Ahad, 26 Disember 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Sekolah Bermula : Ibubapa pening kepala, pemimpin UMNO peduli apa..

Posted: 26 Dec 2010 03:33 AM PST

Perbelanjaan persekolahan untuk tahun 2011 yang dikatakan terdapat peningkatan berbanding tahun sebelumnya menggusarkan para ibu bapa khususnya bagi berpendapatan rendah.

(Gambar : Bukan kandang kambing tapi Sebuah Sekolah bagi anak kaum Penan di Sarawak)

Bagaimanapun itu hanyalah masaalah bagi rakyat marhaen atau ibu bapa yang menyokong Pakatan Rakyat tetapi bagi ibu bapa yang menyokong UMNO/BN samada perbelanjaan persekolahan itu meningkat atau tidak ianya bukanlah menjadi satu isu yang besar buat mereka.

Kerana sebagai penyokong atau ahli UMNO/BN mereka diberikan kad keahlian yang juga merupakan kad diskaun yang membolehkan mereka menerima kadar potongan harga yang tidak akan dinikmati oleh ibu-bapa yang menyokong Pakatan Rakyat.


Apa yang perlu dilakukan oleh pemegang kad keahlian UMNO itu hanyalah menunjukkkan kad Ahli UMNO mereka di kaunter-kaunter bayaran sebelum membuat sebarang bayaran, samada menggunakan tunai atau kad kredit.

Contohnya harga bagi keseluruhan buku yang tersenarai dalam senarai buku untuk murid darjah lima bagi tahun 2011 ini ialah RM170 berbanding RM150 tahun 2010.. dengan menggunakan kad keahlian UMNO mereka hanya perlu membayar RM85 sahaja iaitu 50% potongan kerana mereka Ahli UMNO.

Untuk petrol dan lain-lain barangan keperluan asas mereka juga mendapat diskaun yang istimewa dengan hanya menunjukkan kad keahlian mereka, berbanding penyokong Pakatan Rakyat..

Err.. Betulkah wahai pencacai UMNO sekelian anda diberikan keistimewaan sebegitu rupa dengan hanya menunjukkan Kad Ahli UMNO??

Jika begitu teruskanlah menyokong UMNO/BN.. jangan suarakan sebarang rungutan bila sekolah hendak dibuka, jangan juga merungut bila hari raya menjelang tiba.. jangan merungut bila semua barang melambung naik.. kerana dengan menyokong UMNO/BN anda REDHA semua itu

Sekolah bermula, ibu bapa pening kepala
Oleh Nazli Ibrahim

PETALING JAYA: Perbelanjaan persekolahan untuk tahun 2011 yang dikatakan terdapat peningkatan berbanding tahun sebelumnya menggusarkan para ibu bapa khususnya bagi berpendapatan rendah.

Rata-rata ibu bapa di dua buah sekolah rendah dan menengah di Damansara Damai yang ditemui di perkarangan sekolah ketika membeli buku sekolah mengeluh apabila ditanya tentang perbelanjaan untuk memulakan persekolahan penggal 2011 berikutan peningkatan perbelanjaan persekolahan berbanding tahun sudah.

Seorang bapa yang hanya mahu dikenali sebagai Salam, 38 tahun, berkata perbelanjaan buku sekolah untuk dua anak beliau yang bersekolah rendah dan seorang yang bersekolah menengah dianggarkan kira-kira RM700.

"Belanja untuk buku sekolah sahaja lebih kurang RM600 hingga RM700 tidak termasuk pakaian sekolah dan peralatan lain. Mungkin saya terpaksa membeli dua kali sebab gaji saya kecil tak boleh nak beli semua sekaligus," kata beliau.

Beliau turut menunjukan senarai buku-buku untuk murid darjah lima dan memberitahu terdapat pertambahan jumlah buku yang perlu dibeli yang terdapat di ruang senarai buku wajib dibeli yang dikeluarkan oleh pihak sekolah itu.

"Contohnya dalam senarai buku untuk murid darjah lima ini, tahun 2010 anak saya yang di darjah lima, jumlah keseluruhannya lebih kurang RM150 tetapi untuk tahun 2011 adiknya pula yang masuk darjah lima hampir RM170.

"Itu semua jumlah buku yang diwajibkan beli. Tetapi bila saya periksa buku-buku anak saya sewaktu penggal persekolahan berjalan tidak pula semua buku digunakan oleh guru yang mengajar.

"Sepatutnya buku-buku yang tidak digunakan oleh pihak sekolah diletakkan di bahagian 'buku pilihan' supaya ibu bapa boleh menggunakan budi bicara mereka sendiri untuk beri latihan di rumah atau mengikut kemampuan mereka," katanya yang mengaku memperolehi pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.

Sementara itu, Siti Mariam Ithnin, 40 tahun memberitahu, pemotongan yuran sekolah yang diumumkan oleh Kementerian Pelajaran tahun lalu tidak memberi banyak kesan kepada perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.

"Walaupun Kementerian Pelajaran ada memberikan pemotongan yuran sekolah tapi jumlah potongan itu sangat kecil, kalau tak silap RM5.00 sahaja dan tak beri apa-apa kesan pun.

"Pada masa yang sama pula pihak sekolah mengenakan bermacam-macam yuran lain hinggakan yuran penyelenggaraan tandas. Mungkin kalau ibu bapa yang berpendapatan tinggi tak terasa tapi bagaimana orang-orang seperti kami?," katanya lagi yang mempunyai anak bersekolah di darjah tiga,enam dan tingkatan tiga.

Sementara itu, Nik Alimat, 34 tahun, pula mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang enggan menerima buku-buku latihan yang dibeli di luar sekolah hanya disebabkan perbezaan pada kulit buku yang tidak mempunyai logo Jabatan Pelajaran negeri.

"Sudahlah harga petrol dan barang-barang lain naik, belanja persekolahan juga bertambah. Apa yang saya hairan ialah adanya buku-buku latihan tidak dibenarkan dibeli di luar yang harganya lebih murah cuma disebabkan sedikit perbezaan tertentu seperti logo kementerian di kulit buku.

"Ada kena-mengenakah atau sebarang kepentingankah pihak pejabat pelajaran dengan pihak pengeluar buku-buku ini sehingga mewajibkan buku-buku syarikat tertentu ini sahaja dibeli?

"Padahal orang seperti saya yang cuma kerja kilang dengan gaji rendah tentulah nak berjimat dengan membeli yang buku yang lebih murahnya tapi isinya masih sama. Lagipun buku-buku latihan memang banyak dijual di luar dengan harga lebih murah," ujar beliau.


Free Malaysia Today

PRK Tenang : Pemimpin PR sudah mengaku KALAH..

Posted: 26 Dec 2010 02:55 AM PST

Apa punya cerita ni.. belum berjuang sudah mengaku akan kalah.. tidakkah ini sedikit sebanyak akan menjejaskan moral para petugas?

Kalau begitu apa kata kalau Pakatan Rakyat pula yang memberikan kemenangan percuma kepada UMNO/BN, pasal kalau bertanding sekadar untuk kalah buat apa.. buang masa saja

DUN Tenang: Saiz kemenangan penentu nasib Najib, ramal Pakatan
Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Pilihan raya kecil DUN Tenang bulan depan sudah pasti akan menjadi ujian ke atas keyakinan pengundi terhadap Datuk Seri Najib Razak dan sama ada beliau boleh mengemudi negara menerusi Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata pemimpin-pemimpin perikatan saingan.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengakui, secara realistik memang sukar bagi mereka merampas kubu kuat BN itu, tetapi menegaskan, penurunan majoriti akan memberi kesan ke atas populariti Najib sebagai perdana menteri dan pengerusi BN.

Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan populariti Najib kekal tinggi iaitu 69 peratus meskipun merosot berbanding 72 peratus Mei lalu.


Kajian itu menunjukkan 74 peratus pengundi Melayu, 54 peratus (Cina) dan 85 peratus kalangan pemilih masyarakat India berpuas hati dengan prestasi Najib, perkembangan yang dilihat akan menjadi antara faktor utama beliau kemungkinan memanggil pilihan raya umum ke-13.

"Bercakap jujur, untuk menang kerusi ini (DUN Tenang) sukar. Bercakap secara realistik, jika kami dapat bergerak sebagai satu perikatan dan mampu untuk menerokai Tenang untuk menafikan kemenangan BN dengan majoriti (besar), katakan 1,000, ia akan menggambarkan kepimpinan Najib," kata beliau.

"Anda kena ingat, ini kawasan kubu kuat BN. Jika Najib tidak menang besar di sini, beliau berada dalam kedudukan sukar," kata Tony Pua, setiausaha publisiti DAP kebangsaan.

Sehubungan itu Ahli Parlimen ini berkata, kerusi DUN sangat penting dalam memastikan Pakatan Rakyat membuat kemajuan di Johor yang menjadi kerusi tradisi Umno selama ini.

Pada pilihan raya umum lalu, DAP dan PAS, komponen Pakatan Rakyat, masing-masing memperoleh empat dan dua kerusi DUN di Johor.

Penamaan calon pilihan raya kecil ke-14 ini akan diadakan pada 22 Januari manakala pengundian, jika ada saingan, pada 30 Januari.

Seorang lagi Ahli Parlimen DAP, Anthony Loke berkata, Pakatan Rakyat tidak akan fokus secara keseluruhan bagi mencapai kemenangan di Tenang, sebaliknya "gambar besar" ialah mereka mahu memperkukuhkan kehadiran di kawasan itu dan mendapatkan sokongan jangka panjang.

"Jika kami boleh menang, ya, ia akan menjadi satu kejutan (di pihak BN). Bagaimanapun kami perlu mencapai sasaran untuk mengoyah keyakinan BN, dan juga Najib. Johor tinggal satu-satunya simpanan hayat bagi BN di Semenanjung Malaysia," kata ketua Pemuda DAP ini ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad pula berkata, blok pembangkang perlu memfokus undi dari kawasan Felda memandangkan ia akan menjadi faktor penentu kemenangan atau kekalahan Pakatan Rakyat.

"Saya merasakan kami ada cabaran (di sana) tetapi juga ada peluang yang baik untuk menang.

"Cabaran besar kami ialah pengundi Felda, memandangkan kebanyakan mereka belum dimaklumkan tentang rancangan Pakatan Rakyat yang mahu membawa pembaharuan di peringkat persekutuan," kata beliau.

"Jika kami tidak menang pun, kami mahu mengurangkan majoriti BN di sana, yang memang sesuatu yang sukar memandangkan Johor menjadi negeri tradisi dikuasai Umno," kata Khalid.

Semalam, Najib berkata Felda membayar Bonus Insentif Produktiviti kepada para peneroka di tanah rancangan seluruh negara berjumlah RM100,916,600 ketika tinggal kira-kira sebulan menjelang hari penamaan calon.

Najib berkata, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara selain sebagai insentif kerana menghantar hasil melalui Felda.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada suku kedua tahun depan.

BN menjangkakan kewangan Felda akan menjadi isu utama ketika pilihan raya kecil kerusi Tenang.

Ada tiga kawasan penempatan felda iaitu — Felda Cempelak, Felda Cempelak Barat dan Felda Tenang — yang membawa sekitar 3,800 daripada 14,753 pemilih berdaftar.

"Melihat pada populariti Najib, kita juga kena melihat apa yang orang ramai tidak suka pada Najib. Kemudian kita kena fokus pada soal itu dan menggunakan kelemahan-kelemahan Najib sebagai seorang pemimpin, misalnya, soal tidak dapat membuat keputusan," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.


The Malaysian Insider.

Khairy minta Pakatan tidak hipokrit

Posted: 26 Dec 2010 02:35 AM PST

Bersunguh-sunguh benar para pemimpin UMNO mempertahankan 1Malaysia Najib tu.. Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berkata sebagai parti yang sentiasa melaung-laungkan kebebasan bersuara, pembangkang tidak perlu meneruskan keputusan untuk mengharamkan penggunaan logo berkenaan.

Tapi Khairy juga perlu sedar kerana kebebasan bersuaralah juga Kerajaan PR Selangor berhak untuk menyuarakan apa keputusan exco mereka..

Dan Khairy juga sepatutnya menghormati suara atau keputusan exco kerajaan PR Selangor yang mahu mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia Najib tu..


1 Malaysia: Khairy minta Pakatan tidak hipokrit

LABIS, 26 Dis — Tindakan kerajaan negeri Selangor yang mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia dalam iklan dan papan tanda di negeri itu membuktikan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu takut dan sekali gus mengiktiraf gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berkata sebagai parti yang sentiasa melaung-laungkan kebebasan bersuara, pembangkang tidak perlu meneruskan keputusan untuk mengharamkan penggunaan logo berkenaan.

"Kenapa perlu diharamkan, saya cabar pembangkang untuk menyatakan pendirian yang sebenar dan konsisten mengenai isu kebebasan bersuara ini. Saya harap pembangkang tidak hipokrit," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan beg dan peralatan sekolah Jelajah One Malaysia di Felda Chemplak, di sini, hari ini.

Rabu lepas, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu mengumumkan pengharaman itu kerana mendakwa konsep 1 Malaysia bermotifkan politik dan sekaligus bertentangan dengan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan yang melarang mempamerkan iklan yang berbaur politik.

Sementara itu, mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Khairy (gambar) mengingatkan seluruh jentera Pemuda BN supaya tidak terlalu awal menjalankan pelbagai program memandangkan waktu yang masih panjang sebelum tarikh penamaan calon yang ditetapkan pada 22 Januari dan pengundian pada 30 Januari.

"Mengikut jentera yang ada hari ini, saya nampak kita sudah berada dalam satu persediaan yang baik tetapi saya harap kita dapat susun program supaya tidak terlalu laju pada peringkat awal kerana sampai hujung nanti kita hilang tenaga dan tidak cukup stamina," jelasnya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata Pemuda BN akan menumpukan usaha memikat 2,500 pengundi muda semua kaum di kawasan DUN Tenang supaya golongan pemuda di kawasan tersebut sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada BN.

Beliau berkata walaupun DUN Tenang dianggap sebagai kubu kuat BN namun pihaknya akan memberi tumpuan yang lebih bagi meningkatkan majoriti undi terutamanya di tiga peti undi yang kalah pada pilihan raya umum lepas.

"Orang muda nampaknya memberi sokongan kepada BN cuma kita tidak mahu mengambil mudah dengan keadaan ini. Strategi Pemuda BN adalah dengan mengadakan program-program kemasyarakatan dan ceramah untuk memperjelaskan pelbagai isu yang dibawa pembangkang bagi mengelirukan rakyat termasuk isu felda, isu 1 Malaysia dan lain-lain. Kita tidak mahu pembangkang ada ruang untuk mengelirukan rakyat," katanya.


Bernama

Dibelasah Polis : Chia kenalpasti 4 anggota yang membelasahnya.

Posted: 25 Dec 2010 09:29 PM PST

PETALING JAYA: Ahli perniagaan, yang mendakwa dibelasah oleh 11 anggota polis telah dapat mengenalpasti empat dari mereka yang menyerangnya id dalam sati kawad cam.

Chia Buang Hing, 34, yang ditemani peguamnya, tiba di ibu pejabat Petaling Jaya kira-kira jam 11 pagi semalam untuk proses pengecaman anggota polis yang terlibat.

Chia kemudian dapat mengingat empat daripada mereka daripada 30 anggota yang berbaris.

Beliau juga mengenalpasti seorang lagi anggota polis yang menurutnya, hadir waktu kejadian tetapi hanya memerhatikan saja.


Chia sekalipun rasa cemas, beliau perlu berdepan dengan tugas untuk mencari mereka yang menyerangnya.

"Saya amat cemas sehingga termuntah pagi ini sebelum sampai ke sini," katanya.

Kenyataan Chia also juga telah diambil di ibu pejabat polis berkenaan.

Kira-kira jam 11 malam 18 Disember lalu, Chia telah mendakwa ditahan di satu sekatan jalan raya kerana memandu kenderaan tidak mempunya cukai jalan yang sah. Beliau waktu itu sedang memandu dari rumahnya di Tropicana ke Kota Damansara.

Dia dipukul dan menyatakan wang sebanyak RM13,000 miliknya telah diambil oleh kesemua anggota polis terbabit.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Mohd Adnan Abdullah dipetik berkata satu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu.

"Tiada siapa mengatasi undang-undang. Jika ada bukti, mereka yang bertanggungjawab akan diheret ke mahkamah," katanya.

Beliau juga mendakwa pihak polis telah mengarahya membuat satu laporan palsu menyatakan beliau tercedera kerana terbabit di dalam kemalangan jalanraya dan jika dia enggan, polis akan mereka dakwaan yang kononnya parang berdarah atau dadah ditemui di dalam keretanya.

Powerful tsunami hits Vanuatu on disaster anniversary

Posted: 25 Dec 2010 08:29 PM PST

SYDNEY - A powerful 7.3-magnitude earthquake struck off the western Pacific nation of Vanuatu on Sunday, triggering a small tsunami exactly six years after giant waves killed 220,000 people around the Indian Ocean.

The Hawaii-based Pacific Tsunami Warning Centre said the shallow quake generated a tsunami, but it cancelled a regional warning after the wave measured only 15 centimetres (six inches) higher than normal in Vanuatu.

"Sea level readings confirm that a tsunami was generated," the centre said in its bulletin.


"This tsunami may have been destructive along coastlines of the region near the earthquake epicentre," it said, but cancelled the warning when no destructive wave hit.

The quake struck at 12:16 am on Sunday (1316 GMT Saturday), and the initial tsunami warning covered Vanuatu, Fiji and the French Pacific territory of New Caledonia. There were no reports of damage or casualties.

Jackie Philip, a member of staff at the Melanesian Port Vila Hotel in the Vanuatu capital, said the hotel was busy with late-night Christmas revellers when the quake struck.

"Some of us, we ran outside and stood and watched the sea for a few minutes but nothing happened. There is no damage and no injuries," he said, adding that no tsunami warning had been given on local radio.

A receptionist at Port Vila's Grand Hotel called it a "small" earthquake, adding that calls to the meteorological office went unanswered. Staff at the nearby Island Magic Hotel also said there had been no local tsunami warning.

"We haven't had any notification of a tsunami," a worker told AFP. "We definitely felt the earthquake but we are notified if there's actually a tsunami."

Meteorological and disaster management officials were not available for comment when contacted by AFP.

The US Geological Survey said the quake was just 12.3 kilometres (7.6 miles) deep, and its epicentre was 145 kilometres (90 miles) west of Isangel, on the island of Tanna -- home to an active volcano -- in the Vanuatu archipelago.

The USGS revised its initial readings for the magnitude and distances involved, after first recording the quake at 7.6.

At least a dozen aftershocks of magnitude 5.0 or greater hit the area in the hours after the main tremor, according to USGS.

Vanuatu, which lies between Fiji and Australia and north of New Zealand, is part of the "Pacific Ring of Fire" -- an ocean-wide area alive with seismic and volcanic activity caused by the grinding of enormous tectonic plates.

Sunday's quake came on the sixth anniversary of one of the worst natural disasters of modern times, when a huge tsunami triggered by an undersea quake off Indonesia killed more than 220,000 people around the Indian Ocean.

After the disaster, which came with little or no warning for millions of coastal residents, regional governments deployed a string of monitoring buoys in the Indian and Pacific Oceans to keep track of any abnormal waves.

In August, a 7.5-magnitude earthquake off Vanuatu generated a small tsunami and sent thousands of frightened people running for the hills.

In September last year, Samoa in the Pacific suffered its worst natural disaster when three rapid-fire quakes of up to 8.1 magnitude unleashed waves as high as 15 metres (50 feet) that flattened villages and tourist resorts.

The seismic catastrophe claimed 143 lives in Samoa, 34 in the US-administered territory of American Samoa and another nine in Tonga.

Vanuatu has a population of 220,000 scattered across several islands including Tanna, south of Port Vila, where the fiery Yasur volcano is a major tourist draw.


AFP

UMNO : Hidup segan, mati tak mahu??

Posted: 25 Dec 2010 08:10 PM PST

Ibarat pucuk dicita ulam mendatang, Model Baru Politik (MBP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno baru-baru ini, tiba pada tepat pada masanya demi survival parti dan agenda perjuangannya.

Umno, katanya, perlu berubah supaya lebih terbuka dan inklusif, dan model baru politik ini menjadi wadah bagi perubahan yang diperlukan serta diperincikan supaya dapat diamal oleh semua anggota parti.

Model berkenaan yang membawa tema "Umno Dahulukan Rakyat" mengutamakan kepentingan rakyat dalam perjuangan Umno, sekali gus menolak 'lagu-lagu lama' seperti 'politik pembangunan' yang dilihat sudah kurang menarik kepada rakyat.


Pinda perlembagaan

Langkah pertama sudahpun dilaksanakan iaitu meminda perlembagaan parti supaya tidak hanya sebahagian anggota yang berkuasa membuat pilihan kepimpinan parti, tetapi keanggotaan yang lebih besar boleh memilih pemimpin mereka.

Pindaan yang dibuat kini membolehkan lebih 400,000 anggota layak memilih Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden serta anggota Majlis Tertinggi berbanding hanya 2,500 anggota perwakilan ke Persidangan Agung Umno sebelum ini.

Najib pernah berkata Umno harus berubah mengikut peredaran masa dan zaman kerana masyarakat sekarang menolak parti yang sudah berjasa kepada mereka kerana mereka melihat parti berkenaan masih dengan keadaan lama, tidak dinamik dan kaku.

Untuk memastikan Umno 'tak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan', Najib yang serius mahu melakukan perubahan pada parti, juga menggariskan beberapa langkah menanganinya seperti yang dinyatakan dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2010 Oktober lalu.

Pemulihan itu harus melalui tiga fasa, iaitu memperakui kelemahan dan masalah, bermuhasabah dan mencari penawar mustajab, serta memulakan gerak kerja.

Tujuh perkara pula telah digariskannya, iaitu meletakkan parti lebih tinggi daripada peribadi, memperkuatkan pasukan bukannya kumpulan, memenangi hati rakyat, menjuarai media baru, sasar pengundi muda, sifar masalah dalaman dan mendahulukan rakyat.

Transformasi manusia tidak mudah

Perubahan-perubahan yang dilakukan bukan setakat menjadikan anggota Umno sebagai sasaran malah rakyat secara keseluruhannya, selaras dengan kedudukan Umno sebagai parti tunjang pemerintahan negara.

Apapun perubahan atau model yang mahu diterapkan, ia tidak akan mengubah matlamat perjuangan Umno yang asal.

Namun Najib sedar, transformasi manusia bukannya semudah transformasi fizikal kerana ia mencabar, memakan masa selain memerlukan respon dan penghayatan yang secukupnya.

"Tapi (kita) jangan kecewa sebab kita berurusan dengan manusia, dan manusia, tentu sekali amat mencabar untuk melakukan perubahan besar dalam masa yang singkat," katanya.

Selain MBP, Umno juga mencatat detik manis apabila berjaya merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas pada pilihan raya kecil pada 4 Nov lalu. Calon Barisan Nasional dari Umno, Abdul Aziz Yusoff menang dengan majoriti 1,190 undi, mengalahkan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed.

Walaupun pelbagai pihak menyatakan bahawa kemenangan itu memberi petanda sokongan sudah kembali kepada Umno/Barisan Nasional, dua tokoh politik veteran, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Dr Mahathir Mohamad, mempunyai pandangan berbeza terhadap keputusan berkenaan.

Tidak boleh selesa

Rumusannya, kemungkinan strategi yang digunakan oleh Tengku Razaleigh selaku pengarah jentera pilihan raya kecil itu, bersesuaian dengan kehendak di kawasan itu dan keputusan mungkin berbeza sekiranya pilihan raya kecil itu diadakan di tempat lain.

Apapun, Umno mesti mengambil perhatian bahawa ia tidak boleh berasa selesa dengan kemenangan itu dan harus sentiasa bekerja keras supaya perpaduan di peringkat akar umbi kekal mantap seperti yang diingatkan berkali-kali oleh presiden parti terutamanya untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Ada pemerhati politik yang mengatakan Najib akan memberi perhatian kepada kerajaan pada tahun pertama pimpinannya dan hanya memberi perhatian kepada politik parti pada tahun kedua di tampuk pemerintahan dan ini terbukti benar.

Umno juga mengorak langkah memberikan nafas baru dengan membawa masuk 40 ulama muda, termasuk seorang anak bekas mufti negeri menyertainya, dengan objektif menyebarluaskan dakwah Islam dalam parti dan negara.

Terdapat juga perubahan besar yang akan dilakukan terhadap kepimpinan Umno negeri untuk memperkuat dan memantapkan parti.

Berkecai tulang

Apa yang dijangkakan perubahan itu membabitkan pengerusi perhubungan negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan selain Terengganu yang kini diketuai sama ada oleh presiden, timbalan presiden dan tiga orang naib presiden.

Semua ini tidak lain tidak bukan bagi mempertahankan Putrajaya daripada dirampas pembangkang yang dianggap sebagai 'saudagar mimpi'.

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan," kata Najib kepada perwakilan Umno.

Mesej terpentingnya ialah orang Melayu perlu memahami risiko iaitu berhadapan dengan kemungkinan kehilangan kuasa jika kelemahan tidak diakui, penawar politik tidak dicari dan usaha ke arah mempertahankan kuasa, gagal.

Dalam perjuangan juga Umno perlu serius dengan isu pengundi, kerana sebagai contoh, jumlah pengundi yang berjaya didaftarkan melalui jentera Umno di Johor, misalnya, hanya 13,125 orang.

Dicampur jumlah pengundi yang didaftarkan oleh parti komponen BN lain, bilangan pengundi baru yang didaftarkan oleh BN di Johor hanya 14,768 orang, sedangkan pembangkang mendaftarkan 18,129 orang.

Tarikh pilihan raya

Malaysia sudah melepasi separuh usia Parlimen selepas pilihan raya umum 2008, jadi masa semakin suntuk dan oleh yang demikian Umno dan BN perlu bersedia dan tidak lagi boleh bertangguh-tangguh lagi dalam memperkuatkan 'barisan'.

Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melawat negeri-negeri untuk berjumpa dengan ahli-ahli Umno dan rakyat.

Apabila perkara ini diutarakan, pemerhati dan penganalisis politik dan juga media tertanya-tanya adakah pilihan raya umum semakin dekat, sedangkan tempoh mandat BN sekarang hanya tamat pada 2013.

Tambahan pula pemilihan Umno bagi peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi yang dijadual diadakan pada tahun depan ditangguhkan selama 18 bulan bagi membolehkan Umno memberi tumpuan kepada proses pemantapan dan pemulihan parti berdasarkan MBP.

Apapun, sama ada pilihan raya diadakan dalam masa terdekat atau tidak, Umno tidak perlu menunggu 2011 untuk memantapkan parti dengan senjata baru diperkenalkan oleh presidennya -- MBP.

- Bernama

Piala Suzuki: Jangan boo pemain sendiri..

Posted: 25 Dec 2010 07:53 PM PST

"Soal menang bukan saya sahaja berharap, malah semua (rakyat Malaysia) mahukan kemenangan. Tetapi saya harap penyokong Malaysia berilah sokongan padu dan jangan 'boo' pemain-pemain kita," titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sini.

Tapi aku rasa.. kalau main macam tahi.. mampuslah kena Boo.. he..he..


Piala Suzuki: Jangan boo pemain sendiri, titah Tengku Abdullah

KUANTAN, 26 Dis — Penyokong Malaysia diminta memberi sokongan padu dan tidak mengeji pasukan negara pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 antara Malaysia dengan Indonesia di Stadium Nasional Kuala Lumpur malam ini.

"Soal menang bukan saya sahaja berharap, malah semua (rakyat Malaysia) mahukan kemenangan. Tetapi saya harap penyokong Malaysia berilah sokongan padu dan jangan 'boo' pemain-pemain kita," titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sini.


Baginda yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertitah penyokong pasukan negara perlu memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan sendiri dalam sebarang keadaan sekalipun.

Baginda turut mengingatkan pemain skuad negara agar tidak terlalu mengambil kira masalah kecederaan pasukan lawan, sebaliknya perlu mempamerkan corak permainan kemas untuk mencipta jaringan sebanyak yang boleh.

Ditanya mengenai persiapan dari aspek keselamatan perlawanan itu, Tengku Abdullah bertitah ia tidak perlu dirisaukan kerana Polis Diraja Malaysia akan menempatkan sejumlah anggota di stadium bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Baginda turut bertitah walaupun kesihatan baginda masih belum pulih sepenuhnya akibat masalah tekanan darah tinggi yang baginda alami baru-baru ini, baginda akan turut bersama-sama penyokong bagi memberikan sokongan kepada skuad negara.

Baginda bertitah, baginda masih menerima rawatan dan dinasihatkan agar tidak bermain sebarang sukan dalam tempoh dua minggu lagi.

"Makan pun dah selera sikit, kita doa esok (hari ini) menang, mungkin tekanan darah akan turun," titah baginda.

Baginda dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada 17 Disember lepas sebelum dibenarkan pulang Selasa lalu.

Dalam pada itu, di Kuala Lumpur, FAM menetapkan pintu masuk dan tempat parkir berasingan untuk penyokong Malaysia dan Indonesia datang menyaksikan perlawanan akhir pusingan pertama malam ini.

Penyokong Malaysia perlu menggunakan pintu masuk berwarna kuning, merah dan hijau ke stadium manakala penyokong Indonesia dikhaskan pintu biru dan ungu.

Tempat letak kenderaan A, B dan C pula adalah bagi penyokong Malaysia dan kawasan D serta E untuk penyokong Indonesia.

Penyokong kedua-dua pasukan diminta mematuhi ketetapan itu.


Bernama

BN usah jadi Gengster - TG Nik Aziz

Posted: 25 Dec 2010 07:39 PM PST

KOTA BARU, 25 Dis — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat pada konvensyen mereka Ahad lepas hanya akan dilaksanakan setelah pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara.

"Kita akan laksanakan bila pakatan dapat memerintah negara... tunggulah dulu... jangan nak jadi gengster," kata Nik Aziz kepada pemberita selepas majlis perkahwinan perdana anjuran kerajaan negeri melibatkan 101 pasangan baru di Pusat Tarbiyah PAS Kelantan di sini hari ini.


Dipetik Bernama, beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin semalam yang mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melaksanakan kenaikan gaji bagi pegawai-pegawai awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang dahulu sekiranya pembangkang benar-benar prihatin dengan nasib penjawat awam.

Malah, Timbalan Perdana Menteri juga menolak dakwaan Anwar bahawa beliau memperlekehkan peranan guru apabila mempertikaikan tawaran pembangkang untuk memperkenalkan imbuhan khas RM500 seorang setiap bulan.

Kelmarin Anwar menegaskan negara tidak akan muflis hanya dengan Pakatan membayar RM500 kepada setiap guru.

Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta kerajaan Barisan Nasional (BN) menunggu sehingga pakatan pembangkang menerajui negara untuk melaksanakan resolusi itu.

Resolusi itu mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Nik Aziz berkata apa yang penting dalam mentadbir negara ialah memerintah untuk rakyat dan menjamin kesejahteraan mereka.

Beliau juga berkata PAS akan melaksanakan pentadbiran Islam mengikut acuannya seperti yang ditetapkan dalam Islam.

Mengenai perkahwinan, beliau menasihatkan pihak keluarga wanita mengenakan hantaran atau mas kahwin yang rendah serta berpatutan kepada pihak lelaki dan bukan membebankan mereka.

"Saya kahwin dulu hantaran RM100 sahaja untuk isteri saya. Malahan siapa nak kahwin anak saya, saya minta RM1,000 saja," katanya.

Beliau berkata perkahwinan penting bagi mengelakkan gejala sosial buang anak dan zina dalam masyarakat.


The Malaysian Insider

72% Menerima Konsep 1Malaysia?

Posted: 25 Dec 2010 08:59 AM PST

Menurut Rais Yatim dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pada pertengahan Jun hingga Julai lepas yang melibatkan 15,353 responden telah menunjukkan 84 peratus menyatakan 1Malaysia ini perkara baik dan tidak menyanggahi kemudaratan ataupun perpecahan manakala penerimaan terhadap konsep itu sebanyak 72 peratus.

Korang percaya kah ada kajiselidik macam tu? Kalau ada pun kenapa tunggu sehingga hampir setengah tahun untuk diumumkan keputusan itu.. yang menariknya ia diumumkan setelah Merdeka Center menyatakan Populariti Najib telah menurun..

Lagipun.. kalau benar bagai dikata Rais Yatim tu.. hasil kajiselidik tu sudah pasti menjadi headline di Utusan dan TV3 akan siarkan 3 hari 3 malam keputusan tu..

Kata Rais Yatim lagi "kita perlu melihat 1Malaysia ini adalah milik kita...jika kita sayangkan Rukun Negara, Perlembagaan Malaysia, lagu Negaraku dan perjuangan 1 Negara bangsa, kita perlu menghormati konsep itu,"


Bagi aku ini hanyalah satu kenyataan membodek Najib oleh Rais Yatim.. lagipun apa kena mengena 1Malaysia yang kononnya diilhamkan oleh Najib dengan Perlembagaan Negara.. tak lebih dari Wawasan 2020 Mahathir dengan Islam Hadhari Pak Lah.. bila diaorang tak jadi PM lagi segalanya turut hilang..


Rais: Tahap pemahaman konsep 1 Malaysia meningkat 84 peratus

KAJANG, 25 Dis — Tahap pemahaman konsep 1 Malaysia di kalangan rakyat telah meningkat sehingga 84 peratus berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu 75 peratus, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata perkara ini dibuktikan menerusi soal selidik yang dijalankan oleh kementerian berkenaan pada pertengahan Jun hingga Julai lepas bagi mengukur tahap kejayaan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kaji selidik yang dijalankan ke atas 15,353 responden telah menunjukkan 84 peratus menyatakan (1Malaysia) ini perkara baik dan tidak menyanggahi kemudaratan ataupun perpecahan manakala penerimaan terhadap konsep itu sebanyak 72 peratus.

Justeru, kita perlu melihat 1Malaysia ini adalah milik kita...jika kita sayangkan Rukun Negara, Perlembagaan Malaysia, lagu Negaraku dan perjuangan 1 Negara bangsa, kita perlu menghormati konsep itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Krimas 1 Malaysia anjuran ahli perniagaan Datuk Seri Vanatiah Anthony dan isteri Datin Seri Elispetoo Sinnappan di Kampung Baru Sungai Chua di sini.

Rais berkata pemahaman terhadap konsep 1Malaysia juga dilihat meningkat berbanding soal selidik ke atas 12,212 responden pada Oktober tahun lepas yang hanya sebanyak 69 peratus dan kesedaran konsep itu sebanyak 82 peratus.

Sehubungan itu, katanya, konsep 1Malaysia perlu dijayakan oleh semua pihak tanpa terhad kepada batasan politik untuk kesejahteraan perjuangan bangsa dan negara.

Beliau berkata amalan rumah terbuka yang dianjurkan oleh masyarakat di negara ini yang dihadiri pelbagai kaum, menunjukkan keharmonian perpaduan yang terjalin meskipun kerajaan Selangor mengetepikan 1 Malaysia sebagai lambing politik.

"Tidak benar, kita harus jangan sempitkan soal ini...dalam susunan alur kemasyarakatan, kita perlu melihat Malaysia dalam kepelbagaiannya dan apa yang dianjurkan Najib tidak terasas politik langsung sebaliknya meneruskan perjuangan semenjak (Perdana Menteri pertama) Tunku Abdul Rahman sehingga pada zaman beliau (Najib) garap semula pemahaman dan muhibah untuk menjalin kasih sayang antara kita (rakyat)," katanya.

Pada Rabu lepas, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu mengumumkan pengharaman itu kerana mendakwa konsep 1Malaysia bermotifkan politik dan sekaligus bertentangan dengan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan yang melarang mempamerkan iklan yang berbaur politik.

Mengenai segelintir artis perempuan yang berpakaian menjolok mata pada Anugerah Skrin 2010 anjuran Media Prima Berhad yang berlangsung semalam, Rais berkata pihak terbabit perlu membuat penilaian semula dalam memastikan setiap majlis pengiktirafan terhadap penggiat filem dan drama diterima penonton.

"TV3 perlu membuat beberapa penilaian semula sekiranya perasan orang ramai sedemikian (pakaian seksi) pada majlis anugerah semalam dan sebagai menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan hanya memfokuskan kepada keadaan mutu filem dan drama tidak fokus kepada siapa memakai apa," katanya.

Beliau berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan agensi media lain harus melakukan perkara yang sama apabila menganjurkan sesuatu majlis atau program dengan memelihara adat ketimuran yang diamalkan meskipun negara ini telah mencapai tahap kemajuan dan kemodenan yang pesat.

"Kita berharap nilai hidup sentiasa maju dari satu masa ke semasa dan bukan bererti tamadun kita dicabuli oleh kelakuan dan cara pakaian yang tidak senonoh dan tidak menghormati adat budaya timur...siapa yang makan cili, dia yang akan terasa pedasnya," katanya yang turut menghadiri majlis itu yang disiarkan secara langsung di TV3 semalam.


Bernama

Tiada ulasan: