahudi tahu kekuatan Islam iaitu perpaduan.

"Mereka juga saban tahun mengadakan muktamar, merangka strategi bagi menghalang kewujudan Salahuddin Al-Ayyubi kedua.

"Mereka paling takut untuk melihat orang Islam solat Subuh di masjid seramai solat Jumaat," katanya.

Terdahulu beliau berterima kasih kepada PAS di atas jemputan dan mengharapkan muktamar PAS kali ini meneguhkan lagi perjuangan Islam di Malaysia.

Ujian paling besar umat Islam seluruh dunia hari ini katanya adalah berdepan kekejaman Zionis Israel.

"Kita dipilih untuk bersama berdepan dengan rejim ini," katanya lagi.

Beliau juga melahirkan keyakinan kepungan ke atas Palestin akan pecah sedikit masa lagi dengan perpaduan umat Islam seluruh dunia.

Turut berucap pada ceramah malam tadi, wakil gerakan Islam Maldives dan MILF (Moro).

Lebih dua ribu rakyat Kelantan memenuhi perkarangan Putik malam tadi.

Muktamar terus perkukuhkan parti

Posted: 12 Jun 2010 06:23 PM PDT

Alhamdulillah,setelah beberapa hari perjalanan muktamar PAS, segalanya berlangsung penuh tertib. Memahami matlamat yang jauh dan menyedari keperluan dan tumpuan memperkasakan parti menghadapi suasana dan lanskap baru politik Malaysia.

Apa yang berlaku menggambarkan kematangan Perwakilan PAS menangani perkembangan semasa, memahami dasar dan pendekatan sebuah perjalanan jamaah Islam.

Perwakilan PAS masih berjaya mengekalkan disiplin dan akhlak sebagai seorang dai yang menangani suasana dan pendekatan politik.

Walau dilihat riak diluar terutama di media alternatif seakan ada kecenderungan menggugat suasana itu, rupanya ia hanya riak diluar yang tidak mendasari parti.

Ternyata persepsi diluar adalah berbeza dengan kerangka yang membina parti. Isu bergolak diluar yang cuba disusup ke dalam gagal mendasar dan bertapak di hati dan pemikiran perwakilan parti.

Ia lambang kejayaan tarbiah walau masih gagal merebak keakar umbi, di peringkat Jawatankuasa yang mengemudi jamaah PAS di kawasan ternyata ia telah bertapak kukuh.

Isu penglibatan sayap bungsu PAS, Dewan Himpunan Penyokong PAS ternyata menarik perhatian.

Sejauh mana mereka mampu berperanan dan ruang yang perlu diberikan adalah sangat penting Bukan mudah bagi PAS yang selama ini dibelenggu dengan suasana Islam tradisi untuk keluar dari kepompong yang membelenggu.

Tempoh dan kepimpinan yang silih berganti ternyata mampu menangani suasana tersebut.

Biarpun gelora yang sering membadai bahtera PAS, namun sedikitpun tidak menggoyahkan kekuatan dasar yang menunjangi PAS selama ini.

Sedikit sebanyak pengaruh yang terkeliru dengan perkembangan semasa telah terbawa bawa sehingga dilihat seakan ada usaha meliberalkan perjuangan PAS .

Meliberalkan PAS adalah melemahkan dasar PAS. Melemahkan dan menggoyahkan dasar PAS perlu bermula dengan melemahkan pengaruh Ulama. Justeru kepimpinan Ulama adalah teras yang wajib dipertahankan bagi memperkukuhkan parti.

Tahniah kepada semua perwakilan yang telah menjelmakan ruh islam sebagai dai dalam arus politik Perjuangan Islam PAS!

Kutuk Israel: Umno tipu rakyat terang-terangan-Presiden

Posted: 12 Jun 2010 06:18 PM PDT

PENGKALAN CHEPA, 13 Jun: Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai penipu besar apabila mendakwa mengutuk Israel sedangkan pada masa sama menghalalkan judi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, antara strategi Zionis Israel merosakkan akhlak orang Islam adalah dengan memastikan mereka terlibat dengan judi dan rasuah.

"Bila kerajaan Malaysia menghalal judi, ini satu penipuan besar."

"Kata tentang Israel tapi lulus judi bola, ini bukan silap mata, tapi terang-terang depan mata," katanya pada ceramah khas sempena muktamar di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) malam tadi.

Tindakan kerajaan itu katanya bukan aneh kerana penubuhan Umno itu sendiri adalah dibawah tajaan British.

Tambahnya lagi, Zionis sememangnya mahu melihat umat Islam rosak dan berpecah belah demi menjayakan hasrat mereka merampas bumi Palestin bagi menubuhkan Israel Raya.

Mereka ujar Ustaz Hadi, sedang membuat perancangan halus merosakkan ekonomi, politik dan akhlak orang Islam agar lemah.

Sehubungan itu, PAS tegasnya akan bersama umat Islam Palestin menentang Zionis Israel.

Perjuangan membebaskan Palestin katanya bukan baru bagi PAS kerana pimpinan-pimpinan PAS sejak di zaman penubuhannya lagi telah memperjuangkan isu Palestin.

"PAS ditubuhkan tahun 51 oleh tokoh gerakan awal Islam di Tanah Melayu, dan kita adalah penyambung perjuagan itu," katanya.
Turut berceramah malam tadi adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan wakil gerakan Islam luar negara termasuk dari Hamas, Maldives dan MILF (Moro).

Mavi Marmara simbolik kepada masyarakat Dunia

Posted: 12 Jun 2010 06:17 PM PDT

PENGKALAN CHEPA 12 Jun - Wakil tertinggi HAMAS iaitu Muneer Saeed Garada dari Gaza, menyifatkan konvoi misi bantuan kapal Mavi Marmara di pengairan antarabangsa adalah merupakan simbolik kepada masyarakat dunia  bahawa rakyat Palestin dalam keadaan kesempitan dan sangat memerlukan bantuan.


Beliau, tetamu jemputan PAS untuk muktamar ke-56  itu bagaimanapun menyatakan rasa kesal kerana hanya mampu membuat pemantauan dari jauh semasa pelayaran itu dimulakan, kerana pada masa yang sama masyarakaat Gaza sentiasa diancam dengan pembunuhan.


Sebagai mewakili masyarakat Gaza, beliau memberitahu bahawa rakyat di Gaza sangat mengharapkan bantuan dari seluruh masyarakat dunia terutamanya dari negara-negara Islam.


"Masyarakat Gaza sangat memerlukan bantuan dari segi bekalan ubat-ubatan,makanan dan segala jenis bentuk bahan binaan seperti bata, simen, besi dan sebagainya," ujarnya dalam temuramah khas bersama pasukan IT PAS petang tadi.


Jelasnya, sekatan bantuan yang sampai kepada rakyat Palestin terutama sekali bantuan berbentuk bahan binaan telah lama di sekat tentera zionis Israel.


Manakala bantuan makanan turut disekat dan jika ada yang sampai kepada rakyat Palestin pun akan dicatu untuk simpanan sebulan. Bantuan makanan dan bahan binaan lain yang sampai akan dihantar semula kepada agensi yang menghantar bantuan tersebut.


"Israel dan Zionis sangat berharap rakyat Palestin hidup dalam kebuluran, supaya dengan penindasan seperti ini, HAMAS akan tunduk dan mengalah kepada Israel," jelasnya.


Namun, HAMAS melalui tarbiyah dan didikan al-Quran tidak sekali mengalah, malah lebih mengorak langkah dan pelbagai kaedah dibina bagi memastikan kemenangan berpihak kepada HAMAS.


"Dalam kesempitan kehidupan yang dilalui oleh umat Islam di Gaza, kami dapat menguruskan dan mentadbir gerakan kami dengan baik di samping merancang pelbagai strategi yang termampu," ujarnya.


Tambah beliau, "Sebenarnya memang tidak dinafikan bantuan agak sukar untuk sampai kepada HAMAS,dan HAMAS tidak mempunyai cara lain kecuali dengan menggunakan lorong terowong di bawah tanah untuk memperolehi sebarang bantuan makanan".


Beliau yang hadir bersama isterinya Ummu Rahman turut merakamkan rasa sukacita di atas jemputan PAS dalam Muktamar Tahunan ini dan menyatakan pertemuan dalam majlis-majlis seperti ini mampu menghasilkan perbincangan yang lebih mantap di antara gerakan Islam.


Mengakhiri temuramah itu beliau mengharapkan agar Parti Islam PAS dapat menegakkan Islam di Malaysia, beliau turut menyatakan PAS merupakan sebuah gerakan yang unik dan keunikan PAS tidak wujud dalam parti gerakan Islam yang lain.


Sebagai wakil dari HAMAS yang membawa pesanan dari Gaza, beliau berharap agar PAS dapat membina sebuah projek masa depan untuk masyarakat Islam di Gaza. Beliau yang menghadiri jemputan muktamar bersama isteri akan bertolak pulang ke Syria pada  esok hari.

Judi sukan isu ‘emas’ PAS pikat kembali Melayu Islam

Posted: 12 Jun 2010 06:15 PM PDT

Sebahagian daripada perwakilan yang menghadiri Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di Pengkalan Chepa dekat Kota Baru hari ini. — Gambar Choo Choy May
KOTA BARU, 12 Jun — PAS, yang berhadapan dengan kerisauan perwakilan bahawa kehilangan sokongan pengundi Melayu Islam, hari ini disaran agar menggunakan isu lesen judi khususnya judi sukan baru-baru ini untuk memikat golongan berkenaan. Pandangan ini diberikan selepas beberapa perwakilan yang membahaskan ucapan dasar presiden semalam dan pagi tadi membangkitkan keprihatinan mereka PAS kehilangan pengundi-pengundi Melayu Islam sejak kebelakangan ini.
Salah seorang perwakilan, Khairuddin Abd Malek dari Tambun, Perak mengemukakan pendapatnya dengan mendesak kerajaan pusat agar memansuhkan lesen semua jenis sukan dan menghentikan pengeluaran dan pembaharuan lesen pertaruhan yang sedia ada.
"Pendirian ini penting agar sikap PAS tidak dilihat sebagai parti yang tidak serius (dalam membangkitkan isu)," kata beliau.
"Mengapa tidak PAS membawa isu ini ke jalan (demonstrasi)... jika (Ketua Umum Pakatan Rakyat) Datuk Seri Anwar (Ibrahim) membawa isu ekonomi, mengapa tidak PAS mengusahakan isu judi," kata beliau ketika membahaskan usul desakan memansuhkan judi sukan, yang dibawa oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.
Dalam mengutarakan pandangan bagi memperkukuhkan asas sokongan Melayu Islam kepada PAS, Khairuddin juga mahu PAS mengadakan pertemuan dengan semua mufti bagi menjayakan usaha tersebut.
Kata beliau, PAS perlu meminta kerjasama mufti bagi memohon perkenan Raja-raja Melayu agar menggesa kerajaan pusat menghapuskan semua bentuk judi.
"Kita mesti memainkan peranan ini... kita mesti ada usaha untuk membogelkan Umno dari judi," katanya.
Usul ini diluluskan secara sebulat suara selepas dibahaskan.
Usul itu antara lain meminta kerajaan memansuhkan judi sukan, mengetatkan penguatkuasaan terhadap undang-undang judi dan mendidik rakyat membenci judi.
Ia juga mendesak PAS pusat memobilasasikan semua rakyat Malaysia menyertai Himpunan 100,000 Mansuhkan Judi di ibu negara, 3 Julai sebelum menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Himpunan anjuran Pemuda PAS itu dijangka mendapat lebih 20 badan bukan kerajaan setakat ini. Turut menyokong ialah Pemuda DAP dan Angkatan Muda Keadilan.
Perwakilan dari Tebrau, Shamsul Bakri berkata, pihaknya akan menyokong demonstrasi yang akan diadakan pada 3 Julai ini sambil mahu menetapkan pendirian bahawa akan menyertai mana-mana badan Islam yang menganjurkan bantahan sedemikian kelak.
"Saya minta Pemuda PAS dan PAS pusat mengeluarkan surat supaya seluruh rakyat agar turun untuk turut sertai (himpunan).
"Bukan sekadar judi sukan, (kita berdemonstrasi) sehingga mansuhkan segala judi di bumi ini," kata beliau.
Usul dibentangkan oleh Ahmad Fadzli Shaari dari Dewan Pemuda PAS Pusat.
Perwakilan Jerlun, Abdul Rahim Jusoh menggesa agar usul ini wajib disokong oleh perwakilan bagi mendesak kerajaan memansuhkan lesen judi sukan.
Suasana di dewan persidangan Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di Putik, Pengkalan Chepa dekat Kota Baru hari ini. — Gambar Choo Choy May
"Kalau ada desakan kita, Umno akan tunduk... Umno akan faham bahasa demonstrasi dan bahasa undi," katanya.
Bagi melahirkan keseriusan pendekatan ini, katanya, mana-mana wakil rakyat yang tidak sertai demonstrasi bulan depan harus digugurkan daripada menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.
"Pemimpin yang tidak turun, akan (kita) turunkan dari pilihan raya umum akan datang," kata beliau sambil menambah, "inilah isu (terbaik) untuk meraih sokongan orang Melayu."
Kata beliau, memandangkan Selangor dan Kelantan ada menimbulkan soal PAS kemerosotan undi Melayu, isu lesen judi sukan merupakan peluang "untuk memperkukuhkan sokongan" yang didakwa menurun.
"PAS harus gunakan isu ini," kata beliau.
Dalam pada itu, PAS juga meluluskan usul berkaitan kedaulatan dan keselamatan negara.
Usul yang dibentangkan oleh Naib Presiden Salahuddin Ayub mengutuk tindakan kerajaan pusat yang menyerahkan  kawasan minyak Blok L dan Blok M kepada Brunei awal tahun lalu.
Selain itu, usul tersebut juga mengecam tindakan yang didakwa merugikan rakyat dan negara ekoran keputusan pusat memberi hak milik tanah KTM Berhad seluas 271 hektar di Tanjong Pagar, Bukit Timah dan Woodlands kepada Singapura.
Usul tersebut juga mendesak kerajaan Malaysia memutuskan dengan segera kontrak dengan firma khidmat runding APCO demi keselamatan dan kedaulatan negara daripada diceroboh oleh Israel.
Usul pemerkasaan parti yang dibawa Dewan Ulama mahu PAS memastikan dasar dan prinsip perjuangan parti dipertahankan di samping mengukuhkan Pakatan Rakyat.

PAS lulus usul mansuh judi, Apco

Posted: 12 Jun 2010 06:13 PM PDT


Berbeza dengan perbahasan usul ucapan dasar presiden yang banyak menyentuh isu dalaman parti, muktamar PAS hari ini sebaliknya membahas dan meluluskan pelbagai usul berkaitan isu semasa dan antarabangsa.

Membentangkan usul mansuhkan judi sukan, exco Pemudanya Ahmad Fadhli Shaari berhujah, menyedari pemberian lesen jenis itu memberikan kesan langsung kepada pelbagai pihak, PAS hendaklah mendesak kerajaan memansuhkan dan mengetatkan penguasaan terhadap undang-undang judi.

Usul itu juga mendesak PAS memobilisasi semua rakyat Malaysia turun ke "himpunan 100,000 rakyat" bagi menyerahkan memorandum kepada yang di-Pertuan Agong pada 3 Julai ini.

Walaupun dibahaskan 'berapi-rapi' oleh seorang perwakilan Tebrau yang mahukan supaya parti itu mendesak pemansuhan semua jenis perjudian tetapi muktamar kemudiannya hanya meluluskan usul itu seperti yang dibentangkan sahaja.

Sementara itu, muktamar juga mendesak kerajaan memutuskan segala kontrak dengan firma perunding Apco Worldwide "demi keselamatan dan kedaulatan negara dariapda diceroboh oleh Israel-Zionis"

"Mendesak supaya semua perkara yang penting untuk rakyat dan negara perlu dibincang dalam parlimen bukan hanya dilulus melalui seorang perdana menteri sahaja kerana ini adalah (melibatkan) survival rakyat di negara itu," usul yang dibentangkan naib presiden PAS Salahuddin Ayub itu dipetik.

Isu lain yang dibentang dan diluluskan dalam muktamar parti itu kali ini, termasuklah:

- Mengutuk tindakan kerajaan menyerahkan blok L dan M yang memiliki minyak bernilai RM320 bilion kepada kerajaan Brunei.

- Mengecam tindakan memberikan pemilikan tanah Keretapi Tanah Malaysia Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar di Singapura untuk dimajukan bersama Singapura.

- Mendesak kerajaan mengiktiraf kemenangan Hamas - NGO pembebasan Palestin - sebagai kerajaan yang sah.

Khalid Samad: Undi PAS naik 3 ganda dalam 10 tahun

Posted: 12 Jun 2010 06:11 PM PDT

KOTA BARU, 12 Jun — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menolak tanggapan mendakwa PAS sudah mula kehilangan sokongan pengundi-pengundi Melayu hanya kerana menjalin kerjasama dengan komponen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu. Ketika beberapa perwakilan menimbulkan kebimbangan bahawa PAS kemungkinan akan kemerosotan sokongan pengundi Melayu Islam disebabkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat dan pembentukan Dewan Himpunan Penyokong PAS, Khalid berkata, hakikatnya undi diterima parti itu terus mengalami peningkatan.
"Ketika kita hendak menggantikan Umno... tanggapan undi Melayu lari daripada PAS kerana bersama Pakatan Rakyat, itu (saya rasa) tanggapan yang meleset," kata beliau ketika membahaskan usul persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 pada Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di sini petang ini.
Sambil memetik hasil kajian badan pemikir Insap, Khalid berkata, maklumat menunjukkan jumlah undi yang diterima oleh PAS sepanjang tiga pilihan raya umum yang lalu terus meningkat.
Kata beliau, hasil kajian itu mendapati PAS menerima 367,000 undi pada pilihan raya umum 1999 dan ia meningkat kepada 1.1 juta undi dua tahun yang lalu.
"Bermakna undi kepada PAS meningkat tiga kali ganda," kata beliau yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam.
Khalid juga berkata, "kita sibuk kata orang Melayu berkata tak perlu sokong PAS sebab Umno memerintah."
"(Sebenarnya) orang Melayu tak sokong, yang sokong ialah orang Melayu Islam yang mendukung nilai-nilai pentadbiran Islam yang dibawa oleh PAS.
"Jangan makan propaganda Umno-BN," katanya.
Selain merujuk kepada hasil kajian badan pemikir itu tambah Khalid, kejayaan PAS menembusi Johor menunjukkan sokongan kepada parti itu meningkat kebelakangan ini.
"Kita pernah tanding di Johor tetapi sampai hilang deposit. Tetapi sekarang benda itu sudah tidak berlaku.
"Apa yang berlaku ialah anjakan dalam di mana orang-orang Melayu bergerak kepada PAS kerana kita amalkan dasar politik yang baru... yang memenuhi keperluan masyarakat majmuk dan ia boleh dilakukan dan kita sudah mampu dilakukan, di negeri-negeri yang Pakatan perintah sekarang," katanya lagi.
Pada pilihan raya umum lalu PAS menang di kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Abong dan Maharani.
"Kalau dengan semangat kebangkitan yang sama, dengan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat, kita boleh menggantikan dengan Umno.
"Kaedah Islam adalah kaedah yang diinginkan oleh kita.
"Jadi dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, kita jangan pandang kiri, jangan pandang kanan... kita ada landasan yang betul," kata Khalid.
Usul itu dibawa oleh kawasan Kubang Kerian, Pokok Sena, Kubang Pasu,
Jerantut dan Bandar Tun Razak mahu PAS pusat memenangi seberapa banyak kerusi Parlimen bagi menggantikan kedudukan Umno sebagai teras utama politik negara dengn membongkor kepalsuan perjuangan Umno khususnya kepada pengundi Melayu di pedalaman dan merangka strategi gerak kerja pilihan raya dari sudut daftar pemilih, kewangan, latihan kepimpinan jentera pilihan raya secara profesional.
Selain itu usul tersebut juga meminta PAS pusat mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat Pakatan Rakyat mewujudkan polisi pemilihan calon yang ketat, munasabah dan relevan bagi mengelakkan gejala lompat parti dan sekali gus mempamerkan wibawa serta keupayaan calon pada pandangan pengundi.
Dalam pada Taib Ahmad (gambar), perwakilan daripada Kubang Pasu berkata, PAS akan kehilangan kerusi-kerusi yang dimenangninya jika terperangkap dengan idea kerajaan perpaduan.
"PAS kini berada di landasan yang betul dan perlu memantapkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
"Jika PAS terperangkap dengan kerajaan perpaduan, yang sedang cuba dibawa oleh sesetengah pihak, kita akan kalah di keseluruhan kawasan yang kita menang," katanya.
"Kita kena yakin dengan kedudukan bersama Pakatan Rakyat dan perlu memantapkan terus Pakatan Rakyat supaya matlamat ," kata Taib beliau sambil berkata usaha untuk "pecah dan perintah" masih berterusan.

Wakil Temerloh Dakwa PAS Ciplak Perlembagaan Umno

Posted: 12 Jun 2010 06:07 PM PDT


KOTA BARU: Gara-gara terlalu lantang mengkritik parti, perwakilan PAS Temerloh, Amirruslan Manaf terpaksa menarik balik kenyataannya yang mendakwa Perlembagaan PAS yang ada semalam diciplak daripada Perlembagaan Umno.
Dakwaannya bahawa PAS hanya melakukan penambahbaikan daripada apa yang dilakukan Umno mengikut kesesuaian parti tidak disenangi para perwakilan.
Bagaimanapun, dia menarik balik kenyataannya itu apabila diminta oleh Timbalan Pengerusi Tetap, Hussin Ismail kerana wujudnya gesaan daripada para perwakilan yang mempersoalkan kesahihan dakwaan yang dianggap tidak berasas.
Ketika membahaskan usul memperkasakan parti yang dikemukakan Dewan Ulama PAS, Amirruslan berkata, asas kepada dakwaannya itu dapat dilihat apabila beberapa dasar yang diamalkan PAS seperti memberi sepenuh kuasa kepada Presiden parti sama seperti apa yang diamalkan Umno.
"Konsep ini diciplak, maka tidak dinafikan Perlembagaan PAS kita diciplak dari Umno, cuma kita tambah perkataan 'Islam'," katanya di sini hari semalam.
Malah beliau yang tidak bersetuju dengan cadangan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar agar jumlah jawatan Naib Presiden ditambah kepada lima dengan memberi kuasa kepada Presiden untuk melantik dua kerusi bagi jawatan itu dengan berkata, PAS adalah sebuah parti yang tidak mengikut perubahan rakyat.
Sebaliknya beliau menyifatkan Umno lebih kehadapan dalam soal perubahan apabila memberi peluang kepada kira-kira 380,000 ahlinya untuk memilih Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden parti.
"Idea Datuk Mahfuz seolah-olah memberikan kuasa penuh kepada Presiden dan jawatankuasa PAS Pusat, ini sesuatu yang tidak mengikut perubahan rakyat.
"Kita mestilah menerima perubahan yang berlaku supaya parti bergerak dengan kehendak ahli, bukannya dengan kuasa 'orang-orang Presiden'," katanya.

Boikot Israel Dari Akar Umbi, Batal Permit Kapal Dagang

Posted: 12 Jun 2010 06:06 PM PDT


KAPAL kargo milik Israel yang dibenarkan untuk berlabuh di Pelabuhan Klang bagi tujuan perdagangan telah menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati banyak pihak berikutan kekejaman rejim Zionis itu terhadap misi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei lalu.
Perkara mengenai kapal-kapal itu didedahkan baru-baru ini, malah disahkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Keadaan itu mengimbas kembali peristiwa kapal-kapal konvoi Flotila Pembebasan yang membawa bantuan makanan, ubat-ubatan dan bahan-bahan binaan telah ditawan oleh tentera Israel.
Pertama, serangan terhadap kapal milik Turki, Mavi Marmara yang mengorbankan banyak nyawa.
Kedua, Kapal MV Rachel Corrie yang menyertai konvoi yang sama turut ditawan tentera Israel.
Kedua-dua kapal itu membawa sukarelawan dari beberapa negara dunia termasuk 12 sukarelawan Malaysia (Mavi Marmara) dan enam sukarelawan (Rachel Corrie).
Tragedi serangan itu disifatkan sebagai tindakan sengaja tentera Israel bagi menggagalkan misi bantuan kemanusian untuk rakyat Palestin di Gaza.
Rentetan kejadian tragik itu, banyak pihak termasuk beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan supaya membatalkan segera permit yang membenarkan kapal kargo milik Israel untuk memasuki pelabuhan di negara ini.
Desakan itu bertujuan untuk menyekat sebarang bentuk hubungan dagangan dengan rejim Tel Aviv ekoran kekejaman yang dilakukan rejim Zionis itu terhadap rakyat Palestin serta misi bantuan ke Gaza pada 31 Mei lalu.
Israel turut memboikot
Tidakkah kita terfikir bahawa pihak Israel sendiri 'memboikot' kunjungan kita bersama sukarelawan daripada beberapa negara dunia yang membawa misi bantuan kemanusiaan ke Gaza?
Sekatan yang berlaku di kawasan perairan antarabangsa itu dikecam hebat oleh tentera rejim zionis itu yang kononnya konvoi misi bantuan kemanusiaan itu mahu belayar ke Israel.
Malah, sukarelawan Malaysia dianggap Israel sebagai melakukan satu konspirasi lantaran Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara itu.
Sikap tidak berperikemanusiaan itu mencetuskan kemarahan seluruh dunia.
Ini termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri membentangkan usul yang mengutuk sekeras-kerasnya terhadap serangan tentera rejim Israel berkenaan.
Persidangan di Dewan Rakyat, Parlimen itu telah sebulat suara meluluskan usul tersebut.
Usul yang mempunyai 15 ketetapan itu antaranya menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah pembentukan sebuah negara yang bebas, merdeka dan berdaulat.
Apa yang disuarakan rakyat Malaysia sebenarnya merupakan satu bentuk sokongan padu kepada perjuangan rakyat Palestin yang terus-menerus dizalimi rejim zionis.
Pemerhati politik, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari berkata, kerajaan perlu telus mempertimbangkan cadangan untuk membatalkan segera permit yang membenarkan kapal kargo milik Israel untuk memasuki pelabuhan di negara ini.
"Mereka (kerajaan) perlu memastikan sama ada kapal-kapal daripada Israel itu benar-benar mempunyai kaitan dengan regim zionis itu.
"Bukan semua Yahudi itu menyokong atau bersekongkol dengan Israel, malah mengecam kezaliman yang dilakukan terhadap Palestin," katanya.
Beliau yang juga Pensyarah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, kerajaan mungkin dilema kerana sukar untuk membuat keputusan berikutan sekatan perdagangan dengan Israel itu bakal mencampur-adukkan antara ekonomi dan politik negara.
"Apapun yang diharapkan kepada kerajaan supaya menyelaraskan cadangan yang disuarakan itu dengan usul khas yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim zionis itu," ujar Abdul Aziz.
Sekadar 'serangan mesra'
Perdana Menteri sebelum ini pernah berkata, pengguna mempunyai hak sama ada mahu memboikot barangan utama Amerika Syarikat sebagai tanda protes terhadap negara itu yang menyokong sekutunya Israel.
Kita mempunyai pilihan untuk memboikot, maka kita juga mempunyai pilihan untuk memikirkan apa cara sekalipun bagi memastikan usaha memboikot Israel sehingga ke peringkat akar umbi.
Halangan perdagangan dengan Israel itu sebenarnya bersifat 'serangan mesra' kerana tiada sebarang senjata yang diperlukan atau menjadikan nyawa sebagai taruhan.
Namun, tindakan ini masih tegas dalam menyuarakan amaran kepada Israel supaya menghentikan penindasan dan kezaliman terhadap rakyat Palestin.
Tindakan itu adalah wajar bagi Malaysia sebagai sebuah negara yang aman jika dibandingkan dengan kezaliman Israel sehingga mengorbankan banyak nyawa tidak berdosa.
Ini sebenarnya memberi tekanan kepada Israel yang ketika ini seluruh dunia mengutuk sekeras-sekerasnya terhadap kekejaman rejim zionis itu.
Kita tidak mahu dikatakan sebagai 'talam dua muka' apabila berusaha untuk membawa bantuan kemanusian kepada rakyat Palestin yang dizalimi Israel.
Namun, pada masa yang sama kita memberi peluang kepada pihak Israel memasuki Malaysia menerusi hubungan perdagangan.
Membakar bendera Israel dan patung pemimpinnya, Benjamin Netanyahu mungkin sekadar penunjuk perasaan marah rakyat dunia terhadap kekejaman itu.
Sekatan terhadap hubungan perdagangan itu sebenarnya memperlihatkan bantahan lebih jelas dalam menambahkan tekanan kepada Israel supaya menghentikan kezaliman.
Bagaimanapun, apa saja tindakan atau desakan yang dilakukan sebagai memberi amaran Israel terhadap kekejaman rejim zionis itu, ia perlu diteliti sewajarnya.
Kajian yang menyeluruh perlu dipertimbangkan mengenai kesannya terhadap negara terutama ekonomi, politik dan keamanan.
Ini kerana serangan yang dilakukan terhadap Palestin termasuk kapal konvoi flotila sudah cukup membuktikan rejim Yahudi sanggup melakukan apa saja demi kepuasan dan kepentingan mereka.

Judi bola: Bekas pemain kebangsaan sertai GMJ

Posted: 12 Jun 2010 06:04 PM PDT


Abdul Hadi Awang berucap pada ceramah sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di Putik, Pengkalan Chepa dekat Kota Baru malam tadi. — Gambar oleh Choo Choy May

KOTA BARU, 13 Jun — Bekas pemain bola sepak kebangsaan era 1990-an, Mohd Radhi Mat Din malam tadi menyertai Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) — kempen yang diadakan untuk membantah lesen judi bola.
Penolong jurulatih pasukan bola sepak Kedah itu menyatakan pendiriannya pada ceramah yang diadakan sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di Pengkalan Chepa dekat sini.
Bercakap pada majlis itu, Mohd Radhi menyatakan pendiriannya dengan berkata, Malaysia pernah dilihat sebagai antara negara yang terkehadapan dari segi mutu permainan satu masa dahulu sama tarafnya dengan negara Jepun dan Korea.
"Kini kita agak ketinggalan dari segi pencapaian dibandingkan dengan negara-negara tersebut.
"Saya tidak mahu mengupas kenapa mutu bola sepak kita merosot. Tetapi cukuplah untuk saya nyatakan bahawa kita sedang berusaha meningkatkan kualiti bola sepak di negara ini," kata beliau.
Kata beliau banyak usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk tujuan itu.
"Malangnya pihak kerajaan sendiri telah meluluskan judi sukan bola sepak kononnya untuk mengatasi judi haram yang berleluasa di negara ini.
"Bola ini tiada kaitan langsung dengan judi," kata beliau sambil menambah, "malangnya sekarang sukan bola sudah dipalitkan dengan judi yang haram di sisi semua agama di dunia ini."
Mohd Radhi berkata, "ini umpama lain yang sakit, lain pulak yang di ubatnya."
Kini beliau diamanahkan oleh kerajaan negeri Kedah untuk membimbing pasukan bola negeri itu, meningkatkan kualiti permainan dan akhirnya berjaya di peringkat antarabangsa selepas ini.
Beliau telah 26 tahun terlibat secara aktif dalam sukan bola sepak di negara ini. Pernah mewakili negeri kedah dan mewakili negara dalam pertandingan bola sepak sukan SEA.
Beliau berpendapat bahawa kerajaan seharusnya mengetatkan penguatkuasaan terhadap judi haram bukannya bertindak menjadikan judi sebagai halal setelah tidak mampu membenterasnya.
Katanya jika judi sukan bola sepak dibenarkan mutu sukan bakal mengalami kemerosotan yang lebih serius selepas ini.
Dengan membacakan daripada teks, beliau menambah yang menjadi pertimbangan utama kepada penonton selepas ini bukan kualiti permainan tetapi untung atau rugi, kaya atau miskin, dapat duit atau tidak mereka.
Sebenarnya judi sukan bola sepak ini boleh dipecahkan kepada perbagai pertaruhan, kata beliau dengan merujuk kepada pertaruhan menentukan pasukan bertanding, minit jaringan pertama, penjaring gol pertama, pemain terbaik, pasukan yang menang, pasukan yang kalah dan macam-macam lagi.
"Semuanya akan dipertaruhkan. Peminat suka bola sepak akan bertukar pemikiran mereka daripada mutu bola kepada judi bola.
"Apabila tumpuan rakyat Malaysia sudah bertukar maka permainan bola akan cuba di atur oleh proksi-proksi syarikat judi.
"Apa yang kita tonton bukanlah permainan bola sebenar tetapi lakonan permaian bola," kata Mohd Radhi yang juga ahli PAS kawasan Pokok Sena.
Turut hadir pada ceramah itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ceramah diadakan di pekarangan Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) dengan dihadiri kira-kira 3,000 orang.
Ini kerana semua pemain dan jurulatih telah disogokkan dengan sejumlah nilai wang untuk keuntungan pihak-pihak tertentu, kata beliau.
"Maka rasuah dalam bola sepak akan menjadi lebih serius.
"Jika projek masjid dan sekolah pun adanya rasuah. Inikan pula judi bola yang sudah tentu haramnya di sisi agama Islam.
"Selain itu, lebih 80 peratus peminat bola adalah anak-anak muda. Merekalah yang akan banyak terdedah kepada judi bola," katanya lagi.
Mohd Radhi, 45, juga berkata, beliau akan menarik lebih ramai lagi rakan-rakan saya yang pernah terlibat dengan bola sepak untuk sama-sama menyokong GMJ.
"Ini adalah penting bagi memastikan judi bola ini akan dimansuhkan oleh pihak kerajaan.
"Usaha saya ini tidak akan berjaya tampa sokongan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia mesti bangkit menentang kemungkaran ini," katanya.
Sehubungan itu beliau juga menjemput tokoh-tokoh besar dalam negara turut sama dengan GMJ.
"Saya menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Nik Aziz, Hadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan ramai lagi tokoh besar dalam negara ini.
"Marilah sama-sama kita turun dalam Himpunan 100,000 Rakyat Malayasia pada 3 Julai 2010 di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mendesak pihak kerajaan memansuhkan judi sukan ini," katanya.

Mahfuz: Wajar wujud 5 jawatan naib presiden

Posted: 12 Jun 2010 06:03 PM PDT


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata sewajarnya diwujudkan lima jawatan naib presiden parti bagi mengimbangi tanggungjawab yang semakin bertambah yang perlu dipikul oleh pucuk pimpinan.

Beliau berkata tiga daripada jawatan itu wajar dipertandingkan di dalam pemilihan Muktamar PAS manakala dua lagi dilantik oleh presiden.

"Jumlah ahli yang menyertai PAS meningkat setiap masa. Ini menyebabkan keperluan tanggungjawab kepimpinan juga bertambah dan perlu diwujudkan jawatan tambahan," katanya kepada pemberita pada Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di Kota Bharu hari ini.

Dewan Muslimat PAS semalam meluluskan usul agar diwujudkan satu jawatan naib presiden untuk muslimat sebagai pengiktirafan kepada perjuangan mereka dan turut mencadangkan satu jawatan pesuruhjaya keempat untuk di peringkat PAS negeri.

Mengenai cadangan pelantikan dua jawatan naib presiden oleh presiden, Mahfuz berkata ia perlu untuk membawa keseimbangan dengan memberikan contoh jika tiga naib presiden yang dipilih adalah wanita, dua lagi jawatan naib presiden boleh dipilih daripada lelaki.

Beliau berharap dewan parti akan mengusulkan cadangannya itu pada muktamar yang sedang berlangsung atau pada muktamar akan datang.

- Bernama

Nik Aziz Umpama Mahatma Gandhi

Posted: 12 Jun 2010 06:01 PM PDT



KOTA BARU: Kaum India yang menyokong PAS menyifatkan Mursyidul Am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memiliki peribadi seperti Mahatma Gandhi yang sentiasa disenangi rakyat.
Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), K. Deepakaran berkata,kebanyakkan orang India beranggapan Nik Abdul Aziz sama seperti Ghandi yang sentiasa mengamalkan sifat rendah diri dalam mendekatkan diri dengan rakyat.
Malah cara pemakaiaan Menteri Besar kelantan itu yang masih tidak berubah sejak menerajui pemerintahan negeri pada tahun 1990 turut menjadi tarikan.
"Biarpun sudah 20 tahun memerintah Kelantan, cara pemakaian dia tetap sama dengan serban dan jubah... tidak ada perubahan.
"Kalau sebelum ini kita lihat mana-mana Ahli Parlimen ataupun Anggota Dewan Undangan Negeri yang baru dipilih, dalam dua, tiga bulan sudah tukar pakaian merekadengan bergaya... tapi bukan Nik Aziz," katanya ketika ditemui pada Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), di sini hari ini.
Menurut Deepakaran, sikap keterbukaan dan kesamarataan terhadap semua kaum yang diamalkan Nik Abdul Aziz dalam pemerintahannya telah menarik minat golongan bukan Islam untuk mendekati PAS.
Katanya lagi, kaum India yang menyokong parti itu hari ini tertarik setelah datang sendiri ke Kelantan yang menjadi nadikekuatan PAS.
"Saya sendiri kagum dengan perjuangan Islam yang tidak membezakan kaum dan membenarkan kaum lain mengamalkan agama mereka," katanya.
Terdahulu semasa membahaskan ucapan Dasar Presiden, Deepakaran meminta supaya PAS memberikan ruang kepada penyokong bukan Islam agar mereka dapat sama-sama memberi sumbangan kepada parti itu.
"Kami harapkan agar diberikan ruang yang luas kepada DHPP untuk bergerak dalam PAS dan mengembangkan parti ini.
"Sebagai sayap baru PAS, kami akan sama-sama memainkan peranan yang sebaik mungkin," katanya.
Dalam ucapannya beliau turut mengusulkan agar DHPP dipilih untuk menganggotai jawatanketua penghulu, JawatankuasaKeselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.
Jelas beliau, pemilihan ahli DHPP untuk kawasan penduduk bukan Islam merupakan strategi untuk mengelakkan tindakan sabotaj jika kerajaan negeri memilih secara rawak pemimpin berkenaan kerana ahli DHPP perlu melalui tapisan sendiri yang komited kepada PAS.

Tiga ADUN Umno Bakal Lompat Parti, Politik Perak Bergolak Lagi

Posted: 12 Jun 2010 01:22 AM PDT

Oleh Rusnizam Mahat
SHAH ALAM 12 Jun - Percaturan politik yang bergolak sejak lebih setahun lalu akan bertambah rancak apabila timbul desas desus kuat yang bertiup kebelakangan ini bahawa tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Perak dikatakan akan melompat menyertai KEADILAN.
Sekiranya ia benar berlaku senario tersebut akan mengembalikan kepada keadaan sebelum rampasan kuasa haram yang didalangi Umno-BN pada Febuari 2009 apabila dua ADUN KEADILAN dan seorang wakil rakyat DAP melompat menjadi anggota Bebas dan menyokong BN.
Mungkinkah Pakatan Rakyat akan kembali berkuasa atau BN terpaksa membubarkan DUN sebagaimana yang didesak sekian lama oleh Pakatan Rakyat?
Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Zulkifly Ibrahim  ketika dihubungi Suara keadilan berkata, perkara itu akan diumumkan pada sidang media di  Ipoh esok.
"Buat masa ini kita tidak akan sebut nama tetapi beberapa orang telah cuba menghubungi dan melahirkan rasa tak puas hati terhadap pimpinan negeri. Ia melibatkan pasal habuan, terutamanya ADUN Umno yang sudah senior yang tak diberi keutaman dan mereka melebihkan ADUN di pihak pembangkang yang melompat," kata Zulkifly.
Ketika ditanya jumlah mereka yang melompat, Zulkifly berkata setakat ini yang diketahui ialah seramai tiga orang dan kesemuanya daripada Umno.
Menurut Zulkifly lagi, ketidakpuasan hati di kalangan ADUN Umno itu juga mempunyai kaitan dengan tawaran jawatan dan habuan yang diterima tiga ADUN Pakatan Rakyat yang melompat kepada BN pada 2009 yang lalu.
Tindakan itu mengakibatkan krisis politik yang berlarutan menyaksikan kerajaan sah Pakatan Rakyat yang dipilih melalui pilihan raya umum tumbang.
"Berdasarkan pengalaman dari kes Nasaruddin Hashim (ADUN Bota), kes kali ini hampir serupa. Dalam kes Nasaruddin dia keluar Umno  kerana tak puas hati kepimpinan Umno, jadi kita bawa jumpa Anwar. Tetapi kemudian dia telah menerima pelbagai ugutan sehingga memaksanya menyertai semula Umno," jelas beliau lagi.
Ditanya sekiranya desas desus terbaru ini cuma mainan politik Umno, dan sekiranya situasi yang sama berulang sepertimana kes Nasaruddin, beliau berkata ia berlaku di luar kawalan KEADILAN.
"Perkara itu di luar kawalan, hal macam itu kalau nak lompat balik, mereka mesti ada alasan yang kuat. Ini kerana budaya dalam Umno ada ugutan, mereka akan ugut dengan buka fail yang lama dan sebagainya seperti mana yang berlaku terhadap Nasarudin.
"Tapi apa yang saya ingin tegaskan sudah wujud tak puas hati di kalangan senior yang tak selesa dengan layanan pimpinan negeri, di samping tak puas hati dengan kepimpinan Najib berhubung isu judi, soal Yahudi, mereka (Umno) kata mempertahankan hak melayu tetapi, Umno yang banyak gadaikan hak Melayu. Mereka sudah mula bercakap, biasanya orang Umno tak berani nak sebut terang-terang," ujarnya.
Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan ada usaha untuk menghalang penyertaan ADUN berkenaan ke dalam KEADILAN memandangkan BN tidak memiliki majoriti dan hanya disokong oleh tiga ADUN Bebas.
Namun katanya, beliau tidak pasti sekiranya perkara akan menyebabkan berlakunya pembubaran DUN kerana ia perlu dilihat dari aspek perundangan dan Perlembagaan terlebih dahulu disebabkan kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya umum kini sudah memasuki tiga tahun.
"Namun apa yang pasti kes ini sekali lagi akan mewujudkan ketidakstabilan politik diPerak," ujarnya.

Adakah Islam Anti Non-Muslim - Haron Din

Posted: 12 Jun 2010 01:07 AM PDT

PENGKALAN CHEPA, 12 Jun - "Adakah Islam anti non-muslim ?" demikian ditegaskan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din ketika menjawab isu yang sengaja dibangkitkan beberapa pihak sejak akhir-akhir ini berhubung penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang dianggap menggadaikan dasar perjuangan PAS.


Beliau melontarkan persoalan sama ada pihak yang menimbulkan isu tersebut mengetahui dasar perjuangan PAS ataupun tidak.


"Adakah mereka mengetahui apakah dasar perjuangan PAS dan perlembagaan yang sebenarnya sehingga mereka boleh mencipta persoalan tersebut?" ujarnya ketika ditemuramah dalam sidang webtv Muktamar Tahunan PAS kali ke-56 pagi tadi.

ustaz Haron menjelaskan sejak awal kedatangan Islam dengan pengutusan Nabi Muhammad saw, baginda telah mengadakan banyak kerjasama politik dengan musyrikin Mekah yang tidak beragama Islam.


"Baginda sendiri telah menjalinkan hubungan yang berbentuk perjanjian dan pertolongan manakala zaman sekarang dipanggil tahaluf siyasi.


"Rasulullah sendiri bekerjasama dengan orang Yahudi ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah, inilah Islam kerana pada saat tertentu Allah menentukan kejadian seperti itu pasti mempunyai sebabnya yang tersendiri untuk digunakan pada masa hadapan," katanya lagi.


Maka, tegasnya tindakan Rasulullah tersebut juga jika dikaitkan dengan tohmahan pihak tertentu yang menuduh hubungan dengan masyarakat bukan Islam sebagai menggadaikan prinsip adalah suatu yang tidak tepat.


"Adakah Rasulullah yang mendapat bantuan dan sokongan orang-orang Yahudi bermaksud baginda telah menggadaikan Islam?" ujarnya lagi.


Beliau beranggapan pihak yang memainkan isu tersebut tidak memahami Islam dan sengaja ingin melemparkan fitnah bagi memburukkan nama PAS.

PAS rombak ahli jawatankuasa disiplin, lantik orang berkecuali

Posted: 12 Jun 2010 01:04 AM PDT


KOTA BARU, 12 Jun — Di sebalik dakwaan banyak pihak yang panel disiplin tidak berlaku adil dalam kes-kes tatatertib, PAS akan meminda perlembagaannya bagi memilih anggota jawatankuasa hanya daripada kalangan bukan pemegang jawatan dalam parti.
Pindaan yang dibahaskan oleh PAS hari ini mengekhendaki hanya mereka yang tidak memegang jawatan dalam parti dilantik menjadi pengerusi dan anggota jawatankuasa disiplin.
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, aspek itu akan membolehkan jawatankuasa disiplin "bertindak dengan bebas dan kelihatan bertindak dengan bebas."
"Jika usul ini diluluskan, selepas ini jawatankuasa disiplin akan dipengerusikan oleh seorang yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti.
"Dalam erti kata lain, jika saya masih mahu memegang jawatan sebagai pengerusi jawatankuasa disiplin, saya kena lepaskan jawatan dalam parti," kata Tuan Ibrahim yang juga pengerusi semasa jawatankuasa disiplin.
Ketika ditanya sama ada perkara itu diputuskan ekoran rasa tidak senang di kalangan sesetengah pihak awal tahun ini berhubung keputusan jawatankuasa disiplin terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas timbalannya Khalid Samad, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang memberitahu:
"Tiada, tidak... saya sendiri yang mengesyorkan kepada parti agar sistem sedia ada ini diubah."
Tuan Ibrahim pernah menulis dalam blognya dengan meminta agar PAS pusa mengubah sistem sedia ada agar ia kelihatan bebas kepada semua orang.
Malah kata beliau, usaha ini juga selaras dengan amalan parti-parti lain di mana pengerusi jawatankuasa mestilah seorang yang bebas daripada menyandang mana-mana jawatan.
Usul itu pindaan perlembagaan itu antara lain berbunyi. "menyedari jawatankuasa tatatertib parti merupakan hakim yang memerlukan kebebasan dalam memberi pandangan dan menghukum tanpa terikat dengan kepentingan politik dan peribadi, ahli-ahli jawatankuasa tatatertib hendaklah dari kalangan ahli PAS yang berkelayakan pada pandangan Jawatankuasa Kerja PAS pusat dan tidak memegang apa-apa  jawatan dalamparti."
Selain pindaan itu, usul yang sama juga mengesyorkan agar parti memansuhkan bayaran pendaftaran ahli bagi Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama.