Rabu, 9 Jun 2010

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


MARILAH BERSAMA KAMI

Posted: 09 Jun 2010 11:28 PM PDT

PRU-13: Ulama PAS gesa Pakatan jana ADUN, MP berkualiti

June 10, 2010

MACHANG, 10 Jun — Ucapan dasar Ketua Dewan Ulama PAS Pusat mengajar anggota sayap itu, yang terdiri daripada mereka yang berlatarbelakangkan pendidikan agama, membuat persiapan menyeluruh termasuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Kita mengharapkan agar pilihan raya umum ke-13 akan menjadikan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat lebih kukuh dan kuat dari yang ada sekarang dari segi jumlah kerusi, terutamanya kerusi yang dimiliki oleh PAS, begitu juga kualiti Adun dan MP sehingga tidak timbul lagi kemelut politik yang tidak berkesudahan seperti yang dialami pada masa lalu," kata Ketuanya, Datuk Harun Taib.

Beliau tidak memaksudkan isu lompat parti tetapi penganalisis melihat ia merujuk kepada isu wakil rakyat DAP dan PKR keluar parti.

Ucapannya dibacakan oleh timbalannya Datuk Ahmad Yaakob kerana Harun masih pulih daripada serangan strok ringan.

Kata Harun, gabungan tenaga ulama pelapis yang berwibawa dan mempunyai semangat yang berkobar-kobar dengan golongan ulama teras akan menyemarakkan lagi gerak kerja yang disusun.

Malah kata beliau, Pakatan Rakyat dilihat semakin menempuh era kegemilangan.

"Kemenangan di kebanyakan pilihan raya kecil menunjukkan bahawa rakyat semakin meyakini kepada perjuangan Pakatan Rakyat. Umno dan BN mula tidak mendapat tempat lagi dalam hati masyarakat.

"Cukuplah pilihan raya kecil di Sibu menjadi petanda awal kepada keruntuhan kubu BN nanti," kata beliau dalam ucapan dasar bertemakan "Memperkasa Kewibawaan Ulamak".

Kata beliau, walaupun tema itu seolah-olah memperkatakan perkara yang sama dengan subtopik akhir pada muktamar tahun lepas, tetapi ia adalah sesuatu yang amat penting khususnya dalam persediaan pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan berlaku dalam waktu "yang semakin menghampiri kita."

Oleh yang demikian, kata beliau, Dewan Ulama perlu berperanan bukan sahaja sebagai sayap kekuatan parti, tetapi menjadi pusat rujukan kepada rakan Pakatan khususnya dalam pentadbiran negeri.

"Dewan Ulama bukan sahaja perlu dilihat gah oleh ahli parti. Tetapi perlu dilihat hebat dan mendapat perhatian di mata rakan-rakan dari Pakatan.

"Dengan itu, Dewan Ulama di negeri-negeri perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat serta bersedia menjadi rujukan kepada kerajaan negeri untuk memajukan negeri berteraskan kepada sistem siasah Syariah," katanya.

Hal itu kata beliau, penting bagi memastikan supaya perjalanan kerajaan negeri tidak melencong daripada tuntutan nas dan keadilan Islam.

"Kita tidak mahu keadilan dipandang dengan kaca mata kasar manusia semata-mata. Tetapi keadilan mesti disandarkan kepada Islam.

"Inilah antara peri pentingnya tugas dan peranan Dewan Ulama dalam menempuh era pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya.

Beliau juga memberitahu, kemenangan yang sedia ada wajib dipertahankan oleh kesemua para ulama.

"Persediaan ini mestilah berasaskan kepada undang-undang yang yang telah ditentukan oleh Allah," katanya.

TUNTUTAN UNTUK KE UNIVERSITI

Posted: 09 Jun 2010 11:25 PM PDT





TANPA GELARAN CHUA TERUS BERJUANG

Posted: 09 Jun 2010 11:10 PM PDT

Johor tarik balik gelaran Datuk Chua Jui Meng



anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.

Chua yang juga bekas menteri kesihatan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkah darjah kebesaran itu hari ini.

Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor".


TANPA GELARAN KITA BERHARAP CHUA TERUS BERJUANG.KITA..SEBAGAI RAKYAT AKAN MEIKTIRAF PERJUANGAN MENEGAKKAN KEBENARAN

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Mahathir Kesal dengan Najib

Posted: 09 Jun 2010 09:27 PM PDT


Berita Harian keluaran hari ini menyiarkan bahawa bekas PM ke-4 menyatakan bahawa beliau kesal dengan dunia Islam kerana membisu berhubung dengan tindakan rejim Israel baru-baru ini.

Oleh itu,saya pula kesal dengan bekas PM ke-4 ini kerana membisu dengan tindakan PM yang melanggan khidmat APCO Worldwide.

Jadi,bekas PM itu cakap tidak serupa bikin.Saya tidak pernah mendengar beliau di dalam televisyen bercerita mengenai isu APCO ini(kalau ada mgkin aku yng miss kot).

Sekian,

Wallahu'alam

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Kalau tak lekat...telurpun hilang!!

Posted: 09 Jun 2010 05:13 AM PDT

By FMT Staff

KUALA LUMPUR: An opposition MP left Home Minister Hishammuddin Hussein momentarily stunned when he asked him how travel records of murdered Mongolian translator Altantuya Shaariibuu was erased from the Immigration Department records in 2006.

According to Gombak MP Azmin Ali, the situation was even more tensed because with Hishammuddin in Parliament yesterday was his cousin Prime Minister Najib Tun Razak, who has been reportedly linked to the model's death.

"It was obvious that my question caught him off-guard. But he [Hishammuddin] is rarely present in Parliament and I was curious as to how Immigration Department ran its operations," he told FMT team yesterday. 'Ghost' of Altantuya stuns Hishammuddin

Justice For All

Justice For All


Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Masuk PAS

Posted: 09 Jun 2010 09:17 PM PDT

Adakah ini petanda yang bekas Mufti Perlis, Dr Asri Mohd Zainal Abidin akan masuk Pas?? Ini adalah gambar Dr Maza hadir ke perasmian muktamar pemuda, muslimat dan ulama semalam..

Jika ini berlaku, makin cepatlah reformasi politik dalam pru akan datang. Semoga Allah kurniakan sebuah lagi permata buat PAS, untuk tegakkan kalimahnya di negara Malaysia ini..insyaALLAH..

kredit gambar buat tinta hijau dari kaki bukit

Keputusan Kes Bung Mokhtar Ditangguh..Macam Ada Udang Di Sebalik Mee Je

Posted: 09 Jun 2010 08:19 PM PDT

Kenapa pula keputusan kes nikah sindiket Bung Mokhtar dan Zizie Izette ditangguh?? Ini mest ada udang di sebalik mee...sebab kita tahu, mahkamah tinggi syariah pasti akan ikut keputusan Mahkamah Rendah Syariah yang jatuhkan hukuman penjara sebulan kepada Bung dan denda 3 ribu terhadap Bung. Dan secara automatik, keahlian Bung sebagai ahli Parlimen Kinabatangan akan gugur.

Tapi kenapa Mahkamah Tinggi Syariah tak buat keputusan??? Adakah kerana Bung sudah bisik pada hakim, supaya tangguhkan kes hingga lepas tarikh 8 Mac 2011, untuk dia selamat daripada digugurkan sebagai ahli Parlimen (kerana 2 tahun sebelum PRU 13, tak boleh ada PRK)..adakah ini satu konspirasi?? jika ini berlaku, jelas bahawa golongan hakim lingam sudah muncul di Mahkamah Syariah..yang secara tak langsung mencemarkan islam itu sendiri..

Keputusan pernikahan Bung Moktar-Zizie ditangguh

Keputusan pengesahan dan pendaftaran pernikahan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dengan pasangannya pelakon Zizie Izette yang dijadualkan diumumkan hari ini, telah ditangguhkan.

Kumpulan petugas media menunggu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur sejak awal pagi tetapi pasangan tersebut tidak muncul.

Malaysiakini kemudiannya menghubungi peguam mereka, Zulkifli Che Yong yang memaklumkan bahawa keputusan tersebut telah ditangguhkan.

Beliau berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan petang semalam supaya keputusan tersebut ditangguhkan.

Ditanya bila keputusan itu akan dibuat, Zulkifli berkata sehingga ini tarikh baru belum ditetapkan lagi.

Muktamar pemuda lewat dimulakan, perwakilan "lembab" masuk dewan

Posted: 09 Jun 2010 07:25 PM PDT

Betul ke berita ni??

Muktamar pemuda lewat dimulakan, perwakilan "lembab" masuk dewan

SETIAUSAHA Dewan Pemuda PAS Pusat, Kamaruzzaman Mohamad baru sahaja menghabiskan ucapan alu-aluan. Sebaik tamat, majlis diserikan dengan kedatangan Dato' Ustaz Haji Yahya Othman, bekas murabbi PAS yang banyak mentarbiyah para pemimpin pemuda sebleum ini. Beliau hadir dengan dipimpin, kerana uzur.

Dalam ucapannya Kamaruzzaman menegaskan sudah tiba masanya para pemuda untuk mengambil-alih tampuk pemerintahan kuasa dari Umno-BN dengan memperkuatkan gerekerja dan strategik bersepadu.

Perwakilan agak "lembab" masuk ke dewan menyebabkan muktamar agak lewat dari jadual biasa di mulakan. Pengerusi Tetap, Misbahul Munir Masduki melahirkan rasa "kecewa" beliau dengan kelewatan para perwakilan mengambil tempat.

Majlis terpaksa dimulakan jam 9.00 pagi. Namun perwakilan masih "lembab" mesuk ke dewan. Misbah terpaksa "menggoreng" dengan ucapan dan memperihalkan beberapa perkara mengenai perjalanan muktamar.

Tepat jam 9. 20 pagi, Ketua Dewan Pemuda Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan memulakan ucapan dasar pemuda. Sambil meperkenalkan saf kempimpinan pemuda, beliau turut mengalu-ngalukan kehadiran Ustaz Dato' Yahya Othman.

Ini petikan berita dari wartawan Harakah, Tarmizi Mohd Jam (sumber)

Khalid Ibrahim Tawar 5 Ribu Tangkap Pencuri Pasir

Posted: 09 Jun 2010 06:54 PM PDT

Ini tindakan bijak..didik rakyat menjadi rakan cop yang berkesan..dan pada masa yang sama, boleh selesaikan masalah kecurian pasir di Selangor..syabas Khalid dan kerajaan PR Selangor..terusjkan agenda merakyatkan ekonomi..

Selangor tawar RM5,000 tangkap pencuri pasir

Hadiah galak orang awam beri kerjasama salur maklumat: Khalid

SHAH ALAM: Ketua Kampung, Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan kakitangan kerajaan Selangor yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya mereka yang menjalankan kegiatan mencuri pasir di negeri ini akan menerima ganjaran sehingga RM5,000.

Tawaran itu dibuat kerajaan Selangor, semalam bagi membanteras kegiatan berkenaan yang menyebabkan kerajaan negeri kerugian berpuluh-puluh juta ringgit setiap tahun.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan Selangor mengharapkan kerjasama semua pihak bagi membanteras kegiatan berkenaan dan ganjaran akan ditawarkan kepada mereka sehingga pihak yang bertanggungjawab terhadap kerugian yang ditanggung oleh kerajaan negeri itu, ditahan.

"Mereka yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya pihak yang bertanggungjawab dalam kegiatan mencuri pasir ini perlu mengemukakan bersama bukti kukuh seperti peralatan dan jentera yang digunakan untuk mencuri pasir," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, semalam.

Sesi pertama Pendengaran Awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) yang ditangguhkan 4 Jun lalu, tidak menemui bukti berlaku skandal pasir seperti yang didakwa sebelum ini, sebaliknya mendapati wujud bukti berlaku kelemahan dalam urus tadbir pengurusan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Sesi pertama pendengaran awam itu dilakukan susulan pendedahan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam berhubung penyelewengan dalam KSSB, syarikat milik kerajaan Selangor yang mengendalikan aktiviti melombong pasir di negeri ini.

Abdul Khalid berkata, kejayaan melumpuhkan aktiviti mencuri pasir akan membolehkan kerajaan Selangor memperoleh pendapatan sehingga RM75 juta setahun berbanding hanya RM25 juta yang diterima ketika ini.

Mengulas lanjut, katanya, mesyuarat Exco turut bersetuju untuk mengarahkan KSSB mengemukakan senarai gaji dan pembayaran bonus yang diterima oleh kakitangan syarikat berkenaan.

"Tindakan itu juga dilakukan sebagai bukti kerajaan negeri bersikap telus dan tidak akan melindungi sesiapa pun tanpa mengira pangkat dan kedudukan mereka," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata, Kerajaan Selangor akan mengkaji semua kes membabitkan penukaran status tanah dari status kawasan lapang kepada status komersial yang diluluskan sebelum 2008.

"Kajian dan siasatan ini membolehkan kerajaan negeri bertindak sekiranya ada berlaku sebarang penyelewengan atau salah guna kuasa dalam permohonan atau sepanjang proses kelulusan yang diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini," katanya.

Macam Yahudi : Bakar Masjid Kerana Bercerai

Posted: 09 Jun 2010 05:39 PM PDT

Bakar masjid kerana bercerai??? apa, takde tempat lain ke nak bakar..kan itu rumah Allah..lainkali bakarlah tempat lain..tempat maksiat..bakar kedai judi ke, markas UMNO ke, rumah JKKK ke..ini tidak, ada ke bakar masjid..sebijik macam perangai yahudi yang bom masjid..

Bakar masjid marah bekas isteri kahwin

SAMSUDIN menunjukkan ruang sembahyang utama masjid yang dibakar di Sepang, semalam.

SEPANG: Seorang lelaki dipercayai mabuk kerana kecewa bekas isterinya akan berkahwin lain bertindak melepaskan perasaan dengan membakar Masjid Jamiurrahmah di Kampung Limau Manis dekat sini, kelmarin.

Kejadian itu disedari imam masjid, Samsudin Mat Daud, 51, yang tinggal bersebelahan masjid itu kira-kira jam 11.30 malam selepas terhidu asap dan melihat api sudah marak.

Samsudin berkata, beliau cuba memasuki masjid itu tetapi mendapati pintu dikunci dari dalam.

"Saya kemudian cuba memasuki dari pintu bersebelahan dan mendapati keseluruhan ruang sembahyang sudah hangus terbakar dan ada seorang lelaki tidur berhampiran pintu yang berkunci.

"Saya kenal lelaki itu tetapi tidak berani menegur kerana khuatir dia bersenjata atau cuba menyerang, sebaliknya saya meminta bantuan penduduk kampung yang secara kebetulan berada di kedai makan berhampiran sebelum menghubungi bomba dan pihak polis.

"Lelaki terbabit kemudian melarikan diri selepas disergah penduduk kampung yang cuba menangkapnya," katanya ketika membawa pemberita meninjau kerosakan di masjid terbabit, di sini, semalam.

Beliau menganggarkan masjid yang dibina sekitar tahun 70an itu mengalami kerugian sekitar RM300,000.

Samsudin berkata, bekas isteri lelaki terbabit adalah orang kampung itu dan mungkin dia tidak dapat menerima hakikat bercerai dengan isterinya selain disyaki mungkin menghadapi masalah mental.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Zahedi Ayob, berkata identiti suspek sudah dikenal pasti dan polis kini sedang mencari lelaki terbabit yang disyaki masih berada di kawasan itu.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 435 kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat menggunakan api," katanya

Roswah Peluk Chong Wei Kerana Gembira..Ya, Menagis Duka Kerana Palestin???

Posted: 09 Jun 2010 05:03 PM PDT

Betul ke rosmah..opss roswah menangis??? Ini beritanya

Beliau dirakamkan mengesat air mata oleh jurugambar dari Bernama yang berada di rumah Duta Turki ke Malaysia Serap Attay di Langgak Duta dimana Rosmah Mansor menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia sebanyak AS$45,000 (RM149,709) kepada keluarga sembilan rakyat Turki yang dibunuh tentera Israel dalam insiden kapal 'Mavi Marmara' minggu lepas.- Bernama

Ada blogger kata ini air mata plastik..saya kata roswah menangis air mata politik..ini semua politik..kerana politik Najib dann juga Roswah..kononnya mereka pejuang islam. Tapi mereka sendiri bersekongkol denga yahudi..ini semua palsu..sama macam rambut palsu dan muka plastik..menangis kononnya simpati..sedangkan tindakan penuh kepura-puraan..tentu rakyat Malaysia masih ingat lagi bagaiman Roswah langsung tidak menjenguk kematian ibu Saudaranya, Allahyarhamah Sofiah Katas yang dibunuh secara kejam oleh anaknya sendiri. Sewajarnya ini yang ditangisi Roswah kerana mereka Allahyarhamah sedarah sedaging dengan roswah..dahlah tak simpati, jenguk pun tidak..hadiri tahlil apalah lagi..itu belum dikira lagi menangis kegembiraan mendapat cucu..tapi roswah tak jenguk pun cucu hasil hubungannya dengan suami pertama sebelum bercerai dan menjadi ibu tunggal..dan kemudiannya disunting oleh najib yang ketika itu seorang duda.

Hentikanlah roswah permainan politik anda ini..peluk pelakon hindustan kerana sayangf, peluk chong wei kerana bangga, menyanyi bersama mawi kerana syok....menangis kerana warga Turki yang shahid..kita boleh terima ke kenyataan ini? atau sekadar olok-olok politik..roswah..roswah..

Perkose Menggila Dalam Utusan Hari Ini

Posted: 09 Jun 2010 04:19 PM PDT

Inilah rencana perkauman paling gila di Utusan..yang ditulis oleh Ruslan Kassim, Ketua Penerangan Perkose..

Memperkasa Melayu hadapi tuntutan, asakan

Oleh RUSLAN KASIM

PADA zaman Sultan Mahmud mangkat dijulang, permasalahan orang Melayu tidak begitu kompleks. Kehidupan mereka seadanya. Sembang-sembang politik tidaklah mendalam dan mendasar. Kehidupan harian sangat sederhana dan berligar di sekitar empat penjuru tiang halaman rumah masing-masing. Tetapi, orang Melayu tahu menilai maruah dan harga diri. Tidak ada yang lebih dipelihara melainkan soal maruah, harga diri dan air muka. Maruah adalah segala-galanya bagi bangsa Melayu.

Banyak peristiwa 'amuk Melayu' berlaku sejak tahun 1944 yang dipimpin oleh Kiyai Salleh sehinggalah kes Natrah pada awal tahun 1950-an di Singapura dan tragedi berdarah 13 Mei 1969 membuktikan pemilikan bangsa Melayu pantang diusik atau diganggu gugat oleh sesiapapun, apatah lagi daripada anasir-anasir luar lingkungan bangsa Melayu sendiri.

Soal agama dengan segala bidang dan institusinya, bahasa, hak-hak yang terkanun dan tidak terkanun, institusi Raja yang berdaulat, norma-norma sosial bangsa Melayu yang begitu halus mengakar pada adat dan budayanya serta perkara-perkara lain yang dianggap sinonim dengan persoalan maruah bangsa tidak boleh dilanggar dan dipalit oleh sesiapapun.

Kesemua perkara ini juga termaktub kemas di dalam Watikah Wasiat Raja-Raja Melayu yang dimeterai pada 31 Ogos 1957.

Pada peringkat awal kemasukan kaum- kaum pendatang ke Tanah Melayu dahulu, tidak banyak berlaku pergeseran kaum dan pencerobohan hak-hak orang Melayu kerana mereka tahu menjaga batas dan menghormati orang-orang Melayu.

Ia wujud mungkin kerana pada waktu itu mereka terpaksa menumpukan perhatian kepada soal-soal asasi seperti mendapatkan tempat tinggal, mengembangkan perniagaan dan terbukanya peluang dominasi ekonomi di wilayah baru (tentunya dengan perancangan dan bantuan pihak Inggeris), masalah kewarganegaraan, akomodasi dalam arus politik perdana Tanah Melayu, ketakutan mereka untuk pulang ke China akibat suasana politik di sana yang lebih menekan dan tidak menentu membuatkan mereka melihat Tanah Melayu lubuk yang lebih selesa bagi mengaut untung.

Namun, senario itu berubah setelah mereka memperoleh hak kerakyatan, pegangan ekuiti dan pemilikan sumber ekonomi yang semakin mencengkam, perkara-perkara tersurat dalam Perlembagaan yang boleh diberikan tafsiran semula dan dieksploitasi untuk lebih menghimpit orang Melayu serta beberapa perkara lain membuka ruang untuk mereka menangguk di air yang keruh.

Agenda menggoncang sendi-sendi bangsa Melayu dapat dilihat pada gelagat Lee Kuan Yew dan disemarakkan lagi dengan kenyataan Dr. Tan Chee Koon (pada waktu itu beliau memimpin Parti Buruh) yang mengkritik kerajaan tentang rancangan pendidikan dan sikap berat sebelah yang kononnya memberi kelebihan kepada anak-anak Melayu, tentang Maktab Mara dan sebagainya. Pendekatan yang agak komunal dengan mengemukakan statistik yang tidak tepat (perbandingan di antara pelajar Melayu dengan bukan Melayu dalam kursus-kursus profesional di IPTA ) bukan saja boleh menimbulkan dan membakar semangat kebencian antara kaum, bahkan ia boleh juga disifatkan sebagai jenayah politik yang sangat merbahaya pada waktu itu.

Khir Johari yang pada masa itu menerajui Kementerian Pelajaran menjawab tuduhan dan tohmahan tersebut dengan kata-kata beliau, "Sebahagian besar daripada mahasiswa Universiti Malaya dan Maktab Teknik adalah keturunan Cina dan tiap-tiap orang mendapat subsidi daripada kerajaan. Begitulah juga dengan Sekolah Tinggi Chung Ling Pulau Pinang yang mempunyai 3,500 orang murid dan 100 peratus terdiri daripada murid-murid Cina yang mendapat bantuan penuh dari kerajaan. Sekolah-sekolah lain seperti Victoria Institution, St. John, MBS di Kuala Lumpur, St. Michael dan ACS di Ipoh dan Penang Free School, kebanyakan muridnya terdiri daripada murid-murid Cina".

Sementara itu, Tunku Abdul Rahman yang sangat kecewa dengan sikap kaum imigran yang menyerlahkan tindak-tanduk seperti 'kacang lupakan kulit' pula memberikan kenyataan berikut: "Membina universiti Cina bererti menegakkan sesuatu yang sentiasa mengingatkan orang-orang Cina akan sifat Cina mereka dan bukan sebagai orang-orang Malaysia." Namun seperti biasa, jawapan dan kenyataan itu bagi mereka tidak cukup kuat untuk tidak mengizinkan kaum mereka menentukan dasar pelajaran sendiri.

Selepas terkeluarnya Singapura dari Tanah Melayu, pergolakan politik semakin kritikal khususnya setelah pihak pembangkang yang diterajui oleh beberapa parti politik bukan Melayu mendapat kejayaan di luar dugaan semasa Pilihan Raya Umum 1969 hingga akhirnya membawa kepada berlakunya tragedi berdarah 13hb Mei, 1969 akibat reaksi keterlaluan dan di luar batas kesopanan yang ditunjukkan oleh para pengikut mereka.

Setelah PAP menutup bukunya di Malaysia, DAP mengambil alih tugas sacred mission PAP dalam meneruskan perjuangan meleburkan benteng dan meranapkan kewibawaan bangsa Melayu dengan melontarkan gagasan Malaysian Malaysianya untuk mewujudkan padang yang 'sama rata'.

Persoalannya apakah perubahan sikap dan pendirian kaum imigran terhadap orang Melayu itu menjadi bertambah baik dan usaha pemupukan perpaduan kaum meningkat? Apa yang nyata ialah asakan dan tuntutan mereka semakin menjadi-jadi serta menampakkan kegilaan yang sukar dibendung, apatah lagi warna perkauman DAP terutamanya, yang amat pekat itu kini dicairkan oleh penglibatan dan sokongan sebilangan orang Melayu yang lupa di mana bumi dipijak dan tempat langit dijunjung.

PENULIS ialah Ketua Penerangan

Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara

Orang dah boleh berfikir lah bro..masalah melayu, ada ke UMNO tolong..musnahkan lagilah..isu sosial melibatkan anak melayu, UMNO yang rosakkan. Tanah rizab melayu, setinggan melayu, tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura, Blok Minyak..dan terbaru kg baru Kuala Lumpur..semuanya UMNO gadaikannya untuk bukan melayu..pi rahh mabuk.

Baik UMNO, Perkose..semuanya cakap soal perkauman gila..hanya semata-mata kepentingan politik..bukannya nak tolong melayu..isu biasiswa untuk anak melayu yang sudah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan kita..siapa yang tak bagi?? UMNO juga..tu belum lagi masuk soal islam..yang merupakan pengkhianatan besar buat orang melayu. Undang-undang diceduk dari negara kafir, judi dihalalkan dan maksiat sentiasa dihidangkan. Ini semua salah UMNO..tak payah berdegar-degar kata DAP nak jadikan Malaysia sebagai Singapore kedua..wooii mangkuk?? ko cuba tengok taburan parlimen di Malaysia, hanya 43 peratus je kerusi itu milik bukan melayu..yang lain semuanya melayu..pastu yang ko pergi beri kerusi tu kat mic dalam prk hulu Selangor yang pengundinya 62 peratus melayu itu, tak dikira menghilangkan kerusi melayu ke???

Jangan layan orang gila meroyan ni..generasi muda tak kisah langsung semangat gila melayu ni..yang penting mereka perolehi pekerjaan baik, ekonomi stabil, jenayah berkurang dan satu lagi ko perlu ingat..mereka sukakan perpaduan..bahkan mereka cerdik menilai kebenaran dan kebatilan. Bahkan ada mereka menganggap pencerobohan orang British dan penjajah lain kerana kesilapan raja melayu waktu itu yang tak bijak memerintah dan penuh konflik dalaman. Berbanding negara jiran, Thailand yang langsung tidak dijajah oleh kuasa luar..sama macam tindakan Tunku Abdul Rahman singkirkan Singapura ke tangan lee kuan yew..ini tindakan bodoh kerana takkanlah parlimen di Singapura boleh ubah PM Melayu ke Cina..ini semua perkiraan bodoh kerana hari ini, sumber nadi ekonomi Asia Tenggara terletak di Singapura.

hanya orang macam UMNO dan Perkose mengamalkan politik masa Perang dunia ke-2..mereka berkokok terpekik terlolong kononnya melayu ditindas..woooi mangkuk.ko ada kuasa dan jadi kerajaan..buatlah sesuatu..bantulah melayu..ini tidak, lepas satu., satu keputusan untuk hancurkan melayu..terbaru lulus judi piala dunia. Tak sedar ke tindakan tu boleh bawa gejala moral yang parah buat orang melayu dan porak perandakan keluarga melayu..tu lah, songkok dan keris pangang bergalah, tapi otak dan minda pendek 1 inci...hidup Islam

Tinggal 2 Hari Lagi World Cup : Najib Berbohong & Ascotsport Tetap Teruskan Judi Bola

Posted: 09 Jun 2010 08:13 AM PDT

Kalulah benar analisis ini..jelas lagi terang bersuluh, yang Najib telah menipu seluruh rakyat jelata..woooi Najib, mampu ke ko pikul dosa banyak-banyak..dahla berdosa besar luluskan judi..pastu menipu pulak tu..

Tinggal 2 hari lagi sebelum world cup..jika benar ko menipu najib..siaplah ko..blog ini akan meletakkan poster besar..najib kaki judi & penipu sepanjang berlangsungnya Piala Dunia dari 11 Jun hingga 11 Julai...dan setiap hari, akan ada berita ko Najib yang luluskan judi...

zaman Pak Lah takdelah mengarut macam ni..ini semua berlaku pada zaman ko je.memang ko ada 1 otak je..otak jahat...tengoklah nanti, bagaimana rakyat akan ajar ko dalam PRU akan datang...

Ascot Sports beroperasi tidak lama lagi

PETALING JAYA: Perniagaan ramalan judi sukan oleh syarikat Ascot Sports Sdn Bhd akhirnya akan beroperasi juga tidak lama lagi, walaupun mendapat bantahan di Parlimen dan orang ramai.

Ascot Sports dimiliki 70% oleh Tan Sri Vincent Tan, yang bercadang untuk menjual sahamnya bernilai RM525 juta kepada Berjaya Corp Bhd, sebuah syarikat di mana beliau sendiri sebagai pengerusi, ketua pegawai eksekutif dan pemegang saham terbesar.

Para analisa berkata, kelulusan untuk pengeluaran semula lesen telah diberi dan sebarang kelewatan adalah ekoran dari isu ini telah dipolitikkan dan langkah melicinkan kaedah operasinya.

Keyakinan bahawa kelulusan ini telah diberi diperkuatkan lagi dengan komen daripada wakil Ascot Sports yang dimuatkan di akhbar harian berbahasa Inggeris dan dihantar kepada Starbiz semalam.

Wakil tersebut menyatakan bahawa berdasarkan surat kelulusan, syarikat (Ascot Sports) kini sedang berbincang dengan kementerian (Kementerian Kewangan) untuk mencapai persetujuan tentang butiran lanjut operasinya.

Isu percukaian

"Ini termasuklah isu percukaian untuk memastikan kelebihan pada tempahan melalui perjudian haram dapat dikurangkan dan supaya Ascot Sports dapat membantu kerajaan mengurangkan aktiviti judi haram," kata wakil itu.

Seorang penganalisa dari sebuah bank pelaburan tempatan berkata "akhirnya kelulusan ini akan diberi walaupun maklum balas dari orang ramai dalam seminggu terus dijalankan."

Beliau merujuk kepada komen daripada Donald Lim, timbalan menteri kewangan yang baru dilantik hari Isnin bahawa kementeriannya sedang mengumpul maklum balas dan akan membuat keputusan pada minggu depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam jawapan bertulis beliau kepada Ahli Parlimen PKR Batu, Tian Chua di Dewan Rakyat Isnin lalu berkata, kerajaan masih dalam proses mendapatkan maklum balas dari pelbagai golongan mengenai cadangan lesen judi itu yang bertujuan untuk mengurang dan akhirnya menghapuskan aktiviti judi haram.

Penganalisa itu berkata, kerajaan sedang menggubal dasar yang lebih telus supaya tidak memberi gambaran yang salah sepertimana yang difahamkan selama ini.

Beliau berkata, isu ini tidak memberi imej yang baik kepada kerajaan kerana kelulusan telah diberi tetapi maklum balas dan pandangan dari pelagai pihak akan dikumpulkan sebelum lesen dikeluarkan semula.

Seorang lagi penganalisa berkata, tindakan berhati-hati kerajaan setakat ini lebih dilihat sebagai langkah Najib untuk melihat respon daripada rakyat kerana penentangan terhadap isu ini semakin kuat.

Kutipan hasil judi ini boleh mencecah RM6 bilion setahun dan sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak 8% sahaja maka hasilnya berjumlah RM480 milion, kata seorang penganalisa.

Usia Parlimen Malaysia Baru Je 48 Tahun Berbanding 718 Tahun Bagi Parlimen Britain..Takkan Dah Nak Dikosongkan???

Posted: 09 Jun 2010 06:21 AM PDT

Dalam jawapan soalan bertulis oleh wakil DAP-Kota Melaka, Sim Tong Him hari ini, Nazri Aziz mengakui bahawa bangunan Parlimen yang baru akan dibina di Putrajaya manakala bangunan yang lama akan dibaik pulih dan dikekalkan sebagai bangunan warisan.

Persoalannya sekarang kenapa nak bina yang baru, sedangkan bangunan yang sedia ada sudah cukup elok. Masalah teknikal perlulah diselesaikan dan dinaiktarafkan dan bukannya nak bina yang baru..lagipun negara dah nak bangkrap, buat apa bazirkan kos hampir 1 bilion??..ini semua tak lain demi projek buat Nazri Aziz..sebab dibawah dialah kompleks mahkamah dan juga Parlimen serta rumah hakim-hakim dibina..dahla tender dibuat secara tertutup, bahkan penganugerahan projek pun boleh kita pertikaikan..berapa banyak bangunan mahkamah yang dalam pelannya cantik, tapi bila siap dibina, amat jauh beza hasil binaanya seperti pelan asal.

Satu lagi faktor pemindahan bangunan Parlimen ke Putrajaya adalah disebabkan oleh ketakutan BN jika kalah dalam pengundian di Parlimen..sebab risau menteri dan timbalan menteri tak datang ke Parlimen yang terletak di KL, bukannya dekat dengan pejabat mereka. Juga kerana 'kemalasan' menteri dan timbalan menteri untuk hadir ke Parlimen yang terletak di kl..yang perjalanannya dari Putrajaya ke Parlimen memakan masa sekurang-kurangnya 40 minit..dan mungkin boleh jadi 1 jam lebih jika tiada polis iringi menteri itu.

Apapun, faktor ini adalah remeh temeh berbanding kepentingan rakyat. Bangunan Parlimen tu baru je siap dibina pada 31 Ogos 1962 dan masih elok lagi. Janganlah bazirkan duit kos pembinaannya sebanyak RM18 juta dan juga kos naik taraf bangunan itu dengan membinanya yang baru.

Cubalah contohi Parlimen Britain sikit. Bangunan Parlimen Britain atau The Palace of Westminster itu dah berusia 718 tahun sejak dibina pada tahun 1295. Dan ia tetap kekal di tepi Sungai Thames seperti hari ini walaupun musnah dalam kebakaran kecil pada 1512 dan juga kebakaran besar pada 1834. Bahkan bangunan itu turut rosak dalam Perang Dunia Ke-2 pada tahun 1941. Dan bangunan parlimen ini telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Bangunan Warisan Dunia pada tahun 1987.

Parlimen Malaysia?? Baru berusia 48 tahun dah nak dikosongkan dibina baru..kalau ahli parlimen BN berkelas dunia, tak apalah juga nak bina baru..ni ramai ahli Parlimen berkelas sardin cap ayam..apapun, contohilah Britain yang pelihara warisan demokrasi mereka. Jangan terlampau ikut nafsu dan membazir tak tentu hala.. kalaulah Najib jadi PM Britain, sudah pasti patung Najib diarak ramai-ramai kemudian dibakar di hadapan Parlimen negara mereka itu..tanda kemarahan rakyat yang tak mahu warisan mereka dimusnahkan..

PDRM Jangan Jadi Jurucakap Tokey Judi..Itu Memang Tugas Anda

Posted: 09 Jun 2010 05:04 AM PDT

Dah memang tugas ko polis..tak payahlah war-warkan seantero dunia..kononnya judi haram berleluasa di negara ini. Dan untuk sokong kenyataan menteri ko, bahawa judi perlu dihalalkan..Rakyat dah bayar gaji ko untuk buat kerja tu, tak payahla halalkan benda yang haram..tak faham? bacalah kat bawah ni sendiri..

Sindiket judi bola raih pertaruhan lebih RM1 bilion

2010/06/09

KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti sekurang-kurangnya empat sindiket perjudian bola sepak dalam talian tanpa lesen telah bergiat aktif sejak beberapa tahun lalu, membabitkan wang pertaruhan lebih RM1 bilion.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata polis telah menubuhkan satu pasukan pada April lalu bagi memantau sindiket terbabit yang dipercayai didalangi beberapa individu termasuk yang bergelar Datuk dan mengandungi pakar teknologi maklumat.

"Kita sedang menyiasat sama ada sindiket ini mempunyai kaitan dengan sindiket antarabangsa atau tidak," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Mohd Bakri berkata, unit pemantau itu akan bekerjasama dengan INTERPOL bagi mengesan kegiatan itu di peringkat antarabangsa.

Bagi membanteras perjudian semasa Piala Dunia di Afrika Selatan yang bermula Jumaat ini, unit pemantuan itu telah melancarkan operasi dikenali sebagai Ops Soga (soccer games) di semua negeri sejak sebulan lalu.

Katanya, sindiket ITU dipercayai turut mengambil pelajar lepasan jurusan IT dengan memberi bayaran lumayan bagi menjalankan aktiviti itu.

Mohd Bakri berkata, sindiket itu turut menggunakan kafe siber sebagai tempat pertaruhan.

Katanya, sindiket itu juga dipercayai bersekongkol dengan along bagi memberi pinjaman kepada mereka yang ingin berjudi.

"Amaran saya kepada sindiket ini, polis akan terus mengesan kegiatan haram mereka habis-habisan," katanya. - BERNAMA

Ahli Parlimen Bergaduh Macam Di Taiwan..Gara-Gara Semangat Perkose & Pekedai

Posted: 09 Jun 2010 04:10 AM PDT

Budaya perkose dan pekida dah dibawa ke Parlimen..juga budaya Parlimen Taiwn yang suka bergaduh..kali ini pergaduhan 2 wakil rakyat kontroversi UMNO, Datu Bung Mokhtar yang kahwin sindiket dengan Idris Haron, pemuda Perkose...ini kisahnya

MP 'bergaduh' di tempat rehat Dewan Rakyat

Satu usul dibentangkan mengikut peraturan Dewan Rakyat 26(1)(P) bagi menyiasat kekecohan yang berlaku di tempat rehat khas ahli parlimen ketika mereka mengadakan perbincangan mengenai kekurangan biasiswa kerajaan yang ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera.

MP Kinabatagan, Datuk Bung Moktar Radin dari Umno berkata beliau memfailkan usul itu selepas pertengkaran hangat antara wakil rakyat pembangkang dan kerajaan, termasuk dirinya ketika ke tempat rehat berkenaan.

Bung mendakwa 'orang luar' juga berada di tempat rehat itu dan terbabit dalam perbincangan berkenaan, justeru katanya "keselamatan ahli parlimen tergugat'.

Semasa perbincangan meja bulat, pertengkaran hangat dilaporkan antara Bung dan MP Tangga Batu (Umno) Idris Harun dengan pemimpin pembangkang.

Menurut Idris ketika menjejakkan kakinya di tempat rehat itu, beliau terdengar suara-suara yang memaki hamum Umno dan BN dan beliau cuba menegur mereka kerana tidakan berkenaan tidak berpatutan.

"Mereka memaki BN celaka, Umno celaka, jadi saya cuba menasihatkan mereka. Saya menyapa Kula (DAP Ipoh Barat) dan Kit Siang (DAP Ipoh Timur) dan memberitahu mereka bahawa saya ingin mendengar hujah mereka dan mengambil bahagian dalam perbincangan, tetapi ada di antara mereka mula memaki dan menghalau serta menolak saya," katanya kepada wartawan.

Menurut Idris, oleh kerana jumlah mereka lebih ramai, beliau mengambil keputusan untuk berundur.

Dan diluar dewan pun ada pergaduhan..kali ini bukan Ahli Parlimen, tapi ahli majlis Selayang dipukul oleh Perkose dan Pekedai...ini kisahnya

Ahli majlis Selayang, pembantu dibelasah

Ahli majlis kerajaan tempatan Selayang Allan Lim Ching How mendakwa dia dan pembantunya dibelasah oleh kira-kira 20 individu pagi ini.

Lim mengenalpasti mereka sebagai ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida).

"Mereka memakai baju dengan logo PERKASA yang boleh dilihat dengan jelas," katanya ketika dihubungi.

Pada kejadian 11.30 pagi ini, Lim, dan pembantunya, Zuhudi Ahmad mengalami kecederaan.

Kelopak mata Lim dan bibirnya koyak dan lehernya lebam akibat disepak berulang-kali manakala Zahudi pula ditendang sekurang-kurangnya dua kali di bahagian perutnya.

Lim berkata beliau bergegas ke lokasi tapak pembinaan sebuah dewan yang dimiliki oleh pertubuhan Cina apabila diberitahu bahawa sekumpulan lelaki sedang menanggalkan papan tanda projek berkenaan di Jalan TIB 1, Taman Bolton di Batu Caves.

Sebaik tiba, Lim dan Zuhudi mendapati individu berkenaan dalam proses meruntuhkan papan tanda berkenaan.

"Saya tanya mengapa mereka berbuat demikian tetapi lebih kurang 20 daripada mereka mula memukul kami," katanya.

Walaupun memperkenalkan dirinya sebagai ahli majlis kerajaan tempatan Selayang, rayuan Lim supaya mereka tidak dipukul terus tidak dihiraukan.

"Ini Tanah Melayu, ini tanah kita bukan tanah orang Cina, kita tak takut," kata Lim yang mengulangi apa yang diperkatakan oleh kumpulan berkenaan.

Ketika kejadian, Lim mendakwa dua anggota polis berada di lokasi bagi memantau keadaan tetapi kumpulan berkenaan tidak mempedulikan mereka.

"Saya tak faham mengapa OCPD hanya menghantar dua pegawai polis bagi memantau keadaan, sedangkan terdapat antara 50 hingga 60 ahli PERKASA dan Pekida," katanya.

Lim membuat laporan di balai polis Batu Caves petang ini.

Dalam pada itu, presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang dihubungi berkata beliau tidak mengetahui mengenai kejadian itu yang membabitkan ahlinya.

"Saya di parlimen, Saya tidak tahu...Saya akan kumpulkan maklumat dahulu untuk menentukan sama ada ini benar atau tidak.

"Ini tidak kena-mengena dengan PERKASA, ia bukan polis kita untuk mengganas. Hanya kerana mereka memakai baju PERKASA tidak bermakna mereka ahli PERKASA," katanya.

SKM Buktikan Kohilal Tak Menyeleweng..Sah Kidcekefella & Berahim Perkose Penipu

Posted: 09 Jun 2010 03:04 AM PDT

Alhamdulilah syukur..rupanya tiada penyelewengan dalam kohilal..ini bukan disahkan oleh kohilal atau PAS sendiri, tapi daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Jom semua, kita kutuk habis-habisan Kickdefellla dan Ibrahim Katak serta Perkose..lepas ni jangan percaya kat mereka ni..mereka macam lintah darat dan katak jenis menipu..kepada blogger sekalian, jom kita jalankan kempen itu bermula sekarang...

Tiada penyelewengan dalam KOHILAL: SKM

2010/06/09

KOTA BHARU: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengesahkan kerugian yang ditanggung Koperasi Al-Hilal Berhad (KOHILAL) bukan kerana salah laku pengurusan atau penyelewengan tetapi silap percaturan dalam urusan pelaburan.

Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Mangsor Saad, berkata pihak pengurusan koperasi itu telah silap membuat pelaburan sewaktu negara dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1998.

Katanya, SKM pernah mengambil alih koperasi itu selama setahun pada 2005 sebelum menyerahkannya semula kepada pengurusan baru koperasi berkenaan pada tahun berikutnya.

"Kami anggap isu KOHILAL sudah selesai selepas urusan pentadbiran koperasi itu diserahkan kepada pengurusan baru pada 2006," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Pelaburan Koperasi Dalam Konteks Ekonomi Semasa, di sini, hari ini.

Mangsor mengulas desakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali, agar PAS mendedahkan ke mana RM45 juta wang pelaburan kira-kira 20,000 ahlinya disalurkan.

Ibrahim dilaporkan sebagai mendakwa, pelbagai persoalan menyelubungi koperasi berkenaan sehingga menyebabkan skim pelaburan yang ditubuhkan pada 1986 itu hanya mampu membayar dividen rendah sehingga 1997.

Mangsor berkata, SKM menganjurkan pelbagai seminar untuk anggota koperasi mendalami ilmu mengenai pelaburan bagi mengelakkan mereka menanggung kerugian.

Beliau juga berkata, SKM mensasarkan RM60 bilion aset atau 10 peratus sumbangan koperasi dalam pembabitannya membantu pertumbuhan ekonomi negara menjelang 2020, berbanding hanya satu peratus atau kira-kira RM9 bilion pada tahun ini.

Oleh itu, beliau mahu pihak koperasi menjana pendapatan dengan memperluaskan lagi skop pelaburan dalam bidang hartanah, perladangan, ternakan dan industri makanan bagi memastikan matlamat itu dapat tercapai. - BERNAMA

Lawak : Rafidah Kata Kenyataan Ibrahim Katak 2 Sen, Perkasa Pula Kata Rafidah Wanita Bernilai Kurang 2 Sen..

Posted: 09 Jun 2010 01:20 AM PDT

Hari ini, Majlis Perundingan Melayu (MPM) telah menempelak Tan Sri Rafidah Aziz dengan mendakwa Bekas Ketua Wanita UMNO itu menghina orang Melayu dengan menyamakan pandangan mereka sebagai "hanya berharga dua sen". Mereka turut mendesak bekas anggota Kabinet pusat memohon maaf secara terbuka.

Gabungan badan-badan bukan kerajaan (NGO) itu turut mendakwa kenyataan Rafidah telah memperlekehkan kedudukan orang Melayu dan Bumiputera dalam mengemukakan tuntutan mereka menerusi kongres diadakan bulan lalu.

Ini semua gara-gara temu bual Rafidah dengan The Malaysian Insider minggu lalu, yang mana Rafidah menggesa kaum Bumiputera supaya memfokus terhadap aspek pertumbuhan dalam MEB tanpa hanya cuba mengetengahkan agenda peribadi sendiri.

Beliau menyifatkan mereka yang menentang inisiatif MEB sebagai tindakan yang boleh mengakibatkan kesan buruk dan golongan berfikiran sempit.

"Kumpulan-kumpulan seperti Perkasa, mereka hanya melihat MEB menerusi satu perspektif. Mereka menganggap ia sebagai hak mereka untuk meletakkan (pandangan) dua sen (dalamnya) tetapi ini boleh menyebabkan kesan berlawanan," kata Ahli Parlimen Kuala Kangsar ini.

"Saya juga seorang Bumiputera tetapi yang pertama dan paling penting sekali, saya percaya kita perlu mencapai pertumbuhan terlebih dahulu sebelum kita mengetengahkan agenda Bumiputera," kata bekas ketua Pergerakan Wanita Umno ini.

Malah menurut Rafidah, tentangan hebat yang datang daripada kumpulan seperti Perkasa tidak menggambarkan pandangan keseluruhan orang Melayu negara ini.

"Hanya media memberikan liputan kepada seorang. Jika anda bercakap kepada semua dalam Perkasa, saya pasti anda akan mendapati bahawa bukan semua berkongsi pandangan yang sama sebagaimana dikatakan oleh presiden mereka (Datuk Ibrahim Ali)," katanya.

"Ibrahim Ali hanya satu orang. Bukan semua mahu berkongsi pandangan yang sama seperti pemimpin mereka," katanya.

Ini tempelak Rafidah buat Ibrahim Ali. Memang jelas yang Ibrahim Ali cuba politikkan isu itu kononnya umat melayu terancam dengan MEB. Apapun ucapan Berahim ini tak lain untuk survival UMNO, bukannya kepentingan melayu. Ada perkara MEB yang baik seperti membantu orang miskin untuk memulakan perniagaan. Tapi oleh kerana politik perkauman, maka Berahim terus minta MEB ini dibatalkan. Apapun, jom kita tengok sikap melentinganya pemimpin Perkose apabila pandangan Berahim Ali dikatakan sebagai pandangan 2 sen. Sampaikan sanggup ada yang kata Rafidah Aziz sebagai wanita bernilai kurang 2 sen..memang kurang ajar..

1) Pengerusi Perkasa Selangor, Abdullah Mansor

Beliau menegaskan yang kenyataan Rafidah itu merupakan satu bentuk "penghinaan" kepada orang Melayu

"Dalam hal ini, bukan Perkasa atau Datuk Ibrahim yang bernilai dua sen, tetapi sebenarnya Rafidah yang bernilai kurang dua sen," katanya

"Sebenarnya Rafidah yang bernilai dua sen, bukan kami... saya berpandangan bahawa kenyataan ini tidak harus datang daripada seorang bekas menteri," katanya.

2) Naib Presiden Perkasa, Dr. Zubir Harun

Beliau mengecam Rafidah dengan memberitahu seluruh orang Melayu harus bersyukur kepada Allah kerana Rafidah tidak dilantik menjadi menteri dan telah ditolak oleh Wanita Umno sebagai ketua.

"Rafidah perlu sedar bahawa ramai Melayu sangat meluat melihat Melayu liberal yang sudah menikmati kekayaan dan kini tidak lagi ingin mempertahankan bangsa Melayu," katanya.

Kah..kah teruskan bergaduh..biar sesama UMNO bergaduh..dua-dua pentingkan periuk nasi mereka..bukannya orang melayu...jangan percaya kat golongan kiasu gila ini...

Bangunan Parlimen Bakal Berpindah Ke Putrajaya???

Posted: 09 Jun 2010 12:51 AM PDT

Benar ke Parlimen nak dipindahkan ke Putarajaya?? membazir ke tak ni..apapun, pastikan tak berlaku ketirisan..sebab membinanya bukan guna duit BN, tapi gunakan duit rakyat..

Parlimen bakal berpindah ke Putrajaya

09/06/2010 1:39pm

KUALA LUMPUR 9 Jun - Kabinet telah memutuskan bahawa bangunan Parlimen baru akan dibina di Putrajaya, manakala bangunan sedia ada di Kuala Lumpur akan dijadikan bangunan warisan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Nazri Abdul Aziz dalam jawapan bertulis kepada soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) berkata, perkara itu telah diputuskan oleh Kabinet baru-baru ini. - Utusan

Blogger PAS vs Utusan : Mana Lebih Awla???

Posted: 08 Jun 2010 11:33 PM PDT

PAS menghormati kebebasan bermaklumat dan keterbukaan media??? betul ke?? Kenapa ada blogger yang suarakan ketakterbukaan PAS dalam soal media..mesti ada yang tak kena ni..ni mesti ada yang buat hal nih...

Cerita setahun yang lalu. Cerita Muktamar. Cerita blogger.

"..Sumbangan media baru khususnya media siber termasuk portal berita dan blog memainkan peranan untuk menyediakan maklumat alternatif kepada rakyat yang selama ini di cengkam oleh media arus perdana yang dikuasai kerajaan UMNO BN telah berjaya mencelikkan rakyat sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum lalu, " kata Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Sebenarnya, walaupun tiada majlis penghargaan khusus untuk para blogger dan wartawan internet pada majlis muktamar pada tahun ini.

Namun pengiktirafan yang diberikan oleh Presiden PAS itu telah lama ditunggu oleh para blogger sekalian yang telah bertungkus-lumus selama ini memperjuangkan kebenaran dan keadilan melalui alam siber membantu Pakatan Rakyat mencapai kemenangan.

Moga-moga ibadah dan perjuangan kita ini dapat membantu kita berhadapan dengan ALLAH SWT di akhirat kelak.

Tapi betul ker pimpinan atas menghargai bloggers ni..tapi hakikatnya blogger tetap dipandang sebagai 'nobody'...kalau benar seperti yang TGHH sebut..blogger ini diiktiraf, kenapa bila kita nak mintak pas media dari urusetia tak dilayan.

'' kami tak berikan pas media kepada blogger..hanya media perdana sahaja diberi pas media muktamar''..alasan mereka,"kalau beri kat sorang blogger nanti semua blogger nak.." susah sangat ke kalau berikan untuk 2 @ 3 orang blogger pas media..? blogger bukan nak mintak keistimewaan apa sangat..dapat masuk semasa PC pun dah cukup la.

Kalau kita dengar ucapan dari perwkilan negeri Melaka disebut bagaimana media perdana ini mensensasikan akhbar mereka dengan memburukkan pimpinan PAS..tapi mereka2 ini juga la yang diiktiraf..blogger2 yang membawakan liputan yang benar tak diberi keistimewaan seperti media perdana..apa ni ?

Bila saya tanya ada wifi ke? pakai password ke..?..."ha'ah ada password..hanya unit IT aje yang boleh guna line wifi ni..orang lain tak boleh.

"hangin tol saya bila dia jawab macam tu...tapi sebagai muslim kita telah ditarbiyyah supaya bersabar...takpa lah saya tetap ucapkan terima kasih...bukan kebuluq sangat pun, pasal saya ada bawak broadband sendiri..cuma saya saja tanya tapi jawapan memang menghanginkan hatiku.

Saya telah mengikuti 2 program besar oleh 2 parti..satu semasa Kongres PKR di tempat yang sama Stadium Melawati Shah Alam...dan yang terkini Muktamar Tahunan PAS ke 55...2 parti yang besar. Saya sebagai ahli PAS tapi tidak menjangka ini cara pengurusan PAS, berbanding dengan PKR..kami blogger mendapat tempat bersama media perdana.

Memang saya kecewa dengan pengurusan PAS..untuk mendapat pas media kami telah ditolak mentah2 apatah lagi untuk mendapat liputan di dalam sidang media ... kami memang tak dapat..nak mintak letak recorder pun tak kasi..hina sungguh blogger ni rupanya.

Saya tunjuk kad media yang saya dapat dari kerajaan Pakatan Rakyat Perak oleh DS Nizar sendiri..tapi tetap tak diiktiraf. "akak ni ada pas media.., tapi pas yang bukan dari media perdana.." kata petugas.

"Ini pas dari kerajaan PR Perak. DS Nizar yang iktiraf blogger sebagai media kerajaan PR"

"kami tak kisah siapa yang beri..Nizar ke siapa ke..tapi akak bukan dari mana2 yang boleh kami beri pas media" Padan muka aku, aduiii hangat hati betul la dengar ayat tu...kalau nak bukak cerita dalam kain PAS ni memang banyak sungguh..tapi disebabkan sayangkan jemaah ummi tak sanggup nak bukak buruk parti sendiri..seperti bukak pekung di dada la pulak.

Tapi ummi luahkan ketidakpuasan hati ummi kerana perkara in tak sepatutnya berlaku terhadap blogger jemaah sendiri, kerana pimpinan sendiri telah memberi pengiktirafan kepada blogger kerana sumber berita yang kita sampaikan tidak seperti media arus perdana yang bermuka2.

Bak kata MSK sapa suruh gatai jadi blogger...sendiri tanggung la...kalau Topeng Perak pulak cakap..blogger ni dapat apa..dapat maki aje..kalau Cenangau kata pulak..blogger ni macam daun kari, untuk menyedapkan bau masakan hang buh la..masa nak makan hang daun tu kena tolak ketepi dan buang terus ke longkang.

Saya mengharapkan agar perkara ini diberi ruang sedikit untuk dipertimbangkan..permintaan blogger tidaklah besar sangat..tidak minta dilayan seperti media perdana pun sekurang2nya beri sedikit ruang untuk kami blogger berdiri dibelakang para media perdana pun tak apalah..jangan dihalau terus jauh2.

Sebelum para blogger rasa bosan dengan layanan yang begini harap ada sedikit perubahan minda dalam pengurusan pada majlis besar yang akan datang. Wallahualam. (sumber asal dipetik dari tulisan UmmiAnni blog)

Utusan..dapat keistimewaan khas..siap dapat surat lagi

JEMPUTAN UNTUK MEMBUAT LIPUTAN MUKTAMAR PAS KALI KE-56

Dengan segala hormatnya merujuk perkara kepada perkara diatas.

1.Sukacita memaklumkan bahawa Parti Islam se-Malaysia (PAS) akan mengadakan Muktamar Tahunan PAS Kali ke-56 dan Muktamar Dewan Dewan pada 9,10,11,12 dan 13 Jun 2010 bertempat di Kelantan Trade Centre (KTC), Markaz dewan Ulama (MADU), Perdana Resort dan PUTIK, Pengkalan Chepa.

2.Sehubungan dengan itu, tuan puan dipersilakan untuk membuat liputan sepanjang muktamar berkenaan berlangsung.

3.Bagi melancarkan kerja dan keselesaan pihak tuan/puan, kami mengharapkan jasa baik pihak tuan/puan menghantar senarai nama dan gambar berukuran passport, kakitangan pihak tuan/puan yang akan dihantar bertugas.

4.Ini adalah bagi tujuan kerja-kerja menyediakan pas petugas media. Hanya mereka yang disenaraikan oleh egnsi akan disediakan pas. Manakala mereka yang memohon tanpa pengesahan dari agensi akan ditolak permohonan mereka.

5.Nama dan gambar berkenaan bolehlah dihantar ke urusetia muktamar PAS kali ke 56 bertempat di sekretariat muktamar di Putik, Pengkalan Chepa. Diharapkan juga kerjasama dari petugas-petugas media agar berpakaian sopan khususnya kepada petugas media wanita.

Sekiranya pihak tuan/tuan mempunyai pertanyaan, bolehlah menghubungi Saudara Mohd Hafizi Ramell (013-9303162) dan Saudara Rizal Tahir (019-9096097).

Diatas kehadiran pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih

ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN

Yang menjalankan Amanah

(MOHD YASIN YUSOF)

Penolong Setiausaha

Muktama Tahunan PAS Kali ke 56

Apapun, tahniah buat PAS..sebab dah ada blogger memberontak..lepas ni bila isu UG timbul lagi..jangan salahkan blogger ya..

Dunia Menyaksikan Satu Lagi Kemenangan Pro Pembangkang Di Filipina

Posted: 08 Jun 2010 10:22 PM PDT

Selepas Britain, Amerika Syarikat, Trinidad & Tobago menyaksikan kemenangan pakatan pembangkang, maka kali ini tsunami diteruskan ke Filipina pula. Benigno Aquino hari ini diisytiharkan menang pilihanraya Presiden. Mengalahkan bekas Presiden, Joseph Estrada yang jauh ketinggalan di belakang di tempat kedua. Menariknya, Aquino berjanji tidak akan rasuah dan mencuri duit rakyat, sama manifesto dan janji Pakatan Rakyat di negara ini..rakyat negara ini, apa tunggu lagi..bersiap sedialah kita tukar perdana menteri yang pro kepada rakyat

Benigno Aquino diisytihar menang

MANILA 8 Jun - Benigno Aquino hari ini diisytiharkan sebagai pemenang pilihan raya Presiden Filipina, hampir sebulan selepas rakyat mengundi dengan berpegang pada janjinya untuk memerangi rasuah dan mengurangkan kemiskinan.

Berikutan proses pengiraan undi yang berlarutan, Kongres akhirnya mengumumkan keputusan lengkap yang menunjukkan anak kepada wira-wira demokrasi Filipina itu memenangi pilihan raya Presiden Filipina pada 10 Mei lalu dengan kelebihan undi yang besar.

Aquino, 50, memperoleh lebih 15.2 juta undi, atau hampir 42 peratus daripada keseluruhan undi, untuk mencatat kemenangan terbesar pada pilihan raya Presiden dalam sejarah politik Filipina moden, menurut keputusan itu.

Bekas Presiden Joseph Estrada jauh ketinggalan di belakang di tempat kedua, walaupun beliau masih mampu memenangi hampir 9.5 juta undi bagi menebus kekecewaan setelah disingkirkan pada separuh penggal perkhidmatannya pada 2001 kerana kesalahan rasuah.

Kongres dijadual mengisytiharkan Aquino secara rasmi sebagai pemenang pilihan raya Presiden esok.

Beliau akan mengambil alih jawatan itu daripada Presiden Gloria Macapagal Arroyo yang akan berundur pada 30 Jun ini sebagai seorang pemimpin paling tidak popular di negara ini selepas hampir sedekad memegang kuasa.

Aquino mencapai kemenangan bersejarah itu dengan berjanji untuk memerangi rasuah dan kemiskinan yang membelenggu negara ini selama berpuluh-puluh tahun.

"Saya mahu memimpin mengikut teladan. Kita bercakap mengenai rasuah. Saya membuat ikrar terbuka bahawa saya tidak akan mencuri," kata Aquino dalam wawancara sehari selepas pilihan raya. - AFP

Isu Blogger PAS Dah Selesai, Isu Utusan Masih Di Awang-Awangan

Posted: 08 Jun 2010 09:17 PM PDT

Isu blogger dah selesai..memang cepat reaksi PAS..

Blogger PAS, Pakatan boleh pohon 'pas pemerhati'

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 9 Jun: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad pagi ini mencadangkan para blogger pro Pakatan Rakyat yang gagal mendapatkan pas media supaya memohon untuk mendapatkan pas pemerhati daripada ad-hoc Muktamar Tahunan PAS ke-56 di Kota Bharu.

Cadangan tersebut sebagai respons pada rungutan beberapa blogger pro PAS dan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak dilayan oleh ad-hoc muktamar ketika memohon pas media sejak kelmarin.

"Opsyen yang ada, blogger-blogger kita ini boleh cuba pohon pas pemerhati," ujar beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagi beliau, tidak ada sebab untuk ad-hoc menghalang mana-mana pihak membuat liputan tentang muktamar PAS.

Ini kerana, PAS menurut beliau sebenarnya mengamalkan dasar terbuka untuk mana-mana pihak untuk mengakses muktamar PAS.

"Setakat yang saya tahu, muktamar kita terbuka," ujar beliau.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan ad-hoc muktamar enggan memberi pas media kepada para blogger mungkin disebabkan mereka kurang mengenali para blogger terbabit.

Bagaimanapun, beliau berjanji untuk merujuk semula isu terpencil tersebut daripada ad-hoc di Kota Bharu, petang ini.

Bagi beliau, tidak ada gunanya PAS menghalang para blogger dari membuat liputan tentang muktamar PAS sebagaimana Umno menghalang media alternatif dan media baru (blog) dari membuat liputan tentang pemilihan agung Umno parti itu sebelum ini.

"Yang menghalang media buat liputan tentang pemilihan hanya Umno saja, itu beza kita dengan mereka," ujarnya lagi.

Tindakan tersebut, bagi beliau, akhirnya mencemarkan nama parti itu sendiri.

Ditambah dengan perkembangan teknologi maklumat di samping realiti dunia tanpa sempadan sekarang, bagi beliau, sudah tentu membolehkan media-media baru untuk mengakses muktamar PAS walaupun ad-hoc cuba menghalang mereka dari berbuat sedemikian.

Apapun saya tak sentuh isu blogger sebelum ini..ia disentuh blogger lain..apa saya sentuh ialah isu kebenaran untuk utusan buat liputan muktamar itu..sedangkan dalam Kongres PKR, Utusan langsung tidak boleh masuk..memang kebebasan akhbar perlu dan dalam islam amat digalakkan..tapi kebebasan itu hendaklah bebas dari fitnah dan hasutan..dan ia pakej lengkap ada dalam Utusan..untuk rayuan terakhir agar PAS menarik balik kebenaran kepada utusan itu..sila tengok rencana terbaru akhbar milik UMNO ini dalam ruangan bisik-bisik keluaran hari ini..penuh dengan pesimis dan agenda tersirat

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

AWANG tabik kepemimpinan Pas yang memaparkan sikap terbuka berhubung kebebasan media berbanding rakan-rakan sekutunya.

Hakikat bahawa Pas tidak akan menghalang wartawan Utusan Malaysia daripada membuat liputan Muktamar Tahunan Pas kali ini sebenarnya mencerminkan sikap terbuka para pemimpin parti itu seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa.

Terima kasih kerana Pas tidak melatah seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akhir bulan lepas menegah wartawan Utusan Malaysia membuat liputan Kongres Nasional PKR, walaupun kepimpinan parti itu berkokok 'lagu kebebasan dan hak bersuara'.

Itu bukan kes tunggal wartawan akhbar Awang dihalang oleh pihak PKR daripada membuat liputan.

Di Pulau Pinang pula, majlis-majlis anjuran kerajaan negeri yang diterajui DAP masih memulaukan wartawan akhbar Awang ini daripada membuat liputan.

Itu semua sedikit sebanyak mencerminkan soal kematangan.

Bercakap soal kebebasan media, Awang tidak nampak apa yang perlu ditakutkan oleh sesiapa pun kecuali mereka yang berasa 'tidak selamat' daripada pena dan kamera wartawan.

Awang – Tidak melatah. (sini)

Mana kesepakatan PR??? tak nampak ke awang selamat ini cuba tonjolkan PAS pro UMNO dan berbeza dengan DAP dan PKR yang anti UMNO...Tentu DAP dan PKR akan kata..PAS ni nak masuk UMNO ke??