Khamis, 23 Disember 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


LEPAS LIHAT FAKTA INI, UMNO P.PINANG BOLEH TUTUP KEDAI

Posted: 23 Dec 2010 07:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

KALI ini Umno P.Pinang boleh dibubarkan apabila membaca fakta di sini. Klik saja di sini. Aku malas nak copy fakta tersebut iaitu berkaitan perolehan kontrak/tender yang dikeluarkan oleh Kerajaan PR di P.Pinang di bawah DAP.

Umno silap untuk mencabar KM P.Pinang, Lim Guan Eng untuk mendedahkan berapa banyak Bumiputera yang memperolehi projek/tender di P.Pinang. Umno ingat pemimpin PR sama seperti pemimpin Umno yang penakut apabila dicabar. Sekarang lihat, di mana teraniayanya Bumiputera di P.Pinang? Di mana boleh dikatakan kaum Cina monopoli kesemuanya di P.Pinang?

Lepas ini Umno mahu cakap apa lagi? Mahu cabar apa lagi? Sebelum PR memerintah P.Pinang, adakah kaum Bumiputera mendapat seperti sekarang? Oleh itu, wajarlah Umno P.Pinang tutup kedai dan bukalah restoren kopitiam atau restoren mamak saja di P.Pinang. /wfauzdin.blogspot.com

NEGARA ISLAM - UMNO PATUT MALU DENGAN DAP

Posted: 23 Dec 2010 04:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Karpal Singh menyebut di dalam Konvensyen PR baru-baru ini bahawa DAP bersedia bertemu dan berbincang dengan PAS berkaitan isu Negara Islam, maka ianya merupakan satu kejayaan besar buat PAS. Mengikut lojik akal, mana mungkin tokoh DAP yang terkenal lantang dan dituduh kununnya anti Negara Islam oleh Umno itu sanggup untuk berbincang tentang isu Negara Islam? Sepatutnya Umno yang tampil mohon berbincang atau bermuzakarah dengan PAS berkaitan itu tersebut kerana Umno dikatakan parti orang-orang Melayu yang mengaku Islam.

Tetapi, Umno hanya mahu berbincang atau bekerjasama dengan PAS darihal perpaduan Melayu sahaja. Umno teramat takut untuk berbincang atau bermuzakarah jauh sekali untuk berdebat dengan PAS berkaitan isu agama. Jelas di sini, DAP lebih berminat untuk mengetahui tentang Negara Islam yang ingin diwujudkan oleh PAS itu. Soal DAP mahu terima atau tidak kemudiannya itu soal lain, sekurang-kurangnya DAP sanggup mendengar dari PAS tentang Negara Islam walaupun Lim Kit Siang, Lim Guan Eng atau Karpal Singh bukan berugama Islam. Pernahkah kita dengar Najib, Muhyiddin mahu pun Jamil Khir Baharom ingin berbincang atau bermuzakarah dengan PAS tentang Negara Islam?

Sekiranya pemimpin DAP itu akhirnya menolak Negara Islam, itu tidak menjadi hairan kerana mereka bukan dari yang beriman dengan hukum yang diturunkan oleh Al-Quran. Yang menjadi hairannya mengapa pemimpin Umno yang mengaku Islam dan beriman dengan Al-Quran itu tidak mempunyai keberanian seperti Karpal Singh? Tidak malukah Umno dengan DAP? /wfauzdin.blogspot.om

FITNAH DAN FITNAH, ITU MEMANG KERJA SEKUTU APCO

Posted: 23 Dec 2010 01:33 PM PST

Adun Selinsing cabar Umno dedah bukti
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 23 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selising, Drs Saipul Bahrin Mohamad mencabar Umno mengemukakan bukti kononnya beliau pernah ditangkap 'berzina' dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.

Beliau membuat cabaran itu ekoran pendedahan Umno Online kelmarin, yang memetik Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang mencabar Saipul Bahrin atau PAS sendiri supaya memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu.

"Mengapa nak cabar PAS beri penjelasan, cukup saya sahaja yang beri penjelasan. Kalau ada laporan Majlis Agama Islam sila dedahkan, kalau ada video skandal saya, sila dedahkanlah.

"Ini satu fitnah untuk menjatuhkan saya, sebelum (pilihan raya umum) 2008 lagi Umno buat isu ini untuk fitnah saya, bukan isu yang baru.

"Saya baru balik dari Mekah tiga hari lalu, saya sudah membaca kesemua laporan blog-blog Umno itu... benda-benda ini sebenarnya ditimbulkan sejak 2000 lagi.

"Hanya orang yang fitnah sahaja kata ada laporan, ada video dan ada gambar skandal saya kerana mereka pun tahu saya tak buat, kenapa tidak didakwa di mahkamah (kalau ada bukti)," ujarnya seperti dipetik The Malaysian Insider.

Tak reti dosa pahala

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan orang yang menggunakan blog sebagai medan membuat fitnah sebagai 'buta' dosa dan pahala.

Ketika diminta mengulas isu yang kini sedang leka didendangkan blogger pro-Umno itu, Mursyidul Am PAS itu didakwa berkata "Kerja orang blog ini tak reti dosa pahala,".

Kelmarin, Umno Online turut melaporkan pengakuan saksi utama kes skandal tersebut iaitu Saidi Husin yang kini kononnya menjadi isu kontroversi dalam dunia blog, Youtube dan Facebook.

Saidi, lapor portal rasmi itu merupakan Ketua Keselamatan PAS Semarak merangkap Ketua Keselamatan Pondok-Pondok Negeri Kelantan sebelum meninggalkan PAS.

Blog itu turut mendesak Saipul Bahrin supaya tidak berdiam diri dan mengambil tanggungjawab menjelaskan isu skandal kontroversi tersebut.

Namun, laporan tersebut tidak mendedahkan klip video, gambar atau laporan bertanggungjawab mengenai skandal tersebut.

WANG IHSAN BANJIR - APA RAKYAT KEDAH MESTI BUAT ?

Posted: 22 Dec 2010 11:29 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

BERTUAH rakyat di Kedah di enam kawasan Parlimen kerana mendapat wang ihsan sejumlah RM 17.5 juta akibat banjir baru-baru ini. Wang tersebut disalurkan oleh Kerajaan Pusat, iaitu hasil dari cukai rakyat negara ini tetapi seperti biasa, rejim di bawah Najib menyalahgunakan kuasa dengan mengagihkan wang tersebut melalui Umno Bahagian.

Enam kawasan Parlimen tersebut adalah terdiri dari Parlimen Alor Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap dan Kuala Kedah. Kesemua mangsa banjir akan diberikan wang ihsan sebanyak RM 500 setiap keluarga. Masalahnya, apa kena mengena duit dari Kerajaan Pusat dengan Umno? Wang ihsan itu dari cukai kesemua rakyat Malaysia bukannya dari tabung Umno tetapi mengapa Umno Bahagian pula yang diberi kuasa untuk mengagihkannya?

Bayangkan jika ini berlaku di Selangor atau P.Pinang. Sudah pasti media pencacai berebut-rebut menjadikannya sebagai isu umpama anjing berebut bangkai. SPRM sudah pasti segera melaksanakan tugasnya dengan penuh bersemangat. Kita tidak mempertikaikan pemberian wang tersebut malah rakyat Kedah harus bersyukur menerimanya. Apabila Umno digunakan sebagai saluran pemberian wang ihsan tersebut, maka rakyat Kedah boleh menilai sendiri samada ikhlas atau tidak pemberian tersebut.

Walau bagaimanapun, rakyat Kedah harus sedar bahawa semenjak PAS/PR memerintah Kedah, mereka kini telah mula dihargai. Inilah nikmatnya bila berada di bawah PR. Adakah rakyat Kedah mahu segala nikmat ini dihentikan? Jika rakyat Kedah mahu merasai susah semula dan tidak dihargai oleh Kerajaan Pusat, berilah peluang semula kepada Umno memerintah.

PR di Kedah, khususnya di bawah PAS hendaklah memantau serapi-rapinya agihan wang ihsan tersebut. Ini adalah wang rakyat dan rakyat tidak mengira apa fahaman politik sekali pun mesti diberi bantuan sekiranya mereka terdiri dari mangsa banjir yang lalu. Seandainya terdapat sebarang penyelewengan atau ketidakadilan, Kerajaan Negeri mesti mengambil tindakan tegas.

Kepada semua penerima wang ihsan tersebut, mereka wajib bersyukur di atas pemberian ini. Tanda kita bersyukur kepada Allah adalah dengan mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangannya, bukan tanda bersyukur itu adalah dengan menyokong puak yang bersekutu dengan APCO Israel itu. Selagi kita bersyukur kepada Allah, nescaya rezeki akan bertambah. Tunjukkan kesyukuran kita dengan bersama menyokong parti yang berjuang kerana Allah bukannya berjuang atas nama ketuanan Melayu.

Ringkas cakap, beri kita ambil tetapi undi tetap kepada PAS. Mengundi PAS menunjukkan kita bersyukur kepada pemberian rezeki dari Allah kerana wang ihsan itu bukan milik Umno./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: