WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- SERANGAN BALAS ANWAR, GILIRAN MELAKA MALAM INI
- 5 + 5 JAWAPANNYA 10, BAGAIMANA BOLEH DAPAT JAWAPAN 10?
- DI MANA SAHAJA ZAID BERADA AKAN WUJUD HURU- HARA?
- WAKIL RAKYAT KATAK CERDIK SEDIKIT DARI KELDAI, LEBIH KURANG BODOH MACAM LEMBU
- CERAMAH ANWAR MALAM TADI - FOTO YANG MENAKUTKAN UMNO
- KECUT PERUT UMNO BILA ANWAR TURUN MENEMUI RAKYAT
- AIR MATA TAK LAKU DARI UMI HAFILDA
| SERANGAN BALAS ANWAR, GILIRAN MELAKA MALAM INI Posted: 15 Dec 2010 10:00 PM PST Anwar, Salahuddin gempur Melaka esok Dua orang pemimpin kanan Pakatan Rakyat akan turun ke Melaka untuk menggempur negeri itu esok, 16 Disember, lapor Harakahdaily. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramah perdana di Markaz PAS Paya Dalam, Ayer Molek bermula jam 9.00 malam. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula akan hadir pada program Hi-Tea di Kampung Bukit Pulau, Dun Bukit Baru pada hari yang sama bermula jam 4.00 hingga 6.00 petang.Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata kedua-dua program ini amat penting kepada rakyat Melaka bagi memberikan maklumat tentang isu-isu terkini yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Katanya, antara isu berkenaan termasuk pendedahan WikiLeaks berhubung dakwaan diplomat Singapura yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan kematian warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu dan juga memalit Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 'perangkap seks' Selain itu, isu tempatan seperti isu zakat dan tanah wakaf negeri Melaka dan sebagainya juga dijangka akan disentuh. "Ceramah Perdana Anwar anjuran PKR Negeri Melaka dilihat tepat pada masanya ketika Anwar dihadapkan pelbagai isu yang tidak kunjung padam."Salahuddin pula akan bertemu dan beramah mesra dengan penduduk Bukit Pulau di samping menyampaikan ucapan ringkas berkenaan isu semasa," kata Yusof yang juga merupakan penyelia DNN Bukit Baru. Beliau menyeru rakyat negeri Melaka untuk hadir pada kedua-dua program tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu negara dan juga yang melibatakan pemimpin Pakatan Rakyat./Malaysiakini |
| 5 + 5 JAWAPANNYA 10, BAGAIMANA BOLEH DAPAT JAWAPAN 10? Posted: 15 Dec 2010 08:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS APABILA bapa Saiful mengadu kepada Istana tentang kelewatan kes Liwat yang melibatkan anaknya, maka komen dari DS Anwar amat mantap dan jujur. "Saya setuju telah sampai masa dan ketikanya institusi yang kita muliakan sebagai tunggak perlembagaan negara melihat karenah proses mahkamah sekarang ini. "Saya tidak ada masalah menyegerakan semua ini cuma yang melambatkan ialah kerana dokumen tidak diberikan, nota doktor sampai sekarang tidak diberikan,senarai saksi belum diberikan. Kalau mahu menyegerakan kita setuju," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini." Persoalannya, adakah Mahkamah kini terpaksa di`pandu' oleh pihak Istana di dalam menjalankan peranannya? Jika Mahkamah gagal untuk berfungsi dengan adil dan saksama, maka memang wajar pihak Istana campurtangan agar kesemua rakyat tidak kira apa status pun akan mendapat keadilan yang sewajarnya. Kita bukan mahu hanya DS Anwar sahaja yang diberi keadilan, bahkan pemuda yang pernah tidak mencuci duburnya beberapa hari itu juga wajar diberi keadilan. Ramai di kalangan rakyat yang faham benar mengapa kes ini sering tertangguh. Sekiranya semua pihak menuruti peraturan dan sistem perbicaraan yang telus dan adil, maka tidak mungkin boleh berlaku penangguhan. Penangguhan demi penangguhan terjadi kerana ada pihak yang tidak berpuas hati dengan sistem perbicaraan bahkan tidak bersetuju dengan Hakim itu sendiri. Pihak Pembela tidak minta banyak, mereka cuma mahukan beberapa dokumen yang boleh membantu mereka membela anak guamnya dengan baik. Mengapa sukar sangat untuk memenuhi kehendaknya? Umpama Guru Matematik yang mengajar anak muridnya bahawa 5 + 5 jawapannya adalah 10, tetapi apabila ada anak muridnya yang bertanya mengapa jawapannya 10, adakah guru tersebut hanya menjawab bahawa kiraannya memang begitu iaitu tetap 10. Guru yang bertanggungjawab akan menerangkan jalan kira-kira tersebut bagaimana boleh mendapat jawapan 10 itu. Dengan cara itu, murid akan lebih faham kaedah kira-kira berkenaan. Begitu juga dengan laporan perubatan yang diberikan kepada pihak Pembela. Laporan Perubatan adalah rumusan keseluruhan pemeriksaan ke atas `mangsa'. Pihak Pembela mahukan Nota Klinikal sewaktu pemeriksaan dilakukan, itu sahaja. Mengapa ianya amat sukar untuk dipenuhi? Jika pemeriksaan dilakukan dengan betul mengikut kaedah yang ditetapkan, maka tidak perlu bimbang untuk menyerahkannya. Nampaknya kes ke atas DS Anwar dan Saiful ini semakin rumit kerana ianya seperti dirumitkan. Tidak diketahui mengapa boleh terjadi sedemikian. Walau bagaimanapun, kita harapkan kes ini dapat dijalankan samada cepat atau lambat asalkan jangan di satu ketika nanti berlaku pula kesilapan (Typing Error) tarikh kejadian sehingga ianya dipinda berkali-kali. Lupakah kita kisah di dalam kes Liwat 1 dahulu?/wfauzdin.blogspot.com |
| DI MANA SAHAJA ZAID BERADA AKAN WUJUD HURU- HARA? Posted: 15 Dec 2010 05:00 PM PST "PRESIDEN Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Hamat berkata, beliau tidak mengiktiraf atau bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk penukaran nama baru bagi parti itu iaitu Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), seperti yang diputuskan dalam mesyuarat penubuhannya, di Kuala Lumpur hari ini. AKIM merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu mempunyai prinsip perjuangannya yang tersendiri untuk menyatupadukan umat Islam di seluruh negara, katanya" (Pahang Daily). Saya baru sahaja menulis di dalam artikel saya sebelum ini betapa kita mengharapkan agar Zaid Ibrahim tidak melakukan huru-hara di dalam parti baru yang disertainya iaitu AKIM. Nampaknya, tidak sampai 24 jam, berbunyi pula suara seperti kenyataan di atas. Difahamkan Hanafi Mamat masih diiktiraf oleh ROS sebagai Presiden AKIM yang sah. Jika ini benar, maka Zaid nampaknya `merampas kuasa' untuk menjadi Presiden bahkan menukar nama parti kepada KITA. Ramai yang menduga bahawa Zaid sememangnya ingin benar menjadi Presiden, dan usaha ini telah pun cuba dilakukannya sewaktu berada di dalam PKR iaitu dengan mencuba bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR untuk mencapai hasrat tersebut. Malangnya, Zaid silap pilih parti kerana PKR tidak memandang ketokohan beliau hanya kerana beliau seorang bekas Menteri di dalam Kerajaan. PKR mahu pemimpin yang telah diuji sekian lama di dalam parti dan setia bersama parti. Maka, Zaid bukan orangnya yang ahli-ahli PKR mahukan. Justeru itu, tidak hairanlah Zaid `cabut lari' dari gelanggang semasa pertarungan baru bermula. Kini, hasrat beliau telah tercapai dan beliau kini bergelar `Presiden' tidak kiralah berapa kerat anak-anak buahnya yang ada. Saya suka mencadangkan agar `spesis katak' yang masih tidak berparti sekarang ini agar menyertai jemaah Zaid. Syabas juga buat Zaid Ibrahim kerana lebih awal membuat pengakuan bahawa parti barunya KITA tidak akan menyertai gabungan Pakatan Rakyat. Ini satu tindakan yang bijak daripada menanggung aib sekiranya KITA memohon sertai PR tetapi ditolak. Semoga Zaid Ibrahim berjaya./wfauzdin.blogspot.com |
| WAKIL RAKYAT KATAK CERDIK SEDIKIT DARI KELDAI, LEBIH KURANG BODOH MACAM LEMBU Posted: 15 Dec 2010 10:43 AM PST Oleh: Mandor "Konsensus Bebas mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim segera meletakkan jawatan berikutan pendedahan laman web WikiLeaks bahawa Ketua Pembangkang itu terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada Agensi Perisikan Singapura "(Sinar). MP Wangsa Maju, YB Wee Chee Keong mengutarakan pendapat tersebut dan ianya tidak pelik kerana semenjak bila Wakil Rakyat `katak' ini menyukai DS Anwar? Geng-geng `katak' yang melompat parti dan ada yang telah dipecat dari parti sememangnya terdiri dari mereka yang tidak ada maruah langsung. Mereka sendiri tidak mahu mengosongkan kerusi yang mereka duduki sekarang walaupun mereka tahu yang memilih mereka dahulu adalah kerana parti yang mereka wakili. Jika diri sendiri pun tidak bermaruah, maka apa saja yang keluar dari mulut mereka ini juga tidak ada nilai dan harga langsung. Mereka cuma menanti saat untuk di`kubur'kan di dalam Pilihanraya Umum akan datang. Justeru itu, mereka akan menggunakan sedikit ruang dan publisiti yang diberikan oleh media haprak ini untuk menunjukkan mereka ini cerdik, walhal semua tahu mereka ini cerdik sedikit dari keldai kalaupun tidak sama taraf dengan lembu./mandor.blogspot.com |
| CERAMAH ANWAR MALAM TADI - FOTO YANG MENAKUTKAN UMNO Posted: 15 Dec 2010 05:00 AM PST |
| KECUT PERUT UMNO BILA ANWAR TURUN MENEMUI RAKYAT Posted: 15 Dec 2010 02:00 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS DI TAPAK Pasar Malam Taman Melati, Wangsa Maju, KL malam tadi telah diadakan ceramah umum yang dihadiri oleh Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim beserta beberapa pimpinan PR. Sebelum ini diberitakan ceramah tersebut tidak mendapat permit oleh pihak Polis atas alasan `ketenteraman awam dan keselamatan'. Namun demikian, pihak Penganjur tetap juga untuk mengadakan ceramah yang dirancang dan memberi jaminan bahawa keselamatan sepanjang ceramah tetap terjamin. Akhirnya, mahu tidak mahu pihak Polis membenarkan ceramah tersebut tetapi mesti berakhir pada jam 10.30 malam. Bayangkan demokrasi yang diamalkan di negara ini. Mereka setiap hari melalui media letronik dan media cetak mengecam DS Anwar habis-habisan, tetapi takut untuk mendengar jawapan dari DS Anwar. Betapa baculnya golongan ini untuk menghadapi kebenaran. Usahkan mahu berdebat secara anak jantan di khalayak ramai atau melalui TV, untuk memberi ruang kepada DS Anwar menjawab tuduhan mereka di hadapan rakyat pun mereka gentar. Mereka sentiasa mahu agar rakyat terus diperbodohkan oleh media pencacai yang mereka kuasai, masalahnya rakyat sudah serik untuk menjadi bodoh seperti mereka yang masih bodoh itu. Syabas kepada DS Anwar yang nekad untuk terus berjumpa rakyat bagi menjawab segala tuduhan puak yang tidak habis-habis berdendam dengan Ketua Pembangkang ini. Pelik juga, mengapa pihak Polis begitu `Wala' dengan arahan yang tidak masuk akal itu? Adakah ceramah malam tadi kecuh atau berlaku pergaduhan? Adakah di dalam ceramah malam tadi ada berlakunya budak yang kena tembak seperti Aminurrasyid? Semuanya berjalan dengan baik, walaupun ribuan yang sempat datang ke tapak ceramah untuk mengejar waktu sebelum jam 10.30 malam. Hairan juga, jika konsert maksiat atau Jom Heboh boleh pula sehingga lewat malam walaupun terbukti berlaku maksiat di dalamnya, termasuk kumpulan mat rempit yang berlumba setelah selesai konsert. Ini lah yang pelik dalam negara `ketuanan Melayu' ini. Saya berharap tidak kira Polis atau mana-mana kakitangan awam dan seluruh rakyat berfikir kembali sampai bila fikiran kita mahu dijajah untuk kepentingan puak-puak yang takut kehilangan kuasa ini. Kita semakin dihimpit oleh kesusahan dengan kenaikan harga barang, dan sering tertipu dengan janji pemimpin di atas. Kenaikan harga barang tidak mengecualikan sesiapa walaupun di kalangan anggota keselamatan sekalipun. Jika semua Polis itu senang, masakan ada segelintir Polis yang sanggup melakukan rasuah. /wfauzdin.blogspot.com |
| AIR MATA TAK LAKU DARI UMI HAFILDA Posted: 15 Dec 2010 12:00 AM PST Demi bangsa, agama dan negara Untuk beberapa dekad kita dikerah untuk memperjuangkan retorik yang "gah" dengan titik peluh sendiri. Makcik-makcik yang menderma barang kemas untuk perjuangan "kemerdekaan" pada tahun 1950-an semestinya tidak terbayang bahawa "kemerdekaan" selepas 53 tahun bermakna anak cucunya perlu disembur meriam air dan gas pemedih apabila menuntut hak air di jalan raya. Anggota komunis yang bertempur dalam hutan semestinya tidak rela seandainya kemerdekaan yang diperjuangkan dengan titisan darahnya itu digunakan untuk menahan Mat Sah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri selama tujuh tahun tanpa perbicaraan.
Dan kini Melayu digembleng pula untuk mempertahankan "Ketuanan Melayu" - dengan titisan air mata Ummi Halfida di Utusan Malaysia. Saya tidak tertarik untuk membandingkan sama ada air matanya lebih bersinar daripada cincinnya. Saya juga tidak berminat apakah lebih bermakna untuk membincangkan hubungan yang berlegar antara Anwar, Azmin dan Shamsidar Taharin, berbanding dengan kekayaan yang berlegar antara Vincent Tan, Ananda Krishnan, Mirzan Mahathir dan Nazir Razak. Persoalannya, apakah titisan air mata Ummi Hafilda mampu menjamin keselamatan seorang budak 14 tahun apabila pulang dari warung mamak selepas menonton bola pada lewat malam? Apakah air matanya mampu meredakan kesakitan mereka yang disembur air meriam dan gas pemedih mata, ketika menuntut hak air di jalan raya?
Betul, Ummi Halfida menitiskan air matanya untuk retorik yang gah berbunyi "Ketuanan Melayu". Namun, di sebalik retorik yang "gah" ini - siapa pula yang menitiskan air mata? Demi "ketenteraman awam", isteri dan anak tahanan ISA perlu menitiskan air matanya kerana perpisahan. Di sebalik "keselamatan negara", seorang kartunis bernama Zunar dipindahkan lima balai polis dalam masa sembilan jam - siasatan terhadap bahan ketawa berakhir dengan bahan ketawa sendiri... Saya enggan bersikap sinis untuk mempersendakan Ketuanan Melayu. Namun, untuk saya, Melayu hanya jadi Tuan, apabila setiap tuduhan terhadapnya dibicarakan secara terbuka di mahkamah; Melayu hanya jadi Tuan, apabila tidak perlu takut untuk berkumpul dan bersuara di jalan raya - tanpa disembuh meriam air dan gas pemedih; Melayu hanya jadi Tuan, apabila bebas ketawa tanpa perlu memohon lesen; Melayu hanya jadi Tuan, apabila ibu bapa tidak perlu gelisah jikalau anaknya pulang dari warung mamak selepas menonton bola; Melayu hanya jadi Tuan, apabila sandwich anaknya dilengkapi sardin, timun, tomato dan salad... Saya tidak terlupa apabila jiran Aminulrasyid menyifatkan bunyi tembakan pada malam itu bagaikan bunyi mercun. Dan bunyi itu menghantui saya sehingga hari, setiap kali letupan bunyi bunga api kedengaran. Saya semakin teragak-agak, apakah itu bunga api untuk meraih Ketuanan Melayu, ataupun seorang lagi Aminulrasyid yang sedang dikejar dalam ketakutan? * MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula akan hadir pada program Hi-Tea di Kampung Bukit Pulau, Dun Bukit Baru pada hari yang sama bermula jam 4.00 hingga 6.00 petang.
"Ceramah Perdana Anwar anjuran PKR Negeri Melaka dilihat tepat pada masanya ketika Anwar dihadapkan pelbagai isu yang tidak kunjung padam.















Tiada ulasan:
Catat Ulasan