Ahad, 26 Disember 2010

Biaqpila

Biaqpila


Khalid: 1Malaysia Hanya Untuk Kepentingan Umno

Posted: 26 Dec 2010 02:00 PM PST


SHAH ALAM 26 DIS : Kenyataan 1 Malaysia bukan alat politik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus dibidas oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Terbaru Ahli Lajnah Politik PAS, Khalid Samad menegaskan 1 Malaysia itu hanya untuk kepentingan politik Umno walaupun umum mengetahui apa yang diperjuangkan oleh parti itu sendiri sehingga mengabaikan kaum lain di negara ini.

"Ia memanglah dilakukan atas dasar kepentingan politik Umno-BN apabila ia nampak ekstrem dari segi persoalan perkauman ini. Lalu timbul persoalan formula 1 Malaysia ini seolah nak hilangkan isu perkauman yang diperjuangkan selama ini maka ia dikemukakan atas kepentingan politik," katanya.

Semalam Najib mendakwa 1 Malaysia tidak mempunyai tujuan politik tetapi adalah untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini bagi menjawab keputusan Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1 Malaysia kecuali untuk tujuan perniagaan.

Turut menyanggah kenyataan Najib ialah Penasihat DAP Lim Kit Siang katanya, hakikatnya keadaan dalam negara ini makin teruk sejak pengenalan slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan kerana ia hanya bersifat retorik semata.

Menurut Lim retorik mengenai perkauman, ektremisme dan penindasan kaum yang bertentangan dengan prinsip 1 Malaysia datang dari Umno sendiri sehingga timbul persoalan mengenai komitmen dan keikhlasan Najib dalam mengamalkan 1 Malaysia yang sebenar.

Sentimen ini turut dikongsi oleh Khalid yang berpendapat Umno-BN sememangnya tidak mampu membawa konsep kesatuan kaum kerana mereka sendiri tidak dapat bersatu dan hanya memperjuangkan kaum masing-masing.

"Dari sudut itu yang dipertikaikan ialah sejauh mana BN boleh melaksanakan atau menghayati wawasan itu sedangkan kita lihat mereka ini terdiri dari parti komponen setiap kaum yang memperjuangkan kepentingan kaum mereka sendiri. Maka falsafah BN itu sendiri bercanggah dengan semangat 1 Malaysia itu," ujarnya.

Justeru, Khalid berpendapat dasar 1 Malaysia ini hanya merugikan Najib dan Umno-BN sendiri.

Beliau yakin rakyat dapat menilai bagaimana perbezaan penghayatan keadilan dan kesamaan kaum sebenar Pakatan Rakyat dan retorik 1 Malaysia Umno-BN.

"Bila mereka menonjolkan dasar seperti ini, ia sekali lagi senjata makan tuan. Ia dikemukakan atas kepentingan politik BN dan akhirnya ia akan menikam balik Umno-BN," katanya.

TVS

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KEPUTUSAN FINAL (1) PIALA AFF SUZUKI 2010

Posted: 26 Dec 2010 07:34 AM PST

Live: Malaysia vs Indonesia (Final Piala AFF 2010)

Posted: 26 Dec 2010 03:50 AM PST


PIALA AFF SUZUKI 2010
PERLAWANAN AKHIR PERTAMA
PERLAWANAN TAMAT: MALAYSIA 3 - 0 INDONESIA

26/12/10
8:00 MLM
STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL,KUALA LUMPUR MALAYSIA

LIVE: KLIK DI SINI - LINK 1


LIVE: KLIK DI SINI - LINK 2



*Harap maaf jika link yang diberi tiada siaran.Gua tak dapat berbuat apa-apa kerana ketika ini sedang berada di stadium.Kehkehkeh...


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tikus Professional Baiki Labu 1Malaysia Yang Cacat

Posted: 25 Dec 2010 11:00 PM PST


ARTIKEL : Jika benar konsep 1Malaysia adalah idea Datuk Seri Najib Razak, maka kini terbukti ia adalah pemikiran separuh masak; sekurang-kurangnya dalam soal pelaksanaannya. Hakikat ini adalah jelas daripada komen mentor beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa "rakyat masih keliru dan belum faham" kempen yang hendak diketengahkan oleh Najib.

Maka kini konsep 1Malaysia ibarat "rumah siap pahat berbunyi." Kerja-kerja ubahsuai, memugar hujah untuk memberi gambaran lebih jelas mula dilakukan.

Pejabat Perdana Menteri terpaksa merekrut pakar-pakar tempatan untuk memberi wajah baru kepada konsep 1Malaysia yang terjebak dalam debat apakah ia idea original Najib atau syarikat perunding Amerika, Apco Worldwide.

Isu itu jadi rumit kerana konsep yang dilahirkan oleh Najib itu terlalu mirip slogan 1Israel yang dikaitkan dengan Apco. Apapun sebelum "nasi menjadi bubur", Najib perlu menyelamatkan idea 1Malaysia daripada jadi bahan tertawa dan ejekan Pembangkang dan sebilangan besar rakyat yang masih "kurang faham dan keliru" seperti kata Dr Mahathir.

Terbaharu, peneraju Media Prima Sdn Bhd, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dan lima "hulubalang" medianya dipinjamkan khidmat mereka ke Jabatan Perdana Menteri untuk membantu menggilap idea yang belum ranum Najib itu. Mungkin ini adalah satu contoh kerjasama sektor swasta dan awam yang cukup intim.

Sekaligus langkah ini mungkin mengalih dan juga memadamkan curiga rakyat terhadap dakwaan bahawa Najib menggunakan dana awam untuk melonjakkan imej beliau, partinya dan kerajaan BN dengan membayar RM77 juta kepada Apco.

Input daripada pakar tempatan ini menyusuli hakikat bahawa bekas koresponden Reuters, Abdul Jalil Hamid yang sebelum ini berkhidmat dengan Suruhanjaya Sekuriti juga dipinjamkan khidmatnya kepada Pejabat Perdana Menteri. Iltizam Najib untuk meleraikan serabut berhubung isu 1Malaysia memang agak ketara.

Namun di sebalik ikhtiar ini bersimpul pula pelbagai persoalan. Misalnya, dalam keghairahan menyebarkan idea 1Malaysia, TV3 di bawah pimpinan Farid Ridzuan didenda oleh Suruhanjaya Multimedia tahun ini kerana menyiarkan promo AidilFitri yang mengelirukan mengenai Islam dan hubungannya dengan agama lain.

Tayangan promo itu terpaksa ditarik balik oleh TV3 apabila mendapat protes orang ramai. Banyak pihak menyifatkan bahawa idea 1Malaysia yang cuba dipaparkan oleh TV3 di bawah pimpinan Farid itu sebagai "tergeliat" daripada maksud sebenar Najib mengetengahkan konsep 1Malaysia.

Maka timbul persoalan, kini ketua Media Prima yang pernah didenda oleh pihak kerajaan ini direkrut oleh penasihat-penasihat Najib untuk menyemarakkan idea 1Malaysia. Tidakkah itu ada risikonya? Apa jaminannya pemikiran liberal Farid dan lima hulubalang medianya akan sekali lagi tidak boleh diterima masyarakat?

Jika "pisang berbuah dua kali" siapa yang hendak mendenda Jabatan Perdana Menteri?

Jika Dr Mahathir risau konsep 1Malaysia masih kelam dan mengelirukan rakyat, tidakkah patut bekas perdana menteri itu lebih risau jika beliau tahu Farid diberikan tugas untuk "membaiki labu" 1 Malaysia yang ternyata cacat ini?

Namun begitulah perangai Umno dan BN; sukar dan sering keberatan untuk belajar dari sejarah. Maka bak kata Dr Mahathir sendiri, sesuatu kerja jika dilakukan berulang kali akan kekal menjadi kemahiran bagi diri seseorang. Lantas berterusanlah Umno-BN wujud dalam kepompong "mediocrity" atau lembam.

Oleh kerana penghijrahan Farid ke Jabatan Perdana Menteri ini dibuat agak secara besar-besaran mulai 1 Januari 2011, adakah itu petanda bahawa pilihanraya umum ke-13 makin hampir? Atau, mungkinkah ia akan menjadi sebab mengapa Najib perlu menangguhkan pilihanraya umum ke satu tempoh yang lebih lama lagi kerana idea 1Malaysianya mungkin menjadi bertambah "kalut dan langsung tidak dapat difahami" oleh lebih ramai rakyat?

Namun, yang pasti ramai warga Media Prima yang menghela nafas lega kerana Farid yang selama ini begitu tekun dan taat melaksanakan tugas-tugas propaganda di syarikat itu demi peluang duduk semeja dan sebaris pemimpin-pemimpin kerajaan sehingga ramai yang merasa tertekan kerana ketaatannya, sudah dapat disisihkan.

TVS


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Sekolah larang gambar Azizan

Posted: 25 Dec 2010 08:00 PM PST


ALOR SETAR - Tindakan pengharaman gambar Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak daripada dipamerkan di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran tidak pernah dibangkitkan Kerajaan Negeri.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kedah, berkata, tiada perubahan berlaku selama hampir tiga tahun Pakatan Rakyat diterajui Pas mentadbir Kedah.

"Perkara itu tidak dibangkitkan atau dipersoalkan Kerajaan Negeri meskipun jelas menunjukkan tindakan itu bermula daripada Kerajaan Pusat.

"Saya berasa kesal kerana hampir tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini, gambar Menteri Besar tidak dibenarkan dipaparkan di sekolah-sekolah terbabit," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Kerajaan Pusat hanya bersuara apabila Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia.

"Menteri Besar adalah ketua kerajaan dan tidak menjadi satu kesalahan sekiranya dipaparkan di sekolah-sekolah kerana ia tidak bermaksud Kerajaan Negeri ingin berpolitik di sekolah.

"Jika gambar Menteri Besar dihalang daripada dipamerkan di sekolah, kesannya pelajar sekolah tidak akan mengenali siapa Menteri Besar mereka," katanya.

Sementara itu, Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul turut mengakui situasi terbabit.

Katanya, pengharaman itu dibuat sejak PR diterajui Pas mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri ini.

"Memang sekolah bawah Kementerian Pelajaran, tidak dibenarkan mempamerkan gambar Menteri Besar Kedah.

"Bagaimanapun, saya tidak pasti ia arahan daripada siapa," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Abdullah Saad ketika diajukan mengenai perkara itu, enggan mengulas lanjut.

HD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Lawak Ahad: Tak Dak Otak

Posted: 25 Dec 2010 05:00 PM PST



Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: