Nuffnang

Pengikut

Tunduki Hatimu

1
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Tunduki Hatimu


Kompleks Pas...

Posted: 06 Jun 2010 07:16 AM PDT

Mohd Rashidi Hasan

30 Jun lepas tercipta suatu lembaran sejarah baru buat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) apabila majlis pecah tanah Kompleks PAS di Paya Indah Wetlands, Dengkil dirasmikan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kompleks baru yang dianggarkan menelan belanja RM30 juta ini merupakan satu lagi mercu tanda yang menjadi titik tolak kesinambungan perjuangan Islam, yang dipelopori PAS sejak lebih setengah abad. Kompleks yang bakal dibina, mengandungi Pejabat Agung PAS, Pusat Konvensyen, kompleks kediaman dan perniagaan dan sebagainya.

Di majlis tersebut, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta sebahagian besar pemimpin tertinggi PAS Pusat, hadir sama menyaksikan majlis pecah tanah.

25 tahun lalu, di Lorong Haji Hassan, Jalan Batu Geliga, Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar didirikan. Pada ketika itu seluruh kawasan tersebut di kelilingi dengan kebun getah dan kebun buah-buahan. Mantan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri yang pada ketika itu menjadi Setiausaha Agung PAS menjadi peneraju utama atau arkitek pembinaan Markaz Tarbiyyah.

PAS tidak mempunyai sumber kewangan. Maka setiap ahli dan penyokong PAS bertungkus lumus mengumpul dana dan membantu pembinaan secara gotong-royong, termasuk membuat jalan masuk ke Markaz Tarbiyyah. Penulis masih ingat sewaktu PAS menganjurkan ceramah kali pertama di situ.

Dalam suasana gelap gelita kepekatan malam, kami bersila di celah-celah kebun getah untuk mendengar ceramah. Dari situlah antara detik-detik mula kemanisan perjuangan dalam PAS.

Kami mengutip derma pada setiap kali ceramah. Mengumpulkan dana bagi membantu pembinaan Markaz Tarbiyyah PAS sedikit demi sedikit. Pembinaan Markaz Tarbiyyah dimulakan dengan membina sebuah pejabat dua tingkat, sebagai pusat operasi pentadbiran PAS Pusat.

Bangunan dewan yang dinamakan Dewan Dato' Fadzil Noor dan perpustakaan Ustaz Yusuf Rawa dibina kemudian. Dalam tempoh 25 tahun Markaz Tarbiyyah PAS Pusat begitu nostalgik dan amat besar jasanya kepada pembangunan serta perkaderan aktivis PAS.

Sejurus sebelum Pilihan Raya Umum 2008, PAS membuat satu anjakan baru. Pejabat Agung PAS dipindahkan pada penghujung 2007, ke bangunan baru di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Namun bangunan 7 tingkat itu tidak mampu menampung kepesatan operasi PAS lalu sebuah jawatankuasa bangunan yang diketuai Dato' Husam Musa ditubuhkan. Beliau beserta beberapa orang AJK bertungkus lumus mencari dana, mencari lokasi dan menyediakan pelan pembangunan Kompleks PAS.

dari : Tuan Ibrahim Tuan Man

dollah yankee

0
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

dollah yankee


Dewan Rakyat hari ini 'Very Busy'

Posted: 06 Jun 2010 06:39 PM PDT




Hari ini Dewan Rakyat akan bersidang lagi. Gurkah-gurkah politik di'port' juga kata yang sidang dewan kali ini 'will be damn busy'.

Dewan Rakyat akan sibuk bukan lah sebab Najib nak bentangkan usul untuk kondem Israel berhubung dengan serangan mereka keatas kapal yang menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, tetapi dewan akan sibuk sebab hari ini juga para-para MP Jawatankuasa Hak dan keistimewaan akan menyiasat dakwaan mengatakan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang telah mengelirukan dewan rakyat dengan isu APCO-Israel.

Pada hari terakhir sidang dewan 22 april lalu suara majoriti dari MP BN telah bersetuju untuk menghadapkan Anwar kepada Jawatankuasa itu kerana mengaitkan telah 1malaysia dengan SatuIsrael.

Disamping itu, dewan juga akan sibuk bertukar tempat duduk berikutan kemenangan wakil Pakatan Rakyat di pilihanraya kecil Sibu serta MP Wangsa Maju yang tiba-tiba berubah jadi katak, juga pertukaran beberapa timbalan menteri dalam rombakan kecil kabinet baru-baru ini.

dollah yankee -
Hari ini kerusi yang ada ialah: BN-136 , DAP-29 , PKR-25 , PAS-23 , PSM-1 , BEBAS aka KATAK-8


!! BUJANG SUSAH !!

0
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

!! BUJANG SUSAH !!


MAVI MARMARA: KEKUASAAN ALLAH

Posted: 06 Jun 2010 07:59 PM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم

Maha Suci Allah..



ALLAH itu Maha Berkuasa. Kunfayakun, jika dikata jadi, pasti akan berlaku. Kuasa Allah juga jelas ditunjukkan ketika kejadian serangan komando Israel ke atas kapal Mavi Marmara Ahad lalu yang disaksikan bukan seorang malah hampir kebanyakan sukarelawan Malaysia yang turut serta dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza itu.

Timbalan Presiden Yayasan Amal, Jamuliddin Ilias cukup terpegun apabila melihat sekumpulan ikan lumba-lumba berenang laju mengiringi kapal itu sejam sebelum serangan dimulakan seakan memberi tanda sesuatu yang buruk sedang hampir di belakang mereka.

"Sepanjang perjalanan, ada juga kami memancing, tetapi jangankan dapat ikan, bayangnya juga tiada, tetapi entah dari mana datangnya, tiba-tiba sekumpulan ikan lumba-lumba ada di belakang kapal mengiringi kami. Ia bagai satu tanda.

"Banyak sebenarnya kejadian pelik yang dapat dilihat sepanjang insiden itu. Antaranya, angin kuat yang muncul tiba-tiba setiap kali komando Israel membaling bom asap pemedih mata. Banyak yang mereka lontar tetapi satu pun tak jejaskan kami. Tak ada seorangpun cedera atau pedih mata.


"Tiap kali bom itu meletup, ada angin kuat menolak asap ke arah lain. Beberapa orang di kalangan kami pula boleh dengan selamba mengutip bom kosong itu umpama mengutip bertih jagung dan membuangnya ke laut. Tak langsung terasa gentar," katanya.

Menurut Pengerusi Aqsa Syarif, Hasanuddin Mohd Yunus, pula ia disifatkan sebagai bantuan Allah yang mengirimkan tenteranya untuk menghulurkan bantuan. Malah, kejadian ikan lumba-lumba itu juga membuktikan kekuasaan Allah.

Jamuliddin menyambung ceritanya dengan berkongsi satu senario pelik dan lucu di mana ramai tentera Israel yang lari dan tak berani menghampiri beberapa sukarelawan yang hanya mempertahankan diri menggunakan botol air mineral.

"Bukannya berbahaya pun. Sekadar baling botol mineral ke bot mereka. Kelam kabut mereka lari. Apabila mereka berpatah balik, kami mengacah dengan tangan kosong, itupun mereka cuba mengelak.

"Paling tidak boleh dilupakan, ketika kami semua sudah ditawan, ada beberapa rakan lain yang cedera parah diangkut dengan pengusung ke helikopter dan melalui kami. Terharu rasanya kerana meskipun kecederaan mereka sangat parah, tiada langsung tanda kesakitan di wajah mereka.

"Malah mereka masih tersenyum dan melambai gembira ke arah kami. Salah seorang daripadanya dikhabarkan sudah meninggal dunia," katanya.

Doktor perubatan dari Haluan Malaysia, Dr Arba'ai Shawal, pula masih jelas terbayang bau wangi umpama kasturi yang dihidu dari tiga jenazah sukarelawan Turki sebelum beliau melangkah keluar dari Mavi Marmara.

"Saya pernah ke gua di mana menjadi tempat nabi disembunyikan ketika perang Uhud yang baunya masih kuat sehingga kini. Bau tiga jenazah itu memang sama dengan bau itu. Sebak di hati saya kerana wajah mereka juga tidak seperti baru menempuh kesakitan. Nampak seakan tersenyum," katanya.

Burung layang-layang di tengah laut dan hinggap di atas kapal pastinya pelik. Ini kerana burung itu selalunya terbang berkawan dan tidak ada di tengah laut. Namun, ia disaksikan sukarelawan Malaysia dari Muslim Care Malaysia, Halim Muhamad Redzuan beberapa jam sebelum serangan udara dilancarkan tentera Israel.

"Ia mungkin nampak seperti tidak ada apa-apa petanda tetapi bagi saya ia cukup pelik dan luar biasa. Apatah lagi, ia muncul beberapa ketika sebelum serangan udara dilancarkan," katanya.

Mustapa Mansor dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia pula menyifatkan tidak ada apa yang lebih menyentuh perasaannya dan di luar kebiasaan apabila melihat beberapa Ahli Parlimen dari pelbagai negara sanggup tidur di lantai bersama sukarelawan lain sebagai tanda bersatu berjihad untuk penduduk Palestin.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

BERBONGGOL DI KEPALA BERPAKAIAN TAPI TELANJANG

Posted: 06 Jun 2010 05:37 AM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم



"dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini" –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-






" akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat" - hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.





UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

UMNO NI TAK PERNAH TARBIAHKAN VINCENT TAN KE?

Posted: 05 Jun 2010 09:57 PM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم

Vincent Tan - Saya Tak Faham lah Pembangkang ni !!

Ketika pembangkang menentang kuat kelulusan judi sukan, hartawan Vincent Tan berjanji akan mendermakan lebih setengah bilion untuk tujuan kebajikan.

Vincent, antara lelaki terkaya di negara ini berkata wang sejumlah RM525 juta itu akan didermakan melalui yayasannya Better Malaysia Foundation. Wang itu diperoleh daripada penjualan kepentingan dalam Ascots Sports bulan lalu kepada Berjaya Corp, konglomerat yang dikawalnya.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa beliau menaja ahli atau parti politik sebagai balasan terhadap kerajaan yang meluluskan kelulusan lesen tersebut. Tan sambil berkata, beliau tidak faham mengapa pembangkang membantah keputusan menghalalkan pertaruhan judi sukan.

"Apakah mereka tidak boleh membuat pertaruhan?" katanya dengan menyindir tindakan PAS dan DAP mengesploitasikan isu ini bagi kepentingan politik mereka.

Tan juga memberitahu, pulangan daripada pertaruhan haram dianggarkan di antara RM20 bilion hingga RM30 bilion setahun. Akibat pertaruhan haram itu katanya, kerajaan kehilangan 10 peratus hasil dalam bentuk cukai, yang dianggarkan bernilai antara RM2 bilion hingga RM3 bilion.

Justeru Tan berkata, pulangan ini akan membantu kerajaan yang sedang memikirkan untuk mengurangkan subsidi, yang turut membebankan pihak berkuasa dengan hutang.

Malah katanya, ramai yang tidak menyedari bahawa pengendali pertaruhan haram bergandingan dengan Ah Long, yang turut membebankan orang ramai.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


11A ..ADAKAH MEREKA BUKAN ASET KEPADA NEGARA INI?

Posted: 06 Jun 2010 07:23 PM PDT

P1000292Pengerusi HRP Negeri Sembilan S.Siva dan rombongannya ziarah seorang pelajar cemerlang yang memperoleh 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia telah dinafikan peluang untuk menyambung Pelajarannya dalam bidang yang dicita- sitakannya sejak kecil lagi; iaitu bidang perubatan. Walaupun Negara kita kini kekurangan pakar perubatan, kerajaan memilih untuk tidak membenarkan Pelajar Cemerlang dari kalangan masyarakat India untuk mengambil bidang ini.
Gomalah a/p Ganeswaran yang berasal dari Bandar Seremban Selatan, 7km dari Bandar Seremban, berkata kegembiraan beliau yang ada pada waktu beliau mengambil keputusan SPM kini sudah hancur kecai dan sudah menjadi sesuatu yang mendukacitakan apabila mengetahui bahawa pelajar Melayu lain dari sekolah beliau yang mendapat 4 atau 5 A sahaja telah diberi peluang untuk belajar di Kolej – kolej Matrikulasi di serata Negara. P1000301





Gomalah juga dengan sedih memberitahu bahawa semua kawannya yang dari masyarakat India mengalami nasib yang sama dengan beliau, iaitu diminta untuk belajar di Tingakatan 6, yang mana peperiksaannya dikatakan ketiga tersusah di dunia. Beliau ternyata gelisah dan resah dengan masa hadapannya kerana, selepas keluar STPM, dia masih kena bersaing dengan pelajar Melayu yang lain dari Matrikulasi yang mana peperiksaannya jauh lebih senang.

LAWATAN BIRO PEMBANGGUINAN TANAH DAN WILAYAH KE PULAU PINANG

Posted: 06 Jun 2010 07:08 PM PDT

Mazlan Aliman Ke Penaga


KIRIMAN PAS BUKIT BENDERA





Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah Pas Pusat Tuan Mazlan Aliman menerima laporan isu RTB Projek Tebatan Banjir Sungai Muda Pulau Pinang dari AJK Bertindak RTB Kawasan Guar Kepah Penaga Kepala Batas dari Sr.Roslan Ishak.

YB.Hj Salleh Man wakilkan s/u khas beliau Saiful Lizan Md Yusuff menerima laporan RTB Guar Kepah Penaga Kepala Batas.
Picture 079Mazlan Aliman Ke Penaga

Taklimat RTB Guar Kepah disampaikan oleh AJK Bertindak kepada Tuan Mazlan Aliman.
Mazlan Aliman Ke PenagaMazlan Aliman Ke Penaga
Secara ringkas kegagalan mengurus,permasalahan penduduk yang dibangkitkan dan tidak ambil peduli ahli Parlimen Kepala Batas dan Adun Penaga dalam isu ini menyebabkan Tuan Mazlan Aliman berjanji akan membawa mereka semua ke sidang Parlimen nanti.
Mazlan Aliman Ke PenagaMazlan Aliman Ke Penaga
Timbalan Pesurujaya Pas P.Pinang merangkap penyelaras Dun Penaga berbincang sesuatu dengan Ajk Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah Pas Pusat.

MIC untung 3 kali, Umno pulang tangan kosong!

Posted: 06 Jun 2010 07:05 PM PDT


Iskandar A Samad

Kemenangan BN di Hulu Selangor dikatakan memberi suntikan semangat kepada Umno di Selangor. Tetapi betulkah begitu?

Umno sebenarnya tidak dapat apa-apa dari kemenangan tersebut. Malah rombakan kabinet minggu lepas menunjukkan bahawa MIC yang untung besar.

Mula-mula calon MIC telah menang dan MIC mendapat seorang ahli Parlimen.

Kemudian bekas calon MIC untuk kerusi itu pada PRU 2008, G. Palanivel, telah dilantik sebagai Senator. Beliau tidak dipilih menjadi calon untuk pilihanraya kecil baru-baru ini kerana dikatakan tidak popular. BN telah memilih P. Kamalanathan walaupun Palanivel adalah pilihan MIC. Saya yakin perlantikan sebagai Senator ini adalah janji BN kepada MIC setelah tidak menurunkan Palanivel sebagai calon. Oleh itu, MIC mendapat seorang Senator.

Kemudian pada rombakan kabinet minggu lepas, MIC dapat lagi durian runtuh. Palanivel telah dilantik Timbalan Menteri.

Jadi MIC mendapat seorang ahli Parlimen, seorang Senator dan seorang Timbalan Menteri. Apa yang UMNO dapat?

Pemimpin UMNO berkokok seluruh negara tentang kemenangan BN tetapi pada hakikatnya UMNO pulang dari Hulu Selangor dengan tangan kosong.

ANWAR HADIR PERASMIAN DAN BANTUAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT

Posted: 06 Jun 2010 06:30 PM PDT






Permatang Pauh- Dato Seri Anwar Ibrahim yang dalam rangka lawatan sehari ke parlimen beliau di Permatang Pauh sempat hadir dalam majlis penyampaian bantuan kepada sekolah agama rakyat

Dalam usaha meningkat mutu pengajaran Sekolah Agama Rakyat di Pulau Pinang, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau .Pinang telah menambah peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Tahfiz pada tahun 2010 menjadikan jumlahnya RM1.75 juta berbanding RM1.5 juta tahun lepas.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebanyak RM380,950 diberikan kepada 102 Sekolah Rendah Agama dan RM25,000 lagi kepada lima buah Sekolah Tahfiz.

Menurut Dato Seri Anwar Ibrahim lagi , bantuan kepada SAR ini juga meliputi Madrasah Manabil Ulul, Penanti sebanyak RM197,000, Madrasah Al-Irsyad Al Asyraf Al-Watanaiah RM159.000, Madrasah Al-Aminiah RM183,000, Sekolah Menengah Islam Ad-Diniah RM166,275, Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART) sebanyak 120,000, Sekolah Menengah Othmaniah RM90,000, Institut Pengajian Ar- Razi RM70,000 dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Khairiah Islamiah RM23,000.

Manakala SABK Al-Masriyah menerima bantuan berjumlah RM30,000, SABK Maktab Wan Jah RM13,000, SABK Faqiyah Daimiah, Permatang Pauh RM22,000, SABK Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiyyah RM25,000, SABK Daeratul Maarifil Wataniah 1 RM25,000, SABK Daeratul Maarifil Wataniah 2 RM19,000, SABK Al-Mashoor Islami RM25,000, SABK SMATI RM22,000, SABK Al-Mashoor Islami RM25,000, SABK Al-Imam An Nawawi,Lahar Minyak RM3,000, Sekolah Menengah Al-Itqan RM96,275 dan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum, Permatang Pauh RM45,000.

Turut sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman, Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malek Abul Kassim, Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Mohd Salleh Man serta ADUN Sungai Bakap, Makhtar Shapee.

PAS TAMBUN ADAKAN GOTONG ROTONG DI GUGUSAN MANJOI

Posted: 06 Jun 2010 06:19 PM PDT








Ipoh- Lajnah Kebajikan PAS kawasan Tambun menggerakkan jentera muslimin dan muslimatnya untuk mengadakan gerak kerja gotong royong kebajikan untuk penduduk kampong di Kampung Dato Ahmad Said 1,2 dan 3 yang mana di laksanakan dibawah lajnah kebajikan PAS Tambun baru-baru ini .Kawasan Gugusan Manjoi adalah antara kawasan penempatan kaum Melayu.



Menurut Pengerusi Lajnah kebajikan PAS Tambun En Sufian bin Abd Shukor , seramai 200 ahli yang bergerak serentak di semua kawasan yang di kenalpasti dan merupakan satu projek pilot untuk kebajikan masayarakat dan juga sebagai satu kempen membersihkan longkang, peparitan ,membina,membaiki kawasan yang dikenalpasti punca tersumbatnya longkang dan pembiakkan nyamuk aedes .



Program tahunan dan juga program kebajikan ini akan diteruskan dari masa ke semasa sesuai dengan konsep PAS FOR ALL ini juga, menurut En Sufian adalah sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada masyarakat. Malah turut serta ahli Kelab penyokong PAS terdiri dari kaum India yang juga terlibat secara langsung membersihkan kawasan.Seramai 30 ahli kelab penyokong PAS yang terdiri dari kaum India ini sanggup menyertai program gotong royong di penempatan kaum Melayu dan akan di adakan pula program yang sama di penempatan kaum India pula.



ADUN PERMATANG PASIR SAMPAIKAN BANTUAN BASIKAL KEPADA MURID SEKOLAH

Posted: 06 Jun 2010 06:16 PM PDT


ADUN PERMATANG PASIR SAMPAIKAN BANTUAN BASIKAL KEPADA MURID SEKOLAH



PERMATANG PAUH – ADUN PAS Permatang Pasir YB Salleh Man baru-baru ini telah menyampaikan sumbangan kepada Dua beradik, iaitu Nor Hamsah Nordin,15, dan Nor Liyana Nordin,14, kerana mereka terpaksa berjalan kaki selam 45 minit dari rumah mereka yang terletak di pekan Permatang Pauh ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sama Gagah kerana berasal dari keluarga susah dan tidak berkemampuan.


Namun kesusahan yang dialami kedua pelajar ini mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Mohd Salleh Man yang prihatin dengan memberi sumbangan berupa dua basikal untuk dua anak En Nordin.

Menurut YB Salleh Man , sumbangan diberikan memandangkan kedua-dua beradik itu amat memerlukan kederaan untuk memudahkan mereka ke sekolah bagi menimba ilmu.


"Saya berharap agar sumbangan yang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka seterusnya membolehkan mereka untuk belajar dalam keadaan yang lebih selesa dan mungkin dengan sedikit bantuan ini dapat dimanfatkan mereka dan kemungkinan juga mereka boleh berjaya disuatu hari nanti" demikian jelas YB Sallehman.


Namun begitu, mereka tidak pernah merungut, sebaliknya bersyukur kerana mereka masih dapat ke sekolah untuk menima ilmu.

Nor Hamsah yang merupakan anak sulung dari empat beradik itu berkata, dia dan adiknya akan keluar dari rumah seawal jam 6.45 pagi agar mereka tidak terlewat sampai ke sekolah.

"Saya tidak kisah untuk berjalan kaki ke sekolah walaupun tahu akan risikonya kerana tidak mahu menyusahkan ayah. Lagipun, kami berdua sudah biasa begini dari dulu lagi dan sumbangan ini amat berharga bagi kami.". demikian jelas adik Nor Hashimah.

Bapa mereka En Nordin Said,50, berkata,beliau merasa terhutang budi kerana wakil rakyat PAS prihatin walau ada sesetengahnya berkata sumbangan ini kecil sahaja.Namun bagi saya sumbangan ini besar buat anak saya, dan saya ucapkan terima kasih diatas sumbangan basikal ini.

YB SALEHMAN SAMPAIKAN BANTUAN KEPADA SURAU TERBIAR

Posted: 06 Jun 2010 06:09 PM PDT


YB SALEHMAN SAMPAIKAN BANTUAN KEPADA SURAU TERBIAR



PERMATANG PAUH –YB Salehman sekali lagi memberi bantuan apabila menyampaikan bantuan kepada penduduk Taman Cermai di Permatang Pauh Baru-baru ini.Bantuan berupa peruntukan baikpulih surau terbiar.

Inisiatif masyarakat sekitar Taman Cermai, dekat sini, untuk mengimarahkan kembali surau terbiar wajar dijadikan contoh dan harus di ikuti oleh masyarakat yang lain kerana walaupun mereka ,penduduk beragama islam adalah minority di taman Cermai ini , namun semangat gotong royong yang di usahakan oleh penduduk bagi menghidupkan semula suarau yang terbiar ini perlu di beri kredit kerana prihatin dengan keadan suarau yang terbiar ini.



Menurut Pengerusi Surau al-Syifa, Mokhtar Mohamad ,melihatkan keadaan surau yang sebelum ini terbiar hamper 7 tahun ,timbul rasa insaf bahawa keadaan sebegini adalah tidak baik untuk umat islam, lagi pula ianya boleh di manfaatkan oleh penduduk di kawasan ini untuk aktiviti keagamaan sama ada kelas fardhu ain,kelas mengaji dan juga aktiviti keagamaan yang lain.



Menurutnya, hasil perbincangan serta bantuan yang dihulurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melalui Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (SPT) menjadikan surau yang dahulunya terbiar kembali meriah dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan surau.

Menurut beliau lagi aktiviti seperti Kelas agama, kelas Iqra', sambutan maulidur rasul dan juga aktiviti korban merupakan antara aktiviti yang dianjurkan surau dalam mengimarahkan surau ini dan saya berharap agar surau ini akan sentiasa aktif dengan pelbagai aktiviti untuk masyarakat setempat," katanya.




Sementara itu , ADUN Permatang Pasir,YB Mohd Salleh Man ketika meninjau surau yang baru dibaik pulih itu berharap agar masyarakat lebih bertangungjawab dan menjaga agama dengan sebaik mungkin dan percaya dengan peruntukan ini akan dapat dimanfatkan oleh umat islam khasnya penduduk Taman Cermai bagi aktiviti keagamaan dan kuliah-kuliah agama di surau tersebut.






YB PR DI SEKOLAH

Posted: 06 Jun 2010 05:00 AM PDT



Upacara perasmian membina Laluan Berbumbung (Gajah Menyusu) untuk kemudahan murid2..oleh YB Shuhaimi B Shafie, ADUN Sri Muda..bersama Guru Besar dan YDP Sekolah Kebangsaan Sek27(1)..Shah Alam..pada Sabtu 5/6/2010..9.30pagi..

Upacara perasmian Pecah Tanah untuk membina Laluan Berbumbung (Gajah Menyusu) Sek.Kebangsaan Sek27 (1)..Shah Alam Selangor..oleh YB Tuan Shuhaimi b Shafiei, ADUN Sri Muda.

Ini ada lah inisiatif daripada pihak PIBG sekolah..untuk mendapatkan apa yang sepatutnya pihak sekolah dapat demi keselesaan anak-anak murid..anak- anak murid tidak seharusnya dijadikan mangsa..kelak negara yang akan rugi.. memandangkan diatas kesedaran inilah kami PIBG sekolah telah mengadakan program ini supaya memberikan kesedaran pada pihak JPNS supaya tidak berat sebelah dalam menyalurkan peruntukan kesekolah-sekolah.



ADA GURU BESAR PENAKUT UNTUK MENJEMPUT WAKIL RAKYAT PR......SEKOLAH KEBANGSAAN CINA BIJAK...







RAKYAT MARHAEN

0
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

RAKYAT MARHAEN


Judi: Wanita PR serah memo kepada Awang Adek esok

Posted: 06 Jun 2010 07:41 PM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Sekretariat Bantah Judi (Sendi) akan menyerahkan memorandum membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 kepada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein di Parlimen, esok.
Menurut Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Salbiah Abdul Wahab, Sendi  ditubuhkan hasil persidangan meja bulat yang disertai Wanita Pakatan Rakyat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) minggu lalu.
Beliau berkata, penubuhannya bertujuan membela golongan sasar iaitu wanita, anak-anak dan keluarga yang akan menjadi mangsa akibat ketagihan pertaruhan judi oleh suami mereka.
Sebagaimana badan-badan lain yang menentang judi, katanya Sendi juga bertujuan menentang lesen judi sukan.
"Dan pada masa yang sama, selaku pimpinan wanita di Malaysia, Sendi memfokuskan sasaran utamanya adalah membela wanita, anak-anak dan keluarga yang kelak menjadi mangsa akibat ketagihan pertaruhan judi oleh suami-suami mereka.
"Di kala seluruh dunia bersorak gembira meraikan kemenangan pasukan bola sepak kegemaran mereka, jangan ada wanita di Malaysia yang teraniaya oleh angkara judi bola ciptaan Umno BN," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Sementara itu, Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) mengubah tarikh penghantaran memorandum membantah judi bola sepak Piala Dunia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Setiausahanya, Suhaizan Kaiat, berkata memorandum yang pada awalnya dijadualkan diserahkan kepada Najib esok di Parlimen dipinda kepada 15 Jun.
Katanya, sehingga kini sebanyak 22 badan bukan kerajaan (NGO) menganggotai GMJ bagi menyatakan bantahan dan mendesak kerajaan membatalkan lesen judi tersebut yang dianugerahkan kepada Kumpulan Berjaya.
Menurutnya lagi, kemuncak bantahan tersebut ialah Himpunan 100,000 Rakyat Membantah Judi Sukan yang akan diadakan pada 3 Julai ini untuk menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Rundingan Volkwagen-Proton ditamatkan

Posted: 06 Jun 2010 07:35 PM PDT

Rundingan bagi kemungkinan jalinan pakatan antara pembuat kereta Jerman, Volkswagen dan pengeluar kereta nasional, Proton dibatalkan.

Dalam satu kenyataan ringkas hari ini, Proton berkata Volkswagen mengesahkan yang syarikat itu kini mempunyai keutamaan lain dan potensi kerjasama dengan pembuat kereta Malaysia itu tidak boleh diteruskan.

Sebagai satu daripada pengeluar peralatan tulen (OEM) terbesar dalam industri, Proton berkata Volkswagen, yang ditubuhkan pada 1937, akan menjadi rakan kongsi kerjasama yang menarik bagi Proton.

Proton berkata syarikat menerima keputusan Volkswagen itu.

Namun begitu, syarikat akan meneruskan strateginya dalam OEM tempatan dan pelbagai negara Asean. Ini termasuk kerjasama produk dengan pengeluar kereta Jepun, Mitsubishi, projek EMAS dan pembangunan model baharu yang lain.

Proton, yang mencatatkan peningkatan jualan bagi model Saga, Persona dan Exora, berkata syarikat kekal komited untuk mengukuhkan kehadirannya di China melalui kerjasama dengan Youngman.

Memanfaatkan momentum yang amat baik bagi keputusan tahun kewangan 2009/10, Proton berkata syarikat juga meninjau untuk menembusi pasaran Asia yang dalam masa terdekat serta terus mengukuhkan kedudukan dalam negara.

Proton, yang ditubuhkan pada 1983, merupakan pengeluar automobil terbesar Malaysia dan satu-satunya pengeluar kereta OEM sepenuhnya di Asia Tenggara.

Syarikat itu mempunyai operasi di pasaran utama dari UK hingga Timur Tengah, serta seluruh Asia Tenggara dan Australasia, terutama di negara-negara seperti China, India dan Iran

- Bernama

Muktamar PAS sentuh keberkesanan gandingan Hadi, Nasharudin?

Posted: 06 Jun 2010 07:26 PM PDT


Nasharudin dikatakan gagal menjadi timbalan yang berkesan kepada Hadi semenjak dilantik semula tahun lalu. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 7 Jun — Muktamar Tahunan PAS kali ini di Kota Baru tidak melibatkan pemilihan, tetapi ia disebut-sebut akan tetap panas lagi menarik tumpuan dengan fokus terhadap keberkesanan kepimpinan barisan kanan sebagai persiapan menghadapi pemilihan tahun depan dan juga pilihan raya umum ke-13.
The Malaysian Insider difahamkan pemimpin yang akan menjadi tumpuan dan berada dalam senarai teratas sebutan perwakilan ialah Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, yang menewaskan dua pesaingnya dalam pemilihan setahun lalu.
Pada Jun lalu, Nasharudin dengan mudah mengetepikan kedua-dua naib presiden ketika itu Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.
Turut disebut-sebut akan menjadi tumpuan persidangan ialah Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali, yang turut didakwa mempunyai "hubungan rapat" dengan Umno tetapi awal tahun ini terlepas daripada hukuman ringan jawatankuasa disiplin.
Seorang perwakilan mendakwa keberkesanan gandingan Presiden dan Timbalan Presiden PAS akan disentuh memandangkan ada pihak dalam parti berpendapat bahawa Nasharudin, yang juga Ahli Parlimen Bachok, tidak memainkan peranan sebagai gandingan secara berkesan kepada orang nombor satu sejak dipilih semula sebagai timbalan presiden tahun lalu.
"Kami mahukan seorang timbalan presiden yang berkesan kepada presiden, yang dapat memainkan peranan dengan baik sebagai timbalan presiden," kata pemimpin ini yang akan menghadiri muktamar sebagai perwakilan.
Perkara tersebut akan ditimbulkan pada muktamar bagi memperkuatkan kepimpinan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang selaku rakan dalam Pakatan Rakyat.
"Kami mahu PAS dilihat sebagai rakan mantap dalam Pakatan Rakyat... untuk itu, timbalan presiden (harus) menjadi gandingan mantap kepada presiden," kata perwakilan dengan merujuk kepada gandingan kepimpinan bekas presiden Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Ada kawasan yang hendak membawa usul, ada yang hendak memberikan nasihat ketika perbahasan dengan harapan akan ada perubahan (dalam tempoh setahun ini).
"Jika tiada perubahan, langkah susulan akan diambil semasa pemilihan tahun depan," kata perwakilan itu dengan merujuk kepada pemilihan tahun depan.
Tindakan ini dilihat bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan pada Oktober lalu, kira-kira empat bulan selepas pemilihan parti, Mursyidul Am PAS telah mendesak diadakan muktamar khas untuk menukar beberapa pemimpin kanan parti termasuk Nasharudin.
The Malaysian Insider juga difahamkan sentimen itu masih wujud sehingga sekarang dan akan dibawa ke muktamar minggu ini.
PAS hanya dijadual mengadakan pemilihan pada tahun depan.
Pemerhatian The Malaysian Insider menunjukkan Nasharudin yang mendapat "sokongan" kumpulan ulama dan "restu" Hadi semasa pemilihan tahun lalu kelihatan masih mempunyai hubungan rapat presiden.
Nasharudin menghadiri majlis perasmian Dewan Perhimpunan Penyokong PAS yang diadakan di Klang bulan lalu.
Gerak-geri beliau memperlihatkan masih menjalin hubungan sihat dengan Hadi dengan memainkan peranan sebagai seorang timbalan presiden.
Perwakilan itu memberitahu The Malaysian Insider Nasharudin sudah tidak "serapat" dengan Hadi berbanding dulu.
Malah perwakilan itu mendakwa Hadi juga ada meluahkan pendapatnya mengenai isu kepada rakan-rakan rapatnya tetapi kesahihan belum dapat disahkan.
Mengulas isu tersebut seorang ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad mengakui ada mendengar dakwaan sedemikian.
Bagaimanapun beliau hanya menyifatkannya sebagai satu "persepsi politik" semata-mata.
"Ia kemungkinan satu perspesi sahaja, yang mungkin tidak dikongsi oleh semua orang," kata Ahli Parlimen Kuala Selangor ini dan juga bekas pengarah pusat penyelidikan PAS.
Pemilihan jawatan timbalan presiden tahun lalu juga dilihat sebagai saingan kumpulan profesional yang mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan kumpulan ulama yang sedia bekerja dengan Umno demi kepentingan Islam, yang dikaitkan dengan kerajaan perpaduan.
"Bagi sesetengah daripada kami, pendirian Nasharudin masih belum jelas (dalam isu kerajaan perpaduan).
"Isu kerjasama dengan Umno tidak ditangani dengan sepenuhnya," kata seorang lagi pemimpin PAS dengan merujuk kepada kenyataan Nasharudin yang menyentuh tentang hubungan PAS-Umno Mac lalu, pada majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Berucap pada majlis pelancaran buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata, Nasharudin dipetik berkata yakin usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.
Beliau berkata, semua pihak tidak harus bersikap mengalah walaupun beberapa usaha sebelum ini bagi mewujudkan persefahaman antara parti politik terbesar umat Islam iaitu PAS dan Umno terhenti di separuh jalan.
Muktamar tahunan kali ini akan diadakan di Kota Baru sempena 20 tahun pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan Nik Aziz.
Justeru, The Malaysian Insider difahamkan pentadbiran Kelantan juga tidak akan terlepas daripada kritikan dan pandangan panas para perwakilan.
Husam merupakan salah seorang Exco dalam pentadbiran itu, yang kebelakangan ini dikaitkan secara langsung dengan isu-isu menyentuh kerajaan negeri Kelantan dan kepimpinan Nik Aziz.
Ini termasuk pemberian konsesi balak, pelantikan blogger Syed Azidi Abdul Aziz atau mesra dikenali Kickdefella ke dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan dipecat akhir tahun lalu.
Isu menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abd Rahman yang diminta melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif PMBK juga dipercayai akan disentuh.
"Bagaimanapun perwakilan akan berhati-hati apabila menyentuh Tok Guru disebabkan populariti beliau di luar parti," kata seorang ahli PAS dari Kelantan.
Dalam pada itu, Mohamad yang turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa PAS pusat walaupun tewas tahun lalu berkata, beliau berharap perwakilan akan berani meluahkan pandangan mereka ketika muktamar kali ini.
"Muktamar sepatutnya bukan tempat membodek. Jangan syok sendiri sampai rakyat meluat dengan kita. Ahli-ahli mesti berani bersuara tentang penyelewengan, kalau ada," katanya.
Mohamad menambah, pimpinan juga mesti terbuka dengan teguran perwakilan.
"Kalau ada masalah di Kelantan atau Kedah mestilah dibincangkan di muktamar," kata Mohamad dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.

Dewan Muslimat PAS terus serius tuntut jawatan naib presiden

Posted: 06 Jun 2010 07:25 PM PDT


KUALA LUMPUR, 7 Jun — Dewan Muslimat PAS meneruskan usaha serius mereka untuk mendapatkan satu kerusi naib presiden untuk kaum wanita dengan sekali lagi mahu membahaskan usul berhubung perkara itu minggu ini.
Sayap PAS itu pernah membawa usul meminta agar diperuntukkan satu kerusi naib presiden untuk wanita tahun lalu, tetapi tidak menemui hasil yang disasarkan.
Kali ini usul mengenainya dibincangkan di peringkat Dewan Muslimat Khamis ini dan juga satu lagi usul telah dibawa oleh PAS kawasan ke peringkat pusat.
"Di peringkat Dewan Muslimat, kami akan membincangkan (usul ini) tetapi di peringkat PAS pusat kami tidak pasti sama ada ia akan diterima untuk perbahasan ataupun sebaliknya... kami akan menanti keputusan mengenainya," kata Ketua Dewan Muslimat Nuridah Mohd Salleh ketika ditemui The Malaysian Insider baru-baru ini.
"Usul berkaitan dengan kerusi naib presiden untuk wanita pernah ditimbulkan dulu (tahun lalu) tetapi telah ditolak (oleh jawatankuasa usul)," kata Nuridah yang yakin akan berjaya kali berdasarkan senario politik semasa.
Di peringkat pusat, The Malaysian Insider difahamkan usul itu dibawa
oleh PAS kawasan Kubang Kerian, Kelantan.
Muktamar kali ini diadakan di Kota Baru.
Usaha ke arah mendapatkan satu kerusi naib presiden bukan sesuatu yang baru dalam sayap Dewan Muslimat.
Pada tahun 2005, Kelantan pernah menamakan Dr Siti Mariah Mahmod, kini Ahli Parlimen Kota Raja agar bertanding jawatan naib presiden.
PAS pernah mempunyai seorang naib presiden wanita lebih empat dekad lalu, kata Nuridah.
Ketika itu jawatan tersebut dikenali sebagai Naib Yang Dipertua.
Khadijah Sidek, bekas pesuruhjaya PAS Johor dan pernah bertanding kerusi Parlimen Dungun dipilih ke kerusi itu akhir 1960-an.
"Oleh itu saya merasakan wanita seharusnya sama-sama boleh bertanding memenangi jawatan ini bersama kaum muslimin.
"Jika tidak, sekurang-kurangnya kerusi naib presiden dipertandingkan bersama muslimat," katanya.
Bagaimanapun kata Nuridah, pihaknya menyerahkan mekanisme diperuntukan satu kerusi naib presiden kalangan wanita kepada barisan kepimpinan pusat untuk menentukan.
"Tetapi apa yang penting ialah kita mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita (dalam PAS)... jadi kami berharap usul ini akan diterima kali ini," kata beliau dengan merujuk kepada semakin ramai wanita dipilih sebagai wakil rakyat selain memegang jawatan timbalan pesuruhjaya negeri dan timbalan ketua kawasan.

RM525 juta: Duit halal hasil judi?

Posted: 06 Jun 2010 07:05 PM PDT


RM 525 juta, Banyak tu !!! Tan Sri Vincent Tan berjanji akan memberi' sedekah' sebagai membersihkan dosa lesen judi yang diberi kepada syarikatnya oleh kerajaan 1Malaysia.

Setelah menghalalkan lesen judi bola, saya tidak nampak kerajaan 1Malaysia melihat jumlah RM 525 juta yang ingin disedekahkan oleh Vincent Tan sebagai duit haram.

Lagipun Vincent Tan kata itu duit untuk kerja-kerja amal kebajikan. Bukan digunakan sebagai 'pelaburan' untuk membeli undi atau pun rasuah kepada mana-mana YB yang hendak menjadi wakil rakyat bebas.

Lagipun nilai RM 525 juta sangat banyak berbanding maruah wakil rakyat bebas yang dikatakan cuma bernilai RM 2 juta je. Saya merasakan tidak akan ada tawaran 'sedekah' dari Vincent Tan kalau beliau tidak mendapat nasihat daripada pihak tertentu.

Bagi pemimpin yang berfikiran sosialis dan kapitalis mereka tak dapat beza antara duit halal dan duit haram. Bagi mereka duit tu sama sahaja, semua peluang yang ada mereka sapu!

Tetapi bagi mereka yang berpegang kepada ajaran agama lebih-lebih lagi penyokong dan pendokong gerakan Islam, walaupun cuma 5 sen kalau sumber haram, ia tetap haram.

Tidak ada kaedah menghalalkan cara seperti program Loteri Kebajikan yang popular zaman pemerintahan Umno-Barisan Nasional satu ketika dahulu.

Tergamakkah pemimpin Umn0-BN yang menyokong judi menerima sedekah RM 525 juta dari Vincent tan untuk digunakan membina surau atau masjid?

Jika tidak pun didermakan melalui Majlis Agama Islam negeri-negeri untuk diagihkan kepada semua masjid dan surau sepanjang bulan Ramadhan nanti untuk digunakan untuk majlis berbuka puasa atau program mengimarahkan bulan Ramadhan?

Jika Umno-BN tetap berkeras ingin menghalalkan lesen judi, maka saya yakin mereka juga tak ragu-ragu untuk menerima duit sedekah dari hasil judi!Lebih-lebih lagi tokoh-tokoh agama dalam Umno pakat-pakat bisu dalam isu judi. Diam tanda setuju!

Umno: Actor of the year!

Posted: 06 Jun 2010 07:04 PM PDT


Sakit hati bila mendengar penjelasan wakil tentera Israel yang disiarkan sepenuhnya oleh Astro saluran 512. Kononnya kapal yang diserang dikendalikan oleh kumpulan pengganas yang lengkap bersenjata.

Katanya komando-komando Yahudi itu telah diserang. Saya tidak fikir Jamuliddin Elias yang berada di atas kapal itu ada membawa machine gun. Begitulah cerita Yahudi, berdolak dalik, pandai berpura-pura dan mencari alasan.

Begitulah juga perangai pemimpin UMNO. Kononnya marah kepada Yahudi. Bersimpati dengan perjuangan rakyat Palestin. Tapi cerita sebenar adalah sebaliknya.

Dalam diam-diam UMNO dan BN menggunakan khidmat sebuah syarikat Yahudi, APCO, untuk menaikkan imej kerajaan Malaysia. Di antara ahli lembaga pengarahnya adalah bekas pegawai agensi perisikan negara haram Israel.

Rupa-rupa kita bukan bertarung dengan UMNO dan BN sahaja tetapi kita juga berhadapan dengan kepakaran Yahudi yang dulu, kini dan selamanya memusuhi umat Islam. Adakah taktik agensi perisikan Israel di Tebing Barat digunakan di Malaysia?

Parlimen juga digemparkan dengan pendedaham bahawa konsep 1Malaysia kemungkinan diciplak dari konsep 1Israel.

Itu baru APCO. Dalam satu persidangan antarabangsa pula, kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf wakil Hamas yang telah dipilih oleh rakyat Palestin. Tetapi yang dijemput berucap adalah wakil Fatah yang telah kalah kepada Hamas di dalam pilihanraya. Wakil Hamas yang hadir telah diketepikan. Mungkin kerana Hamas dimusuhi oleh Israel maka kerajaan Malaysia pun mengenepikan Hamas. Ikut telunjuk Yahudi.

Kita pun masih ingat tahun 1997. Rakyat dibelasah oleh FRU di Masjid UM kerana membantah kehadiran pasukan kriket Israel di Malaysia. Ramai yang cedera dan ramai yang ditangkap.

Tapi sekarang UMNO mahu menjadi hero. Kononnya mereka sama-sama di dalam perjuangan menentang keganasan Yahudi. Tapi orang kampung sudah tahu. Siapa penipu dan siapa yang berlakon.

YB Iskandar Abdul Samad,
Adun Chempaka.

MARI KITA LAWAN INI TAUKE JUDI...

Posted: 06 Jun 2010 04:30 PM PDT





HAHAHA....UNTUK ANAK MUDA....MARI
KITA TENTANG HABIS-HABISAN TAUKE JUDI INI....
ALONG KUTIP WANG DIEORG PANDAI HARAM...
TAPI INI TAUKE JUDI...DIEORG SANGAT SUKA...

MAI JION GROUP NI KAT FACEBOOK...(KLIK BWH NI)
"ANAK MUDA BENCI TAUKE JUDI VINCENT TAN"....

Fireworks likely at PAS muktamar

Posted: 06 Jun 2010 04:21 PM PDT

Nasharudin continues to be viewed as open to collaborations with Umno, despite his denials. — file pic
KUALA LUMPUR, June 7 — The PAS annual general assembly this week is expected to see some top party leaders coming under fire from the delegates over lingering suspicion of possible unity talks with political foes Umno.
Top of the list to be grilled is its deputy president, Nasharudin Mat Isa, who survived last year's party election in a three-cornered fight against then-vice presidents Datuk Husam Musa and Mohamad Sabu. Also in the delegates' sights is Selangor PAS commissioner Datuk Hasan Ali, who is seen as close to Umno.
Hasan's perceived closeness to Umno has brought him into the line of fire. — file pic
In what was the party's most divisive polls last year, Nasharudin's followers were labelled pro-Umno despite repeated denials by the Bachok MP. Husam, on the other hand, had launched his campaign with a promise to strengthen Pakatan Rakyat (PR) and end what he claimed to be attempts to abandon the coalition.
The election was also seen as a fight between the "professionals," who favour strengthening PR, against the "ulama" faction, who is said to prefer working with Umno in the interest of Islam.
"For some of us, Nasharudin's stand on the party's direction is still unclear. The issue of co-operating with Umno has not been fully addressed," said a PAS insider citing a statement made by Nasharudin on PAS-Umno relationships last March at an event, which was also attended by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Nasharudin had reportedly said at a book launch earlier this year that co-operation between PAS and Umno was a process that required maturity and that both sides were moving into that direction.
The faction opposed to Nasharudin has started meeting with delegates to set the tone for the debate during the muktamar.
However, the Kelantan administration, of which Husam is a member, will also not escape criticism from some of the delegates.
The Malaysian Insider understands that the award of timber concession in the state and the appointment of blogger Syed Azidi Abdul Aziz to the Kelantan government investment arm, PMBK, would also be raised.
The state government has been accused of awarding timber concession to companies close to the Islamist party in return for cash contribution to Kelantan PAS, an allegation that was denied by Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
The role of Syed Azidi, who claimed he was paid RM4 million to undermine former prime minister Tun Abdullah Badawi, would also be questioned.
"But the delegates will be careful when it comes to Tok Guru because of his popularity outside the party," said a PAS member from Kelantan.
Mohamad urged delegates to be vocal in their criticisms during the muktamar. — file pic
Meanwhile, Mohamad who was named to the party central committee soon after his defeat, hoped the delegates would find the courage to speak up during the muktamar. "I hope this muktamar will not end up as a venue for delegates to sing praises for their leaders. It has happened before where we became too self-absorbed and forgot the wishes of the people," said the former PAS Youth chief who was seen to be leading the third force in last year's election.
Mohamad, who has been critical of the "ulama" and "professional" labels used in the party, told The Malaysian Insider the muktamar should be a venue to get things right before the next general election.
"I hope they will speak up on any wrongdoing, if any [exists], and the leaders too must be opened to accept the criticism," said Mohamad.
"The delegates must be brave. They must speak up on any issue affecting us in Kelantan or in Kedah," he added.
This year's muktamar will be held in Kota Baru from June 9 to 13, where over 1,000 delegates are expected to attend.
The newly-formed non-Muslim wing, the PAS Supporters' Congress, will also participate in the muktamar for the first time.

Hari Terakhir Kongres PSM, Kukuh Kerjasama Dengan Pakatan Rakyat

Posted: 06 Jun 2010 04:19 PM PDT

Kongres Parti Sosialis Malaysia (PSM) ke-12 yang berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini membuat ketetapan untuk mengukuhkan lagi kerjasama dengan Pakatan Rakyat demi kepentingan rakyat.

Kata Pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim kerjasama antara parti itu dan gagasan Pakatan Rakyat terjalin melalui pelbagai program berorientasikan rakyat seperti wacana kesedaran dan gerakan rakyat.

Dr Nasir berkata demikian kepada TV Selangor pada hari terakhir kongres bertemakan "Sosialis Menjana Kuasa Rakyat" dan dihadiri kira-kira 300 perwakilan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur.

Selain menyentuh krisis sistem kapitalisme, bencana eko-sistem, krisis ekonomi, polisi Model Ekonomi Baru (NEM), Pilihan raya kecil, Revolusi Venezuela, topik perbincangan turut menyentuh soal kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

"Walaupun kami bukan sebahagian dalam Pakatan Rakyat, namun kami bergerak sebagai kawan, bekerjasama melakukan program bersama. Kita sentiasa bersama," katanya.

"Kita mengadakan forum, jemput kawan-kawan dari luar untuk menceritakan tentang pembangunan di Malaysia, masalah dan penyelesaian. Kita sebut hubungan kita dengan Pakatan Rakyat," katanya.

PSM ditubuhkan pada tahun 1998 dan didaftarkan pada tahun 2008.

Parti itu kini mempunyai dua wakil rakyat yang menang  pada Pilihanraya Umum 2008 di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat, PKR iaitu Ahli Parlimen Sungai Siput, Michael Jeyakumar dan Dr. Nasir sendiri sebagai ADUN KOta Damansara.

Bagi Jeyakumar, kongres ini memuatkan perbincangan demi memperkasa keutuhan Pakatan Rakyat dalam mengharungi pilihan raya akan datang.

"Kita bincang apakah cara yang boleh memperkasakan prestasi Pakatan Rakyat dan pembangkang pada pilihan raya akan datang. Kita buat penilaian berhubung program bersama rakyat.

"Macam mana kita boleh menjadikan program itu lebih berkesan pada masa akan datang," katanya.

Setiausaha Agung PSM, S.Arutchelvan berkata, ia adalah kongres pertama yang diadakan di Kuala Lumpur, merangkumi delegasi dari sembilan negeri, delegasi barisan hadapan dan kumpulan masyarakat PSM.

"Kita membentang tiga kertas kerja dan 26 usul. Banyak usul berkisar kepada masalah dalaman parti dan isu lain," kata beliau.

Reclaiming Gaza

Posted: 06 Jun 2010 04:18 PM PDT

JUNE 6 — Palestine has always been a hot issue in Malaysia, used to great effect to rally and unite people.
It has also been used to score political points, be it against rival parties or the United States when direct criticisms against Washington is not seen as kosher.
This past week, the travels and travails of the Turkish aid ship MV Mavi Marmara captured Malaysia's imagination when the Israelis carried out a bloody raid to stop it from breaching the Gaza sea blockade.
The ship was part of nine ships in what is known as the Freedom Flotilla to send aid to a besieged and blocked Gaza, ruled by Hamas which has been named a terrorist organisation.
Most of the Palestinians there, Muslims or Christians, have little to do with the daily battle than began long after the state of Israel was founded in 1948. Some, however, provide the martyrs and warriors who lob rocks, rockets and whatever they can find against the foot soldiers and settlers sent in by Tel Aviv.
Since Hamas took over in 2002, the Palestinians have suffered much and it worsened when Egypt closed the Rafah crossing to deprive them of weapon supplies. Unfortunately, it also meant the Palestinians cannot cross to work in Egypt or bring back much needed food and medical supplies.
That was the reason behind the ships that went as the Lifeline for Gaza — a collection of activists funded in part by the Perdana Global Peace Organisation founded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.
With one ship named after a dead US activist and others provided by like-minded people, the Freedom Flotilla was born and headed for Gaza. After last Monday, nine Turkish activists are dead and the blockade remains in place.
Twelve Malaysians have returned with another six in the MV Rachel Corrie on their way home, declared as heroes for daring the might of the Israeli Defence Forces (IDF). The Palestinians remain cut off, hungry and helpless, while Putrajaya fetes the Gaza dozen and the later half-dozen with a nasi lemak breakfast in the Prime Minister's personal residence.
For Datuk Seri Najib Razak, the moment today is the start for Barisan Nasional (BN) to reclaim the Palestine cause from being hijacked by Pakatan Rakyat (PR) which organised a massive march to the US embassy to show their anger over the Israeli raid.
PR also used the raid to score political points against BN, demanding them to drop public relations strategist APCO Worldwide because it has Jewish links — proving once again that any cause can be twisted to hobble any rival.
A slow condemnation of the raid left Najib  and Wisma Putra open to ridicule by his political rivals and activists, so today's nasi lemak meal, complete with Palestinian scarves and Turkish button badges, was a chance for him to retake the initiative and insist that the raid was a moral victory for Malaysia.
It doesn't matter to the Palestinians who we call heroes. They are still bereft of the supplies promised to them and they have yet to reclaim a Gaza free of blockades and violence.
They are the real heroes, for standing up and keeping hope that we, the people of the world, have not forgotten them. We can celebrate the safe return of family and friends but let's not forget that our happiness is not shared by those in Gaza.

Bantuan Tidak Sampai Ke Gaza, Muhyiddin Tidak Peduli?

Posted: 06 Jun 2010 04:16 PM PDT

Jawapan sambil lewa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai status penghantaran bantuan kepada rakyat Palestin yang mungkin tidak sampai kepada mereka, ditegur pimpinan Pakatan Rakyat.

Mengulas kenyataan Muhyiddin itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid kesal kerana  Muhyiddin sebagai antara pimpinan negara seharusnya memberi  jawapan yang lebih menyakinkan.

"Yakinkan rakyat yang memberi sumbangan ini,yang memberi sumbangan yang banyak kepada rakyat Palestin ini, harus dan wajib disampaikan ke matlamatnya," katanya kepada TV Selangor.
Sebelum ini, rakaman visual Muhyiddin menunjukkan beliau berkata begini: "Kita kurang pastilah...Bila kapal-kapal sudah ditahan begitu, dah dirampas, memang saya tak fikir dia akan hantar barang-barang ke Gaza. Jadi, kita kurang pasti perkara itu akan dilakukan oleh Israel. Jadi, kemungkinan tidak sampai..."

Abdullah Sani sebaliknya berkata, Muhyiddn juga harus menegaskan pendirian Malaysia bahawa negara tidak akan tunduk kepada kuasa Tel Aviv itu.

"Kita kena mainkan peranan. Kita mesti menggertak Israel Yahudi ini supaya mereka tidak sewenang-wenangnya menggunakan kuasa.

"Tujuan asal kita ialah barang itu kena sampai ke Palestin, itu penting. Dan kalau sekadar pergi KLIA, itu hanya sekadar retorik, tidak menyakinkan. Maknanya, Muhyiddin tidak buat kerjalah..." katanya.

Mengulas isu sama, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula menyifatkan jawapan Muhyiddin itu adalah jawapan klise.

"Kerajaan Malaysia seharusnya lebih pro-aktif dan bukan lagi memberi jawapan yang standard begitu, seolah-olahnya tidak berani menyuarakan pandangan atau tindakan yang lebih kehadapan," katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga mahu membuat usul di Parlimen supaya Malaysia menjadi penganjur kepada misi bantuan kemanusiaan ke Gaza selepas ini.

"Kita harus meningkatkan kembali usaha tersebut. Saya rasa ada banyak lagi kapal yang ingin ke Gaza. Biar apa pun yang terjadi, walaupun mungkin akan menjadi korban tetapi biar dunia melihat, kita tidak berhenti setakat ini sahaja," katanya.   

"Bagi saya, Malaysia harus untuk merancang, menganjurkan supaya lebih banyak kapal akan ke Gaza dan memastikan bekalan itu sampai kepada umat Islam Palestin di Gaza," katanya.

Setelah Dimalukan Pemuda Umno Mahu Kumpul Penyokong Berdemonstrasi..ha.ha...berapa upah...!!!

Posted: 06 Jun 2010 04:04 PM PDT

SHAH ALAM 7 Jun - Pemuda Umno mahu mengupah lebih 15,000 penyokong Barisan Nasional untuk menunjukkan kemarahan mereka terhadap keganasan rejim Zionis Israel yang menyerang dan menawan kapal misi kemanusiaan MV Marmara ke Semenanjung Gaza minggu lalu.
Ini berikutan insiden yang memalukan apabila rakyat Malaysia memulau demonstrasi anti-Zionis Israel anjuran Pemuda Umno dengan hanya kehadiran kira-kira 200 penyokong di Masjid Negara Jumaat lalu.
Lantas Pemuda Umno dikatakan bercadang mengadakan demonstasi secara tertutup di Stadium Bukit Jalil pada 12 Jun depan untuk menunjukkan kepada rakyat mereka juga mampu menandingi sokongan padu rakyat yang diberikan kepada demonstrasi Pakatan Rakyat bersama badan bukan rakyat dari Masjid Jamek Kampung Baru ke Kedutaan Amerika Syarikat Jumaat lalu.
Lebih 20,000 penyokong Pakatan Rakyat berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat dengan penyerahan memorandum kepada Presiden Barack Obama oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Kerajaan Umno-BN dikritik hebat kerana lembab menyatakan bantahan terhadap kekejaman rejim Zionis Israel ke atas aktivis kempen kemanusiaan 'Lifeline For Gaza' yang membawa bantuan kepada penduduk Semenanjung Gaza.
Hanya setelah 48 jam berlalu barulah kenyataan rasmi pertama kerajaan dikeluarkan berhubung insiden serangan tersebut yang lantas mengaitkan kegagalan tersebut kepada unsur pengaruh firma komunikasi pro Zionis, Apco Worldwide yang diupah oleh Umno-BN.

Umno-BN Tarik Balik Sekatan Import Barangan Zionis Israel Pada 1994

Posted: 06 Jun 2010 04:02 PM PDT

Oleh Fazli Othman
SHAH ALAM 7 Jun - Umno-Barisan Nasional menunjukkan sikap bermuka-muka menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang rejim Zionis Israel tetapi pada masa yang sama membenarkan perdagangan dengan negara haram itu.
Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Badrul Hisham Shaharin (CheGuBard) ini terbukti apabila mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada telah mengubal rang undang-undang menarik balik sekatan import barangan Israel dan Afrika Selatan yang telah dibentangkan di parlimen dan telah diluluskan pada 1994 serta berkuatkuasa  hingga ke hari ini.
"Malaysia menjadi penyumbang besar kepada ekonomi Israel. Umpamanya di Nilai, Negeri Sembilan, sebidang tanah yang dimiliki Tabung Haji yang telah diberikan kepada syarikat minuman, Coca Cola yang kita ketahui secara langsung penyumbang kepda negara Zionis itu untuk membeli senjata.
"Rakyat sudah menyampah dan meluat dengan sikap rejim Umno-BN ini yang tidak mempedulikan nasib rakyat Palestin yang ditindas," tegasnya lagi.
Menyedari hakikat pengkhianatan Umno-BN terhadap perjuangan membebaskan bumi Palestin, rakyat menolak demonstrasi anti Zionis-Israel anjuran Pemuda Umno Jumaat lalu yang tidak mendapat sambutan.
Ini kerana kata CheGuBard, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berada dalam keadaan yang tidak popular.
Beliau berkata pemimpin Umno-BN demi kepentingan politik mereka sebenarnya tidak mempedulikan nasib rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang dikepung oleh rejim Zionis-Israel sejak hampir empat tahun lalu.
Ini berbeza dengan demonstrasi dan persidangan meja bulat di Kampung Baru yang bukan sahaja dihadiri pemimpin Pakatan Rakyat tetapi juga puluhan pertubuhan bukan kerajaan yang menunjukkan sokongan padu kepada inisiatif Pakatan Rakyat.
"Rakyat Malaysia sudah sedia maklum dengan rejim Umno-BN yang hipokrit yang bermuka-muka kerana Israel mempunyai sumbangan ekonomi kepada negara.
"Rakyat sudah tidak pedulikan dengan sikap pemimpin Umno-BN," ujarnya
Tambah CheGuBard, Umno-BN hanya gila publisiti tetapi pada masa yang sama memberikan sumbangan kepada rejim Zionis-Israel yang membunuh rakyat Palestin tanpa belas kasihan.
Isnin lalu, komando rejim zionis telah menyerbu masuk kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan  untuk penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang menyebabkan 9 sukarelawan dan berpuluh lagi cedera dalam serangan tersebut.
Sabtu lalu, kapal Rachel Corrie yang juga membawa bekalan keperluan seperti ubat-ubatan dan keperluan harian telah diarahkan oleh armada tentera laut Israel mengubah haluan ke pelabuhan Ashdod di Israel.
Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang mempertahankan tindakan negara Zionis itu memberikan alasan kononnya bertujuan untuk memeriksa kandungan kapal tersebut bagi memastikan ia tidak membawa senjata.

Sports gambling good for Malaysia, says Vincent Tan

Posted: 06 Jun 2010 04:01 PM PDT

(AFP) - Legalising sports betting in Malaysia will generate over RM3 billion a year for government coffers, the magnate leading the controversial project said in remarks published Sunday.
The government in May granted a sports betting licence to Ascot Sports, a company controlled by influential tycoon Vincent Tan, in a bid to boost tax revenue, but the move has run into stiff opposition.
"By legalising sports betting... the government could earn annual revenue of up to RM3 billion ringgit through taxes," Tan was quoted as saying by the New Sunday Times newspaper.
"Why are some politicians so against this," he added.
Muslim groups have denounced gambling and three opposition controlled states have imposed a ban on legalised sports betting which they fear could cause debt problems for punters and other social woes.
Speaking out against the criticism for the first time, Tan said punters in Malaysia would be able to place their bets from September in time for the hugely popular English Premier League football season.
Tan is chairman and chief executive of property-to-gaming group Berjaya which bought a 70 percent state in Ascot Sports from the tycoon for RM525 million.
He said Berjaya would appeal to the opposition controlled states - Selangor, Penang and Kedah - to lift their ban on legal sports betting.
Berjaya said the illegal sports betting market in Malaysia was worth as much as 20 billion ringgit a year, the paper reported.
Malaysia bans its majority Muslims from gambling but allows betting at a casino operated by Genting Group, on the national lottery and on horse-racing.
Government officials have said they plan to channel the revenue generated from legalised betting into sports development, but that the move will not eradicate match-fixing which has long blighted football in Asia.

Lesen Judi : Kita Perangi UMNO BN Habis-habisan!

Posted: 06 Jun 2010 03:53 PM PDT

Mana-mana orang Islam yang menghalalkan kegiatan judi wajib ditentang kerana telah melakukan jenayah kepada agama dan ummah, begitu kata Mufti Selangor Dato' Setia Mohd Tamyes Abd Wahid.

Menurut Mufti Selangor ini, tiada logik dan alasan yang munasabah untuk membenarkan kegiatan judi berleluasa kerana semua pihak akui bahawa judi membawa mudarat, walaupun keuntungan dari jenayah judi itu digunakan untuk tujuan kebajikan.

TV Selangor menghubungi Dato' Setia Utama Diraja Mufti Negeri Selangor, Sahibus Samahah Dato' Setia Haji Mohd Tamyes Abd Wahid untuk meminta panduan berhubung permintaan hartawan kaya Vincent Tan supaya kerajaan Selangor menarik-balik sekatan keatas pertaruhan judi bolasepak, yang diberi kepadanya oleh kerajaan Pusat.

Vincent Tan memberi jaminan bahawa beliau akan mendermakan RM525 juta hasil judi kepada badan-badan kebajikan.

"Sepatutnya maknanya tidak ada satu agensi atau lebih-lebih lagi agensi kerajaan yang hendak menghalalkan judi bukan senang orang Islam. Sepatutnya orang Islam mematuhi peraturan ketika hidup di dunia sebagaimana yang dikatakan hadis Rasullullah S.A.W : orang Islam ini mesti patuh kepada syarat yang ditetapkan oleh peraturan Allah Subhanallahi Taala. Melainkan satu syarat dia tidak ikut ,kalau ini dilanggar maknanya memang boleh diperangi, contohnya menghalalkan benda yang haram atau mengharamkan benda yang halal, jadi jika seorang Islam yang menghalalkan judi kita boleh memerangi mereka".

Mufti Selangor menasihatkan orang-ramai supaya tidak terkeliru dengan pelbagai alasan yang diberi oleh penguasaha dan penyokong judi sukan ini.

"Sebenarnya hasil judi ini, itu sudah jelas, maknanya hukumnya tetap haram, maknanya hasil judi ni apa cara sekalipun memang ia adalah salah satu sumber yang dilarang oleh agama" .

"Di samping itu juga maknanya tidak ada dosa yang sehebat judi tu, kerana itu kita disuruh memerangi judi itu" tambah beliau lagi.

GMJ: Derma tidak akan menghalalkan judi

Janji hartawan Tan Sri Vincent Tan untuk 'menderma' kepada yayasannya adalah 'gula-gula' untuk cuba memujuk rakyat Malaysia supaya menerima sebagai halal apa yang mereka tahu memang haram, kata setiausaha Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ), Suhaizan Kaiat.

"Tan Sri Vincent Tan jangan fikir rakyat Malaysia termakan dengan gula-gula RM525 juta, yang ditabur atas nama kebajikan.

"Tidak ada rakyat yang hidup bahagia kaya raya hasil daripada judi kecuali syarikat judi sahaja yang kaya raya seperti beliau. Duit yang dikaitkan dengan judi tidak boleh membawa manusia hidup bahagia," kata Suhaizan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Tan - yang memiliki syarikat Ascot Sports yang mendapat lesen judi sukan - untuk menderma RM525 juta, hasil jualan Ascot kepada Berjaya Corps - konglomerat yang dikuasainya.

Tan dilaporkan berkata, sumbangan kepada Better Malaysia Foundation, yang menyediakan biasiswa dan bantuan perubatan, adalah untuk menolak dakwaan yang beliau meraih keuntungan daripada hasil jualan Ascot.

Suhaizan berkata, Tan seolah-olah cuba membayar segala tentangan rakyat Malaysia terhadap judi sukan dengan derma tersebut.

"Apalah maknanya dengan angka RM525 juta dibandingkan dengan kerosakan terhadap keluarga, masyarakat dan negara ekoran daripada kelulusan lesen judi sukan ini.

"Negara terpaksa membayar kerosakkan ini dengan nilai yang jauh lebih besar daripada derma yang akan disalurkan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, GMJ akan berkempen seluruh negara membantah lesen judi sukan sehingga lesen ini ditarik balik.

"Saya menasihatkan kepada Tan Sri Vincent Tan agar menyerahkan duit derma tersebut kepada pihak yang meluluskan lesen judi tersebut. Barangkali mereka memerlukan," tambahnya.

Siapakah Agen Yahudi Yang Sebenar?

Posted: 06 Jun 2010 03:51 PM PDT


Rakyat Tolak Sikap Hipokrit Umno-BN Bersekongkol Dengan Pro Zionis Apco

SHAH ALAM 6 Jun - Demonstrasi anti Zionis-Israel yang dianjurkan Pemuda Umno di Masjid Negara tidak mendapat sambutan sekaligus menunjukkan rakyat sedar bahawa Umno-Barisan sebenarnya hipokrit kerana bersekongkol serta mengupah firma pro-Zionis untuk menasihati kerajaan.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata kehadiran rakyat begitu ramai di Kampung Baru semasa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar IBrahim bersama pemimpin kanan Pakatan Rakyat tanpa mengira kaum dan agama menunjukkan Pakatan Rakyat bersama menentang kekejaman rejim zionis itu.

"Serangan bertalu-talu pemimpin Umno-Barisan Nasional kononnya Pakatan Rakyat telah retak telah dinafikan dengan sokongan puluhan ribu rakyat yang hadir itu.

"Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Maslan Ahmad yang tidak mahu bersama dengan alasan kononnya sudah terlambat dalam persidangan meja bulat yang diadakan di Kampung Baru menunjukkan ketidakmatangan mereka berpolitik.

Menurut Shamsul, pemimpin di negara lain tidak kira pembangkang dan penyokong kerajaan bersatu dalam isu ini tetapi keadaan yang berbeza berlaku di negara ini.

"Kita bersatu dalam isu melibatkan kepentingan bersama, contoh kita lihat dalam isu kepala babi yang diletakkan di dalam masjid, kita tidak menolak ajakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk berdemonstrasi bersama-sama.

"Kita lihat dalam isu kekejaman tentera rejim Zionis ini, pemimpin Umno-BN tidak menyokong mendesak Amerika Syarikat kerana mempunyai kepentingan dengan kerajaan Umno-Barisan Nasional.

"Najib sepatutnya memutuskan hubungan dagangan yang mempunyai kaitan Amerika Syarikat dan Israel serta menamatkan kontrak yang dmeterai dengan Apco dengan segera.

Tambahnya, kerajaan sepatutnya bersama-sama negara lain mengutuk kekejaman rejim Zionis-Israel ini dan menunjukkan kematangan mereka berpolitik dalam isu yang melibatkan kepentingan bersama.Umno yang sering melaungkan perjuangan demi agama, bangsa dan negara hanya mampu menarik kira-kira 200 orang hadir, kebanyakannya ahli Pemuda Umno dalam perhimpunan anti-Israel di Masjid Negara yang diadakan selepas solat Jumaat.

Berbeza dengan perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan penyokong dan berarak dari masjid Jamek Kampung Baru sehingga Kedurtaan Amerika Syarikat, ia hanya berlangsung selama 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda Umno-BN dan wakil NGO tapa sebarang wakil parti komponen BN yang lain.

Ulasan GB
Ternyata kini, siapakah AGEN YAHUDI yang sebenar.

Jikasebelum ini, UMNO mengembar-gemburkan DSAI sebagai agen yahudi, tetapi pertubuhan pro-Israel tertua di dunia, B'nai B'rith International, yang menyifatkan diri mereka jagoan Yahudi sejagat, mengisytiharkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ancaman kepada kaum Yahudi.

Kini UMNO dengan APCO berpisah tiada, UMNO belum mahu memutuskan hubungannya dengan agen Yahudi itu, jelasnya, Presiden UMNO adalah agen Yahudi sebenar. Sebab itu tindak-tanduknya begitu menyimpang jauh dari kehendak agama contoh paling jelas ialah meluluskan lesen judi.

Satu Lagi Syarikat Israel Di Malaysia.

Posted: 06 Jun 2010 03:50 PM PDT

Israel's Ness buys APAR Infotech for $78 Millions
By: IANS - Wednesday, 14 May 2003, 00:00 Hrs

Ness Technologies, one of the largest IT services and solutions providers in Israel, has purchased APAR Infotech, a U.S.-based Indian-owned software company, for $78 million.

In malaysia Ness setup Ness global services Sdn. Bhd. from Singapore partner and buy over Apar technologies in Malaysia. Go to google.com you will get list of detail about this company "ness israel in malaysia"

Company ini dalam usaha mendapatkan MSC status. "Benci Israel tapi mahu adakah hubungan perniagaan". Ini menunjukan secara tidak langsung Malaysia memberi sumbangan kewangan untuk kerajan Israel untuk menghapuskan Palestine".

Bagi pendapat saya. Sesiapa pernah pergi ke Israel tidak perlu dibenarkan memasuki Malaysia. Contohnya Madujeet pengarah NESS Global Service yang datanag dari Singapore perlu diperiksa. Rujuk link di bawah;

http://margeemar.blogspot.com/2010/06/terbongkar-syarikat-israel-beroperasi.html
http://www.allbusiness.com/company-activities-management/company-structures-ownership/5777822-1.html

Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berjumpa dengan Madujeet daripada Singapura untuk dijadikan rakan perniagaan di Malaysia. Kini Madujeet dalam usaha mendapatkan contract dari Petronas. Pada 29/5/2010 Madujeet bersama rakan sekerja di Malaysia Rajeev Nair telah pergi ke Kuantan untuk berjumpa dengan pegawai pengurusan di Petronas Chemical. Rujuk link: http://www.malaysiakini.com/news/54677

Pemuda umno sampai sekarang masih belum senaraikan Syarikat Israel yang beroperasi di Malaysia. PKR perlu buat sesuatu. Rujuk link;

http://www.outsourcingmalaysia.org.my/index.php?pg=news

Orang-orang Israel mengunakan India dan Singapura untuk memasuki Malaysia. Dengan cara ini mereka mendapat kontrak di Malaysia.

Contohnya : Ness Global Service yang berpusat di Israel ada cawangan di India dan singapura. Dalam keadaan ini Israel inginkan kontrak di Malaysia. Oleh itu dari Ness Singapore-Israel telah berpusat di Cyberjaya.

Ness ini mendapat kontrak-kontrak di BAT dan IBM. Kesemua yang bekerja di company ini melalui NEss adalah orang asing. Hanya seorang dua sahaja orang tempatan. Tetapi company ini masih dalam usaha mendapatkan MSC's status. Siapa bodoh...??? Orang Israel atau Kerajaan Malaysia?

Kebanyakan peniaga-peniaga israel datang berniaga di Malaysia melalui Singapore. Dalam hal ini kita membantah sekerasnya peniaga-peniaga yang membawa perniagaan dari Israel. Bagi Saya Orang umno/BN bodoh atau "Indirect funder of Israel military missions".

Israel company operating in Malaysia.

http://www.faqs.org/sec-filings/100315/NESS-TECHNOLOGIES-INC_10-K/v176906_ex21.htm
http://www.outsourcingmalaysia.org.my/index.php?pg=newsx&idc=172
Ness Technologies Sachi Gerlitz www.ness.com
http://www.stockmarketsreview.com/news/5577/

Ness Technologies Slips To Loss In Q1; Backs FY10 View, Shares Down - Update: 28 April 2010

(RTTNews)- Information technology services company Ness Technologies Inc. (NSTC) Wednesday posted a net loss for the first quarter compared to a profit in the prior year. Quarterly net income from continuing operations dropped 72%, despite a 6% growth in revenues.

The company also reiterated its guidance for the full year 2010. NSTC shares are currently trading down by more than 10%. For the first quarter, the Tel Aviv, Israel-based company's net loss was $4.69 million or $0.12 per share compared to a profit of $1.53 million or $0.04 per share last year.

Net income from continuing operations for the quarter was $698 thousand or $0.02 per share, compared to $2.47 million or $0.06 per share last year. Net loss from discontinued operations totaled $5.39 million versus a loss of $943 thousand last year.

Non-GAAP net income from continuing operations was $3.35 million or $0.09 per share compared to $4.67 million or $0.12 per share a year ago. Non-GAAP results exclude, among other items, non-cash stock-based compensation expenses and an insurance settlement in the prior-year quarter related to a 2007 arbitration expense.
On average, four analysts polled by Thomson Reuters expected the company to earn $0.06 per share.

Analysts estimates typically exclude special items. Company website: http://www.ness.com (Malaysia operational centre)


================================================

Ness Technologies Ltd.

President and CEO: Mr. Sachi Gerlitz
Chairman: Aharon Fogel

Main Business Areas:
Ness Technologies (NASDAQ: NSTC) is a global provider of end-to-end IT services and solutions designed to help clients improve competitiveness and efficiency. The Ness portfolio of solutions and services consists of software product development, including both offshore and near-shore outsourcing; system integration, application development and consulting; and software distribution.

With over 7,800 employees, Ness maintains operations in 18 countries, and partners with numerous software and hardware vendors worldwide. For more information about Ness Technologies, visit www.ness.com.
Employees: over 7,800 (in 2008)
Turnover: $ 562.3 million (in 2007)
Website: www.ness.com
Headquarters:
Israel: Ness Tower, Atidim High-Tech Industrial Park, Bldg. 4
P.O.B. 58152
Tel Aviv 61580
Phone: +972-3-7666800
Fax: +972-3-7666809
Email: info@ness.com

United States: 3 University Plaza, Suite 600, Hackensack, NJ 07601
Phone: +1-201-488-7222, Toll-Free: +1-866-NESS-380
Fax: +1-201-488-5040
Email: nessna@us.ness.com

===========================================

UNITED STATES
SECURITIES AND EXCHANGE COMMISSION
Washington, D.C. 20549
FORM 10-Q (Mark One)

QUARTERLY REPORT PURSUANT TO SECTION 13 OR 15(d) OF THE SECURITIES EXCHANGE ACT OF 1934 (For the quarterly period ended March 31, 2010). TRANSITION REPORT PURSUANT TO SECTION 13 OR 15(d) OF THE SECURITIES EXCHANGE ACT OF 1934

For the transition period from ________ to ________ Commission File Number 000-50954

NESS TECHNOLOGIES, INC. (Exact name of registrant as specified in its charter) Delaware, 98-0346908 (State or other jurisdiction of I.R.S. Employer incorporation or organization)

Identification Number)
Ness Tower
Atidim High-Tech Industrial Park
Building 4
Tel Aviv 61580, Israel
Telephone: +972 (3) 766-6800
(Address of registrant's principal executive offices and registrant's telephone number, including area code)

Indicate by check mark whether the registrant: (1) has filed all reports required to be filed by Section 13 or 15(d) of the Securities Exchange Act of 1934 during the preceding 12 months (or for such shorter period that the registrant was required to file such reports), and (2) has been subject to such filing requirements for the past 90 days.

Indicate by check mark whether the registrant has submitted electronically and posted on its corporate Website, if any, every Interactive Data File required to be submitted and posted pursuant to Rule 405 of Regulation S-T (§232.405 of this chapter) during the preceding 12 months (or for such shorter period that the registrant was required to submit and post such files).

Indicate by check mark whether the registrant is a large accelerated filer, an accelerated filer, a non-accelerated filer or a smaller reporting company. See the definition of "large accelerated filer," "accelerated filer" and "smaller reporting company" in Rule 12b-2 of the Exchange Act.

Large accelerated filer ¨ Accelerated filer x Non-accelerated filer ¨ Smaller reporting company ¨

Indicate by check mark whether the registrant is a shell company (as defined in Rule 12b-2 of the Exchange Act).

As of April 30, 2010, 38,263,067 shares of the issuer's common stock, $0.01 par value per share, were outstanding.
Read more: http://www.faqs.org/sec-filings/100506/NESS-TECHNOLOGIES-INC_10-Q/#ixzz0oc4bdYmC

On February 1, 2010, our board of directors resolved to sell our operations in the Asia Pacific region, which operate as part of our System Integration and, Application Development segment and are engaged primarily in providing IT professional services in Singapore, Thailand and Malaysia; and on April 24, 2010, we signed a definitive asset transfer agreement with the buyer. Read more: http://www.faqs.org/sec-filings/100506/NESS-TECHNOLOGIES-INC_10-Q/#ixzz0oc54anBG

Pemuda Umno ditukunkan

Posted: 06 Jun 2010 03:47 PM PDT


http://buletinonline.net/images/stories/berita27/khairy%20jamaludin%20menangis.jpgDewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) merasakan yang PEMUDA UMNO sememangnya patut mempunyai sikap iri hati terhadap parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain setelah pembentukkan kabinet Kerajaan Malaysia yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak (PM) sekali lagi menyaksikan ketua mereka iaitu Khairy Jamaludin (KJ) yang juga merupakan MP Rembau tidak disenaraikan dalam barisan kabinet yang dibentuk.

Walaupun penafian demi penafian dibuat kononnya yang mereka sedikit pun tidak terkilan malah menyifatkan ini sebagai propaganda pihak pembangkang seperti yang terbaru, komen daripada Naib Ketua mereka, Dato' Razali Ibrahim yang mengatakan ini adalah tindakan mereka yang tidak matang dan cuba memutar belitkan isu. Akan tetapi apabila melihat rayuan kepada PM yang datangnya daripada PEMUDA UMNO negeri-negeri seolah-olah tanda mereka sendiri tidak percaya yang ketua mereka disisihkan oleh PM.

Ketua PEMUDA UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali mengingatkan PM supaya tidak sentiasa melupakan KJ. Ada yang berpendapat bahawa KJ setidak-tidaknya harus dilantik menjadi timbalan menteri sepertimana naib ketuanya.

Dalam tradisi UMNO, ketua pemudanya sentiasa diberikan jawatan di dalam kabinet antaranya Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Seri Hishammuddin Hussein dan PM sendiri. Jadi jelaslah ada sesuatu yang tidak kena apabila KJ tidak dilantik menjadi menteri walaupun menang dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu dan menang dalam pemilihan PEMUDA UMNO yang lepas.

Persoalannya, mengapa KJ diketepikan oleh PM sementara Dato' Mukhriz Mahathir dilantik menjadi Timbalan Menteri Jabatan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedangkan beliau kalah dalam pemilihan yang lepas. Mungkinkah KJ dilihat sebagai 'liability' kepada UMNO itu sendiri? Apakah KJ tidak layak dimata PM? Cukupkah sekadar meletakkan KJ di parlimen tanpa ada 'portfolio' yang lain sehinggakan beliau mempunyai banyak masa untuk menyertai latihan Askar Wataniah selama sebulan?

DPPP mengharapkan agar PEMUDA UMNO tegas dan lantang dalam memperjuangkan hak ketua mereka dalam kerajaan PM sekarang agar PEMUDA UMNO terus dapat dilihat 'relevan' dengan suasana politik semasa. Jika tidak, bimbang suatu masa nanti PEMUDA UMNO dianggap sebagai salah satu sayap parti yang hanya digunakan untuk pilihanraya sahaja. Peranan mereka tidak lebih daripada itu kerana jika dilihat senario sekarang jelas memihak kepada parti komponen BN yang lain demi untuk memancing undi kaum lain. Jadi apa peranan PEMUDA UMNO jika ketua mereka sendiri di'tukun'kan oleh PM?

Dialog PKR Selangor bincang isu masyarakat India kecoh

Posted: 06 Jun 2010 03:46 PM PDT


KUALA LUMPUR, 6 Jun — Pertemuan enam bulan sekali bagi membincangkan isu-isu menyentuh orang India anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor malam tadi hampir berakhir pergaduhan ekoran rasa tidak puas hati berhubung langkah-langkah diambil kerajaan negeri membantu komuniti tersebut. Pertemuan diadakan di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam malam tadi.
Ia merupakan pertemuan kedua selepas yang pertama diadakan suku ketiga tahun lalu.
The Malaysian Insider difahamkan kekecohan tercetus selepas ada peserta yang mendakwa kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tidak melakukan yang terbaik untuk masyarakat India termasuk dalam soal pelantikan anggota majlis.
Malah ada yang mendakwa PKR memberi ruang kepada ahli-ahli yang baru datang, dengan tidak memberi perhatian kepada mereka yang berada dalam dalam parti.
Beberapa peserta dikatakan 'menyerang' wakil-wakil rakyat PKR yang hadir, yang didakwa mengutamakan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam menawarkan jawatan kerajaan khususnya ahli majlis.
Mereka dikatakan menegaskan "akan mengajar" PKR dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.
Perkembangan 'mengejutkan' itu diakui itu oleh Naib Pengerusi PKR Selangor M. Muthiah yang mempengerusikan pertemuan kira-kira empat jam.
Bagaimanapun jelas beliau kekecohan yang dimaksudkan "cuma kecil" berbanding pertemuan lebih tiga jam itu.
"Saya mempengerusikan mesyuarat ini. Rasa tidak puas hati memang wujud, tetapi kekecohan (yang dimaksudkan) cuma sekitar 10 minit sahaja, saya memberikan peluang kepada setiap orang bercakap.
"Tetapi apabila anda bercakap secara emosi, ini masalahnya... kita kena bercakap dengan fakta, bukannya beremosi... kadangkala saya nampak budaya lama berterusan, tetapi kita ambil masa untuk membetulkan keadaan ini," kata Muthiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Bukit Melawati ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Muthiah berkata, beliau sudah menjangkakan masalah itu sebaik sahaja difahamkan SMS jemputan yang dikeluarkan telah diubahsuai.
"Apabila saya melihat, saya sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku," katanya.
"Tetapi keadaan dapat dikawal... saya memberitahu mereka yang hadir bahawa jika bersikap sedemikian, kemungkinan sukar untuk memperoleh dewan seperti ini pada masa-masa akan datang.
"Bila saya memberitahu, mereka yang membuat masalah kelihatan tenang," kata beliau yang turut mengakui telah meminta peserta agar tidak mendedahkan isu ini kepada media supaya tidak menjejasjan imej komuniti.
Ketua Ranting TTDI Jaya, Shah Alam K. Jehanson ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, kekecohan timbul kira-kira 11 malam.
"Perang mulut memuncak kira-kira 11 malam dan hampir berakhir dengan pergaduhan, tetapi telah dikawal, sehingga saya sendiri pun tidak dapat membangkitkan tiga isu," katanya.
Ada yang mendakwa 'kaki pukul' juga hadir sama, tetapi Muthiah tidak dapat mengesahkannya.
"Saya tidak pasti," kata Muthiah lagi.
Seorang peserta yang enggan namanya didedahkan berkata, dia dilarang membangkitkan isu pada pertemuan atas alasan bukan ahli PKR.
"Apabila dilarang, saya pun keluar... saya tidak mahu membuat hal," katanya yang enggan mengulas lanjut atas alasan "tidak mahu meludah diri sendiri."
Difahamkan isu yang turut dibangkitkan ialah mengapa tiadanya wakil masyarakat India dalam panel Selcat.
Difahamkan keadaan menjadi tidak terkawal kira-kira pukul 11 malam.
Pertemuan itu yang dihadiri kira-kira 200 orang berakhir tengah malam.
Ia merupakan pertemuan kedua selepas yang pertama diadakan suku ketiga tahun depan.
Muthiah mendakwa kekecohan dicetuskan oleh peserta yang tidak diundang hadir pertemuan itu.
"Kami edarkan jemputan menerusi SMS, tetapi ada pihak yang mengubah kandungan SMS dengan menjemput pihak-pihak tertentu yang tiada kaitan," katanya.
Ekoran itu, turut hadir ialah Senator S Ramakrishnan dari DAP yang menjangka pertemuan tersebut terbuka kepada semua.
"Apabila dijelaskan Ramakrishnan pun faham dan beliau meninggalkan dewan selepas berucap ringkas... malah ada yang menjemput media, tetapi kami biarkan mereka terus berada dalam dewan," katanya.
Wakil rakyat PKR yang turut hadir ialah Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam, Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa dan Adun Sri Andalas Dr. A. Xavier Jayakumar yang juga Exco Kerajaan Negeri.
Selaku Exco, Xavier didakwa menjadi serangan sebahagian besar peserta.
Xavier tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan reaksi beliau selaku wakil kerajaan negeri.
Ketika ditanya sama ada kekecohan ini menggambarkan sokongan masyarakat India kepada PKR dan Pakatan Rakyat akan terjejas, Muthiah menyangkal tanggapan sedemikian.
"Tidak, tidak... yang pentingnya kami mendengar rintihan mereka," kata beliau.

BBCBN: Jangan lantik bekas pegawai kerajaan anggotai lembaga GLC

Posted: 06 Jun 2010 06:24 AM PDT


KUALA LUMPUR, 6 Jun — Kerugian besar dialami dua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dijangka menjadi fokus sidang Dewan Rakyat, yang bermula esok, dengan Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BBCBN) mendesak kerajaan tidak lagi melantik pesara sektor awam menganggotai lembaga pengarah bagi mengelakkan masalah sama berulang. Sehubungan itu, BBCBN mahu mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan memberi penjelasan terperinci bagaimana Pos Malaysia Berhad dan Sime Darby boleh mengalami kerugian antara lebih RM200 juta hingga RM1.6 bilion.
"Saya sendiri akan membangkitkan isu ini... saya merasakan kerajaan tidak harus melantik pegawai-pegawai kanan telah bersara jika mereka tidak komited dan tidak mampu untuk menjalankan tugas mereka dengan baik," kata Timbalan Pengerusi BBCBN Datuk Bung Moktar Radin kepada The Malaysian Insider hari ini.
"Kalau mereka tidak berminat (menerajui syarikat-syarikat besar) jangan paksa mereka memegang jawatan pengarah khususnya di syarikat-syarikat besar dan ternama macam Sime Darby," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.
Mesyuarat kedua penggal ketiga Parlimen akan berlangsung mulai esok sehingga 13 Julai.
Antara anggota lembaga pengarah Sime Darby dan Pos Malaysia kalangan bekas pegawai kanan kerajaan ialah bekas timbalan perdana menteri Tun Musa  Hitam, masing-masing bekas ketua setiausaha negara Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Tan Sri Samsudin Osman, bekas ketua pengarah pelajaran Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin serta Pengerusi Pos Malaysia Tan Sri Dr. Aseh Che Mat dan Puan Sri Nazariah Mohd Khalid.
Bung Moktar percaya bahawa masalah kerugian yang dialami oleh kedua-dua GLC ini berpunca daripada sikap tidak komited ahli-ahli lembaga pengarah.
"Kadangkala kita paksa mereka terima jawatan-jawatan ini... jangan paksa kalau mereka tidak komited, akhirnya yang rugi negara dan rakyat," kata beliau sambil menambah akan menggesa kerajaan mengkaji semula tatacara pelantikan anggota lembaga pengarah dalam GLC.
Kata Bung Moktar, BBCBN juga akan meminta kerajaan menjelaskan bagaimana kerugian kedua-dua GLC itu boleh wujud.
"Kami mahukan penjelasan terperinci, apa punca masalah ini... saya berpendapat bahawa masalah ini tidak harus wujud ketika kerajaan hendak membawa ekonomi ke kedudukan lebih baik," katanya.
Pada Khamis ini kerajaan akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 dan Model Ekonomi Baru untuk dibahaskan.
Negara dikejutkan dengan 'skandal' kewangan dialami oleh Sime Darby dan Pos Malaysia dalam tempoh dua bulan lalu.
Minggu lalu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkata akan memanggil pengurusan Sime Darby dan Pos Malaysia bagi memberi penjelasan berhubung kerugian kedua-dua syarikat itu.
Kedua-dua GLC itu  dijangka dipanggil pada minggu kedua persidangan Parlimen.
Sime Darby dilaporkan mengalami kerugian lebih RM1.7 bilion akibat daripada lebihan kos dalam projek kendaliannya, dan berikutan itu, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, yang kontraknya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan sepatutnya berakhir pada 26 Nov ini, telah diminta bercuti.
Pada bulan lalu Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein memberitahu Dewan Negara bahawa Pos Malaysia mengalami kerugian bagi tempoh tiga tahun lepas berjumlah RM227 juta ekoran pelaburan dalam syarikat penyedia perkhidmatan kargo udara, Transmile Group Berhad.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebelum ini telah menafikan sebarang pembabitannya dalam Pos Malaysia yang mengakibatkan syarikat itu mengalami kerugian.
Sebelum Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu terbesar dan bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menggesa kesemua lembaga pengarah Sime Darby meletakkan jawatan dengan segera.
Isu Pos Malaysia dan Sime Darby juga dijangka menarik perhatian Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas dan wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

Serangan Israel: PBB cadang siasatan antarabangsa

Posted: 06 Jun 2010 06:15 AM PDT


Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon telah mencadangkan penubuhan siasatan antarabangsa terhadap serangan tentera Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza yang mengorbankan sembilan aktivis pro-Palestin, kata seorang pegawai Israel.

Ban telah mencadangkan penubuhan sebuah panel yang diketuai bekas perdana menteri New Zealand Geoffrey Palmer dan termasuk wakil dari Turki, Israel dan Amerika Syarikat, kata pegawai tersebut. Kapal yang diserang itu adalah dari Turki.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu membincangkan cadangan itu dengan Ban pada hari Sabtu dan merancang membincangkan dengan menteri kanannya keesokannya sama ada Israel harus menerimanya, kata pegawai berkenaan yang tidak mahu namanya disebut, lapor Reuter.

Pemimpin Israel telah secara terbuka menyatakan cadangan menubuhkan siasatannya sendiri dengan kehadiran pemerhati asing ke atas serangan tenteranya ke atas Marmara Mavi Isnin lalu.

Ban juga telah membincangnya dengan Perdana Menteri Turki Tayyip Erodogan "pilihan untuk bergerak ke hadapan dengan siasatan dijalankan atas permintaan Majlis Keselamatan", kata PBB di lamanwebnya, yang merujuk kepada permintaan majlis tersebut yang mahukan siasatan yang adil.

Ambil tindakan tegas terhadap rejim Israel

Posted: 06 Jun 2010 06:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) mendesak kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap jenayah yang dilakukan rejim zionis Israel.
Sehubungan itu, Timbalan Pengerusi MPMN, Mohd Fadzil Jamal berkata, usul tergempar di Parlimen harus membawa tindakan mengheret rejim Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk menuntut keadilan 19 orang sukarelawan yang telah dibunuh, baru-baru ini.
MPMN juga, katanya mendesak Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak lebih agresif dan proaktif terhadap jenayah terbaru yang dilakukan Israel seterusnya meminta sekutu kuat rejim Yahudi itu, Amerika Syarikat tidak membenarkan ketidakadilan dan pencabulan hak asasi manusia berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.
"Selain itu, kita berharap kerajaan Mesir terus membuka pintu sempadan Rafah yang memisahkan Gaza dan Mesir bagi memastikan usaha bantuan kemanusiaan daripada seluruh dunia dapat dibawa masuk dengan mudah," ujarnya dalam satu kenyataan, di sini.
Beliau menambah, MPMN juga menyeru mahasiswa dan masyarakat seluruh dunia bersatu hati dan berdiri di atas paksi keamanan sejagat untuk terus memberikan tekanan terhadap rejim Israel dan menyatakan pendirian tegas membenci sebarang bentuk kezaliman dan penindasan.
Baginya, bumi Palestin terus menangis apabila flotila pembebasan Gaza yang membawa bantuan kemanusiaan terus disekat rejim Israel.
Terbaru, kapal MV Rachel Corrie yang disertai sekumpulan sukarelawan pro-Palestin seluruh dunia telah ditawan secara 'aman' oleh armada tentera laut Israel.
Mohd Fadzil berkata, sikap angkuh dan biadap rejim Israel itu terbukti kerana mereka sebelum ini telah menawan kapal Mavi Marmara yang mengakibatkan 19 orang sukarelawan terbunuh dan lebih 30 orang lagi cedera.
Katanya, rakyat Palestin diibaratkan hidup di penjara terbuka kawalan Israel yang menyaksikan setiap usaha membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza sentiasa gagal di mana jalan darat terus disekat, tiada laluan udara dan perairan Gaza terus dipantau rejim zionis.
Tambahnya, serangan rejim Israel baru-baru ini telah membawa masyarakat seluruh dunia tanpa mengira bangsa dan agama turun ke jalan raya mengecam dan memprotes sekeras-kerasnya tindakan biadap mereka itu.
"Situasi getir ini juga mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab mengadakan sidang tergempar. Namun tiada resolusi bertindak yang tegas sehingga sekarang," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, pemimpin utama dunia termasuk Malaysia turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan kejam Israel tersebut kerana telah mencabuli undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

HIDUP! HIDUP!! HIDUP RAKYAT!! TOLAK! TOLAK!! KEZALIMAN

Posted: 06 Jun 2010 06:10 AM PDT






Fadzil Noor pemimpin berpandangan jauh

Posted: 06 Jun 2010 06:08 AM PDT

salahuddin-ayub-ketua KUALA LUMPUR: PAS merampas Kelantan dalam pilihanraya umum 1990 adalah hasil pemikiran dan tindakan bijak presidennya ketika itu, Datuk Fadzil Noor.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pemikiran dan tindakan bijka yang dimaksudkan itu ialah kesediaannya berunding dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan bergabung dengan Semangat 46.
"Walaupun tindakan itu dikecam sendiri oleh penyokong PAS. ia menguntungkan PAS dari segi jangka masa panjang.

"Walaupun Datuk Fadzil mengalah sedikit, Pas tetap memerintah Kelantan sejak tahun 1990 lagi," katanya dalam ucaputama wacana pemikiran Fadzil Noor di ibu negara hari ini.
Ia dihadiri oleh kira-kira 100 orang penyokong parti Islam itu.
Salahuddin berkata, Fadzil setuju dengan pemintaan Tengku Razaleigh yang mahu menjadi menteri besar Kelantan tetapi PAS bertanding di lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan
"Kata Datuk Fadzil, biarlah Tengku Razaleigh nak jadi menteri besar. Tetapi beliau mahu PAS bertanding lebih banyak kerusi DUN dan biarkan Semangat 46 bertanding lebih banyak kerusi parlimen.
"Akhirnya PAS menjadi menteri besar Kelantan sejak tahun 1990 lagi," katanya.
Salahuddin juga berkata, tindakan bijak Fadzil dapat dilihat dalam isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan timbalan perdana menteri pada tahun 1998.
Katanya, Fadzil terbang dari Alor Setar ke Kuala Lumpur untuk bertemu Anwar.
"Ramai penyokong PAS yang membantah dan menentang tindakannya itu," katanya.
Salahuddin berkata, Fadzil bertindak bijak dengan menubuhkan Gerak terlebih dahulu tanpa membawanya dalam mesyuarat PAS.
"Saya yakin jika dibawa ke mesyuarat PAS, ia tidak akan diluluskan dan Gerak tidak akan ditubuhkan," kata ahli parlimen Kubang Kerian itu.
Gerak merupakan petubuhan membabitkan parti poitik pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk membela pemecatan Anwar oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, tindakan bijak bijak dan berpandangan jauh Fadzir itu nyata menguntungkan PAS.
"PAS menang 27 kerusi parlimen dalam pilihanraya umum 1999- yang terbanyak di kalngan parti politik pemabngkang.
"Hari ini pula, PAS memerintah dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah," katanya.

Pulau Pinang tetap larang judi sukan

Posted: 06 Jun 2010 06:02 AM PDT


Kerajaan Pulau Pinang tidak akan berganjak daripada keputusannya melarang judi sukan di negeri itu walaupun terdapat rayuan daripada hartawan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa keputusan itu urusan kerajaan negeri.

Beliau menolak justifikasi Tan bahawa mengharamkan lesen tersebut akan meningkatkan lagi pertaruhan haram dan Lim menyifatkannya sebagai "pandangan peribadi (Tan). Itu haknya."

"Pendirian kita adalah jelas. Ia (judi) adalah keterlaluan dan harus ada pengurangannya," katanya selepas pelancaran Festival Georgetown di Hotel Berjaya hari ini.

Bagaimanapun, tambah Lim, beliau "terbuka" kepada rayuan.

Semalam, Tan yang memiliki syarikat Ascot Sport yang mendapat lesen terebut, berjanji untuk menderma lebih setengah bilion ringgit untuk tujuan kebajikan.

Tan juga menegaskan bahawa langkah menghalalkan judi pertaruhan sukan, akan membantu menangani kegiatan pertaruhan haram.

Tan dilaporkan berkata, beliau akan "merayu dan terus merayu" kepada kerajaan negeri Pakatan berhubung larangan tersebut.

Sementara itu Lim pula berkata beliau belum sebarang rayuan, tetapi mengesahkan bahawa surat rasmi telah dikeluarkan untuk memaklumkan kepada Ascot mengenai larangan tersebut.

Beliau yakin Ascot akan mematuhi keputusan kerajaan negeri mengenai perkara itu.

Menjawab soalan, Lim berkata kerajaan negeri tidak bercadang untuk memantau aktiviti taruhan haram judi sukan.

"Jika ada pertaruhan haram berlaku, ia menjadi tugas (agensi) penguatkuasaan dan polis," tambahnya.

Beliau menambah, pertaruhan melalui telefon dan internet adalah di bawah dalam bidang tugas Telekoms, dan bukan kerajaan negeri.

"Anda harus bertanya kepada perdana menteri tentang hal ini, bukan saya," katanya.

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT