Ahad, 26 Disember 2010

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


MEMALUKAN...JIKA DAP BOLEH DI AJAK BERBINCANG NEGARA ISLAM - KENAPA UMNO DENGAN JELAS MENOLAK ISLAM....!!!

Posted: 26 Dec 2010 02:06 AM PST



tu dia benatang benatang UMNO yang menolak islam.....!!!

APABILA Karpal Singh menyebut di dalam Konvensyen PR baru-baru ini bahawa DAP bersedia bertemu dan berbincang dengan PAS berkaitan isu Negara Islam, maka ianya merupakan satu kejayaan besar buat PAS. Mengikut lojik akal, mana mungkin tokoh DAP yang terkenal lantang dan dituduh kununnya anti Negara Islam oleh Umno itu sanggup untuk berbincang tentang isu Negara Islam? Sepatutnya Umno yang tampil mohon berbincang atau bermuzakarah dengan PAS berkaitan itu tersebut kerana Umno dikatakan parti orang-orang Melayu yang mengaku Islam.

Tetapi, Umno hanya mahu berbincang atau bekerjasama dengan PAS darihal perpaduan Melayu sahaja. Umno teramat takut untuk berbincang atau bermuzakarah jauh sekali untuk berdebat dengan PAS berkaitan isu agama. Jelas di sini, DAP lebih berminat untuk mengetahui tentang Negara Islam yang ingin diwujudkan oleh PAS itu. Soal DAP mahu terima atau tidak kemudiannya itu soal lain, sekurang-kurangnya DAP sanggup mendengar dari PAS tentang Negara Islam walaupun Lim Kit Siang, Lim Guan Eng atau Karpal Singh bukan berugama Islam. Pernahkah kita dengar Najib, Muhyiddin mahu pun Jamil Khir Baharom ingin berbincang atau bermuzakarah dengan PAS tentang Negara Islam?

Sekiranya pemimpin DAP itu akhirnya menolak Negara Islam, itu tidak menjadi hairan kerana mereka bukan dari yang beriman dengan hukum yang diturunkan oleh Al-Quran. Yang menjadi hairannya mengapa pemimpin Umno yang mengaku Islam dan beriman dengan Al-Quran itu tidak mempunyai keberanian seperti Karpal Singh? Tidak malukah Umno dengan DAP?


wfauzdin

BN usah jadi gengster, PR mampu laksana Program 100 Hari

Posted: 25 Dec 2010 05:26 PM PST




Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat pada konvensyen mereka Ahad lepas hanya akan dilaksanakan setelah pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara.

"Kita akan laksanakan bila pakatan dapat memerintah negara... tunggulah dulu... jangan nak jadi gengster," kata Nik Aziz kepada pemberita selepas majlis perkahwinan perdana anjuran kerajaan negeri melibatkan 101 pasangan baru di Pusat Tarbiyah PAS Kelantan di sini hari ini.

Dipetik Bernama, beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin semalam yang mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melaksanakan kenaikan gaji bagi pegawai-pegawai awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang dahulu sekiranya pembangkang benar-benar prihatin dengan nasib penjawat awam.

Malah, Timbalan Perdana Menteri juga menolak dakwaan Anwar bahawa beliau memperlekehkan peranan guru apabila mempertikaikan tawaran pembangkang untuk memperkenalkan imbuhan khas RM500 seorang setiap bulan.

Kelmarin Anwar menegaskan negara tidak akan muflis hanya dengan Pakatan membayar RM500 kepada setiap guru.

Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta kerajaan Barisan Nasional (BN) menunggu sehingga pakatan pembangkang menerajui negara untuk melaksanakan resolusi itu.

Resolusi itu mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Nik Aziz berkata apa yang penting dalam mentadbir negara ialah memerintah untuk rakyat dan menjamin kesejahteraan mereka.

Beliau juga berkata PAS akan melaksanakan pentadbiran Islam mengikut acuannya seperti yang ditetapkan dalam Islam.

Mengenai perkahwinan, beliau menasihatkan pihak keluarga wanita mengenakan hantaran atau mas kahwin yang rendah serta berpatutan kepada pihak lelaki dan bukan membebankan mereka.

"Saya kahwin dulu hantaran RM100 sahaja untuk isteri saya. Malahan siapa nak kahwin anak saya, saya minta RM1,000 saja," katanya.

Beliau berkata perkahwinan penting bagi mengelakkan gejala sosial buang anak dan zina dalam masyarakat.



penyapu sial


memang betul Tok Guru, umno umno ini memang Samseng.. ...dulu, kini dan selama nya samseng.

Tok Guru, insyaAllah majoriti rakyat Malaysia sokong Tok Guru.

Cabar anwar.....ternyata Muhyiddin yang nampak bodoh ....

Posted: 25 Dec 2010 04:56 PM PST

Tawaran 100 hari Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga yang dilancar dan diperhalusi dalam Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke 2 di Kepala Batas minggu lepas terus mendapat perhatian dan komen dari pemimpin UMNO dan BN. Untuk sekian kalinya Muhyiddin Yassin membuat ulasan mengenai isu berkenaan dengan mencabar Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim supaya menaikkan gaji sebanyak RM500 kepada kakitangan awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Muhyiddin beralasan langkah itu wajar demi membuktikan keikhlasan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat membela nasib kakitangan awam serta pegawai-pegawainya.

Dia mempersoalkan adakah Anwar sanggup berbuat demikian, dan kita  lihat sebagai soalan orang terdesak dan hilang hujah dan fakta. Muhyiddin kelihatan sangat goyah dengan isu ini sehingga mengeluarkan kenyataan untuk memperlekehkan satu tawaran Pakatan Rakyat yang difikirkan oleh muhyiddin tidak masuk akal sedangkan semua kakitangan kerajaan sedang menunggu untuk memberi undi kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13.

Kepada semua guru dan kakitangan kerajaan sekiranya anda memberi undi kepada Pakatan Rakyat nescaya PR  akan menunaikan sebagaimana yang dijanjikan dan sekiranya PR engkar wajar di  kembalikan kuasa itu kepada BN palam PRU ke 14. Tetapi yang pasti BN tidak menjanjikan sesutu untuk membela nasib kakitangan kerajaan dan itulah satu keterbukaan kami untuk membela nasib anda.

Muhyiddin nampaknya mempertahankan dirinya sendiri dengan dakwaan Anwar yang kesal dengan kenyataannya sebelum ini apabila menyebut bahawa tindakan Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 seorang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis.

Sebenarnya yang menyebabkan kerajaan muflis adalah kesan dari amalam berbelanja boros, rasuah, penyalagunaan kuasa, kronisme, nepotisme dan pelbagai penyelewengan lain selama UMNO dan BN masih berkuasa di Malaysia.

alasan dangkal Muhyiddin dengan janji Pakatan Rakyat memberi imbuhan kepada kakitangan kerajaan sebanyak RM 500 negara menjadi muflis adalah tidak masuk akal.

Selain itu cabaran untuk dilaksanakan di negeri yang di perintah oleh pakatan laksanakan dahulu adalah diluar tajuk perbincangan sebenar kerana janji Pakatan dalam Buku Jingga adalah selepas Pakatan Rakyata mengusai Putera Jaya.

Kekayaan negara terselah dengan banyak pendedahan termasuk apa yang dipersolkan mengenai Hasil minyak yang berjaya dikutip oleh Kerajaan semenjak zaman Tun Hussein Onn adalah dianggarkan RM456 billion. Soalnya sekarang, kemanakah wang tersebut telah dibelanjakan?

Jumlah hasil negara adalah termasuk apa yang dipanggil Kumpulan Wang Disatukan dari pelbagai sumber termasuklah hasil judi . Jumlah sangat besar dan lebih dari mampu untuk membela nasib pekerja sektor awam yang dipertikaikan Muhyiddin.

Kita  yakin dengan pengalaman Anwar yang pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan menteri kewangan, bahawa tawaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat adalah yang termasuk dalam kemampuan kewangan negara.

Nampaknya Muhyiddin nampak makin bodoh dengan kenyataan terbarunya untuk menegakkan benang basahnya berulang kali.

Semuga kenyataan Muhyiddin berulang kali dalam soal yang sama menyakinkan lagi bahawa BN tidak perihatin kepada para guru dan kakitangan awam yang banyak berjasa kearah memacu pembangunan dan kestabilan negara kita selama ini.

babi sial punya UMNO....sibuk pasal larangan pamer logo 1 malaysia di Selangor....tapi buat buat pekak babi larangan gambar MB kedah di pamerkan di sekolah sekolah di kedah....!!!!!

Posted: 25 Dec 2010 04:48 PM PST

Tindakan pengharaman gambar Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak daripada dipamerkan di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran tidak pernah dibangkitkan Kerajaan Negeri.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kedah, berkata, tiada perubahan berlaku selama hampir tiga tahun Pakatan Rakyat diterajui Pas mentadbir Kedah.

Perkara itu tidak dibangkitkan atau dipersoalkan Kerajaan Negeri meskipun jelas menunjukkan tindakan itu bermula daripada Kerajaan Pusat.

Kita  berasa kesal kerana hampir tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini, gambar Menteri Besar tidak dibenarkan dipaparkan di sekolah-sekolah terbabit...


Kerajaan Pusat hanya bersuara apabila Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia.

Menteri Besar adalah ketua kerajaan dan tidak menjadi satu kesalahan sekiranya dipaparkan di sekolah-sekolah kerana ia tidak bermaksud Kerajaan Negeri ingin berpolitik di sekolah.

Jika gambar Menteri Besar dihalang daripada dipamerkan di sekolah, kesannya pelajar sekolah tidak akan mengenali siapa Menteri Besar mereka...agaknya MB besar UMNO boleh kot....walaupun dah tak jadi MB....

Pengharaman itu dibuat sejak PR diterajui Pas mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri ini.

Memang sekolah bawah Kementerian Pelajaran, tidak dibenarkan mempamerkan gambar Menteri Besar Kedah.

Bagaimanapun, kita tidak pasti ia arahan daripada siapa,....yang pasti ini memang kerja UMNO -APCO haramjadah....

kumpul harta banyak mana...tak leh bawak liang kuboq....tapi bawak bencana pepecahan kekeluargaan berebutkan harta peninggalan yang tak berkesudahan....

Posted: 25 Dec 2010 04:40 PM PST



Di saat begini, harta sebanyak manapun tidak ada  apa-apa maknanya lagi.

Kalau seseorang ketua negara itu yang kerjanya adalah memerintah serta menguruskan negara dan dalam masa yang sama mengumpul harta yang teramat banyak, sudah tentu sumber dari mana datangnya harta itu menjadi satu persoalan.

Perasuah hanya akan digelar perasuah secara formal apabila ia didapati bersalah selepas diadili. Mungkin masih ada ramai lagi pemimpin yang rasuah yang mengaut keuntungan negara untuk diri sendiri di serata dunia, tapi jika tiada bukti maka selamatlah dirinya dari digelar perasuah di atas dunia ini.


Dalam sejarah, terdapat beberapa peminpin yang direkodkan jumlah aktiviti rasuahnya. Suharto menjadi orang yang teratas dalam senarai jumlah harta yang dikumpulkannya. Lihat senarai pemimpin di bawah diikuti dengan jumlah harta dikumpul:

1. Suharto, Indonesia - USD15 hingga USD35 billion
2. Ferdinand Marcos, Filipina - USD5 hingga USD10 billion
3. Mobutu Sese Seko, Congo - USD5 billion
4. Sani Abacha, Nigeria - USD2 hingga USD5 billion
5. Slobodan Milosevic, Yugoslavia - USD1 billion
6. JC Duvalier, Haiti - USD300 hingga USD800 juta
7. Alberto Fujimori, Peru - USD600 juta
8. Pavlo Razarenko, Ukraine - USD114 hingga USD200 juta
9. Arnoldo Aleman, Nicaragua - USD100 juta
10. Joseph Estrada, Filipina - USD78 hingga 80 juta

Rakyat negara Filipina adalah yang paling malang sekali apabila dalam top 10 pemimpin korup, pemimpin negaranya isi dua nama.

Suharto sudah tinggal kenangan, banyak harta yang dikumpulnya tetapi pasti satu senpun tidak dibawa bersamanya ke dalam kubur.

pemimpin kita...?????.....muakakakakakka.....depa pun ada hati nak berlumba lumba kejar ranking di atas....ntah ntah dalam ranking ke 11 yang tak tersenarai di atas....komisen kapal selam buruk...menara warisan 100 tingkat ,projek banggunan dan stadium runtuh serta projek nuklear untuk jadikan  cernobil malaysia....boleh jadi pemimpin kita di kedudukan yang teratas ....muakakakakakaka...!!!!!

Tiada ulasan: