Selasa, 1 Jun 2010

Herman Samsudeen

Herman Samsudeen


Perhatian!!! Lambang Zionis Dalam Komputer Anda

Posted: 01 Jun 2010 12:23 AM PDT

Perhatian!!! Saat ini anda pasti membenci regim Zionis Israel dengan perasaan yang teramat-amat benci. Rasanya, kalau Benjamin Nethanyahu ada depan anda semua sekarang, biru lebam muka dia kena belasah. Tapi apa boleh buat dia tak singgah Malaysia, dia pi Amerika sahaja besok. Tapi, ada satu perkara yang anda perlu buat hari ini….pergi kat mycomputer dan [...]

Malaysia Seronok Sambut Judi Piala Dunia, APCO Bersorak Kapal Bantuan Ke Gaza Diserang Israel

Posted: 31 May 2010 08:46 PM PDT

Memang panas hati dengar 20 orang aktivis keamanan mati dibunuh oleh Komando Israel pagi semalam. Mereka yang menyertai konvoi Freedom Flotilla bagi misi bantuan ke Gaza menjadi mangsa kepada kezaliman Israel yang menjadi negara utama yang didokong oleh APCO Worldwide. APCO Worldwide menjadi rakan konsultasi Kerajaan Malaysia berjaya menguasai pemikiran pemimpin negara supaya bertindak pasif [...]

Tentera PBB wajib di hantar ke sempadan Palestine

Posted: 31 May 2010 08:17 PM PDT

Jika seorang rakyat Amerika mati dibunuh di Iran, pasti Amerika akan melancarkan peperangan ke atas negara Islam itu hari ini. Namun semalam, serangan Israel umpama percikan api mercun di mata Obama. 20 orang terkorban dan 50 orang tercedera. Tiada rakyat Amerika yang terlibat setakat ini. Obama pula hanya memberikan amaran ringan kepada sekutunya Israel. Besok [...]

Freedom Flotilla Diserang: Malaysia berdengkur dalam dakapan APCO

Posted: 31 May 2010 07:57 PM PDT

Dari http://cetusan-hati.blogspot.com/ Israel – tanpa mempedulikan kutukan dunia – membunuh paling kurang dua puluh sukarelawan kemanusiaan menuju Gaza! Israel nekad. Jika selama ini hanya rakyat Palestin dibedil sesuka hati, kini, warga dunia dari segala pelusuk, tidak terkecuali. 20 dilaporkan terkorban dan 50 yang lain cedera. Sekalipun misi dunia menerusi Freedom Flotila adalah kemanusiaan – membawa [...]

Serangan Israel: Dr Rani selamat, Jamuliddin dan wartawan Awani tidak diketahui

Posted: 31 May 2010 07:53 PM PDT

Semoga Abg. Jamuliddin Elias dan Wartawan Astro Awani selamat…laknat buat Israel Harakahdaily KUALA LUMPUR, 31 Mei: Semua rombongan rakyat Malaysia yang menyertai Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza selamat walaupun 16 dari anggota konvoi itu terbunuh dan lebih 30 cedera. Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman dalam smsnya berkata beliau selamat dan kini kapal yang dinaikinya [...]

KERENGGA

KERENGGA


Layakkah UMNO Berdemo Soal Kekejaman Israel?

Posted: 01 Jun 2010 07:20 PM PDT

RAKYAT GILA BOLA ,UMNO GILA JUDI

Posted: 01 Jun 2010 07:18 PM PDT

MP Kapar: ‘Tangan terikat, tapi saya hadap Selcat pagi ini’

Posted: 01 Jun 2010 05:58 PM PDT

Isteri syukur suami selamat

Posted: 01 Jun 2010 05:49 PM PDT

UMNO ikut yahudi masuk lubang biawak

Posted: 01 Jun 2010 04:18 PM PDT

Sertai PAS: Beri Saya Sedikit Masa – Syed Sobri

Posted: 01 Jun 2010 10:34 AM PDT

Pakatan jemput PM hadir dialog meja bulat kecam Israel

Posted: 01 Jun 2010 09:51 AM PDT

Ajar Israel dgn perang

Posted: 01 Jun 2010 09:19 AM PDT

Kickdefella menfitnah Tuan Guru - Big Sweeps halal di Kelantan

Posted: 01 Jun 2010 08:47 AM PDT

Mayat Bayi Lelaki Baru Dilahirkan Tiga Jam Ditemui Di Tepi Jalan

Posted: 01 Jun 2010 08:25 AM PDT

MB Kedah tidak akan tunduk bubar Dun, Pakatan Rakyat masih kuat! - Ustaz Azizan

Posted: 01 Jun 2010 08:21 AM PDT

Pembetulan Kebinet, Mengecewakan Khairy dan Senator Boy

Posted: 01 Jun 2010 07:57 AM PDT

Ahli parlimen BN tidak layak anggotai kabinet Najib

Posted: 01 Jun 2010 07:46 AM PDT

Makan Tanah: Kanak-Kanak Dirujuk Pakar Psikologi Jika Sebab Tabiat

Posted: 01 Jun 2010 07:17 AM PDT

Qunut nazilah dalam solat lima waktu

Posted: 01 Jun 2010 07:11 AM PDT

Bintang bola dipelawa sertai kempen anti-judi

Posted: 01 Jun 2010 06:25 AM PDT

Mulut: ‘Celaka Yahudi!’, Tgn Bantu Yahudi

Posted: 01 Jun 2010 05:51 AM PDT

12 rakyat Malaysia selamat, kini di Haifa

Posted: 01 Jun 2010 05:24 AM PDT

Telan 'ludah ustaz' tak benar, Dr Asri boleh didakwa

Posted: 01 Jun 2010 04:28 AM PDT

Kabinet baru: Khairy kecewa lagi

Posted: 01 Jun 2010 04:25 AM PDT

Mavi Marmara dikosongkan, nasib aktivis tidak tentu

Posted: 01 Jun 2010 04:24 AM PDT

PAS mahu Obama hentikan kekejaman Israel

Posted: 01 Jun 2010 03:30 AM PDT

Liwat: Perbicaraan tangguh, tunggu pakar Australia

Posted: 01 Jun 2010 03:08 AM PDT

PAC panggil Pos M'sia, Sime Darby jelas kerugian

Posted: 01 Jun 2010 03:06 AM PDT

Dr M: Rachel Corrie akan terus ke Gaza

Posted: 01 Jun 2010 03:02 AM PDT

Generasi Pewaris Khilafah

Generasi Pewaris Khilafah


DARI DULU HINGGA KINI CUKUPKAH SEKADAR MENGUTUK

Posted: 31 May 2010 09:43 PM PDT

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel yang menyerang kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, dan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi teguran keras terhadap rejim itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (pertama dari kanan) berkata Malaysia akan mengusulkan perkara tersebut kepada peringkat tertinggi Majlis Keselamatan PBB supaya perkara ini dibincangkan dalam masa terdekat.

"Saya atas nama kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Tel Aviv terhadap konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza," katanya kepada wartawan selepas melancarkan Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni4B) di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau juga berkata "seluruh dunia harus mengutuk dan mengecam tindakan rakus rejim itu".

"Saya harap insiden ini akan membawa kepada satu tindakan yang boleh membawa kepada teguran keras terhadap Israel," katanya.

Najib berkata serangan ini juga menunjukkan rejim Tel Aviv tidak menghormati langsung undang-undang antarabangsa dan menggunakan kuasa mereka sesuka hati tanpa sebarang pertimbangan sama ada tindakan mereka akan membawa kepada kehilangan nyawa orang-orang yang tidak berdosa.

Perdana Menteri berkata pada masa ini beliau juga sedang menunggu butir dan maklumat sahih mengenai nasib rakyat Malaysia yang turut serta dalam konvoi itu.

Sebuah daripada sembilan buah kapal kecil konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, yang dianjurkan oleh kumpulan pro-Palestin dan pertubuhan hak asasi manusia Turki iaitu Mavi Marmara telah diserang oleh tentera Israel semalam berdekatan Gaza.

Dua rakyat Malaysia, iaitu seorang wartawan dan seorang jurukamera dari Astro Awani, dilaporkan berada di atas kapal itu dan nasib mereka masih tidak diketahui.

Sumber : Bernama

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Disiplin komunikasi Zionis, termasuk Apco

Posted: 01 Jun 2010 07:32 AM PDT

Laporan menyatakan sehingga 20 orang telah terkorban dalam serangan syaitan-syaitan Israel ke atas konvoi Freedom Flotilla untuk menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza. 50 lagi dilaporkan cedera. Itu anda semua dah tau.

Yang saya nak ajak anda lihat ialah permainan kata-kata pengganas yang dari gerombolan merekalah datangnya muka-muka yang kita benci di dalam Apco Worldwide yang kini menjadi tempat Datuk Seri Najib Tun Razak serta gerombolannya memohon petunjuk:
An army spokesman said the activists refused an order not to go to Gaza with their boats laden with humanitarian aid and instead dock at the Israeli port of Ashdod.

The army says its troops were attacked by the activists with axes, knives and firearms.

At least four Israeli marines were injured, said a spokeswoman, including one who was shot when his gun was snatched by an activist (Baca sepenuhnya dalam BBC hari ini "Reporters' log: Gaza flotilla").
Kenyataan seperti di atas amat kerap kita dengar selepas sesuatu peristiwa yang menimbulkan kemarahan umum. Saya harap saya tidak bersalah kerana saya tiba-tiba teringat berita Bernama di bawah yang disiarkan mStar Online 26/4/10:

Tembak remaja:

Empat peronda polis ditukar serta-merta

SHAH ALAM: Empat anggota peronda polis yang terbabit dalam kejadian tembak mati seorang remaja dipercayai anggota kumpulan samun awal pagi tadi di Seksyen 11 di sini ditukarkan ke tugasan pejabat berkuatkuasa serta merta.

Susulan kejadian itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dilantik bagi menjalankan siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kesemua mereka ditukarkan ke desk duty sementara kes ini disiasat, apapun pihak IPK Selangor akan menjalankan penelitian ke atas kes ini dari semua aspek," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua anggota terbabit akan disiasat secara terperinci bagi mendapatkan maklumat sebenar punca kejadian itu.

Khalid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi ini, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11 di sini.

Beliau berkata kejadian tembakan itu berlaku apabila remaja berkenaan enggan berhenti dan cuba melarikan diri selepas anggota peronda polis terserempak dengan suspek yang menaiki kereta jenis Proton Iswara dan berada dalam keadaan mencurigakan.

Katanya anggota polis terbabit melepaskan empat das tembakan ke arah tayar kereta suspek di mana satu daripadanya dipercayai terkena suspek.

"Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan yang dinaiki suspek menemui sebilah parang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun," katanya.

Mayat suspek dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat.
- BERNAMA

Berkaitan:

Apco diterajui musuh-musuh Islam

Tokoh-tokoh utama Apco Worldwide yang diambil oleh kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai konsultan komunikasi atau tempat memohon petunjuk terdiri dari mereka yang memusuhi umat Islam.

Antaranya ialah Naib Presiden Kanan Apco Worldwide di Washington DC, Jonathan Winer, yang pernah mengemukan laporan yang menuduh Ikhwan Muslimin serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas.

Beliau malah pernah berusaha agar dipatahkan segala aktiviti kewangan kepada badan-badan tersebut.

Salah seorang ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, Marc Ginsberg pula menyifatkan mujahid Islam, asy-Syahid Sayyid Qutb sebagai musuh dan membandingkannya dengan Adolf Hitler. Syed Qutb ialah penulis karya-karya besar seperti Ma'alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur'an.

Apco dibayar sebesar RM23 juta dengan duit rakyat negara ini oleh kerajaan Najib kononnya untuk mengendalikan strategi komunikasi dan membina imej negara.

Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel, iaitu bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Stein dan bekas duta Israel ke kepada Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.

Ahli lembaga Apco juga turut dianggotai bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency atau ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet.

Beliau ialah Doron Bergerbest-Eilon, yang pernah dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin.

Jawatan beliau dalam Shin Bet setaraf dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang akan dijadikan sasaran mangsa pembunuhan melalui serangan udara tentera Israel.

Shin Bet juga amat terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat.

Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, menceritakan bahawa beliau pernah ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata - mengakibatkan beliau terpaksa dirawat selama seminggu di hospital.

Mahkamah tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet adalah keterlaluan, melanggar hak asasi manusia dan bersifat menyeksa.

Penglibatan Shin Bet dengan Apco tidak terhad kepada seorang individu di mana tiga lagi bekas anggota Shin Bet menganggotai syarikat yang bersekutru dengan Apco, iaitu Asero Worldwide.

Selain menjadi ahli lembaga Apco, Bergerbest-Eilon juga adalah pengasas, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Asero.

Asero berkait rapat secara terbuka dengan Apco dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara.

Selain Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama Asero adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet - David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.

Selain itu, Naib Presiden Asero, Carl Truscott dan penasihat Asero, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.

Apco dan Asero tidak ubah seperti satu keluarga, di mana kedua-duanya mempunyai pemimpin-pemimpin yang sama.

Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden Asero, manakala Mara Hedgecoth - anak kepada Presiden Apco, Margery Kraus, adalah Naib Presiden Apco dan juga Asero.

Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua firma yang didominasi Yahudi Zionis itu.

Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah pengarah APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.


Dari Penarik Beca

Rombakan kabinet Akhirnya Tee Keat gugur...

Posted: 01 Jun 2010 07:17 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan rombakan kabinet pertamanya setelah mengambil-alih teraju negara pada April tahun lalu.
Dalam pengumuman hari ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng digugurkan.

Dalam pemilihan MCA pada Mac lalu, Tee Keat gagal mempertahankan jawatan presiden setelah tewas kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau juga menamakan lima senator dan dua anggota parlimen sebagai timbalan menteri persekutuan yang baru.

Jawatan Tee Keat diambil oleh Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga adalah setiausaha agung MCA.Untuk Berita Penuh Klip Disini

48 Jam untuk Najib Adakan Sidang khas serangan Israel

Posted: 01 Jun 2010 07:08 AM PDT

Sangat kecewa terhadap PM yang hanya mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan serangan oleh regim Israel pada tengah malam semalam.

Kenyataan itu hanya dibuat selepas didesak oleh pelbagai pihak yang menganggap kerajaan terlalu lembab dan takut untuk membuat kenyataan mengecam perbuatan lanun laut regim Israel.

Kelembapan PM dilihat seperti menunggu apa nasihat dari APCO untuk kerajaan bertindak tanpa menjejas kerja APCO yang diamanah oleh kerajaan untuk memulihkan kepercayaan Amerika terhadap kerajaan Malaysia.

Tindakan regim Israel tersebut adalah berpunca dari sikap lunak dan pak turut dasar luar kerajaan-kerajaan di dunia termasuk Malaysia yang menyumbang kepada tindakan kejam Israel.

Perbuatan kerajaan BN pimpinan Najib yang begitu mesra Amerika/zionis mesti dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sebagai Ahli Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia, dengan ini menuntut kerajaan Malaysia menunaikan tuntutan berikut.

1.Memberi tempoh 48 jam untuk PM segera memanggil sidang khas Parlimen untuk membincang isu serangan tersebut.

2.Dalam tempoh 48 jam Kerajaan juga hendaklah membentang pelan menyelamat rakyat Malaysia yang sedang ditahan olih pihak berkuasa Israel pada sidang khas Parlimen.

3.Dalam tempoh tidak lebih dari 48 jam kerajaan hendaklah menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel/Amerika.

4.Menuntut kerajaan menghentikan dengan segera sebarang urusan perdagangan yang rasmi atau tidak rasmi dengan negara haram Israel.


Dato' Mahfuz Omar
,
Ahli Parlimen Pokok Sena,
Naib Presiden PAS.

Ajijoi

Ajijoi


PAS serah memo ke kedutaan Amerika bantah Israel

Posted: 01 Jun 2010 05:37 AM PDT


Umno patut malu dengan DAP: PAS Perak

Posted: 01 Jun 2010 05:32 AM PDT

IPOH, 1 JUN: Pesuruhjaya PAS Perak hari ini menegaskan dalam kenyataannya medianya bahawa UMNO patut malu dengan pendiriaan DAP yang turut sama mahukan supaya lessen judi sempena kejohanan piala dunia 2010 diharamkan serta merta bagi mengelakkan gejala tidak bermoral menular di negera ini.

Menurut beliau, UMNO perlu sedar bahawa bukan PAS dan KEADILAN sahaja yang menentang kejahilan UMNO dalam isu pengharaman lesen judi ini, bahkan DAP yang ahli dan pimpinannya yang majoriti dikalangan bukan Islam juga turut menentang kejahilan UMNO dalam isu pemberian lesen judi ini.

Beliau menjelaskan bahawa UMNO juga sepatutnya mencontohi tindakan yang diambil oleh kerajaan pakatan rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang dalam menyekat mudharat judi yang akan merosakkan seluruh rakyat Malaysia dengan cara mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan surat kepada pengusaha loteri akan pengharaman lesen perjudian sempena kejohanan bolasepak piala dunia ini.

Menurut beliau, PAS Perak khususnya akan terus konsisten menentang dan mendesak semua jenis perjudian tidak kira kecil atau besar yang melibatkan umat Islam khususnya diharamkan, perkara ini penting kerana judi adalah satu perkara jelas bertentangan dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam Al Quran dan sunnah.

Beliau menambah lagi, PAS begitu kecewa dengan sikap pimpinan melayu UMNO yang terus mempertahankan kejahilan mereka dalam menentang hukum yang di tetapkan Allah SWT, bagi PAS jika UMNO begitu degil dalam mempertahankan kejahilan mereka dengan membelakangkan perintah Allah SWT, maka sudah tiba masanya seluruh umat Islam di Malaysia memilih PAS sebagai wadah perjuangan mereka agar kesucian agama Islam itu
dapat dipelihara berdasarkan perintah Allah SWT.

Sehubungan dengan itu beliau juga menegaskan bahawa, PAS Perak juga akan terus konsisten bersama Pakatan Rakyat dalam menentang kejahilan UMNO mempertahankan untuk meneruskan lesen judi ini.

PAS Perak gesa Solat Hajat dan Doa Qunut Nazilah perlu konsisten

Posted: 01 Jun 2010 05:27 AM PDT

IPOH, 1 JUN: Pesuruhjaya PAS Perak hari menyatakan bahawa PAS Perak mengharapkan agar umat Islam terus konsisten dalam melakukan solat hajat serta bacaan qunut nazilah bagi mengharapkan bantuan ALLAH SWT keatas umat Islam Palestin serta menyelamatkan delegasi misi bantuan keamanan ke Palestin yang diserang dengan cara tidak berperikemanusiaan oleh tentera zionis Israel semalam.

Menurut beliau, kita sebagai umat Islam perlu menyedari bahawa sekarang segala pintu dan jalan keluar buat saudara-saudara kita di Gaza semakin tertutup, bermula dengan pemotongan bekalan air, elektrik dan komunikasi, disusuli dengan pengeboman keperluan-keperluan awam seperti hospital dan pasaraya, ditambah lagi dengan sekatan ketat yang
menghalang bantuan antarabangsa dari aspek perubatan, makanan dan kemanusiaan, apa lagi yang kita boleh harapkan? Dalam kata mudahnya, mereka seolah-olah terkepung, terperangkap dan hanya menunggu masa untuk dibunuh sewenang-wenangnya oleh rejim Israel.

Lantas, adakah kita akan terus-menerus mengalah dengan berada di bawah naungan keegoan Israel yang bongkak ini selama-lamanya? Dengan dominasi mereka yang menguasai politik, ekonomi dan ketenteraan dunia, ini tidak harus jadi sebab kita mati rasa dan mengiyakan semua penguasaan mereka. Ingat, dalam kerendahan, kemiskinan dan serba kekurangannya kita, kita tetap masih mempunyai doa. Sesungguhnya doa itu di sisi Allah S.W.T. amat tinggi nilainya, jelas beliau.

Oleh itu umat Islam perlu yakin dengan janji ALLAH SWT di dalam Al-Quran, Allah berfirman di dalam Surah As-Saff ayat ke-8 " Mereka ingin dan berusaha untuk memadamkan cahaya agama Allah, tetapi Allah tetap akan menyempurnakan cahaya agamanya miskipun orang-orang kafir enggan menerimanya, tetap menentang dan menolaknya" Ini adalah janji Allah SWT kepada hambanya dan ayat wajib tersemat di hati setiap umat Islam.

Sehubungan dengan itu beliau meminta agar seluruh ahli PAS di peringkat cawangan, kawasan serta negeri Perak khususnya, agar meneruskan solat hajat dan doa qunut nazilah dengan kosisten serta yakin dengan janji Allah SWT " Dan ada lagi kurniaan lain yang kamu
sukai iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat waktunya.

Dan sampaikanlah berita gembira ini kepada orang-orang yang beriman. (As-Saff :13)

IPMM desak kerajaan Malaysia hentikan khidmat Apco dan konsisten dalam menyelesaikan isu hak kemanusiaan

Posted: 01 Jun 2010 05:23 AM PDT

IPOH, 1 JUN: Pengarah Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) Saudara Mohd Hafez Sabri mendesak agar Kerajaan Malaysia menghentikan serta merta penggunan APCO serta agensi dan konsultan yang berkaitan dengan Israel. APCO yang mula bertapak di Malaysia pada 1 September 2009.

Menurut beliau, Jika benar kerajaan Malaysia mengutuk tindakan Israel merampas dan menyerang kapal 'Mavi Marmara' serta mengakibatkan kematian dan syahidnya 16 orang aktivis dan cederanya lebih 32 orang atas misi untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan bagi penduduk GAZA, Kerajaan Malaysia perlu buktikan dengan jelas dengan memberhentikan serta merta khidmat APCO yang bernilai bernilai RM20 juta itu.

Konvoi kapal Freedom Flotilla dalam perjalanan membawa lebih 10,000 tan bekalan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun.

IPMM mewakili generasi anak muda mencadangkan beberapa usaha yang mesti digerakkan untuk menunjukkan konsistensi kita dalam berhadapan dengan isu yang membabitkan hak kemanusiaan.

Menurut beliau lagi, pihaknya menggesa agar rakyat Malaysia menyatakan bantahan samada menyertai himpunan untuk menyerahkan memorandum di setiap pejabat konsul Israel dan kedutaan Amerika, Menulis surat kepada Perdana Menteri Malaysia selaku Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin berhubung dengan tindakan lanun menyerang kapal konvoi supaya memanggil siding trgempar OIC dan mengheret Israel ke
muka pengadilan.

Sehubungan dengan itu Menurut Pengarah Hubungan Luar & Antarabangsa Institut Pemikir Muda Malaysia, Saudara Abdul Rahman Jabir beliau juga turut menggesa agar Anak muda mesti bangkit dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk survival mereka untuk mempertahankan tanah air dan hak mereka. Memetik ucapan beliau " Ini soal kemanusiaan yang harus kita dokong bersama, Generasi muda perlu meneliti usaha seorang aktivis kemanusiaan daripada Amerika, Rachel Corrie, 23 tahun. pada 6 tahun lepas yang nekad meninggalkan Amerika dalam misi untuk membantu Gaza dan akhirnya mati dibunuh ketika beliau nekad menghalang bulldozer rejim Zionis daripada meroboh rumah-rumah Palestin. Malah, satu yayasan telah ditubuhkan iaitu Rachel Corrie Foundation for Peace & Justice. Corrie tidak pernah kenal patriotisme yang buta. NGO anak
muda dan seluruh pertubuhan non partisan mesti menjiwai semangat anak muda ini."

Selain itu Institut Pemikir Muda Malaysia juga menggesa supaya Parlimen membuat sidang khas berhubung dengan isu serangan tentera rejim Zionis supaya resolusi dapat dikeluarkan. Bagi gerakan anak muda ini sekarang bukan masanya hanya sekadar mengutuk serangan dan mengeluarkan kenyataan yang tipikal dan bosan setiap kali peluru
membunuh nyawa rakyat yang tidak berdosa di bumi Palestin.

Pihak IPMM juga menggesa agar rakyat Malaysia teruskan memberi sumbangan derma dan bantuan kemanusiaan dengan menyokong sebarang usaha yang dibuat oleh Viva Palestin. Penyertaan rakyat dan pelajar Malaysia dalam konvoi Viva Palestin pada Disember 2009 lepas perlu dicontohi walaupun telah digagalkan daripada memasuki Gaza atas maksud kemanusiaan.

Putuskan hubungan diplomatik dengan Mesir

Posted: 01 Jun 2010 05:20 AM PDT

Serangan berdarah ke atas kapal MV Mavi Marmara oleh pasukan komando Syayetet 13 rejim zionis hanyalah sebahagian dari wajah zalim dan bongkak yang ditayangkan kepada dunia sejak sekian lama. Laporan wartawan Associated Press, Steven Gutkin menyebut kapal berkenaan dianggarkan memuatkan 600 hingga 700 sukarelawan Free Gaza Movement dari 20 buah negara termasuk Malaysia dan sehingga kini 9 aktivis dilaporkan terbunuh dalam serangan yang dilakukan di perairan antarabangsa semalam.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng menegaskan tindakan Majlis Keselamatan yang mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan rejim zionis hanyalah sandiwara yang diulang setiap kali rejim berkenaan bertindak di luar batas kemanusiaan dan tidak memberikan sebarang kesan kepada rejim zionis disamping sikap Amerika Syarikat yang sentiasa melindungi kepentingan rejim berkenaan.

DPPKG menyatakan bahawa punca misi kemanusiaan yang disertai oleh rakyat dari berbilang negara mengambil keputusan untuk menggunakan jalan laut untuk menghantar bantuan kepada 1.5 juta rakyat Palestin di Gaza adalah kerana penutupan Sempadan Rafah oleh Mesir dan rejim zionis. Penutupan sempadan berkenaan sejak Jun 2007 telah menutup sepenuhnya pintu masuk untuk bantuan antarabangsa ke Gaza selain memisahkannya dengan wilayah Tebing Barat.

DPPKG menegaskan tindakan menutup sempadan Rafah selepas kemenangan Hamas dalam pilihanraya pada Januari 2006 adalah tindakan paling tidak berperikemanusiaan oleh sebuah negara Islam terhadap negara saudaranya. Tindakan tersebut telah menyebabkan hampir 1.5 juta penduduk Palestin mengalami kebuluran dan tidak mendapat rawatan secukupnya akibat kekurangan bekalan ubat-ubatan.

Tidakkah kerajaan Mesir mengetahui bahawa lebih 60% dari penduduk Gaza adalah kanak-kanak berusia 19 tahun ke bawah? Tidakkah kerajaan dan pemimpin Mesir mengetahui lebih dari separuh kanak-kanak di Gaza mengalami kebuluran saban hari? Tidakkah kerajaan Mesir mengetahui 69% kanak-kanak di Gaza mengalami masalah psikologi akibat perang yang serius? Tidakkah Mesir mengetahui lebih dari 50 orang kanak-kanak Palestin dibunuh oleh rejim zionis setiap tahun? Tidakkah kerajaan Mesir mengetahui lebih 71% keluarga di Gaza hanya bergantung harap kepada bantuan bekalan makanan? dan soalan utama, apakah kerajaan Mesir tidak mengetahui bahawa yang ditembak, yang dipenjara, yang dibunuh adalah saudara seagama mereka.

DPPKG menyatakan bahawa satu mesej jelas dan tegas harus dihantar kepada kerajaan Mesir yang bersekongkol dengan kerajaan haram Israel melakukan jenayah kemanusiaan ke atas saudara-saudara Islam kita di Gaza. Oleh itu DPPKG dengan ini menggesa agar Kerajaan Malaysia memutuskan hubungan diplomatik secara rasmi dengan kerajaan Mesir sebagai bantahan kepada sikap dan tindakan mereka yang bersekutu dengan rejim Zionis.
DPPKG juga menuntut agar Kedutaan Mesir segara ditutup dan kerajaan menghantar balik diplomat-diplomat Mesir ke negara mereka. Tindakan ini juga sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin dan perjuangan membebaskan Palestin dari rejim zionis.

DPPKG merasakan tiada gunanya bersahabat dengan sebuah negara yang tidak mempunyai rasa belas kasihan terhadap jiran yang seagama dan sebangsa dengan mereka. DPPKG juga mengajak semua rakyat Malaysia melakukan tindakan boikot terhadap semua barangan buatan Mesir sebagai sebahagian dari sumbangan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Akhir sekali , DPPKG mendoakan agar rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian tersebut selamat dan mengharapkan agar saudara mara di Malaysia tabah menghadapi ujian ini.

Sekian.

HARIS ALIMUDIN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS
Kawasan Gopeng

Mesir memang sedari dulu bertindak seolah-olah mereka adalah ejen kepada rejim Zionis Israel.

Biaqpila

Biaqpila


Qunut nazilah dalam solat lima waktu

Posted: 01 Jun 2010 03:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan seluruh ahli, kepimpinan dan penyokong PAS serta meminta mumat Islam di seluruh dunia agar membaca Qunut Nazilah dalam tiap-tiap sembahyang lima waktu bermula hari ini.

Demikian dimaklumkan oleh setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily, sebentar tadi.

Ini, katanya bagi memohon kepada Allah agar dibinasakan rejim zionis Israel serta diberikan kekuatan kepada kumpulan sukarelawan yang sedang ditahan dan berhadapan dengan rejim zionis itu di Gaza dan seluruh dunia.

Harakahdaily


Share

Keputusan TM Liga Super 01/06/10

Posted: 01 Jun 2010 08:08 AM PDT

Akibat percayakan seorang 'ustaz', gadis jadi mangsa cabul

Posted: 01 Jun 2010 05:00 AM PDT

KUALA TERENGGANU 31 Mei - Akibat percayakan seorang 'ustaz' untuk membantu menyelesaikan masalah dengan teman lelakinya, seorang pelajar perempuan sekolah menengah dicabul ketika menerima 'rawatan' lelaki itu.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, mangsa mengenali suspek berusia 38 tahun baru-baru ini, yang merupakan fasilitator di sebuah kem motivasi.

Katanya, kerana percayakan suspek, mangsa yang berusia 17 tahun menceritakan masalahnya iaitu sukar melupakan teman lelakinya sehingga terjejas pelajaran.

"Ustaz tersebut mengaku boleh merawat secara tradisional dan menelefon mangsa untuk melakukan rawatan di rumahnya, 21 Mei lalu.

"Dalam rawatan itu, mangsa diminta supaya menyediakan dua botol air dan tidak memakai seluar dalam," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau memberitahu, ketika melakukan 'rawatan' tersebut, suspek menyentuh dada dan memeluk pinggang mangsa.

"Selain itu, ustaz tersebut juga meramas punggung dan buah dada selain kemaluan mangsa.

"Mangsa turut diminta mencium pipi suspek selepas rawatan. Gadis itu hanya mengikut arahan kerana menyangka ia sebahagian daripada rawatan," ujarnya.

Manoharan berkata, mangsa yang merasa curiga dengan rawatan pelik itu kemudian menelefon agensi perunding di tempat suspek tersebut bekerja.

"Namun dia dimaklumkan suspek telah dipecat 12 Mei lalu kerana telah jauh terpesong. Mangsa lalu membuat laporan di Balai Polis Gong Badak di sini, pada pukul 12.30 tengah malam kelmarin.

"Mangsa bersama ibu bapanya serta majikan suspek kemudian membuat perangkap dengan menelefon suspek dan menahannya di rumah itu," katanya.

Beliau memberitahu, suspek ditahan reman sehingga 3 Jun ini untuk siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.



Share

Malaysia berdengkur dalam dakapan Apco

Posted: 01 Jun 2010 04:00 AM PDT


Serangan Israel ke atas flotila kapal yang membawa bantuan kemanusian kepada rakyat Gaza yang dikepung terus dikecam pelbagai pihak.

Lewat malam semalam, exco Kelantan, Datuk Husam Musa membidas kekejaman Zionis itu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 sukarelawan kemanusiaan yang menuju Gaza terbunuh manakala puluhan lagi cedera.

Bagaimanapun, menurut Husan apa yang paling dikesalinya ialah sehingga jam sembilan malam semalam, semakan menerusi laman web Bernama, menunjukkan tidak ada satu pun kenyataan dari mana-mana pemimpin Malaysia mengenai serangan Israel itu.

“Menteri Luar masuk tidur begitu awal? Kerajaan Malaysia hanya beroperasi mengikut jam pejabat hingga lima petang?

“Kita tidak merasa apa-apa dengan serangan Israel ini? Kita tidak risaukan tentang keselamatan rakyat kita? Kita tidak marahkan Israel bertindak kejam dalam perairan antarabangsa menghalang bantuan kemanusiaan untuk ummat manusia yang sedang menunggu dunia membuka jendela mereka? “ katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

palestine middle east conflict 160407 deadMenurut Husam, pemimpin dunia lain termasuk tindakan Perdana Menteri Turki, Erdogan bertindak mengarahkan duta Israel di Ankara supaya berundur manakala tiga latihan ketenteraan dengan negara itu dibatalkan.

“Sweden, Sepanyol, Denmark dan Greece juga memberikan reaksi segera dengan memanggil duta Israel. Perancis meminta insiden ini segera disiasat. Malaysia?

“Sehingga jam 9 malam, 31 Mei 2010, semakan menerusi web Bernama, tidak ada satu pun kenyataan dari mana-mana pemimpin Malaysia mengenai serangan durjana Israel ini,” kata Husam.

Sehubungisraeli air strikes against hamas gaza strip palestinean itu, katanya Malaysia seharusnya membatalkan kontrak dengan syarikat Israel - Apco - sebeberapa segera.

“Jika Malaysia telah membayar RM 77 juta kepada syarikat Israel itu, kita mesti menyumbang untuk manusia tertindas di Gaza lebih banyak dari itu.

“Malaysia perlu menyokong tindakan Turki memanggil sidang khas Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia perlu menghantar apa jua bantuan yang diperlukan untuk warga kita yang terlibat,” katanya.

Menurut Husam, dalam respon segera, DAP, Pemuda Umno, PAS dan PKR masing-masing telah mengeluarkan kenyataan.

“Kerajaan Malaysia? Lena dalam dakapan Apco,” katanya.

malaysiakini


Share

Serangan Israel, kecaman tiada lagi makna!

Posted: 01 Jun 2010 02:00 AM PDT



Oleh: Anak Sengat

Bukan lagi kecaman, jauh sekali kekesalan. Semuanya itu langsung tidak menganggu nyenyak tidur Israel. Apa yang dimahukan kini ialah tindakan ! Tindakan!. 16 nyawa bukan sedikit. Kematian mungkin telah bertambah jika dikira bilangan yang cedera.

Konvoi ini bukan konvoi tentera. Ia konvoi damai. Ia bukan membawa alatan senjata. Ia konvoi menyambung nyawa manusia. Jangan diharap pada Amerika! jangan diharap pada PBB. Umat Islam mesti mengembelingkan tenaga membina kegerunan Yahudi yang bermaharajalela dan membabi buta!

Umat Islam telah jemu mendengar kekesalan dari mulut pemimpin mereka. Telinga ini sudah tidak mampu menndengar kesedihan disebalik wajah hipokrit dan dayus! Mereka yang ditahan mesti dibebaskan. Dengan apa cara sekalipun. Mereka yang dibunuh mesti dituntut bela.!

Masih terlintas ingatan apabila rombongan Rasulullah cuba ditahan dalam perjalanan untu umrah. Rombongan Rasulullah ialah rombongan damai. Tiada senjata atau tujuan membuat serangan selain ibadah kepada Allah. Namun apabila berita Saidina Usman dibunuh, para sahabat lantas berbaiah menuntut bela. Namun akhirnya kuffar itu mengalah setelah mendengar semangat dan daya juang para sahabat.

Sedikit persamaan boleh difahami dari kisah rasulullah, ia tak serupa...hakikat pengajarannya tetap besar nilainya

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily

Share

Seram: Pontianak Balai Polis

Posted: 01 Jun 2010 12:00 AM PDT

Oleh Alias Abd Rani

2010/06/01

BETONG: Jelmaan lembaga berbaju putih dengan berambut panjang dipercayai pontianak bukan saja menganggu anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong, malah tahanan lokap turut menerima nasib sama.

Lembaga berkenaan dikatakan 'menjaga' salah satu lokap berkenaan dan seringkali menjelma di setiap sudut menyebabkan tahanan tidak lena tidur.

Menurut sumber, seorang ustaz dipanggil untuk 'merawat' lokasi berkenaan kerana sering menerima gangguan daripada lembaga itu.


"Ustaz itu memberitahu, salah satu lokap memang tempat lembaga itu dibunuh. Sebab itulah, 'dia' sering mengganggu tahanan yang ditempatkan di situ," katanya.


Tambah sumber itu lagi, beberapa anggota polis yang bertugas pada waktu malam turut melihat kelibat dua hingga tiga kanak-kanak berlari dalam bangunan itu.


"Pernah seorang anggota terserempak dengan dua kanak-kanak sedang berlari dan bermain air. Pada keesokan harinya dia mendapati kawasan berkenaan basah," katanya.


Katanya, gangguan seumpama itu tidak asing bagi anggota dan pegawai IPD berkenaan, malah ketika berada di bangunan lama, mereka turut mengalaminya "Memang ada gangguan ketika IPD lama, tapi ia tidak sehebat di sini. Malah suatu ketika, macam-macam bunyi yang meremangkan bulu roma dapat dengar," katanya.


Muka depan Harian Metro semalam melaporkan tiga anggota dari IPD Betong hampir trauma selepas didakwa diganggu makhluk berbaju putih serta rambut panjang sejak sebulan lalu.


Peristiwa ini berlaku sehari selepas IPD berkenaan dipindahkan ke bangunan baru kira-kira dua kilometer dari bangunan lama.


Kejadian bersiri itu berlarutan dan kali terakhir Jumaat lalu memaksa seorang ustaz dipanggil untuk 'menangkap' lembaga berkenaan.


Pontianak balai polis
Oleh Alias Abd Rani

2010/05/31

BETONG: Kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang yang dikaitkan dengan pontianak didakwa sering mengganggu anggota dan pegawai polis bertugas pada waktu malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baru Betong di sini, sejak sebulan lalu.

Ia berlaku beberapa hari selepas IPD berkenaan berpindah ke lokasi barunya iaitu kira-kira dua kilometer dari Jalan Kuek Huat Wee bersebelahan Stadium Betong, April lalu. Betong terletak kira-kira 150 kilometer dari Kuching.

Sejak itu, satu demi satu kejadian menyeramkan dialami anggota bertugas apabila mereka mendakwa ternampak wanita misteri dalam lokap di IPD baru berkenaan.


Malah, kejadian itu berlarutan beberapa hari selepas itu dengan anggota lain turut mendakwa melihat kelibat lembaga terbabit 'menyamar' rakan setugas mereka.


Menurut sumber, lembaga terbabit kelihatan berlegar-legar di IPD itu namun tidak menjawab apabila ditegur.


"Wajahnya sama dengan seorang anggota bertugas di sini. Apabila ditegur untuk diberikan tugas seperti diarahkan pegawai atasan, 'anggota' terbabit hanya mendiamkan diri," katanya.


Beliau berkata, anggota polis berkenaan hanya menyedari jelmaan itu selepas menghubungi rakannya untuk memaklumkan tugas yang perlu diselesaikan.


"Kejadian seumpama itu kerap berlaku sejak IPD berpindah ke sini. Ada anggota polis memberitahu ketika bertugas pada waktu malam, mereka diganggu seorang wanita yang menjelma dengan berpakaian serba putih dan berambut panjang.


"Malah, ia turut dilihat berada di kerusi pegawai atasan dan ada anggota hampir pengsan apabila mereka disergah makhluk halus itu," katanya.


Dalam kejadian terbaru minggu lalu, seorang anggota penyiasat hampir pengsan dan terpaksa melompat dari tingkap dua bangunan berkenaan selepas melihat lembaga itu berdiri di depannya.


"Ketika itu, saya hendak keluar dan mengunci pintu kaca di pejabat. Tiba-tiba saya nampak seseorang berlari di belakang saya. Saya nampak jelas menerusi pintu kaca dan terus beristighfar.


"Ketika mahu membuka suis lampu berdekatan, tiba-tiba lembaga itu berdiri di depan saya dengan rambut berjuntai ke lantai," katanya.


Difahamkan, pihak IPD terpaksa mendapatkan khidmat seorang ustaz untuk 'menangkap' lembaga terbabit.


Menurutnya, ustaz berkenaan memaklumkan lembaga terbabit 'tidak tenteram'.


"Kami dimaklumkan, tempat ini pernah menjadi tempat pembunuhan yang menyebabkan lembaga itu melakukan gangguan. Ketika hayatnya, lembaga itu dipercayai dirogol dan dibunuh di sini," katanya.

hmetro

Share

Kedai seks untuk suami isteri

Posted: 31 May 2010 10:00 PM PDT


KHADIJA Ahmed berbual dengan seorang pelanggannya di kedai seks miliknya di Isa, utara Manama pada 19 Mei lalu.


MANAMA - Seorang wanita berpurdah, Khadija Ahmed, 32, membuka sebuah kedai barangan seks yang pertama di Bahrain khas untuk pasangan suami isteri.

Wanita itu berkata, dia tidak menganggap satu kesalahan untuk menjual produk seks seperti pelincir dan beraneka alat permainan seks termasuk vibrator kerana menurutnya, Islam tidak mengharamkan kenikmatan di bilik tidur.

"Ia bukan kedai seks seperti yang terdapat di Barat," kata wanita itu.

"Kedai ini bertujuan untuk membantu pasangan yang telah berkahwin dan hanya pasangan suami isteri dapat menikmati seks dengan sepenuhnya," tambahnya.

Kedai tersebut yang bernama Dar Khadija, dilancarkan secara dalam talian pada 2007 tetapi Khadija memutuskan untuk membuka perniagaan itu ekoran sambutan menggalakkan daripada pelanggan. - AFP

kosmo


Share

Lambang zionis di dalam komputer anda

Posted: 31 May 2010 08:16 PM PDT



Salam... ramai yang tak tahu di dalam komputer kita ada menyimpan lambang zionis macam yang kat atas tu...

Tak percaya?...

Sila pergi ke c drive komputer anda dan lihat di sini :

C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\J0285926.WMF


Itu adalah gambar lambang kemenangan zionis....


Untuk delete gambar ni,copy link di bawah:

C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\

Klik mycomputer pada komputer anda dan paste di ruangan address pada komputer anda,tekan enter,kemudian cari fail J0285926.WMF dan delete.

Harap tolong hebahkan..


Share

KEADILAN Desak Kerajaan Batal Kontrak APCO

Posted: 31 May 2010 07:00 PM PDT

Serang Konvoi Bantuan Kemanusiaan, KEADILAN Desak Kerajaan Batal Kontrak APCO


Imej video yang dikeluarkan kumpulan bantuan kemanusiaan Turki, IHH hari ini yang menunjukkan komando Israel di atas bot peronda mereka di kawasan perairan antarabangsa dekat pesisiran pantai Gaza sedang mengepung kapal bantuan Turki. Komando rejim Yahudi menyerang enam kapal yang membawa ratusan sukarelawan pro-Palestin dalam misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang membunuh sekurang-kurangnya 10 aktivis. - Foto AP


PETALING JAYA 31 Mei -KEADILAN hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim zionis Israel yang menyerang konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa (Freedom Flotilla) ke Gaza yang mengakibatkan 16 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera.
Ketua Penerangan Latheefa Koya berkata serangan kejam itu terhadap sebuah daripada enam kapal yang membawa bekalan perubatan, makanan, bahan binaan dan lain-lain keperluan asas menuju Gaza.
"Pembunuhan terhadap aktivis konvoi bantuan itu merupakan satu tindakan yang kejam dan salah sama sekali.
"Tiada justifikasi di bawah undang-undang antarabangsa yang membolehkan rejim zionis itu bertindak sedemikian," kesalnya.
Tambahnya, konvoi kapal tersebut turut membawa Ahli Parlimen dari Eropah, pemegang Nobel Peace Prize, wanita dan beratus-ratus aktivis keamanan.
"KEADILAN menyeru dunia mengutuk dan mengambil tindakan terhadap rejim zionis itu dan mendesak kerajaan membatalkan kontrak APCO dengan segera," tegas Latheefa lagi.

SK

Share

Mesyuarat tergempar, Hamas isytihar 'intifada'

Posted: 31 May 2010 05:00 PM PDT

Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa, memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan tindakan perkumpulan 22 negara Arab terhadap apa yang disifatkan "tindakan keganasan" Israel terhadap kapal misi bantuan antarabangsa ke Gaza.
israel invades gaza strip hamas palestine
"Setiausaha Agung Liga Arab sudah memanggil mesyuarat tergempar peringkat wakil bagi membincangkan jenayah kejam tentera Israel terhadap orang awam tidak bersenjata yang menyebabkan ramai terbunuh dan cedera.

"Liga Arab mengutuk tindakan keganasan itu," menurut kenyataan pertubuhan itu yang dipetik oleh Reuters.

Sementara itu, AFP pula melaporkan Hamas hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya 'berhimpun' di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bekalan bantuan ke Semenanjung Gaza.

“Kagaza israel attack 120109 05mi menyeru semua rakyat Arab dan umat Islam supaya berkumpul di kedutaan-kedutaan rejim Zionis itu di seluruh dunia,” kata jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri sambil menggunakan perkataan Arab 'intifada'.

Perdana Menteri Hamas Ismail Haniya di Gaza mengecam 'serangan' berkenaan dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melindungi aktivis yang mengikuti misi penghantaran bekalan bantuan itu.

malaysiakini


Share