DUNIACACAMARBA |
- Usaha Membongkar Fitnah Zina ADUN Selising
- Piala Suzuki Akhir Pertama: 3-0 (Tahniah)
- [Video] Shuffle Menggantikan Silat di Majlis Perkahwinan
- [Kemas Kini] Menteri yang Didakwa Merogol Robengah (Amah) ialah...
Usaha Membongkar Fitnah Zina ADUN Selising Posted: 26 Dec 2010 06:11 AM PST
Gambar-gambar di atas saya ambil dari Ruang Bicara Pria Malaya dan kupasan lanjut tentang sandiwara Saidi Husin tentang "kemalangan" yang menimpanya dan kisah lanjut tentang fitnah ini boleh dibaca di Kami Sokong PAS yang mengupas isu ini dengan agak terperinci dalam beberapa kiriman. Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, ADUN Selising dan PAS Kelantan perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap puak-puak yang mereka-reka cerita ini. Bagi saya fitnah ini tidak akan reda tanpa tindakan undang-undang. Kerosakan telah pun berlaku. Persepsi buruk yang dicetuskan oleh puak-puak ini perlu dipulihkan dengan tindakan tersebut. P/s: Pihak PAS atau PR perlu selalu melayari blog mesra UMCO yang kian galak mereka-reka cerita. Tindakan perlu diambil kerana bilangan pembaca blog mereka ini kian bertambah. Apabila berlaku sesuatu fitnah, jangan pandang hal ini dari sudut sebagai jurublog atau pemimpin, kerana anda tahu hal itu adalah fitnah semata-mata. Tetapi pandang isu ini dari sudut rakyat biasa yang kurang pengetahuan tentang sesuatu isu yang dibangkitkan dan mungkin mudah terpengaruh oleh cerita-cerita yang diprovokasi, tambah-tambah pula jika hal itu (fitnah) tidak mendapat respons pemimpin yang terlibat. Salah satu, modus operandi mereka ialah mencabar pihak tertentu untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Bayangkan jika pemimpin yang difitnah itu tidak mengambil apa-apa tindakan, sudah tentu dari sudut pandangan sesetengah pembaca mereka akan mempercayai fitnah yang dilemparkan oleh puak-puak ini. | |||||||
Piala Suzuki Akhir Pertama: 3-0 (Tahniah) Posted: 26 Dec 2010 06:00 AM PST | |||||||
[Video] Shuffle Menggantikan Silat di Majlis Perkahwinan Posted: 26 Dec 2010 01:36 AM PST "Biar mati adat, jangan mati anak" Aduh! Buat malu sajalah! Kalau video di atas tidak dapat ditonton, sila klik pautan ini. (Kredit: eddytech03.blogspot.com) | |||||||
[Kemas Kini] Menteri yang Didakwa Merogol Robengah (Amah) ialah... Posted: 25 Dec 2010 09:45 PM PST ...siapa?... masih misteri lagi saudara-saudari selagi tidak ada dakwaan rasmi. Namun, bacalah dengan teliti kiriman yang saya ambil dan olah semula daripada pelbagai sumber. Kita telusuri semula kes ini berdasarkan kenyataan media oleh Migrant Care yang disiarkan di laman Tenaganita bertarikh 1 Ogos 2007. Saya petik:
We are extremely concern about the alarming increases in number of such rape and physical abuses incidents happened in Malaysia. Two years ago, we failed to advocate for an Indonesian maid who was raped by a Minister from Kedah.
Berdasarkan kenyataan media itu, rupa-rupanya ada dua kes rogol yang membabitkan menteri Malaysia. Yang pertama membabitkan menteri dari Kedah dan kedua menteri kanan seperti yang tengah heboh diperkatakan sekarang. Kedua-dua kes ini seolah-olah ditutup begitu sahaja dan tiada tindakan dikenakan terhadap mereka. Mengapa terjadi begitu? Hal ini perlulah ditanyakan kepada Pak Lah dan Najib kerana kedua-duanya sudah tentu mengetahui hal ini. Persoalan yang menarik, siapakah menteri-menteri yang dimaksudkan dalam kenyataan media itu? Menurut blog ABIW, sebuah blog mesra pembangkang ada mengulas perkara yang sama sekitar tahun 2007 dulu. Yang menimbulkan persoalan ialah gambar yang mengiringi artikel yang mengulas penarikan seorang menteri daripada bertanding Setiausaha Agung Komanwel. Gambar itu seolah-olah berkait rapat dengan gosip yang hangat diperkatakan sekarang. Berita yang disiarkan dalam blog Jiwo Kelate itu boleh anda baca di sini. Di bawah ini pula ialah "screen shot" artikel tersebut: Gosip terkini mengatakan bahawa menteri itu sekarang masih berkhidmat dalam Kabinet Najib. Itulah gosip di sesetengah blog pro-UMCO seperti yang saya pautkan semalam.Namun satu-satunya klu yang dinyatakan dalam HD ialah menteri tersebut digugurkan daripada Kabinet Pak Lah. Jika begitu klunya, maka mungkin nama-nama lain juga bermain di minda anda. Benar atau tidak sewajarnya mahkamah diberi peluang untuk mengadilinya. Namun malang, sehingga kini tiada seorang pun menteri yang didakwa atas kesalahan yang tragis dan kejam itu. Siapa pula menteri dari Kedah yang turut dikaitkan dengan kes merogol amahnya?/www.duniacacamarba.blogspot.com P/s: Seperti yang saya tulis semalam, bangkai yang busuk tidak mampu disembunyikan lama-lama. Jika kes ini tidak didakwa secara rasmi, perkara ini sudah tentu akan terus digosipkan di ruang maya ini dan lambat laun orang ramai akan tahu siapa gerangan menteri keparat itu! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan