Muslimeen United |
- Dinar Emas Kelantan secara rasmi jadi mas kahwin di Kelantan
- Keluarga Taib Mahmud Bersembunyi Di London
- Tambahan RM500: Kenapa Muhyiddin takut sangat?
- Gambar : Sekitar Majlis Perkahwinan Perdana Anjuran Kerajaan Kelantan
- UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA!
- Slogan 1 Malaysia Berhantu?
- Bagaimana Mengesan Kualiti Handfon Melalui Kod IMEI
- Kisah ular hitam menunggu mayat
- Guna Dokumen Palsu APCO "Bunuh" Karekter Anwar
Dinar Emas Kelantan secara rasmi jadi mas kahwin di Kelantan Posted: 25 Dec 2010 08:24 PM PST
Dinar Emas Kelantan dijadikan sebahagian dari mas kahwin dalam Majlis Nikah Perdana 2010 Peringkat Negeri Kelantan (Kata Tuan Guru, "Saya berkahwin pada tahun 1962 dengan maskahwin sebanyak RM100, alhamdulillah kekal hingga ke hari ini. Untuk anak-anak saya, saya letakkan harga maskahwin tidak melebihin RM1000. Pesan saya, janganlah letakkan maskahwin yang tinggi menyebabkan urusan perkahwinan menjadi sukar...") Alhamdulillah, 'kesakitan' dan kesusahan akibat bahana kenaikan harga barang (oleh kerajaan BN) terubat sedikit dengan bantuan ikhlas kerajaan negeri Kelantan kpd pasangan yang mahu membina rumah tangga...
|
Keluarga Taib Mahmud Bersembunyi Di London Posted: 25 Dec 2010 08:23 PM PST Tempat Persembunyian Keluarga Taib Di London Bangunan Hampshire House menempatkan flat-flat paling mewah yang mempunyai ruang dalam yang luas yang bersebelahan dengan Hyde Park yang terkenal di dunia. Ianya juga terletak tidak jauh dari Marble Arch dan Oxford Street. Ianya merupakan tempat penginapan peribadi milik keluarga Ketua Menteri, Abdul Taib Mahmud. Apartmen tingkat bawah yang kerap didiaman oleh keluarga Taib dianggarkan bernilai £8.5 million (RM 43 juta) dengan ruang kediaman seluas 4,000 kaki persegi. Semua ahli keluarga Taib dikatakan kerap mendiami apartmen ini dan berkemungkinan mereka memiliki atau mempunyai akses kepada lebih dari sebuah apartmen, memandangkan ramai mereka dapat menginap di situ pada satu-satu masa. Singgah di London sebentar dalam perjalanannya ke Mekah Kami dapat mendedahkan sesuatu yang tidak dilaporkan dalam mana-mana akhbar tempatan di Sarawak pada hari Selasa, semasa Taib bertolak ke Mekah untuk mengerjakan Haji. Dalam penerbangannya ke Tanah Suci Mekah, beliau didapati melencong ke London terlebih dahulu dan menginap di apartmen mewahnya di Hampshire House. Sarawak Report mendapati salah satu alasan beliau melencong ke London adalah untuk bertemu dan berkumpul dengan ahli-ahli keluarga sebelum ke Mekah. Kami juga mendapati bahawa sehari sebelum ketibaan beliau, para pekerja di Hampshire House telah melakukan persiapan, dan maklumat yang kami terima, keluarganya telah merancangan untuk mengadakan pertemuan bagi memulihkan ketegangan di kalangan ahli-ahli keluarganya selama ini. Adalah dipercayai juga bahawa pertemuan ini akan mengeratkan persahabatan mereka yang mungkin diketahui oleh para pengundi mereka yang telah mulai bosan dengan mereka, menjelang pilihanraya nanti. Saudara beliau, Onn Mahmud, yang pernah bertindak sebagai penyelaras perniagaannya, tetapi kemudiannya telah menjauhkan diri dari beliau, telah juga dijemput untuk menghadiri pertemuan keluarga itu. Sejak menjauhkan diri dari ahli keluarga yang lain, Onn kurang menghubungi mereka. Rancangan mengatur pertemuan ini adalah diharapkan supaya setiap ahli keluarga saling maaf-memaafi sebelum mengerjakan Haji ke Mekah. Mereka juga ingin menunjukkan tauladan yang baik kepada para pengundi mereka di Sarawak. Dilihat di London – Sulaiman Taib Kami juga mengandaikan Ketua Menteri itu melencong ke Hyde Park kerana beliau dipercayai ingin menemui anaknya. Sehari sebelum ketibaan Ketua Menteri itu di Hyde Park, jurugambar Sarawak Report telah Berjaya merakamkan anaknya yang telah lama menghilangkan diri, iaitu Sulaiman Rahman Taib. Sulaiman tiba di tempat tersebut dengan kereta Mercedes berwarna hitam. Dia kelihatan bergegas masuk ke apartmen itu, yang kami percaya adalah tempat persembunyiannya selama ini. Sulaiman Taib telah gagal memperlihatkan dirinya di khalayak umum di Malaysia sepanjang tahun lepas, walaupun dia masih seorang ahli Parlimen, di mana 'kehilangannya' telah menimbulkan bermacam-macam spekulasi. Walau pun umum tertanya-tanya akan kehilangannya, tetapi keluarganya tetap mendiamkan diri dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu. Dia telah lama tidak menjejakkan kaki ke Parlimen Malaysia atau mengunjungi para pengundinya di kawasan pilihanrayanya, di mana dia boleh dikira sebagai menyalahi tugas dan tanggunjawabnya sebagai penjawat awam yang dibayar gaji yang lumayan menggunkan wang pembayar cukai. Kehilangannya yang dianggap luar biasa itu telah mencetuskan khabar-khabar angin di kalangan umum yang menganggapnya telah meninggal dunia, atau menjalani rawatan penyakit ganjil. Sarawak Report berasa begitu yakin kerana dapat melakukan khidmat awam dengan mengesahkan bahawa anak Ketua Menteri itu masih hidup, kelihatan sihat dan diandaikan masih mengeluarkan wang gaji menterinya di London. Sebenarnya 'Rahman' dapat ditemui beberapa kali di dalam atau di sekitar London sejak beberapa bulan yang lalu, dan terdapat spekulasi yang mengatakan dia mendapatkan khidmat perubatan yang baik di London, yang tidak terdapat di Sarawak atau Malaysia. Pekerja Taib menyerang jurugambar kami Walau pun pada kedudukan sosial yang tinggi dan terkenal, tetapi Taib sekeluarga tetap tidak suka pada cara kami menyiarkan berita mengenai pergerakan mereka, atau mendedahkan harta-harta yang mereka miliki. Rahman Taib yang ternampak jurugambar wanita kami, dan kemudiannya menjelaskan sesuatu kepada para pekerjanya, yang kemudian keluar dari bangunan apartmen tersebut untuk mendekati jurugambar kami itu. Tidak lama kemudian pemandu keretanya mengasari jurugambar tersebut ketika dia sedang mengambil gambar-gambar penumpang-penumpang wanita yang keluar dari bangunan itu dan masuk ke dalam keretanya. Pemandu Taib telah menangkap leher jurugambar tersebut dan memaksanya memadamkan kesemua gambar dalam kameranya itu sehingga dia diselamatkan oleh seorang yang sedang lalu di tempat itu. Perkara tersebut kini sedang disiasat oleh pihak polis London sebagai kes mendatangkan kecederaan yang disengajakan. Kes seperti ini, walaupun selalunya disembunyikan dari pengetahuan umum di Sarawak, tetap dilarang di UK. Pada lewat petang hari Selasa, jurugambar berkenaan percaya dia ternampak Ketua Menteri itu bergegas-gegas masuk ke dalam bangunan itu, tidak lama setelah penerbangannya dengan Singapore Airlines mendarat di lapangan terbang Heathrow. Sarawak Report ingin ingin mempelawa sesiapa dari kalangan pembacanya yang memiliki gambar-gambar Ketua Menteri yang lebih jelas semasa beliau masuk atau keluar dari bangunan Hampshire House, 12 Hyde Park Place, dihantarkan kepada kami, dan kami akan berasa bangga untuk memaparkannya untuk tatapan umum. Siapakah pemilik flat bernilai berjuta-juta pound itu? Sarawak Report ingin mengetahui dengan lebih terperinci lagi siapakah sebenarnya pemilik flat di tingkat bawah yang kerap didiami oleh keluarga Taib, dan juga merupakan kediaman Sulaiman. Menurut dokumen-dokumen yang terdapat di pejabat Pendaftar Tanah London, harta tersebut dimiliki oleh Sultan Abdul Halim Mu Adzam, salah seorang rakan kongsi Taib dari Malaysia yang pernah menganugerahkan Onn Mahmud dengan gelaran "Datuk". Hubungan erat kedua-dua keluarga ini, dan siapakah di antara mereka yang memiliki salah sebuah harta yang terkenal di London itu menimbulkan syak wasangka di kalangan umum. Dengan gaji rasminya sebagai Ketua Menteri selama 30 tahun, tidak mungkin Taib mampu memiliki kediaman semewah itu, dan kediaman itu pula hanya sebahagian dari harta-harta yang lainnya. Taib pernah dirakamkan menyebut, "Saya memiliki wang lebih dari yang dapat saya belanjakan". Ketua Menteri itu juga diketahui kerap menyembunyikan pemilikannya ke atas syarikat-syarikatnya dan juga harta-hartanya dengan meletakkan nama orang lain yang telah bersetuju secara peribadi menyerahkan balik apabila diminta olehnya. Sarawak Report dapat membuktikan beberapa kes di mana beliau meletakkan orang lain sebagai penama untuk memegang saham-sahamnya secara rahsia. Kekeliruan hakmilik rumah-rumah mewah yang diserahkan kepada keluarga Taib oleh Samling di US merupakan salah satu contoh taktik yang telah didedahkan oleh Sarawak Report. Justeru itu, adakah kediamannya di Hampshire House sebenarnya dimilikinya, tetapi buat sementara waktu didaftarkan menggunakan nama rakannya yang seorang sultan? Jika tidak, dan jika betullah sultan itu yang memiliki kediaman tersebut, kenapakah baginda membenarkan keluarga Taib mendiami rumah tersebut seolah-olah mereka yang memilikinya? Kenyataan dari Ketua Menteri sendiri mengenai perkara ini, dan juga perkara-perkara lain yang melibatkan pemilikan harta yang begitu banyak seperti mana yang telah kami dedahkan selama ini, amatlah kami alu-alukan. -sarawakreport |
Tambahan RM500: Kenapa Muhyiddin takut sangat? Posted: 25 Dec 2010 08:20 PM PST PAS hari ini mengingatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar jangan mudah melatah jika tidak mahu sikap takut dan gelabah beliau terhadap janji Pakatan Rakyat terbongkar, lapor Harkahdaily. Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, parti Islam itu berasa pelik dengan sikap Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno yang sangat emosi terhadap komitmen Pakatan Rakyat untuk menaikkan RM500 sebulan kepada guru jika Pakatan Rakyat menerajui negara seperti diumum Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "PAS merasa pelik seorang Timbalan Perdana Menteri mencabar Datuk Seri Anuar Ibrahim menaikkan gaji guru-guru di negeri Pakatan Rakyat. "Iltizam Pakatan Rakyat kepada guru-guru jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat, bukannya sekarang. "Kenapa perlu takut dengan janji Pakatan Rakyat? Janganlah buat tuduhan yang tidak menentu," katanya. Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin yang mendakwa tawaran Pakatan Rakyat untuk pendidik itu hanya janji politik dan sukar dilaksana untuk guru sahaja dan memberi alasan dengan mempersoal imbuhan kepada kakitangan awam lain. Menurut Idris, untuk peringkat awal janji berkenaan hanya diberikan kepada guru namun semua kakitangan awam akan diambil perhatian juga selepas itu. "Pakatan Rakyat mengambil tindakan awal untuk guru-guru sebagai satu penghargaan dan pengorbanan mereka mendidik rakyat di negara ini. "PAS menasihatkan Tan Sri Muhyiddin dapat turun ke bawah, memerhatikan bagaimana beban guru-guru yang berat, jangan hanya mendesak guru-guru melakukan macam-macam tugas," katanya. Idris, sehubungan itu, menasihatkan Muhyiddin supaya sabar dan tidak emosi. Beliau juga mahu timbalan perdana menteri itu meneliti ayat-ayat yang terkandung dalam buku jingga yang merupakan manifesto Pakatan yang telah diedar di Konvensyen Pakatan Rakyat 19 Disember lalu. Selaku Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin juga katanya, Muhyiddin tentu lebih arif dalam hal kewangan negara berbanding pendapatan kerajaan negeri yang terlalu kecil. "Jangan beliau bercakap macam ketua cawangan Umno sahaja. "Pakatan Rakyat hanya berjanji untuk menaikkan taraf hidup rakyat dan meletakkan rakyat di tempat yang sepatutnya setelah 53 tahun rakyat dipinggirkan. "Sekarang ini pun dengan kekangan kewangan negeri, Pakatan Rakyat telah membuat yang terbaik untuk rakyat, seperti skim kifalah, air percuma, bantuan pendidikan," katanya. |
Gambar : Sekitar Majlis Perkahwinan Perdana Anjuran Kerajaan Kelantan Posted: 25 Dec 2010 02:10 PM PST Kata Tuan Guru, "Saya berkahwin pada tahun 1962 dengan maskahwin sebanyak RM100, alhamdulillah kekal hingga ke hari ini. Untuk anak-anak saya, saya letakkan harga maskahwin tidak melebihin RM1000. Pesan saya, janganlah letakkan maskahwin yang tinggi menyebabkan urusan perkahwinan menjadi sukar..." Wang tunai sebanyak RM500 daripada pihak kerajaan negeri. Kerajaan negeri Kelantan telah memperuntukkan pemberian wang dinar (RM700) dan wang tunai RM500 untuk setiap pasangan. Salah satu pasangan Orang Asal. Sebanyak 18 pasangan Orang Asal telah dinikahkan di dalam majlis ini. Alhamdulillah. |
UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA! Posted: 25 Dec 2010 02:04 PM PST Setelah 53 tahun Merdeka negara kini berada dalam krisis. Cita-cita untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu dan negara yang makmur telah gagal. Demokrasi dan hak asasi rakyat terus dinodai oleh pemerintah UMNO/BN. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa membarah. Kekayaan negara telah dibolot oleh segelintir elit berkuasa. UMNO/BN tidak mempedulikan rakyat terbanyak yang dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi. Pendapatan rakyat tidak meningkat kerana dikekang oleh pemerintah. Daya saing negara dan rakyat terhakis akibat dasar yang lemah, pelaksanaan yang tidak berkesan dan kebijakan (dasar) yang tidak berjiwa rakyat. Krisis parah sebegini memerlukan tekad dan azam politik untuk diatasi. Malaysia memerlukan dasar-dasar baru dengan membuat anjakan paradigma. Maka, Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan politik (tahalluf siyasi) mengangkat suatu rencana dasar dan kebijakan yang menyeluruh untuk membela rakyat melalui Dasar Bersama yang dimeterai.
Dasar Bersama ini menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman. Muafakat asas yang membentuk Dasar Bersama adalah ketulusan parti-parti Pakatan Rakyat meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Tiga perkara pertama yang diangkat dalam Dasar Bersama adalah komitmen Pakatan Rakyat untuk: Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.
Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global. Ketetapan Pakatan Rakyat mengangkat konsep muafakat di antara parti-partinya membentuk kesepakatan perjuangan di dalam Pakatan Rakyat, lantas memberi laluan kepada lahirnya sistem dua parti di negara ini. Sejarah besar yang dicipta dalam PRU12 perlu dimanfaatkan supaya tekad rakyat untuk menukar kerajaan persekutuan dan sistem pemerintahan yang bobrok dalam PRU13 berhasil. Tekad rakyat ini bukan sahaja mulia dan bersejarah, ia satu kemestian untuk menyelamatkan Malaysia dari krisis parah. Agenda Pakatan ini adalah nadi kepada perjuangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan pegangan untuk membina sebuah negara dan masyarakat yang menzahirkan semangat demokrasi dan keadilan dalam semua aspek. Agenda ini menuntut perubahan mutlak (minda, pendekatan dan kaedah) untuk menggembleng muafakat semua pihak. Ini perlu demi membebaskan institusi-institusi penting negara dari durjana campur tangan sebahagian kecil golongan elit yang mempertahankan tembolok mereka semata-mata. Pakatan Rakyat juga meletakkan agenda pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama sebagai teras kepada kesemua program yang telah dilaksanakan dan sedang dirancang, demi membela nasib rakyat terbanyak. Malaysia berdepan dengan prospek ekonomi yang pudar dan semakin ketinggalan berbanding dengan negara-negara serantau yang pernah setanding dengan kita. Tatkala Malaysia masih meraba-raba mencari penawar kepada kemunduran ekonomi ini, negara wajib waspada dengan saingan baru dari negara-negara yang sebelum ini lebih mundur dari kita. Darjat ekonomi kita di mata antarabangsa dan dalam konteks ekonomi global telah merudum. Lebih parah lagi, pemerintah yang bongkak dan mementingkan diri mengabaikan penderitaan rakyat. Bantuan-bantuan kepada rakyat disekat atas nama mengurangkan beban kerajaan, sementara lohong ketirisan sengaja dibesarkan agar kekayaan negara dapat mereka bolot secara rakus. Tindakbalas pemerintah juga adalah songsang dan tidak mencerminkan keikhlasan untuk mengembalikan daya saing negara. Rencana ekonomi baru yang dipersembahkan hambar kerana janji untuk membawa 'transformasi ekonomi' bercanggah dengan tindakan semasa yang bertentangan dengan tuntutan reformasi. Makanya, negara dan rakyat berdepan dengan ketakutan yang berlipat kali ganda. Amalan menunggang institusi-institusi penting negara demi menutup kelemahan sendiri dan menekan Pakatan Rakyat semakin berleluasa. Matlamat kuasa BN adalah untuk terus berkuasa, bukannya mencari kebijakan yang adil dan berkesan untuk membawa negara keluar dari kemelut ekonomi, politik dan sosial yang semakin menghimpit. Malaysia perlu diubah sekarang. Perjalanannya dan masa depan rakyat di bawah pentadbiran persekutuan sedia ada adalah kabur. Jika perubahan tidak dilakukan sekarang, segala kerosakan bangsa dan negara akan berterusan. Malaysia akan bertukar dari status malap kepada gelap. Harapan dan kepercayaan rakyat bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa yang berlandaskan prinsip keadilan dan permuafakatan perlu dikembalikan segera. Pakatan Rakyat yakin bahawa agenda perubahan yang dijunjung bersama akan meniupkan kembali roh keadilan dan permuafakatan dalam sistem negara dan masyarakat kita. Agenda Pakatan ini menggariskan perincian dasar dan langkah yang berlandaskan Dasar Bersama untuk merealisasikan cita-cita Pakatan Rakyat membina sebuah negara yang makmur dan adil. Kami percaya kemakmuran negara hanya akan dicapai dan berkekalan jika ia ditunjangi oleh prinsip keadilan sosial dan persaudaraan rakyat. Hasrat ini akan mekar berkembang; bila mana semangat demokrasi meresap ke seluruh pentadbiran dan institusi-institusi penting negara. Agenda Pakatan ini adalah penzahiran hasrat rakyat untuk melaksanakan islah masyarakat yang digariskan oleh Dasar Bersama. Ia adalah jendela yang paling luas untuk menggambarkan sebuah Malaysia yang makmur dan adil di bawah Pakatan Rakyat. Bersama-sama kita berubah sekarang untuk menyelamatkan Malaysia. Ayuh kita bawa mesej perubahan ini ke seluruh pelusuk negara. Y.B. Dato' Seri Anwar Ibrahim Y.B. Lim Kit Siang Y.B. Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang
NEGARA DALAM KRISIS Krisis Ekonomi Ekonomi negara terus kekal di takuk lama sejak krisis kewangan Asia Timur 1997/98. Selepas sedekad berdepan dengan kelesuan ekonomi, Malaysia kini ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Taiwan dan Singapura sementara kita juga diancam oleh jiran serantau seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam. Jawapan pentadbiran sedia ada kepada kemelut ekonomi ini adalah dengan menabur janji-janji melalui kempen slogan yang menelan belanja ratusan juta wang rakyat. Rakyat disajikan dengan pelbagai perancangan ekonomi seperti Model Ekonomi Baru (MEB), Program Transformasi Kerajaan (PTK), Program Transformasi Ekonomi (PTE) dan lain-lain yang sebenarnya tidak keluar dari kebijakan ekonomi yang digunapakai selama ini. Program-program ini masih bersandarkan kepada keborosan membelanjakan wang rakyat untuk membina projek-projek mega tanpa ada keikhlasan untuk melaksanakan reformasi ekonomi yang diperlukan negara.
Kerosakan Institusi Negara Institusi-institusi penting negara rosak akibat dari campur tangan penguasa. Kewibawaan badan kehakiman terhakis. Salah laku hakim-hakim yang dibongkarkan dan diketahui umum menyebabkan rakyat dan masyarakat antarabangsa hilang keyakinan terhadap institusi kehakiman. Malah, amalan mencampur-adukkan kepentingan politik penguasa dengan pentadbiran negara untuk memberi kelebihan kepada parti yang berkuasa semakin menjadi-jadi. Jika integriti institusi-institusi penting negara tidak dipulihkan, bahana kepada negara dan rakyat adalah berganda. Selain ketidakadilan yang berleluasa di dalam masyarakat, sebarang usaha untuk membaiki imej Malaysia di mata pelabur asing juga akan terus cacat dan tidak berkesan. Malaysia jatuh 26 anak tangga dalam indeks integriti institusi awam dalam laporan Daya Saing Global oleh World Economic Forum dari tahun 2007 ke 2009
Pemerintah sedia ada mengambil jalan tidak bertanggungjawab memecah belahkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum untuk terus kekal berkuasa. Taktik pecah dan perintah yang diwarisi dari penjajah ini semakin menjadi-jadi sejak tsunami kebangkitan rakyat 2008; menggambarkan tingkah laku penguasa yang akan menggadaikan keharmonian masyarakat pelbagai kaum apabila semakin terdesak. Rentetan peristiwa berbaur perkauman yang berlaku sejak Mac 2008 akibat permainan politik perkauman sempit UMNO/BN mengancam persaudaraan rakyat pelbagai kaum. Kegilaan menggunakan isu-isu yang mengapi-apikan perasaan curiga antara kaum dan menggugat keharmonian masyarakat berbilang bangsa semakin menjadi-jadi mutakhir ini kerana penguasa yang terdesak.
Kelesuan ekonomi dan kegagalan pentadbiran sedia ada melonjakkan ekonomi ke prestasi lebih tinggi membawa kesan yang mendalam kepada rakyat. Gaji yang tidak meningkat menyebabkan kuasa beli rakyat berkurangan, apatah lagi dalam suasana kos sara hidup yang makin meningkat.
Peristiwa salah guna kuasa yang memangsakan rakyat berleluasa. Insiden-insiden yang melibatkan remaja ditembak polis semakin meningkat dan merangkumi mangsa dari pelbagai kaum. Kebebasan rakyat untuk berkumpul dan menyatakan pandangan mereka juga disekat dari pelbagai arah; baik yang melibatkan rapat umum mahupun di laman internet. Ada ura-ura pentadbiran sedia ada mencari jalan untuk mengetatkan kawalan mereka terhadap internet, memandangkan ia satu-satunya jalan yang berkesan menyebarkan maklumat alternatif kepada rakyat. Tindakan-tindakan penguasa sebegini tidak menggambarkan niat sebuah kerajaan yang menghormati kebebasan rakyat dan menjaga kehormatan rakyatnya. Kekangan dari pihak berkuasa berterusan dan tidak ada tanda-tanda akan berubah dengan sendiri.
Rasuah adalah barah utama yang menghancurkan negara dan bangsa dari dalam. Gejala rasuah yang berakar menjadi halangan kepada usaha-usaha untuk menyuntik dinamisme ke dalam ekonomi dan masyarakat Malaysia keseluruhannya. Sejak sedekad lalu, rasuah juga adalah penyebab kurangnya minat pelabur asing untuk datang ke Malaysia yang telah merumitkan lagi usaha memulihkan ekonomi negara yang kian malap. Rasuah berleluasa kerana dokongan pentadbiran sedia ada yang selesa dengan golongan rentier (terutamanya dari kalangan kroni dan parti pemerintah). Golongan rentier ini dikenali dengan pelbagai nama sebelum ini – atas angin, Ali Baba dan sebagainya. Golongan ini adalah parasit yang menyelewengkan sumber negara dari rakyat ke poket mereka. Gejala rasuah akan terus meruntuhkan daya saing dan jati diri rakyat Malaysia dalam suasana acuh tidak acuh yang ditunjukkan pentadbiran sedia ada.
Kelesuan ekonomi dan kesempitan hidup yang dihadapi rakyat pelbagai kaum adalah bahana yang menimpa rakyat apabila pendidikan di negara ini diperkotak-katikkan mengikut selera pemerintah. Selepas 50 tahun mencapai kemerdekaan, dunia pendidikan Malaysia hilang serinya – dulu dihormati serantau, kini hanya mengambil tempat kedudukan yang corot dalam senarai-senarai pendidikan antarabangsa. Sekolah-sekolah dan universiti dilihat sebagai pentas menjual pengaruh politik walhal pendidikan rakyat adalah kaedah terbaik menstrukturkan masyarakat dan memacu ekonomi negara demi kesejahteraan bersama. Negara-negara yang paling makmur dan sejahtera adalah negara-negara yang mempunyai sistem pendidikan peringkat rendah, menengah dan tertiari yang paling berkesan dan adil.
KEMAKMURAN, KEADILAN SOSIAL DAN PERSAUDARAAN RAKYAT BERSAMA PAKATAN RAKYAT Pakatan Rakyat telah mempamerkan rekod pentadbiran yang meniupkan semangat keadilan sosial dan persaudaraan rakyat untuk menjamin kemakmuran bersama. Prinsip asas yang dijunjung dari Dasar Bersama telah dihadam dan dihidupkan melalui pelbagai dasar pro-rakyat yang telah dijalankan selama ini. Fokus utama Pakatan Rakyat dalam tempoh setahun akan datang adalah menyemarakkan lagi pendekatan pro-rakyat atas landasan keutuhan sistem pentadbiran yang demokratik untuk memberi peluang kepada rakyat menilai sendiri keikhlasan dan keberkesanan Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan. Ini akan dilakukan melalui pengenalan langkah-langkah spesifik yang tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan akan diperjuangkan di peringkat nasional oleh pimpinan dan aktivis Pakatan Rakyat. Rekod pembelaan rakyat yang dicapai oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor tidak dapat ditandingi oleh lawan. Pentadbiran Pakatan Rakyat diakui bebas rasuah, telus, berjiwa rakyat lagi berkebajikan dan berjaya meningkatkan hasil negeri berdasarkan laporan-laporan rasmi dari Jabatan Audit Negara dan pemantau bebas. Bidang-bidang yang akan diberi tumpuan khusus dalam usaha menterjemahkan Dasar Bersama adalah seperti berikut:
Merakamkan pentingnya institusi-institusi penting negara yang bebas dan berintegriti, Pakatan Rakyat komited untuk:
Menghargai pengorbanan dan rasa perit rakyat yang tertindas dengan kesempitan hidup akibat agihan ekonomi yang tidak adil, Pakatan Rakyat komited untuk:
Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna Rakyat Menyedari terhakisnya kuasa beli rakyat akibat kenaikan gaji yang tidak setara dengan kos sara hidup yang mencanak, ada keperluan mendesak supaya pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat ditingkatkan serta-merta. Pakatan Rakyat komited untuk:
Pemberdayaan Rakyat Merakamkan peranan rakyat sebagai mekanisme timbang tara (check and balance) yang penting untuk menjamin pentadbiran yang bersih, Pakatan Rakyat komited untuk:
Golongan Pendidik Diutamakan Merakamkan penghargaan kepada golongan pendidik yang menjadi teras pembangunan negara dan persaudaraan rakyat, Pakatan Rakyat komited untuk:
Budaya Ilmu Sebagai Teras Universiti Mengangkat krisis kredibiliti dan mutu universiti sebagai masalah utama negara, Pakatan Rakyat percaya bahawa penyelesaian tidak boleh dilengahkan dan tumpuan khusus perlu diberikan kepada usaha-usaha memartabatkan universiti. Pakatan Rakyat komited untuk:
Menginsafi kemusnahan yang telah dibawa oleh barah rasuah kepada masyarakat dan negara kita, Pakatan Rakyat komited untuk:
Menghormati kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi Persekutuan Malaysia dan perjanjian-perjanjian yang telah dibuat, Pakatan Rakyat komited untuk:
PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama. Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:
1. Demokrasi Telus dan Tulen A – Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang B – Pemisahan Kuasa C – Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil
A – Ekonomi Kemahiran Tinggi B – Ekonomi Demokratik dan Telus C – Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri D – Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan E – Tenaga Kerja F – Jaringan Perlindungan Sosial G- Perumahan H- Prasarana dan Kemudahan Awam I- Alam Sekitar
A – Perpaduan dan Keadilan Sosial B – Agama C – Pendidikan D – Wanita dan Institusi Keluarga E – Golongan Muda F – Keselamatan G – Kesihatan H- Kebudayaan
A – Sistem Persekutuan B – Sabah dan Sarawak C – Dasar Luar Negara
Pakatan Rakyat menyediakan suatu rencana dasar dan kebijakan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing. Agenda pembangunan bangsa telah tergelincir akibat dari faham perkauman sempit, politik adu domba dan "demokrasi autoritarian". Ekonomi merudum akibat dari keruntuhan akal budi, kerakusan rasuah dan kebijakan-kebijakan usang yang menyebabkan Malaysia tercicir ke belakang dari ekonomi-ekonomi rancak serantau. Ketidakadilan ekonomi semakin ketara dengan melebarnya jurang antara golongan kaya dengan miskin, antara bandar, desa dan pendalaman antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak. Peningkatan jenayah mengancam keselamatan nyawa dan harta rakyat kerana pasukan polis disalahgunakan untuk tujuan politik sempit. Kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman terus digasir oleh campur tangan politik dan kepentingan perniagaan. Setengah abad Malaysia merdeka dan berdaulat sewajarnya mendewasakan. Ini diterjemahkan manakala rakyat dari pelbagai kaum mempamerkan semangat baru meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud, menolak kerakusan kuasa, merebaknya rasuah, merompak khazanah negara dan menginjak hak rakyat. Menginsafi semangat rakyat tersebut maka Pakatan Rakyat mengikrarkan iltizam kami untuk menghayati dan melaksanakan agenda politik baru ke arah menggembleng tenaga rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya yang dilihat sebagai satu kekuatan. Malah kami yakin; kita mampu berubah dari dasar perkauman sempit kepada kerukunan hidup beragama, nilai kemanusiaan, berlandaskan prinsip akhlak dan etika hak asasi, prinsip negara hukum tanpa memilih darjat, kaum atau kelompok. Dasar yang terpasak dari kepatuhan kepada Perlembagaan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin keluhuran undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman, sebagaimana ia menjamin hak-hak asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela dan dimartabatkan. Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa ekonomi Malaysia mampu dipacu dengan lebih pantas melalui dasar ekonomi pasaran yang manusiawi yang mengarah kepada pembangunan manusia seutuhnya. Kebijakan ekonomi harus menjadikan Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan yang sihat, percukaian progresif, tetapi kukuh dengan hasrat mencapai keadilan melalui kaedah pengagihan ekonomi yang adil terutama bagi kelompok miskin dan terpinggir. Pakatan Rakyat menolak dasar yang membuka ruang kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Demi memastikan pertumbuhan yang mapan, dasar menindas yang hanya memperkayakan segelintir perlu digantikan dengan sebuah dasar yang memastikan bantuan kepada golongan miskin di Malaysia tanpa mengira kaum. Berdasarkan latar belakang ini kami mengajak rakyat Malaysia mencipta suatu muafakat baru yang berteraskan keadilan untuk semua dan prinsip-prinsip perlembagaan. Ini adalah agenda yang mesti dilakukan untuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan insan. Hanya dengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatu padu. 1. Demokrasi Telus dan Tulen
Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Pakatan Rakyat akan:
Keberkesanan amalan sistem demokrasi bergantung kepada keutuhan pelaksanaan doktrin pemisahan kuasa. Integriti sesebuah kerajaan bergantung kepada kebebasan, kebolehpercayaan dan kewibawaan institusi-institusi yang diamanahkan untuk menjamin keseimbangan antara cabang eksekutif, kehakiman dan legislatif. Pakatan Rakyat akan:
Kewibawaan sistem pilihanraya yang tempang mesti dipulihkan. Kuasa keramat rakyat untuk memilih pemimpin negara mesti dipertahankan daripada sebarang kecurangan yang membuka ruang kepada penyelewengan. Makanya adalah penting untuk kita mengkaji semua akta yang berkaitan dengan pilihanraya. Pakatan Rakyat akan:
Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi negara berprestasi tinggi dan memiliki pertumbuhan mapan. Pemunggahan sumber-sumber dan khazanah negara secara cekap dalam pelaburan dibidang-bidang dan sektor-sektor utama dan strategik adalah penting bagi menjamin daya saing negara. Merancakkan pelaburan tempatan dan menjana permintaan domestik yang kukuh serta menggamit pelaburan asing langsung yang berterusan bakal menjadikan ekonomi berdaya maju dan berdaya tahan. Pakatan Rakyat beriltizam untuk 'Merakyatkan Ekonomi Negara' bagi memastikan kemakmuran dan kekayaan yang terhasil dikecapi oleh seluruh lapisan rakyat. Sekaligus merapatkan kesenjangan diantara kaya-miskin serta mengatasi ketidak seimbangan pembangunan wilayah akibat pengurusan tempang yang tidak mendahului kepentingan rakyat ramai.
Paksi kepada ekonomi berprestasi tinggi adalah tenaga kerja yang berpengetahuan, berketerampilan dan berkemahiran. Pakatan Rakyat akan membuat segala pelaburan yang diperlukan untuk membekalkan kewujudan warga kerja berproduktiviti tinggi ini bagi melonjakkan nilai tambah dalam kegiatan ekonomi negara. Pakatan Rakyat akan:
Pakatan Rakyat beriltizam melaksanakan dasar-dasar pengurusan ekonomi yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme bagi meningkatkan kepertanggunjawaban, ketelusan dan urus tadbir yang baik. Kebejatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa telah melenyapkan kekayaan dan mengekang pertumbuhan mapan serta menghakis daya sain negara. Pakatan Rakyat akan:
Selaras dengan semangat persekutuan untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan, keberkesanan dan kecekapan perbelanjaan, maka pelaksanaan dasar pembangunan dan ekonomi yang meluas perlu diagihkan kepada kerajaan negeri mengikut keutamaan masing-masing. Desentralisasi mampu mendorong perubahan struktural dalam kerangka ekonomi bagi lonjakan kecekapan ekonomi dan produktiviti menerusi peningkatan tahap kecekapan dalam perbelanjaan selain kesan gandaan yang meningkat hasil perbelanjaan kerajaan dalam ekonomi negara. Pakatan Rakyat akan:
Pakatan Rakyat memperakui bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat bantuan berdasarkan keperluan tanpa mengira latar belakang. Pakatan Rakyat bertekad untuk merakyatkan ekonomi negara, agar khazanah negara dapat dinikmati dengan adil oleh semua. Pakatan Rakyat akan:
Tenaga kerja adalah tunjang kepada kemakmuran negara yang berterusan. Pakatan Rakyat akan menjamin semua pekerja Malaysia dilayan dengan adil serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan pekerja dipelihara. Pakatan Rakyat akan:
Setiap rakyat Malaysia harus menikmati hidup yang bermaruah pada setiap masa. Rakyat yang hilang mata pencarian, warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpendapatan rendah mesti dilindungi dan diberi peluang untuk turut menikmati faedah pembangunan ekonomi negara. Pakatan Rakyat akan:
Rumah merupakan keperluan asas manusia. Hakikatnya sebahagian besar rakyat Malaysia tidak berkeupayaan memiliki rumah sendiri terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Maka Pakatan Rakyat akan:
Penyediaan dan penyenggaraan prasarana awam yang baik merupakan tanggungjawab kerajaan. Perlaksanaannya mestilah tidak membebankan rakyat atau menguntungkan kroni tertentu. Prasarana dan kemudahan awam yang baik membolehkan rakyat Malaysia meningkatkan pendapatan boleh belanja dan produktiviti mereka. Pakatan Rakyat akan:
Alam sekitar merupakan khazanah negara yang wajib dipelihara untuk kelestarian hidup generasi masa depan. Mendepani krisis perubahan iklim, Pakatan Rakyat beriltizam:
3. Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan
Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama. Pakatan Rakyat berjanji membina semula sebuah masyarakat berbilang kaum yang padu, di mana kaum-kaum yang berbeza itu hidup dalam aman dan harmoni. Pakatan Rakyat akan:
Agama dan anutan kepercayaan rakyat Malaysia seharusnya menjadi asas kesepakatan berlandaskan nilai murni yang bersifat sejagat. Rakyat Malaysia kini hampir tergelincir ke dalam kawah yang mendidih didorong angkara yang menyebabkan perpecahan dan ketegangan kerana berlainan agama. Tidak sewajarnya ada pertikaian mengenai hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menganuti sistem demokrasi di mana agama Islam menduduki tempat istimewa sebagai agama persekutuan sementara hak agama-agama lain dijamin. Pakatan Rakyat berikrar:
Pendidikan seharusnya bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasad dan intelek. Melalui sistem pendidikan negara, Pakatan Rakyat bertekad untuk menyediakan sebuah sistem pendidikan yang mapan, bermutu dan menjamin peluang yang saksama kepada rakyat. Pakatan Rakyat akan:
Pakatan Rakyat meyakini bahawa dasar-dasar yang mencerminkan penghormatan, pengiktirafan dan pemahaman terhadap status dan potensi wanita dapat menjamin kesejahteraan masa hadapan negara. Hakikat ini kerana wanita mewakili separuh dari penduduk negara, justeru penyertaan mereka dalam proses pembangunan negara tidak boleh diabaikan. Pakatan Rakyat akan:
Hala tuju dan kemakmuran sesebuah negara terletak pada bahu golongan muda sebagai generasi pelapis. Justeru adalah penting agar golongan muda diberikan ruang dan sokongan yang secukupnya agar dapat memenuhi peranan mereka kelak. Pakatan Rakyat akan:
Terdapat peningkatan jenayah dan rasa tidak selamat di negara ini. Walhal rakyat Malaysia seharusnya berhak merasa selamat dan bebas dari ancaman jenayah pada setiap masa. Pakatan Rakyat bertekad memastikan pihak polis diurus, dilatih dan dikawalselia dengan lebih baik untuk menjadikan mereka lebih fokus tentang tanggungjawab utama yakni menentukan setiap kawasan dan rakyat Malaysia berada dalam keadaan aman dan selamat. Pakatan Rakyat akan:
Setiap rakyat Malaysia berhak menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang terbaik pada kos yang berpatutan. Oleh yang demikian, perkhidmatan kesihatan awam sewajarnya diperkasakan secara tuntas, sekaligus menjamin perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat. Pakatan Rakyat akan:
Kepelbagaian adalah hakikat sosio-budaya nasional, yang tercerna daripada kemajmukan masyarakat, bermunculan daripada kaum-kaum utama, suku-suku kaum dan wilayah-wilayah. Oleh itu Pakatan Rakyat mengambil bertanggungjawab untuk memupuk dan mengembangkan potensi kepelbagaian ini di samping menolak sebarang bentuk hegemoni adi-budaya kepada mana-mana sosok budaya yang lain. Ia tidak lain sejajar dengan semangat kemerdekaan negara yang kemudiannya perlu digilap menjadi Muafakat Kebudayaan Baru lanjutan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971). Tiga cabaran utama yang wajar disedari adalah dengan:
Hak negeri-negeri untuk membuat pilihan mengikut kesesuaian sendiri mengenai strategi pembangunan negeri mesti dihormati. Teras kepada hak ini adalah peruntukan kewangan yang secukupnya kepada negeri-negeri berdasarkan sumbangan terhadap persekutuan serta keperluan rakyat. Pakatan Rakyat akan:
Semangat Perjanjian Malaysia 1963 akan dijadikan asas kepada hubungan adil antara Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak. Di samping memulihkan imbangan kuasa yang memihak kepada kerajaan pusat.at sebelah, Pakatan Rakyat berjanji membuat penilaian yang adil dan terbuka mengenai persoalan pokok yang kini menghalang kemajuan politik dan sosioekonomi di kedua-dua negeri di Malaysia Timur. Pakatan Rakyat akan:
Kepimpinan Malaysia di kalangan negara-negara dunia mesti dipertingkatkan. Adalah menjadi matlamat kita untuk merangka satu dasar luar yang berasaskan prinsip keadilan sejagat, penyelesaian melalui perundingan, dialog antara peradaban demi keselamatan, keamanan dan kemakmuran. Pakatan Rakyat akan:
Muat turun versi asal dalam format .pdf:
|
Posted: 25 Dec 2010 02:02 PM PST |
Bagaimana Mengesan Kualiti Handfon Melalui Kod IMEI Posted: 25 Dec 2010 01:56 PM PST Membaca Rahsia IMEI handphone Memasuki era perdagangan bebas kita haruslah berhati-hati dalam membeli sesuatu, terutama barang-barang elektronik, hp khususnya karena sekarang banyak sekali penipuan atau bermunculannya hp-hp black market ataupun mungkin juga hp rekondisi, oleh karena itu diperlukan tips untuk mengetahui apakah hp sebuah hp itu benar-benar asli, dibuat dinegara mana dan tentu saja paling penting adalah kualiinya. Berikut ini sedikit tips untuk mengetahui dinegara mana sebuah hp dibuat serta kualitinya (hanya hp GSM bukan CDMA) : Langkah pertama : cari no imei hp dgn ketik *#06# Setelah kamu mengetikan code tersebut maka akan muncul 15 angka no siri contoh : 434566106789435. Jika angka no tujuh dan delapan adalah angka 02 atau 20 itu berarti hp tersebut dibuat di Asia dengan kualiti yang buruk. Jika angka no tujuh dan delapan adalah angka 08 atau 80 itu berart hp tersebut dibuat Jerman dengan kualiti bagus. Jika angka no tujuh dan delapan adalah angka 01 atau 10 itu berarti hp tersebut dibuat di Finland dengan kualiti bagus. Jika angka no tujuh dan delapan adalah angka 00 itu berarti hp tersebut dibuat di Perancis dengan kualiti paling baik. Dan apabila tidak ada dari salah satu diatas, berarti hp anda tidak tulen dan tidak jelas. Demikian sedikit tip, semoga dapat membantu agar tidak tertipu. |
Kisah ular hitam menunggu mayat Posted: 25 Dec 2010 01:55 PM PST Salam, gambar hiasan Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa'raya,Makkah. Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma'ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna hitam sebesar paha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat mengerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa'raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka). Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu … Subhanallah. Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan solatnya. Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..Mran3238 Wassalam |
Guna Dokumen Palsu APCO "Bunuh" Karekter Anwar Posted: 25 Dec 2010 01:50 PM PST Tindakan pentadbiran Najib Razak mendedahkan dua dokumen semata-mata mahu memastikan bukti tersebut "membunuh" karakter Anwar Ibrahim sebagai tokoh politik negara. Menurut Anwar, tindakan Umno-Barisan Nasional (BN), yang disifatkannya sebagai "hipokrasi" mereka, telah dirancang untuk mendedahkan dua dokumen itu supaya dapat dimainkan oleh media negara ini. "Tindakan Umno-BN mendedahkan dua dokumen tidak lebih daripada usaha agar media memainkan isu itu bagi memastikan tiada penelitian 'bukti' itu yang ia dakwa milik. "Sesiapa yang sudah biasa dengan Umno-BN dalam merancang kempen mencemarkan nama baik sering melibatkan pengeluaran 'bukti-bukti palsu', yang secara semula jadi akan jadi percubaan terakhir oleh media. "Akhirnya, persoalan dasar kembali semula kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kenapa beliau mengelak?" kata beliau dalam satu kenyataan awal pagi ini. Laporan itu menyebut, APCO Worldwide mempunyai seorang pegawai dalam pejabat Najib sejak dari awal pentadbirannya dan pakar-pakar perhubungan awam dari Amerika Syarikat juga turut membantu Najib merancang strategi 100 hari - ia termasuk konsep 1 Malaysia dan juga platform utama dalam pentadbiran Najib selaku Perdana Menteri. "Jika ini benar, Perdana Menteri kemudiannya perlu bersedia untuk menjelaskan isu utama yang lain - sikap tidak bertanggungjawab dalam menggunakan wang cukai rakyat untuk mengupah sebuah syarikat untuk partinya, terutama dengan seorang yang dipersoalkan 'track rekod' yang menggadai keselamatan negara," kata Anwar yang minggu lalu digantung selama enam bulan apabila mendakwa APCO Worldwide, yang berperanan dalam kempen gagasan 1 Malaysia, turut dikaitkan dengan One Israel. Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mendedahkan dua dokumen bagi membuktikan Anwar berbohong apabila mendakwa APCO Worldwide berperanan dalam kempen gagasan 1 Malaysia, yang turut dikaitkan dengan One Israel. Dokumen pertama ialah surat daripada APCO yang membawa kepada penggantungan Anwar dari Parlimen selama enam bulan manakala dokumen kedua pula kenyataan notari berkanun oleh Robert Shrum, konsultan politik, yang membantu menggubal konsep One Israel. Kedua-dua dokumen itu menafikan APCO ada hubungan dengan kempen One Israel Tel Aviv yang diperkenalkan 11 tahun yang lalu. Surat APCO menyebut bahawa firma konsultan perhubungan awam itu dilantik oleh pentadbiran Najib untuk menyediakan sokongan komunikasi sahaja dan tiada apa-apa kaitan dengan soal kempen. Malah katanya, APCO hanya menyediakan khidmat kepada kerajaan Israel dua kali iaitu kali pertama untuk menguruskan persidangan perdagangan dua hari di Washington, DC pada 1987 dan sekali lagi pada 1992 apabila ia mengendalikan kerja-kerja perhubungan awam untuk memperkukuhkan perdagangan antara Amerika Syarikat dan Israel. Selain Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R. Sivarasa (PKR-Subang) turut digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat. Dalam kenyataan hari ini, Anwar juga berkata terdapat banyak aspek yang secara jelas mengesahkan penglibatan APCO Worldwide dalam pentadbiran negara termasuk dalam menyekat hak asasi manusia dan ruang demokrasi yang ada. "YB Tian Chua (Ahli Parlimen Batu) telah menulis dengan terperinci menerusi dua artikel iaitu 'APCO: Askar Upahan Yang Kami Percaya' dan 'APCO dan Najib: Di bawah Pengaruh PR'. Kedua-kedua artikel ini menunjukkan kerjasama APCO dan rejim-rejim yang dianggap boleh memberikan kesan terhadap demokrasi dan kepentingan awam. "Maka, isu ini tidak timbul dengan persoalan yang mudah melalui gagasan 1 Malaysia. Ia disebabkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan dalam menguruskan perbelanjaan wang rakyat (bayar RM77 juta setahun untuk kos perkhidmatan) untuk mendapatkan khidmtan sebuah syarikat perunding imej. "Lebih penting, sikap kurang tanggungjawab Perdana Menteri ini seolah-olah tidak mempedulikan risiko keselamatan yang bakal diterima kemudian," kata beliau yang juga Penasihat PKR. Ketua Umum Pakatan Rakyat itu juga mendakwa Umno-BN sudah merancang sejak dari awal untuk menggantung Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. "Malangnya, Umno-BN tidak pernah bersedia untuk berhadapan dua isu kritikal ini. Ia dilihat bertindak untuk 'membunuh' sejak dari awal lagi yang mana kemuncaknya adalah penggantungan empat ahli Dewan Rakyat baru-baru ini. Ia bertindak di luar norma biasa dan etika termasuk proses biasa membenarkan mana-mana tertuduh membentangkan atau berhujah sebelum keputusan dibuat. "Faktanya saya tidak dibenarkan untuk membentangkan bukti-bukti kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang menjelaskan Perdana Menteri akan mengelak daripada bercakap soal isu-isu dasar kebertanggungjawaban dan kecuaian dalam mendapatkan khidmat APCO. "Akhirnya, Umno-BN buat kali pertama dalam sejarah Dewan Rakyat apabila merancang penggantungan kami tanpa membenarkan kami membuat penjelasan berhubung surat penafian daripad APCO," katanya. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan