Khamis, 23 Disember 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


6 polis termasuk 2 Inspektor ditahan kerana merompak ... ini sudah bagus

Posted: 23 Dec 2010 09:10 PM PST

Cops held for 'robbing' foreigner's home .

Fri, 24 Dec 2010 12:50 . .By Teoh El Sen

PETALING JAYA: Six policemen, including two inspectors, were arrested after they allegedly carted away RM12,000 in cash and eletcronic appliances from a house in Puchong Indah here.

Sources told FMT that the house was being rented by a foreigner.

The six policemen, from the Subang Jaya district headquarters, had stopped the foreigner's car in Puchong Indah last Thursday.

The foreigner, who suspected that the plainclothes policemen were robbers, had ditched his car and fled on foot.

"The policemen then found the man's house keys after rummaging through his car and subsequently went to the man's house," said the source.

"They then left with cash and eletronic appliances worth around RM12,000," he added.

When the foreigner returned and found his house ransacked, he lodged a police report which led to the arrest of the six.

The six policemen, who are from the commercial crimes department, had since been released on police bail pending investigations.

However, senior police officers, including Selangor CID chief SAC II Mohd Adnan Abdullah, had denied that such an incident happened.

Mohd Adnan said he had yet to be informed of such a case - FMT
MS: Aku tak nak kata apa-apa lagi la sebab Ketua CID sendiri dah nafikan ... mana ada polis nak pi merompak, pembohong lah ... hahaha. cepat jer dia nafikan. Ini lah sikap polis dalam pentadbiran BN dari dulu sampai sekarang. Kalau sebelah depa semua betul, semua baik, seolah-olah polis ni teramat baik, tembak orang pun masih baik lagi.
So tentang 6 makhluk diatas yang ditangkap tu, kalau ya depa buat, memang HARAMJADAH la, ... tapi sebenarnya memang dah lama orang ramai terutama di pihak pembangkang MEMBENCI perangai polis ...

Fitnah Zina Adun Selinsing : PAS Kelantan akan saman blog

Posted: 23 Dec 2010 08:33 PM PST

KOTA BHARU, 24 Dis: PAS Kelantan sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web, blog dan individu yang menyebar dan terlibat dalam penyebaran fitnah terhadap Adun Selising, demikian dijelaskan oleh Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr Muhammad Fadzli Hassan.

Beliau berkata tindakan pihak yang menyebarkan fitnah tersebut merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan seharusnya diambil tindakan.

"Kita sedar, PRU sudah semakin hampir dan dengan kemudahan internet serta teknologi moden, pihak yang tidak bertanggungjawab akan menggunakan bahan ini untuk membuat dan menyebarkan fitnah kepada kita dan ia akan dipantau"ujar beliau.

Dr.Muhammad Fadzli juga berkata umno-BN kini sudah tidak mampu untuk berlawan secara ideologi maka kaedah fitnah melalui " Character assassination" digunakan.

Menurut beliau lagi pelbagai fitnah dilemparkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kini PAS juga telah dijadikan mangsa fitnah mereka.

"PAS ingin mengingatkan rakyat agar tidak mudah termakan fitnah yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab"Kata beliau lagi.

Semalam Harakahdaily melaporkan cabaran yang dibuat oleh Adun Selising Drs.Saipul Bahrin Mohamad terhadap mana-manap pihak yang menyebarkan fitnah membawa bukti dalam kes "berzina" tersebut - HD

PRK Tenang - 22 Jan Penamaan Calon ... Hari mengundi pada ...

Posted: 23 Dec 2010 07:44 PM PST

SPR baru sebentar tadi telah menetapkan bahawa hari penamaan calon PRK Tenang akan di adakan pada hari Sabtu 22 Januari 2011 dan sekiranya ada pertandingan hari pembuangan undi akan diadakan pada Ahad 30 Januari 2011.

APCO - Kenapa Najib Razak mengelak - DSAI

Posted: 23 Dec 2010 07:41 PM PST

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerang balik dengan mendakwa tindakan pentadbiran Najib mendedahkan dua dokumen kelmarin semata-mata mahu memastikan bukti tersebut "membunuh" karakter beliau sebagai tokoh politik negara.

Menurut Anwar, tindakan Umno-Barisan Nasional (BN), yang disifatkannya sebagai "hipokrasi" mereka, telah dirancang untuk mendedahkan dua dokumen itu supaya dapat dimainkan oleh media negara ini.

"Tindakan Umno-BN mendedahkan dua dokumen tidak lebih daripada usaha agar media memainkan isu itu bagi memastikan tiada penelitian 'bukti' itu yang ia dakwa milik.

"Sesiapa yang sudah biasa dengan Umno-BN dalam merancang kempen mencemarkan nama baik sering melibatkan pengeluaran 'bukti-bukti palsu', yang secara semula jadi akan jadi percubaan terakhir oleh media.

"Akhirnya, persoalan dasar kembali semula kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kenapa beliau mengelak?" kata beliau dalam satu kenyataan awal pagi ini sambil merujuk kepada laporan The Malaysian Insider bertarikh 28 Julai 2009 yang tidak pernah dinafikan Najib berhubung isu mendapatkan khidmat perunding imej APCO Worldwide.

Laporan itu menyebut, APCO Worldwide mempunyai seorang pegawai dalam pejabat Najib sejak dari awal pentadbirannya dan pakar-pakar perhubungan awam dari Amerika Syarikat juga turut membantu Najib merancang strategi 100 hari — ia termasuk konsep 1 Malaysia dan juga platform utama dalam pentadbiran Najib selaku Perdana Menteri.

"Jika ini benar, Perdana Menteri kemudiannya perlu bersedia untuk menjelaskan isu utama yang lain — sikap tidak bertanggungjawab dalam menggunakan wang cukai rakyat untuk mengupah sebuah syarikat untuk partinya, terutama dengan seorang yang dipersoalkan 'track rekod' yang menggadai keselamatan negara," kata Anwar yang minggu lalu digantung selama enam bulan apabila mendakwa APCO Worldwide, yang berperanan dalam kempen gagasan 1 Malaysia, turut dikaitkan dengan One Israel.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mendedahkan dua dokumen bagi membuktikan Anwar berbohong apabila mendakwa APCO Worldwide berperanan dalam kempen gagasan 1 Malaysia, yang turut dikaitkan dengan One Israel.

Dokumen pertama ialah surat daripada APCO yang membawa kepada penggantungan Anwar dari Parlimen selama enam bulan manakala dokumen kedua pula kenyataan notari berkanun oleh Robert Shrum, konsultan politik, yang membantu menggubal konsep One Israel.

Kedua-dua dokumen itu menafikan APCO ada hubungan dengan kempen One Israel Tel Aviv yang diperkenalkan 11 tahun yang lalu.

Surat APCO menyebut bahawa firma konsultan perhubungan awam itu dilantik oleh pentadbiran Najib untuk menyediakan sokongan komunikasi sahaja dan tiada apa-apa kaitan dengan soal kempen.

Malah katanya, APCO hanya menyediakan khidmat kepada kerajaan Israel dua kali iaitu kali pertama untuk menguruskan persidangan perdagangan dua hari di Washington, DC pada 1987 dan sekali lagi pada 1992 apabila ia mengendalikan kerja-kerja perhubungan awam untuk memperkukuhkan perdagangan antara Amerika Syarikat dan Israel.

Selain Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R. Sivarasa (PKR-Subang) turut digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Dalam kenyataan hari ini, Anwar juga berkata terdapat banyak aspek yang secara jelas mengesahkan penglibatan APCO Worldwide dalam pentadbiran negara termasuk dalam menyekat hak asasi manusia dan ruang demokrasi yang ada.

"YB Tian Chua (Ahli Parlimen Batu) telah menulis dengan terperinci menerusi dua artikel iaitu 'APCO: Askar Upahan Yang Kami Percaya' dan 'APCO dan Najib: Di bawah Pengaruh PR'. Kedua-kedua artikel ini menunjukkan kerjasama APCO dan rejim-rejim yang dianggap boleh memberikan kesan terhadap demokrasi dan kepentingan awam.

"Maka, isu ini tidak timbul dengan persoalan yang mudah melalui gagasan 1 Malaysia. Ia disebabkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan dalam menguruskan perbelanjaan wang rakyat (bayar RM77 juta setahun untuk kos perkhidmatan) untuk mendapatkan khidmtan sebuah syarikat perunding imej.

"Lebih penting, sikap kurang tanggungjawab Perdana Menteri ini seolah-olah tidak mempedulikan risiko keselamatan yang bakal diterima kemudian," kata beliau yang juga Penasihat PKR.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu juga mendakwa Umno-BN sudah merancang sejak dari awal untuk menggantung Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

"Malangnya, Umno-BN tidak pernah bersedia untuk berhadapan dua isu kritikal ini. Ia dilihat bertindak untuk 'membunuh' sejak dari awal lagi yang mana kemuncaknya adalah penggantungan empat ahli Dewan Rakyat baru-baru ini. Ia bertindak di luar norma biasa dan etika termasuk proses biasa membenarkan mana-mana tertuduh membentangkan atau berhujah sebelum keputusan dibuat.

"Faktanya saya tidak dibenarkan untuk membentangkan bukti-bukti kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang menjelaskan Perdana Menteri akan mengelak daripada bercakap soal isu-isu dasar kebertanggungjawaban dan kecuaian dalam mendapatkan khidmat APCO.

"Akhirnya, Umno-BN buat kali pertama dalam sejarah Dewan Rakyat apabila merancang penggantungan kami tanpa membenarkan kami membuat penjelasan berhubung surat penafian daripad APCO," katanya

Penang Port milik Syed Mokhtar -

Posted: 23 Dec 2010 06:08 PM PST

Feri yang aku selaku naik dulu dengan tambang hanya 4 kupang ... lepas ni tak tau lah pula berapa Syed Mokhtar nak kenakan?


MS ; Maknanya Kerajaan P. Pinang melepas lah yer, kerana kalau tak silap aku, Guan Eng juga ada kemukan permohonan untuk kuasai Penang Port dari kerajaan persekutuan. Walau pun aku rasa perminataan Guan Eng agak susah sikit nak dilayan, kerana dasarnya sebagai kerajaan pembangkang, tapi aku tak nak cakap apa-apa lagi lah masu tu. Dan masa tu juga aku dah agak yang Penang Port akan ke tangan Syed Mokhtar berdasarkan latarbelakang beliau yang sebelum ini dah pun miliki PTP (Pelabuhan Tanjung Pelepas) dan Johor Port ... so hari ni terbukti lah hanya kroni-kroni yang diutamakan ...


Aku masih ingat, masa zaman kecik-kecik dulu aku selalu ke 'Tanjung', tambang feri masa tu hanya 4 kupang (40 sen). Zaman orang ke Mekah masih menggunakan kapal laut. ... Tapi lepas ni aku tak tau lah pulak berapa harga tambang feri Syed Mokhtar nak kenakan ... yang pasti tambang akan naik lah - sapa yang kena? Rakyat lah .... alasan senang saja ... taraf perkhidmatan feri diperbaiki, dipertingkatkan.
Ni pula cerita pasai Johor Port, Pasir Gudang. Aku masuk sana sebab ada miting depo syarikat aku. Tak pernah masuk sebelum ini. Bila nak masuk mesti lah kena ada pas pelawat .... yang menghairankan aku, nak ambik pas pelawat pun kena bayar RM1? ... Memang lah apa ada hal dengan RM1 tu, lagi pun RM1 aku tu akan dibayar balik oleh syarikat ... tapi cara depa 'menyamun' tak nampak, sebab kecik nilainya, orang tak kisah pun ... tapi bagi aku memang tak masuk akal caj tu ...


Tapi sebagai rakyat/pengguna apa yang kita boleh buat? Kita terpaksa menerimanya ... Ini lah dasar pengswastaan ... Untuk memperkayakan kroni ... hah ambik engkau .... hahahaha

Syed Mokhtar luaskan rangkaian, kuasai Pelabuhan Pulau Pinang
Oleh Jahabar Sadiq
December 24, 2010

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Tokoh perniagaan berpengaruh, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, yang rapat dengan pentadbiran Najib berjaya dalam "rebutan" memiliki Penang Port Sdn Bhd (PPSB), sekali gus menjadikan pelabuhan utara itu menjadi entiti baru dalam operasi logistik maritimnya.

The Malaysian Insider difahamkan Kabinet telah meluluskan penjualan PPSB pada mesyuarat mingguannya minggu ini meskipun menerima bidaan berdaya saing daripada ahli-ahli perniagaan utama yang lain dan juga kerajaan Pulau Pinang sendiri, pemilik tanah pelabuhan itu.

"Kabinet telah memutuskan keputusan yang memihak Syed Mokhtar," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Syarikat Syed Mokhtar akan membeli pengendali pelabuhan dan juga perkhidmatan feri antara George Town dan Butterworth.

Bagaimanapun tidak pasti harga yang kerajaan pusat bersetuju tetapi sumber memberitahu bahawa ia akan dimuktamadkan dalam waktu terdekat.

Tokoh perniagaan berpengaruh ini sudah pun memiliki Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor menerusi MMC Corp Bhd, di mana kerjasama dengan Gamuda Bhd juga dinamakan sebagai Project Delivery Partner bagi pembangunan MRT RM36 bilion di Kuala Lumpur.

Awal bulan ini, The Malaysian Insider melaporkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang juga menunjukkan minat mahu mengambil alih PPSB daripada Putrajaya, yang dilaporkan menerima beberapa tawaran menguasai pelabuhan utara Semenanjung ini yang mempamerkan keuntungan sejak kebelakangan ini.

The Malaysian Insider difahamkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah mengemukakan bidaan kepada pemilik PPSB — Kementerian Kewangan baru-baru ini.

Selain Syed Mokhtar, turut menunjukkan minat ialah Datuk Siew Ka Wai, yang juga rapat dengan pentadbiran Najib.

PPSB memperoleh keuntungan selepas cukai sebanyak RM77.74 juta pada tahun lalu, meningkat daripada RM22.70 juta yang dicapai pada 2008 meskipun pulangan merosot kepada RM268.54 juta berbanding RM277.04 juta pada 2008.

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan Lim pula merupakan pesaing kepada kerajaan pusat Barisan Nasional (BN), yang baru-baru ini melantik Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai pengerusi badan kawal selia pelabuhan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC).

PPC mengeluarkan lesen kepada PPSB untuk mengendalikan pelabuhan itu yang diswastakan pada 1 Januari 1994 iaitu ketika Pulau Pinang ditadbir oleh BN.

Kepimpinan pentadbiran kerajaan negeri berubah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Sumber-sumber memberitahu bahawa Syed Mokhtar menjadi pilihan kerana syarikatnya sudah pun menguruskan beberapa pelabuhan dan lapangan terbang meskipun Siew berminat untuk membeli PPSB menerusi Ancom Logistics Bhd, yang pengerusinya ialah Datuk Abdul Latif Abdullah, yang pernah menjadi pengerusi PPSB.

Sumber-sumber kerajaan negeri sebelum ini pernah memberitahu bahawa Lim mampu membawa sejumlah ahli perniagaan dan pakar untuk menguruskan PPSB yang kini memerlukan dana bagi mendalamkan saluran pelabuhan itu dan memodenkan dermaga.

Rakan-rakan Lim dari DAP memberitahu Parlimen pada 24 November lalu bahawa Putrajaya seharusnya tampil menjelaskan sama ada Syed Mokhtar telah membeli pengurusan PPSB, yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin Umno, antaranya Pengerusi PPSB Datuk Seri Dr Hilmi Yahya dan pengarah urusannya Datuk Ahmad Ibnuhajar.

Konglomerat Syed Mokhtar diberikan lesen penyedia rangkaian 4G baru-baru ini manakala satu lagi subsidiarinya berminat untuk mendapatkan Lebuh Raya Utara-Selatan.

Ahli Parlimen DAP Tony Pua mengemukakan persoalan di Dewan Rakyat bulan lalu berhubung pengambilalihan PPSB oleh Syed Mokhtar dan menuntut penjelasan sepenuhnya daripada kerajaan mengenai proses penswastaan.

Wakil rakyat Petaling Jaya Utara ini menekankan bahawa operasi pelabuhan itu diselubungi salah guna dan penyelewengan sebagaimana disebutkan oleh Laporan Audit Negara 2009 dan akan disiasat oleh oleh Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara dalam dua minggu ini.

Dengan merujuk kepada laporan spekulatif Business Times Singapura Oktober lalu, Pua berkata, jika pengambilalihan menjadi kenyataan, ia akan menjadi satu lagi tindakan bertentangan dengan banyak janji kerajaan yang mahu bertindak telus dan penuh akauntabiliti, yang dijanjikan oleh Model Baru Ekonomi (MBE) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pua juga menggambarkan langkah itu sebagai satu lagi proses penswastaan "ala-Dr Mahathir" dan mempersoalkan mengapa kerajaan tidak mengadakan tender terbuka bagi pembida terbaik membangunkan pelabuhan tersebut. - TMI

"Tolong belikan ayah topup RM30, ini nombor baru ayah, ayah ada masalah di balai polis ..."

Posted: 23 Dec 2010 04:56 PM PST

KUALA LUMPUR - "Tolong belikan ayah 'top up' (tambah nilai) RM50. Ini nombor baru ayah 017*******, ayah ada masalah di balai polis. Tak payah dulu telefon, nanti ayah telefon, cepat sikit."

Demikian taktik terbaru sindiket penipuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang giat menipu mangsa.

Seorang penerima SMS tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Zirman, 30, memberitahu, dia terkejut selepas membaca SMS yang menunjukkan seolah-olah bapanya berada dalam kecemasan.

"Mula-mula baca SMS tersebut, saya panik kerana bimbang sesuatu berlaku pada ayah. Saya pun terus ke kedai dan membuat tambah nilai pada nombor diberikan.

"Namun, selepas membuat tambah nilai ayah saya masih tidak telefon seperti dijanjikan," katanya.

Menyedari sesuatu yang pelik, dia akhirnya menghubungi nombor yang diberikan dalam SMS tersebut namun, tidak ada jawapan.

"Saya hubungi pula nombor asal ayah saya, bila saya tanya apa yang berlaku di balai polis tadi, ayah kata tiada apa-apa yang berlaku," katanya.
MS: Aku hampir bergaduh dengan isteri bila msg yang sama aku terima buat pertama kali kira-kira 2 minggu lalu, Ayah mana pula? Padahal ayah aku dah lama meninggal ... jadi aku abaikan saja SMS tersebut, mungkin ada orang tersilap hantar. Selepas 4 hari SMS yang hampir sama aku terima lagi dari penghantar yang lain .... dan seterusnya sehingaa ke pagi ini sudah 4 SMS yang sama aku terima, isteri 2 SMS dan anak aku 2 SMS .... tahu lah kami ini sindiket.
Jadi korang jangan terkejut dan abaikan saja SMS yang macam ni

1Malaysia : Bukan Takut Tapi Orang Meluat - Hangpa yang syok sendiri

Posted: 23 Dec 2010 07:37 AM PST

1Malaysia : Bukan Takut Tapi Meluat Muyidin aii ...

Muhyiddin kata Pakatan Rakyat takut terhadap 1Malaysia yang (kononnya) dilhamkan oleh Najib Razak, yang sah-sah menipu rakyat satu Malaysia. Padahal terdapat juga 1Israel dan 1Indonesia yang turut menggunakan logo yang sama, malahan 1Indonesia turut menggunakan slogan yang hampir sama. Jadi siapa yang nak percaya pembohongan tu ...

Sebenarnya konsep 1Malaysia sekadar ingin mempopularkan Najib. Apa ada pada 1Malaysia yang benar-benar memberi manafaat pada rakyat secara langsung? Tidak ada sedikit pun yang aku nampak.

Sana sini kita nampak dan dengar 1Malaysia ... cuma yang belum ada, dan mungkin dalam perancangan Tandas 1Malaysia ... Salam 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, pasukan Formula 1 1Malaysia.... apa kebenda semua tu? Tak ada faedah sikit pun pada rakyat, cuma hangpa saja syok sendiri, dan nak perabih duit rakyat.

Aku masih ingat masa mula-mula 1Malaysia dilancarkan, habis dikerah semua GLC untuk membeli ruang iklan semuka penuh di akhbar-akhbar perdana bagi memuatkan ucapan tahniah pada Najib kerana melancarkan 1Malaysia ... apa semua tu? Bukankah untuk mengipas, membodek, mempopularkan Najib?

Dan berkatalah Najib, 1Malaysia diterima ramai. ... ini macam pepatah "Masuk Bakul Angkat Sendiri" la ni. Macamana tak diterima ramai dah hangpa sendiri yang paksa ...

Sebab itu lah Tan Sri Khalid mengharamkan 1Malaysia di Selangor, sebab rakyat tak mendapat apa-apa dari 1Malaysia, sebaliknya hangpa saja yang syok sendiri - Metro Maya

Tiada ulasan: