Jumaat, 11 Jun 2010

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Kasihan Iran,Dikhianati

Posted: 11 Jun 2010 09:09 PM PDT


Berita Terkini,TV3 menyiarkan bahawa Russia mengehntikan penjualan peluru berpandu kepada Iran berikutan dengan sekatan baru yang dilakukan PBB.

Kasihan Iran,moralnya di sini,jangan percaya sangat pada rakan-rakan.Hal ini kerana,takut diri sendiri dikhianati.Ingatlah,Russia bukan Soviet lagi kini.Mereka kini pun sudah dipengaruhi kuat oleh Amerika Syarikat.Zaman Perang Dingin pun sudah malap.Buat apa Russia mahu berkawan dengan Iran sedangkan boleh kawan dengan US bersama sekutunya.China sekarang pun sudah bersikap terbuka.Semasa Perang Dunia pun,Soviet bukanlah Axis tetapi Allied,sekutu dengan Amerika Syarikat.Sudah memang patut pun,Jerman Nazi dengan Jepun memang kejam,tidak hairanlah Allah memberi kemenangan buat Allied.Tengok balik pada sejarahlah,Jepun bukan main kejam lagi.

Begitu juga dengan Jerman Nazi,holokos Yahudi,itu tidak pasti,tetapi selain bunuh Yahudi,orang cacat dan orang gila yang tidak berdosa turut dibunuhnya di bawah pemerintahan Adolf Hitler.Sedikit informasi apabila Presiden Iran mengatakan holokos merupakan satu dongeng.Boleh diperakui,jeneral-jeneral dan menteri-menteri Nazi pun ada yang mempunyai nama Yahudi.Tidak tahulah kalau mereka itu Yahudi murtad.(contohnya..ada suffix berg,itz,ein)

Bagaimanalah Presiden Palestin boleh berangan mahu meminta Russia menjadi hos usaha damai dengan Israel.Keputusannya tetap sama.

Sekian,

Wallahu'alam

Kerajaan Melayu dan Islam UMNO Bantu Kristian

Posted: 11 Jun 2010 05:05 AM PDT


RMK 10 untuk bidang pendidikan menunjukkan bahawa peruntukan RM280 juta akan diberikan.

*RM280 juta bantuan disalurkan kepada sekolah bantuan modal bagi tempoh 2011 dan 2012. Setiap satu kategori sekolah bantuan modal, iaitu sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangssan Tamil, sekolah agama dan sekolah mubaligh akan menerima peruntukan tambahan RM70 juta setiap satu dalam tempoh 2011 dan 2012.

Tetapi,saya agak musykil dengan perkara bahawa sekolah mubaligh juga akan diberikan bantuan.Persoalannya,mengapakah sekolah mubaligh juga diberikan bantuan?Bukankah Islam merupakan agama rasmi di Malaysia.Bagaimanakah Islam itu menjadi agama rasmi jika sekolah mubaligh juga dibantu kerajaan?

Selama ini,PM juga menyatakan bahawa Malaysia merupakan negara Islam.Adakah kerajaan negara Islam turut membantu sekolah mubaligh yang bukan Islam ini.Beza dengan sekolah Cina dan Tamil boleh dilihat,bezanya adalah bahasa penghantar,bukannya agama.

Kalau begitu,UMNO yang selama ini memperjuangkan Melayu dan Islam juga turut membela bukan Islam iaitu Kristianlah kalau begitu?Tetapi malangnya,penyokong-penyokong UMNO yang buta tuli ini akan nampak sahaja dosa PAS jika membantu bukan Islam mahupun bersekongkol dengan DAP dalam PKR.

Jadi,siapa yang benar?Mana dia ketuanan Melayu dan Islam laungan UMNO?

Sekian,

Wallahu'alam

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Royalti Minyak,Kelantan akan bawa ke Mahkamah

Posted: 10 Jun 2010 11:43 PM PDT

PENGKALAN CHEPA, 11 Jun: Kelantan akan membawa tuntutan royalti negeri itu ke mahkamah 30 Ogos nanti selepas beberapa tindakan secara rundingan dilihat tidak membuahkan hasil.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Royalti, Datuk Husam Musa yang juga exco kerajaan negeri memberitahu demikian pada demonstrasi menuntut royalti selepas majlis perasmian muktamar sebentar tadi.

"Sebenarnya kita nak bawa pada hari kemerdekaan 31 Ogos, tapi oleh kerana mahkamah tidak berkerja pada hari tersebut, kita awalkan sehari," katanya disambut laungan takbir orang ramai.

Demonstrasi tersebut anjuran Dewan Pemuda PAS Kelantan yang diadakan di perkarangan Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) selepas Majlis Perasmian Muktamar PAS kali ke-56 hari ini.

Demonstrasi diketuai Ketua Dewan Pemuda, Abdul Latiff Abdul Rahman serta pimpinan pemuda PAS Kelantan dan disertai ribuan yang lain.

Abdul Latiff dalam ucapannya pula berkata, kezaliman kerajaan Umno pimpinan Datuk Seri Najib terhadap rakyat bumiputera negeri ini dilakukan dengan menafikan hak hasil bumi negeri sedangkan sanggup membayar 77 juta kepada syarikat perunding Apco worldwide.

"Apa salahnya 20 juta yang dituntut rakyat diberikan kepada kerajaan negeri untuk diuruskan bukan kepada pihak lain kerana kerajaan negeri telahpun diberikan amanah oleh rakyat," katanya.

Sehubungan itu mereka menuntut agar royalti lima peratus milik rakyat Kelantan dikembalikan kepada kerajaan negeri dan bukan menggantikannya dengan wang ehsan seperti yang dilakukan kerajaan pada waktu ini.

Kelantan sebelum ini mengemukakan tuntutan terhadap pusat agar dibayar royalti petroleum ekoran penemuan telaga minyak di perairan negeri.

Sementara itu, setiausaha perhubungan PAS negeri, Mohd Zaki Ibrahim juga ketika berucap, turut mengutuk tindakan kerajaan Umno itu.
-Harakahdaily-

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Cerita benar : Bini pembesar umno yang bodoh

Posted: 11 Jun 2010 08:51 AM PDT

Ini cerita benar. Seperti apa yang diceritakan oleh seorang sales manager sebuah hotel di Langkawi ...

Aku baru balik dari Langkawi semalam. Berkursus mulai Isnin sampai Rabu lepas, semalam petang balik KL.

Sambil dah dok Langkawi tu, pi la tengok satu dua hotel di sana untuk tujuan mencari lokasi-lokasi baru untuk kursus-kursus yang akan datang. Kami ke dua buah hotel. Satu hotel tu katanya VIP/Bisnesmen selalu ke sana. Najib dan rosmah pun kalau pi Langkawi akan duduk di hotel tu.

Satu lagi tu kami pi hotel yang mensasarkan kepada pelancung timur tengah. Bila kami disana kami di sajikan dengan makanan timur tengah. Sedap-sedap juga. Yang menariknya kata salah seorang pekerja di sana, pak arab ni kuat makan. Seekor kambing saiz sederhana dapat dihabiskan oleh dua orang saja ... terkejut aku, dan lagi katanya pak-pak arab ni memang kuat cemburu, sebab tu tempat makan depa yang macam pondok-pondok tu siap bertutup. Dan semua pekerja-pekerja nya dapat bertutur dalam bahasa arab walaupun mereka orang tempatan ...

Ok berbalik kepada cerita yang aku nak ceritakan pada korang ni. Ini cerita di hotel pertama ni, bukan restoran arab ni. ... cerita seorang bini orang besar umno ni yang "bodoh"...

Sebelum-sebelum ni agaknya bila depa dua orang ni nak masuk hotel, orang-orang kanan atau kiri depa atau pihak hotel dah siap semu dulu dah, cek semua bagi perfect, depa masuk semua dak ok. Tak payah nak buat apa-apa dah. Masuk duduk tidur saja, Semua tersedia.

Tapi kali ni tak tau siapa silap. Samada pihak hotel atau orang-orang kanan depa dah terlupa nak cek benda ni. Laki ada miting dibawah, jadi bini dia dihantar ke bilik seorang dulu. .... Lepas setengah jam dia di dalam bilik, dia menalipon pihak hotel membuat aduan mengatakan aircond di bilik nya panas ...

Pihak hotel menghantar orangnya untuk memeriksa alat aircond bilik tersebut yang dikatakan tidak sejuk tu ...
Masuk saja pekerja hotel ke dalam bilik tu, bini ni pun terus bertanya

"Kenapa aircond bilik ni tak sejuk, saya dah letak 30 dah ....."

Jawab pekerja ni .... "Datin Sri kalau nak sejuk Datin Sri kena letak 16, bukan 30 ya ...." sambil pekerja itu memperbetulkan nya
Datin Sri terdiam malu ....

Selesai kerja, pekerja ni turun dan memberitahu kawan-kawanya .....
Jawab kawan nya yang seorang tu " Laaaa Datin Sri pun bodoh ker? ....... kah kah kah kah kah ramai2 ....
STONE : Kalau baca paper, tengok dalam TV Datin Seri ni memang hebat sangat-sangat lah di Malaysia ni. Tak dak siapa dah boleh lawan dia. Permaisuri Agong pun kalah, masakan tidak, "title" yang sepatutnya diguna oleh Permiasuri boleh selamber saja Datin Sri ni gunakan. Kalau bercakap atau berucap berapi-rapi, semua dia betul ... tapi rupa-rupanya dalam hal kecik-kecik macam ni Datin Sri ni BODOH rupanya ... kahkahkah ... korang leh agak la kan siapa Datin Sri yang bodoh ni ??????????????

!! BUJANG SUSAH !!

!! BUJANG SUSAH !!


DITANGKAP GARA-GARA GIAN RABA PAYU tak DARA

Posted: 11 Jun 2010 08:14 PM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم



KUALA LUMPUR: Gian untuk meraba payudara gadis menyebabkan seorang lelaki sanggup menyamar sebagai polis sebelum memperdaya wanita yang dipaksa membuka baju sebelum dicabul.

Lelaki berusia 20-an terbabit yang meramas payudara mangsa bagaimanapun kelam-kabut melarikan diri selepas mangsa menekan hon kereta sekuat hati selepas mendapat akal membebaskan dirinya.

Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi kelmarin, suspek dikatakan terlihat mangsa bersendirian dalam kereta di hadapan kafe siber di Jalan Genting Klang, Setapak.

Menurutnya, mangsa ketika itu dikatakan menunggu dalam kereta manakala suaminya berada dalam kafe siber berhampiran.

"Lelaki terbabit memperkenalkan diri sebagai polis selepas mengetuk tingkap kenderaan mangsa.

"Dia berpura-pura bertanya identiti dan tujuan mangsa bersendirian di dalam kereta kerana mendakwa tindakan itu boleh menimbulkan rasa curiga. Bagaimanapun, mangsa memaklumkan tujuannya menunggu suami yang berada dalam siber kafe berhampiran," katanya.

Menurutnya, suspek dipercayai tertarik dengan rupa paras mangsa yang masih muda mengugut mangsa membuka pakaiannya.

"Mangsa yang ketakutan dan bimbang dicederakan berpura-pura akur dengan arahan suspek. "Namun, ketika sedang leka melakukan kerja terkutuk itu, mangsa mendapat idea dengan bertindak menekan hon kereta menyebabkan suspek panik sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal," katanya.

Katanya, mangsa dan suaminya membuat laporan polis di balai polis berhampiran.

"Susulan laporan itu, polis berjaya memberkas suspek. "Suspek ditahan reman mengikut Seksyen 354 kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan," katanya.

-mymetro



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

30 DARJAH CELSIUS BUKAN LAGI SEJUK KE? HEHEHE...

Posted: 11 Jun 2010 12:59 PM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini cerita benar. Seperti apa yang diceritakan oleh seorang sales manager sebuah hotel di Langkawi ...

Aku baru balik dari Langkawi semalam. Berkursus mulai Isnin sampai Rabu lepas, semalam petang balik KL.

Sambil dah dok Langkawi tu, pi la tengok satu dua hotel di sana untuk tujuan mencari lokasi-lokasi baru untuk kursus-kursus yang akan datang. Kami ke dua buah hotel. Satu hotel tu katanya VIP/Bisnesmen selalu ke sana. Najib dan rosmah pun kalau pi Langkawi akan duduk di hotel tu.

Satu lagi tu kami pi hotel yang mensasarkan kepada pelancung timur tengah. Bila kami disana kami di sajikan dengan makanan timur tengah. Sedap-sedap juga. Yang menariknya kata salah seorang pekerja di sana, pak arab ni kuat makan. Seekor kambing saiz sederhana dapat dihabiskan oleh dua orang saja ... terkejut aku, dan lagi katanya pak-pak arab ni memang kuat cemburu, sebab tu tempat makan depa yang macam pondok-pondok tu siap bertutup. Dan semua pekerja-pekerja nya dapat bertutur dalam bahasa arab walaupun mereka orang tempatan ...

Ok berbalik kepada cerita yang aku nak ceritakan pada korang ni. Ini cerita di hotel pertama ni, bukan restoran arab ni. ... cerita seorang bini orang besar umno ni yang "bodoh"...

Sebelum-sebelum ni agaknya bila depa dua orang ni nak masuk hotel, orang-orang kanan atau kiri depa atau pihak hotel dah siap semu dulu dah, cek semua bagi perfect, depa masuk semua dak ok. Tak payah nak buat apa-apa dah. Masuk duduk tidur saja, Semua tersedia.

Tapi kali ni tak tau siapa silap. Samada pihak hotel atau orang-orang kanan depa dah terlupa nak cek benda ni. Laki ada miting dibawah, jadi bini dia dihantar ke bilik seorang dulu. .... Lepas setengah jam dia di dalam bilik, dia menalipon pihak hotel membuat aduan mengatakan aircond di bilik nya panas ...

Pihak hotel menghantar orangnya untuk memeriksa alat aircond bilik tersebut yang dikatakan tidak sejuk tu ...
Masuk saja pekerja hotel ke dalam bilik tu, bini ni pun terus bertanya

"Kenapa aircond bilik ni tak sejuk, saya dah letak 30 dah ....."

Jawab pekerja ni .... "Datin Sri kalau nak sejuk Datin Sri kena letak 16, bukan 30 ya ...." sambil pekerja itu memperbetulkan nya
Datin Sri terdiam malu ....

Selesai kerja, pekerja ni turun dan memberitahu kawan-kawanya .....
Jawab kawan nya yang seorang tu " Laaaa Datin Sri pun bodoh ker? ....... kah kah kah kah kah ramai2 ....- mimpi-senja



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

PASPORT MALAYSIA SUDAH IKTIRAF ISRAEL

Posted: 11 Jun 2010 08:14 AM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم

Pasport Malaysia Sudah Iktiraf Israel | Boleh Pergi Israel


Pasport 32 mukasurat untuk 5 tahun


Satu negara yang tak boleh kita pergi iaitulah Israel.


Tapi kenapa kapal Zim Genova dari Israel boleh masuk Malaysia ?

"Lebih pelik lagi dilapor oleh rencana tersebut selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).

"Mapim dan Shura terkejut bagaimana pula ada rundingan senyap hubungan perdagangan atau perkhidmatan pelabuhan dilakukan dengan syarikat perkapalan Israel dengan Malaysia. - Kapal Israel di Kelang bukti Najib APCO hipokrit

Hanief: Siapa dia timbalan menteri MITI (Minister of International Trade and Industry) ? Muka mangkuk ini banyak kali keluar di TV dalam misi selamatkan Palestin. Tapi? Apa sudah jadi? Berapa banyak produk negara Islam yang Mukhriz sudah bawa masuk berbanding kapal-kapal kargo Zim? Sudahlah Mukhriz. Kalau di Jepun menterinya sudah letak jawatan. Sebab itu Mukhiz jadi timbalan sahaja. Licik tak anak Mahathir ini? - hanief


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

JAGA "BUAH" BAIK-BAIK

Posted: 11 Jun 2010 04:46 AM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم




UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

MENTERI SEMUA DAH KAYA.. MALAYSIA BAKAL TERGADAI..

Posted: 11 Jun 2010 04:34 AM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم

UMNO tadbir Malaysia macam Tahi Judi Kemaruk Judi



Setelah mencuba berkali-kali, akhirnya terdedah juga hakikat sebenarnya. Bahawa hutang kerajaan Malaysia bawah UMNO berjumlah RM 378 billion ringgit. Maklumat ini saya dapat terus dari Laman Web Bank Negara yang boleh dibaca di sini.

Kita hairan, mengapa negara mesti berada dalam hutang yang sebegitu teruk memandangkan:

1.0 Kita ada sumber petroleum yang banyak. Mengikut maklumat dari Dr Mahathir sendiri, hasil petroleum di Malaysia berjumlah RM456 billion semenjak zaman Tun Hussein Onn.

2.0 Kita juga ada sumber-sumber kekayaan alam yang lain seperti kelapa sawit, getah dan sebagainya

3.0 Malaysia juga mempunyai industri perkilangan yang besar. Malahan, sektor perkilangan adalah komponen terbesar ekonomi Malaysia. Eksport barangan elektrik dan elektronik menjadi penyumbang terbesar kepada eksport negara. (48 billion suku pertama 2010)

4.0 Malaysia ada sumber pertanian, perikanan dan pembalakan yang besar berbanding negara lain. (RM 1.8 billion suku pertama 2010)


5.0 Selain itu, Malaysia juga ada sumber dari perlancongan dan perhotelan yang terbaik di Asia Tenggara. (RM 24 billion)

Pada waktu yang sama, rakyat Malaysia tidaklah mendapat banyak bantuan dari kerajaan pun:

1.0 Jalan semua kena tol. Jalan yang tiada tol, rakyat Malaysia perlu bayar cukai jalan.

2.0 Harga kereta mahal. Rakyat Malaysia kena bayar harga kereta 3 kali ganda harga pasaran. Misalnya, kalau di negara lain harga Honda City adalah RM25k, tapi di Malaysia ia jadi RM84k. Kalau kereta rosak, harga "spare parts" pun mahal. Hendak repair kereta pun sudah menjadi beban kewangan kepada rakyat Malaysia.

3.0 Harga minyak mahal dan pengangkutan awam adalah yang terburuk di rantau Asia Tenggara.

4.0 Gaji rakyat Malaysia adalah rendah dan tidak pernah naik mengikut kos hidup. Purata gaji siswazah tamat pengajian sekita RM1200 sahaja

5.0 Purata gaji pekerja kilang, mengikut statistik Bank Negara adalah RM2206 sebulan. Apa yang pekerja kilang boleh buat dengan RM2206 sebulan? Belanja makan sebulan pun dah dekat RM1500.

6.0 Harga barang makananan semakin mahal dan semakin menghimpit kehidupan rakyat jelata.

7.0 Harga rumah pun mahal. Bayaran rumah sebulan sahaja pun sudah memakan setengah dari gaji.

8.0 Ibu bapa terpaksa berkerja untuk mencari pendapatan yang cukup. Itupun, hanya cukup-cukup makan sahaja. Anak-anak terbiar dan terdedah kepada penyakit sosial.

9.0 Kalau rakyat Malaysia hilang pekerjaan, kerajaan tidak membantu dari segi memberi elaun sementara menanti pekerjaan baru, tidak seperti di negara-negara maju

10.0 Kos perubatan semakin lama semakin tinggi. Kualiti perubatan awam juga semakin buruk menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa berbelanja tinggi untuk perubatan.

11.0 Tiada program kerajaan memberi makanan percuma pada orang miskin dan memerlukan.

Dengan kata lain, tiada apa sangat yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk keselesaan hidup rakyat Malaysia.

Soalnya sekarang, dalam keadaan kerajaan Malaysia tidak memberi wang kepada rakyat, mereka masih berhutang RM378 billion? Ke mana kah kekayaan negara telah pergi selama ini sehingga UMNO terpaksa berhutang RM378 bilion?

Hutang ini adalah 54% dari seluruh hasil mashul negara. Ertinya, dari 1 ringgit hasil negara, 54 sen harus digunakan untuk membayar hutang.

Cara UMNO mentadbir Malaysia ni macam tahi judi. Seorang tahi judi tak boleh berhenti berjudi. Apa yang ada akan dijudikan dan dijual. Setelah sekian lama berjudi, tiba-tiba barulah tahi judi ni sedar bahawa semua wangnya telah habis, segala harta benda nya telah tergadai, kereta yang dia miliki pun telah habis dijual, pakaian tinggal sehelai sepinggang. Yang lebih menyedihkan setelah segalanya tergadai, tiba-tiba masih ada lagi hutang judi yang bertampung-tampung masih belum dibayar.

Itulah yang telah berlaku kepada Malaysia bawah pentadbiran UMNO. Segala kekayaan kita telah habis tergadai. Rakyat Malaysia hidup semakin terhimpit dan peluang pekerjaan semakin tiada. Pada waktu yang sama, hutang kerajaan Malaysia semakin bertampung-tampung.

Lepas ni bila negara dah bangkrap, rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung kesusahan dan keperitan, bukan UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO.

UMNO tadbir Malaysia macam seorang tahi judi kemaruk judi. Patutlah gian sangat nak lulus lesen judi.

Tulang Besi


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

dollah yankee

dollah yankee


Mexico 2 - Afrika Selatan 0

Posted: 11 Jun 2010 03:02 AM PDT



JOHANNESBURG (AFP) - – A grief-stricken Nelson Mandela pulled out of the World Cup opening on Friday after the death of his great granddaughter cast a tragic shadow over the start of the world's biggest sporting event.

Thirteen-year-old Zenani Mandela was killed in a car that overturned in Johannesburg as it took her home from a spectacular eve of tournament concert in Soweto. South African police said the driver was drunk.

"Mr Nelson Mandela this morning learned of the tragic death in an accident of his great-grand-daughter," said a statement from the former president's foundation.

"It would therefore be inappropriate for him to personally attend the FIFA World Cup opening celebrations. -AFP





dollah yankee -
Mengikut pertaruhan dari 'bookie', malam ini Afrika Selatan akan kalah 2-0

Justice For All

Justice For All


Bukan Islam Takbir Di Pentas Muktamar

Posted: 11 Jun 2010 09:05 PM PDT

Tahniah DHPP..Anda sudah mula berjinak-jinak dengan islam..tinggalkan persengkatan, hancurkan kerajaan perpaduan..rapatkan saf menuju kejayaan...

DHPP laungkan takbir di Muktamar PAS

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 12 Jun: Bukan sahaja sudah menjadi ahli tetapi kini para pemimpin Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP) sudah mula melaungkan slogan PAS iaitu 'Allahu Akbar' yang di sambut oleh ahli biasa PAS di Muktamar PAS ke 56 hari ini.

Mereka juga mencatatkan sejarah hari ini apabila Setiausaha DHPP, K. Deepakaran bercakap dan membahaskan ucapan dasar Presiden PAS sebagai perwakilan bukannya tetamu sebagaimana sebelum ini.

Dalam ucapannya, Deepakaran meminta parti Islam itu memberi ruang kepada mereka untuk sama berjuang agar ianya dapat mengubah senario politik negara yang kini dikuasai Umno dan Barisan Nasional (BN).

Wakil dewan berkenaan, K. Deepakaran ketika menyampaikan ucapan menyokong ucapan dasar presiden berkata PAS kini semakin ke hadapan dalam mencuri hati golongan bukan Islam untuk terus menyokong parti itu.

Sambungnya, kejayaan PAS dalam mengungguli perkara itu menyebabkan parti Islam itu sering mendapat perhatian golongan terbabit setiap tahun.

"Untuk itu PAS perlu menghadapi cabaran politik pelbagai kaum yang besar, namun saya yakin kemampuan PAS akan berjaya untuk menyuburkan perjuangan parti kita,"ujarnya.

Sehubungan itu, beliau melahirkan rasa syukur kerana dapat bersama pimpinan untuk bermuktamar buat pertama kali yang dianggapnya sebagai lembaran baru dalam sejarah PAS.

Katanya, PAS bukan sahaja sebuah parti Islam, tetapi turut memperjuangkan semua hak bangsa dan rakyat di negara ini.

Sambungnya lagi, sejarah Islam terdahulu telah membuktikan hubungan baik antara bukan Islam dan pemimpin Islam.

"Nilai keistimewaan itu perlu diwujudkan dan perlu dijaga sebaik mungkin agar ianya berterusan terjaga baik.

"Terima kasih pada semua yang terlibat dalam lajnah perpaduan hingga ianya berjaya membangkitkan semangat bukan Islam untuk bersama PAS," katanya.

Katanya, selepas pelancaran logo PAS For All ianya telah membangkitkan kesedaran politik masyarakat Islam hingga ianya mendapat sambutan meningkat. Ia terbukti di Kota Raja apabila calon PAS, Dr Mariah Mahmud mendapat sokongan padu masyarakat.

Kemenangan itu mengejutkan pemerhati politik negara yang telah membuat perubahan besar hingga berjaya memenangani hati mereka.

Sementara itu, perwakilan Negeri Sembilan, Darus Mansur meminta PAS memperkasakan DHPP khususnya dengan pendidikan khas bagi memberi kefahaman kepada mereka tentang dasar perjuangan PAS yang sebenar.

Membahas ucapan dasar presiden hari ini, beliau berkata, sebagai sayap baru dalam parti, dewan berkenaan perlu diberi penerangan yang berterusan agar mereka terus istiqamah dalam perjuangan.

Sambungnya, DHPP perlu diberi pendidikan tentang perjuangan untuk menegakkan Islam, keadilan dan kebajikan untuk semua kaum.

"Negeri Sembilan sendiri telah mengadakan pertemuan dengan pelbagai masyarakat kaum untuk menarik mereka yang diadakan di pelbagai tempat termasuk rumah ibadat mereka,"ujarnya.

Selain itu menurutnya, tiga gabungan dewan, iaitu Dewan Ulama, Pemuda dan PAS perlu diperkasakan untuk tujuan yang sama.

Untuk itu, katanya Dewan Himpunan di setiap negeri juga perlu diaktifkan agar mereka tidak terpinggir dengan tidak mengabaikan ahli serta penyokong Islam yang lain.

Pakar Masih Pening Kuasa Allah Yang Membentuk Lubang Besar Di Guatemala

Posted: 11 Jun 2010 08:40 PM PDT

Kuasa Allah..bumi telan bandar dan manusia....

Lubang misteri telan kilang

Lubang besar di sebatang jalan di tengah bandar Guatemala yang telah menelan sekurang-kurangnya sebuah bangunan tiga tingkat semasa taufan Agatha membadai pada 2 Jun, 2010. - AP

GUATEMALA CITY 11 Jun - Sebuah lubang besar yang menelan kilang pakaian dan satu persimpangan jalan di ibu kota Guatemala menjadi misteri kepada ahli geologi, yang masih belum dapat mengenal pasti puncanya.

"Ia menimbulkan seribu satu persoalan," kata Jurutera Geofizik, Badan Pengurusan Bencana Nasional, David Monterroso.

Lubang yang terbentuk semasa ribut tropika May lalu mempunyai kedalaman hampir 30 meter dan 20 meter lebar.

Pihak berkuasa bagaimanapun masih belum mengesahkan berlakunya sebarang kemalangan jiwa, meskipun masyarakat setempat percaya seorang pengawal keselamatan yang sedang menggunakan telefon awam telah ditelan dalam lubang itu dan mati.

Satu teori popular yang dihebahkan secara meluas oleh media di Guatemala adalah berkenaan aliran saluran sisa kumbahan yang pecah lalu membentuk lubang itu, manakala sebuah lagi lubang yang menelan beberapa buah rumah dan membunuh tiga orang pada 2007, dikatakan berpunca daripada hujan dan kebocoran sisa kumbahan bawah tanah.

Tetapi menurut Monterroso semalam, semua bukti tersebut masih belum boleh mendapatkan gambaran jelas mengenai fenomena itu.

"Kita boleh kata ia terbentuk disebabkan oleh paip yang bocor, tetapi ia boleh jadi juga apabila lubang gua yang terbentuk itu menyebabkan rekahan pada paip.

"Ia adalah persoalan yang sukar dijawab," katanya kepada Associated Press.

Katanya, para pekerja sedang menanti barangan yang diperlukan dan kemudiaannya akan turun ke dalam lubang itu untuk menyiasat lebih lanjut.

Pihak berkuasa masih meneliti cadangan syarikat simen tempatan, sama ada ia masih boleh ditampal menggunakan campuran simen dan abu dari gunung berapi Pacaya yang meletus pada 27 Mei lalu.

Pihak kerajaan juga telah memindahkan penduduk di sekitar kawasan itu dan pekerja berhampiran dengan lubang itu kerana dikhuatiri ia boleh menjadi lebih besar.

Namun, pihak berkuasa memberitahu tidak mungkin lubang baru seumpama itu akan terbentuk. - AP

Dua Chua, Dua Nasib..1 Rosmah..

Posted: 11 Jun 2010 07:59 PM PDT

Dua-dua nama Chua..

Dua-dua ahli MCA

Tapi Chua Jui Meng masuk PKR

Chua Soi Lek Pegang Presiden MCA

Ada Chua Baik..Chua Jahat

Chua Baik Jatuh Pada Chua Jui Meng

Chua Jahat Jatuh Pada Chua Soi Lek

Sebab Chua Soi Lek Buat Benda Haram

Sambil Berlakon Dalam CD Biru

Apapun Dua-dua Chua Ni Dapat Title ' Datuk' Dari Johor

Malangnya Chua Baik Ditarik Gelaran Datuk

Gara-gara Melakukan 'Dosa Besar' Masuk PKR

Dan Chua Jahat Terus Dipanggil Datuk Seri

Walaupun Berperangai Macam Ariel Paterporn

Nasiblah Malaysia..

Orang Jahat Diiktiraf, Orang Baik Dihina

Macam Big Size Rosma Diberi Gelaran First Lady

Permaisuri Agong Dipanggil Second Lady....

Adun Lompat PKR Perak Kahwin Janda???

Posted: 11 Jun 2010 07:10 PM PDT

Bila dah kaya-raya kerana jadi katak..kahwin satu lagi..baguslah..perancangan 'hebat' seorang YB...

Adun Lompat Parti Kahwin Janda Korporat?

DI celah-celah kesibukan memerhati muktamar Pas ke- 56 dan sambil membawa anak-anak bercuti di negeri Serambi Makkah telefon saya masih sempat lagi menerima satu SMS dari seorang kawan berbangsa Umno dari Kuala Lumpur. Saya tidak tahu kenapa akhir-akhir ini kawan ini kerap mengirimkan SMS yang tidak berapa elok mengenai partinya dan juga individu di dalam parti kebangsaan itu.

Kali ini kawan itu mengirimkan SMS berhubung perkembangan salah seorang Adun PKR Perak yang telah keluar parti dan mengambil sikap bebas di Dun Perak dengan menyokong penuh UBN. Menurut SMS kawan itu, Adun berkenaan kini sudah lumayan hidupnya. Bukan itu saja, katanya dia juga sudah berkawhin baru dengan janda seorang korporat.

"Ini ada cerita menarik hendak saya bagi tahu kepada sdr. Semalam kawan saya terserempak dengan salah seorang Adun PKR yang kini tidak bersama parti itu lagi yang bersama bini barunya. Lokasinya ialah di Bukit Antarabangsa, Hulu Selangor.

"Menurut cerita kawan itu, bini baru Adun berkenaan ialah janda seorang korport. Mereka baru saja berkahwin dan 'berselindung' di Bukit Antarabangsa?"

Benarkah cerita kawan saya ini? Saya percaya ada orang merakam gambar Adun berkenaan dengan isteri barunya itu. Mereka dikatakan kerap melilau di Bukit Antarabangsa terutamanya waktu malam. Lambat laun kalau Adun berkenaan benar berkawhin baru dengan janda, pasti gambarnya akan terakam.

Saya akan cuba menjenguk ke lokasi berkenaan mahukan kepastian. Soal berkahwin tidak menjadi masalah. Sesiapa pun boleh kahwin kalau ada orang yang inginkan kepada kita, kita pula berkemampuan untuk melakukannya. Masalahnya kita tidak mampu dan tidak ada perempuan yang sudikan kita.

Yang saya rasa perlu mencatatkan ialah mengenai perubahan hidup Adun berkenaan yang dikatakan luyaman itu. Apakah ianya ada kaitan dengan dakwaan Anwar Ibrahim yang mendakwa mereka yang keluar parti mendapat bayaran sebanyak RM2 juta? Sekiranya dakwaan itu benar, jadi tidak hairanlah kalau Adun yang lompat keluar tiba-tiba berubah bulu termasuk menambah isteri seorang dua lagi. [rains kb 9:00 am 12/06/10] (sumber)

Calon Bukan Islam Lebih Afdal Dari Calon Katak Macam Ibrahim Ali

Posted: 11 Jun 2010 06:25 PM PDT

Calon PAS Bukan Islam PRU 13 Nanti??
Saya sokong 100 peratus keputusan PAS untuk benarkan bukan islam bertanding atas nama PAS. Ini satu lonjakan baru buat PAS..dan pada masa sama akan membina sebuah politik baru di negara ini. Harus diingat bahawa keputusan ini telah disepakati oleh mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas Pusat, sebuah badan tertinggi dalam parti.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Ke-56 berkata :

"Ingin saya umumkan bahawa Majlis Syura parti telah memutuskan untuk membenarkan calon bukan Islam daripada DHPP dibenar untuk menggunakan logo parti dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Beliau berkata, Pas kemungkinan akan mengenakan syarat dengan bakal-bakal wakil rakyat itu sebagaimana 'bai'ah' agar tidak berlaku gejala melompat parti.

Menurut beliau lagi, mereka yang bakal dipilih berasas tapisan terperinci di mana mereka perlu menerima konsep perjuangan politik Pas dan juga mempunyai latar belakang baik serta bermoral tinggi.

Tindakan membuat ikrar ini sudah pasti akan mengelakkan kebarangkalian calon bukan Islam itu yang memenangi kerusi bertindak melompat keluar parti.

Sebelum ini PAS sudah ada calon bukan islam yang bertanding di kawasan yang majoritinya bukan Melayu iaitu R. Kumutha, lulusan Ijazah Undang-Undang dari Universiti Northumbria, United Kingdom yang bertanding di Dun Tiram atas tiket PAS, menentang calon BN, Maulizan Bujang.

Beliau memperolehi 8827 undi berbanding Maulizan, 17,006 undi. Bagaimana pun Kumutha berjaya mencatatkan peningkatan lebih 3000 undi berbanding undi diperolehi calon PAS, Roslani Sharif, pada PRU 2004.

Menurut Abdul Hadi lagi, tidak timbul usaha cuba membayangi pengaruh parti-parti lain dalam pakatan pembangkang yang turut mempunyai calon bukan Melayu.

Beliau berkata: "Tidak timbul isu itu (membayangi). Pakatan pembangkang sudah ada persefahaman, kita akan cuba sedaya upaya untuk hanya memastikan pertandingan dua penjuru sahaja.

''Pas hanya letak calon di kawasan yang DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak letak calon.

"Memang ada perbezaan, calon bukan Islam Pas itu menerima dasar perjuangan kita. Dalam Islam ia bukan perkara baru malah semasa Nabi Muhammad berhijrah dahulu Baginda dibantu tunjuk jalan oleh bukan Islam sehingga sampai ke Madinah."

Ketika ditanya adakah tindakan menerima calon bukan Islam itu seolah-olah membawa maksud tersirat bahawa rakan pakatan, DAP tidak memahami perjuangan politik Pas, Abdul Hadi berkata, "Perkara itu tidak berbangkit".

Sebaliknya beliau menegaskan bahawa ia bukannya strategi politik untuk menarik sokongan pengundi bukan Islam terhadap Pas tetapi lebih kepada tanggungjawab untuk memperkenalkan keindahan Islam.

Ada juga yang tak setuju

Ada juga yang tak setuju apabila menyatakan keputusan Pas meletakkan calon bukan Islam mewakili parti itu dalam pilihan raya umum akan datang dibuat atas pertimbangan politik jangka pendek.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia dilihat tidak akan berjaya kerana parti itu tiada pengalaman berkongsi kuasa politik dengan bukan Islam.

"Mereka mempunyai masalah tidak konsisten dalam parti dan tindakan itu hanya memenuhi keperluan politik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kah..kah..lawaklah menteri judi ni..dia ni tuhan ke boleh ramal keputusan bukan islam jadi calon PAS tidak akan berjaya. Kalau judi bola bolehlah ramal jika beri rasuah pada pemain bola..tapi keputusan ini sukar diramal dan ia bakal cetuskan fenomena baru buat PAS. Kerana UMNO masih dalam lingkungan kepompong satu bangsa, yang hanya boleh perdaya saluran 1 dan 2..buat generasi muda, mereka melihat PAS semakin moden dan segar dengan idea baru. Ia akan menarik golongan muda sertai PAS dan pada masa sama, bukan islam akan tertarik dengan PAS. Pernah rakan saya, seorang India berkata akan masuk PAS jika Kelab Penyokong PAS diiktiraf. Nah sekarang, bukan setakat kelab penyokong PAS dijadikan dewan, malahan boleh bertanding dalam pilihanraya..ini satu perkembangan yang segar.

Calon bukan islam lebih baik dari katak

Apapun, calon bukan islam lebih baik daripada calon katak macam Ibrahim Ali. Menang atas tiket PAS tapi tak sedar diri, pergi pimpin NGO Gila Melayu dan UMNO..

Jumlah Remaja Perempuan Merokok Lebih Ramai Berbanding Remaja Lelaki

Posted: 11 Jun 2010 05:46 PM PDT

Apa??? Remaja perempuan lebih ramai hisap rokok daripada remaja lelaki????

Ini semua salah UMNO..rosak muda-mudi kerana 'kegilaan' UMNO untuk kekal berkuasa, sedangka mereka langsung tidak penuhi ciri pemimpin yang bermoral..jom semua kita selamatkan generasi masa hadapan, kita tumbangkan BN dalam PRU 13 akan datang..

Remaja perempuan merokok atasi lelaki

Pengaruh iklan antara punca tabiat buruk berleluasa

KUALA LUMPUR: Jumlah remaja perempuan merokok terutama yang berusia bawah 10 tahun semakin membimbangkan kerana jumlahnya kini pada tahap 28.8 peratus berbanding remaja lelaki pada umur yang sama sebanyak 14.1 peratus.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata kajian Tinjauan Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan pada 2003 itu amat membimbangkan dan menunjukkan tabiat merokok perlu dibendung segera pada peringkat awal.

Beliau berkata, antara punca tabiat merokok di kalangan remaja perempuan berleluasa ialah pengaruh iklan yang menjanjikan kecantikan fizikal dan penyelesaian kepada cara menguruskan badan.

"Angka ini amat membimbangkan. Walaupun ia kajian pada 2003, saya yakin jumlahnya sudah meningkat. Kita harap ibu bapa dan pihak sekolah memainkan peranan lebih proaktif untuk memastikan trend berkenaan dibendung.

"Mereka terpengaruh dengan idea yang mengatakan rokok boleh melangsingkan badan, boleh menghilangkan tekanan dan sebagainya. Ini yang menyebabkan ramai anak gadis kita memilih untuk merokok.

"Pendapat ini salah, merokok tidak menjanjikan kecantikan fizikal atau kecanggihan. Yang ada hanyalah keburukan dan bahaya kepada kesihatan selain menambah risiko keguguran dan kelahiran bayi pramatang," katanya pada sidang media selepas melancarkan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010, peringkat Institut Perubatan Respiratori, di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan kerjasama erat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan badan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan kempen kesedaran dan pendidikan.

Katanya, perhatian ibu bapa saja tidak mencukupi kerana banyak masa remaja dihabiskan di sekolah atau bersama rakan dan tindakan menghukum remaja merokok kurang efektif kerana menyebabkan mereka memberontak.

Piala Dunia (1) : Uruguay Malukan Perancis Dengan Seri 1-1

Posted: 11 Jun 2010 04:10 PM PDT

Bekas juara Piala Dunia, Perancis hanya berpuas hati seri tanpa jaringan dalam pertemuan dengan Uruguay pada peringkat Kumpulan A di Stadium Green Point, awal pagi tadi.

Pemain tengah Perancis, Yoann Gourcuff dan pemain sayap, Franck Ribery mempamer gandingan mantap untuk mencipta beberapa asakan bermakna pada awal permainan, tetapi gagal menembusi gawang Uruguay.Uruguay pula beberapa kali nyaris mendapat jaringan menerusi serangan mengejut terutama menerusi penyerangnya, Diego Forlan.

Namun Perancis yang pada satu ketika agak selesa apabila Uruguay terpaksa bermain 10 pemain selepas pemain gantiannya, Nicolas Lodeiro dibuang padang selepas mendapat kad kuning kedua akibat mengasari pertahanan Perancis, Bacary Sagna.

Keadaan itu memaksa Uruguay lebih banyak bertahan dengan Perancis pula gagal memanfaatkan peluang itu untuk mencuri tiga mata penuh. Maka setakat ini kumpula A menyaksikan semua pasukan mendapat 1 mata kerana perlawanan terdahulu, Afrika Selatan dan Mexico juga menyaksikan keputusan seri 1-1.

Man Of The Match perlawanan Uruguay dan Perancis ialah Diego Forlan, Penyerang Uruguay

Apapun semua..Jangan Main JUDI..Haram..Jangan Lupa Solat..Kerana Lalai Tengok Bola..& Paling Penting..Jangan UNDI UMNO..Kerana Ia SESAT

Afrika Selatan Kempunan Seri 1-1 Dengan Mexico

Posted: 11 Jun 2010 09:45 AM PDT

Sekarang ni kecoh pasal Presiden PAS tuduh blogger sebagai si luncai. Ini banyak diulas oleh blogger-blogger seperti greenboc dan duniacacamarba, Saya tak nak ulas perkara tu..baik ulas Perlawanan World Cup tadi. Keputusan perlawanan mexico dan Afrika Selatan adalah seri 1-1. Gol Afrika Selatan dijaringkan oleh Siphiwe Tshabalala manakala gol mexico dijaringkan oleh pemain Barcelona, Rafael Márquez.

Apapun, hari ni saya sokong Mexico terutamanya kembar Ronaldinho, Dos Santos. Padan muka Afrika Selatan, buat bising tiup trumpet macam bunyi burung gagap pun kalah juga..Man of the match hari ini adalah Siphiwe Tshabalala

Apapun semua..Jangan Main JUDI..Haram..Jangan Lupa Solat..Kerana Lalai Tengok Bola..& Paling Penting..Jangan UNDI UMNO..Kerana Ia SESAT

World Cup Dah Start..Afrika Lawan Mexico Masih 0-0..Tapi Mana Janji Najib Montel Nak Buat Pengumuman Tentang Judi???

Posted: 11 Jun 2010 08:08 AM PDT

Mana janji najib montel nihh...kata nak buat pengumuman rasmi sama ada judi bola ada atau tak..

Menurut Malaysiakini,, menteri hal ehwal agama Datuk Jamil Khir Baharom hari ini terpaksa membatalkan sidang media atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kira-kira 40 orang petugas media menuggu di ruang mesyuarat Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya selama satu jam sejam pagi ini untuk sidang media berkenaan.

"Perdana menteri sendiri akan buat penjelasan tersebut," menurut sumber.

Tapi sekarang??? Mana si montel tuuh...piala dunia dah start 45 minit lalu..Mexico masih terikat dengan Afrika Selatan 0 - 0. Tapi Najib masih membisu..minta semua kaki judi, tolong beritahu pada rakyat Malaysia, judi ada ke tak..jangan diam macam yahudi..tak baik..cukuplah dosa berjudi tu...lepas ni kalaulah kita tahu yang Najib menipu..siaplah ko Najib, akan ada orang lempar kasut kat ko..kalau tak kena ko, kena roswah pun takpa..sebab ko laki bini memang merosakkan negara..selalu menghina islam..

Judi..judi..di manakah ko sekarang ni..

Tamrin Tun Ghafar Baba Bakal Dipecat Dari UMNO???

Posted: 11 Jun 2010 06:15 AM PDT

Tamrin anak ghafar baba rupanya masih lagi ahli UMNO. Tapi sanggup menongkah arus datang ke muktamar PAS. Adakah ini petanda yang Tamrin akan dipecat dari UMNO macam Dato' Zaid..kita harapkan begitu supaya beliau terus masuk PAS dan jatuhkan UMNO..takbirr..
Thamrin muncul di muktamar PAS, nafi keluar Umno

KOTA BARU, 11 Jun — Anak bekas timbalan perdana menteri, Mohd. Thamrin Ghafar sekali lagi muncul pada majlis Pakatan Rakyat - muktamar PAS di sini hari ini, tetapi menafikan yang beliau sudah menyertai komponen ikatan tersebut.

"Saya datang kerana dijemput... tapi saya masih ahli Umno," kata Thamrin kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS Pusat Ke-56 di sini hari ini.

"Saya ahli Umno (lagi) tetapi saya praktikkan apa orang kata 'orang berbudi, kita berbahasa'. Saya telah dijemput oleh PAS agar menghadiri, maka saya terima," kata Thamrin yang kelihatan dengan pakaian tradisi orang Melayu dan bersongkok.

Ketika ditanya sama ada ini tanda-tanda akan menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat, Thamrin ahli Umno Bahagian Alor Gajah berkata: "Saya akan ulas apabila tiba masa menyeberang jambatan (nanti)."

"Isu itu tidak timbul," kata beliau lagi.

Sambil mengakui menghadiri majlis kempen Parti Keadikan Rakyat di Hulu Selangor April lalu, Thamrin berkata, "Saya memang hadir di Hulu Selangor, saya nak faham politik mereka... itu sahaja."

"Saya masih ahli Umno, tetapi terpulang kepada Umno...," katanya.

Thamrin juga berkata, beliau mempunyai pendirian yang sama dalam isu judi sukan yang diperjuangkan oleh PAS.

"Baru-baru ini saya menulis surat terbuka, yang dihantar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom," kata beliau sambil menambah surat itu dihantar 30 Mei lalu.

April lalu, akhbar PKR, Suara Keadilan memetik Thamrin berkata, beliau sendiri tidak bersetuju dengan banyak dasar yang dilaksanakan kerajaan Umno-BN, yang tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

"Saya dah mula sedar bahawa banyak isu yang saya sendiri tidak boleh terima tentang dasar Umno dan Barisan Nasional. Saya rasa sudah sampai masanya saya terpaksa mengubah sikap," kata Thamrin yang juga adalah bekas Pengerusi Mara.

Thamrin dilaporkan menghadiri dua kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor minggu lalu.

Thamrin tidak berceramah sebaliknya duduk di atas pentas bersama pemimpin gabungan pembangkang itu.

Bagaimanapun, kehadirannya dilihat cuba digunakan sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat apabila Anwar sendiri memperkenal dan memuji kehadiran Thamrin bagi "bersama-sama" mereka dalam ucapannya.

The Malaysian Insider

Ketua 12 Aktivis ke Gaza, Saudara Norazman dari Haluan Palestin pun ada..

Lensa Kamera Muktamar PAS Hari Ini

Posted: 11 Jun 2010 05:20 AM PDT

Muktamar hari ini berakhir kira-kira jam 6 petang tadi..inilah dia gambar-gambar yang diambil dari harakah, malaysiakini, website muktamar dan juga topengperak..(kredit buat mereka semua)..inilah 1001 wajah yang gambarkan kemeriahan muktamar kali ke 56 ini...

Zina Dengan Lembu, Artis Berzina & Rakam 24 Video : Indonesia Wajib Laksana Hudud Seperti Aceh

Posted: 11 Jun 2010 04:18 AM PDT

Indonesia, negera umat islam teramai di dunia dah menggila sekarang..satu persatu pendedahan jijik perlakuan rakyat Indonesia didedahkan oleh media. Sebelum ini kes Ariel Paterporn (yang digelar peminat twitter) mengejutkan dunia..kali ini kisah remaja berzina dengan lembu??? Nauzubilah..minta Susilo kalau ikhlas dan beriman, laksanakan hudud di seluruh Indonesia seperti di Acheh..inilah ubat penawar yang telah disuruh oleh Allah untuk dilaksanakan oleh pemimpin islam..di Malaysia pula macamana??? bekas menteri kesihatan sendiri tak jaga kesihatan, dengan melakukan zina bersama kekasih gelapnya..macam-macam benda jijik berlaku dunia ini di akhir zaman ini..

Remaja Bali Ditangkap Lakukan Seks dengan Lembu yang "Menggodanya"

Seorang remaja Bali ditangkap sedang melakukan seks dengan seekor lembu yang dipercayainya seorang gadis muda yang cantik. Budak yang dikenal dengan nama Ngurah Alit, 18, dari Kampung Yeh Embang di Jembrana ditangkap oleh penduduk kampung, Gusti Ngurah Dinar yang pada ketika itu sedang telanjang sambil memegang bahagian belakang lembu itu di kawasan sawah di kampung tersebut.

Ketika disoal siasat oleh penduduk kampung, Ngurah menegaskan bahawa lembu yang dinodainya itu ialah seorang "gadis muda yang cantik". Kata Ngurah, "gadis" itu memanggilnya sambil mengeluarkan kata-kata yang menggoda sebelum mereka melakukan seks bersama. Lembu malang itu akan dilemaskan di laut untuk menyucikan semula perkampungan tersebut.

Berdasarkan kepercayaan penduduk, Ngurah akan turut menjalani acara penyuacian di laut, dan dia dikehendaki membayar 2000 syiling tradisional Bali. Pemilik lembu, Wayan pula akan menerima pampasan sebanyak Rp 5 juta.

Kejadian ini adalah yang kedua berlaku di Bali. Kejadian pertama berlaku pada tahun 2008, apabila seorang lelaki tua, Nengah Sutarya,70, melakukan perbuatan yang sama terhadap seekor lembu. Yang peliknya, dia turut menyatakan kepada orang kampung bahawa lembu yang dinodainya itu seorang "anak dara". Kerana kejadian itu, lembu malang itu turut dilemaskan oleh penduduk kampung yang mempercayai bahawa Nengah telah membuntingkan lembu tersebut.

Sebelum ini juga, Indonesia dihebohkan dengan 24 klip voideo lucah penyanyi utama Paterpan, Ariel berzina dengan beberapa gadis bukan muhrimnya..memang artis takde contoh teladan yang baik...

Skandal Ariel Peterporn: Khabarnya Ada 24 Video Seks yang didakwa Libatkan Ariel dengan Selebriti Indonesia

Hari ini, Jakarta Globe melaporkan bahawa terdapat spekulasi bahawa ada 24 video yang memaparkan aksi ranjang Ariel dengan beberapa wanita cantik di Indonesia. Walaupun bagaimanapun kewujudan video-video itu masih belum dapat dipastikan.

Dalam pada itu, polis Indonesia merancang memanggil Ariel, Luna Maya, dan Cut Tari (bekas teman wanita Ariel) untuk menyiasat kaitan mereka dengan 3 video seks yang telah tersebar.

Menurut jurucakap polis Jakarta, Snr. Comr. Boy Rafli Amar, "Kami akan memanggil mereka untuk menyiasat sama ada mereka adalah individu-individu sebenar dalam video tersebut."

Menurutnya lagi, ketiga-tiga selebriti itu boleh dikenakan tuduhan di bawah Undang-undang Antipornografi 2008. Berdasarkan undang-unadang tersebut, ketiga-tiga selebriti itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 16 tahun.

Sementara itu, sebuah DVD yang didakwa memaparkan aksi seks ketiga-tiga selebriti tersebut mula dijual di Glodok, Jakarta Utara dengan harga Rp 40,000 (4 dolar Singapura=hampir RM10).

Sejak tersebarnya video seks tersebut, pengguna Twitter dan Facebook di Indonesia telah menggelarkan Ariel sebagai "Ariel Peterporn".

Dan polis telah sahkan ia video tulen...

Skandal Ariel Peterporn: Polis Sahkan Video TULEN

Jumaat, Jun 11, 2010

Polis Indonesia mengesahkan bahawa dua video klips yang melibatkan Ariel-Luna Maya dan Ariel-Cut Tari sebagai video tulen dan bukannya hasil rekayasa/"video engineering" pihak tertentu atau aksi orang yang menyerupai wajah mereka. Oleh itu, pihak polis akan memanggil ketiga-tiga selebriti itu untuk siasatan lanjut.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, pihak polis sedang giat menyiasat bagaimana video-video itu disebarkan ke internet sama ada video-video itu diserahkan kepada seseorang atau dicuri atau sebab-sebab lain.

Ariel, Luna Maya, dan Cut Tari sebelum ini telah menafikan bahawa video tersebut memaparkan aksi mereka. Namun, pakar forensik digital internet seperti yang disiarkan dalam blog ini semalam mengesahkan bahawa video itu tulen dan bukannya hasil editan atau "video engineering".

Ini lagi gila..

Skandal Ariel "Peterporn": Tawaran Filem Lucah, Peras Ugut, Cut Nafi, 32 Video, 7 Selebriti

Khamis, Jun 10, 2010

Gara-gara penyebaran video seks mirip Ariel-Luna Maya, pelakon lucah kelahiran Norway, Vicky Vette mempelawa Ariel Peterpen @ Peterporn dan Luna Maya merakamkan filem lucah bersama-sama dengannya. Gila.

Menurut laporan Jakarta Globe, pelakon lucah terkenal itu seolah-olah mencari publisiti selepas tersebarnya skandal seks Peterporn di internet.

Katanya, "Jika Ariel Peterporn & Luna Maya berkunjung ke Amerika Syarikat, saya mahu merakamkan sebuah lagi video seks bersama-sama dengan mereka berdua. Mungkin video itu akan menjadi hit di Indonesia juga."

Sementara itu, dalam Jakarta Post, diberitakan bahawa Cut Tari yang turut dikaitkan dengan skandal ini telah menafikan penglibatannya secara rasmi. Biarpun sekurang-kurangnya seorang pakar IT menyatakan sebaliknya, namun Cut yang mendapat sokongan moral daripada keluarganya, menyatakan sebaliknya.

Jakarta Post turut melaporkan khabar angin yang menyatakan bahawa terdapat 32 video yang akan disebarkan kepada umum. Sebelum ini, akhbar melaporkan sekurang-kurangnya ada 29 video yang memaparkan aksi seks lelaki seiras dengan vokalis Peterpen itu. Khabarnya, video-video tersebut memaparkan aksi "Ariel" bersama-sama dengan beberapa orang wanita. Tujuh daripada wanita-wanita dalam video-video tersebut dikatakan mirip selebriti Indonesia.

Semuanya berlaku selepas Ariel dikatakan telah diperas ugut berikutan komputer ribanya dilaporkan hilang. Sehingga kini, tiada wartawan yang dapat mengesahkan hal itu daripada Ariel. Pihak polis kini sedang giat menyiasat dalang yang menyebarkan video-video tersebut.

Sejak beberapa hari ini, Indonesia pula digemparkan oleh skandal seks yang didakwa melibatkan penyanyi Peterpan, Ariel dengan selebriti Luna Maya. Klip video sepanjang hampir 7 minit itu memaparkan aksi ranjang oleh dua individu yang memiliki mirip wajah yang sama dengan kedua-dua selebriti itu. Klip video itu menjadi video muat turun terpanas di Indonesia dan di Malaysia.

Kedua-dua selebriti tersebut bagaimanapun menafikan bahawa individu yang melakukan aksi seks tersebut ialah diri mereka. Biarpun begitu, pihak Unilever yang menjadikan mereka sebagai duta produk mula mengambil tindakan untuk menurunkan iklan yang memaparkan wajah kedua-dua selebriti itu.

Nauzubillah..macam-macam ada dunia ni selagi islam dibakul sampahkan...

Karpal Menang Kes Hasutan Sultan Perak..Beratus Laporan Polis UMNO, Adalah Sia-sia & Membazir

Posted: 11 Jun 2010 03:30 AM PDT

Kes karpal berbeza dengan kes Bung Mokhtar..kes Karpal, pendakwaraya gagal dakwa Karpal..sedangkan kes Bung Mokhtar, pendakwaraya dah berjaya buktikan bahawa Bung bersalah..tapi hakim yang kata Bung Mokhtar tak bersalah hari ini..ada bezanya walaupun keputusan berbeza hari ini...

Memang dah dijangka Karpal akan menang kes ini..kerana memang raja boleh disaman di Mahkamah..ini gara-gara tindakan Mahathir dan UMNO pinda Perlembagaan pada tahun 1993 yang menyatakan bahawa sultan boleh didakwa oleh mahkamah (tapi janganlah sampai kata raja macam-macam..macam kawan kita, adukataruna)..jadi tindakan beratus-ratus laporan polis terhadap karpal oleh UMNO termasuk Setiausaha Agongnya adalah sia-sia dan membazir..sememangnya tiada manusia yang kebal di dunia ini..salah tetap salah..islam yag ajar perkara itu..tentu kita masih ingat, Nabi pernah bersabda bahawa jika anaknya, fatimah mencuri..maka Nabi sendiri akan potong tangan anaknya itu..adilkan..rupanya Karpal lebih arif berbanding orang UMNO yang buta moral..

Karpal dibebas daripada tuduhan menghasut

Jun 11, 10 4:16pm

Ahli parlimen veteran DAP, Karpal Singh hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan menghasut selepas pihak pendakwa gagal membuktikan prima facie.

Karpal menghadapi tuduhan menghasut berhubung kandungan sidang akhbarnya pada 6 Februari 2009, di mana beliau berkata tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Sultan Perak atas peranannya dalam krisis perlembagaan negeri tersebut pada 2009.

Hakim Azman Abdullah berkata pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie untuk memanggil tertuduh bagi membela diri.

Katanya pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kenyataan Karpal Singh telah menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap Sultan Perak.

Azman berkata apa yang pihak pendakwaan perlu buktikan dalam kes itu ialah kenyataan tersebut mempunyai "kecenderungan menghasut" dalam mendatangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja atau kerajaan seperti dalam peruntukan Seksyen 3(1) Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata pendakwaan hanya membuktikan kejadian selepas solat Jumaat di Masjid Ubuddiah adalah satu tunjuk perasaan sedangkan orang ramai hanya mengetahui tentang kenyataan Karpal melalui berita yang disiarkan pada jam 6 petang dan 9 malam pada hari tersebut.

Lagipun, katanya, saksi-saksi pendakwaan terutamanya Pengarah Jabatan Penguatkuasa Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Mazlan Othman hanya memberikan keterangan secara lisan dan tidak ada satu dokumen pun dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk menyokong kenyataan Karpal Singh menyebabkan timbulnya komen-komen di laman blog tentang tindakan Sultan.

Azman juga berkata tidak ada satu dokumen dikemukakan untuk menyokong keterangan Mazlan bagi mengaitkan kenyataan Karpal Singh dengan apa yang terkandung dalam laman web Kerajaan Negeri Perak.

Hakim juga berpendapat keterangan pegawai penyiasat, ASP Suhaimi Mohamad, sendiri bahawa sebanyak 103 laporan polis dibuat ekoran kenyataan Karpal adalah lebih kepada untuk menunjukkan kemarahan dan kebencian pengadu terhadap tertuduh dan bukan terhadap Sultan Perak.

Pada 17 Mac tahun lepas, Karpal Singh, yang juga Pengerusi DAP, minta dibicarakan terhadap pertuduhan mengeluarkan perkataan berunsur hasutan pada sidang akhbar mengenai Sultan Perak di pejabatnya, Tetuan Karpal Singh & Co, Jalan Pudu Lama, di sini antara 12 tengah hari dan 12.30 tengah hari 6 Februari.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Azman dalam penghakimannya juga berkata hujah pihak pendakwaan bahawa Karpal Singh tidak sepatutnya membuat kenyataan sedemikian yang meliputi isu undang-undang yang sukar difahami oleh pemberita-pemberita yang membuat liputan tidak boleh diterima sebagai asas untuk mempersalahkan tertuduh.

"Hujahan pendakwaan ini seolah-oleh memberi gambaran bahawa jika difahami sebenarnya maksud kenyataan akhbar tertuduh, ianya tidak akan terjumlah kepada suatu yang menghasut atau buruk yang hendak disampaikan," kata hakim.

Azman juga menjelaskan bahawa tertuduh telah memberikan pendapatnya dengan merujuk kepada beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Perak dan nas undang-undang yang mana kesemua itu telah dibekalkan kepada pemberita yang hadir.

Malah, kata hakim, video kenyataan akhbar dan transkrip yang dikemukakan tidak terdapat kenyataan menghasut oleh Karpal tetapi hakim itu berkata Karpal hanya menyebut: "Saya ingin menjelaskan, bahawa ini bukan soal peribadi. Ini adalah soal perlembagaan dan saya rasa ia harus dihormati oleh semua pihak termasuk Raja."

Sebaik sahaja Azman membacakan penghakimannya, ahli keluarga Karpal serta pemimpin DAP menepuk tangan dan mengucapkan tahniah kepada Karpal yang hanya senyum di kerusi rodanya.

Karpal Singh memberitahu pemberita beliau gembira dengan keputusan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Noreen Badaruddin berkata beliau akan merujuk keputusan mahkamah hari ini kepada Pejabat Peguam Negara, sama ada untuk merayu atau tidak.

- Bernama

Yang ini..kah..kah Pak Lah..buta undang-undang

Peguam Negara diminta percepatkan proses

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Peguam Negara mempercepatkan proses undang-undang berhubung isu kebiadaban Pengerusi DAP, Karpal Singh sekiranya mengikut pandangannya kes berkenaan boleh di bawa ke mahkamah.

Beliau menegaskan, isu tersebut telah mempunyai kepentingan awam dan semua orang dan ingin mengetahui apakah hukumnya berkaitan dengan perkara ini.

"Harapan saya Peguam Negara dapat bertindak dengan cepat," katanya.

Beliau bercakap demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn petang Jumaat.

Karpal Singh sebelum ini membuat kenyataan terbuka mempertikaikan siapakah yang menyediakan titah Yang di-Pertuan Agong semasa peramsian sidang Dewan Rakyat baru-baru ini dan turut mencabar keputusan Sultan Perak dalam isu pembatalan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Sehingga Jumaat, sembilan laporan polis telah dibuat terhadap Karpal Singh yang mengaitkan beliau dengan Akta Hasutan. Antara yang membuat laporan polis ialah UMNO Malaysia, Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM).

Ditanya samada ISA akan dikenakan pada Karpal, Abdullah memberitahu ianya tidak berlaku.

"Kalau nak guna ISA, dah masuk ke dalam lama dah…", jelas beliau.

Ditanya adakah kabinet membincangkan cadangan Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim agar kerajaan membawa usul dalam Dewan Rakyat untuk membincangkan kenyataan Karpal Singh yang mencemarkan Institusi Raja, Presiden UMNO itu berkata, perkara itu tidak dibincangkan dan kenapa pula kerajaan perlu membawa usul tersebut. – 9/5/2008

Ali Rustam Tak Pandai Jaga Negeri..Maksiat Berleluasa Di Melaka

Posted: 11 Jun 2010 03:12 AM PDT

Maksiat..soninim denga Melaka..negeri berketuakan melayu UMNO..apa? Ali Rustam tak pandai tadbir negeri ke???

Kegiatan maksiat di Crystal Bay

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID

utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 10 Jun - Sebut sahaja nama Crystal Bay, Alai pasti ramai sudah tahu ia adalah antara medan ikan bakar dan makanan laut terkenal yang terdapat di negeri ini.

Disebabkan itu, tidak hairanlah mengapa medan makanan laut yang menempatkan hampir 10 gerai ikan bakar di dalam kawasan perumahan itu sentiasa menjadi tumpuan ramai.

Bermula dari sebelah petang hingga ke awal pagi, Crystal Bay akan dipenuhi pelbagai lapisan masyarakat yang sibuk menjamu selera bersama keluarga dan sahabat handai.

Namun siapa sangka, lokasi terkenal ikan bakar sejak lebih 10 tahun lalu itu rupa-rupanya turut mempunyai 'aktiviti' lain di sebaliknya.

Tinjauan di kawasan yang terletak kira-kira 15 kilometer dari pusat bandar Melaka itu hari ini mendapati, beberapa pasangan remaja lelaki dan perempuan sedang leka duduk berdua-duaan di beberapa sudut tidak jauh dari medan selera ikan bakar tersebut.

Tanpa segan silu, mereka dengan berani duduk sambil berpelukan dan sesekali dilihat melakukan aksi berahi dengan saling bercumbu-cumbuan.

Difahamkan, kegiatan maksiat itu bukan kali pertama berlaku di situ, malah lokasi sama pernah diserbu Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 32, berkata, walaupun pernah diserbu JAIM, beberapa pasangan remaja masih tidak serik untuk melakukan maksiat di situ.

"Pernah juga saya tegur dan mereka beredar, tetapi 'aktiviti' sama berulang kembali beberapa hari kemudian.

"Ada sekali itu saya tegur, remaja tersebut melawan dan sejak itu saya takut hendak tegur lagi kerana bimbangkan keselamatan diri dan keluarga," katanya ketika ditemui.

Tambahnya, dia berharap, pihak JAIM dapat meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan tersebut bagi mengelak kegiatan itu semakin berleluasa.

Bung Bernasib Baik : Mahkamah UMNO?? Sahkan Pernikahan Nikah Sindiket Bung

Posted: 11 Jun 2010 01:33 AM PDT

Betul ke keputusan nih..macam kes Mahkamah lingamlah pulak..tak apa, nanti kita selangor jurnal hukum tengok penghakiman kes ini. Mungkin ramai tak sedar, perubahan mahkamah Syariah Selangor ke Kuala Lumpur, Sudah pasti menimbulkan satu persepsi bahawa wujud konspirasi..siapa tak kenal Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, yang menghalang Anwar Ibrahim untuk bicarakan kes qazaf di Mahkamah Syariah, semata-mata demi politik UMNO, yang menaungi mahkamah syariah di wilayah..ko hari nasib baik bung..tak pa..teruskanlah bergumbira dengan isteri ke-3 ko tuuh..

Mahkamah: Pernikahan Bung Moktar-Zizie sah

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari memutuskan bahawa pernikahan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dengan pasangannya pelakon Zizie Izette adalah sah.

Mahkamah juga mengarahkan supaya pernikahan mereka didaftarkan dengan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Kuala Lumpur, kata peguamnya Zuklifli Che Yong.

Mahkamah dijadualkan membuat keputusan mengenai status pernikahan pasangan itu semalam, tetapi ianya ditangguh ke hari ini.

Pasangan itu memfailkan permohonan bagi mendapatkan pengesahan dan pendaftaran pernikahan pada 4 Jun lalu.

Dalam permohonan itu, pasangan berkenaan juga memohon pernikahan tersebut diterima dan didaftarkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan selari dengan Seksyen 12(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Zizie dan Bung bernikah pada 16 Disember tahun lalu di sebuah bumah banglo di Hulu Klang, Selangor Disember tahun lalu dengan mas kawin RM80 tunai dan hantar RM31,000.

Manakala pada 19 Mei lalu, Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman penjara selama sebulan ke atas ahli parlimen Kinabatangan itu kerana kesalahan poligami tanpa kebenaran mahkamah.

Bung Moktar juga didenda RM1,000 bagi satu lagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran dan berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini.

Isteri keduanya, Zizie Ezette Abd Samad pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan.

Pelakon terkenal itu bersalah atas tuduhan bersubahat bagi kesalahan poligami tersebut dan juga kesalahan pernikahan tanpa kebenaran mahkamah.

Ahli Parlimen Israel Pro Palestin Dicederakan Yahudi

Posted: 10 Jun 2010 11:32 PM PDT

Memang Israel ganas..ahli Parlimen mereka sendiri pun mereka serang..gara-gara ahli Parlimen itu sertai konvoi kemanusiaan ke Gaza yang diserang baru-baru ini..memang Israel laknatullah dah biadap, dan sanggup menyerang sesiapa sahaja yang mengutuknya..

Ahli Parlimen Arab-Israel hampir dicederakan

Zoabi sertai konvoi kemanusiaan ke Gaza kutuk Zionis

BAITULMAQDIS: Seorang ahli Parlimen wanita keturunan Arab-Israel, Hanin Zoabi hampir dicederakan di Parlimen dan nyawanya terancam sehingga ada yang mahu kerakyatannya ditarik balik, kerana beliau menyertai konvoi kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini.

Dalam satu temu ramah, Zoabi berkata beliau menyesal dengan tindak balas mereka. Katanya, beliau berada di bahagian lain konvoi berkenaan, jauh daripada kejadian ganas yang mengakibatkan sembilan aktivis terkorban dan berpuluh-puluh lain cedera selepas tentera Israel menyerbu kapal terbabit di perairan antarabangsa 31 Mei lalu

Zoabi menimbulkan kemarahan Israel apabila beliau berkata tentera Zionislah yang menjadi punca pertumpahan darah.

"Tentera Israel adalah seperti perogol yang dicakar mukanya dan kemudian menuduh mangsa sebagai pihak yang bersalah," katanya.

"Israel bertindak seperti pembuli. Sikap tidak bertamadunnya mencabuli undang-undang antarabangsa."

Israel melihat penyertaan Zoabi dalam konvoi berkenaan sebagai satu provokasi sebelum berlaku keganasan.

Negara Yahudi itu juga menganggap pemerintah Hamas di Gaza sebagai pengganas. – AP

Ini serba sedikit latar belakang wanita besi ini..

Haneen Zoubi dilahirkan pada 23 Mei 1969 adalah merupakan seorang warganegara Arab Israel yang kini menjadi seorang ahli Knesset (parlimen Israel) mewakili parti Balad. Dipilih dalam 2009, dia wanita pertama untuk dipilih untuk Knesset pada senarai Parti Arab.

Dilahirkan di Nazareth, Zoubi belajar falsafah dan psikologi pada University Haifa, memperoleh BA, sebelum menerima MA dalam komunikasi dari Hebrew University of Jerusalem.[2] Dia warganegara Arab pertama Israel yang lulus dari kursus media dan telah menubuhkan kelas media dalam sekolah-sekolah Arab. Dia juga bekerja sebagai satu guru matematik, dan kemudiannya bekerja sebagai inspektor sekolah-sekolah untuk kementerian pelajaran.

Zoubi menyertai parti Balad dalam 2001. Dalam tahun 2003, dia telah tubuhkam ngo - Pusat media untuk rakyat Palestin Arab di Israel. Zoubi ialah pengarah umumnya sehingga dia meletakkan jawatan tidak lama sebelum 2009 pilihan raya untuk memberi tumpuan pada kerjaya politiknya.

Zoubi bertanding Knesset sebagai calon Balad dalam 2006, tetapi parti itu catat keputusan paling rendah pada pilihan raya Israel dan memenangi satu kerusi. Pada pilihan raya 2009, dia memenangi tempat ketiga pada senarai Balad, dan memasuki Knesset selepas parti itu memenangi tiga kerusi-kerusi. Dia menjadi orang pertama wanita Arab masuk ke Parlimen Israel. Memang keberanian beliau melawan Israel wajar dipuji..

Judi Bola Start Pukul 10 Malam Ni..Minta Jabatan Agama Islam & Mufti Negeri BN Jalankan Penguatkuasaan

Posted: 10 Jun 2010 09:12 PM PDT

Jam 10 malam ini, bermulalah detik yang dinantikan peminat bola sepak seluruh dunia. Perlawaan pembukaan antara Afrika Selatan dan Mexico. Dan pada hari ini jugalah, kaki judi bersuka ria menunggu perlawaan pertama ini. Mereka akan berdebar-debar menunggu keputusan perlawanan ini, untuk tahu sama ada mereka menang atau kalah..dan mungkin, pada hari inilah kaki judi ini membeli tiket di kedai-kedai sport toto..

Amat malang sekali, judi bola ini langsung tidak dapat disekat..walaupun Najib kata ia ditangguh, tapi nampaknya ia tipu kerana berjaya dah uar-uarkan dalam pasaran BSKL...ini semuanya gara-gara keputusan UMNO yang luluskan lesen judi ini..UMNO memang penyokong judi ini dan dalang di sebalik semua ini..ini kerana kuasa kelulusan di bawah kuasa mereka..Mengikut Perkara 74 Perlembagaan kita..

Senarai Perundangan

Senarai I—Senarai Persekutuan

4. Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk—

(l) Pertaruhan dan loteri

Memang jelas UMNO yang ada kuasa penuh ke atas judi bola ini. Apapun, ada sedikit kuasa melalui kerajaan negeri berkaitan premis judi melalui Pihak Berkuasa Tempatan. Iaitu melalui Undang-Undang Kecil [Penggunaan Premis-Premis]. Undang-Undang Kecil ini adalah dibuat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1961, dan oleh itu ditadbir oleh Kerajaan Negeri. Dengan kuasa terbatas ini, kerajaan negeri hanya boleh hadkan premis atau tempat judi, bukannya lesen judi. Macamana jika judi dibuat secara online? tentu kerajaan negeri tak boleh sekatnya.

Apapun, ada satu lagi undang-undang yang boleh digunakan oleh kerajaan negeri yang diperintah BN kerana mereka luluskan lesen premis judi. Iaitu menyekat dan menangkap orang islam bermain judi. Undang-undang ini wujud di semua negeri sama ada negeri PR atau BN.

Sebagai contoh Seksyen 79A Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2004 yang menyatakan : "Orang Islam yang berjudi atau didapati berada di tempat perjudian adalah melakukan suatu kesalahan di bawah dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 3,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya"

Jadi apa tunggu lagi, Jabatan Islam Negeri di negeri BN perlu bertindak sekarang untuk halang umat islam main judi bola. Tangkap mereka-mereka yang main judi atau berada di premis judi. Hantar pegawai penguatkuasa agama di seluruh premis judi untuk tangkap umat islam ini. Mufti Negeri BN pula perlulah keluarkan fatwa bahawa judi bola adalah haram. Kerana fatwa mufti dikira sebagai undang-undang. Inilah caranya untuk menyekat judi bola yang bermula hari ini..jika kerajaan negeri BN masih berdegil dan enggan gunakan enakmen islam dan mufti ini..jelas bahawa UMNO adalah kaki judi no 1 dan lebih teruk dari Gerakan yang anti judi..jabatan agama negeri dan mufti pula sekadar makan gaji haram dan tak berani tegakkan yang hak..memang haru biru betul pemerintahan UMNO ini..jom semua, kita doakan golongan bersubahat halalkan yang haram ini, diberikan hidayah serta bala jika masih tak bertaubat..