Jumaat, 31 Disember 2010

wartamaya

wartamaya


Touching .. touching

Posted: 31 Dec 2010 08:22 AM PST

Kadar jenayah di Kota Damansara meningkat

Posted: 31 Dec 2010 08:19 AM PST


[...] Pihak polis dan Persekutuan sepatutnya menyiapkan anggota yang perlu ditugaskan menjaga sesebuah kawasan, terutamanya kawasan penempatan baru seperti Kota Damansara.

"Yang sedihnya apabila kita berdemo, beribu polis ada, tidak tahu mana datang polis, tetapi apabila macam ni nak cari polis pun susah, nak panggil datang lambat, benda dah sudah baru sampai."

Kewujudan kumpulan-kumpulan samseng yang bertindak mengawasi sesebuah kawasan sering dijadikan alasan seolah-olah memandang remeh isu keselamatan penduduk Kota Damansara.

Kejadian rogol yang berlaku di Kampung Melayu Subang baru-baru ini sudah pastinya mengundang kebimbangan penduduk.[ lagi ]

TGNA sindir siapa?

Posted: 31 Dec 2010 08:07 AM PST

Melayu pun kena tutup aurat
KOTA BHARU, 31 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, orang Melayu juga mesti menutup aurat di dalam kawasan surau atau masjid.

Beliau menyatakan demikian ekoran isu yang ditimbulkan media mutakhir ini berhubung senamrobik yang dilakukan masyarakat bukan Melayu di kawasan berkenaan.

"Usahkan di dalam kawasan masjid, di dalam masjid pun tidak apa, termasuklah juga pembelajaran dan persoalan perlantikan ketua negara dan ketua perang serta urusan sakit demam. Semuanya dilaksanakan dalam masjid seperti yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

"Namun dari segi aurat, mestilah dijaga. Usahkan orang Cina, orang Melayu sendiri mesti menutup aurat. Tinggal lagi hendaklah ditegur orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna itu," katanya kepada media pada kuliah mingguan di sini, hari ini.[ lagi ]
------------------------------
Aduii ... pedihnya ...
Wakakak !!!
Sungguh tu .. kalau bukan Islam .. dah sah bukan Islam.
Yang Islam pun tak tau pakai cara Islam .. apekebende?
Wakakakak !!!

MAIS Double Standard, kata Khalid Samad

Posted: 31 Dec 2010 07:59 AM PST


"I really do not care if Datuk Mohamed Idris Abu Bakar Hulu Bernam assemblyman gives sermons in the mosque or if P Kamalanathan Hulu Selangor MP wants to give donations to mosques The problem now is MAIS because they are not consistent and fair "Pakatan Rakyat MPs can't enter mosques but it is not a problem for Barisan Nasional MPs Does it not show that MAIS is inconsistent " he told The Malaysian Insider.[ lagi ]
--------------------------------
Wakakak !!! ....
Apa la Khalid ni ...
Kacau betul la ...
MAIS bukan 'double standard' tapi 'tak der standard'
Muakakak !!!

Tiada masalah dengan cara pakaian Teo, kata Pengerusi Masjid

Posted: 31 Dec 2010 07:51 AM PST


"Kita tiada masalah langsung dengan cara pakaian YB Teo" kata Pengurus Ahli jawatankuasa Masjid Taman Cheras Jaya.

"Menutup aurat hanya tertakluk kepada penganut Islam lantas isu menutup aurat tidak berkaitan dengan YB".[ lagi ]
--------------------------------------
Wakakaka !!! ...
Ni yang buat aku panas hati ni ... wakakak !!!
Tapi Mais dengan cepat kilat bertindak .. DI SINI
He he he ... ape cerita kes rogol ?
Apa cerita Tiger Show di putra jaya?
Muakakak !!!

Yang kalah akan jadi meraban

Posted: 30 Dec 2010 06:46 PM PST


Goba .. oh goba ..
Anwar ada kuasa tutup Kuil?
Wakakaka !!!
Kesian .. GOba sudah mau jadi Samy .. wakakak !!!
Senario biasa dalam politik .. Kalau dah kalah, akan berubah
Semuanya kerana Gila kuasa atau Gila Talak .. wakakak !!!

Cerita DI SINI

Jualan surat khabar terus menurun ... wakakak !!

Posted: 30 Dec 2010 06:41 PM PST


KUALA LUMPUR, Dec 31 — Newspaper circulation in the country maintained its downward slide this year as readers continue to shun hard news in government-controlled titles for more sensationalist tabloids.
Circulation of local media mainstays — The Star, New Straits Times, Utusan Malaysia and Berita Harian — has fallen over the past five years, in some cases dramatically so. Scandal sheets, however, remain largely popular and in some cases far outselling more traditional rags which helped advertising expenditure grow 22 per cent to RM3.5 billion for the first half of 2010.[ lagi ]
------------------------------------
Tu pasal nak tipu tak pandai ..
Cikgu aku pesan .. "Kalau nak tipu, biar tipu betul betul, kalau tipu main main, baik tak payah tipu"..
Wakaka !!! ... Di paksa menipu atau memang penipu. Politikkan surat khabar .. wwakakaka !!!
Ada bagus nya jadi Pengarah filem Hollywood dan Bollywood .. Betul betul tipu sampai boleh jadi kaya ..
Wakakakak !!!

Rambut sudah panjang

Posted: 30 Dec 2010 06:17 PM PST


Biasa la .. sebulan sekali rambut kena potong. Kalau tidak, muka aku dah macak orang utan. Semalam, waktu kelapangan singgah ke kedai favourite .. Dari jauh, si tokey dah senyum. Mungkin dalam hati berkata, "Wahhh Rezeki aku lagi".

"Potong cam biasa ka encik", tanya Maniam sambil mengibas kain yang digunakan untuk menutup tubuh. "Ya ...cam biasa la boss", aku jawab.

Maniam sudah buka kedai gunting sejak 20 tahun yang lepas. Usia nya sudah lanjut, tapi tangannya masih lagi terus menggunting kerana anak-anak nya masih perlu dibantu. Itu katanya.

Macam kebiasaan, sambil menggunting, sambil tu la Maniam bercerita tentang kisah masa kecilnya.

"Dulu manyak syok encik .. Puasa punya jam, saya buka puasa sama orang Islam. Dulu dalam estate, kita ada 4 orang Melayu, lain semua india. Cina tarak", katanya lagi.

Melayu bikin apa, kita mesti ada. India bikin raya, Melayu pun ada. Melayu cakap India, India cakap Melayu. Kita serupa adik beradik", sambung Maniam.

"Sekarang?", aku cuba bertanya.

"Sekarang aaaa ... Sekarang banyak teruk. India sama Melayu sudah tarak ngam. Kampung sudah jadi pekan. TV sana ada, sini ada. Melayu sudah tarak ngam sama India. Muka banyak senyum, tapi hati ada takut-takut. Saya punya anak sudah tarak makan rumah Melayu, anak orang melayu sudah tarak makan dekat rumah India. Raya kalu baru mau mari .. Memang tadak serupa dulu. Banyak tadak syok", kata Maniam lagi.

Panjang bercerita .. sudah sampai waktu bercukur .. Dalam hati berkata,"Aduhai ... kalau Maniam ni nak bunuh aku pun boleh ni .. Tinggal hiris kat leher jer .. aku boleh jalannnnn ..."

Tapi aku percaya, Maniam adalah rakyat produk 50an. Dia tak macam yang kita sangka. Yang aku bimbang adalah produk sekarang. Ketika media memainkan banyak sentimen perkauman dan angkat-angkat keris, nyawa mungkin mudah terbang. Semua orang sudah mula berdendam. Tunggu silap sikit ...

Dalam hati bertanya, "Siapa punya angkara sampai kita berpecah belah" ... Sedangkan aku tau jawapannya. Umngokkkk ... !

Cedera di tetak

Posted: 30 Dec 2010 06:14 PM PST


ABDUL Razak Ahmad cedera di kepala dan tangan akibat ditetak penyamun di dalam rumahnya di Kampung Pedas Hilir di Rembau, semalam.[ lagi ]

Alhamdulillah .... Jenayah semakin kurengg ...

Suami isteri bertumbuk

Posted: 30 Dec 2010 06:10 PM PST


TAN Khoon Hor (kanan) bersama isterinya, Lim Chung Keok menunjukkan gigi mereka yang patah didakwa kena tumbuk pada sidang akhbar di Rumah Club Cina Jalan Maju Jaya, Taman Pelangi, Johor Bahru, semalam.

Suami isteri dakwa dipukul polis hingga patah gigi
JOHOR BAHRU 30 Dis. - Sepasang suami isteri pasti mengalami detik-detik menakutkan apabila dipukul empat lelaki termasuk salah seorang daripadanya dipercayai pegawai polis sehingga patah gigi mereka hanya kerana keretanya menghalang kenderaan lain.

Kejadian berlaku pukul 8.45 malam ketika mangsa, Tan Khoon Hor, 35, berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) Tapah, Perak, Ahad lalu, untuk ke tandas.

Katanya, ketika insiden dia baru pulang bercuti dari Cameron Highlands dan sedang menuju ke Johor Bahru.

Tambahnya, semasa tiba di R&R terbabit, dia memberhentikan keretanya di belakang kereta kedua-dua lelaki itu kerana tiada tempat letak kenderaan yang kosong.

"Namun semasa hendak ke kereta semula, saya lihat mereka menghampiri isteri saya, Lim Chung Keok, 34, dalam keadaan marah-marah.

"Saya enggan bergaduh lalu menolak lelaki itu perlahan tetapi tiba-tiba mereka menumbuk di muka saya sehingga berdarah dan patah dua batang gigi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, lebih buruk apabila Chung Keok pula datang membantu menyebabkan wanita itu pula ditumbuk sehingga terjatuh dan patah enam batang giginya.

Tambahnya, secara tiba-tiba datang dua lagi lelaki yang tidak dikenali lalu turut sama memukulnya.

"Kami lalu melarikan diri untuk membuat laporan polis dan salah seorang daripada dua lelaki itu mengeluarkan kad kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Dia bagaimanapun tidak memakai pakaian seragam. Kami kemudian ke Balai Polis Tapah untuk membuat laporan seterusnya ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan," katanya.

Katanya, semasa membuat laporan, dia dimaklumkan pegawai polis yang memukulnya itu juga membuat laporan mengenai kejadian sama di R&R Tapah.

"Kami menyatakan kepada salah seorang pegawai di balai berkenaan untuk mencari peguam tetapi dia meminta saya tidak berbuat demikian kerana akan membantu menyelesaikan kes itu," katanya.

Khoon Hor menyifatkan tindakan mereka yang memukulnya sebagai melampaui batas dan meminta agar perkara itu disiasat secara menyeluruh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi hari ini mengesahkan telah menerima laporan tersebut dan pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian tersebut.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. - Meloya
--------------------------
Wakakak !!!
INi mesti berita fitnah ..
Ini mesti berita tipu ...
Polis kita baik .. polis kita tidak rasuah...polis kita bersopan santun ..
Mana ada polis tumbuk orang ...
Ini mesti tumbuk diri sendiri ... macam kes anwar tumbuk mata ..
Muakkakakak !!!
Jenayah semakin kurang ... wakakakak !!!
Ptuiii .... !

Tiada ulasan: