Jumaat, 17 Disember 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kenapa DSAI tak dibenar memberi keterangan

Posted: 17 Dec 2010 10:00 PM PST

Antara persoalan utama mengenai hukuman ke atas Datuk Seri Anwar ialah kenapa Ketua Pembangkang itu tidak dibenarkan memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Begitu juga persoalan mengapa jawatankuasa itu tidak mengambil keterangan wakil Apco walaupun beliau mendakwa hadir di negara untuk berbuat demikian.

Persoalan ini dijawab oleh Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa yang menggangotai jawatankuasa berkenaan. Sivarasa dan Karpal Singh adalah dua daripada enam ahli jawatankuasa itu.

Mereka enggan menyertai siasatan itu selepas ahli parlimen Umno-BN menggunakan kelebihan majoriti untuk menghukum Anwar tanpa mengambil keterangan beliau.
Jawatankuasa itu juga tidak mengambil keterangan lisan daripada wakil Apco Brad Staples, Ketua Eksekutif Apco untuk rantau Eropah, timur Tengah dan Africa.

Speaker Dewan Tan Sri Pandikar amin Mulia hanya menerima surat penjelasan dari Staples.

Surat ini kemudian digunakan oleh jawatankuasa berkenaan sebagai asas utama untuk menggantung Anwar selama enam bulan.

Sivarasa berkata apa yang jelas ialah jawatankuasa tidak mahu menerima bukti-bukti yang diketengahkan oleh Anwar.

Lebih penting, jawatankuasa itu tidak mahu wakil Apco di soal balas oleh Sivarasa dan Karpal, justeru hanya surat penjelasan dari beliau yang diperlukan.

Sivarasa berkata sekiranya beliau dan Karpal diberi peluang untuk menyoal Staples, sudah tentu lebih banyak maklumat mengenai aktiviti syarikat pro-zionis itu di Malaysia akan didedahkan.

Sebaliknya surat Apco digunakan oleh Ahli Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim untuk mengemukakan usul supaya jawatankuasa itu sudah mempunyai bukti cukup untuk menghukum Anwar.

Justeru jawatankuasa itu secara mendadak membatalkan keputusan untuk untuk memanggil Anwar untuk memberi keterangan.

Sivarasa dan Karpal menerbitkan laporan minoriti memperincikan perjalanan dalam jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen itu, untuk diedarkan di Parlimen. Namun usaha itu dihalang Speaker Pandikar Amin Mulia.

"Kami menanyakan secara rasmi kepada speaker surat bertarikh 14 Disember,laporan minoriti daripada kami ini akan diusulkan kepada semua Ahli Parlimen namun Speaker menolaknya permintaan ini pada hari kemudiannya," katanya - TV Selangor

Kenapa DSAI tidak dibenar memberi keterangan

Posted: 17 Dec 2010 09:59 PM PST

Antara persoalan utama mengenai hukuman ke atas Datuk Seri Anwar ialah kenapa Ketua Pembangkang itu tidak dibenarkan memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Begitu juga persoalan mengapa jawatankuasa itu tidak mengambil keterangan wakil Apco walaupun beliau mendakwa hadir di negara untuk berbuat demikian.

Persoalan ini dijawab oleh Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa yang menggangotai jawatankuasa berkenaan. Sivarasa dan Karpal Singh adalah dua daripada enam ahli jawatankuasa itu.

Mereka enggan menyertai siasatan itu selepas ahli parlimen Umno-BN menggunakan kelebihan majoriti untuk menghukum Anwar tanpa mengambil keterangan beliau.
Jawatankuasa itu juga tidak mengambil keterangan lisan daripada wakil Apco Brad Staples, Ketua Eksekutif Apco untuk rantau Eropah, timur Tengah dan Africa.

Speaker Dewan Tan Sri Pandikar amin Mulia hanya menerima surat penjelasan dari Staples.

Surat ini kemudian digunakan oleh jawatankuasa berkenaan sebagai asas utama untuk menggantung Anwar selama enam bulan.

Sivarasa berkata apa yang jelas ialah jawatankuasa tidak mahu menerima bukti-bukti yang diketengahkan oleh Anwar.

Lebih penting, jawatankuasa itu tidak mahu wakil Apco di soal balas oleh Sivarasa dan Karpal, justeru hanya surat penjelasan dari beliau yang diperlukan.

Sivarasa berkata sekiranya beliau dan Karpal diberi peluang untuk menyoal Staples, sudah tentu lebih banyak maklumat mengenai aktiviti syarikat pro-zionis itu di Malaysia akan didedahkan.

Sebaliknya surat Apco digunakan oleh Ahli Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim untuk mengemukakan usul supaya jawatankuasa itu sudah mempunyai bukti cukup untuk menghukum Anwar.

Justeru jawatankuasa itu secara mendadak membatalkan keputusan untuk untuk memanggil Anwar untuk memberi keterangan.

Sivarasa dan Karpal menerbitkan laporan minoriti memperincikan perjalanan dalam jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen itu, untuk diedarkan di Parlimen. Namun usaha itu dihalang Speaker Pandikar Amin Mulia.

"Kami menanyakan secara rasmi kepada speaker surat bertarikh 14 Disember,laporan minoriti daripada kami ini akan diusulkan kepada semua Ahli Parlimen namun Speaker menolaknya permintaan ini pada hari kemudiannya," katanya - TVS

Lagi sekoq kaki kencing ...

Posted: 17 Dec 2010 09:19 PM PST

MS : Katanya kerajaan telah memenuhi sasaran membasmi miskin tegar ... Aku nak ajak Din ni turun p tengok sendiri dan nak tunjuk pada dia yang masih belambak lagi rakyat yang berada dalam kategori miskin tegar ... Jangan bercakap sekadar ikut apa teks ucapan yang telah disediakan, bercakap lah berdasarakan kenyataan .... Lapuran yang diberikan semestinya baik din oi ... jadi sebelum bercakap pastikan kenyataan tu benar ... jangan asik dok kencing rakyat saja ... sampai bila Umno BN nak kencing rakyat ni?????
Aku bersedia bila-bila masa nak bawa Din masuk kampung- nak tunjuk yang masih ramai lagi penduduk yang hidup dalam kategori 'miskin tegar' ni ...
Kalau ya pun dah mula nak berkempen untuk PRK Tenang, tapi cakap lah yang benar, jangan dok tipu rakyat Din ... jangan dok ingat rakyat bodoh ya ...

Negara Sudah Penuhi Sasaran Basmi Kemiskinan - TPM

PAGOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata negara sudah memenuhi sasaran membasmi miskin tegar tahun ini berlandaskan tindakan proaktif yang dibuat kerajaan bagi membantu golongan yang terlibat.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata berdasarkan laporan terakhir yang diterima menerusi Program Transformasi Kerajaan bagi mengurangi kemiskinan, pencapaian berkenaan cukup membanggakan.

"Walaupun kita tahu dalam soal ini kumpulan miskin tegar ini boleh dikatakan dinamik, tidak statik, kalau hari ini kosong, mungkin esok ada satu dua yang masuk dalam senarai golongan itu disebabkan uzur dan sebagainya.

"Tetapi, dalam ukuran sebenar hakiki, kita sudah memenuhi sasaran itu dan ini cukup membanggakan," katanya selepas menghadiri majlis gempur NKRA 1Azam (Akhirir Zaman Kemiskinan) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Peringkat Daerah Muar, di sini, pada Sabtu.

Muhyiddin berkata walaupun kemiskinan dapat dibasmi, namun agenda kerajaan untuk terus membasminya secara relatif masih berterusan dengan memperbanyakkan pelbagai bidang latihan dan bimbingan yang bersesuaian bagi meningkatkan pendapatan golongan miskin.

Katanya kerajaan antara lain turut berharap dapat melahirkan lebih ramai usahawan mikro di kalangan wanita di negara ini yang kini dianggarkan kira-kira 4,000 orang di seluruh negara.

Sementara itu, dalam ucapannya, Timbalan Perdana Menteri meminta golongan miskin tegar supaya tidak sentiasa bergantung bantuan kepada kerajaan semata-mata, sebaliknya perlu berusaha menjana pendapatan sendiri bagi mengubah taraf hidup masing-masing.

Beliau berkata golongan berkenaan tidak boleh berbangga berada dalam kelompok miskin tegar dan perlu menggunakan kemudahan yang disediakan kerajaan terutamanya pelajaran sebagai jalan keluar daripada kepompong kemiskinan.

"Ada yang kata lebih baik berada di dalam golongan miskin tegar sepanjang masa kerana mendapat bantuan kerajaan. Dalam golongan ini kita tidak boleh berbangga. Jangan kita fikir kerajaan sediakan bantuan, elok kita kekalkan. Ini tanggapan yang tidak tepat," katanya. - BERNAMA

Ibu tunggal dicekup khalwat hasil laporan anak sendiri

Posted: 17 Dec 2010 04:54 PM PST

PUTRAJAYA: Seorang ibu tunggal dicekup bersama lelaki muda atau 'anak ikan' belaannya di sebuah rumah di Presint 9, di sini awal pagi kelmarin selepas diserbu penguat kuasa agama yang bertindak atas aduan anak wanita itu sendiri.

Serbuan dilakukan pada jam 2.50 pagi oleh sekumpulan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Putrajaya hasil maklumat anak wanita itu mengenai ibunya berusia 40-an yang sering membawa balik teman lelakinya berusia 20-an dan tidur bersama sejak beberapa bulan lalu.

Sumber berkata, pasangan berkenaan sebelum ini bijak menyembunyikan perbuatan terkutuk mereka kerana rumah itu turut dihuni anak perempuan terbabit yang berusia 20 tahun serta dua anak lelaki belasan tahun.

Menurutnya, mungkin meluat dan tidak mahu bersubahat dengan sikap ibunya yang bergelumang dosa, anak perempuan itu sendiri yang membuat laporan supaya ibunya ditahan.

"Ketika serbuan wanita itu membuka pintu rumah dan membenarkan penguat kuasa masuk seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan. "Dia cuba menipu penguat kuasa dengan memberitahu mendakwa teman lelakinya yang ketika itu sudah berpakaian lengkap adalah saudara terdekat yang menumpang buat sementara sebelum memperoleh pekerjaan tetap," katanya.

Bagaimanapun, penguat kuasa Jawi yang curiga dengan penjelasan wanita terbabit menyoal anak perempuannya dan ketika itulah rahsia jijiknya terbongkar. "Anak perempuan wanita itu memberitahu sebelum serbuan dilakukan lelaki terbabit tidur di bilik ibunya dan mereka sudah melakukan perbuatan itu sejak beberapa bulan lalu. "Kata gadis itu, dia sudah berbuih mulut menasihati ibunya supaya menghentikan perbuatan terkutuk itu, tetapi tidak dipedulikan, menyebabkan dia nekad membuat laporan kepada kami," katanya.

Sumber itu berkata, mendengarkan kata-kata anak gadisnya wanita terbabit cuba berdalih dan mendapat simpati dengan memberitahu dia bakal mengahwini teman lelakinya dan lelaki itu juga memberi kenyataan serupa dengan pengakuan mereka merancang berkahwin dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, alasan itu gagal mengelakkan mereka ditahan dan ketika disoal siasat wanita terbabit memberitahu dia menjalinkan hubungan intim dengan teman lelakinya selepas berkenalan melalui laman sembang di Internet.

"Wanita itu juga memberitahu sudah bercerai dengan suami, tetapi gagal menunjukkan dokumen perceraian apabila diminta penguat kuasa," kata sumber itu.

Menurutnya, pasangan terbabit kemudian dibawa ke pejabat Jawi Putrajaya untuk diambil keterangan lanjur sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 27 (a)(b), Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000, jika didapati bersalah.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Rohaizan Ismail, ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan terbabit dan memberitahu mereka akan didakwa di mahkamah syariah dalam tempoh terdekat - myMetro

Pandikar, jangan sembunyi di sebalik kerusi Speaker - Aliran

Posted: 17 Dec 2010 08:27 AM PST

MS: Pandikar, Speaker yang bercakap seperti biawak ... lidah bercabang ... sebagai Speaker telah memberi jaminan yang DSAI akan diberi peluang mempertahankan diri tapi sebagai pengerusi J/Kuasa Hak dan Kebebasan telah tidak mengotakan janjinya .... apa lagi kalau bukan biawak yang lidahnya bercabang ... memang haramjadah puak ni ... Speaker yang hanya bekerja mengikut telunjuk najib UmnoApco
PETALING JAYA: Aliran Kesedaran Negara (Aliran) mempertikaikan kredibiliti Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai seorang Speaker Dewan Rakyat apabila gagal menjalankan fungsinya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tidak membenarkan Anwar membuat sebarang penjelasan malah tidak membenarkan Anwar melantik peguam bagi mempertahankan dirinya.
Presidennya, P Ramakrishnan berkata, kegagalan Pandikar melakukan tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan itu sekaligus membuktikan prinsip keadilan dan hak asasi seseorang ahli Parlimen turut diketepikan.

Merujuk kepada penggantungan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim bersama tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), (PKR-Gombak) Azmin Ali, dan (PKR-Subang) R Sivarasa selama enam bulan daripada tugas, Aliran berkata situasi itu hanya menyebabkan sistem doktrin pengasingan kuasa di negara ini hanya menjadi satu bahan cemuhan.

"Pengerusi jawatankuasa ini adalah Speaker Parlimen. Mengikut rekod hansard, Speaker memberi jaminan kepada Anwar beliau akan diberikan peluang untuk mempertahankan dirinya dalam mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

"Namun sebagai pengerusi mesyuarat, beliau tidak mengotakan janjinya dan tidak membenarkan Anwar membuat sebarang penjelasan malah tidak membenarkan Anwar melantik peguam bagi mempertahankan dirinya.

"Beliau tidak boleh mendakwa ada satu usul daripada ahli jawatankuasa mengatakan tidak perlu mendengar penjelasan Anwar… dan kemudian memasukkanya sebagai undi walaupun beliau tidak boleh mengundi dalam jawatankuasa itu, tidak ada merit dalam kenyataannya itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ramakrishnan berkata, Pandikar sepatutnya mempunyai kuasa mengarahkan jawatankuasa memerhatikan prinsip keadilan, namun beliau mencemarkan tugasnya dengan membenarkan dirinya bertindak sesuka hati.

Ini kerana menurut beliau, Pandikar sepatutnya boleh menggunakan kuasa budi bicaranya sebagai Speaker untuk membuat sebarang keputusan walaupun beliau tidak boleh mengundi.

"Bukankah beliau juga mempunyai beberapa kuasa tertentu sebagai pengerusi bagi memastikan jawatankuasa dikendalikan dengan adil secara akar umbi?

"Pandikar merupakan pengerusi dewan semasa usul dikemukakan untuk menggantung Anwar daripada tugasnya sebagai ahli parlimen selama enam bulan.

"Bagaimana beliau boleh bersikap neutral dalam isu ini semasa beliau mempengerusikannya sebagai sepaker? Jadi bermakna dakwaan Karpal itu betul bahawa beliau kehilangan kuasa moral dalam mempengerusikan Dewan," katanya.

Begitu juga dengan nasib Karpal, Azmin, dan Sivarasa apabila Ramakrishnan mempersoalkan mengenai keputusan yang dikenakan terhadap mereka tanpa sebarang notis tunjuk sebab dikemukakan dan diberi peluang untuk membela diri.

Melihat kepada keadaan ini, beliau berkata undian yang didalangi majoriti ahli parlimen Barisan Nasional jelas membuktikan BN kini terdesak mahu mendapatkan kemenangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum satu jumlah yang gagal dicapai oleh mereka semasa PRU 2008.

"Apa yang berlaku di Perak kini berlaku dalam Dewan Rakyat. Peristiwa semalam melihat kepada sistem demokrasi negara menjadi sebaliknya.

"Corakmya sama, caranya licik. Tindakan ini jelas menunjukkan satu cubaan untuk memperolehi kerus majoriti dua pertiga yang gagal diperoleh BN semasa pilihan raya umum 2008," katanya. - FMT

Cabar Speaker di mahkamah : Kes Perak dah makan tuan

Posted: 17 Dec 2010 12:53 AM PST

MS : Hahahaha Nazri kena seiji ... cakap skrg ni bukan saja mau pandang-pandang, tapi juga mau ingat-ingat ... bila kena kat Pakatan hang cakap Speaker tak boleh dicabar di Mahkamah, tapi bila mai kat hangpa boleh pulak kan ??? Nazri ingat la dulu ya kes di Perak bila mamak tu bawa kes Speaker ke Mahkamah.
KUALA LUMPUR, 17 Dis: Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa mahkamah boleh mengenepikan keputusan Speaker Dun Perak kini bakal makan tuan apabila Pakatan Rakyat mahu mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat.

Oleh itu, pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar oleh mahkamah telah tertolak dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

Demikian kata peguam Mohamed Hanipa Maidin (gambar), Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Mohd Nazri melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.

Mengulas kenyataan ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh - Nazri, menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal parlimen berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

"Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya," katanya di lobi parlimen hari ini.

Menurut Nazri, telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.

Karpal yang merupakan seorang peguam sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Speaker Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan.

Bagi Hanipa, Umno telah terbelit dengan tindakannya sendiri apabila seolah-olah membenarkan tindakan Mahkamah Persekutuan campur tangan dalam kes keputusan Speaker Dun Perak V Sivakumar apabila beliau menggantung Zambry Abdul Kadir dan enam Exco haramnya.

"Adakah Nazri tidak sedar dalam kes Perak, Umno telah menyalahgunakan mahkamah untuk cabar keputusan V Sivakumar, Speaker Dun Perak.

"Bukankah Mahkamah Persekutuan telah memutuskan keputusan Sivakumar sebagai Speaker boleh dicabar. Sekarang kes Perak ini dah makan tuan," kata Hanipa dalam kenyataannya.

Ini kerana, kedudukan Speaker Dun dan Speaker Dewan Rakyat tidak ada bezanya dalam konteks sistem dewan perwakilan di Malaysia. Jika keputusan Speaker Dun boleh dicabar, maka keputusan Speaker Dewan Rakyat juga boleh dicabar. - HD

Tiada ulasan: