Sabtu, 5 Jun 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Profesor dipenjara anjur pesta sex di rumah

Posted: 05 Jun 2010 03:36 AM PDT

BEIJING: Seorang profesor sains komputer dihukum penjara tiga setengah tahun kerana menganjurkan pesta seks, lapor media semalam.

Ma Yaohai, 53, mengaku tidak bersalah tetapi mahkamah mendapati ada cukup bukti untuk mensabitkannya dengan kesalahan itu.

Sebelum ini, Ma berkata, dia dan kumpulannya menyertai pesta itu atas kerelaan sendiri dan tidak menyusahkan sesiapa.

"Apa yang kami lakukan adalah untuk keseronokan sendiri. Semua peserta melakukannya secara suka rela dan tahu perbuatan itu boleh mereka dihentikan pada bila-bila masa," katanya.

Menurut Ma, perkahwinan seperti air yang mesti diminum.

"Pesta seks pula seperti segelas wain. Anda boleh memilih untuk meminumnya atau tidak," katanya.

Ma menganjurkan pesta seks itu di rumahnya sebelum dia dan kumpulannya ditahan pihak berkuasa. Seramai 18 orang didakwa dan dihukum penjara sehingga dua setengah tahun.

Menurut hakim mahkamah di Nanjing, Ma menerima hukuman lebih berat kerana tidak mengaku salah. - Reuters

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Amalan Kita Kita Tak Mampu Menyaingi Walaupun seekor Ulat Kecil

Posted: 05 Jun 2010 06:21 PM PDT

Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud a.s. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s. "Wahai Nabi Allah! Allah s.w.t telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim'setiap malam sebanyak 1000 kali.

PERKASA Dan Pemuda UMNO Hantar 1000 Sukarelawan ke Ghaza.

Posted: 05 Jun 2010 05:01 PM PDT

Mungkinkah berita ini menjadi Kenyataan?
Mungkin tidak.
Saya juga menunggu kalau -kalau ketua pemuda PAS nak menawarkan diri sebagai sukarelawan ke ghaza...

Maaf sekadar coretan santai di pagi hari..

Kapal Rachel Corrie Sah Ditahan Israel (Laknatullah)

Posted: 05 Jun 2010 03:21 PM PDT

Perdana Global Peace Organization (PGPO) memaklumkan kapal Rachel Corrie yang sedang dalam perjalanan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza kini ditahan Tentera Pertahanan Israel (IDF).
Bagaimanapun Penasihat PGPO, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, maklumat berkenaan masih belum disahkan oleh pihak berkaitan.

"Kita dapat info yang belum disahkan bahawa Rachel Corrie telah ditahan oleh IDF daripada meneruskan perjalanan ke Gaza," katanya melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online.
Difahamkan Rachel Corrie dipintas oleh kapal pasukan tentera laut Israel ketika hanya beberapa kilometer lagi menghampiri Semenanjung Gaza.

Sebelum ini Mukhriz mengesahkan terdapat tiga buah kapal yang dipercayai milik tentera laut Israel mengekori Rachel Corrie sejak kira-kira pukul 3 pagi waktu di Gaza.
Dalam maklumat terkini menerusi laman Twitter, PGPO yang menaja kapal bantuan misi ke Gaza itu menyatakan bahawa semua sukarelawan yang berada dalam kapal berkenaan dilaporkan selamat.
Sementara itu menurut laporan agensi berita AFP, Rachel Corrie tidak mengendahkan arahan tentera laut Israel supaya kapal itu mengubah haluan menuju ke Pelabuhan Ashdod.

"Kami memberitahu beberpa kali kepada penganjur dalam kapal itu supaya menuju ke Pelabuhan Ashdod kerana wujud sekatan untuk masuk ke Semenanjung Gaza, tetapi mereka tetap ingkar," kata seorang jurucakap tentera Israel.

Kapal Rachel Corrie milik Malaysia membawa 1,500 tan pelbagai bantuan termasuk makanan, perubatan dan bahan binaan kepada penduduk Gaza dalam misi tersebut.
Rakyat Malaysia yang berada di atas kapal kargo tersebut ialah Matthias Chang, Sukarelawan PGPO Shamsul Akmar Musa Kamal dan Ahmad Faizal Azumu. Turut berada dalam kapal berkenaan Ahli Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, Wartawan TV3 Halim Mohd dan jurukamera, Mohd Jufri Judin.-mstar

-iklan-
-Siapa mahu widget percuma tanpa popup 100% ciptaan org Muslim dijamin halal-

Gambar yang Menarik Untuk Di lihat

Posted: 05 Jun 2010 10:53 AM PDT



Askar Amarika laknatullah di Iraq.


Jangan lupa tinggalkan link anda di ruangan komen agar saya dapat buat kunjungan balas ke blog anda

Kami Bersama Tuanku

Posted: 05 Jun 2010 09:06 AM PDT

agong
Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah dan Ucap Selamat kepada
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d'Honneur (France)
                 Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda Yang Ke 47
                           Semoga Allah Melanjutkan Usia DYMM Tuanku 

Anak Bapa

Anak Bapa


Cakap Tak Serupa Bikin

Posted: 05 Jun 2010 07:18 AM PDT


Bukan main bersemangat lagi UMNO dan BN bersuara menentang apa yang dikatakan keganasan kerajaan haram Israel ke atas rakyat Palestin terutama yang tinggal di Gaza. UMNO bukan saja mengutuk Israel dan berarak di jalan-jalan raya menunjukkan protes ke atas kejadian terbaru pembunuhan aktivis keamanan di atas kapal Mavi Marmara tetapi juga telah menghantar 1 konvoi keamanan bersama kapal kedua Rachel Corrie (yang ketika blog ini ditulis telah pun ditawan oleh tentera Israel).

Baguslah tu, buat kerja-kerja baik untuk rakyat Palestin. Cuma Anak Bapa nak nasihat, kalau nak lawan Israel, lawan betul-betul. Jangan pula berdegar-degar kutuk Israel sana sini tapi di Malaysia dok buat perangai lebih kurang macam dia orang juga.

Pertama, kenapa masih pakai geng-geng Zionis APCO lagi untuk nak 'jual' Najib sedangkan dah tahu bekas kepala-kepala pengganas Zoinis yang mengawal APCO. Adakah imej Najib lebih penting daripada nyawa rakyat Palestin?

Kemudian tu, tegakkan demokrasi yang betul-betul tulus di negara ini. Jangan amalkan demokrasi hanya jika menguntungkan UMNO/BN, jika tidak untung batalkan, atau gunakan polis dan SPRM untuk menyakatnya.

Jikalau rakyat dah pilih kerajaan negeri yang bukan BN, terima hakikat ini atas semangat demokrasi yang luhur dan jalinkan kerjasama yang baik dan bertanggungjawab, bukan dengan mengujudkan kerajaan dalam kerajaan seperti penubuhan JKKP dan melengah-lengahkan peruntukan kewangan Persekutuan kepada negeri-negeri.

Jangan jadikan negara ini macam Negara Polis, di mana polis dan SPRM menjadi alat kepada pemerintah dan bukan sebagai badan yang bertanggungjawab dan menjaga keselamatan rakyat.

Kebajikan rakyat diuruskan secara berpilih-pilih dengan keutamaan kepada kroni dan suku-sakat BN. Rakyat yang menyokong pembangkang telah didiskriminasikan dan digertak dengan pelbagai ugutan sedangkan perlembagaan kita membenarkan hak semua orang untuk berpersatuan dan bersuara.

Nasihat Anak Bapa kepada UMNO supaya baca dan renung betul-betul apa yang Anak Bapa tuliskan supaya jangan nanti orang kata cakap tak serupa bikin, kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi!


Anak Bapa: Pi mai pi mai dok tang tu jugak!

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


PANAS: Bela kerajaan lulus judi, Vincent Tan rayu negeri Pakatan supaya benarkan judi bola!

Posted: 05 Jun 2010 01:03 PM PDT



Oleh: Pria Malaya

1. Bukti PAS dan Pakatan Rakyat benar2 memperjuangkan isu membanteras judi bola!

2. Bukti kerajaan khususnya UMNO gagal-segagalnya dalam usaha membanteras judi, malah cuba menambah koleksi industri judi di Malaysia!!!

3. Parti non-Muslim (DAP) sanggup membantah judi bola yang didakwanya boleh merosakkan institusi kekeluargaan sehingga mengharamnya di negeri Pulau Pinang..namun di negeri jajahan Umno, kerajaan Umno dilihat akur dan menyokong keputusan kerajaan pusat supaya membenarkan judi disetiap negeri masing2 sehingga banner menyokong judi bola dinaikkan di Terengganu baru2 ini...

3. Najib masih lagi membisu mengenai isu judi bola ini..bukti presiden Umno ini cuba memperbodohkan penyokong2nya..kononnya beliau adalah bersih, dan mahu suci dipandangan penyokong2nya..

4. Mohon kepada semua rakan supaya menghebahkan 'rayuan' Vincent Tan ni keseluruh pelusuk tanah air...pastikan setiap rakyat tahu betapa PAS dan Pakatan Rakyat benar2 ikhlas mahu mengurangkan aktiviti perjudian dinegara ini, sehingga 'jurucakap Umno', Vincent Tan berlutut merayu meminta negeri2 bawah Pakatan Rakyat supaya membenarkan aktiviti perjudian sepertimana yang diluluskan kerajaan Umno!

5. Ingat, desak sampai kerajaan Umno batalkan judi bola ini!..jgn menyerah selagi Najib tidak mengumumkan pembatalan judi bola ini..nak harapkan penyokong Islam dlm Umno?nk harapkan Zulkifli Noordin? Nak harapkan Ibrahim Ali dan blogger2 upahan mereka? jangan haraplah...ini tugas dan tanggungjawab penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat!!!

Judi sukan: Vincent Tan rayu Pakatan jangan berkeras

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Jutawan Tan Sri Vincent Tan hari ini merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) supaya "bersikap adil" dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing.

Setakat ini Selangor, Kedah dan Pulau Pinang telah pun mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan di negeri-negeri berkenaan.

"Saya akan merayu kepada mereka agar adil (dalam hal ini)," kata Tan.

Sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd, syarikat milik Tan bulan lalu, DAP mengecam kerajaan pusat mahu terus memperkayakan tokoh perniagaan itu dengan memiskinkan rakyat jelata.

Tan (gambar) juga berkata, beliau akan mendermakan hasil daripada jualan antara Ascot Sports Sdn Bhd dan Berjaya Corporation Berhad kepada Better Malaysia Foundation.

Di bawah urus niaga itu, Tan akan menjual 70 peratus pegangan dalam Ascot kepada Berjaya Corporation Berhad dan sebanyak RM525 juta daripadanya akan disalurkan kepada badan kebajikan itu.

"Saya tidak akan menerima apa-apa daripada urus niaga ini," kata Tan yang merupakan Pengerusi Berjaya Corporation Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutifnya.

Malah, beliau juga menolak tanggapan bahawa pulangan daripada jualan itu akan pergi kepada faedah parti pemerintah kerajaan persekutuan.

"Ini tuduhan tidak masuk akal sama sekali," kata Tan yang mengecam blogger Raja Petra Kamarudin tanpa menamakan beliau, yang menimbulkan isu berkenaan.

Malah perkara itu turut ditekankan oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini, mendakwa kerajaan pusat meluluskan lesen judi sukan kepada Kumpulan Berjaya sebagai "ganjaran" atas bantuan kewangan yang didakwa telah diberikan syarikat itu semasa pilihan raya.

"Saya percaya Perdana Menteri meluluskan lesen judi ini atas sebab terhutang budi dengan Kumpulan Berjaya yang telah menyokong BN dalam 11 pilihan raya kecil yang lepas.

"Ini kerana banyak duit yang dibelanjakan sebahagian besar daripada duit itu besar kemungkinan datangnya daripada Kumpulan Berjaya dan sebagai ganjaran maka diberikan lesen ini," kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Membantah Judi di pekarangan kompleks membeli-belah Sogo dekat sini petang tadi.

Dalam kenyataannya, Tan berkata, beliau akan menggunakan kesemua ruang yang ada untuk memastikan kerajaan-kerajaan negeri mempertimbangkan semula pendirian sebelum mengambil tindakan susulan mereka.

Bagaimanapun beliau mendedahkan bahawa sehingga 75 peratus operasi akan dikenalikan menerusi "pertaruhan telefon."

"Kini ada 5,000 laman web online, bagaimana ia boleh dihalang?" kata Tan sambil berkata, beliau tidak faham mengapa pembangkang membantah keputusan menghalalkan pertaruhan judi sukan.

"Apakah mereka tidak boleh membuat pertaruhan?" katanya dengan menyindir tindakan PAS dan DAP mengesploitasikan isu ini bagi kepentingan politik mereka.

Tan juga memberitahu, pulangan daripada pertaruhan haram dianggarkan di antara RM20 bilion hingga RM30 bilion setahun.

Akibat pertaruhan haram itu katanya, kerajaan kehilangan 10 peratus hasil dalam bentuk cukai, yang dianggarkan bernilai antara RM2 bilion hingga RM3 bilion.

Justeru Tan berkata, pulangan ini akan membantu kerajaan yang sedang memikirkan untuk mengurangkan subsidi, yang turut membebankan pihak berkuasa dengan hutang.

Malah katanya, ramai yang tidak menyedari bahawa pengendali pertaruhan haram bergandingan dengan Ah Long, yang turut membebankan orang ramai.

"Ini yang menyebabkan orang ramai berhadapan dengan masalah," kata Tan yang bermula sebagai ejen insurans dan kemudian meluaskan rangkaian perniagaan dengan perkhidmatan makanan segera McDonald's.

Berjaya Corporation juga terlibat dalam perniagaan hartanah.- TMI

Berita terdahulu...

PAS: Lesen judi sukan 'ganjaran' Kabinet kepada Berjaya

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendakwa kerajaan pusat meluluskan lesen judi sukan kepada Kumpulan Berjaya sebagai "ganjaran" atas bantuan kewangan yang didakwa telah diberikan syarikat itu semasa pilihan raya.

"Saya percaya Perdana Menteri meluluskan lesen judi ini atas sebab terhutang budi dengan Kumpulan Berjaya yang telah menyokong Barisan Nasional (BN) di dalam 11 pilihan raya kecil yang lepas.

"Ini kerana banyak duit yang dibelanjakan sebahagian besar daripada duit itu besar kemungkinan datangnya daripada Kumpulan Berjaya dan sebagai ganjaran maka diberikan lesen ini," kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Membantah Judi di pekarangan kompleks membeli-belah Sogo dekat sini.

Beliau yang juga anggota Biro Politik PAS mendakwa Najib memberikan lesen judi tersebut kepada Kumpulan Berjaya kerana terdesak apabila mengetahui keadaan kewangan negara tidak seperti yang dijangkakan.

"Keputusan memberikan lesen judi ini adalah satu keputusan mengejut yang dibuat Najib kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam sidang Parlimen.

"Secara zahirnya jelas bahawa beliau terdesak apabila mengetahui keadaan kewangan negara tidak seperti yang dijangkakan.

"Oleh sebab itu beliau memberikan lesen judi ini kepada Kumpulan Berjaya dan saya percaya syarikat ini memperoleh keuntungan sebanyak RM250 juta hasil daripada pertaruhan bola sepak Piala Dunia tidak lama lagi," katanya.

Pelancaran kempen tersebut adalah anjuran Gerakan Membantah Judi (GMJ) yang disertai 22 pertubuhan bukan kerajaan termasuk Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Persatuan Teras Perpaduan Melayu, Dewan Pemuda Masjid, Angkatan Belia Islam Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia, Satu Nama, Jemaah Islah Malaysia dan Jamaiy.

Turut sertai ialah Pengerak Belia Tempatan MPK, Budayawan Bertindak, Seniman Paksi Rakyat, Persatuan Anak-anak Peneroka Felda, Nisa Malaysia, Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia, Persatuan Dharma Sakyamuni, Relawan, Pusat Aduan Rakyat Kempas, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Dewan Pemuda Pusat dan terbaru Pertubuhan Anak Melayu Selangor Darul Ehsan Wilayah Persekutuan.

Ia dilancarkan oleh Pengerusi GMJ Azmi Abdul Hamid.

"Tindakan kerajaan ini merupakan penggadaian rakyat, hak rakyat, kepentingan rakyat demi kepentingan BN.

"Masyarakat sudah tenat dengan masalah judi, ramai yang terjebak dengan Ah Long mengapa mesti nak tambah lagi masalah?

"Yang akan untung hanya dua kumpulan iaitu tauke judi serta Ah Long akan juga dapat keuntungan besar dan mungkin yang BN turut akan memperoleh keuntungan kerana Kumpulan Berjaya akan terus memberikan sumbangan kepada BN," kata Khalid.

Tambah Khalid, rakyat perlu membantah kelulusan lesen judi kerana ia akan memberikan kesan buruk dalam masyarakat.

"Rakyat perlu membantah kelulusan lesen judi ini kerana ia akan memberikan kesan yang amat buruk kepada masyarakat.

"Tindakan kerajaan ini akan mempertaruhkan masa depan rakyat dan juga negara," katanya lagi.- TMI

Apa lagi yang perlu dibanggakan Umno: "Umno hanya mewakili 20% berbanding 60% Melayu" - Tun Mahathir

Posted: 05 Jun 2010 08:11 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Dahulu, Umno boleh mendabik dada mereka adalah parti majoriti Melayu di Malaysia..dahulu tidak dinafikan hampir 90% Melayu bersama perjuangan Umno...dahulu juga, perjuangan Umno diiktiraf memperjuangkan tanah air, ini kita akui...

Namuni itu semuanya dahulu, cerita lama...kini....berdasarkan kata2 Tun Mahathir, Umno hanya mewarisi 20% dari jumlah 60% kaum Melayu di Malaysia, sementara 20% di dalam PAS, dan 20% di dalam PKR..ini bermakna, dlm BN, Melayu hanya diwakili sebanyak 20%, sedangkan PR(PAS+PKR) 40%..

Penulis tidak berhajat mengulas kenapa dan mengapa berlaku sedemikian (org Melayu ramai beralih kepada Pakatan Rakyat)...semuanya sudah sedia maklum berdasarkan siri2 pengkhinatan Umno terhadap bangsa Melayu sejak puluhan tahun yang lalu..apatah lagi kesucian agama Islam gagal diangkat dan dijulang setingginya melangkaui segalanya...rakyat terus dihambakan bagi memenuhi selera politik pemerintah...

Seterusnya penulis serahkan kepada penulis2 lain utk mengulas dan menhuraikan kenyataan Tun Mahathir yang agak menggemparkan bagi pejuang tegar/fanatik/jumud Melayu di dalam parti Umno..nampaknya, tiada lagi yang perlu dibanggakan dengan Melayu Umno...fikir2kan..wallahua'lam..
... walaupun mereka (Bangsa Melayu) kaum majoriti iaitu 60 peratus daripada rakyat Malaysia, mereka terpecah kepada tiga. Katanya, Melayu kini terpecah kepada tiga dan secara matematik UMNO hanya mewakili 20 peratus daripada 60 peratus Melayu, begitu juga dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Dua puluh peratus bagi setiap parti orang Melayu dianggap lemah. Orang Melayu sudah hilang haluan ada yang dah masuk DAP. Ada orang Melayu pakai tudung bawa bendera roket (DAP) masa pilihan raya kecil Parlimen Sibu," katanya.
*Baca seterusnya rayuan Mahathir di bawah...

- Dr M minta rakyat sokong Najib (Berita Harian)
- Mahathir dapat Bayaran Cash semalam? (Arus Perjuangan)

Demo kecam Israel: Dasar akhbar milik Umno penipu besar!!!

Posted: 05 Jun 2010 07:52 AM PDT



Demo Anti israel : Utusan Penipu..Gambar Lain, Berita lain

Gambar depan lain, tapi berita lain..utusan memang layak digelar akhbar sampah..gara-gara nak sembunyikan berita pakatan rakyat buat demo semalam, ada ke disiarkan gambar demo pakatan di muka hadapan, tapi beritanya adalah demo Khairy dan hal NGO Aman Malaysia yang pro umno..yang turut serta demo 'jutaan' manusia khairy di masjid negara semalam..apa, nak tipu orang kampung yang takde internet ke???




Memang utusan penipu!

Baca seterusnya di sini, tunhisyamuddin.blogspot.com, dan di sini, batuvskayu.blogspot.com...

Hakikat sebenar demo kecam Israel 4 Jun 2010

1. Anjuran Umno (Tanpa kelibat parti komponen lain)
- ... dan 200 sertai demo BN di Masjid Negara

2. Anjuran Pakatan Rakyat (PAS/PKR/DAP)
- Demo anti-Israel: 10,000 berarak ke kedutaan AS
- Gambar perhimpunan puluhan ribu rakyat kecam Israel

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Ibrahim Ali Mencari Koboi

Posted: 05 Jun 2010 08:26 PM PDT

Fiction from the Photo

Ibrahim:I want u as my sheriff....BANG!!!!!!!

Sound direct:ahahahaha woi jngn tembak aku dah la koboi oi..teringat aku kat dialog ali setan...macam koboi pangkat songkok.. ahaha dan tak lupa malam esok tv2 pramlee jadi koboi pakai songkok...aahahahahahah ENAM JAHANAM!!!!!!!!GI JAHANAM SAMA LU BRAHAM ALI!!!!!!!ahahahaa bounty 2000 tu..wanted alive wa cakap lu..mana leh tahan.. ahahahahahahaa


Berita Minggu keluaran hari ini menyiaran bahawa MP Pasir Mas menawarkan RM2000 kepada sesiapa sahaja yang dapat memberikan sebarang video yang menunjukkan ceramah PAS dan PKR yang mengutuk beliau.

Beliau menambah bahawa PAS dan PKR cemburu kepada beliau dan cuba mengaibkan dan menjatuhkan kredibiliti beliau.Video tersebut akan dijadikan bukti pendakwaan.

Persoalannya,mengapa perlu video?Penulisan di dalam blog tidak mahu pula.Wah,banyaknya wang MP Pasir Mas ini?Jika seorang blogger boleh mempertikaikan sumber wang perang saraf,mengapa saya tidak boleh pertikaikan mana datangnya duit RM2000 yang ditawarkan itu.Adakah daripada duit peruntukan untuk kawasan parlimen Pasir Mas?Atau juga duit tabung PERKASA yang beliau sendirir songlap?

Apa-apa pun,susana politik di Malaysia sudah menjadi seperti zaman koboi(wild2 west.. ahahaha).Tidak lama lagi,ramailah sherif-sherif akan memunculkan diri.

Apa yang penting,MP Pasir Mas berasa malu kerana diperlekehkan kononnya.Tidak hairanlah,orang yang tidak tetap pendirian dan suka bermuka-muka macam beliau siapa yang mahu hormat?PERKASA dan UMNO sahaja sebab mereka juga suka bermuka-muka dan hipokrit.

Apa yang pasti,MP Pasir Mas ini juga sudah melihat bahawa dirinya begitu bernilai kerana tidak boleh dikritik.Nabi sendiri pun tidak pernah mengaktakan sesiapa yang mengutuk beliau akan disaman.Inikan pula MP Pasir Mas?

Wallahu'alam

BANG BANG BOOM!!!!!!!!!!!!

Tun Saban Balek

Tun Saban Balek


satu sekolah 16 anak luar nikah trengganu-malaysiakini

Posted: 05 Jun 2010 05:41 PM PDT


KUALA TERENGGANU: Mengejutkan apabila empat pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di daerah ini melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki masing-masing sejak pertengahan tahun lalu.

Difahamkan pelajar perempuan berkenaan yang terjebak dengan gejala sosial belajar di tingkatan tiga dan enam melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak April tahun lalu. Dalam kes terbaru, seorang pelajar tingkatan tiga pula melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, Ahad lalu. Harian Metro difahamkan 16 lagi pelajar perempuan sekolah itu kini disahkan mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki termasuk rakan sekelas mereka.


Lantaran kes memalukan itu, ramai pihak termasuk ibu bapa pelajar terbabit dikatakan cuba menyembunyikan kelahiran berkenaan tetapi ia bocor apabila seorang pelajar mendedahkannya kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, baru-baru ini.


Berikutan itu, PIBG mengadakan mesyuarat tergempar malam kelmarin bagi membincang masalah itu tetapi pengetua sekolah berkenaan tidak hadir dalam mesyuarat itu.


Seorang ahli jawatankuasa PIBG sekolah terbabit yang enggan namanya disiarkan berkata pihak sekolah hanya mengetahui perkara itu selepas seorang pelajar melahirkan anaknya, baru-baru ini.


Katanya, dalam usaha menyembunyikan kejadian memalukan itu, seorang daripada pelajar terbabit sanggup membuat permohonan bertukar ke sebuah sekolah menengah di Setiu selepas mengetahui dia mengandung enam bulan. Bagaimanapun, katanya usaha pelajar itu berpindah sekolah tidak berhasil kerana bapa saudaranya yang tinggal di daerah berkenaan enggan menerimanya tinggal bersama kerana mengetahui dia mengandung anak luar nikah. "Pelajar berkenaan tiada pilihan dan melahirkan seorang anak lelaki pada 26 April lalu. Tidak tahan menanggung malu, pelajar berkenaan kini bertukar ke sebuah sekolah lain di daerah ini dan akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) September ini," katanya.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan meminta pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) membuat siasatan lanjut. "Setakat ini kita sudah dimaklumkan bahawa empat pelajar sekolah itu sudah melahirkan anak," katanya sambil menambah pihaknya kesal dan terkejut dengan perkembangan berkenaan.

sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/4pelajarlahiranakluarnikah/Article

ps : lepas ni BN & UMNO al-Apco bolehlah luluskan lesen rumah pelacuran agar budak2 remaja atau lelaki yg tak tahan pergi berzina kat situ,tak payah nak berzina dengan orang lain & campak anak merata-rata.Lesen judi halal dah.

1MALAYSIA 1ISRAEL.

!! BUJANG SUSAH !!

!! BUJANG SUSAH !!


UNTUK WANITA SEBELUM BERGELAR PEMBUNUH

Posted: 05 Jun 2010 04:37 AM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم


Video kandungan yg digugurkan. Adakah anda sanggup melihat ini? Buat para remaja jauhilah zina.





UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

MANA PERGINYA ULTRAMAN ANIFAH AMAN YANG NAK SELAMATKAN RAKYAT MALAYSIA?

Posted: 05 Jun 2010 12:49 AM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم

Kapal Bantuan Malaysia Telah Dirampas Komando Israel. Hubungan Dengan Kapal Rachel Corrie Terputus


Wisma Putra mengesahkan hubungan dengan kapal MV Rachel Corrie yang meneruskan misi Flotila Pembebasan bagi bantuan kemanusiaan ke Gaza sehingga kini terputus.

"Kami masih memantau keadaan itu dan sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan kapal berkenaan," kata jurucakap Wisma Putra ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kali terakhir mereka dapat berhubung dengan kapal Rachel Corrie serta keadaan sukarelawan dalam kapal itu pada masa ini.

Pada 30 Mei lepas tiga kapal dari Perdana Global Peace Organisation (PGPO) termasuk MV Rachel Corrie berlepas dari pelabuhan Malta untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke semenanjung Gaza.

Antara sukarelawan dalam kapal tersebut adalah wakil PGPO, Shamsul Akmar Musa Kamal Shamsul serta Anggota parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, peguam Matthias Chang dan dua wakil media dari stesen televisyen TV3

Note: Mana perginya anifah aman yg kata nak selamatkan rakyat malaysia yg ditawan tu?

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berlepas ke Jordan pagi ini untuk mengusahakan pembebasan 12 rakyat Malaysia yang ditahan pada Isnin ketika tentera Israel menyerang kapal yang mereka naiki bersama sukarelawan antarabangsa dalam perjalanan untuk menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza.




Anifah diiringi beberapa pegawai Wisma Putra, kata seorang pembantu beliau kepada Bernama.

Seramai 12 rakyat Malaysia termasuk dua wartawan stesen televisyen Astro Awani berada dalam kapal Turki, "Mavi Marmara", dan mereka dilaporkan selamat dalam serangan itu yang mengakibatkan beberapa sukarelawan terbunuh.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Wisma Putra supaya menyelamatkan kesemua rakyat malaysia itu.

Anifah memberitahu pemberita semalam bahawa Wisma Putra sedang mengenal pasti lokasi di mana kesemua rakyat Malaysia itu kini berada.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

Justice For All

Justice For All


UMNO Nak Gadaikan Tanah Melayu Kurnian Sultan Selangor 1899

Posted: 05 Jun 2010 09:17 PM PDT

Di saat ini UMNO/BN seboleh-bolehnya mahu mengelakkan diri daripada terjebak dengan fenomena pilihan raya kecil yang dilihat lebih memihak kepada Pakatan Rakyat untuk memenanginya. Perletakan jawatan DUN Penanti di Pulau Pinang yang mengundang satu pilihan raya kecil diadakan di DUN berkenaan pada 31 Mei ini telah mendorong Dato' Sri Najib membuat kenyataan awalnya untuk memikirkan kewajaran UMNO menyertai pilihan raya kecil tersebut.

Hasrat Perdana Menteri itu telah mendorong pula Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat ulasan pedasnya yang jelas memperlihatkan betapa tidak bersetujunya beliau dengan pendirian yang dibuat oleh Najib. Pendirian Najib itu dilihat sebagai pengecut dan menyerah diri sebelum bertempur.

Kg. Baru menjadi pertaruhan 60/40 atas nama pembangunan

Isu kuota 40 peratus kepada bukan Melayu untuk pembangunan Kg. Baru di Kuala Lumpur terus dihambat kontroversi. Rata-rata di kalangan orang Melayu merasakan cadangan kerajaan untuk menisbahkan 60/40 antara Melayu dan bukan Melayu bukanlah satu formula yang bijak sebaliknya telah mengguris malah melukakan hati orang Melayu.

Keresahan masyarakat Melayu yang mewarisi tanah pusaka anugerah Sultan Selangor Almarhum Sultan Sulaiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa pada tahun 1899 itu jika tidak cermat diuruskan berkemungkinan akan memarakkan lagi kebencian dan kemarahan warga Melayu di situ yang masih sayangkan tanah milik mereka selama ini.

Jika cadangan ini tetap diteruskan dibimbangi Melayu akhirnya makan tulang sedangkan dagingnya akan dimamah oleh 'orang luar' yang tidak berperisa Melayu. Perdana Menteri ketika mengulas mengenai masa depan Kg. Baru ini ketika berucap di dalam Kongres Ekonomi Bumiputera anjuran MPM Ahad lalu telah memberi jaminan bahawa identiti Melayu tidak akan hilang jika pembangunannya dapat disertai oleh golongan bukan Melayu.

Persoalan yang berbangkit ialah apa guna dengan identiti itu jika harta milik orang Melayu selama ini dibiarkan pupus secara 'pecah dan perintah'. Terfikirkah kita selama ini jika Kg. Baru dibangunkan dengan perancangan nisbah 60/40, Melayu hanya bermegah dengan projek mega itu, tetapi tidak mampu bersaing dengan golongan yang mendapat 40 peratus itu.

Melayu yang telah kehilangan 4o peratus itu akhirnya terjerumus dengan fenomena gulung tikar bahkan kemungkinan apa yang digenggam akan terlepas ke tangan mereka yang sudah pun memiliki 40 peratus hasil dasar yang tidak cermat yang dilakukan oleh kerajaan UMNO hari ini.

Kita lihat saja apa yang sudah terjadi dengan projek mega KLCC. Perancangan awal kononnya akan memberi jaminan kepada kepentingan bumiputera, tetapi Ananda Krishnan yang telah menjualnya kepada Petrronas tetap tidak mampu menyelamatkan kepentingan kuota Melayu yang menceburi pasaran komersial di Suria KLCC.

Perniagaan Nasi Kerabu oleh pengusaha Melayu yang terpaksa membayar belasan ribu sewaan bulanan di kompleks membeli belah itu kini telah dilenyapkan jika dibandingkan dengan perniagaan Coffee Bean, Starbucks, Secret Recipe dan banyak lagi gedung-gedung yang telah didominasi oleh golongan yang bukan berperisa Melayu.

Apakah tergamak kerajaan hari ini mengambil tanah-tanah pusaka Melayu yang terletak di Kg. Baru itu dengan menjanjikan kononnya kepentingan Melayu tidak akan terjejas, sedangkan 40 peratus sudah pun terang lagi bersuluh akan diberikan pemilikan kepada golongan bukan Melayu, seolah-olah kerajaan merasakan orang Melayu di sana mungkin boleh bersetuju dengan formula pembahagian 60/40.

Inilah rumitnya jika orang Melayu hari ini dipaksa untuk menerima slogan 1Malaysia dimana segala-galanya mesti berkongsi dengan orang lain atas dasar kesamarataan kononnya. Keuntungan yang boleh dikecapi oleh bangsa lain di sebalik gagasan 1Malaysia sebenarnya amat merugikan malah boleh membunuh bangsa Melayu.

Orang Melayu sering disarankan supaya lebih banyak berkompromi dengan bukan Melayu hatta tanah milik pusaka orang Melayu juga terpaksa dibahagi-bahagi dengan mereka yang bukan sejiwa dengan Melayu, atas dasar untuk membodek hati mereka menyokong kerajaan yang ada pada hari ini.

Apakah kerajaan UMNO/BN sudah menghadapi kebuntuan untuk memikirkan bagaimana untuk membangunkan kepentingan Melayu di Kg Baru ini tanpa merobek hati orang Melayu yang tidak merelakan tanah mereka dikongsikan dengan orang lain yang tidak ada kena mengena dengan tanah pusaka itu?

Jika formula perkongsian itu difikirkan boleh memajukan masa depan Melayu, kenapa ianya tidak dipraktiskan di tanah setinggan Cina yang terletak di Pudu yang kini menempatkan bangunan berkembar 'Berjaya Times Square' (Foto) milik Vincent Tan? Apakah orang Melayu telah diberikan kuota tertentu sebelum tanah itu dibangunkan? Rasanya tidak! Jika begitu kenapa Kg. Baru perlu dimangsakan atas nama pembangunannya?

Diharapkan kerajaan dapat menimbang semula cadangannya itu. Raja Nong Chik Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar tidak wajarlah 'under estimate' pemilik dan pewaris tanah di Kg. Baru itu tanpa melihat lebih jauh masa depan generasi yang boleh diharapkan menjadi pewaris kepada hak kepentingan tanah kurniaan Sultan Selangor itu.

Kita tidak mahu melihat kerugian yang telah diterima oleh masyarakat Melayu di Singapura hasil dasar yang tidak memihak kepada orang-orang Melayu di negara Temasek itu. Kita rasa sedih dengan peninggalan-peninggalan Melayu seperti Kg. Gelam, Jalan Ampas dan yang terkini permainan tarik tali kerajaan PAP untuk meNyahkan tanah milik Keretapi Tanah Melayu di Tg. Pagar.

Amat malang sekali jika nasib orang Melayu di Kg. Baru tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan yang dipimpin oleh UMNO hari ini. UMNO janganlah dilihat oleh generasi akan datang sebagai 'Pagar Makan Padi'.

Najib Montel Politikkan Isu 12 Aktivis Malaysia Hari Ini..Logo BN & UMNO Iringi Kepulangan Mereka

Posted: 05 Jun 2010 08:20 PM PDT

Dalam siaran langsung Astro Awani tadi, Najib montel kata

'' Kita beristiqamah dalam perjuangan kita..Malaysia tidak akan lari dari sumbangan kepada kebebasan Palestin''

"Saya memberi pengakuan yang kerajaan akan membela umat islam Palestin"

..tuiiiiih..nak muntah dengar si montel berbibir merah ni berucap..penipu betul..APCO sampai sekarang bebas dapat duit Najib untuk bunuh umat islam..nak bela umat islam Palestin konon..umat islam negara sendiri pun tak ditolongnya..dihancur lagi adalah dengan luluskan judi dan hina hukum sebat islam..tu belum sebut soal sejarah lama, yang umno benarkan pasukan kriket bermain di negara ini...memang najib dan UMNO macam Ayam Kokok Berderai-Derai Tetapi Ekor Bergelumang Tahi.

Memang najib nak politikkan isu palestin ini...memang UMNO sengaja gunakan isu ini, kononnya merekalah pejuang islam no 1 negara ini..ada ke masa ketibaan 12 orang aktivis malaysia yang dibebaskan Israel itu ke rumah Najib, satu banner dinaikkan " selamat kembali buat 12 wira-wira negara daripada BN & UMNO"..bendera UMNO dan BN amatlah besar..pastu siap suruh launglkan dan angkat simbol 1 Malaysia..idea ciptaan yahudi..ini ditunjukkan dalam siaran langsung tadi. Saya tak nak jadikan isu ini isu politik, tapi kerana UMNO yang politikkan isu ini, maka saya perlu dedahkan kemunafikan UMNO ini..

Dan pagi tadi, Muhyiddin pun ambil kesempatan semasa menyambut ketibaan 12 aktivis itu di KLIA. Kononnya dia pun pejuang palestin..sedangkan sebelum ini tak muncul pun mamat ni..memang umno suka ambil kesempatan..bukannya ikhlas pun nak bela umat islam palestin..kalau dah ikhlas, sudah tentu buat yang sesuatu lebih besar dan bukannya menangguk di air keruh..tengok Indonsia, Susilo sendiri umumkan nak bina hospital di gaza..Malaysia? bagi peluru bunuh umat islam lagi adalah..

Dan Satu lagi spesis ayam penuh tahi ialah si mulut becok Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Mazlan yang menjadi MC majlis. Dia ni mengangkat-angkat perjuangan BN dalam pembebasan ini. Dan beliau minta semua penceramah UMNO untuk dedahkan usaha BN dalam pembebasan ini. Dan paling tak boleh blah, dia kata Ahli Palimen BN (dikuatkannya BN), Ustaz Nizar Zakaria (betul ke ustaz), mewakili bn dalam perjuangkan nasib Palestin..tuiih UMNO Apco yahudi..memang suka menipu rakyat hidup-hidup..

Buat 12 Aktivis, memang mereka berjiwa mulia..mereka tak harap pun faedah politik (political mailage)..yang mereka harap adalah keikhlasan dan perjuangan untuk bantu gaza..jangan ada sifat riak dalam diri mereka, kerana ia akan leburkan tenaga dan masa mereka sebelum ini..

Saya pun hairan, dalam demontrasi jumaat lalu, PR takde pun bawa bendera parti.bahkan langsung takde berita yang Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar melawat rumah ayah wartawan Astro Awani yang ditahan, Ashwad Ismail di Alor Star..siap ambil berita lagi yang Mahfuz Omar sedang membaca doa selamat..tapi takde pun saluran berita itu sebut nama YB Mahfuz...Adun PAS Meru, Dr Rani yang sekarang berada di Mresir untuk misi sama, langsung tiada liputan.bila ada ahli Parlimen BN...diorang dapat liputan luas macam pergi berjihad di Palestin..padahal cuma hantar bekalan je..dan bekalan pun dirampas israel..bukannya angkat senjata lawan Yahudi..nasiblah ada kerajaan BN yang selalu tipu umat islam..beri duit pada Israel, pada masa yang sama kutuk Israel yang guna duit tu untuk bunuh umat islam..memang UMNO dan Najib sesuai digelar Dr Spin yang hina islam..

Berahim Ali Nak Bagi 2 Ribu Free..Gara-gara Tak Puas Hati Dengan Mahkamah

Posted: 05 Jun 2010 06:17 PM PDT

Kah..kah berahim..banyaknya duit ko..tak apa..berilah 2 ribu tu..nanti senang sikit nak dibicarakan di Mahkamah..Berahim memang terdesak, kerana permohonan untuk saman Saifuddin di Mahkamah ditolak, kerana bercanggah dengan Perlembagaan..sekarang ni nak cari pula pemimpin PAS atau PKR yang lain untuk dakwa mereka. Tak apalah, bicarakanlah..kerana orang difitnah, perlu dapat pembelaan. Tapi ada juga benda yang benar, dikatanya fitnah untuk kepentingan politik jangka masa panjang mereka.

Walaubagaimanapun, berahim perlu sedar, video ceramah bukannya keterangan kuat di mahkamah..bukannya macam keterangan lisan atau pakar..silap haribulan kena tolak..tak pa Berahim..teruskan terpekik terlolong panggil hujan..PAS dah tak bagi dah ko kerusi Pasir Mas kat ko..rakyat sana pun tak nak doh undi wakil rakyat spesis katak..susah nak kawal..lompat sana sini..orang kelate kata..dok pakai gawa habuk pun

Ibrahim Ali tawar RM2,000 serah pita rakaman ceramah

2010/06/06

PASIR MAS: Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali menawarkan wang tunai RM2,000 kepada sesiapa yang menyerahkan pita rakaman mengenai tindakan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutuk beliau ketika berceramah.

Beliau berkata, pita rakaman berkenaan akan dijadikan bukti pada perbicaraan nanti, sekali gus menunjukkan kedua-dua parti berkenaan mempunyai niat jahat hendak menjatuhkan maruah serta kredibilitinya.

"Tindakan parti berkenaan ketika berceramah berniat jahat mahu menjatuhkan maruah serta kredibiliti saya sebagai seorang pejuang Melayu tulen yang mengaitkan saya dengan syarikat judi.

"Mereka (Pas dan PKR) iri hati, cemburu dan ingin memperlekehkan saya, oleh itu saya menawarkan RM2,000 bagi setiap pita yang menunjukkan pemimpin daripada kedua-dua parti itu mengutuk saya ketika dalam ceramah mereka," katanya.

Beliau memberitahu pemberita selepas majlis membakar bendera Israel sebagai membantah tindakan regim itu yang bertindak ganas terhadap konvoi kapal bantuan untuk rakyat Palestin, di sini, semalam.

Adun BN Kuala Nerang Dilaporkan Sudah Memakai Kopiah Seperti Orang PAS

Posted: 05 Jun 2010 05:06 PM PDT

Dilaporkan bahawa Syed Sobri, ADUN Kuala Nerang sekarang sudah memakai kopiah seperti orang PAS.

Adun Kuala Nerang itu kini sedang dijejaki oleh wakil-wakil media untuk mendapatkan pengesahan darinya tentang ura-ura beliau akan membuat pengumuman meninggalkan BN menyertai PAS.

Menurut sumber yang rapat dengan beliau memberitahu bahawa wakil rakyat BN itu pernah berada di pejabat Majlis Daerah Padang Terap menghadiri satu majlis yang diadakan di sana. Difahamkan di samping beliau turut disertai oleh para penyokongnya yang lengkap dengan pakaian 'Kedah Sejahtera' yang sering dipakai oleh penyokong-penyokong PAS negeri ini.

Tidak dapat dipastikan samada beliau akan membuat pengumuman dalam masa terdekat ini. Tindakan lompat parti ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti :

- Beliau begitu kecewa dan kesal dengan sikap pemimpin UMNO negeri itu yang tidak memberikan perhatian di atas kemelut yang sedang dihadapinya.Beliau dikatakan dihimpit masalah kewangan yang teruk.

- Kedudukannya sebagai Wakil Rakyat yang tidak menjadi Ketua UMNO Bahagian di Padang terap juga dilihat sebagai faktor yang menghalangnya untuk memperolehi peruntukan (grant) yang setimpal untuk membolehkan beliau menumpukan khidmat sebagai ADUN di Kuala Nerang.

- Kekurangan 'political fund' juga dinyatakan sebagai alasan kecewanya yang mendorong untuk beliau meletakkan jawatan. Difahamkan Syed Sobri ini turut tidak disenangi oleh pucuk pimpinan UMNO Kedah

Lompatlah cepat-cepat. Tapi kalau nak lebih baik lagi, letak jawatan dan biarkan ada PRK di Dun Kuala Nerang itu sendiri.ianya lebih baik..biarkan rakyat memilih pemimpin, bukannya masalah tekanan yang memilih pemimpin..

Naib Ketua Pemuda UMNO Cuba 'Cah Keting' Khairy Jamaluddin

Posted: 05 Jun 2010 03:52 PM PDT

Kesian Khairy Jamaluddin..timbalannya sendiri pun tak sokong dia..tak terkilan KJ tak dapat jadi Timbalan Menteri..ini semua usaha nak jatuhkan KJ dari pergerakkan UMNO. Jika KJ tak jadi menteri, maka kredibiliti KJ sebagai Ketua akan tercalar. Sedangkan dia sendiri, dapat jadi Timbalan Menteri. Mukhriz Mahathir, kalah dalam pemilihan Ketua Pemuda pun dipilih jadi Timbalan Menteri. Memang usaha sedang dijalankan untuk jatuhkan KJ..termasuk dari blogger pencacai UMNO..kesian..UMNO memang penuh dengan kejahatan..

Pemuda tidak terkilan khairy tidak terpilih

KOTA BHARU 5 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO tidak terkilan walaupun Ketuanya, Khairy Jamaluddin tidak tersenarai dalam rombakan kecil Kabinet baru-baru ini.

Sebaliknya, Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang membesar-besarkan perkara itu sebagai tidak matang dan cuba memutar-belitkan isu.

Rombakan itu tidak melibatkan pemimpin UMNO tetapi parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain iaitu MCA, MIC, Parti Progresif Penduduk dan parti-parti dari Sarawak dan kita tahu pemimpin kita berkaliber, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pergerakan itu juga katanya, memahami hak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO dalam membuat rombakan tersebut.

"Tapi pembangkang buat tuduhan itu seolah-olah Khairy diketepikan...agak melucukan dan jelas tidak matang dalam berpolitik.

"Bagaimanapun kami tak rasa apa-apapun," katanya yang mengulas mengenai "kehangatan" isu tersebut dibincangkan menerusi beberapa laman web.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan yakin isu itu tidak akan menimbulkan keresahan pada kalangan pemimpin UMNO khususnya pada kalangan Pemuda sendiri.

PM Palestin, Ismael Haniyeh Berkhutbah Tentang Kekejaman Yahudi...Najib Montel Jangan Kata Nak Berkhutbah, Jadi Iman Pun Tak Pernah

Posted: 05 Jun 2010 08:31 AM PDT

Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh memang serba boleh..pemimpin tentera, pemimpin politik, mentadbir negara..dan tak terkecuali kebolehannya berkhutbah..semalam, beliau berkhutbah di Masjid Al-Omari, Bandar Gaza dan menghentam kekejaman yahudi yang membunuh 9 aktivis Gaza..memang beliau seorang yang berani.

Bila lagi Najib montel nak bagi khutbah??? Khutbah pasal jaga kebersihan pun tak apa..yang penting dia naik mimbar masjid..ni tak, nak nampak jadi iman solat sunat pun payah..apatah lagi solat jumaat.

Najib..najib..setidur-tidur Pak Lah, dia jadi iman..tapi seIsrael-israel Najib, langsung tak nampak jadi imam..Anwar pun pernah bagi khutbah jumaat..malulah sikit wahai suami rosmah..tak malu ke??

Hanya Bahasa Perang Boleh Mengajar Israel

Posted: 05 Jun 2010 07:57 AM PDT

Hanya bahasa perang sahaja yang boleh mengajar Israel

Rachel Corrie ditawan pihak keselamatan Israel

KUALA LUMPUR: MV Rachel Corrie, yang sedang dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, telah ditawan oleh Pasukan Pertahanan Isreal kira-kira 2.45 petang (waktu Malaysia) hari ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. Menurut jurucakap Wisma Putra, kapal itu sedang diiring ke pelabuhan Ashdod di Israel.

Sembilan belas aktivis di kapal itu dilaporkan tidak diapa-apakan, kata jurucakap itu.

Dalam satu kenyataan di sini, Anifah berkata Malaysia mendesak Israel agar menentukan keselamatan kesemua sukarelawan di kapal berkenaan.

"Malaysia juga menuntut Israel tidak mengambil sebarang tindakan tentera yang drastik dan ganas terhadap penumpang Rachel Corrie yang tidak bersenjata itu," katanya.

Anifah berkata semua aktivis di kapal Rachel Corrie perlu diberi bantuan bagi menjamin keselamatan mereka. - Bernama

Demo Anti israel : Utusan Penipu..Gambar Lain, Berita lain

Posted: 05 Jun 2010 04:00 AM PDT

Gambar depan lain, tapi berita lain..utusan memang layak digelar akhbar sampah..gara-gara nak sembunyikan berita pakatan rakyat buat demo semalam, ada ke disiarkan gambar demo pakatan di muka hadapan, tapi beritanya adalah demo Khairy dan hal NGO Aman Malaysia yang pro umno..yang turut serta demo 'jutaan' manusia khairy di masjid negara semalam..apa, nak tipu orang kampung yang takde internet ke???

Memang utusan penipu

Ini tajuk besar

Ini pula beritanya..amat berbeza

Aman Malaysia lancar kempen SMS untuk Gaza

KUALA LUMPUR 4 Jun - Bagi membolehkan seluruh rakyat negara ini menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin, Aman Malaysia dengan kerjasama Pemuda UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini melancarkan kempen melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk Gaza.

Pengerusi Aman Malaysia, Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, pelancaran kempen tersebut berikutan tindakan agresif komando Zionis membunuh beberapa sukarelawan di atas kapal Mavi Marmara yang cuba menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza Isnin lalu.

''Kekejaman dan tindakan biadab tanpa mengira undang-undang dunia seperti serangan ke atas sukarelawan tersebut amat dikesali dan menyemarakkan lagi api kemarahan rakyat negara ini.

''Bukan negara kita sahaja yang mengecam peristiwa tersebut, malahan mendapat tentangan daripada masyarakat dunia tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya,'' katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Isnin lalu, sekumpulan tentera Israel bertindak menyerang Mavi Marmara dan menembak mati 19 aktivis yang dalam perjalanan ke Gaza.

Kapal tersebut kemudiannya di arah menuju ke Pelabuhan Ashdod dan semua aktivis yang terselamat termasuk 12 dari Malaysia kemudian ditahan di sebuah pusat tahanan Israel di Vir Sheba sebelum dibebaskan semalam.

Menurut Ahmad Zaki, kempen itu juga bertujuan mengumpul seberapa banyak SMS sebagai tanda sokongan rakyat negara ini membantah tindakan kejam rejim Zionis.

''Setiap SMS dicaj sebanyak 50 sen dan hasil kutipan akan didermakan ke Gaza menerusi Kementerian Luar,'' katanya.

Dalam pada itu, bagi mereka yang ingin menyatakan sokongan boleh menghantar SMS dengan menaip 'GAZA' dan hantar ke 32928.

Sementara itu dalam kenyataan yang sama, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, kempen itu bukan sahaja untuk menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin, malahan sebagai menggambarkan rakyat negara ini mencintai keamanan selain mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis.

''Mereka tidak menghormati undang-undang dunia, justeru itu kita menuntut Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu agar mengenakan tindakan keras terhadap Israel ekoran insiden tersebut,'' katanya.

Bantahan aman Pemuda kutuk kekejaman Israel

KUALA LUMPUR 4 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menganjurkan perhimpunan aman di pekarangan Masjid Negara di sini selepas solat Jumaat yang turut disertai beratus-ratus jemaah.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin yang mengetuai perhimpunan melaungkan bantahan umat Islam atas tindakan kejam komando Zionis membunuh beberapa sukarelawan di atas kapal Mavi Marmara yang cuba menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza Isnin lalu.

"Hidup Palestin, jahanam Israel.

"Kita perlu boikot semua produk Israel dari minuman kopi, makanan segera, air berkarbonat dan sebarang perkhidmatan yang berkaitan dengan negara Yahudi itu," laung Khairy sambil disahut peserta perhimpunan tersebut.

Perhimpunan itu berlangsung selama 20 minit sambil diperhatikan polis dan pelancong asing sebelum bersurai dengan aman.

Isnin lalu, sekumpulan komando Israel bertindak menyerang kapal Mavi Marmara dan menembak mati 19 aktivis sebelum memaksa kapal tersebut menuju ke Pelabuhan Ashdod.

Semua aktivis yang terselamat, termasuk 12 dari Malaysia kemudian ditahan di sebuah pusat tahanan Israel di Vir Sheba sebelum dibebaskan semalam.

Ini berita sebenarnya...

Konsert Inul Dibatalkan Kerana UMNO Atau Tak Bayar Lokasi Konsert???

Posted: 05 Jun 2010 03:16 AM PDT

Bagus..bagus..batalkan terus konsert mengarut ini..ini semua kuasa tuhan..kerana gagal bayar bayaran lokasi konsert, konsert ini dibatalkan..bukannya kerana arahan JAIS atau kerajaan..tapi akhbar pencacai BN, Utusan..kata konsert dibatalkan kerana bantahan orang ramai..mana satu ni???

Konsert Inul Daratista batal lagi

KUALA LUMPUR - Konsert penyanyi dangdut 'goyang gerudi' Indonesia, Inul Daratista (gambar), 29, batal lagi tetapi kali ini bukan kerana tiada permit seperti yang berlaku pada dua konsertnya sebelum ini pada Julai 2008.

Sebabnya ialah pihak penganjur, Apex Event Network gagal menjelaskan baki bayaran untuk lokasi baru Konsert 1 Inul Darasista di Sunway Hotel Resort & Spa yang dijadual berlangsung malam tadi.

Menurut penganjur yang diwakili Nasir Abu Bakar, pihak mereka sepatutnya perlu membayar RM90,000 kepada hotel tersebut.

Bagaimanapun katanya, disebabkan masalah kewangan yang melanda berikutan penundaan konsert Inul di Tawau dan Keningau, Sabah pada 29 dan 31 Mei lalu, mereka kekurangan sumber kewangan untuk membayar pada lokasi konsert seterusnya.

"Kami cuba untuk berunding dengan pihak hotel kerana telah membayar RM46,000 sebagai deposit sebelum ini tetapi menemui jalan buntu.

Tambahnya lagi, Inul sudah diberitahu pembatalan konsert tersebut dan walaupun akur, Inul sedih dengan keputusan itu.

Terdahulu konsert Inul pernah dibatalkan kerana tidak mempunyai permit di dua lokasi iaitu Johor Bahru pada 19 Julai dan Kuala Lumpur pada 27 Julai 2008.

Ini pula berita utusan..pening kepala juga kita

Konsert Inul di Sunway ditunda berikutan bantahan ramai

KUALA LUMPUR 4 Jun - Para peminat Inul sekali lagi berputih mata untuk menonton persembahan penyanyi itu apabila Konsert 1 Inul Daratista yang sepatutnya diadakan di Sunway Hotel Resort & Spa, Petaling Jaya malam ini ditunda kerana mendapat bantahan ramai.

Malah, konsert anjuran Apex Event Network itu yang sebelum ini turut dirancang diadakan di Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau pada 29 Mei dan Padang Kompleks Sukan Keningau pada 31 Mei lalu masing-masing di Sabah turut mengalami nasib yang sama.

Pengarah Apex Event Network, Nasir Abu Bakar berkata, ketiga-tiga konsert itu dibatalkan kerana ia mendapat bantahan banyak pihak termasuk Pergerakan Wanita UMNO Kalabakan, Sabah yang menyifatkan konsert itu kurang bermoral dan berbaur lucah.

"Ekoran bantahan itu, pihak polis menasihatkan kami supaya menunda konsert-konsert Inul di Tawau dan Keningau. Ia secara tidak langsung telah menjejaskan penganjuran konsert Inul di Petaling Jaya malam ini," katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Nasir, ekoran pembatalan tiga konsert itu, pihak penganjur kerugian hampir RM250,000 dan beliau sedang berbincang dengan peguam bagi menyaman pihak-pihak yang membuat bantahan tersebut sehingga konsert itu tidak mendapat permit polis.

Pembatalan konsert penyanyi dangdut berasal dari Pasuruan, Jawa Timur itu bukan yang pertama.

Sebaliknya, tiga konsertnya dua tahun lalu iaitu di Johor Bahru pada 19 Julai dan 27 Julai serta 27 November di Kuala Lumpur menerima nasib yang sama kerana penganjur gagal mendapatkan permit.

"Dua tahun lalu apabila tiga konsert Inul itu dibatalkan kami telah menanggung kerugian sebanyak RM300,000. Saya akan berjumpa dengan peguam Selasa ini bagi berbincang apakah tindakan selanjutnya yang akan diambil," ujarnya.

Konsert Inul yang dijadualkan diadakan di Petaling Jaya malam ini mengenakan bayaran RM3,000 hingga RM20,000 untuk sebuah meja merupakan yang termahal pernah dikenakan oleh penyanyi dangdut berusia 31 tahun yang terkenal dengan 'gelek gerudi' itu.

RM 3 Pun Penjawat Ambil Hasil Rasuah

Posted: 05 Jun 2010 02:30 AM PDT

Kah..kah..macam kakitangan awam bn..RM 3 ringgit pun diambilnya untuk rasuah..malang betul duduk dalam negara kapiaq ni...jenayah macam makan nasi je..

RM3 sogokan terkecil: SPRM

2010/06/04

PUTRAJAYA: Sogokan rasuah RM3 kepada penjawat awam adalah antara rasuah terkecil dikesan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Pengarah Siasatanya SPRM, Mustafar Ali, berkata sogokan terkecil itu dilakukan oleh pendatang tanpa izin (Pati) dan dia adalah antara 109 pemberi rasuah yang ditahan membabitkan nilai suapan lebih RM272,000.

Beliau berkata, sogokan tertinggi adalah RM35,000 dan yang terkecil adalah RM3 yang dilakukan oleh Pati warga asing terbabit.

Menurutnya, sepanjang Januari hingga Mei tahun ini, pihaknya berjaya menahan 28 warga asing termasuk tujuh warga Singapura yang memberikan sogokan bagi mengelak dikenakan tindakan kerana melakukan kesalahan lalu lintas.

"Bagaimanapun, hasil kerjasama semua pihak khususnya pegawai penguat kuasa, mereka berjaya ditahan SPRM," katanya pada sidang media, semalam.

Beliau berkata, mengikut pecahan rasuah yang dilakukan, 35 kes membabitkan pemberi rasuah yang melakukan kesalahan lalu lintas, Pati atau permit kerja (28 kes); dadah (13); menutup kes jenayah (7); masing-masing enam kes supaya tidak menyita kenderaan dan pembalakan haram, kes curi.

"Bukan itu saja, empat kes pula bagi kes mempercepatkan proses kerja, lesen perniagaan (3) dan cakera video digital (1)," katanya.

Selain itu, katanya, seramai 139 penjawat awam ditahan sepanjang lima bulan pertama tahun ini selepas mereka didapati menerima sogokan dan jumlah itu mencatatkan penurunan 55 individu berbanding 194 penjawat awam sepanjang tahun lalu.

Nenek Nak mampus..Masih Jadi Ayam lagi?/

Posted: 05 Jun 2010 01:45 AM PDT

Nenek..nenek..kubur kata mari..rumah kata pergi..tak insaf lagi ke wahai nenek si bongkok tiga..padahnya BN memerintah Malaysia selama 53 tahun..nenek ini masih tak insaf lagi

Nenek tawar seks dicekup

2010/06/04

KUALA LUMPUR: Usia selayaknya dipanggil nenek namun sekumpulan wanita warga emas seolah-olah langsung tidak memikirkan dosa apabila aktif menawarkan seks melalui ayat pelaris 'one way' (satu cara) atau 'two way' (dua cara) kepada mana-mana lelaki.

Sekumpulan tujuh wanita warga emas berusia lingkungan 50-an terbabit dikesan tidak segan silu aktif menawarkan perkhidmatan seks dengan kadar bayaran serendah hanya RM20. Kegiatan maksiat sekumpulan wanita tua terbabit yang digelar 'geng sundal' oleh peniaga kawasan Lorong Tunku Abdul Rahman Kanan 2 berakhir selepas sepasukan anggota Bahagian Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur melakukan operasi.

Jangan Bendera Parti - Pengerusi GERTAK Yang Juga Naib Presiden UMNO Bahagian Marang

Posted: 04 Jun 2010 11:50 PM PDT

Kah..kah..ini ngo suka main perkauman..para peguam, sila hantar pasukan pemerhati untuk catat segala perkataan ngo rasis ini..kononnya jangan bawa bendera parti, Pengerusi Gertak sendiri, adalah orang totok umno..belah perut, mesti akan keluar darah biru Israel.

Pengerusi Gertak, Razali Idris ini adalah bekas calon UMNO lawan Tok Guru Haji Hadi di Dun Rhu Rendang pada 2008 lalu..sekarang ni adalah Naib Presiden UMNO Bahagian Marang.

Nasihatkan orang jangan bawa bendera parti, sedangkan dia sendiri orang UMNO..ni semua tak lain tak bukan, nak tipu orang Melayu Terengganu..kesian orang kampungku, asyik-asyik ditipu oleh pemimpin UMNO yang tak bermaruah..UMNO kata Sultan Mizan 'natang' pun, rakyat masih sokong parti yahudi Malaysia lagi..

Melayu Bangkit: Jangan bawa bendera parti

KUALA TERENGGANU – Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) meminta mana-mana pihak yang ingin menghadiri program Melayu Bangkit bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Stadium Negeri pada 14 Jun ini, tidak membawa bendera atau lencana parti politik.

Pengerusinya, Razali Idris berkata, langkah itu diambil bagi mengelak salah faham dan ketidakpuasan hati pihak lain yang bakal menyertai program itu kerana ia bukan perhimpunan rasis atau berniat jahat.

"Kita mahu mengelakkan salah faham kaum bukan Melayu dan tiada sebarang tunjuk perasaan seperti difikirkan beberapa pihak sebelum ini dengan mengatakan Melayu Bangkit boleh menggugat ketenteraman negara.

"Setakat ini kita dapat maklum balas positif kaum Cina dan India yang ingin turut serta dan tiada masalah jika mereka sudi hadir.

"Setiap yang hadir perlu patuh arahan ditetapkan dan tidak boleh sewenang-wenangnya cuba mengganggu perjalanan program," katanya pada sidang media mengenai perjalanan program Melayu Bangkit di Motel Desa, semalam.

Tok Guru Nik Aziz Layak Pimpin OIC Lawan Israel

Posted: 04 Jun 2010 10:40 PM PDT

Inilah kerajaan yang berjiwa rakyat..yang pedulikan nasib warga Palestin..Tahniah tok guru..anda buktikan bahawa anda pemimpin islam sebenar..layak jadi Pengerusi OIC..berwawasan jauh..bidan pendidikanl;ah, yang boleh mengubah nasib umat islam di Palestin.

Jika selama ini mereka hanya tahu membuat bom roket biasa sahaja..mungkin lepas ini, rakyat Palestin yang berpendidikan tinggi, mampu menghasilkan tenaga nuklear pula..memang besar saham kerajaan kelantan dalam menggerakkan jihad fisabillah di Palestin..takbirr

Kerajaan peruntukan RM25,000 biayai pengajian anak-anak Palestin

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri membiayai kos pengajian kepada 27 anak-anak Palestin yang melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat di institusi pengajian tinggi awam di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mereka terbabit ialah 10 mahasiswa peringkat PhD, 12 (sarjana) dan lima (Ijazah Sarjana Muda).

"Kita membelanjakan RM25,000 sebulan di bawah skim Tabung Bantuan Pendidikan Rakyat Palestin. Kita beri kepada mereka yang sedang menuntut di Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui selepas mengimamkan solat hajat yang dihadiri kira-kira 3,000 umat Islam di Dataran Stadium Sultan Mohammed Ke-IV di sini, hari ini.

Jadi Jutawan Selepas Jadi Banduan 19 Tahun

Posted: 04 Jun 2010 09:58 PM PDT

Ingatlah yang dikatakan..berakit-rakit ke hulu, berenang ke tepian..bersusah-susah dahulu..bersenang kemudian..ini yang berlaku kat seorang lelaki Barry Gibbs.. yang tidak bersalah dalam satu kes pembunuhan sehingga dia dipenjarakan selama 19 tahun. Tapi ini la-galanya..memang banyak susah, kena penjara 19 tahun..tapi nak buat macamana..keadilan mengatasi segala-galanya..orang tak bersalah, tak boleh dihukum. Tapi dia nasib baik kerana dibicarakan dahulu sebelum hakim tersalah jatuhkan hukuman ..kalau kena ISA..langsung tak dibicarakan di mahkamah..tahu-tahu je terus disumbat dalam penjara..

Jadi jutawan selepas didapati tak bersalah

 

NEW YORK - Bandar raya New York kelmarin bersetuju untuk membayar ganti rugi sebanyak AS$9.9 juta (RM32.43 juta) kepada seorang lelaki Barry Gibbs yang tidak bersalah dalam satu kes pembunuhan sehingga dia dipenjarakan selama 19 tahun.

Pembayaran itu merupakan rekod untuk tuntutan saman hak asasi manusia terhadap pihak bandar raya.

Sebelum ini, seorang lelaki yang lumpuh menerima ganti rugi AS$8 juta (RM26.21 juta) selepas dia ditembak oleh seorang anggota polis pada 1999.

"Kami bersetuju untuk menyelesaikan kes itu dan percaya ia merupakan kepentingan terbaik untuk semua pihak," kata Jabatan Undang-Undang New York menerusi satu kenyataan.

Gibbs yang merupakan bekas pekerja pos yang kini berumur 61 tahun disumbat ke dalam penjara selepas seorang detektif menipu pada satu perbicaraan di sebuah mahkamah dengan menyediakan seorang saksi yang melihat dia membuang mayat mangsa kena jerut dekat sebuah jambatan di sini.

Detektif yang memperdayakan mahkamah itu, Louis Eppolito kini dipenjarakan seumur hidup kerana menjadi penembak upahan profesional secara sambilan pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Pada satu siasatan semula oleh ejen-ejan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), saksi yang memperdayakan hakim itu mengaku detektif tersebut merasuahnya untuk mengenal pasti Gibbs sebagai lelaki yang membuang mayat tersebut. - AP