Khamis, 23 Disember 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Ingat Fasal Anak Saintis Nuklear Britain Hadapi Hukuman Mati di Sini? Ini Gambar dan Berita Terbarunya.

Posted: 23 Dec 2010 05:28 AM PST

Shivaun Orton dan suami, Abdul Harris Fadilah dibawa ke mahkamah.

Cerita sebelumnya di sini.

Menurut laporan AFP, Shivaun menghadapi 5 pertuduhan, manakala suaminya menghadapi 4 pertuduhan. Mereka menghadapi pertuduhan secara individu kerana mengedar dadah, serta pertuduhan bersama kerana memiliki 5 pokok ganja.

Jika didapati bersalah kedua-duanya akan dikenakan hukuman mati. Perbicaraan kes mereka ditetapkan pada 26 Januari 2011.




Najib Menghabiskan 274 Hari daripada 588 Hari Sebagai PM di Luar Negara? Teka Berapa Juta Duit Kita yang Digunakannya?

Posted: 23 Dec 2010 04:30 AM PST

Apahal semacam saja muka Najib ni?
Saya petik:
[FMT] KUALA LUMPUR: Sejak mengambil alih tampuk pentadbiran April 2009, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan hampir RM9 juta untuk perjalanan ke luar negara.

Senator PKR Dr Syed Husin Ali mendedahkan satu senarai yang mengandungi butiran perjalanan tersebut di Dewan Negara pagi ini. Senarai tersebut yang diperoleh dari Jabatan Perdana Menteri menunjukkan Najib pergi ke luar negara atas urusan rasmi 42 kali yang membabitkan sejumlah RM8,724,895.91.


Perjalanan paling mahal merupakan lawatan ke Jepun, Amerika Syarikat dan Vietnam. Kos perjalanan tersebut bernilai RM2,094,635.39 dan berlaku di antara 5 dan 22 April tahun ini.

Lawatan luar negera pertama Najib ialah ke Thailand pada 10 April 2009 – seminggu selepas beliau mengambilalih pentadbiran daripada mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang memakan belanja sebanyak RM78,507.55.

Kos perjalanan termahal
Perjalanan lain termasuk ke Perancis selama sembilan hari dari 1 hingga 9 Oktober 2009 melibatkan perbelanjaan RM630,467. Kos perjalanan termahal ke sebuah negara berlaku di antara 20 September dan 8 Oktober tahun ini di mana Perdana Menteri membelanjakan RM1,043,923 di Amerika Syarikat.

Beliau turut membelanjakan jumlah berbeza dalam dua perjalanan berasingan ke Thailand. Dalam perjalanan pertama, Najib membelanjakan RM3,346.08 dan dua minggu kemudian, di antara 6 dan 10 Disember, beliau membelanjakan RM84,573.04.

"Saya tidak tahu keuntungan sebenar dari perjalanan ke luar negara dan hasil yang diperoleh dari perbelanjaan ini," kata Syed Husin kepada pemberita.

Senator tersebut turut mendedahkan bahawa Najib menghabiskan 274 hari dari sejumlah 588 hari di luar negara sejak menjadi perdana menteri (sehingga 19 November 2010).

Najib habis banyak masa di luar negara
Marah dengan perkara ini, Syed Husin mengatakan Perdana Menteri yang menghabiskan separuh dari masanya di luar negara sepatutnya menguruskan masalah yang dihadapi negara.

Ketika ditanya samada beliau mengetahui saiz rombongan yang mengikuti Najib, Syed Husin menjawab, "Kita tak tahu perbelanjaannya (secara terperinci), mahu pun saiz (rombongan)."

Beliau memberitahu bahawa Perdana Menteri turut membawa isterinya Rosmah Mansor dalam kebanyakan perjalanan ini. Namun beliau tidak mengulas tentang perjalanan mana yang turut disertai Rosmah.

Sementara itu, Syed Husin turut mendedahkan bahawa Sidang Wanita Pertama yang berlangsung Oktober lalu mengakibatkan perbelanjaan sebanyak RM4.498 juta.

Persidangan itu yang diilhamkan Rosmah mendapat penyertaan perwakilan dari 16 buah negara, termasuk Malaysia.

Syed Husin telah meminta akaun terperinci jumlah perbelanjaan sidang itu.  Beliau memperoleh jawapan bertulis dari Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Bagaimanapun beliau berkata jawapan balas yang diberi tidak memadai kerana ia hanya menunjukkan jumlah keseluruhan dan bukannya perbelanjaan secara terperinci.

Beliau turut mengkritik Rosmah kerana mengambil peranan Wanita Pertama kerana kedudukan tersebut dikhaskan untuk Raja Permaisuri Agong.

"Apa asas untuk memberi RM4.5 juta kepada isteri Najib untuk mengadakan persidangan ini? Apa pula peranan Raja Permaisuri Agong?" tanya beliau.

P/s: Najib akan menjawab hal ini di kubur nanti!

Al Quran Ditulis Guna Darah Saddam Hussein

Posted: 23 Dec 2010 04:00 AM PST

Saya petik:
[Kosmo] BAGHDAD - Pemerintah Iraq buntu memikirkan apa yang sepatutnya dibuat berhubung kitab suci al-Quran yang ditulis dengan menggunakan 24 liter darah bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein, lapor sebuah akhbar semalam.

Kitab al-Quran setebal 650 muka surat itu kini disimpan di sebuah kamar berkunci di sebuah masjid yang dikenali sebagai 'Ibu Segala Peperangan' di sini.

Empat menara masjid berkenaan menyerupai laras raifal AK-47 manakala empat lagi menara mirip peluru berpandu Scud.

Saddam dipercayai memulakan projek al-Quran itu sebagai tanda kesyukuran selepas anak lelakinya, Uday terselamat daripada percubaan untuk membunuhnya.

Ia ditulis oleh seorang ahli kaligrafi, Abbas Shakir Joody al-Baghdaddi yang dilantik oleh Saddam.
Kitab al-Quran itu ditulis dengan menggunakan darah yang didermakan oleh Saddam selama tiga tahun.
Sementara itu, Presiden Majlis Pentadbiran Iraq mahu semua barang yang berkaitan dengan Saddam termasuk kitab suci tersebut dimusnahkan.

Namun, Ali al-Moussawi yang merupakan jurucakap Perdana Menteri, Nouri al-Maliki berkata, al-Quran itu perlu disimpan bagi mengingatkan rakyat mengenai kekejaman Saddam.

Saddam yang memerintah dari tahun 1979 hingga 2003, mati dihukum gantung selepas dia ditangkap askar-askar Amerika Syarikat (AS) yang menceroboh Iraq. Saddam dihukum mati selepas didapati bersalah melakukan jenayah kemanusiaan.- Agensi

Berkaitan:
* Koran Written in Saddam's Blood Poses Islamic Dilemma

Buka Mata Pakatan Rakyat: Top 100 Blog Terpilih Malaysia - Top Ranking Online

Posted: 23 Dec 2010 03:40 AM PST


Saya petik:


KEDUDUKAN DALAM SENARAIAN TOP RANKING PADA 20 DISEMBER
BLOG
RANKING ALEXA
KEDUDUKAN RANKING PADA 15 DISEMBER
NAIK
TURUN
1
TRANUNGKITE
139
1
138
0
2
HOUSE PK
418
2
411
0
3
TUKAR TIUB
446
3
451
0
4
GERAKAN ANTI PKR
468
4
498
0
5
THE UNSPINNERS
525
5
555
0
6
RBS ONLINE
590
6
563
0
7
PAPA GOMO
617
9
685
+2
8
MYKMU.NET
619
8
636
0
9
MALAYSIA CENTRAL
625
7
601
-2
10
SENSASI
690
12
765
+2
11
PERAK TODAY
715
10
728
-1
12
MIM
770
15
867
+3
13
THE FLYING KICK
779
11
759
-2
14
PISAU.NET
834
13
786
-1
15
MEDIA PERMATANG PAUH
900
14
855
-1
16
GELOMBANG RAKYAT
1005
17
992
+1
17
UMENO WORLD
1079
16
931
-1
18
KELAB GREENBOC
1112
19
1100
+1
19
MALAYSIA SENSASI.NET
1120
18
1057
-1
20
TAIPING MALI
1128
20
1132
0
21
MILO SUAM
1218
21
1259
0
22
KITA GEMPUR.COM
1413
22
1379
0
23
BIAQPILA
1534
24
1583
+1
24
AIDC
1538
33
1959
+9
25
KEDAHLANIE
1595
23
1546
-2
26
ORANG MUO
1686
27
1803
+1
27
KERIS PUTERA
1755
30
1898
+3
28
ANAK SUNGAI DERHAKA
1782
25
1708
-3
29
AZLI SHUKRI TODAY
1817
32
1943
+3
30
BADUT RAKYAT
1839
35
2009
+5
31
SEMUT HITAM
1844
31
1922
0
32
IKUT SUKA AKU-ISA
1852
26
1751
-6
33
CURSING MALAY-TERUS TERANG
1872
28
1860
-5
34
MSO
1898
38
2101
+4
35
INFO CORNER-SUDUT DISKUSI
1912
34
1995
-1
36
DUNIACACAMARBA
1921
37
2028
+1
37
UREKA.ASIA
2051
29
1890
-8
38
DARUL EHSAN TODAY
2141
43
2300
+5
39
WARTAMAYA
2145
42
2244
+3
40
MY ADHA MALAYSIA
2155
40
2202
0
41
BEST 1of4'S BLOG
2217
36
2011
-5
42
GELOMBANG WANGSA MAJU
2221
39
2191
-3
43
UMNO ONLINE
2227



44
RAKYAT MARHAEN
2436
44
2371
0
45
KERABU BERSUARA
2501
41
2234
-4
46
SUNGAI RAPAT ONLINE
2544
45
2402
-1
47
SABAHKINI
2801
46
2501
-1
48
ERA PASCA
2827
51
3186
+3
49
KICKDEFELLA
3000
48
3057
-1
50
KEDAH TIMES
3010



51
GUNUNG MAT CINCANG
3016



52
BUJANG SUSAH
3037
53
3382
+1
53
BERITA TEMPATAN ()
3085
47
2908
-6
54
ANWAR PEMBOHONG
3130
55
3448
+1
55
MALAYSIA WAVES
3184
54
3403
-1
56
ANAK SEBERANG
3202



57
PANGLIMA PERANG CYBER
3317
56
3618
-1
58
CELAH GELEGAR
3333
49
3146
-9
59
THE PEOPLE'S  PARLIAMENT
3363



60
KERAJAAN RAKYAT
3449
50
3168
-10
61
MINDA CIKGUPJ
3518
52
3202
-9
62
PAHANG DAILY
3586
58
3793
-4
63
WARISAN 2057
3607
57
3717
-6
64
HUSIN LEMPOYANG
3895
67
4504
+3
65
BUMIYANG
3937
62
4168
-3
66
KEMBARA JR@BLOGSPOT
3996
59
3817
-7
67
IBNU YAACOB : DAJJAL.........
4031



68
CUCU TOK SELAMPIT
4199
63
4220
-5
69
EDYESDOTCOM
4247
64
4345
-5
70
PAAPAADA
4302
61
3933
-9
71
RUANG BICARA PRIA MALAYA
4410
65
4373
-6
72
IPOH MALAY
4494
85
6186
+13
73
IBNUHASYIM
4524
60
3931
-13
74
FAKULTI SIYASAH SYAR'IAH
4571
68
4644
-6
75
BLOG-LIST MALAYSIA
4649
66
4496
-9
76
MYBLOGHUB
4653
69
4667
-7
77
MELAYURAYA DAILY
4682
72
5049
-5
78
KERETA MAYAT
4834



79
KERENGGA
4969
70
4745
-9
80
EK-ELE
4984
74
5170
-6
81
DIMENSI
5062



82
BATU VS KAYU
5110
79
5487
-3
83
FAJRIDIL
5122
76
5302
-7
84
WFAUZDIN.BLOGSPOT
5141
71
5038
-13
85
PERISIK RAKYAT
5161
78
5328
-7
86
ANILNETTO.COM
5276



87
ASPIRASI BANGSA
5319
86
6219
-1
88
CENANGAU
5413
82
5694
-6
89
SELANGOR DAILY
5581
73
5094
-16
90
SAHABAT-GUNUNG
5649
80
5675
-10
91
PENGHUNI GUA
5784
96
7034
+5
92
FROM PERAK WITH LOVE
5793
75
5193
-17
93
BERANIKAH HATI
6109



94
ZORRO-UNMASKED
6113
97
7124
+3
95
PENARIK BECA
6136
84
6183
-11
96
MULUT MELAYU
6228
100
7314
+4
97
LAKSAMANA JEBAT
6291
90
6374
-7
98
MANJONG MARI
6305
91
6468
-7
99
MUSLIMEEN UNITED
6320
88
6270
-11
100
BUAYA MERAH
6372
77
5315
-23

Ulasan lanjut di Top Ranking Online. 
P/s: DUNIACACAMARBA di tangga 36. Terima kasih kepada pengguna internet yang mengunjungi blog ini.

Ya, carta ini mungkin tidak menyenarai semua blog politik yang ada di Malaysia. Namun, buka mata dan lihat Top 30 carta ini. Rata-ratanya diduduki oleh blog mesra BN. Lihat juga keseluruhan carta. Berapa kerat blog mesra PR? Di mana blog-blog hebat Pakatan Rakyat yang suatu ketika dahulu begitu mendominasi ruang maya?

Hal ini seharusnya membuka mata pemimpin Pakatan Rakyat. Hal ini juga harus dipandang berat oleh jurublog dan blog elit PR. Sesuatu harus dilakukan agar medium sumber maklumat alternatif ini diterajui oleh blog PR. Saya sudah menulis hal ini secara ringkas sebelum ini, jadi tidak perlulah mengulangnya.

[PANAS] WikiLeaks Dedah Menteri Malaysia ROGOL Amah Indonesia. Siapa Menteri Itu?

Posted: 22 Dec 2010 09:21 PM PST

Saya petik:
[HD] WikiLeaks bukan sahaja menyusahkan ahli politik yang masih aktif bahkan juga bakal menyusahkan mereka yang dikira telah bersara dari politik.

Pemimpin sebuah akhbar pro Umno, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan, menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetahui salah seorang menterinya telah merogol seorang amah warga Indonesianya.

Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan.

Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila perubahan kabinet dibuat.

Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini.

Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai 2007, mangsa yang ditemuramah di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah membuat pengakuan itu.

Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah bekerja di rumah menteri berkenaan lapan tahun ketika peristiwa itu berlaku. 

Menurut laporan dari sebuah NGO itu, suami amah itu tahu peristiwa ini namun tidak diketahui oleh anak-anaknya.

Namun oleh kerana malu dan takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya.

* Gunakan butang "share" untuk kongsi berita ini di Facebook anda.

P/s: Bila nak dakwa bekas menteri Kabinet Pak Lah yang dituduh merogol amah malang itu? Sampai bila Pak Lah mahu bersubahat menyembunyikan hal ini?

[Kemas Kini] ADUN Selising Jawab Tuduhan Khalwat dan Zina!

Posted: 22 Dec 2010 07:30 PM PST

Saya petik:
[UM] Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad menyifatkan dakwaan perlakuan zina membabitkan dirinya dengan isteri seorang guru dalam blog papa gomo, merupakan perbuatan khianat dan fitnah besar untuk menamatkan karier politiknya.

Beliau mendakwa, fitnah tersebut sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah diri dan seluruh keluarganya di mata masyarakat.

"Fitnah ini bukan baru. Kalau tidak silap saya ia telah dicetuskan sejak 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2000. Tapi, mungkin kali ini nampaknya agak lebih sensasi. Kalau dulu keluar cerita ADUN Selising berkhalwat. Tapi kini berzina dengan bini orang.

"Kalau betul saya lakukan perbuatan terkutuk itu, malah saksi utama sendiri kata menangkap saya dan perempuan itu, tapi apa tindakan dia (saksi), kenapa tidak dakwa? Dakwalah," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, malam tadi.

Saipul Bahrin diminta mengulas pendedahan klip video dalam blog berkenaan mengenai dakwaan beliau ditahan dengan seorang wanita yang juga isteri seorang guru dalam koc orang kenamaan (VIP), semasa menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Tumpat.

Mengulas lanjut, pendedahan tersebut, Saipul Bahrin yang menafikan tuduhan itu dengan tegas berkata, tidak halal ke atas mereka terbabit dari dunia sampai akhirat kerana memburukkan namanya dengan menabur fitnah yang amat mengaibkan itu.

"Ini satu tuduhan berat ke atas saya dan saya tidak halal, tidak rela, tidak maafkan perbuatan ini dari dunia sampai akhirat kepada semua yang terlibat dalam perbuatan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

"Saya tidak akan maaf selagi mereka tidak minta maaf secara terbuka dengan saya," tegasnya yang baru empat hari pulang dari Tanah Suci Mekah selepas menunaikan ibadat haji.

Ketika menjawab sebarang kemungkinan tindakan akan diambil ekoran tuduhan itu, wakil rakyat Pas itu berkata, beliau terlebih dahulu akan berbincang dengan pihak berkenaan sebelum membuat apa-apa keputusan.

Berkaitan:
* ADUN Selising cabar UMNO dedah bukti "berzina" di koc keretapi

P/s: Akhirnya ADUN Selising menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh jurublog Papa Gomo dan konco-konconya di Facebook. Respons beginilah yang kita mahu kerana tuduhan yang tidak dijawab akan menimbulkan persepsi buruk kepada pemimpin dan parti yang diwakilinya.

Saya cuma mahu menonjolkan kenyataan ADUN ini: "Ini satu tuduhan berat ke atas saya dan saya tidak halal, tidak rela, tidak maafkan perbuatan ini dari dunia sampai akhirat kepada semua yang terlibat dalam perbuatan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Saya tidak akan maaf selagi mereka tidak minta maaf secara terbuka dengan saya."

Bagi saya, saman sahajalah puak-puak yang dibayar untuk memfitnah ini supaya mereka berakal sedikit! 

Kemas Kini:
Jurublog UMCO yang menyebarkan cerita ini masih dengan tekadnya. Malah mencabar ADUN Selising membuat laporan polis dan tindakan undang-undang lanjut terhadap dirinya. Jadi, tunggu apa lagi? Laporkan hal ini kepada polis dan buktikan kebenarannya.

Foto Separa Bogel Selebriti Ini Pula Tersebar

Posted: 22 Dec 2010 05:41 PM PST

Saya petik:
[HM] JAKARTA: Sejak terpilih menyertai pasukan bola sepak Indonesia, Irfan Bachdim menjadi tumpuan masyarakat termasuklah kehidupan peribadinya.

Sejak kebelakangan ini, gambar separuh bogel kekasihnya, Jennifer Jasmin Kurniawan menjadi perbualan hangat dalam forum di Internet.

Satu daripada gambar berkenaan memaparkan Jennifer hanya mengenakan seluar panjang dan topi. Wanita berdarah campuran Indonesia-Jerman itu tidak kekok ketika bergaya tanpa pakaian.

Selain itu, terdapat juga tiga gambar lagi yang menunjukkan penampilan seksi Jennifer berbaring di ranjang dengan hanya memakai pakaian dalam.

Pengurus Jennifer, Acil Seto Wijoyo mengakui wanita dalam semua gambar itu adalah Jennifer. Bagaimanapun, menurut Acil semua gambar itu sudah lama diambil iaitu ketika masih menjadi peragawati di Jerman.

"Gambar itu gambar lama iaitu ketika Jennifer masih di Jerman," tutur Acil ketika dihubungi melalui telefon, semalam.
Jennifer lahir di Muehlacker, Jerman pada 6 April 1987 dan dia adalah kakak kepada Kim Jeffrey yang menyertai pasukan bola sepak Indonesia, baru-baru ini. - Agensi

P/s: Eksploitasi, manipulasi secara terang-terangan terhadap wanita! Wanita yang terlibat dalam bidang ini menyedari hal ini, namun "merelakannya" demi wang dan nama.

Skandal Peterporn: Pemuda Ini Mengaku Salin Video "Ariel"

Posted: 22 Dec 2010 04:45 PM PST

Saya petik:
[Kosmo] JAKARTA – Seorang pemuda, Anggit Gagah Pratama mengaku bahawa dia secara tidak sengaja menyalin klip video seks yang menampilkan lelaki mirip vokalis kumpulan Peterpan, Nazriel Irham alias Ariel sedang melakukan hubungan seks, lapor akhbar KOMPAS.com semalam.

Dia merupakan saksi defendan dalam kes penyebaran klip video lucah seorang lelaki mirip Ariel bersama selebriti, Luna Maya dan klip video yang menampilkan lelaki mirip penyanyi tersebut dengan hos televisyen, Cut Tari.

"Saya ikut terheret ke dalam kes ini. Sebenarnya, klip video itu diambil oleh saya tanpa disengajakan. Kalau tiba-tiba video itu 'meletup' saya tidak tahu," kata Anggit dalam satu sidang media di sini kelmarin.
Menurut Anggit, dia sedang mencari beberapa gambar-gambar di komputer peribadi milik Reza Rizaldy alias Redjoy (RJ) iaitu saudara sepupunya yang kini turut menjadi tertuduh dalam kes penyebaran video-video seks Ariel.

"Waktu itu, saya menggunakan komputer Redjoy di Bandung, di tempat saudara saya. Ketika itu, saya secara tidak sengaja menyalin gambar dan tidak menyangka akan mendapat klip video itu. Saya tidak tahu bila saya telah menyalin klip video Ariel," katanya.

Menurut Anggit, dia kemudian menyimpan klip video tersebut tanpa memuat naik di Internet.

"Saya tidak pernah memuat naik. Saya cuma menontonnya sebelum ia disimpan," katanya.

Peguamnya, Yulius Setiarto, menegaskan bahawa Anggit benar-benar tak sengaja melakukan hal tersebut.

"Anggit secara tidak sengaja mendapatkan fail klip video Ariel ketika menggunakan komputer di kamar Redjoy.
"Anggit menggunakan komputer itu untuk mencari gambar tugas kuliah. Dia cari gambar, lalu tekan CTRL+A, sebelum menyalinnya ke dalam cakera kerasnya" jelas Yulius.

"Sehingggalah video itu tersebar, Anggit tidak menyangka kalau sumbernya (penyebaran klip video itu) itu berpunca daripada dia," tambahnya. - Agensi

Jumlah Penduduk Malaysia Berdasarkan Bancian 2010

Posted: 22 Dec 2010 04:27 PM PST


Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100.
Statistik itu berdasarkan laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.Berdasarkan bancian itu, jumlah penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di akhbar.

Tiada ulasan: