Selasa, 21 Disember 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Lagi skandal pemimpin BN: Serawak Report dedah Taib Mahmud miliki tanah bernilai RM90 juta!

Posted: 21 Dec 2010 08:10 AM PST



Taib Didakwa Miliki Tanah Di Sri Aman Bernilai RM90 Juta?

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sekali lagi dikaitkan dengan pemilikan harta apabila laman sesawang Sarawak Report mendedahkan pembelian tanah yang mencurigakan disekitar Sri Aman membabitkan nilai sehingga RM90 juta.

Mengikut kumpulan pejuang pribumi, Sadia Native Customary Rights (NCR) tanah itu kepunyaan masyarakat Iban dan tanah 8,800 hektar itu terletak di daerah Bijat di Sungai Tisak, timur dari Kuching.

Kumpulan berkenaan melaporkan tanah berkenaan akan diberi secara percuma kepada anak lelaki Taib, Mahmud Abu Bekir Taib, dijual kepada Felcra untuk penanaman semula kelapa sawit.

Berikutan itu, menurut Sadia 15 komuniti Iban menduduki tanah itu bakal terjejas.


(Aset dan harta pemimpin BN ini dikatakan mencecah nilai ratusan juta ringgit dalam dan luar negara...klik...)

Sebelum ini, masyarakat Iban tempatan mendakwa pembalak masuk ke kawasan mereka tanpa sebarang makluman sejak empat bulan lalu. Sehinggalah baru-baru ini mereka menyedari apa yang berlaku.

"Tiada sesiapa yang memberitahu mereka siapa sebenarnya pembalak itu dan mereka juga tidak tahu mengenai pembabitan rancangan anak Taib yang mahu menukarkan kawasan itu menjadi ladang kelapa sawit," lapor Sarawak Report.

Kini lapornya lagi, Pejabat Tanah Daerah, mengeluarkan surat kepada 16 ketua masyarakat Iban memanggil mereka untuk bermesyuarat tanpa dimaklumkan agendanya.

Dilapor juga, ketua-ketua Iban itu percaya mesyuarat adalah berkaitan dengan pengambilan tanah mereka sambil mendakwa tanah mereka juga dirampas dua tahun lalu.


(Sebagaimana Khir Toyo, beliau antara pemimpin BN yang banyak dikaitkan dengan skandal dan rasuah..namun sehigga kini, beliau sering 'terlepas'...baca di SINI..)

Laporan itu mendakwa perjanjian yang dibuat pada Disember 2008 di mana Jabatan Ukur dan Pemetaan yang dikuasai oleh Taib Mahmud atas kapasiti sebagai menteri perancangan dan pengurusan sumber telah dengan rasminya menyerahkan tanah itu kepada Titanium Management Sdn Bhd.

Syarikat berkenaan hampir sepenuhnya dimiliki Mahmud (anak lelaki Taib) dan seorang kroni yang dikenali sebagai Chris Chung Soon Nam.

Tanah adat NCR itu dianugerahkan kepada Mahmud sebagai balasan untuk 'bayaran tertentu yang tidak dijelaskan' kata laporan itu sambil menambah urusniaga seumpama itu adalah cara lazim oleh kerajaan Sarawak yang mempunyai kepentingan keluarga Taib.

Titanium terkenal dengan beberapa 'skandal berprofil tinggi' termasuk menerima beberapa kontrak kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu.

"Chung dilaporkan cuba menjual tanah adat Iban itu kepada Felcra 'untuk sekurang-kurangnya RM 3,200 seekar tetapi cuba mendapatkan harga RM 4,200 bagi setiap ekar," kata laporan sesawang itu.

Sebelum ini, semasa wawancara Al-Jazeera dengan Menteri Pembangunan Tanah, Sarawak, Datuk James Masing mengakui pembinaan beberapa jambatan diserahkan kepada Titanium tanpa tender terbuka. - MK

Artikel berkaitan (Wajib baca!):
- PENDEDAHAN EKSLUSIF HARTA KELUARGA TAIB MAHMUD-TERJEMAHAN WRLR
- Empayar hartanah keluarga Taib di Kanada?
- Bekas Pembantu Taib Mahmud Ditemui Mati Dalam Bilik


HANGIT: Najib kecewa ada orang tuduh gagasan 1Malaysia hasil ciplak?...ini apa?

Posted: 21 Dec 2010 01:06 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Sila lihat gambar-gambar di bawah...







Apakah ini semata-mata kebetulan?..bagaimana dengan slogan negara Indonesia "1Indonesia, Masyarakat Dahulukan, Pencapaian Utamakan"??...siapa yang tiru siapa?...siapa yg dahulu, siapa yg kemudian?..

Apa yang pasti, persamaan bagi kedua2 slogan ini adalah datangnya dari sekutu Isreal, APCO Worldwide..bukti APCO turut berperanan menjadi 'penasihat politik' di Indonesia ada dilampirkan di bawah...

Ini bermakna kebarangkalin ianya hanyalah 'kebetulan' amat rendah dlm kes ini..ini kerana bukan sahaja sama dari sudut logo dan slogan, tetapi sama juga 'mengimport' penasihat dari Israel..fikir2kan...wallahua'lam..

p/s: Berikut adalah link2 yg berkaitan:
- [TERBARU Disember 2010]"PANAS: Dokumen perjanjian APCO & BN didedahkan kepada rakyat..
- BONGKAR: Surat perjanjian Malaysia dengan APCO Worldwide dan dokumen sulit penglibatan perisik Israel dalam PDRM!
- BONGKAR: Menteri dedah kontrak APCO bernilai RM77 juta setahun!
- Bukti bergambar APCO berpusat di Tel Aviv, Israel (LovePerak)


Indonesia juga guna khidmat APCO

KUALA LUMPUR: APCO Wordwide bukan sahaja memberikan nasihat perhubungan awamnya kepada kerajaan Malaysia bahkan juga kerajaan Indonesia selepas Israel.

Ini dinyatakan dalam laman web APCO sendiri. Yang menariknya, konsep yang hampir sama digunakan antara Malaysia, Indonesia dan juga Israel.

Yang bezanya di Israel diguna One Israel manakala di Malaysia dan Indonesaia digunakan 1Malaysia dan 1Indonesia.





APCO telah dibuktikan di Dewan Rakyat sebagai syarikat yang berpengkalan di Amerika dan mempunyai hubungan rapat dengan Zionis Israel yang membunuh berpuluh ribu umat Islam Palestin.

Konsep 1Malaysia dikatakan hasil nasihat dari APCO kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan konsep itu serupa dengan konsep one Israel yang digunakan di Israel oleh Ehud Barak (Perdana Menteri Israel) pada tahun 1999.

Namun begitu APCO di dalam laman webnya menafikan bahawa syarikat itu terlibat dengan konsep 1Malaysia. Kenyataan ini dibacakan oleh anggota Parlimen Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno di Dewan Rakyat, Khairy Jamaludin.

Tetapi adakah rakyat Malaysia boleh mempercayai kenyataan dari syarikat Yahudi ini?




(Sila sebarkan poster-poster ini...rakyat berhak tahu!...)

Menurut satu laman web, Milosuam.blogspot.com, apa yang lebih menghairankan di sini ialah bagaimana Indonesia yang juga menggunakan khidmat dari APCO ini menggunakan konsep yang sama seperti One Israel dan 1Malaysia?

Malah lambang dan slogan konsep 1Indonesia juga dilihat terlalu mirip dengan 1 Malaysia yang digunakan di Malaysia.

Jika di Malaysia slogan 1Malaysia ialah "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" slogan 1Indonesia pula dilihat begitu mirip sekali iaitu "Masyarakat dahulukan, Pencapaian utamakan". Adakah sekadar kebetulan?

Sekiranya ia satu kebetulan, ia menjadi satu kebetulan yang ajaib!

Sila lihat gambar dibawah ini konsep 1Malaysia dan 1Indonesia begitu serupa

Ini pula bukti bahawa kerajaan Indonesia juga menggunakan penasihat Yahudi APCO

Dokumen bukti bahawa kerajaan Indonesia menggunakan khidmat yahudi APCO boleh dimuat turun di link ini www.apcoworldwide.com/Content/pdfs/Indonesia_Brochure.pdf (gambar)



Persoalan yang timbul dari persamaan ini, menurut blog Milosuam adalah:

1. Adakah Kerajaan Indonesia atau kerajaan Malaysia yang meniru antara satu sama lain?
2. Adakah perkara ini sekadar satu kebetulan yang ajaib?
3. Sekiranya Indonesia meniru Malaysia, tidakkah pemimpin Indonesia akan malu apabila rakyat mengetahui bahawa idea 1Indonesia diciplak dari negara jiran? Begitu juga jika perkara sebaliknya yang berlaku.
4. Adakah idea 1 (one) ini terlalu agung sehingga Malaysia dan Indonesia memakai konsep yang sama?
5. Perlukah konsep 1 Malaysia ini ditiru bulat-bulat oleh Indonesia sehinggakan lambang 1Indonesia dan juga slogan yang digunakan begitu serupa?

KANTOI: Cubaan Umno Selangor fitnah dan salahkan kerajaan negeri roboh surau GAGAL!

Posted: 21 Dec 2010 12:12 AM PST



Tapak Surau di Rawang telah diserahkan kepada pemaju swasta sejak lapan tahun lalu 

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan memastikan penduduk di Kampung Melayu, Rawang, mempunyai kemudahan surau walaupun notis perobohan dan pemindahan telah dikeluarkan oleh syarikat pemaju bagi menjalankan projek pembangunan yang telah diluluskan lapan tahun lalu.

Kerajaan Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini agar penduduk di kampung itu dapat terus menjalankan ibadat seperti biasa.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, Kerajaan Selangor tidak terlibat langsung dengan pelan pembangunan tapak sepertimana yang dituduh oleh mereka yang terlibat dalam demonstrasi semalam yang diketuai oleh beberapa pemimpin Umno termasuk Dato zainal Abidin Sakom.





Beliau menjelaskan bahawa tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki oeh SAP Holdings Sdn Bhd yang akan menjalankan projek tersebut bersama satu lagi syarikat swasta Mahumas Sdn Bhd.

"Zainal Abidin Sakom sepatutnya membuat penyelidikan sebelum membuat tuduhan liar tersebut. SAP Holdings bukan lagi anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor. Pada 2002, kerajaan negeri Umno-Barisan Nasional telah membenarkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melepaskan saham kepada pihak swasta.

"Beliau terlarang dari segi moral dan perundangan untuk menuduh kerajaan negeri sekarang kerana beliau adalah sebahagian dari kerajaan yang bukan sahaja melepaskan saham dalam SAP Holdings tetapi juga telah meluluskan projek tersebut," kata Faekah lagi.

Beliau berkata Kerajaan terdahulu telah meluluskan permohonan SAP Holdings dan Mahumas untuk menjalankan projek tersebut atas tanah tersebut termasuk lot yang telah diwartakan untuk pembinaan surau.

Lembaga Pengarah SAP Holdings Berhad sekarang ialah Datuk Abu Bakar Mohd Amin, Norihan Mohd Bakri, Tan Kok Yee, Chong Fook Sin, chew Siew Ying dan Chew Ting Teck.

"Fakta jelas mendedahkan siapa yang sebenarnya telah mengorban orang Melayu dan Islam di Rawang. Saya rasa mungkin lebih sesuai penduduk berhimpun di pejabat Umno dan MCA untuk membuat aduan mereka," kata beliau.

Berhubung status gerai-gerai tanpa lesen yang beroperasi di sekitar surau berkenaan, Faekah berkata laporan awal yang diterima dari Pejabat Daerah Gombak mendedahkan gerai-gerai itu dibina secara haram tetapi sewa dikutip oleh bekas bekas ahli jawatankuasa surau, Bing Selamat Amir, untuk mengisi tabung surau itu.

Bagaimanapun, ahli jawatankuasa baharu surau berkenaan mendakwa kutipan itu tidak pernah disalurkan ke tabung surau.

"Saya menyeru polis dan SPRM membuat siasatan lanjut berkenaan hal ini dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memberi kerjasama penuh," katanya.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Sementara harakahdaily melaporkan...

Tidak berbangkit roboh Surau Al-Hidayah



RAWANG, 21 Dis: Pihak Masjid Nurul Iman di sini mendapati isu perobohan Surau Al-Hidayah di pekan ini yang bernaung di bawah pentadbiran masjid tiada langsung dibangkitkan di dalam notis.

Nazirnya, Ilham Akhbar Harun berkata pihaknya telah meneliti notis bagi mengosongkan tapak perniagaan/aktiviti di Pusat Bandar Rawang Selangor Darul Ehsan oleh Tetuan Mahumas Sdn Bhd yang bertarikh 19 Oktober 2010 rujukan MSB/BLOCK N/NOTIS/010-10/016/yz dan juga keseluruhan siaran media elektronik dan akhbar tempatan yang di sebarkan sebelum ini.

Justeru, katanya pihak masjid berpendapat sebarang usaha untuk mempertahankan maruah dan juga kepentingan umat Islam di Rawang seperti isu perobohan surau itu haruslah dirujuk kepada pentadbir masjid yang telah diberi mandat dan amanah oleh Sultan Selangor.

"Sebarang tindakan yang meminggirkan peranan masjid dan mempunyai agenda-agenda yang tersembunyi haruslah diabaikan," ujarnya dalam satu kenyataan.



Berikut kenyataan penuh beliau.

Kami, pentadbir Masjid Nurul Iman Rawang (MNIR) telah meneliti notis bagi mengosongkan tapak perniagaan/aktiviti di Pusat Bandar Rawang Selangor Darul Ehsan oleh Tetuan Mahumas Sdn Bhd yang bertarikh 19 Oktober 2010 rujukan MSB/BLOCK N/NOTIS/010-10/016/yz dan juga keseluruhan siaran media elektronik dan akhbar tempatan yang di sebarkan sebelum ini.

Adalah didapati isu perobohan Surau Al-Hidayah Pekan Rawang yang bernaung di bawah pentadbiran MNIR tiada langsung dibangkitkan di dalam notis tersebut. Pihak Mahumas tidak secara terperinci/spesifik berkenaan isu perobohan surau. Pengosongan tapak perniagaan/aktiviti di kawasan ini dilakukan kerana pihak Mahumas mendakwa keseluruhan 8 lot tanah yang telah dibangkitkan oleh setenggah pihak adalah miliknya. Pendirian MNIR dalam isu ini, bahawa surau tersebut haruslah dikekalkan seperti sedia ada. Sehubungan dengan itu isu perobohan surau tiada kaitan ataupun terbatal.

Pihak kami telah membuat carian dokumen di Pejabat Tanah & Daerah Gombak dan adalah didapati tanah tersebut yang berkeluasan (1 rood, 11 poles) telah direzabkan pada 12 Mac 1920 sebagai tanah rezab tapak masjid yang bernombor 13075 dan nombor geran 1100-20 yang bersamaan dengan 13,885 kp. Kami beranggapan tanah rezab tersebut haruslah dikekalkan kepada pihak Masjid (JAIS/MAIS) kerana:

- Pengekalan rezab berkenaan sebagai simbol dan warisan kecemerlangan indentiti umat Islam di Bandar Rawang sejak 100 tahun yang lalu.

- Tapak ini juga merupakan kawasan yang strategik untuk perkembangan Islam setempat.

- Pengekalan rezab ini juga dapat memilihara kesejahteraan 7 tapak kubur penduduk awal Rawang di kawasan tapak masjid ini.

- Dengan kepesatan pembangunan di Rawang dan sekitarnya adalah dijangkakan kepadatan penduduk Islam di Rawang akan bertambah.

Atas fakta-fakta tersebut SAP Holdings Berhad haruslah membatalkan hasrat untuk membangunkan pembangunan di atas tapak rezab masjid tersebut.

Kanun Tanah Negara Borang 5CK, Geran Pajakan dan Hakmilik telah dikeluarkan pada 29 Jun 2009 oleh Pendaftaran Hakmilik Negeri Selangor kepada SAP Holdings Berhad. Adalah didapati tarikh mula-mula pemberimilikan sebenar oleh Pendaftar Hakmilik Negeri Selangor kepada SAP Holdings telah dikeluarkan seawal 2 April 2001 sebagai kelulusan hakmilik. Ini bermakna tarikh 29 Jun 2009 hanyalah sebagai pecahan lot-lot tanah. Dalam hal ini jelas menunjukan proses pemilikan berlaku sejak awal tahun 2001.

Pada 20 Disember 2010, Pentadbir Masjid bersama Penghulu Mukim Rawang 1, Wakil Pejabat Adun Rawang dan Ahli Majlis MPS Zon 19 telah mengadakan perjumpaan dengan wakil SAP Holdings Bhd (Mahumas Sdn Bhd) bagi tujuan menyelesaikan isu berbangkit. Hasil dari perjumpaan tersebut dirumuskan bahawa:

- Tidak akan berlaku perobohan surau seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak.

- Tanah rezab masjid yang berukuran (1r, 11p) haruslah dikekalkan sebagai rezab masjid.

- Pihak Mahumas akan melakukan ukuran tepat keluasan tapak tanah tersebut melalui jurukur berdaftar.

- Pihak Mahumas bersetuju mengembalikan keseluruhan lot-lot tanah tersebut setelah ukuran sebenar diperolehi.

Kami berpendapat sebarang usaha untuk mempertahankan maruah dan juga kepentingan umat Islam di Rawang seperti isu perobohan surau ini haruslah dirujuk kepada pentadbir masjid yang telah diberi mandat dan amanah oleh DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan. Sebarang tindakan yang meminggirkan peranan masjid dan mempunyai agenda-agenda yang tersembunyi haruslah diabaikan.

Versi Malasyiakini....

'S'gor tak terlibat pelan pembangunan tapak surau' - Pihak Masjid Nurul Iman

Kerajaan Selangor tidak terlibat langsung dengan pelan pembangunan tapak sebuah surau di Rawang yang dibantah sekumpulan penduduknya semalam, dakwa setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin.

Beliau menjelaskan bahawa tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki dua syarikat pemaju yang menjalankan projek tersebut secara usahasama.

Sebuah daripada syarikat itu didakwa tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Faekah (kiri) berkata, pihak yang terlibat dalam perhimpunan itu, termasuk pemimpin Umno sepatutnya, membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang "tuduhan liar".

Beliau juga mendakwa kerajaan terdahulu pimpinan BN sebenarnya yang telah meluluskan kedua-dua syarikat terbabit menjalankan projek tersebut atas tanah berkenaan, termasuk lot yang telah diwartakan untuk pembinaan surau.

"Fakta jelas mendedahkan siapa yang sebenarnya telah mengorban orang Melayu dan Islam di Rawang.

"Saya rasa mungkin lebih sesuai penduduk berhimpun di pejabat Umno dan MCA untuk membuat aduan mereka," kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Jemput SPRM

Semalam, Badan Bertindak Surau Al-Hidayah (BBSAH) Kampung Melayu Rawang dilaporkan berhimpun dalam demonstrasi secara aman bagi membantah pengambilan tapak surau itu.

Penasihat BBSAH Datuk Ir Md Nasir Ibrahim dilaporkan berkata ketidakcekapan kerajaan negeri sekarang menyebabkan satu-satunya tanah orang Melayu di pekan Rawang yang luasnya tidak seberapa, jatuh ke tangan swasta.

Beberapa pemimpin BN, antaranya Pengerusi Biro Agama Umno Selangor Datuk Zainal Abidin Sakom juga kelihatan turut serta dalam perhimpunan itu.

Berhubung status gerai-gerai tanpa lesen yang beroperasi di sekitar surau berkenaan, Faekah berkata laporan awal yang diterima dari Pejabat Daerah Gombak mendedahkan ia dibina secara haram tetapi sewa dikutip oleh seorang bekas ahli jawatankuasa surau untuk mengisi tabung surau itu.

Bagaimanapun, katanya, ahli jawatankuasa baru surau berkenaan mendakwa kutipan itu tidak pernah disalurkan ke tabung surau.

"Saya menyeru polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) membuat siasatan lanjut berkenaan hal ini dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memberi kerjasama penuh," katanya.

Faekah juga berkata kerajaan Selangor akan memastikan penduduk di Kampung Melayu, Rawang, mempunyai kemudahan surau walaupun notis perobohan dan pemindahan telah dikeluarkan oleh syarikat pemaju bagi menjalankan projek pembangunan yang telah diluluskan lapan tahun lalu.

Kerajaan Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut agar penduduk di kampung itu dapat terus menjalankan ibadat seperti biasa.

PANAS: RPK Dedah Salinan Laporan Mata Lebam Yang Disorok AG

Posted: 21 Dec 2010 12:04 AM PST



Portal www.malaysia-today.net hari ini mendedahkan salinan laporan pemeriksaan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa telah disorok dan tidak disertakan di dalam laporan Suruhanjaya Di Raja, 12 tahun lalu.

Di dalam laporan itu, Gani mempertikai dan mempersoalkan pendapat dan penemuan hasil pemeriksaan yang dibuat doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Abdul Rahman Yusof.

Pengendali laman tersebut yang juga blogger terkenal, Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai RPK di dalam kolumnya berkata walaupun bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan ditendang keluar daripada jawatannya itu tetapi Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail yang turut terlibat dalam memalsukan laporan tersebut, masih lagi berada di dalam pejabatnya.


(Kes mata lebam Anwar 'hot' suatu ketika dahulu yang pernah dituduh Mahathir kononnya Anwar menumbuk matanya sendiri..)

"Beliau terlepas dari semua salah laku yang dilakukannya yang mana ketika ini isu tersebut menarik perhatian umum.

"Lihat bukti di mana Peguam Negara mengarahkan doktor untuk mereka-reka laporan perubatan untuk mengatakan bahawa kecederaan Anwar pada tahun 1998 adalah disebabkan beliau terjatuh atau pun menumbuk dirinya sendiri.

Laporan itu ujar RPK kemudiannya disembunyikan dan tidak ditunjukkan kepada Suruhanjaya Di Raja.

"Adakah ini jenis Peguam Negara yang kita mahukan," soal beliau.

Sebelum ini, bekas pegawai polis kanan Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya yang kedua mendakwa laporan Suruhanjaya Di Raja yang dipersembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong telah dimanipulasi.

Beliau turut menegaskan Gani turut terlibat dalam menyorokkan dan memalsukan dokumen perubatan tersebut.

Sehingga kini, beliau belum lagi dipanggil oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi memberikan penjelasan berhubung pendedahan yang dibuat itu.

Isnin lalu, Putrajaya telah memutuskan untuk menutup isu insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim 1998 "sama sekali" dengan mengetepikan dakwaan terbaru kononnya wujud unsur pemalsuan bukti oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam jawapan itu, kerajaan mengambil pendirian mengetepikan dakwaan yang dibuat oleh bekas pegawai siasatan Mat Zain bahawa Abdul Gani telah memalsukan dokumen dalam kes itu — dakwaan yang dibuat menerusi dua surat terbuka.

Sebaliknya, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, tidak perlu bagi Mat Zain membuat aduan bahawa panel bebas yang dibentuk untuk menyiasat dakwaan pemalsuan bukti telah gagal untuk membersihkan nama beliau dalam insiden itu.

Ini menurut Nazri, Mat Zain tidak pernah tertakluk kepada siasatan panel dan hanya dipanggil sebagai seorang saksi untuk memberikan keterangan. - TVS

Tiada ulasan: