Sabtu, 4 Disember 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Seluar Dalam Kalis Bom "Taliban"

Posted: 04 Dec 2010 03:00 PM PST

Saya petik:
[Kosmo] LONDON - Sejenis seluar dalam kebal berharga £60 (RM297) yang dibuat daripada bahan tahan lasak kevlar laris dijual di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Seluar dalam jenis boxer itu dibeli oleh isteri dan kekasih anggota tentera Britain yang bertugas di medan perang di Afghanistan sebagai hadiah Hari Krismas.

Seluar dalam ringan itu dapat melindungi kelangkang dan pangkal paha askar Britain daripada impak bom buatan Taliban di Afghanistan yang menyebabkan ramai di antara mereka maut atau menjadi cacat.

Firma yang mengeluarkan seluar dalam kebal itu, BCB International, mendakwa produk mereka lebih efektif menahan impak letupan berbanding seragam standard tentera masa kini. - Agensi

Hijrah Mulan Jameela?

Posted: 04 Dec 2010 06:10 AM PST



Gambar di atas ialah Mulan Jameela yang diambil ketika melawat adik Ahmad Dhani yang baru melahirkan anak. Cuba perhatikan pakaian Mulan yang lazimnya muncul di TV dengan pakaian yang memberahikan penonton. Adakah ini hijrah Mulan Jameela? Harap-harap begitulah! 

Bagi sesiapa yang tidak kenal artis ini, sila klik pautan ini.

Kredit: Beautiful Nara

[Video] Anda Tahu Maksud Dialog Ini: "Aku Sangap Lubang"?

Posted: 04 Dec 2010 04:30 AM PST


Semalam saya ada baca berita yang memerihalkan kontroversi dialog yang terdapat dalam filem terbaharu Ahmad Idham, Aku Masih Dara. Dialog yang dimaksudkan "Sekarang ini pun ramai yang pakai tudung sebab nak sembunyikan love bite." Pengarah filem ini menjawab bahawa dialog itu menggambarkan realiti semasa. Saya petik sedikit berita semalam:
Paling ketara, apabila ada babak yang mengaitkan isu love bite dan bertudung. Diana Amir menerusi watak Hani dengan selamba berkata, kebanyakan remaja sekarang memakai tudung untuk menyembunyikan perbuatan keji mereka.

Secara ironi, isu itu pastinya akan menyentuh sensitiviti wanita yang bertudung, apatah lagi ia melibatkan pegangan agama. Bagaimanapun, bagi Idham, babak itu seharusnya dilihat secara positif kerana ia adalah realiti kehidupan remaja sekarang.

Jelas Idham, dari sudut mesej dan pengajaran, babak itu sebenarnya mengingatkan remaja supaya jangan menggunakan tudung untuk menutup kesilapan mereka.

"Saya buat filem ini berdasarkan research. Kalau anda tak percaya, anda pun boleh mengkaji perkara ini dengan mendekati golongan ini. Kalau tidak pun, layarilah laman sosial atau Facebook mereka. Kebanyakan dialog yang saya gunakan pun dari golongan ini sendiri.

"Saya sedar, apa yang saya buat ini akan mengguris hati segelintir pihak, namun sebagai film maker, saya harus ketepikan perkara ini. Saya tidak mahu kelirukan penonton. Apa yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini, inilah yang harus saya paparkan," kata Idham yang ditemui selepas pratonton Aku Masih Dara di e@curve, Damansara Utama. -SH

Niat pengarah filem ini mahu mengingatkan remaja supaya jangan menggunakan tudung untuk menutup kesilapan mereka. Bagi saya pemaparan babak dan dialog itu lebih menghina golongan wanita yang bertudung. Seolah-olah digambarkan kebanyakan remaja yang bertudung hanya mahu menutup tanda gigitan cinta di leher. Paparan babak itu juga menimbulkan persepsi negatif terhadap orang yang menutup aurat demi memenuhi tuntutan agama. Tiada isu lainkah yang mahu dipaparkan dalam filem tersebut selain menyentuh hal itu?

Jika anda perasan, dalam "trailer" filem itu, terpapar satu babak seorang ibu kepada salah satu watak berkata: "sejuk hati tengok anak pakai tudung" walhal si ibu sendiri tidak memakai tudung. Di mana kewajaran dialog ini?

Dalam satu babak lain, dipaparkan seorang lelaki sedang bercumbu-cumbuan dengan seorang perempuan. Lelaki itu berkata, "Aku sangap lubang...". Anda faham maksud dialog ini? Anda mungkin faham dengan kata "aku" dan "lubang".  Saya rujuk internet, rupa-rupanya istilah "sangap" ini berasal daripada istilah ciptaan di pusat sehenti yang bermaksud "GIAN". Istilah ini juga membawa maksud "gian mahu melakukan seks". Jadi "Aku sangap lubang", cuba-cubalah terjemahkannya kepada bahasa mudah.

Sebelum ini, filem Ahmad Idham Cuti-cuti Cinta memaparkan dialog: "..nasi lemak 50 sen (merujuk kepada saiz buah dada)" yang dilihat banyak orang sebagai suatu yang menghina/merendah-rendahkan martabat golongan hawa.  


Video:





P/s: Banyak pengarah filem menguar-uarkan bahawa filem mereka membawa mesej dan pengajaran kepada masyarakat. Cuba anda fikir-fikirkan, sepanjang filem itu dibikin, berapa banyak maksiat yang dilakukan oleh para pelakon filem tersebut? Berapa banyak lelaki yang menjadi dayus apabila isteri atau anak perempuan mereka dipegang/digomol/dicumbu oleh lelaki lain atau yang mendedahkan tubuh badan untuk tontonan umum? Bayangkan! Lebih malang, pelakon yang berlakon filem yang kunun-kununnya membawa mesej dan pengajaran itu tidak pernah insaf pun. Mereka masih juga berkelakuan seperti biasa.

Jadi apabila pengarah atau produser berkata bahawa filem mereka membawa mesej dan pengajaran, kata-kata itu hanyalah retorik untuk melakukan filem dan mengelakkan filem dengan unsur-unsur maksiat itu dipandang serong oleh pihak berkuasa dan masyarakat!

Bertudung Tetapi Separuh Bogel

Posted: 04 Dec 2010 01:03 AM PST


HATI-HATI APABILA MEMILIH PAKAIAN MANDI!


Bukankah lebih baik wanita yang beragama Islam memilih untuk memakai burkinis bersesuaian dengan tuntutan menutup aurat walaupun berada di kolam renang?







Di Sekolah Undang-undang Mana Peguam Ini Belajar Undang-undang?

Posted: 03 Dec 2010 10:43 PM PST

Lihat bagaimana UMCO berjaya merosakkan pemikiran dan wibawa seorang peguam. Ketaksuban kepada kelangsungan sesebuah parti politik  berjaya membuatkan seorang peguam meminggirkan prinsip asas undang-undang, iaitu seseorang itu berhak diadili di mahkamah jika dituduh atau disabitkan dengan sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang.

Di mana Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun menuntut ilmu undang-undang?  Beliau menyarankan undang-undang rimba ISA diguna pakai terhadap Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkaitan dengan ucapannya  mengenai "Ketuanan Melayu" semasa Kongres Nasional PKR Sabtu lalu.

Kita perlu bertanya kepada peguam ini: Adakah termaktub frasa "Ketuanan Melayu" dalam Perlembagaan negara? Setahu saya, Perlembagaan hanya menjaga dan memerihalkan hak dan keistimewaan Bumiputera seperti yang termaktub dalam Artikel 153.

Semasa Kongres PKR lalu, puan presiden hanya menyatakan bahawa: "Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi."


Presiden PKR itu tidak pun menyentuh hak orang Melayu, beliau langsung tidak menyentuh Raja Melayu atau institusi raja-raja, beliau tidak pun menjentik hak keistimewaan orang Melayu. Malah parti itu bersama-sama dengan sekutunya berikrar mahu mempertahankan Perlembagaan negara

Atas dasar apa peguam UMCO ini  mencadangkan agar undang-undang rimba diguna pakai terhadap Presiden PKR itu? Tiada sesiapa pun mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan Melayu. Orang hanya mempersoal sikap sesetengah Melayu elit yang mempergunakan slogan itu untuk memperkayakan diri, keluarga dan kroni mereka.

Saya petik:
[Bernama] KUALA LUMPUR: Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun, menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diguna pakai dalam isu berhubung kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengenai "Ketuanan Melayu" semasa Kongres Nasional PKR Sabtu lalu.

Beliau berkata, kenyataan itu sekali lagi mencabar kedudukan dan hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan apa yang dikatakan oleh Dr Wan Azizah bahawa ketuanan Melayu harus "dibakulsampahkan" adalah satu bentuk cabaran secara khusus kepada peruntukan undang-undang iaitu Perlembagaan Persekutuan dan ia bukanlah satu hak kebebasan untuk bersuara.
Katanya, oleh kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sudah menyatakan bahawa jangan dipersoalkan hak keistimewaan Melayu dan ia disambut pemimpin daripada badan politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga pakar perundangan, beliau menyarankan supaya ISA diguna pakai dalam menangani isu itu.

"ISA perlu dilakukan terhadap pemain utama dalam PKR, DAP ataupun PAS yang masih lagi terus mempersoalkan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu kerana terbukti mereka cuba mewujudkan kebencian terhadap orang Melayu disebabkan hak-hak istimewa ini," katanya dalam wawancara dengan UMNO-online.com.

Beliau berkata, apabila kenyataan ketuanan Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan apa juga yang berkaitan dengan Artikel 153 dan lain-lain perkara dikatakan dengan begitu terbuka, apatah lagi dalam satu kongres yang turut dihadiri bukan Melayu, ia bukan lagi berbentuk cabaran tetapi lebih kepada memperlekehkan kedudukan, status hak orang Melayu dan Majlis Raja-raja Melayu.

"Artikel 153 adalah sesuatu yang terpahat kemas dan tersimpul mati atau dalam bahasa undang-undangnya berbentuk 'entrenched' yang mana ia adalah satu perkara yang bukan hanya tidak boleh dipinda tetapi juga adalah terlarang untuk diperkatakan," katanya.

Mohd Hafarizam berkata, beliau menyokong penuh cadangan agar tindakan undang-undang diambil terhadap Dr Wan Azizah berikutan kenyataan itu.

"Bagi saya, kini sudah sampai masanya untuk pihak berkuasa mengambil tindakan dan orang Melayu bangkit mempertahankan hak mereka sama ada orang perseorangan, badan bukan kerajaan atau orang Melayu dari mana-mana parti politik pun," katanya....

P/s: Patutlah negara kehilangan Pulau Batu Putih, telaga minyak dan sebagainya. Rupa-rupanya, peguam yang rapat dengan kerajaan hanya pandai memanipulasi undang-undang untuk kepentingan UMCO sahaja!

Bercerita fasal Perlembagaan, Majlis Peguam Negara menyatakan bahawa Parlimen telah meminda Perlembagaan lebih 40 kali dalam masa 53 tahun yang lalu dengan lebih kurang 650 pindaan individu. Wow!

Antara pindaan yang harus dikenang oleh orang Melayu (+"orang Melayu" yang terlebih Melayunya)  termasuklah pindaan yang menghakis kuasa raja-raja Melayu sekitar tahun 1993 yang lalu. Selama 53 tahun, UMCO dan sekutunya telah mengubah pelbagai isi Perlembagaan sama ada untuk kepentingan mereka ataupun untuk kepentingan umum.(lanjut di sini)

Wow, Lumayannya Upah Rawat Bekas Permaisuri Agong!

Posted: 03 Dec 2010 08:00 PM PST


Semalam dan hari ini diberitakan bahawa Siti Aishah memohon perintah injunksi bagi melarang Syed Abdullah dan bapanya tidak mendedahkan sama ada secara lisan, blog, akhbar atau wakil berhubung sebarang maklumatnya.

Siti Aishah juga memohon perintah untuk melarang kedua-dua defendan menerbitkan buku, majalah, risalah atau terbitan melalui blog atau laman web mengenai plaintif.

Berdasarkan penyata tuntutan, Siti Aishah mendakwa pada Jun lalu, beliau ada meminta bantuan Syed Abdullah untuk membantunya menangani masalah emosi yang dihadapi selepas lelaki itu memberitahu boleh mengubati dan menjalankan kaunseling.

Selepas membuat persetujuan, plaintif bersetuju menjalani rawatan itu dengan bayaran RM15,000. Bagaimanapun, Siti Aishah menamatkan rawatannya selepas berlaku perselisihan faham dengan defendan pertama.

WOW!

P/s: Ini bukan berubat untuk menyelesaikan masalah, ini berubat untuk tambah masalah!

Kemaruk Lubang Jubur!

Posted: 03 Dec 2010 05:43 PM PST

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: "Saya tak kisah dan sanggup bermadu jika dia (suami) ada hubungan gelap dengan wanita lain, tapi bukan dengan manusia dua alam atau mak nyah. Sebagai wanita tulen, saya rasa terhina seolah-olah tidak berupaya melayan suami," kata seorang wanita.

Ibu tiga cahaya mata berusia lima hingga 12 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Lin berkata, hatinya kini luluh lebih-lebih lagi mengetahui suami dikahwini sejak hampir 15 tahun lalu bersikap dingin terhadapnya kerana mempunyai hubungan sulit dengan mak nyah popular berasal dari Indonesia yang terkenal dengan jolokan 'bencong'.


Hubungan terlarang itu terbongkar selepas dia menemui ratusan SMS mengandungi madah cinta dihantar bencong terbabit kepada suaminya sejak lebih tiga bulan lalu.

Menurutnya, pendedahan ini bukan bertujuan memalukan suaminya, sebalik mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mak nyah warga asing yang mengambil kesempatan menggoda lelaki warga tempatan.

Lin berkata, suaminya yang bekerja sendiri mula berkelakuan pelik sejak tiga bulan lalu apabila kerap keluar malam dengan alasan mahu berjumpa rakan atau menguruskan perniagaan.

"Mulanya saya tidak curiga kerana kami sudah lama berkahwin, namun perangainya mula berubah apabila dia semakin jarang untuk 'bersama' saya.

"Malah, ada kalanya dia lebih selesa tidur di ruang tamu dan jarang berbual dengan saya dan anak-anak. Bila ditanya dia memberi alasan kepenatan, sakit badan dan macam-macam lagi.

"Sejak itu saya mula mengesyaki sesuatu tidak kena dengannya, apatah lagi dia kerap kali menyembunyikan dua telefon bimbitnya daripada saya setiap kali ia berbunyi," katanya.

Lin berkata, segala-galanya terbongkar apabila dia mendapatkan nombor telefon bimbit yang sering menghubungi suaminya dengan melakukan semakan pada bil diterima.

"Saya menghubungi satu nombor yang kerap tertera dalam bil berkenaan sebelum ia dijawab suara seakan-akan wanita. Apabila diajukan soalan, 'wanita' bersuara sedikit garau itu memperkenalkan diri sebagai Yuni. Namun, apabila ditanya lebih lanjut, dia yang bercakap dengan loghat Indonesia mematikan telefon.

"Saya yang masih tak berpuas hati menghantar SMS bertanyakan identiti dan hubungannya dengan suami saya, namun tidak dijawab. Berikutan itu, saya minta bantuan adik menyiasat dan mengekori suami setiap kali dia keluar rumah," katanya.

Menurutnya, persoalan itu terjawab apabila adiknya mengintip pertemuan sulit suaminya dengan seorang pondan jelita yang berpeleseran di Lorong Haji Taib 2, di sini.

"Hasil maklumat mendapati lelaki lembut berusia 20-an itu warga Indonesia yang menjaja tubuh di kawasan berkenaan hampir setiap malam.

"Saya diberitahu, suami menghabiskan masa dengan minum dan berhibur dengan pondan terbabit di pusat dangdut berhampiran sebelum berasmara di bilik sewa pondan itu," katanya.

Menurutnya, dia yang menjejaki pondan terbabit akhirnya mendapat maklumat lelaki lembut itu menjaja tubuh di kaki lima kawasan terbabit dengan bayaran RM50 sekali perkhidmatan.

"Saya tak dapat bayangkan apa yang ditawarkan pondan itu kepada suami saya, namun yakin ia menyebabkan suami saya ketagih. Saya dilayan seolah-olah tidak wujud padahal saya juga inginkan perhatiannya.

"Jika ikutkan hati mahu saja saya mengupah orang memukul pondan terbabit, namun bimbang ia akan lebih mengeruhkan rumah tangga kami. Apa yang saya tahu pondan warga asing hanya berminat pada wang dan bukan cinta," katanya.- Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Tiada ulasan: