Selasa, 19 Januari 2010

Sertai Kami !!

Banner

Sertai Kami !!

Ingin sertai Direktori Kami ??
ikuti syarat dan langkah-langkah berikut :

1. Blog ini terbuka kepada blog-blog politik pro Pakatan Rakyat sahaja.
2. Letakkan banner kami di blog anda.




silakan copy kod dibawah dan paste di blog anda



3. isi maklumat seperti berikut di ruangan komen :



*contoh


Nama Blog
:Pakatan Rakyat Online
URL Blog :http://pr-online.blogspot.com/
Info Blog :Blog isu-isu semasa dari pandangan penyokong Pakatan Rakyat

Siapa Kami ??

Info

Pakatan Rakyat (bahasa Inggeris: People's Pact; bahasa Cina: 人民联盟) merupakan satu perikatan baru parti-parti politik Malaysia. Perikatan ini terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia serta Parti Tindakan Demokratik (PKR-PAS-DAP)[1] yang merupakan pihak pembangkang dalam Parlimen Malaysia. Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan Ketua Pembangkang sebelum ini, namun kemudiannya digantikan oleh suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas memenangi pilihan raya Permatang Pauh 2008. Pakatan Rakyat juga menerajui kerajaan lima buah negeri Malaysia. Pakatan Rakyat akan menggantikan Barisan Alternatif yang digunakan sebelum ini.

Pembentukan Pakatan Rakyat diumumkan pada 1 April 2008 berikutan mesyuarat antara pihak ketiga-tiga parti di Petaling Jaya.[2]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, gabungan tidak formal PKR-PAS-DAP berjaya memenangi 82 daripada 222 kerusi dalam Parlimen, dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga kerusi yang dipegang Barisan Nasional sejak kemerdekaan. Pakatan ini juga berjaya membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Perak (sehingga Januari 2009) dan Selangor.

Proses membuat keputusan serta menetapkan dasar perikatan Pakatan Rakyat dikendalikan oleh satu Majlis Pimpinan dan Sekretariat Bersama. Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pengerusi Majlis Pimpinan.[2]

Pakatan Rakyat berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira kaum seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara. Pakatan Rakyat akan mewujudkan Majlis Pimpinan yang terdiri daripada ketua ketiga-tiga parti, satu Sekretariat Bersama yang akan diwakili oleh tiga pimpinan daripada setiap parti. Sekretariat Bersama ini telah ditugaskan untuk membina asas dan kerangka pakatan untuk disahkan oleh Majlis Pimpinan nanti.


Cabaran dari ideologi yang berbeza

Ketiga-tiga parti politik utama - PKR, PAS dan DAP - yang bergabung dalam Pakatan Rakyat mempunyai ideologi politik yang berbeza dengan DAP yang lebih ke arah sekularisme kepada PAS dengan konsep Negara Islam. PKR pula dilihat sebagai penghubung kepada kedua-dua parti PAS dan DAP.

Bagaimanapun, pemerhati berpendapat, berbeza dengan PAS dan DAP yang mempunyai ideologi yang jelas dan ahli parti yang memahami perjuangan parti masing-masing, PKR menghadapi masalah dalam menentukan ideologi teras. Ini berdasarkan kepada latar belakang pemimpin dan ahli PKR yang terdiri dari pelbagai pandangan politik daripada mereka yang berfahaman pro-pasaran bebas (kapitalisme) kepada golongan sosialis.

Contohnya, Agenda Ekonomi Malaysia yang dimahu diperjuangkan oleh PKR nampak seperti menyokong perjanjian perdagangan bebas termasuk liberalisasi industri kewangan dan telekomunikasi negara. Tetapi di dalam PKR sendiri terdapat pemimpin dan ahli yang datang dari organisasi bukan kerajaan yang bersifat anti-kapitalis. Ahli Parlimen PKR seperti Charles Anthony Santiago (Klang dan bertanding atas tiket DAP) adalah aktivis kritikal terhadap globalisasi dan pasaran bebas sementara Dr Jeyakumar Devaraj adalah seorang sosialis (Sungai Siput)[3]

Polemik negara Islam

Kenyataan-kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat mengenai negara Islam dalam media sama ada media arus perdana atau media alternatif lain menampakkan pandangan yang bercanggah. Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh misalnya amat menentang negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS[4]. PAS pula tidak boleh berkompromi dalam hal negara Islam kerana pengikutnya mendakwa objektif untuk menegakkan negara Islam terkandung dalam Fasal 5 Perlembagaan PAS. Satu komentar dalam laman web berkaitan dengan PAS Johor dilaporkan menulis amaran untuk membunuh Karpal[5]. Sebelum ini, Presiden PKR Wan Azizah berkata, untuk menubuhkan negara Islam dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia adalah satu yang tidak praktikal[6].

Mendaftarkan Pakatan Rakyat

Tidak seperti BN yang telah didaftarkan sebagai sebuah parti dengan pelbagai parti komponen di dalamnya, Pakatan Rakyat masih belum didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan. Hal ini telah menjadi buah mulut di kalangan penyokong BN yang melabelkan Pakatan Rakyat sebagai "Pakatan Haram". Di antara cabaran utama mendaftarkan Pakatan Rakyat ialah menetapkan satu matlamat yang dapat dipersetujui oleh semua pihak. DAP tidak mahu dilihat Islamik, manakala PAS pula tidak mahu dilihat sebagai sekular. Maka gesaan untuk mendaftar Pakatan Rakyat telah diabaikan oleh pemimpin-pemimpin utama parti-parti tersebut. Di antara cabaran yang lain pula ialah untuk menentukan pembentukan jawatan kuasa Pakatan Rakyat. Kesemua parti tidak mahu dilihat berada pada kedudukan yang kurang dari lain. Hal ini akan memberikan persepsi yang tidak menyenangkan dikalangan penyokong parti-parti komponen. Sama ada Pakatan Rakyat akan terus menjadi pertubuhan tidak berdaftar terus menjadi tanda tanya.


sumber:wikipedia