Selasa, 21 Disember 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Bertunang Tanpa Sedar

Posted: 21 Dec 2010 05:54 PM PST

Tag : Soal Jawab Agama

-ijoks2009-
Kalau tengok penjelasan ustaz ,saya rasa ramai yang dah "ter tunang"kan dirinya  tanpa disedari.Macammana tu,hehehe..

Cari N3 lama-lama disini
Disebabkan masaalah keewangan saya terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat. saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah.. Maklumat lanjut klik disini

Bila Syahrizat Masuk Kristian?

Posted: 21 Dec 2010 04:33 PM PST

Kenapa ulamak umno hanya menegur kesilapan pembangkang saja tapi membiarkan apabila pemimpin mereka buat silap.Mereka sanggup membiarkan pemimpin mereka terus-menerus dalam keadaan jahil dalam melakukan sesuatu yang bercanggah dengan Islam dalam masa yang sama sentiasa "menasihati" pemimpin pembangkang agar tidak lari dari landasan Islam.
Contoh nya tengok gambar dibawah,Setakat ini
 belum ada satupun kenyataan dari Ulamak umno tentang perlakuan pemimpin wanita mereka.



Silalah baca kenyataan dari web Jakim.... Bukan Lamanweb PAS.... kalau PAS nanti hangpa kata kepentingan politik...

4.1.2 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.
Maksud "bertentangan dengan syarak" ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.
Contohnya:
i. Memakai pakaian bewarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;
ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;
iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;
iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.

Baca sepenuhnya Di .islam.gov.my/
http://ayid-manjaddawajada.blogspot.com





 
Cari N3 lama-lama disini
Disebabkan masaalah keewangan saya terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat. saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah.. Maklumat lanjut klik disini

Ilmu ada zakatnya bukan harta saja -Ustaz Yahya Othman-

Posted: 21 Dec 2010 02:47 PM PST

Tag: Pesanan Ulama'
Assalamualaikum dan salam blogger bagi yang masih belum memasuki keluarga besar Islam .Saya rasa semua pejuang Islam kat malaysia ni terutama yang berjuang dalam parti PAS tentu mengenali Ustaz Yahya othman.Beliau adalah bekas pensyarah di Nilampuri.Pernah memegang jawatan exco negeri kelantan ,bahagian pendidikan dan dakwah.

Beliau terkenal sebagai seorang yang bertubuh kecik namun mempunyai jiwa yang kental.Semangat perjuangannya terhadap islam tidak pernah luntur walaupun sudah berusia.
Seorang yang mudah mesra dengan sesiapa saja dan sangat bersikap lemah lembut dalam memberikan nasihat walaupun kepada musuh.

Antara kata-kata nasihat beliau yang saya jadikan panduan ialah setiap rezeki, dan kelebihan yang Allah berikan kepada kita ada kewajiban zakatnya tidak hanya terhad kepada harta sahaja.


Katanya jika harta ,zakatnya adalah dengan harta juga.Orang muda yang dikurniakan kekuatan tenaga tidak akan terlepas dari kewajiban zakat tenaganya jika ia tidak mempergunakan tenaga nya untuk berkhidmat kepada masyarakat dan Islam.Orang tua pula tidak akan terlepas dari kewajiban zakatnya jika tidak berkongsi pengalamannya untuk kebaikan masyarakat dan Islam.

Dan orag berilmu juga tidak terlepas dari kewajiban zakat ilmunya jika tidak dikongsikan sedikit dari ilmunya untuk masyarakat dan Islam.Begitu juga orang yang ada kuasa dan pengaruh diwajibkan juga menggunakan kuasa dan pengaruh untuk Islam.
Wallahua'lam

-ijoks2009-
-Dan kewajipan bagi setiap orang islam yang ada kemudahan internet ialah menggunakan kemudahan ini untuk kebaikan islam,bukannya untuk berseronok semata-mata.- 

Antara pesanan ustaz Yahya pada Pemuda ialah. 


Pemuda mestilah boleh membaca quran dengan betul dan menjadi imam solat.

Pimpinan pemuda hendaklah  memastikan anak buah solat dengan sempurna dan faham makna bacaan dalam solat, kerana selagi mana rakyat masih tak faham makna bacaan dalam solat, umno akan terus memerintah.

Pesanan kepada pemuda

1 .Mesti berilmu

2. Mesti mengamalkan ilmu

3. Bercakap benar

4. Bermaaf-maafan

5. Baca quran. Jikalau nak masuk syurga , sertailah PAS dgn jujur,ikhlas dan tidak khianat (amanat terakhir Ustaz Yahya Othman d Ijtima' Tarbawi Pemuda)

Tiada ulasan: