Khamis, 23 Disember 2010

Biaqpila

Biaqpila


Pakatan Rakyat: Jangan sekadar dengar sajak

Posted: 23 Dec 2010 07:00 AM PST


Ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi yang diakhiri dengan sajak ciptaannya berjudul 'Pakatan Rakyat' pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 di Pulau Pinang, 19 Disember lalu, memberikan gambaran yang tepat tentang Pakatan Rakyat sejak mula ditubuhkan hingga kini.

Pakatan Rakyat sememangnya terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan dari Barisan Nasional (BN) sejak mula ditubuhkan, tetapi kekuatannya untuk bangkit lebih jauh tidak dapat dinafikan lagi oleh sebarang pihak, malah semakin digeruni BN.

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli menegaskan, menerusi sajaknya itu, Nasrudin turut mengingatkan para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat agar terus berusaha membina kekuatan itu, di samping segera mencari penyelesaian bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

"Walaupun dah ada kekuatan, ia perlu diperkuatkan lagi. Kalau ada masalah dalam Pakatan Rakyat, carilah penyelesaian dengan jalan terbaik dengan segera. Itulah antara intipati sajak itu," katanya ketika dihubungi harakahdaily hari ini.

Rakyat negara ini, katanya, kini sememangnya mengharapkan Pakatan Rakyat menerajui tampuk kepimpinan negara bagi menggantikan Kerajaan BN. Jadi harapan itu tidak seharusnya dilengah-lengahkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.

"Itulah mesej akhir Ustaz Nasrudin yang terdapat pada rangkap akhir sajaknya itu. Mesej itu perlu dipandang serius oleh kesemua pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat dengan menyusun langkah yang lebih kemas dan berkesan untuk membolehkan Pakatan Rakyat memerintah negara.

"Antara langkah yang perlu dilakukan dengan mengadakan pelbagai program dari semasa ke semasa. Selain program-program tersendiri, PAS, PKR dan DAP perlu terus mengadakan program-program bersama. Dengan itu, Pakatan Rakyat akan menjadi lebih kuat," tegasnya.

Setiap program yang diadakan oleh Pakatan Rakyat, katanya, memberikan makna yang tersendiri dan kesan yang besar kepada negara sehingga ia akan diberikan tindak balas yang baik oleh para pemimpin BN.

"Terbaru, setelah Pakatan Rakyat mengadakan Konvensyen Ke-2 di Pulau Pinang 19 Disember lalu dengan mengetengahkan perancangan yang akan dilaksanakan setelah 100 hari Pakatan Rakyat memerintah negara, ternyata telah disambut baik oleh para pemimpin BN.

"Dalam akhbar harian hari ini, Perdana Menteri sendiri sudah menjelaskan BN akan jawab perkara itu. Ini tentunya satu perkembangan yang baik yang membuktikan sebahagian dari kehebatan Pakatan Rakyat.

"Lebih jauh dari itu, ia turut disiarkan akhbar Utusan Malaysia. Ini bermakna akhbar Utusan Malaysia yang pro Umno-BN sendiri turut berkempen untuk Pakatan Rakyat. Disebabkan laporan itu, jika sebelum ini hanya 1,800 orang sahaja yang tahu tentang perancangan kita setelah 100 hari memerintah negara, kini semua rakyat negara ini turut mengetahuinya.

"Baguslah tu. Terima kasihlah saya ucapkan kepada akhbar Utusan Malaysia. Utusan Malaysia nampaknya dah mainkan peranan dengan betul. Baguslah tu," katanya.

SAJAK PAKATAN RAKYAT

Oleh: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi)
Yang dibacakan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang, 19 Disember lalu:

Pakatan Rakyat Namanya hebat
Gelombangnya dahsyat

Pakatan Rakyat Pemimpinnya berbakat
Pendokongnya sepakat Berjuang membawa berkat

Pakatan Rakyat Mendokong negara berdaulat
Menentang pemimpin yang jahat
Agar generasi kita selamat Pakatan Rakyat
Perjalanannya tidak dekat Walau mereka halang dan sekat Namun pejuangnya tidak pernah penat

Pakatan Rakyat Pemimpinnya bijak dan handal bersilat
Sekalipun difitnah dan diumpat
Mereka mendada bisa menyengat

Pakatan Rakyat Untuk sampai ke Putrajaya dengan cepat Saf – saf kita mesti rapat
Sedikit berkhilaf segera tangan berjabat
Jangan dibiarkan masaalah busuk berulat

Pakatan Rakyat Bersatu kita kerana hormat menghormat
Gagah kita kerana muafakat
Wibawa kita kerana tolak maksiat

Pakatan Rakyat Kini menjadi harapan masyarakat bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat bangkitlah , bangkitlah , bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat.


HD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Disebalik Himpunan Remaja Berlambangkan 1Malaysia

Posted: 23 Dec 2010 04:00 AM PST



Gagasan 1Malaysia bukan mainan politik? 1Malaysia bukan asimilasi?? 1Malaysia bukan idea dari luar??? 1Malaysia bukan untuk lenyap identiti etnik kaum……???

1Malaysia bukan bukan hanya ucapan, 1Malaysia bukan hanya laungan dan 1Malaysia bukan perjuangan Melayu.

Sementara hari ini Perdana Menteri Datok Seri Najib menafikan lagi, 1Malaysia bukan ciplakan dari mana-mana pihak, namun timbul dari ideanya sendiri??

Pada sidang Dewan Rakyat pertama Najib dilantik sebagai Perdana Menteri 15 Jun 2009, Najib memberitahu, formula 1Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek utama iaitu penerapan teras-teras perpaduan dan nilai-nilai aspirasi.
Antara teras-teras perpaduan itu katanya adalah penerimaan antara semua kaum dan rakyat Malaysia, prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dan Keadilan Sosial.

Manakala, kata Najib, nilai-nilai aspirasi merangkumi budaya kecemerlangan dalam melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab, budaya ketepatan dari segi menghormati waktu dan meningkatkan kecekapan, keberanian untuk meneroka peluang-peluang baru, meritokrasi dalam memberikan tugasan kepada yang paling layak melaksanakannya berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan dasar negara, Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara, ketabahan mengharungi cabaran mendatang dan integriti dalam segala urusan dan transaksi.

Maka, apa yang baru tentang 1Malaysia?

Teras perpaduan dan nilai aspirasi yang dinyatakan oleh Najib itu, semuanya telah diperkenalkan dan diwujudkan sejak zaman selepas merdeka!

Oleh itu, apakah sebenarnya 1Malaysia?

Minggu lalu, di Kuala Terengganu, program kerajaan telah di 'umno'kan dengan menggunakan lambang 1Malaysia.
Lalu dilancarkan satu kelab disebalik logo 1Malaysia, yang diberi nama 'Kelab Motor Terengganu' kononnya untuk menarik golongan remaja dari terjebak dengan gejala rempit.

Maka diberikan wang 'sogokan' 1Malaysia kepada para peserta.

Mereka yang mahu menyertainya, mesti mendaftar di pejabat DUN Umno, mengambil baucer, dan mendapat habuan apabila membawa baucer tersebut ke Stadium Tertutup Gong Badak.

Apabila ditanya kepada pemuda-pemuda tersebut, sekiranya tidak diberikan 'sogokan wang 1Malaysia' itu, adakah mereka akan pergi ke Stadium?

"Haram…. Aku takkan pergi….,,"jawab spontan seorang peserta dari parlimen Kuala Nerus, yang menambah, mereka juga dijanjikan, akan diberikan sogokan 'Helmet (topi keledar) 1Malaysia' dan jaket 1Malaysia.

Sewaktu pulang dari program kerajaan yang di 'Umno'kan dengan lambang 1Malaysia itu, seorang peserta bukan sahaja membawa satu helmet berlambangkan 1Malaysia, tetapi ada yang bawa 2 buah helmet dan ada yang bawa pulang 4 buah helmet.

Jadi, kalau dari segi jumlah helmet 1Malaysia yang diedarkan memang tepat jumlah mungkin mencapai 32,000 butir, sebagaimana yang Najib dakwa, 32,000 orang yang hadir!??

Helmet sudah dapat, mana pula jaket 1Malaysia?
Dikaca TV dipaparkan, Najib turut menyerahkan jaket-jaket hitam berlambangkan 1Malaysia kepada wakil-wakil peserta.
"Jaket akan dapat kemudian, belum siap lagi,"jawab pemuda yang juga pernah menyertai program Bakti Remaja dengan wang sogokan sebanyak RM500.

Sementara itu, program 1Malaysia tahun lalu (2009) menggunakan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Manakala program1Malaysia tahun ini (2010) menggunakan slogan Menjana Transformasi.

Semalam, Di laman sosial Twitter, Ketua Pemuda Umno 1Malaysia, Khairy Jamaludin membuat catatan, beliau sedang berada di Melaka, menaiki bas rombongan 1Malaysia.

Selepas program di Stadium Gong Badak, rombongan 1Malaysia itu telah bergerak ke Kampung Losong, untuk program berlambangkan 1Malaysia, membaiki rumah rakyat miskin.

Najib juga pernah berjanji sewaktu pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu akan membina beratus-ratus rumah untuk rakyat miskin di Hiliran bersebelahan Kampung Losong.

Namun sehingga kini, sebutir pasir pun belum kelihatan untuk membina rumah-rumah pangsa itu! Mungkin kerana semasa rancangan tersebut diumumkan, Najib terlupa menyebutkannya sebagai rumah pangsa 1Malaysia!

Dalam masa yang sama, di Kuala Lumpur dikhabarkan beratus ribu kemeja T, berlogokan 1Malaysia siap diedarkan untuk pilihanraya kcil DUN Tenang.

Umno telah berjaya memakaikan 'orang asli' di DUN Galas dengan T-Shirt tersebut beramai-ramai dan masuk mengundi di tempat membuang undi.

Ia mungkin satu trend 1Malaysia yang menjadi ikutan dan diamalkan dalam pilihanraya kecil DUN Tenang akan datang kerana T-Shirt 1Malaysia itu tidak ada di beri pakai tanpa pemakainya menerima sogokan 1Malaysia.

Sebagaimana peserta Himpunan Remaja yang dilaporkan mendapat Helmet 1Malaysia dan Jaket 1Malaysia!


** Khairy masih 'round' lagi dan sedang berada dalam bas 1Malaysia............???

BO


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Pelajar akui bunuh tiga pelacur

Posted: 23 Dec 2010 02:00 AM PST


BUSUR panah yang dimiliki Stephen Griffiths.

LONDON – Seorang pelajar sarjana bidang kriminalogi, Stephen Griffiths, 36, mengaku bersalah semalam atas kesalahan membunuh tiga orang pelacur dengan kejam.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Crown Leeds yang khusus membicarakan kes-kes jenayah di England dan Wales, Griffiths yang terkenal dengan gelaran 'kanibal busur panah' mengaku membunuh pelacur tersebut Suzanne Blamires, 36, Shelley Armitage, 31, dan Susan Rushworth, 43,.


STEPHEN GRIFFITHS

Hakim Justice Openshaw menyatakan kesihatan mental tertuduh telah diperiksa dengan teliti dan tidak persoalan lagi mengenai tahap kesiumannya.

Openshaw menyifatkan, perbuatan yang dilakukan pesalah sangat keji seperti raksasa dan kesalahan itu akan mengakibatkan pembunuh tersebut tidak akan dibebaskan.

Dia dihukum penjara seumur hidup.

Griffiths juga mengaku atas tiga pertuduhan yang dihadapinya iaitu memanah kepala Suzanne semasa dia cuba melarikan diri daripadanya Mei tahun ini dua kesalahan lain.

Pihak polis mempercayai pembunuh kejam ini juga terlibat dengan tiga kes pembunuhan lain yang tidak dapat diselesaikan.

Dia memasak daging dua mangsa yang dibunuhnya dalam periuk manakala mangsa ketiga pula menjadi hidangan makanannya mentah-mentah. Pembunuhan itu berlaku di antara Jun 2009 dan Mei lalu. – Agensi

kosmo


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Diploma Bawa Bas

Posted: 22 Dec 2010 11:00 PM PST


Harap-harap dengan adanya diploma,pemandu boleh berfikir dengan tangkas...tak la jadi macam dalam gambaq ni...kah!kah!kah!
Sebenaqnya idea pemandu kena ada diploma ni gua dah bagi masa komen kat facebook bernama radio selepas bas dua tingkat terbalik dekat Rembau pada 10.10.10 tu.Aku rasa senator ni ada terbaca aku punya idea kot...kah!kah!kah!


Kelulusan Diploma Diperlukan Bagi Pemandu Kenderaan Berat

Kerajaan hendaklah memastikan kesemua pemandu kenderaan berat sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan diploma sebagai langkah untuk mengelakkan berlakunya kemalangan ngeri melibatkan kenderaan seperti lori dan bas, kata Senator Datuk Idris Buang.

Beliau berkata pemandu kenderaan berat perlu dihantar ke institut-institut teknikal yang menawarkan kursus menjurus kepada pekerjaan mereka.

"Pada masa yang sama, gaji pemandu juga perlu dinaikkan setelah mereka mendapat kelulusan tersebut... jadi setelah perkara-perkara ini diimplementasi, isu seperti ini tidak akan berlaku kerana pemandu tersebut mempunyai kelayakan," katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 di Dewan Negara, Rabu.

"Sekarang ini, ada di antara pemandu yang tidak ada lesen ataupun pernah mengambil dadah di mana ini akan memberi risiko yang tinggi kepada penumpang," katanya.

Idris percaya dengan pendedahan seperti ini pemandu akan mendalami tentang ciri-ciri teknikal seperti brek dan yang pentingnya tentang kebolehan kenderaan seperti bas dua tingkat untuk naik dan turun bukit dengan selesa.

Rang undang-undang, yang antara lain bertujuan memantapkan penguatkuasaan antara agensi iaitu JPJ, Polis Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, kemudiannya diluluskan dengan undi belah bahagian di mana seramai 20 orang bersetuju dan lapan orang tidak bersetuju. -

-BERNAMA

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

REKABENTUK BAS UNTUK KE CAMERON HIGHLAND

Posted: 22 Dec 2010 08:00 PM PST



INI BUKAN BAS HIGH-DECKER.BUKAN JUGA BAS DUA TINGKAT.INI ADALAH REKABENTUK BARU BAS YANG DICADANGKAN UNTUK PERGI KE CAMERON HIGHLAND.REKABENTUK INI BOLEH DIADAPTASI SEPENUHNYA JIKA SELURUH AHLI PARLIMEN MEMBERI PERSETUJUAN DI DEWAN RAKYAT PADA SIDANG KETIGA NANTI.ITUPUN JIKA TIADA AHLI PARLIMEN YANG DIGANTUNG.

BAGAIMANAPUN TERDAPAT JUGA CADANGAN BAGI MEMINDAHKAN CAMERON HIGHLAND KE KAWASAN TANAH YANG LEBIH RATA DAN TIDAK BERBUKIT AGAR TIADA LAGI BAS-BAS DUA TINGKAT YANG CUBA MEMANJAT BUKIT SESUKA HATI.INI MERUPAKAN CADANGAN TERBAIK DARIPADA BEBERAPA CADANGAN BIASA BILAMANA TERDAPAT KEMALANGAN DI MALAYSIA.

UNTUK REKOD,TELAH MENJADI TABIAT SETIAP KALI ADA KEMALANGAN MAUT MEMBABITKAN JUMLAH NYAWA YANG RAMAI.MENTERI AKAN SALAHKAN BREK.BREK AKAN SALAHKAN MIROS.MIROS AKAN SALAHKAN PEMANDU.PEMANDU AKAN SALAHKAN TAYAR.TAYAR AKAN SALAHKAN JALAN.JALAN AKAN SALAHKAN MENTERI BALIK.BALIK NAK SALAHKAN SIAPA? KAH!KAH!KAH!


Bas high-decker, bukan dua tingkat -Cho Ha

22/12/2010 5:50pm

PUTRAJAYA 22 Dis. - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini menjelaskan bahawa bas yang terbabit dalam kemalangan di Cameron Highlands pada Isnin lepas diistilahkan sebagai bas 'high-decker' dan bukannya bas dua tingkat.

"Sesebuah bas 'high-decker' mempunyai satu tingkat untuk penumpang dan tingkat yang lebih rendah untuk menyimpan bagasi. Biasanya ia merupakan bas persiaran.

"Bas jenis ini juga lebih tinggi daripada bas biasa tetapi bukanlah sama tinggi dengan bas dua tingkat," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Ditanya sama ada bas 'high-decker' sesuai digunakan di jalan raya yang berbukit-bukit, Cho Ha berkata, ia bergantung sama ada semua keperluan telah pun dipenuhi.

"Bagi kenderaan ini, selagi ia mematuhi semua keperluan dan spesifikasi teknikal yang diperlukan, kenderaan itu boleh digunakan di mana-mana sahaja jalan raya di negara ini," katanya. - Bernama

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Kos sidang wanita pertama RM4.5 juta

Posted: 22 Dec 2010 05:00 PM PST



Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang diilhamkan dan dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor mencatatkan perbelanjaan kerajaan hampir RM4.5 juta.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Negara, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil mendedahkan perbelanjaan untuk program tiga hari itu sebanyak RM4,498,949.99.

Program melibatkan 15 wanita pertama dariapda seluruh dunia - kebanyakan yang hadir daripada negara-negara Africa - berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober.

Ekoran penjelasan itu, senator Syed Husin Ali daripada PKR membangkitkan persoalan kewajaran Rosmah dianjurkan oleh isteri perdana menteri sedangkan menurutnya dalam negara ini wanita pertama adalah Permaisuri Agong.

NONEDalam sidang media hari ini, Syed Husin yang juga bekas timbalan setiausaha agong mempertikaikan asas peruntukan sebanyak itu diberikan sedangkan tiada peranan oleh Permaisuri Agong.

MK


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: