Khamis, 23 Disember 2010

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Jauhi lah parti penghianat melayu....UMNO....perosak agama,bangsa dan negara....anda mampu mengubahnya....!!!!

Posted: 23 Dec 2010 09:12 AM PST

Rakyat hendaklah menjauhi Umno kerana parti itu sering dibuktikan menggadai kepentingan bangsa sendiri semata-mata mahu menjaga kepentingan diri dan cita-cita politiknya...

Bukan sahaja bangsa sendiri yang digadaikan, agama Islam pun sanggup digadaikan oleh Umno apabila ia mencantas bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR).

Bukan setakat mencantas bantuan sahaja, para pemimpin Umno termasuk (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) malah melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah tidak berasas kepada SAR apabila mereka memberi gambaran seolah-olah SAR menjadi tempat melahirkan pengganas....

Antara pengkhianatan terbesar Umno terhadap orang-orang Melayu sepanjang lebih 50 tahun memerintah negara ini ialah apabila tanah-tanah rizab Melayu semakin pupus.

Akibat perbuatan Umno menggadai bangsa sendiri, kini hanya tinggal sekitar 1.7 juta hektar sahaja tanah rizab Melayu, sedangkan waktu negara menyambut kemerdekaan dulu, terdapat kira-kira tiga juta hektar tanah-tanah tersebut

Umno, seolah-olah mahu mengulangi tragedi yang berlaku ke atas rakyat Palestin apabila tanah mereka tergadai kepada Yahudi Zionis.

Bukan sahaja tanah, peluang pendidikan yang selama ini menjadi wadah utama mengubah taraf hidup orang-orang Melayu juga dimangsakan dalam kerakusan Umno menggadai bangsa sendiri.

Peruntukan untuk institusi-institusi pendidikan Melayu itu dikurangkan dengan begitu ketara dalam belanjawan 2010. Bagi IKM, peruntukan untuk 2010 RM143 juta berbanding RM403 juta bagi tahun 2009. Giat MARA hanya mendapat RM16 juta bagi tahun 2010 berbanding RM28 juta bagi 2009.

Bagi MRSM dan Koleh Sains MARA, peruntukan hanya tinggal RM115 juta untuk tahun 2010 berbanding RM254 juta pada tahun 2009...

Malah, katanya, peruntukan kepada MARA sendiri dikecilkan dengan begitu banyak.

Peruntukan kepada MARA dipotong-potong sehingga berjumlah RM 374,537 juta sahaja bagi tahun 2010 berbanding RM883,785 juta untuk 2009,...

Dari segi politik pula,, Umno juga menghalang pertambahan kerusi Melayu di Dewan Rakyat.

Dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003, kita tidak lihat pertambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu.

Tidak ada pertambahan kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah walaupun masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus.....

Jika disenaraikan semuanya, terlalu panjang senarai perbuatan Umno menggadaikan kepentingan bangsa Melayu

Hanya UMNO BN Boleh Perintah sampai kiamat Sudah Berakhir

Posted: 23 Dec 2010 09:02 AM PST

Zaman yang mengatakan hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) sahaja mampu untuk memerintah negara sudah berakhir dan tidak sesuai lagi digunakan dalam waktu kebelakangan ini.

Umno BN bukan saja sebagai sebuah parti politik yang menyesatkan umat manusia, tetapi juga membawa banyak kerosakan dalam negara terutamanya dalam pembangunan masyarakat.

Kebanyakan kes yang melibatkan kerosakan seperti penglibatan rasuah oleh pemimpin komponen BN seperti Khir Toyo, Ling Liong Sik dan banyak lagi yang tidak dibawa ke muka pengadilan adalah antara contoh kerosakan yang dilahirkan.

Selain dari itu berlakunya penganiayaan terhadap rakyat apabila adanya bantahan dan protes bagi menegakkan keadilan.

Apabila rakyat membuat bantahan kenaikan harga barang dan memprotes maka mereka akan ditembak dengan gas pemedih mata. Rakyat akan dihumban ke dalam sel penjara. Dipukul tanpa perikemanusiaan dan pelbagai lagi bentuk penganiayaan.

Sekiranya ditimbulkan penglibatan mereka dengan agen Yahudi seperti Apco Worldwide, One Israel dan seumpamanya, maka mereka akan nyahkan dakwaan tersebut dengan menggantung wakil rakyat yang bersuara seperti apa yang berlaku kepada Anwar, Azmin, Karpal dan Sivarasa.

Ini adalah antara contoh terkini yang amat ditakuti oleh Umno BN apabila banyak pendedahan dibuat. Jika boleh mereka mahu rakyat diam dan angguk saja dengan apa yang korup dan penyelewengan yang mereka lakukan selama ini...

Apa yang lebih menggerunkan Umno BN apabila DAP baru-baru ini melalui pengerusinya, Karpal Singh telah memberi sokongan kepada PAS untuk membincangkan pembentukan negara Islam.

Karpal yang juga Pengerusi Kebangsaan DAP, sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas, Ahad lalu berkata, beliau mahu isu negara Islam segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

taib mahmud.....Pontianak Sarawak

Posted: 23 Dec 2010 08:45 AM PST

Terjawab sudah mengapa negeri-negeri yang kaya dengan petroleum mengalami kes kemiskinan yang terburuk di Malaysia. Negeri yang miskin papa kedana dan tiada hasil seperti Kelantan JAUHHHH lebih baik dari segi menjaga kebajikan rakyat miskin dan tertindas.

BERUBAHLAH, RAKYAT SARAWAK SEBELUM ANDA TERPAKSA MENGEMIS UNTUK SESUAP NASI.

Wikileaks...... bekas Menteri BN Rogol Amah...!!!!

Posted: 23 Dec 2010 08:34 AM PST



Tatkala penyokong Umno heboh menjaja cerita fitnah dan aib terhadap adun PAS kononnya berkhalwat dan berzina, (telah dinafikan oleh yg tertuduh, baca di SINI), hari ini seorang blogger tersohor Umno mendedahkan mengenai seorang menteri Umno/BN telah merogol seorang amah warga Indonesia 3 tahun yang lalu...

Pendedahan ini adalah rentetan daripada isu yang didedahkan oleh laman Wikileaks, satu laman yang pernah mengaitkan PM Najib dengan pembunuhan model Monggolia, Altantuya Syaaribuu..boleh rujuk pendedahan dahulu di SINI..(Najib bila nak jawab dan bersihkan diri?)




(Jika dahulu, Rocky's bru pernah mendedahkan skandal '1bilion' menteri BN, klik di SINI utk baca..kali ini beliau mendedahkan pula skandal rogol menteri BN..)

Apa yang ingin penulis highlightkan di sini ialah, cerita mengenai menteri rogol amah ini telah dahulunya diketahui oleh pemimpin tertinggi PAS tertentu semasa kejadian, namun atas sikap tidak mahu menghobohkan keaiban, disamping tiada bukti yg jelas, maka pemimpin PAS ini mengambil pendirian utk mendiamkan sahaja..

Ini diakui sendiri oleh blogger Syed Azizi Aziz atau juga dikenali sebagai Kikdefella, katanya:

"Berita itu saya terima sewaktu saya bersama seorang pemimpin tertinggi PAS dalam kenderaan rasminya di Kota Bharu pada tahun 2007. Pemimpin tertinggi itu menerima panggilan telefon dari seorang pimpinan Badan Bukan Kerajaan berkaitan pekerja Indonesia yang melaporkan secara terperinci insiden tersebut.

Sewaktu saya ke Indonesia, saya dipelawa wakil NGO tersebut untuk menemui dan menemuramah 'mangsa' itu. Segala-galanya bagaimanapun berakhir di situ. Saya tidak tahu mengapa pimpinan tertinggi PAS itu tidak mahu mendedahkan hal tersebut untuk kepentingan politik. Namun, syukur kepada Allah."

Ya, pemimpin tertinggi PAS ini memilih utk tidak menhebohkan berita aib ini atas dasar politik...berbeza dengan pemimpin dan blogger Umno pada hari ini, mereka menjaja berita aib dan fitnah walaupun berita tersebut belum terbukti benar dan nyata...fikir2kan..wallahua'lam..

Menteri rogol amah tetapi selamat

KUALA LUMPUR, 23 Dis: WikiLeaks bukan sahaja menyusahkan ahli politik yang masih aktif bahkan juga bakal menyusahkan mereka yang dikira telah bersara dari politik.

Pemimpin sebuah akhbar pro Umno, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan (gambar), menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetahui salah seorang menterinya telah merogol seorang amah warga Indonesianya.

Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan.

Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila perubahan kabinet dibuat.



(Jika dahulu kita digemparkan dengan kes rogol bekas ketua menteri Melaka, klik di SINI utk baca, kini siapakah pula menteri yang dikaitkan dgn kes rogol amah warga indonesia sebagaimana yg didedahkan Wikileaks?..yg pasti, berita ini bakal mengundang amukan dahsyat dari rakyat negara jiran..)

Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini.

Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai 2007, mangsa yang ditemuramah di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah membuat pengakuan itu.

Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah bekerja di rumah menteri berkenaan lapan tahun ketika peristiwa itu berlaku.

Menurut laporan dari sebuah NGO itu, suami amah itu tahu peristiwa ini namun tidak diketahui oleh anak-anaknya.

Namun oleh kerana malu dan takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya.


Pria Malaya

TERPAKSA GUNA ORANG LUAR UNTUK MENJADI BENTENG PERTAHANKAN 1 MALAYSIA

Posted: 23 Dec 2010 04:13 AM PST



APABILA pemimpin kerajaan tiada hujah untuk membalas serangan DS Anwar di Parlimen berhubung `1 Malaysia' dan `One Israel' serta APCO, maka terpaksa mendapatkan akuan bersumpah dari Robert M. Shrum sebagai benteng mereka. Siapa Robert M. Shrum? Beliau adalah seorang warga negara Amerika Syarikat yang merupakan pakar strategi dan perunding dalam banyak kempen politik di pelbagai peringkat termasuk sebagai penasihat kanan pada 1999 dalam kempen Perdana Menteri Israel Ehud Barak.

Sharum juga terlibat dalam kempen One Israel pada masa itu, menafikan penglibatan APCO seperti yang didedahkan oleh DS Anwar. Apakah orang yang pernah bekerja dengan Israel Yahudi ini boleh dijadikan rujukan untuk mempertahankan 1 Malaysia dan APCO? Bukan kita tidak tahu sesiapa sahaja yang berbaik dengan Israel, kesemua cakapnya tidak boleh digunapakai langsung apatah lagi mahu dijadikan saksi. Semenjak bila golongan ini bercakap benar?

Tetapi, orang ini lah yang digunakan oleh Nazri untuk mempertahankan bosnya Najib. Oleh kerana tidak larat untuk berdebat dan berhujah di Parlimen, maka DS Anwar digantung selama 6 bulan. Mereka tahu selagi DS Anwar berada di Parlimen semakin banyak pendedahan yang bakal dilakukan oleh Ketua Pembangkang ini. Kita ingin cabar Najib, jika beliau benar sila adakan debat terbuka di antara beliau dengan DS Anwar berkaitan isu ini. Najib boleh gunakan jurucakap Israel ini untuk membelanya nanti. Saya yakin Najib tidak akan berani menyahut cabaran ini kerana Najib tiada kekuatan diri. Mungkin Rosmah lebih berani dari beliau.

Rakyat kini tidak peduli lagi tentang 1 Malaysia, One Israel mahu pun APCO. Rakyat kini lebih pentingkan kehidupan mereka yang semakin susah di bawah Kerajaan Bn. Samada kakirangan kerajaan, swasta mahu pun pekerja sendiri semuanya merasa tertekan dengan kehidupan sekarang. Kenaikan harga barang sudah tidak dapat dikawal lagi di dalam masa yang sama pemimpin negara terus berangan untuk membina projek-projek mewah yang menguntungkan segelintir yang kaya.

PR telah mengemukakan pilihan kepada rakyat samada ingin terus menderita di bawah Bn atau mahu berubah kepada PR. Justeru itu, pemimpin Umno amat bimbang jika rakyat memilih PR di dalam PRU akan datang. Mereka mendakwa jika PR memerintah maka negara ini akan muflis. Sila sebutkan negeri mana yang kini diperintah oleh PR yang telah muflis? Setahu kita Pahang adalah negeri yang hampir muflis, dan Pahang bukan berada di bawah PR. Mereka yang mendakwa negara ini akan muflis jika PR memerintah adalah mereka yang gila kerana buat apa PR memerintah sebuah negara yang muflis?


Oleh: WFAUZDIN NS

Nak nafi amendenya 1 Malaysia bukan tiru 1Israel kalau dah kawan dengan APCO..!!!

Posted: 23 Dec 2010 03:58 AM PST





Nampaknya, kerajaan 1Malaysia lebih percaya kepada surat afidavit yang dikeluarkan secara tergesa-gesa oleh APCO Worldwide itu daripada memberi keadilan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membela diri.

Anehnya, Menteri UMNO Nazri Aziz itu tidak menafikan kontrak syarikat terbabit dengan Kerajaan Malaysia. Sedangkan ada bukti dokumen APCO memberi perkhidmatan kepada Kerajaan Israel dalam berbagai bidang termasuk bidang keselamatan. APCO hanya menunjukkan surat penafian sedangkan mereka tidak menafikan bahawa perjanjian itu adalah palsu semata-mata.

Ini bermakna, kemungkinan besar terdapat arahan sulit agar APCO dan pengasas 1Israel itu mengeluarkan surat penafian terbabit demi menyelamatakan imej UMNO BN dan 1Malaysia yang semakin tercalar sekarang ini. Malah, ramai yang hairan kenapa Nazri mengatakan Anwar sudah dipanggil untuk membela diri sedangkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen langsung tidak pernah memanggil beliau untuk menunjukkan bukti tentang dakwaannya itu.

Makanya, ini menguatkan hujjah kita bahawa memang 1Malaysia adalah mendapat ilham dari 1Israel. Jika tidak, bagaimana ia boleh ada persamaan dari segi namanya. Malah, selain Malaysia ia juga melibatkan negara jiran kita iaitu Indonesia. Apakah ini semua secara kebetulan?

[pahangdaily]

TENANG BAKAL KEMBALI TAK TENANG .....BILA BANGSAT BANGSAT PENGHIANAT MELAYU MULA BERHIMPUN DAN BERKERIAU MENABUR FITNAH...!!!!

Posted: 23 Dec 2010 03:03 AM PST



Ini lah gambar yang telah menyebabkan TENANG menjadi gempar suatu ketika dulu ...

TENANG ... terletak dalam daerah Segamat, dalam parlimen Labis. Perjalanan ke TENANG akan mengambil masa selama dua jam setengah jika kita memandu dari Johor Baru.

Sepanjang perjalanan dari JB ke sana, kita akan dapat menikmati suasana alam semulajadi dengan udara yang nyaman lagi segar, paling best ketika waktu pagi-pagi, kita juga akan dihidangkan dengan pemandangan yang hijau dengan pokok-pokok kelapa sawit dan juga pokok-pokok getah.

Pekan TENANG pula lebih kurang macam Galas, pekan koboi. Semuanya bergerak perlahan, sentimental, 'slow-paced town' kata orang putih. Terhegeh-terhegeh dan terkemut-kemut kata gurkah-gurkah politik di'port' ... Kah..Kah..Kah..

Kebanyakan penduduk di-pekan TENANG ini hidup sebagai penoreh getah, ada yang bekerja di ladang-ladang kelapa sawit. Yang ada tanah sendiri pula mereka berladang secara kecil-kecilan dan ada juga sikit-sikit yang berniaga sendiri dengan membuka gerai dan kedai kopi.

Dekat-dekat dua puloh tahun dulu, TENANG yang sentiasa tenang tiba-tiba sudah tidak tenang dengan cerita yang cukup gempar, mendapat liputan dimuka depan akhbar-akhbar dalam Malaysia serta akhbar-akhbar luar negara (walaupun masa itu belum lagi ada internet) bila gambar seekor ular sawa sepanjang dua puloh kaki sedang menelan seorang lelaki cina yang gemuk dan sasa. Kejadian ini telah berlaku di Felda Ledong.

Beginilah putaran kehidupan, selepas hampir dua puloh tahun, TENANG akan kembali menjadi tidak tenang bila pilihanraya kecil yang kali yang ke-14 akan mengambil tempat dan TENANG akan kembali menjadi bahan-bahan berita semasa, TENANG akan kembali menerima kunjungan orang-orang ramai yang ada sangkut-paut dengan politik dari segenap pelusuk tanah air. Pekerja pilihanraya, ahli-ahli parti-parti politik, peminat-peminat politik, gurkah-gurkah politik (Kah..Kah..Kah..), mereka yang suka bikin kacau bila masuk bab politik, pak-pak menteri, press-press dan juga yang jenis suka kepada suasana ketika hari penamaan calun pada mana-mana pilihanraya kecil dimana mereka-mereka ini dijangka akan memenuhi pekan TENANG dan kawasan sekitar dengan berbagai ragam dan gaya serta imej.

Harap orag-orang di TENANG sana jangan lah pula terkejut bila tengok gelagat-gelagat pilihanraya kecil ini nanti ...

dollah yankee

Nak roboh surau ya.........BN dah mengaku depa yang khianat....apa lagi samanlah malaun nie....!!!!!

Posted: 23 Dec 2010 02:49 AM PST

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menafikan tapak surau Al Hidayah, Rawang dijual semasa pentadbirannya iaitu pada 2003 tetapi telah dijual sebelum tahun 2000 lagi.

Menurut Khir dalam blognya, "Kelulusan penjualan tanah kepada SAP Holdings dibuat sebelum tahun 2000 lagi, yang mana ini bermakna ia dibuat sebelum pentadbiran saya"




(Gambar: Demo ini sepatutnya diadakan di depan bangunan Umno atau MCA, kata Faekah)

Ini bererti tapak surau itu dijual ketika kerajaan Selangor dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) dimana Umno menguasai sebahagian besar kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Khir membuat penjelasan itu ekoran kenyataan Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin, berdasarkan rekod kerajaan negeri tanah itu dijual pada tahun 2003.

Baru-baru ini, sekumpulan penduduk tempatan termasuk para pemimpin Umno telah membuat demontrasi di perkarangan surau itu kerana membantah kerajaan negeri Selangor yang membenarkan surau itu dirobohkan untuk dibuat projek pembangunan.

Ini ekoran dari tindakan pemilik tanah itu memberikan notis sehingga 30 November lepas agar ia dikosongkan untuk membolehkan tanah itu dimajukan.

Antara yang membantah kerajaan negeri itu adalah pemimpin Umno yang juga Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom.




(Gambar: Surau Al Hidayah pekan Rawang yang kini menjadi pertikaian)

Tanah itu kini dimiliki oleh SAP Holding bekas anak syarikat kerajaan negeri Selangor yang telah dijual oleh kerajaan negeri kepada pihak swasta.

Mengikut rekod kerajaan negeri, saham SAP Holdings Sdn Bhd dijual oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) kepada syarikat persendirian pada tahun 2003.

Namun kini, Khir Toyo berkata, ia telah diluluskan sebelum tahun 2000 lagi.

SAP Holdings Sdn Bhd adalah sebuah syarikat dimana pemegang-pemegang sahamnya adalah: Chew Ting Teck, Hung Te Hsin @ Ang Teck Thieng, Siaw Kwee Mow @ Sia Hock Chai, Sip Kew Yin, Tan Kok Yee, Tan Pang Kuan, Chow Soon Tat @ Chew Soon Tat, Chew Teng Meng @ Francis Chew, Chew Siew Ying and Dhew Teng Fook @ Chow Teng Fook.

Lembaga Pengarah SAP Holdings Berhad sekarang ialah Datuk Abu Bakar Mohd Amin, Norihan Mohd Bakri, Tan Kok Yee, Chong Fook Sin, chew Siew Ying dan Chew Ting Teck.

"Fakta jelas mendedahkan siapa yang sebenarnya telah mengorban orang Melayu dan Islam di Rawang. Saya rasa mungkin lebih sesuai penduduk berhimpun di pejabat Umno dan MCA untuk membuat aduan mereka," kata beliau.

Faekah menjelaskan, tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki SAP Holdings Sdn Bhd yang akan menjalankan projek tersebut bersama satu lagi syarikat swasta Mahumas Sdn Bhd.

"Zainal sepatutnya selidik dahulu sebelum membuat tuduhan liar. SAP Holdings bukan lagi anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.

"Pada 2002, Kerajaan Negeri Umno-Barisan Nasional (BN) telah membenarkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melepaskan saham kepada pihak swasta," tegasnya.

Namun begitu, kata Faekah, kerajaan Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini agar penduduk di kampung itu dapat terus menjalankan ibadat seperti biasa.


sumber...HD

Mak OOOIIIII.....ANAK NAJIB/ ROSMOH ADA JET SENDIRI....TAK MUSTAHIL KAN....CEROBOH TANPA IZIN PULAK TU....BESAU PUNYA PUKIMAK KAUM KERABAT UMNO CELAKA NIE....!!!!

Posted: 23 Dec 2010 02:40 AM PST

JAKARTA, KOMPAS.com — Kementerian Luar Negeri akhirnya memastikan alasan pesawat carter Malaysia jenis BAE 146-200 sampai ditahan di Bandara Juanda, Surabaya, Selasa (14/12/2010) siang. Dirjen Protokol dan Konsuler Kementerian Luar Negeri Lutfi Rauf mengatakan hal tersebut karena pesawat mendarat tanpa izin.

Ia mengatakan, pesawat tersebut membawa rombongan dari Malak ke Dili. Pesawat tersebut sebenarnya sudah memiliki izin masuk dan keluar wilayah Indonesia. Namun, pesawat tersebut tidak memiliki izin mendarat di wilayah Indonesia.

Nah, saat kembali dari Dili ke Malaka, tiba-tiba pesawat mendarat di Surabaya untuk mengisi bahan bakar sehingga ditahan pihak TNI. Jadi, ia menegaskan bahwa penahanan tersebut karena pesawat tidak punya izin mendarat.

"Karena ini pesawat carteran, ternyata landing permit-nya (izin mendarat) tidak diurus agennya. Ini sudah diakui Kedubes Malaysia," ujar Lutfi Rauf kepada Kompas.com. Pihaknya kemudian mendapat laporan penahanan pesawat dari Kedubes Malaysia sekitar pukul 16.50 WIB.

Lutfi mengatakan, izin mendarat telah dikeluarkan Kemlu pukul 20.30 WIB setelah semua pengurusan izin dilengkapi sesuai prosedur. Namun, kapan pesawat bisa berangkat, ia tidak dapat memastikan. Izin tersebut telah diteruskan ke Dephub dan Mabes TNI.

Ia juga mengakui bahwa pihaknya memberikan kemudahan pengurusan izin kepada enam orang di antara rombongan untuk kembali ke Malaysia dengan pesawat komersial lebih dulu. Di antara keenam orang tersebut terdapat Chief Minister dan putra Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.


ANAK PM DI DALAM PESAWAT..




JAKARTA, KOMPAS.com — TNI menahan sebuah pesawat carter Malaysia jenis BAE 146-200 di Bandara Juanda, Surabaya, Selasa (14/12/2010) siang. Pesawat membawa 81 orang dan sebagian besar adalah keluarga Kerajaan Melaka. Turut dalam rombongan tersebut adalah putra PM Malaysia Najib Razak.

Demikian dikatakan Kepala Pusat Penerangan Markas Besar TNI Laksma Iskandar Sitompul kepada Kompas. Ia mengatakan, dari semua penumpang itu, sebanyak enam orang di antara mereka diperbolehkan berangkat ke Malaysia dengan menggunakan penerbangan lain. Walau tidak merinci nama-nama mereka, Iskandar membenarkan dari keenam orang tadi terdapat seorang pejabat menteri dan putra Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.

Ia membenarkan, pada prinsipnya Panglima TNI Laksamana Agus Suhartono, bekerja sama dengan instansi terkait, akan mencoba mempercepat proses pengurusan izin sehingga, setidaknya, ke-75 anggota rombongan lainnya, termasuk pesawat, bisa kembali terbang dan meninggalkan Indonesia malam ini. Sampai berita ini diturunkan, pesawat belum dilaporkan bisa diberangkatkan.

Laksamana Iskandar Sitompul menjelaskan, sekitar pukul 12.45 WIB, sebuah pesawat penumpang Malaysia, BAE 146-200, dari Dili, Timor Leste menuju Kuala Lumpur, Malaysia, terpaksa ditahan di Bandar Udara Juanda, Surabaya, Jawa Timur. Pesawat berpenumpang 81 orang, termasuk di dalamnya sembilan kru, tersebut mendarat di Bandara Juanda tanpa izin sehingga ditahan ketika akan melanjutkan penerbangan menuju Malaysia.

Sementara itu, Dirjen Protokol dan Konsuler Kementerian Luar Negeri Lutfi Rauf membenarkan penahanan pesawat tersebut. Pihaknya memberikan kemudahan mengurus izin bagi para pejabat Malaysia yang sempat tertahan agar dapat kembali ke negaranya sesegera mungkin.


penyapu sial

utk anak2 org2 yg sangat2 gilakan kuasa..biarlah terhempas gamaknya jet mereka ni yer...

Felda di Dun Tenang antara yang mundur di Malaysia

Posted: 23 Dec 2010 02:07 AM PST


"Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, generasi muda Felda dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang kini semakin matang dan sedar mengenai hak mereka yang selama ini ditindas di bawah kerajaan Umno-Barisan Nasional

Menurut Mazlan, ini kerana Felda berkenaan iaitu di Felda Chempelak, Felda Chempelak Barat dan Felda Tenang, masih ketinggalan jauh dari pelbagai aspek ekonomi, meskipun ia merupakan antara kawasan Felda yang terawal di Johor.

"Sebahagian besar pengundi di Dun tenang adalah golongan muda dan tiga buah Felda di dalam Dun itu merupakan antara Felda yang paling mundur dari sebanyak 317 Felda di seluruh negara.

"Peneroka di kawasan ini mengeluh terhadap keadaan sosio ekonomi terutama golongan muda, program kebajikan, rumah generasi kedua- Ini adalah isu-isu besar yang melanda mereka. Keadaan ini menyebabkan timbul kebimbangan pada BN kerana golongan muda ini telah mula sedar tentang hak mereka," katanya kepada Keadilandaily.com.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Mazlan hari ini yang menyatakan bahawa BN akan memberi tumpuan kepada kawsan-kawasan Felda di Tenang menjelang PRK tersebut.

Kawasan tanah rancangan itu dianggarkan memiliki sekitar 4,000 pengundi daripada kira-kira seramai 14,000 pengundi keseluruhan.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata beliau menyifatkan kenyataan Ahmad Mazlan sebagai satu taktik bagi meraih sokongan pengundi terutama di kawasan Felda di Tenang, yang turut menghadapi masalah yang hampir sama dengan kawasan-kawasan Felda lain seluruh negara seperti masalah penyelewengan dan salah urus oleh pentadbiran Felda.

"Antara isunya ialah Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG), isu tanam semula, ada peneroka yang tidak berpuas hati dengan soal potongan tanaman, pengendalian kebun, tahap pembangunan belia dan suara anak muda yang tidak didengari,"ujarnya.

Jesteru Mazlan berkata, beliau yakin pengundi muda di kawasan-kawasan Felda di DUN berkenaan akan melakukan perubahan dalam PRK itu nanti.

"Berdasarkan program yang dianjurkan ANAK sebelum ini di cawangan ANAK di Dun Tenang, golongan peneroka Felda terutama generasi muda memberi respon yang cukup baik terhadap soal kebajikan dan hak mereka berbanding sebelum ini," katanya.

Kisah Tauladan Seorang Bekas Polis FRU....tu la dok asik bantai orang...sekarang mu kena bantai....!!!!

Posted: 22 Dec 2010 06:08 PM PST



KISAH BENAR INI DIPETIK DARI muslimeen-united.blogspot ) Petang semalam..selepas balik dari Ipoh…aku singgah kat Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar untuk sembahyang Maghrib.

Masa aku masuk masjid… Imam dah sujud rakaat pertama. tapi ada sorang tu…nak kata tua, tak berapa tua sangat. Lebih kurang aku jugak. Tinggal lagi…janggut aku dah putih…misai dia masih hitam.

Dia dok berjalan dari hujung masjid..sampai hujung sini. Biaq pi la kat dia.

Aku masuk saf bila imam bangkit rakaat kedua. Tapi orang tua tu tak sembahyang juga.

Bila imam bagi salam rakaat ketiga, aku bangkit sambung rakaat ketiga, sebab aku miss rakaat pertama. Masa tu…tiba-tiba orang tua tu mai duduk sebelah aku. Tak betui kot!!

Bila imam baca doa..dia angkat tangan punya tinggi. Khusyuk dan tawadduq! Aku tengok dia menangis..meleleh air mata. Macam Tok Guru Nik Aziz!

Selesai imam baca doa..taqabbalallahu minkum…dia terus bangkit pi salam dengan imam. Dia cium tangan imam tu…imam tu pun senyum. Dia salam dengan semua orang sambil menangis…tapi orang lain semua senyum!!

Dia mai salam dengan aku…masa tu baru aku tau apa yang dia cakap…."saya minta maaf banyak-banyak." Apa salah dia?

Aku terus keluar masjid…takut selipar hilang.

Baru nak sarung selipar…aku dengar orang menjerit.."hoi..tak payah salam dengan muslimat….depa dah maafkan dah!" Rupa-rupanya dia nak salam dengan muslimat kat belakang.

Aku tanya kat sorang jemaah yang keluar masjid tu.."sapa tu?"

"Polis pencen…tak betui dah!!" jawab sahabat tadi.

Aku tak jadi masuk kereta…aku perati orang tua tu dari jauh. Nak kata gila…aku tengok pakaian dia masih kemas. Kain pelikat dia masih bersih. Baju melayu dia siap dengan butang. Kopiah putih dia tak ada taik lalat. Interesting!

Dia duduk kat atas tangga masjid. menangis tersedu-sedu. Lepas sorang-sorang jemaah keluar masjid..ada yang duduk dalam masjid tunggu isyak. Mana yang keluar dok tepuk belakang orang tua tu…"sabor Yop!"..kata depa.

Bila dah tak ada orang…aku pi kat orang tua. Bagi salam. Dia jawab salam aku. "Waalaikum salam. huk..huk..huk." Tak gila pun!

"Ada apa-apa yang boleh saya tolong abang?" aku tanya dia.

Dia bangkit dan terus peluk aku. Seriau!

"Abang mintak maaf banyak-banyak adik..abang dah banyak buat dosa kat semua orang." Tiba-tiba dia berhenti menangis.

"Pasai apa abang tak sembahyang tadi…tapi doa punya baguih!" aku tanya.

"Abang ni polis dik…memang kami tak boleh sembahyang…kena jaga orang sembahyang!" Senafas saja dia menjawab dengan fasih!

"Pasai apa tak tengok saja orang lain berdoa?" aku tanya.

"Yang tu kena buat!! yang tak angkat tangan orang bukan islam saja." dia jawab. Aku tak tau la dia ni mazhab mana.

"Yang dok pi mintak maaf kat semua orang pasai apa?"

"Sebab dulu…lepas baca doa abang pukui orang. Yang tangkap Badrul Amin baca doa tu abang la. Mana yang melawan kami terajang. Mana yang bangkit kami pukui. Tak kira la lelaki ka…perempuan ka..kami balun semacam saja."

Macam mana jemaah lain kata dia ni tak betui? apa yang dia cakap semua betui!

"Abang ni masih kerja polis ka?"

"Tak….medikal bod. Dah dua tahun" dia kata. Aku tak pernah kerja gomen…aku tak tau apa dia. Tapi aku buat-buat tau la.

"Abang nak pi mana lepaih ni?" aku tanya.

"Nak ambik anak…dah lama dia tak balik." dia kata.

"Nak ambik kat mana?" aku tanya.

Dia diam…

"Dah berapa lama tak jumpa anak?" aku tanya.

"Kamu layan orang macam tu…kamu pun jadi macam dia!" Haji Rahman, Che'gu kat Idrissiah cakap kat aku masa dia keluar dari masjid.

Aku tinggalkan orang tua tu. Ikut Haji Rahman…dia ngajak aku minum di Rahmaniah…dekat masjid tu.

"Dulu dia tu FRU…orang sembahyang…dia tak sembahyang. Orang baca doa..dia tadah tangan. Habih orang sembahyang…dia pukui orang sembahyang" Haji Rahman bercerita.

"Nak dijadikan cerita…anak dia pun kena pukui. Anak dia belajor kat universiti…ikut orang sembahyang kat Kampung Baru. Bila anak dia kena pukui…anak dia mula fobia tengok FRU. Bila tengok bapak dia..dia mula takut. Last-last tak pernah balik kerumah.Sampai sekarang. Tu pasai dia merayau dari satu masjid kesatu masjid cari anak dia." kata Hj. Rahman.

"Ooooo!!!" Habih tu..yang dia pi minta maap kat semua orang pasai apa?"

" Dulu dia jaga orang demo…main belasah saja. Sekali tu orang belasah dia balik. masa dia belasah orang..dia tak kenai. Tapi orang kenai dia. Bila dia balik Bendang Kering…orang balas balik. Sebab orang yang dia pukui masa demo tu bebudak kampung dia jugak. Empat hari koma…bila sedor…jadi macam tu la." Cerita Hj. Rahman.

"Tapi masa baca doa tadi… aku tengok dia sampai menangis. Mesti dia paham kot?" aku tanya.

"Yang tu dia minta ampun kat Tuhan. Sebab Tuhan bagi dia akal..tapi dia tak pakai. Dulu…bila kita tanya dia pasai apa dia pukul orang…dia kata dia ikut arahan. Betui tak betui…dia tak peduli. Dia ikut arahan…bukan ikut Tuhan. Tuhan kata..jangan menzalimi orang lain. Dia kata …dia ikut arahan Mahathir. Dia lebih takut kat Mahathir dari takut kat Tuhan!"

Kami pun sampai kat Restoran Rahmaniah. "Mamak Zamree!! Teh tarik satu!"

UMNO -APCO....jangan berlagak dan berlakon membela ugama....!!!!

Posted: 22 Dec 2010 04:13 PM PST

Pemimpin Umno BN digesa agar jangan sesekali suka berlakon kononnya membela agama kepada rakyat dalam setiap perkara yang berlaku yang ada kaitan dengan agama.

Rakyat kini semakin cerdik menilai mana intan dan permata,
Ini  mengulas demonstrasi Umno kononnya membantah kemungkinan Surau Al-Hidayah dirobohkan.

Demonstrasi tersebut adalah satu provokasi yang didalangi oleh Umno BN yang mencari populariti murahan untuk menghasut rakyat supaya membenci pengurusan dan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor kononnya tidak prihatin tentang masalah agama islam.

Umno BN membuat provokasi demonstrasi bantahan dengan mewar-warkan kepada rakyat terutamanya penduduk sekitar Rawang seolah-olah berlaku kelemahan dan ketidakcekapan kerajaan negeri sekarang menyebabkan satu-satunya tanah orang Melayu di Pekan Rawang jatuh ke tangan syarikat swasta.

Kita bukan sekadar mempertahankan tanah tetapi lebih dari itu yang kita pertahankan adalah Islam.

Kenyataan tersebut adalah tidak berasas langsung, kerana yang menggadainya maruah orang Melayu dan Islam adalah Umno BN. Demonstrasi yang dibuat adalah memakan diri. Sekarang daripada rakyat tidak tahu, ia sebenarnya telah memecahkan tembelang mereka sendiri...

Menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin bahawa kerajaan negeri langsung tidak terlibat dengan pelan pembangunan tapak seperti mana yang dituduh oleh Umno yang mengadakan demonstrasi kelmarin.

Tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki oleh SAP Holdings Sdn Bhd yang akan menjalankan projek tersebut bersama syarikat swasta, Mahumas Sdn Bhd dan rekod menunjukkan SAP Holding Sdn Bhd bukan lagi anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor semenjak 2002 lagi...

Sebenarnya,u bukan setakat Surau Al-Hidayah sahaja yang di sentuh tetapi ada beberapa isu lain berkaitan dengan tanah dan agama Islam di Rawang.

Oleh  itu PAS Selayang akan cuba bongkarkan dan sedang mengumpul bukti termasuk tergadainya sebahagian tanah Masjid Nurul Iman yang untuk pembinaan jalan oleh Mahumas, tanah surau dan rezab kubur di Taman Rawang Perdana yang sudah digezetkan telah bertukar statusnya. Semuanya itu berlaku semasa Umno BN memerintah,...

Mungkin tidak ramai penduduk sekitar Rawang yang tahu sejarah Surau Al-Hidayah di Kg Melayu, Rawang termasuk bagaimana berlakunya kronologi surau tersebut.

Oleh itu, kita  meminta agar rakyat dan penduduk sekitar Rawang tidak cepat melatah dan mudah percaya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Umno BN dan diminta merujuk kepada Nazir dan Jawatankuasa Pentadbir Masjid Nurul Iman Rawang sebagai penaung untuk semua surau-surau di dalam pentabirannya.

Kita  mengajak rakyat membuka minda dan mengingati setiap peristiwa yang telah berlaku dalam aspek menjaga rumah ibadah seperti surau dan masjid bukan cara seperti yang diamalkan oleh Umno.

Rakyat  di gesa  berfikir dan menilai dengan sebijak-bijaknya kerana sepanjang Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah tidak pernah berlaku lagi peristiwa meroboh masjid atau surau.

Ini, jelas terbukti, hampir 3 tahun PR memerintah, masjid dan surau sentiasa diimarahkan oleh rakyat.

Amat berbeza semasa zaman pemerintahan kerajaan Umno BN di mana surau dan masjid tidak mendapat sambutan rakyat kerana tiada pengurusan yang tulus dan majlis ilmu tidak dijalankan secara sempurna.

Rumah ibadah boleh dikatakan seperti kubur yang sunyi kerana tiada majlis-majlis ilmu dan zikrullah semasa di bawah pengurusan Umno BN,...

Tiada ulasan: