WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- MUHYIDDIN GELABAH DENGAN JANJI PAKATAN RAKYAT
- JANGAN JADI GENGSTER - NIK AZIZ
- `GENG MAMAK' PUN TAK TAHAN DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG
- DOA HARUSSANI BUAT NAJIB DAN ROSMAH
| MUHYIDDIN GELABAH DENGAN JANJI PAKATAN RAKYAT Posted: 25 Dec 2010 06:00 PM PST 100 Hari: Muhyiddin goyah Harakahdaily KUALA LUMPUR, 25 Dis: Kenyataan berulang kali Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung tawaran 100 Hari Pakatan Rakyat meyakinkan lagi bahawa BN tidak prihatin kepada para guru dan kakitangan awam yang banyak berjasa ke arah memacu pembangunan dan kestabilan negara kita selama ini. Ini ekoran tawaran 100 Hari Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga yang dilancar dan diperhalusi dalam Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-2 di Kepala Batas minggu lepas terus mendapat perhatian dan komen dari pemimpin Umno dan BN. Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, untuk sekian kalinya Muhyiddin membuat ulasan mengenai isu berkenaan dengan mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menaikkan gaji sebanyak RM500 kepada kakitangan awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Muhyiddin, katanya beralasan langkah itu wajar demi membuktikan keikhlasan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat membela nasib kakitangan awam serta pegawai-pegawainya. "Dia mempersoalkan adakah Anwar sanggup berbuat demikian, dan saya lihat sebagai soalan orang terdesak dan hilang hujah dan fakta," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Tambahnya, Muhyiddin kelihatan sangat goyah dengan isu ini sehingga mengeluarkan kenyataan untuk memperlekehkan satu tawaran Pakatan Rakyat yang difikirkan oleh muhyiddin tidak masuk akal sedangkan semua kakitangan kerajaan sedang menunggu untuk memberi undi kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13. "Nampaknya Muhyiddin nampak makin bodoh dengan kenyataan terbarunya untuk menegakkan benang basah berulang kali. "Suka saya tegaskan kepada semua guru dan kakitangan kerajaan sekiranya anda memberi undi kepada Pakatan Rakyat, nescaya kami akan menunaikan sebagaimana yang dijanjikan dan sekiranya kami engkar, sila kembalikan kuasa itu kepada BN palam PRU ke 14," ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak. Tetapi yang pasti, tegasnya BN tidak menjanjikan sesutu untuk membela nasib kakitangan kerajaan dan itulah satu keterbukaan kami untuk membela nasib anda. Muhyiddin, kata beliau nampaknya mempertahankan dirinya sendiri dengan dakwaan Anwar yang kesal dengan kenyataannya sebelum ini apabila menyebut bahawa tindakan Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 seorang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis. Beliau yang juga Adun Titi Serong menambah, sebenarnya yang menyebabkan kerajaan muflis adalah kesan dari amalam berbelanja boros, rasuah, penyalagunaan kuasa, kronisme, nepotisme dan pelbagai penyelewengan lain selama Umno dan BN masih berkuasa di Malaysia. Katanya, alasan dangkal Muhyiddin dengan janji Pakatan Rakyat memberi imbuhan kepada kakitangan kerajaan sebanyak RM500 negara menjadi muflis adalah tidak masuk akal. Selain itu, ujarnya cabaran untuk dilaksanakan di negeri yang di perintah oleh Pakatan laksanakan dahulu adalah di luar tajuk perbincangan sebenar kerana janji Pakatan dalam Buku Jingga adalah selepas Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya. Katanya lagi, kekayaan negara terserlah dengan banyak pendedahan termasuk apa yang dipersoalkan mengenai hasil minyak yang berjaya dikutip oleh kerajaan semenjak zaman Tun Hussein Onn adalah dianggarkan RM456 billion. "Soalnya sekarang, ke manakah wang tersebut telah dibelanjakan?" tanya beliau. Tambahnya, jumlah hasil negara adalah termasuk apa yang dipanggil Kumpulan Wang Disatukan dari pelbagai sumber termasuklah hasil judi, jumlah sangat besar dan lebih dari mampu untuk membela nasib pekerja sektor awam yang dipertikaikan Muhyiddin. "Saya yakin dengan pengalaman Anwar yang pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan menteri kewangan, bahawa tawaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat adalah yang termasuk dalam kemampuan kewangan negara," tegasnya. |
| JANGAN JADI GENGSTER - NIK AZIZ Posted: 25 Dec 2010 10:10 AM PST Nik Aziz: BN Usah jadi Gengster, PR Mampu Laksana Program 100 Hari Sumber MalaysianInsider KOTA BARU, 25 Dis — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat pada konvensyen mereka Ahad lepas hanya akan dilaksanakan setelah pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara. "Kita akan laksanakan bila pakatan dapat memerintah negara... tunggulah dulu... jangan nak jadi gengster," kata Nik Aziz kepada pemberita selepas majlis perkahwinan perdana anjuran kerajaan negeri melibatkan 101 pasangan baru di Pusat Tarbiyah PAS Kelantan di sini hari ini.Dipetik Bernama, beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin semalam yang mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melaksanakan kenaikan gaji bagi pegawai-pegawai awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang dahulu sekiranya pembangkang benar-benar prihatin dengan nasib penjawat awam. Malah, Timbalan Perdana Menteri juga menolak dakwaan Anwar bahawa beliau memperlekehkan peranan guru apabila mempertikaikan tawaran pembangkang untuk memperkenalkan imbuhan khas RM500 seorang setiap bulan. Kelmarin Anwar menegaskan negara tidak akan muflis hanya dengan Pakatan membayar RM500 kepada setiap guru. Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta kerajaan Barisan Nasional (BN) menunggu sehingga pakatan pembangkang menerajui negara untuk melaksanakan resolusi itu. Resolusi itu mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda. Nik Aziz berkata apa yang penting dalam mentadbir negara ialah memerintah untuk rakyat dan menjamin kesejahteraan mereka. Beliau juga berkata PAS akan melaksanakan pentadbiran Islam mengikut acuannya seperti yang ditetapkan dalam Islam. Mengenai perkahwinan, beliau menasihatkan pihak keluarga wanita mengenakan hantaran atau mas kahwin yang rendah serta berpatutan kepada pihak lelaki dan bukan membebankan mereka. "Saya kahwin dulu hantaran RM100 sahaja untuk isteri saya. Malahan siapa nak kahwin anak saya, saya minta RM1,000 saja," katanya. Beliau berkata perkahwinan penting bagi mengelakkan gejala sosial buang anak dan zina dalam masyarakat. |
| `GENG MAMAK' PUN TAK TAHAN DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG Posted: 25 Dec 2010 04:00 AM PST Makanan mamak naik harga![]() SEORANG pekerja restoran mamak di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur menebar roti canai yang harganya dijangka naik tahun depan. KUALA LUMPUR - Di sebalik peningkatan kos sara hidup yang terus membebankan rakyat, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mahu menaikkan harga semua makanan dan minuman yang dijual disemua restoran ahli persatuan itu mulai awal tahun depan. Tindakan yang dilihat agak tergesa-gesa itu tanpa perlu melakukan rundingan dengan kerajaan jelas membuktikan bahawa persatuan tersebut mempunyai kuasa penuh untuk menaikkan harga setiap jenis makanan dan minuman di antara lima hingga 10 peratus. Seperti biasa alasan yang diberikan oleh Presma untuk menjustifikasikan kenaikan harga itu ialah ahli-ahlinya yang kini seramai 2,700 orang sudah tidak lagi sanggup menanggung kos operasi berikutan kenaikan kos bahan mentah. |
| DOA HARUSSANI BUAT NAJIB DAN ROSMAH Posted: 25 Dec 2010 02:00 AM PST Lain kali kena hati-hati: Harussani IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harrusani Zakaria menasihatkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya lebih berhati-hati dan menyelidiki sesuatu program sebelum menerima jemputan untuk hadir bagi mengelak sebarang tohmahan serta fitnah. Menurutnya, rasa tidak puas hati ini timbul dalam kalangan masyarakat yang kurang bersetuju dengan tindakan Rosmah hadir ke Festival Fesyen Islamik di Monaco Sporting Club, Monte Carlo pada 10 Ogos lalu. "Setelah diteliti, ada model dan pakaian yang diperagakan pada majlis itu bercanggah dengan syariat Islam seperti tertera kalimah Muhammad. "Pengamatan saya tindakan itu tidak bersesuaian dan bercanggah dengan tema serta tujuan penganjuran," katanya dalam kenyataan bertulis kepada Sinar Harian di sini, semalam. Harrusani berkata, sebagai mufti dan Muslim, beliau prihatin dengan saudara sesama Islam dan mengambil inisiatif untuk menasihati tindakan Rosmah yang menghadiri festival itu. Katanya, pertimbangan dan penelitian perlu dibuat terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang rasa tidak puas hati serta fitnah terhadap diri dan juga Perdana Menteri. "Saya bagi warga Muslim negeri ini mendoakan agar Allah memberi kekuatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dalam menggalas amanah memelihara agama, bangsa serta tanah air," katanya./Sinar |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
KOTA BARU, 25 Dis — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat pada konvensyen mereka Ahad lepas hanya akan dilaksanakan setelah pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara. "Kita akan laksanakan bila pakatan dapat memerintah negara... tunggulah dulu... jangan nak jadi gengster," kata Nik Aziz kepada pemberita selepas majlis perkahwinan perdana anjuran kerajaan negeri melibatkan 101 pasangan baru di Pusat Tarbiyah PAS Kelantan di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan