Rabu, 2 Jun 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Halau APCO jika serius bantah Israel

Posted: 02 Jun 2010 06:58 AM PDT

Pemuda Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera menghalau APCO Worldwide dari negara ini sekiranya serius membantah tindakan tentera rejim zionis menyerang konvoi bantuan kemanusiaan Gaza, Isnin lalu.

Di dalam memorandum yang diserahkan kepada Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, di sini kira-kira jam 11.40 pagi tadi, mereka juga berharap Najib tidak hipokrit berhubung perkara itu.

Memerandum tersebut diterima Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Ghazali Ibrahim.

Hadir pada penyerahan memorandum itu ialah Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin, Naib Ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

"Kalau tidak dapat hantar tentera kita sekalipun, cukuplah dengan menghalau Apco.

"Itu adalah perjuangan paling kecil bagi Malaysia membela rakyat Palestin,
" kata Khairul Anwar atau lebih dikenali sebagai Jonah.

Pemuda Pakatan juga melahirkan rasa kesal dengan sikap Perdana Menteri yang lambat menyatakan bantahan, perlahan dan tidak tegas kerajaan dalam memberikan respons terhadap serangan ganas tentera laut rejim haram Israel ke atas konvoi kemanusiaan Gaza itu.

Mereka juga mendesak kerajaan memutuskan hubungan perdagangan ekonomi dan diplomatik dengan pihak mempunyai hubungan dengan zionis Israel termasuk pegangan-pegangan saham yang berkaitan.

"Kerajaan Malaysia pada waktu ini mempunyai pegangan saham sebanyak 31% di Pantai Holding Berhad iaitu anak syarikat kepada Parkway Holdings Limited yang dimiliki pelobi besar Zionis, Richard C Blum.

"Kita juga membangkitkan isu syarikat Asiasoft yang berpengkalan di Telaviv yang terlibat dalam mengendalikan sistem komputer Polis Di Raja Malaysia, yang sehingga kini belum dijawab perdana menteri,
" jelas Shamsul.

Selain itu, mereka mencadangkan Najib mengadakan sidang Parlimen khas pada pagi Khamis dan Jumaat ini sebagai menyatakan bantahan berhubung serangan tersebut.

Mereka juga mempelawa Najib turut serta pada demonstarsi besar-besaran pada 4 Jun ini di hadapan Kedutaan Amerika selepas solat Jumaat.

"Dunia hanya melihat dengan mata yang buta, telinga yang pekak ratusan ribu rakyat Gaza terkepung oleh kejahatan Zionis.

"Kita mintak Najib dengan kuasa negara yang ada lebih proaktif memberi tekanan kepada Israel,
" kata Kamaruzaman.

Dalam pada itu, mereka turut memaklumkan akan mengadakan bantahan di hadapan pejabat Apco beberapa hari lagi.

Bantahan tersebut kata mereka bagi menghalau syarikat berkaitan Zionis Israel tersebut dari bumi Malaysia.

Pertubuhan Yahudi mahu Amerika putuskan hubungan dengan Anwar

Posted: 02 Jun 2010 06:46 AM PDT

Sebuah pertubuhan Yahudi yang berpengaruh di Amerika meminta negara itu agar menyenaraikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai musuh Amerika berikutan tindakannya mendedahkan hubungan kerajaan dengan APCO dan Asia Soft di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Menurut surat B'nai B'rith International's,
, The Global Voice of the Jewish Community, yang mempunyai 200,000 ahli dan penyokong itu, mereka sangat kesal dengan kenyataan anti-Sematic yang dikeluarkan oleh Anwar itu.

Melalui surat yang ditandatangani oleh Dennis W. Glick, Presiden dan Daniel S. Mariaschin, Naib Presiden Executif B'nai B'rith International's itu, mereka mendesak kerajaan Amerika memutuskan hubungan dengan Anwar.

Surat yang bertarikh 25 Mei itu ditujukan kepada John F. Kerry, Pengerusi dan Richard G. Lugar, Ahli utama Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Amerika Syarikat.

Dalam surat itu, pertubuhan itu melahirkan rasa prihatinnya dengan sikap anti-Sematic Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Anwar yang telah menghabiskan beberapa tahun tinggal di Amerika dan membina imej pro-Barat telah menggunakan kedudukannya untuk menyebarkan propaganda anti-Sematic.

Anti-Sematic adalah istilah yang digunakan oleh Yahudi untuk melebelkan pihak-pihak yang anti Yahudi atau Israel.

Bagi pertubuhan itu, langkah Anwar mengkritik Perdana Menteri Najib Razak dengan memasukkan unsur-unsur fitnah anti-Yahudi dan anti-Israel adalah tidak boleh diterima."Contohnya, kenyataannya pada 30 April yang perisik Israel terlibat secara langsung dalam menguruskan kerajaan.

"Contoh lain adalah, dia mendakwa agen perisik Israel dalam unit IT pasukan Polis," kata surat itu.

Mereka juga berkata, Anwar mendakwa kerajaan menggunakan khidmat syarikat perhubungan awam yang dikawal oleh Yahudi di Parlimen.

Selain itu, mereka mendakwa Anwar pernah membuat kenyataan kepada Islam Online yang dia mempunyai bukti kerajaan menyokong lobi Yahudi di Amerika dan sesetengah pihak di Israel.

"Memandangkan peranan Anwar dalam kebangkitan anti-Sematic dalam politik Malaysia, kami memohon semua pegawai Amerika menggantung sebarang hubungan dengan Anwar Ibrahim," kata surat pertubuhan Yahudi itu.

Sementara itu, pertubuhan ini jugalah yang menyalahkan Flotilla Gaza dan melebelkan Hamas sebagai pertubuhan pengganas.

Bagi pertubuhan ini, Flotilla ini adalah satu provokasi oleh kumpulan pro-Hamas yang berlindung di sebalik bantuan kemanusiaan bertujuan untuk memusnahkan negara Yahudi yang dianggap mereka sah itu.

4 siswa dihalang serah injunksi kepada UKM

Posted: 02 Jun 2010 06:41 AM PDT

Empat mahasiswa yang didakwa di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) terpaksa merempuh benteng pengawal keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) demi menyerahkan injunksi kepada naib canselor universiti itu, Prof Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Mereka yang terbabit bagaimana pun hanya dibenarkan menyerahkan surat injunksi masing-masing kepada setiausaha sulit naib canselor, Puan Norlelawati pada sekitar jam 10 pagi, iaitu lewat sejam dari waktu yang dirancang.

Menurut Hilman Idham, salah seorang yang didakwa, sepatutnya universiti boleh menghormati keempat-empat mahasiswa yang mahu menyerahkan surat injunksi yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ekoran insiden itu, beliau mempersoal kredibiliti kelima-lima pegawai terbabit serta Noorlelawati kerana enggan memberi layanan profesional kepada mahasiswa.

"Kenapa pegawai keselamatan universiti perlu halang kami. Injunksi ini mahkamah yang keluarkan, kenapa pula Puan Noorlelawati awalnya enggan menerima surat injunksi kami dengan mengarahkan keselamatan menghalang kami," katanya.

Tambahnya lagi, layanan universiti itu seakan tidak menghormati keputusan mahkamah terhadap kaedah universiti menggunakan Auku ke atas mahasiswa.


Ditanya tentang motif perhimpunan aman lebih 100 mahasiswa di Dataran Canselori, beliau berkata, perhimpunan tersebut adalah isyarat kepada universiti bahawa dakwaan yang dikenakan ke atas mahasiswa menggunakan Auku adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan hak asasi manusia.

Bercakap pada satu sidang media yang lain, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching (DAP) berjanji untuk mengetengahkan dakwaan tidak munasabah itu pada sidang Dewan Rakyat kelak.

Baginya, Hilman bersama tiga mahasiswa yang lain, Wong King Chai, Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina berhak untuk berpartisipasi dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor memandangkan mereka masing-masing adalah calon sarjana muda Sains Politik.

Di perkarangan Dataran Canselori, menyaksikan lebih 100 mahasiswa serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman menuntut UKM supaya bersikap lebih profesional dan matang dalam menghadapi aktivitisme mahasiswa.

Semalam, selain mengeluarkan injunksi interim secara ex-parte yang menghalang pihak berkuasa tatatertib universiti memulakan proses perbicaraan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur turut memutuskan untuk mendengar semula kes tersebut secara inter-prates pada 17 Jun ini.

GMJ gerakkan kempen, sasar 100 ribu bantah judi

Posted: 02 Jun 2010 06:33 AM PDT

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang baru ditubuhkan secara rasmi semalam akan memulakan kempen mansuhkan judi bermula Sabtu, 5 Jun ini di pusat membeli belah Sogo mulai jam 2 petang.

Dalam mesyuarat pertama mereka semalam juga memutuskan satu memorandum akan diserahkan kepada Ahli-ahli Parlimen Malaysia pada Isnin, 7 Jun sempena persidangan Dewan Rakyat.

Pada 23 Jun pula, GMJ akan menyerahkan memorandum sama kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut setiausaha GMJ, Suhaizan Kayat, road show ke serata negeri bagaimanapun berjalan sepanjang masa dan akan bermula 15 Jun ini sehingga hari kemuncak bantahan 3 Julai ini.
Ianya bermula di Wialayah persekutuan, kemudian Selngor (18 Jun), Terengganu (19 Jun), Kedah dan Pulau Pinang (22 Jun), Perak (23 Jun), Perlis (26 Jun), Johor (27 Jun), Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan (29 Jun).

Selain pengedaran risalah, program lain sepanjang kempen juga termasuklah penyerahan memorandum kepada Menteri-menteri Besar dan juga Mufti-mufti Negeri.

Manakala penutup road show akan diadakan pada 2 Julai jam 9 malam di Kuala Lumpur.

Pada hari kemuncak, 3 Julai tersebut, 100 ribu dijangka menyertai himpunan tersebut di ibu negara bermula jam 2 petang bagi menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

GMJ dipengerusikan oleh Cikgu Mohd Azmi Abd Hamid, timbalannya adalah Mohamad Raimi Ab. Rahim manakala AJK pula terdiri daripada wakil-wakil NGO dan parti politik. Ianya ditubuhkan bagi menggerakkan massa membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sempena bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung bulan ini.

Berikut adalah antara NGO yang turut serta dalam GMJ:

1. Majlis Perundiangan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
2. Persatuan Teras Perpaduan Melayu (Teras)
3. Dewan Pemuda Masjid
4. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
5. Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS)
6. Satu Nama (SATNA)
7. Jemaah Islah Malaysia (JIM)
8. Jamaiy
9. Pengerak Belia Tempatan MPK
10. Budayawan Bertindak (BB)
11. Seniman Paksi Rakyat
12. Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK)
13. Nisa Malaysia
14. Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia (PKPIM)
15. Persatuan Dharma Sakyamuni
16. Relawan (PBR)
17. Pusat Aduan Rakyat Kempas
18. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)
19. Dewan Pemuda Pusat (DPP Pusat)
20. Angkatan Muda Keadilan (AMK)
21. Pemuda DAP (DAPSY)



Dari Hrk

Jangan Berlengah Lagi!

Posted: 02 Jun 2010 06:23 AM PDT

Berikutan desakan Pakatan Rakyat agar Dato' Sri Najib Razak mengambil tindakan tegas berhubung isu serangan Israel ke atas konvoi keamanan, saya difahamkan kabinet hari ini bersetuju untuk membentangkan satu usul bagi mengecam keganasan tersebut pada hari Isnin minggu depan.

Namun demikian, pada pandangan saya adalah lebih baik YAB Perdana Menteri memanggil satu sidang khas parlimen pada esok hari atau hari Jumaat. Dato' Sri Najib boleh memaklumkan kepada Tuan Yang Di Pertua Dewan di bawah perkara 11(3) Peraturan Tetap Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membahaskan isu ini. Kita semua bersetuju serangan ke atas konvoi keamanan itu merupakan jenayah kemanusiaan. Kemarahan serta kekesalan ini dikongsi oleh mereka yang mempunyai nurani, tanpa mengira ras mahupun kepercayaan.

Kita juga berharap Dato' Sri Najib hadir ke persidangan meja bulat, jam 11.30 pagi di Kampung Baru, Jumaat ini. Persidangan tersebut turut menghimpunkan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Kita tidak boleh berlengah dan mesti segera mengecam jenayah kemanusiaan yang mengorbankan 19 nyawa itu.

ANWAR IBRAHIM

Surat Terbuka Kepada Tok Jib (Mesti Baca!!)

Posted: 02 Jun 2010 06:14 AM PDT

Dear Tok Jib,

Kehadapan tok jib PM yang disanjungi semoga berada didalam keadaan sihat hendaknya..

Buat pengetahuan Tok jib saya dan rakyat mahrean semuanya berada keadaan sihat walafiat walaupun ada sedikit batuk dan selsema akibat peratus kualiti udara dan suhu yang semakin teruk.

Tak apa lah, kami tahu yang tok jib mungkin terlalu sibuk untuk meninjau keadaan ini kerana ianya isu yang kerdil sekerdil kami ini.

Oh ya! sebelum kami terlupa, Nenek suruh sampaikan pesanan. Nenek kami sedih kerana banyak hutan simpan yang dahulunya mengelilingi perumahan kami sudah pun ditebang dan bukitnya di paras menjadi padang jarak. Nenek kata rumah semakin panas dan habuk melekat di tingkap dan dinding rumah. Nenek kata lagi bila bangunan tu dah siap pintu utama ke kawasan elit itu berada dihadapan perumahan nenek. sudah banyak kereta-kereta yang lalu lalang dan adakalanya rumah nenek pun dijadikan tempat letak kereta oleh orang ramai.

Tok jib, nenek kata lagi pasu bunga dan pokok bunga kertas yang nenek sayang habis di lenyek oleh tayar kereta-kereta ini. Sejak merdeka nenek kata dia bertambah susah bukan bertambah senang. senang dari segi wang tapi susah dalam hati, sering sakit dan hidup tidak tenteram...

Susah jugak nak hidup di negara tanah air sendiri. nenek kata datuk dulu askar melayu masuk keluar hutan tu perkara rutin dan adakalanya nenek tak jumpa datuk sampai 8 bulan. bila datuk pulang, ayat yang sama datuk laungkan kepada ayah dan nenek iaitu "aku kerja bukan main-main, aku nak bagi anak cucu aku senang kemudian hari tak takut untuk bekerja dan senang untuk ngaji"...

Betul jugak kata arwah datuk, walupun dah 3 kepala peluru tembus dalam daging dia tapi sifat kepahlawanan melayu memang bersarang sebati didalam jiwa. tak mudah mengaku kalah demi masa depan cucu cicit melayunya.

Tok jib, bila datuk pencen askar kerajaan hanya bagi sagu hati seribu ringgit dan pencen bulanan RM78 sebulan. dengan wang sebanyak itulah datuk simpan sikit-sikit dan berjaya buka sebuah kedai runcit di Kampung baru pada tahun 1972. datuk dengan bangganya memberitahu kepada setiap pelanggannya yang dia sudah banyak membantu dalam membentuk malaysia yang makmur dan mengharapkan kemakmuran Malaysia ini akan menjadi lubuk rezeki kepadanya pula. mungkin dia terlalu mengharapkan jasanya itu dibalas dengan adil.

sehari demi sehari perniagaan datuk semakin baik tetapi apa yang di persoalkan olehnya kenapa tokey cina yang membekalkan barangan runcit kepada kedai datuk kerap menaikkan harga barang sedangkan kedai cina yang lain masih lagi dengan harga yang sama.

datuk kata, semasa dia berjuang didalam hutan tidak terlintas sedikitpun dalam fikirannya untuk membeda-bedakan keselamatan org awam tanpa mengira warna kulit bahkan 3 peluru yang masih tertanam di bahu dan di peha datuk adalah kerana tindakanya menyelamat seorang gadis cina yang hendak diperkosa oleh tentera jepun. adakah mereka tidak pandai menilai pengorbanan seseorang?

tahun 1986 ketika datuk sudah tua benar dimana umurnya telah mencecah 80 tahun semangat tenteranya tidak pernah pudar. acap kali dia katakan "a soldier will never quit untill he die".

Tok jib, datuk telah meninggal lama dahulu dengan pencen RM78 sebulan dan dengan berkat jimat dan berusaha keras lah datuk telah memiliki beberapa rumah sewa dan kedai di kampung baru. walaupun datuk meninggal di Kedah tetapi nostalgia Kampung baru tidah pernah luput dari ingatannya kerana kampung baru telah menyaksikan hilai tawa, derai tangisan, jatuh bangun dan kejayaan insan yang bernama bangsa melayu.. bangsa yang selalu dihina dan di jadikan bahan eksperimen oleh pemerintahnya sendiri.

Tok Jib, datuk kata Kampung baru adalah kota terakhir masyarakat melayu di Kuala Lumpur. Hilangnya nama kampung baru di peta kuala lumpur bermakna hilanglah kerajaan Melayu di Malaysia kelak nanti....

Yang benar,

Cucu Datuk dan nenek


*surat di atas adalah dipetik dari forum mykmu

p/s:

Sejak isu tanah Kampung Baru meletup, saya ada juga belek-belek forum mykmu untuk melihat apakah khabarnya rakan-rakan seperjuangan kita di sebelah sana yang siap sedia mempertahankan UMNO pada bila-bila masa. Namun mykmu hari ini sudah mempunyai perbezaan ketara berbanding suatu ketika dahulu. Jika dulu, segala macam komen yang tidak menyebelahi mereka akan dipadam setelah entri atau post tersebut dibaca oleh moderator yang dilantik. Hari ini, mungkin moderator-moderatornya telah by-pass tugasan mereka kerana tersedar dari lamunan.

Percayalah, apa yang diperjuangkan rakan kita iaitu penyokong tegar UMNO di forum mykmu tidak jauh bezanya dengan apa yang kita juangkan dalam Pakatan Rakyat. Ianya termasuklah mempertahankan kedaulatan negara serta menjaga nama baik agama kita. Beza yang ketara cuma, mereka mengharapkan UMNO dan BN untuk memartabatkan bangsa sedangkan kita yang telah lama tersedar bahawa, tiada harapan lagi untuk sebuah parti yang dinaungi orang puteh sewaktu di awal penubuhannya. Ramai juga yang penyokong tegar UMNO masih mempertahankan tindakkan pemimpin mereka, tetapi jumlah ini berkurangan berbanding jumlah yang mengkritik dan mempertikai. Dapat juga kita lihat, hanya mereka yang tidak rasional dari posting-postingnya, masih ditakuk lama menyokong kebejatan UMNO.

Situasi seperti ini agak jarang berlaku memandangkan forum mykmu adalah kubu kuat mereka. Adalah begitu payah bagi pendakwah Pakatan Rakyat untuk menembusi mykmu dengan selesa dan acapkali capaian mereka dinafikan melalui penggantungan login id dan ada yang dihapuskan terus dari forum tersebut. Kali ini, kesedaran itu hadir sendiri dikalangan orang kuat mykmu sepertimana yang pernah saya lalui sekitar tahun 2005.

Mungkin senarai isu besar di bawah menjadi faktor pendorong yang utama kerana ia terbit dalam masa yang hampir serentak, antaranya ialah;

1. Isu penyerahan beberapa blok/wilayah minyak yang berharga pada kerajaan Brunei.

2. Penyerahan tanah KTMB (satu2nya tanah kepunyaan Melayu/Malaysia di Singapore) pada kerajaan Singapore.

3. Isu ramalan Malaysia akan bankrup dalam masa sembilan tahun lagi oleh Menteri Umno. (Malaysia diramal bankrup tahun 2019 sebelum diishtihar Malaysia maju 2020?..sungguh lucu Wawasan 2020 Tun M)

4. Isu GST dan penarikan balik subsidi kerajaan kepada rakyat (segala yg berkaitan dengan 'Barang Naik', termasuk desas desus harga minyak akan naik)

5. Isu kerajaan Umno/BN merestui pertaruhan judi bola sempana Piala Dunia 2010

6. Isu penyerahan 40% kouta hak pemilikan tanah orang Melayu di Kampung Baru kepada bukan Melayu.

Fakta-fakta yang berbentuk point di atas saya petik dari blog sahabat iaitu priamalaya. Sebagai seorang aktivis blogger, pastinya fakta di atas terkesan dengan mendalam malah ia juga memberi kesan yang signifikan terhadap saki baki penyokong UMNO. Hanya mereka yang berkepentingan sahaja masih bersama kapal yang kian karam, selebihnya adalah manusia yang kurang cerdik dalam menilai erti sebuah perjuangan.

Semua perkara di atas menambahkan lagi kebencian terhadap retorik 'juara rakyat' dan juga retorik 'rakyat didahulukan'. Tetapi perkara ke-enam yang menyentuh isu pemilikkan Kampung Baru Kuala Lumpur adalah isu yang membuatkan saya sebak lagi hiba. Kampung Baru Kuala Lumpur merupakan bidang-bidang tanah terakhir orang melayu di pusat bandaraya. Sepatutnya warisan terakhir ini dijaga, dikawal rapi dan dibela sepenuhnya.

Saya bukan berniat untuk menidakkan hak bangsa lain untuk berniaga di Kg Baru, tetapi cuba pertahankan hak orang melayu di atas tanah orang melayu itu sendiri. Apabila kerajaan menyerahkan 30-40% pembangunan moden Kg Baru supaya diusahakan oleh bangsa lain, ia umpama kerajaan telah underestimate kebolehan peniaga melayu. Menyerahkan Kg Baru kepada bangsa lain untuk diusahakan dengan alasan bangsa lain itu mempunyai keupayaan untuk melabur dengan jumlah yang besar adalah tidak masuk akal sama sekali. Ia boleh disamakan dengan tindakkan kerajaan selama ini menarik pelabur kapitalis barat ke atas bumi Malaysia. Setiap orang melayu harus merasa malang apabila status tanah reserved yang khas untuk melayu telah bertukar tangan, lebih malang jika tanah itu adalah warisan terakhir kita iaitu Kampung Baru.

Kerajaan harus sedar bahawa orang melayu juga mampu menjadi pelabur di Kg Baru. Empayar Naza sebagai contoh, telah lama bertapak di Kampung Baru dan apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan ialah memberi lebih ruang kepada Naza Group dan konglomerat melayu lain untuk membangunkan Kampung Baru. Kerajaan juga mempunyai banyak syarikat GLC yang serba melayu seperti Khazanah Berhad dan Tabung Haji, mengapa tidak syarikat-syarikat ini diberi jalan untuk ke Kampung Baru? atau kerajaan mempunyai motif lain yang tidak lain dan tidak bukan, menguntungkan individu tertentu?

Harus diingat, kebanyakkan bandar-bandar utama di Kuala Lumpur telah dikuasai oleh bangsa lain seperti di Bukit Bintang, Cheras, Pudu dan Petaling. Apakah kita mempunyai 30-40% daripada perniagaan mereka di sana? Maka wajarkah Kg Baru diserahkan bulat-bulat demi wang ringgit yang banyak? Kg Baru harus dipertahankan, demi mewujudkan kawasan melayu mutual di tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Kg Baru menjadi lambang peninggalan khazanah bangsa kita.

Maka sedarlah, Tanah Rizab Melayu sudah makin berkurangan, blok-blok minyak di lautan juga diserah pada Brunei, Pulau Batu Puteh dah terlepas selain tanah Tanjung Pagar di perkarangan pulau juga dah tergadai, kini nasib Kampung Baru bagaikan telur dihujung tanduk. Melayu akan tinggal di flat yang dibangunkan sekitar Kampung Baru di kala condominium mewah beserta pub dan disko bersama pakej sarang maksiat lain akan dibangunkan, juga di kampung yang sama iaitu Kampung Baru. Itulah nasib melayu, melukut di tepian gantang.

Ramai yang dah sedar, betapa kurangnya cerdik kita melambung tinggi kejayaan 50tahun merdeka. Ramai yang telah sedar, betapa kurangnya cerdik kita menyokong retorik 'juara rakyat', yang akhirnya melingkupkan bangsa.

Setelah sedar, bangkitlah memberi yang terbaik demi anak bangsa. Selamatkanlah saki-baki khazanah negara untuk bangsa sebelum ia dijual sehabisnya. Kita masih punya masa sekiranya bangkit hari ini. Kita tunjukkan kepada mereka bahawa bukan semua jiwa itu boleh dibeli dengan janji palsu semata. Berjanjilah bahawa kita sudah sedia untuk bangkit menentang kezaliman yang serba halus lagi menyeksakan. Lawan tetap Lawan!!

Sokonglah gabungan alternatif untuk selamatkan negara ini disebalik pilihan yang terhad. Jikapun memilih Pakatan Rakyat itu adalah sesuatu yang meresahkan, maka bertindaklah dengan bijak. Satu penggal untuk Pakatan Rakyat! Nilailah 5 tahun itu berbanding 50tahun yang telah dilalui.

Tumbangkan Barisan Nasional, itu sahaja harapan yang kita ada! Mari bersama Pakatan Rakyat melalui PAS, PKR dan DAP, kita berjuang demi anak bangsa! Yakinlah dengan perjuangan!!

Layakkah UMNO Berdemo Soal Kekejaman Israel?

Posted: 02 Jun 2010 06:07 AM PDT

Apakah pemuda UMNO layak membuat tunjuk perasaan menyatakan ketidak puas hati berkenaan isu tentera Zionist menyerang aktivis keamanan? Kenapa mereka membisu bila Pakatan Rakyat menyoalkan soal APCO? Itu persoalan yang perlu dijawab oleh pemuda UMNO yang berlagak macam hero dalam soal ini.

Bila dilihat dalam demonstrasi yang dianjurkan oleh mereka memang nampak macam mereka lah orang yang menjunjung keamanan. Isu APCO yang dipertengahkan masih lagi terjawab. Masih tidak ada satu penafian jawapan daripada mereka.
Terang-terang kejaan BN menggunakan perkhidmatan APCO untuk menaikkan kembali mereka punya kradibiliti. Adakah patut mereka bersetongkol dengan Israel semata-mata untuk mendapat kembali reputasi di hati rakyat. Malah rakyat semakin matang dan tidak lagi tertipu dengan tipou daya mereka. Bagaimana respon perdana menteri dengan menteri luar Malaysia?

Adakah mereka mengeluarkan kenyataan mengutuk dengan kadar segera? Saya tertunggu-tunggu pemimpin negara kita mengeluarkan kenyataan mengutuk serangan Israel tersebut. Saya amat sedih perkara ini berlaku di negara kita yang mendokong agama Islam sebagai agama rasmi. Oleh yang demikian, saya harap pihak kerajaan perlu telus dalam soal APCO. APCO sepatutnya di singkirkan dalam negara kita supaya negara kita tidak tergadai dengan negara Zionist tersebut.

KERENGGA

KERENGGA


Mesh’al: Arab mesti bertindak pecahkan kepungan Gaza

Posted: 02 Jun 2010 06:35 PM PDT

Keangkuhan Israel Sama seperti UMNO

Posted: 02 Jun 2010 06:08 PM PDT

Pemuda PAS bawa usul ‘senada’ kongres PKR kecam lompat parti

Posted: 02 Jun 2010 05:53 PM PDT

Presiden Umno Tidak Sertai Himpunan 100,000 Rakyat Kecam Israel

Posted: 02 Jun 2010 05:20 PM PDT

SELCAT : Siasatan Terhadap Kumpulan Semesta Bukti Kerajaan Negeri Telus

Posted: 02 Jun 2010 04:48 PM PDT

Alhamdulillah, Ashwad Contoh Belia Negara

Posted: 02 Jun 2010 04:42 PM PDT

Politik dendam, nafsu jahat Umno

Posted: 02 Jun 2010 04:33 PM PDT

9 penumpang kereta api ditikam ketika tidur

Posted: 02 Jun 2010 08:21 AM PDT

Anak biadap ditangkap khalwat

Posted: 02 Jun 2010 08:10 AM PDT

Pukulan anak derhaka

Posted: 02 Jun 2010 08:00 AM PDT

Selcat pertikai unjuran hasil pasir tak logik

Posted: 02 Jun 2010 07:39 AM PDT

SELCAT: EXCO Yaakob Sapari Ditegur Lewat Proses Permohonan Tanah Persendirian

Posted: 02 Jun 2010 07:23 AM PDT

Pemuda Pakatan Rakyat Serah Memorandum Desak Najib Singkir Apco

Posted: 02 Jun 2010 07:16 AM PDT

Jangan Syed Sobri = Nasaruddin Sudahlah!

Posted: 02 Jun 2010 07:05 AM PDT

Perlantikan Anak Chua Soi Lek Sebagai Timbalan Menteri Sahkan Najib Amal Kronisme

Posted: 02 Jun 2010 06:56 AM PDT

'Merangkak di kawasan berlumuran darah'

Posted: 02 Jun 2010 06:37 AM PDT

Selangor Arah 12 PBT Beku Lesen Judi, Kekang Penyakit Sosial

Posted: 02 Jun 2010 06:27 AM PDT

Hampir Separuh Penjawat Awam Terlibat Rasuah Tahun Lepas - Cuepacs

Posted: 02 Jun 2010 05:39 AM PDT

Ciuman perokok boleh membunuh

Posted: 02 Jun 2010 04:51 AM PDT

Liwat II: Lawatan kedua ke kondominium, esok

Posted: 02 Jun 2010 04:48 AM PDT

Faez: Saya tidak larikan adik perempuan Saiful

Posted: 02 Jun 2010 04:44 AM PDT

Pertubuhan Yahudi mahu Amerika putuskan hubungan dengan Anwar

Posted: 02 Jun 2010 04:38 AM PDT

Solat Hajat Untuk Misi Keamanan Gaza Diadakan 3 Jun

Posted: 02 Jun 2010 03:23 AM PDT

PKAUM: Kritikan khianati kebebasan akademik

Posted: 02 Jun 2010 03:20 AM PDT

Ahmadiah diarah robohkan bangunan

Posted: 02 Jun 2010 03:15 AM PDT

Hijat Panjang... - " Hentam Ajer Lah Labuuu...."

Hijat Panjang... - " Hentam Ajer Lah Labuuu...."


Alhamdulillah...Semua Sukarelawan Malaysia Selamat...

Posted: 02 Jun 2010 10:55 AM PDT

Alhamdulillah..syukur kehadrat Allah s.w.t semuanya selamat...inilah hasil berkat doa serta solat sunat Hajat yang telah dilaksanakan diseluruh negara malah diseluruh bumi negara-negara Islam maupun bukan Islam...

Tindakan biadap dan melampau komando rejim Haram 1Israel menyerang kapal konvoi utama anjuran NGO dari Turki, MV Mavi Marmara di perairan Antarabangsa amatlah dikesali dan perlu dikutuk sekeras-kerasnya oleh seluruh masyarakat dunia. Progrem bantuan kemanusiaan ini telah disertai hampir 50 NGO dari negara-negara seluruh dunia yang bersimpati menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.

Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu bersama kuasa-kuasa besar dunia perlu memberi perhatian atas kesempitan hidup dan sekatan yang sekian lama dialami oleh penduduk Semenanjung Gaza di palestin ini. Bukalah mata wahai pencinta keamanan! Penindas, penzalim dan pembunuh berlesen, rejim Haram 1Israel Zionis Laknatullah perlu diHUKUM sekeras-kerasnya atas perlakuan biadap mereka itu. Kekesalan atas bantuan Amerika Syarikat, dimana ada Peruntukan Khas yang besar untuk ketenteraan Israel dan juga untuk ekonomi negara Haram tersebut.

Kepada pemimpin Malaysia, Hentikan SEGERA perjanjian secara langsung maupun tidak langsung dengan syarikat-syarikat korporat tidak kira apa kepakaran yang ada, walhal mereka dari negara Haram Yahudi Israel maupun ada sedikit cuma hubungan dengan negara itu. APCO, AsiaSoft yang sedang dalam kontrek perkhidmatan dengan kerajaan perihatin Malaysia, perlulah segera ditamatkan kontrek mereka dan ambillah dari negara-negara Arab ataupun negara-negara di rantau Asia sahaja, kepakaran mungkin lebih dasyat dari pakar-pakar Yahudi Laknatullah itu yang boleh melingkopkan ekonomi negara...

Berita serta maklumat lanjut boleh didapati [DISINI]

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

alkerohi

alkerohi


Najib lantik ramai menteri senang atur

Posted: 02 Jun 2010 03:24 AM PDT

Ramai menteri dan timbalan menteri dalam jamaah kabinet Najib Razak dilihat bukan mewakili suara rakyat.

Mereka dilantik oleh Najib sebagai menteri dan timbalan menteri yang "senang diatur" (senator).

Harus diingat tidak semua senator senang diatur.

Ramai yang menjangkakan 'senator-senator' Najib, selepas pelantikan, mereka akan kurang bekerja tetapi 'banyak sibuk' mencari pengaruh untuk terus kekal kejawatan masing-masing.

Tahniah ! Wang rakyat juga yang beres. Senang atur memudahkan perjalanan Najib.

Wakil rakyat Barisan Nasional yang menang dengan undi rakyat, "bo laku maa.."

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Kes Fitnah 2 - Pakar Forensik Luar Negara Dengar Keterangan Doktor HKL Esok

Posted: 02 Jun 2010 08:00 AM PDT

Oleh Sidiqin Omar

SHAH ALAM 2 Mei - Perbicaraan kes Fitnah 2 terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan bersambung esok.

Ketua peguam bela, Karpal Singh akan mendengar pengakuan doktor Hospital Kuala Lumpur berhubung pemeriksaan perubatan ke atas pengadu.

Prosiding tersebut ditangguhkan selepas permohonan pihak pembelaan yang diketuai oleh Karpal untuk mengemukakan pakar forensik dan perubatan bagi meneliti pengakuan yang dibuat oleh tiga doktor tersebut.

Pakar forensik tersebut, Dr David Wells adalah Profesor Madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan ketua perubatan forensik dari Victorian Institute of Forensic Medicine, Australia.

Beliau akan hadir bagi meneliti pengakuan yang dibuat oleh doktor HKL dan dijangka akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kumpur, pukul 7 pagi esok.

Pada Selasa lepas, pasukan peguambela melawat lokasi kondominium tempat kejadian berlaku namun gagal memasuki unit tersebut kerana diberikan kunci yang salah oleh pihak pendakwaan.

Peguam Sankara Nair yang ditemui kemudian menjelaskan bahawa pihaknya berusaha menghubungi pemilik premis berkenaan bagi mendapatkan kunci unit tersebut.

Tinjauan tersebut penting bagi menimbulkan alibi dengan hujah bahawa terdapat kebarangkalian Mohd Saiful Bukhari Azlan boleh menyelamatkan diri.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Isu Israel: Bertindak Sekarang!

Posted: 02 Jun 2010 07:45 AM PDT



Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Kabinet Senator - Petanda Umno-BN Bakal Hancur

Posted: 02 Jun 2010 07:30 AM PDT

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan rombakan kabinet yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah tindakan yang bertentangan dengan prinsip KPI (Petunjuk Prestasi Utama) yang beliau sendiri laungkan.

"Najib cenderung untuk memilih mereka yang dirasakan mudah bekerja untuk kepentingannya.

"Beliau mengenepikan pandangan akar umbi dengan melantik kroni menjadi menteri melalui jawatan senator.

"Secara rasionalnya, kredibiliti barisan kabinet itu terletak kepada kewibawaan Najib sebagai Perdana Menteri dan lantikan barisan kabinet baru ini sebenarnya akan memburukkan lagi imej negara," ujarnya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Menurut Abdullah Sani lagi, Najib masih lagi mahu melantik orang yang diragui prestasi dan rekodnya, malahan ada di antara mereka turut terpalit dengan beberapa skandal yang melibatkan dana awam dengan jumlah peruntukan yang besar.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Najib yang tidak melantik Ahli Parlimen di kalangan Umno seperti Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad yang dilihat lebih baik dan meyakinkan.

"Individu seperti ini boleh memberikan harapan kepada rakyat untuk melaksanakan tugas dan amanah.

"Saya menganggap bahawa kestabilan politik dalam Umno-BN bagaikan 'telur di hujung tanduk'.

"Mereka ini tidak lagi relevan dan bakal hancur dan adalah ketentuan Ilahi," katanya lagi.

Tambah beliau, semua ini berpunca apabila kerajaan tidak memberikan keutamaan kepada orang yang berwibawa.

"Saya cadangkan Datuk Seri Najib Razak segera meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, kerana jawatan itu tidak sesuai untuk beliau," katanya dalam nada sinis.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Israel : Majoriti Penumpang Mavi Marmara Ada Link dengan Pengganas

Posted: 02 Jun 2010 07:15 AM PDT

Hasil siasatan militer Israel terhadap para sukarelawan yang ada di kapal Mavi Marmara mengungkapkan bahawa majoriti dari mereka yang menyerang pasukan khusus angkatan laut Israel memiliki hubungan langsung dengan link kelompok jihad global.

Menurut Israel sekitar 100 orang telah sengaja disusupkan di dalam kapal armada kebebasan agar mereka dapat menuju Gaza, dengan disain yang eksplisit untuk menyerang tentera Israel dengan menggunakan senjata.

Beberapa orang di antara yang di interogasi diyakini Israel memiliki hubungan dengan kelompok Jihad global terutama jaringan Al-Qaidah.

Mayoriti tersangka adalah warga Turki, namun ada pula warga Yaman dan Indonesia. Satu warga Yaman seorang aktivis Islam difoto dengan belati di sabuknya sebelum serangan terjadi.

Mereka yang disyaki menurut Israel tidak mahu bekerjasama dengan penyidik. Bahkan masih menurut Israel, sebahagian besar dari mereka tidak memiliki surat-surat identifikasi, dan pihak berkuasa Israel masih berusaha memastikan identiti mereka.

Namun demikian, mayoriti tersangka tersebut direkrut oleh organisasi kemanusiaan Turki IHH yang juga mengorganisir armada kebebasan.

Menurut Israel, lembaga kemanusiaan Turki IHH adalah lembaga dana bantuan kemanusiaan Turki yang berorientasi anti-Barat dan Islam radikal.(fq/ynet)


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Israel is a lunatic state !

Posted: 02 Jun 2010 06:57 AM PDT




Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Biasa Ketua Pemuda UMNO Jadi Menteri. Tapi TIDAK bagi Khairy

Posted: 02 Jun 2010 06:36 AM PDT

Pemuda Umno Sabah mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mempertimbangkan jawatan kabinet kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Ketuanya, Azman Ruslan berkata jika Khairy yang juga ahli parlimen Rembau tidak memegang apa-apa jawatan dalam kabinet, kemungkinan besar ia akan mempengaruhi sokongan daripada golongan muda.

"(Ketua) Pemuda perlu diberikan pengiktirafan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sehubungan itu, Azman kecewa kerana ketuanya ketua Pemuda bahagian Rembau, tidak dipilih menganggotai kabinet yang diketuai Najib yang juga presiden Umno.

Azman mengulas rombakan kabinet yang diumumkan Najib semalam yang menyaksikan lima orang senator dan dua anggota parlimen dilantikan sebagai timbalan menteri yang baru.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian berkata, beliau menghormati dan akur dengan keputusan Najib yang juga presiden Umno melakukan rombakan kabinetnya semalam.

Bagaimanapun, beliau berharap kerajaan memberi kepercayaan kepada pergerakan Pemuda untuk menganggotai kabinet selepas ini.

"Pemuda Kelantan berharap pada masa akan datang, kepercayaan akan diberikan kepada Pemuda untuk berada di dalam kabinet.

"Bukan bermaksud pada masa sekarang kami tidak mendapat kepercayaan, cuma pada masa akan datang, Pemuda diberi peluang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan pula berkata "ia tidak menjadi masalah" jika Khairy tidak dapat memegang apa-apa jawatan dalam kabinet kerana perjuangan Pemuda adalah untuk parti.

Tambahnya, rombakan kabinet yang berlaku hanyalah "satu rombakan kecil" dan tidak melibatnya komponen Umno yang besar.

"Rombakan kecil itu antaranya ekoran pilihan raya yang berlaku di Hulu Selangor baru-baru ini," katanya.

Rakan sejawatannya dari Kedah, Badrul Hisham Hashim turut bersependapat dengan rakan seangkatannya itu dan akur dengan keputusan Najib dalam memilih anggota kabinetnya yang baru.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai Khairy yang tidak termasuk di dalam senarai rombakan kabinet semalam.

Sebelum ini, ketua pergerakan Pemuda Umno sentiasa diberi jawatan dalam kabinet termasuk antaranya, Najib sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.



Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Gambar Bulan Yang Dibelah Oleh Nabi Muhammad s.a.w 1400 tahun lampau

Posted: 02 Jun 2010 03:00 AM PDT

bulan-terbelah-2.jpg





Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan[QS.Al Qamar : 1) / (1434)

[1434] Yang dimaksud dengan saat di sini ialah terjadinya hari kiamat atau saat kehancuran kaum musyrikin, dan "terbelahnya bulan" ialah suatu mukjizat Nabi Muhammad SAW.

Anda kagum pada Amerika bisa ke bulan dan melihat fakta … tapi jangan terlalu berlebihan. Fakta bahwa bulan pernah terbelah telah dipublikasikan oleh NASA-nya Amerika… (lihat gambar diatas)

Tapi mengapa dan siapa yang membelah Bulan tersebut? Subhanallah… Nabi Muhammad SAW punya jawabannya, dan Daud Musa Pitkhok pun seorang peneliti Inggris akhirnya memilih Islam sebagai pegangan hidupnya.

bulan-terbelah-3Allah berfirman: "Sungguh telah dekat hari qiamat, dan bulan pun telah terbelah (Q.S. Al-Qamar: 1)"

Apakah kalian akan membenarkan kisah yang dari ayat Al-Qur'an ini menyebabkan masuk Islamnya pimpinan Hizb Islami Inggris ??Di bawah ini adalah kisahnya:

Dalam temu wicara di televisi bersama pakar Geologi Muslim, Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar, salah seorang warga Inggris mengajukan pertanyaan kepadanya, apakah ayat dari surat Al-Qamar di atas memiliki kandungan mukjizat secara ilmiah ?

Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawabnya sebagai berikut:bulan-terbelah
Tentang ayat ini, saya akan menceritakan sebuah kisah. Sejak beberapa waktu lalu, saya mempresentasikan di Univ.Cardif, Inggris bagian barat, dan para peserta yang hadir bermacam-macam, ada yang muslim dan ada juga yang bukan muslim. Salah satu tema diskusi waktu itu adalah seputar mukjizat ilmiah dari Al-Qur'an. ; Salah seorang pemuda yang beragama muslim pun berdiri dan bertanya, "Wahai Tuan, apakah menurut anda ayat yang berbunyi [Telah dekat hari qiamat dan bulan pun telah terbelah] mengandung ; mukjizat secara ilmiah ? maka saya menjawabnya : Tidak, sebab kehebatan ilmiah diterangkan oleh ilmu pengetahuan, sedangkan mukjizat tidak bisa diterangkan ilmu pengetahuan, sebab ia tidak bisa menjangkaunya. Dan tentang terbelahnya bulan,
maka itu adalah mukjizat yang terjadi pada Rasul terakhir Muhammad shallallahu
'alaihi wassalam sebagai pembenaran atas kenabian dan kerasulannya,sebagaimana nabi-nabi sebelumnya.

Dan mukjizat yang kelihatan, maka itu disaksikan dan dibenarkan oleh setiap orang yang melihatnya. Andai hal itu tidak termaktub di dalam kitab > Allah hadits-hadits Rasulullah, maka tentulah kami para muslimin di zaman ini tidak akan mengimani hal itu. Akan tetapi hal itu memang benar termaktub di dalam Al-Qur'an dan sunnah-sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wassalam.
Dan memang Allah ta'alaa benar-benar Maha berkuasa atas segala sesuatu.

Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar pun mengutip sebuah kisah Rasulullah membelah bulan. Kisah itu adalah sebelum hijrah dari Mekah Mukarramah ke Madinah. Orang-orang musyrik berkata, "Wahai Muhammad, kalau engkau benar Nabi dan Rasul, coba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang bisa ; membuktikan kenabian dan kerasulanmu (mengejek dan mengolok-olok)?" Rasulullah bertanya, "Apa yang
kalian inginkan ? Mereka menjawab: Coba belahlah bulan, .."

Maka Rasulullah pun berdiri dan terdiam, lalu berdoa kepada Allah agar bulan-terbelah-4menolongnya. Maka Allah memberitahu Muhammad agar mengarahkan telunjuknya ke bulan. Maka Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan, dan terbelahlah bulat itu dengan
sebenar-benarnya. Maka serta-merta orang-orang musyrik pun berujar, "Muhammad,
engkau benar-benar telah menyihir kami!" Akan tetapi para ahli mengatakan bahwa sihir, memang benar bisa saja "menyihir"orang yang ada disampingnya akan tetapi tidak bisa menyihir orang yang tidak ada ditempat itu. Maka mereka pun pada menunggu orang-orang yang akan pulang dari perjalanan. Maka orang-orang Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekkah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama kali dari perjalanan menuju Mekkah, maka orang-orang musyrik pun bertanya, "Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?"
Mereka menjawab, "Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling menjauh masing-masingnya kemudian bersatu kembali…!! !"

Maka sebagian mereka pun beriman, dan sebagian lainnya lagi tetap kafir (ingkar). Oleh karena itu, Allah menurunkan ayat-Nya: Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, merekapun ingkar lagi berpaling seraya berkata, "Ini adalah sihir yang terus-menerus", dan mereka mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap ….sampai akhir surat Al-Qamar.

Ini adalah kisah nyata, demikian kata Prof. Dr.Zaghlul Al-Najar. Dan setelah selesainya Prof. Dr. Zaghlul menyampaikan hadits nabi tersebut, berdiri seorang muslim warga Inggris dan memperkenalkan diri seraya berkata, "Aku Daud Musa Pitkhok, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggris. Wahai tuan, bolehkah aku menambahkan?"

Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawab: Dipersilahkan dengan senang hati."
Daud Musa Pitkhok berkata, "Aku pernah meneliti agama-agama (sebelum menjadi muslim), maka salah seorang mahasiswa muslim menunjukiku sebuah terjemah makna-makna Al-Qur'an yang mulia. Maka, aku pun berterima kasih kepadanya dan aku membawa terjemah itu pulang ke rumah. Dan ketika aku membuka-buka terjemahan
Al-Qur'an itu di rumah, maka surat yang pertama aku buka ternyata Al-Qamar. Dan aku pun membacanya: "Telah dekat hari qiamat dan bulan pun telah terbelah……."
Maka aku pun bergumam: Apakah kalimat ini masuk akal? Apakah mungkin bulan bisa terbelah kemudian bersatu kembali?? Andai benar, kekuatan macam apa yang bisa melakukan hal itu??? Maka, aku pun menghentikan dari membaca ayat-ayat selanjutnya dan aku menyibukkan diri dengan urusan kehidupan sehari-hari. Akan tetapi Allah Yang Maha Tahu tentang tingkat keikhlasan hamba-Nya dalam pencarian kebenaran. Maka aku pun suatu hari duduk di depan televisi Inggris.

Saat itu ada sebuah diskusi diantara presenter seorang Inggris dan 3 orang pakar ruang angkasa AS. Ketiga pakar antariksa tersebut pun menceritakan tentang dana yang begitu besardalam rangka melakukan perjalanan ke antariksa, padahal saat yang sama dunia sedang mengalami masalah kelaparan, kemiskinan, sakit dan perselisihan. Presenter pun berkata, " Andai dana itu digunakan untuk memakmurkan bumi, tentulah lebih banyak berguna". Ketiga pakar itu pun membela diri dengan proyek antariksanya dan berkata,
"Proyek antariksa ini akan membawa dampak yang sangat positif pada banyak segmen
kehidupan manusia, baik segi kedokteran, industri, dan pertani an. Jadi pendanaan
tersebut bukanlah hal yang sia-sia, akan tetapi hal itu dalam rangka pengembangan kehidupan manusia.

Dan diantara diskusi tersebut adalah tentang turunnya astronot menjejakkan kakiknya di bulan, dimana perjalanan antariksa ke bulan tersebut telah menghabiskan dana tidak kurang dari 100 juta dollar.

Mendengar hal itu, presenter terperangah kaget dan berkata, "Kebodohan macam apalagi ini, dana begitu besar dibuang oleh AS hanya untuk bisa mendarat di bulan?" Mereka pun menjawab, "Tidak, ..!!! Tujuannya tidak semata menancapkan ilmu pengetahuan AS di
bulan, akan tetapi kami mempelajari kandungan yang ada di dalam bulan itu sendiri, maka kami pun telah mendapat hakikat tentang bulan itu, yang jika kita berikan dana lebih dari 100 juta dollar untuk kesenangan manusia, maka kami tidak akan memberikan
dana itu kepada siapapun.

Maka presenter itu pun bertanya, "Hakikat apa yang kalian telah capai sehingga demikian mahal taruhannya. Mereka menjawab, "Ternyata bulan > pernah mengalami pembelahan di suatu hari dahulu kala, kemudian menyatu kembali.!!!

Presenter pun bertanya, "Bagaimana kalian bisa yakin akan hal itu?"
Mereka menjawab, "Kami mendapati secara pasti dari batuan-batuan yang terpisah terpotong di permukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan.
Maka kami pun meminta para pakar geologi untuk menelitinya, dan mereka mengatakan, "Hal ini tidak mungkin telah terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali".

Mendengar paparan itu, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggris mengatakan, "Maka aku pun turun dari kursi dan berkata, "Mukjizat (kehebatan) benar-benar telah terjadi pada diri Muhammad sallallahu alaihi wassallam 1400-an tahun yang lalu. Allah benar-benar telah mengolok-olok AS untuk mengeluarkan dana yang begitu besar, 100 juta dollar lebih, hanya untuk menetapkan akan kebenaran muslimin !!!!

bulan-terbelah-2Maka, agama Islam ini tidak mungkin salah … (aku pun bergumam), "Maka, aku pun membuka kembali Mushhaf Al-Qur'an dan aku baca surat Al-Qamar, dan … saat itu adalah awal aku menerima dan masuk Islam.

Diterjemahkan oleh: Abu Muhammad ibn Shadiq

TULISAN TERKAIT LAINNYA :

Oleh: Ali Said

Eksplorasi Bulan ditandai dengan slogan: "One small step for man; one giant leap for mankind". Peristiwa bersejarah dalam penyelidikan ruang angkasa ini didokumentasikan oleh kamera dan setiap orang sejak itu dapat menyaksikan hal ini. Sebagian orang menganggap peristiwa pendaratan manusia di bulan sebagai sebuah "hoax" atau kebohongan. Bagi penulis, peristiwa tersebut diyakini kebenarannya. Tulisan ini mencoba mengkaitkan peristiwa pendaratan di bulan dengan mukjizat Nabi dan kebenaran Al-Qur'an khususnya QS 54:1 dari beberapa hal.

Tulisan ini penulis awali dengan penyampaian sebuah kisah tentang masuk Islamnya seorang bernama David

Penggambaran seniman Muslim tentang "Terbelahnya Bulan" oleh nabi Muhammad berdasarkan kisah-kisah dan tulisan Islam

Musa Pidcock yang sebelumnya beragama Katolik. Sebagai catatan, David Musa Pidcock sekarang menjabat sebagai ketua "British Muslims Party". Cerita masuk Islamnya David Pidcock menjadi bagian penting untuk meyakinkan bahwa pendaratan manusia di bulan bukan sesuatu "hoax".

Secara ringkas masuk Islamnya David Pidcock dapat dikisahkan sebagai berikut (banyak website yang mengangkat cerita masuk Islamnya David Pidcock yang dikaitkan dengan bulan telah terbelah). Ketika dia (sebelum masuk Islam) sedang meneliti agama-agama yang ada, seorang teman memberinya sebuah Al-Qur'an terjemahan dalam bahasa Inggris.

Ketika dia buka dan kebetulan yang terbuka pertama kali adalah surat Al-Qamar dan membacanya "Hari Akhir sudah dekat dan bulan telah terbelah". Membaca ayat ini, dia berguman "bulan telah terbelah?" Dia lalu berhenti membaca dan tidak membukanya lagi. Kemudian pada suatu hari, sementara dia sedang menonton acara televisi BBC, penyiar sedang berbincang-bincang dengan tiga ilmuan Amerika Serikat, dan penyiar menyalahkan Amerika karena telah menghabiskan dana lebih dari milyaran dolar untuk proyek ruang angkasanya, sementara pada waktu yang sama jutaan manusia berada dalam kemiskinan.

Ilmuan-ilmuan tersebut mencoba menjelaskan mengapa eksplorasi ruang angkasa begitu penting. Ilmuan tersebut menjelaskan bahwa perjalanan ke bulan menelan dana sekitar 100 milyar dolar. Penyiar berkomentar: "untuk menancapkan bendera Amerika di bulan anda menghabiskan uang sebanyak itu?". Ilmuan-ilmuan tersebut menyatakan bahwa uang sebanyak itu dihabiskan karena mereka mencoba mempelajari struktur batuan bulan untuk melihat kesamaan yang dimiliki bulan dengan bumi, dan kata mereka, mereka terkejut mendapati sebuah "belt of rocks" yang memanjang dari permukaan bulan menuju ke kedalaman.

Karena sangat keterkejutaanya, mereka berikan informasi tersebut pada ahli geologi, yang juga terkejut, dan berkesimpulan bahwa hal ini tidak akan terjadi kalau bulan tidak pernah terbelah dan menyatu kembali.

Bulan pernah terbelah

Dia lalu berguman "Ini pasti sebuah agama yang benar", dan surat Al-Qamar yang sebelumnya merupakan penyebab bagi dia tidak percaya pada Islam, sekarang surat tersebut sebagai alasan bagi dia memeluk Islam. Bagi sebagian orang yang meragukan (tidak percaya) terhadap peristiwa pendaratan manusia di bulan, mungkin bisa direnungkan pertanyaan penulis berikut: "Mungkinkan Allah memberikan hidayah pada seseorang melalui sesuatu "hoax" (kebohongan) ?".

Dari satu sisi peristiwa pendaratan manusia di bulan telah memberikan bukti bahwa bulan pernah terbelah yang diyakini merupakan mukjizat Nabi Muhammad seperti yang disebutkan pada kitab Hadist. Di sisi lain peristiwa pendaratan manusia di bulan juga dapat dikaitkan erat dengan Al Qur'an surat Al-Qamar ayat 1 jika dilihat dari beberapa aspek yang terkait dengan fenomena yang terkait dengan peristiwa pendaratan tersebut.

Berikut ini beberapa fenomena menarik yang mungkin dapat memberikan pencerahan kepada pembaca mengenai kebenaran peristiwa pendaratan di bulan yang terkait dengan QS Al-Qamar ayat 1 sebagai berikut:

1. Kata "terbelah" yang digunakan dalam ayat ini (QS 54:1) merupakan terjemahan dari kata "syaqqa", yang dalam bahasa Arab memiliki beberapa arti, tetapi terjemahan "terbelah" lebih disukai. Kata "SYAQQA" dalam bahasa Arab juga bisa berarti "MENGGALI" atau "MEMBELAH dalam arti bukan membelah jadi dua). Salah satu contoh dalam Al-Qur'an bisa dilihat pada QS 80:25-29 (Surah Abasa) yang artinya: "Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit), kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya, lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu, anggur dan sayur-sayuran, Zaitun dan pohon kurma, kebun-kebun (yang) lebat, dan buah-buahan serta rumput-rumputan, untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakmu". Di sini jelas bahwa bumi tidak dibelah jadi dua. Istilah yang pas mungkin "gali tanah". Ketika kata "syaqqa" diartikan sebagai "tergali", maka ketika 21 kilogram batuan yang digali berhasil dibawa astronot dari bulan menuju bumi dapat dikatakan bahwa bulan telah tergali (terbelah).
2. Peristiwa keberangkatan astronot Amerika dari bulan menuju ke bumi dengan membawa 21 kilogram batuan bulan tercatat pada pukul 17:54:1 (waktu untuk seluruh negara/universal time) atau pukul 1:54:1 EDT. Waktu menit dan detik ini tepat bersesuaian dengan QS 54:1 yang artinya "Hari Akhir sudah dekat dan Bulan telah terbelah".
3. Peristiwa pendaratan manusia di bulan, khususnya pada saat kepulangan astronot dari bulan menuju bumi yang terjadi pada tahun 1969 M (kalender Masehi) bertepatan dengan tahun 1389 H (kalender hijriyah). Jika kita hitung jumlah seluruh ayat Al Quran setelah QS 54:1 (dari ayat 2 Surat Al-Qamar) sampai dengan ayat terakhir dalam Al-Quran akan ditemukan sebanyak 1389 ayat. Jadi secara tidak langsung Al-Qur'an menyatakan bahwa manusia akan mendarat di bulan pada tahun 1389 H.

Bulan pernah terbelah

Sebagai penutup, kiranya tulisan ini dapat menjadikan pembaca bertambah keimanannya. Peristiwa pendaratan di bulan merefleksikan kekuasaan dan keesaan Allah yang tercatat dalam Al-Qur'an dan sekaligus membuktikan bahwa peristiwa pendaratan di bulan yang terkait erat dengan Al-Qur'an bukanlah merupakan sesuatu hal yang kebetulan.

Mengapa? Karena Allah telah menghitung segala sesuatunya secara detil. QS 72 ayat 28 menyatakan "dan Allah menghitung segala sesuatunya satu per satu (secara detil)" (QS 72:28). Ditambahkan pula bahwa seluruh rentetan kejadian yang menyangkut proyek Apollo karena atas izin Allah. QS 55:33 menyebutkan "Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya tanpa otorisasi" (catatan: "otorisasi" merupakan terjemahan yang umumnya dipakai oleh terjemahan Al Qur'an berbahasa Inggris, sementara terjemahan DEPAG adalah "kekuatan").

Semoga kita dijauhkan dari apa yang disebutkan dalam QS Al-Qamar ayat 2-3 sebagai berikut: "Dan jika mereka melihat sesuatu tanda (mukjizat), mereka berpaling dan berkata: "(Ini adalah) sihir yang terus menerus, dan mereka mendustakan dan mengikuti hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap urusan telah ada ketetapannya".


http://pantjasurya.wordpress.com/2008/09/11/misteri-terbelahnya-bulan/



Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Kuliah khas bantah Yahudi 4 Jun

Posted: 02 Jun 2010 02:00 AM PDT

Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 2 Jun: Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk mengadakan kuliah khas pagi Jumaat, 4 Jun ini berkaitan tindakan ganas dan tidak bertamadun rejim Israel ke atas konvoi kemanusiaan Gaza, Isnin lalu.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kuliah mingguan itu akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV dan akan turut diadakan solat hajat serta bacaan Qunut Nazilah di tempat yang sama.

"Saya berharap kerjasama semua pihak, muslimin dan muslimat agar dapat hadir beramai-ramai sebagai tanda kita mengutuk tindakan zalim Israel dan sama-sama memanjatkan doa kepada Allah demi keselamatan, keamanan dan kesejahteraan umat Islam dari kerakusan Yahudi Israel ini," katanya dalam satu kenyataan.

Majls Agama Islam Kelantan turut disarankan agar mengarahkan semua masjid dapat menunaikan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah serta menyediakan teks khutbah khusus bagi mengutuk kekejaman Israel, Jumaat ini.

Beliau turut membidas tindakan terkutuk tersebut sambil menyeru agar seluruh ulama di dunia ini bangkit menunaikan solat hajat dan memohon pertolongan Allah SWT demi menyelamatkan umat Islam dan rakyat Palestin termasuk di Gaza.

Nik Abdul Aziz juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangs-Bangsa Bersatu (PBB) agar memberi teguran keras terhadap rejim itu.

"Saya menyeru agar OIC dan negara Islam turut menyertai bantahan ini bagi membuktikan kesungguhan membela nasib rakyat Palestin," ujar beliau.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Pengganas Yahudi Zionis Menyerang Lagi!

Posted: 02 Jun 2010 01:00 AM PDT

Petang tadi, juruckap kerajaan haram Yahudi ISREAL diasak bertubi-tubi oleh wartawan berita Channel 4, sebuah siaran TV di United Kingdom. Ia berkaitan serangan terhadap rombongan kemanusian terdiri dari enam buah kapal di perairan antarabangsa. Rombongan tersebut digelar "Gaza Freedom Flotilla"

Dengan muka selamba dan tidak mengendahkan sebarang pertanyaan panas oleh wartawan terbabit. Jurucakap tersebut seperti biasa beralasan bahawa serangan yang dilakukan adalah kerana mempertahankan diri. Walaupun jawapan itu telah diketahui karut dan tidak waras, mereka sama sekali tidak peduli. Senjata juga kononnya dijumpai berada di dalam kapal-kapal terbabit, namun ia hanyalah spanar, pisau, parang dan tukul. Tidak munasabah alat sedemikian boleh dinggap senjata melawan Israel.

Egonya ternampak jelas, walau nama United Nations (UN) disebut berkali-kali oleh wartawan sebagai menuntut siasatan dan kecaman serangan dan pembunuhan sekitar 10-20 orang awam dan menyebabkan kecederaan puluhan yang lain selain membuat tangkapan dan serangan di perairan antarabangsa. Kini, semua ahli rombongan sedang ditahan dan kita sangat bimbang apabila terdapat ramai wanita muslimah khususnya dari Turki yang turut ditahan ketika ini.

Namun, tiada sebarang respect (hormat) atau apa jua kepada apa sahaja nama yang disebut, apa jua kerajaan. Itulah tahap keangkuhan kerajaan haram Yahudi Israel.

Serangan dan penahanan itu selain melibatkan warga Malaysia, ia juga melibatkan warga sekitar 41 orang warga British. Keadaan itu memaksa UK untuk bersuara menuntut penyiasatan lengkap dan telus.

YAHUDI ISRAEL ADALAH TERRORIST

Benar, itulah Yahudi Israel Zionis jika dilhat dari definisi terrorist menurut kerajaan Amerika

Under Section 3 of Executive Order 13224 "Blocking Property and prohibiting Transactions with Persons who commit, threaten to commit, or support Terrorism", the term "terrorism" means an activity that...

(i) involves a violent act or an act dangerous to human life, property, or infrastructure; and

(ii) appears to be intended

• to intimidate or coerce a civilian population;

• to influence the policy of a government by intimidation or coercion; or

• to affect the conduct of a government by mass destruction, assassination, kidnapping, or hostage-taking.

Selain itu, mereka turut menunjuk kuasa melebihi US, Eropah dan dunia apabila tidak ambil peduli kecaman masyarakat antarabangsa kerana menyerang rombongan kemanusian di perairan antarabangsa.



BANTUAN TERPANTAS KITA

La hawla wal Quwwata Illah billah, bantuan terpantas dari kita buat masa ini adalah qunut nazilah, serta doa buat umat Islam Palestin dan moga Allah s.w.t menghancurkan tentera Israel dengan tenetra MalaikatNya. Jika doa Muslim Palestin tidak mencukupi bagi mendapatkan kemaqbulan di ketika ini, marilah kita sama-sama dengan segera membantu mereka, di harap doa kita mampu membantu mereka dalam kadar segera.

Sememangnya ramai yang tidak peduli dengan serangan ini. Pemimpin arab dan barat semuanya akan bermain dengan kata-kata semata-mata. Tanpa menafikan adalah lebih baik pemimpin yang berkata dan mengecam dari yang terus senyap membisu seribu bahasa.

QUNUT NAZILAH

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِك فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan 'Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.

Mungkin kita juga boleh berdoa agar lubang besar luar biasa yang terbentuk di Guetemala itu terbentuk di Negara haram Israel.



Teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin khususnya yang semakin tersekat bantuan asasinya, demikian juga Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini. Doa kita boleh bacanya sebagai :-

a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu kita, kita juga dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana anda tidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemudian terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.



TINGKATKAN KEPEDULIAN

Akhir sekali, tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam.

Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya.

Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:

أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني

Allah menyebut : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu (Riwayat Muslim)

Sebahagian riwayat lain pula berbunyi :-

أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله

Erti : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan ( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban)

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

2 Jun 2010

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=934&Itemid=72



Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

(Video) Demo serah memorandum – Pesanan Penasihat Aqsa Syarif

Posted: 02 Jun 2010 12:30 AM PDT




Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Kekalkan Kg Baru Milik Eksklusif Melayu

Posted: 02 Jun 2010 12:00 AM PDT

A Kadir Jasin



SAYA harap cakap-cakap hendak memperuntukkan atau membenarkan bukan Melayu memiliki 40 peratus hartanah dalam pelan pembangunan semula Kampung Baru adalah silap lapor oleh media massa atau lepas cakap politikus bermulut besar.

Tetapi kalau betul, ia adalah satu perbuatan yang akan memburukkan lagi imej Umno dan menambah keresahan orang Melayu.

Keadilan hanya boleh dilakukan jika kerajaan serentak membangunkan semula kawasan Cina Jalan Petaling dan kawasan India Brickfields dan menawarkan 40 hingga 60 peratus pemilikan kepada Bumiputera.

Kalau betul Umno hendak bertolak-ansur lagi dengan memberikan 40 peratus Kampung Baru moden kepada Cina dan India, maka wajarlah MCA dan MIC menyokong memperuntukkan 40 hingga 60 peratus Petaling Street dan Brickfields kepada Bumiputera.

Sekiranya tidak, kekalkanlah Kampung Baru sebagai kawasan eksklusif Melayu seperti diasaskan oleh British pada tahun 1899 atas kehendak Sultan Selangor waktu itu, Sultan Alauddin Sulaiman Shah Raja Muda Musa.

Menurut laporan akhbar The Malay Mail pada 17 Februari lalu, Almarhum bertindak ke atas rayuan ketua-ketua kampung Melayu sekitar Kuala Lumpur yang merungut tanah orang Melayu diambil alih oleh pelombong dan pedagang Cina dan Inggeris.

Hasilnya, British mewujudkan Kampung Baru sebagai Malay Agricultural Settlement atau Penempatan Pertanian Melayu apabila Sultan Alauddin Sulaiman Shah bersetuju memperuntukkan sekeping tanah di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Kampung Baru seperti yang ada pada hari ini meliputi kawasan seluas 223 ekar.

Kampung Baru seelok-eloknya dikekalkan sebagai kampung Melayu tradisional dan dinaikkan taraf sebagai kawasan pelancongan kelas dunia seperti yang dilakukan dengan perkampungan Portugis di Melaka.

Dengan cara ini, adalah lebih mudah membuat pembangunan fisikal dan menaikkan nilai ekonomi Kampung Baru tanpa menjejaskan pemilikan oleh orang Melayu.

Ingatlah, apabila bekas kerajaan Pakatan Rakyat Perak memberikan garan tetap kepada kampung-kampung baru di negeri itu, ia tidak mensyaratkan ianya dibuka kepada orang Melayu.

Jadi tidak perlulah pembesar Umno hendak peningkan kepala menyerahkan atau membuka 40 peratus Kampung Baru kepada Cina, India dan bukan Bumiputera lain.

Mereka dah ada lebih daripada cukup di Petaling Street, Brickfields, Jalan Bukit Bintang, KLCC, Pavillion, Lot 10, Times Square, Starhill dan Mid Valley. Berapa kerat Melayu memiliki dan menduduki hartanah di kawasan-kawasan ini?

Hatta di KLCC milik Petronas itu pun peniaga Melayu terpelanting kerana sawa yang tinggi melangit. Yang tinggal boleh kira dengan jari. Itu pun siapa pula di belakang mereka?

Jadi cukuplah Umno cuba mengambil hati orang bukan Melayu. Yang lebih penting sekarang, Umno kena jaga hati orang Melayu dan pujuk orang Melayu yang merajuk pada pilihan raya umum lalu, takut-takut undi bukan Melayu yang dikejar tak dapat undi Melayu yang kendong berciciran.

Kalau saya silap saya mohon maaf dan saya bersedia dikutuk.

http://kadirjasin.blogspot.com/


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Scorpene: Polis Perancis serbu pejabat DCNS

Posted: 01 Jun 2010 11:14 PM PDT

Polis Perancis menyerbu pejabat pengeluar senjata DCNS dan kumpulan industri Thales berhubung siasatan terhadap penjualan kapal selam kepada Malaysia, demikian menurut sumber kehakiman semalam.

Dokumen-dokumen dirampas dalam serbuan tersebut minggu lalu, tambah sumber itu.

azlanThales enggan mengulas perkara itu, manakala DCNS memberitahu AFP bahawa ia "tidak mengesah atau menafikan maklumat tersebut."

"Satu siasatan sedang dijalankan dan kami tidak boleh memberi sebarang komen."

Mac lalu, Pejabat pendakwaraya Paris memulakan siasatan terhadap penjualan kapal selam tersebut pada tahun 2002 ekoran aduan yang dibuat oleh badan hak asasi manusia dari Malaysia, Suaram.

Suaram mendakwa Armaris - anak syarikat Thales dan DCN - telah membayar komisyen sebanyak 114 juta euro kepada syarikat Malaysia Perimekar, yang dikaitkan dengan individu yang rapat dengan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak .

azlanNajib merupakan merupakan menteri pertahanan pada tahun 2002 dan bertanggungjawab dalam rundingan kontrak tersebut.

Sejak tahun 2000, bayaran komisyen bagi kontrak yang berkaitan dengan pemimpin asing merupakan satu rasuah di bawah undang-undang Perancis.

Pada 2002, The DCN menyertai Thales dan kumpulan pembinaan Navantia dalam kontrak untuk menjual tiga kapal selam kepada Malaysia pada sekitar harga satu bilion euro.

Lewat April lalu, seorang jurucakap Pejabat Perdana Menteri menegaskan bahawa "tiada kes" untuk dijawab.

Menurutnya, urusniaga tersebut bebas daripada rasuah dan tidak benar Perimekar mendapat manfaat secara tidak betul daripada urusniaga tersebut.

AFP


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Wartawan Ceritakan Detik Cemas Diserang Israel

Posted: 01 Jun 2010 11:11 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kesemua 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera Israel dua hari lepas sudah dibebaskan dan kini berada di Jordan, kata wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, yang juga merupakan salah seorang daripada rakyat Malaysia yang turut berada di atas kapal itu semasa ia diserang.

Dalam satu lintas langsung dengan stesen itu pagi ini, Ashwad berkata, mereka berada dalam keadaan selamat tetapi keletihan.

Mereka dihantar dengan bas bersama sukarelawan daripada beberapa negara lain ke sempadan Israel-Jordan, dan kini dalam perjalanan ke Amman.

"Kami berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia, pihak kedutaan (di Jordan) dan masyarakat antarabangsa yang banyak berusaha untuk keluarkan kami," kata Ashwad, 25, yang dihubungi oleh stesen itu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan agar mereka selamat dan mengadakan sembahyang hajat.

Mavi Marmara, sebuah kapal Turki ialah satu daripada konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza.

Ketika ditanya pengalaman sepanjang insiden itu, Ashwad berkata, layanan yang diterima dalam tempoh 28 jam itu mengambarkan konflik enam dekad yang dialami oleh rakyat Palestin yang tertindas.

Katanya, kejadian itu bermula apabila tentera Israel mengepung kapal mereka ketika ia berada kira-kira 68 batu di luar perairan Israel pada pukul 4.20 pagi.

"Tentera Israel mengepung kami dari semua pelosok... mereka menggunakan 19 bot, lapan kapal laut dan tiga helikopter," katanya.

Menurut beliau, tentera Israel menggunakan peluru hidup ketika menyerang kapal itu dan berdepan dengan sukarelawan yang hanya menggunakan peralatan bukan senjata, seperti air dari pili bomba.

"Kami diserang bertubi-tubi oleh komando yang naik ke atas kapal. Saya dan Samsul (jurukamera) terselamat tetapi dua sukarelawan yang berada di tepi kami terkena tembakan di tangan dan bahu," katanya.

"Kami kemudian lari ke kawasan lebih selamat... kami lihat ada sukarelawan yang berlumuran darah...ini pengalaman memeritkan yang berjaya membuka mata dunia apa yang berlaku. Tak sangka Israel bertindak demikian... kami hanya orang awam," tambah beliau.

Ditanya keadaan Samsulkamal Abdul Latip, Ashwad berkata, beliau selamat tetapi kedua-dua mereka terpisah selepas mereka ditahan dan digari oleh tentera Israel, dan hanya ditemukan selepas dibebaskan di sempadan Israel-Jordan.

Beliau berkata, kesemua 12 rakyat Malaysia itu akan bertemu dengan Duta Malaysia di Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz sebelum mengatur rancangan pulang ke tanah air. - BERNAMA


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Dunia mengutuk Israel, kerajaan Malaysia masih terlena

Posted: 01 Jun 2010 09:00 PM PDT

Tindakan tentera Israel menyerang konvoi kapal (Freedom Flotilla) yang membawa bekalan kemanusiaan dan beratus-ratus aktivis pro-Palestin dalam misi bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza, telah mengundang kemarahan ramai pihak.

Kapal konvoi kemanusiaan yang menuju ke Gaza telah diganasi oleh tentera Israel dikawasan perairan antarabangsa lebih 150km dari Gaza. Kejadian tersebut berlaku pada pukul tujuh pagi waktu Mekah (lebih kurang pukul 12 tengah hari waktu Malaysia) pada 31 Mei.

Serangan ganas itu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 sukarelawan kemanusiaan yang menuju Gaza terbunuh manakala puluhan lagi cedera. Majoriti sukarelawan yang terbunuh berasal dari negara Turki.

Di beritakan terdapat 12 orang rakyat Malaysia termasuk seorang wartawan dan jurugambar dari Astro Awani berada dalam kapal itu.

Laman sosial seperti Twitter dan Facebook telah menjadi medan awal bagi mengutuk tindakan kejam dan zalim tentera Israel terhadap konvoi flotilla.

Laman sosial tersebut dibanjiri dengan pelbagai komen dan mesej solidariti daripada rakyat Malaysia dan penduduk dari seluruh pelusuk dunia yang marah dengan tindakan tidak berperikemanusiaan itu.




Kenyataan lambat kerajaan Malaysia

Walaupun terdapat 12 rakyat Malaysia dalam kapal kemanusiaan tersebut dan bendera Malaysia boleh terlihat dalam berita yang disiarkan oleh Al-Jazeera, CNN dan BBC, kerajaan Malaysia diantara yang terlambat mengeluarkan kenyataan rasmi bagi membantah kekejaman Israel tersebut.

Pada ketika perdana menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengarahkan duta Israel ke Turki untuk berundur dari negaranya dan tiga latihan ketenteraan bersama diantara Israel dan Turki dibatalkan, khabar dari kerajaan Malaysia masih belum kedengaran.

Malahan negara-negara "kafir" seperti Sweden, Sepanyol, Denmark dan Greece memberikan reaksi yang lebih cepat dengan memanggil duta Isreal di negara mereka untuk memberikan penjelasan. Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dalam reaksi segeranya meminta agar kejadiaan tersebut disiasat.

Kenyataan rasmi daripada kerajaan Malaysia untuk mengutuk tindakan "barbaric" tentera Israel itu hanya keluar lewat malam pada 31 Mei 2010. Kelewatan kerajaan Malaysia untuk memberikan respon yang cepat terhadap pembunuhan dan keganasan tentera Zionis terhadap konvoi keamanan ke Gaza telah mencalarkan imej negara.

Pertama, dunia akan melihat bahawa kerajaan Malaysia tidak begitu mengambil berat terhadap keselamatan rakyatnya yang turut berada dalam kapal kemanusiaan yang diganasi oleh tentera Zionis Israel.

Kedua, Malaysia sebagai sebuah negara yang mendakwa sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk melawan penjajahan Israel akan dilihat sebagai sebuah negara yang hanya mampu "beretorik" semata-mata tetapi lambat untuk beraksi apabila krisis timbul.

Perlu diingat bahawa solidariti Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin bukanlah hanya sekadar memberikan sokongan semata-mata.

Solidariti diantara Malaysia dengan Palestin telah berada ditahap tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara dan mengharamkan pemegang passport Malaysia untuk menjejakkan kaki ke negara tersebut.

Akan tetapi mengapakah apabila tentera Zionis Israel melancarkan serangan ganas terhadap kapal konvoi kemanusiaan ke Gaza, kerajaan Malaysia terlalu lambat untuk mengeluarkan kenyataan?

Pengaruh APCO?

Timbul spekulasi mengatakan tindakan lambat kerajaan Malaysia untuk mengeluarkan kenyataan mengutuk kekejaman Israel oleh kerana terpaksa menunggu nasihat daripada APCO Worldwide Sdn Bhd, sebuah syarikat perunding antarabangsa yang dilantik menjadi perunding komunikasi bagi kerajaan Malaysia.

Kerajaan Malaysia harus memberikan penjelasan terhadap tindakan lambat mereka untuk memberikan reaksi terhadap kekejaman Israel yang melibat 12 orang rakyatnya agar orang ramai tidak terus dibelenggui oleh spekulasi dan khabar angin.

Jika dasar luar negara Malaysia dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak telah berubah dengan perdana menteri yang terdahulu, jelaskan kepada rakyat. Semenjak Najib Razak mengambil alih kepimpinan negara, boleh kelihatan berlakunya perubahan dalam dasar luar negara.

Malaysia sebelum ini pernah menjadi pengerusi Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM) dari tahun 2003-2006. Sehingga kini Malaysia masih lagi merupakan ahli kepada NAM.

Akan tetapi di era pemerintahan Najib, kerajaan melalui Wisma Putra memanggil balik wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna, Datuk Arshad Hussain mengundi menentang usul tersebut yang jelas ditaja oleh Amerika Syarikat terhadap Iran.

Tindakan ini jelas memperlihatkan perbezaan dasar luar negara Malaysia dibawah Najib. Sekaligus tindakan ini bertentangan dengan prinsip Malaysia sebagai sebuah negara berkecuali.

Jika mahu mengubah Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak berkecuali, jelaskan kepada rakyat. Jangan cakap lain dan buat lain.

Dikatakan, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah mengadakan pertemuan dengan Ehud Barak pada 16 Jun 2009, di satu majlis koktail semasa Pameran Ruang Angkasa dan Penerbangan Antarabangsa ke-48 di Paris, Perancis.

Jika ini dasar terbaru kerajaan Malaysia mahu berkerjasama dengan Israel, jangan berselindung lagi.

Mulakanlah hubungan diplomatik dengan Israel dan hantar duta Malaysia ke Tel Aviv dan benarkan negara Zionis tersebut untuk membuka kedutaan di Kuala Lumpur. Sekurang-kurangnya tindakan sebegini lebih jujur daripada terus berselindung dan menipu rakyat.

http://www.aminiskandar.com/?p=2707


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Pakatan setuju adakan kajian separuh penggal prestasi 4 negeri

Posted: 01 Jun 2010 08:00 PM PDT

Oleh G. Manimaran


KUALA LUMPUR, 2 Jun – Pakatan Rakyat (PR) telah mencapai kata sepakat untuk mewujudkan sekretariat menilai prestasi dua tahun pentadbiran empat kerajaan negerinya dengan mengadakan kajian separuh penggal.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat kepimpinan PR yang diadakan di sini petang semalam, empat hari selepas idea mengenainya dilontarkan oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang.

PR mencipta sejarah dengan menguasai lima kerajaan negeri pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun ia kehilangan Perak awal tahun lalu ekoran tindakan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu melompat parti.

Selain menguasai lima negeri ia juga menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen dan memperoleh 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Kami sudah masuk tahun kedua, sudah dua tahun mentadbir... jadi perlu menilai prestasi, pencapaian dan kekurangan yang ada.

"Kajian separuh penggal ini akan menilai prestasi kerajaan-kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan sekarang dan persepsi rakyat dan lain-lain lagi," kata Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu memberitahu, kajian itu akan dikendalikan dengan pembabitan wakil ketiga-tiga parti dengan penyertaan pakar-pakar dari pelbagai bidang dan pertubuhan bukan kerajaan.

Beliau menjelaskan tempoh dan skop terperinci mengenai sekretariat kajian separuh penggal akan diputuskan kemudian.

"Yang butiran lanjut kami akan umum kemudian," katanya.

Ketika ditanya sama ada kajian separuh penggal itu turut merangkumi keberkesanan Dasar Bersama PR, beliau memberitahu, Dasar Bersama merupakan aspek berbeza dan tidak akan disertakan dalam kajian separuh penggal ini

"Dasar Bersama adalah semacam manifesto Pakatan, ia tidak dimasukkan dalam kajian separuh penggal ini... kajian separuh penggal ini akan menyentuh apa yang telah dan apa yang belum dilakukan, prestasi PBT, agensi-agensi kerajaan negeri, kehendak rakyat dan lain-lain lagi," katanya.

Dasar Bersama PR diluluskan pada konvensyen sulungnya pada 19 Dis lalu.

Ketika mengemukakan idea itu pada sidang akhbar selepas perasmian Kongres Nasional Keenam PKR di Kota Baru Sabtu lalu, Lim berkata, pihaknya akan membincangkan idea agar diadakan kajian separuh penggal kerajaan negeri PR selepas dua tahun memerintah.

"Kita sudah memerintah selama dua tahun dan ada baiknya kita melakukan kajian separuh penggal ini... masa yang sesuai untuk menilai prestasi kerajaan negeri... pendekatan, cara... untuk melihat prestasi dari segi aspirasi, harapan rakyat," kata Lim.

Lim berkata kajian separuh penggal itu akan melibatkan keempat-empat kerajaan negeri yang masih diterajui PR iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Beliau yang juga anggota Dewan Rakyat berkata, bagi tujuan itu PR boleh mengambil perkara-perkara yang ditekankan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasarnya di kongres itu.

Kajian itu dipercayai akan mengambil kira rasa kecewa Angkatan Muda Keadilan (AMK) bahawa PR tidak melaksanakan Dasar Bersama PR dengan efektif.



Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Ezam Mencabar bukan Dicabar? Melatah dalam menjawab, Politik Sumpah-Sumpah

Posted: 01 Jun 2010 07:31 PM PDT

Ezam Mohd Nor dalam rangkaian medianya sudah mula menjawab cabaran saya tempoh hari kepada beliau. Masih berani lagi Senator Ezam ke mahkamah untuk menonjol diri dalam kes fitnah liwat kedua ini. Dengan jelas menyatakan bahawa beliau percaya Anwar Ibrahim seorang peliwat. Namun hujahan Ezam tidak ada substancenya.

Ezam sendiri mengaku bahawa dia bukan mangsa liwat. Jadi apakah royanan Ezam terhadap Anwar? Beliau bukan mangsa? Ezam lebih lama bekerja dengan Anwar. Tidak menjadi mangsapun? Jadi apakah masalah sebenar Ezam dengan Anwar? Apakah jawatan tidak cukup baik untuk Ezam ketika bersama Anwar? Jawatan Senator yang Ezam dapat hari inipun kerana Anwar. Banyak sewajarnya terima kasih Ezam kepada Anwar. Ezam mengaku berjumpa Saiful dalam tempoh 2 jam. Ezam juga mengaku bahawa dalam tempoh itu beliau tidak sempat merancang konspirasi? Namun ini hanya baru satu pertemuan yang kita maklumi. Apakah nanti akan didedahkan pertemuan-pertemuan yang lain antara Ezam dan Saiful berserta buktinya? Apakah Ezam hanya menjadi kambing hitam untuk Najib supaya PM tidak perlu kemahkamah? Mungkin ini cagaran jawatan Senator. Ya ataupun tidak?

Pertemuan dikatakan Ezam hanya dua jam? Dan Ezam mengakui bahawa itu pertemuan pertamanya dengan Saiful. Ezam mengakui tidak pernah kenal dengan Saiful dan berhati-hati dengannya. Antara Ezam dengan Saiful, siapakah lebih lama bertugas dengan Anwar Ibrahim? Ezam lebih lama, jadi mengapa Ezam perlu menunggu hadirnya seorang bernama Saiful untuk menguatkan diri berani tampil bercakap tentang isu liwat ini? Mengapa selepas 9 tahun bersama PKN/PKR barulah Ezam keluar parti?. Mengapa tidak dalam tempoh dua tahun sebagai Setiausaha Politik Anwar? Sepatutnya dalam tempoh 2 tahun itulah Ezam keluar meninggalkan Anwar. Kenapa pada tahun 2007 baru mengkhianati Anwar & PKR? Ini jelas bahawa keyakinan Ezam hanya bersandar pada seorang yang bernama Saiful yang dia sendiri tidak kenali lantas terus berani Senator ini bercakap bahawa Anwar Ibrahim seorang peliwat.

Ezam percaya kepada seseorang yang dia sendiri baru kenali. Dalam masa yang sama Ezam juga bercerita tentang kepercayaannya terhadap fitnah liwat ini adalah bersumberkan maklumat daripada orang lain. Maknanya Ezam sendiri tidak pernah melihat perbuatan tersebuat? Jadi bagaimana boleh percaya fitnah ini? Bolehkah percaya dakwaan orang lain yang tidak rapat dengan Anwar berbanding Ezam sendiri yang mengaku orang kuat & rapat dengan Anwar pun tidak pernah dijadikan mangsa. Ezam sendiri mengaku dia tidak pernah mengalaminya. Atau Ezam merasakan dia tercicir kasih sayang Anwar kepadanya? Mungkin Anwar lebih sayang orang lain berbanding Ezam, lantas Ezam merajuk membawa diri. Sudah penat berjuang untuk Anwar 9 tahun, tetapi tertinggal perahu. Rupanya ini gaya Pendekar AMK dahulu? Janganlah lagi diikuti oleh para pendukung Keadilan yang lain.

Ezam hari ini menjawab tuduhan bahawa beliau terlibat konspirasi kerana dicabar. Dicabar oleh siapa? Ezam perlu jawab? Siapa yang mencabar kamu? Anwar Ibrahim tidak pernah mencabar beliau berkaitan isu ini? Tapi yang memulakan cabaran adalah Ezam sendiri yang menggesa Anwar dan Wan Azizah untuk bersumpah. Selepas mendapat jawatan Senator, lagi rancak Ezam mencabar sumpah dan bersumpah. Sampai Najib pun terikut-ikut bersumpah. Sumpah sudah jadi budaya baru politik UMNO/BN. Pembawa penyakit ini adalah Ezam. Saya kira orang UMNO/BN sendiri ada yang tidak setuju. Tetapi apakan daya, yang bawa penyakit adalah seorang Senator. UMNO/BN daripada menjadi Parti Melayu menjadi Parti Sumpah-Sumpah. Insyallah, anak muda akan tolak Parti Sumpah-Sumpah UMNO.

Ezam percaya kepada Saiful kerana kononnya Saiful berani berjumpa ulamak dan juga mungkin bersumpah. Tidakkah Ezam lupa, beliau juga dahulu kuat bersumpah akan lawan habis-habisan UMNO/BN. Tetapi hari ini apa jadi dengan Sumpah Keramat Ezam? Sumpah sudah memakan diri? Begitu juga dengan sumpah Saiful. Ezam mungkin mudah lupa tentang ini. Ezam lupa nasihat Mahathir.

Ezam minta Anwar bersumpah, apakah Ezam sudah lupa dengan dakwaan khalwat Najib Tun Razak di Port Dickson. Berani ataupun tidak Ezam mendesak Najib PM untuk turut serta bersumpah bagi menafikan kes khalwat itu? Bukankah ini dahulu tuduhan Ezam kepada Najib? Jika Najib tidak terlibat, Ezam perlu bersumpah pula menjunjung Al-Quran agar dapat membersihkan Najib daripada tuduhan khalwat di PD itu. Kita tunggu Senator Ezam bersumpah pula untuk bela bos barunya PM Najib Tun Razak. Jangan lupa mohon juga Najib bersumpah di Masjid Persekutuan seperti Saiful bagi menafikan tuduhan dalam kes Altantuya.

Bersumpah ini barangkali penting untuk Ezam, jika nanti Anwar pula bersumpah, apakah Ezam mahu patah balik dengan Anwar? Dimana Ezam mahu letak muka pada Najib? Kadangkala kita harus berfikir sebagai orang bijak, tidak semua perkara selesai hanya dengan sumpah. Apakah makna sumpah jika hanya untuk kepentingan diri dan fitnah. Politik sumpah atau politik sesumpah ini wajar dikuburkan dalam arus politik demokrasi yang adil demi kebenaran. Politik anak muda pada hari ini adalah politik yang berasaskan pengetahuan. K-Politic adalah pendekatannya. Mohon Senator Ezam bahas tentang sumpah ini di Dewan Negara jika penting sangat untuk dengar Anwar Ibrahim bersumpah.

http://nazreeyunus.blogspot.com/2010/05/ezam-mencabar-bukan-dicabar-melatah.html


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Pakatan jemput PM hadir dialog meja bulat kecam Israel

Posted: 01 Jun 2010 07:15 PM PDT

Oleh Clara Chooi

Pakatan Rakyat menjemput Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kesemua parti politik mengadakan perbincangan meja bulat Jumaat ini untuk mengambil pendirian sebulat suara mengecam serangan Israel ke atas konvoi kapal kemanusiaan ke Gaza semalam.

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengeluarkan jemputan kepada Perdana Menteri dan kesemua komponen Barisan Nasional, malah kepada pertubuhan bukan kerajaan Islam dan bukan Islam agar menghadiri perbincangan itu.

Perbincangan meja bulat itu akan diadakan pada pukul 11.30 pagi di Kampung Baru di sini.

"Kita perlu mengambil tindakan lebih serius dalam isu ini dan mengecam keganasan yang berterusan," kata beliau selepas menghadiri mesyuarat Sekretariat Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Anwar menambah, susulan perbincangan meja bulat itu kesemua parti yang terlibat akan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak untuk mengemukakan memorandum bagi pihak rakyat Malaysia bagi mengutuk tindakan rejim Israel dihentikan.

"Bagi ini, kami juga telah memutuskan untuk menjemput Perdana Menteri agar menyertai kami dalam pertemuan khas ini," katanya.

Kata beliau, parti-parti komponen Pakatan Rakyat juga bersetuju untuk mendesak Parlimen mengadakan usul khas membincangkan tindakan Israel.

"Kami mahu Parlimen mengadakan sesi khas agar kita boleh bercakap atas satu suara," katanya lagi.

Pagi tadi, Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan di depan Kedutaan Amerika Syarikat.

Pemuda Pakatan Rakyat dijadual mengadakan perhimpunan protes di depan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya tengah hari esok.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

(Video) Aktivis dibawa turun dari kapal Mavi Marmara oleh rejim Zionis.

Posted: 01 Jun 2010 07:00 PM PDT




Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Gambar Tok Guru Nik Aziz Melawat Adun Limbongan Yang Pengsan Semalam Di Rawatan di HTAPP dan HRPZ II

Posted: 01 Jun 2010 06:00 PM PDT




























YB Drs. Zainuddin kini diberitakan sedang kembali pulih dan menerima rawatan lanjut di Wad 10 Hospital Raja Perempuan Zainab II. Beliau sebelum ini dikejarkan ke Hospital Tengku Anis apabila jatuh pengsan di Program Jati Diri Ladang Rakyat di Masjid Majidiah, Wakaf Berangan Pasir Puteh semalam kerana tekanan darah yang terlalu rendah.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Kenyataan Rasmi : Isu Serangan Israel Terhadap Konvoi Kemanusiaan di Gaza

Posted: 01 Jun 2010 05:28 PM PDT

Kenyataan Rasmi

YAB Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Menteri Besar Kelantan

Isu Serangan Israel Terhadap Konvoi Kemanusiaan di Gaza

Saya mewakili kerajaan Kelantan dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel yang menyerang kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza dan sehingga sekarang telah mengorbankan 19 nyawa.

Konvoi ini dilaporkan membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan, seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Termasuk di dalam rombongan tersebut ialah 12 orang rakyat Malaysia yang turut menjadi tawanan Israel Nyata sekali ia bukan merupakan konvoi tentera dan tidak berangkat ke Gaza dengan tujuan ketenteraan.

Saya juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi teguran keras terhadap rejim itu. Saya juga menyeru agar Pertubuhan OIC dan turut menyertai bantahan ini bagi membuktikan kesungguhan membela nasib rakyat Palestin.

Hakikatnya tingkah laku biadap Israel ini berpunca dari kefahaman bahawa mereka merupakah bangsa yang terpilih dan mulia berbanding bangsa-bangsa yang lain. Bagi mereka, hanya mereka yang berhak hidup di bumi ini dan bangsa-bangsa lain hanyalah bertaraf hamba kepada mereka. Ekoran kefahaman sesat seperti inilah, mereka langsung tidak berasa bersalah melakukan kezaliman terhadap rakyat Palestin. Inilah bahayanya fahaman asobiah melampau yang dianuti oleh Yahudi. Selagi fahaman kebangsaan melampau seperti ini menjadi anutan mana-mana pihak, keamanan tidak akan dapat dikecapi di bumi ini.
Sekian, wassalam.

Pejabat Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 18 Jamadil Akhir 1431 H | 1 Jun 2010



Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!