Jumaat, 31 Disember 2010

Pulakdah!

Pulakdah!


Safee Sali Dirisik PSPS

Posted: 31 Dec 2010 08:52 AM PST


PEKANBARU - Pihak pengurusan PSPS Pekanbaru saat ini sedang merisik penyerang Malaysia Safee Sali untuk diajak bergabung memperkuatkan Askar Bertuah, julukan PSPS.

jurulatih PSPS Abdurahman Gurning menyatakan bahawa Safee yang menjadi penjaring terbayak dalam piala AFF dengan mengumpul lima gol optimis akan dipinang untuk memperkuat barisan hadapan yang saat ini mengalami krisis.

" Kita lihat permainan Safee sangat bagus dan ini sesuai dengan strategi PSPS yang bermain agresif dan laju," kata Gurning seperti dilaporkan dalam okezone, Jumaat (31/12/2010).

Pemain asal kelahiran Selangor 29 Januari 1984 itu sendiri juga menyatakan ingin keluar dari liga Malaysia dan akan memilih bermain di negara lain termasuk akan bemain di Liga Indonesia. Tawaran itu pastinya bersambut.

Menurut Gurning lagi, bahawa hingga saat ini pihak pengurusan PSPS terus berhubung dengan agen Safee. Bahkan lobi-melobi untuk menarik penyerang tersebut sudah dilakukan sejak pusingan akhir pertama antara Indonesia dan Malaysia. Jadi sekarang hanya tinggal menunggu keputusannya.

" Sekarang kita hanya memiliki dua penyerang iaitu Isnaini dan Herman. Sedangkan kita tidak punya penyerang simpanan. Namun apa jua keputusan saya serahkan terus kepada pihak pengurusan," menurut Pak Haji gelaran bagi Gurning.

Khairul Fahmi Sindir Markus Horison

Posted: 30 Dec 2010 06:57 PM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWEAKnuVxaLFVuHypFlJrpZM2l5jwupbx5Yuw_iFi9Vv_GpbzrrM6JzRjrAWwbeg6LzE5cnzsNIgYud7mkzYbsbo8FHFUC5Y32EfuR1Ssr-YtYBU7k9aA33NHJr0Qyk0fgdiEgcxwxg737/s1600/1.jpg

JAKARTA – Penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat mengaku terganggu juga dengan gangguan sinar laser, namun enggan meniru Markus Horison.

Markus sempat meminta pertandingan dihentikan kerana merasakan apa yang diterimanya pada pusingan akhir pertama di Stadium Bukit Jalil sangat mengganggu.

Menurut pengakuan Fahmi, penyokong Indonesia juga melakukan hal yang sama di Stadium Utama Gelora Bung Karno, namun dirinya tidak terganggu dengan gangguan psikologi tersebut.

"Memang cukup mengganggu penglihatan, tapi mental dan fokus saya tetap hanya ke pertandingan, apapun yang mereka (penyokong Indonesia) cuba lakukan," katanya.

"Saya tidak fikir sama sekali akan minta pertandingan dihentikan seperti yang dilakukan penjaga gol Indonesia, Markus Harison," demikian Fahmi Che Mat seperti dilaporkan Utusan Malaysia.



Tiada ulasan: