Khamis, 23 Disember 2010

shalehudin

shalehudin


Bangun Pak Lah, ni ada isu nih...

Posted: 23 Dec 2010 07:06 AM PST

Walaupun laporan WikiLeaks terhadap isu seorang menteri zaman Pak Lah yang merogol amah berbangsa Indonesia diragui kesahihannya, namun sekiranya kejadian rogol ini benar-benar berlaku, ia akan memberi imej buruk kepada negara sekaligus mengugat hubungan Malaysia-Indonesia.

Banyak kejadian-kejadian yang menyebabkan perselisihan faham rakyat antara kedua-dua negara berjiran ini sejak kebelakangan ini dan kita sebolehnya tidak mahu satu lagi isu dicipta untuk merenggangkan lagi hubungan akrab antara dua negara sebelum ini terjejas. Isu seperti ini haruslah ditangani dengan telus dan kita menuntut Pak Lah selaku manusia yang bertanggungjawab pada masa itu bangun dari tidor dan memberi penjelasan pada masyarakat atau menafikan sekiranya fitnah.

Kita menuntut keadilan untuk semua. Kita menuntut ketelusan dalam undang undang negara. Kita tidak boleh mengamalkan budaya yang membezakan layanan undang-undang terhadap orang kenamaan dan rakyat biasa. Walau siapa pun yang dituduh, ia perlu menjalani proses perundangan yang sama seperti orang lain dengan telus. Apatah lagi jika membabitkan seorang pemimpin yang mendapat kepercayaan rakyat untuk memimpin dan merupakan pemimpin di peringkat pembuat dasar.

Undang-undang sama untuk semua. Kalau tidak bagaimana kita hendak memastikan orang yang berpengaruh dan ada kedudukan ini lebih bertanggungjawab sekiranya mereka mendapat layanan yang istimewa apabila mereka melanggar undang-undang. Kalaulah laporan WikiLeaks ini benar, kita mengutuk sekeras-kerasnya dan tindakan undang-undang harus diambil terhadap sebarang kejadian penganiayaan terhadap wanita lebih-lebih lagi jenayah rogol dan termasuklah yang melindunginya yakni Piem Umno zaman tersebut.

Umno tak pentingkan pendidikan

Posted: 23 Dec 2010 04:23 AM PST

KENYATAAN MEDIA

NEGARA MAMPU MENAIKKAN IMBUHAN PENDIDIK SEPERTI PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT

Saya kesal dengan kenyataan Menteri Pendidikan baru-baru ini yang memperlekehkan peranan guru sebagai pembina negara. Beliau menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis.

Pakatan Rakyat telah meneliti kesan kewangan dari pelaksanaan ini. Kita mengambil kira bahawa terdapat 537,221 jawatan di dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan kementerian (24,153), dasar dan pembangunan pendidikan (4,059), operasi pendidikan (498,399) dan pembangunan profesionalisme keguruan (10,610).

Usaha menaiktaraf mutu pendidikan negara bermula dengan reformasi pendidikan dari pihak atas (penggubalan dasar, pembangunan keguruan) sehinggalah ke tahap pengajaran di bilik darjah (keberkesanan pembelajaran dan pengajaran). Oleh itu, Pakatan Rakyat berhasrat untuk memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 kepada semua pegawai dan guru yang bertanggungjawab di dalam sistem pendidikan kita.

Ini akan menelan belanja RM3.2 bilion setahun. Jumlah ini adalah kecil jika dibandingkan dengan pembaziran-pembaziran lain yang kini berleluasa di bawah UMNO/Barisan Nasional.

Kos perbelanjaan semua lawatan Perdana Menteri ke luar negara setakat ini sebanyak RM8.7 juta boleh menanggung imbuhan bagi 1,450 orang guru. Bayaran kepada APCO sebanyak RM77 juta bagi tahun 2009 boleh menampung imbuhan bagi 12,800 orang guru iaitu keseluruhan tenaga kerja yang membangunkan profesionalisme keguruan. Pembaziran UMNO/Barisan Nasional sebanyak RM131 juta bagi menampung perbelanjaan perunding dan kos operasi PEMANDU bagi tahun 2010 boleh membayar imbuhan bagi 21,833 lagi orang guru, iaitu hampir keseluruhan tenaga kerja kementerian.

Ini belum lagi pembaziran-pembaziran mega seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada sektor korporat dan kroni, kos menyelamatkan kroni yang melibatkan Empangan Bakun sebanyak RM6 bilion dan ketirisan akibat rasuah yang dianggarkan mencecah RM28 bilion setiap tahun.

Justeru, persoalan sama ada negara mampu membayar imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap bulan ini tidak timbul. Perkara yang sebenar adalah keikhlasan UMNO/Barisan Nasional untuk mengangkat martabat pendidikan di negara ini.

Hakikatnya, bidang pendidikan tidaklah berada di dalam senarai kepentingan UMNO/Barisan Nasional. Isu kualiti pendidikan telah ditimbulkan sejak sedekad yang lalu, tetapi sehingga kini tidak ada satu langkah konkrit untuk mengiktiraf sumbangan guru di samping memastikan kerjaya perguruan menarik minat calon-calon yang berkualiti tinggi. Langkah Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan ini adalah langkah pertama ke arah memartabatkan kerjaya perguruan setaraf dengan kerjaya profesional lain seperti jurutera, doktor dan akauntan.

Semalam, akhbar-akhbar melaporkan persetujuan Perdana Menteri untuk menubuhkan satu badan perundingan khas untuk menyelesaikan isu-isu perkhidmatan perguruan. Perkara ini telah disyorkan CUEPACS sejak tahun 2002 lagi – tetapi hanya selepas Pakatan Rakyat membuat cadangan yang konkrit untuk menaikkan martabat perguruan, UMNO/Barisan Nasional memberikan reaksi cemas. Baru sekarang, Perdana Menteri mahu mendengar keluh kesah guru-guru yang bergelumang dengan pelbagai masalah setiap hari.

Ini bukanlah caranya kita merancang kebijakan pendidikan negara. Tanggungjawab menjaga kebajikan guru-guru bukanlah satu reaksi yang hanya ada tindakan apabila Pakatan Rakyat bersuara.

Pakatan Rakyat percaya bahawa tindakan utama yang perlu diambil untuk memulihkan kualiti pendidikan negara adalah dengan menjaga kebajikan guru secara berterusan dan bertanggungjawab. Oleh itu, jumlah RM3.2 bilion setiap tahun bukanlah jumlah yang terlalu besar demi masa depan anak-anak Malaysia.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
23 DISEMBER 2010

Hihi... ada orang yang kecut teloq baca cerita nih...

Posted: 23 Dec 2010 12:22 AM PST

Depa dua ekoq tu bukan pak cik pak cik felda yang tunggu rasuah pilihanraya, depa tu orang lama politik Argentina. Depa dua ekoq tu pemimpin veteran dan pengasas diktator Argentina ketika era pemerintahan tentera junta (1976-83)

Pasai apa depa nampak macam terkejut beruk? Jorge Videla (kiri), dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana didapati bersalah terbabit dalam pembunuhan kejam ke atas kumpulan berhaluan kiri ketika pemerintahannya manakala Luciano Menendez, 83, yang juga jeneral junta dihukum penjara seumur hidup kerana terbabit dalam kesalahan jenayah kemanusiaan ketika mengetuai angkatan tentera di 11 wilayah di negara itu, hari ini.

Amacam? Bila pula kita boleh tengok cerita yang serupa kat Malaysia? Pemimpin harus bertanggungjawab terhadap apa saja yang depa buat... sebab tu depa kena ikhlas dan amanah... sebab dunia sepatutnya begini, hukum sesiapa juga yang didapati bersalah, hukum sesiapa juga yang telah menidakkan hak orang lain terutama hak rakyat jelata...

Bangang pun, jangan tunjuk kat orang woii...

Posted: 22 Dec 2010 05:59 PM PST

Apa agaknya yang Piem Umno si Najib bimbangkan sangat dengan program 100 hari Pakatan Rakyat yang diumumkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat lalu. Apa agaknya yang Timb Piem Umno si Muhyiddin gelabahkan sangat tentang pelancaran Buku Jingga yang dipersetujui bersama oleh pimpinan Pakatan Rakyat yang heboh dicanangkan sebagai mimpi disiang hari tu.

Sepatutnya Najib dan Muhyiddin tak payah gelabah biawak dah. Dari kenyataan Najib Razak sendiri dan Muhyiddin Yassin jelas menampakkan program 100 hari Kerajaan Pakatan Rakyat yang diumumkan itu tidak akan memberi sebarang kesan pada ke'Tuan'an Umno di Malaysia nih. Nak heran dan gelabah apa nya pulak. Tapi umum tahu, semakin tinggi kenyataan mereka dijulang, semakin takut dan gentar teramat mereka dimata rakyat. Umno dilihat seolah-olah 'amat terdesak' untuk menyembunyikan suatu kebenaran dari pengetahuan rakyat. Jika tidak, mengapa perlu Piem dan Timb Piem begitu bersungguh-sungguh membidas andai selama ini pentadbiran Umno BN cukup cemerlang seperti yang dicanang.

Inilah buktinya bahawa Buku Jingga telah menggugat Umno, menakutkan Piem dan menggentarkan Timb Piem. Andai Program 100 Hari Pakatan dikatakan sebagai 'politik janji'semata-mata, bagaimana pula dengan janji-janji kerajaan Umno BN selama 53 tahun yang ternyata telah gagal dalam mentadbir Malaysia. Semua tahu 1001 janji yang telah dibuat tetapi adakah semua dilaksanakan.

Kalau ia pun bangang, jangan tunjuk kat orang. Jangan bagai menampar muka sendiri dengan melupakan terus janji di Sibu, Batu Sapi dan Hulu Sealangor yang masih belum tertunai sehingga kini. Projek Terminal Puduraya dah jadi janji Gajah Putih akhirnya. Janji Jambatan Labuan sehingga ke hari ini dilupakan. 1Malaysia yang haprak telah meletakkan keuntungan Syabas, Plus dan Uda Mall diutamakan, rakyat yang dipinggirkan.

Imbuhan RM500 kepada guru-guru tak mampu, tapi menara warisan berharga RM5 bilion boleh pulak. Siap dengan memberi RM500 juta pada sorang kroni sebagai komisyen pembelian kapal selam BN senang senang saja di lakukan. Keyakinan Pakatan secara jelasnya berasaskan kepada perubahan pengurusan kewangan negara yang akan dilakukan dengan menghapuskan amalan rasuah, penyelewengan, pembaziran dan salah urus pentadbiran kerajaan BN selama lebih dari 52 tahun ini.

Rakyat sudah tahu dan amat perlu mengetahui, bahawa sebahagian besar janji Pakatan ini hanya melibatkan perubahan polisi yang selama ini hanya menguntungkan BN sahaja dan memangsakan rakyat terbanyak.

Tiada ulasan: