Selasa, 21 Disember 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Percayakah kita lagi pada BN?

Posted: 21 Dec 2010 05:42 PM PST

Oleh dragsuperstar

Saban hari kita semakin terhimpit dengan kenaikkan harga barang. Kita dipaksa untuk membeli harga barang yang adakalanya menyebabkan kita terpaksa mengikat perut agar kita terlepas untuk makan malam. Bayangkan pula jika yang sudah berkahwin dan mempunyai anak?

Kita dijanjikan dengan pelbagai janji oleh BN khasnya Najib dan Rosmah. Bangunan tinggi sana - sini. Kemudahan awam yang bersifat nombor satu dunia. Semuanya hebat dan terhebat di dalam dunia. Tapi percayakah kita semua?

Dahulu Pak Lah menjanjikan koridor sana - sini. Namun dalam menjanjikan koridor sana - sini kita masih dihimpit dengan wang didalam saku cepat habis. Harga barang melambung naik. Walaupun Pak Lah sanggup mencemar duli pergi ke negeri Kelantan dengan menjanjikan pembangunan yang maha dahsyat, namun dengan kesempitan wang semuanya dilihat tidak berguna. -
Sekarang janji manis yang terlalu manis oleh Najib dan Rosmah dilakukan semula. Janji-janji seperti Pak Lah dikitar - semula oleh Najib dan Rosmah. Bangunan 100-tingkat, pembangunan ekonomi yang mantap dan hebat dan macam-macam lagi. Tapi Najib dan Rosmah tetap tidak mampu menaikkan taraf kehidupan rakyat.

Kita dipaksa membayar harga mahal kerana hasil pembelanjaan mewah oleh BN. Kita sudah tidak punya wang. Negara sudah tidak punya wang. Maka rakyatlah menjadi mangsa. Kita rakyat dipaksa menambahkan duit negara dengan dipaksa membayar harga barang yang melampau tinggi akibat dari pembelanjaan boros oleh pemimpin BN!

Apa tugas kita jika tidak terus mahu dipermainkan sebegini rupa. Sudah lama kita dipermainkan. Kita dipaksa menjadi bodoh dengan menerima sahaja apa yang dilakukan oleh pemimpin BN. Apakah kita mahu terus menjadi bodoh dan tuli? Apakah terus mahu dipermainkan seperti manusia yang tidak punya otak?

Kita cerdik dan kita harus buktikan. Berikan satu signal jelas kepada mereka, bahawa kita sudah menyampah dengan gaya mereka memperbodohkan kita. Kita bakal menghumban mereka. Kita bakal mentalkinkan mereka. Rakyat Malaysia harus memastikan BN karam dan disepak keluar dari Putrajaya.
Sudah tidak ada gunanya jika kita terus memberi peluang BN memerintah negara ini hatta negeri sekali pun.

Kita sudah melihat contoh terbaik dari Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah. Semuanya telah menikmati pemberian demi pemberian oleh kerajaan negeri. Sepanjang BN memerintah apa yang kita dapat? Masanya sudah tiba kita menghumbankan BN ke Laut China Selatan. Harus dan wajib!! - Detikdaily

Calon 'Third Force' ke 2 PRU 13

Posted: 21 Dec 2010 07:30 AM PST


Oleh Debra Chong


KUALA LUMPUR, 21 Dis – Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) mengumumkan peguam Sreekant Pillay sebagai calon bebas kedua 'third force' untuk diturunkan pada pilihan raya umum ke-13.

Sepuluh hari yang lalu ia mengumumkan peguam dan aktivis hak asasi Malik Imtiaz Sarwar sebagai bakal calon pilihan raya umum kali ini, yang disebut-sebut akan diadakan tahun depan.

Pengumuman itu dibuat pada forum awam pertama MCLM, yang didaftarkan di London, di negara ini malam ini.

Seperti Malik, Sreekant (gambar) juga mewakili kerajaan negeri Selangor dalam inkues kematian Teoh Beng Hock, yang keputusannya akan diketahui 5 Januari depan.

Peguam itu merupakan anak sulung wartawan ternama mendiang M.G.G. Pillai. - TMI

MENYUSUL LAGI

Tiada ulasan: