Isnin, 7 Jun 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Siswazah dipenjara dan denda RM7 ribu kerana buang bayi

Posted: 07 Jun 2010 04:22 AM PDT

07/06/2010 3:47pm

KUALA TERENGGANU – Seorang siswazah universiti dikenakan hukuman penjara setahun dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini selepas mengaku bersalah membuang mayat bayi lelaki yang dilahirkannya, dua tahun lalu.

Tertuduh Zarina Sulaiman, 22, seorang siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM), kelihatan menangis ketika hukuman dijatuhkan oleh Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Asrama Sutera UiTM Cawangan Chendering, Kubang Ikan, Chendering, dekat sini, antara pukul 11 malam dan 12 malam, 29 Januari 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Majistret kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu mulai hari ini dan ayah tertuduh telah membayar denda itu. – Bernama

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


The Gaza Flotilla: What happened in international waters off Gaza on 31 May 2010?

Posted: 07 Jun 2010 07:30 AM PDT



Our deepest sympathies

In the dark, early hours of May 31, Israel launched a commando and navy attack on 6 unarmed civilian ships carrying humanitarian aid in the international waters of the Mediterranean sea, opening fire before they landed. These highly trained, professional soldiers killed and wounded tens of civilians, many of whom were on the Mavi Marmara, a boat owned by the Turkish charity, IHH (The Foundation for Human Rights & Freedoms & Humanitarian Relief).

We in the Free Gaza Movement would like to offer our deepest sympathy to the people of Turkey and particularly to the 9 families who have lost loved ones. 28 children have lost their fathers due to the Israeli attack on the Mavi Marmara.Britain's Guardian newspaper quoted Yalcin Buyuk, the vice-chairman of the Turkish council of forensic medicine, as saying that the nine victims were shot a total of 30 times. Based on preliminary autopsy reports, two men were shot four times each and five others were shot either in the back of the head or in the back. Ibrahim Bilgen, a 60-year-old activist, was shot four times in the temple, chest, hip and back. Nineteen-year-old Furkan Dogan, a US citizen of Turkish descent, was shot five times from less than 45cm away, in the face, the back of the head, twice in the leg and once in the back. Two IHH aid workers, Cevdet Kiliclar and Necdet Yildrim, were amongst the victims.

We in Free Gaza are proud and honored to work and be associated with the IHH and its honorable track record of humanitarian missions worldwide. As a human rights organization, it is hard for us to comprehend this kind of violence by Israel, especially when used against civilians embarked upon a humanitarian mission, such as that of the highly respected IHH. Furthermore it is appalling that the inflammatory remarks of Netanyahu, referring to them as "a ship of hate organised by violent Turkish terror extremists" should subsequently be repeated or even referred to by the media as anything but a pathetically transparent attempt to justify the inadmissable.

The facts are simple: The blockade of the port of Gaza is illegal, as deemed by international law and the UN. This point cannot be argued, the siege must end, the rights and dignity of the Palestinians in Gaza must be honoured, the port must be opened. Alongside of our partners in the Freedom Flotilla, we demand that Israel returns our boats including the Spirit of Humanity, detained by Israel since early 2009. The Free Gaza Movement and our international parteners intend to launch another flotilla at the first available opportunity. After that there will be yet another... and another... until this diabolical blockade collapses and steps towards peace are finally taken.

On June 6, another boat was announced by the ''Jüdische Stimme''. Along with her partners, the EJJP and JJP (UK), they are sending a boat and call to world leaders to help Israel find her way back to reason, a sense of humanity and a life without fear. ''Jewish Voices'' expects the political leaders of Israel and the world to guarantee safe passage for their small vessel to Gaza, thus helping to form a bridge towards peace. The FGM and our partners would like to acknowledge and thank the many governments, in particular that of Ireland and Turkey, for their support for our mission. However most importantly of all, we would like to thank the'ordinary people from everywhere who contributed to the cargo and raised their voices together to spread the message worldwide: This siege of the Gaza strip and the imprisonment of its people must end. - http://www.freegaza.org

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

Sambut aktivis Liveline for Gaza (LL4G), baik ada makna tu...

Posted: 06 Jun 2010 07:13 AM PDT


Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak (mendukung kanak-kanak) bersama 12 sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan bersama kapal Mavi Marmara ke Gaza menunjukkan simbol "1Malaysia" ketika majlis meraikan kepulangan pasukan tersebut, di kediaman Perdana Menteri, di Kuala Lumpur, 6 Jun. - Utusan/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

Sehari dua ini bukan main bersungguh lagi media media pengampu dari semua jenis medium di Malaysia ini memanipulasi kepulangan pewira aktivis Negara kita. Pagi pagi dalam perjalanan ketempat kerja terdengar di corong radio juruhebah yang heboh menemuramah isteri dan anak anak aktivis Malaysia yang menyertai misi Liveline for Gaza (LL4G).



Liputan liputan di TV memperlihatkan seolah olah pemimpin pemimpin negara tersangat lah prihatin nya tentang nasib para aktivis sedang kan sebelum ini mereka tak kesah dan tak berdetik langsung. Menteri Pertahanan, DS Ahmad Zahid Hamidi dengan selamba mengatakan bahawa tidak ada penerbangan khas untuk membawa aktivis pulang. Yang menyakitkan hati apabila soal kos yang tinggi dan tidak ada permintaan dijadikan alasan (baca sini). Cakap lah berlapik sikit.

Ingat lagi tak kepada pelayaran Azhar Mansur mengelilingi dunia dengan kapal layar pada awal 1999?. Tiang layar nya patah dipukul ribut yang mengakibatkan dia terkandas di Kepulauan Falklands. Siapa dan bagaimana tiang layar tersebut diganti ?. Pemasangan tiang layar ganti yang patah dibuat oleh Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia yang diterbangkan kesana. Oh ye! masa tu bukan DS Ahmad Zahid Hamidi yang jadi menteri pertahanan kan !!.


Mungkin memikirkan betapa rugi nya jika tidak mengambil kesempatan untuk mendapat 'political milage', maka berduyun duyun lah mereka mereka ini turun menyambut aktivis yang pulang. Hampir semua nya memakai selendang palestine. Kalau sekali pandang mereka lah penyokong Palestine tegar, tetapi rasa nya ramai rakyat yang tahu apa yang ada disebalik batu.

Allah selamatkan Palestine !! Amin....

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Zulkifli Nordin Mahu ke Palestin

Posted: 07 Jun 2010 05:28 AM PDT

Sound Direct:jeng jeng jeng!!!!!!!!!!!!!!!pengkhianat!!!!!!!! ahahahahahaha..dia ni gaya macam sorng kenalan aku..ckp pasal palestin berapu2..tapi pada yg sama..perangainya cam Yahudi.. ahahaha..Siapa??adalah..malas la nk cite pasal dak2 hipokrates ni.. ahahahhaa


Buletin Utama sebentar tadi menyiarkan mengenai sidang parlimen mengenai usul Malaysia mengutuk Israel.

Turut disiarkan MP Kulim-Bandar Bharu yang menyatakan mengapa OIC tidak menghantar bantuan ketenteraan ke Palestin untuk menjaga keselamatan rakyat di sana.(sekilas ja).

Ayat sebenarnya di sini;

Saya juga mendesak Parlimen Malaysia mengadakan sidang khas segera untuk membuat usul tergempar mengutuk pencabulan terbaru rejim Israel la'natullah ini. Saya juga mendesak Parlimen supaya menuntut Kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang lebih konkrit dan jelas untuk menterjemahkan kemarahan rakyat Malaysia tentang pembunuhan terbaru ini. Saya berpendapat Parlimen perlu mendesak Kerajaan Malaysia mengambil inisiatif berbincang dengan negara-negara OIC yang lain untuk menubuhkan balatentera pasukan pengaman OIC untuk menjaga keamanan penduduk Filistin. Parlimen juga perlu mendesak Kerajaan menekan kerajaan Amerika, Britain dan dunia Barat untuk memutuskan hubungan diplomatik dan mengambil tindakan keras terhadap rejim Israel ini.

Seperti yang kita tahu,OIC ini pertubuhan yang mengumpulkan negara-negara Islam untuk kepentingan ekonomi dan sosial,bukannya pakatan ketenteraan.

Hancur terbarai macam mana pun Palestin itu kelak,OIC tidak mungkin akan menubuhkan pasukan pengaman.

Cadangan beliau yang menyuruh kerajaan Malaysia memberi tekanan kepada US,UK dan dunia Barat juga agak sia-sia.Maaf kata saya,besar sangatkah pengaruh Malaysia yang sekelumat setompok di atas muka bumi ini yang boleh sangat memberikan tekanan kepada negara-negara tersebut?

Baiklah,mengenai jihad umat Islam kita,pada pandangan saya,umat Islam belum bersedia lagi.Pernah tengok Kingdom of Heaven tak?(yang ada eva green tu),watak Saladin atau Salahuddin Ayub(bukan MP Kubang Kerian kita tu) dalam dialognya pernah berkata tidak menyerang kerana belum bersedia.

Jadi,sudah bersediakah kita?Bersediakah MP Kulim Bandar-Bharu?Saya?Sumpah belum bersedia!

Apa-apa pun,sama-samalah kita berdoa,semoga rakyat Palestin akan terus tabah.Sesungguhnya kemenangan itu kelak berada di pihak Islam.

Sekian,

Wallahu'alam

tokperan

tokperan


KOMPENAN BN HANCUR - Ada komplot Gayang Dalam Umno ?

Posted: 07 Jun 2010 09:35 PM PDT

SETELAH berjaya menyingkirkan Abdullah Badawi dari kerusi Presiden dan Perdana Menteri, adakah satu puak dalam Umno telah berjaya memporak perandakan PPP sehingga parti itu sudah tidak disenaraikan lagi oleh rakyat sebagai sebuah parti yang mempunyai masa depan yang cerah. Pertelagahan pimpinannya membawa kepada akar umbi.

Kemudian diikuti pula dengan MCA dimana kecelaruan pimpinan yang terpaksa membawa parti itu mengadakan EGM dan Presidennya akur kalah dengan muka lama satu masa dulu menghadapi pemasalahan pribadi. Adakah ini juga dimainkan oleh golongan 'gayang' dari Umno?

Dalam masa MCA antara reda dengan tidak berdepan dengan krisis kepimpinan, MIC pula dilanda keributan dan tuduh menuduh yang akhirnya Umno dilibatkan sebagai pengharu biru kepimpinan MIC.

Jikalah benar ada satu komplok dalam Umno yang bersikap 'menggayang' kepimpinan parti-parti kompenan Bn, apakah tujuan mereka?

Adakah kerana pimpinan PPP, MCA dan MIC disamping kumpulan Pak Lah dulu tidak mahu mengikut telunjuk mereka ?

Siapakah mereka yang menjadi 'kepala alam' dengan kerja-kerja yang dianggap oleh setengah pihak sebagai merugikan Bn ? Adakah mereka mahu Umno untung sementara Bn rugi ?

Untung dari segi apa ? Politik ? Kerahsiaan ? Atau komplot ini memang ditugaskan mengacah untuk memulihkan semula imej seseorang yang pernah berkuasa dan menunggu untuk kembali berkuasa atau keturunannya mendapat tempat ke arah berkuasa ?

Adakah Najib juga akan menerima padah seperti yang diterima oleh Pak Lah? Kerana dari segi bertindak politiknya Mahyuddin Yassin lebih berani dari Najib.

SELADANG: Tidak menunggu kayu rebah!

dollah yankee

dollah yankee


Bila rakyat terkejut,mereka akan melatah. Bila dah melatah, mereka akan terpangkah PR pada PRU-13 nanti.

Posted: 07 Jun 2010 06:55 PM PDT

Jangan kata rakyat Malaysia, anak beruk ni pun terkejut...
Terkejut ... Ismil Sabri Yaakob terkejut bila pekedai-pekedai runcit cina dalam Malaysia telah membuat ketetapan akan memberhentikan dan memboikot penjualan gula, tepung dan minyak masak bermula dari 15hb Jun ini berikutan dengan arahan nya yang barang kawalan diatas memerlukan lesen untuk dijual.

Nota:- Benar dan teramat benar akan kata-kata http://tukartiub.blogspot.com , yang memerintah negara dan yang membuat dasar-dasar adalah para-para cukong.

Mungkin ini lah yang dimaksudkan dengan kata-kata yang 13 Mei akan berulang tetapi bukan dengan dengan pedang dan parang tetapi dengan duit dan ekonomi. Memang cukong-cukong ini durjana dan kurang ajar!


Ini lagi terkejut ... bila skandal PKFZ yang membuatkan Ong Tee Keat ditendang keluar dari kerusi Presiden MCA dan juga kerusi kabinet, dan orang yang menggantikan tempat Tee Keat pada hari pertama mula masuk opis Kementerian Pengangkutan, awal-awal lagi dah bagi tahu yang skandal PKFZ tidak perlu untuk disemak semula olehnya.

Macam mana nak semak, semua orang dah dapat sorang sikit ... UMNO dapat, MIC dapat, MCA lagi banyak dapat. Yang ganti Ong Tee Keat ini pun kalau nak tunjuk hero, nak tunjuk jaguh, nak tunjuk dia lah champion, dia pun akan kena tendang.


Yang ini pula kalau siapa ada sakit jantung, memang akan mati mengejut ... Pelabuhan-pelabuhan besar dalam Malaysia telah menerima kemasukan kapal-kapal yang membawa macam-macam punya kargo dari Israel sejak dari tahun 1998 lagi.

Oleh kerana banyak negara-negara islam termasuk lah Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dan tidak mengiktiraf Israel, juga telah mengharamkan pelabuhan-pelabuhan mereka menerima kemasukan kapal-kapal kargo ini, maka sebuah 'shipping line' yang mempunyai berbagai jenis kapal-kapal telah ditubuhkan dan beroperasi disebuah negara yang berkecuali iaitu Hong Kong.

Bagi mengelakan kapal-kapal kargo ini dikenali sebagai milik Israel dan membawa barang dagangan keluaran Israel ke negara-negara islam yang mengharamkannya dari dilabuhkan, maka maka kapal-kapal ini akan mengibarkan bendera berbagai negara dimana kapal-kapal itu didaftarkan .

Port Kelang, Pulau Pinang, Pasir Gudang, Labuan dan Kuantan adalah pelabuhan-pelabuhan dalam Malaysia yang sering melihat kapal-kapal ini berlabuh.

Sememangnya mengejutkan, nasib baik lah pak cik-pak cik, makcik-makcik kat kampung-kampung kat felda-felda tak tau apa-apa dan tak berapa reti nak ambil tahu hal-hal yang macam ni, kalau tidak memang terkejut dan tergolek depa semua ...


dollah yankee -
Kalau rakyat biasa boleh tahu cerita-cerita macam ini, takkan lah kerajaan dan pak-pak menteri kita tak tahu kot?!!

JIHAD: Siapa sanggup?

Posted: 07 Jun 2010 04:59 AM PDT





dollah yankee -
Aku benar-benar berharap ayat ini keluar dari mulut KJ...

"..What?! Cabinet Post? To hell with it... come on! ayuh pemuda sekalian! mari lah kita sama-sama berjihad ke Palestine... bukan berarak di jalanraya, dan bukan bakar bendera Israel.. !!!"


007 Malaya

007 Malaya


This bike is banned by JPJ....‏

Posted: 07 Jun 2010 10:44 AM PDT


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


KRONOLOGI KES DSAI .MARI KITA MERENUNGKANNYA

Posted: 07 Jun 2010 06:43 PM PDT

Aku mulai sedikit bingung dan dicampur dengan semua tarikh dan masa dan urutan peristiwa di mahkamah melibatkan kes Anwar.

Jadi saya pikir lebih baik untuk membentangkan dengan sebuah kronologi peristiwa yang diperolehi daripada maklumat awam yang sedia laporan berita terutama dari kesaksian saksi di mahkamah , Saiful's blog danlain-lain sumber.

2007/Jan Disember 2008

Saiful bertemu pegawai khas di pejabat Najib Najib untuk mendapatkan surat sokongan untuk latihan sebagai pilot.

(Tapi Utusan pada tarikh 1 Julai 2008 mengutip Najib berkata pada 30 Jun bahawa pertemuan berlangsung tiga bulan sebelumnya (iaitu bulan Mac / April 2008?)

Mac 2008

Sebelum 8 Mac 2008 - Menjadi seorang relawan PKR. Dia penyokong BN tapi kempen untuk PKR's terutamanya untuk calon Sivarasa dan Elizabeth Wong dan suara bagi calon PKR.

Setelah Mac 2008 - Saiful menjadi seorang pembantu Anwar

Mei 2008

Awal Mei perjalanan ke Hongkong (per blog Saiful's)
Akhir Mei - perjalanan ke Bangkok (per blog Saiful's)

Jun 2008

16-18 - perjalanan ke Singapura (per blog Saiful's)

Saiful mengatakan ia disodomi selama perjalanan.

24 (Selasa):

20:30 - Selepas sembahyang Maghrib, bekas pembantu Najib-Khairil Anas menyertai Najib , Saiful untuk bertemu di kediaman DPM di Taman Duta. Menyangkal bahawa Dato Mumtaz yang membawanya. Najib memberitahu dia bahawa ianya adalah masalah peribadi Anwar dan yang juga akan mempengaruhi masa depan Saiful's. Saiful mengatakan ia terdengar perbualan dan mengingati no telipon IGP .Perjumpaan berlangsung selama 20 minit. Dia melihat sekilas Rosmah dalam perjalanan keluar tetapi tidak berbicara dengannya.



Khairil memandu ke rumah Saiful. Menerima panggilan dari SAC Rodwan (kemudian Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah). Setelah beberapa jam, bertemu Rodwan pada malam yang sama di sebuah bilik di Hotel Melia. (Apakah itu 08:00 atau lebih dekat ke tengah malam?) Permintaan Rodwan pertemuan kedua di Hotel Concorde hari berikutnya.

25 (Selasa) - Pagi: IGP Saiful kenalan dan bercakap selama satu jam untuk bercerita tentang masalahnya. Tapi dimarahi oleh IGP yang menganggap itu telefon dari orang sembarangan . Kedua-dua pertemuan dengan Rodwan dibatalkan (?)

26 (Sabtu)

Pagi: Adakah dia mandi.

1,45-2:45: MEMANDU dari pejabat PKR ke kondominium untuk menghantar fail kepada Anwar.

3,01-4:30: sodomi dipercayai berlaku di Desa Damansara Condo adalah dimiliki oleh Hasanudin

Saiful mengeluh setelah itu kepada Tuah Mohammad.

27 (Jumaat)

03:01 * - Saiful menyampaikan email pengunduran diri kepada Anwar menulis tentang ketidakdisiplinan dan kurangnya ketepatan masa dan kurangnya kelayakan yang mungkin memalukan Anwar kemudian. (* Per email scan di blog Saiful's).

06:28 * - Anwar respons email (* per email scan di blog Saiful's).

09:30 - Saiful pergi ke pejabat PKR

Sore - melakukan sembahyang Jumaat selepas hanya cuci ringan.

05:00 - Anwar Ibrahim Hadir bertemu dengan AIC Club dengan dengan para blogger di rumah Anwar, melayani kopi / teh untuk sekitar sepuluh atau lebih orang.

11:00 – Bertemu Ezam sampai awal pagi di Rawang, di Bandar Tasik Puteri. Dia ditemani oleh Rahimi Osman dan bapa saudaranya Tuah Ali Mohd. Ezam berkata beliau telah diseksa. Mumtaz juga menginformasikan pada hari sebelumnya.

28 (Sabtu)

Bertemu Tuah dan Atuk guru agama. Kemudian, bertemu Rahimi. Hadir ke hospital swasta Kuala Lumpur, tetapi mengatakan bahawa mereka hanya bekerja setengah hari di sana hari ini.


02:00: Saiful, didampingi oleh Tuah, melihat Dr Mohamad Osman Abdul Hamid di Rumah Sakit Pusrawi mengadu mengenai kesakitan.

Selama pemeriksaan, Saiful memberitahu Dr Osman dia disodomi tapi tak mengatakan dengan sesiapa. Dr Osman menyarankan dia pergi ke rumah sakit govt (KL) di sisinya.

15:00 - Di Rumah Sakit KL, register di pusat rawat . Melihat doktor wanita India tetapi malu, kemudian dirujuk ke Dr. Daniel Mengatakan dia telah disodomi oleh Anwar. Dia kemudian dirujuk ke balai polis bergerak di sana . Doktor menyarankan dia untuk membuat laporan polis.

Dua personil polis, seorang laki-laki dan seorang perempuan, datang kepadanya dengan membawa borang.

05:45: Saiful membuat laporan polis di kampung bahawa ia telah dipercayai diserang / disodomi (non-konsensual) oleh Anwar beberapa kali selama dua bulan sebelumnya. (Tapi laporan Utusan yang sama berkata laporan polis dibuat pada tarikh 29 Jun.)

19:00 - Dr Razali menerima panggilan di rumah dan diberitahu tentang kes sodomi.

09:00 - Dr Razali tiba di unit kecemasan, di mana ia bertemu dua pakar, Dr Khairul Nizam Hassan dan Dr Siew Sheue Seng (di charge) dan beberapa personel polis. Saiful diperiksa oleh tiga pakar di GH, di hadapan IO Jude Pereira. Saiful juga menyebutkan doktor wanita yang hamil hadir.

Saiful tetap di hospital sampai tengah malam (atau menghabiskan malam di rumah sakit?)

29 (Minggu)

12:35 - Dr Siew label sampel dan tangan mereka ke Jude.

Saiful membuat kenyataan lebih untuk Jude.

Julai 2008

2-4 - Rumah Sakit menerima laporan makmal Patologi.

8 - Saiful mula blog-nya.


11 - laporan Kimia yang diterima oleh Rumah Sakit menunjukkan adanya campuran semen dan jenis DNA dari dua laki-laki.

13 - Laporan Perubatan ditandatangani oleh tiga KL doktor Rumah Sakit.

16 - Anwar ditangkap.

Ogos

15 - Saiful bersumpah pada Quran bahawa ia disodomi, hanya "kebetulan" hari itu adalah malam hari pencalonan untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh.

(laporan:
The Star


Ditanyakan apakah ini adalah pertama kalinya dia disodomi, Saiful berkata: "Ya, itu."
Wartawan: Adakah anda suka Anwar?
Saiful: "Tidak."
Wartawan: Adakah anda benar?
Saiful: "Ya.")

Saiful menjelaskan di mahkamah bahawa apa yang dia maksudkan adalah "setiap kali saya disodomi, itu adalah perbuatan Anwar yang melakukannya untuk Aku".

Ok, jika ada pembetulan atau kesalahan dalam kronologi di atas, saya tentu tahu anda juga tahu…



TERJEMAHAN DARI BLOG ANILNETTO





BELUM SAMPAI LAGI TAHAP WAKIL BEBAS MENJADI WAKIL UNTUK RAKYAT.

Posted: 06 Jun 2010 11:24 PM PDT

Suara Ketiga pula di Parlimen

Monday, 07 June 2010 1:35 PM Oleh Noor Safinas (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Lima ahli parlimen bebas mengumumkan pembentukan 'Konsensus Bebas' dalam usaha untuk bertindak dengan lebih "efektif, berkecuali dan tidak memihak mana-mana parti" hari ini.

Kumpulan itu dianggotai Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Datuk Zahrain Mohamad Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Baru).

Zahrain dipetik berkata, 'Konsensus Bebas' bertujuan menjadi kuasa ketiga di Dewan Rakyat.

"Kita percaya pembentukan Konsensus Bebas adalah penyelesaian terbaik bagi kami sebagai ahli parlimen untuk mengemukakan isu-isu nasional dan berkepentingan umum secara bersama dan berkesan," kata Zahrain.

"Konsensus Bebas akan sentiasa berpendirian bebas berasakan kepada inspirasi rakyat dan negara.

"Konsensus Bebas ini akan memberi fokus kepada pembentukan dasar yang meletakkan keutamaan rakyat," tambahnya lagi.

Ditanya sama ada seorang lagi wakil rakyat Bebas iaitu ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali akan turut dijemput untuk menyertai Konsensus Bebas, Zahrain berkata, pihaknya masih belum lagi membincangkan perkara itu.

Zahrain berkata sebagai wakil rakyat Bebas, kumpulan mereka tidak akan menyebelahi sama ada pihak kerajaan atau pembangkang.


ULANGTAHUN PSM-HIDUP PSM

Posted: 06 Jun 2010 11:20 PM PDT

KITA TIDAK MEMERLUKAN DUIT JUDI.UMAT ISLAM TIDAK MAHU DUIT JUDI.KITA TENTANG SEHINGGA JUDI DI HAPUSKAN.

Posted: 06 Jun 2010 10:43 PM PDT

Judi: Rasuah kebajikan RM525 juta hina rakyat
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Jun: PAS menganggap sumbangan hasil judi bernilai RM525 juta yang diberikan oleh Tan Sri Vincent Tan bagi tujuan kebajikan melalui Yayasan Better Malaysia Foundation adalah satu rasuah dan penghinaan kepada rakyat yang menentang kelulusan judi bola, baru-baru ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, sumbangan itu diberikan dengan harapan rakyat menutup mulut mereka daripada menentang kelulusan judi bola yang diberikan kerajaan kepada syarikat Vincent Tan.

PAS, katanya melihat bahawa beliau cuba mempermain-mainkan tuntutan rakyat yang mahu lesen judi ditarik balik.

"Sumbangan beliau ini adalah datang dari sumber yang haram dan sesuatu yang haram tidak boleh digunakan untuk melakukan perkara kebaikan kerana ia diperolehi melalui penindasan kepada orang lain," tegasnya dalam satu kenyataan.

Katanya, kaki-kaki judi di negara ini bertambah setiap tahun berikutan pertambahan pusat-pusat judi dan jenis lesen judi yang diluluskan kerajaan.

Ini, ujarnya menyebabkan masalah sosial, beban hutang, kemiskinan, keruntuhan keluarga dan masyarakat akibat gejala judi adalah antara sumbangan lain Vincent Tan kepada masyarakat yang tidak diceritakan oleh media.

"PAS berharap agar kerajaan serius menangani masalah masyarakat ini dan menarik balik kelulusan judi yang diberikan," ujarnya.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Serangan Flotila : Najib Tidak Endahkan Amaran MAPIM..adoi terbongkar lagi rahsia..he.he..!!!

Posted: 07 Jun 2010 12:16 PM PDT

Perdana Menteri Najib Razak dimaklumkan mengenai kemungkinan besar rejim zionis Israel akan menyerang kapal misi kemanusiaan  lima hari sebelum serangan itu berlaku namun tidak ada tindakan diambil oleh pejabat Perdana Menteri.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang terbabit dalam misi itu telah menghantar surat berkenaan pada 27 Mei, namun tidak menerima sebarang maklum balas daripada Najib. Lima hari kemudian rejim Zionis melancarkan serangan ke atas Mavi Marmara dan membunuh sembilan orang.
Mereka turut merampas segala bantuan termasuk bekalan perubatan dan makanan untuk rakyat Palestin yang dianggarkan berjuta ringgit.
Pendedahan mengejut oleh MAPIM mencemari usul yang dibawa oleh Najib di Parlimen hari ini, membidas serangan itu dan meminta masyarakat antarabangsa untuk bertindak tegas terhadap Israel, tujuh hari selepas serangan berkenaan.  
Dalam salinan surat yang diperolehi oleh TVSelangor, MAPIM memberitahu Najib bahawa Israel berkemungkinan  besar akan melancarkan serangan ketenteraan bagi menghalang misi kemanusiaan itu dari sampai ke Gaza.
Justeru badan itu menggesa Najib untuk memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB memberi perlindungan kepada kapal-kapal yang terbabit dari misi itu daripada kekejaman Israel.
Malah Najib juga diminta untuk mengerahkan kapal pengiring khas untuk misi itu selain memohon bantuan daripada Persidangan Negara-negara Islam atau OIC, dan Kesatuan Eropah.
" 27 mei untuk memberitahu PM perlu mengambil perhatian serius mengenai keselamatan misi kapal kemanusiaan ini kerana jelas beberapa kenyataan Israel bahawa jelas tindakan secara ketentaraan akan berlaku. Jadi kita mendesak supaya PM atas negara Malaysia cepat bertindak untuk meminta PBB memastikan jaminan keselamatan ini tapi malangnya tidak direspon oleh PM sehinggalah insiden itu berlaku" ujar Mohd Azmi Abdul Hamid, Setiausaha Agung MAPIM.
Hari ini Najib berdiri di Parlimen untuk menyampaikan bantahan kerajaan pimpinannya terhadap serangan itu.
Namun yang menjadi pertikaian ialah sikap yang dipamerkan oleh kerajaan dalam memastikan keselamatan misi kemanusiaan berkenaan yang membabitkan sukarelawan dan wartawan malaysia.
" Kekesalan kita ialah apabila mesej kita kepada PM itu nampaknya tidak dijawab dan tidak respon bahawa insiden ini memang berlaku dan kita memang akan ambil tindakan" tambah Azmi.
Mengulas mengenai perkara itu, Ketua Pembangkang,  Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia menjadi ukuran terhadap keikhlasan kerajaan pimpinan Najib bersabit misi kemanusiaan yang disertai  12 aktivis Malaysia.  
" Bila perkara ini sudah meletup sedemikian rupa, orang sudah ditembak, rakyat sudah bangkit marah, barulah kerajaan nampak respon sedikit. Tetapi ini tidak boleh menutup kelemahan yang dibangkitkan oleh MAPIM".
" Ini harus didedahkan kepada awam. Rakyat harus tahu bahawa banyak usaha telah diambil oleh badan-badan Islam dan badan bukan kerajaan dan kerajaan seolah-olah hanya mahu lepas tangan dan tidak mahu langsung sentuh sensitiviti Israel dan Amerika Syarikat" ujar beliau kepada Tv Selangor.
Tambahnya, kerajaan Najib hanya bangkit setelah rakyat dan juga parti pembangkang membantah jenayah perang yang dilakukan oleh tentara Israel ke atas flotila bantuan ke Gaza.
Dalam pada itu Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub turut menuntut penjelasan daripada wisma Putra atas kegagalan kerajaan bertindak  bertindak membantu kapal Mavi Marmara meskipun diberitahu mengenai rancangan rejim Zionis untuk menyerang misi kemanusiaan itu lebih awal.
" Walaupun kadang-kadang kita mempunyai keyakinan mungkin apa pun yang kita laksanakan Israel tetap dengan kezaliman dan kekerasan mereka, tetapi apa yang kita mahu biar ada satu catatan bahawa apabila kita mendapat satu isyarat daripada kapal tersebut, dan Wisma Putra dengan jelas menerima isyarat tersebut, maka mesti ada catatan yang Wisma Putra juga ada catatan mereka menghubungi pihak yang berkuasa" ujar beliau kepada Tv Selangor.
Salahuddin berkata masyarakat akan tentunya bertanya samada tragedi   serangan ke  atas kapal Mavi Marmara mungkin mempunyai kesudahan berlainan jika Wisma Putra telah bertindak lebih pro aktif.
" Apa yang penting dalam setiap situasi, kerajaan mesti bertindak proaktif dan pantas untuk mendapatkan bantuan-bantuan yang diperlukan contohnya badan-badan antarabangsa".

SUHAKAM Hanya Penghabis Wang Pembayar Cukai

Posted: 07 Jun 2010 12:08 PM PDT


Pengerusi Eksekutif Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDHL), Kementerian Luar Tan Sri Hasmy Agam hari ini dilantik sebagai Pengerusi baru Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengumumkan pelantikan anggota-anggota baru Suhakam, iaitu Muhammad Sha'ani Abdullah, Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee, James Deva Nayagam, Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi A.Majid, Jannie Lasimbang dan Detta anak Samen.

Pelantikan itu untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa pada 26 April lepas, menurut Perdana Menteri dalam kenyataan akhbar beliau kepada Bernama di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata menurut subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597), Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan anggota Suhakam tersebut.

"Selaras dengan subseksyen 6(1) Akta 597, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan Tan Sri Hasmy Agam dilantik sebagai Pengerusi Suhakam," katanya.

Pengerusi Suhakam sebelum ini ialah bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman. -BERNAMA

Ulasan GB

... Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhkam) hanya gah pada nama tetapi tiada "taring".

Kita tidak memerlukan "Suhakam" yang kerjanya sekadar menerima aduan dan membuat cadangan tetapi selepas itu laporan tahunannya yang dikemukakan ke Parlimen dibakulsampahkan.

Nazri telah menjelaskan sebelum ini memang kerajaan tidak berhasrat memberi Suhakam "taring", memadai dengan tugas dan bidang kuasanya yang terhad itu.

... Kita tidak perlukan "Suhakam" yang hanya membuang masa rakyat berhimpun dan menghantar memorandum. Tidak wajar ditubuhkan sebuah badan yang hanya menghabiskan wang pembayar cukai!

Kita mahukan sebuah badan, yang bergerak bebas, adil dan tanpa gentar.

PM Najib dan UMNO tak tau malu?

Posted: 07 Jun 2010 12:08 PM PDT


Pada hari Jumaat 28 Mei, diberitakan kapal Marvi Marmara dari Turki yang membawa beratus-ratus sukarelawan pro-Palestine dan barang-barang untuk penduduk Gaza telah di serang oleh komando Israel.Ada 12 sukarelawan dari Malaysia dalam kapal itu.Di fahamkan, kesemua 12 sukarelawan itu telah sanggup tidak pulang langsung (mati syahid) ke tanah air kerana keinginan yag begitu tinggi untuk membantu rakyat Gaza yang setiap detik kehidupan mereka di zalimi oleh Israel. 19 sukarelawan terutamanya dari Turki telah syahid dimakan peluru ganas komando Israel...yang telah tahu lebih awal bahawa semua mereka memang tidak bersenjata. Seluruh dunia telah mengadakan protest membantah serangan keatas semua sukarelawan di kapal itu.Demonstrasi bukan saja di Turki,tetapi turut diadakan hampir seluruh Eropah seperti Sweden, Perancis, Amerika, Korea dan Jepun. Kita di Malaysia pun merancang adakan demo juga.Tetapi....awal-awal lagi ketua polis Wilayah, telah keluarkan amaran supaya rakyat jangan keluar ke jalanraya. (Ada yang kata celaka dan laknat Allah kepada KP).Rakyat nak keluar demo untuk suarakan bantahan pada kejahatan Israel pun dilarang....
Walaupun ada larangn dan ugutan dari lori merah, rakyat tetap turun ke jalan raya menuju ke ke kedutaan Amerika ,iaitu penyokong dan pembela terkuat Israel.Tekanan demi tekanan, akhirnya, semua sukarelawan yang ditahan terpaksa di bebaskan oleh pihak berkuasa Israel.Alhamdulillah....
Kerajan Turki awal-awal telah buat pengumuman membantah kejahatan Israel...tetapi PM Malaysia dikatakan lembab dan terhegeh-hegeh untuk mengeluarkan kenyataan membantu rakyatnya yang sedang dalam kesusahan. Dan bila semua 12 orang dibawa dengan bas ke sempadan Jordan, Kerajaan masih belum memutuskan cara yang lebih cepat membawa mereka pulang ke Kuala Lumpur.Banyak sangat alasan...Akhirnya mereka menaiki pesawat biasa dan tiba di KLIA pada hari Ahad 6 Jun jam 6 pagi.

Bila 12 sukarelawan tiba, barulah pemimpin UMNO/BN ni di katakan sibuk menjemput di KLIA dan PM sendiri jemput sarapan bersama.Ketika itu, sibuk jugalah media-media pengampu memberi liputan peristiwa kepulangan itu.Ada yang naik loya dengar Pemuda UMNO kata nak ajak 12 sukarelawan buat roadshow satu Malaysia.....
Ramai yang kata, PM @UMNO/BN ni memang ambik kesempatan dari keberanian 12 sukarelawan itu untuk mengukuhkan kedudukannya bagi PRU13 nanti. Agaknya mereka tak tau malu kah? Patutnya, kerajaan sediakan budget kewangan dan siap-siap hantar sukarelawan tu ke Palestine dari dulu lagi...lagi awal dari hantar Dr Muzafar ke bulan.....
Ni tidak. Rakyat terpaksa buat roadshow sendiri cari duit untuk dibawa ke Gaza.Bila aktiviti mereka diiktiraf masyarakat dunia, barulah pemimpin nak bertenggek diatas segala usaha mereka.....

P/s:Tak mustahil 12 sukarelawan dapat pangkat Datuk dan diguna kempen untuk PRU13 nanti.
Kalau betul PM ikhlas nak bantu Gaza, bebaskan dulu tahaan ISA Sammmsudin Sulaiman yang dah ditahan 8 tahun tanpa bicara di Kem Kamunting.

GMJ: Protes judi sukan 3 Julai tetap diteruskan

Posted: 07 Jun 2010 10:42 AM PDT

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan tetap meneruskan usaha untuk mengadakan protes bagi membantah pemberian lesen judi sukan, walau kerajaan berkata lesen tersebut masih belum dikeluarkan kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd.

Pegawai media GMJ Fadhil Osman berkata tindakan itu diambil memandangkan kerajaan tidak mengumumkan untuk membatalkan pemberian lesen tersebut.

"Jadi kita akan teruskan dengan protes pada 3 Julai ini," kata Fadhil ketika diminta mengulas mengenai jawapan bertulis kerajaan di Parlimen berhubung pemberian lesen tersebut.

"(Kerajaan) cuma mahu dapatkan pandangan, dia tidak kata batal," tambahnya.

Manakala rancangan untuk jelajah seluruh negara berhubung itu tersebut juga akan diteruskan, kata Fadhil.

Kementerian kewangan dalam jawapan bertulisnya hari ini berkata kerajaan belum "memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma perlesenan" kepada syarikat yang dikuasai jutawan Tan Sri Vincent Tan itu.

Fadhil bagaimanapun berkata jawapan seperti itu tidak memadai, malah mendakwa aktiviti perjudian itu telahpun bermula.

"Cuma terma dan syarat-syarat itu yang belum didedahkan, padahal, perkara ini sudah berjalan.

"Kalau sudah batal, (kerajaan) akan umumkan bahawa mereka akan batalkan (pemberian lesen judi).

"Jika tidak, takkanlah (Tan Sri) Vincent Tan keluarkan kenyataan untuk pujuk kerajaan Pakatan Rakyat supaya terima cadangan mereka," katanya

Anwar Kemuka Permohonan Ucapan Penangguhan Isu Blok L Dan M

Posted: 07 Jun 2010 10:41 AM PDT

KUALA LUMPUR 7 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan permohonan kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membuat ucapan penangguhan pada hari ini berhubung isu penyerahan medan minyak Blok L dan M kepada Brunei dan pencabulan terhadap kedaulatan negara.
Permohonan tersebut dibuat kepada speaker pada 18 Mei lalu mengikut Peraturan Mesyuarat 17 Dewan Rakyat.
Permohonan itu berbunyi:
"Pada 30 April 2010, buat pertama kali rakyat mendapat tahu dengan pasti bahawa dua medan minyak Blok L dan Blok M kepunyaan negara telah diserahkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Brunei. Dalam satu kenyataan yang dipetik Bernama pada hari tersebut, mantan Perdana Menteri YB Kepala Batas mengesahkan medan minyak Blok L dan Blok M kini menjadi milik Brunei.
"Bernama turut melaporkan pengakuan YB Kepala Batas bahawa, "Sebagai Perdana Menteri Malaysia, saya menandatangani Pertukaran Surat itu dengan Sultan Brunei setelah Kabinet Malaysia meluluskan urusan itu pada 11 Februari 2009."
"Penyerahannya dimeterai pada 16 Mac 2009, cuma selang 17 hari sebelum YB Kepala Batas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009.
"Penyerahan medan minyak ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum dan hanya didedahkan lebih setahun kemudian. Pendedahan mengenai penyerahan tersebut amat memeranjatkan kerana ia membabitkan kedaulatan wilayah, kepentingan maritim dan ekonomi negara.
"Ketika membentangkan Rang Undang-Undang Garis Pangkal Zon Maritim 2006, Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Padang Rengas memberitahu Dewan Rakyat bahawa, bagi menjaga kepentingan maritim negara, Malaysia telah menunjukkan kawasan perairan laut wilayah dan pelantar benua Malaysia melalui pengisytiharan Peta Baru Malaysia pada 21 Disember 1979.
"Peta Baru Malaysia 1979 ini diterbitkan oleh Pengarah Pemetaan Negara dalam dua sheet, iaitu sheet satu Semenanjung Malaysia dan sheet dua Sabah dan Sarawak. Menurut Peta Baru Malaysia 1979 ini, dalam sheet Sabah dan Sarawak, sempadan wilayah negara merangkumi perairan yang mengandungi medan minyak Blok L dan Blok M. Pengisytiharan wilayah Malaysia ini dibuat dengan rasminya sebelum Brunei dimasyhurkan kemerdekaannya pada 1980.
 "Keputusan Kerajaan Persekutuan menyerahkan wilayah perairan negara ini melalui keputusan Kabinet pada 11 Februari 2009 yang turut dianggotai oleh YAB Perdana Menteri sekarang adalah satu pengkhianatan terhadap kedaulatan negara dan pencabulan serius ke atas Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, saya menuntut YAB Perdana Menteri menjelaskan secara terperinci dalam Parlimen mengenai keputusan Kerajaan Persekutuan dalam isu penyerahan wilayah perairan negara khasnya medan minyak Blok L dan Blok M kepada Brunei."

Bank Bayi Malaysia - Untuk Supply Bayi @ Simpan Bayi?

Posted: 07 Jun 2010 10:28 AM PDT





Bila bank bayi dah ada... tak kan kosong jer... ya tak ???
So.. ramai ramai lah buat anak dan hantar kat situ.....
dan untuk itu berikut ada beberapa cadangan daripada saya....

Saya cadangkan supaya pemberian kondom percuma kepada penagih dadah di panjangkan kepada remaja-remaja yang mahu mempraktikkan cara-cara menghasilkan zuriat,
sebagai sumber pembelajaran dan sumber rujukan supaya gejala pembuangan bayi dapat dielakkan.
Ini kerana sekiranya kondom tidak disediakan,
perlakuan seks secara bebas pasti tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan jabatan agama.

Oleh demikian, dicadangkan juga dengan pemberian kondom tersebut,
pakej seterusnya ialah menawarkan bilik hotel dengan kadar separuh bayaran,
dengan hanya menunjukan kad pelajar atau dengan memakai pakaian seragam sekolah,
supaya gejala ini tidak berlaku di taman-taman bunga yang akhirnya akan mencacatkan pemandangan.
Jika bilik hotel ini tidak disediakan, pasti taman bunga, rumah terbengkalai,
panggung wayang, tangga-tangga apartment menjadi sarang melepaskan maksiat.

Justeru itu saya juga ingin mencadangkan agar lesen pelacuran juga diperkenalkan kerana aktiviti sosial seumpama ini tidak lagi dapat dibendung oleh pihak berkuasa.
Contohnya yang berlaku di lorong Haji Taib, pusat-pusat karaoke dan rumah-rumah urut. Daripada membiarkan gejala ini berlaku secara haram,
adalah lebih baik kerajaan menawarkan lesen pelacuran dengan cukai yang tinggi,
lantas langkah anjakkan paradigma ini memberi pulangan terhadap kantung kewangan negara.

Pengeluaran lesen pelacuran halal ini juga akan membuka ruang kepada pelancung dari negara china untuk berkerjaya dengan lebih profesional kerana selama ini mereka kerap mengambil kesempatan di atas kapasiti pas lawatan sementara.
Dengan kebenaran ini, ia memberi ruang kepada warga tempatan yang melalui kesempitan hidup agar mencuba nasib sebagai pelacur berlesen.
Tidak kurang juga kekosongan jawatan sebagai bapak ayam berlesen.

Berpatutan dengan kelulusan lesen pelacuran dan untuk diseimbangkan pertambahan kelahiran anak luar nikah, maka kerajaan dengan inisiatif sendiri akan menubuhkan BANK BAYI..... untuk mengelak daripada dituduh tidak berperikemanusiaan yang mana ibu anak luar nikah tu tak tahu dimana harus ditempatkan anak luar nikah itu nanti.
Syabas kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

Pihak kerajaan 1Malaysia memang prihatin keperluan semasa kerana Islam 1Malaysia itu adalah Islam yang mengikuti peredaran zaman.
Kita sebagai rakyat yang bijak tidak harus hanya tahu memberi kritikan lantang semata-mata.

Tanpa kerajaan 1Malaysia,
sudah pasti negara ini kucar-kacir dan berada di dalam kegelapan zaman.
Kita akan ketinggalan arus sekiranya tidak menyokong kerajaan 1Malaysia kerana tanpa 1Malaysia, maka tiadalah jalan raya, tiadalah hospital, tiadalah sekolah, tiadalah empangan, tiadalah kapal selam yang tidak boleh menyelam, tiadalah pili air, tiadalah menara berkembar, tiadalah pusat judi 4 nombor ekor, tiadalah proton sagat, tiadalah litar F1,
tiadalah masjid kristal berupa vincent tan, tiadalah macam-macam lagi dan mungkin juga, tiadalah agama...

Revolusi ini menuntut setiap nafas yang dihirup itu dibayar dengan keazaman menegakkan keadilan !!
TKO 07062010

Tokoh Islam setuju penubuhan Baby Hatch

PERTUBUHAN Kebajikan dan pengurusan Anak Yatim (OrphanCARE) melancarkan Baby Hatch, tempat perlindungan bayi 'tidak dikehendaki' ibu bapa pertama di Kampung Tunku, Petaling Jaya.

KUALA LUMPUR: Tokoh Islam dalam negara bersetuju dengan penubuhan Baby Hatch atau Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini yang pertama di Malaysia, yang boleh menyelamatkan bayi yang tidak diingini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata bayi yang tidak lagi diingini mesti diselamatkan, manakala ibu bapa bayi berkenaan harus dikenakan tindakan yang keras supaya memberi pengajaran kepada orang lain."Saya menyokong langkah Kementerian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Baby Hatch dalam isu ini kerana bayi berkenaan tidak berdosa. "Dulu kita tidak bersetuju dengan idea seperti ini kerana takut menghantar mesej yang salah kepada orang ramai terutama remaja, tapi pada masa sekarang kita sangat perlukan tempat sebegini untuk bayi yang tidak berdosa," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Kelmarin, Penaung OrphanCARE yang juga Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom melancarkan Pusat Perlindungan Bayi Tidak Diingini atau Baby Hatch pertama dalam negara.

Presiden OrphanCARE, Datuk Adnan Mohd Tahir, berkata organisasi itu bercadang mewujudkan banyak lagi pusat perlindungan bayi di seluruh negara bagi menyediakan tempat untuk bayi yang dibuang atau tidak diingini lagi. Baby Hatch yang beroperasi 24 jam menyediakan tempat perlindungan sihat dan selamat kepada bayi terbabit sebelum diserahkan kepada keluarga angkat.

melayu masih percayakan umno yang penipu

Posted: 07 Jun 2010 10:17 AM PDT


Umno-Bn berjaya mempertahankan kuasanya  selama ini kerana adu domba politik perkauman sehingga menyebabkan rakyat menganggap hanya parti itu yang mampu memberi pembangunan dan menjamin keselamatan.

Inilah propaganda yang disemai bertahun-tahun namun kini sudah mula tidak dipercayai rakyat.

Selepas pilihanraya umum 2008 terdapat perubahan besar pada sikap bukan melayu sehingga mereka mulai mengetepikan propaganda tersebut tetapi bagi orang melayu,mereka masih belum berani melakukan perubahan sehingga menganggap memenangkan umno-bn bermakna mereka mempertahankan melayu.


Ada 3 perkara yang orang melayu  takut nak ubah pertama, masalah keamanan.kedua kalau parti lain menang tidakkan ada pembangunan.ketiga,hanya umno sahaja yang boleh jamin hak-hak melayu,dan inilah yang telah disemaikan bertahun-tahun lamanya.

Kepercayaan yang masih menjadi pegangan orang 
melayu perlu diubah kerana semua itu tidak benar bahkan berdasarkan sejarah.. umnolah yang mencabul hak-hak orang melayu selama ini.


1.Kita lihat,siapakah yang sekat bantuan ke sekolah agama(SAR)?
2.Siapa tukar hari cuti umum di Johor daripada hari Jumaat kepada hari Ahad?
3.10 tahun dulu siapa yang tukar subjek sains dan matematik ke bahasa inggeris?
4.Siapa yang menjahanamkan tulisan jawi sehingga anak-anak melayu sendiri buta islam?
5.Siapa yang lupuskan tanah rizab melayu daripada 3juta ekar kini tinggal hanya 1.7 juta ekar?
INI ADALAH AKIBAT DARI SEMUA kelakuan PEMIMPIN UMNO.

Melayu umno dibodohkan oleh pemimpin umno yang gila kuasa dan harta.

CUPING : Dulu aku pon kena tipu..sekarang tidaakkk..

SUPP bakal jadi Gerakan di Sarawak?

Posted: 07 Jun 2010 10:13 AM PDT

Nasib SUPP selepas PRK Sibu
Biarpun sandiwara Wong Soon Koh ini mengundang "malapetaka" untuk partinya, bahkan kenyataannya yang tidak sesuai selama ini telah mencalar imej partinya, namun Presiden SUPP, George Chan Hong Nam selaku Timbalan Ketua Menteri Sarawak tetap tidak mengambil pendirian selama ini.
Keadaan ini berlaku kerana Wong Soon Koh menyasarkan kedudukan Timbalan Ketua Menteri.  Sikap kedua-dua Wong dan Chan yang mengutamakan jawatan tetapi mengabaikan rakyat ini telah meletakkan SUPP pada satu kedudukan yang lebih genting.
Keberanian kedua-dua mereka untuk memperlekehkan suara rakyat sebenarnya berasal daripada "sokongan rakyat" di kawasan pengundian masing-masing.  Misalnya, biarpun melalui ribut petir PRK Sibu getir, SUPP masih berjaya memperolehi majoriti 866 undi, malah undi Iban dalam pedalaman adalah jaminan untuk mendapatkan pangkat.
Malah, kawasan DUN Piasau yang dikuasai George Chan (gambar kiri)  selama ini, memberikan kemenangan yang amat selesa kepadanya, dengan majoriti 3,918 undi pada pilihan raya negeri tahun 2006.
Dalam keadaan ini, tindak tanduk Wong Soon Koh yang bercanggahan dengan suara rakyat bukan sahaja tidak dihalang, malah digalakkan secara tidak langsung oleh George Chan, mengundang krisis yang lebih besar untuk SUPP.
Pergelutan kuasa dalam parti
Kehilangan lapan kerusi DUN oleh SUPP dalam pilihan raya negeri pada tahun 2006 telah mencetus pergelutan kuasa dalam parti itu sendiri.  Dari tahun 2007 hinggalah tahun 2009, Wong Soon Koh menggunakan pelbagai taktik untuk menghapuskan puak musuh dalam parti dan memperkukuhkan kedudukan dirinya dalam parti.  Tindakan ini tidak dihalang, malah George Chan selaku Presiden hanya berpeluk tubuh dan mendiamkan diri.
Dari pergelutan kuasa dalaman parti, hinggalah pengabaian kepentingan rakyat, memberhentikan peruntukan, mendiamkan diri apabila berdepan dengan dasar yang tidak memihak kepada masyarakat Cina, bahkan menghalang pembangkang untuk bersuara.
Kesemua gejala ini memperlihatkan kerakusan kuasa yang mereputkan SUPP, mencungkil rungutan dan ketidakpuasan di kalangan rakyat.  Selepas kekalahan PRK Sibu, Wong Soon Koh menyasarkan Ting Tze Fui (ADUN Meradong-DAP), mengambil tindakan ke atasnya dengan majoriti mutlak yang dipegang BN dalam DUN Sarawak, menyemarakkan lagi kemarahan orang ramai di Sarawak.
Pada hakikatnya, persekongkolan antara SUPP dengan kumpulan ekonomi dalam negeri juga memberi kesan kepada kawalan laporan media cetak tempatan.  Pemimpin SUPP sering menyekat ruang untuk mereka yang berbeza pandangan.  Sering kali mereka yang hanya orang bawahan berlagak bertindak untuk tuannya, menelefon ke bilik editor untuk bercampur tangan.  Mereka tidak menghormati profesional dan autoriti bilik media, melempar "label politik" sewenang-wenangnya, malah menekan wartawan yang dilabel sebagai "tidak sehaluan".
Projek tebatan banjir atau projek kroni?
Tema "Undi SUPP=Undi Taib Mahmud" yang ditetapkan oleh DAP dalam PRK Sibu amat menyentuh hati pengundi, kerana pemerintahan kerabat Taib Mahmud kira-kira 30 tahun telah memonopoli hampir kesemua peluang dan kepentingan pembangunan ekonomi dalam negeri.
Di Lembah Sungai Rejang, Taib membantah projek pembersihan dan pendalaman sungai, lantas mengakibatkan kawasan ini sering ditimpa banjir.  Walaupun berdepan dengan pelbagai kritikan, SUPP tetap menyokong projek empangan untuk mencegah banjir, iaitu menebat Sibu daripada dibanjiri.  Tetapi kesan penyelesaian ini dipertikai dan dibidas orang ramai.
PM Najib berkata secara terbuka bahawa kerajaan akan melaksanakan projek tebatan kebanjiran dalam masa dua tahun, ketika beliau berkempen di PRK Sibu.  Bagaimanapun, kenyataan PM ini seolah-olah satu tamparan sengit kepada SUPP.  Ia menonjolkan kenyataan bahawa SUPP tidak terdaya melakukan apa-apa dalam tebatan banjir biarpun sudah 40 tahun berada dalam arena politik.
Idea yang diketengahkan SUPP dalam projek tebatan banjir hanya terbatas kepada beberapa pekan, dan tidak menyelesaikan masalah secara menyeluruh.  SUPP pernah mengundang pakar dari China, tetapi pakar ini mencadangkan agar sungai diperdalamkan, sebagai penyelesaian jangka panjang.
Di sebaliknya, Taib Mahmud pula membantah cadangan ini.  Puncanya senang difahami.  Projek mengorek pasir sebenarnya dikuasai kroni PBB, dan pendekatan yang dicadangkan itu akan menjejaskan kepentingan kroni PBB.
Pembangkang di Sarawak pernah mencadangkan agar projek mengorek pasir terbuka kepada syarikat yang diusahakan rakyat biasa, untuk menjimat kos.  Tetapi cadangan ini semestinya tidak disenangi Taib Mahmud, lalu pemimpin SUPP mempertahankan bosnya dengan bangkit membidas pembangkang.
Faktor Taib + Faktor Wong Soon Koh
Dalam keadaan di mana faktor "Taib Mahmud" bergabung dengan faktor "Wong Soon Koh", retorik SUPP berbunyi "penglibatan politik demi pembangunan" dan retorik Taib Mahmud bahawa "BN menggerakkan pembangunan", telah menjadi sindiran.  Sebaliknya, orang ramai memerli dengan "lagi bangun lagi miskin".  Buktinya terpampang nyata apabila Sarawak sebagai negeri yang terkaya dari segi sumber semulajadinya, tetapi menjadi negeri yang keempat termiskin di Malaysia.
SUPP mempertahankan "politik pembangunan" yang dipertikaikan, malah memaparkan muka yang hodoh ketika menghambat kuasa.  Mereka cuba membina imejnya sebagai pejuang kepentingan masyarakat Cina, tetapi bersikap sambil lewa apabila terhakisnya kepentingan komuniti Cina, lebih-lebih lagi menghalang pembangkang untuk bersuara.  Kesemua ini membuatkan pengundi Cina menggelengkan kepala, lantas menafikan SUPP dengan undi yang ada dalam tangan.
Kenyataan angkuh Wong Soon Koh selepas PRK Sibu bahawa "Saya tidak tahu apa yang orang Cina Sibu mahu", telah mencungkil reaksi yang besar dari kalangan komuniti Cina di Sarawak Tengah.
Seandainya SUPP gagal meredakan ketidakpuasan yang terpendam dalam hati masyarakat Cina terhadapnya, dalam tempoh setahun akan datang, maka bahagian pertengahan Sarawak bakal menjadi sasaran pembangkang.  Seandainya fenomena ini menular ke bahagian utara Sarawak, tidak mustahil kalau SUPP bakal mengikut jejak Gerakan, dan menjadi parti "Gerakan" di Sarawak.

Kohilal tak perlu dedah butiran, Ibrahim bukan ahli

Posted: 07 Jun 2010 10:10 AM PDT

KOTA BHARU, 7 Jun: Koperasi Al-Hilal Bhd (Kohilal) tidak perlu mendedahkan sebarang butiran kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berhubung isu yang dibangkitkan memandangkan beliau bukan ahli koperasi.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah (gambar), berkata tidak ada sebab Kohilal perlu mendedahkan sebarang maklumat sebagaimana yang dikehendakinya memandangkan Ibrahim bukan orang yang merancang koperasi itu.
Beliau yang juga Exco kerajaan negeri berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas perkara itu selepas merasmikan Seminar Halalan Toyyibah Kelantan 2010 yang diadakan di Kelantan Trade Centre (KTC) siang tadi.
Ibrahim dalam kenyataan sebagaimana disiarkan sebuah akhbar hari ini mendesak PAS supaya mendedahkan ke mana wang RM45 juta yang dilaburkan oleh 20,000 ahli menerusi koperasi itu.
Menurut Ibrahim lagi, pelbagai persoalan yang menyelubungi koperasi berkenaan sehingga skim pelaburan yang ditubuhkan pada tahun 1996  hingga 1999 itu hanya sekadar mampu membayar dividen rendah pada tahun 1997.
Amar yang mengakui Kohilal mempunyai sedikit masalah, bagaimanapun ianya dianggap sebagai risiko dalam perniagaan yang perlu dihadapi.
"Kadang-kadang nasib kita baik, kita mencarum di tempat yang kebetulan ada rezeki yang baik untuk kita, kita akan mendapat keuntungan yang lebih. Jika tidak, inilah yang terpaksa kita tanggung," ujarnya lagi.
Katanya, setakat ini Kohilal sedang memperbaiki pengurusan baru untuk membuat perubahan dalam koperasi itu agar ianya pulih semula.
Ketika ditanya apakah harapannya untuk Kohilal bersesuaian, beliau juga adalah salah seorang pelabur, Amar berharap semoga ianya kembali pulih sebagaimana biasa.
Menurutnya, setakat ini operasi Kohilal dihentikan untuk membuat beberapa rombakan pada tempoh tertentu.
Kata Amar lagi, beliau sendiri tidak memahami dengan sikap Ibrahim Ali yang suka menyentuh pelbagai perkara dalam media walaupun tidak ada kena mengena dengan dirinya.

MASANYA SUDAH TIBA UMNO KESEORANGAN TANPA BN

Posted: 07 Jun 2010 09:40 AM PDT

Oleh Halik Zaman


SENARIO politik UMNO/BN hari ini sungguh kritikal. Sudah dapat di baca dengan jelas akan kegoyahannya dengan terlihatnya index graf ekonomi Negara yang tidak menentu. Akhir-akhir ini tercetus krisis subsidi minyak petrol dan kos sara hidup rakyat yang semakin meruncing dan bisa mengakibatkan pengaruh UMNO/BN kepada rakyat semakin hilang "aura"nya. Betapa tidak, punca krisis ekonomi ini berlaku bakal menjejaskan kehidupan rakyat terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Kerajaan UMNO/BN dibawah pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak begitu mengambil sikap remeh dan pandang ringan tentang ketirisan wang negara. Khabar angin bertiup kuat ke telinga rakyat mengatakan ketirisan wang negara adalah kerana ekoran system "pembelian" YB-YB Katak, "perbelanjaan tanpa had" di beberapa kawasan yang terlibat dalam Pilihan Raya Kecil, "pembiayaan istimewa" penghantaran puluhan YB-YB BN ke Taiwan, kos pembelian kapal selam, membuat projek projek tanpa tender kepada kroni, serta rasuah yang sangat berleluasa.

Bila ekonomi Malaysia merundum maka Kerajaan UMNO/BN membuat alasan kerana kononnya keadaan ekonomi glabal tidak menentu padahal pentadbiran ekonomi negara yang tidak dapat dikawal pengeluaran yang amat membazir.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengajak rakyat Malaysia memberi ruang dan masa kepada Dato' Seri Najib Razak untuk memantapkan perpaduan rakyagt sekali gus mengukuhkan pembangunan negara dan meyakinkan rakyat dengan slogan 1Malaysia serta Juara Rakyat yang dianggap oleh rakyat "pembaziran luar biasa".

Dr Mahathir berkata, orang Melayu perlu bersatu kembali untuk mengembalikan kuasa politik mereka kerana walaupun mereka kaum majoriti iaitu 60 peratus daripada rakyat Malaysia, mereka terpecah kepada tiga. Katanya, Melayu kini terpecah kepada tiga dan secara matematik UMNO hanya mewakili 20 peratus daripada 60 peratus Melayu, begitu juga dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Dua puluh peratus orang Melayu dianggap lemah. Orang Melayu sudah hilang haluan ada yang dah masuk DAP. Ada orang Melayu pakai tudung bawa bendera roket (DAP) masa pilihan raya kecil Parlimen Sibu," katanya.

Secara realisasinya, umum tidak mampu menolak fakta bahawa UMNO kini bersendirian dan bakal menghadapi PRU 13 tanpa "sahabat sejati". Rakan-rakan terapat dalam BN akan mula menjauhkan diri dan akhirnya UMNO akan terkontang-kanting keseorangan menghadapi pelbagai dugaan tanpa ada lagi yang sudi menghulurkan tangan untuk membantu. Jika ada pun rakan komponen dalam BN yang ada tinggal bersama UMNO ialah para pemimpin yang berjawatan Menteri, mereka dianggap oleh rakyat Malaysia bagai "Jeneral tanpa tentera".

Kelemahan UMNO sudah tertera dimata Pakatan Rakyat, hanya terpulang kepada para pemimpin dalam Pakatan sahaja untuk memupuk dan memelihara perpaduan dan mengamalkan "amalan multiracial dikekalkan" dikalangan ahli. Jika ada ahli ahli dalam PKR/PAS/DAP yang cuba memarakkan perasaan perkauman kepada rakyat dalam Pakatan maka pucuk pimpinan mestilah mengambil tindakan drastik untuk "singkirkan" ahli tersebut dari menjadi ahli 'mana mana parti ' dalam Pakatan sebelum ia menjadi "duri dalam daging".

Najib: Samseng Dunia Israel Perlu Dihukum..he..he..he.. samseng Malaysia..!!!

Posted: 07 Jun 2010 09:38 AM PDT

DatoSriNajibTunRazak.jpg Oleh Qayum Rahman
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan usul khas kekejaman Israel di parlimen hari ini dengan menegaskan bahawa rejim zionis itu perlu dihukum di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Menurutnya, seluruh negara Islam termasuk Pertubuhan Negara Persidangan Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu bersatu menentang keganasan Israel dengan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kezaliman tersebut supaya memberi tekanan kepada Israel dari terus melakukan serangan dan kekejaman.

Najib yang menyifatkan Israel sebagai "samseng dunia" berkata, Israel bermaharajalela melakukan serangan tidak berperikemanusiaan kerana merasakan mereka dilindungi oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan Rusia.
Najib berkata, PBB dilihat bersikap berat sebelah apabila tiada sebarang tindakan diambil dengan kekejaman rejim tersebut dan hanya berdiam diri.
"PBB sepatutnya mencela serangan tentera rejim zionis Israel di bawah pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang menyerang konvoi bantuan kemanusiaan Freedom Flotilla di kawasan perairan antarabangsa pada 31 Mei lepas.
"Malaysia merakamkan rasa kecewa tidak terhingga dengan tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di atas kenyataan yang begitu lemah terhadap serangan ganas itu," katanya ketika membentangkan usul khas kekejaman Israel di parlimen hari ini.
Sejurus menyampaikan usul tersebut ,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong tindakan perdana menteri dan meminta supaya diadakan siasatan bebas dan berakauntabiliti berkaitan keganasan serangan itu.
Serangan ke atas kapal "Mavi Marmara"
"Malaysia menggesa membawa usul kepada Majlis Keselamatan PBB bagi merujukmuhyiddin51 serangan tentera Israel ke atas kapal Turki "Mavi Marmara" ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)," katanya.
Selain itu, Muhyiddin juga mencadangkan usul kepada perhimpunan PBB bagi mendapatkan pandangan dan nasihat dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai kejadian itu.
Muhyiddin berkata, Malaysia ingin mendesak Amerika Syarikat untuk tampil tanpa sebarang dolak-dalik menunaikan tanggungjawab moral dalam memastikan rejim tersebut mematuhi tata kelakuan negara bangsa yang bertanggungjawab dan bertamadun.
Tambah beliau, selagi Amerika Syarikat memberi sokongan kepada rejim zionis, Israel sentiasa bersifat kejam dan biadap dengan terus melakukan serangan dan kezaliman tanpa mematuh nilai-nilai kemanusiaan yang tiada kesudahannya.
Ahli-Ahli Parlimen yang hadir di Dewan Rakyat turut menyokong usul yang dibentangkan dengan meminta perdana menteri bertindak lebih agresif menyuarakan kekejaman tersebut ke seluruh dunia.

Salahuddin: Pemimpin perlu sedia terima perbezaan pandangan

Posted: 07 Jun 2010 09:37 AM PDT


yb-solah Muda Mohd Noor
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pemimpin PAS khususnya Pemuda perlu sedia menerima pendapat dan pandangan walaupun dari bukan Islam.
Katanya, masih ada pemimpin dan ahli yang tidak mahu menerima teguran dari orang lain.
Menurutnya, mereka seolah-olah serba pandai dan sifat sedemikian sebenarnya merugikan mereka sendiri.
Salahuddin juga menginggatkan zaman telah berubah dan oleh kerana itu mereka perlu peka dengan perkembangan yang berlaku termasuk dalam teknologi maklumat.

"Kira-kira 20 tahun atau 10 tahun lalu tiada siapapun yang terfikir mengenai Facebook atau Twitter seperti yang berlaku hari ini.
"Jadi seorang pemimpin dan juga ahli PAS mesti mengambilkira isu yang berlaku di luar lingkungan parti itu," katanya ketika berucap dalam wacana kepimpinan Fadzil Nor di ibu negara semalam.
Fadzil merupakan bekas presiden PAS yang meninggal pada 2001.
Dalam pada itu, Salahuddin mendakwa budaya membaca kini semakin kurang dan tidak diamalkan lagi di kalangan ahli PAS.
Katanya, sikap itu kurang elok kerana ahli PAS perlu mempunyai pengetahuan untuk memudahkan mereka berdepan dengan masyarakat.
"Banyak buku ilmu yang ditulis oleh orang Islam dan bukan Islam yang boleh dibaca dan adiambil manfaat oleh mereka," katanya.

Konsensus Bebas: Wadah perjuangan ahli parlimen bebas..ha.ha..ha...

Posted: 07 Jun 2010 09:36 AM PDT

Zul zahrin Oleh Qayum Rahman
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Mohamed Zahrain Hashim (Bayan Baru), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Bharu), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) menubuhkan Konsensus Bebas sebagai wadah rasmi kesepakatan sesama mereka bermula hari ini.
Jurucakapnya, Datuk Zahrain berkata, penubuhan Konsensus Bebas adalah untuk membentuk satu blok bebas di parlimen secara efektif, bebas dan 'nonpartisan'.

Menurutnya, wakil bebas berpendirian sendiri memberi pandangan dan pertanyaan secara terbuka di Parlimen dengan membawa isu-isu rakyat dan negara secara kolektif tanpa dibelenggu oleh kongkongan batasan politik kepartian.
"Tujuan kami sebagai wakil bebas menubuhkan Konsensus Bebas adalah untuk menyatakan pendirian tidak memihak kepada mana-mana parti termasuklah umno mahupun pembangkang," katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Tambah beliau, lanskap politik telah banyak berubah dari parti-parti politik di negara ini yang hanya mementingkan agenda parti tersendiri manakala pemimpin-pemimpin parti sedia ada cenderung merebut kuasa.
"Rakyat terus menjadi mangsa kepada perebutan kuasa dan pangkat serta parti politik, menjadikan wakil bebas tidak mahu terlibat dengan kelemahan politik sekarang.
"Bebas akan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat untuk memajukan negara tanpa terjebak dengan politik kotor yang kian memudaratkan," katanya.
Zahrain berkata, Konsensus Bebas berperanan memberi kepentingan kepada rakyat dan negara, bukannya menjadi alat kepentingan politik pihak tertentu.
Beliau berkata, sepatutnya Ahli Parlimen sedia ada di Dewan Rakyat tidak perlu cenderung kepada perjuangan parti dan sepatutnya memikirkan tentang kesejahteraan rakyat dan negara.
Sementara itu, Zulkifli pula berharap kewujudan Konsensus Bebas ini mampu menyatukan para wakil bebas di parlimen untuk memikul tanggungjawab bersama-sama tanpa mengendahkan tindakan parti-parti politik lain.
"Saya berharap agar Konsensus Bebas mampu bersatu memberi kebaikan kepada rakyat dan negara yang memerlukan perubahan.
"Kita tidak akan mengendahkan tanggapan buruk yang diberikan oleh mana-mana pihak selepas ini.  Kami hanya ingin menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ahli parlimen yang bebas dari memihak kepada mana-mana parti," katanya di lobi parlimen hari ini.

Muktamar ke 56, masa untuk menilai diri

Posted: 07 Jun 2010 09:35 AM PDT

hj-hadi391 oleh Muda Mohd Noor
Di Stadium Melawati Shah Alam, setahun lalu, isu kerajaan perpaduan ditimbul dan dibincangkan secara meluas oleh perwakilan PAS dalam muktamar parti itu yang ke 55.
Para perwakilan dari semua sayap secara terbuka mengecam idea tersebut. Akibatnya pemimpin yang menyokong kerajaan perpaduan termasuk pesiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa menjadi sasaran.

Dan isu kerajaan perpaduan itu terus diperkatakan untuk beberapa terutama di kalangan penyokong Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang diketahui umum menentang kuat idea kerajaan perpaduan itu.
Idea penubuhan kerajaan perpaduan ini juga ditentang sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Isu itu reda apabila Abdul Hadi berulang kali menyatakan isu keajaan perpaduan itu tamat apabila mengumumkan sebarang perbincangan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak akan diadakan lagi.
Kini isu tersebut sudah setahun berlalu. Mungkin ia tidak dibangkitkan lagi dalam muktamar di Kota Baru, hujung minggu ini.
Barangkali isu yang sudah dilupakan oleh perwakilan PAS ialah bagaimana berulangkali para pemimpin parti Islam itu mengatakan PAS merupakan parti dominan dalam Pakatan Rakyat.
Selepas tiga tahun Pakatan Rakyat diwujudkan adakah PAS benar-benar menjadi parti dominan? Adakah PAS dihormati oleh DAP dan PKR?
Pengaruh PAS hanya ada di Kelantan dan Kedah sahaja di mana kedua-dua negeri itu tiada wakil DAP yang dilantik menjadi exco kerajaan negeri.
Di Pulau Pinang, berlaku sebaliknya. Di negeri pimpinan DAP itu, tiada wakil PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Walaupun di Selangor ada dua exco dari PAS, ia tidak sepenting berbanding PKR dan DAP. Dalam beberapa isu, exco PAS itu sebenarnya tidak ada kuasa pemutus.
Bukti yang boleh direnungkan ialah ketika exco agama negeri Selangor, Datuk Hasan Ali membuat cadangan supaya penjualan arak diharamkan di negeri itu beberapa tahun lalu.
Dengan pantas cadangan itu ditentang keras oleh exco DAP, Ronnie Liu yang mengatakan kerajaan tempatan mempunyai kuasa mengeluarkan lesen penjualan arak.
Secara ringkasnya tidak mudah untuk PAS menjadi parti dalam Pakatan Rakyat. jika dibandingkan jumlah kerusi parlimen, PAS hanya paling belakang berbanding DAP dan PKR.
Mungkin dalam muktamar kali ini, boleh dijadikan renungan oleh pucuk pimpinan dan perwakilan adakah PAS mempunyai kemampuan dan kesungguhan untuk menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat seperti yang katakan pucuk pimpinannya.

Datuk Pengasas Judi, Si Cucu Pula Bela Kaki Judi..

Posted: 07 Jun 2010 09:16 AM PDT

Ini menteri judi ke..sokong judi kerana datuknya dulu pengasas judi terbesar dunia, genting. Apalah alasan dangkal bahawa lesen judi diluluskan untuk halang sindiket hitam berkaitan judi ini..pi rah mabuk..rakyat bayar cukai untuk suruh polis buat kerja tangani jenayah, bukannya jadi anjing suruhan UMNO. Satu lagi, ko yakin ke wahai menteri auwww, yang kegiatan ah long dan pemerdagangan manusia tak berlaku jika judi dihalalkan..ada ke sport toto suruh kaki judi isi borang kebenaran dan isytiharkan, yang diorang tak pinjam duit dengan ah long dan tak lacurkan isteri sendiri untuk dapat duit..ada ke wahai si menteri??
Orang felda bolehlah ko tipu...lepas ni kalau nak elak pelacuran haram, buat lesen melacur..takde lah kejadian pinjam duit ah long...lebih advance, buka je pusat pelacuran di balai polis, boleh dapat kutip hasil sewa tempat daripada pelacur..
Memang sejak zaman Najib montel ni, macam-macam maksiat berlaku..zaman Pak lah masa world cup 2006 di Jerman, tak pernah dengar pun benda mengarut..memang 1 Malaysia sama macam 1 otak..otak suka buat jahat...
Tampil bantu kerajaan tangani isu judi haram bola sepak
KUALA LUMPUR 7 Jun – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini meminta mereka yang membuat pelbagai dakwaan berhubung pemberian lesen pertaruhan bola sepak agar tampil menyumbang idea untuk mencegah isu perjudian haram.
"Daripada membuat bising di luar, kerajaan negeri (yang berkenaan) boleh bekerjasama dengan KDN (Kementerian Dalam Negeri) dengan memberi cadangan supaya kerajaan boleh buat keputusan dalam membanteras ekonomi hitam," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang terus mempertikaikan keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan acara sukan termasuk bola sepak dengan mendakwa kerajaan menggalakkan perjudian.
Mengulas lanjut, Hishammuddin yang ditemui pemberita selepas menerima kunjungan delegasi Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Tahanan Arbitrari di Parlimen di sini, berkata, lesen pertaruhan itu telah lama dikeluarkan.
Beliau berkata, langkah itu dilaksana untuk membendung perjudian haram khususnya ketika pertandingan bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung beberapa hari saja lagi.
"Isu ini berkait rapat dengan ekonomi hitam yang melibatkan RM10 bilion yang berhubungan dengan kegiatan jenayah serius seperti pemerdagangan manusia dan pinjaman wang haram atau ah long," katanya. – Bernama

Mana satu yang nak dipercayai? Presiden Umno atau pembiaya Umno?

Posted: 07 Jun 2010 09:13 AM PDT

Dalam berita bertajuk "Berjaya gets football gambling licence", Malaysiakini 12/5/10 melaporkan:
In a statement late this evening, Berjaya Group confirmed that it has been re-issued the license that it was held in 1987 and that Tan has sold the controlling state of Ascot Sports to the conglomerate.

According to the statement, Ascot Sports plans to roll out gaming products for internationally sporting events including football, basketball, motor racing, tennis and golf.

Punters will be able to place bets through 220 Sports Toto outlets in Peninsular Malaysia.
Hari ini, dalam berita bertajuk "Kerajaan: Lesen judi sukan belum dikeluarkan", Malaysiakini melaporkan:
Kementerian Kewangan masih belum mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kerana kerajaan masih mendapatkan maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara berkenaan.

Dalam satu jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, kementerian itu berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan/memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia.
Menteri Kewangan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno. Berjaya Group diterajui oleh financier Umno dan Barisan Nasional (BN), Tan Sri Vincent Tan.

Mana satu yang nak dipercayai? Presiden Umno atau financier Umno?

Berkaitan:
Vincent Tan's Ascot Sports gaming licence comes with conditions (The Star 12/5/10)
Berjaya perolehi lesen judi bolasepak' (Malaysiakini 12/5/10)


Apabila Menteri Otaknya Dilutut

Posted: 07 Jun 2010 09:12 AM PDT

Berkata wira keris bahawa kepada sesiapa yang membuat bising haruslah tampil untuk membantu kerajaan tangani isu judi bola. Kata-katanya itu seperti seorang yang bercakap menggunakan lutut. Beliau sepatutnya menegur kerajaan UMNO/ BN yang meluluskan lesen judi dan bukannya salahkan kerajaan negeri (Pakatan Rakyat).

Beliau seperti sudah kehilangan idea mengenai isu judi bola ini kerana meminta idea daripada pihak luar untuk mencadangkan idea untuk mencegah judi bola sepak. Mudah sahaja idea itu, kembali kepada ajaran Islam maka tidaklah kamu sesat dalam kehinaan. Banyak lagi perkara yang boleh kerajaan buat untuk rakyat selain dari judi ini.

Menteri I.S.A ini juga menyalahkan rakyat mengenai kerajaan meluluskan lesen judi ini. Inilah menteri otaknya dilutut. Sepatutnya sebagai seorang menteri haruslah berfikiran lebih waras kerana rakyat sendiri yang menolak judi. Sebaliknya orang dari kalangan mereka yang kononnya melayu dan mengaku sebagai Islam telah meluluskan judi tetapi orang bukan Islam terus menolaknya. Inilah menteri yang jakun dan dangkal.

Apabila lutut yang membuat kenyataan maka inilah jadinya. Beliau berkata tujuan lesen judi diluluskan adalah untuk membendung judi haram. Tahukah ia bahawa judi itu haram. Mana ada judi halal. Inilah menteri yang tidak belajar sampai habis Pendidikan Islam walhal beliau pernah memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran.

Pak Lutut ini turut mengulas bahawa dengan adanya lesen judi maka kegiatan Along atau pemberi pinjaman wang haram dapat dihapuskan dan perdagangan manusia dapat dikurangkan. Caranya mudah sahaja. Pak Lutut perlulah tahu bahawa ramai yang pinjam duit Along itu kerana mereka mahu meminjam dari bank, bank banyak buat birokrasi. Kerajaan tidak pernah memandang perkara ini sabaliknya mahu menyalahkan rakyat.

Pak Lutut harus berhati-hati ketika membuat kenyataan media kerana ini menujukkan ketiadak cerdikan Pak Lutut dalam membuat kenyataan akan menampakkan kebodohan sebagai seorang menteri. Jangan orang kata menteri belajar tinggi-tinggi tapi bodoh berlapis-lapis


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini meminta mereka yang membuat pelbagai dakwaan berhubung pemberian lesen pertaruhan bola sepak agar tampil menyumbang idea untuk mencegah isu perjudian haram.

"Daripada membuat bising di luar, kerajaan negeri (yang berkenaan) boleh bekerjasama dengan KDN (Kementerian Dalam Negeri) dengan memberi cadangan supaya kerajaan boleh buat keputusan dalam membanteras ekonomi hitam," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang terus mempertikaikan keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan acara sukan termasuk bola sepak dengan mendakwa kerajaan menggalakkan perjudian.

Mengulas lanjut, Hishammuddin yang ditemui pemberita selepas menerima kunjungan delegasi Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Tahanan Arbitrari di Parlimen di sini, berkata, lesen pertaruhan itu telah lama dikeluarkan.

Beliau berkata, langkah itu dilaksana untuk membendung perjudian haram khususnya ketika pertandingan bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung beberapa hari saja lagi.

"Isu ini berkait rapat dengan ekonomi hitam yang melibatkan RM10 bilion yang berhubungan dengan kegiatan jenayah serius seperti pemerdagangan manusia dan pinjaman wang haram atau ah long," katanya.

Sumber: Utusan Munafik

Peruncit henti jual barang kawalan mulai 15 Jun..ha.ha..apa komen menteri..!!!

Posted: 07 Jun 2010 09:03 AM PDT

Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia mahu menghentikan perniagaan penjualan tiga barang kawalan iaitu gula, minyak masak dan tepung gandum berkuat kuasa 15 Jun ini.

Keputusan itu dinyatakan oleh persekutuan itu semasa sesi dialog dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Wisma MCA hari ini.

Dr Chua pada sidang akhbar kemudian berkata persekutuan itu menjelaskan bahawa keputusan mereka bukannya sebagai membantah pelaksanaan lesen barang kawalan oleh kerajaan tetapi kerana keuntungan yang tidak setimpal.

"Pada masa ini, keuntungan penjualan tepung gandum, gula dan minyak masak yang diperolehi oleh peruncit amatlah sedikit ditambah lagi dengan barang kawalan ini perlu memohon lesen dan mengakibatkan pendapatan peruncit terjejas.

"Keuntungan setiap satu kilogram gula yang diterima oleh peruncit adalah tiga sen, 20 sen bagi setiap lima kilogram minyak masak manakala tiga sen bagi setiap kilogram tepung gandum," katanya.

Turut hadir ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai, Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia, Lean Hing Chuan dan penasihat persekutuan Yeo Chee Soong.

Dr Chua berkata beliau difahamkan bahawa setiap kedai mempunyai sembilan hingga 11 lesen yang perlu dipohon antaranya lesen premis, lesen beras, lesen gas, lesen timbang, lesen papan tanda, lesen peralatan kebakaran dan lesen kawalan barangan sempena hari sambutan.

"Kami terkejut dengan beban peruncit kerana mereka perlu memohon dan membayar lesen RM1,107 setiap tahun," katanya.

Bagaimanapun Dr Chua merayu kepada persatuan ini agar memberi pertimbangan semula keputusan mereka kerana beliau yakin kerajaan akan mengkaji semula pelaksanaan lesen itu.

"(Timbalan presiden) Liow akan membangkitkan isu ini pada mesyuarat Jemaah Menteri pada akan datang," katanya.

Usul mahu tindakan ketenteraan terhadap Israel

Posted: 07 Jun 2010 08:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub akan menghantar satu usul di Dewan Rakyat bagi meminta Kerajaan Malaysia mencadangkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar tindakan ketenteraan diambil terhadap Israel.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, sudah sampai masanya era diplomasi ditamatkan dengan Israel kerana mereka semakin berani menindas umat Islam di Palestin.
"Kalau tidak ada peluang berucap, saya tetap akan menghantar satu usul untuk dibahaskan di Dewan Rakyat untuk meminta kerajaan Malaysia mengambil langkah ke hadapan dengan membuat satu proposal kepada PBB.
"Sudah sampai  masanya tindakan ketenteraan diambil terhadap Israel. Sudah sampai masanya era diplomasi ditamatkan dengan Israel kerana mereka tidak faham lagi bahasa diplomasi. Jadi kita mahu tindakan ketenteraan diambil terhadap Israel dan Amerika perlu diambil tindakan serius," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan usul khas di Dewan Rakyat bagi mengutuk kekejaman zionis Israel.
Seorang lagi Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar pula mencabar kerajaan untuk menghentikan khidmat APCO sekiranya benar-benar membenci tindakan kejam Israel itu.
"Kenapa kita takut nak menunjukkan kebencian kita dengan menamatkan APCO? Sekarang seolah-olah tangan kanan kita memberi sesuatu kepada Palestin dan  dalam masa sama tangan kiri kita mendakap APCO iaitu proksi kepada Isrel dan Amerika," katanya yang juga ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mendesak kerajaan memanggil pulang duta ke PBB sebagai membuktikan kekecewaan Malaysia terhadap sikap berdiam diri PBB.
"Saya menggesa kerajaan menterjemahkan kekecewaannya kepada PBB dengan memanggil balik duta Malaysia ke PBB. Jika benar-benar tidak bersetuju dengan PBB, panggil balik duta kita," tegasnya.
Beliau turut menyifatkan usul itu sebagai bersifat kecaman semata-mata tanpa ada pendirian yang jelas untuk Malaysia bertindak dalam isu itu.
"Usul hari ini bersifat mengecam semata-mata, cadangan-cadangan untuk orang lain bertindak, bukan untuk Malaysia bertindak. Memang kita bersama dalam isu ini tapi sesuatu perkara yang melucukan bagi saya.
"Walaupun kita menyokong usul ini namun sebagai kerajaan perlu lebih praktikal dengan menunjukan sikap yang jelas. Kalau setakat kecam macam ni jadi macam tok penghulu Kampung Pening Lalat lah," katanya.

Usul kecam Israel serlahkan ‘talam dua muka’

Posted: 07 Jun 2010 08:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail (gambar) petang tadi menganggap Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sebagai 'talam dua muka' dalam melayani protes rakyat serta pembangkang berhubung usul mengecam kezaliman zionis Israel menghalang bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Baginya usul yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat pagi tadi semata-mata untuk menonjolkan wajah positif Umno BN kononnya anti pada layanan zionis Israel ke atas umat Islam di Gaza.
Selain mahu dilihat positif oleh rakyat, beliau yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, ucapan Najib dan Muhyiddin seakan mahu mengekalkan hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat yang nyata dilihat dunia sebagai proksi pada zionis Israel.
"Saya berasa tidak ada yang berbeza kecuali Najib dan timbalannya (Muhyiddin) cuba serlahkan dua wajah masing-masing atau talam dua muka," ujarnya.
Pertama, menurut beliau, Najib mahu rakyat melihat kerajaan Umno BN bersama-sama mereka dalam menentang zionis Israel.
Kedua, katanya lagi, Najib mahu Amerika Syarikat melihat Malaysia kelak setia menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara hegemoni tersebut.
Kalau anggapan itu tidak benar, menurut Saifuddin, Najib sudah tentu bersedia menyahut cabaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan usul khas, iaitu pendirian Malaysia berhubung dasar-dasar luar dengan negara hegemoni AS.
"Anwar cabar dia (Najib) untuk menyatakan pendirian Malaysia dalam dasar-dasar luar seperti negara (Malaysia) dengan Amerika Syarikat juga merupakan sekutu kuat Israel zionis," ujarnya lagi.
Katanya lagi, sepatutnya Malaysia perlu menyatakan pendirian tegas terhadap hubungan tidak langsung Amerika Syarikat dan zionis Israel supaya tindakan negara itu mampu membantu dunia melemahkan zionis Israel di Gaza.
"Zionis Israel mungkin lemah di Gaza kalau tidak dengan sokongan diplomatik (serta) ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan itu yang wajar Malaysia pertegaskan dalam usul pagi tadi," ujar beliau.
Sehubungan itu, beliau mempersoal inti utama Najib, iaitu Turki digesa membawa zionis Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
"Buat apa Najib minta Turki pula yang membawa isu keganasan Israel ini ke ICJ, sedangkan kita hanya boleh buat lebih dari itu bekerjasama dengan Turki mengepalai dunia untuk menentang keganasan zionis Israel sekarang," kata beliau lagi.
Dalam perkembangan yang lain, beliau berkata, Najib sehingga sekarang belum bersedia memutuskan hubungan korporatnya dengan firma perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC) walaupun banyak pihak mendedahkan tentang keterlibatan agen zionis Israel dalam firma tersebut.
"Kalau APCO pun, Najib tidak bersedia dengan satu wajah yang jujur, tidak sukar bagi Najib serta timbalannya (Muhyiddin) untuk mempunyai dua wajah asalkan rakyat terus sokong Umno BN (dan) pihak luar terbabit boleh tolong tunjuk ajar kepada kita apa yang terbaik untuk kita," ujar beliau.

Lesen barangan kawalan, kerajaan tak kompromi..ha..ha..ni satu punya bingai lagi..!!!

Posted: 07 Jun 2010 08:43 AM PDT

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementeriannya tidak akan berkompromi lagi dengan tuntutan Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia.

Beliau mengulas ugutan daripada peruncit di seluruh negara bahawa mereka akan menghentikan jualan gula, minyak masak dan tepung gandum selepas 15 Jun jika pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mewajibkan mereka memiliki lesen runcit barang-barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Kita sudah berjumpa dengan mereka dan juga memenuhi sesetengah tuntutan awal mereka," katanya.

Sebagi contoh, menurut Ismail Sabri bayaran RM10 untuk lesen yang dicadangkan pada awalnya telah ditarik balik dan lesen itu sekarang akan diberikan percuma.

"Untuk memudahkan proses itu, kami akan menghantar pegawai ke kedai mereka untuk mengeluarkan lesen dan ia boleh dilakukan ketika itu juga," katanya.

Penguatkuasaan lesen barangan terkawal itu juga telah ditunda ke 1 Julai seperti yang dituntut oleh persekutuan itu.

Menurut Ismail lesen berkenaan penting bagi memantau kegiatan segelintir peruncit yang mengambil kesempatan subsidi gula dan menjualnya di pasaran gelap.

Katanya lagi, jika peruncit memulaukan penjualan barangan terkawal itu, pengguna masih boleh membelinya di tempat lain.

"Hypermarket, supermarket, pasar tani masih menjual gula. Sebagai alternatif, kedai di stesen petrol juga akan dipertimbangkan," katanya.

Perkasa, Kampung Baru and the failure of Malay leadership

Posted: 07 Jun 2010 08:39 AM PDT

JUNE 7 — Squatting within view of KL's gleaming skyscrapers like a blob of dung at the tip of a high-heeled boot is a collection of quaint kampung houses. To patronising foreigners, those wooden houses on stilts in Kampung Baru are a welcomed relief to the concrete jungle of a modern metropolis. To its inhabitants, taken in by the curious and feigned interests of gawking tourists, Kampung Baru is their tropical urban Shangri-La.
To Malaysians, however, it is nothing but your typical Third World slum. Kampung Baru assaults your sensibilities and senses, especially olfactory. Not that the rest of KL is pristine and sweet smelling!
Alas to Malays, Kampung Baru is an embarrassing and glaring reminder that beneath the bravado of Ketuanan Melayu we remain marginalised, despite over half a century of independence and a continuous succession of Malay Sultans and prime ministers. Not to mention Article 153 protecting our "special" position!
If Kampung Baru is the physical reminder of the impotence of Malay leaders in tackling the challenges facing our community, then Perkasa and the coalition it leads, People's Awakening Movement — Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) — reflect the intellectual bankruptcy of our leaders.
Sultan Syndrome and Abracadabra Leaders
In an earlier book I described a malady peculiar to our leaders, the Sultan syndrome, where leaders behave like Sultans, content with being mere figureheads and indulging the perks of their positions. Engaged executives they are not.
Like Sultans, these leaders are consumed with issuing endless edicts (titah). They have no idea what those would entail, much less how to execute them or the challenges involved. Hence we hear with nauseating frequency their exhorting us to, "Be efficient!" or "Be competitive!" When asked how, they would be silent. The best they could muster would be to mumble something like, "Be like the Japanese!"
I am being generous in describing them as leaders. Like Sultans, they are there not to lead us but for us to sembah (pay homage to) them. Like religious figurines in Hindu homes, they are there for us to pay tribute. And pay it we must, for any hint of disrespect would be met with harshly. Those Sultans and Sultan wannabes are like Hindu gods; there is no escaping their spell. Anger them at your peril! Public hand kissing, endless gifts of trinkets, and effusive displays of loyalty are all part of this homage paying.
Their demands keep getting more voracious and insatiable. What we need is not Article 153 (to protect the Sultans) but its reverse, to protect us from our rapacious Sultans and Sultan wannabes.
This Sultan syndrome is associated with what I would call "abracadabra leaders". These are "leaders" who, when issuing their titah and arahan (directive) delude themselves into thinking that that alone is sufficient, like waving a magic wand. Little do they know that the real world does not work that way, even if they were to incant "Abracadabra!" It takes hard work and creative thinking to translate your vision into reality, and that is what these abracadabra leaders lack.
In his latest pronouncement, complete with the frothing of the mouth, flaring of the nostrils, and the obligatory brandishing of the keris (this time thankfully spared of the ketchup), Gertak leader Ibrahim Ali demanded that NEP be maintained and Malays accorded a specified portion of the economic pie. There was as usual no mention on how that could be achieved. Ibrahim forgot his "Abracadabra!"
I am not surprised that Ibrahim is gaining traction with Malays; we have always been partial to soaring rhetoric. The Indonesians would listen for hours to Sukarno's pidato. Meanwhile their country spiralled into chaos and mass starvation. What surprises me is when the likes of Mahathir fall for Ibrahim. To think that Malays are pinning our hopes on this Al-Katak! (Jumping Frog, in reference to his party hopping habit.)
Fellow commentator Azly Rahman reminds us that gertak means "childish verbal threat". Ibrahim Ali is certainly childish and all verbal, but he is no threat. Only those who could easily be gertak would perceive him as a threat. Unfortunately Najib Razak is one of those.
In his usual humorous but biting take, Azly suggests that the coalition change its acronym to Gelak — Gerakan Anti-Lawan Antara Kaum (Movement Against Inter-Communal Conflict), a more noble goal. Gelak also means "laughter," appropriate as Ibrahim (and his movement) is already a laughing stock.
Developing Kampung Baru
Lamentably, Ibrahim Ali's laughable big but empty talk is the norm among Malay leaders.
Consider the lack of development in Kampung Baru, a problem that has challenged leaders since Datuk Onn in the 1940s. The only innovative thinking had been the British gazetting the area in 1900. Whatever we may think of the merit of the idea today, without it Kampung Baru would have long been gone.
This latest folly of 60-40 partnership with non-Malays has been wisely torpedoed by the residents. It is not difficult to sympathise with them. They have heard too many half-baked ideas before, of leaders spouting without thinking, and their not making any attempt at understanding the problem. Often, as demonstrated by this latest idiocy, these leaders would blame the residents when those ideas fail.
For example, knowing Malay inheritance laws and traditions, these properties have multiple owners and have been hopelessly fragmented, made worse with Malays having no written wills, not even those with substantial estates, as attested by many high-profile inheritance disputes. We do not know the magnitude of this problem as there is no survey of land ownership in Kampung Baru.
A major obstacle to developing Malay properties is this multiple and unclear ownership, and the attendant difficulties in decision making. Unless resolved, this will remain an insurmountable obstacle to development.
Tun Razak was aware of this when he started Felda. Thus Felda land cannot be subdivided but must be inherited by only one son. This apparent contradicting of Islamic and traditional inheritance practices did not prompt outcries from the Islamists and traditionalists. They saw it as a sensible solution to a major problem.
This ownership conundrum in Kampung Baru and other Malay reservation land could be solved by creating a family corporation, where the ownership of the title may be divided but the land itself cannot; it remains under this new entity.
In his forthcoming book, "The Long Divergence: How Islamic Law Held Back The Middle East", Timur Kuran suggests that Arab (and Muslim) underdevelopment is attributed in part to this inheritance practice. While the Quranic injunction is just, it results in the fragmentation of estates. The European medieval practice where the entire inheritance went to the eldest son may be unjust but it had the advantage of keeping intact the family's estate.
It is this fragmentation of estate that prevented Muslim enterprises from growing from one generation to the next, a problem shared by Malays. However, we have yet to acknowledge let alone solve it. Consider the current inheritance litigation over Naza Corporation; there are many others.
As for restrictive land ownership, statutes like the Malay Reservation Act are not unique to Malaysia. America has its Indian Reservations and Hawaiian Native land trusts. That did not prevent development on those reservations as attested by the gleaming casinos and hotels. In Hawaii, native trust land can be leased long term; its low price compared to freehold properties a competitive advantage. An all-Malay ownership need not be an obstacle to development; cheap land could be a formidable advantage.
As for the tangled ownership, the entire Kampung Baru could be made into a corporation with its present owners as shareholders. That corporation could then negotiate with developers, foreign and local, to get the best deal for a BLT (Built, Lease and Transfer) or similar arrangement for the whole area. Those owners would get a unit or more in the development based on their contributions through their land. The rest would be rented out, as with any development. Properly structured and managed, a gentrified Kampung Baru could be an economic jewel as well as the model for developing other Malay reservation land.
The government's proposed Kampung Baru Development Corporation, already approved by the Cabinet, is precisely the wrong approach. It is a top-down initiative, with the corporation controlled by ministry bureaucrats instead of the landowners. It calls for a GLC to develop the property, presumably without competitive bidding (as is the usual practice with these GLCs). That is just another scheme to enrich the politically powerful.
These and other dilemmas of Malays could be solved only through careful studies and analyses. The faculties needed for that are humility (to facilitate your knowing what you don't know), political skills (to craft the necessary compromise among the competing demands) and intellectual integrity (to enhance your learning curve).
Unfortunately those are the very skills lacking among our leaders today. Consequently, count on Perkasa and Kampung Baru being with us for a very long time. — bakrimusa.com

Anifah: Blok minyak hak Brunei tapi Malaysia kongsi hasil..he..he..berkongsi dengan negara budiman la katakan...!!!

Posted: 07 Jun 2010 08:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Jun — Walaupun Brunei merupakan pemilik sah dua blok minyak iaitu Blok L dan M, namun Malaysia tetap menerima bahagiannya bagi hasil minyak dan gas di kedua-dua kawasan minyak berkenaan, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Menjelaskan pertikaian berhubung kedua-dua kawasan minyak itu, beliau berkata perkongsian hasil adalah sesuatu yang tidak mustahil menerusi perjanjian komersial yang dimeterai pemimpin kedua-dua negara dalam Pertukaran Surat pada 16 Mac 2009.
Bagaimanapun, kedua-dua negara masih membincangkan nisbah kerana Brunei mempunyai hak kedaulatan ke atas kedua-dua blok minyak tersebut, katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.
"Jika kita melihat dengan teliti tafsiran undang-undang berdasarkan UNCLOS (Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut) 1982 adalah jelas kedua-dua blok itu milik Brunei.
"Kita telah mendapatkan pandangan beberapa pakar perundangan dan peguam maritim mengenai perkara ini," katanya ketika diminta mengulas jawapan beliau kepada soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar meminta kerajaan menyatakan kesahihan keputusan kerajaan Persekutuan menyerahkan blok-blok tersebut kepada Brunei dan isu mengenai hak kedaulatan sempadan perairan di kawasan berkenaan tidak dirujuk kepada Parlimen dan Dewan Rakyat.
"Kesemuanya (blok-blok berkenaan) milik mereka jadi bagaimana kita mahu mengarah mereka berbuat sesuatu? (Brunei mungkin berkata) jika anda mempunyai permintaan yang berpatutan, maka saya akan
menimbangnya... tetapi jika anda mendesak, sudah tentu kami akan kata ia milik kami, mengapa kami patut tunduk kepada kemahuan anda?"
"Apa yang dipersetujui Brunei pada prinsipnya ialah mengenai perkongsian ... tidak kisah banyak manapun, tetapi paling penting ialah mereka menawarkan isyarat persahabatan, ia bukan tentang wang
ringgit," kata beliau.
Terdahulu ketika menjawab soalan Anwar (PKR-Permatang Pauh) di Dewan Rakyat, Anifah menjelaskan elemen yang terkandung dalam pertukaran surat pemimpin kedua-dua negara, terutamanya yang melibatkan persempadanan maritim dan darat Malaysia-Brunei, adalah sah dan tidak bercanggah dengan peruntukan Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan seperti dakwaan sesetengah pihak.
Beliau juga menegaskan bahawa elemen itu juga tidak mengubah sempadan mana-mana negeri yang berkaitan, malahan mengesahkan sempadan yang wujud di antara Sabah dan Sarawak dengan Brunei.
Pertukaran Surat itu mengandungi empat elemen penyelesaian bagi isu tuntutan bertindih antara Brunei dan Malaysia iaitu persempadanan maritim, aturan komersial, persempadanan darat serta akses maritim.
Anifah berkata pada masa ini, kedua-dua pihak sedang melaksanakan kesemua elemen penyelesaian seperti yang terkandung dalam Pertukaran Surat itu. — Bernama

Anwar: Israel berani kerana dilindungi Amerika

Posted: 07 Jun 2010 08:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Jun — Tekanan harus dilakukan terhadap Amerika Syarikat (AS) supaya tidak lagi menyokong dan melindungi keganasan rejim Israel, demikian gesaan anggota Dewan Rakyat hari ini.
Mereka sepakat bahawa Israel berani bertindak sesuka hati kerana dilindungi kuasa besar, dan oleh itu, Amerika Syarikat perlu didesak supaya tidak melindungi kezaliman rejim Yahudi itu.
Ketika memulakan perbahasan usul mengecam kezaliman tentera Israel menyerang kapal Freedom Flotila yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) berkata selama ini AS dan Israel telah menjalinkan hubungan yang erat sehingga menyebabkan rejim zionis itu bebas melakukan apa sahaja tanpa rasa takut.
"Saya berpendapat Israel mungkin tidak mempunyai kekuatan untuk menyerang (Freedom Flotilla) tanpa dokongan AS. Usul ini hendaklah menuntut AS dengan tegas menghalang zionis Israel daripada terus melakukan kezaliman dan keganasan kepada rakyat Palestin.
"Saya juga mendesak agar usul ini menggesa AS supaya tidak lagi melindungi perbuatan jenayah dan keganasan yang dilakukan Israel," kata Anggota Parlimen Permatang Pauh itu yang turut menyokong usul tersebut.
Wakil MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN-Bentong) berkata beliau berharap AS tidak lagi menggunakan kuasanya menyekat tindakan yang perlu diambil oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
"Rejim zionis ini merasakan bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja kerana dilindungi kuasa besar seperti AS. Adalah diharapkan, menerusi usul ini, AS tidak lagi berterusan menggunakan kuasa vetonya ke atas Majlis Keselamatan PBB," katanya yang juga Menteri Kesihatan dan Timbalan Presiden MCA.
Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng (DAP-Bagan) pula berkata Malaysia yang mempunyai hubungan dengan AS boleh menyampaikan mesej tersebut.
"Sebagai sebuah negara (Malaysia) yang ada hubungan dengan AS, sepatutnya kita boleh sampaikan kepada AS sebagai seorang kawan. Tanpa sokongan dan dokongan AS, Israel tidak berani (untuk) bermaharajalela. Kalau ini berterusan (memberikan sokongan), Israel akan dilihat seperti Nazi Jerman yang membunuh dengan zalim dan kejam sekali," katanya.
Beliau turut mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya bersemuka dengan Presiden AS Barack Obama secepat mungkin bagi menyatakan kecaman terhadap Israel.
"Jalan paling berkesan ialah pergi ke Washington dan saya tahu Washington tidak suka dengan cara ini ... beritahu depan muka dia (Obama) jangan hanya cakap yang manis. Kita sedia anggap Perdana Menteri sebagai wira kalau berani bercakap dengan Obama. Kita beri sokongan pada usul ini," katanya.
Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar-Baharu) pula menggesa Parlimen supaya mendesak AS memutuskan hubungan dengan Israel manakala Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pula menyifatkan Israel menjadi angkuh kerana mendapat sokongan daripada AS.
"Keangkuhan Israel adalah kerana mendapat sokongan kuasa AS dan kuasa sekutunya. Israel ini hanyalah negara nyamuk sahaja. Ini menjadikan mereka kuat adalah kerana kuasa besar yang menjadi pendorong kepada Israel," kata beliau BK.
Sementara itu, Datuk Joseph Entulu Belaun (BN-Selangau) pula berkata kritikan dan hentaman seluruh dunia termasuk sekutunya AS sering kali dipandang remeh oleh Israel selain tindakan AS yang dilihat tidak tegas dalam memberikan kritikan.
"Dunia sedar AS hanya memberikan kutukan secara ringan sahaja yang menampakan ketidakadilan kepada rakyat Palestin," katanya yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Wakil MIC Datuk Dr S.Subramaniam (BN-Segamat) pula berkata bahawa sudah tiba masanya untuk tindakan menggunakan saluran perundangan antarabangsa dan tekanan terhadap kuasa-kuasa besar dilakukan.
"Apakah justifikasi pembunuhan kejam ini? Apakah dunia hanya akan memerhatikan kekejaman rejim Israel yang tiada hadnya tanpa membuat sesuatu?
Dunia kini tidak boleh lagi berdiam diri dengan hanya sekadar memprotes terhadap kekejaman rejim zionis ini," kata beliau yang juga Menteri Sumber Manusia.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) mahukan agar Malaysia menerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mencadangkan agar setiap misi kemanusiaan diiringi pasukan ketenteraan dari setiap negara.
Usul yang dibentang Perdana Menteri diluluskan selepas perbahasan lebih lima jam oleh 28 wakil rakyat. — Bernama

K'jaan: Lesen judi sukan belum dikeluarkan..ha.ha..jawapan lepas tengkuk..hi.hi..kalau 11 hb ni Berjaya laksanakan judi Bola...ape citer he.he..!!!

Posted: 07 Jun 2010 03:14 AM PDT


Kementerian Kewangan masih belum mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kerana kerajaan masih mendapatkan maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara berkenaan.
Dalam satu jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, kementerian itu berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan/memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia.

"Kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat Ascot Sports bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di malaysia.

"Kerajaan masih mendapatkan maklumbalas/pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia," kata kenyataan bertulis itu.
Jawapan bertulis itu dikeluarkan bagi jawapan soalan Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Tian Chua (Batu) dan Loke Siew Fook (Rasah).