Khamis, 23 Disember 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Memang Tak Pernah Cerdik Beruk Kulim Nie..

Posted: 22 Dec 2010 03:42 PM PST

Zulkifli Nordin jumud: PR

Timbalan Pesuruhjaya Pas I Negeri, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin menyanggah kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mengaitkan DAP meniru strategi PAP dan menyifatkan kenyataan itu sebagai jumud.

Menurutnya, kenyataan itu merupakan pandangan cetek serta memperlihatkan sentimen perkauman yang menebal dalam diri Zulkifli.

"Pandangan yang dilontarkan oleh Zulkifli menunjukkan bahawa beliau ketinggalan serta mempunyai pemikiran kurang matang.

"Dalam masa sama, seolah-olah beliau mempunyai agenda tertentu yang mungkin didalangi oleh sesetengah pihak untuk menimbulkan kemarahan kepada umat Islam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Negeri, V Sivakumar berkata, DAP merupakan satu parti yang bersemangat nasionalis memperjuangkan hak semua rakyat Malaysia.


Katanya, tidak ada sebab untuk DAP memaparkan sifat jelmaan kepada PAP kerana kami mempunyai pemimpin yang unggul dan tidak perlu dikaitkan dengan idea orang asing.

"Tambah pula, DAP menjunjung prinsip Rukun Negara, Kepercayaan kepada Tuhan dan tidak pernah anti Islam atau mana-mana agama lain.

"Ini merupakan muslihat Barisan Nasional (BN) untuk membuat orang Islam benci kepada DAP dan meneruskan dasar pecah dan perintah," katanya.

Setiausaha DAP Negeri, Nga Kor Ming pula menyifatkan Zulkifli berpandangan cetek dan boleh dikatakan tidak waras.

"Bagaimana beliau boleh mengatakan sedemikian sedangkan DAP adalah parti berbilang kaum yang berjuang untuk semua rakyat.

"Pemimpin DAP pernah berkorban untuk umat Islam sehingga dipenjara termasuk Lim Guan Eng," katanya.

Beliau berkata, Zulkifli hanya alat kepada UMNO untuk menabur fitnah dan terbukti relevan apabila menyerang Pakatan Rakyat (PR).

"Saya berdoa agar beliau bertaubat dan kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat," katanya.

Kelmarin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menggesa masyarakat Islam di Malaysia perlu menolak DAP walaupun parti itu menggunakan pendekatan Islamik kerana jelas ia serupa dengan strategi PAP ketika parti utama Singapura itu mendapatkan kuasa./Sinar

Umno Gelabah Biawak Dengan Janji 100 Hari

Posted: 22 Dec 2010 06:36 AM PST

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hairan dengan sikap Perdana Menteri serta Timbalannya yang mendakwa 'janji 100 hari Pakatan Rakyat' tidak berpijak kepada realiti.

Mengulas kenyataan Datuk Seri Najib itu, Tuan Ibrahim berkata janji Pakatan bukannya kosong malah sudah menilai kemampuan sebenar dari segala aspek termasuk kemampuan ekonomi negara.

"Kita pelik bagaimana Perdana Menteri dan timbalannya mengatakan bahawa janji Pakatan ini diluar kemampuan kerajaan.

"Untuk memberikan imbuhan RM500 kepada guru-guru tidak ada kemampuan, tetapi membina menara warisan berharga RM5 bilion mereka mampu. Malah memberi RM500 juta seorang kroni sebagai komisyen pembelian kapal selam BN mampu lakukan.


"Begitu juga BN mampu berikan subsidi sehingga RM20 bilion untuk IPP (penjana tenaga bebas), tetapi untuk rakyat dikurangkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, Pakatan Rakyat yakin berkemampuan melaksanakan janji 100 hari Pakatan memerintah negara kerana ianya telah dibuat melalui kajian terperinci melibatkan tenaga pakar pelbagai bidang.

Keyakinan itu juga jelasnya berasaskan kepada perubahan pengurusan kewangan negara yang akan dilakukan dengan menghapuskan amalan rasuah, penyelewengan, pembaziran dan salah urus pentadbiran kerajaan BN.

Perkara tersebut tegasnya telah berjaya dibuktikan dalam pemerintahan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak ketika Pakatan memerintah negeri itu.

"Di Kedah, ketelusan pengurusan kewangan negeri menyebabkan hasil balak meningkat daripada RM7 juta zaman BN kepada RM35 juta dibawah pemerintahan Pakatan.

"Di Pulau Pinang, bajet negeri berlebih sebanyak RM77 juta pada tahun 2009 dan RM88 juta pada tahun 2008 dalam keadaan negeri dibawah BN difisit teruk dalam perbelanjaan negeri," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Ujarnya lagi, rakyat perlu mengetahui, bahawa sebahagian besar janji Pakatan ini hanya melibatkan perubahan polisi yang selama ini hanya menguntungkan BN sahaja dan memangsakan rakyat.

"Antaranya usaha kita untuk menghapus Felda Plantation bagi melibatkan peneroka dikalangan generasi kedua Felda memang sesuatu yang mampu dilakukan. Selagi Umno BN memerintah, ianya memang tidak boleh dilaksanakan.

"Rakyat tidak perlu bimbang untuk menukar kerajaan kepada Pakatan, kerana mereka tetap diberi hak untuk mengubah kerajaan dimasa akan datang, sekiranya janji Pakatan tidak ditunaikan," katanya.

SPRM Siasat Gerenti Tak Ada Kes Punyalah..

Posted: 22 Dec 2010 05:23 AM PST

Tuntutan melampau: Pakatan Pahang lapor SPRM

Pakatan Rakyat Negeri Pahang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung perbelanjaan melampau dan amat meragukan dalam projek pengubahsuaian Rumah Rehat Bentong sehingga disyaki berlaku penyelewengan dana kerajaan.

Laporan tersebut dibuat berdasarkan laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Pahang yang dikeluarkan baru-baru ini, di mana didapati terlalu banyak item-item tuntutan yang tidak munasabah kerana harga yang terlalu tinggi berbanding di pasaran.

Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Pahang, Roslan Zainal yang mewakili Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyerahkan laporan memohon diadakan siasatan segera itu kepada Penolong pengarah SPRM Pahang Cawangan Temerloh Abdul Malik Mohd Yusof.


Turut mengiringi ialah Penasihat Undang-undang PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Setiausaha Penerangan PAS Pahang Hashim Abdullah, Timbalan Ketua Cabang PKR Temerloh Abdul Kadir Abdul Manap serta kira-kira 30 orang penyokong.

Roslan yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Pahang dalam sidang medianya selepas itu berkata, Abdul Malik telah berjanji untuk membawa laporan tersebut ke atas untuk disiasat.

"Dalam laporan Ketua Audit Negara menyebutkan tentang pemasangan papan tanda tandas di Rumah Rehat Bentong dituntut dengan jumlah RM871 sedangkan audit menjelaskan pada harga pasaran barang tersebut hanya berharga RM65.

"Begitu juga dengan tuntutan set sofa yang pada nilaian pasaran cuma berharga RM990 telah dituntut sebanyak RM3,530. Lebih mengejutkan dalam laporan itu ialah tuntutan set lampu yang pada harga pasarannya cuma RM9,200 tetapi telah dituntut terlalu tinggi sehingga berjumlah RM38,700. Dan banyak lagi item lain," jelasnya.

Roslan juga dalam laporannya menggesa SPRM menyiasat bagaimana kerajaan negeri membuat syarat perjanjian pinjaman yang tidak menjamin kepentingan kerajaan melalui terma perjanjian pinjaman kepada syarikat-syarikat kerajaan negeri seperti Aspa dan PKNP.

"Kelemahan ini telah mendapat teguran keras Ketua Audit Negara. Bayangkan tidak ada syarat yang melindungi kepentingan kerajaan negeri sedangkan itu amanah rakyat. Bagi kami, apa yang berlaku merupakan kelemahan pengurusan mega yang boleh menjerumuskan kerajaan negeri kepada suatu keadaan yang terdedah kepada penyelewengan dan kebankrapan," tambahnya.

Roslan juga turut membangkit bahawa betapa perlunya SPRM bertindak demi memulihara persepsi umum terhadap agensi tersebut.

Katanya, sebelum ini banyak laporan telah dibuat tetapi hasil siasatannya tidak kedengaran termasuk isu penyelewengan balak oleh bekas Menteri Besar Pahang Tun Khalil Yaakub yang telah dilaporkan oleh Datuk Fauzi Abdul Rahman 10 tahun lalu.

Umno Gila Sampaikan Budak Sekolahpun Nak Dirasuknya

Posted: 22 Dec 2010 04:39 AM PST




Sumber :- karatijau

Afidavit sahkan APCO tak terlibat One Israel

Posted: 22 Dec 2010 03:24 AM PST

APCO Worldwide hari ini berkata satu afidavit yang baru saja dikeluarkan membuktikan apa yang dikatakannya sebelum ini bahawa ia tidak terlibat dengan program "One Israel" adalah benar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz hari ini mendedahkan kepada umum satu afidavit daripada perunding politik yang terlibat dengan "One Israel" yang menyatakan bahawa dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap APCO adalah palsu.

"Sebarang kenyataan mendakwa APCO terlibat dengan 'One Israel' adalah palsu.

"Juga tidak benar ialah APCO terlibat dengan kewujudan 1Malaysia," kata APCO, firma perhubungan awam antarabangsa yang dilantik oleh kerajaan Malaysia, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ibu pejabatnya di Washington.


Syarikat itu berkata ia pertama kali mendapat tahu mengenai inisiatif 1Malaysia pada awal 2009, beberapa bulan selepas ianya diumumkan dalam satu ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

APCO juga berkata ia telah bekerjasama dengan jawatankuasa hak dan keistimewaan Dewan Rakyat dan telah memberikan maklumat yang lengkap dan benar bersama bukti berhubung dakwaan palsu terhadap syarikat itu.

--Bernama

Tiada ulasan: