Jumaat, 31 Disember 2010

shalehudin

shalehudin


Nah ambik kau... haha...

Posted: 31 Dec 2010 10:46 AM PST

Gambar Melayu berbangsa Umno dalam masjid...

Itu la, kata orang engkau yang lebih, kan dah kena sebijik...

Tok Guru Nik Aziz kata, orang Melayu pun mesti menutup aurat di dalam kawasan surau atau masjid. Beliau menyatakan demikian ekoran isu yang ditimbulkan media mutakhir ini berhubung senamrobik yang dilakukan masyarakat bukan Melayu di kawasan berkenaan.

Dari segi aurat, mestilah dijaga. Usahkan orang Cina, orang Melayu sendiri mesti menutup aurat. Tinggal lagi hendaklah ditegur orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

Gambar atas tu adalah segolongan kaum Melayu berbangsa Umno yang dengan selamba badak saja berbogel didalam masjid... tak dak sapa pun yang berani ambil tindakan... tak dak memana akhbar pun yang berani jadikan isu kontroversi... pasai apa? Pasai nak hidup... khiakk pttuuiihh...

Najib bersungguh nak puaskan Mahathir

Posted: 31 Dec 2010 08:53 AM PST

Pening pening... memang pening... sakit kepala yang amat sangat luarbiasanya sebab ia datangnya dari hati yang sakit. Sakit hati yang teramat memang menyakitkan kepala... haha... Apa taknya, Mahathir tengah marah sekarang ni. Najib perlu tenangkan Mahathir yang marah, Najib perlu puaskan hati Mahathir yang belum puas. Ini tugas penting Najib sebagai ketua kerajaan Be End.

Kerajaan Najib sekarang ni berkuasa untuk membubarkan Parlimen. Bagi la nasihat sikit kat Agong... lalu Agong terpaksa bersetuju... maka Parlimen terbubar. Tapi bagi DUN pulak, ianya adalah dibawah bidang kuasa Sultan negeri masing-masing atas nasihat Menteri-Menteri Besar negeri berkenaan. Haha... ni yang Mahathir marah sangat, Perak kita dah dapat... Selangor jangan dok biaq kat depa... tawan walau dengan cara haiwan... disinilah puncanya si Khusrin, budak suruhan Umno yang selama ini menjadi duri Umno dalam daging Selangor memainkan peranan. Kini peranan yang lebih besar diperlukan iaitu sebagai SUK bagi kerajaan negeri Selangor dengan perkenan dari Sultan Selangor... haha...

Puas hati? Mana boleh Mahathir berpuas hati, beliau tak mudah berpuas hati selagi Anwar bebas lepas. Anwar terlepas kes liwat I ciptaan Mahathir. Memang patut sangat la Mahathir tengah bengang sekarang ni. Lalu tercipta lah kes liwat II hasil kerja tangan Najib. Ini dicipta demi memastikan musuh Mahathir nombor satu itu terpenjara lama dan terseksa anak bini dia. Maka usaha ni sedang rancak berjalan, Anwar pasti ditawan. Sebelah dari kaki Anwar sudah dipenjara sekarang ini...

Najib anak murid yang baik, dia hanya memanjangkan apa yang Mahathir belum sempat siapkan...

Ramai sungguh pencacai Umno

Posted: 30 Dec 2010 07:03 PM PST

Umno takkan tidur lena selagi Selangor tak dapat kat depa. Selangor kaya, nadi negara. Bukan kata negeri negeri lain tak penting tapi Selangor mengatasi banyak negeri negeri lain dari segi ekonomi. Dapat Selangor bermakna kata Umno akan dapat banyak dana untuk mengkayakan kroni dan anak bini.

Umno takkan duduk diam saja tengok Selangor dan negeri negeri Pakatan lainnya tak mahu ikut serta dalam pilihanraya umum anjuran Piem Umno Najib Razak nanti. Najib boleh ikut suka mak bapak dia umumkan pilihanraya umum satu Malaysia tapi negeri negeri juga berhak untuk tidak ikut serta. Negeri negeri Pakatan punya hak dan mandat selama lima tahun untuk menerajui negeri. Ini memeningkan kepala dia dan kabinetnya.

Justeru, segala usaha dan ruang telah dikerah dan diteroka untuk menawan negeri negeri Pakatan sebelum pilihanraya diumumkan. Dan melantik Khusrin sebagai SUK baru bagi Selangor adalah satu dari langkah awal yang akan mengulangi tindakan jahatnya merampas kuasa di Perak. Jelas dah, ini merupakan satu petanda bahawa Umno di bawah pimpinan Najib akan menggunakan apa jua cara sekalipun untuk merampas kembali kuasa di Selangor. Dia nak ulangi apa yang dilakukan di Perak.

Khusrin adalah semata-mata budak suruhan untuk menimbulkan kekecohan hingga Dewan Undangan Negeri Selangor berjaya dibubarkan. Istana telah dipergunakan bukannya baru, Najib murid yang terang hati dalam hal belajar dari sejarah idolanya, Mahathir Muhamad. Hal hal mencemar institusi kesultanan Melayu dengan mengheret masuk institusi Sultan dalam persoalan ini bukan asing dengan Umno. Setelah kononnya mendapat restu daripada Sultan, maka digunakan kembali isu derhaka kepada Sultan dan sebagainya sekiranya kerajaan negeri Selangor menolak Khusrin sebagai calon.

Apa nak jadi dengan suara terbanyak rakyat Selangor yang telah memimilih Pakatan sebagai pemerintah. Tindakan ganas ala Yahudi ini amat jelas telah menolak suara rakyat Selangor begitu saja.

Tiada ulasan: