Ahad, 26 Disember 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


ANGSA AJAIB UMNO BERHARGA RM5,600? INI KES PARAH

Posted: 26 Dec 2010 08:09 AM PST

Selain burung-burung terdapat binatang pelik didapati di sini iaitu itik dan angsa. Bukannya ia bertelur emas tetapi nilai harganya. Seekor itik berharga RM750 dan seekor angsa berharga RM5,600 dengan peruntukkan sebanyak RM6 Juta. Inilah angsa cap UMNO. Inilah sebenarnya projek-projek ikut terlintas dikepala pemimpin UMNO. Tanpa kajian mendalam.
http://paspengkalanarang.blogspot.com/2010/12/ini-dia-angsa-ajaib-ditemui-di-tasik.html

NAJIB PERKUKUHKAN PERANG MEDIA LAWAN PAKATAN RAKYAT

Posted: 26 Dec 2010 06:57 AM PST

Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan, ketua stesen televisyen Media Prima Berhad milik Umno, dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri berkuat kuasa 1 Januari ini di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13 diadakan awal tahun depan.
The Malaysian Insider difahamkan Farid akan membawa bersama lima eksekutif televisyen dengan tugasan beliau dikatakan berhubung kait dengan kempen konsep 1 Malaysia Datuk Seri Najib Razak.
"Pinjaman sepenuh masa ini bersifat sementara dan sebaik sahaja selesai tugasan (di Jabatan Perdana Menteri), beliau dijangka akan kembali untuk meneruskan peranan lamanya," kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Datuk Amrin Awaluddin dalam satu kenyataan semalam.
Amrin berkata, Ahmad Izham Omar, pengarah eksekutif 8TV, ketua pegawai eksekutif Alt Media dan ketua Media Prima Radio Networks (MPRN) akan menggantikan Farid berkuat kuasa 1 Januari.
"Beliau juga akan menjalankan peranan sebagai ketua pegawai eksekutif Primeworks Studios Sdn Bhd, melapor terus kepada pengarah urusan kumpulan," kata Amrin.
Katanya, Izham akan melepaskan jawatannya sebagai ketua MPRN dan pengarah eksekutif 8TV.
Dalam memo edaran dalaman, Media Prima menamakan lima eksekutif yang akan mengikut Farid iaitu Noor Amy Ismail, Noor Syazwani Abdul Rahman, Nurul Asyikin Ab Aziz, Nasir Taff dan Eddy Sulaiman.
"Farid merupakan seorang eksekutif media dan pengiklanan yang berpengalaman dan boleh diyakini dalam kerja-kerja berkaitan dengan konsep 1 Malaysia," kata seorang editor Media Prima kepada The Malaysian Insider.

WARGA BAWEAN MALAYSIA SOKONG MAHALLI

Posted: 26 Dec 2010 02:14 AM PST

MUHYIDDIN TAKUT TAK SEMPAT JADI PERDANA MENTERI?

Posted: 26 Dec 2010 01:10 AM PST

Kenyataan berulang kali Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung tawaran 100 Hari Pakatan Rakyat meyakinkan lagi bahawa BN tidak prihatin kepada para guru dan kakitangan awam yang banyak berjasa ke arah memacu pembangunan dan kestabilan negara kita selama ini.
Ini ekoran tawaran 100 Hari Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga yang dilancar dan diperhalusi dalam Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-2 di Kepala Batas minggu lepas terus mendapat perhatian dan komen dari pemimpin Umno dan BN.
Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, untuk sekian kalinya Muhyiddin membuat ulasan mengenai isu berkenaan dengan mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menaikkan gaji sebanyak RM500 kepada kakitangan awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
Muhyiddin, katanya beralasan langkah itu wajar demi membuktikan keikhlasan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat membela nasib kakitangan awam serta pegawai-pegawainya.
"Dia mempersoalkan adakah Anwar sanggup berbuat demikian, dan saya lihat sebagai soalan orang terdesak dan hilang hujah dan fakta," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Tambahnya, Muhyiddin kelihatan sangat goyah dengan isu ini sehingga mengeluarkan kenyataan untuk memperlekehkan satu tawaran Pakatan Rakyat yang difikirkan oleh muhyiddin tidak masuk akal sedangkan semua kakitangan kerajaan sedang menunggu untuk memberi undi kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13.

"Nampaknya Muhyiddin nampak makin bodoh dengan kenyataan terbarunya untuk menegakkan benang basah berulang kali.
"Suka saya tegaskan kepada semua guru dan kakitangan kerajaan sekiranya anda memberi undi kepada Pakatan Rakyat, nescaya kami akan menunaikan sebagaimana yang dijanjikan dan sekiranya kami engkar, sila kembalikan kuasa itu kepada BN palam PRU ke 14," ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.
Tetapi yang pasti, tegasnya BN tidak menjanjikan sesutu untuk membela nasib kakitangan kerajaan dan itulah satu keterbukaan kami untuk membela nasib anda.

Muhyiddin, kata beliau nampaknya mempertahankan dirinya sendiri dengan dakwaan Anwar yang kesal dengan kenyataannya sebelum ini apabila menyebut bahawa tindakan Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 seorang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis.

Beliau yang juga Adun Titi Serong menambah, sebenarnya yang menyebabkan kerajaan muflis adalah kesan dari amalam berbelanja boros, rasuah, penyalagunaan kuasa, kronisme, nepotisme dan pelbagai penyelewengan lain selama Umno dan BN masih berkuasa di Malaysia.

Katanya, alasan dangkal Muhyiddin dengan janji Pakatan Rakyat memberi imbuhan kepada kakitangan kerajaan sebanyak RM500 negara menjadi muflis adalah tidak masuk akal.

Selain itu, ujarnya cabaran untuk dilaksanakan di negeri yang di perintah oleh Pakatan laksanakan dahulu adalah di luar tajuk perbincangan sebenar kerana janji Pakatan dalam Buku Jingga adalah selepas Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.

Katanya lagi, kekayaan negara terserlah dengan banyak pendedahan termasuk apa yang dipersoalkan mengenai hasil minyak yang berjaya dikutip oleh kerajaan semenjak zaman Tun Hussein Onn adalah dianggarkan RM456 billion.
"Soalnya sekarang, ke manakah wang tersebut telah dibelanjakan?" tanya beliau.

Tambahnya, jumlah hasil negara adalah termasuk apa yang dipanggil Kumpulan Wang Disatukan dari pelbagai sumber termasuklah hasil judi, jumlah sangat besar dan lebih dari mampu untuk membela nasib pekerja sektor awam yang dipertikaikan Muhyiddin.

"Saya yakin dengan pengalaman Anwar yang pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan menteri kewangan, bahawa tawaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat adalah yang termasuk dalam kemampuan kewangan negara," tegasnya

APA YG LAIN GAMBAR KERETA SAIDI BININYA YG BERZINA ITU?

Posted: 25 Dec 2010 05:42 PM PST


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKhExEW73-Glm8FhrYs4rm21tg-wqwEZdgRdKZtC21HQ7D9Q433lOiDrAICvoPLH0XSdrcy_EdTxYaXFCk9D1WweiXBwPm-RJJ8q80hF8qI62U7wvSslgJ_j8WQRpu7zWXbWrYZmodaDQ/s1600/saidi+husin.jpg

Ustaz Saidi Petang Semalam menunjukkan
Ustaz Saidi Petang Semalam menunjukkan
Kenderaan nya yang di langgar Lari oleh
Pihak yang cuba menamatkan riwayat Beliauhttp://blog2-politik.blogspot.com/2010/12/papa-gomo_24.html

BAPA LACURKAN ANAK?!!

Posted: 25 Dec 2010 04:30 PM PST


18 Muharram 1432H.
Timbalan Presiden PAS, Ust. Nasarudin Mat Isa merasmikan Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA) Peringkat Kebangsaan di Markaz Tarbiyah Ayer Kuning Taiping petang ini.
TAIPING, 24 Dis.:- Ahli Parlimen tidak pernah diberi peluang untuk membahaskan laporan tahunan pelbagai agensi termasuk Felda dan Felcra juga petronas . Demikian antara penegasan Timbalan Presiden PAS , Ust. nasarudin Mat Isa dalam oPerasmian Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA)di Markaz Tarbiyah PAS Perak Ayero Kuning di sini petang ini.

Beliau juga mendedahkan pelbagai penipuan dilakukan kepada dana Felda dengan perbelanjaan sebanyak RM 60 juta dengaan menghantar anak peneroka ke Universiti Lim Kok Weng untuk belajar disana.

"Apakah kewajaran wang sebanyak itu dikeluarkan sedangkan jumlah sebesar itu sudah melayakkan Felda membuaka Universitinya sendiri" Tegasnya.

Menurutnya juga Pakatan Rakyat amat yakin dalam tempoh 100 hari dapat dilaksanakan termasuk isu RM 500 untuk guru dan isu Felda. Kerana itu seluruh negara melihat perkara itu boleh dilaksanakan.

Beliau juga memuji pendekatan PAS dengan penubuhan ANAK dan BAPA yang menyebabkan sokongan yang datang dari bukan sahaja ahli PAS tetapi juga dari bukan PAS.

"Bila Ngo ini ditubuhkan maka masalah yang diperjuangkan dengan sejelas yang mungkin, begitulah harapan yang akan dilakukan oleh BAPA untuk menndedahkan isu-isu berkaitan Felcra". Karanya

Beliau juga berharap sokongan semaksimanya untuk membantu BAPA dan memberi aset kepada kemenangan perjuangan kita.

Tiada ulasan: