Jumaat, 31 Disember 2010

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Kita di sini, lain pesenya.

Posted: 30 Dec 2010 06:09 PM PST


Mahkamah dapati Moshe Katsav terbabit jenayah perkosa, gangguan seksual

BAITULMAQDIS: Bekas Presiden Israel, Moshe Katsav, didapati bersalah semalam atas tuduhan merogol seorang kakitangan kerajaan ketika beliau memegang jawatan Kabinet dan boleh dihukum penjara sehingga 16 tahun.

Dalam kes yang menggemparkan negara itu, Katsav, 65, dituduh memperkosa seorang kakitangan kerajaan ketika beliau memegang jawatan Menteri Pelancongan pada 1998.

Mahkamah Daerah Tel Aviv juga mendapatinya bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan dan melakukan gangguan seksual membabitkan dua lagi wanita yang pernah berkhidmat di pejabatnya ketika beliau Presiden Israel.

Panel tiga hakim yang memutuskan kes juga menyifatkan keterangan Katsav penuh dengan pembohongan, lapor akhbar Haaretz.

Kes Katsav terbongkar pada 2006 apabila beliau yang masih Presiden mengadu bahawa seorang kakitangan kerajaan memeras ugutnya.

Wanita itu kemudian membuat aduan kepada polis, menceritakan serangan seksual ke atasnya dan menyebabkan beberapa lagi wanita turut mengadu kepada pihak berkuasa atas sebab yang sama.

Menurut pendakwaan, Katsav merogol mangsa A selepas memaksa mangsa pergi ke pejabatnya di Kementerian Pelancongan pada 1998.

Beliau juga memaksa mangsa ke sebuah hotel di Baitulmaqdis dan memperkosanya buat kali kedua di bilik tempat penginapan itu.

Kertas pendakwaan juga menuduh Katsav cuba menenangkan mangsa dengan berkata:

"Bertenang, kamu akan sukakannya."

Pendakwa juga menuduhnya mengganggu dua wanita lain ketika masih Presiden termasuk memeluk mereka tanpa izin dan membuat ulasan berbaur seks.

Pada ulang tahun ke-60 Katsav pada 2005, seorang pembantunya yang menawarkan ucapan selamat hari jadi kepadanya.

Katsav dituduh memeluknya, mencium leher mangsa yang mengadu kepada polis. Tertuduh juga cuba memujuk mangsa mengubah keterangannya menyebabkan defendan didakwa cuba menyekat keadilan.

Katsav berkhidmat sebagai menteri dalam beberapa pentadbiran Likud sebelum dipilih sebagai Presiden pada 2000.

Beliau mendakwa menjadi mangsa perangkap politik atas alasan berasal daripada kaum Yahudi Sephardic yang dianggap berstatus rendah di negara Yahudi itu.

Katsav dilahirkan di Iran dan berhijrah ke Israel ketika masih kanak-kanak. – Agensi

Di luar sana, tak kira engkau siapa.... Presiden ke, rakyat biasa ke... kalau kau terbabit dengan kesalahan jer, terutama kesalahan jenayah... kau pasti kena punya. No diskriminasi dalam pendakwaan. Aha... Ke dalam ler ngko!!

Tapi di sini.... lain pesennya. Yang terkena asyik-asyik ikan bilis. Buaya-buaya serta jerung-jerung ternama akan terlepas dan bebas kerana mereka ini species yang dilindungi. Dilindungi oleh sang pemerintah, kerana di sini.... pemerintahnya pun 2X5. Hampir kesemuanya.... rotten to the core. Satu sen tarak guna!!


Pihak penguatkuasa di sini... sesemuanya lelembu yang dibutakan, digemukkan dan dicucuk hidung serta diheret ikut arah mana yang tuan mereka suka. Makan gaji buta. Makan gaji haram.


Sebab tu di sini.... pembunuh, perogol, pencabul, perasuah, perompak, penipu, pelakon porno, kaki pukul.... dalam kalangan pemimpin negara, semuanya tidak diseret ke muka pengadilan. Buktinya obvious dan kukuh sekali tetapi mereka masih bebas. Siasat pun tidak.... nak dakwa, jauh sekali ler.

Mereka ingat, rakyat dan orang luar tak tahu. Weh.... satu dunia tahu. Sebab tu, orang luar hilang keyakinan dengan kerajaan 1Malaysia yang dok ada hari ini, terutama sekali para pelabur asing.


Malangnya, apabila para pelabur asing lari dan cari tempat lain, kerajaan 1Malaysia hari ini, menyalahkan pembangkang pulak!! Yang baik itu, mereka dan yang keji itu, pembangkang.


Itulah sifat sombong dan angkuh mereka.


Sedangkan hakikatnya ialah... yang dah rosak teruk , beyond repair itu ialah mereka. Sebab itu, kerajaan celaka ini perlu kita tukaaarr. Sebagai negara demokrasi... kita beri peluang pula kepada pihak yang lebih baik untuk memerintah dan mengurus tadbir negara. Kalau tak baik juga... tukar lagi. Apa masalahnya?? No problem what??


Masalahnya ialah kerajaan celaka ini. Mereka takut hilang kuasa. Sebab, jika mereka hilang kuasa.... ramai antara mereka akan masuk penjara.


Ha.. ha... ha.. bukan ke mereka ini penjenayah ternama?? Penjenayah yang dilindungi. Kalau mereka kalah dan hilang kuasa, siapa nak melindungi mereka lagi.?? Alamatnya ke-'dalam'-lah mereka.


Sebab itu... kerajaan 1Malaysia ini bukannya mendahulukan rakyat, tetapi... diri dan tengkok mereka saja. Dan sebab itulah, kita... rakyat, kena dulu bertindak dengan membuat perubahan.


Ayuh.... Jom kita tolak mereka masuk ke dalam kubur dalam PRU13 nanti!!

[sumber]

Tiada ulasan: