Jumaat, 31 Disember 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


LAGO POLIS MENGGANAS? SUAMI ISTERI PATAH GIGI DIPUKUL

Posted: 31 Dec 2010 12:43 AM PST

Suami isteri dakwa dipukul polis hingga patah gigi


TAN Khoon Hor (kanan) bersama isterinya, Lim Chung Keok menunjukkan gigi mereka yang patah didakwa kena tumbuk pada sidang akhbar di Rumah Club Cina Jalan Maju Jaya, Taman Pelangi, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 30 Dis. - Sepasang suami isteri pasti mengalami detik-detik menakutkan apabila dipukul empat lelaki termasuk salah seorang daripadanya dipercayai pegawai polis sehingga patah gigi mereka hanya kerana keretanya menghalang kenderaan lain.
Kejadian berlaku pukul 8.45 malam ketika mangsa, Tan Khoon Hor, 35, berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) Tapah, Perak, Ahad lalu, untuk ke tandas.
Katanya, ketika insiden dia baru pulang bercuti dari Cameron Highlands dan sedang menuju ke Johor Bahru.
Tambahnya, semasa tiba di R&R terbabit, dia memberhentikan keretanya di belakang kereta kedua-dua lelaki itu kerana tiada tempat letak kenderaan yang kosong.
"Namun semasa hendak ke kereta semula, saya lihat mereka menghampiri isteri saya, Lim Chung Keok, 34, dalam keadaan marah-marah.
"Saya enggan bergaduh lalu menolak lelaki itu perlahan tetapi tiba-tiba mereka menumbuk di muka saya sehingga berdarah dan patah dua batang gigi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya, lebih buruk apabila Chung Keok pula datang membantu menyebabkan wanita itu pula ditumbuk sehingga terjatuh dan patah enam batang giginya.
Tambahnya, secara tiba-tiba datang dua lagi lelaki yang tidak dikenali lalu turut sama memukulnya.
"Kami lalu melarikan diri untuk membuat laporan polis dan salah seorang daripada dua lelaki itu mengeluarkan kad kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Dia bagaimanapun tidak memakai pakaian seragam. Kami kemudian ke Balai Polis Tapah untuk membuat laporan seterusnya ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan," katanya.
Katanya, semasa membuat laporan, dia dimaklumkan pegawai polis yang memukulnya itu juga membuat laporan mengenai kejadian sama di R&R Tapah.
"Kami menyatakan kepada salah seorang pegawai di balai berkenaan untuk mencari peguam tetapi dia meminta saya tidak berbuat demikian kerana akan membantu menyelesaikan kes itu," katanya.
Khoon Hor menyifatkan tindakan mereka yang memukulnya sebagai melampaui batas dan meminta agar perkara itu disiasat secara menyeluruh.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi hari ini mengesahkan telah menerima laporan tersebut dan pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian tersebut.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

GURU YOGA ROGOL TIGA GADIS:YOGA WAJAR DIHARAMKAN?

Posted: 30 Dec 2010 10:51 PM PST

Tiga remaja perempuan dikurung dan dijadikan hamba seks selama sebulan oleh seorang guru yoga di Kuala Kubu Baru, di sini, sebelum diselamatkan polis, Rabu lalu.
Ketika serbuan di rumah guru yoga berusia 54 tahun terbabit, polis menemui beberapa peralatan seks dan dua peket dadah dipercayai syabu.

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy, berkata pihaknya percaya sepanjang sebulan dikurung, mangsa yang berusia 16 hingga 20 tahun dirogol berulang kali, selain didera secara seksual termasuk diikat dan dirantai pada katil.
Menurutnya, ketiga-tiga mangsa dilaporkan oleh keluarga mereka tidak pulang selepas mengikuti kelas yoga di rumah guru terbabit pada hujung November lalu. "Seorang daripada ibu mangsa membuat laporan anaknya yang berusia 16 tahun keluar bersama suspek dan selepas itu tidak pulang ke rumah. Ibu mangsa memberitahu dia menghubungi suspek, tetapi suspek enggan memberitahu di mana anaknya berada," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Norel Azmi berkata, selepas menerima laporan ibu mangsa yang juga seorang penoreh getah berusia 38 tahun pada 30 November lalu, pihaknya menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes itu.

Menurutnya, siasatan polis mendapati suspek mempunyai 11 rekod jenayah dan dia kini direman empat hari sehingga 3 Januari ini.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Dalam kes berasingan, seorang wanita berusia 22 tahun membuat laporan mendakwa dirogol rakan teman lelakinya di Pangsapuri Putra Ria, Bangsar, di sini, pada 22 hingga 27 Disember lalu.

Sumber polis berkata, sepasukan anggota forensik pergi ke lokasi kejadian semalam bagi mencari bahan bukti dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol. "Namun, polis menyiasat kemungkinan kejadian berlaku kerelaan wanita itu," katanya

AFF ZUZUKI:PENYOKONG INDONESIA LEBIH PROFESIONAL

Posted: 30 Dec 2010 08:38 PM PST

ANTARA 9,000 polis yang ditugaskan menjaga kenteteraman awam semasa berlangsungnya perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. 29 Dis. 2010. - Utusan/SHAHRIL AZMAN ZAINGambar 8 dari 30


POLIS Republik Indonesia memeriksa sebahagian penyokong bola sepak Indonesia yang hadir pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia. 29 Dis. 2010

KISAH ANEH DARI PKR

Posted: 30 Dec 2010 06:56 PM PST

...
............
........... AKU TWEAS.........

JADI AKU HARUS.............

.....INI..........

...ITU.......MULUS....

....................PULUS...................

................................ KAH ...KAH.. KAH.............

BISU DAN PEKAK BADAK KERAJAAN UMNO TERHADAP KEADILAN PEKERJA RUMAH DIROGOL MENTERI?

Posted: 30 Dec 2010 06:16 PM PST


SHAH ALAM 30 Dis : Putrajaya dan Jakarta  digesa bertindak atas  dakwaan seorang  Menteri kanan Kabinet Perdana Menteri Najib Razak  merogol pembantu rumahnya dari  Indonesia  sebagaimana yang didedahkan oleh Wikileaks.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Pengarah pertubuhan bukan kerajaan Tenaganita,  Irene Fernandez menegaskan Malaysia  tidak harus  menutup kes itu, sebaliknya  mengambil tindakan tegas demi menegakkan keadilan.
Menurut Wikileaks,  pembantu rumah itu mengaku di rogol oleh menteri berkenaan di Kuala Lumpur pada tahun 2007 sebelum dia dihantar pulang ke Indonesia.
Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Badawi tidak mengambil apa apa tindakan atas hasil siasatan oleh Migrant Care, sebuah badan bukan kerajaan  yang menemuramah mangsa berkenaan di Jawa Tengah pada tahun sama.
Migrant Care turut hantar laporan kepada kerajaan Amerika Syarikat dan Indonesia.
Selain pejabat Tun Abdullah, Migrant Care turut menghantar hasil siasatannya itu kepada Kedutaan Amerika Syarikat dan  Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.
Hasil siasatan Migrant Care itu dibocorkan oleh wikileaks baru-baru ini dan menjadi berita utama di alam siber malaysia.
"Dikatakan bahawa menteri  itu masih menteri, masih dalam kabinet dan sekiranya benar saya rasa amat pentinglah bagi kerajaan untuk membersihkan nama kerajaan. Menteri-menteri kabinet tak ramai, walaupun kita ramai tinbalam menteri, tapi orang semua memikirkan yang mana satu," kata Khalid.
"Sebaik-baiknya kerajaan mengambil tindakan,  samada untuk menafikan, atau membuktikan sebaliknya ataupun sekiranya benar,  mengambil tindakan terhadap menteri  tersebut. Kita difahamkan bahawa mangsa  adalah pembantu rumah Indonesia yang telah berkahwin," tambah beliau.
Irene turut menggesa jakarta mengambil iktibar supaya mempertahankan hak rakyatnya.
" Jangan ketepikan  atau tutup kes ini. Rakyat mesti tahu siapa Menteri yang terlibat.  Saya berharap pemerintah Indonesia mengambil ambil berat dan jangan ada persoalan diplomatik  kerana sesiapa yang membuat jahat  mesti bertanggungjawab," kata beliau.
Khalid dan Irene bersetuju atas keperluan Malaysia dan Indonesia menyiasat laporan Migrant Care bagi memastikan kesahihan dakwaan itu demi membela imej kedua-dua negara itu sendiri.
"Sekiranya kerajaan tidak membuat apa-apa maka ianya akan menjejas hubungan kita dengan Indonesia di mana tanggapan orang Indonesia bahawa orang Malaysia pandang hina terhadap rakyat Indonesia itu akan terbukti benar, kalau  kerajaan hanya mendiamkan diri," tegas Khalid.
"Tak lamalah, cerita ini akan keluar, (mungkin)  dengan lebih butiran  lagi. Saya rasa kerajaan Malaysia harus mementingkan hubungan dengan Indonesia dan mementingkan keadilan. Kalau ada menteri yang terbabit,  beliau harus digantungkan jawatan sehingga namanya dibersihkan ataupun sebaliknya," tambah beliau.

ISU UG2:PAS AKAN MENGALAMI NASIB PKS INDONESIA DITOLAK RAKYAT DIPRU13

Posted: 30 Dec 2010 04:03 PM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgy4UxTLOy4NX8HDy44o3cVjn9xy9ECeCJP-JsaA68PA9XjSmugNCApU8McImZ7TC9SwFx0lg6phw87MhLPvRfn6AjsKDCNcLVnIoiODSMhB5gIWWkLxPz07sD0PtaGpRjnLwfn2vNTiw7J/s1600/FB+Abdul+Fatah+Haron.jpg

Tiada ulasan: