Ahad, 26 Disember 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Lepas rogol minta amah bersumpah tak buka rahsia pula ... memang Menteri Haramjadah

Posted: 26 Dec 2010 08:33 PM PST

Menteri ini mungkin terselamat daripada pendakwaan berikutan keengganan amah itu mengambil tindakan undang-undang kerana takut dan malu. Malah, saksi yang menemui keluarga amah itu menyatakan bahawa amah itu takut untuk mendedahkan nama menteri itu kerana sudah bersumpah tidak akan membocorkan hal itu dan jika melanggarnya dia akan disumpah tiga keturunan. Apabila menyentuh soal sumpah, kes ini sudah macam kisah Mahsuri. Malah lebih epik daripada sumpah Mahsuri kerana sumpah Mahsuri itu belum terbukti betul atau tidak, tetapi sumpah menteri ini sudah dinyatakan di bawah ini.

Hebat pak menteri ini, sudahlah dirogol amahnya, dimintanya pula amah itu bersumpah untuk tidak membocorkan rahsia itu. Keparat betul!

Seperti yang saya nyatakan sejak beberapa hari ini, bangkai busuk tidak dapat disembunyikan lama-lama kerana baunya akan menusuk hidung orang ramai. Walaupun menteri ini tidak akan didakwa (mungkin. Kita doakan agar amah itu mengubah fikiran dan seterusnya melaporkan perilaku buruk menteri itu kepada pihak polis), namun hal itu tidak menghalang orang ramai mencari gerangan menteri itu.

Yang menariknya, dalam sibuk-sibuk orang bermain teka-teki, sudah banyak blog baik yang mesra BN mahupun mesra Pakatan Rakyat berkias-kias tentang gerangan menteri itu. Ada yang siarkan klu, ada yang sudah berani siarkan gambar. Ada yang geleng kepala apabila berjaya menangkap maksud di balik kiasan-kiasan di internet.

Siapa sangka?

Saya petik:


[HD] Soalan siapakah menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya kini menjadi persoalan paling hangat diperkatakan ekoran pendedahan kembali isu ini oleh WikiLeaks.

Laporan awal Harakahdaily mengenai hal ini telah menjadi berita paling hangat dan paling ramai dibaca oleh pelayar Harakahdaily.

Dalam laporan itu, Harakahdaily melaporkan kembali tulisan pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan dalam blognya mengenai peristiwa seorang menteri merogol pembantu rumahnya pada tahun 2007 lalu.

Namun menteri berkenaan selamat walaupun laporan mengenainya sampai ke Kedutaan Indonesia, Kedutaan Amerika bahkan juga ke pejabat Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Badawi.

Semalam, NGO Tenaganita menyiarkan kembali satu kenyataan akhbar yang pernah dibuat oleh Migrant Care, sebuah badan kebajikan pekerja Indonesia yang mengesahkan kejadian yang berlaku pada tahun 2007 itu.

Kenyataan yang ditandatangani oleh Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director) dibuat pada 1 Ogos 2007.

Dalam kenyataan akhbar itu, Migrant Care berkata, pembantu rumah Indionesia itu bernama Robengah dan ketika itu dia berada di bawah penyeliaan Migrant Care.

Dalam kenyataan itu juga, Migrant Care menamakan RELA sebagai salah satu badan yang sangat dimarahi oleh warga Indonesia walaupun Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik.

Satu blog popular, Tukartiub juga kini memainkan sentimen siapakah perogol bertaraf menteri itu?

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan, menteri berkenaan telah bersara namun menurut maklumat terbaru, dia masih berada dalam kebinet kerajaan Malaysia sekarang.

Sementara itu, Country Director Migrant Care, Alex Ong (gambar) ketika dihubungi Harakahdaily hari ini mengesahkan kejadian itu.

"Beliau dirogol pada 19 Februari 2007 di Kuala Lumpur. Kemudiannya dihantar balik ke Indonesia pada 20 Februari 2007," kata Alex kepada Harakahdaily.

Selepas mendapat maklumat dari orang ramai, kata Alex, Migrant Care telah menjejak mangsa ini ke kampungnya yang terletak di Banjar Negara, Jawa Tengah.

"Dua kakitangan kami telah menemui dan mewawancara beliau pada 23 Julai 2007 di Banjar Negara," kata Alex lagi. Migrant Care kemudiannya telah mengeluarkan kenyataan media pada 1 Ogos 2007.

Ketika ditanya, apa berlaku selepas itu, Alex memberitahu, tindakan susulan tidak boleh diambil kerana wanita berkenaan tidak mahu diganggu kerana tidak mahu malu dan juga akibat dari ketakutan.

"Dia telah diminta bersumpah untuk tidak memecahkan rahsia itu jika tidak akan disumpah tiga keturunan," cerita Alex kepada Harakahdaily. - Zulkifli Sulong

P/s: Kenyataan media Migrant Care turut menyatakan tentang menteri yang berasal dari Kedah turut didakwa merogol amahnya sekitar tahun 2005. Siapa menteri itu?
MS : Inilah salah satu sebab yang masing-masing nak sangat jadi menteri ka timb menteri ka s/u parlimen ke sebab depa ni ada satu macam imuniti, kebal tak makan saman - mamang haramjadah sungguh depa ni. Buat lah apa pun boleh di tutup, dilenyapkan macam tu saja. Tapi sebenarnya depa ni masing-masing macam hang jaga aku, aku jaga hang la, sebab masing-masing ada kes, jangan kata anak buahnya, yang bapanya pun macam semua orang dah tau kes lagi besar, kalau setakat tangkap khalwat di PD tu kecik jer .... tapi yang aku hairan nya kes ni terjadi masa zaman pak lah - setakat yang aku tau pak lah ni bersih la - tapi pasai apa pak lah nak tutup pula?
Syok o jadi menteri di Malaysia ni - rogol orang bunuh orang tepuk pungkoq orang, ambik bini orang semua boleh lepas ..... Jom kita ramai-ramai jadi Menteri ..... hahahahahahaha

Bila pagar makan padi - Prof Aziz Bari

Posted: 26 Dec 2010 08:22 PM PST

- ABDUL AZIZ BARI

Minggu lepas saya menulis mengenai perlembagaan yang lumpuh. Sebelum itu saya menulis tentang perlembagaan tidak diisi. Saya katakan kedua-duanya sama saja kerana dalam kedua-dua senario itu, perlembagaan tidak efektif dan oleh kerana itu timbullah suasana kelam kabut. Kita semua maklum di mana-mana pun suasana kelam-kabut itu timbul kerana dua sebab; sama ada tidak ada peraturan atau kerana peraturan tidak diikut atau tidak dihormati. Macam keadaan di jalan raya dan lebuh raya kita.

Berbalik perlembagaan ia adalah undang-undang utama yang juga undang-undang tertinggi. Undang-undang menjadi penanda aras untuk semua; baik kerajaan, Parlimen atau rakyat atau siapa saja.

Meskipun begitu perlembagaan hanyalah sebuah dokumen. Ia bukan sebuah lampu ajaib sebagaimana dimiliki Aladin. Ini bermakna untuk menghidupkan segala peraturan dan nilai yang terkandung di dalam perlembagaan itu kita semua perlu komited dengannya. Perlembagaan Persekutuan, melalui Seksyen 1 Jadual Keenam mewajibkan hakim-hakim berikrar untuk "memelihara, melindungi dan mempertahankan" perlembagaan. Anggota Kabinet dan Ahli-ahli Parlimen juga diminta berbuat demikian.

Prosiding di Parlimen telah pun diatur oleh Perlembagaan. Sama ada secara langsung melalui peruntukan di bawahnya atau melalui Perintah Tetap yang dibuat Parlimen atas autoriti Perlembagaan. Jika begitu mengapa berlaku kekecohan berlaku di Parlimen selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim digantung pada 2 Disember lalu?

Sudah pasti di sana ada peruntukan atau amalan yang telah termaktub sekian lama dilanggar atau tidak dipedulikan. Pihak Barisan Nasional (BN) menyebut kuasa mutlak speaker. Mereka begitu emosional sehingga Datuk Seri Nazri Aziz sampai ke tahap memperbodohkan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat khususnya Karpal Singh yang mewakili Anwar.

Memang kuasa speaker, sebagaimana juga prosiding dalam dewan, tidak boleh dibawa ke mahkamah. Tetapi yang jadi masalah di sini ialah apa yang berlaku di Perak: mahkamah memutuskan prosiding dalam Dewan dan kuasa speaker boleh dibawa ke mahkamah. Alasan yang diberikan ketika itu ialah perlembagaan ialah undang-undang tertinggi dan dewan berada di bawah perlembagaan.

Tafsiran yang betul ialah mahkamah tidak boleh campur urusan Dewan kerana itulah yang disebut oleh Perlembagaan. Dan undang-undang ini sebenarnya telah pun dipakai mahkamah sebelum berlaku krisis politik di Perak pada 2009. Sebagaimana dalam soal kedudukan menteri besar, mahkamah dengan tiba-tiba memberi tafsiran baru yang menyebabkan undang-undang kita jadi tunggang-langgang. Suka saya menyebut di seluruh Komanwel, termasuk di Amerika Syarikat, undang-undang yang betul ialah Dewan mempunyai kedudukan dan autonomi yang tidak diganggu oleh mahkamah. Betul atau tidak keputusan itu mahkamah tidak akan campur.

BN cuba membawa balik undang-undang asal. Malam Selasa lepas Nazri muncul dalam televisyen untuk menghujah kedudukan itu. Saya tidak pasti apa yang Barisan akan buat selepas ini kiranya isu kerusi BN yang terbatal dalam DUN Kedah – yang juga menyentuh kuasa speaker – timbul lagi.

Di negara-negara maju seperti United Kingdom soal-soal seperi kuasa speaker ini tidak jadi isu. Semua orang terima dan hormat. Hanya negara-negara seperti Malaysia sahaja orang bergaduh tentang kuasa speaker. Dan sebelum ini kita sudah menyaksikan begitu ramai Ahli Parlimen digantung: Fan Yew Teng, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Fong Po Kuan dan Gobind Singh. Cuma apabila yang terkena itu Zambry, lain pula undang-undangnya. Tetapi apabila yang terkena Anwar, Karpal, Sivarasa dan Azmin kita diminta menerima undang-undang asal.

Di negara-negara parlimennya bertaraf dunia apa dibincangkan ialah apakah benar Apco yang dikatakan ada hubungan dengan regim Yahudi itu benar-benar mempunyai peranan dalam pembentukan slogan 1Malaysia? Untuk itu Anwar perlu diberi ruang untuk mengemukakan bukti yang ada padanya. Kita perlu ingat, dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan memerintah adalah milik Dewan. Dengan itu ia perlu menjawab soalan Dewan. Sebab itu adalah salah bagi Dewan menafikan ruang untuk Anwar bercakap.

Dari segi politik penafian itu menggambarkan yang BN tidak berani berhadapan dengan kenyataan. Dan ini pelik kerana Barisan masih mempunyai majoriti dalam Dewan. Kalau apa yang dikatakan Anwar itu benar sekalipun apa yang BN hendak takutkan? Dalam sistem kita majoriti adalah segala-galanya.

* Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang selama lebih 21 tahun

Tauke 'Playboy' yang memang playboy

Posted: 26 Dec 2010 04:36 PM PST


HEFNER diapit pasangan kembar Kristina dan Karissa (kiri) serta Crystal.

HOLLYWOOD: Pemilik syarikat penerbitan majalah Playboy, Hugh Hefner memang terkenal kerana hubungannya dengan ramai wanita selama ini dan baru saja bercerai dengan isteri keduanya pada Mac lalu.

Namun, Hefner dikhabarkan sudah jatuh cinta kembali dan mengumumkan dia bersedia untuk berkahwin lagi, semalam. Taikun berusia 84 tahun itu memberitahu dalam blog Twitternya malam semalam yang dia dan teman wanitanya, Crystal Harris, 24, sudah pun bertunang.

Pada awal pagi Krismas kelmarin, dia menulis: "Selepas menonton wayang malam semalam, Crystal dan saya bertukar hadiah. Saya memberi Crystal sebentuk cincin pada malam Krismas yang benar-benar tidak dapat dilupakan.

Hefner turut menambah: "Ketika saya memberi Crystal cincin itu dia menangis. Ini adalah perayaan Krismas paling bahagia."

Untuk mengelak sebarang kekeliruan dia juga menulis: "Ya, cincin yang saya berikan kepada Crystal itu ialah cincin pertunangan. Saya tidak bermaksud untuk mewujudkan misteri mengenainya. Selamat Hari Krismas."

Crystal dilahirkan di Arizona oleh pasangan rakyat British dan kembali ke United Kingdom selepas kelahirannya. Namun, dia pulang semula ke Amerika Syarikat dua tahun kemudian dan menetap di San Diego, California.

Ketika belajar bidang psikologi di Universiti San Diego dia mula membabitkan diri dalam bidang peragaan dan mendapat perhatian majalah Playboy.

Dia bertemu Hefner pada perayaan Halloween 2008 dan mula menjalin hubungan dengan taikun itu pada Januari 2009 ketika Hefner masih berpacaran dengan peragawati kembar Kristina dan Karissa Shannon.

Bagaimanapun, Hefner mengakhiri hubungannya dengan kembar berkenaan Januari lalu dan sejak itu hanya setia dengan Crystal. - Agensi

2 Polis 'kaki pukul' ditahan

Posted: 26 Dec 2010 05:04 AM PST

Dua Anggota Polis Ditahan Kerana Disyaki Pukul Seorang Lelaki

KUALA LUMPUR: Dua anggota polis, dipercayai memukul seorang lelaki yang ditahan semasa sekatan jalan raya kerana disyaki membawa dadah Sabtu lepas, ditahan, Ahad.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata kedua-dua anggota berpangkat konstabel serta berumur 25 dan 27 tahun dari Balai Polis Kota Damansara itu ditahan selepas kawad cam oleh lelaki berkenaan semalam.

"Dalam kawad cam itu, enam orang telah dibuat kawad cam dan dari jumlah itu, dua telah ditahan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Beliau berkata sebelum itu, satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat laporan yang dibuat mangsa berhubung kejadian tersebut.

"Polis melihat kes ini adalah serius dan wujudnya penyalahgunaan kuasa di kalangan anggota polis, dan tiada sebarang diskriminasi jika mereka bersalah," katanya.

Bagaimanapun, Tun Hisan berkata siasatan mendapati terdapat elemen palsu dalam laporan polis lelaki tersebut.

"Selepas itu, satu laporan telah dibuat oleh pasukan itu tentang laporan lelaki tersebut yang dipercayai mempunyai elemen palsu.

"Seramai 20 orang telah direkodkan percakapannya, termasuk doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap lelaki itu, polis yang ditahan serta orang awam," katanya.

Beliau berkata penahanan kedua anggota polis yang berkhidmat selama empat tahun itu bukan bermakna mereka bersalah tetapi bagi membantu siasatan, dan mereka akan ditahan reman mulai Isnin.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Sabtu lepas, seorang lelaki mendakwa dipukul beberapa anggota polis ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di Petaling Jaya Utara kerana disyaki membawa dadah, dan wangnya sebanyak RM13,000 telah diambil anggota polis tersebut.- BERNAMA

1Malaysia : Najib bercakap macam la rakyat Malaysia ni bodoh sangat

Posted: 26 Dec 2010 04:30 AM PST

1Malaysia BUKAN alat propaganda politik??
Najib bercakap macam la rakyat Malaysia ni bodoh sanagt ..
KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri (PM) bahawa slogan 1Malaysia bukan alat propaganda politik BN tetapi wadah penyatuan membina masyarakat amat menggelikan hati, kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin

Beliau berkata, sebaiknya PM (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengarahkan syarikat yang membolot kontrak mencetak kain rentang dan banting slogan ini menarik balik semula kain rentang dan banting yang telah mereka cetak dan pasang.

Jika tidak, katanya ia akan menunjukkan PM menipu dalam terang.

"Rakyat melihat dengan jelas bagaimana lambang BN terpapar pada setiap banting yang dipasang.

"Gambar PM yang jauh lebih besar dari jalur gemilang juga menjengkelkan mata.

"Nasihat saya baik tarik semula sebelum diketawakan anak-anak.

"Apapun, isu yang lebih penting yang PM atau TPM harus jelaskan kepada rakyat ialah; jika benar ia adalah alat penyatuan dan bukan propaganda UMNO-BN mengapa perkara ini tidak pernah dibincang dan dibahaskan dalam parlimen?

"Mengapa ia tidak dimasukkan di dalam bajet Negara sedangkan bayaran bagi menghasilkan slogan "indah" ini mencecah RM100 juta.

"Mengapa hanya setelah Ketua Pembangkang membangkitkan perkara ini dengan kaitan kepada penglibatan APCO barulah Parlimen membahaskannya?

"Itupun bukan untuk membahaskan kewujudannya, bayaran ke atasnya, mahupun matlamat mewujudkannya tetapi mahu menghukum Ketua Pembangkang kerana mengetengahkannya," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Faekah berkata, sebarang perkara untuk kebaikan rakyat majmuk di Negara ini khusus perpaduan, pasti mendapat sokongan hatta dari Ahli Parlimen pembangkang.

Namun persoalannya, ini tidak di lakukan dan seluruh proses kewujudan 1Malaysia ini cuba dirahsiakan. - FMT

Rumah 1Malaysia - Inilah yang dinamakan Rakyat didahulukan

Posted: 26 Dec 2010 02:28 AM PST


Ini lah yang dikatakan "Rakyat didahulukan ......"
Ubahsuai rumah najib RM65 juta ... ubahsuai saja tau, bukan bikin baru

Tapi ada siapa yang ambil tahu kehidupan saudara Azman bersama isteri dan 6 anaknya di sini.?
Mana menteri besar dia, menteri lucah, menteri suka tunjuk pungkoq kt depan publik?

Gambar ini diambil semasa lawatan YB Fuziah Salleh MP Kuantan kerumah ni - ... aku tak tau dimana tempat sebenarnya ... gambar ini aku dapat dari twitpix YB Fuziah ..

macam ni ke najib yang hang kata Rakyat didahulukan? Masing-masing melalak tak tentu pasal bila Selangor melarang penggunaan logo 1Malaysia di papan-papan iklan di seluruh Selangor ... memang patut diharamkan kerana tak memberi sebarang impak secara langsung kepada rakyat melainkan untuk tujuan politik umno.

Untuk YB Fuziah, harap dapat lakukan sesuatu untuk kelaurga Azman ini, agar hidup mereka sedikit berubah ... kalau nak tunggu umNO, kena lah tunggu kalau-kalau ada PRK, kalau PRU jangan harap lah ...

Ali Rustam yang suka berhutang

Posted: 26 Dec 2010 01:44 AM PST

PAS tegur Ali suka berhutang

Ahmad Danial

MELAKA, 26 Dis: Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Ramli Dalip membidas sikap kerajaan negeri Melaka yang suka berhutang bagi menjalankan projek-projek pembangunan di negeri ini.

Ramli berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak menjalankan projek-projek mega kerana hasil negeri tidak dapat menampung hutang yang telah meningkat dari RM441.76 juta pada 2008 kepada RM587.3 juta pada tahun 2009.

"Semua projek besar kerajaan negeri ditampung dengan pinjaman dari kerajaan pusat dan ianya tidak dapat dijelaskan oleh kerajaan negeri sehingga hutang negeri meningkat dari sehari ke sehari.

"Ternyata kerajaan negeri hanya pandai menjalankan projek pembangunan tetapi tidak pandai mencari dana sendiri untuk membiayai projek-projek teresebut, malah lebih malang lagi projek-projek tersebut tidak berdaya maju sehingga sesetengahnya menanggung kerugian bernilai jutaan ringgit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Ramli, banyak projek-projek mega yang tidak sepatutnya dijalankan antaranya projek monorel, Eye On Malaysia, Litar Go-Kart dan lain-lain yang kesemuanya menemui kegagalan.

Ramli berkata demikian ketika diminta komen tentang kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam media 2 hari lepas di mana menurutnya Melaka memerlukan RM2 bilion lagi muncul sebagai negeri bandar yang pertama di negara ini.

Ali dilaporkan berkata, berkata wang RM2 bilion itu diperlukan untuk membina jalan 4 lorong menghubungkan Melaka dengan Johor dan Negeri Sembilan.

"Kita pun tidak faham apa maksud negeri bandar yang dinyatakan oleh Ali. Sama seperti kita tidak faham tentang apakah benar Melaka Negeri Maju 2010 sedangkan EACD sendiri tidak mengiktirafnya.

"Apakah Ali mahu menipu rakyat Malaysia dan Melaka sekali lagi sepertimana beliau menipu tentang status Melaka Maju 2010?" soal Ramli.

Nampaknya, kata beliau, ketua menteri itu tidak serik-serik untuk berhutang lagi dengan kerajaan pusat walaupun hutang negeri Melaka seperti dalam laporan Ketua Audit Negara 2009 telah mencecahkan RM500 juta lebih.

Katanya, memang jelas kerajaan negeri Melaka hanya pandai berhutang tetapi tidak tahu membayarnya kerana apa yang penting bagi mereka ialah projek banyak maka ianya menguntung orang tertentu -HD

Tiada ulasan: