Ahad, 26 Disember 2010

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Ketua Biskop Katolik khuatir undang-undang murtad akan cetus kebimbangan

Posted: 26 Dec 2010 12:38 AM PST



Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (tengah) dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir di Persatuan Kristian Malaysia sempena sambutan hari Krismas bersama Archbishop Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam (kiri). — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR — Ketua Biskop Katolik Tan Sri Murphy Pakiam khuatir penguatkuasaan undang-undang murtad di Sabah mulai tahun depan akan mencetuskan kebimbangan kerana sudah pasti akan membawa kepada tindakan tegas pihak berkuasa agama.

Sebaliknya menurut Pakiam, pihak berkuasa sewajarnya menerima mesej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar rakyat pelbagai kaum menjadikan kesederhanaan dan semangat inklusif sebagai pendekatan.

"Ia (undang-undang murtad) akan mencetuskan kebimbangan dan sesuatu yang malang perkara ini (undang-undang baru ini) datang begitu sahaja," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

"Kerajaan (pusat) mesti membuat pendirian dan tidak menutup (isu ini) dan berdiam diri," tambah beliau.

Semalam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) mengumumkan akan menguatkuasakan undang-undang murtad di Sabah mulai tahun depan sebaik sahaja pusat pemulihan akidahnya di Kinarut siap pertengahan 2011.

Pengarahnya Datuk Amri A. Suratman berkata, pada masa ini jabatan itu lebih menekankan pendekatan mendidik kepada pesalah syariah dan akidah berbanding mengambil tindakan undang-undang.

Kata beliau, pelaksanaan undang-undang ini merupakan sebahagian daripada Pelan Strategik untuk lima tahun akan datang. Isu saudara baru kembali ke agama asal sering menjadi bahan perbincangan pada perhimpunan agung tahunan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) dan pada perhimpunan baru-baru ini Usia Bahagian Ranau mendedahkan ratusan saudara baru di daerah itu kembali murtad.

Usia mendakwa antara punca saudara baru kembali ke agama asal ialah kerana mereka terabai dan tidak mendapat bimbingan sewajarnya tentang Islam.

Majoriti masyarakat Kristian negara ini adalah kalangan rakyat Sabah dan Sarawak manakala Islam adalah agama rasmi persekutuan, yang dianuti 60 peratus daripada 27 juta penduduk. Undang-undang Islam melarang Muslim keluar agama mereka dan mereka yang murtad boleh dikenakan hukuman mandatori.

Sistem perundangan Islam dan undang-undang persekutuan telah mewujudkan kontroversi dalam soal kebebasan beragama di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan apabila seseorang yang beragama Islam cuba menganut agama lain.

Antara kes-kes terbabit ialah Lina Joy (Azalina Jailani), Revathi Massosai dan Nyonya Tahir (Wong Ah Kiu). Mereka yang hendak keluar agama Islam perlu mendapat perisytiharan mahkamah.

Keputusan menguatkuasakan undang-undang murtad dikhuatiri akan merengangkan hubungan antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

Pada April lalu, Kabinet mewujudkan panel antara agama di sebalik siri serangan ke atas rumah ibadat - masjid dan gereja, yang berpunca daripada keputusan mahkamah membenarkan gereja Katolik menggunakan kalimah "Allah".

Najib juga menjanjikan sokongan penuh pentadbiran dan kewangan kepada badan itu.

Baru-baru ini beberapa tokoh agama dan ahli akademik berpendapat bahawa golongan yang mempertikaikan kedudukan Islam dan orang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan mereka yang berfahaman pluralisme ala John Hick dan perlu ditentang kerana fahaman tersebut bertentangan dengan ajaran Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga berkata fahaman pluralisme agama bertentangan dengan ajaran Islam.

Katanya, fahaman pluralisme agama mampu membuat orang Islam terpesong dari landasan Islam sebenar.

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia Datuk Nik Mustapha Nik Hassan juga memberikan pandangan bahawa Islam menolak fahaman pluralisme agama yang mendakwa kesemua agama adalah sama baik dan sama benar.

Katanya, hanya ada satu agama yang memiliki wahyu yang lengkap dan sempurna iaitu Islam.

Tenang: Calon PAS anak tempatan saya bukan orangnya, kata Mazlan

Posted: 26 Dec 2010 12:37 AM PST

KUALA LUMPUR — Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, Mazlan Aliman berkata, parti itu akan memilih anak tempatan sebagai calonnya mewakili Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang akan diadakan akhir bulan depan.

Oleh itu, Mazlan yang juga Ketua Penerangan PAS Johor meminta pihak supaya menghentikan spekulasi bahawa beliau akan dipilih untuk memikul cabaran itu.

"Ingin saya tegaskan bahawa keutamaan kita adalah anak tempatan dan kita tidak kekurangan anak tempatan di Labis.

"Seperti biasa kita akan terima senarai nama dari peringkat cawangan untuk diangkat kepada negeri kemudian dibawa ke pusat untuk dimuktamadkan," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Tambah Mazlan, mengenai soal calon adalah lebih baik sekiranya ia diserahkan kepada kepimpinan tertinggi PAS untuk membuat keputusan muktamad.

Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) berkata walaupun DUN Tenang mempunyai kawasan Felda tidak semestinya beliau akan terpilih kerana masih ramai calon anak tempatan yang berwibawa di kawasan itu.

"Saya asal Batu Pahat, saya bukan anak tempatan, kita punyai ramai anak tempatan yang berwibawa di sana (Labis).

"Tidak semestinya apabila ada Felda, saya akan terpilih. Kita ada anak tempatan yang lebih berwibawa.

"Jadi mengenai soal calon kita serah kepada pusat sahaja untuk buat keputusan. Yang lain-lain saya tidak mahu komen," katanya.

Sebelum ini terdapat desas-desus bahawa Mazlan akan terpilih menjadi calon PAS mewakili Pakatan Rakyat yang akan menentang calon Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil itu.

Kelmarin, Yang Dipertua PAS Labis, Mohd Salleh Abdullah berkata pihaknya akan mengemukakan empat nama kepada PAS Johor sebelum dibawa ke pusat untuk memilih calon yang layak untuk mewakili Pakatan Rakyat.

The Malaysian Insider difahamkan nama Mazlan turut tersenarai untuk menjadi calon.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, pada 17 Disember lepas.

Ia pilihan raya kecil pertama di Johor sejak Mac 2008 dan yang pertama sejak 1989.

DUN Tenang, salah satu daripada dua kerusi negeri dalam Parlimen Labis yang berjirankan kerusi Parlimen Pagoh yang bersempadankan kawasan Parlimen Pagoh di sebelah barat, Parlimen Sekijang di utara dan negeri Pahang di sebelah timur.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi. Kawasan itu mempunyai tiga felda dengan pengundi dianggarkan lebih 3,000 orang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata kerusi DUN Tenang mempunyai 14,753 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus) dan lain-lain 11 orang (0.07 peratus).

Hanya iklan bisnes dilarang guna logo 1 Malaysia, kata Exco Selangor

Posted: 26 Dec 2010 12:30 AM PST

SHAH ALAM — Kerajaan negeri Selangor menegaskan larangan penggunaan logo 1 Malaysia pada papan-papan iklan di seluruh negeri itu satu tindakan yang sah, tetapi ia hanya terpakai ke atas iklan-iklan komersial.

Exco Kerajaan Negeri Elizabeth Wong berkata, kerajaan negeri mempertahankan langkah pengerusi jawatankuasa pihak berkuasa tempatan Ronnie Liu yang memutuskan larangan logo 1 Malaysia pada papan-papan iklan.

Katanya, peraturan pihak berkuasa tempatan sudah pun dikuatkuasakan sejak 2007 ketika Selangor masih diterajui Barisan Nasional (BN), dan oleh itu, ia bukan sesuatu yang baru sebagaimana disangkakan sesetengah pihak.

Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada pilihan raya umum Mac 2008. Wong juga mendedahkan kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa tempatan agar tidak membenarkan logo 1 Malaysia pada papan-papan iklan bisnes bulan lalu.

"Di bawah peraturan kecil, logo mana-mana parti tidak dibenarkan pada iklan perniagaan. Ia seperti membenarkan logo PKR pada syarikat elektronik Ahmad, kita tidak boleh berbuat demikian.

"Kami boleh benarkannya jika ia membabitkan program kerajaan yang bersifat berkecuali. Tetapi kita semua tahu bahawa logo 1 Malaysia sinonim dengan Barisan Nasional, malah ia digunakan ketika pilihan raya kecil (termasuk Hulu Selangor April lalu)," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun wakil rakyat penggal pertama ini berkata, BN masih boleh menaikkan bunting yang membawa logo 1 Malaysia atau simbol parti di negeri itu memandangkan ia satu perkara yang sangat berbeza.

"Mereka masih boleh menggunakan logo 1 Malaysia atau BN pada bunting untuk tujuan ceramah atau perjumpaan perayaan seperti Tahun Baru, Krismas. Anda bayar untuk penggunaan bunting di bawah (kategori) pengiklanan politik. Wujud perbezaan yang jelas," katanya lagi.

"Poin di sini ialah peraturan kecil terpakai pada logo politik pada iklan-iklan bisnes dan ruang niaga bisnes.

"Malah Rocket Cafe, pada satu tahap, (tindakan) mereka juga bercanggah dengan peraturan kecil dan mereka telah dimaklumkan mengenainya. Jadi, ini terpakai kepada semua parti," jelas Wong.

Wong mengakui bahawa wujud sedikit kekeliruan mengenai butiran larangan itu.

Ini kerana katanya, Liu tidak mengambil tindakan sewajarnya untuk menjelaskan perkara tersebut.

"Jika orang ramai tahu bahawa ia hanya terpakai kepada iklan bisnes, tidak harus wujud keliruan sangat dalam isu ini," kata beliau.

Awal pagi ini, Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor bagi pelaburan, industri dan perdagangan, Teresa Kok berkata, pemimpin-pemimpin kanan negeri akan bertemu minggu depan untuk membincangkan isu itu.

"Saya tidak mahu mengulas kerana Exco Kerajaan Negeri belum bertemu lagi dan membincangkan perkara ini. Kami akan bertemu minggu pertama bulan depan untuk membincangkan perkara ini dan lihat apa yang perlu dilakukan," kata beliau selepas menghadiri majlis sambutan Krismas hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata konsep 1 Malaysia adalah untuk membina sebuah negara dan bukan bagi tujuan politik.

Beliau berkata tanpa ragu-ragu, semangat bersama ini dan mampu untuk bangkit melangkaui perbezaan politik, adalah penting dalam memastikan keamanan dan kestabilan berterusan di negara ini.

"Sungguhpun ada sesetengah mungkin memikirkan (1 Malaysia) adalah untuk tujuan politik tetapi ia sebenarnya bagi tujuan membina sebuah negara.

"Ia untuk kita untuk bersama, bagi kita untuk merasakan bahawa kita adalah milik sebuah negara, seorang dengan satu wawasan dan itulah untuk kita mara ke hadapan bagi membina kemakmuran, keharmonian dan kejayaan sebenar sebuah negara pada Abad ke-21," katanya.

Malah semalam, Liu dipetik berkata kerajaan Selangor menangguhkan pelaksanaan melarang kesemua pihak berkuasa tempatan meletakkan logo 1 Malaysia sebagai bahan iklan dipremis perniagaan sehingga notis selanjutnya.

Kata beliau, penanggguhan ini dibuat berikutan kekeliruan mengenai takrif logo 1 Malaysia yang disifatkan sebagai propaganda BN ada bahan iklan.

"Masih terdapat perkara yang samar-samar tentang apa dianggap sebagai aksi penarik publisiti oleh BN dan apa yang bukan," kata beliau sambil menambah, banyak pihak berkuasa tempatan masih kurang jelas tentang bentuk pengiklanan yang dilarang.

Banding: Mukhriz tidak berpijak di bumi nyata

Posted: 26 Dec 2010 12:29 AM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Persatuan Mahasiswa Selangor (Permasis) melihat kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Industri dan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berhubung perbandingan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dengan BN adalah tidak relevan dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Pengerusinya, Mohamad Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Mukhriz sewaktu berucap di hadapan Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi menyatakan bahawa mahasiswa perlu membandingkan apa yang dibuat oleh kerajaan di bawah Barisan Nasional dan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

"Mana mungkin kita mampu membuat perbandingan sebegitu rupa. Setiap negeri berbeza dari segi kekayaan sumber ekonomi, taraf hidup rakyat, malah dasar urus tadbir negeri dan sebagainya.

"Seumpama kita membanding antara Negeri Perlis dengan Negeri Selangor, atau antara Negeri Pulau Pinang dengan Negeri Sabah atau Sarawak. Adakah perbandingan seperti ini adil?" katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mahasiswa mahu pun rakyat lebih menilai bagaimana negeri-negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang diterajui oleh kerajaan Pakatan Rakyat kini berbanding Barisan Nasional sebelumnya.

Sebagai contoh di Selangor, katanya mahaisiswa sentiasa mengikuti setiap perkembangan yang berlaku, malah perkembangan terbaru yang menarik perhatian mahasiswa adalah berkenaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo yang didakwa ke mahkamah atas tuduhan rasuah awal bulan ini.

Selain itu, katanya kenyataan Mukriz bahawa kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi lebih cenderung untuk menyokong pembangkang adalah tidak tepat.

Katanya, kenyataan tersebut merupakan sangkaan buruk yang ditabur kepada golongan mahasiswa yang dilihat tidak sealiran dengan kerajaan Barisan Nasional.

Sehingga kini, ujarnya mahasiswa masih bebas menyuarakan pendapat mereka tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik baik dari BN atau PR.

Tambahnya, beberapa isu yang diperjuangkan oleh mahasiswa seperti desakan agar dimansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), PTPTN, isu kenaikan harga barang, menghapuskan rasuah dalam urus tadbir negara dan banyak lagi perkara yang pernah disuarakan sebelum ini adalah suara dari mahasiswa sendiri.

Beliau menambah, mahasiswa memperjuangkan bukan hanya berkisar mengenai isu-isu kampus tetapi turut sama bersuara untuk hak rakyat dan demi kebaikan Malaysia.

"Namun, saya akui bahawa tidak mustahil selagi beberapa perkara yang dituntut dan diketengahkan oleh mahasiswa selama ini tidak diendahkan, selagi itu mahasiswa akan menjauhkan diri dari kerajaan Barisan Nasional," ujarnya.

PAS: 1Malaysia memang alat politik Umno BN

Posted: 26 Dec 2010 12:26 AM PST

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR: Biarpun dipertahan oleh Datuk Seri Najib Razak, namun Pakatan Rakyat yakin dan percaya bahawa konsep 1Malaysia yang diperkenal Perdana Menteri itu sememangnya agenda politik Umno BN.

Semalam, Najib menegaskan konsep 1 Malaysia bukan alat politik BN tetapi bertujuan menyemai perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum demi pembinaan negara.

Pandangan sama turut dikongsi timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa 1Malaysia bertujuan merapatkan perhubungan antara kaum tanpa mengambil kira fahaman politik.

Kedua-duanya berkata demikian sebagai menjawab tindakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia pada semua iklan di papan tanda di seluruh negeri itu kerana ia melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan dan merupakan mesej politik BN.

Biarpun alasan yang deberikan mereka itu dirasakan konkrit, namun bagi Pakatan Rakyat, ianya hanya kenyataan 'mulut manis' pemimpin Umno itu yang sama sekali bercanggah dengan realiti amalan mereka.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Lo'lo' Ghazali ketika mengulas perkara itu berkata, sejak 20 bulan konsep itu diperkenalkan, matlamat perpaduan pelbagai kaum yang diperkatakan Najib itu langsung tidak tercapai.

Malah katanya, 1Malaysia Najib masih mendokong pemikiran politik lama Umno iaitu memainkan sentimen perkauman.

Beliau turut mempersoal, jika benar Umno mengamalkan semangat 1Malaysia, kenapa Umno masih bersikap double standad dalam banyak hal terhadap Pakatan Rakyat.

"Jabatan Pelajaran larang sekolah di Kedah gantung gambar Menteri Besar (Datuk Seri Ust Azizan Razak), habis kenapa Umno bising tentang lambang 1Malaysia.

"Mereka larang semua ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat masuk sekolah, tetapi kenapa Umno boleh?" katanya yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa sambil mempersoal adakah itu konsep sebenar 1Malaysia Najib.

Selain itu katanya, matlamat 1Malaysia untuk membangunkan negara tidak lebih dari slogan politik semata-mata.

Ini kerana, realiti yang berlaku menunjukkan kerajaan persekutuan pimpinan Najib masih mengamalkan diskriminasi terhadap wakil rakyat dan negeri-negeri Pakatan khususnya dalam penyaluran peruntukan.

"Mengapa Ahli PR dinafi peruntukn? Kenapa Pimpinan PR tidak boleh masuk skolah? kenapa gambar Ketua Menteri, Menteri Besar tak boleh digantung di sekolah?

"Jelas, 1Malaysia adalah politik," katanya.

Ketuanan Melayu: Konsep pendidikan Islam tidak tercapai

Posted: 26 Dec 2010 12:20 AM PST

Ismail Hashim

SHAH ALAM: Wajib berlaku reformasi dalam semua hal kehidupan bagi menjayakan transformasi dalam sistem pendidikan demi agama dan negara, tegas Pengerusi Sekretariat Majlis Ulama Asia Tenggara (Shura), Ustaz Abdul Ghani Samsudin.

Menurutnya, isu pendidikan Islam menjadi lebih baik, diakui dan dipertingkatkan pelaksanaannya jika semua ahli politik negara ini cuba dan boleh memahami konsep pendidikan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika bercakap dalam wacana bertajuk Transformasi Pendidikan: Realiti, Globalisasi dan Harapan bersama Timbalan Presiden Wadah Pencerdasan Umat, Dr Mohd Nor Manuty, Timbalan Naib Cancelor HEP Unisel, Prof Madya Dr Zainal Abidin Kidam.

Wacana ini dijalankan sebagai acara pertama dalam Konvensyen Pendidikan Islam Malaysia 2010 anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor dengan kerjasama Lajnah Pendidikan PAS Pusat, di sini bermula semalam hingga petang nanti.

"Bagaimana mungkin konsep pendidikan Islam ini dapat digapai matlamatnya jika kedapatan ramai pemimpin negara yang hanya mengagungkan ketuanan Melayu sahaja.

"Kerana itu, pendidikan Islam hanya akan berjaya bila adanya kepimpinan negara memahami Islam, perundangan dan media Islami yang menaikkan imej tokoh-tokoh yang berkecimpung dalam perjuangan pendidikan Islam.

"Lebih dari itu, transformasi pendidikan Islam hanya akan bermula dan berjaya dengan berlakunya reformasi dalam semua hal terutama politik, perundangan dan kepolisan," tegasnya.

Dalam hal ini, Ustaz Abdul Ghani menarik perhatian hadirin dengan menukilkan sepotong ayat Al-Quran bererti Tidak akan berjaya orang yang mengambil air laut dengan jari tangan terbuka untuk menggapainya ke muka kerana usaha dan impian tidak sama.

Justeru, jelasnya, kesatuan fikir mesti diseimbangkan terlebih dahulu dalam kalangan semua pihak kerana tanpanya, hasrat reformasi pendidikan Islam tidak akan berjaya apatah lagi jika ada yang hanya perjuangkan ketuanan tertentu.

Reformasi umat dan transformasi rakyat terutama dalam bidang politik, tambahnya, bakal menghasilkan kesan positif kepada sistem pendidikan negara.

Umno: Hidup segan, mati tak mahu?

Posted: 26 Dec 2010 12:16 AM PST

BERNAMA

Ibarat pucuk dicita ulam mendatang, Model Baru Politik (MBP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno baru-baru ini, tiba pada tepat pada masanya demi survival parti dan agenda perjuangannya.

NONEUmno, katanya, perlu berubah supaya lebih terbuka dan inklusif, dan model baru politik ini menjadi wadah bagi perubahan yang diperlukan serta diperincikan supaya dapat diamal oleh semua anggota parti.

Model berkenaan yang membawa tema "Umno Dahulukan Rakyat" mengutamakan kepentingan rakyat dalam perjuangan Umno, sekali gus menolak 'lagu-lagu lama' seperti 'politik pembangunan' yang dilihat sudah kurang menarik kepada rakyat.

Pinda perlembagaan

Langkah pertama sudahpun dilaksanakan iaitu meminda perlembagaan parti supaya tidak hanya sebahagian anggota yang berkuasa membuat pilihan kepimpinan parti, tetapi keanggotaan yang lebih besar boleh memilih pemimpin mereka.

umno agm muhyiddin opening 191010Pindaan yang dibuat kini membolehkan lebih 400,000 anggota layak memilih Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden serta anggota Majlis Tertinggi berbanding hanya 2,500 anggota perwakilan ke Persidangan Agung Umno sebelum ini.

Najib pernah berkata Umno harus berubah mengikut peredaran masa dan zaman kerana masyarakat sekarang menolak parti yang sudah berjasa kepada mereka kerana mereka melihat parti berkenaan masih dengan keadaan lama, tidak dinamik dan kaku.

Untuk memastikan Umno 'tak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan', Najib yang serius mahu melakukan perubahan pada parti, juga menggariskan beberapa langkah menanganinya seperti yang dinyatakan dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2010 Oktober lalu.

NONEPemulihan itu harus melalui tiga fasa, iaitu memperakui kelemahan dan masalah, bermuhasabah dan mencari penawar mustajab, serta memulakan gerak kerja.

Tujuh perkara pula telah digariskannya, iaitu meletakkan parti lebih tinggi daripada peribadi, memperkuatkan pasukan bukannya kumpulan, memenangi hati rakyat, menjuarai media baru, sasar pengundi muda, sifar masalah dalaman dan mendahulukan rakyat.

Transformasi manusia tidak mudah

Perubahan-perubahan yang dilakukan bukan setakat menjadikan anggota Umno sebagai sasaran malah rakyat secara keseluruhannya, selaras dengan kedudukan Umno sebagai parti tunjang pemerintahan negara.

azlanApapun perubahan atau model yang mahu diterapkan, ia tidak akan mengubah matlamat perjuangan Umno yang asal.

Namun Najib sedar, transformasi manusia bukannya semudah transformasi fizikal kerana ia mencabar, memakan masa selain memerlukan respon dan penghayatan yang secukupnya.

"Tapi (kita) jangan kecewa sebab kita berurusan dengan manusia, dan manusia, tentu sekali amat mencabar untuk melakukan perubahan besar dalam masa yang singkat," katanya.

Selain MBP, Umno juga mencatat detik manis apabila berjaya merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas pada pilihan raya kecil pada 4 Nov lalu. Calon Barisan Nasional dari Umno, Abdul Aziz Yusoff menang dengan majoriti 1,190 undi, mengalahkan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed.

NONEWalaupun pelbagai pihak menyatakan bahawa kemenangan itu memberi petanda sokongan sudah kembali kepada Umno/Barisan Nasional, dua tokoh politik veteran, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Dr Mahathir Mohamad, mempunyai pandangan berbeza terhadap keputusan berkenaan.

Tidak boleh selesa

Rumusannya, kemungkinan strategi yang digunakan oleh Tengku Razaleigh selaku pengarah jentera pilihan raya kecil itu, bersesuaian dengan kehendak di kawasan itu dan keputusan mungkin berbeza sekiranya pilihan raya kecil itu diadakan di tempat lain.

NONEApapun, Umno mesti mengambil perhatian bahawa ia tidak boleh berasa selesa dengan kemenangan itu dan harus sentiasa bekerja keras supaya perpaduan di peringkat akar umbi kekal mantap seperti yang diingatkan berkali-kali oleh presiden parti terutamanya untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Ada pemerhati politik yang mengatakan Najib akan memberi perhatian kepada kerajaan pada tahun pertama pimpinannya dan hanya memberi perhatian kepada politik parti pada tahun kedua di tampuk pemerintahan dan ini terbukti benar.

young ulama join umno 250610 02Umno juga mengorak langkah memberikan nafas baru dengan membawa masuk 40 ulama muda, termasuk seorang anak bekas mufti negeri menyertainya, dengan objektif menyebarluaskan dakwah Islam dalam parti dan negara.

Terdapat juga perubahan besar yang akan dilakukan terhadap kepimpinan Umno negeri untuk memperkuat dan memantapkan parti.

Berkecai tulang

Apa yang dijangkakan perubahan itu membabitkan pengerusi perhubungan negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan selain Terengganu yang kini diketuai sama ada oleh presiden, timbalan presiden dan tiga orang naib presiden.

NONESemua ini tidak lain tidak bukan bagi mempertahankan Putrajaya daripada dirampas pembangkang yang dianggap sebagai 'saudagar mimpi'.

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan," kata Najib kepada perwakilan Umno.

Mesej terpentingnya ialah orang Melayu perlu memahami risiko iaitu berhadapan dengan kemungkinan kehilangan kuasa jika kelemahan tidak diakui, penawar politik tidak dicari dan usaha ke arah mempertahankan kuasa, gagal.

NONEDalam perjuangan juga Umno perlu serius dengan isu pengundi, kerana sebagai contoh, jumlah pengundi yang berjaya didaftarkan melalui jentera Umno di Johor, misalnya, hanya 13,125 orang.

Dicampur jumlah pengundi yang didaftarkan oleh parti komponen BN lain, bilangan pengundi baru yang didaftarkan oleh BN di Johor hanya 14,768 orang, sedangkan pembangkang mendaftarkan 18,129 orang.

Tarikh pilihan raya

Malaysia sudah melepasi separuh usia Parlimen selepas pilihan raya umum 2008, jadi masa semakin suntuk dan oleh yang demikian Umno dan BN perlu bersedia dan tidak lagi boleh bertangguh-tangguh lagi dalam memperkuatkan 'barisan'.

NONENajib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melawat negeri-negeri untuk berjumpa dengan ahli-ahli Umno dan rakyat.

Apabila perkara ini diutarakan, pemerhati dan penganalisis politik dan juga media tertanya-tanya adakah pilihan raya umum semakin dekat, sedangkan tempoh mandat BN sekarang hanya tamat pada 2013.

Tambahan pula pemilihan Umno bagi peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi yang dijadual diadakan pada tahun depan ditangguhkan selama 18 bulan bagi membolehkan Umno memberi tumpuan kepada proses pemantapan dan pemulihan parti berdasarkan MBP.

Apapun, sama ada pilihan raya diadakan dalam masa terdekat atau tidak, Umno tidak perlu menunggu 2011 untuk memantapkan parti dengan senjata baru diperkenalkan oleh presidennya -- MBP.

Tambahan RM500: Kenapa Muhyiddin takut sangat?

Posted: 26 Dec 2010 12:12 AM PST

MALAYSIA KINI

PAS hari ini mengingatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar jangan mudah melatah jika tidak mahu sikap takut dan gelabah beliau terhadap janji Pakatan Rakyat terbongkar, lapor Harkahdaily.

idris ahmad information chief pas muktamar in kota bharuKetua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, parti Islam itu berasa pelik dengan sikap Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno yang sangat emosi terhadap komitmen Pakatan Rakyat untuk menaikkan RM500 sebulan kepada guru jika Pakatan Rakyat menerajui negara seperti diumum Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"PAS merasa pelik seorang Timbalan Perdana Menteri mencabar Datuk Seri Anuar Ibrahim menaikkan gaji guru-guru di negeri Pakatan Rakyat.

"Iltizam Pakatan Rakyat kepada guru-guru jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat, bukannya sekarang.

"Kenapa perlu takut dengan janji Pakatan Rakyat? Janganlah buat tuduhan yang tidak menentu," katanya.

azlanBeliau mengulas kenyataan Muhyiddin yang mendakwa tawaran Pakatan Rakyat untuk pendidik itu hanya janji politik dan sukar dilaksana untuk guru sahaja dan memberi alasan dengan mempersoal imbuhan kepada kakitangan awam lain.

Menurut Idris, untuk peringkat awal janji berkenaan hanya diberikan kepada guru namun semua kakitangan awam akan diambil perhatian juga selepas itu.

"Pakatan Rakyat mengambil tindakan awal untuk guru-guru sebagai satu penghargaan dan pengorbanan mereka mendidik rakyat di negara ini.

NONE"PAS menasihatkan Tan Sri Muhyiddin dapat turun ke bawah, memerhatikan bagaimana beban guru-guru yang berat, jangan hanya mendesak guru-guru melakukan macam-macam tugas," katanya.

Idris, sehubungan itu, menasihatkan Muhyiddin supaya sabar dan tidak emosi. Beliau juga mahu timbalan perdana menteri itu meneliti ayat-ayat yang terkandung dalam buku jingga yang merupakan manifesto Pakatan yang telah diedar di Konvensyen Pakatan Rakyat 19 Disember lalu.

Selaku Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin juga katanya, Muhyiddin tentu lebih arif dalam hal kewangan negara berbanding pendapatan kerajaan negeri yang terlalu kecil.

azlan"Jangan beliau bercakap macam ketua cawangan Umno sahaja.

"Pakatan Rakyat hanya berjanji untuk menaikkan taraf hidup rakyat dan meletakkan rakyat di tempat yang sepatutnya setelah 53 tahun rakyat dipinggirkan.

"Sekarang ini pun dengan kekangan kewangan negeri, Pakatan Rakyat telah membuat yang terbaik untuk rakyat, seperti skim kifalah, air percuma, bantuan pendidikan," katanya.

Tragedi Krismas : Enam maut dalam empat kemalangan

Posted: 26 Dec 2010 12:08 AM PST

BERNAMA

KUALA LUMPUR – Enam terkorban dalam kemalangan jalan raya di empat lokasi sekitar bandar raya awal pagi ini yang membabitkan kereta dan motosikal.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP Abdullah Roning berkata kesemua mangsa berumur 18 hingga 55 tahun itu mati di tempat kejadian.

"Kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 1.15 pagi apabila dua buah motosikal bertembung dari arah bertentangan di Jalan Pudu menghala Cheras Lama menyebabkan kedua-dua penunggang, Fong Kam Wah, 55, dan Fong Kel Uin, 19, mati di tempat kejadian," katanya.

Abdullah berkata kejadian kedua berlaku pada 2.10 pagi apabila sebuah kereta yang dipandu oleh Eng Tiong Kiong, 36, dari Paloh, Johor gagal dikawal di Lebuhraya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (Sprint) lalu merempuh persimpangan jalan berhampiran KL Sentral.

Beliau berkata kejadian ketiga berlaku kira-kira pukul 4 pagi di Jalan Tun Razak membabitkan seorang remaja, S.Vines Veran, 18, apabila motosikal yang ditunggangginya terbabas dan melanggar pembahagi jalan, sebelum merempuh belakang sebuah kereta.

"Viknes Veran didapati menunggang motosikal tanpa lesen" katanya.

Abdullah berkata dalam kejadian keempat pukul 4.30 pagi di Jalan Cheras pula melibatan tiga kenderaan.

Abdullah berkata pemandu kereta itu, Tan Kim Fat, 32, seorang mekanik dan berasal dari Semenyih, Selangor dikatakan gagal mengawal keretanya lalu melanggar sebuah papan tanda sebelum melanggar bahagian belakang sebuah jip kepunyaan seorang kontraktor yang menjalankan kerja-kerja mencantas pokok di jalan itu.

"Kim Fat dan salah seorang penumpang di dalam kereta itu, Hoh Tian Yoon, 25, mati di tempat kejadian," katanya.

Dalam pada itu, katanya sebuah kereta yang tidak sempat mengelak merempuh belakang kereta dinaiki empat lelaki tersebut, namun pemandunya hanya mengalami kecederaan ringan.


Mangsa banjir di Kedah, Perlis buat tuntutan palsu: Johari Baharom

Posted: 26 Dec 2010 12:06 AM PST

BERNAMA

JITRA: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Wira Mohd Johari Baharom, berkata terdapat segelintir petani dan mangsa banjir di Kedah dan Perlis yang membuat tuntutan palsu bagi kerugian yang mereka alami semasa bencana banjir bulan lalu.

Beliau berkata, misalnya terdapat petani membuat tuntutan kerugian ke atas sawah mereka yang dikatakan rosak, padahal mereka tidak terjejas langsung.

"Selain tuntutan palsu, terdapat ramai mangsa banjir membuat tuntutan bertindih iaitu mendaftar lebih dari sekali serta seluruh ahli keluarga mereka turut mendaftar.

"Malangnya terdapat ketua-ketua unit Pertubuhan Peladang Kawasan yang mengesahkan tuntutan petani yang meragukan atau palsu," katanya ketika bergotong-royong mengecat semula Masjid Kampung Telok Malek bersama ahli Kelab Proton Shah Alam dekat sini, hari ini.

Masjid tersebut tenggelam ketika banjir.

Mohd Johari berkata, di dalam borang tuntutan telah dijelaskan bahawa maklumat palsu yang diberikan boleh dikaitkan dengan kesalahan di bawah akta rasuah.

"Saya menyerahkan perkara ini kepada agensi berkaitan sama ada hendak mengambil tindakan atau tidak terhadap mereka yang membuat tuntutan palsu," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu.

Beliau juga berkata, bancian terhadap tanaman dan ternakan yang musnah atau mati di dalam banjir dijangka selesai pertengahan bulan depan.

Katanya, kerajaan akan memberi pampasan dalam bentuk input pertanian seperti baja, racun, benih dan haiwan ternakan.

6 cedera bas ekspres terbabas dekat Temerloh

Posted: 26 Dec 2010 12:05 AM PST

BERNAMA

TEMERLOH: Enam cedera, dua daripadanya patah tulang rusuk apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas di KM363, Jalan Raub-Bentong, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsuddin Wan Osman, berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, bas ekspres Mahligai berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur dengan membawa 39 penumpang.
Beliau berkata, setibanya di tempat kejadian, bas terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tebing bukit berdekatan.
Katanya, penumpang yang mengalami patah tulang rusuk dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh sementara empat lagi penumpang menerima rawatan di Hospital Raub.

"Penumpang selebihnya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas pemandu bas mendapatinya bebas dadah.

Hukum Menyambut Krismas oleh Ummat Islam

Posted: 25 Dec 2010 11:47 PM PST

Oleh- Muhammad Hanif bin Jamaluddin

MUQADDIMAH

Hukum Menyambut Hari Krismas dan Mengucap salam serta memberi ucapan Merry Christmas kepada non Muslim

Tanggal 25 Disember merupakan tarikh istimewa bagi penganut agama kristian di seluruh dunia. Pada hari tersebut, para penganut agama ini akan meraikan perayaan Krismas sempena memperingati kelahiran Nabi Isa mengikut kepercayaan mereka. Menurut pegangan agama kristian, Nabi Isa merupakan anak kepada Allah S.W.T yang mengorbankan dirinya bagi menebus dosa warisan yang diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain akibat perbuatan Nabi Adam a.s. yang dikeluarkan dari syurga.

Namun berbeza pula kita sebagai seorang muslim yang dikurniakan dua perayaan besar iaitu 'Idulfitri dan 'Iduladha tanpa mengingkari Nabi Isa adalah sebagai utusan, bukannya anak Allah S.W.T.

Nabi Isa Tidak Disalib

Kelahiran Nabi Isa a.s. merupakan satu peristiwa istimewa yang telah tertulis di dalam Al-Quran. Kelahiran amat yang luar biasa apabila ibunya, Maryam terpilih untuk dihidupkan roh seorang insan agung di dalam rahimnya dengan izin Allah S.W.T. walaupun dirinya ketika itu belum pernah berkahwin. Malah, Maryam berasa sangat hairan apabila menerima khabar ini. Bahkan beliau tidak pernah langsung disentuh oleh mana-mana lelaki. Tetapi, ia dijawab dengan ayat Al-Quran yang menyatakan bahawa Allah S.W.T. berkuasa ke atas segala sesuatu. FirmanNya :

Maksudnya : (ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! bahawasanya Allah memberikan khabar Yang mengembirakanmu, Dengan (mengurniakan seorang anak Yang Engkau akan kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang Yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang Yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah). Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil Dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah dari orang-orang Yang soleh. Maryam berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah Aku akan beroleh seorang anak, padahal Aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?" Allah berfirman; "Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa Yang dikehendakiNya; apabila ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah Engkau ', lalu menjadilah ia." (Surah Ali 'Imran: 45-47)

Suatu perkara pelik berlaku kepada Nabi Isa a.s. apabila mampu berkata-kata ketika masih kecil dan sungguh mengejutkan penduduk kawasan setempat pada waktu itu. Perkara ini ada disebutkan dalam ayat yang telah dibacakan sebelum ini. Tatkala ibunya Maryam ditohmah masyarakat berikutan peristiwa kelahiran seorang bayi yang tidak berbapa sedangkan mereka mengetahui bahawa Maryam masih seorang gadis sunti yang belum pernah berkahwin, Allah mendatangkan pembantu melalui anaknya sendiri yang membela ibunya. Nabi Isa a.s. berkata :

Maksudnya : "Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku al-Kitab (injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi. Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) salat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup; dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikanku seorang yang sombong lagi celaka. Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadahu, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali. " (Surah. Maryam: 30-33)

Begitulah kisah kelahiran agung yang cukup luar biasa di dalam Al-Quran yang jelas bertentangan dengan kepercayaan masyarakat Kristian yang mengangkat baginda sebagai tuhan mereka. Malah baginda sendiri menolak dan menafikan sekerasnya kepercayaan orang kafir ini seperti yang terakam di dalam Al-Quran :

Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: "Jadikanlah aku dan ibuku dua orang Tuhan selain Allah?". Isa menjawab: "Maha suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya).Jika aku pernah mengatakan Maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui perkara yang ghaib-ghaib. Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakan)nya Yaitu: "Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu", dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau menangkatku, Engkau-lah yang mengawasi mereka, dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu. (Surah Al-Ma'idah: 116-117)

Bukan itu sahaja, malah baginda sebenarnya tidak pernah dibunuh atau disalib tetapi hanya diserupakan muka baginda dengan salah seorang pengikutnya. Dakwaan berani ini telah direka-reka dan dinisbahkan kepada baginda serta menjadi anutan penganut agama ini sehingga ke hari ini. Perkara sebenar yang berlaku kepada baginda ialah diangkat ke langit sebelum akan diturunkan semula sebagai antara tanda besar hari kiamat. Firman Allah S.W.T. :

Maksudnya : dan juga (disebabkan) dakwaan mereka Dengan mengatakan: "Sesungguhnya Kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang Yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). dan Sesungguhnya orang-orang Yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada Dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya Dengan yakin. bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadanya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah An-Nisaa' ayat 157-158).

Kebangkitan semula Nabi Isa a.s. pula ada diceritakan pada beberapa hadith Nabi S.A.W., antaranya :

حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ شُجَاعٍ وَهَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ وَحَجَّاجُ بْنُ الشَّاعِرِ قَالُوا حَدَّثَنَا حَجَّاجٌ وَهُوَ ابْنُ مُحَمَّدٍ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو الزُّبَيْرِ أَنَّهُ سَمِعَ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُا سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي يُقَاتِلُونَ عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ قَالَ فَيَنْزِلُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَقُولُ أَمِيرُهُمْ تَعَالَ صَلِّ لَنَا فَيَقُولُ لَا إِنَّ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ أُمَرَاءُ تَكْرِمَةَ اللَّهِ هَذِهِ الْأُمَّةَ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami al-Walid bin Syuja' dan Harun bin Abdullah serta Hajjaj bin asy-Sya'ir mereka berkata, telah menceritakan kepada kami Hajjaj -yaitu Ibnu Muhammad- dari Ibnu Juraij dia berkata, " Abu az-Zubair telah mengabarkan kepadaku, bahwa ia mendengar Jabir bin Abdullah berkata, "Saya mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Akan senantiasa ada dari umatku sekelompok orang yang berperang di atas kebenaran, mereka akan selalu nampak hingga hari kiamat." Beliau bersabda lagi: "Lalu turunlah Isa putra Maryam, lalu pemimpin mereka berkata, 'Kemarilah, pimpinlah kami shalat." Isa lalu berkata, 'Tidak, sesungguhnya sebagaian kalian atas sebagian yang lain adalah pemimpin, sebagai bentuk pemuliaan Allah terhadap umat ini'." (Hadith ke-225 riwayat Imam Muslim)

Allah S.W.T. turut menegaskan didalam kitabNya bahawa Nabi Isa a.s. hanyalah manusia biasa yang diangkat menjadi seorang rasul seperti rasul-rasul sebelumnya dan bukanlah tuhan seperti yang diagung-agungkan oleh para penganut agama Kristian. Firman Allah :

Maksudnya: "Tidaklah Al-Masih putera Maryam itu melainkan hanyalah seorang Rasul yang mana telah berlalu sebelumnya beberapa rasul, dan ibunya seorang yang sangat benar. Kedua-duanya biasa memakan makanan. Perhatikan bagaimana Kami menjelaskan kepada mereka (ahli Kitab) tanda-tanda kekuasaan (Kami), kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling (dari memperhatikan ayat-ayat Kami itu). (Surah Al-Ma'idah: 75)

Hukum Sambutan Hari Krimas Oleh Umat Islam

Rata-rata masyarakat di dunia ini hidup dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai penganut berbeza agama. Manakala dalam setiap agama pula mempunyai tarikh-tarikh tertentu yang dirayakan bagi memperingati sesuatu peristiwa. Keadaan yang sama berlaku dalam negara Malaysia dan beberapa buah negara di Timur Tengah.

"Christmas Day" menurut orang Kristian adalah sambutan hari ulangtahun kelahiran anak Allah di muka bumi, iaitu Jesus. Walaupun di sana ada perselisihan pendapat pada tarikh kelahirannya, tumpuan utama adalah pada diri Jesus yang telah dikorbankan oleh Allah demi menghapuskan dosa-dosa manusia. Pengorbanan sebesar ini tidak patut dilupakan begitu sahaja, maka ia diingati dengan sambutan Hari Krismas. Jelas, perayaan ini disambut bersempena dua perkara ; Pertama : Jesus sebagai anak Allah dan kedua : pengorbanan Jesus yang disalib demi menebus dosa manusia.

Persoalan : Adakah perayaan ini boleh disambut oleh orang Islam dan bagaimana jika kita hanya mengucapkan tahniah/memberikan ucapan kepada masyarakat Kristian?

Jawapan : Hukum sambutan krimas ini boleh dibahagikan kepada dua :

1) Hukum Menyambut Perayaan Krismas Bersama Orang Kafir :

Ulamak bersepakat dalam PENGHARAMAN meraikannya atau turut serta dalam apa-apa sahaja bentuk sambutan yang berkaitan dengan perayaan orang kafir termasuk perayaan Krismas. Seperti yang telah diterangkan di atas, umat islam hanya mempunyai dua perayaan yang besar iaitu 'Idulfitri dan 'Iduladha.

Imam ibnu Qayyim menerangkan didalam kitabnya "Ahkam Ahli Zimmah" tentang hukum sambutan perayaan orang kafir : (TIDAK HARUS bagi orang mukmin itu menghadiri perayaan orang kafir dengan persetujuan semua para ulama. Perkara ini telah dijelaskan oleh para fuqaha' mazhab empat dalam kitab mereka, berdasarkan hadis riwayat Imam Baihaqi daripada Umar bin Al-Khattab berkata "Janganlah kamu masuk bersama orang kafir ke dalam gereja mereka pada hari perayaan mereka, maka sesungguhnya kemurkaan diturunkan kepada mereka").

Imam an-Nawawi juga menjelaskan dalam kitabnya Al-Majmu' akan tegahan daripada bersama-sama dengan orang kafir di dalam majlis mereka kerana perbuatan tersebut memuliakan mereka dan dikira menyamakan kemuliaan orang mukmin dengan orang kafir, maka perkara tersebut adalah tidak harus.

Antara pendapat ulama dalam mengharamkan sambutan perayaan orang kafir adalah berdasarkan beberapa dalil antaranya :

• Sambutan tersebut menyerupai orang kafir. Pengharaman ini berdasarkan hadith baginda S.A.W. yang berbunyi :

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو النَّضْرِ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ ثَابِتٍ حَدَّثَنَا حَسَّانُ بْنُ عَطِيَّةَ عَنْ أَبِي مُنِيبٍ الْجُرَشِيِّ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Utsman bin Abu Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Abu An Nadhr berkata, telah menceritakan kepada kami 'Abdurrahman bin Tsabit berkata, telah menceritakan kepada kami Hassan bin Athiyah dari Abu Munib Al Jurasyi dari Ibnu Umar ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa bertasyabuh dengan suatu kaum, maka ia bagian dari mereka." "Barangsiapa yang menyerupai (meniru) suatu kaum (yang bukan Islam), maka dia tergolong dalam golongan mereka" (Hadith ke-3512 riwayat Imam Abu Daud)

• Penyertaan atau menyambut perayaan tersebut merupakan satu daripada tanda kita menyukai dan cinta kepada mereka. Allah S.W.T. berfirman :

Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya Yang lain; dan sesiapa di antara kamu Yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka Sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum Yang berlaku zalim. (Surah Al-Maidah ayat 51)

Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, Dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) Dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra Yang ada di antara kamu Dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) Yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari tanah suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra Dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa Yang kamu rahsiakan dan apa Yang kamu zahirkan. dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu Yang melakukan perkara Yang demikian, maka Sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan Yang betul.(Surah Al-Mumtahanah ayat 1)

• Perayaan merupakan hal keagamaan dan aqidah kaum tertentu, seperti dalam hadith Nabi S.A.W. :

حَدَّثَنَا عُبَيْدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ هِشَامٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ دَخَلَ أَبُو بَكْرٍ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ مِنْ جَوَارِي الْأَنْصَارِ تُغَنِّيَانِ بِمَا تَقَاوَلَتْ الْأَنْصَارُ يَوْمَ بُعَاثَ قَالَتْ وَلَيْسَتَا بِمُغَنِّيَتَيْنِ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ أَمَزَامِيرُ الشَّيْطَانِ فِي بَيْتِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَلِكَ فِي يَوْمِ عِيدٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا أَبَا بَكْرٍ إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami 'Ubaid bin Isma'il berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Hisyam dari Bapaknya dari 'Aisyah berkata, "Abu Bakar masuk menemui aku saat itu di sisiku ada dua orang budak tetangga Kaum Anshar yang sedang bersenandung, yang mengingatkan kepada peristiwa pembantaian kaum Anshar pada perang Bu'ats." 'Aisyah menlanjutkan kisahnya, "Kedua sahaya tersebut tidaklah begitu pandai dalam bersenandung. Maka Abu Bakar pun berkata, "Seruling-seruling setan (kalian perdengarkan) di kediaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam!" Peristiwa itu terjadi pada Hari Raya 'Ied. Maka bersabdalah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: "Wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kaum memiliki hari raya, dan sekarang ini adalah hari raya kita." (Hadith ke-899 riwayat Imam Bukhari)

Perayaan krismas menunjukkan akan aqidah mereka yang salah serta mensyirikkan Allah, maka tidak harus kita menyertainya.

2) Hukum Mengucapkan Tahniah/Memberikan Ucapan Perayaan Kepada Mereka :

Berhubung permasalahan mengucapkan tahniah kepada orang kafir pada perayaan mereka, terdapat perselisihan pendapat ulama. Ada yang membenarkan dan ada pula yang mengharamkan tindakan ini.

Imam Ibnu Qayyim mengharamkan ucapan tahniah ini dengan katanya dalam kitabnya "Ahkam Ahli Zimmah" pada Bab Ucapan Tahniah Kepada Ahli Zimmi : (dan adapun ucapan tahniah terhadap syiar yang telah dikhusukan kepada orang kafir adalah haram secara sepakat, seperti ucapan tahniah terhadap perayaan dan puasa mereka, dengan ucapan : Eid Mubarak 'Alaika / tahniah atas perayaan ini, atau sebagainya).

Tetapi menurut Dr Yusuf Qardawi dalam fatwanya, beliau mengharuskan tindakan ini selagi mana kita tidak menyambut perayaan mereka dan sekadar ucapan tahniah kepada mereka sebagai tanda hubungan kemasyarakatan. Pendapat ini bersandarkan kepada firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

Maksudnya : dan apabila kamu diberikan penghormatan Dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu Dengan Yang lebih baik daripadanya, atau balaslah Dia (dengan cara Yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (Surah An-Nisaa' ayat 86)

Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. (Surah Al-Mumtahanah ayat 8)

Namun, perlu diingat bahawa ucapan yang ditujukan kepada mereka adalah suatu ucapan yang bukan digambarkan dengan keredhaan kita terhadap agama mereka tetapi semata-mata ingin menjaga hubungan dan berbuat baik kepada mereka. Sikap ini dari satu sudut menunjukkan Islam merupakan agama yang mengamalkan sikap toleransi dengan penganut agama yang lain dengan menjaga batasan syara' yang telah ditetapkan.

Kesimpulan : Agama Islam merupakan agama yang menitikberatkan toleransi antara pengikutnya dan penganut agama lain. Namun, dalam masalah yang berkaitan dengan soal akidah, perkara ini adalah lebih utama. Berdasarkan kepada perbahasan yang telah diletakkan, kita dapat melihat penyelesaian kepada permasalahan adalah seperti berikut :

1. Haram menyambut perayaan orang kafir disebabkan kesalahan aqidah yang dianuti oleh mereka. Secara umumnya, perkara ini disamakan seolah-olah kita turut sama menyokong pendirian dan pegangan mereka.

2. Dibolehkan memberikan ucapan atau tahniah pada hari kebesaran mereka dengan syarat bukan disebabkan kita berasa gembira dengan perayaan ini tetapi hanya ingin menjaga hubungan kemasyarakatan dalam sebuah komuniti.
Apa yang paling penting ialah pendekatan yang digunakan oleh umat Islam dalam mendepani masyarakat berbeza bangsa dan agama dalam sesebuah kawasan. Cara ini perlu diberikan perhatian supaya Islam itu dapat diperlihatkan wajahnya yang indah dan kefahaman tentang suatu peristiwa itu dapat diperbetulkan.

Rujukan :

1. Al-Quran Al-Karim.
2. Sahih Al-Bukhari, karangan Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari.
3. Sahih Muslim, karangan Abul Husayn Muslim ibn al-Hajjaj Qushayri al-Nisaburi.
4. Sunan Abi Daud, karangan Abu Da'ud Sulayman ibn Ash`ath al-Azadi al-Sijistani.
6. Al-Majmu', karangan Imam An-Nawawi.
7. Ahkam Ahli Zimmah, karangan Imam Ibnu Qayyim.
8. Al-Bidayah Wa An-Nihayah, karangan Imam Ibnu Kathir.
9. Tasamuh Fi Hadarah Islamiyah, karangan Dr Ikrimah Sobri.


Muhammad Hanif bin Jamaluddin, Pemangku Pengerusi Felo MANHAL PMRAM.

Rasuah: Anggota Trafik Dipenjara & Denda, Kempen Anti Rasuah Polis Gagal

Posted: 25 Dec 2010 11:46 PM PST

KELAB GREENBOC

Anggota Trafik Dipenjara 45 Bulan, Denda RM30,000 Kerana Rasuah RM1,500

KUANTAN: Seorang anggota polis trafik berpangkat Sarjan dijatuhi hukuman penjara 45 bulan dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini Jumaat selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan rasuah, masing-masing RM500, antara November tahun lepas dan Januari lalu.

Hakim Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdul Malek Sulaiman, 43, dari Taman Kempadang Baru, di sini selepas mendapati pihak pembela gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.

Abdul Malek didakwa menerima suapan RM500 daripada Teoh Ting Keong di kafe sebuah hotel di sini, kira-kira pukul 5.44 petang pada 15 November tahun lepas sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap lori milik Teoh yang mengangkut pasir dan didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.

Bagi tuduhan kedua dan ketiga, Abdul Malek yang bertugas di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang didakwa menerima suapan masing-masing RM500, juga daripada Teoh atas sebab yang sama di kafe dua hotel berbeza kira-kira pukul 3.39 petang, 17 Disember tahun lepas dan 12.30 tengah hari pada 19 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, bagi setiap kesalahan.

Irwan menjatuhkan hukuman 15 bulan penjara dan denda RM10,000 terhadap tertuduh bagi setiap kesalahan itu dan mengarahkan hukuman berjalan berasingan bermula hari ini.

Terdahulu, Abdul Malek dalam rayuannya menerusi peguam, Syed Azimal Syed Abu Bakar, Mohamad Saifuldin Ab Rahman dan Mohd Rosalman Fithri Salim memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman minima dengan alasan ia adalah kesalahan pertamatertuduh selain memiliki rekod perkhidmatan baik.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa SPRM, Raja Mohd Shasrizam Raja Nik Mahmood membantah rayuan berkenaan dan mahu tertuduh dijatuhkan hukuman setimpal memandangkan rasuah adalah kesalahan serius malah tertuduh juga adalah penjawat awam.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan hukuman penjara dan mengarahkan tertuduh dikenakan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu dalam kes lain di mahkamah yang sama, seorang bekas Eksekutif Kewangan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) dijatuhi hukuman penjara berjumlah tiga tahun dan 11 sebatan selepas didapati bersalah atas 11 tuduhan pecah amanah antara Disember 2007 hingga Mac 2008.

Mohamad Yusnizam Mohamad, 30, dari Kampung Padang di sini dituduh melakukan kesalahan itu membabitkan 11 cek dengan jumlah keseluruhannya kira-kira RM260,700 di pejabat koperasi itu di Sri Kuantan Square, Jalan TelukSisek, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 14 tahun dan dengan sebat dan denda, jika disabitkan kesalahan.

Irwan bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan hukuman penjara dan mengarahkan tertuduh dikenakan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Hidayatul Syuhada Shamsudin manakala tertuduh diwakili peguam Muhd Hisham Abdul Rahim dan Zaharman Zainal Abidin. - BERNAMA

Ulasan GB

Bukankah kes di atas BUKTI NYATA bahawa kes rasuah masih berleluasa di kalangan anggota polis dan kempen Anti-Rasuah PDRM satu ketika dulu hanya sandiwara untuk menutup pekung?

Ya, satu baru yang dapat ditangkap dan didakwa. Mungkin yang menerima / meminta rasuah lebih ramai daripada itu. Kelmarin seorang ahli perniagaan mendakwa sekumpulan 11 anggota polis yang seperti binatang telah membelasah dan mencederakannya.

Jenayah berleluasa, sebabnya polis dihinggapi penyakit besar - jenayah rasuah.

Ini amat menghampakan dan mengecewakan rakyat. Habis wang rakyat membayar gaji mereka. Tak cukup-cukup dengan kenaikan gaji yang dah berkali-kali.

Itu pun Najib naikkan lagi gaji polis. Sebab? Jawab sendiri.

Tiada ulasan: