Khamis, 23 Disember 2010

Era Pasca

Era Pasca


ULAMAK DUNIA > SYIAH TAK SESAT.. ULAMAK UMNO > SYIAH SESAT..

Posted: 22 Dec 2010 08:39 PM PST

INI GOMEN KENE KASIK CLEAR... kes nama ALLAH Gomen seperti lepas tangan.. adaka Nama ALLAH di jadikan sempadan... Semenanjung bukan islam xleh guna, SbhSerawak bukan islam boleh guna.. ingat nama ALLAH nih bahan memain? UMNO leh tentu mana leh mana takleh?... Tapi ini bukan citer aku nak bagitau kat hangpa.. Kali nih nak tunjuk kat hangpa pasai Syiah yang gomen cukup anti... Majlis Fatwa Agama kita cacamerba... ikut suka depa jer... Kalau Mesia dalam OIC leh iktiraf Syiah bagaimana pulak dalam Mesia mereka anggap Syiah adalah haram!? Jadik apa sebenarnya yang berlaku...? Syiah nih haram atau tak? jangan pulak lepasnih, 5 negeri boleh berSyiah, 5 negeri cboleh berSyiah, selebihnya lantak la! kahkahkah So beri penjelasan!

baca artikel bawah nih... bukak sikit mata jangan dok sebuk tengok fitnah Umngok pada Adun Selising je... Aku mintak bile kes itu berlaku pun depa tak berani kuar tarikh... sebab melalui tarikh kita ada bukti bahawa dimana Adun Selising itu berada... Aku sendiri boleh jadik ALIBI pada Adun Selising... kahkahkah

contoh pemimpin dr kalangan syiah 
kalau pemimpin dr kalangan ISLAM HADHARI Korang caeik sindri.. kahkahkah

Artikel berkaitan Syiah, (tekan butang SHOW) SILA JELASKAN PENDIRIAN kamu wahai gomen... Kenapa Dalam OIC iktiraf SYIAH tapi dalam negara sindri tidak!? APCO suruh ke atau nasihat dari APCO WOELDWIDE JEW!



Syiah: Keliru fatwa Jakim
Abu Bakar Abdullah

Nama saya Abu Bakar Bin Abdullah. Saya tinggal di Shah Alam, Selangor. Saya ingin komen mengenai tangkapan kira-kira 200 pengikut syiah yang heboh dilaporkan dalam media tempatan baru-baru ini.

Sebagaimana masyarakat Melayu yang lain saya adalah pengikut setia Imam Syafie dan bermazhab Ahlussunah Wal Jamaah. Yang mengelirukan saya ialah sejak akhir-akhir ini pihak JAIS dan pelbagai pihak yang mewakili Kerajaan Malaysia kita telah membuat berbagai kenyataan tentang Mazhab Syiah.

Melalui internet saya telah membuat sedikit pembacaan yang mana saya dapati kebanyakkan penganut Syiah yang ada di serata dunia adalah berfahaman Imamiah Isna Asyariah atau mempercayai selepas Rasulullah mereka harus mentaati 12 orang Imam dari kalangan keluarga Nabi SAW bermula daripada Saidini Ali, Saidina Hassan, Saidina Hussain dan anak cucu Saidina Hussain sehinggalah Imam Mahdi iaitu Imam yang kedua belas.

Syiah Imamiah merupakan ikutan majoriti rakyat di negara-negara seperti Iran, Iraq, Azerbaijan, Bahrin, Negara Arab Emirate. Mereka juga ramai di Pakistan iaitu hampir 45 juta, di India hampir 50 juta, di Kuwait, Syria, Turki dan Lubnan juga mereka ramai walaupun tidak majoriti. Di negara-negara Arab seperti Mesir, Magribi, Tunisia, Algeria jumlah mereka semakin meningkat dan mendapat populariti. Di negara-negara Afrika juga begitu, malah di Nigeria jumlah mereka telah meningkat hampir 5 juta orang. Boleh dikatakan pengikut Syiah Imamiah ini di serata dunia jumlah mereka sekitar dalam lingkungan 300 juta hingga 450 juta orang daripada 1.2 billion penduduk Islam di serata dunia.

Yang menjadi kemusykilan dan kekeliruan saya adalah Fatwa Jakim yang telah menyenaraikan mereka sebagai ajaran sesat dan kenyataan ulama-ulama kita yang menyatakan bahawa mereka menghalalkan darah pengikut Ahlussunah, menunaikan Haji adalah tidak wajib bagi mereka, Jibrail tersilap menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad sepatutnya kepada Saidina Ali, perkahwinan syiah dan sunnah tidak sah dan akan melahirkan anak zina, syiah ada Quran lain dan berbagai-bagai lagi.

Ketika saya berada di Mekah untuk menunaikan Haji beberapa tahun yang lepas, saya sempat bertanya kepada jemaah Syiah Iran, Iraq dan Lubnan soalan-soalan ini kepada mereka tetapi mereka menafikan kesemuanya. Adakah mereka bertaqiyah atau kita yang jahil dan suka mendengar dari orang-orang lain tanpa membuat kajian terlebih dahulu tentang mazhab mereka? Saya juga sempat meminjam Quran yang dibawa oleh mereka ternyata langsung tidak ada beza dengan Quran Mushaf Uthmani yang dibaca oleh kita semua.

Yang lebih mengelirukan saya apabila saya melayari internet saya dapati ulama-ulama besar Ahlussunah Wal Jamaah seperti Dr Yussof Qardhawi, al Marhum Syeikh Tantawi bekas Rektor Universiti al Azhar, Mufti Mesir, Mufti Syria, Mufti Lubnan, Mufti Pakistan, Mufti Turki dan ramai lagi ulama-ulama Ahlussunah yang telah mengeluarkan Fatwa bahawa Syiah Imamiah adalah Islam sebagaimana mazhab-mazhab lain di dalam Mazhab Ahlussunah, tidak sesat kafir sebagaimana yang kita maklum atau sebagaimana yang difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Bukan niat saya untuk melawan atau mengingkari Majlis Fatwa Kebangsaan negara kita, cuma saya sebagai orang awam yang cetek Ilmu Islam ini menjadi keliru kerana ulama-ulama di luar negara yang terkenal alim dan mempunyai ilmu Islam yang tinggi dan luas seperti Dr Yussof Qardhawi, para ulama (seperti Sheikh Tantawi, Sheikh Syaltut, Sheikh Fahmi dan ramai lagi) dari Universiti Al-Azhar di Kaherah tidak pula memfatwakan Syiah Imamiah sebagai sesat, kafir dan menyeleweng tetapi ulama-ulama kita di dalam Majlis Fatwa pula adalah sebaliknya.

Yang lebih mengelirukan saya juga, ialah Kerajaan Arab Saudi sehingga sekarang masih membenarkan jemaah Syiah dari Iran, Iraq, Lubnan dan sebagainya untuk menunaikan Haji di Mekah walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan kita telah memfatwakan Syiah Imamiah sebagai sesat dan menyeleweng. Malah ada ulama kita yang mengkafirkan mereka dengan mengatakan bahawa perkahwinan antara orang syiah dan sunnah adalah tidak sah dan anak yang lahir pula adalah merupakan anak zina.

Atau adakah mungkin ulama-ulama kita lebih alim dari ulama-ulama di luar negara di atas dan lebih memahami Syiah dari mereka?

Saya juga keliru apabila mendapati di dalam internet ada Deklarasi Amman di Jordan (pada sekitar tahun 2005) oleh negara-negara yang menjadi ahli OIC dengan kehadiran lebih dari 500 delegasi dan alim-ulama dari serata dunia yang mengiktiraf 8 Mazhab Islam yang mana Syiah Imamiah juga diiktiraf sebagai mazhab Islam. Perjumpaan ini kemudiannya telah dilanjutkan di Jeddah, Arab Saudi yang mana pengiktirafan yang sama telah dibuat oleh kesemua negara-negara OIC. Malaysia juga sebagai ahli tetap negara-negara OIC telah juga mengiktiraf Syiah Imamiah sebagai Mazhab Islam. Pelik, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pula menfatwakan Syiah Imamiah sebagai sesat, menyeleweng dan kafir di bumi sendiri. Kenapa pula kita tidak mempertahankan sahaja atau menwar-warkan sahaja Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia kita mengenai Syiah Imamiah di peringkat OIC atau antarabangsa?? Kenapa perlu ada "double standard?" Atau ulama-ulama kita sendiri tidak yakin dengan fatwa kita sendiri di peringkat antarabangsa?Wallahu a'lam

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

PENJELASAN ISU ROBOHNYA SURAU DI RAWANG (MESTI BACA JIKA TIDAK ANDA TERTIPU OLEH APCO)

Posted: 22 Dec 2010 05:52 AM PST

Jika ada pembaca yang malas tonton berita maka sila ke sini. Jika ada pembaca yang malas mengambil tahu perihal isu semasa juga sila ke sini terlebih dahulu. Bukan apa kalau tak faham isi cerita nanti meroyan 18 pula. Sebab tue lah saya nasihatkan sila baca link yang telah diberikan untuk memahami susur galur kejadian sebenarnya.

Ini berkenaan isu surau di rawang. Seperti yang kita sedia maklum, surau tersebut telah diberikan notis untuk dibinasakan. Ya. Surau tersebut bakal di nyahkan dari rawang untuk selama-lamanya. Ramai dari penduduk rawang yang beragama islam protes. Mereka kata tanah tersebut ialah tanah rizab. Mana aci main jual aje. Lagipun di atas tanah tersebut ada surau. Dan surau tersebut digunakan untuk beribadat dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan bagi penduduk setempat. Sabar dulu. Jangan meroyan 18 sepertimana penduduk rawang meroyan. 

Mari kita review dulu kisah sebenarnya. 
1. Surau tersebut di dirikan atas tanah rizab. Namun ada juga yang cakap ada tanah wakaf. Yang mana betul saya tak pasti. Pembaca boleh semak sendiri.

2. Tak kesahlah rizab atau wakaf,  yang penting motif. Kalau dah digazetkan untuk membina surau 10 tahun yang lepas, kenapa selepas 10 tahun (anggaran 10 tahun itu hanya andaian penulis) tidak boleh dikekalkan begitu? Jika benar itu tanah rizab. Tapi jika tanah wakaf, enh boleh ke jual? Lue fikir sendiri.

3. Tujuan penjualan kena amek peduli juga. Sekarang surau tersebut di jual ketika BN menguasai selangor. Dalang penjualan surau tersebut ini salah seorang nya, tengok gambar di bawah ;






Okey dah tengok? Nama hero dalam citer neh ialah Datuk Zainal Abidin Sarkom. Datuk ini ialah pengerusi biro agama umno selangor. Pelik. Saya memang pelik. Kenapa ahad lepas dia beria-ria bantah perobohan surau ini jika dia salah seorang yang 'membiarkan' tanah tersebut berkalih pemilik? Herm. Drama semakin menarik. Lebih menarik dari drama korea. 

4. Tanah tersebut di jual pada tahun 2002. Baca betul-betul. 2002. Ini tahun 2010. Baca betul-betul 2010. 2010 - 2002 = 8 tahun yang lepas. PR memerintah selangor pada tahun 2008. Iaitu2 tahun yang lepas. Ini bermaksud ada baki 6 tahun. So selama 6 tahun apa yang BN buat? Mereka dah buat macam2 sebenarnya. Mereka jual tanah, mereka rampas surau dan sepatutnya surau ini dirobohkan pada 2008, nasib tak baik apabila bn kalah. Kesian bn. Disebabkan mereka kalah lah, surau ini tak dapat dirobohkan pada tahun tersebut. Ciss..

5. Untuk rekod tanah tersebut dikatakan dimiliki oleh KDEB melalui SAP HoldingsKDEB telah mengazetkan tanah tersebut sebagai harta rizab / wakaf kepada penduduk di sekitar untuk membina surau. [Saya tidak pasti samada mereka mengazetkan tanah tersebut sebagai rizab orang melayu untuk beribadat ataupun mewakafkan tanah tersebut kepada penduduk untuk beribadat]

6. Namun pada tahun 2002, KDEB telah menjual saham mereka kepada beberapa penama di bawah ini ;

Chew Ting Teck
Francis Chew
Tan Pang Kuan

Untuk senarai penuh lihat sini.

7. KDEB = Kumpulan Darul Ehsan Berhad.

8. KDEB = Anak syarikat kerajaan negeri selangor.

9. Setelah KDEB menjual saham di SAP Holdings mereka kepada penama-penama tersebut, maka tanah tersebut secara automatiknya jatuh kepada pemilik terbaru.

10. Kalau ikut akal cerdik saya, akal cerdik neh, sepatutnya saya pindah milik tanah tersebut kepada milik KDEB dulu barulah pergi jual saham kat dalam SAP Holdings tue. Heh. Ini akal cerdik saya lah kan. Kalau akal yang tak cerdik dan kurang makan kismis minda memang main jual je segala harta benda melayu neh. Heh.

11. So benda dah jual. Dah jual neh. Boleh ke kita rampas semula dan paksa orang lain jual kepada kita semula? Of courselah tak boleh beb. So kenapa nak mengamuk2 pula? Fikir matang sketlah. Sendiri buat pasal memang pandai. Sendiri kasi selesai memang tak pandai. Heh.

12. Sekarang kita dah tahu punca kes, kejadian sebenar dan penyebab kisah ini terjadi. Tapi apa yang kita boleh buat? Nak marah umno? Nak tumbuk zainal? Sabar dulu. Sabar dulu kawan-kawan. Kalau korang tumbuk mereka pun, mereka hanya sakit di tumbuk je. Yang lain takde kesan beb. Silap-silap korang kena saman lak sebab tumbuk hero dalam citer neh. Bangang ke tak bangang tue? Heh

13. Pemilik tanah tersebut berhak mendirikan pembangunan atas tanah tersebut sebab tanah tersebut adalah hak mereka. Penduduk rawang jika diselidiki secara undang-undang mereka penceroboh dan tak berhak untuk menghalang tindakan pemaju. Ini fakta. Kena amek peduli.
Even kerajaan selangor berdemo ke, umno mengamuk ke, perkasa meroyan ke, fakta tetap fakta dan fakta tidak boleh disangkal lagi.

14. Perkara yang terbaik boleh dilakukan kerajaan negeri selangor ialah mendirikan surau baru untuk penduduk sekitar. Tak tahu kat mana tetapi itulah alternatif terbaik yang mereka ada. 

15. Beli tanah semula? Ya itu alternatif yang baik juga. Tetapi berapa jumlah yang mampu di 'bailout' oleh kerajaan negeri, kita kena amek peduli gak? Silap2 pemaju letak rega 100 jutamampu ke kerajaan negeri keluarkan duit sebanyak itu? 100 juta boleh bantu beberapa rakyat di selangor?

16. Nak taknak, penduduk rawang kena terima fakta. Kena terima kenyataan. Kena telan hakikat.



17. Kalau nak tunding jari, tunding je jari kat dalam hero citer neh. Selalu kat dalam filem atau drama mereka [peminat] memang suka tunding jari [tunjuk] kat hero. So dalam drama neh korang boleh buat macam tue gak.

18. Namun kerajaan negeri sekarang kena settlekan problem tersebut sebab apa, surau tersebut dah dapat notis finale untuk kosongkan surau yang akan dirobohkan dalam beberapa hari sahaja lagi.

19. Untuk penduduk rawang pula mereka kena belajar untuk terima yang mereka kalah dalam tuntutan mereka. Kalau tak puas ahti, marah kepada pihak yang berkenaan. Mereka tahu kepada siapa mereka marah sebenarnya, apa yang dipaparkan dalam akhbar tidak sama apa yang mereka proteskan. Mereka lebih benci UMNO dari apa yang kita sangka. Ini dasat beb.

20. Adun di sana patut amek peduli kisah ini. Saya lihat adun tersebut tidak berbuat apa2 tindakan. Samada adun tersebut bangkit menyatakan apa2 perkara yang perlu atau dia akan berdepan dengan peralihan undi. Jangan ingat dia DAP dan jangan ingat dia cina maka masalah seperti ini dia boleh tutup mata.

Sekian. The end.

Ameno : Menulis kebenaran itu perjuangan.

Tiada ulasan: