Khamis, 23 Disember 2010

wartamaya

wartamaya


Kempen ' 1isteri '

Posted: 23 Dec 2010 06:23 AM PST


Ini bukan tiru APCO, bukan tiru Israel ..
Tapi aku punya sendiri ...

Mari bersama menjayakan ...

"Kempen 1isteri"

Bini di dahulukan, keluarga diutamakan
(Aku tulis posting ni kerana isteri aku berada kat sebelah sejak dari tadi)

Mari belajar bahasa Malaysia

Posted: 23 Dec 2010 06:03 AM PST

Kalau sekiranya satu pihak itu meminta komisyen dari seseorang/satu pihak lain yang telah mendapat untung di panggil Ganti Untung.
Kalau sekiranya seseorang itu meminta duit dari seseorang/satu pihak lain yang telah rugi di panggil Ganti Rugi ....
Contoh macam kat bawah ni ... Rugi RM2.1 billion, tuntut ganti rugi cuma RM177 juta jerk ...
minta Ganti tapi tetap rugi ...
Baki rugi tu ... tanggung sendiri ..
Muakakak !!!
---------------------------------


Sime Darby saman bekas CEO, empat lagi tuntut RM177 juta
KUALA LUMPUR, 23 Dis – Sime Darby Bhd memfailkan saman terhadap bekas ketua pegawai eksekutifnya Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dan empat pegawai utamanya berhubung kerugian RM2.1 bilion membabitkan tiga projek konglomerat itu.

Ia menuntut ganti rugi RM177 juta daripada kelima-lima mereka ekoran kerugian dialaminya.[ lagi ]

Betui ke?

Posted: 23 Dec 2010 03:20 AM PST


Tiada Lagi Miskin Tegar Di Bandar
KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Khamis mengisytiharkan bahawa kawasan bandar terutama di Kuala Lumpur tidak lagi mempunyai golongan miskin tegar.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong ChikRaja Zainal Abidin berkata, bilangan penduduk miskin dan mudah miskin pula telahdapat dikurangkan sekurang-kurangnya 50 peratus berbanding tahun lepas.

"Mulai tahun hadapan, kita akan tingkatkan (bantuan) golongan yang disasarkan ini. Kita ada program-program seperti penjualan rumah, bantuan pelajaran dan baru-baru ini Skim Prihatin untuk kematian dan lain-lain.[ lagi ]
--------------------------
Betui ke?
Ada dua soalan ...

1. Bagaimana menilai kadar kemiskinan tegar?
2. Si miskin sudah jadi kaya atau si miskin sudah dihalau? ...

Kalau dikurangkan 50% dalam tempoh setahun .. itu sudah cukup hebat .. Terutama dalam keadaan gula dan minyak naik sementara pendapatan kekal ... muakakak !!!

Perlu penjelasan dari sang menteri .. he he he

Jom debat !

Posted: 23 Dec 2010 03:14 AM PST


"Is it not impossible for the government to get APCO, which has been paid RM77 million, to come out with denials of being involved in the One Israel campaign? And why the late response?

''Anwar has brought up the issue of APCO-One Israel way back in March. It's been eight months. Eight months is a long time which could have been used to answer Anwar's claims.

"If the matter of refuting the Najib administration's links with One Israel is so urgent, why wait until only December to get Mr Robert Shrum's letter?" said PKR secretary-general Saifuddin Nasution (picture).[ lagi ]
-----------------------------
Wakakak !!!
AKu tak kata Saifuddin betui .. Aku tak kata Nazri gelembong
Ayohhh debat !
Kita tengok sapa kantoi .. .wakakaka !!!

Beratnya songkok ... !

Posted: 23 Dec 2010 03:05 AM PST


Menurut kata sembab, Kerajaan Selangor GENTAR bila melarang penggunaan logo 1Malaysia. Kat SINI ...
Tapi ikut kajian Merdeka Center, Selangor akan kekal di tangan Pakatan Rakyat. DI SINI
----------------------------
Kalau tanya aku ... selaku rakyat Selangor jati .. melalui tinjauan hingga ke akar umbi,
Selangor kekal pada PR kerana rakyat selangor tak mahu air naik harga dan status 1Malaysia masih diragui keasliannya ... muakakaka !!!
Kalau tanya pada songkok tinggi .. memang la semua depa kata ok ...
Sebab .. berat songkok, kepala kena selalu angguk ... muakakak !!!

Kantoi .. !

Posted: 23 Dec 2010 02:57 AM PST


Itu Perlis punya fasal, kata Harussani
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengakui keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak membenarkan bukan Islam menjadi peguam syarie bukan dibuat secara sebulat suara.

...................... tapi ..............................

Isnin lalu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tampil menafikan bahawa kesemua anggota majlis itu bersetuju secara tuntas dengan larangan terhadap non-Muslim itu, malah sebahagiannya mahukan perkara itu diperhalusi.[ lagi ]
-------------------------
Mana satu ni?
"Sebulat suara" atau "Nafi sebulat suara"?
Wakakaka !!!
Aparahhhh ... !

Kroni siapa kah ini?

Posted: 23 Dec 2010 02:46 AM PST


Mahfuz persoal swasta kendali 6 juta saman ekor
Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempersoal bentuk saman ekor yang baru dengan penggunaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang akan dikendalikan oleh dua syarikat swasta.

Katanya, dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, timbalan menteri pengangkutan menjelaskan, urusan itu akan dikendalikan oleh Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd.[ lagi ]
-------------------
Terima kaseh kepada Mahafiraun kerana mencetus idea .. muakakak ! !!
Semua orang nak jadi kaya ... wakakakak !!!

Tiada ulasan: