Jumaat, 31 Disember 2010

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Malam Ini Ramai Akan Didaftar Di Sekolah Harapan?

Posted: 31 Dec 2010 12:54 AM PST

Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi tahun 2010 akan melabuhkan tirainya tepat jam 12.00 tengah malam. Maka tahun 2011 akan menjelma menggantikan tahun 2010 yang banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis selama 365 hari tahun 2010 itu berlalu.

Kenangan manis adalah kejayaan skuad Harimau Malaya membaham Garuda pada perlwanan akhir bola sepak Piala Suzuki AFF yang berlangsung kelmarin dengan kemenangan aggregat 4-2 meskipun tewas pada perlawanan timbal balik di Indonesia dengan 1-2. Kejayaan skuad Harimau Malaya mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak sebelum ini.

Kenangan pahit pula telah tercatat dalam diarinya yang tersendiri di mana kes pembunuhan jutawan kosmetik bersama tiga yang lain telah menggemparkan negara dalam sebuah episod hitam siri kekejaman yang berlaku dalam negara kita. Banyak lagi sorotan pahit namun yang sudah berlalu dibiarkan berlalu namun ia tetap menjadi ingatan kepada kita.

Tetapi malam ini juga akan membuktikan sejauh mana pihak kerajaan menangani masalah gejala sosial yang kian menjadi-jadi. Apakah punca gejala ini berlaku? Tidak perlu dijelaskan lagi kerana punca segala maksiat adalah dari hiburan yang melalaikan yang mana meletakkan agama bukan di atas tempat dan landasan yang betul. Punca ini berlaku apabila pihak kerajaan tidak serius dalam membanteras sebaliknya menjadi pemangkin berlakunya gejala ini.

Malam ini juga membuktikan perjuangan UMNO yang kononnya menjaga kesucian agama apabila banyak konsert akan diadakan sempena tahun baru itu nanti. Negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO lebih banyak mengadakan hiburan yang melalaikan serta konsert yang tidak bermanfaat terutamanya golongan muda. Adakah malam ini kita akan lihat kondom bersepah dijalanan maka impian mendirikan sekolah harapan itu tertunai.

Sekolah Harapan sebenarnya tidak perlu diwujudkan tatkala kerajaan memandang serius akan perkara ini. Jika benar-benar kerajaan ingin membanteras gejala sosial ini mereka perlulah prihatin dengan anak-anak muda yang suka akan hiburan. Bukan menyediakan hiburan yang melalaikan mereka sehingga tercetus keghairahan yang menjerumus ke lembah kebinasaan.

Mahukah kita melihat negara ini diperintah oleh anak luar nikah atau dengan kata lain anak tidak sah taraf? Jangan jadikan negara ini seperti Amerika Syarikat yang mana istilah buat "dulu baru kahwin". Dalam Malaysia golongan yang terjerumus dalam lembah zina adalah kebanyakkan golongan Melayu yang kononnya mengaku Islam.

Mana perginya sebuah parti melayu yang kononnya memperjuangkan orang melayu? Mengapa orang Melayu paling ramai dalam lokap, paling ramai berzina, ramai yang main tikam nombor ekor pun dari kalangan orang yang berbinti dan bin. Tidak malukah kita sebagai orang yang kononnya melaungkan slogan "Hidup Melayu" jadi pelacur. Mahukah kita dengar orang kata "Melayu Pelacur, Pelacur Melayu Murahan dan Melayu Sundal"?

Model Paling Kurus Meninggal Dunia

Posted: 30 Dec 2010 04:24 PM PST

ISABELLE CARO


Seorang model yang berkempen menentang anoreksia dengan beraksi bogel untuk satu kempen pengiklanan meninggal dunia semasa berumur 28 tahun, lapor akhbar Le Parisiensemalam.
Model itu, Isabelle Caro yang terlibat dalam kempen No Anorexiapada 2007 yang diharamkan di Itali meninggal dunia pada 17 November lalu.
Namun, pihak keluarganya meminta kematian anak mereka dirahsiakan.
Punca kematian masih belum diketahui tetapi Caro menderita kerana anoreksia sejak berumur 12 tahun.
Menurut rakannya, seorang penyanyi Switzerland, Vincent Bigler, Caro sering ke hospital kerana masalah pernafasan.
Model itu mengejutkan industri fesyen apabila dia berbogel dengan menunjukkan rangka tubuhnya dalam satu kempen anjuran jurugambar Itali, Oliviero Toscani.
Sumber: Agensi

Tiada ulasan: