Jumaat, 17 Disember 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


UMNO TERUS DICABAR TENTANG APCO

Posted: 17 Dec 2010 11:00 PM PST

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahkan Apco Worldwide, syarikat perhubungan kontroversi yang diupah kerajaan Barisan Nasional yang menyebabkan penggantungan empat ahli parlimen termasuk dirinya yang menurutnya dibuat secara 'tidak adil'.

"Kerana Apco, empat ahli parlimen telah digantung tanpa prosedur. Kita memerlukan penjelasan, bukan sahaja dari Umno tetapi juga dari Apco," katanya kepada wartawan pada hari ini.

Ahli parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR itu berkata jika Apco sebenarnya badan profesional sebagaimana yang didakwa, ia tidak boleh bersekongkol melakukan kesalahan yang dibuat oleh rejim Umno".

"Saya ingin tujukan ini khas kepada Apco. Anda mendakwa yang anda merupakan badan yang bebas, jadi mengapa melibatkan diri dalam politik Malaysia?

"Saya desak mereka (Apco) agar hentikan kempen politik. Bagaimana mereka boleh jadi syarikat berwibawa apabila mereka mempertahankan sistem korup dan tindakan kejam (kerajaan BN)?

"Apco patut turut bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi," kata Anwar.

Anwar bersama dengan MP Karpal Singh (Bukit Gelugor), R Sivarasa (Subang) dan Mohd Azmin Ali (Gombak) digantung semalam selama enam bulan dari Parlimen.

Penggantungan dibuat berikutan kenyataan Anwar dilihat sebagai 'berbohong'.

Ketika perbahasan parlimen dalam bulan Mac tahun ini, Anwar mendakwa Apco terlibat dengan kempen One Israel Ehud Barak.
Beliau turut mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaannya bahawa 1Malaysia berasal dari One Israel. Apco telah menafikan dakwaan ini.

Hipokrasi

Menurut Anwar, tujuan beliau mengungkitkan isu Apco ialah untuk mendedahkan hipokrasi Umno.

"Selama lebih sedekad, ketika pilihan raya, saya digambarkan sebagai pro-Yahudi, agen atau alat Yahudi, kerana mempunyai rakan Yahudi.

"Saya tiada masalah dengan itu kerana saya konsisten dalam menyatakan bahawa tak kira Yahudi atau Islam. Hindu atau Sikh, semua rakan saya. Saya memilih untuk bersetuju dan tidak bersetuju dengan mereka dalam isu tertentu.

"Saya mahu menunjukkan hipokrasi kerajaan BN. Mereka pergi ke perkampungan Islam dan mengutuk dengan dakwaan bahawa pro-Yahudi dan memalukan saya.

"Tapi mereka sendiri yang membuat perjanjian dengan syarikat yang saya buktikan mempunyai hubungan dengan Israel.

"Tambahan lagi syarikat ini juga mempunyai hubungan dengan mereka yang terlibat dengan Shin Bet Israel (jabatan pertahanan), perisikan Israel dan pasukan tentera Israel," katanya.

Walau bagaimanapun Anwar menjelaskan bahawa beliau tidak menentang sesiapa yang mempunyai hubungan kerja dengan syarikat Yahudi.

"Saya tiada masalah dengan itu. Saya cuma mahu kontradiksi dan hipokrasi pemimpin Umno.

Anwar turut mendakwa Apco telah berbohong beberapa kali ketika menjawab. Beliau menambah Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan tidak sepatutnya mengambil kira kenyataan sebuah syarikat berdasarkan satu surat semata-mata.

Kes lepas

Anwar berkata bahawa beliau membuat tuduhan terhadap Apco berdasarkan bukti dokumen dan siasatan.

"Di dalam beberapa kenyataan Apco, mereka pada awalnya menafikan hubungan dengan Israel. Tapi kemudian mereka menarik balik kenyataan itu.

"Selepas itu terdapat surat baru yang cuba menerangkan bahawa kenyataan pertama dibuat kerana ia merupakan rakan niaga Asero Worldwide.

"Tapi hari ini saya kemukakan dokumen perjanjian di antara kerajaan Israel dan Apco."

Anwar berkata bahawa bukti di tangannya membuktikan kesnya dan kerajaan "tidak boleh berbohong" mengenai penglibatan Apco.

"Apa isunya? Mereka tiada isu sebenarnya, Saya tiada isu, Saya hanya mahu membuktikan bahawa Umno menuduh kita sebagai jahat kerana bekerja dengan Yahudi tetapi mereka sendiri bekerja dengan syarikat yang berkait rapat dengan Israel dan ia bukan urusan sembarangan," kata beliau.

Menjawab dakwaan bahawa beliau diberi masa yang lebih dari mencukupi untuk mempertahankan diri dari digantung, Anwar berkata bahawa beliau langsung tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri.

Sementara itu, Karpal Singh berkata bahawa beliau serius untuk membawa perkara ini ke mahkamah dan berharap dapat berjumpa Speaker Parlimen Tan Sri Pandikar Amin Mulia di sana.

"Tindakan terhadap Speaker akan difailkan secepat mungkin. Saya berharap untuk berjumpa Speaker di mahkamah.

"Saya hairan Nazri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz) berkata bahawa keputusan di Dewan Rakyat tidak boleh dipertikai. Tapi ada kes lalu dalam kes Zambry dan Gobind Singh.

Keputusan Dewan Rakyat boleh dipertikaikan di mahkamah. Nazri menggelar saya peguam kelas ketiga… saya mungkin kelas ketiga tapi orang itu tiada kelas," katanya.

Tiada bidang kuasa

Karpal berkata adalah perkara asas untuk memberi peluang didengari. Beliau merujuk kepada kes Pakistan.

Beliau berkata hak sebegitu berasal dari undang-undang Islam yang diakui di dalam Al-Quran. Satu lagi isu, katanya, ialah usul yang diluluskan Parlimen untuk menggantung keempat-empat mereka semalam mengandungi perkataan "ditamatkan tugas sebagai ahli Parlimen."

"Saya tidak rasa Parlimen mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian. Kita hanya boleh digantung dari tugas di Dewan dan apa yang tertulis di sini melangkaui keadilan semulajadi. Kami akan pertikaikan perkara penggantungan dari tugas di mahkamah," katanya.

Sementara itu, ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata apa yang berlaku di Parlimen menyerupai watak dalam filem P Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok.

"Ada watak yang digelar ketua dan ada '"sarjan pendek" yang menuruti arahan "ketua".

"Dia mempunyai dadu yang hanya ada nombor dua. Ia sama dengan apa yang berlaku semalam. Tidak kira apa yang kita kata, dia (Speaker) sudah pun buat keputusan.

"Semalam, dia buat keputusan spontan tanpa memanggil apa-apa untuk pembelaan. Dia juga tidak bahaskan perkara lain kerana "dadu nombor duanya" akan terdedah," katanya.

Mahfuz berkata ekoran penggantungan ini, rakyat akan hilang kepercayaan terhadap Parlimen dan memberi kesan terhadap ekonomi negara.

Beliau berkata bahawa beliau akan membawa isu ini dan Kesatuan Antara Parlimen dan Kesatuan Eropah./Marhaen

WAKTU UNTUK PR MENYERANG UMNO HABIS-HABISAN

Posted: 17 Dec 2010 08:00 PM PST

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

INILAH masa terbaik untuk PR menyerang balas Umno setelah PR diserang dai berbagai sudut. Penggantungan Ketua Pembangkang DS Anwar beserta beberapa MP dari PKR dan DAP dari Parlimen seharusnya digunakan untuk PR menyusun strategi mantap untuk menjelajah ke seluruh pelusuk negara memberi maklumat kepada rakyat tentang isu semasa.

Strategi hendaklah disusun secara bersepadu dan diadakan serentak ke seluruh negara. Sebenarnya terlalu banyak isu yang boleh kita terangkan kepada rakyat dan tunjukkan bukti kepada mereka bahawa Umno adalah sebuah parti yang hidup dengan menghisap darah rakyat termasuk darah orang-orang Melayu. Kepada kaum lain, buktikan juga bahawa Umno selama ini hanya mempergunakan MCA, Gerakan dan MIC hanya untuk kepentingan pemimpin mereka.

Penggantungan Ketua Pembangkang, DS Anwar beserta Timbalan Presiden PKR yang juga MP Gombak yang bersuara lantang di Parlimen selama ini membuktikan betapa Najib semakin gementar dengan PR. Pendedahan Wikileaks ternyata menyenakkan perut Najib, di mana tidak pasal-pasal isu pembunuhan Altantuya kembali menjadi panas. Keberanian DS Anwar mencabar Lee Kuan Yew untuk menampilkan bukti tentang pendedahannya berkaitan kes liwat yang dihadapinya telah melenyapkan sangkaan salah rakyat terhadap DS Anwar.

Adakah Najib juga berani berbuat seperti yang telah dilakukan oleh DS Anwar? Beranikah Najib mencabar agar pihak berkenaan menunjukkan bukti tentang pendedahan Wikileaks berkaitan isu Altantuya? Di dalam hal ini, imej DS Anwar leboh ke hadapan dari Najib. Najib hanya bergantung kepada media haprak untuk melindungi keburukan dirinya.

Justeru itu, menjadi tanggungjawab pimpinan PR untuk menemui seluruh rakyat jelata agar mereka tidak terus ditipu oleh Najib dan gerombolannya. Selamatkan rakyat tanggungjawab PR sekarang./wfauzdin.blogspot.com

SEEKOR LAGI `JERUNG' PATUT DIBURU OLEH SPRM DI SARAWAK

Posted: 17 Dec 2010 05:00 PM PST

Taib terbabit dengan tanah NCR berjumlah RM90 juta?

Dis 17, 10

Laman sesawang Sarawak Report terus mendedahkan pembelian tanah yang mencurigakan membabitkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya. Kali ini, membabitkan kawasan sekitar Sri Aman dan dikatakan bernilai dehingga RM90 juta.

Tanah 8,800 hektar itu terletak di daerah Bijat di Sungai Tisak, timur dari Kuching. Mengikut kumpulan pejuang pribumi, Sadia Native Customary Rights (NCR) tanah itu kepunyaan masyarakat Iban.

sri aman land grabSadia melaporkan 15 komuniti Iban menduduki tanah itu akan terjejas apabila tanah berkenaan dikatakan akan diberi secara percuma kepada anak lelaki Taib, Mahmud Abu Bekir Taib, dijual kepada Felcra untuk penanaman semula kelapa sawit.

"Masyarakat tempatan Iban berkata pembalak masuk ke kawasan mereka tanpa sebarang makluman empat bulan lalu. Mereka baru menyedari apa yang terjadi dan sekrang ini benar-benar berang.

"Tiada sesiapa yang memberitahu mereka siapa sebenarnya pembalak itudan mereka juga tidak tahu mengenai pembabitan rancangan anak Taib yang mahu menukarkan kawasan itu menjadi ladang kelapa sawit," lapor laman sesawang itu, Rabu lalu.

Katanya lagi, Pejabat Tanah Daerah, beberap hari lalu mengeluarkan surat kepada 16 ketua masyarakat Iban memanggil mereka untuk bermesyuarat tanpa dimaklumkan agendanya.

NONEMenurut Sarawak Report, ketua-ketua Iban itu percaya mesyuarat adalah berkaitan dengan pengambilan tanah mereka sambil berkata tanah mereka juga dirampas dua tahun lalu.

Laporan itu mendakwa perjanjian yang dibuat pada Disember 2008 di mana Jabatan Ukur dan Pemetaan yang dikuasai oleh Taib Mahmud atas kapasiti sebagai menteri perancangan dan pengurusan sumber telah dengan rasminya menyerahkan tanh itu kepada Titanium Management Sdn Bhd.

Titanium dimiliki hampir sepenuhnya oleh anak ketua menteri, Mahmud dan seorang kroni perniagaan yang dikenali sebagai Chris Chung Soon Nam (bawah, kiri).

Tanah adat NCR itu dianugerahkan kepada Mahmud sebagai balasan untuk 'bayaran tertentu yang tidak dijelaskan' kata laporan itu sambil menambah urusniaga seumpama itu adalah cara lazim oleh kerajaan Sarawak yang mempunyai kepentingan keluarga Taib.

Mahmud Abu Bekir Taib, taib mahmud's son and titanium shareholder"Titanium terkenal dengan beberapa 'skandal berprofil tinggi' termasuk menerima beberapa kontrak kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu."

Tahun lalu, semasa wawancara Al-Jazeera dengan Menteri Pembangunan Tanah, Sarawak, Datuk James Masing mengakui pembinaan beberapa jambatan diserahkan kepada Titanium tanpa tender terbuka.

Chung dilaporkan cuba menjual tanah adat Iban itu kepada Felcra 'untuk sekurang-kurangnya RM 3,200 seekar tetapi cuba mendapatkan harga RM 4,200 bagi setiap ekar," kata laporan sesawang itu./Malaysiakini

HIDUP NAJIB TIDAK PERNAH TENANG

Posted: 17 Dec 2010 10:08 AM PST

ADUN Umno Meninggal Dunia, Najib Tak Tenang
Oleh Suara Keadilan

AMPANG 17 Dis - Kurang 24 jam setelah Parlimen kawalan Umno-Barisan Nasional menggantung Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim serta tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat selama enam bulan dalam keadaan yang amat tidak adil dan berat sebelah, Ahli Dewan Undangan Negeri Tenang daripada Umno, Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia kira-kira pukul 1.10 pagi tadi di Hospital Ampang Puteri.

Sulaiman, 59, meninggal dunia akibat komplikasi penyakit kencing manis yang dihidapinya.

Beliau dimasukkan ke hospital pada 24 November lalu kerana demam baisa dan juga bagi rawatan lanjut penyakitnya setelah menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 Nov.

Adun dua penggal itu kemudiannya dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.

Pada berikutnya beliau dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan lanjut apabila disyaki terdapat kuman dalam darahnya.

Sulaiman merupakan Ketua UMNO Bahagian Labis, meninggalkan tujuh orang anak dan isteri, Datin Noraini Yaakop.

Sulaiman memenangi kerusi DUN Tenang pada Pilihan Raya Umum 2004 dan berjaya mengekalkan jawatannya pada PRU 2008.

Beliau mengalahkan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492.

Beliau mendapat 6,367 undi manakala pencabarnya 3,875 undi.

DUN Tenang mempunyai seramai 14,511 pengundi berdaftar denga peratusan pengundi mengikut kaum Melayu: 49.59% Cina: 38.24% India: 12.07% Lain-lain: 0.9%./SK

Tiada ulasan: